34
Penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Pertama mempunyai agenda yang tersendiri. Sejauhmanakah Jepun memanfaatkan penglibatannya dalam perang tersebut. Group Rajskie Azmi 1.0 Pengenalan Perang Dunia Pertama (PD1) adalah sebuah konflik dunia yang berlarutan dari tahun 1914 hingga 1918. PD1 turut dikenali sebagai perang untuk mengakhiri semua perang yang berlaku di dunia. Negara-negara yang terlibat dalam peperangan ini telah dibahagikan kepada dua pihak iaitu Axies yang disertai oleh Jerman, Turki, Bulgaria serta beberapa negara lain manakala pihak yang kedua adalah pihak Bersekutu ataupun Berikat yang disertai oleh Perancis, Rusia, Inggeris (British), Itali, Amerika Syarikat, Serbia, Belgium, Rumania, Yunani, Portugal, Jepun dan beberapa kuasa lain. Jepun yang juga dikenali sebagai negara matahari terbit merupakan sebuah kuasa ekonomi dunia pada masa tersebut. Kejayaan Jepun sebagai salah sebuah kuasa ekonomi dunia telah bermula sejak era Pembaharuan Meiji lagi. Menyelusuri sejarah Jepun sebagai sebuah empayar merupakan satu perbincangan yang menarik kerana pelbagai peristiwa yang telah tercatat dalam lipatan sejarah empayarnya. Salah satu peristiwa yang paling penting dalam lipatan sejarahnya adalah melalui penglibatan Jepun dalam siri peperangan yang agung iaitu Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun 1914 hingga 1918. Jepun terlibat dalam PD1 disebabkan oleh persepakatan antara British dan Jepun dalam perjanjian Anglo- Jepun yang telah termeterai pada tahun 1902.[1] Dalam perjanjian tersebut, telah dinyatakan sekiranya salah sebuah negara sama ada Jepun atau British diganggu oleh pihak ketiga, masing-masing akan saling bergantungan dan saling menghulurkan bantuan antara satu sama lain. Dalam Perang Dunia 1 jelas menunjukkan bahawa British terlibat dalam Perang tersebut dan menyebabkan Jepun telah memberi bantuan seperti membekalkan perlindungan dan keperluan keselamatan kepada pihak Bersekutu ataupun Berikat yang

Perang Dunia I (1)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Perang Dunia I (1)

Penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Pertama mempunyai agenda yang tersendiri. Sejauhmanakah Jepun memanfaatkan penglibatannya dalam perang tersebut. Group Rajskie Azmi

 

1.0 Pengenalan 

Perang Dunia Pertama (PD1) adalah sebuah konflik dunia yang berlarutan dari tahun 1914 hingga 1918. PD1 turut dikenali sebagai perang untuk mengakhiri semua perang yang berlaku di dunia. Negara-negara yang terlibat dalam peperangan ini telah dibahagikan kepada dua pihak iaitu Axies yang disertai oleh Jerman, Turki, Bulgaria serta beberapa negara lain manakala pihak yang kedua adalah pihak Bersekutu ataupun Berikat yang disertai oleh Perancis, Rusia, Inggeris (British), Itali, Amerika Syarikat, Serbia, Belgium, Rumania, Yunani, Portugal, Jepun dan beberapa kuasa lain.

Jepun yang juga dikenali sebagai negara matahari terbit merupakan sebuah kuasa ekonomi dunia pada masa tersebut. Kejayaan Jepun sebagai salah sebuah kuasa ekonomi dunia telah bermula sejak era Pembaharuan Meiji lagi. Menyelusuri sejarah Jepun sebagai sebuah empayar merupakan satu perbincangan yang menarik kerana pelbagai peristiwa yang telah tercatat dalam lipatan sejarah empayarnya. Salah satu peristiwa yang paling penting dalam lipatan sejarahnya adalah melalui penglibatan Jepun dalam siri peperangan yang agung iaitu Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun 1914 hingga 1918. Jepun terlibat dalam PD1 disebabkan oleh persepakatan antara British dan Jepun dalam perjanjian Anglo- Jepun yang telah termeterai pada tahun 1902.[1] Dalam perjanjian tersebut,  telah dinyatakan sekiranya salah sebuah negara sama ada Jepun atau British diganggu oleh pihak ketiga, masing-masing akan saling bergantungan dan saling menghulurkan bantuan antara satu sama lain. Dalam Perang Dunia 1 jelas menunjukkan bahawa British terlibat dalam Perang tersebut dan menyebabkan Jepun telah memberi bantuan seperti membekalkan perlindungan dan keperluan keselamatan kepada pihak Bersekutu ataupun Berikat yang telah disertai oleh British.[2] Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Jepun turut terlibat dalam Perang Dunia Pertama.

Tidak dinafikan penglibatan Jepun dalam PD1 selain daripada untuk membantu pihak Berikat adalah untuk mencapai agendanya tersendiri. Penglibatan Jepun dalam siri peperangan ini telah digunakan dengan sebaiknya untuk melakukan perkara-perkara yang berhubung dengan kepentingannya seperti mendapatkan kepentingan di China melalui Tuntutan 21, bercita-cita untuk mendapatkan wilayah Jerman di Asia, dan dalam masa yang sama Jepun berusaha untuk menjadikan empayarnya sebagai sebuah empayar yang agung setanding dengan kuasa-kuasa barat lain dan memastikan kuasa-kuasa barat mengiktiraf kedaulatannya. Namun dalam perbincangan ini, perkembangan ekonomi Jepun juga merupakan satu isu yang menarik untuk dikupas kerana melalui penyertaan dalam perang ini telah menjadi indikator penting untuk merancakkan ekonomi sehingga Jepun muncul sebagai satu kuasa imperialis ekonomi dunia pada masa tersebut.

 

Page 2: Perang Dunia I (1)

2.0 Perluasan Pengaruh melalui Tuntutan 21

Penyertaan Jepun dalam Perang Dunia Pertama sebenarnya mempunyai agendanya yang tersendiri. Salah satu agenda Jepun adalah untuk meluaskan pengaruhnya di China melalui Tuntutan 21.[3] Hal ini kerana China mempunyai kepentingan dan berpotensi dalam ekonomi dan politik seperti di Manchuria dan Mongolia Dalam yang menyebabkan Jepun ingin meluaskan pengaruhnya di China selain daripada kemegahan Jepun yang menganggap sebagai sebuah kuasa imperialisme yang agung apabila dapat menewaskan dua kuasa besar iaitu China melalui Perang China-Jepun (1984-1895) dan mengalahkan Rusia melalui Perang Rusia-Jepun (1904-1905).[4] Hal ini dapat membuktikan bahawa Jepun bukanlah satu kuasa yang dapat diperkecilkan oleh kuasa barat kerana Jepun dapat menewaskan kuasa-kuasa besar yang lain. Kejayaan Jepun menewaskan China dalam Perang China-Jepun memberi kesan terhadap perluasan kuasanya kerana Jepun dapat menguasai banyak daerah-daerah di negara China melalui Perjanjian Shimonoseki yang lebih memihak kepada Jepun. Selepas Jepun dapat menewaskan China, Jepun telah mengamalkan dasar luarnya dengan negara-negara Eropah yang lain dan menyebabkan Jepun terlibat dalam Perang Rusia-Jepun yang mana Jepun dapat menewaskan Rusia. Kesannya melalui Perjanjian Postmouth turut memihak kepada Jepun yang mana Jepun dapat meluaskan pengaruhnya di Korea. Ini satu kemegahan kepada Jepun kerana dapat menewaskan kuasa besar seperti China dan Rusia.[5] Jepun berhasrat meluaskan lagi pengaruhnya di China apabila menyertai PD1 pada tahun 1914 kerana pada masa yang sama China sedang mengalami pergolakan politik dan perkembangan ekonomi China. Hal ini memberi peluang kepada Jepun untuk menguasai wilayah-wilayah di China melalui PD1.

 

Selain itu juga, penyertaan Jepun dalam PD1 adalah untuk membalas dendam terhadap Jerman ekoran penarikan kedudukan Jepun di Semenanjung Liatung. Sebelum PD1 meletus, Semenanjung Liatung di bawah penguasaan Jepun selepas kemenangan Jepun dalam Perang China- Jepun.[6] Kesan daripada Perang China-Jepun telah menetapkan pelbagai syarat-syarat melalui Perjanjian Shimonoseki dan salah satu syaratnya adalah China harus menyerahkan Semenanjung Liatung kepada pihak Jepun.[7] Namun, Jerman telah menghalau Jepun dari Semenanjung Liatung dan ini menyebabkan Jepun tidak berpuas hati. Pada awalnya, Jepun telah menghantar dutanya ke Jerman untuk berbincang akan perkara ini namun tidak dilayan oleh Jerman dan menyebabkan Jepun telah mengisytiharkan Perang ke atas Jerman. Oleh kerana pada masa itu, Perang Dunia Pertama meletus, maka Jepun telah mengambil kesempatan untuk memihak kepada kuasa Berikat bagi tujuan memerangi Jerman di Asia. Peperangan antara Jepun dan Jerman yang berlangsung di Tsingtoa mendapat bantahan dari China dan menyebabkan China juga mengisytiharkan perang ke atas Jepun. Dalam peperangan ini, Jepun telah menyerang serta menawan Tsingtoa dan merampas semua kepentingan Jerman di Shantung selain landasan kereta api Tsingtao-Tsinan.

Pada 7 Januari 1915, Yuan Shih-kai telah menamatkan zon perang dan China telah berjaya mengambil semula Shantung kecuali beberapa bahagian yang dipajakkan. Hal ini

Page 3: Perang Dunia I (1)

menimbulkan ketidakpuasan hati sehingga Jepun mengemukakan Tuntutan 21 pada 18 Januari 1915.[8] Tuntutan yang mengandungi senarai 21 tuntutan[9] yang dikemukakan oleh Jepun keatas China yang telah dilakukan oleh Menteri Luar Jepun iaitu Kato[10] merupakan satu strategi Jepun dalam meluaskan pengaruhnya di China selain penglibatan Jepun dalam PD1 adalah untuk mengalihkan perhatian Barat terutamanya Britain kerana sebelum ini China bergantung kepada Britain dari segi bantuan kewangan, diplomat dan moral dalam usaha mendapatkan kemerdekaan untuk bertindak menentang Jepun yang sekarang telah mengambil tempat Rusia di Manchuria Selatan. Apabila Britian terlibat dalam PD1 menyebabkan Jepun mengambil kesempatan untuk meminta tuntutan kepada China untuk mendapatkan wilayah-wilayah China dalam memperluaskan pengaruhnya.

 

Pada mulanya Jepun ingin menyembunyikan tuntutan ini daripada pengetahuan kuasa-kuasa asing yang lain kerana Jepun takut kuasa-kuasa asing yang lain tidak berpuas hati seperti Rusia yang berminat ke atas kawasan Luar Mongolia yang menyebabkan Jepun telah mengemukakan Tuntutan 21 dengan mengklasifikasikan kepada lima kumpulan. Kumpulan tersebut ialah perkara berkaitan Shantung, Manchuria, bahagian Timur Monggolia Dalam, perdagangan besi keluli serta satu daripada tuntutan yang paling penting ialah China tidak dibenarkan menghadiahkan mana-mana kawasan, pelabuhan dan pantai kepada mana-mana kuasa kecuali Jepun. Jepun berhasrat menutup perhubungan China dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah yang lain dan mengekalkan kawasan Asia untuk orang Asia.[11]

 

            Perkara yang berkaitan Shantung ialah China harus mengiktiraf kedudukan Jepun di Shantung. Ini bermakna hak Jerman ke atas Shantung diserahkan kepada Jepun. China hendaklah berjanji tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk campur tangan di Shantung dan dalam masa yang sama Jepun juga menuntut haknya ke atas Port Athur dilanjutkan ke 99 tahun. Manakala perkara berkaitan Manchuria pula adalah supaya China mengiktiraf kedudukan dan kekuasaan Jepun di kawasan Manchuria. Jepun bertindak demikian adalah kerana sebagai balas dendam terhadap pengusaan Jerman di kawasan tersebut. Perkara yang keempat iaitu berkaitan bahagian Timur Monggolia Dalam terutamanya hal-hal berkaitan sempadan, perlantikan pegawai-pegawai, mengawal pentadbiran serta menuntut keutamaan pedagang-pedagang Jepun dalam urusan pelaburan perniagaan di kawasan tersebut dan Jepun mengawal beberapa pentadbiran tempatan yang penting di China. Perkara terakhir ialah berkaitan perdagangan besi dan keluli antara China dan Jepun. Namun, pihak China yang diketuai oleh Yuan Shih Kai telah melengah-lengahkan tuntutan 21 yang telah dituntut oleh pihak Jepun.[12] Hal ini menyebabkan Jepun tidak berpuas hati lalu mengugut akan memihak kepada musuh Yuan Shih Kai iaitu Sun Yat Sen sekiranya lambat menunaikan tuntutan yang dilakukan oleh pihak Jepun.[13] Hal ini menyebabkan pihak China menyegerakan tuntutan 21 yang telah dikemukakan oleh pihak Jepun.

 

Page 4: Perang Dunia I (1)

            Jelas disini dapat dinyatakan bahawa penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Pertama sememangnya memberikan manfaat yang tinggi kepada Jepun kerana semasa perang Jepun telah berusaha untuk meluaskan pengaruhnya di China. Hal ini kerana sebelum perang banyak kawasan di China yang telah jatuh ke tangan kuasa luar seperti Jerman. Oleh itu semasa perang, Jepun telah mengambil inisiatif untuk membantu pasukan Berikat. Pada 7 Mei 1915, Jepun telah memberi kata dua kepada China dan telah berjaya memperoleh hampir semua tuntutan dalam Tuntutan 21. Selepas Perang Dunia Pertama tamat pada tahun 1918,  persidangan damai yang diadakan di Paris telah dibuat oleh negara-negara yang menang. Hak Jerman di Shantung telah diserahkan kepada Jepun melalui Perjanjian Versailles yang telah dimeterai. Pengambilalihan Shantung bermakna Jepun akan memegang konsesi atau kepentingan dalam kedua-dua wilayah penting iaitu Pelabuhan Shantung dan Semenanjung Laitung. Dalam masa yang sama melalui penguasaan ini juga akan memudahkan Jepun menguasai dan mengawal Laut Kuning serta mengawal geopolitik di Utara China terutamanya kepentingan ekonomi dan laluan perdagangan di Sungai Yangtza.[14]

 

            Dalam huraian ini dapat dibuktikan sememangnya Jepun telah berjaya memanfaatkan penglibatannya dalam Perang Dunia Pertama yang belangsung dari tahun 1914 hingga 1918. Hal ini kerana dalam tempoh ini, Jepun yang berpihak kepada kuasa Berikat telah melakukan pelbagai perkara yang sememangnya memberi kelebihan kepada empayarnya dan meluaskan pengaruhnya di China. Melalui penguasaan dan perluasan pengaruhnya di China menyebabkan Jepun telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialis baru di Asia dan menjadi salah satu ancaman yang digeruni oleh negara-negara Eropah yang lain terutamanya Amerika Syarikat.

 

3.0 Menguasai Konsesi Jerman

            Kekuatan dan keagungan sesebuah empayar adalah terletak pada sejauh mana empayar itu mampu memiliki kawasan-kawasan lain di luar sempadan empayarnya yang boleh dikawal dari segi sistem politik, ekonomi dan sosial. Dalam erti kata lain, kehebatan sesebuah empayar adalah bergantung kepada luas kawasan yang dimiliki. Oleh itu, akibat daripada pergolakan global dalam Perang Dunia Pertama, Jepun telah mengambil kesempatan untuk menguasai konsesi-konsesi Jerman di Asia terutamanya di China.[15] Menyedari akan hakikat ini, maka Jepun sedar hanya dengan kekuatan ketenteraan sahaja akan mampu baginya unutk mencapai hasrat tersebut. Kekuatan tentera Jepun telah menjadikannya sebagai sebuah kuasa imperialis baru di dunia. Kekuatan tentera terutamanya tentera laut Jepun telah menjadi kebimbangan utama negara-negara barat.[16] Kejayaan tentera ini dapat dilihat dalam Perang China-Jepun 1894-5 apabila Jepun memusnahkan tentera laut dan sebahagian besar tentera China. Jepun kemudiannya telah berjaya mendapatkan Formosa (Taiwan) dan Semenanjung Laitung. Keadaan ini membimbangkan kuasa barat dan pada tahun 1895, Jerman, Rusia dan Perancis telah memaksa Jepun untuk melepaskan Semenanjung Laitung. Berdasarkan

Page 5: Perang Dunia I (1)

kepada peristiwa ini, Jepun telah berdendam dengan Jerman dan telah menyimpan impian untuk melenyapkan penguasaan Jerman di Asia terutamanya di China. Bagi mencapai impian ini, Jepun melihat pergolakan global yang berlaku sebagai satu platform terbaik untuk membalas dendam terhadap Jerman.

 

              Perang Dunia Pertama berlaku pada 1914 di Eropah menyebabkan Jepun mula mengukuhkan kuasa di  Asia Timur. Sememangnya Jepun telah menyusun strategi untuk menyertai PDI, dengan mengambil langkah pertama bersekutu dengan British untuk mengisytiharkan perang ke atas Jerman dan berusaha memiliki konsesi Jerman di Asia.[17] Pengisytiharan perang oleh Jepun ke atas Jerman adalah bertujuan bagi mendapatkan sokongan daripada British dan Amerika Syarikat. Penyertaan Jepun dalam Kuasa Berikat telah memberikan Jepun satu kelebihan kerana selepas perang berakhir Jepun telah mendapat semua hak terhadap kekuasaan Jerman di kawasan Asia Timur terutamanya penguasaan terhadap Manchuria dan Kepulauan Pasifik.[18] Selain itu, semua kepentingan perdagangan Jerman di Asia seperti perlombongan dan perdagangan di pelabuhan utama telah diserahkan oleh Kuasa Berikat kepada Jepun selepas perang.[19] Kesemua kepentingan Jerman dapat di miliki oleh Jepun adalah kerana sebelum peperangan berlangsung, Jepun telah menandatangani satu perjanjian rahsia dengan sekutu berkaitan pulangan yang akan dapat dinikmati oleh Jepun jika menyokong kuasa berikat iaitu pemilikan kepentingan Jerman di Asia.[20] Oleh itu, Jepun telah memperoleh kesemua kepentingan ini selepas perang melalui keputusan dalam Perjanjian Versailles yang ditandatangani oleh lima kuasa penting termasuk Jepun iaitu Amerika Syarikat, Perancis, British dan Itali.[21]

 

            Pemilikan Jepun dengan mudah terhadap kesemua kepentingan Jerman adalah sebagai satu “hadiah” yang diberikan oleh kuasa berikat terutamanya Amerika Syarikat. Tiga kuasa besar pada masa itu iaitu Amerika Syarikat, Britain dan Perancis sebenarnya bimbang dengan perluasan kuasa imperialisme Jepun di Asia. Oleh itu mereka telah merangka satu rancangan untuk menubuhkan League of Nation yang mengggabungkan kuasa-kuasa besar di dunia termasuk Jepun. Amerika Syarikat berpendapat hanya dengan penyertaan Jepun dalam pertubuhan ini sahaja yang mampu menyekat dan menghalang penularan kuasa imperialisme Jepun di Asia.[22] Oleh itu, bagi memastikan Jepun menyertai pertubuhan ini, maka tiga kuasa ini telah bersetuju untuk memenuhi tuntutan Jepun terhadap semua kawasan kekuasan Jerman di Asia. Dalam masa yang sama tiga kuasa ini terutamanya Amerika Syarikat sebenarnya bimbang dengan kemaraan dan kemajuan Jepun terutamanya dalam bidang ekonomi.

 

            Amerika Syarikat bersetuju untuk memenuhi tuntutan Jepun terhadap penguasaan Jerman di Asia kerana bimbang dengan penguasaan perdagangan ekonomi terutamanya di Manchuria.[23] Amerika Syarikat sebenarnya bercita-cita untuk mengembangkan

Page 6: Perang Dunia I (1)

kepentingan ekonominya di Manchuria. Oleh itu, Amerika Syarikat beranggapan bahawa musuh yang perlu dihapuskannya terlebih dahulu adalah Jepun, kerana pada masa ini pedagang-pedagang Jepun sebenarnya telah menguasai beberapa kepentingan perniagaan di Manchuria. Menyedari akan hakikat kekuatan Jepun terutamanya dari segi ekonomi dan ketenteraan, maka Amerika Syarikat telah menggunakan pendekatan untuk berbaik-baik dengan Jepun agar kepentingan ekonominya di Manchuria tidak tergugat dengan cara memasukkan Jepun dalam pertubuhan League of Nation dan mengambil hati Jepun dengan menunaikan semua permintaan Jepun selepas perang tamat.[24] Oleh itu, Jepun telah berjaya memiliki kesemua wilayah-wilayah dan kepentingan ekonomi yang dimiliki oleh Jerman di Asia.

 

4.0 Mendapatkan Pengiktirafan Barat

            Penglibatan Jepun dalam PDI juga antara lain bermatlamat untuk mendapatkan pengiktirafan daripada negara-negara Barat. Jepun menginginkan negara-negara lain memandang tinggi kepada kekusaannya sebagai sebuah kuasa imperialis baru. Oleh itu, semasa perang, Jepun telah berpihak untuk turut serta dan menunjukkan kekuatan tenteranya agar pihak barat dapat melihatnya sebagai sebuah kuasa besar. Hal ini bertepatan dengan pendapat Cullen dalam penulisannya yang menegaskan bahawa Jepun sebenarnya memaksa dirinya untuk terlibat dalam PDI supaya dapat menyertai dalam kalangan negara Eropah yang berpengaruh.[25]

 

            Semasa perang berlangsung pelbagai perkara yang telah dibuat oleh Jepun untuk menunjukkan kepada Barat berkaitan kehebatannya. Hal ini kerana, Jepun merupakan sebuah negara yang diketuai oleh pemimpin yang bijak. Jika negara-negara barat yang terlibat dalam perang menumpukan seratus peratus terhadap peperangan, Jepun boleh dikatakan hanya menumpukan 30% usahanya dalam peperangan dan selebihnya ditumpukan kepada perusahaan perdagangannya. Maka tidak hairanlah Jepun telah dapat meningkatkan sektor ekonominya walaupun terlibat secara langsung dalam siri peperangan ini. Tindakan pertama yang dilakukan oleh Jepun semasa meletusnya pergolakan global ini adalah dengan mengisytiharkan perang keatas Jerman di Asia. Sebenarnya pihak berikat telah menjadikan Jepun sebagai satu kuasa di Asia yang berfungsi untuk melemahkan pengaruh Jerman di Asia terutamanya di Manchuria. Perkara ini dianggap penting oleh pihak berikat kerana dengan cara tersebut maka sedikit sebanyak akan dapat melemahkan kuasa Jerman yang menjadi musuh utama pihak berikat semasa PDI. Tindakan Jepun untuk memerangi Jerman di Asia didorong oleh semangat untuk menunjukkan kepada kuasa-kuasa barat akan kehebatannya agar dapat diiktiraf oleh barat sebagai satu kuasa yang besar dan berpengaruh. Tindakan ini dianggap telah berjaya kerana Jepun dapat menyingkirkan kekuasan dan pengaruh Jerman di Manchuria. Buktinya pada persidangan damai di Paris melalui Perjanjian Versailles, Jepun telah mendapat hak terhadap semua konsesi-konsesi Jerman di China dan kepulauan Pasifik.

Page 7: Perang Dunia I (1)

 

            Walaupun Jepun beranggapan bahawa, negaranya sudah setanding dengan negara lain melalui pengiktirafan kuasa dalam perjanjian damai tersebut, tetapi keadaan sebenarnya menunjukkan bahawa kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat tidak pernah menerima Jepun sebagai sebuah kuasa yang setanding dengan mereka. Keadaan ini berlaku kerana, Amerika Syarikat menganggap orang-orang Asia sebagai otak kuning yang tidak setaraf dengan mereka yang berkulit putih. Tujuan utama pihak berikat terutamanya Amerika Syarikat menunaikan semua permintaan Jepun dalam Tuntutan 21 adalah sebagai satu langkah untuk mengekang perluasan imperialisme Jepun di Asia. Pada ketika ini, Jepun merupakan sebuah negara kecil di Asia yang muncul sebagai kuasa imperialis baru selepas kemenangannya dalam Perang Rusia-Jepun. Bertitik tolak daripada kemenangan ini, Jepun beranggapan bahawa dirinya sebagai sebuah kuasa yang kuat kerana dapat mengalahkan sebuah kuasa yang jauh lebih besar dari segi kawasan dan jumlah penduduk berbanding negaranya.

 

            Jepun sebenarnya telah menganggap dirinya sebagai sebuah kuasa yang setanding dengan negara-negara barat lain kerana memiliki kekuatan tentera terutamanya tentera laut yang kuat. Selain aspek kekuatan ketenteraan, Jepun telah menjadikan sektor ekonominya yang berkembang pesat sebagai sandaran kepada kekuatan empayarnya. Pada masa ini, ekonomi Jepun telah meningkat dengan mendadak terutamanya semasa dan selepas PDI. Kekuatan dan kerancakan ekonomi Jepun adalah didorong oleh kemajuan pedagang-pedagangnya dalam meluaskan pasaran ke luar negara. Oleh itu, bersandarkan kepada kekuatan ketenteraan dan perkembanga ekonomi yang rancak menyebabkan Jepun yakin untuk mengatakan bahawa mereka sudah setanding dan setaraf dengan negara-negara barat. Namun pendapat Jepun ini hanya diakui oleh Jepun sendiri kerana kehebatannya tidak pernah diakui oleh barat terutamanya Amerika Syarikat. Buktinya dalam persidangan damai Perjanjian Versailles yang dianggotai oleh lima negara penting iaitu Amerika Syarikat, British, Perancis, Jepun dan Itali, Amerika Syarikat tetap menganggap kehadiran Jepun sebagai anggota dalam persidangan tersebut hanya sebagai junior dan wakil daripada masyarakat “kelas kelas pertama”.  

 

5.0 Perkembangan Ekonomi

            Penyertaan Jepun dalam Perang Dunia Pertama (PDI) sememangnya mempunyai agenda yang tersendiri untuk kebaikan negaranya. Salah satu agenda penyertaan Jepun dalam PDI adalah untuk meluaskan penguasaan ekonomi negaranya. Semasa pergolakan global ini berlaku, pelbagai perkara yang telah dilakukan oleh Jepun dalam usahanya untuk merancakkan dan mengukuhkan lagi penguasaan ekonominya. Semasa penyertaannya dalam PDI beberapa perkara telah dilakukan untuk mencapai agenda yang telah dirancang. Selain itu, Penyertaan Jepun dalam PDI telah berjaya meluaskan pengaruh dan penguasaan Jepun terhadap kawasan Asia Timur terutamanya dalam sektor

Page 8: Perang Dunia I (1)

ekonomi.[26] Perbincangan seterusnya akan menyentuh empat perkara penting yang telah dirancang bertujuan untuk meluaskan pengaruh ekonomi Jepun iaitu menyusun strategi peperangan, penguasaan wilayah dan pelabuhan penting di China, meluaskan pengaruh di China dan kebijaksanaan golongan Zaibatsu.

 

            Sebelum menghuraikan lebih lanjut akan manfaat yang digunakan oleh Jepun sepanjang penglibatannya dalam Perang Dunia Pertama, perbincangan seharusnya mengambil kira aspek perkembangan sektor ekonominya. Pada mulanya Jepun merupakan sebuah empayar yang sangat konservatif kerana melaksanakan dasar isolasi kepada semua kuasa-kuasa barat. Namun dasar ini telah berubah setelah Jepun menandatangani satu perjanjian dengan Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Perjanjian Kanagawa.[27] Bertitik tolak daripada peristiwa perjanjian ini telah membawa satu arus perkembangan ekonomi Jepun ke satu tahap yang lebih baik.[28] Dalam masa yang sama melalui Pembaharuan Meiji[29] yang dilakukan semasa era pemerintahan Meiji turut menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi Jepun sehingga muncul sebagai satu kuasa ekonomi dunia selepas perang. Namun krisis kewangan yang melanda Jepun pada tahun 1890 telah membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan sektor swasta di Jepun. Melalui perkembangan ini telah lahir satu golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai Zaibatsu.

 

 

            5.1 Menyusun Strategi Peperangan

            Menyedari akan hakikat impak buruk yang akan dialami jika menyertai peperangan menyebabkan pemimpin-pemimpin Jepun telah menyusun strategi sebelum menyertai pergolakan global ini. Jepun telah menyusun strategi dengan membahagikan pentadbiran negara kepada dua bahagian penting iaitu bahagian ketenteraan dan bahagian ekonomi. Bahagian ketenteraan ini telah bertindak dengan menumpukan seratus peratus kepada penyertaan Jepun dalam PDI, manakala bahagian ekonomi pula bertumpu pada perkembangan sektor ekonomi Jepun samaada sektor domestik mahupun eksport import. Keadaan ini memperlihatkan kebijaksanaan golongan pemerintah Jepun dalam usaha mereka untuk mengukuhkan sektor ekonomi mereka.

 

            Bahagian ketenteraan menumpukan usaha mereka untuk merancang, melaksanakan dan menumpukan perhatian mereka dalam peperangan. Semasa penyertaan Jepun dalam PDI, aspek ketenteraan dianggap sebagai antara pasukan ketenteraan yang terkuat dan setanding dengan pasukan ketenteraan negara-negara barat. Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui pendapat yang telah diutarakan oleh Cullen dalam karyanya yang menyatakan bahawa kekuatan ketenteraan Jepun terutamanya kekekuatan Tentera

Page 9: Perang Dunia I (1)

Laut Jepun telah menjadi kebimbangan utama negara-negara barat.[30] Keadaan ini berjaya dimiliki oleh pasukan ketenteraan Jepun kesan kemenangan dalam Perang Rusia Jepun. Kemenangan telah berpihak kepada Jepun semasa Perang Rusia Jepun, dan menyebabkan kuasa-kuasa barat lain menjadi gerun kerana tidak dapat menyangka bahawa Jepun yang merupakan sebuah negara kepulauan kecil mampu untuk menewaskan sebuah negara yang luas dengan jumlah penduduk yang jauh lebih ramai berbanding Jepun.[31]

 

            Kekuatan ketenteraan inilah yang menjadi faktor mengapa Jepun begitu yakin untuk menyertai PDI dan seterusnya cuba untuk mencapai agenda yang telah dirancang. Selain itu, bahagian ketenteraan ini dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam peperangan kerana faktor dana peperangan yang berterusan. Dana peperangan yang dimiliki adalah sumbangan daripada golongan zaibatsu yang tergolong dalam bahagian ekonomi Jepun. Bahagian ekonomi menyalur dana peperangan seperti membekalkan wang, kelengkapan peperangan, makanan dan sebagainya untuk kegunaan tentera Jepun yang terlibat dalam peperangan. Keadaan ini menyebabkan pasukan ketenteraan Jepun menjadi kuat kerana mendapat sokongan dan suntikan dana yang berterusan daripada bahagian ekonomi terutamanya golongan zaibatsu. Mereka dapat menumpukan sepenuhnya perhatian dalam peperangan tanpa memikirkan aspek-aspek yang berkaitan kewangan seperti dana peperangan, makanan, pakaian dan kelengkapan peperangan.

 

            Manakala bahagian ekonomi pula bertumpu pada perkembangan ekonomi dalam negara dan luar negara. Golongan kapitalisme ini telah berusaha untuk meluaskan pengaruh ekonomi mereka dengan menyuntik dana peperangan kepada pasukan ketenteraan dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan atas kemenangan pasukan tentera Jepun dalam sesebuah kawasan untuk memasarkan produk barangan mereka. Keadaan ini telah menyebabkan golongan kapitalisme atau lebih dikenali sebagai Zaibatsu telah muncul sebagai golongan konglomerat ekonomi Jepun kerana dapat menguasai pasaran dalam negara disamping dapat meluaskan pasaran hingga ke luar negara. Pasaran luar negara ini dapat dinikmati oleh golongan zaibatsu akibat kemenangan pasukan tentara Jepun untuk menguasai sesebuah kawasa. Misalnya penguasaan tentera Jepun di Pelabuhan Shantung, China telah menyebabkan golongan zaibatsu ini berusaha menggunakan kesempatan tersebut untuk memasarkan produk-produk keluaran mereka. Perluasan kuasa oleh tentera Jepun ini telah memberi kesan positif terhadap perkembangan ekonomi Jepun kerana kapitalis-kapitalis Jepun dapat meluaskan pasaran mereka dan seterusnya dapat meningkatkan keuntungan syarikat.[32] Keuntungan yang dimiliki ini telah digunakan oleh golongan zaibatsu untuk membantu meningkatkan dana peperangan pasukan ketenteraan.

 

Page 10: Perang Dunia I (1)

            Kesempatan Jepun dalam menyertai PDI ini telah digunakan dengan sebaiknya. Semasa siri PDI berlangsung, negara-negara yang terlibat dengan peperangan ini telah menumpukan sepenuhnya perhatian mereka dengan siri peperangan dan adakalanya mereka terpaksa meminggirkan perkembangan ekonomi dan menumpukan sepenuhnya kepada peperangan. Tetapi Jepun sangat bijak dalam hal ini kerana walaupun Jepun terlibat dengan siri PDI dan berpihak kepada kuasa Berikat, Jepun tidak memberikan sepenuhnya perhatian kepada siri peperangan, sebaliknya dalam masa yang sama Jepun memberikan perhatian yang serius kepada perkembangan ekonominya. Perkara ini berjaya dilakukan oleh Jepun kerana walaupun pada masa peperangan Jepun terlibat secara langsung, namun di negaranya wujud golongan yang dikenali sebagai zaibatsu menumpukan saratus peratus perhatian dalam sektor perdagangan.

 

            Keadaan ini menyebabkan kerajaan Jepun tidak perlu memikirkan sangat berkaitan sumber kewangan untuk menaja siri peperangan yang melibatkan mereka kerana golongan zaibatsu ini merupakan golongan konglomerat yang membantu tentera-tentera Jepun dengan membekalkan pelbagai kemudahan peperangan dan menaja dana peperangan.[33] Oleh sebab itu, Jepun sentiasa berjaya dalam siri peperangan yang disertainya kerana Jepun ditunjangi oleh golongan yang mempunyai dana yang besar untuk menaja mereka. kebijaksanaan pemimpin Jepun untuk menyusun strategi peperangan ini telah berjaya memberi kesan positif kepada sektor ekonominya kerana dapat berkembang dengan baik dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan negara Jepun. Selanjutnya, kebijaksanaan golongan zaibatsu dalam menggunakan kesempatan dimiliki semasa pergolakan global untuk memasarkan produk keluaran mereka ke kawasan-kawasan yang berjaya ditakluk oleh Jepun telah berjaya membawa sektor ekonomi Jepun ke satu tahap yang lebih baik dan perkembangan ekonomi Jepun menjadi semakin rancak. Kebijaksanaan strategi ini telah memberi kesan kepada peningkatan ekonomi apabila dalam masa empat belas tahun sahaja Jepun telah berjaya mengubah landskap negaranya daripada sebuah negara yang tidak dikenali kepada sebuah negara yang muncul sebagai imperialis ekonomi baru global.[34]

 

            5.2 Penguasaan Wilayah dan Pelabuhan di China

            Penyertaan Jepun dalam PDI turut merancakkkan sektor ekonomi negaranya. Kerancakan sektor ekonomi Jepun semasa siri peperangan global ini adalah didorong oleh penguasaan wilayah dan pelabuhan penting di China. Jepun sedia maklum akan potensi ekonomi yang bakal dimiliki jika dapat meluaskan pengaruhnya untuk menguasai wilayah dan pelabuhan di China terutamanya pelabuhan Shantung. Kawasan di China seperti Sungai Yangtze merupakan satu kawasan perdagangan yang sibuk dan Jepun berhasrat untuk mengawal sungai tersebut demi kepentingan ekonominya.[35] Bagi memenuhi hasrat ini, Jepun telah berusaha untuk memiliki dan mencapai agenda tersebut dengan mengemukakan Tuntuan 21 kepada China.

Page 11: Perang Dunia I (1)

 

            Tuntutan 21 yang dikemukakan adalah sebagai tindak balas kepada ketidakpuasan hati Jepun terhadap layanan yang diberikan oleh China kerana membenarkan Jerman untuk menghalau para pedagangnya dari Shantung.[36] Oleh itu, melalui persidangan damai di Paris, termeterai satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Versailles. Perjanjian ini jelas menyatakan bahawa segala permintaan Jepun dalam Tuntutan 21 terhadap China telah ditunaikan, dan salah satu isi kandungan dalam tuntutan 21 iailah untuk menguasai pelabuhan Shantung. Pemilikan Jepun terhadap Shantung telah digunakan oleh golongan kapitalis Jepun terutamanya golongan zaibatsu untuk merancakkan lagi sektor ekonomi mereka dengan memasarkan produk keluaran mereka keluar dari negara Jepun. Keadaan ini telah menyebabkan keuntungan golongan zaibatsu berlipat kali ganda kerana kawasan Shantung sememangnya kawasan pelabuhan ekonomi yang paling sibuk dan urusan perdagangan di kawasan tersebut sangat menguntungkan dari prospek pasaran barangan dan aspek ekonomi lain yang berkaitan.[37]

 

            Selain itu, disebabkan kesibukan negara-negara barat lain yang terlibat dalam perang, pedagang-pedagang Jepun telah menggunakan kesempatan ini untuk menjual produk mereka dengan harga yang tinggi dan telah berjaya menyumbang kepada peningkatan ekonomi Jepun. Kesempatan pedagang Jepun untuk menjual dengan harga tinggi adalah didorong oleh faktor kurangnya persaiangan dengan pedagang-pedagang lain. Perkara ini berlaku disebabkan pedagang-pedagang dari barat tidak dapat melaksanakan kegiatan ekonomi mereka kerana terlibat dengan peperangan. Hal ini telah mendorong pedagang-pedagang Jepun untuk menaikkan harga barangan seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi Jepun. Penguasaan terhadap wilayah dan pelabuhan penting di China telah membantu merancakkan dan meningkatkan sektor ekonomi Jepun sebelum Perang Dunia Kedua. Buktinya jelas walaupun pada tahun 1923, Jepun mengalami gempa bumi namun ekonominya dapat dipulihkan dengan serta merta melalui bantuan golongan zaibatsu ini dengan membina semula infrastruktur yang musnah semasa gempa bumi dalam masa yang singkat.[38] Keadaan ini menyebabkan Amerika Syarikat gerun dengan pertumbuhan ekonomi yang dimiliki Jepun.

 

            5.3 Meluaskan Pengaruh di China

            Sebelum PDI meletus, China merupakan negara pengeluar kain utama dunia. Keadaan ini menyebabkan Jepun berhasrat untuk memiliki dan menguasai China supaya Jepun muncul sebagai pengeluar kain utama dunia. Jepun sedar akan faedah yang bakal dimiliki jika dapat meluaskan pengaruhnya ke China terutamanya faedah dari segi ekonomi. Oleh itu, Jepun telah menggunakan alasan terlibat dalam PDI ini untuk mengisytiharkan perang ke atas Jerman di China dan berusaha untuk meluaskan pengaruhnya di China. Buktinya selepas perang melalui persidangan damai di Paris, Jepun dalam Perjanjian Versailles telah mendapat hak keatas semua konsesi yang

Page 12: Perang Dunia I (1)

dimiliki oleh Jerman di Asia dan memiliki kepentingan Jerman di Manchuria. Keadaan ini telah menunjukkan bagaimana usaha yang dilakukan oleh Jepun itu telah berhasil demi mencapai agenda untuk meningkatkan sektor ekonomi negaranya.

 

            Menurut Cullen, Jepun telah muncul sebagai pengeluar utama kain di Asia pada awal 1920-an.[39] Buktinya ialah pengeluaran kain di Asia yang dikeluarkan oleh Jepun telah meningkat sebanyak 72 peratus dari tahun 1914 hingga 1918. Bukti lain akan kejayaan Jepun muncul sebagai pengeluar kain utama dunia ialah apabila berlakunya peningkatan dalam permintaan kapas daripada 2.4 juta Yen kepada 3.8 juta Yen antara tahun 1914-1920.[40]   Kejayaan ini dapat dinikmati oleh Jepun kesan daripada perluasan kuasa dan pengaruhnya di China melalui pemilikan konsesi Jerman di Manchuria. Kebijaksanaan Jepun dalam menguasai dan meluaskan pengaruh di China telah membantu sektor ekonominya meningkat. Peningkatan ini didorong oleh faktor peningkatan pengeluaran kain Jepun di Asia dengan menguasai dan perluasan kuasa serta pengaruh di China. Apabila Jepun berjaya meluaskan pengaruh di China terutamanya di kawasan-kawasan yang memiliki kepentingan ekonomi yang tinggi seperti Manchuria, Shantung dan sebagainya telah membantu Jepun untuk merancakkan lagi industri perdagangan negaranya.

 

            5.4 Peranan Zaibatsu

 

            Zaibatsu adalah gabungan syarikat-syarikat keluarga, dimana pada asalnya ianya

adalah sebuah syarikat kecil dan syarikat kecil tersebut digabungkan membentuk satu

kumpulan yang bernaung diatas satu arahan dan dana setiap aset syarikat turut dikumpulkan

untuk dijadikan sumber kewangan dalam mempergiatkan keseluruhan perniagaan.[41] Kumpulan ini telahpun bermula sejak pemerintahan Tokugawa. Pada zaman Pembaharuan Meiji, kumpulan ini menjadi semakin terkenal dan menjadi pemonopoli ekonomi Jepun. Terdapat empat kumpulan awal yang popular dalam Zaibatsu iaitu Mitsui, Mitsubishi, Yasuda dan Sumitomo.[42]

 

            Terdapat pelbagai bidang yang diterajui bagi kumpulan perniagaan ini antaranya industri kimia, pembuatan senjata dan industri elektronik.[43] Dalam masa yang sama, keputusan yang diambil kerajaan dalam menswastakan syarikat milik mereka kepada Zaibatsu telah berjaya merancakkan lagi eknomi Zaibatsu seterusnya menyumbang

Page 13: Perang Dunia I (1)

kepada perkembangan yang pesat ekonomi Jepun. Kepesatan ekonomi golongan Zaibatsu bertambah rancak apabila pelajar-pelajar yang ditaja oleh mereka di luar negara telah pulang semula ke Jepun dan menumpukan perkhidmatan mereka dengan membangunkan sektor teknologi yang dipelajari di Barat untuk membantu mengembangkan lagi sektor ekonomi milik Zaibatsu.

 

            Menurut Rosovsky dan Ohkawa, tahap pemodenan ekonomi Jepun selepas era Meiji iaitu bermula pada 1906 hingga 1952[44]. Pada era ini penguasaan oleh golongan Zaibatsu telah berjaya merancakkan lagi ekonomi Jepun sehingga muncul sebagai kuasa ekonomi penting dunia. Penguasaan zaibatsu dalam bidang ekonomi di Jepun semakin menyerlah dengan munculnya pelbagai firma baru yang mengukuhkan lagi kedudukan zaibatsu dalam dunia ekonominya. Tindakan zaibatsu membawa masuk teknologi, jentera dan kemahiran dari Barat memberi kesan yang positif terhadap ekonomi Jepun. Sekitar tahun 1906-1930, pengeluaran produk terutamanya barangan yang berasaskan ketenteraan telah meningkat dengan mendadak ekoran daripada penyertaan Jepun dalam Perang Russia Jepun dan Perang Dunia Pertama.[45]

 

            Bukti lain yang menunjukkan ekonomi Jepun semakin rancak dengan penlibatan golongan Zaibatsu adalah melalui peningkatan yang dicatatkan dalam penggunaan mesin atau jentera berat dalam sektor komersial dengan jumlah kilang yang menggunakan mesin moden dan jentera berat meningkat 5 kali ganda antara tahun 1909 hingga 1929. Jumlah pekerja dalam sektor komersial iaitu perindustrian juga meningkat dari satu juta orang kepada 2.4 juta orang pada 1929. Keadaan ini merupakan bukti nyata bagaimana ekonomi Jepun itu berkembang dengan pesat walaupun Jepun terlibat dengan pelbagai siri peperangan. Hal ini kerana golongan zaibatsu ini telah memainkan peranan mereka untuk menjalankan perdagangan dengan negara luar dan segala keuntungan yang diperolehi akan disalur kepada sektor ketenteraan untuk menaja peperangan yang melibatkan Jepun.

 

            Selain itu, kesempatan dalam pergolakan global yang berlaku turut digunakan oleh golongan zaibatsu untuk meningkatkan harga terhadap barangan-barangan yang dikeluarkan oleh syarikat mereka.[46] Golongan zaibatsu sedar bahawa negara-negara yang terlibat dengan peperangan tentu sibuk dan tiada masa untuk menyediakan keperluan-keperluan untuk pasukan ketenteraannya seperti kelengkapan perang, makanan, keperluan lain dan sebagainya. Oleh itu, golongan zaibatsu memanfaatkan keadaan ini dengan menawarkan barangan yang diperlukan dengan harga yang tinggi. Sehubungan itu, disebabkan negara-negara lain sibuk dalam peperangan yang disertai menyebabkan golongan zaibatsu ini mengambil kesempatan dengan menawarkan harga tinggi kerana kurangnya persaingan dalam pasaran global. Kesannya pedagang-pedagang Jepun memiliki keuntungan yang tinggi dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan

Page 14: Perang Dunia I (1)

pendapatan negara Jepun. Hal ini dapat dibuktikan apabila Jepun berjaya memperoleh keuntungan yang tinggi seperti eksport Sutera Mentah yang telah meningkat harganya dari ¥800 pada tahun 1913 meningkat kepada  ¥1400 pada tahun 1918 manakala kapas pula meningkat dari ¥100 kepada  ¥400 pada tahun yang sama.[47]

 

            Ekoran daripada peningkatan mendadak dalam industri berasaskan ketenteraan, industri berkaitan iaitu industri besi dan keluli turut mengalami peningkatan mendadak. Hal ini kerana, industri ini terlibat secara langsung dengan industri yang mengeluarkan barangan berasaskan ketenteraan seperti khemah untuk pasukan tentera, makanan, senapang, pistol, bom dan alat-alat lain yang berkaitan. Buktinya nilai perindustrian berat dan keluli serta perkapalan Jepun telah meningkat daripada 1.4 trlion yen kepada 3.42 trilion yen.[48] Alat-alat peperangan ini mendapat permintaan tinggi daripada kalangan negara yang terlibat dengan perang seperti British, Perancis dan Itali.

 

            Semasa perang dunia pertama meletus, penggunaan elektrik semakin meningkat di Jepun. Oleh itu, golongan konglomerat zaibatsu telah melabur dalam industri ini. Buktinya, landasan kereta api elektrik telah dibina, dan sebanyak lapan puluh peratus kawasan perumahan di bandar-bandar Jepun telah disalurkan dengan kemudahan elektrik.[49] Keadaan ini menjadikan bukti bahawa perkembangan ekonomi Jepun memang pesat walaupun terlibat dalam PDI. Kejayaan yang dimiliki Jepun ini juga menyebabkan negara-negara Eropah gerun kerana negara mereka belum lagi mempunyai teknologi sedemikian. Jelas dapat dinyatakan bahawa walaupun Jepun terlibat dengan PDI, tetapi pedagang-pedagang Jepun telah mengambil kesempatan ini untuk merancakkan lagi sektor ekonomi mereka.

 

            Kepesatan ekonomi ini dapat dinikmati oleh Jepun kerana walaupun Jepun terlibat dalam perang, namun masih wujud golongan yang mengambil alih sektor ekonomi Jepun dan seterusnya muncul sebagai sebuah kuasa yang kuat sehingga mampu untuk menaja peperangan yang disertai Jepun. Golongan ini yang lebih dikenali sebagai zaibatsu telah menggunakan kesempatan pergolakan global pada masa itu untuk merancakkan lagi sektor ekonomi Jepun dengan memasarkan pelbagai produk. Zaibatsu juga percaya bahawa, pergolakan global yang disertai oleh negara-negara yang berpengaruh ini akan menyebabkan negara-negara ini tidak dapat menumpukan perhatian mereka terhadap sektor ekonomi kerana sibuk dengan siri peperangan, oleh itu zaibatsu berpendapat kesempatan ini merupakan peluang terbaik mereka untuk menghasilkan seberapa banyak produk untuk di pasarkan kerana kurang persaingan dari segi pengeluaran. Kebijaksanaan Jepun dalam menyertai peperangan ini juga telah menjadikan ekonomi Jepun bertambah rancak dari segi pengeluaran hasil pertanian. Buktinya pada tahun 1915, Jepun telah muncul sebagai negara yang mempunyai hasil pertanian yang tinggi dan menjadi negara

Page 15: Perang Dunia I (1)

yang penting sebagai pengeluar hasil pertanian di Asia Timur setanding dengan negara Ireland.[50]

 

            Secara keseluruhannya dapat dinyatakan bahawa Jepun sememangnya telah memanfaatkan penyertaannya dalam PDI ini untuk meningkatkan dan memperluaskan ekonomi negaranya. Kebijaksanaan Jepun terutamanya melalui peranan golongan Zaibatsu telah berjaya membawa ekonomi Jepun ke satu tahap yang lebih baik dan tinggi sehingga berjaya mengalahkan kuasa ekonomi dunia yang lain pada masa itu. Amerika Syarikat pada masa itu sangat tidak berpuas hati dengan pertumbuhan ekonomi Jepun yang mendadak sehingga gerun akan kuasa ekonomi yang dimiliki oleh Jepun. Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa penglibatan Jepun dalam perang ini telah digunakan dengan sebaiknya oleh pedagang-pedagang Jepun untuk merancakkan lagi sektor ekonomi sehingga Jepun muncul sebagai satu kuasa imperialis ekonomi dunia pada masa tersebut.

 

 

6.0 Kesimpulan

            Secara keseluruhannya dapat dinyatakan bahawa penglibatan Jepun dalam PDI sememangnya telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencapai agenda-agenda yang telah dirancang. Penglibatan Jepun dalam PDI merupakan satu tindakan bijak yang telah dilakukan oleh pemimpinnya kerana melalui penyertaan ini telah memberi banyak faedah kepada Jepun terutamanya dari segi kepentingan ekonomi dan perluasan kuasa di Asia serta mendapatkan pengiktirafan daripada pihak barat. Penyertaan Jepun dalam PDI dengan memihak kepada kuasa Berikat telah banyak memberi kelebihan kepada Jepun terutamanya apabila dapat menikmati semua permintaan melalui Tuntuan 21 selepas perang tamat. Melalui Perjanjian Versailles Jepun telah mendapat semua hak terhadap permintaan yang telah dibuat terutamanya hak keatas semua konsesi dan kepentingan Jerman di Asia. Tuntutan 21 yang dikemukakan terhadap China sebenarnya merupakan satu prospek yang banyak memberi kelebihan kepada Jepun dan dalam masa yang sama merugikan China.

 

            Penyertaan dalam PDI turut membantu Jepun untuk menguasai dan meluaskan pengaruhnya ke negara-negara Asia Timur terutamanya China apabila berjaya memiliki dan memperoleh beberapa kawasan penting di China seperti Shantung dan beberapa wilayah serta pelabuhan penting. Kebijaksanaan pemimpin Jepun dalam menyertai PDI telah menyebabkan Jepun berjaya mencapai objektif dalam agenda yang telah dirancang. Pengiktirafan barat terhadap kuasanya juga merupakan antara agenda yang telah dirancang oleh Jepun semasa menyertai pergolakan global ini. Walaupun barat menganggap Jepun hanya sebagai kuasa junior, tetapi secara realitinya dengan kekuatan

Page 16: Perang Dunia I (1)

tentera serta kemampanan sektor ekonomi sebenarnya telah berjaya menggerunkan barat terutamanya Amerika Syarikat sehingga kuasa-kuasa ini bimbang akan perluasan kuasa imperialisme Jepun di Asia menganggu kerancakan sektor ekonomi mereka. Penyertaan Jepun dalam PDI turut mencapai objektifnya apabila agenda untuk mengembangkan sektor ekonomi negaranya terutamanya sektor industri telah berjaya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Jepun dengan bantuan golongan-golongan konglomerat seperti zaibatsu. Kerancakan sektor ekonomi Jepun didorong oleh penyertaannya dalam siri pergolakan global ini, kerana melalui perluasan kuasa dalam peperangan yang disertai telah berjaya meluaskan pasaran untuk sektor perdagangan antarabangsa miliknya. Oleh itu, jelas dapat dinyatakan bahawa Jepun telah memanfaatkan sepenuhnya penglibatan dalam PDI untuk mencapai objektif yang telah dirancang terutamanya dalam agenda untuk meluaskan pengaruh dan kuasa di kawasan Asia Timur, mendapatkan pengiktirafan barat serta agenda untuk mengembangkan dan memperluaskan sektor ekonomi negaranya.

 

 

 

Bibliografi

 

Abdul Halim Ramli (2005). Tamadun Asia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti                       (UPENA) UiTM.

 

Alexander, A. (2008). The Arc of Japan’s Economic Development. New York: Routledge.

 

Andrew, G. (2003). A modern history of Japan from Tokugawa times to the present. New              York : Oxford University Press.

 

Cullen, L.M. (2003). A History of Japan 1582-1941. Cambridge: Cambridge University Press.

 

Page 17: Perang Dunia I (1)

Duiker, W.Y. & Speilvogel, J.J. (2006). World History From 1500. Singapore: Cengage                 Learning Asia Pte. Ltd.

 

Elleman, B.A. (1997). Diplomacy and Deception: The Secret History of Sino-Soviet                        Diplomatic Relations, 1917-1927. New York: M.E. Sharp Inc.

 

Hayes, L.D. (2001). Japan and The security of Asia. Idaho: Lexington Books.

 

Hidemasa Morikawa (1992). Zaibatsu: the Rise and Fall of Family Enterprise Groups in                Japan. Tokyo: University of Tokyo Press.

 

Joh Hirschmeier & Tsunehiko Yui (2006). The Development of Japanese Business: 1600-  1973. London: Taylor & Francis.

 

Kallen Stuart A. (2001). Life in Tokyo. California : Lucent Books.

 

Maltarich, B. (2005). Samurai and Superman: National Socialist Views of Japan. Oxford: Peter Lang International Academic Publisher.

 

McCargo, D. (2008). Ruslan Zainuddin (terj). Jepun Masa Kini. Kuala Lumpur: Institut    Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

 

Mikiso Hane (2000). Japan a short story. England : Oneworld Publications.

 

M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.

 

Page 18: Perang Dunia I (1)

Naoko Shimazu (2002). Japan, Race and Equality: The Racial Equality Proposal of 1919. New York: Routledge.

 

Nazli Choucri, Robert C. North & Susumu Yamakage (1992). The Challenge of Japan:                 Before World War II & After. New York: Routledge.

 

 

Pradyumna Prasad Karan & Dick Gilbreath (2005). Japan in the 21st century: environment,          economy, and society. Kentucky: University Press of Kentucky.

 

Radhey Shyam Chaurasia (2003). History of Japan. New Delhi: Atlantic Publishers and                Distributors.

 

Reischauer, E.O. (2006). Jepun:Sejarah Sebuah Negara (Azhar Mad Aros Terjemah).                    Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

 

Storry, R. (1967). Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Varley, H.P. (2000). Japanese Culture Edition 4. Hawaii: University Hawaii Press.

 

Yoshi Tsurumi & Rebecca R. Tsurumi (1984). Sogoshosha: Engines of Export-based Growth.       Montreal Quebec: Institute for Research on Public Policy (IRPP).

 

 

 

 

Page 19: Perang Dunia I (1)

 

Endnotes

[1] M. Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur : Arena buku  Sdn Bhd. Hlm. 220.

 

[2]Richard Storry. (1967). Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 120.

 

[3]Edwin O. Reischauer (2006). Jepun:Sejarah Sebuah Negara (Azhar Mad Aros Terjemah). Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 120.

 

[4]Radhey Shyam Chaurasia (2003). History of Japan. New Delhi: Atlantic Publishers and Distributors. Hlm. 126.

 

[5]Ibid.

 

[6] Peperangan ini berpunca daripada persaingan antara Jepun dan China untuk menegakkan pengaruhnya di Korea. Sebenarnya Jepun mempunyai agenda tersendiri untuk menawan Korea. Hal ini kerana Jepun didorong oleh fahaman imperialisme barat untuk menunjukkan kekuatannya agar mendapat pengiktirafan dunia. Pada masa itu berlaku kekacauan di Korea disebabkan konflik diantara Jepun dan China. Lihat M. Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Hlm. 98.

 

[7]Ibid.

 

[8] Radhey Shyam Chaurasia (2003). History of Japan. Hlm. 128.

 

Page 20: Perang Dunia I (1)

[9]Edwin O. Reischauer (2006). Jepun:Sejarah Sebuah Negara (Azhar Mad Aros Terjemah). Hlm. 120.

 

[10]Beliau seorang penganjur kepada Perjanjian Inggeris-Jepun, dan juga berperanan memujuk Kabinet Jepun untuk menyertai Perang Dunia Pertama. Selain itu, beliau juga perancang utama “Tuntutan Dua Puluh Satu” yang pada beliau dianggap penting bagi melakukan proses transformasi Negara China kepada sebuah negara naungan Jepun. Lihat. Richard Storry. (1967). Sejarah jepun Moden. Hlm 121.

 

 

 

[11]Radhey Shyam Chaurasia (2003). History of Japan. Hlm. 128

 

[12]M Rajendran. (1988). SejarahJepun. Hlm 125.

 

[13]Ibid. hlm 126.

 

[14] L.M. Cullen (2003). A History of Japan 1582-1941. Cambridge: Cambridge University Press. Hlm. 245.

 

[15] Duncan McCargo (2008). Jepun Masa Kini (Ruslan Zainuddin, Terjemah). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Hlm. 20.

 

[16] Ibid. Hlm. 243.

 

[17] Radhey Shyam Chaurasia (2003). History of Japan. Hlm. 128.

 

Page 21: Perang Dunia I (1)

[18] Bruce A. Elleman (1997). Diplomacy and Deception: The Secret History of Sino-Soviet Diplomatic Relations, 1917-1927. New York: M.E. Sharp Inc. Hlm. 17.

 

[19] Bill Maltarich (2005). Samurai and Superman: National Socialist Views of Japan. Oxford: Peter Lang International Academic Publisher. Hlm. 46.

 

[20] Naoko Shimazu (2002). Japan, Race and Equality: The Racial Equality Proposal of 1919. New York: Routledge. Hlm 104.

 

[21] Ibid.

 

[22] L.M. Cullen (2003). A History of Japan 1582-1941. Hlm. 244.

 

[23] Ibid.

 

[24] L.M. Cullen (2003). A History of Japan 1582-1941. Hlm. 244.

 

[25]Ibid. Hlm. 243.

 

[26] Dalam karya ini, penulis telah menjelaskan dengan terperinci mengenai kesan-kesan yang diperoleh Jepun melalui penyertaannya dalam Perang Dunia Pertama. Selain itu, penulis turut menyentuh mengenai faktor-faktor yang menyumbang kepada penglibatan Jepun dalam pergolakan global ini. Lihat Naoko Shimazu (2002). Japan, Race and Equality: The Racial Equality Proposal of 1919. New York: Routledge. Hlm 102.

 

[27] Kallen Stuart A. (2001). Life in Tokyo. California : Lucent Books. Hlm 18.

 

Page 22: Perang Dunia I (1)

[28] Gordon Andrew (2003). A modern history of Japan from Tokugawa times to the present. New York : Oxford University Press. Hlm 49.

 

[29] Zaman Pembaharuan Meiji membawa perubahan besar dalam sejarah Jepun dengan meletakkan kedudukan Maharaja sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi. Pelbagai perubahan yang dilakukan oleh Meiji yang bertujuan untuk membawa Jepun ke satu tahap yang lebih baik. Antaranya ialah pemusatan kuasa, menghapuskan feudalism, dan pelbagai perubahan dalam sektor ekonomi Jepun. Lihat Abdul Halim Ramli (2005). Tamadun Asia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM. Hlm. 199.

 

[30] L.M. Cullen (2003). A History of Japan 1582-1941. Hlm. 243.

 

[31] Nazli Choucri, Robert C. North & Susumu Yamakage (1992). The Challenge of Japan: Before World War II & After. New York: Routledge. Hlm. 41.

 

[32] H. Paul Varley (2000). Japanese Culture Edition 4. Hawaii: University Hawaii Press. Hlm. 247.

 

[33] Hidemasa Morikawa (1992). Zaibatsu: the Rise and Fall of Family Enterprise Groups in Japan. Tokyo: University of Tokyo Press. Hlm. 228.

 

[34] L.M. Cullen (2003). A History of Japan 1582-1941. Hlm.254.

 

[35] Radhey Shyam Chaurasia (2003). History of Japan.. Hlm. 129.

 

[36] Dalam karya ini, penulis telah menjelaskan dengan terperinci mengenai perkembangan negara Jepun bermula dengan era Pembaharuan Meiji sehingga penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Penulis turut menyentuh dengan lebih mendalam berkaitan hubungan luar Jepun dengan negara-negara barat terutamanya Amerika Syarikat dalam bab dua. Perbincangan mengenai hubungan luar Jepun ini telah

Page 23: Perang Dunia I (1)

dimulakan dengan perbincangan sejarah kedatangan Perry sehingga termeterainya Perjanjian Kanagawa pada 31 Mac 1854. Lihat Louis D. Hayes (2001). Japan and The security of Asia. Idaho: Lexington Books. Hlm. 22.

 

[37] Arthur Alexander (2008). The Arc of Japan’s Economic Development. New York: Routledge. Hlm. 1.

 

[38] L.M. Cullen (2003). A History of Japan 1582-1941. Hlm. 247.

 

[39] Ibid.

 

[40] M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm. 136.

 

[41] Joh Hirschmeier & Tsunehiko Yui (2006). The Development of Japanese Business: 1600-1973. London: Taylor & Francis. Hlm. 208.

 

[42] Gordon Andrew (2003). A modern history of Japan from Tokugawa times to the present. Hlm 97.

 

[43] Yoshi Tsurumi & Rebecca R. Tsurumi (1984). Sogoshosha: Engines of Export-based Growth. Montreal Quebec: Institute for Research on Public Policy (IRPP). Hlm. 60.

 

[44] Mikiso Hane (2000). Japan a short story. England : Oneworld Publications. Hlm 134.

 

[45] Pradyumna Prasad Karan & Dick Gilbreath (2005). Japan in the 21st century: environment, economy, and society. Kentucky: University Press of Kentucky. Hlm. 324.

Page 24: Perang Dunia I (1)

 

[46] William Y. Duiker & Jackson J. Speilvogel (2006). World History From 1500. Singapore: Cengage Learning Asia Pte. Ltd. Hlm. 676.

 

[47] M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm. 137.

 

[48] M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm. 137.

 

[49] L.M. Cullen (2003). A History of Japan 1582-1941. Hlm. 250.

 

[50] Ibid. hlm. 252.