12
259 PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK DARI PERSPEKTIF FI ZILAL AL-QURAN NOORAIHAN ALI, ASYRAF AB RAHMAN, NOOR ELIZA ABDUL RAHMAN & MOHD HILMI ABDULLAH Abstrak: Menurut perspektif fi zilal al-Quran, wanita mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan anak-anak, keluarga dan masyarakat Islam. Realiti ini dapat dilihat sejak zaman kebangkitan awal Islam lagi. Peranan yang besar telah dimainkan oleh isteri-isteri Rasulullah (SAW) dan para sahabat dalam menyokong aktiviti dakwah dan pendidikan masyarakat Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengupas kedudukan dan peranan wanita dalam konteks pendidikan masyarakat Islam dengan merujuk kepada perbincangan yang diutarakan oleh Sayyid Qutb (1906-1966) melalui ayat-ayat terpilih dalam Fi Zilal al-Quran. Kedudukan wanita generasi awal Islam dan sumbangan mereka, cabaran yang dihadapi, serta bentuk sokongan yang dimainkan oleh wanita dalam pendidikan anak-anak, keluarga dan masyarakat juga turut dibincangkan sebagaimana yang dibahaskan oleh Syed Qutb. Kajian kualitatif ini memperolehi data melalui analisis ayat- ayat terpilih dalam Fi Zilal al-Quran. Data kajian ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tema (thematic analysis). Dapatan kajian menunjukkan bahawa wanita mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan keluarga dan masyarakat Islam bagi melahirkan generasi beriman, beramal dan berakhlak mulia. Kata kunci: Pendidikan, masyarakat Islam, sumbangan wanita. PENGENALAN Dalam era pemodenan ini, peranan wanita dalam pembangunan negara menjadi semakin penting. Perubahan sosio ekonomi dalam kehidupan di sesebuah negara yang serba moden menjadikan peluang pekerjaan telah terbuka luas untuk wanita. Sebahagian besar wanita dewasa ini terlibat dalam pelbagai sektor pekerjaan di luar rumah. Peranan kaum wanita tidak lagi terhad di rumah sebagai ibu mahu pun isteri bahkan juga dalam pelbagai aktiviti pekerjaan di luar rumah. Mereka menceburi pelbagai bidang pekerjaan yang meliputi aktiviti ekonomi tidak formal hinggalah kepada bidang profesional dan iktisas (Asyraf Ab Rahman, 2010). Faktor ini mengganggu gugat proses pendidikan anak-anak oleh ibu-ibu yang bekerja di luar rumah sekiranya mereka tidak dapat memanfaatkan masa bersama anak-anak dengan baik. Atas dasar inilah Syed Qutb (1992) amat keras membantah wanita bekerja di luar rumah. Menurut beliau gejala keruntuhan akhlak anak-anak di negara Barat adalah kesan daripada ibu yang keluar bekerja menyara keluarga. Rentetan itu, anak-anak tidak mendapat perhatian dan didikan yang sewajarnya daripada si ibu (Sayyid Qutb (1992): 646). Terdapat banyak kajian yang membahaskan tentang peranan wanita dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara dalam konteks al-Qur’an dan Sunnah Rasul (SAW) secara saintifik. Namun, kajian secara khusus berkaitan peranan mereka dalam pendidikan anak-anak daripada perspektif Fi Zilal al-Quran masih boleh dikatakan belum ada. Timbul persoalan apakah pandangan pengarang kitab tersebut terhadap peranan wanita dalam mendidik anak-anak berdasarkan analisis ayat-ayat Quran yang berkait dengan pendidikan anak-anak. Sementelahan dengan pandangan beliau yang agak keras Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018 International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim, Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh © Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my

PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK DARI … fileProsiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 260 membantah wanita kelauar bekerja

  • Upload
    others

  • View
    29

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK DARI … fileProsiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 260 membantah wanita kelauar bekerja

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

259

PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK

DARI PERSPEKTIF FI ZILAL AL-QURAN

NOORAIHAN ALI, ASYRAF AB RAHMAN, NOOR ELIZA ABDUL RAHMAN

& MOHD HILMI ABDULLAH

Abstrak: Menurut perspektif fi zilal al-Quran, wanita mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan

anak-anak, keluarga dan masyarakat Islam. Realiti ini dapat dilihat sejak zaman kebangkitan awal Islam lagi.

Peranan yang besar telah dimainkan oleh isteri-isteri Rasulullah (SAW) dan para sahabat dalam menyokong

aktiviti dakwah dan pendidikan masyarakat Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengupas kedudukan dan

peranan wanita dalam konteks pendidikan masyarakat Islam dengan merujuk kepada perbincangan yang

diutarakan oleh Sayyid Qutb (1906-1966) melalui ayat-ayat terpilih dalam Fi Zilal al-Quran. Kedudukan

wanita generasi awal Islam dan sumbangan mereka, cabaran yang dihadapi, serta bentuk sokongan yang

dimainkan oleh wanita dalam pendidikan anak-anak, keluarga dan masyarakat juga turut dibincangkan

sebagaimana yang dibahaskan oleh Syed Qutb. Kajian kualitatif ini memperolehi data melalui analisis ayat-

ayat terpilih dalam Fi Zilal al-Quran. Data kajian ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah

analisis tema (thematic analysis). Dapatan kajian menunjukkan bahawa wanita mempunyai peranan yang

besar dalam pendidikan keluarga dan masyarakat Islam bagi melahirkan generasi beriman, beramal dan

berakhlak mulia.

Kata kunci: Pendidikan, masyarakat Islam, sumbangan wanita.

PENGENALAN

Dalam era pemodenan ini, peranan wanita dalam pembangunan negara menjadi semakin

penting. Perubahan sosio ekonomi dalam kehidupan di sesebuah negara yang serba moden

menjadikan peluang pekerjaan telah terbuka luas untuk wanita. Sebahagian besar wanita

dewasa ini terlibat dalam pelbagai sektor pekerjaan di luar rumah. Peranan kaum wanita

tidak lagi terhad di rumah sebagai ibu mahu pun isteri bahkan juga dalam pelbagai aktiviti

pekerjaan di luar rumah. Mereka menceburi pelbagai bidang pekerjaan yang meliputi

aktiviti ekonomi tidak formal hinggalah kepada bidang profesional dan iktisas (Asyraf Ab

Rahman, 2010). Faktor ini mengganggu gugat proses pendidikan anak-anak oleh ibu-ibu

yang bekerja di luar rumah sekiranya mereka tidak dapat memanfaatkan masa bersama

anak-anak dengan baik. Atas dasar inilah Syed Qutb (1992) amat keras membantah wanita

bekerja di luar rumah. Menurut beliau gejala keruntuhan akhlak anak-anak di negara Barat

adalah kesan daripada ibu yang keluar bekerja menyara keluarga. Rentetan itu, anak-anak

tidak mendapat perhatian dan didikan yang sewajarnya daripada si ibu (Sayyid Qutb

(1992): 646).

Terdapat banyak kajian yang membahaskan tentang peranan wanita dalam

pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara dalam konteks al-Qur’an dan Sunnah

Rasul (SAW) secara saintifik. Namun, kajian secara khusus berkaitan peranan mereka

dalam pendidikan anak-anak daripada perspektif Fi Zilal al-Quran masih boleh dikatakan

belum ada. Timbul persoalan apakah pandangan pengarang kitab tersebut terhadap peranan

wanita dalam mendidik anak-anak berdasarkan analisis ayat-ayat Quran yang berkait

dengan pendidikan anak-anak. Sementelahan dengan pandangan beliau yang agak keras

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah

Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin,

Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim,

Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh

© Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my

Page 2: PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK DARI … fileProsiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 260 membantah wanita kelauar bekerja

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

260

membantah wanita kelauar bekerja. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk

meneliti persoalan yang menjurus kepada peranan wanita dalam mentarbiyyah dan

mendidik anak-anak melalui tinjaun pandangan dan perbahasan Sayyid Qutb dalam kitab

tafsirnya yang masyhur iaitu Fi Zilal al-Quran. Pandangan Sayyid Qutb yang diutarakan

dalam Fi Zilal al-Quran akan dibahaskan secara relevan dalam konteks masyarakat

kontemporari yang semakin goyah nilai kekeluargaan. Ini adalah kerana semakin lunturnya

sumbangan serta peranan golongan wanita dalam menyokong kekuatan institusi keluarga

melalui pendidikan anak-anak.

Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa wanita mempunyai peranan yang besar

dalam pendidikan dan pembangunan masyarakat. Era kegemilangan umat Islam telah

memperlihatkan betapa golongan wanita mempunyai kedudukan yang begitu mulia lagi

penting dalam masyarakat. Di sisi Allah kedudukan lelaki dan wanita adalah sama. Hal ini

demikian kerana dua golongan ini masing-masing mempunyai tanggungjawab yang perlu

disempurnakan daripada segenap aspek kehidupan. Ianya meliputi perkara yang berkait

dengan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, dan haji atau ibadat umum seperti

bercakap benar, berbaik sangka dan sebagainya. Penyamarataan kaum lelaki dan wanita

adalah bersandarkan firman Allah yang bermaksud: ‘Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia

(baik lelaki dan wanita), kecuali mereka hanya beribadah kepada-Ku’ (al-Quran, al-

Zariyat: 56).

Rasulullah SAW amat menitik beratkan tentang pendidikan wanita. Rasulullah SAW

bersabda yang bermaksud: Tiga orang yang akan mendapat dua pahala sekali gus dan

seseorang yang bersamanya seorang perempuan, lalu dia mendidik dengan sebaik-baik

pendidikan dan mengajarnya dengan sebagus-bagus pengajaran. (Bukhāri, kitab: al-‘Ilm,

Juzuk: 1 dalam Azyatti M.N, Fariza M.S et Al, 2012) Setelah menyebutkan hadis di atas,

Bukhāri membuat satu bab pembahasan dengan judul, “Nasihat dan pengajaran seorang

imam kepada kaum wanita”. Bahkan pada zaman Madinah, kaum wanita telah mendapat

pendidikan secara langsung daripada Rasulullah SAW. Mereka telah mendapat kesempatan

yang cukup besar untuk mempelajari ilmu daripada Rasulullah SAW serta mendapat hari

khusus untuk mempelajari ajaran-ajaran agama daripada Rasulullah SAW. Hasil didikan

Rasul ini telah melahirkan ramai tokoh ilmuan wanita seperti Aisyah, Ummu al-Mukminin

r.a, Ummu Athiyah al-Ansariyyah dan Ummu Fadhl binti al-Hārith (Azyatti M.N, Fariza

M.S et Al, 2012)

Berdasarkan sunnah Rasul tadi, Ibn Hajar berpandangan bahawa dalam hal

pendidikan, kaum wanita tidak dihadkan untuk menuntut ilmu dengan keluarga dekatnya

sahaja malah dibolehkan untuk menuntut ilmu dengan seorang imam besar (ulama, ustaz)

atau orang yang dipercayai. Ini juga menunjukkan bahawa menjadi tanggungjawab sebuah

negara untuk memberikan pendidikan dan pengajaran kepada kaum wanita sesuai dengan

ketentuan syariat. Tambahan pula, sesuatu bangsa akan berjaya apabila wanitanya

mendapat pendidikan yang sempurna, bermaruah dan berakhlak mulia. Ini adalah kerana

kehalusan sifat wanita serta ketajaman perasaan seseorang ibu boleh memindahkan segala

kebaikan yang ada padanya untuk diwarisi oleh anak-anaknya. Sebagaimana perbahasan

al- Mawardi (hlm 187, 1987) tentang wanita yang bergelar ibu yang menyatakan bahawa

seseorang ibu mempunyai sifat lebih mengasihani dan menyayangi anak-anak yang terhasil

dari kelembutan hati dan kehalusan sifat mereka. Faktor ini membawa kepada besarnya

peranan mereka bagi menitik beratkan tarbiyyah dan didikan anak dari aspek rohani dan

jasmani. Bahkan kata-kata hikmah ada berbunyi: Wanita itu tiang negara, wanita itu baik,

maka baiklah negara itu, tetapi bila dia rosak, maka rosak pulalah negara itu (Abu Mohd

Jibril, 1986). Oleh itu kaum wanita perlu diberikan pendidikan yang sewajar dan

secukupnya kerana mereka merupakan pendidik atau guru yang paling layak serta

berpotensi untuk mendidik anak-anak dan anak bangsa mereka dengan baik.

Page 3: PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK DARI … fileProsiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 260 membantah wanita kelauar bekerja

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

261

KAEDAH PENYELIDIKAN

Data kajian ini diperolehi daripada satu penyelidikan kualitatif yang menggunakan

pendekatan analisis kandungan. Dalam kajian seperti ini pengkaji menilai dan

menganalisis kewujudan makna perkataan, konsep atau ayat yang terdapat dalam teks yang

menjadi fokus penyelidikan dan kemudian membentuk tema-tema tertentu yang wujud

hasil daripada perkataan, konsep atau ayat tersebut. Kajian ini akan memanfaatkan bahan

penulisan yang sedia ada (bahan arkib) daripada pelbagai sumber. Dalam konteks kajian

ini, analisis adalah dilakukan ke atas kitab peninggalan ulama besar Islam, iaitu Sayyid

Qutb. Fokus penyelidikan adalah berkaitan peranan wanita dalam pendidikan anak-anak.

Proses kajian bermula dengan pemilihan ayat-ayat al-Quran yang membahaskan

persoalan pendidikan anak-anak dan peranan wanita dari perspektif Islam. Untuk tujuan

ini, secara purporsive, ayat 12-19 dalam surah Luqman dalam kitab tafsir Fi Zilal al-Quran

yang disusun oleh Sayyid Qutb telah dipilih. Proses pengumpulan data dilakukan dengan

membaca secara teliti isi kandungan ayat-ayat terpilih tersebut dalam Fi Zilal al-Quran dan

tema pembahasan berkaitan dengan peranan wanita dalam pendidikan anak-anak dicatat.

Daripada tema ini, analisis dan pembahasan mengenainya dilakukan dengan menjadikan

tema yang dikenalpasti tersebut sebagai sub tajuk dalam pembahasan kajian ini.

Perbahasan tema yang dikenalpasti turut disokong dengan pandangan beberapa tokoh lain

yang berkaitan serta pendapat Sayyid Qutb sendiri dalam kitab-kitabnya yang lain.

Pemilihan kitab Fi Zilal al-Quran ini dilakukan kerana ia adalah dianggap antara

karya Sayyid Qutb yang teragung dan paling menonjol serta dibaca dan diterjemahkan ke

dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu. Manakala pemilihan ayat al-Quran yang

berkaitan kajian dipilih berdasarkan perkaitannya yang erat dengan peranan ibu bapa

dalam pendidikan anak-anak.

Fi Zilal al-Quran mula ditulis pada pertengahan 1951 dan hampir siap sepenuhnya

apabila penulis beliau dihukum gantung pada tahun 1966. Tema perbahasan dalam Fi Zilal

al-Quran merangkumi pelbagai aspek baik berkaitan politik, sosioekonomi, pembangunan

insan dan pembentukan keluarga dan masyarakat Islam (al-mujtama’ al-islami). Selain isu-

isu berkaitan kemelut yang melanda umat Islam khususnya tekanan dari Barat juga turut

dibahas. Tema-tema tersebut dibahaskan dalam konteks kerelevanannya dengan apa yang

telah disebut dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW). Isu berkaitan peranan wanita

dalam pendidikan anak-anak yang menjadi fokus perbincanagan kajian ini Fi Zilal al-

Quran dibahas berasaskan pentafsiran surah-surah seperti an-Nisa’, an-Nahl, al-Ahzab dan

Luqman. Perbincangan Sayyid Qutb berkaitan isu wanita dan sumbangannya adalah

berdasarkan pengalaman beliau sendiri sewaktu kecil dibesarkan dalam keluarga yang

cukup taat kepada ajaran agama. Ibu beliau Fatimah, adalah merupakan sumber inspirasi

yang banyak mengorbankan masa demi membentuk keperibadian anak-anaknya dengan

asuhan agama dan menghafaz ayat-ayat suci al-Quran. Pengorbanan tersebut telah

dirakamkan oleh Sayyid Qutb dalam buku beliau al-Taswir al-Fanni fi al-Quran:

Engkau mengharapkan agar Allah memberi kemudahan kepadaku untuk

menghafal al-Quran, selain Dia memberi kelebihan kepadaku dengan nada

suara yang baik (hafalan tersebut) agar aku mampu memperdengarkan bacaan

al-Quran setiap kali engkau ingin mendengarnya. Kemudian engkau telah

membuatkan aku memilih jalan baru ini setelah sebahagian dari cita-citamu

telah dimakbulkan dan (akhirnya) aku telah mampu menghafaz al-Quran

(seluruhnya) (Sayyid Qutb, 1994).

Page 4: PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK DARI … fileProsiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 260 membantah wanita kelauar bekerja

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

262

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Objektif kajian ini adalah untuk meneroka peranan wanita dalam pendidikan anak-anak

menurut pandangan Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zilal al-Quran dalam surah Luqman (ayat

13-19). Wacana ini penting bagi meningkatkan kefahaman umum, khususnya masyarakat

Islam tentang peranan seorang wanita atau ibu dalam memberi impak terhadap didikan

anak-anak.

Walaupun ayat al-Quran yang berkisar tentang nasihat atau cara didikan seorang

bapa iaitu Luqman al-Hakim kepada anaknya namun kupasan syed Qutb dalam fi zilal al-

Quran menyentuh peranan kedua ibu-bapa. Berasaskan analisis tafsiran dan ulasan

berkaitan ayat-ayat quran tersebut, terdapat empat tema yang ditonjolkan oleh Sayyid Qutb

berkaitan peranan ibu dan bapa dalam memberi didikan yang sempurna terhadap anak

mereka.. Tema-tema tersebut meliputi, (1) kejujuran dan ketulusan hati ibu bapa, (2)

kekuatan ikatan seorang ibu dan anak (3) ketaatan anak tidak boleh melangkaui aqidah,

dan (4) pengorbanan ibu dalam mendidik anak. Penemuan kajian mengenai peranan wanita

dalam mendidik anak-anak menurut perspektif fi zilal al-quran dibincangkan berasaskan

tema-tema ini.

Kejujuran dan ketulusan hati ibu bapa dalam mendidik anak-anak diungkapkan oleh

Syed Qutb ketika menafsir ayat ketiga belas surat Luqman:

13. “Dan (kenangilah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa

memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku! Janganlah engkau sekutukan

Allah, sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.”

Syed Qutb seterusnya mengungkap bahawa:

“Ini adalah satu nasihat yang jujur kerana tiada lain tujuan seorang bapa

melainkan supaya anaknya mendapat kebaikan dan tiada sikap yang wajar bagi

seorang bapa terhadap anaknya melainkan memberi nasihat. Di sini Luqmanul-

Hakim melarang anaknya dan mempersekutukan Allah dengan alasan bahawa

perbuatan syirik adalah suatu yang amat besar. Beliau menekankan hakikat ini

dua kali. Sekali dengan mengemukakan larangan dan menjelaskan alasannya

dan sekali lagi dengan menggunakan kata-kata penguat iaitu “inna” dan “lam”

pada “lazulmun”. lnilah hakikat yang dikemukakan Nabi Muhammad s.a.w.

kepada kaumnya lalu mereka mempertikaikannya dan mengatakan penceritaan

ini sebagai ada udang disebalik hatu. Mereka takut penceritaan ini bertujuan

untuk mencabut kekuasaan mereka dan menunjukkan kelebihan ke atas

mereka. Apakah yang ada pada nasihat Luqmanul-Hakim yang dikemukakan

kepada anaknya? Tidakkah nasihat seorang bapa kepada anaknya itu bersih

dari segala keraguan dan jauh dari segala sangkaan yang buruk? Sebenarnya

itulah hakikat yang amat tua yang disebut oleh setiap orang yang dikurniakan

Allah pengetahuan hikmat yang bertujuan semata-mata untuk kebaikan

bukannya tujuan yang lain darinya. lnilah penerangan psikologi yang

dimaksudkan disini” (http://alambuku.tripod.com/pdf/Tafsir+Fi+Zilal+-

+Ayat+Pilihan.pdf)

Penghkususan kata nama bapa sebagaimana yang diungkapkan oleh beliau tidak

menafikan ayat ini juga ditujukan kepada para ibu. Para ulama bersependapat bahawa

Page 5: PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK DARI … fileProsiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 260 membantah wanita kelauar bekerja

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

263

ungkapan dalam ayat al-Quran berkaitan para lelaki adalah termasuk juga para wanita

(Husna Husain & Ibrahim Hashim, 2017). Justeru wanita sebagai seorang ibu juga

memainkan peranan setaraf dengan seorang bapa dalam mendidik anak-anak untuk

mentauhidkan Allah dan bersifat jujur serta tulus tanpa mengharapkan apa-apa balasan

daripada anak-anak. Tujuan mereka mendidik adalah semata-mata untuk kebaikan dan

bukan tujuan yang selainnya. Menurut beliau sifat ini adalah anugerah semulajadi daripada

Allah kepada kedua ibu bapa supaya didikan mereka ini diterima oleh anak-anak dengan

hati yang terbuka.

Ayat keempat belas adalah merujuk kepada kekuatan hubungan ibubapa dengan

anak-anak dengan gaya bahas (uslub) al-Quran yang amat halus. al-Quran menggambarkan

hubungan tersebut dengan satu gambaran yang menarik, penuh mesra dan lemah lembut.

Namun begitu hubungan ‘aqidah adalah tetap diutamakan diikuti dengan hubungan darah

yang erat itu (Syed Qutb, 1992):

14. “Dan Kami telah menyuruh manusia supaya berbakti kepada dua orang

tuanya. Dia telah dikandung ibunya yang mengalami kelemahan demi

kelemahan dan masa lepas susunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku

dan kepada dua ibu bapa engkau dan kepada-Ku tempat kembali.”

15. “Dan jika mereka berdua mendesak engkau supaya mempersekutukanKu

dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui, maka janganlah engkau

ta’atkan kedua-duanya dan sahabatilah kedua mereka dengan baik di dunia ini,

dan ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepada-Ku, kemudian kepada-

Kulah tempat kembali kamu dan Aku akan memberitahu kepada kamu segala

perbuatan yang telah dilakukan kamu.”

Dalam mentafsirkan ayat ini, Sayyid Qutb berpandangan bahawa kekuatan hubungan

ibu bapa dengan anak-anak adalah berhubungkait dengan fitrah kejadian seperti pernyataan

beliau:

Perintah kepada anak-anak supaya berbuat baik kepada ibu bapa berulang-

ulang kali disebut di dalam al-Qur’anul-Karim dan di dalam suruhan-suruhan

Rasulullah s.a.w., tetapi perintah kepada ibu bapa supaya berbuat baik kepada

anak-anak hanya disebut sedikit sahaja dan kebanyakannya mengenai peristiwa

menanam anak hidup-hidup, iaitu satu peristiwa tertentu yang berlaku di dalam

suasana-suasana tertentu. Ini disebabkan kerana fitrah semulajadi sahaja sudah

cukup untuk mendorong ibu bapa mengambil berat terhadap keselamatan anak-

anaknya. Fitrah semulajadi memang didorong ke arah melindungi generasi

baru untuk menjamin kesinambungan hayat sebagaimana yang dikehendaki

Allah. Ibu bapa akan mengorbankan tubuh badan mereka, saraf mereka, umur

mereka dan segala sesuatu yang mahal yang dimiliki mereka demi kepentingan

anakanak mereka. Mereka membuat pengorbanan-pengorbanan itu tanpa

bersungut atau mengadu, malah tanpa kesedaran mereka, malah mereka

berkorban dengan cergas dan senang hati seolah-olah merekalah yang

menerima. Pendeknya fitrah semulajadi sudah cukup untuk mendorong ibu

Page 6: PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK DARI … fileProsiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 260 membantah wanita kelauar bekerja

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

264

bapa menjaga anak-anaknya tanpa perintah, tetapi kepada si anak pula ia perlu

diperintah berulang-ulang kali supaya memberi perhatian kepada generasi ibu

bapa yang mengorbankan usia dan jiwa mereka kepada generasi baru bagi

menghadapi masa depan yang mendatang. Si anak tidak dapat menggantikan

pengorbanan yang telah dilakukan orang tuanya walaupun dia memberi seluruh

umurnya untuk mereka.

Syed Qutb seterusnya memberi gambaran yang khusus tentang kedudukan seorang

ibu dan peranan yang dimainkan olehnya seperti berikut:

Gambaran menarik di dalam ayat “dia telah dikandung ibunya yang mengalami

kelemahan demi kelemahan dan masa lepas susunya dalam dua tahun” adalah

menggambarkan bayangan dan pengorbanan mereka yang luhur itu. Si ibu

sudah tentu menanggung habuan pengorbanan yang lebih besar dan dia

melakukan pengorbanan itu dengan perasaan kasih mesra yang lebih hebat,

lebih mendalam, lebih lembut dan halus. al-Hafiz Abu Bakr al-Bazzar telah

meriwayatkan dalam musnadnya dengan sanadnya dari Burayd dari bapanya

bahawa seorang lelaki mengerjakan tawaf dengan mendukung ibunya lalu dia

bertanya Nabi s.a.w.: “Adakah saya telah membayar haknya (ibunya) beliau:

“Tidak, tidak, walau senafas pun”. Demikianlah dia tidak dapat membalas budi

ibunya walau senafas pun dan masa ia mengandung atau masa dia bersalin. Dia

mengandungnya dengan mengalami kelemahan demi kelemahan. (Syed Qutb,

hlm 2778/j5,1992)

Sifat lemah lembut, luhur, kasih sayang yang mendalam dan kehalusan perasaan

menjadikan seorang ibu lebih layak dan berkemampuan untuk mendidik anak dengan

penuh keluhuran dan keikhlasan. Ciri-ciri ini dilihat begitu penting bagi seorang ibu bagi

menatijahkan insan yang sempurna aqal fikiran dan berbudi pekerti yang tinggi. Kekuatan

hubungan seseorang bapa dengan anak juga tidak boleh dinafikan. Sesungguhnya, ibu dan

bapa saling perlu memerlukan antara satu sama lain ke arah pendidikan anakyang

sempurna berlandaskan syariat Islam sepertimana wujudnya pergantungan sesama

makhluk Allah; antara langit dan bumi, tumbuhan dan binatang, manusia dan seluruh alam.

Wanita diciptakan dengan penuh keistimewaan berbeza dengan penciptaan golongan

lelaki. Mereka merupakan golongan yang mulia lantaran pengorbanan yang dipikul oleh

mereka yang tidak mungkin mampu ditanggung oleh lelaki bersesuaian dengan fitrah

kejadian mereka. Contohnya kesediaan mengandungkan bayi selama sembilan bulan tanpa

jemu dan takut dengan kemungkinan bahaya yang ditanggung, menjaga dan menyusukan

anak-anak, selain berusaha menjaga perasaan dan hubungan hidup suami-isteri. Dalam hal

ini, ciri-ciri seperti cepat bertindak, perasaan kasihan belas yang tinggi dalam memenuhi

keperluan dan kemaslahatan anak-anak, amat sesuai dengan mereka ke arah pembentukan

keluarga yang utuh dan harmoni. Sifat-sifat sebegini menurut Sayyid Qutb amat susah lagi

mencabar dan tidak mampu ditanggung oleh golongan lelaki. Inilah keadilan Allah yang

mengetahui peranan setiap makhluk ciptaanNya sebagai khalifah dimuka bumi ini (Sayyid

Qutb, 1995).

Seterusnya Syed Qutb menukilkan gesaan Allah supaya memanjatkan kesyukuran ke

hadratNya selaku Pengurnia ni’mat yang pertama dan berterima kasih kepada ibu bapa

selaku pembuat budi atau pemberi ni’mat yang kedua. al-Quran mengatur kewajipan

manusia agar mula-mula bersyukur kepada Allah dan kemudian berterima kasih kepada

dua ibu bapa sebagaimana firmannya: 14. “Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu

bapa engkau”

Page 7: PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK DARI … fileProsiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 260 membantah wanita kelauar bekerja

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

265

Beliau mnjelaskan bahawa walaupun ikatan erat dan mulia kedua ibu bapa dengan

anak itu begitu terserlah namun dalam susunan tertib ia hanya menduduki tempat yang

kedua selepas hubungan ‘aqidah. Kewajipan anak untuk patuh kepada orang tuanya perlu

relevan dengan syariat Allah. Oleh itu, anak-anak tidak diwajibkan patuh terhadap suruhan

kedua ibu bapa yang bertentangan dengan aqidah dan syariat Allah sebagaimana

firmanNya:

15. “Dan jika mereka berdua mendesak engkau supaya mempersekutukanKu

dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui, maka janganlah engkau

ta’atkan kedua-duanya.”

Menurut Syed Qutb:

Sampai di sini gugurlah kewajipan ta’at kepada dua ibu bapa, dan di sinilah

meningkatnya hubungan ‘aqidah mengatasi segala hubungan yang lain. Walau

bagaimana hebat usaha, perjuangan, desakan dan penerangan yang

dikemukakan oleh ibu bapa dengan tujuan memujuk si anak supaya

mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak diketahui ketuhanannya,

maka dia diperintah supaya jangan ta’at kepada kehendak dua ibu bapa itu.

Itulah perintah dan Allah selaku tuan punya hati yang pertama yang pasti

ditaati Tetapi perbezaan ‘aqidah di antara anak dan ibu bapa, juga perintah

supaya jangan menta’ati ibu bapa dalam perkara-perkara yang bertentangan

dengan ‘aqidah, tidaklah menggugurkan hak ibu bapa dari mendapat layanan

yang baik dan persahabatan yang mesra dari anak-anaknya:

Baki perintah kepada manusia dalam hubungan mereka dengan ibu bapa

ialahKeperluan kehidupan berkeluarga Kehidupan berkeluarga merupakan keperluan fitrah

semulajadi manusia. Justeru itu konsep perkahwinan yang digalakkan oleh Islam adalah

sesuai dengan keperluan fitrah tadi yang saling perlu memerlukan antara lelaki dan wanita.

Dalam konteks kehidupan berkeluarga, pembentukan institusi kekeluargaan melalui

perkahwinan itu mempunyai peranan yang cukup besar dan bukan sekadar memenuhi

keperluan nafsu shahwat semata-mata. Ini adalah kerana keluarga itu adalah ibarat blok

binaan (building blocks) kepada keutuhan institusi masyarakat. Keruntuhan institusi

keluarga bermakna kehancuran kepada institusi masyarakat dan negara. Sayyid Qutb

membahaskan secara panjang lebar berkaitan isu ini. Beliau berpendapat bahawa

pembinaan keluarga melalui perkahwinan itu adalah satu proses pengagihan tugas secara

adil antara suami dan isteri ke arah melahirkan ahli masyarakat yang mampu menyumbang

kepada survival agama dan masyarakat kelak. Perkahwinan bukanlah demi memenuhi

keperluan syahwat semata-mata (Sayyid Qutb, 1995). Oleh itu pengagihan

tangggungjawab serta tugas secara adil seperti meletakkan tanggungjawab kepimpinan dan

pencarian nafkah di bahu suami dan pendidikan dan penjagaan anak-anak secara bersama

antara suami-isteri adalah satu pendekatan yang baik. Pengagihan tugas yang adil ini akan

melahirkan keharmonian dalam keluarga dan pembesaran anak-anak berlaku secara

sempurna lagi selaras dengan hakikat asal kejadian lelaki dan wanita itu sendiri. Malahan

pembentukan keperibadian manusia dan proses pentarbiyahan mereka memakan masa

yang lama dan tidak seperti pembesaran haiwan yang berakhir dengan bertemu pasangan

dan beranak pinak. Pembentukan manusia bermula dengan penekanan nilai kerohanian

seawal bayi dalam kandungan, sesudah itu pentarbiyahan akhlak Islam, tunjuk ajar yang

betul tentang kehidupan bermasyarakat dan hakhak dan tanggungjawab yang perlu

Page 8: PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK DARI … fileProsiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 260 membantah wanita kelauar bekerja

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

266

dimainkan adalah penting ke arah mencapai keredhaan Ilahi (Sayyid Qutb, 1995). Ibu

adalah berperanan besar bermula dengan penyusuan bayi pada peringkat dua tahun

pertama, diikuti dengan belaian dan kasih sayang yang berterusan (Sayyid Qutb, 1995). S

Sebaliknya, sesebuah institusi keluarga yang didasari keperluan kepuasan seksual,

cinta yang buta akan mengundang keruntuhan ketamadunan umat seluruhnya kerana

perasaan tanggungjawab dan amanah baik di pihak suami atau isteri telah diketepikan.

Menurut Sayyid Qutb, bilamana seorang isteri melihat keperluan material seperti gaji yang

mahal, pekerjaan yang mampu menghasilkan wang yang banyak lebih baik dari

mengorbankan masa menumpu dan membesarkan anak-anak yang solih, maka tunggulah

kehancuran institusi kekeluargaan dan masyarakat tersebut. Senario yang berlaku di

negara-negara maju seperti Perancis, Rusia dan beberapa negara Eropah jelas

memperlihatkan berlakunya penyimpangan ini (Sayyid Qutb, 1995). Pandangan ini turut

dikongsi oleh Yusuf al-Qardawi (1993) apabila beliau melihat persekitaran yang berlaku di

Barat amat jauh bezanya dengan ajaran Islam. Ini kerana wanita di Barat telah diabaikan

hak mereka dalam banyak aspek, baik berupa material, dan keperluan hidup. Oleh itu,

mereka bekerja adalah atas dasar keperluan mendesak bagi menyara kehidupan dan bukan

lagi pilihan. Tanpa bekerja mereka mungkin akan terpinggir dan mati kelaparan kerana

kurang diberi bantuan sama ada dari saudara lelaki, ibu bapa maupun keluarga.

Kecenderungan Sayyid Qutb yang cuba meletakkan kedudukan wanita di tempat yang

sewajar perlu dilihat secara positif dalam konteks pembentukan keluarga dan masyarakat

yang utuh. Walaupun dari satu sudut, seolah-olah wanita hanya berada di rumah, namun

perlu diingat bahawa wanita turut berperanan diluar rumah asalkan pekerjaan tersebut

sesuai dengan status mereka yang perlu dipelihara agar tidak menimbulkan sebarang fitnah

dan sebagainya. Kalau dilihat dari sudut perjuangan gerakan Ikhwan alMuslimun di Mesir

di era 1960-an, maka didapati bahawa terdapat para wanita yang turut serta membantu

gerakan dalam menyampaikan dakwah Islam termasuk saudara perempuan Sayyid Qutb

iaitu, Aminah dan Hamidah. Kedua-duanya turut terlibat secara aktif bersama Sayyid Qutb

baik dalam penulisan dan penyampaian ceramah kepada tahap pengislahan masyarakat

Mesir pada ketika itu (Salah Abd al-Fattah al-Khalidi, 1985).

Pendekatan positif Sayyid Qutb terhadap wanita ini turut diakui oleh Sarjana Yahudi,

Haim (1982) yang mengupas buku Sayyid Qutb, al-Madinah al-Mansyurah yang

mengisarkan seorang wanita bernama Shehrizat yang secara berani meminta keizinan dari

raja dari menjalankan tugasan di istana atas alasan ingin menumpukan perhatian

membesarkan anak-anaknya: Saya memohon ingin kembali kepada tiga orang anak-anak

saya, membesarkan mereka agar mereka menjadi golongan yang berguna kepada orang

tua. Saya tidak lagi sanggup Tuan untuk selamanya bergantung kepada urusan kerja

pentadbiran (di istana) (Haim, 1982). Keinginan yang ditunjukkan oleh wanita tersebut

lahir dari hati nurani kewanitaan JGD – Journal of Governance and Development 19 Vol.6,

2010 (14 - 21) yang telah dianugerahkan Allah kepadanya secara fitrah. Manakala

kebergantungan anak-anak kepada ibu mereka lebih dari yang lain juga adalah secara

semulajadi sebagaimana telah ditetapkan oleh Allah. Penyelewengan matlamat

pembentukan keluarga sepertimana banyak berlaku di negara-negara maju (Barat

umpamanya) jelas membuktikan ketempangan budaya yang mereka ikuti. Masyarakat

Jahili sebagaimana dilebelkan oleh Sayyid Qutb ini, tidak lagi mampu membezakan antara

keperluan kemanusiaan dan dorongan nafsu ’kebinatangan’. Justeru itu pergaulan bebas

lelaki dan wanita tanpa ikatan perkahwinan, dan perzinaan tidak lagi dianggap pelik atau

menyalahi pandangan hidup ahli masyarakat. Bahkan, ia telah dianggap sah dan

merupakan satu tarikan atau sumber pendapatan bagi negara (Sayyid Qutb, 1995).

Qutb mengambil contoh pasangan yang tidak berkahwin di Rusia di sekitar 1960an

sepertimana berikut; lelaki mula meniduri wanita seawal usia 18 tahun. Manakala wanita

Page 9: PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK DARI … fileProsiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 260 membantah wanita kelauar bekerja

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

267

pula pada usia 15 tahun. Sebanyak 95% daripada remaja lelaki telah melakukan hubungan

jenis pada usia 21 tahun (Sayyid Qutb, 1995). Senario ini jika dilihat dalam konteks hari

ini, maka jumlahnya adalah jauh lebih tinggi memandangkan semakin kurangnya

penekarnan aspek agama dalam kehidupan masyarakat selain kemasukan budaya songsang

yang semakin rancak atas nama globalisasi dan modernisasi yang digembar-gemburkan

selama ini.

Ketaatan asas kesolehan wanita Sayyid Qutb menggariskan beberapa kewajipan yang

perlu bagi wanita terhadap suaminya iaitu ketaatan, menjaga kehormatan diri, harta dan

anak-anak sewaktu ketiadaan suami sesuai dengan gesaan al-Quran yang telah

menggariskan beberapa kewajipan-kewajipan tertentu bagi setiap lelaki dan wanita.

Kewajipan yang paling asas bagi wanita ialah mentaati suami dalam semua urusan

keluarga kecuali pada perkara yang dilarang agama seperti arahan meminum arak,

melakukan zina dengan lelaki lain (pelacuran), mencuri dan sebagainya. Sifat ketaatan ini

menurut Sayyid Qutb perlu lahir atas rasa cinta yang mendalam dan kasih sayang kepada

suami dan ahli keluarga dan bukan kerana keperluan kepada material atau dipaksa. Selain

itu suami perlu sentiasa memberi didikan agama dan nasihat kepada ahli keluarga agar

keharmonian yang dibentuk dapat dikekalkan sesuai dengan ayat al-Quran (al-Quran, al-

Tahrim: 6) berbunyi: Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka...’. Menjadi

tanggungjawab suami untuk memantau tindak-tanduk isterinya. Beberapa kaedah dalam

berhadapan dengan isteri yang derhaka turut digariskan oleh al-Quran seperti memberi

nasihat dan teguran yang baik, mengasingkan dari tempat tidur dan memukul sekadar

mendidik. Pendekatan sebegini menurut Sayyid Qutb adalah penting diambil tindakan

segera oleh pihak suami sebelum rumah tangga menjadi semakin goyah dan binasa (Sayyid

Qutb, 1995).

Kebenaran agama yang membolehkan lelaki memukul isteri dalam keadaan tertentu

pada pandangan Sayyid Qutb adalah sesuai dengan syarat pukulan itu sekadar mendidik

dan bukan bagi menyakiti si isteri, ibarat pukulan lembut dari seorang pendidik yang

menyayangi, ibarat pukulan seorang ayah kepada anaknya atau pukulan guru terhadap

murid yang dikasihinya (Sayyid Qutb, 1995). Pendekatan sebegini walau bagaimanapun

adalah sama sekali tidak perlu sekiranya kedua belah pihak masih mampu mencari jalan

penyelesaian yang lebih baik dan saling wujud pemuafakatan (Sayyid Qutb, 1995).

Ketaatan juga merupakan gambaran kesolehan wanita di sisi agama. Ini adalah kerana sifat

taat setia yang ditunjukkan menggambarkan tahap keimanan dan ketaqwaan mereka

kepada Allah. Ketaatan yang dibuktikan dengan mengenepikan dorongan nafsu dan

keseronokan duniawi di luar rumah demi membentuk keperibadian ahli keluarga selain

mencari keredaan Allah dianggap satu pengorbanan yang cukup besar bagi wanita. Kerana

itu adalah adil apabila Islam mewajibkan lelaki keluar berjihad apabila JGD – Journal of

Governance and Development 20 Vol.6, 2010 (14 - 21) ada keperluan manakala wanita

diberi pilihan berbuat demikian dengan harapan mereka dapat mendidik anak-anak dengan

baik agar dapat membina satu generasi umat Islam yang mampu mengikuti jejak langkah

bapa mereka kelak (Sayyid Qutb, 1995). Keutamaan menjaga keperluan ahli keluarga dan

anak-anak bukanlah menafikan sama sekali hak wanita untuk keluar rumah. Sebaliknya,

apa yang ditekan ialah dari sudut kesesuaian fitrah kejadian wanita yang dilihat lebih

relevan berbanding lelaki dalam mengurus keperluan dan pembesaran anak-anak di rumah

disamping bantuan para suami. Selain itu, keperluan ini juga adalah bagi menjaga

kehormatan dan kemuliaan wanita itu sendiri. Sayyid Qutb mengakui hakikat ini dengan

menegaskan bahawa kelonggaran yang dibenarkan oleh agama bagi wanita untuk keluar

dari rumah adalah atas sebab keperluan dan hajat yang mendesak. Dalam konteks ini,

bekerja demi menjaga anak-anak yang ketiadaan bapa adalah termasuk dalam keperluan

Page 10: PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK DARI … fileProsiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 260 membantah wanita kelauar bekerja

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

268

mendesak, selain membantu para suami yang tidak lagi mampu bekerja kerana kecacatan

yang dialami dan sebagainya.

Wanita di zaman Rasulullah (SAW) umpamanya, tidak ditegah untuk mereka keluar

menunaikan solat berjamaah dan mendengar pengajaran Baginda (SAW) di masjid.

Mereka keluar beramai-ramai dalam keadaan menutup kepala mereka sehingga tidak

dikenali oleh kebanyakan orang dan tidak pula menimbulkan sebarang fitnah. Berdandan

dan berhias adalah jauh sama sekali demi menjaga kehormatan dan martabat yang ada pada

mereka. Inilah gambaran kesolehan wanita sepertimana ayat al-Quran yang bermaksud:

Maka wanita yang solih itu adalah terdiri dari mereka yang taat lagi patuh (kepada Allah

dan kepada suami-suami mereka) dan memelihara diri di waktu ketiadaan suami (al-Quran,

an-Nisa: 34).

Pengorbanan wanita dalam kehidupan berkeluarga Keutuhan institusi keluarga

adalah umpama keutuhan batu-bata yang menampung kekuatan institusi masyarakat.

Justeru itu suami dan isteri perlu berusaha mengekalkan persefahaman dan muafakat dalam

menjaga hubungan mereka, serta hubungan dengan anak-anak mereka. Pengorbanan si

suami, melayan kerenah isteri dan anak-anak, keluar mencari rezeki bagi menampung

keperluan keluarga, adalah sesuatu yang tinggi nilainya di sisi agama. Begitu juga

pengorbanan isteri memelihara kehormatan diri, mentaati dan menjaga keperluan suami,

membesarkan anak-anak, dan memelihara aurat adalah termasuk dalam amalan kebaikan

yang disanjung tinggi. Menurut Sayyid Qutb, setiap pengorbanan yang dibuat

mengandungi hikmah-hikmah tertentu. Beliau mengambil contoh kisah yang berlaku di

zaman Rasulullah (SAW) bilamana kewajipan menutup aurat wanita mula dilaksanakan

(al-Quran, al-Ahzab: 59). Telah menjadi kebiasaan bagi penduduk Madinah waktu itu

untuk keluar membuang air di luar rumah di waktu malam. Keadaan ini telah digunakan

oleh orang-orang jahat untuk mengacau dan mengusik khususnya di kalangan wanita

Muslimah. Namun apabila mereka terserempak dengan wanita muslimah yang memakai

jilbab, lalu dijauhi kerana disangka mereka dari golongan yang berstatus tinggi lagi

dihormati. Manakala mereka terserempak dengan wanita yang tanpa berjilbab lalu terus

dikacau kerana menyangka wanita tersebut adalah terdiri dari golongan hamba yang tidak

mempunyai maruah dan kemuliaan ketika itu (Sayyid Qutb, 1995). Inilah antara hikmah

besar atas setiap suruhan Allah yang hanya mampu difahami oleh mereka yang beriman

dan bertakw

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya dapat dikatakan wanita mempunyai peranan besar dalam

pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Agama Islam mengiktiraf peranan kaum

wanita ini. Mereka diberikan ruang dan peluang untuk aktif dalam pembangunan seiring

dengan kaum lelaki. Pendekatan yang ditunjukkan oleh Sayyid Qutb dalam

membincangkan isu wanita cukup relevan berasaskan pengalaman dan pemerhatian JGD –

Journal of Governance and Development 21 Vol.6, 2010 (14 - 21) langsung beliau sendiri

terutama dalam suasana keluarga beliau di mana ibu dilihat banyak mempengaruhi tingkah

laku dan pemikiran anak-anak. Selain itu persepsi positif beliau terhadap wanita juga

dipengaruhi faktor pengamatan yang dilakukan oleh beliau sewaktu di Amerika di mana

punca keruntuhan rumah tangga dan kepincangan sistem kekeluargaan turut berpunca dari

hilangnya peranan wanita dalam keluarga. Justeru itu beliau melihat wanita berperanan

besar dalam mengembalikan semula kecemerlangan keluarga dan umat Islam. Pengagihan

tugas secara adil antara suami-isteri yang didasari aqidah Islamiyyah yang jelas adalah

penting dan didokong dengan kesesuaian bidang tugas selari dengan keadaan fikizal

mereka.

Page 11: PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK DARI … fileProsiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 260 membantah wanita kelauar bekerja

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

269

Walaupun pendekatan Sayyid Qutb dilihat mengenepikan kebebasan wanita, namun

ini bukan bererti wanita kehilangan hak sama sekali untuk keluar bekerja atau bersosial.

Apa yang ditekankan adalah dari sudut mencari formula yang sesuai ke arah membentuk

generasi umat yang cemerlang jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam hal ini, beliau

melihat peranan yang dimainkan wanita di rumah boleh merealisasikan kecemerlangan

tersebut kerana ia lebih serasi dengan kejadian wanita itu sendiri yang mempunyai sifat

lemah-lembut, penyayang dan mudah bertolak ansur dalam banyak perkara. Dalam konteks

masa kini, keperluan kehidupan yang semakin mendesak telah mendorong ramai wanita

untuk keluar bekerja dan mencari rezeki bagi menambah pendapatan keluarga. Namun

berdasarkan pengamatan sejarah wanita silam dan pandangan Sayyid Qutb, adalah lebih

baik sekiranya keperluan tersebut dilihat dari sudut kemaslahatan yang diperolehi kepada

diri, keluarga dan umat Islam. Di sini pemilihan kerja yang sesuai dengan fitrah dan

keupayaan wanita adalah lebih penting berbanding mengejar kedudukan dan kebendaan

agar ia memberi impak yang lebih baik kepada diri, keluarga dan masyarakat umumnya,

selain berupaya memelihara hak dan tanggungjawab sebagai isteri, dan ibu di rumah. Ini

adalah kerana peranan sebagai isteri dan pendidik di rumah itulah yang lebih utama dan

bakal diambil kira oleh agama kelak.

Walaupun pendekatan Sayyid Qutb dilihat mengenepikan kebebasan wanita, namun

ini bukan bererti wanita kehilangan hak sama sekali untuk keluar bekerja atau bersosial.

Apa yang ditekankan adalah dari sudut mencari formula yang sesuai ke arah membentuk

generasi umat yang cemerlang jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam hal ini, beliau

melihat peranan yang dimainkan wanita di rumah boleh merealisasikan kecemerlangan

tersebut kerana ia lebih serasi dengan kejadian wanita itu sendiri yang mempunyai sifat

lemah-lembut, penyayang dan mudah bertolak ansur dalam banyak perkara. Dalam konteks

masa kini, keperluan kehidupan yang semakin mendesak telah mendorong ramai wanita

untuk keluar bekerja dan mencari rezeki bagi menambah pendapatan keluarga. Namun

berdasarkan pengamatan sejarah wanita silam dan pandangan Sayyid Qutb, adalah lebih

baik sekiranya keperluan tersebut dilihat dari sudut kemaslahatan yang diperolehi kepada

diri, keluarga dan umat Islam. Di sini pemilihan kerja yang sesuai dengan fitrah dan

keupayaan wanita adalah lebih penting berbanding mengejar kedudukan dan kebendaan

agar ia memberi impak yang lebih baik kepada diri, keluarga dan masyarakat umumnya,

selain berupaya memelihara hak dan tanggungjawab sebagai isteri, dan ibu di rumah. Ini

adalah kerana peranan sebagai isteri dan pendidik di rumah itulah yang lebih utama dan

bakal diambil kira oleh agama kelak.

RUJUKAN

Nur, S., Abd, H., Izhar, M., Mohd, A., & Adnan, M. (2017). Peranan Wanita Dalam Institusi Kekeluargaan :

Perbincangan Dari Perspektif Islam, 12(3).

al-Mawardi. (1987). Adab al-Dunya wa al-Din, Dar maktabat al-hayat

al-Quran Abu Mohd Jibril Abdur Rahman. (1986). Wanita solihah: Ciri-ciri dan fungsinya. Kuala Lumpur:

Pustaka Syuhada.

Haim, Sylvia G. (1982). Sayyid Qutb. Asian and African Studies. 16, 147-156.

Salah Abd al-Fattah al-Khalidi. (1985). Sayyid Qutb: al-Shahid al-Hayyi. Amman: Maktabah al-Aqsa.

Sayyid, Qutb. (1995). Fi zilal al-Quran. Kaherah: Dar al-Shuruq.

Sayyid, Qutb. (1994). al-Taswir al-fanni fi al-Quran. Kaherah: Dar al-Maarif. Yusuf al-Qardawi. (1993).

Muslimah al-ghadd. Kaherah: dar al-Wafa’.

Abu Wafa. (2003). Sufi Dari Zaman Ke Zaman. Terj: Ahmad Rofi`i Usmani. Bandung: Pustaka Salman.

al-Fakhr al-Razi. (1938). al-Tafsir al-Kabir. Mesir: Iltizam .

al-Ghazali &`Adil al-`Awwa,ed. (1969). Iqtisad fi i`tiqad. Beirut: Dar al-Amanah.

al-Jawhari, Isma`il bin Hamad. (1990). al-Sahhah fi al-Lughah (Tahqiq) Atar Ahmad `Abd al-Ghafur, j.6, cet

4, Beirut: Dar al-`Ilm li al-Malayin.

Page 12: PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK DARI … fileProsiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 260 membantah wanita kelauar bekerja

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

270

al-Sagharji, As`ad Muhammad Sa`id. (1993). Silsilah Shu`ab al-Iman al-Sabr `ala al-Masa’ib. Jeddah: Dar

al-Qiblah li al-Thaqafah al-Islamiyyah.

al-Tantawi. (1974). ` Ali, Ta`rif `Am bi Din al-Islam al-Juz’ al-Awwal fi al-`Aqidah. Beirut: Mu’assasah al-

Risalah.

Asmawati Suhid & Fathiyah Mohd Fakhruddin. (2012). Gagasan Pemikiran Falsafah dalam Pendidikan

Islam: Hala Tuju dan Cabaran. Journal of Islamic and Arabic 4 (2): 61.

Corey, Gerald. (2005). Theory and Practice of Counseling and Psychoterapi. Belmont. CA.

Hergenhahn, B.R. (2001). An Introduction of The History of Psychology. USA: Wordsworth Thomson

Learning.

Ibn `Ata’ Allah. (1997). al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.

Ibn Manzur, Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad. Tt. Lisan al- `Arab,. Beirut: Dar al-Sadir.

Khairunnas Rajab & Wan Muhammad Fariq. (2014). Psikologi Qadak Dan Qadar. Jurnal Hadhari 6 (1):

1326.

Mohammaddin Abdul Niri, Sa’adan Mana, Che Zarrina Sa’arib, Mohd Zambri Zainuddina & Mohd Saiful

Anwar Mohd Nawawi. (2016). Pendekatan Ilmu Islam di Alam Melayu dalam Mengetahui Hakikat

Alam: Satu Rumusan Awal. Online Journal of Research in Islamic Studies 3 (3): 17-50.

Muhammad Iqbal. (1995). Roh Kalimah Tauhid al-Quran Sebagai Sumber Mengenal Allah. Kuala Lumpur:

Darul Nu’man.

Pargament K. I. (2005). The Religious Dimension of Coping: Advance in Theory, Research and Practice.

New York: Guilford.

Robinson S, Kendrick K & Brown A. (2003). Spirituality and The Practice of Healthcare. Hampshire:

Palgrave MacMillan.

Sabiruddin. (2012) Akidah asas kesempurnaan insan. Jurnal al-Hikmah, 4: 106-110

Simuh. (1996). Tasawuf Dan Perkembangannya Dalam Islam. Jakarta: Raja

Singgih D Gunarsa. (1975). Pengantar Psikologi. Jakarta: Mutiara

Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman, Che Zarrina Sa’ari. (2008). Kesan Kefahaman Konsep Takdir

Terhadap Pembangunan Modal Insan. Jurnal Usuluddin. 27: 1-23.

Tzeng H. M & Yin C. Y. (2006). Learning and Respect a Patient’s Spiritual Needs Concerning an Unknown

Infection Disease, Nursing Ethics 13. 1:17-28.

Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Qadar In Classical And Modern Islamic Discourses: Commending a

Futuristic Perspective, International Journal of Islamic Thought, Vol. 7: (June) 2015. 43.

Yahya Jaya. (1994). Spiritualisasi Islam dalam Menumbuhkembangkan Kepribadian dan Kesihatan Mental.

Jakarta: Ruhama.

Yasin, Muhammad Na`im. (1995). al-Iman Arkanuh Haqiqatuh, Nawaqiduh. Oman: Dar al-Furqan.

Yusuf al-Qardawi. (2000). al-Iman bi al-Qadar. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Anawiah Abdul Aziz. (2016.) Diambil di laman web www.kk.usm.my/index.php/ms/arkib-berita/273-

emosi-pesakit-kanser-perlu-dijaga-dan-dirawat pada 25 April 2018

.