Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja Http Dms.usim.Edu.my

Embed Size (px)

Citation preview

  • 5/13/2018 Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja Http Dms.usim.Edu.my - sl...

    http:///reader/full/peranan-ibu-bapa-dalam-menangani-masalah-sosial-remaja-http

    Peranan Psikologi dalam Masvarakat Malavsia Semasa 65

    PERANAN IBU BAPA DALAM MENANGANIMASALAH SOSIAL REMAJA

    SAPORA SIPON*Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial

    ABSTRAKKertas kerja ini mengupas isu masalali sosial di kalangan remaja pada hari ini. laturut membincangkan secara ringkas tentang senario masalah sosial remaja di Malay-sia pada masa kini. Dalam melihat isu ini, penulis membentangkan konflik yang berlakuantara remaja dan ibu bapa serta faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya konfliktersebut. Punca berlakunya konflik ibu bapa dan remaja dilihat dari dua sudut yangberbeza, iaituJaktor yang berpunca daripada ibu bapa dan konflik berpunca daripadaremaja. Sikap ibu bapa yang tidak memahami, perbezaan tahap pengetahuan danharapan ibu bapa terlzadap pelajaran anak-anak merupakan faktor yang menyumbangkepada timbulnya konflik remaja dengan ibu bapa. Dari sudut remaja pula ia dikatakanberpunca daripada sikap remaja terhadap keluarga yang agak ding in, memberontakdan mempunyai nilai yang bertentangan dengan nilai keluarga serta penentanganterhadap harapan dan matlamat ibu bapa mereka. Di samping itu, kesan konflik antararemaja dengan ibu bapa ke atas kedua-dua pihak turut diketengahkan dalam kertaskerja ini, antara lain termasuk perubahan sikap remaja yang lebih bersifat memberontakdan berkentungkinan lari dari rumah manakala ibu bapa mengalami tekanan perasaandan emosi. Sebagai langkah ntenangani masalah sosial di kalangan remaja, penulismengemukakan strategi-strategi ntengatasi konflik antara remaja dan ibu bapa yangseterusnya dapat mengurangkan risiko berleluasanya masalah sosial. Strategi tersebuttennasuklah mencari penyelesaian masalali bersama, memberikan kasih sayang sejatidan layanan mesra kepada anak-anak, memperuntukkan masa yang secukupnya untukanak-anak dan banyak lagi strategi yang diharapkan dapat membantu menanganimasalah sosial di kalangan remaja.

    PENGENALANGejala sosial di kalangan remaja telah begitu banyak sekali diperkatakan. Isu

    bohjan, bohsia, lumba haram, dadah, dan ponteng sekolah antara lainnya merupakangejala-gejala sosial yang semakin membimbangkan masyarakat. Boleh dikatakan setiaphari akhbar memaparkan pelbagai kes rnengenai gejala sosial yang tidak pernahketinggalan mendapat perhatian umum. Faktor-faktor yang menyebabkan gejala iniberlaku adalah berbagai. Faktor yang berpunca dari keluarga merupakan diantara faktorterpenting dalam membicarakan gejala sosial di kalangan remaja.* Sapora Sipon ialali Pensyarah dalant Program Psikologi Kaunseling, Sekolali Psikologi danKerja Sosial, VMS.

  • 5/13/2018 Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja Http Dms.usim.Edu.my - sl...

    http:///reader/full/peranan-ibu-bapa-dalam-menangani-masalah-sosial-remaja-http

    Peranan Psikologi dalam M(I.warakal M(I/on;(I Scniasa 66

    KELUARGAKeluarga merupakan wadah penting dalam membantu ahli-ahlinya menghadapi

    berbagai pancaroba dalam kehidupan. Everts (1994) menyatakan terdapat tiga tugasdan peranan keluarga:I. Mernbantu ahli-ahli keluargadalam memenuhi kehendak-kehendak individu serta

    perkembangan diri.2. Membimbing dan mengawasi tingkah laku ahli-ahlinya.3. Mendidik individu menjadi warganegara yang bertanggungjawab

    Keluarga perlu menjadi satu unit yang sepadu dan kuat untuk menjayakan sebuahkeluarga yang bahagia. Corak perhubungan keluarga dalam memberi sokongan dankemesraan kepada setiap ahli dalam keluarga adalah penting untuk melahirkan keluargayang sepadu. Seterusnya Everts mendapati bahawa sebuah rangkaian keluarga besaryang sering terpisah kepada unit-unit yang kecil, kualiti keluarga yang rapat, harmonidan mesra akan terjejas.

    Peranan yang dimainkan oleh kedua ibu bapa penting bagi menentukankeberkesanan sesebuah keluarga. Ini jelas sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yangbermaksud:"Anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapanyalah yang akanmenjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."

    Mahatma Gandhi pemah berkata "tiada sekolah yang setanding rumahtangga yangbahagia dan tiada guru yang setanding dengan ibu bapa yang tulus ikhlas dan berhatimulia". Pendapat di atas jelas membuktikan betapa ibu bapa berperanan penting dalammembentuk sebarang jenis perhubungan tingkah laku dan sahsiah anak.

    Saedah Ghani (1992) menjelaskan corak peraturan dan norma keluarga dalamsebuah keluarga boleh menjamin sifat harmoni dan hormat di kalangan ahli-ahli keluarga.Seharusnya, dalam sebuah keluarga yang berfungsi, norma dan peraturan yang adaperlulahjelas, positif, adil dan tekal. Sifat hormat dan perasaan kemesraan sukar wujudapabila ahli keluarga kurang jelas mengenai disiplin dan tingkah laku yang diterima.Perkara ini sering membawa kepada kepincangan keluarga, rumahtangga serta berlakuperkara-perkara yang tidak diingini seperti penderaan seksual dan fizikal (Chopyak &Abdullah; Wong 1984) maupun kenakalan remaja (Gibson, 1991; McWhirter, 1993).

    Kajian-kajian mengenai disiplin di kalangan remaja menunjukkan masalah disiplinselalunya berpunca dari rurnah (Ibrahim Saad, 1983). Hurlock (1973) berpendapat ibubapa merupakan asas permulaan dalam pembentukan masyarakat. Ibu bapa dikatakandapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada anak-anak dan masyarakat amnyakalau mereka dapat mewujudkan suasana penerimaaan bagi kanak-kanak di mana merekamendapat kasih sayang serta galakan. Atan Long (1982) menjelaskan ibu bapa sepatutnyamenyediakan satu peraturan dan ukuran serta memberikan rasa perlindungan kepadakanak-kanak agar mereka dapat menjalankan

  • 5/13/2018 Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja Http Dms.usim.Edu.my - sl...

    http:///reader/full/peranan-ibu-bapa-dalam-menangani-masalah-sosial-remaja-http

    Peranau Psik%g; dalam Masvarakat Ma/o"J;a SCIIIllS(/ 67

    tanggungjawab dan mendapat bimbingan serta pandangan membuat pemilihan dalampelbagai hal sejak kecil lagi.

    Peranan ibu bapa dalam pendidikan akhlak kaum remaja diperkukuhkan lagi olehpendapat Hassan Langgulung (1980) yang menjelaskan bahawa ibu bapa mernainkanperanan yang penting sekali dalam pendidikan akhlak kaum remaja. Keluarga merupakaninstitusi yang mula-mula sekali bertindak balas dengan kaum remaja. Persona (1964)pemah menjelaskan bahawa rumah diibaratkan kilang yang menghasilkan keperibadianmanusia. Anak-anak yang tidak bermoral akan dilahirkan sekiranya ibu bapa gagal"memproses" anak mereka di kilang.

    Seperti keluarga-keluarga di negara lain. keluarga di negara ini amat perlumenyediakan ahli-ahlinya dengan keperluan hidup dan fizikal seperti makan minum,tempat kediaman. pakaian, keselamatan dan keperluan pendidikan yang cukup.Kekurangan dari segi hidup dan fizikal menyebabkan terjadinyajurang yang luas antarayang kaya dengan yang kurang berada dan ini menimbulkan rasa rendah diri di kalangananak-anak.KONFLIK ANTARA KAUM REMAJA DENGAN IBU BAPA

    Konflik di antara remaja dan ibu bapa wujud apabila dua generasi memandangkehidupan dari dua sudut yang berbeza (Asmah Bee. 1992). Hal-hal yang dirasakanpenting bagi remaja tidak Iagi dianggap penting oIeh ibu bapa. Garrison (1965)berpendapat ketegangan emosi ibu bapa yang disebabkan oleh anak remaja adalah sesuatuyang nyata, dan kadangkala ketegangan ini disalurkan melalui kawalan yang ketat yangdikenakan kepada remaja walaupun tanpa niat mahu mengongkong anak-anak remajamereka.

    Steinbeck (dlm. Santrock, 1995) menjelaskan peringkat awal remaja adalah waktudimana konflik antara remaja dengan ibu bapa mulai tegang. Banyak faktor yangmempengaruhi kewujudan konflik ini. Antaranya ialah faktor biologi, kognitif, sosial,perubahan dalam gay a keibubapaan, jangkaan dan harapan samada dari pihak ibu bapamahu pun remaja. Asmah Bee memberikan beberapa faktor yang menyebabkanberlakunya konflik antara ibu bapa dengan remaja.FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA KONFLIK REMAJA DENGAN IBU BAPADari Sudut lbu BapaSikap ibu bapa

    Sikap ibu bapa yang berbeza dengan anak remaja boleh mencetuskan konflikdiantara dua golongan ini. Diantaranya ialah ibu bapa yang kurang memahamiperkembangan anak-anaknya khususnya dari segi pemikiran dan kematangan golonganremaja. Ibu bapa perlu berupaya menyelami permasaJahan remaja dan tidak lagimenganggap anak remaja mercka rnasih keci!. Ibu bapa sering melihat perubahan anakmereka dari seorang yang taat dan patuh kepada remaja yang bersifat berlawanan. Dalam

  • 5/13/2018 Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja Http Dms.usim.Edu.my - sl...

    http:///reader/full/peranan-ibu-bapa-dalam-menangani-masalah-sosial-remaja-http

    Peranan Psikologi dalam Masvarakat Malaysia Semasa 68

    keadaan ini, ibu bapa mula rneletakkan peraturan-peraturan yang lebih ketat dalam usahasupaya anak remaja patuh kepada peraturan-peraturan yang ditentukan oleh mereka.(Collin, 1990).Tahap pengetahuan ibu bapa

    Biasanya, ibu bapa menganggap mereka berpengalaman dan berpengetahuanberbanding dengan anak remaja. Ibu bapa yang merasakan bahawa mereka serbamengetahui adakalanya sukar menerima buah fikiran yang dikemukakan oleh remaja.Santrock menerangkan ibu bapa sering rnahukan remaja menjadi lebih matang daripadawaktunya. Ibu bapa yang dapat memahami tahap-tahap perkembangan anak remajamereka berupaya mengendalikan masalah anak-anak mereka dengan lebih yakin dantenterarn.

    Harapan ibu bapa dari segi pembelajaranRamai ibu bapa yang mengharapkan yang terbaik dari anak-anak mereka. Harapan

    yang terlalu tinggi ini boleh mengakibatkan emosi remaja tertekan. Remaja akan merasaterganggu kerana sering memikirkan risiko yang bakal dihadapi andainya mereka gagalatau lemah dalam pelajaran. Ini boleh menyebabkan anak remaja sering merasa takutserta boleh menimbulkan perasaan benci kepada ibu bapa mereka.Persepsi ibu bapa pada jangka panjang

    Ibu bapa, dalam usaha melihat kejayaan anak-anak mereka sering mengenakanperaturan tertentu kepada anak mereka khususnya anak remaja yang mudah terpengaruhdengan keadaan persekitaran yang mencabar. Peraturan-peraturan ini menyebabkantimbulnya tentangan di pihak remaja di mana mereka inginkan kebebasan.Dari Aspek RemajaTuntutan untuk kebebasan dan emansipasi

    Remaja merasakan perlu bagi mereka untuk bebas dari kawalan ibu bapa danorang dewasa lain. Mereka juga inginkan autoriti terhadap jalan hidup mereka sendiri.Usaha inisering membawa kepada konflik dengan ibu bapa. Hurlocks (1971) berpendapatbahawa keinginan untuk menjadi individu yang tidak bergantung kepada orang lain danbebas rnerupakan aspek sernulajadi dalam fasa kehidupan remaja.Pertentangan nita; ibu bapa dengan rakan sebaya

    Remaja cenderung untuk berpisah dari struktur keluarga apabila merekamenjangkau usia remaja. Remaja lebih rapat dengan ternan sebaya yang mereka rasakanlebih sesuai dan memahami kehendak-kehendak mereka. Pada tahap ini, nilai-nilaikumpulan rakan sebaya menjadi pengaruh yang kuat terhadap sikap, cara berpakaian,pertuturan dan nilai-nilai yang dipegang oleh keluarga.

    Kajian Gold (dim. Duke dan Duke,1975) mendapati bahawa ternan sebaya sangatberpengaruh dalam tindak tanduk pelajar yang bermasalah. Kajian ini selari dengankajian-kajian Knight dan West (dim. Feldhusen, 1978) yang mendapati pengaruh rakansebaya adalah sebagai pernbolehubah sosial yang mungkin meningkatkan lagi kejadian

  • 5/13/2018 Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja Http Dms.usim.Edu.my - sl...

    http:///reader/full/peranan-ibu-bapa-dalam-menangani-masalah-sosial-remaja-http

    Permian Psikologi dalam Masvarakat Malaysia Semasa 69

    disiplin sekolah. Persahabatan antara remaja adalah kukuh kerana ini membantu sertamemberi sokongan ernosi dan keselamatan sewaktu remaja itu cuba untuk tidak begitubergantung kepada ibu bapanya. Remaja bertendensi untuk mencari kawan-kawan yangsama taraf dengan mereka dari segi kebolehan sosio-ekonorni, sikap dan pendapat dalamcita-cita, kerjaya dan pelajaran.

    Matlamat ibu bapaBukanlah satu perkara yang baru apabila ibu bapa menetapkan matlamat terhadapanak-anaknya. Matlamat yang ditentukan oleh ibu bapa ini walaupun baik, tetapikadangkala tidak sesuai atau terIalu realistilk untuk anak-anak mereka. Akibat dari ini,ada remaja yang merasa begitu tertekan diantara kehendak keluarga dan kehendak dirisendiri.Sikap remaja terhadap keluarga

    Kaum remaja mula menjadi seorang individu yang kritikal dan kadangkalabermusuh dengan keluarga apabila prestij bersama rakan sebaya atau 'personal esteem'mereka dicabar. (Asmah Bee, 1994). Persahabatan yang intim bersama rakan sebayadan orang-orang dewasa membolehkan remaja membuat perbandingan. Akhirnya, remajaini akan hilang keyakinan terhadap keluarga rnereka sendiri sungguhpun pada mulanyamereka menganggap keluarga mereka adalah sebuah keluarga yang ideal. Remaja mulamembezakan ibu bapa mereka dengan "ibu bapa yang ideal" dan mulai memberi kecarnanterhadap kekurangan-kekurangan yang dirasai dipunyai oleh ibu bapa mereka.KESAN KONFLIK

    Sullivan & Sullivan (dim. Santrock, 1996) menjelaskan konflik antara remajadengan ibu bapa mereka akan berkurangan apabila remaja berumur antara 17-20 tahun.Konflik berada pada tahap yang tinggi di awal zaman remaja. Conger dan Galambus(1997) menyatakan walaupun terdapat pertambahan konflik antara ibu bapa denganremaja, ia tidak mencapai tahap yang menggemparkan. Konflik biasanya wujud dalambentuk aktiviti kehidupan seharian seperti cara berpakaian, kebersihan diri, waktukeluar dan balik rumah dan lain-lain lagi.

    Sesetengah konflik adalah normal. Bagaimanapun, terdapat konflik yang tinggiyang boleh memberi tekanan kepada ibu bapa dan remaja. Montemayor (1982) mendapatisatu dari lima konflik yang berlaku dalam keluarga akan menimbulkan emosi yang kuatdan tidak sihat. Konflik ada juga yang bersifat positif. Walaupun kebanyakan ibu bapamenganggap kebanyakan konflik dengan anak remaja adalah tidak sihat, darjah konflikyang sederhana dengan ibu bapa merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan, malahia mempunyai fungsi positif dalarn perkembangan remaja.Kesan Konflik Ke Atas Remaja

    Perasaan tertekanBersifat suka menentangMengamalkan prinsip hidup yang bertentangan dengan arnnlan ibu bapa

  • 5/13/2018 Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja Http Dms.usim.Edu.my - sl...

    http:///reader/full/peranan-ibu-bapa-dalam-menangani-masalah-sosial-remaja-http

    PerW1(1IIPsikologi dalam Masvarakat Malavsia Sellla.w 70

    Mengamalkan labial meminum arak, merokok dan menghisap dadahMelakukan perbuatan anti sosialMelarikan dir i dari rumah.

    Kesan Konflik Ke Atas Ibu Bapakesan ke alas perasaan ibu bapakesan ke atas tindakan ibu bapakesan ke atas perubahan sikap

    STRATEGI MENGURANGKAN KONFLIKKontlik yang membelenggu remaja dengan ibu bapa boleh dikurangkan melalui

    strategi-strategi yang mendatangkan kebaikan bagi kedua-dua pihak. Laurence Steinberg(dim. Santrock, 1995) percaya bahawajalan terbaik bagi mengendalikan konflik antararemaja dengan ibu bapa ialah penyelesaian masalah secara bersama. Matlamat utamapenyelesaian masalah perlulah dapat memenuhi kehendak kedua-dua pihak.

    Asrnah Bee (1994) mengatakan keadaan persekitaran rumah tangga yang tidakterurus, tiada peraturan hubungan suami isteri yang tidak hannoni boleh menimbulkankonflik antara ibu bapa dengan anak-anak. Dalam mendidik anak-anak, beliaumemperturunkan beberapa langkah yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk menjadiahli psikologi kanak-kanak dalam kaedah mendidik anak-anak yang masih kecil (tahapkanak-kanak berrnula dari dua tahun dan berakhir pada sebelas tahun). Langkah-Iangkahtersebut adalah seperti di bawah.Pemberian Kasih Sayang Sejati

    Kasih sayang yang ikhlas dan sejati akan melahirkan kanak-kanak yang berperasaanselamat, sentiasa merasai dipunyai dan disayangi dan tidak bersifat mengkritik.Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak terse but akan menjadi teratur dan kanak-kanak ini akan memasuki tahap remaja dengan baik dan stabil.

    Dua bentuk kasih sayang yang perlu diperlihatkan oleh ibu bapa. Pectama ialahberterusan (constant) manakala yang keduanya ialah tidak bersyarat. Apa yang dimaksudkantidak bersyarat ialah kasih sayang perlu diperlihatkan walaupun kanak-kanak tersebut telahberkelakuan kurang menyenangkan. Kanak-kanak mempelajari dan memahami bahawakasih sayang yang diberi perlu diperlihatkan. Contohnya, ibu bapa memeluk dan menciumanak-anaknya di waktu-waktu yang perlu.Peruntukan Masa Bersama-Sama

    Waktu bersama-sama keluarga adalah waktu yang berharga. Cuba luangkanseberapa banyak masa bersama-sama anak-anak. Masa yang ada ini dapat digunakanuntuk aktiviti bermain bersarna-sama, bercakap dan berbual-bual serta berkerjasamadalam aktivti di rumah.

  • 5/13/2018 Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja Http Dms.usim.Edu.my - sl...

    http:///reader/full/peranan-ibu-bapa-dalam-menangani-masalah-sosial-remaja-http

    Perallall Psikolog] dalam Masvarakat Malavsia SC'IIlasa 7/

    Disiplin Yang KukuhSebuah keluarga mernerlukan disiplin yang kukuh. Apa yang dimaksudkan dengan

    disiplin ialah satu panduan serta peraturan kepada sesuatu tingkah laku. Apabila wujudnyakasih sayang kepada kanak-kanak, panduan dan bimbingan perlu ada. Menghormatidisiplin di rumah adalah penting supaya peraturan-peraturan dapat diikuti apabila merekasudah dewasa. Asmah Bee berpendapat disiplin yang digunakan harus bersifat positif.Contohnya, ibu bapa harus menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai seperti "Buatmacam ini" daripada "Langan buat begitu", Ganjaran harus diberi apabila kanak-kanakmelakukan sesuatu yang baik. Disiplin harus semerta, tekal dan tegas. Kanak-kanakelok diterangkan dengan jelas peraturan yang digunakan.

    Dalam bertindak, ibu bapa perlu bersifat autoritatif dan bertindak tegas. Kanak-kanak zaman ini merupakan kanak-kanak yang bijak, pintar dan kreatif. Tingkah lakuibu bapa mereka boleh diramal. Sifat-sifat tegas dan autoritatif penting supaya kanak-kanak boleh menghorrnati disiplin yang dibentuk di rumah.Saling Menghormati

    Setiap ahli dalam keluarga perlu saling menghormati. PerIulah ibu bapa rnendidikanak-anak supaya belajar untuk menghormati orang yang lebih tua. Satu cara berkesanuntuk menanamkan sifat hormat menghormati antara ahli keluarga ialah denganmenunjukkan contoh yang baik. Ibu bapa perlu bersifat lemah lembut. Ucapkan terimakasih, AlhamdulilLah, Subhanallah dan perkataan-perkataan yang boleh menimbulkanperasaan hormat sesama ahli keluarga.Didikan Perlu YangBetul Bukan Sebaliknya

    Amat penting bagi ibu bapa mengajar sesuatu yang baik. Hal-hal yang berkaitandengan agarna, nilai dan moral dalam masyarakat perlu ditanam pada kanak-kanak.Nilai-nilai asas yang positif perlu ditekankan. Cara didikan anak sangat penting dalampembentukan sesebuah keluarga yang bahagia. Cara didikan ibu bapa yang berbentukdemokratik adalah amat sesuai untuk perkembangan remaja. Cara didikan demokratikadalah yang berdasarkan kepada saling hormat menghormati, mengawasi, memberipenjelasan kepada peraturan dan memberi peluang melibatkan diri dalam membuatkeputusan tertentu.Layanan YangMesra

    Layanan yang mesra antara ahli keluarga terutamanya ibu bapa dengan anak-anak akan menyebabkan setiap orang dalam keluarga merasakan diri mereka bersatudan saling memerlukan. Erikson (1968) mendapati kegagalan mewujudkan kemesraandalam sesebuah keluarga akan menimbulkan sikap yang kurang diingini dalampembentukan konsep kendiri remaja. Kanak-kanak akan merasakan dirinya tidakmempunyai tempat dalam keluargajika beliau gagal mendapat kemesraan dalam keluarga.

  • 5/13/2018 Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja Http Dms.usim.Edu.my - sl...

    http:///reader/full/peranan-ibu-bapa-dalam-menangani-masalah-sosial-remaja-http

    Peranan Psikologi dalam Masyarakat Malaysia Semasa 72

    GIuek dan Gluek (dIm. Conger, 1968) mendapati bahawa remaja yang tidak nakalmenerima layanan baik daripada ibu bapa mereka berbanding dengan remaja yang nakal.Kajian-kajian oleh Healy dan Boner juga mendapati 92% daripada subjek yang terdiridaripada remaja yang nakal merasakan diri mereka tidak dihargai. Faridah Embong(1989) menjelaskan anak-anak baik diperingkat kanak-kanak atau remaja mengharapkanlayanan yang mesra daripada ibu bapaMemberi Peluang Mendengar Pendapat Anak-Anak

    Adalah baik seleiranya ibu bapa mendengar pendapat anak-anak. Berilah peluangkepada anak-anak untuk melahirkan perasaan hati walaupun keputusan ditangan ibubapa. Agak menyedihkan, kadangkala anak-anak tidak lagi berupaya melahirkanperasaan mereka.Bersifat Realistik Serta Galakkan Berdikari

    Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa perlu bersifat realistik dan menggalakkananak-anak berdikari. Asmah Bee (1992) menjelaskan bahawajangkaan ibu bapa ke ataspencapaian kanak-kanak selaras dengan kebolehan kanak-kanak. Manusia memang tidakpernah lepas dari melakukan kesilapan. Oleh itu, kesediaan memaafkan sememangnyadiperlukan dari setiap manusia. Ibu bapajuga perlu membantu anak-anak agar berdikariserta menyematkan sifat percayakan diri sendiri dan dapat memperlihatkan bakat-bakatsemula jadi yang dipunyai oleh kanak-kanak.

    KESIMPULANMasalah gejala sosial sebenarnya adalah masalah bersama. Setiap ahli dalam

    masyarakat perlu berusaha kuat agar masyarakat negara iniakan lahir sebagai masyarakatpenyayang dan cemerlang. Walau bagaimanapun, peranan ibu bapa dalam menanganigejala sosial remaja amatlah penting kerana keluarga merupakan institusi terdekat remaja.Semoga leitasarna-sarna berusaha melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang danberbudaya.

    RUJUKANAsmah Bee. (1993). Konflik di antara kaum remaja dengan ibu bapa. Seminar ke arah

    pembangunan keluarga bahagia. Terengganu.Atan Long. (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Chopyak, D. & Abdullah, R. (1986). The psychological problems of battered women

    and their families. Implications for the helping profession. Jurnal PERKAMA2,59-79.

  • 5/13/2018 Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja Http Dms.usim.Edu.my - sl...

    http:///reader/full/peranan-ibu-bapa-dalam-menangani-masalah-sosial-remaja-http

    r eranan r'sucotogt aatam Masyarakar Malaysia Semasa 73

    Cohen. A.K. (1995). Deliquent Boys. The culture of gang. Illinois: Free Press.Conger. 1.1 & Galambus, N.L (1997). Adolescent and youth. (5th ed). New York:

    Longman.Duke. DJ & Duke P.M. (1978) The prediction of delinquency in girls. Journal of Res

    earch and Development in Education II (2). 20-31.Erikson, E.H. (1968). identity: Youth and crisis. New York: W.w. Norton Co.Evert, J.E (1994). Developing Family Services in Malaysia. Jumal PERKAMA, 5,

    242-251.Faridah Embong. (1989). Pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya terhadap perlanggaran

    disiplin sekolah. Kajian kes di antara sekolah asrama penuh dengan sekolahbiasa. Latihan ilmiah. Jabatan Psikologi. UKM.

    Feldhusen, J.E (1978). Behavior problems in secondary schools. Journal of Researchand Development in Education. 11(4). 17-.19.Hassan Langgulung. (1980). Pendidikan Islam di rumah. Seminar Pendidikan Islam

    pada peringkat kanak-kanak. Pulau Pinang.Hurlock, E. (1973). Adolescent development. New York: McGraw Hill.Ibrahim Saad. (1988). Masalah disiplin dari rumah ke sekolah. Widya, April, Bil 8.

    Kuala Lumpur. Adabi publishing Sdn. Bhd.Montemayor, R. (1982). The relationship between parent-adolescent conflict and theamount of time adolescent spend with parents, peers and alone. Child Develop

    ment, 53. 1512-1519.Persona, T. (1964). Principal function of the nuclear family. Dim Parsons, T dan Bales,

    R.F (Eds). Family: Socialization and interaction process. New York: Routledge.Santrock, l.W. (1995). Life-Span Development. (5th ed). Madison: WeB Brown &

    Benchmark.Saedah Ghani (1995). Gejala Sosial dalam institusi kekeluargaan. Bengkel kaunseling

    ke 13. UKM.