27
Mengimbangi Peranan Wanita: Isteri, Ibu dan Pekerja Nor Hernamawarni Bt Abdul Majid 803347 Abstrak: Peranan wanita kini telah bertambah bukan sekadar menjadi isteri dan ibu tetapi berperanan juga untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap pembangunan Negara. Penglibatan wanita dalam pekerjaan formal tidak membebaskan mereka daripda tanggungjawab terhadap keluarga. Betapa tinggi pun pangkat mereka, wanita perlu menjalankan tugas tradisi iaitu berperanan sebagai isteri kepada suaminya dan ibu kepada anak-anaknya. Senario ini menunjukkan bahawa wanita memegang 3 peranan sekaligus. Wanita perlu pandai mengimbangi peranan dengan bijak dan berkualiti. Oleh hal demikian, kertas kerja ini akan membincangkan peranan-peranan wanita yang bekerja dan langkah-langkah untuk mengimbangi peranan mereka. Pengenalan Jika diimbas kembali wanita pada suatu ketika dahulu wanita merupakan suri rumah yang memainkan peranan tradisi sebagai ibu dan isteri dalam sesebuah keluarga. Dengan perubahan masa dan arus pemodenan, wanita telah menceburi

peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

Mengimbangi Peranan Wanita: Isteri, Ibu dan Pekerja

Nor Hernamawarni Bt Abdul Majid

803347

Abstrak: Peranan wanita kini telah bertambah bukan sekadar menjadi isteri dan

ibu tetapi berperanan juga untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap

pembangunan Negara. Penglibatan wanita dalam pekerjaan formal tidak

membebaskan mereka daripda tanggungjawab terhadap keluarga. Betapa tinggi

pun pangkat mereka, wanita perlu menjalankan tugas tradisi iaitu berperanan

sebagai isteri kepada suaminya dan ibu kepada anak-anaknya. Senario ini

menunjukkan bahawa wanita memegang 3 peranan sekaligus. Wanita perlu

pandai mengimbangi peranan dengan bijak dan berkualiti. Oleh hal demikian,

kertas kerja ini akan membincangkan peranan-peranan wanita yang bekerja dan

langkah-langkah untuk mengimbangi peranan mereka.

Pengenalan

Jika diimbas kembali wanita pada suatu ketika dahulu wanita merupakan

suri rumah yang memainkan peranan tradisi sebagai ibu dan isteri dalam

sesebuah keluarga. Dengan perubahan masa dan arus pemodenan, wanita telah

menceburi dunia kerjaya, bersama-sama kaum lelaki berjuang untuk

membangunkan negara. Semenjak 40 tahun yang lalu, wanita telah mencapai

satu kemajuan mengagumkan dalam sektor pekerjaan di Malaysia. Bilangan

wanita menyertai dunia pekerjaan meningkat dari tahun ke tahun. Menurut

Page 2: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2004), peratusan

tenaga kerja wanita meningkat dari 37 peratus pada tahun 1970 ke 43.5 peratus

pada tahun 1995, dan 47.7 peratus pada tahun 2003.

Petikan kata-kata Allahyarham Tun Abdul Razak semasa upacara

pembukaan rasmi Muktamar Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Islam yang

pertama pada 7 Mac 1975 berkata;

“….kalaulah kaum wanita tidak bersama-sama mengambil bahagian dalam

usaha-usaha pembangunan, maka bermaknalah kita mengabaikan satu

sumber tenaga yang penting. Kalau kita perhatikan negara-negara yang

telah maju, kita tentu dapat melihat bagaimana kaum wanitanya menjadi

tenaga besar bagi membawa negara-negara tersebut ke mercu kejayaan.

Kita mahu wanita kita cergas dalam sebarang bidang yang boleh

memberikan kebajikan kepada negara, bangsa dan agama. Akan tetapi kita

berharap segala langkah dan tindakan serta usaha-usaha yang dilakukan

itu tidak akan menjejas nilai-nilai kewanitaan yang ada pada mereka yang

memang terpuji dan disanjung tinggi…” Petikan kata-kata dari Allahyarham

Tun Tunku Abdul Rahman ini diambil dari penulisan Shamsiah Hj. Mahli dalam

Mengimbangi Peranan Wanita: Bakal Ibu & Teknorat Negara (2005). huraikan

Wanita yang bekerja boleh diterjemahkan sebagai wanita yang

melaksanakan tugas, mempunyai matlamat untuk maju ke hadapan dan memikul

tanggungjawab untuk dirinya dan keluarganya (Prof. Dr. Mohamad Sadli, 1997).

Mereka dikenali sebagai “feminisme buruh” dimana ia bermaksud wanita bekerja

dalam industri kilang yang berteraskan eksport, buruh intensif dan memerlukan

Page 3: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

kemahiran rendah, wanita bekerja dalam sektor yang dikuasai lelaki, wanita terus

bekerja dalam sektor pekerjaan yang pada tradisinya adalah bidang wanita dan

wanita bekerja di luar negara. Menurut Dr Nasarudi Omar (2004), wanita

mempunyai hak untuk bekerja dalam pelbagai bidang seperti bidang politik,

kerajaan atau swasta selagi pekerjaan yang dilakukan dalam keadaan sopan,

memelihara agamanya, tidak melanggar peraturan dan menghindari kesan-

kesan negatif terhadap diri dan persekitarannya.

Peranan wanita yang bekerja mempunyai bebanan kerja yang banyak

sehingga mereka tidak terdaya lagi untuk menggalas kewajipan dan

tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah. Menurut Rahmah Ismail (1996),

penglibatan wanita dalam pekerjaan formal tidak membebaskan mereka

daripada tanggungjawab kepada keluarga. Ini menunjukkan wanita bekerjaya

mempunyai 3 peranan serentak iaitu sebagai ibu kepada anak, isteri kepada

suami dan pekerja kepada Negara. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya

lagi untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di

rumah. Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus

dan membina masa depan empayar kerjaya. Dalam melaksanakan tuntutan ini,

memerlukan keupayaan wanita mengimbangi peranan mereka sebagai seorang

ibu, isteri dan pekerja kerana setiap tindakan mereka bakal memberikan impak

yang cukup mendalam kepada negara dan sistem keluarga.

Keadaan semasa secara tidak langsung memaksa wanita memainkan

peranan seimbang di antara alam rumah tangga dan dunia masyarakat luar. Hal

ini sebenarnya cabaran besar kepada wanita dan meletakkan wanita di

Page 4: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

persimpangan. Menurut Zaini Mahbar (1996), selain berperanan membentuk

generasi akan dating, wanita juga berperanan dalam pembangunan ekonomi

keluarga sebagai rakan kongsi untuk menambah pendapatan suami. Menurut

beliau lagi, penglibatan wanita dalam dunia pekerjaan adalah sebagai usaha

untuk mengeluarkan keluarga dalam belenggu kemiskinan bukanlah satu

pengorbanan yang kecil. Islam memberi kaum wanita kebebasan untuk bekerja

selagi mereka memenuhi syarat dan mereka mempunyai hak untuk bekerja

dalam apa-apa bidang yang halal. Bagi wanita yang menghadapi kesempitan

hidup, syariat Islam memang membolehkan mereka bekerja di luar rumah untuk

membantu suami dan keluarga.

Peranan wanita sebagai pekerja

Kekayaan dan jatuh bangunnya sesebuah negara adalah bergantung

kepada kekuatan ekonomi Negara itu. Untuk menjadikan ekonomi Negara kuat

dan kukuh, peranan tenaga kerja samaada lelaki dan wanita adalah besar.

Wanita juga adalah sebahagian daripada tenaga kerja. Oleh itu, wanita juga

berperanan yang besar dalam aktiviti ekonomi dunia dan sesebuah negara

melalui peranannya yang produktif dan reproduktif. Banyak faktor yang

menyebabkan wanita terlibat dalam bidang pekerjaan seperti untuk

meningkatkan kualiti hidup, untuk meringankan beban kedua ibu bapa,

membayar hutang pinjaman pengajian, mengurangkan kebertangungan terhadap

suami dan menaikkan identiti sosial.

Page 5: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

Penglibatan wanita dalam menyumbang ke arah ekonomi bukannya

hanya melalui pekerjaan formal tetapi juga melalui pekerjaan tidak formal. Kadar

penglibatan wanita di sektor pekerjaan pada tahun 1970 adalah 37.2 peratus,

dan 79.3 peratus bagi lelaki. Sehingga tahun 2004, kadar penglibatan wanita

dalam sektor pekerjaan telah meningkat kepada 47.3 peratus disebabkan

melebarnya peluang pekerjaan dan pencapaian pelajaran wanita yang

bertambah baik

Dari segi taburan wanita Malaysia yang bekerja mengikut had umur,

paling ramai wanita bekerja (63.8%) adalah kumpulan umur antara 25 hingga 29

tahun. Apabila dikaji mengikut status perkahwinan, daripada 3.7 juta wanita

bekerja, 58.1 (2.2 juta wanita) peratus adalah wanita yang berkahwin. Data

mengenai pekerjaan wanita mengikut jenis pekerjaan menunjukkan pekerja

wanita kebanyakan berada di tiga kategori pekerjaan, perkhidmatan dan pekerja

jualan (18.4%), pekerja perkeranian dan juga sebagai juruteknik (17.5%) dan

profesional bersekutu (13%) daripada keseluruhan pekerjaan.

Banyak jawatan pekerjaan diwujudkan yang memerlukan tenaga wanita

terutama dalam tugas-tugas yang tidak sesuai dengan jiwa lelaki seperti tugas

yang memerlukan penumpuan dan penelitian yang tinggi. Kini terdapat wanita

memegang jawatan tinggi dalam organisasi. Walaubagaimanapun, kebanyakan

wanita memegang tugas pengurusan pertengahan. Perumpamaan yang

menyatakan "tangan wanita yang membuai buaian boleh menggegarkan dunia"

adalah landasan yang menggambarkan betapa besarnya peranan kaum wanita

Page 6: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

dalam pembangunan Negara. Selain daripada itu juga, tugas-tugas yang

memerlukan penglibatan kaum wanita sepenuhnya seperti bidang kejururawatan,

doktor sakit puan dan sebagainya menambahkan lagi keperluan dan peranan

kaum wanita dalam bidang ekonomi.

Satu ketika dahulu, wanita hanyalah sebagai pengurus rumah tangga

semata-mata. Malah, peranan wanita semakin meluas bukan sekadar melahir

dan mendidik generasi muda mendatang, malah telah diberikan ruang dan

peluang yang seluas-luasnya untuk berpatisipasi dalam bidang politik, sains dan

teknologi, ekonomi, sosial dan bidang keilmuwan. Ternyata golongan wanita hari

ini telah meratai peranan mereka sebagai pendokong dan penggerak kepada

kemajuan negara tanpa melupakan peranan tradisi mereka sebagai isteri dan ibu

(Shamsiah BT Hj Mahli, 2005).

Peranan sebagai isteri dan ibu

Secara traditional peranan isteri adalah untuk mentadbir hal-ehwal

rumahtangga dan keluarga. Namun pada masa kini, peranan wanita sebagai

isteri dan ibu dimudahkan dengan perubahan persekitaran. Peranan wanita

sebagai pengurus rumahtangga telah mengalami perubahan dengan adanya

bantuan dari orang gaji, pengetahuan sains dan teknologi yang telah mencipta

pelbagai perkakas rumahtangga untuk memudahkan kerja-kerja mereka. Tugas

sebagai ibu dan jentera penambah zuriat juga telah mengalami perubahan.

Peranan wanita sebagai isteri mempunyai tanggungjawab yang lebih besar

Page 7: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

terhadap kebajikan suami berbeza dengan masa dahulu. Mereka tidak lagi

memegang peranan hanya sebagai tukang masak dan pengasuh kanak-kanak

sahaja, malah mereka harus pada waktu yang sama menjadi penyambut tetamu

yang baik, setiausaha yang cekap, pengarah yang tegas dan menteri yang

berkalibar dan sebagainya. Menurut Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr.

Siti Zaharah Sulaiman dalam simposium yang bertemakan "Wanita Alaf Baru

Abad ke 21", wanita hari ini telah mempunyai imej dan tanggugjawab sosial yang

berbeza sesuai dengan kehendak dan perubahan zaman.

Disinilah peranan yang dimainkan oleh kaum ibu yang bergelar wanita

adalah penting agar pembangunan dan kemakmuran negara dapat di majukan

dengan baik tanpa mengorbankan pembangunan institusi keluarga. Ini kerana

sekiranya diperhatikan dalam institusi keluarga, kaum ibulah yang paling rapat

dengan anak-anak dan sumbangan mereka dalam melahirkan generasi yang

berpekerti mulia banyak terletak ditangan mereka. Bagi kaum wanita tugas

pertama dan utama, yang tidak ada pertikaian mengenainya ialah mengasuh dan

mendidik generasi (anak) sesuai dengan fitrah yang dikurniakan Allah

Subhanahu Wata’ala secara fizikal dan spiritual. Tugas dan tanggungjawab yang

besar dan mulia ini perlu diutamakan dan tidak wajar dinafikan dengan kerja-

kerja kebendaan. Dalam mengendalikan tugas tersebut tidak seorang lelaki pun

yang dapat mengambil alih tempat seorang wanita seperti tugas menyusukan

anak. Peranan ini juga menggambarkan bahawa masa depan sesuatu ummah

itu lebih banyak bergantung kepada corak asuhan dan didikan awal kaum wanita

terutama dalam melahirkan manusia yang berguna. Dalam sesebuah rumah

Page 8: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita

iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama

ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam

memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga

dengan bantuan suami (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (KPWKM), Datuk G Palanivel)

Kesan negatif wanita bekerja

Wanita sebagai pengurus rumahtangga memainkan peranan utama dalam

mengukuh dan mengembang potensi ahli-ahli keluarga di samping dirinya

sendiri. Dengan itu, wanita secara langsung terlibat dalam memutuskan perkara-

perkara berkaitan dengan pengurusan rumahtangga, pendidikan anak-anak dan

masa depan keluarga. Isu-isu yang terpancar dari ketiga-tiga aspek peranan

yang disebut tadi melibatkan terlalu banyak tekanan keatas kehidupan wanita.

Apabila wanita bekerja, peranan mereka semakin berkembang dan meluas.

Banyak masalah dan dilema yang dihadapi oleh wanita bekerja. Jika diimbas

kembali wanita pada suatu ketika dahulu merupakan suri rumah yang

memainkan peranan tradisi sebagai ibu dan isteri dalam sesebuah keluarga.

Dengan perubahan masa dan arus pemodenan, wanita telah menceburi dunia

kerjaya, bersama-sama kaum lelaki berjuang untuk membangunkan negara.

Pergolakan dunia kerjaya memberi imej dan penampilan positif bagi wanita,

tetapi pada masa yang sama mereka mengalami cabaran dan masalah yang

begitu hebat. Wanita yang bekerja terpaksa memikul beban yang berat dan

Page 9: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

melaksanakan tugas-tugas kekeluargaan serentak dengan tugas kerjaya. Ini

menyebabkan sesetengahnya daripada mereka berada dalam konflik yang

menyulitkan sehingga menimbulkan simptom stres yang tinggi.

Wanita terpaksa mematuhi berbagai arahan pejabat sama ada dari segi

kedatangan mengikut waktu atau mematuhi arahan di dalam pejabat atau di luar

pejabat. Situasi seumpama ini kadangkala mempengaruhi emosi dan tekanan

perasaan yang kadang-kala terbawa-bawa dalam kehidupan rumahtangga dan

keluarga. Ada masanya suami atau anak-anak jatuh sakit, sedangkan isteri atau

ibu terpaksa bekerja. Dalam situasi begini, wanita akan menjalan tugasnya

dengan perasaan yang berbelahbagi dan gelisah. Keadaan ini akan

mengganggu konsentrasinya terhadap pekerjaan. Masalah akan menjadi lebih

gawat lagi apabila di rumah tidak ada pembantu yang sesuai atau tidak ada

tempat asuhan kanak-kanak yang terjamin dan sempurna untuk menjaga anak-

anak mereka. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di

rumah dilepaskan kepada pembantu rumah. Anak-anak dan suami pula

merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan

isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan,

penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak.

Kegagalan sesebuah keluarga dan kurangnya perhatian ibu pada anak-

anak lantaran kesibukan mereka di luar rumah sering dikaitkan dengan salah

satu punca gejala sosial. Disamping itu isu-isu kewangan, persekolahan anak,

hubungan kekeluargaan, keselamatan, kesihatan dan akhlak anak-anak, juga

Page 10: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

yang lain-lain lagi menjadi tumpuan para wanita saban masa. Unsur gejala sosial

yang negatif yang melanda masyarakat turut menjadi kebimbangan wanita.

Tekanan hidup yang mengasak ekoran dari keperluan mencari nafkah,

ketegangan yang terbit dari tuntutan kerja luar rumah serta tuntutan sara hidup

yang tinggi turut memberi kesan negatif kepada kewibaan institusi keluarga

sebagai tempat tinggal, pelindungan dan perkembangan bagi para ahli-ahlinya.

Dalam era di mana dwi-kerjaya sudah menjadi budaya kehidupan banyak

keluarga, ketiadaan atau kekurangan sistem sokongan kepada wanita berdwi

kerjaya tentu sekali akan meninggalkan kesan jangka panjang yang mendalam.

Wanita yang bekerja sangat menekankan aspek kerja yang cemerlang untuk

melambangkan imej mereka sebagai “super woman”, namun mereka

manghadapi tekanan untuk melaksanakannya. Naib Yang Dipertua II, Persatuan

Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Prof. Datin Dr.

Rohaty Mohd. Majzub berkata, antara tekanan yang dihadapi oleh wanita ini

ialah mendapatkan kualiti masa untuk keluarga, kerja dan diri sendiri. Malah

katanya, ada ahli sosiologi yang mengaitkan penglibatan wanita dalam kerjaya

sebagai faktor dominan tergugatnya rumah tangga, lemahnya sistem keluarga

dan meningkatnya masalah sosial.

Selain itu, wanita-wanita yang bekerja di luar rumah juga cenderung

menimbulkan fitnah kepada kaum laki-laki. Ini kerana mereka akan memakai

pakaian yang akan menaikkan syahwat lelaki, memaki wangi-wangian yang

tercium hingga 10 meter, berbicara dengan manja, dan sebagainya. Oleh itu,

masalah akan timbul dalam struktur keluarga mereka. Wanita yang bekerja juga

Page 11: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

akan hilang rasa kebergantungan kepada suaminya dan ia menjadi ancaman

yang besar kepada hubungan perkahwinan mereka. Ini mengakibatkan

kecelaruan hubungan di antara lelaki dan perempuan serta hilangnya

ketenangan dan kesejahteraan. Keretakan hubungan kekeluargaan berkembang

menjadi krisis di dalam masyarakat. Ibu bapa yang baik tidak dapat mewariskan

sifat-sifat mereka yang baik kepada anak-anak bahkan hubungan kasih sayang

juga terjejas.

Hukum wanita bekerja dalam Islam

Tugas utama seorang wanita itu ialah mengurus rumahtangganya. Walau

bagaimanapun, tidaklah ia bermaksud atau memberi pengertian bahawa wanita

yang berkerja di luar rumah itu haram hukumnya menurut syara’ secara mutlak

kerana tidak ada nas syara’ yang mengenainya. Pada dasarnya wanita

diharuskan bekerja di luar rumah. Bahkan ada kalanya tuntutan bekerja itu perlu,

kalau pun tidak wajib jika keadaan mengkehendakinya, seperti mencari nafkah

bagi janda atau perempuan yang ditalak dalam keadaan tidak ada sumber

nafkah atau kekayaan dan keluarga yang boleh menampung keperluan mereka.

Dalam keadaan sedemikian bekerja di luar rumah itu adalah lebih baik baginya

daripada hidup merempat meminta-minta dan mengharapkan belas kasihan

orang, selama mana kerja tersebut tidak mencemarkan kemuliaan diri dan

agama. Ada kalanya juga keluarga seseorang perempuan itu memerlukannya

bekerja kerana tidak ada tempat lain untuk berharap seperti membantu suaminya

Page 12: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

yang uzur untuk memenuhi keperluan ahli keluarganya yang masih kecil atau

membantu bapanya yang sudah tua.

Sebenarnya keharusan kaum wanita menjawat sesuatu pekerjaan itu

adalah tertakluk kepada bentuk tugas yang akan dilakukan. Terdapat beberapa

syarat yang mesti diambil kira dalam menilai kesesuaian kerjaya seorang wanita

menurut hukum syara’. Antaranya ialah:

Perkerjaan itu tidak menjurus kepada perlanggaran hukum syara’.

Sebagai contoh kerjanya itu menghendaki wanita itu melakukannya

bersama-sama dengan kaum lelaki di tempat yang sunyi lagi terasing

daripada orang lain umpamanya kerja itu dilakukan oleh seorang lelaki

dan perempuan dalam satu bilik.

Pekerjaan itu tidak menghendakinya belayar keluar negara bersendirian

tanpa ditemani oleh suaminya, mahramnya atau sekumpulan perempuan

yang diyakini amanah dan dapat mengawal kesejahteraannya serta

mengelakkannya daripada perkara-perkara mungkar,

Pekerjaan itu tidak akan menyebabkan seorang wanita itu mendedahkan

auratnya. Menurut Islam apabila wanita itu keluar rumah hendaklah

menutup aurat serta memenuhi adab-adab Islam bagi mengelakkan

kejadian seperti dikriminasi seksual

Pekerjaan itu mestilah sesuai dengan kemampuan fizikal kewanitaannya.

Tugas-tugas yang lasak adalah tidak sesuai dengan wanita kerana fitrah

semula jadi mereka adalah lemah lembut.

Page 13: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

Bagi wanita yang bersuami pula pekerjaan itu hendaklah mendapat restu

dan izin daripada suaminya iaitu apabila tugas tersebut menghendakinya

keluar rumah. Suami berhak menghalangnya daripada bekerja sekiranya

kerja itu boleh menyebabkan seorang isteri itu cuai pada menjalankan

tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Suami lebih berhak menegah

isterinya bekerja sekiranya pekerjaan itu mengundang kepada fitnah atau

boleh berlaku fitnah, seperti pekerjaan yang tiada batasan agama atau

adab sopan di dalam bentuk campur gaul yang bebas di antara lelaki dan

perempuan, sama ada ianya berlaku di daratan, lautan atau di mana-

mana saja (Fatwa Mufti Kerajaan siri 21/2001)

Mengimbangi peranan wanita secara bijaksana

Aspirasi kerajaan membuktikan bahawa wanita memainkan peranan yang

penting dalam membangunkan negara. Mereka juga mengurus kerja

rumahtangga dan mendidik anak-anak. Tugas ini secara tidak langsung adalah

saham yang besar dalam usaha untuk membekalkan sumber manusia yang

berkualiti untuk pembangunan negara. Peranan-peranan sebagai seorang isteri,

ibu dan pekerja perlu ditangani dengan baik supaya seorang wanita itu dapat

menyeimbangkan peranan beliau.Peranan sebagai seorang isteri, ibu dan

pekerja perlu ditangani dengan baik supaya seorang wanita itu dapat

menyeimbangkan peranan beliau. Sebagai seorang wanita yang bekerja harus

mengambil berat mengenai kualiti masa bukan kuantiti masa. Contohnya, pada

hujung minggu wanita dapat menumpukan lebih masa terhadap keluarga dan

Page 14: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

disinilah yang perlu seseorang wanita menikmati peranan beliau sebagai

seorang isteri dan ibu yang disayangi. Disinilah seorang wanita itu perlu pandai

mengambil hati suami dan anak-anak dengan memasak makanan yang digemari

mereka serta melayan suami dan anak-anak denga penuh kemesraan dan kasih

saying supaya kehidupan rumahtangga penuh dengan keharmonian. Ini amat

bermakna kerana dengan adanya keharmonian rumahtangga akan

membolehkan seseorang itu bertugas dengan baik di pejabat, sesuai dengan

kenyataan "Keluarga bahagia, Organisasi berjaya".

Selain itu, untuk mengimbangi kedua-dua peranan ini, seorang wanita

haruslah memiliki pasangan yang saling memahami, memberikan sokongan dan

dorongan untuk menjadi peneguh kepada kejayaan seorang wanita sebagai

isteri, ibu dan pekerja. Peranan wanita sebagai pembentuk acuan didikan anak-

anak disempurnakan dengan adanya peranan lelaki sebagai suami demi

mengukuhkan sendi kepada kebahagian sesebuah institusi rumah tangga. Selain

itu, wanita juga seharusnya menceburi bidang kerjaya yang memberikan ruang

dan masa yang lebih untuk berdamping dengan suami dan anak-anak. Pastikan

masa yang terluang digunakan sebaik-baik mungkin, supaya ia dapat memberi

kesan yang positif dan bermanfaat. Wanita yang bekerja seharusnya insaf dan

melihat bahawa fugsi pemupukan "Keluarga Bahagia" itu jauh lebih penting

daripada fungsi di luar, terutama dalam persaingannya dengan lelaki dalam

bidang-bidang yang memaksa seseorang itu mengorbankan fungsi asas mereka

yang sepatutnya diberikan untuk kesejahteraan keluarga. Mereka juga haruslah

mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat. Dalam hal ini

Page 15: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

wanita seharusnya sedar bahawa tugas mengurus rumahtangga dan mendidik

anak-anak adalah tugas yang amat penting untuk mewujudkan keharmonian

rumahtangga dan membina insan yang berakhlak mulia, jujur, rajin berusaha,

tabah serta amanah.

Kerajaan juga haruslah membantu golongan wanita yang bekerja bagi

mewujudkan dan menyediakan lebih banyak skim dan kemudahan terutama dari

aspek kesihatan dan kebajikan untuk mengimbangi peranan wanita di negara ini.

Kemudahan bertujuan membolehkan wanita bekerja dengan lebih selesa itu

termasuk skim bersalin, kesihatan, cuti, penyediaan pusat asuhan kanak-kanak

dan lain-lain bertujuan sebagai suatu langkah prihatin kerajaan terhadap

golongan pekerja wanita. Selain itu, pelbagai pertubuhan yang ditubuh dengan

matlamat 'menjaga hak-hak wanita'. Kerajaan juga mewujudkan Hari Wanita

untuk menghargai pengorbanan, peranan dan menengakkan hak-hak wanita.

Petikan ucapan dari Ketua Menteri Sabah, Y.A.B. Datuk Musa Haji Aman

semasa sambutan Hari Wanita di Sabah berkata: “Hari Wanita merupakan

detik bersejarah bagi kemajuan wanita dan peristiwa penting terutamanya

dalam konteks perjuangan kaum wanita di seluruh dunia dalam usaha

mendapatkan persamaan hak, kesaksamaan, keamanan dan kemajuan

dalam kehidupan yang dikongsi bersama dengan kaum lelaki. Kini, Hari

Wanita yang disambut setiap tahun merupakan perayaan simbolik yang

perlu dihayati dan disyukuri sebagai lambang pengiktirafan dan

penghargaan terhadap perjuangan dan sumbangan wanita zaman lampau

dan masa kini untuk generasi masa depan. Sambutan Hari Wanita di negara

Page 16: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

ini merupakan petanda betapa pentingnya peranan kaum wanita sebagai

rakan kongsi kepada kaum lelaki dalam memberikan sumbangan ke arah

pembangunan negeri dan Negara”.

Kesimpulan

Apa yang membanggakan wanita hari ini tetap dengan semangat gigih memikul

tanggungjawab sebagai pekerja, isteri dan ibu. Mahmud Rahimahullah di dalam

fatwanya berkaitan wanita bekerja di luar rumah, antara lain beliau berkata:

“Mana-mana wanita tidak ditegah bekerja di luar rumahnya apabila dia terpaksa

berbuat demikian. Akan tetapi apabila wanita berkenaan telah mendapat limpah

kurnia rezeki yang cukup daripada Allah, maka rumah, mengasuh anak-anak dan

berusaha memberikan kebahagiaan kepada keluarga adalah lebih baik untuk

sepanjang mas.” Wanita yang bekerja haruslah mengingatkan diri mereka

walaupun mempunyai pekerjaan, namun tugas dan tanggunggjawab utama

sebagai seorang suri rumahtangga jangan sekali-kali diabaikan.

Jika pada satu ketika dahulu, dinyatakan bahawa tempat wanita adalah di rumah

dan bertanggungjawab hanya untuk memelihara dan menjaga keluarga, akan

tetapi keadaan ini sudahpun mengalami perubahan. Wanita ingin berganding

bahu dengan kaum lelaki dalam sama-sama menghadapi liku-liku hidup dan

bersama memikul beban yang lebih berat dalam memainkan peranan mereka

untuk keluarga dan juga masyarakat.

Page 17: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

Kesimpulan, amatlah penting bagi seseorang wanita itu mengimbangi

peranan beliau sebagai seorang isteri, seorang ibu s erta sebagai seorang

pekerja. Sekiranya ini dapat dicapai, dunia ini akan menjadi tempat yang lebih

baik untuk kita semua. Kaum wanita sendiri terutamanya yang telah

berumahtangga mestilah bijak menguruskan masa dan sentiasa menghormati

tuntutan agama. Kaum lelaki pula seharusnya bertimbangrasa dan sama-sama

bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana bahagia dalam rumahtangga

kerana keluarga bahagia negara sejahtera. Tanpa kehalusan budi bahasa dan

kasih-sayang seorang wanita sama ada sebagai ibu atau isteri, mana mungkin

kebahagiaan sesebuah keluarga itu dapat diraih.Kejayaan sesebuah rumah

tangga memerlukan sumbangan besar malahan pengorbanan yang suci dan

tulus daripada golongan wanita serta dilengkapi oleh peranan suami. Usaha ini

memerlukan wanita menyiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam aspek

kesihatan, pemakanan, mendidik anak, ilmu ekonomi rumah tangga, pendidikan

pengguna dan pengurusan masa.

Page 18: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

Rujukan

Ainon Muhammad (1879). Modenisasi dan Implikasinya Terhadap Peranan Serta

Fungsi Kaum Wanita. Dewan Masyarakat, pp. 6-8.

Arkib (20/2/09).Bukan senang bergelar ibu. Utusan online

Bil 2 (2003). Jabatan mufti kerajaan, jabatan perdana menteri

Dr Noor Aini Raimi (2002). Kerjaya wanita Islam saluran dakwah kepada

masyarakat.

Faridah Idris. (1994). Wanita dalam Arus Pembangunan: Menyusun Strategi

"Pandang Ke Depan". Dewan Masyarakat, pp. 50-51.

Fauziah saleh (2008). Parliamentary Gender Caucus Meeting. Pembangunan

Keluarga

Hamsiah Abdul Hamid. (1975). Satu Tinjauan: Perjuangan Wanita Dunia. Dewan

Masyarakat, pp. 3-5.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2004.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2004).Laporan

kepada Komiti PPB tentang Konvensyen bagi Menghapus Semua Bentuk

Diskriminasi terhadap Wanita (Laporan Pertama dan Kedua]. Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kuala Lumpur.

Page 19: peranan wanita sebagai isteri, pekerja dan ibu

Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (2004).

Kursus keluarga @kerja (2008). Lembaga Penduduk dan Pembangunan

Keluarga Negara (LPPKN)

Makmor Tumin. (1997). Wanita, NGO, dan Dasar Wanita Negara. MASSA, pp.

57-52.

Mohamad Haji Ikhsan. (1994). Dilema Wanita Bekerja. Dewan Masyarakat, pp.

32-33.

Noor Hasliza Nusi (2009). Isteri, ibu dan pekerja: Wanita bekerjaya perlu pandai

menyeimbangkan masa antara kerjaya dan keluarga. Boleh diperolehi di:

[email protected]

Rahmah Ismail (1996). Wanita dan Pekerjaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shamsiah Bt Hj Mahli (2005). Mengimbangi Peranan Wanita: Bakal Ibu &

Teknokrat Negara. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia - "Hidup

Biar Berjasa"