Perancangan Pembangunan Negara

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    1/51

    DASAR EKONOMI BARU

    Latarbelakang

    Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan

    masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan

    kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah

    dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.

    Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan

    bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi.

    Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar

    bandar bertambah besar.

    Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan

    Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan

    kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan

    kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan.

    Rasional

    Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia

    menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di

    kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah

    saperti berikut:

    Kaum Kadar Kemiskinan ( % ) Pendapatan Purata Keluarga Sebulan ( RM )

    Melayu 64.8 172.00

    Cina 26.0 392.00

    India 39.2 304.00

    Lain-lain 44.8 813.00

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    2/51

    Pemilikan Jumlah Pemilikan % ( RM Juta )

    1. Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah 279.6 4.3

    a) Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6

    b) Agensi Amanah 110.9 1.7

    2. Bukan Bumiputera 2233.2 34.0

    3. Warganegara Asing 4051.3 61.7

    Jumlah : 6564.1 100.0

    Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah

    seperti berikut:

    Sektor-sektor Melayu Cina India Lain-lain

    1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0

    2. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7

    3. Perniagaan/Perdagangan,

    Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan

    dan kemudahan awam 42.6 45.5 10.7 1.2

    Objektif

    Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah

    mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang

    melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama

    dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan

    perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

    Strategi Pelaksanaan

    Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan

    dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    3/51

    i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang

    pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

    ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan

    pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

    Membasmi kemiskinan

    Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat.

    Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat

    perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan

    paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional.

    Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan

    telah dirangka supaya:

    i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

    ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

    iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya

    pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

    iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan

    luarbandar dan antara wilayah.

    v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.

    vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

    vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.

    viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan

    kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

    Penyusunan Semula Masyarakat

    Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi

    Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan

    Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar

    negeri.

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    4/51

    Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah

    disusun :

    i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses

    memodenkan kawasan luarbandar.

    ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat

    sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya

    pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.

    iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal

    dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

    iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan

    kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan

    menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah

    Saham Nasional.

    v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru

    seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

    Penutup

    Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmiankemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang

    kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan

    adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan

    bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan

    perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    5/51

    DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

    Latarbelakang

    Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan

    Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia

    telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak

    boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh

    namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses socio-economic engineering ala DEB

    ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil

    kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya.

    DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

    Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000

    telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu

    lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun

    2020.

    Objektif

    Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatu

    padu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkanpembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan

    Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan

    sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan,

    dan kecemerlangan ekonomi.

    Strategi Pelaksanaan

    DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan

    semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan

    dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah

    bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi

    aspek-aspek kritikal seperti berikut:

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    6/51

    (i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan

    pengagihan yang saksama;

    (ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk

    meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;

    (iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk

    menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari

    pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;

    (iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang

    ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan

    bandar dan luar bandar;

    (v) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati

    kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang

    positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;

    (vi) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan

    produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan

    industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula

    masyarakat;

    (vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan

    pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan

    dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi

    dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan

    (viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang

    sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka

    panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.

    DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta kekuatan

    dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia mengandungi beberapa peralihan

    pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan,

    terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dimensi-dimensibaru DPN adalah seperti berikut:

    (i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan

    menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di samping

    mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan yang termiskin adalah keluarga berpendapatan 50%

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    7/51

    atau kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis

    Kemiskinan adalah sebanyak $370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia,

    $544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan $452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira

    143,000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga

    termiskin);

    (ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan

    Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan dan

    seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi;

    (iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses

    penyusunan semula masyarakat; dan

    (iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan

    etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

    Program Pelaksanaan

    Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah seperti berikut:

    (i) Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan

    Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk mencapai

    hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan

    golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan

    kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan;

    (ii) Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa

    DPN telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam

    pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di dalam menghadapi persaingan

    antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya

    dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula, halangan-

    halangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat. Untuk mengatasi masalahini, Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta

    lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para pengeksport negara juga perlu mengurangkan

    pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang

    mempunyai daya saingan yang tinggi;

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    8/51

    (iii) Wawasan 2020

    Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan Malaysia ke taraf

    negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian pelaksanaan strategi serampang

    dua mata DPN akan terus menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan

    menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi yangteguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan

    ekonomi dunia. Oleh kerana setiap kaum mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri maka adalah

    penting untuk semua kaum di negara ini saling melengkapi dan bantu membantu antara satu

    sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara; dan

    (iv) Pembasmian Kemiskinan

    Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000

    berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ketahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan

    mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana kadar

    kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-an, pelaksanaan

    DEB (1971 - 90) telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui

    pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk

    mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka. Pengalaman telah

    menunjukkan bahawa kos penyelenggaraan skim pembangunan tanah seperti yang diuruskan

    oleh FELDA adalah lebih tinggi daripada kos pengendalian estet yang serupa oleh sektor swasta.

    Tambahan pula anak-anak peneroka dan petani yang berpendidikan lebih tinggi kurang berminat

    untuk bekerja di luar bandar. Ramai di antara mereka telah berhijrah untuk bekerja di bandar-bandar. Dengan itu pembukaan tanah baru oleh agensi kerajaan untuk mengatasi masalah

    pengangguran tidaklah ekonomikal lagi. Peranan ini lebih sesuai untuk dikendalikan oleh estet-

    estet komersial.

    Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar akan membolehkan mereka

    mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi. Aspek latihan ini

    akan dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini.

    Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam padi dan nelayan

    tetapi ianya akan ditumpukan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.

    Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada program-program

    berikut:

    - pendidikan dan

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    9/51

    - latihan

    - kesihatan

    - jalan-jalan luar bandar

    - pengangkutan

    - perumahan

    - bekalan air dan elektrik

    Usaha-usaha yang lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan

    pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan

    negeri-negeri lain.

    Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar juga akan dipertingkatkan.

    Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang

    lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan,

    pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga akan diambil oleh Kerajaan melalui

    perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan

    bandar-bandar secara teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-

    kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang terlibat

    dalam perniagaan dan industri kecil.

    (v) Penyusunan Semula Masyarakat

    Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan semula

    hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Berhubung dengan ini,

    matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke

    tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan

    strategi meningkatkan guna tenaga dan penyertaan Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor

    moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar

    dan program Kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan Bumiputera, tetapi

    adalah menjadi harapan kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskandaya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Sehubungan

    dengan ini latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan.

    Sebagai langkah jangka panjang, program untuk memupuk usahawan muda juga akan diberi

    tumpuan.

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    10/51

    DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor moden

    seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di

    dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan franchise. Usahasama

    secara aktif di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan digalakkan untuk membolehkansyarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan. Bagi membolehkan Bumiputera

    bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping

    kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran

    antarabangsa. Matlamat penyusunan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di

    pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan

    etnik dalam negara. Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dasar ini akan memastikan

    bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan,

    khususnya dalam kategori profesional, pengurusan dan teknikal. Daripada 2.4 juta pekerjaan

    baru yang dijangka akan dapat diwujudkan dari tahun 1991-2000, kira-kira 55.8% akan diambil

    oleh Bumiputera (706,700 dalam sektor perkhidmatan dan 534,000 dalam sektor pembuatan.) Di

    sektor luar bandar, untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja, langkah-langkah akan diambil

    untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran.

    Berhubung dengan strategi penyusunan semula hak milik dan pengawalan dalam sektor swasta,

    sasaran secara kuantitatif yang khusus tidak ditetapkan dalam DPN. Langkah-langkah akan

    diambil untuk melengkapkan Bumiputera dengan kemahiran-kemahiran yang sesuai bukan

    sahaja bagi mengurus dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan tetapi juga bagi

    mengekalkan kekayaan mereka. Agensi-agensi amanah dan perbadanan awam perlu merancang

    dan menyelaras tindakan masing-masing dengan lebih berkesan dalam mewujudkan harta-harta

    baru dan membeli kepentingan tertentu bagi pihak Bumiputera. Peranan Permodalan Nasional

    Berhad (PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan Bumiputera dan

    pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional

    (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha

    menggembleng tabungan Bumiputera sepanjang tempoh DPN.

    Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan

    penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusunan semula modal

    saham. Jawatankuasa Pelaburan Asing akan meneruskan pengawasan proses penyusunan semula

    modal saham dengan menggalakkan lagi syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang

    ditetapkan.

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    11/51

    Penutup

    Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi

    bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara

    wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsippembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan

    memperkukuhkan perpaduan negara.

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    12/51

    DASAR WAWASAN NEGARA

    MATLAMAT DAN RANGKA DASAR

    PENDAHULUAN

    1.01 Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) yang meliputi tempoh 2001-2005 merupakan fasa

    pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001-2010. Dasar

    Wawasan Negara (DWN) yang terkandung dalam RRJP3 akan menentukan arah pembangunan

    negara dalam dekad pertama abad ke-21. RMKe-8 menggabungkan strategi, program dan projek

    yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mampan dan pengukuhan dayatahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama.

    1.02 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7), negara mengalami pertumbuhan

    ekonomi yang pesat, kecuali pada tahun 1998 apabila negara dilanda krisis ekonomi yang teruk.

    Walau bagaimanapun, penguncupan ekonomi yang mendadak hanya berlaku dalam jangka masayang singkat. Ekonomi kembali mengalami pertumbuhan dengan cepat hasil pelaksanaan dasar

    fiskal dan kewangan serta strategi yang berkesan oleh Kerajaan dan prestasi sektor luaran yang

    menggalakkan. Pada tahun 2000, ekonomi mencatat kadar pertumbuhan sebelum krisis dengan

    harga secara relatifnya stabil dan kadar penggangguran yang rendah. Tahap kemiskinan dapat

    dikurangkan dengan ketara dan kualiti hidup dapat ditingkatkan.

    1.03 Dalam tempoh RMKe-8, ekonomi Malaysia akan menghadapi cabaran yang lebih besar

    kesan daripada peningkatan globalisasi dan liberalisasi serta kemajuan teknologi yang pesat,

    terutamanya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bagi meningkatkan daya saing dan

    memperkukuhkan daya tahan ekonomi, usaha yang bersungguh-sungguh akan dilaksana untuk

    meningkatkan produktiviti faktor keseluruhan (TFP) serta memudahkan pembangunan ekonomi

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    13/51

    berasaskan pengetahuan. Keutamaan akan diberi untuk meningkatkan penawaran tenaga buruh

    yang berkualiti, meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (P&P) dan

    mempercepatkan pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan. Penekanan juga

    akan diberi kepada memperkukuhkan nilai-nilai positif di kalangan rakyat dan membentuk

    masyarakat yang bersatu padu dan saksama.

    II. DASAR WAWASAN NEGARA

    1.04 Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu

    Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai

    perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula

    masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga

    berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia

    untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

    1.05 Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas

    dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang

    dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Bagi menangani

    cabaran yang dihadapi oleh Negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut

    acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan

    berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan

    dan kestabilan sosial. Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikalseperti berikut:

    Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    14/51

    Semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih

    Bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan

    Kualiti hidup dan keutuhan ekonomi;

    Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan

    Dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta

    Wilayah;

    Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber

    Pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro;

    Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi;

    Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk

    Meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya

    Pemikiran rakyat;

    Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    15/51

    Cekap, produktif dan berpengetahuan; dan

    Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan

    Jangka panjang.

    III. TERAS PEMBANGUNAN RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN

    1.06 Dalam tempoh RMKe-7, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

    secara keseluruhan adalah positif walaupun krisis kewangan menyebabkan ekonomi menguncup

    sebanyak 7.4 peratus pada tahun 1998. Krisis ini merupakan satu ujian getir ke atas ketahanan

    negara dan menyerlahkan kekuatan dan kelemahan ekonomi. Kesan globalisasi, liberalisasi dan

    kemajuan pesat ICT memerlukan dasar, strategi dan program sedia ada dinilai dan disusun

    semula serta pendekatan baru dilaksanakan. Dasar dan strategi akan ditumpukan bagi mencapai

    pertumbuhan mampan dengan daya tahan serta memperkukuhkan infrastruktur kewangan dan

    ekonomi.

    1.07 Pelaksanaan strategi yang sesuai pada masa yang tepat dan secara berkesan adalah penting

    bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara dalam membangunkan ekonomi berasaskan

    pengetahuan. Sehubungan dengan ini, Kerajaan akan terus memastikan pendekatan menyeluruh

    dan seimbang diambil dalam melaksanakan agenda pembangunan negara. Melalui pendekatan

    ini, penekanan bukan sahaja akan diberi kepada pembangunan sumber manusia dari segi

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    16/51

    ekonomi tetapi juga pembangunan aspek-aspek penting yang lain iaitu sosial, kebudayaan dan

    psikologi.

    1.08 Dasar dan strategi dalam tempoh RMKe-8 akan memberi tumpuan untuk mencapai

    pertumbuhan mampan dengan berdaya tahan. Teras RMKe-8 adalah mengubah strategi

    pertumbuhan daripada strategi yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh

    pengetahuan. Peralihan kepada strategi ini penting dalam usaha meningkatkan pertumbuhan

    potensi keluaran, mempercepatkan perubahan struktur sektor pembuatan dan perkhidmatan serta

    menggiatkan sektor pertanian dan memperkukuhkan kestabilan sosioekonomi melalui

    pengagihan kekayaan dan pendapatan negara yang saksama. RMKe-8 akan memberi lebih

    tumpuan kepada inisiatif sektor swasta sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar

    institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti bagi membantu pembangunan sektor swasta.

    Dalam usaha meningkatkan daya saing negara, penekanan khusus akan diberi bagi meningkatkan

    produktiviti dan kecekapan menerusi pembangunan sumber manusia, peningkatan aktiviti P&P

    serta penggunaan teknologi terkini, terutamanya ICT.

    1.09 Strategi utama yang akan dilaksana dalam tempoh Rancangan bagi menangani cabaran yang

    dihadapi oleh negara adalah seperti berikut:

    Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap dan memastikan dasar kewangan

    Dan fiskal yang berhemat serta meningkatkan usaha membangunkan ekonomi berasaskan

    Pengetahuan;

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    17/51

    Memperkukuh dan menyelaras program dan strategi pengagihan bagi memastikan

    Penyertaan yang seimbang di kalangan dan antara kumpulan etnik dan kumpulan

    Pendapatan serta wilayah;

    Meningkatkan pertumbuhan produktiviti melalui pemantapan pengetahuan, kemahiran

    Dan kepakaran pekerja serta mengukuhkan p&p dan sains dan teknologi (s&t);

    Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi dengan mempercepatkan peralihan

    Sektor ekonomi utama kepada proses pengeluaran yang lebih cekap dan aktiviti nilai

    Ditambah yang lebih tinggi;

    Memperluaskan penggunaan ict dalam semua sektor ekonomi bagi mempercepatkan

    Proses pertumbuhan;

    Memperkukuhkan asas sumber manusia bagi memastikan bekalan tenaga manusia yang

    Mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran berfikir yang tinggi;

    Melaksanakan pendekatan menyeluruh dan bersepadu dalam menangani isu-isu sumber

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    18/51

    Asli dan alam sekitar bagi mengekalkan pembangunan yang mampan;

    Meningkatkan lagi kualiti hidup melalui peningkatan akses kepada perkhidmatan sosial

    Serta membangunkan aspek estatik dalam kehidupan;

    Dan

    Mempergiatkan usaha bagi memupuk dan menyemai nilai-nilai positif dan sifat murni di

    Kalangan rakyat menerusi sistem pendidikan, pertubuhan sosial dan agama serta media.

    Pengekalan Kestabilan Ekonomi Makro

    1.10 Ekonomi makro yang stabil adalah penting untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi

    mampan dengan berdaya tahan. Usaha untuk mengekalkan kestabilan ekonomi makro, termasuk

    meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap, memastikan dasar kewangan dan fiskal

    yang berhemat, menggalakkan pelaburan yang berkualiti dari dalam dan luar negara,

    meningkatkan pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan dan mengekalkan

    kedudukan imbangan pembayaran yang sihat.

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    19/51

    1.11 Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap. Malaysia akan meneruskan

    matlamat untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan kadar inflasi yang rendah

    dan akaun luar negara dan belanjawan yang mampan. Bagi mencapai status negara maju

    menjelang tahun 2020, KDNK sebenar perlu berkembang pada kadar minimum 7.0 peratus

    setahun. Kadar pertumbuhan ini akan dicapai selaras dengan potensi ekonomi jangka panjang

    dan asas pengurusan ekonomi makro yang mantap khususnya dalam keadaan harga yang stabil

    dan mengekalkan lebihan dalam imbangan akaun luar negara dan akaun fiskal. Dalam tempoh

    RMKe-8, melalui pelaksanaan langkah-langkah untuk meningkatkan potensi keluaran,

    pertumbuhan ekonomi disasarkan pada kadar 7.5 peratus setahun. Usaha akan diambil bagi

    meningkatkan kecekapan dalam penggunaan modal, melaksanakan pelaburan berkualiti dan

    produktif serta meningkatkan produktiviti buruh dan sumbangan TFP kepada pertumbuhan

    ekonomi.

    1.12 Dalam mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi, pengalaman daripada krisis ekonomi pada

    tahun 1998 telah memberi petunjuk perlunya ekonomi mempunyai daya tahan bagi menghadapi

    sebarang kemungkinan di luar jangkaan dan keupayaan untuk pulih dengan kesan minimum.

    Dalam suasana system kewangan global yang semakin berintegrasi, negara akan terus terdedah

    kepada risiko aliran modal spekulatif jangka pendek yang tidak terkawal. Oleh yang demikian,

    pengurusan ekonomi makro yang mantap akan dilaksana bagi mengelak ketidakseimbangan serta

    menyumbang kepada pengukuhan daya tahan ekonomi dan meningkatkan daya saing.

    1.13 Memastikan dasar kewangan dan fiskal berhemat. Dalam tempoh RMKe-8, Kerajaan akan

    meneruskan dasar fiskal yang berhemat bagi memastikan nisbah khidmat hutang jangka panjang

    yang mampan dan terkawal. Sistem percukaian dan pentadbirannya akan terus diperkukuhkan

    untuk menjana hasil dan meningkatkan kecekapan ekonomi dan produktiviti. Dasar kewangan

    akan mengukuhkan lagi dasar fiskal dalam menggalakkan pertumbuhan jangka panjang yang

    mampan. Dalam konteks ini, kecairan akan diuruskan dengan berhemat untuk memudahkan

    pertumbuhan ekonomi tanpa menyebabkan berlakunya inflasi. Dasar kewangan juga akan

    memastikan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank tidak menjadi punca ketidakstabilan yang

    membawa kepada kenaikan harga aset yang seterusnya menyebabkan tekanan inflasi. Bagi

    menggalakkan simpanan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi, kadar pulangan sebenar

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    20/51

    deposit yang positif akan dikekalkan. Di samping itu, pasaran bon akan dibangunkan bagi

    melengkapi sistem perbankan dalam memenuhi keperluan kewangan khususnya untuk projek

    infrastruktur yang besar.

    1.14 Menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negeri dan menarik pelaburan langsung asing

    (FDI) yang berkualiti. Usaha akan ditumpu bagi menggalakkan pelaburan swasta dalam negeri

    supaya ekonomi dapat dibangun berasaskan strategi pertumbuhan yang didorong oleh sumber

    dan kekuatan dalam negeri serta mengukuhkan daya tahan ekonomi. Kerajaan akan terus

    melaksana dasar properniagaan dengan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi

    pembangunan perniagaan. Sektor swasta akan digalak meningkatkan kualiti pelaburan dan

    mengembangkannya kepada aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi. Sehubungan dengan ini,

    dalam usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing, usahawan tempatan digalak

    meningkatkan penggunaan pengetahuan dalam operasi dan menjadikan amalan dan standard

    antarabangsa sebagai pengukur keupayaan mereka. Di samping itu, perolehan kepakaran dan

    kontrak pengeluaran akan menjadi bertambah penting khususnya kepada perusahaan kecil dan

    sederhana (PKS) untuk mengembangkan pasaran dalam negeri dan antarabangsa. Dasar

    penswastaan akan terus dilaksana sebagai kaedah memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam

    pembangunan ekonomi serta meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor korporat.

    1.15 Kerajaan juga akan terus menggalakkan FDI terutamanya dalam aktiviti pembuatan

    berteknologi tinggi, ICT, tenaga dan aktiviti strategik lain. Galakan akan diberi kepada FDI yang

    mempunyai komponen P&P serta dapat memberi manfaat yang ketara dalam aspek

    pembangunan sumber manusia, pemindahan teknologi dan akses kepada pasaran baru. Syarikat

    multinasional (MNC) akan terus diberi galakan untuk mengukuhkan rantaian dengan industri

    dalam negeri melalui penggunaan lebih banyak input tempatan. Pelabur asing juga digalakkan

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    21/51

    membentuk kerjasama dan perkongsian strategik dengan PKS dalam negeri.

    1.16 Mengekalkan kedudukan imbangan pembayaran yang sihat. Kerajaan akan terus melaksana

    dasar serampang dua mata untuk mengekalkan kedudukan imbangan pembayaran yang sihat

    iaitu mengurangkan defisit dalam imbangan perkhidmatan dan meningkatkan lebihan dagangan.

    Bagi menangani defisit akaun perkhidmatan, industri perkhidmatan akan terus dibangunkan

    untuk meningkatkan pendapatan tukaran asing daripada pelancongan, perjalanan dan pendidikan,

    perkapalan dan insurans, kewangan dan pembinaan. Di samping itu, bagi mengekalkan

    pendapatan eksport, Kerajaan akan terus menyediakan persekitaran yang kondusif yang dapat

    membangunkan lagi sektor eksport. Usaha juga akan diambil bagi mengurangkan bil import

    menerusi promosi PKS secara aktif untuk mengeluarkan input perantaraan bagi industri dalam

    negeri.

    1.17 Dalam tempoh Rancangan, industri tempatan dijangka menghadapi persaingan yang lebih

    hebat kesan daripada peningkatan liberalisasi, iaitu selaras dengan pembentukan Kawasan

    Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

    Kematangan ekonomi negara membangun yang lain dan negara dalam peralihan kepada ekonomi

    berasaskan pasaran akan meningkatkan lagi persaingan negara di peringkat global. Usaha

    berterusan akan diambil untuk memperbaiki kualiti kemudahan infrastruktur dan mewujudkan

    persekitaran yang kondusif untuk inisiatif swasta serta meningkatkan pembangunan kelompok

    industri yang berdaya saing.

    1.18 Menggiatkan usaha membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. Selaras dengan arah

    aliran global, peningkatan kandungan pengetahuan dalam semua aktiviti ekonomi adalah perlu

    untuk meningkatkan nilai ditambah dan mewujudkan guna tenaga. Ekonomi berasaskan

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    22/51

    pengetahuan merupakan strategi penting bagi meningkatkan produktiviti dari segi TFP dan tahap

    potensi keluaran serta menyediakan asas untuk mengekalkan daya saing negara di peringkat

    antarabangsa dalam jangka masa pendek dan sederhana. Pembangunan ekonomi berasaskan

    pengetahuan, antara lain, memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk meningkatkan lagi

    pembangunan sumber manusia, mengukuhkan P&P dan S&T, menaik taraf infrastruktur ICT dan

    memastikan wujudnya kemudahan pembiayaan yang bersesuaian.

    1.19 Malaysia perlu membangunkan dengan segera tenaga manusia yang kreatif dan inovatif

    dalam jumlah yang besar. Bagi mencapai tujuan ini, sistem pendidikan akan dikaji semula untuk

    menyediakan kemahiran yang diperlukan. Sistem pembelajaran sepanjang hayat akan

    diperkenalkan dan program peningkatan kemahiran diperkukuhkan untuk menyokong

    pembentukan masyarakat yang mengutamakan pemerolehan pengetahuan secara berterusan. Di

    samping itu, program yang lebih teratur akan dilaksana untuk menarik warganegara Malaysia di

    luar negara serta warga asing yang mempunyai kemahiran tinggi dan berbakat bekerja di

    Malaysia. Usaha memperkukuhkan P&P dan S&T termasuklah meningkatkan keupayaan dalam

    negeri untuk menjalankan P&P, memperkemaskan mekanisme pembiayaan sektor awam untuk

    P&P, menggalakkan sektor swasta supaya memperuntukkan peratusan yang lebih besar daripada

    pendapatannya untuk aktiviti ini, menumpukan semula usaha P&P dalam bidang strategik danmemperbaiki penyebaran penemuan penyelidikan dan meningkatkan keupayaan

    pengkomersilannya. Bagi membantu pertumbuhan aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan,

    Kerajaan secara berterusan akan menaik taraf infrastruktur komunikasi dan multimedia,

    menggalakkan pembangunan industri dengan kandungan tempatan dan memastikan regim kawal

    selia yang menyokong pertumbuhan. Sistem kewangan akan disusun semula bagi memenuhi

    keperluan aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan. Pembangunan industri modal teroka dan

    pasaran modal akan dipercepatkan untuk menjadi sumber penting pembiayaan aktiviti

    berinovatif dan berteknologi tinggi.

    Pembasmian Kemiskinan dan Penyusunan Semula Masyarakat

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    23/51

    1.20 Agenda pengagihan akan terus diberi penekanan untuk mencapai matlamat membina

    masyarakat yang bersatu padu dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pelaksanaan strategi dan

    program pengagihan akan diperkukuh dan diselaraskan bagi memastikan penyertaan seimbang di

    kalangan dan antara kumpulan etnik, pendapatan dan wilayah. Untuk memastikan objektif ini

    tercapai Kerajaan akan mengkaji semula dan memperbaiki kelemahan pelaksanaan strategi dan

    program sedia ada.

    1.21 Mengukuhkan program pembasmian kemiskinan. Teras pembasmian kemiskinan dalam

    tempoh Rancangan adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan mutlak kepada 0.5 peratus

    pada tahun 2005. Pertumbuhan ekonomi yang dijangka pesat dalam tempoh Rancangan akan

    mewujudkan lebih banyak peluang kepada golongan miskin untuk meningkatkan lagi pendapatan

    mereka dan keluar daripada belenggu kemiskinan. Di samping itu, Program Pembangunan

    Rakyat Termiskin (PPRT) dan program pembasmian kemiskinan yang lain akan diperkukuhkan

    di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Bagi membasmi kemiskinan di

    kawasan dan di kalangan golongan yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi, SPKR akan

    dilaksana sebagai satu pakej bersepadu yang mengandungi komponen ekonomi, sosial dan fizikal.

    1.22 Kerajaan akan terus menangani isu ketidakseimbangan pendapatan khususnya antara

    kumpulan etnik, bandar dan luar bandar dan wilayah. Usaha akan dipergiat untuk mewujudkan

    kumpulan berpendapatan sederhana yang lebih besar dan makmur di samping meningkatkan

    pendapatan kumpulan berpendapatan rendah. Lebih banyak aktiviti yang dapat menjana

    pendapatan akan diperkenalkan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah miskin dan kumpulan

    berpendapatan rendah. Antara lain, satu mekanisme akan dibentuk bagi meningkatkan

    pendapatan pekebun kecil dengan menyediakan bantuan pada masa mereka menghadapi keadaan

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    24/51

    yang sukar. Bagi memenuhi objektif pembangunan seimbang antara wilayah dan negeri,

    Kerajaan akan mengambil langkah meningkatkan kadar pertumbuhan bagi negeri-negeri kurang

    maju dengan menggalakkan pertumbuhan sektor ekonomi seperti pembuatan, pelancongan dan

    pertanian moden.

    1.23 Meneruskan agenda penyusunan semula masyarakat. Berhubung dengan penyusunan

    semula pemilikan, pelbagai program seperti peruntukan saham, skim unit amanah dan

    penswastaan akan terus dilaksana untuk meningkat dan mengekalkan pemilikan modal dan

    kawalan Bumiputera ke atas syarikat. Pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat akan

    ditingkatkan sekurang-kurangnya 30 peratus pada tahun 2010 seperti yang terkandung dalam

    RRJP3. Institusi dan agensi amanah Bumiputera diharap dapat memainkan peranan yang lebih

    besar terutamanya dalam mengembleng sumber Bumiputera dan mewujudkan peluang kekayaan

    baru. Usahawan Bumiputera akan digalak mewujudkan usaha sama dan perkongsian strategik

    dengan usahawan bukan Bumiputera dan asing untuk mendapat manfaat dalam kemajuan

    teknologi, akses kepada pasaran dan kepakaran pengurusan.

    1.24 Usaha yang lebih besar akan diambil untuk memperkemaskan pelaksanaan strategi dan

    program penyusunan semula guna tenaga dalam pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat

    pekerjaan supaya mencerminkan komposisi etnik. Pendidikan dan latihan terus menjadi

    mekanisme penting untuk mencapai objektif penyusunan semula guna tenaga. Dalam hubungan

    ini, lebih banyak institusi latihan dan vokasional peringkat tinggi akan dibina dalam tempoh

    Rancangan untuk membolehkan pekerja dan graduan institusi vokasional dan latihan

    terutamanya Bumiputera untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    25/51

    1.25 Dalam tempoh Rancangan, pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian

    Bumiputera (MPPB) akan tertumpu kepada mewujudkan usahawan Bumiputera yang lebih

    mampan, berdikari dan bertaraf dunia. Sokongan dan penglibatan langsung Kerajaan secara

    terpilih masih diperlukan. Walau bagaimanapun, agensi pelaksana akan mewujudkan dasar tamat

    penyertaan yang menetapkan tempoh masa bagi peserta menyertai program yang dilaksanakan

    untuk memberi peluang kepada usahawan Bumiputera lain mendapat manfaat daripada program

    tersebut. Selaras dengan objektif mewujudkan masyarakat Bumiputera kelas pertengahan yang

    lebih besar dan makmur, langkah sedia ada akan diperkemaskan lagi dan strategi baru dilaksana

    untuk memperkukuhkan daya tahan usahawan Bumiputera. Di samping itu, usaha akan dilaksana

    untuk menyemai nilai-nilai positif seperti amanah, disiplin dan akauntabiliti di kalangan

    usahawan Bumiputera. Sektor swasta termasuk dewan perniagaan dan persatuan perdagangan

    dijangka terlibat secara aktif dalam melaksanakan program-program baru bagi melahirkan lebih

    ramai usahawan Bumiputera yang dinamik dan berdaya tahan.

    Pertumbuhan yang Didorong oleh Produktiviti

    1.26 Meningkatkan pertumbuhan produktiviti adalah penting bagi mencapai pertumbuhan yang

    tinggi dengan paras harga yang stabil. Memandangkan sumber dan keupayaan pengumpulan

    modal yang terhad serta persaingan hebat dalam menarik kemasukan pelaburan asing, peralihanstrategi pembangunan ekonomi daripada strategi pertumbuhan yang didorong oleh input kepada

    strategi pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti melalui peningkatan sumbangan TFP perlu

    dipercepatkan. Peningkatan dalam TFP melalui penggunaan modal dan buruh yang lebih cekap

    akan membolehkan ekonomi bergerak ke sempadan pengeluaran yang lebih tinggi. Penekanan

    akan diberi kepada meningkatkan pendidikan, kemahiran dan keupayaan tenaga buruh,

    memperkemaskan teknik pengurusan dan organisasi, meningkatkan P&P dan S&T,

    memperkukuhkan kapasiti inovasi dan melindungi hak milik intelektual serta memperluaskan

    penggunaan ICT.

    1.27 Kejayaan strategi pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti bergantung kepada tenaga

    kerja yang berkualiti dan berkebolehan. Dalam tempoh RMKe-8, sistem penyampaian

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    26/51

    pendidikan dan latihan akan diorientasikan semula bagi mempercepatkan pengumpulan modal

    manusia. Pengukuhan sistem ini amat penting kerana perubahan pesat teknologi menyebabkan

    pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari menjadi tidak sesuai dengan keperluan pasaran

    dalam jangka masa yang lebih singkat. Melalui pengukuhan program latihan dan latihan semula,

    kualiti tenaga kerja dapat ditingkatkan dan seterusnya memendekkan keluk pembelajaran dan

    mempercepatkan penggunaan proses pengeluaran yang lebih maju dan perolehan teknologi baru.

    Kerajaan akan mempergiatkan usaha menyediakan lebih ramai tenaga manusia mahir dan

    berpengetahuan. Dengan wujudnya tenaga manusia sedemikian, ekonomi akan terus

    meningkatkan keupayaan penggunaan pengetahuan dalam semua peringkat rantaian nilai.

    1.28 Kerajaan akan terus menggalakkan firma tempatan untuk menjalankan aktiviti P&P dan

    inovasi teknologi melalui penyediaan insentif fiskal dan kewangan serta kemudahan infrastruktur

    yang bersesuaian. Penekanan akan diberi kepada pembiayaan bersama dan menggalakkan

    program kerjasama dalam penyelidikan antara industri dan institusi awam serta

    mengkomersilkan penemuan P&P. Memandangkan pelaburan dalam P&P dan pembangunan

    industri strategik melibatkan kos dan mempunyai risiko yang tinggi, pendekatan nasional yang

    bersepadu akan dilaksanakan. Sumber-sumber akan disediakan kepada institusi penyelidikan

    tertentu untuk membangunkan teknologi perindustrian dalam bidang yang dikenal pasti sama ada

    secara bersendirian atau usahasama dengan industri. Memandangkan bioteknologi merupakan

    satu daripada teknologi utama dalam abad ke-21, dasar bioteknologi nasional akan digubal bagimerangka pendekatan yang komprehensif dan bersepadu dalam pembangunan bioteknologi.

    Peningkatan Daya Saing Sektor Utama

    1.29 Proses liberalisasi dan kemajuan dalam ICT serta perubahan dalam pasaran pengguna akan

    meningkatkan persaingan di pasaran global. Oleh itu, meningkatkan daya saing negara di

    peringkat antarabangsa khususnya dalam sektor-sektor ekonomi utama adalah satu daripada teras

    pembangunan yang penting bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan. Sehubungan

    dengan ini, langkah yang berkesan termasuk memastikan jentera pentadbiran lebih proaktif akan

    dilaksanakan. Di samping itu, persekitaran yang kondusif akan disediakan menerusi langkah

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    27/51

    seperti menggubal undang-undang dan merangka dasar perdagangan yang sesuai. Dalam tempoh

    Rancangan, sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian akan terus menjadi penggerak utama

    ekonomi.

    1.30 Perindustrian masa hadapan. Dalam tempoh RMKe-8, persaingan antara negara untuk

    mendapatkan pelaburan, pengeluran dan pasaran akan bertambah hebat. Selain peningkatan

    dalam persaingan, cabaran yang akan dihadapi berikutan kemajuan pesat teknologi akan

    mempengaruhi pembangunan industri. Bagi memenuhi cabaran tersebut dan mengekalkan

    momentum pertumbuhan dalam sektor pembuatan, teras strategik ditumpukan untuk membangun

    industri yang mampu memenuhi keperluan pengguna yang semakin kompleks. Di samping itu,

    pakatan strategik dengan syarikat asing akan dibentuk untuk meningkatkan daya saing dan

    menambah peluang di pasaran luar negara.

    1.31 Selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Kedua, industri perlu beralih kepada aktiviti

    rantaian nilai yang lebih tinggi dengan menumpukan kepada peningkatan inovasi dan

    penggunaan teknologi baru. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah P&P, rekabentuk pembangunanproduk, pembuatan berteknologi tinggi, proses kejuruteraan, lojistik dan pemasaran strategik.

    Penekanan akan diberi kepada pembangunan kelompok industri yang dinamik. Sehubungan

    dengan ini, industri elektrik dan elektronik akan terus beralih daripada proses pengeluaran

    berintensif buruh kepada penggunaan proses pengeluaran berteknologi tinggi. Industri

    berasaskan sumber pula terutamanya industri petrokimia, farmarsi dan keluaran makanan digalak

    menjalankan aktiviti yang mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi.

    1.32 Kerajaan akan menggalakkan kepelbagaian di kalangan kelompok industri utama

    memandangkan komposisi industri yang seimbang akan menyumbang kepada pertumbuhan

    mampan serta meminimumkan kesan daripada turun naik permintaan. Pada masa yang sama,

    industri digalak menggunakan proses pengeluaran berintensif pengetahuan untuk meningkatkan

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    28/51

    produktiviti dan pertumbuhan. Kerajaan akan terus menggalak kemasukan FDI dalam industri

    yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi dan industri berintensif teknologi serta memberi

    penekanan kepada latihan kemahiran untuk memenuhi permintaan tenaga manusia mahir oleh

    industri.

    1.33 Memupuk kestabilan dan kecekapan sektor kewangan. Dalam tempoh RMKe-8, penekanan

    akan ditumpu kepada mengukuh dan meletakkan sektor kewangan pada kedudukan yang

    strategik dalam persekitaran pasaran yang lebih global dan liberal. Teras sektor kewangan ialah

    untuk mewujudkan sektor kewangan yang kompetitif, kukuh dan berdaya tahan yang akan

    menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi. Bagi mencapai tujuan ini,

    Pelan Induk Sektor Kewangan dan Pelan Induk Pasaran Modal akan menyediakan rangka kerja

    yang komprehensif untuk pembangunan strategik sektor kewangan sepanjang tempoh 10 tahun.

    1.34 Di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan, usaha akan ditumpu bagi membentuk kumpulan

    utama institusi perbankan tempatan yang kukuh. Pada masa yang sama, institusi perbankan perlu

    terus memainkan peranan yang dinamik untuk menyokong ekonomi di samping memeliharakestabilan sistem perbankan. Potensi perbankan Islam akan diperkukuhkan lagi sebagai satu

    sistem yang canggih dan berdaya maju dalam mengembleng tabungan dan menyediakan sumber

    pelaburan. Rangka kerja institusi dan infrastruktur pasaran akan diperkukuhkan untuk

    membolehkan sistem perbankan berfungsi dan beroperasi dengan lancar. Pembangunan dan

    penyelidikan ke atas instrumen kewangan Islam juga akan digalak bagi menjana produk yang

    berinovatif dan berorientasikan pelanggan.

    1.35 Pelan Induk Pasaran Modal menggariskan strategi bagi pembangunan pengantara dan

    institusi yang kompetitif dalam bidang utama bagi membantu kecekapan dalam penggemblengan

    sumber dan membina asas domestik yang kukuh untuk sektor perkhidmatan kewangan. Langkah

    akan dilaksana bagi membangunkan lagi segmen utama pasaran modal seperti pasaran bon dan

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    29/51

    derivatif serta industri pengurusan dana. Penekanan juga akan ditumpu kepada membangunkan

    industri modal teroka bagi memudahkan pembiayaan industri berasaskan teknologi yang

    mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi. Selain daripada itu, tumpuan akan diberi kepada

    membangunkan Malaysia sebagai pusat antarabangsa aktiviti pasaran modal Islam.

    1.36 Memaksimumkan potensi pelancongan. Pendekatan bersepadu dan menyeluruh akan diberi

    penekanan bagi membolehkan industri pelancongan mencapai tahap kemajuan yang lebih tinggi.

    Pembangunan industri pelancongan yang mampan merupakan bahagian penting dalam

    merancang dan melaksanakan aktiviti pelancongan. Usaha akan ditumpu kepada program yang

    mempunyai impak yang besar dalam menarik pelancong dan meningkatkan hasil pelancongan.

    Malaysia akan ditonjolkan sebagai destinasi utama pelancong, penuh dengan perayaan dan acara

    menarik sepanjang tahun. Di samping itu, langkah akan terus dilaksana bagi meningkatkan

    pembangunan produk, pemasaran dan promosi, keselesaan dan keselamatan pelancong.

    Pembangunan sumber manusia akan diberi keutamaan selaras dengan keperluan meningkatkan

    kualiti produk dan perkhidmatan pelancongan. Pakatan strategik dan kerjasama antarabangsa

    akan terus diperkukuhkan untuk meningkatkan lagi promosi dan pembangunan pelancongan.

    1.37 Menggiatkan sektor pertanian. Dalam tempoh Rancangan, perubahan sektor pertanian

    kepada sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing yang bersepadu dengan sektor ekonomi

    lain akan dipercepatkan. Tumpuan utama adalah menambah pengeluaran makanan,

    meningkatkan daya saing komoditi perindustrian menerusi penyatuan kawasan pertanian danmembangunkan sumber baru pertumbuhan. Langkah juga akan dilaksana bagi mengoptimumkan

    penggunaan sumber dengan menggiatkan P&P serta menggunakan kemahiran dan teknologi baru.

    Perkhidmatan sokongan dan institusi akan diperkemas untuk menggalakkan lagi perladangan

    tersusun dan penyertaan aktif sektor swasta dalam aktiviti pertanian. Pengkomersilan produk

    pertanian akan dipromosi melalui penumpuan yang lebih kepada aktiviti P&P gunaan dan

    interaksi yang lebih rapat dengan pelabur yang berpotensi.

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    30/51

    Perluasan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    1.38 ICT mempunyai peranan strategik dalam mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi

    dengan meningkatkan kecekapan dan produktiviti semua sektor dalam ekonomi. Dalam tempoh

    RMKe-8, usaha akan diambil untuk mempercepatkan pelaksanaan program dan projek berkaitan

    ICT di seluruh negara. Bagi mencapai tujuan ini, penyebaran dan penggunaan ICT dalam dan

    antara sektor akan terus diperluaskan. Persekitaran institusi, peraturan dan perundangan yang

    kondusif akan disediakan bagi membantu pembangunan ICT dan aktiviti lain yang berkaitan.

    1.39 Usaha juga akan dilaksana bagi mempercepatkan pembangunan Koridor Raya Multimedia

    (MSC) dan membantu melaksana aplikasi perdana MSC. Di samping itu, Malaysia akan

    dibangunkan sebagai hub ICT dan multimedia global. PKS berasaskan ICT akan dibangun untuk

    menyokong ekonomi berasaskan pengetahuan. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan

    program ICT, pembangunan sumber manusia akan diberi penekanan untuk menyediakan pekerja

    berpengetahuan dan mahir yang mencukupi. Seterusnya, kesedaran terhadap ICT akan

    dipertingkatkan di kalangan penduduk melalui kempen di seluruh negara dan pendidikan ICT.

    Langkah juga akan dilaksana bagi menangani jurang digital antara golongan kaya dan miskin,

    kawasan bandar dan luar bandar serta antara sektor ekonomi bagi memastikan semua rakyat

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    31/51

    mendapat manfaat daripada ICT.

    Peningkatan Pembangunan Sumber Manusia

    1.40 Dalam tempoh Rancangan, teras utama pembangunan sumber manusia ialah menyediakan

    asas sumber manusia yang kukuh bagi membantu pembangunan ekonomi berasaskan

    pengetahuan serta meningkatkan produktiviti dan daya saing. Sehubungan dengan ini, usaha

    untuk membangunkan sistem pendidikan dan latihan yang cekap dan responsif akan dilaksana

    bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga buruh berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang

    dilengkapi dengan nilai dan sikap positif. Di samping itu, pengajaran mengenai nilai-nilai etika

    dan moral akan diperkukuh dengan memasukkan nilai-nilai tersebut dalam kurikulum termasuk

    latihan guru. Tumpuan khusus akan diberi untuk mengeluarkan lebih ramai tenaga manusia P&P

    dan S&T di peringkat tinggi. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah peluang

    memperoleh pengetahuan, penekanan akan diberi untuk meningkatkan kefasihan dan kemahiran

    berbahasa Inggeris di peringkat sekolah dan tertiari. Lebih banyak sekolah berasrama akan

    dibina bagi meningkatkan prestasi pelajar terutamanya dalam mata pelajaran Matematik dan

    Sains. Selaras dengan liberalisasi dalam pendidikan dan latihan, penyertaan sektor swasta akan

    dipergiatkan terutamanya di peringkat tertiari. Sektor swasta akan digalak menambahkan kapasiti

    dengan menubuhkan kampus dan institusi baru dan mengendalikan lebih banyak programberkembar dengan universiti awam tempatan dan institusi pengajian tinggi luar negara serta

    memperluaskan program pengajian jarak jauh. Di samping itu, universiti awam dan swasta

    tempatan akan digalak membangunkan pusat kecemerlangan setanding dengan universiti luar

    negara yang bereputasi tinggi.

    1.41 Akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti akan ditingkatkan melalui penyediaan

    kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang mencukupi terutamanya di kawasan terpencil dan

    pedalaman. Peruntukan bantuan kewangan yang mencukupi bagi meneruskan pendidikan dan

    latihan di peringkat tertiari di institusi awam dan swasta akan menambah peluang pendidikan dan

    latihan, terutamanya di kalangan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    32/51

    1.42 Pada tahun 2005, belia merupakan 19.1 peratus dan wanita 49.5 peratus daripada jumlah

    penduduk. Golongan ini merupakan bahagian penting sumber manusia yang boleh menyumbang

    kepada pencapaian objektif pembangunan negara. Belia perlu diberi bimbingan serta dibekalkan

    dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai serta disemai dengan sikap dan nilai yang baik

    bagi menghadapi cabaran persekitaran yang berubah dengan pantas. Usaha juga akan dilaksana

    untuk terus menyepadu dan menyediakan akses kepada wanita untuk membolehkan mereka

    mencapai potensi sepenuhnya dan setanding dengan lelaki dalam menyumbang kepada

    pembangunan.

    Pencapaian Pembangunan Mampan

    1.43 Penekanan akan diberi untuk menangani isu alam sekitar dan sumber asli secara bersepadu

    dan menyeluruh. Langkah akan diambil bagi mengenal pasti pendekatan pengurusan yang

    berhemat, berkeberkesanan kos dan sesuai yang dapat memberi pelbagai manfaat untuk

    memastikan pembangunan mampan dan berdaya tahan. Kerajaan akan mengambil langkah

    pencegahan awal dan menggunakan prinsip berwaspada bagi menangani isu pengurusan alam

    sekitar dan sumber semulajadi. Kerajaan juga akan mewujudkan persekitaran yang

    membolehkan pelaksanaan perubahan polisi yang efektif termasuk strategi mewujudkan peluang

    kepada sektor swasta menyertai pelaksanaan langkah pemuliharaan alam sekitar.

    1.44 Langkah akan diambil bagi memperkukuhkan pangkalan data dalam membuat keputusan

    mengenai alam sekitar dengan memperkenalkan penggunaan indikator pembangunan mampan.

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    33/51

    Ini membolehkan Kerajaan mengenal pasti impak ke atas alam sekitar dan merangka rancangan

    tindakan pemulihan dengan lebih baik. Usaha menangani pencemaran udara akan diteruskan,

    terutamanya daripada kenderaan bermotor. Dasar Air Negara akan digubal bagi memastikansumber air dikendalikan dengan lebih efisien dan berkesan. Di samping itu, dasar pengurusan

    sisa yang komprehensif akan diperkenalkan bagi menangani isu pengurangan serta penggunaan

    dan pengitaran semula sisa.

    1.45 Perancangan guna tanah akan diperkukuh dan peraturan diperkenalkan bagi mengawal

    akses kepada sumber biologi dan menangani isu keselamatan biologi berkaitan dengan

    organisma yang diubah secara genetik. Pengurusan hal ehwal laut secara keseluruhan akan dikaji

    semula bagi menangani konflik antara pelbagai aktiviti di kawasan laut, mengurangkan tekanan

    ke atas persekitaran laut dan memperluaskan kepelbagaian biologi laut dan pantai. Di peringkat

    antarabangsa, Kerajaan akan terus memantau dan menyertai perundingan alam sekitar bagi

    memastikan langkah-langkah yang dicadangkan dalam forum tersebut tidak akan menghalang

    pembangunan Malaysia atau mendiskriminasikan produk berdasarkan ciri-ciri alam sekitar.

    Peningkatan Kualiti Hidup

    1.46 Usaha mengekalkan pertumbuhan ekonomi akan disertai dengan penyediaan peluang yang

    lebih baik kepada semua rakyat Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Sehubungan

    dengan ini, penyediaan dan akses kepada perkhidmatan sosial adalah penting untuk memastikan

    orang ramai dapat hidup dengan aman dan melibatkan diri sepenuhnya dalam masyarakat.

    Pelaburan dalam perkhidmatan sosial akan menyumbang dan membantu meningkatkan peluang

    mendapat perkhidmatan sosial yang lebih seimbang dan saksama serta meningkatkan kualiti

    hidup. Kerajaan akan terus memastikan setiap lapisan masyarakat memperolehi faedah

    pembangunan menerusi penyediaan perkhidmatan sosial yang mencukupi dan berkualiti kepada

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    34/51

    semua golongan, khususnya kumpulan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik serta

    golongan istimewa. Tumpuan akan diberi bagi menyediakan peluang pendidikan dan

    meningkatkan akses kepada kemudahan kesihatan yang lebih baik serta perumahan yang mampu

    dimiliki. Di samping itu, usaha akan dilaksana bagi menambah kemudahan kebudayaan dan

    riadah serta menggalakkan gaya hidup sihat.

    1.47 Kerajaan akan terus menyedia dan memperbaiki kemudahan pendidikan yang merupakan

    elemen penting untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik. Bagi meningkatkan kadar

    enrolmen di peringkat prasekolah, menengah dan tertiari, tumpuan khusus akan diberi untuk

    meningkatkan enrolmen dan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar.

    1.48 Teras sektor kesihatan adalah untuk terus memperbaiki status kesihatan penduduk menerusi

    peluasan program pembangunan kesihatan serta memastikan semua rakyat mendapat akses

    kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti. Sektor swasta akan digalak meluaskan liputan

    perkhidmatan kesihatan untuk melengkapi peranan sektor kesihatan awam. Mekanisme kawal

    selia akan dibentuk untuk memastikan sektor awam dan swasta menyediakan rawatan kesihatanberkualiti pada kos yang berpatutan.

    1.49 Dalam tempoh RMKe-8, tumpuan akan diberi kepada penyediaan perumahan yang

    mencukupi dan mampu dimiliki oleh kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana. Di

    samping itu, penekanan akan terus diberi kepada penyediaan kemudahan perumahan daninfrastruktur yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar. Usaha akan

    dilaksana untuk meluaskan liputan penyediaan kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik dan

    pembetungan. Keutamaan akan diberi kepada perluasan bekalan air di kawasan luar bandar dari

    sumber lain seperti air bawah tanah, sungai dan anak sungai. Tumpuan juga akan diberi untuk

    meningkatkan kapasiti dan akses kepada infrastruktur di kawasan kurang maju sementara di

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    35/51

    kawasan bandar usaha akan ditumpu kepada meningkatkan kecekapan dan memperbaiki

    perkhidmatan pengangkutan.

    1.50 Aspek estetik dalam kualiti hidup akan terus diberi penekanan menerusi penglibatan yang

    lebih besar dalam aktiviti seni dan kebudayaan. Ini akan digalakkan menerusi kempen, pameran

    dan persembahan di peringkat negeri dan daerah. Usaha ini akan diperlengkapkan denganpembangunan kemudahan fizikal yang diperlukan. Kualiti persembahan kebudayaan juga akan

    ditingkatkan melalui penyediaan latihan kepada artis dan mengenal pasti bakat-bakat baru.

    1.51 Sukan akan terus digalakkan sebagai alat untuk melahirkan ahli sukan bertaraf dunia,

    membina gaya hidup sihat serta menguatkan semangat perpaduan, setiakawan dan semangatkekitaan di kalangan pelbagai kumpulan etnik. Penyertaan dalam sukan akan digalakkan melalui

    pelaksanaan program bersesuaian yang dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat

    yang berdisiplin dan berdaya saing.

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    36/51

    1.52 Langkah perlindungan dan pendidikan pengguna akan dipergiatkan sebagai sebahagian

    daripada usaha meningkatkan kebajikan pengguna. Ini akan meningkatkan kesedaran pengguna

    dan melindungi kepentingan mereka. Bagi memenuhi permintaan dan harapan pengguna yang

    semakin tinggi, pengeluar dan peniaga perlu meningkatkan kecekapan dan produktiviti secara

    berterusan bagi menyediakan barang-barang berkualiti pada harga yang kompetitif.

    Penanganan Isu Sosial

    1.53 Pembangunan ekonomi dan pembandaran akan memberi kesan ke atas norma serta institusi

    sosial dan kebudayaan. Di samping itu, globalisasi mempunyai impak dan mungkin mengancam

    keutuhan struktur kekeluargaan dan komuniti tradisional serta mempengaruhi nilai-nilai budaya

    dan norma dalam integrasi sosial dan pembinaan nusa bangsa. Usaha-usaha perlu dilaksanakan

    untuk memastikan masyarakat mempunyai daya tahan untuk menghadapi pengaruh negatif yang

    mungkin memberi kesan kepada asas keharmonian dan toleransi sosial. Ketidakupayaan

    berhadapan dengan perubahan sosial termasuk perubahan gaya hidup dan struktur kekeluargaanakan menimbulkan pelbagai masalah sosial dan menafikan faedah pembangunan ekonomi. Oleh

    itu, strategi dan program pembangunan sosial perlu digubal serta mekanisme sokongan sosial

    yang sesuai disediakan.

    1.54 Pelan Tindakan Sosial (PINTAS) yang digubal pada tahun 1998 menyediakan rangka kerja

    untuk membentuk sistem yang seimbang yang menyepadukan pelbagai komponen pembangunan

    sosial dan akan dilaksanakan di seluruh negara. Bagi menangani isu-isu sosial, PINTAS akan

    memberi tumpuan kepada aspek promosi, pencegahan, penglibatan dan pemulihan. Melalui

    sistem ini, perkhidmatan dan sumber yang disediakan oleh Kerajaan dan agensi bukan kerajaan

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    37/51

    akan disepadu dan diselaraskan untuk menyokong usaha pembangunan sosial secara berkesan.

    Sehubungan dengan ini, iltizam dan kerjasama daripada semua kerajaan negeri, pertubuhan

    bukan kerajaan, sektor swasta, komuniti setempat dan individu adalah perlu untuk memastikan

    masalah sosial dapat dicegah dan diuruskan secara profesional.

    1.55 Menyedari bahawa keluarga adalah asas kestabilan sosial dan masyarakat penyayang,

    tumpuan akan terus diberi untuk memperkukuhkan unit keluarga. Usaha akan terus diambil

    untuk membolehkan keluarga menghadapi cabaran kesan daripada kepesatan pembangunan

    ekonomi serta memastikan kestabilan dan keharmonian dalam keluarga. Di samping itu, program

    pembangunan keluarga akan terus dilaksana bagi memastikan keluarga dan masyarakat pada

    umumnya berdaya tahan.

    Pengukuhan Nilai Moral dan Etika

    1.56 Sistem nilai murni yang menekankan tingkah laku bermoral dan beretika yang berasaskan

    agama, adat dan tradisi merupakan komponen penting dalam semua usaha pembangunan.

    Sifatsifat yang baik seperti amanah, disiplin, rajin, jujur, hormat dan toleransi akan terus dipupuk

    dan dipelihara melalui sistem pendidikan, pertubuhan agama dan sosial, badan perniagaan dan

    media. Tumpuan yang lebih akan diberi untuk menyemai nilai-nilai positif ini di kalangan belia

    melalui pelaksanaan program Rakan Muda.

    1.57 Dalam usaha menjadi sebuah negara maju sepenuhnya seperti terkandung dalam Wawasan

    2020, adalah perlu untuk memupuk semangat identiti bersama dan bangga terhadap negara

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    38/51

    berasaskan warisan dan pencapaian yang lepas serta meningkat dan mengoptimumkan potensi

    yang sedia ada. Semangat identiti bersama dan berkongsi tujuan sangat penting dalam usaha

    pembangunan nusa bangsa. Pemupukan nilai positif dan kepercayaan terhadap nilai moral dan

    tingkah laku beretika sebagai satu cara hidup di kalangan rakyat akan terus menjadi asas kepada

    kejayaan negara.

    IV. PENUTUP

    1.58 Teras RMKe-8 adalah untuk mengekalkan pertumbuhan dan daya saing bagi menghadapi

    perkembangan globalisasi dan liberalisasi. Pengurusan berhemat ekonomi makro bagi

    memastikan penggunaan sumber yang optimum dan cekap serta usaha memperkukuhkan daya

    tahan sistem kewangan diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan. Strategi untuk menangani

    cabaran utama dalam tempoh Rancangan termasuk meningkatkan produktiviti, menambah

    penawaran tenaga manusia yang berkualiti, menggiatkan aktiviti P&P dan meningkatkan

    pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan. Bagi membolehkan negara

    membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, ekonomi negara perlu beroperasi pada

    sempadan pengeluaran yang lebih tinggi dan mempercepatkan peralihan daripada pertumbuhan

    yang didorong oleh input kepada pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Pada masa yang sama,

    tumpuan akan juga diberi bagi meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan perkhidmatansosial yang lebih baik termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan, perumahan yang

    mencukupi dan mampu dimiliki dan perkhidmatan lain yang berkaitan. Usaha juga akan

    dilaksana bagi memastikan kehidupan sosial masyarakat diperkukuh dan mempunyai daya tahan

    untuk menghadapi pengaruh negatif yang mungkin akan memberi kesan terhadap asas toleransi

    dan keharmonian sosial serta pembinaan nusa bangsa.

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    39/51

    DASAR TRANSFORMASI NASIONAL

    Bajet 2012 akan menyediakan peruntukan 232.8 bilion ringgit bagi melaksanakan semua

    rancangan pembangunan Kerajaan termasuk projek dan program di bawah RP-Kedua, NKEA,

    NKRA dan SRI khususnya menumpukan kepada kesejahteraan rakyat. Daripada jumlah tersebut

    181.6 bilion ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan 51.2 bilion ringgit bagiperbelanjaan pembangunan.

    Bajet Ini Akan Memberi Penekanan Kepada Lima Fokus Utama:

    Fokus Pertama: Meligat Pelaburan

    Fokus Kedua: Mengungguli Modal Insan, Mencerna Kreativiti dan Mencetus Inovasi

    Fokus Ketiga: Program Transformasi Luar Bandar

    Fokus Keempat: Memperkejap Perkhidmatan Awam

    Fokus Kelima: Meredakan Inflasi dan Mengimarah Kehidupan Rakyat

    MELIGAT PELABURAN

    Pakej Rangsangan KhasRM 6 Bilion

    Meliberalisasikan 17 subsektor perkhidmatan

    Pelaksanaan Rolling Plan Kedua berjumlah RM98.4 bilion

    Pengurusan nilai bagi projek baru bernilai RM50 juta ke atas

    Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta (PPP)RM2.5 Bilion

    Pembangunan Lima Wilayah Koridor (RM978 juta)

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    40/51

    MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA (PKS)

    Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 bilionKerajaan menanggung 2%

    daripada kadar keuntungan

    Dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 juta kepada usahawan berwibawa untuk

    membangunkan semula perniagaan

    Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi membiayai PKS yang terlibat dengan

    bencana alam

    Dana Inovasi Pengkomersialan PKS patuh syariah berjumlah RM500 jutaKerajaan

    menanggung 2% daripada kadar keuntungan

    MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI

    Tahun 2012Tahun Gerakan Inovasi

    1. Program penerapan & pembangunan inovasi di peringkat sekolah

    2. dan IPTA

    3. Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru

    4. Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    41/51

    5. Program realiti dan dokumentari di media

    6. Penyediaan Market Validation Fund (RM30 juta)

    7. Mengkomersialkan 300 harta intelek baru dalam bentuk produk dan teknologi barujangkaan

    GNI, RM30 Bil.

    8. Penganjuran World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum

    INSENTIF PERCUKAIAN

    Industri Perbankan & Kewangan & Pelaburan

    Pengecualian cukai untuk menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi utama

    Perkhidmatan Pengurusan Perbendaharaan yang merangkumi cukai pendapatan sebanyak 70%

    bagi tempoh 5 tahun,

    Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman

    Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan

    perjanjian perkhidmatan.

    Pakej insentif percukaian bagi membangunkan Pusat Kewangan

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    42/51

    Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) seperti pengecualian cukai

    pendapatan 100% bagi tempoh 10 tahun

    Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan

    perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.

    Potongan cukai diberi bagi tempoh 3 tahun ke atas perbelanjaan

    penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012.

    Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urus niaga sukuk

    bukan ringgit dilanjutkan selama tiga tahun lagi.

    Pelanjutan selama 5 tahun lagi bagi kadar cukai konsesi 10% ke atas

    pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu yang melabur dalam

    Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).

    Potongan cukai atas fi francais yang ditanggung oleh francaisi.

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    43/51

    Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang

    francais akan dilanjutkan sehingga 2013 bagi mengimport kereta hibrid.

    Industri Perhotelan

    Memberi Galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau

    Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% bagi tempoh 5 tahun kepada pengusaha yang melabur

    dalam hotel baru bertaraf 4 dan 5 bintang di Semenanjung Malaysia.

    Lain-lain

    Mengkaji semula kadar RPGT bagi membendung RPGT spekulasi dalam pasaran hartanah

    Perkhidmatan reka bentuk industri diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% selama

    5 tahun.

    Pakej insentif percukaian kepada sekolah swasta seperti pengecualian cukai pendapatan

    sebanyak 70% atau elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal dalam

    tempoh 5 tahun.

    Potongan cukai ke atas sumbangan kewangan kepada institusi pendidikan rendah dan

    menengah yang berdaftar termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah

    mubaligh dan sekolah agama serta tempat-tempat ibadat yang berdaftar.

    Galakan cukai bagi sektor swasta memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran

    tinggi potongan dua kali ke atas elaun yang dibayar oleh syarikat swasta kepada peserta program

    internship.

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    44/51

    PENDIDIKAN

    A. Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan SekolahRM1 bilion

    B. Pemansuhan bayaran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah

    menengah

    C. Potongan cukaikepada penderma program persekolahan (individu & syarikat)

    PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR

    A. Melaksanakan Program Transformasi Luar Bandar (RTP)RM1 Bil

    B. Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat integrasi perkhidmatan

    perluasan di Kedah, Johor, Sabah & Swak

    C. Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional berjumlah RM100 juta ringgit

    secara pinjaman mudah dengan kadar faedah 4%.

    D. Projek Lonjakan Mega Luar Bandar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara

    (RM110 juta)

    E. Pembangunan infrastruktur asas luar bandar, RM5 Bilion (bekalan air, elektrik, rumah dan

    jalanraya)

    F. Projek Penyelenggaraan Awam-Asas (PIA-PIAS), RM500 juta

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    45/51

    G. Projek Bekalan Air Retikulasi di Sabah dan Sarawak dan Projek infrastruktur sistem bekalan

    airFELDA; serta kemudahan bekalan air bersihLadang Estet (RM50 juta bagi

    penyambungan paip & pemberian tarif domestik)

    H. Akses perkhidmatan perbankanmelantik 5,000 agen BSN

    I. Perkhidmatan Bas Luar Bandarkemudahan pembiayaan

    J. Kebajikan Orang Asliprogram pembangunan & pemindahan penduduk

    SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) & PERKHIDMATAN AWAM

    A. Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy

    B. Menambah baik struktur gaji penjawat awam- kenaikan antara 7 hingga 13 peratus

    C. kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

    D. Menambahbaik skim perkhidmatan mengikut sistem time-base

    E. Guru gred 48SSM (tahun ke-20 tahun); SBPA (tahun ke-16)

    F. Melanjutkan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    46/51

    G. Bantuan yuran pengajianijazah sarjana muda (20,000 tempat), ijazah sarjana (5,000 tempat)

    & PHD (500 tempat)

    H. Program Army Caremenaiktaraf & menyelenggara kuarters tentera

    PESARA KERAJAAN & BEKAS PEGAWAI KONTRAK

    Pesara Kerajaan

    sebanyak 2% setahun tanpa perlu menunggu sebarang

    semakan sistem saraan atau pelarasan gaji

    Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari

    Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

    Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas dan

    polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.

    Program latihan khusus untuk pesara tentera bagi menceburi bidang perniagaan

    Sumber: 1Malaysia.com

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    47/51

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    48/51

    Dasar Ekonomi Baru

    Objektif

    a) Membasmi kemiskinan & menyusun semula masyarakat

    b) Memodenkan masyarakat luar bandar

    c) Mencapai perpaduan kaum

    d) Mencapai perpaduan dan kestabilan ekonomi

    Strategi

    Mewjudkan kelas peniaga,pedagang,dan pngusaha Melayu srta mnambah pmilikn modal

    Memajukan kwsn luar bandar mllui pmbngunan wlyah baru spt DARA,KEJORA,dan JENGKA

    Mperbaik mutu dan taraf hidup rkyat mllui pnddikan,ltihan dan kesihatan

    Mninggikan daya pngeluaran dan menambahkan peluang pkerjaan

    Menubuhkan agensi spt UDA,PNB,MARA

    Dasar-Dasar Baru Dalam DEB

    a)Dasar Pandang Ke Timur

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    49/51

    b)Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

    c)Dasar Penswastaan

    d)Dasar Beli Barang Buatan Malaysia

    e)Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam

    f)Dasar Pertanian

    g)Dasar Kependudukan

    h)Dasar Hala Cara Baru

    i)Dasar Pensyarikatan

    j)Dasar Meningkatkan Daya Pengeluaran

    k)Dasar Sogoshosha Malaysia

    Dasar Pembangunan Nasional

    Pengenalan

    Merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua

    Dilancarkan oleh Dato Seri Dr Mahathir Mohamad.

    Bertarikh pada 17 Jun 1991

    Objektif

    1)Melahirkan perpaduan di kalangan masyarakat .

    2)Mencapai taraf negara maju .

    3)Membasmikan dan mencapai perpaduan .

    4)Mengekalkan strategi asas DEB .

    5)Memcapai pembangunan seimbang .

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    50/51

    6)Meningkatkan pengeluaran pertanian & perindustrian .

    7) Penjagaan alam sekitar .

    8)Membangunkan masyarakat .

    9) Pemindahan teknologi .

    10)Menangani masalah sosial .

    11)Mengekalkan kestabilan ekonomi .

    Strategi & Pelaksanaan

    i. Meningkatkan keupayaan tenaga manusia .ii. Memajukan penyelidikan dan pembangunan.iii. Mendapatkan maklumat pasaran antarabangsa.iv. Mengukuhkan sistem penyampaian .v. Melaksanakan sekolah satu sesi.vi. Memupuk nilai positif.

    vii. Meningkatkan semangat guru.viii. Menggalakkan penyertaan sekolah swasta.

    ix. Meningkatkan kemasukan ke peringkat ijazah.

    Dasar Wawasan Negara

    Rasional

    Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia

    Meningkatkan penyertaan bumiputera dlm sektor utama ekonomi

    Membasmikan kemiskinan di klngan kelompok kecil yang miskin

    Menjana pertumbuhan didorong sumber dan kekuatan tempatan

    Objektif

  • 7/29/2019 Perancangan Pembangunan Negara

    51/51

    Mewujudkan pembangunan seimbang mencapai perpaduan negara

    Membina bangsa berdaya tahan mengukuhkan pembangunan sumber manusia

    Memberi perhatian pembangunan semua sektor

    Mengekalkan pertumbuhan ekonomi

    Strategi dan pelaksanaan

    Nilai-nilai moral dipertingkatkan

    Mutu kehidupan diperbaiki ke tahap lebih baik

    Mencapai pembangunan mapan

    Mempergiatkan pembangunan sumber manusia

    ICT dan penggunaannya diperluaskan

    Daya saing dlm sektor ekonomi utama dipertingkatkan

    Kemiskinan dibasmi dan menyusun semula masyarakat

    Ekonomi makro yang mantap diteruskan