58
TEKNOLOGI INTERNET DALAM PENDIDIKAN : CIRI, PENGGUNAAN, APLIKASI DAN MULTIMEDIA INTERAKTIF 1.0 Pengenalan Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU). Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh 1

PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Aplikasi ICT dalam pendidikan

Citation preview

Page 1: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

TEKNOLOGI INTERNET DALAM PENDIDIKAN : CIRI, PENGGUNAAN, APLIKASI DAN MULTIMEDIA INTERAKTIF

1.0 Pengenalan

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai

untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana

ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan

sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat

menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika

komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu

menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan

Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik

pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang

perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan

input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit

pemprosesan pusat (CPU).

Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan

pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan

pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta

menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24

jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan komputer

ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan

dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan

data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan

konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya

Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang

mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan

teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang

dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi

dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat

1

Page 2: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan

Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi

dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi

utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad

pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan

perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global

berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia kea rah negara maju dan makmur (MDC,

2000).

Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah

memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan

pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat

malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan

paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan

negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan

pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan

pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan

organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara

sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam

pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:

i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang

boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.

ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan

pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu

subjek tersendiri.

iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan

sesuatu sistem pengurusan.

Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi kesan

besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan

pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam

proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan dipergiat

2

Page 3: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluas

serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam semua aspek

kehidupan.

Jadual 1 : Penggunaan ICT dalam P&P adalah seperti jadual berikut

Cakera Padat CD Rom Internet Aplikasi

Perisian Kursus Pendidikan (Tutorial) – Courseware

Pencarian maklumat – search Engine 1 browsing +

pangkalan data + membangun laman web –

home page design

Pemprosesan Data

– Microsoft Word

-Microsoft Publisher

-Page Maker

Pangkalan Data – Database Komunikasi

-Forum

-Emel

-Chat

Hamparan elektronik

-Microsoft Excel

Ensaiklopedia / Maklumat/ Sumber Multimedia

Muat turun – Download Persembahan

-Microsoft Power Point

Sumber : Aplikasi ICT dalam P&P; Panel Jurulatih Utama ICT Negeri Selangor

Gambar 1 : Perubahan teknologi masa kini

3

Page 4: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

2.0 Sejarah Internet

Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ merupakan sebuah rangkaian gergaji

komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer

berkomunikasi antara satu sama lain (Crumlish, 1996). Ia mengandungi lebih daripada 50

ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih

daripada 50 juta pengguna dari lebih 160 buah negara (Zoraini, 1995). Negara kita telah

meletakkan ICT dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3, 2001-2010)

sebagai media utama untuk membina pengetahuan baru dan meransang berkembangan

ekonomi berasaskan pengetahuan.

Internet ini telah dimulakan di Amerika Syarikat dalam tahun 1969 melalui satu rangkaian

yang dikenali sebagai ARPANET (Advance Research Projects Agency Network). Tujuan

ARPANET ini dibangunkan adalah supaya penyelidik dan ahli sains dapat saling bertukar

maklumat ketenteraan dengan mudah. Pada tahun 1972, ARPANET menggunakan Network

Control Protocol (NCP) untuk memindahkan data yang memberi laluan untuk pengguna

berkomunikasi dalam rangkaian yang sama. Pada tahun tersebut juga e-mel telah

diperkenalkan supaya setiap individu dalam berhubung melalui maya tanpa sempadan. Pada

tahun 1979, kumpulan diskusi UseNet ditubuhkan. Kemudian pada tahun 1982, NCP telah

ditukar kepada TCP atau IP (Transmission Control Protocol). Protokol ini telah

diperkembangkan oleh satu kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Vinton Cerf dan Bob

Khan. Protokol ini telah membolehkan pelbagai rangkaian komputer berhubung dan

berinteraksi antara satu sama lain. Pada tahun 1982 juga, istilah internet telah digunakan

secara rasmi (Net Timeline, 2000).

Pada tahun 1989, National Science Foundation (NSF) telah menubuhkan 5 pusat wilayah

‘superkomputer’ yang boleh dikongsi bagi tujuan penyelidikan akademik. Ini merupakan

permulaan kepada World Wide Web (WWW). Pada tahun 1991, Ghoper dan WAIS (Wide

Area Information Service) telah diperkenalkan dan seterusnya pada tahun 1993 Mosaic

diperkenalkan. Ia merupakan pengimbas web yang kemudian diambil alih oleh Netscape

Navigator. Pada tahun 1994, NSF mempunyai 5000 pusat wilayah dan merangkumi pelbagai

agensi, kampus universiti dan perniagaan.

Perkembangan pesat dalam teknologi multimedia dan teknologi internet membawa nafas baru

dalam dunia pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Gabungan kedua-

4

Page 5: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

dua teknologi ini semakin merancakkan lagi penggunaan teknologi tersebut dalam bidang

pendidikan. Ini adalah kerana sejak kebelakangan ini penggunaan teknologi World Wide

Web atau internet menjadi begitu dominan dalam kehidupan manusia. Penggunaan teknologi

ini telah berkembang dengan pesat dalam sistem pendidikan negara samada di peringkat

sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Pembelajaran menerusi internet atau

web adalah pendekatan baru yang semakin mendapat perhatian dan ia masih dikaji daripada

pelbagai aspek oleh golongan pendidik (Khan, 1997).

Kandungan web Jumlah pengunjung (000)

Jumlah seluruh dunia (umur +15) 726,749

Microsoft 505, 479

Yahoo! 480,641

Google 467,498

eBay 237,327

Time Worker Network 217,843

Wikipedia 154,848

Amazon 133,518

Fox Interactive Media 117,769

Ask Network 112,768

Adobe 95,196

Apple Computer, Inc. 94,909

Lycos, Inc. 91,126

CNET Networks 84,259

YOUTUBE.COM 81,019

Viacom Digital 65,799

Sumber : Majalah PC keluaran Februari 2007, m.s 8

Jadual 2 : Statistik kunjungan laman web oleh pengunjung secara global pada tahun 2006.

Statistik di atas menunjukkan kepesatan teknologi internet (merujuk pada kombinasi

teknologi komputer dan komunikasi) banyak membantu dalam proses P&P. Pembelajaran

5

Page 6: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

secara terus menerusi internet mampu menyediakan suasana pembelajaran yang kompleks

serta tidak berstruktur menyerupai keadaan dalam kehidupan sebenar.

2.1 Internet di Malaysia

Kewujudan internet d negara ini bermula apabila Rangkaian Komputer Malaysia (Rangkom)

diwujudkan pada tahun 1987. Sungguhpun demikian, MIMOS yang ditubuhkan pada tahun

1985 telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan perkhidmatan internet kerana

projek RangKom terbesar menjadi projek “Joint Advanced Research Integrated Network”

atau dikenali sebagai rangkaian bersepadu “JARING” pada taun 1991. Projek ini

mempromosikan pertukaran maklumat dan pembangunan pangkalan data melalui capaian

internet dengan kos yang tidak membebankan.

Negara kita memasuki era internet apabila JARING menjadi Internet Service Provider (ISP)

yang pertama, diikuti oleh TMNet sebagai ISP kedua pada tahun 1996, MAXIS, ISP ketiga

dan Time Telekom dan ISP keempat pada tahun 1999. Dianggarkan pada bulan November

tahun 1999 terdapat hampir 630,000 orang pelanggan internet di Malaysia dan meningkat ke

1,157,384 orang pada tahun 2000 (Malaysia, 2001). Internet terus berkembang di negara ini

bukan sahaja daripada peningkatan capaian oleh orang ramai, malah dari segi teknologi

dalam pendidikan juga mengaplikasikan teknologi ini.

Pada tahun 2007, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Verizon Business hari ini memeterai

Memorandum Persefahaman (MOU) bagi meninjau kemampuan menubuhkan Hab Internet

Protokol (IP) Malaysia. MOU ini menyokong agenda kebangsaan Malaysia bagi 

membolehkan syarikat-syarikat Malaysia memanfaatkan kemampuan komunikasi IP termaju.

Melalui perjanjian ini membolehkan Malaysia sebagai hab Internet rantau Asia-Pasifik, untuk

syarikat-syarikat dalam negara mendapat manfaat daripada perkhidmatan IP tempatan.

Dengan penubuhan hab tersebut  bersama  Verizon Business, syarikat-syarikat milikan asing

dan tempatan yang berada di Malaysia berpeluang menggunakan teknologi rangkaian IP

termaju serta membuat persediaan untuk perkhidmatan komunikasi masa depan. Ini adalah

kerana Rangkaian IP Verizon Business adalah salah satu rangkaian IP terbesar dan paling

disegani dalam industri dan salah satu daripada  syarikat rangkaian  Tahap-1 yang paling

tersohor di dunia. Ini terdiri daripada 3 angka utama Sistem Autonomous (AS), iaitu AS701

6

Page 7: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

untuk rangkaian IP Amerika Utara, AS702 untuk rangkaian IP Eropah, Timur Tengah dan

Afrika (EMEA) dan AS703 untuk rangkaian IP Asia Pasifik (APAC).    

Perkongsian ini akan menghasilkan penjimatan kos yang signifikan bagi TM dan Pembekal

Khidmat Internet (ISP) lain kerana pertanyaan dan lalu-lintas Internet hanya terbatas dalam

negeri. Selain itu, pengguna Internet mampu mengakses tapak web antarabangsa dengan

lebih cepat. Di samping itu, permuafakatan ini akan membuka ruang baru dalam perkongsian

laluan Internet ke Malaysia oleh para pembekal ISP Tahap-1 seperti dari Korea, Jepun, China

dan India , sekali gus memantapkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab IP utama di rantau

ini dengan kemampuan setanding negara-negara yang telah terlebih dahulu menempa nama di

rantau ini. Kepesatan penggunaan internet yang berkadaran dengan komputer telah

meningkat dari setiap tahun di seluruh dunia seperti Jadual 3 di bawah:

Tahun Pengguna internet

1983 5621984

10241985

19611986

23081987

50891988

281741989

800001990

2900001991

5000001992

7270001993

12000001994

22170001995

4852000

7

Page 8: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

19969472000

199716146000

199829670000

199943230000

200073000000

Sumber : The Internet Book, Douglas E. Comer, m.s 76

Petunjuk 2000 2005 2010

Talian telefon tetap yang beroperasi

Bilangan talian yang beroperasi (juta) 4.6 4.4 -

Kadar penembusan (%)² 19.7 16.6 -

Komputer peribadi dipasang

Bilangan komputer dipasang (juta) 5.0 19.5 24.4

Kadar penembusan (%)² 21.8 74.1 85.0

Langganan internet dial-up

Bilangan langganan (juta) 2.2 5.7 11.5

Kadar penembusan (%)² 9.4 21.8 40.0³

Langganan internet jalur lebar

Bilangan langganan (juta) - 490,630 3,733,000

Kadar penembusan (%)² - 1.9 13.0

Jadual 4 : Penunjuk ICT terpilih pada tahun 2000 sehingga 2010 di Malaysia

Memandangkan bertambahnya permintaan untuk ruang alamat internet, kerajaan akan

mempertimbangkan keperluan untuk menukar rangkaian internet Malaysia daripada teknologi

Internet Protocol Version 4 (IPv4) kepada Internet Protocol Version 6 (IPv6). Ini jelas

menunjukkan Malaysia tidak ketinggalan dalam teknologi ICT khususnya dalam penggunaan

internet yang semakin ramai penggunanya pada masa kini.

8

Page 9: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

3.0 Aplikasi Internet dalam Pendidikan

Internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti samada dalam tugasan

harian atau yang melibatkan proses P&P. Menurut Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan

Malaysia (MTMK) melaporkan terdapat 10 juta pengguna internet dijangkakan pada tahun

2003. Terdapat pertambahan empat kali ganda atau pertambahan 400 peratus daripada 1.6

juta pada tahun 1998 kepada 6.5 juta pada tahun 2001 (Berita Harian, 14 Jun 2002). Ini

menunjukkan penggunaan internet ini diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dalam

pendidikan di Malaysia.

Terdapat petanda pembinaan teknologi baru meningkatkan prestasi pembelajaran. Evans dan

Nation (2000) telah melaporkan bahawa penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internet

telah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah (a) menyediakan

peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan (Oliver and Short, 1997), (b) menyokong

untuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan (Kennedy and McNaught,

1997), (c) menyediakan peluang untuk belajr dengan luas dalam konteks sumber asli (Lafley,

Tupper and Musser, 1998), dan (d) menyediakan alat yang membolehkan guru pelatih

meningkatkan kuasa dan proses kognitif (Jonassen and Reevers, 1996). Charp (2000) pula

menyatakan kemajuan internet telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar

dan murid belajar, bekerja, berkomunikasi dan bermain. Revolusi internet bukan sahaja

mencari maklumat secara global malah menjalin dan merapatkan hubungan manusia untuk

berkomunikasi.     

  (a)    Komunikasi

Mail Elektronik (E-mel) merupakan antara perkhidmatan internet yang digunakan dengan

meluas. Selain itu, listservs, Newsgroups dan Chat juga merupakan perkhidmatan internet

yang membolehkan kita berkomunikasi. Sesiapa sahaja boleh berkomunikasi antara satu

sama lain dengan menggunakan komputer yang dihubungkan dengan internet.  Melalui kajian

Hampton (2000) terhadap 40,456 responden di Amerika Syarikat. Dapatan kajian mendapati

9

Page 10: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

bahawa terdapat hubungan positif antara penggunaan e-mel. Kajian menunjukkan semakin

kerap seseorang menggunakan internet maka semakin kerap mereka berhubung dengan rakan

atau -saudara melalui e-mel. Ini jelas menunjukkan penggunaan e-mel dapat membentuk

isolasi masyarakat.

Melalui penggunaan e-mel juga, guru dengan pelajar boleh menyertai kumpulan

perbincangan untuk bersoaljawab, bincang soalan dan berkongsi pengalaman serta

pengetahuan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail

ialah (Zulkifli, 1998):

i. Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan

pihak jabatan serta kementerian.

ii. Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.

iii. Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan

pembelajaran ;teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan

penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.

iv. Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai

sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan

sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:

i. Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.

ii. Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang

negara mengenai berbagai isu semasa.

iii. Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui

komunikasi dengan rakan pena di luar negara.

iv. Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah

pelajaran secara "on-line".

(b)   Perolehan Maklumat

10

Page 11: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Terdapat banyak maklumat yang menarik dan pelbagai untuk guru dan pelajar dalam

internet.  Maklumat tersebut tersedia dalam Web dalam bentuk pangkalan data, dokumen,

maklumat kerajaan, bibliografi atas talian, penerbitan dan perisian komputer. 

Kebanyakannya adalah maklumat terkini, tersedia dengan percuma dan dapat dicapai dengan

cepat. World Wide Web, juga digelar Web atau WWW  adalah aplikasi internet yang

berfungsi dengan menggabungkan teks dan grafik dalam satu dokumen atau antaramuka

pengguna yang sama (Ahmad Zaharim, 2000). 

Web juga mampu menggabungkan audio, video dan juga animasi dalam satu dokumen yang

sama.  Oleh itu, dokumen Web boleh dianggap sebagai sebuah dokumen multimedia.  Ia juga

adalah dokumen hiperteks yang mengandungi pautan ke dokumen-dokumen lain atau lokasi

lain dalam dokumen yang sama.  Dokumen hiperteks ini ditulis mengikut format atau bahasa

yang dikenali sebagai Hypertext Markup Language (HTML).  Gabungan multimedia dan

hiperteks ini menjadikan Web sebagai satu aplikasi hipermedia yang unik.

Maklumat-maklumat yang terkandung di dalam internet meliputi pelbagai kategori dari

seluruh dunia. Maklumat-maklumat ini sentiasa dikemaskini supaya maklumat yang

dipaparkan sentiasa terkini dan tepat. Maklumat ini berbeza dengan meklumat dari buku yang

jarang dikemaskini. Maklumat-maklumat yang boleh diakses ini memudahkan guru dan

pelajar mencari maklumat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Malah guru yang

kreatif boleh membina laman web sendiri bagi memudahkan pelajar mengaksesnya bagi

tujuan pembelajaran subjek yang diajar. Menurut Collis & Anderson (1995) akses internet di

sekolah-sekolah memberikan faedah yang tidak bernilai kepada pelajar. Jadual 3 di bawah

menunjukkan peratusan pengguna mengakses internet daripada pelbagai lokasi.

Lokasi akses internet Peratusan pada tahun 2006

Tempat kerja 41.4

Sekolah 24.5

Tempat awam(siber kafe dan perpustakaan) 50.2

Hotspot 1.9

Lain-lain 1.7

Jadual 3 : Lokasi akses internet di Malaysia

11

Page 12: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Kemudahan internet tidak mudah dicapai dalam tahun 2005 dan 2006. Akan tetapi kini setiap

invidu mampu milik komputer peribadi dan kemudahan internet seperti Streamyx, Jaring,

Broadband dan 3G menawarkan pakej harga bulanan yang murah dan mampu dibayar oleh

pelanggan khususnya pelajar di IPTA. Bagi menyempurnakan hasrat ini, kerajaan telah

memudahkan kita dengan memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang simpanan

masing-masing melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebanyak

RM3500.00 bagi pembelian komputer untuk ahli-ahli KWSP.

Dari sini kita sedar, maklumat-maklumat yang bakal dapat dan guna dari penggunaan

komputer itu sangat bergunaTeknologi komputer telah terbukti sebagai mesin elektronik yang

anjal dan berkeupayaan tinggi. Kepantasan dan kecekapan komputer dalam melaksanakan

tugas-tugas yang melibatkan pengiraan yang tepat serta menganalisis dan meramal keadaan

cuaca, meletakkan kedudukan komputer sebagai media yang semakin diperlukan dalam

kehidupan kita. Terdapat pelbagai kemudahan yang boleh dicapai dalam internet ini seperti

dalam Jadual 4 dibawah :

Kemudahan internet Peratus penggunaan pada tahun 2006

Mencari maklumat 84.5

Berkomunikasi menggunakan teks (e-emel, ruang berbual, instant message)

80.7

Hiburan (muzik, video, permainan komputer dan lain-lain) 52.6

Pendidikan (formal dan tidak formal) 45.6

Aktiviti e-commerce / kewangan 23.6

Perkhidmatan awam 12.0

Lain-lain kemudahan dan perkhidmatan 0.2

Jadual 4 : Penggunaan aplikasi internet di Malaysia

   (c)  Penyiaran Maklumat

Guru dan pelajar boleh menyiarkan bahan-bahan dalam internet.  Proses penyiaran melalui

internet adalah lebih cepat dan murah berbanding dengan saluran tradisional.  Hasil kerja

pengajar dan pelajar boleh dihantar ke internet supaya seluruh dunia dapat membacanya atau

membuat penilaian terhadap sesuatu pengajaran yang dibangunkan. Kreativiti dan inovasi

12

Page 13: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

guru juga dapat dipaparkan melalui internet bagi pembangunan dan pengembangan kerjaya

seseorang guru dalam bidangnya. Dengan adanya penyebaran maklumat secara global ini, ia

juga dapat menaikkan lagi nama sesebuah institusi pengajian.

(d) Pembelajaran interaktif dalam talian

Internet telah membolehkan perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui talian dan

diakses secara jarak jauh. E- Learning atau pembelajaran melalui online adalah pembelajaran

yang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi

satelit atau komputer. Menurut Lowe (2000) staf akademik dan pelajar mendapati

pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan

pengajaran.

Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih

oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.

Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran

secara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi

perpustakaan digital atau laman web. Pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman

berbincang dengan pakar dari universiti melalui e-mel atau blackboard. Apabila semakin

banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh

menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.

Kebaikan pendidikan melalui e-pembelajaran adalah seperti yang berikut:

i. Pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupayaannya.

ii. Belajar mengikut lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti dan masa

santai kerana kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja lebih-lebih lagi

dengan adanya 3G.

iii. Pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh universiti, kolej,

dan kumpulan lain yang menawarkan program berprestij dan berkualiti tanpa

berpindah lokasi.

iv. Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untuk

menggunakan pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer, rakaman

pita video dan lain-lain.

13

Page 14: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

v. Pelajar boleh mengarahkan pembelajaran mereka sendiri akan tetapi panduan

pembelajaran diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran.Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap program pengajiannya,

menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengumpul maklumat

dan membangunkan kemahirannya.

Impak pembelajaran secara e-learning

Penggunaan e-learning memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajar

menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan pembelajaran

seumur hidup. Pengalaman pembelajaran boleh diperolehi menerusi penggunaan e-learning

tidak dibatasi oleh empat dinding kelas semata-mata; malah penggunaannya mampu

menambah nilai pembelajaran sekiranya diurus dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai.

Nilai-nilai tersebut sebagaimana diberikan oleh (Oblinger, Barone dan Hawkins, 2001) iaitu

Exploration, Experience Engagement, Empowerment, Effectiveness, Expanded dan Ease of

Use.

(e) E-Library

Merupakan perpustakaan online yang berisikan 800 juta maklumat ilmu pengetahuan yang

sangat berguna khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan perpustakaan

secara maya ini boleh diakses seluruh dunia. Ia membolehkan para guru dan pelajar untuk

mendapatkan bahan dan maklumat untuk projek atau penyelidikan bagi meningkatkan inovasi

dan kreativiti guru dan pelajar dalam sesuatu bidang yang diceburi. Jurnal-jurnal dan teks-

teks elektronik banyak membantu pembelajaran ke arah meneroka maklumat mengikut

kehendak individu secara interaktif.

(f)EdukasiNet

Internet menyediakan pentas-pentas perbincangan dalam pelbagai subjek. Kumpulan berita

dan secara perbincangan secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan e-

mel secara berkesan. Pelajar dan pengajar boleh berkongsi sebarang maklumat tanpa batasan

14

Page 15: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

dalam bidang-bidang khusus mereka. Terdapat beribu-ribu kumpulan perbincangan yang

boleh disertai oleh pendidik bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan.

Aplikasi IRC ini juga membolehkan komunikasi dua hala dilakukan antara dua atau lebih

orang pengguna.

(g) Pindahan fail (FTP)

FTP adalah kaedah menggunakan internet bagi menyalin satu fail dari satu komputer ke satu

komputer yang lain. Ia dapat dilaksanakan dengan menggunakan arahan UNIX, dengan

menggunakan perisian FTP yang khas atau menggunakan perayauan FTP seperti Netscape,

Internet Explorer dan sebagainya. Memunggah simpan fail kini sudah menjadi mudah dan

semakin kerap dilakukan orang semasa menggunakan Netscape/Explorer atau enjin carian

yang lain. Kebaikan FTP adalah segala bahan pembelajaran yang terdapat dalam sesebuah

server (di mana-mana institusi pengajian/kolej) boleh dipindahkan ke komputer peribadi

samada yang terdapat di sekolah mahupun di rumah tanpa sebarang perubahan dan dalam

proses pemindahan yang singkat. Kemudahan dalam maklumat ini banyak membantu

pengajar dan pelajar merealisasikan proses P&P dengan lebih berkesan dan efektif. Pada hari

ini ada maklumat dapat dimuat turun secara percuma dan berbayar bergantung kepada

teknologi semaa, kepentingan dan pengolahan bahan tersebut dalam internet.

(h) Telesidang Video

Pembangunan terkini yang berlaku dalam pendidikan adalah berasaskan video yang dikenali

sebagai video interaktif dua hala. Teknologi ini boleh menghantar dan menerima maklumat

dari lokasi-lokasi yang dilengkapkan dengan kamera, mikrofon dan monitor video. Kaedah

transmisi menggunakan peralatan seperti satelit, gelombang mikro, kabel, gentian optik atau

talian telefon digital yang dapat menghubungkan antara dua lokasi atau lebih. Melalui

penggunaan video interaktif ini membolehkan seorang pengajar pakar yang berada dalam

satu lokasi mengajar pelajar-pelajar yang berada dalam lokasi yang berlainan dan jauh antara

satu sama lain.

15

Page 16: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Menurut J. Maki (2001), menyatakan penggunaan telesidang video ini menyelesaikan

masalah dalam P&P, walaubagaimanapun penggunaannya memerlukan perancangan dan

latihan yang rapi supaya perancangan mengajar adalah lebih berkesan dan efektif. Telesidang

juga membolehkan pendidik dan pelatih mempersembahkan maklumat yang ditayangkan

pada skrin televisyen di lokasi pedalaman. Peserta boleh melihat apa yang sebenarnya

berlaku dan berinteraksi dengan orang pada lokasi yang dihubungkan itu.

3.1 Aktiviti pembelajaran internet

Teknologi membantu pelajar dalam pembelajaran aktif, konstruktif, autentik, bermatlamat

dan koperatif. Di antara aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan internet adalah seperti

yang berikut:

i. Menyokong ujikaji saintifik

Internet digunakan sebagai alat bagi memudahcarakan perayauan pengetahuan oleh pelajar.

Perayauan menjadi efektif apabila pelajar mengetahui dengan jelas tujuan ia membuat

perayauan, tujuan mencari maklumat ialah untuk menyelesaikan masalah (pembelajaran

seperti Problem Based Learning). Sejumlah 192 projek R&D berkaitan dengan ICT bernilai

RM46 juta diluluskan di bawah Program Penumpuan Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan

(IRPA). Penggunaan internet juga membantu penyelidikan khususnya di dalam pembangunan

ICT negara di mana 27 projek berkaitan ICT berjumlah 28 juta juga telah diluluskan di

bawah Skim Geran Penyelidikan dan Pembangunan Industri (IGS).

ii. Merekacipta laman web

Membina pengetahuan yang melibatkan pengumpulan idea baru, membandingkan idea

dengan struktur sedia ada, mengenalpasti dan memperbaiki perbezaan pendapat di antara apa

yang telah diketahui dan apa yang sudah diketahui, dan mengubahsuai pendapat yang sedia

ada jika diperlukan. Papert (1990) menyatakan bahawa cara untuk membina pengetahuan

ialah menyokong pembinaan artifak fizikal, iaitu membina pengetahuan melalui pembinaan

benda. Justeru itu, membina laman web merupakan aktiviti kontruktivitis yang melibatkan

pelajar dalam hakcipta rekaan sendiri dan kesan penerbitan.

16

Page 17: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Para pengajar juga boleh merekacipta laman web bagi proses P&P. Kaedah laman web ini

masih dianggap baru bagi sesetengah institusi pengajian berbanding dengan kaedah kuliah

yang telah digunakan sejak sekian lama. Kaedah pengajaran melalui laman web ini adalah

kaedah pengajaran yang melibatkan pemerhatian dan membuat. Dalam hal ini, pelajar akan

memerhati laman web yang disediakan menerusi monitor komputer bertalian internet dengan

cara membaca serta berinteraksi dan seterusnya melakukan kerja-kerja mencatat atau

membuat penyalinan.

Secara pedagoginya, laman web dapat menyediakan bahan kuliah yang terancang sejajar

dengan keperluan tajuk dan kurikulum. Kebaikan pembelajaran menerusi laman web adalah:-

a. Bahan pengajaran dalam bentuk laman web bagi memudahkan pelajar memahami

pengajaran pengajar ketika atau selepas kuliah.

b. Menyediakan ruang untuk pelajar berinteraksi dengan pengajar menerusi e-mel.

c. Menggalakkan pelajar dengan menggunakan kemudahan internet untuk tujuan

pembelajaran.

d. Menyebarkan maklumat kuliah supaya dapat dicapai oleh pelajar di mana-mana

sahaja dengan menggunakan teknologi internet.

iii. Menyokong pembinaan pengetahuan sosial melalui komunikasi pakatan

kerjasama.

Internet merupakan alat pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi banyak topik

menarik yang boleh dirayau oleh pelajar tanpa batasan dan had untuk mencapai maklamat

dalam pembelajaran mereka. Hanya pelajar yang berdisiplin dan sentiasa mengikuti matlamat

pengajaran, serta pandai membuat keputusan sahaja yang akan mendapati penggunaan

internet ini merupakan satu sumber pembelajaran yang mengagumkan.

iv. Mentor siber : Komunikasi melalui internet

Internet menyediakan pelbagai cara untuk berbincang tanpa sempadan tempat atau negara.

Melalui internet pelajar boleh berbincang tentang apa yang telah dipelajari, memperkayakan

pemikian input yang disumbangkan oleh pelajar lain. Contohnya organisasi yang dikenali

sebagai Bike About (http://www.ime.net/ddg/Bike) menyediakan hubungan pembelajaran

17

Page 18: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

tentang orang dan tempat dengan menghantar satu pasukan berbasikal untuk berkongsi

pengalaman dengan sekolah-sekolah di serata dunia dan melalui pelbagai cara.

4.0 Penggunaan teknologi internet

Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat dan

seterusnya pretasi pelajar. Kajian yang dilakukan oleh US National School Foundation dalam

Thomas (2000) terhadap 1735 ibu bapa dan 601 pelajar di Amerika Syarikat mendapati 53%

ibu bapa dan 48% pelajar mengatakan penggunaan utama internet ialah untuk menyiapkan

kerja sekolah. Kajian menunjukkan 43% daripada responden kajian menyatakan penggunaan

internet dan multimedia meningkatkan prestasi pencapaian mereka di sekolah.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh MCI (1998) di Amerika Syarikat yang berkaitan

dengan penggunaan internet dalam pendidikan, 91% guru berminat dengan penggunaan

internet semasa mengajar. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa lebih 48% guru sudah

menggunakan internet dalam pengajaran mereka. Kebanyakan guru dan masyarakat di

Amerika percaya internet dapat meningkatkan taraf pendidikan kerana;

i. 90% berpendapat internet dapat meningkatkan pencapaian pelajar;

ii. 97% berpendapat internet dapat menyediakan pelajar kepada kejayaan di masa hadapan;

iii. 87% berpendapat internet dapat mengurangkan kos yang perlu guru gunakan dalam aktiviti dalam kelas.

Dalam mengkaji tahap penggunaan internet dalam pendidikan, Sunal (1996) telah mengkategorikan tahap penggunaan internet kepada lima tahap penggredan seperti dalam Jadual 5 di bawah:

Tahap 1 Mengumpul maklumat dari internet

Tahap 2 Berkongsi maklumat yang boleh diperolehi daripada internet dengan pelajar.

Tahap 3 Mengaplikasikan atau menerapkan penggunaan internet terus ke dalam

18

Page 19: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

pengajaran yang hendak disampaikan.

Tahap 4 Guru bertindak sebagai pemudahcara dalam projek pelajar yang menggunakan pelbagai sumber dari internet.

Tahap 5 Pelajar merancang dan melaksanakan penggunaan internet itu sendiri.

Jadual 5: Tahap penggunaan internet dalam pendidikan

Berdasarkan kajian Sunal (1996) yang dijalankan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat

tentang tahap penggunaan internet di kalangan guru-guru pelatih, di dapati bahawa tahap

penggunaan internet kebanyakkannya berada pada tahap 2. Tahap penggunaan internet

meningkat sedikit selepas bengkel tentang cara untuk mengakses internet dan mencari

maklumat diberikan kepada para guru (Sunal, 1996).

Kajian yang dijalankan oleh Becker (1999) terhadap 2,250 orang guru sekolah di Amerika

Syarikat mendapati majoriti (59%) guru mempunyai akses internet di rumah dan 39%

mempunyai akses internet di sekolah. Dalam penggunaan internet dalam pengajaran dan

pembelajaran, di dapati 68% guru menggunakan internet atas daya usaha sendiri untuk

mencari maklumat bagi tujuan pengajaran. Sementara itu dalam penggunaan internet sebagai

alat komunikasi, di dapati bahawa hanya 16% guru berkomunikasi denga menggunakan e-

mel dengan guru dari sekolah lain dan hanya 18% guru menghantar informasi, pendapat,

cadangan dan hasil kerja pelajar ke laman web.

Penggunaan internet kian berkembang dengan rancak di Malaysia. Pada tahun 2000 hanya

sebanyak 700,000 pengguna internet dan pada masa itu hanya sebanyak 250,000 orang guru

di negara ini yang memiliki komputer peribadi dan kira-kira 20% saja yang mempunyai akses

internet. Perangkaan ini jelas menunjukkan pemilikan komputer ada kaitannya dengan

penggunaan teknologi internet. Pertambahan penggunaan dalam teknologi internet kian

berkembang selaras dengan pembangunan ICT di Malaysia. Pengunaan internet di kalangan

pelajar sepenuh masa/ separuh masa adalah seperti Jadual 6.

Status persekolahan Peratusan Penggunaan Internet

2005 2006

Pelajar (sepenuh masa/ separuh masa) 36.2 36.6

Pelajar yang telah bekerja 63.8 63.4

19

Page 20: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Jadual 6 : Penggunaan internet di kalangan pelajar

Tahap pendidikan pengguna internet

Peratusan pengguna internet

2005 2006

Tidak bersekolah 0.1 0.6

Sekolah rendah 1.4 1.1

Sekolah menengah 37.7 32.0

Sijil dan diploma 25.4 28.9

Ijazah dan ke atas 35.4 37.4

Jadual 7 : Tahap pendidikan pengguna internet

Jadual 6 dan Jadual 7 menunjukkan peratusan pengguna internet adalah di kalangan pelajar

adalah masih rendah. Ini jelas menunjukkan semasa pembelajaran, penggunaan internet

adalah kurang meluaskan dan tidak berapa dipraktikkan dalam sistem pembelajaran negara.

Kajian yang dilakukan oleh Ghafar Maarof (1997) terhadap 197 orang guru di Hulu Langat di

dapati semakin banyak guru menggunakan komputer, semakin tinggi penggunaan internet.

Kajian ini menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan di antara tahap

penggunaan komputer dan sikap guru terhadap penggunaan internet. Kajian ini juga

menunjukkan bahawa tahap penggunaan internet di kalangan guru akan meningkat apabila

para guru mempunyai pengetahuan tentang internet. Akan tetapi sekiranya pengajar tidak

berpengetahuan dan tidak melibatkan pelajar dalam penggunaan internet semasa pengajaran

maka pengetahuan pelajar terhadap penggunaan internet akan menjadi kurang dan tidak

berkembang.

Umur

Peratusan pengguna internet mengikut umur

2005 2006

Bawah 15 tahun 6.5 7.3

15-19 18.6 18.7

20-24 17.2 16.3

25-29 12.5 11.3

30-34 12.2 12.3

35-39 9.9 10.4

20

Page 21: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

40-44 9.6 10.6

45-49 5.1 6.1

50 tahun dan ke atas 8.4 7.1

Jadual 8 : Peratus penggunaan internet mengikut umur di Malaysia

Jadual 8 di atas jelas menunjukkan pengguna internet yang berumur dalam lingkungan 25-29

dan 30-34 adalah merupakan pengguna internet yang teramai mengikut lingkungan usia.

Kemudahan internet ini boleh diakses di mana-mana. Menurut kajian yang telah dilakukan

pada tahun 2005 dan 2006, sebahagian besar rakyat Malaysia mengakses internet di tempat

awam (siber kafe dan perpustakaan). Internet dijangka telah diketahui kegunaannya oleh

kebanyakan guru pelatih di UPSI. Implikasi penggunaan internet mempunyai pertalian

dengan kegiatan menyokong pembelajaran. Kajian oleh Abd. Ghani (2002) bagi penggunaan

teknologi internet di kalangan 146 pelatih di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) seperti

Jadual 9 di bawah:

Bil. Perkara Tidak Pernah

(%)

Jarang (%)

Sederhana

(%)

Kerap (%)

Sangat Kerap (%)

Skor min

1 Memperoleh maklumat kursus

2.7 8.2 24.7 46.6 17.8 3.685

2 Menambah pengetahuan 4.1 5.5 41.1 38.4 8.2 3.328

3 Mengisi masa lapang 4.1 24.7 35.6 23.3 6.8 2.877

4 Membaca dan menghantar e-mel

15.1 26.0 21.9 24.7 12.3 2.932

5 Berbual (chat) 37.0 39.7 13.7 5.5 2.7 1.932

6 Membina laman web 64.4 24.7 5.5 4.1 0 1.466

7 Memuat turun fail 35.6 23.3 20.5 17.8 1.4 2.219

8 Membeli belah 86.3 6.8 2.7 0 0 1.082

9 Bank-on-line 1.4 87.7 1.4 0 0 1.082

10 Mengikuti kursus (menyemak bahan kuliah/ kursus on-line)

31.5 26.0 15.1 20.5 5.5 2.384

Jadual 9: Tujuan khusus penggunaan internet bagi guru pelatih UPSI

21

Page 22: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Terdapat kajian yang dijalankan di tiga sekolah menengah di Bahau iaitu Sekolah Menengah

Chi Wen, Sekolah Menengah Datuk Manshor dan Sekolah Menengah Bahau. Seramai 70

orang guru yang dipilih secara rawak telah diberi borang soal selidik mengenai penggunaan

teknologi internet. Pembolehubah bersandar daam kajian ini adalah tahap penggunaan

internet di kalangan guru dan kesediaan guru menggunakan internet. Skala likert yang

digunakan adalah 1= tidak pernah / amat tidak setuju, 2 = jarang / tidak setuju, 3 =

sederhana/kurang setuju, 4 = kerap/setuju dan 5 = sangat kerap / sangat setuju. Kajian

dianalisa dengan menggunakan ANOVA.

Hasil daripada kajian didapati seramai 57% responden tidak mempunyai pengalaman menggunakan

internet manakala selebihnya mempunyai pengalaman.

Item Bilangan guru Peratusan (%)

Ya 45 57.0

Tidak 34 43.0

Jumlah 79 100

Jadual __ : pengatahuan penggunaan internet

Penggunaan internet dalam masa seminggu seperti jadual di bawah :

Item / minggu Bilangan guru Peratusan (%)

Tidak guna langsung 38 48.1

Kurang daripada 5 jam 31 39.2

5 – 10 jam 7 8.9

Lebih daripada 10 jam 3 3.8

Jadual ___ : Penggunaan internet dalam seminggu

Perisian internet yang kerap digunakan oleh responden adalah seperti Jadual ___:

22

Page 23: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Perkara San

gat k

erap

Kerap

Sed

erhan

a

Jarang

Tid

ak

pern

ah

Perisian e-mel n

%

7

15.6

5

11.1

11

24.4

18

40.0

4

8.9

Menggunakan pengimbas web untuk mencari maklumat (Internet Explorer dll)

n

%

7

15.6

12

26.7

10

22.2

11

24.4

4

8.9

Perisian berbual/chatting (ICQ/IRC) n

%

2

4.4

4

8.9

4

8.9

6

13.3

29

64.4

Perisian diskusi/Newsgroup untuk berbincang

Perisian telefon internet

n

%

0

0

4

8.9

4

8.9

11

24.4

26

57.8

Perisian membina laman web untuk membina homepage

n

%

1

2.2

1

2.2

3

6.7

4

8.9

36

80.0

Jadual ___ :

Kekerapan penggunaan internet bagi responden adalah seperti jadual ___ :

Perkara

San

gat k

erap

Kerap

Sed

erhan

a

Jarang

Tid

ak

pern

ah

Min

kek

erapan

Mencari maklumat n

%

8

17.8

8

17.8

15

33.3

10

22.2

4

8.9

3.1 Kerap

Menambah pengetahuan n

%

6

13.3

12

26.7

9

20.0

14

31.1

4

8.9

3.1 Kerap

Mengisi masa lapang n

%

3

6.7

7

15.6

9

20.0

15

33.3

11

24.4

2.5 Sederhana

Membaca dan menghantar e-mel kepada rakan-rakan

n

%

8

17.8

5

11.1

5

11.1

8

17.8

19

42.2

2.4 Sederhan

Mencari bahan untuk pengajran di sekolah

n

%

0

0

5

11.1

11

24.4

14

31.1

15

33.3

2.1 Sederhana

23

Page 24: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Berbual-bual dengan rakan n

%

2

4.4

4

8.9

4

8.9

9

20.0

26

57.8

1.8 jarang

Mengikut kursus secara online n

%

0

0

1

2.2

4

8.9

3

6.7

37

82.2

1.3 jarang

Membina laman web n

%

0

0

1

2.2

5

11.1

4

8.9

35

77.8

1.3 jarang

Membeli belah n

%

0

0

0

0

1

2.2

3

6.7

41

91.1

1.1 jarang

Jadual __ : kekerapan penggunaan internet

PerkaraS

angat

kerap

Kerap

Sed

erhan

a

Jarang

Tid

ak

pern

ah

Min

kek

erapan

Mencari dan berkongsi maklumat dari internet dengan pelajar

dengan tujuan untuk mencari maklumat

n

%

0

0

2

4.4

13

28.9

10

22.2

20

44.4

2.0 Jarang

Menyuruh pelajar mencari sendiri maklumat dari internet

n

%

3

6.7

2

4.4

12

26.7

5

11.1

23

51.1

2.0 Jarang

Menerapkan penggunaan internet terus ke dalam pengajaran yang

hendak disampaikan

n

%

0

0

1

2.2

6

13.3

8

17.8

30

66.7

1.5 Jarang

Menggunakan kemudahan e-mel untuk membolehkan pelajar

berhubung dengan guru

n

%

1

2.2

3

6.7

3

6.7

3

6.7

35

77.8

1.4 Jarang

Membina laman web untuk menyampaikan pengajaran

n

%

0

0

2

4.4

4

8.9

1

2.2

38

84.4

1.3 Jarang

Megikuti kursus secara talian untuk meningkatkan pengetahuan

n

%

0

0

0

0

4

8.9

5

11.1

36

80.0

1.2 Jarang

Jadual ____ : Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran

24

Page 25: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Daripada jadual-jadual di atas, melalui kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji jelas

menunjukkan penggunaan internet yang lemah di kalangan guru di 3 buah sekolah. Ini

menunjukkan penggunaan teknologi masih di peringkat awal bagi ketiga-tiga sekolah itu.

4.1 Masalah Penggunaan Internet

Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan penggunaan internet di

kalangan pelajar dan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran ini.

i. Kepakaran guru yang terhad

Seseorang guru yang mempunyai komputer mempunyai kaitan dengan tahap penggunaan

internet. Menurut Zoraini (2000) dalam proses mengimplementasikan program berasaskan

komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad. Sunal

(1996) mendapati pembelajaran yang bermakna boleh dicapai melalui penggunaan sumber

daripada internet oleh pelajar. Namun demikian perkara ini tidak akan berlaku sekiranya

pengetahuan dan pengalaman seseorang guru adalah terhad terhadap penggunaan internet.

ii. Kekurangan khidmat sokongan

Membekalkan dan menyelenggara peralatan komputer di sekolah memerlukan kos yang

tinggi. Namun kekurangan kakitangan sokongan yang boleh melaksanakan kerja-kerja

penyelenggaraan komputer menyebabkan banyak komputer yang mengalami kerosakan

dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaik pulih. Selain dari itu, kerja-kerja membaikpulih

komputer ini dibebankan kepada guru yang mepunyai kemahiran tentang komputer. Bagi

mengatasi masalah ini, setiap sekolah perlu diwujudkan unit sokongan teknikal bagi

komputer yang khusus bukan sahaja dalam pemasangan komputer malah dalam kerja

baikpulih dan penyelenggaraan komputer.

iii. Masalah isi kandungan dalam internet

Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan

kemudaratan khususnya kepada pelajar, yang menjadi antara golongan pelayar internet

teramai di Malaysia. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks,

keganasan, hasutan, kabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan,

perjudian dan sebagainya. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarakat mendapati 48% guru

sukar mencari laman web yang bersesuaian untuk proses pengajaran dalam kelas. Kajian

25

Page 26: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

yang telah dijalankan oleh School Board Foundation dalam Thomas (2000) mendapati ibu

bapa bimbang terhadap laman web lucah, 27% bimbang tentang keganasan dan 20% bimbang

tentang kandungan kebencian.

iv. Masalah maklumat yang tidak tepat

Keistimewaan internet ialah tiada seorangpun yang memilikinya dan mengawalnya. Semua

orang mempunyai hak untuk menyampaikan dan menyiarkan sebarang makluat di internet.

Ini menyebabkan terdapat banyak maklumat yang tidak tepat di internet. Maklumat ini boleh

mendatangkan bahawa sekiranya para remaja terutamanya golongan pelajar tidak dapat

membezakan maklumat yang betul dan maklumat yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat

pengajaran dan pembelajaran melalui internet (Nancy, 1997). Oleh yang demikian, guru perlu

berupaya untuk menilai maklumat yang diperolehi daripada pelbagai media dan pelbagai

sumber serta membezakan ketepatannya supaya dapat membimbing pelajar mendapatkan

maklumat yang tepat dan betul.

v. Masalah mencari maklumat

Mempunyai akses ke internet tidak menjamin maklumat ada dapat digunakan untuk

pembelajaran yang bermakna. Keadaan ini berlaku kerana guru menghadapi masalah untuk

membuat pilihan ketika mencari maklumat disebabkan gambaran di hadapan mereka

bercampur aduk serta maklumatnya bercelaru. Keadaan ini akan memberi kesan kepada

pemilihan. Oleh itu guru haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan enjin

mencari maklumat yang dikehendaki daripada internet.

vi. Masalah hakcipta

Teknologi komputer telah menjadi kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu senang

iaitu dengan hanya menggunakan arahan file:save as pada pemapar web. Biasanya maklumat

yang terdapat di internet diperolehi secara percuma. Dari sudut undang-undang, adalah

menjadi kesalahan apabila seseorang menyiarkan semula sesuatu maklumat di web tanpa

kebenaran bertulis daripada penulis asalnya. Namun demikian, terdapat ramai orang yang

menyalin dan mempergunakan maklumat dan gambar grafik dari internet tanpa

menghiraukan masalah hakcipta (Warren, 1998).

26

Page 27: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Sehubungan dengan itu, Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997 diwujudkan bagi melindungi hak

cipta intektual pengeluar multimedia melalui pendaftaran produk di internet,perlesenan dan

pemerolehan royalty. Di samping itu juga, akta ini melindungi dan menjaga bahan-bahan

perantaraan seperti program komputer, teks, gambar rajah, foto, imej dan lain-lain yang

dilindungi oleh akta hak cipta.

v. Masalah menghasilkan pembelajaran secara talian

Penghasilan bahan pengajaran secara talian di kalangan guru masih lagi di tahap yang rendah.

Ini disebabkan kebanyakan para guru tidak mempunyai pengalaman untuk membina laman

web. Ini diakui melalui kajian Foong (1999) menunjukkan hanya 12.5% daripada guru di

Selangor mempunyai pengalaman dan pengetahuan merekabentuk laman web. Kekurangan

kemahiran ini telah membataskan guru untuk menghasilkan bahan pengajaran secara talian.

Selain itu, penyediaan pembelajaran secara talian memakan masa yang panjang berbanding

penyediaan pengajaran secara traditional. Kajian yang dijalankan oleh National Education

Association dalam Weiner (2000) terhadap guru-guru di Amerika mendapati 43% guru

menyatakan penyediaan untuk pembelajaran secara talian memakan masa yang lebih lama

kerana beban kerja tambahan yang perlu dilakukan seperti merekabentuk laman web, siding

video dan membalas e-mel. Tambahan pula beban kerja ini tidak diikuti dengan kenaikan

gaji.

Beban tugas utama yang dihadapi oleh para guru adalah menyediakan tugasan secara talian

dan membalas e-mel pelajar. Mark Kassop dalam Weiner (2000) menyatakan seorang guru

yang menyediakan pembelajaran secara talian untuk 20 orang pelajar menerima 80 sehingga

90 respons daripada pelajar-pelajarnya. Tugas membalas emel pelajar memakan masa yang

lama kerana ia melibatkan penulisan yang bertaip. Ini berbeza dengan pembelajaran yang

dijalanakan di dalam kelas di mana pengajar perlu memberi penerangan dalam pengajarannya

secara lisan dan respons daripada pelajar dapat diperolehi secara spontan dalam kelas. Kajian

yang sama juga mendapati 83% daripada guru menghubungi pelajar sekurang-kurangnya satu

kali seminggu melalui emel dan kebanyakan masa kadarnya lebih daripada 1 kali (Weiner,

2000).

vi. Kekurangan peralatan

27

Page 28: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996) mendapati masalah utama penggunaan internet

daam pengajaran ialah keperluan untuk menambah akses internet seupaya proses pengajaran

dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian juga menunjukkan guru memerlukan

kemudahan mengakses internet di dalam kelas. Untuk mencapai tahap penggunaan yang

optima, beberapa komputer diperlukan untuk kegunaan di dalam bilik darjah. Mengikut

McKenzie (1996) yang menyatakan guru memerlukan 6 sehingga 8 unit komputer di sekolah

rendah dan 10 sehingga 15 unit komputer di sekolah menengah untuk membolehkan program

berasaskan teknologi dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Namun demikian,

kemudahan ini sukar diperolehi kerana kebanyakan sekolah hanya menawarkan akses internet

untuk satu atau sua komputer yang terletak di perpustakaan atau makmal komputer sahaja.

Penyusunan demikian akan menyebabkan tahap penggunaan internet masih rendah dalam

pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet menjadi sukar kerana tidak terdapat

komputer dalam kelas. Ini adalah disebabkan kekangan peruntukan kewangan untuk membeli

komputer dan membuat penyelenggaraan komputer.

vii. Pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi

Penggunaan internet walaupun ada kebaikan terdapat kekurangan dimana pelajar yang selalu

mengakses internet lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan

kehidupan sosial samada dalam keluarga dan masyarakat. Senario ini akan menyebabkan

pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai;

sedangkan untuk menjadi seorang pelajar yang berdaya saing, mereka berkeupayaan untuk

memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan kerjaya dan

pembangunan kerjaya mereka kelak.

4.2 Mengatasi masalah penggunaan internet

Dalam usaha memperkukuhkan asas bagi mencapai ekonomi berasaskan pengetahuan,

penggunaan ICT secara strategic akan menjadi semakin penting selaras dengan tumpuan

pembangunan ICT sepertimana dalam RMK9 antaranya menggiatkan usaha merapatkan

jurang digital dan memperluaskan rangkaian komunikasi bagi memastikan akses kepada

perkhidmatan dan maklumat yang lebih setara.

28

Page 29: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Matnor Daim (1997) mencadangkan 4 landasan penting yang harus wujud dalam sistem

pendidikan kita untuk meningkatkan penggunaan internet di kalangan pengajar dan pelajar

iaitu:

i. bilangan komputer yang mencukupi;

ii. perhubungan (setiap kelas dihubungkan ke lebuh raya maklumat);

iii. kurikulum (harus mempunyai kesinambungan dengan tenaga kerja masa depan);

iv. kecekapan (semua guru harus boleh dan yakin mengendalikan teknologi masa

kini).

Keempat-empat landasan ini memberi impak yang positif ke arah mencapai kecemerlangan

dalam pendidikan yang berteraskan kepada teknologi terkini terutamanya dalam penggunaan

komputer dan internet.

a) Latihan untuk meningkatkan kepakaran dan inisiatif guru

Inisiatif guru sendiri sangat penting dalam menjayakan penggunaan komputer dan internet

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh Zoraini (2000)

mendapati kebanyakan guru yang dapat menggunakan teknologi maklumat dengan efektif

menguasai kemahiran mereka melalui pembelajaran sendiri dan memiliki komputer sendiri di

rumah. Guru yang mepunyai karektor sebegini sentiasa mengikuti perkembangan teknologi

terkini kerana minat dan inisiatif sendiri. Abd. Latif (2002) dalam kajiannya menyatakan

kebanyakan guru pelatih di UPSI memperoleh pengetahuan dan kemahiran teknologi internet

daripada rakan sekerja berbanding mengikuti kursus. Berkemungkinan melalui rakan,

responden lebih faham dan bebas bertanya tanpa melibatkan kos seperti dalam jadual 9

dibawah:

Kaedah Bilangan Peratus

Tidak pernah belajar 2 1.7

Belajar dengan kawan 106 72.6

Belajar sendiri 22 15.1

Belajar dari keluarga 6 4.1

Belajar dari kedai/pusat komputer 6 4.1

Kursus di sekolah/universiti 4 2.7

29

Page 30: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Jumlah 146 100.0

Jadual 9 : Kaedah kali pertama guru belajar internet

Dalam usaha melahirkan guru yang mahir menggunakan komputer dan internet, latihan yang

berkesan perlu diberikan kepada para guru. Sehubungan dengan itu, para guru telah diberi

pinjaman untuk pemilikan komputer bagi meluaskan pengetahuan mereka tentang

kemudahan dan penggunaan komputer dan ICT. Untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu

inovasi dalam pendidikan, seharusnya penglibatan para guru di awal-awal telah

diketengahkan. Strategi yang dapat menentukan agar input dan penglibatan guru itu sentiasa

diperolehi secara konsisten dan sistematik. Para guru perlu diberi latihan, kursus, malumat

dan pengetahuan yang seiring dengan perkembangan teknologi khususnya dalam internet dan

ICT. Pelbagai program latihan dilaksanakan bagi menggalakkan guru mempertingkatkan

profesionalisme mereka secara berterusan khususnya di dalam mengatasi penggunaan

internet.

b) Peranan guru dalam mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran

Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan

warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan

pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang

menjadi nadi dan tulang belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara

keseluruhannya, kita dapati semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi

maklumat. Jika lima tahun lalu, hampir tiada guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet

apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke Internet sudah

semakin bertambah malahan mereka telah menganggap teknologi maklumat merupakan

sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses P&P mereka. Perkembangan pesat dalam

pengunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah

untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.

Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku

apabila seseorang bertindakbalas terhadap ransangan dan kemudiannya diberi pengukuhan.

Teori kognitisme pula menegaskan pembelajaran mereupakan satu proses maklumat

diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini menunjukkan

maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di

30

Page 31: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

bawah pembelajaran secara behaviorisme dan kognitisme setiap guru berperanan sebagai

penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia

ada. Guru kontruktivis menggunakan tugasan yang berdasarkan kepada keadaan sebenar di

dalam bilik darjah.

Semasa pembelajaran kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator yang

mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar melalui

perayauan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para guru untuk

menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah pembelajaran ini membolehkan para pelajar mencari dan mengakses maklumat

daripada mana-mana sumber yang terdapat dalam internet. Seharusnya guru yang akan

mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu

memahami dan mendalami pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudahcaranya

mengajar kelak.

Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai maklumat

kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan sebagai fasilitator,

pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para guru bebas

bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran formal

yang lama. Guru membantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya

teknologi maklumat dan komunikasi.

c) Kurikulum untuk pendidikan era internet

Salah satu kesan yang ketara merupakan penawaran subjek komputer di peingkat sekolah

rendah, menengah dan juga institusi pengajian tinggi. Kursus ini sendiri merupakan satu

gesaan untuk membolehkan para pelajar mengetahui dan menggunakan teknologi

komunikasi. Kini terdapat bidang-bidang pengajian yang baru seperti komputer, teknologi

maklumat, pengurusan maklumat, multimedia dan sebagainya. Tidak kurang juga kesannya

memanfaatkan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembentukan

kurikulum adalah berkait rapat dengan tujuan sesuatu program pendidikan masa depan.

Pertimbangan yang wajar harus diberi perhatian adalah perubahan ketara masa kini ialah

aliran hala tuju dunia sejagat ke era gelombang ketiga iaitu berasaskan maklumat.

Penguasaan terhadap teknologi maklumat menjadikan seseorang atau negara mempunyai

kelebihan dan kekuatan (Naisbitt, 1990).

31

Page 32: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Sebagai contoh, perubahan-perubahan dalam perlaksanaan struktur kurikulum latihan di

maktab-maktab perguruan turut mengubah kuriklum di dalam bidang teknologi pendidikan

khususnya dalam penggunaan media pengajaran. Perubahan yang ketara dari segi nama

sukatan pelajaran kursus, isi kandungan, taksonomi objektif, kaedah perlaksanaan, penilaian

dan tempoh perlaksanaan Sehubungan dengan itu, pengalaman pelajar yang mengikuti

sesuatu kursus teknologi pendidikan sebagai objek tumpuan makan membolehkan pengajar

memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan kurikulum

terkini yang berteraskan kepada teknologi maklumat dan komunikasi.

d.Pengawalseliaan penggunaan internet di sekolah

Memandangkan kandungan internet yang amat luas dan tiada kawalan, maka satu kawalan

pengawalseliaan yang berkesan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan para pelajar terdedah

kepada maklumat yang berunsur negatif dan tidak bermanfaat terhadap proses pembelajaran

mereka. Ramlah (1996) mencadangkan dalam usaha memperluaskan penggunaan internet

kepada lebih ramai guru dan pelajar, kementerian haruslah mengenalpasti samada kaedah

yang digunakan untuk mengawalselia penggunaan internet di sekolah adalah berkesan. Pihak

sekolah, terutamanya guru-guru yang bertugas mempunyai akauntabiliti untuk menyimpan

rekod penggunaan internet di makmal komputer dan membuat laporan yang lengkap

merangkumi nama pengguna, tujuan penggunaan, masa penggunaan dan penyelia yang

bertugas. Sekolah hendaklah menyediakan panduan dan peraturan penggunaan komputer dan

internet dan menyatakan dengan jelas tindakan yang akan diambil akibat melanggar peraturan

(Ragsdale, 1996; Snaley, 1996). Selain dari itu, Ramlah juga mencadangkan etika

dimasukkan ke dalam kurikulum internet bertujuan untuk memudahkan penyiasatan kes-kes

penyalahgunaan kemudahan internet di sekolah.

Bagi memastikan penggunaan internet yang beretika, kerajaan telah mewujudkan Pusat

TIndak Balas Kecemasan dan Keselamatan ICT Kebangsaan (NICER) yang menyediakan

perkhidmatan dalam bidang forensic komputer, program pembudayaan, penyelidikan dasar,

khidmat nasihat keselamatan dan penilaian perisian keselamatan. Penyediaan Rangka Kerja

Keselamatan Maklumat Kebangsaan diwujudkan bagi menangani aspek perundangan, kawal

selia dan teknikal.

32

Page 33: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

e. Penyediaan kemudahan

Untuk meningkatkan penggunaan komputer di kalangan para guru, Zoraini (2000) telah

mecadangkan supaya bilik guru sekolah dilengkapi dengan komputer yang dilengkapi dengan

kemudahan untuk akses ke internet. Cadangan ini merupakan langkah pertama untuk

memudahkan para guru mengakses internet melalui komputer yang disediakan kepada para

guru. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati 95% sekolah telah dilengkapi

dengan komputer dan akses kepada internet (Mendels, 2000).

Dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan internet di kalangan guru, guru yang mengajar

di pendalaman juga ketinggalan. Kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan

memperkenalkan Projek Internet Desa dengan menempatkan beberapa stesen internet di

beberapa kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak seperti di kawasan Kota Samarahan

dan Bario (Rozana, 2000). Penempatan beberapa stesen internet tersebut membolehkan

mereka yang berada di kawasan tersebut mengakses internet dan dapat berhubung dengan

mereka yang berada di dunia luar. Terdapat inisiatif kerajaan dalam mewujudkan jurang

digital antara komuniti luar bandar dengan penubuhan 217 telecentre bawah program USB.

Telecentre tersebut terdiri daripada 42 pusat Internet Desa, 39 Medan InfoDesa, 58 Pusat

Akses Komuniti dan 78 Kelas Literasi Komputer

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyeru semua sekolah supaya menggunakan

inisiatif sendiri untuk menukarkan sekolah masing-masing ke sekolah pintar (Chandran,

2000). Ini bermakna sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mencari sumber kewangan

bagi tujuan tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, ada sekolah yang bekerjasama

dengan pihak swasta untuk melengkapkan komputer di sekolah. Peranan sektor swasta juga

banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana sememangnya

kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah

biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini , kadar bayaran

untuk mengakses internet semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan

syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk

menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Web

yang dinamakan getCyberEd.com. Pihak swasta yang terlibat bertanggungjawab untuk

membekalkan komputer, membaikpulih komputer dan membekalkan latihan kepada guru dan

pelajar. Bagi meningkatkan pembekalan akses internet di sekolah, kerjasama daripada

pembekal internet (ISP) diperlukan untuk mengurangkan kos tanggungan pengguna.

33

Page 34: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

5.0 Teknologi Multimedia Interaktif menerusi Teknologi Internet dalam Pendidikan

Teknologi internet adalah merupakan kombinasi antara teknologi komputer dan komunikasi.

Teknologi ini telah berkembang dengan pesat dan memberi impak kepada pendidikan dalam

pelbagai aspek. Kemudahan yang disediakan khususnya World Wide Web, mel elektronik,

forum perbincangan dalam talian semakin rancak digunakan kini sebagai medium

perkongsian, penyebaran maklumat serta saluran komunikasi utama.

Teknologi multimedia interaktif menerusi web pula adalah fenomena baru yang semakin

mendapat perhatian ramai. Pengintegrasian antara kedua-dua teknologi membawa perubahan

dalam penggunaan teknologi dan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan media adalah bermaksud penggunaan alat dan bahan yang membawa mesej atau

maklumat isi pelajaran yang direkabentuk untuk pengajaran pelajar. Contoh media

pengajaran adalah nota, OHP, video imager, disket, CD-ROM, cakera padat, internet,

komputer, VCD, papan putih, DVD, mikrofon dan realia. Internet adalah punca kepada ICT

ini.

Kajian (Rafie, 1994) mendapati bahawa ransangan media bercetak dan gabungan media dapat

meningkatkan prestasi pelajar dalam penulisan karangan. Kajian Toh dan Abd. Rahim (1994)

mendapati pelajar yang didedahkan dengan empat mod pengajaran mempunyai motivasi yang

tinggi berbanding dengan pelajar yang hanya didedahkan kepada satu mod pengajaran sahaja.

Perry (1993) dalam kajiannya mendapati media pengajaran ini berfaedah kerana ia

meningkatkan minat dan perhatian pelajar, menggalakkan maklumbalas bagi pelajar dan

pengajar, dan kepimpinan dalam teknologi pendidikan dapat diwujudkan. Menurut Jonassen

(1999), kemudahan hiperteks dan hipermedia yang terdapat dalam internet dapat

menyediakan suasana pembelajaran yang bercirikan konstruktif. Pembelajaran menerusi

multimedia mempunyai banyak kelebihan dan antara yang utama menurut Alessi dan Trollip

(2001) dalam buku mereka bertajuk Multimedia For Learning adalah :

i. Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

ii. Bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia.

34

Page 35: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

iii. Pengurusan dan mengemaskini bahan pembelajaran menjadi semakin mudah dan pantas.

iv. Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan pendidik.

Kepelbagaian penggunaan media pengajaran yang merangkumi ICT ini dapat menghasilkan

perubahan dan P&P seperti pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan sikap yang

diperlukan oleh tajuk yang berkenaan; pelajar memperoleh pengalaman yang bermakna dan

menarik minat mereka untuk meneruskan pembelajaran; dan pelajar dapat mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam situasi yang perlu. McGloughlin (1997)

dalam bukunya bertajuk Multimedia On Web menyatakan terdapat pelbagai faktor mengapa

perlunya teknologi multimedia diintegrasi bersama-sama teknologi web atau internet

antaranya adalah:-

i. Meningkatkan minat para pengguna

Penggunaan multimedia dapat menjadikan proses pencarian maklumat sesuatu yang

menyeronokkan dan menghiburkan. Interaktiviti dalam sistem multimedia membolehkan

sesuatu proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian, keperluan dan cita

rasa pelajar. Penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses P&P di dapati mampu

menarik minat pelajar supaya mereka tidak berasa bosan dan dapat memberikan perhatian

yang sepenuhnya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (Thomas,1996).

Keistimewaan sistem multimedia adalah ia dapat menerima tindak balas berbentuk teks yang

ditaip ataupun suara yang dimasukkan melalui mikrofon oleh para pelajar. Kaedah ini dapat

menyediakan suasana saling tindak antara pelajar dan komputer.

ii. Mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi.

Menggunakan multimedia membolehkan sesebuah aplikasi digunakan dengan mudah dan

seterusnya menjimatkan masa bagi tujuan penguasaan. Penggunaan media seperti video dan

animasi apabila mempersembahkan proses ujikaji atau eksperimen membolehkan seseorang

pelajar memahami dan seterusnya menguasai konsep yang diajar dengan mudah. Terdapat

pelbagai jenis aplikasi yang memanfaatkan teknik simulasi yang dapat digunakan dalam

pendidikan; contohnya simulasi penerbangan. Quinn (1993) dan Palincsar (1995) misalnya

telah mendapati bahawa penggunaan simulasi berkomputer di dalam proses pembelajaran

mampu meningkatkan kemahiran pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang

diberikan dengan lebih berkesan. Ini turut disokong oleh kajian Farrimond dan rakan-rakan

35

Page 36: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

(1997) yang telah memanfaatkan teknologi multimedia terkini untuk memindahkan kaedah

pembelajaran secara kajian kes tradisi kepada simulasi komputer. Penggunaan multimedia

yang membekalkan pelbagai jenis maklumat dalam pelbagai bentuk media dan pendekatan

dapat membantu dalam pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks dan seterusnya

memudahkan proses capaian maklumat tersebut dilakukan pada masa hadapan.

iii. Meningkatkan kebolehan capaian

Dengan menggunakan pelbagai media, kebolehan capaian terhadap sesuatu isi kandungan

dapat dipelbagaikan. Sumber rujukan elektronik seperti ensaiklopedia, tutorial interaktif,

buku elektronik dan sebagainya yang merupakan sumber elektronik dalam proses P&P

membantu seseorang pelajar meningkatkan kebolehcapaian dalam internet. Ini adalah kerana

multimedia berupaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang berbentuk pelbagai

pancaindera dan ia sesuai untuk manusia yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran dan

tahap kognitif.

iv. Meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan.

Penggunaan pelbagai media yang dinamik membolehkan seseorang memahami sesuatu isi

kandungan dengan lebih pantas dan seterusnya menyimpan informasi yang diterima ke

ingatan jangka panjang. Kajian saintifik membuktikan proses ingatan yang berlaku dalam

otak manusia mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dengan

menggunakan pelbagai jenis media seperti teks, audio, grafik dan animasi. Manusia lebih

mudah memahami dan seterusnya mengingati sesuatu maklumat apabila ia mempunyai

perkaitan atau pertalian dengan maklumat yang lain.

Disamping berupaya menarik perhatian elemen-elemen multimedia yang ditawarkan juga

mampu membantu seseorang pelajar melakukan proses visualisasi. Ini secara tidak langsung

membentuk kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep, proses, idea dan sebagainya dengan

lebih pantas dan jelas. Sifat semulajadi media tersebut menyokong proses interaksi dan

membentuk persekitaran pembelajaran serta menjadikan pelajar lebih aktif dalam kelas.

36

Page 37: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

6.0 Kesimpulan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang baru,

malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak

awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan berasaskan

komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas

pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi

persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet

dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang

pelajar di dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar banyak

mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan

pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik,

pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses

pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta

membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan

kolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan

disebarkan dengan mudah.

Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan pelajar

demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan. Walaupun terdapat

masalah yang timbul ianya bukan satu isu yang tidak boleh diatasi malah kerajaan telah

membuat pelbagai perancangan dan perlaksanaan seperti dalam Rancangan Malaysia

Kesembilan 2006 – 2010 dalam memartabatkan ICT di Malaysia. Antara program yang

dilaksanakan adalah program latihan dan pendidikan ICT diperluaskan lagi di peringkat

sekolah, prauniversiti dan IPT adalah pembangunan kemahiran teras dalam pelbagai bidang

seperti pembangunan perisian dalam sains hayat dan aplikasi pengetahuan juga kelonggaran

prakelulusan kurikulum kepada IPT supaya selaras dengan kehendak dan keperluan industri.

Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini

perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan teknologi internet supaya sistem

pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju.

37

Page 38: PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Rujukan :

Rozinah Jamaludin (2003), Teknologi Pengajaran, Terbitan USM

Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media Pengajaran Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan, Terbitan UPM

Rozinah Jamaludin (2000) Multimedia dalam Pendidikan, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd

Musa Abu Hassan (2002) Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat, Terbitan UPM

Mohd Khalit Othman dan Mustaffa Kamal bin Mohd Nor : Kajian Pakej Pembelajaran Berasaskan Internet: Satu Kajian Terhadap Pakej Pembelajaran Bagi Subjek Matematik di Peringkat SPM, UM

Ong Teck Seng (2000) Kajian Tahap Penggunaan Internet di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah di Bahau, Negeri Sembilan, UPM

Sunal, Smith & J. Britt (1996). Elemetary Perceive Teaacher Use of the Internet In Designing & Teaching Social Studies Based Integrated Units, National Council For Social Studies. Washington D.C

Sunal, Cyntia, S. Smith (1998). Using Internet To Create Meaningful Instruction, Social Studies, Jan/Feb 98 Vol. 89 Issue 1

Zoraini Wati Abas (1993) Komputer dan Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti

Zoraini Wati Abad (2000) Computer Use In School Still Lacking. Computimes: NST, 13 Julai, pp 31.

Nik Azis Nik Pa (1996). Konsep Maktab Perguruan Bestari. Jurnal Pendidikan Guru (77)

Ting Kung Shiung, Woo Yoke Ling (2005) Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional : Sikap Guru, Peranan ICT dan Kekakangan/Cabaran Penggunaan ICT, Seminar Pendidikan 2005, UTM

Household Use The Internet Survey by Malaysian Communications and Multimedia Comission

Rancangan Malaysia KeSembilan, EPU

http://161.139.39.251/akhbar/info.tech/1996/um96a28.htm

http://asnizamusa.tripod.com/ge6663tug1.html#Kegunaan%20Internet

http://e-pendidikan.net/guruinternet.html http://kdp.ppk.kpm.my http://ctl.utm.my

38