37
1 Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor Jabatan Agama Islam Selangor PENYELEWENGAN AQIDAH, SYARIAT DAN AKHLAK DALAM TARIKAT Abdul Manam bin Mohamad al-Merbawi 1.0 MUQADDIMAH Dunia tasawwuf sering dikaitkan dengan kesesatan dan penyelewengan. Hakikatnya tasawwuf sudah diterima sebagai salah satu cabang ilmu Islam dan ia mempunyai tokoh-tokoh besar seperti al-Muhasibi, al-Makki, al-Qushayri, al- Tusi, al-Ghazali dan lain-lain. Namun kemunculan ajaran-ajaran sesat yang menyusup masuk dan berselindung di sebalik kemurniaan tasawwuf telah merosakkan dan memudarkan imejnya. Lebih malang lagi kedudukan ilmu tasawwuf yang bersifat terasingdan semakin pupusseperti yang digambarkan dalam beberapa riwayat, dan dalam masa yang sama berkembangnya amalan dan ajaran sesat, menjadikan ilmu ini semakin kurang dikenali sehingga akhirnya ia diselaputi oleh gambaran kesesatan dan penyelewengan. Tulisan ini akan menjelaskan beberapa perkara yang biasa terjadi di kalangan segolongan yang berminat dan berusaha menghayati tasawwuf namun ia memberikan imej buruk kepada tasawwuf. Antara perkara yang akan dijelaskan ialah persoalan tidak mahu menuntut serta mendalami ilmu agama lantaran mengharapkan ilmu ilham dari Allah, keinginan untuk mendapatkan kekeramatan zahir (karamah hissiyyah), terpengaruh dan terpedaya dengan mimpi-mimpi dan kasyaf suri, merasa `ujub (bangga dengan kebolehan diri) dan takabbur (sombong), memisahkan di antara syariat dengan hakikat, meninggalkan usaha, tidak mahu bercampur dengan masyarakat, dan menceritakan pengalaman kerohanian kepada orang yang bukan berkeahlian.

Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

1

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

PENYELEWENGAN AQIDAH, SYARIAT DAN AKHLAK DALAM TARIKAT

Abdul Manam bin Mohamad al-Merbawi

1.0 MUQADDIMAH

Dunia tasawwuf sering dikaitkan dengan kesesatan dan penyelewengan.

Hakikatnya tasawwuf sudah diterima sebagai salah satu cabang ilmu Islam dan

ia mempunyai tokoh-tokoh besar seperti al-Muhasibi, al-Makki, al-Qushayri, al-

Tusi, al-Ghazali dan lain-lain. Namun kemunculan ajaran-ajaran sesat yang

menyusup masuk dan berselindung di sebalik kemurniaan tasawwuf telah

merosakkan dan memudarkan imejnya. Lebih malang lagi kedudukan ilmu

tasawwuf yang bersifat “terasing” dan “semakin pupus” seperti yang

digambarkan dalam beberapa riwayat, dan dalam masa yang sama

berkembangnya amalan dan ajaran sesat, menjadikan ilmu ini semakin kurang

dikenali sehingga akhirnya ia diselaputi oleh gambaran kesesatan dan

penyelewengan.

Tulisan ini akan menjelaskan beberapa perkara yang biasa terjadi di kalangan

segolongan yang berminat dan berusaha menghayati tasawwuf namun ia

memberikan imej buruk kepada tasawwuf. Antara perkara yang akan dijelaskan

ialah persoalan tidak mahu menuntut serta mendalami ilmu agama lantaran

mengharapkan ilmu ilham dari Allah, keinginan untuk mendapatkan kekeramatan

zahir (karamah hissiyyah), terpengaruh dan terpedaya dengan mimpi-mimpi dan

kasyaf suri, merasa `ujub (bangga dengan kebolehan diri) dan takabbur

(sombong), memisahkan di antara syariat dengan hakikat, meninggalkan usaha,

tidak mahu bercampur dengan masyarakat, dan menceritakan pengalaman

kerohanian kepada orang yang bukan berkeahlian.

Page 2: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

2

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

2.0 TIDAK MAHU MENUNTUT ILMU

Masalah tidak mahu mempelajari dan mendalami ilmu agama di kalangan

sebahagian pengamal tarekat (salik) merupakan satu masalah yang biasa

terjadi, terutamanya bagi salik yang berada pada peringkat permulaan dan tidak

mempunyai latar-belakang pengetahuan dan didikan agama yang kuat. Demikian

juga salik yang kurang mendapat ta`lim dan tarbiyah dari shaykh. Masalah ini

adalah satu masalah yang sangat penting kerana ia menjadi punca bagi

masalah-masalah salik yang lain yang akan dijelaskan selepas ini.

Sikap tidak mahu menuntut serta mendalami ilmu agama bertentangan dengan

prinsip agama Islam itu sendiri yang menghendaki setiap muslim yang mukallaf

supaya menuntut ilmu, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah

s.a.w dalam sabda baginda:

العلم فرضة على كل مسلم طلب

Maksudnya:

Menuntut ilmu adalah satu kewajiban ke atas setiap muslim (al-Suyuti:1:20).

Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan juga hadis Nabi s.a.w yang menyarankan

serta menggalakkan orang-orang Islam supaya menuntut dan menambahkan

ilmu. Ilmu yang disertai dengan keimanan menjadi sebab Allah mengangkat

darjat seseorang itu, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah dalam

firmanNya:

رفع هللا الذن آمنوا منكم و الذن أوتوا العلم درجات

Maksudnya:

Allah mengangkat orang yang beriman di kalangan kamu dan juga orang-orang

yang diberikan ilmu, beberapa darjat (al-Mujadalah:11).

Page 3: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

3

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

Antara punca utama mengapa perkara ini terjadi ialah anggapan sebahagian

salik bahawa ilmu itu dapat diperolehi menerusi ilham maka kerana itu tidak

diperlukan lagi proses pembelajaran bagi mendapatkannya malah cukup hanya

dengan menanti ilham. Anggapan seperti ini merupakan satu anggapan yang

kurang tepat sekalipun ada sudut kebenarannya. Mendapat ilmu menerusi ilham

ini memang diakui kebenarannya oleh para ulama tasawwuf. Terdapat banyak

ayat al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w yang dirujuk oleh mereka bagi menyatakan

kebenaran perkara ini. Antaranya ialah firman Allah s.w.t iaitu:

ا أها الذن آمنوا ان تتقوا هللا جعل لكم فرقانا

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu bertaqwa kepada Allah, maka

Allah akan menjadikan untuk kamu furqan (cahaya petunjuk yang dapat

membezakan di antara yang benar dan yang salah) (al-Anfal:29).

Dalam ayat ini dinyatakan bahawa sekiranya orang-orang yang beriman itu

bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya maka Allah akan menjadikan

untuk mereka furqan iaitu cahaya pertunjuk yang dapat membezakan di antara

petunjuk dan kesesatan, kebenaran dan kepalsuan, kebaikan dan keburukan

dan sebagainya lagi. Demikian juga Firman Allah s.w.t:

و الذن جاهدوا فنا لنهدنهم سبلنا و ان هللا لمع المحسنن

Maksudnya:

Dan orang-orang yang bermujahadah pada jalan Kami (Allah), Kami akan

memberi hidayah (tunjukkan) kepada mereka jalan-jalan Kami, dan

sesungguhnya Allah itu adalah bersama-sama dengan orang-orang yang

berbuat baik (al-`Ankabut:69).

Dalam ayat ini dinyatakan bahawa orang-orang yang bermujahadah pada jalan

Allah, akan ditunjukkan kepada mereka jalan-jalan ke arah mengenal dan

Page 4: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

4

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

mencapai keredaan Allah. Dalam ayat yang lain pula, Allah s.w.t ada

menyatakan perkara yang sama, sebagaimana firmanNya:

ومن تق هللا جعل له مخرجا و رزقه من حث ال حتسب

Maksudnya:

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Dia akan menjadikan baginya

jalan keluar (dari berbagai masalah) dan mengurniakan kepadanya rezeki dari

sumber yang tidak disangka-sangka (al-Talaq:3).

Dalam ayat ini Allah s.w.t menjelaskan bahawa sesiapa yang bertaqwa kepada

Allah dengan sebenar-benarnya, maka Allah akan menjadikan untuknya jalan

keluar atau penyelesaian terhadap berbagai permasalahan yang dihadapinya

dan akan mengurniakan kepadanya rezeki dari sumber-sumber yang tidak

disangka-sangka. Kurniaan rezeki di sini, luas pengertiannya di mana ia

merangkumi kurniaan lahir seperti anak-pinak, harta kekayaan dan sebagainya

dan juga kurniaan batin yang merupakan ilmu, ma`rifat, hidayah dan sebagainya

lagi.

Rasulullah s.a.w juga ada bersabda menyatakan tentang kurniaan ilmu seperti ini

sebagaimana sabda baginda:

من عمل بما علم ورثه هللا علم ما لم علم ووفقه فما عمل

Maksudnya:

Sesiapa yang mengamalkan apa yang diketahuinya maka Allah akan

mewarithkan (mengurniakan) kepadanya apa yang tidak diketahuinya dan

memberi taufiq kepadanya dalam amalannya itu (Mahmud:311).

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa sesiapa yang

mengamalkan pertunjuk dan perkara-perkara kebaikan yang diketahuinya, maka

Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu yang tidak diketahuinya dan juga Allah

akan memberi taufiq kepadanya dalam melaksanakan amalannya itu. Dari

Page 5: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

5

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

keterangan beberapa ayat al-Qur'an dan juga hadis Nabi s.a.w ini jelas

menunjukkan adanya ilmu yang diperolehi bukan menerusi proses pembelajaran

malah ia diperolehi semata-mata menerusi kurniaan Allah s.w.t. Ilmu ini, menurut

para ulama tasawwuf, disebut sebagai ilmu ilham, ilmu warathah atau ilmu

laduni.

Ini tidaklah bererti seseorang salik itu tidak perlu mempelajari ilmu lantaran

adanya ilmu ilham tersebut. Ini kerana ilmu ilham atau warathah berhubungan

dan berkait rapat dengan ketaqwaan (melaksanakan suruhan Allah dan

memelihara diri dari laranganNya) di mana ilmu warathah adalah hasil dari

ketaqwaan tersebut. Untuk melaksanakan ketaqwaan ini seseorang itu

memerlukan ilmu kerana tanpa ilmu, amal tidak dapat dilakukan. Amal yang

dilakukan tanpa ilmu lebih terdedah kepada kesalahan dan banyak mengandungi

kecacatan. Rasulullah s.a.w telah bersabda menyatakan perkara ini

sebagaimana sabda baginda:

من عبد هللا بجهل كان ما فسد أكثر مما صلح

Maksudnya:

Sesiapa yang menyembah (beribadah) kepada Allah berasaskan kejahilan, maka

apa yang merosakkan (amal ibadahnya itu) adalah lebih banyak dari apa yang

membetulkannya (al-Jaylani:182).

Seseorang salik yang menjalani jalan Allah dengan berpandukan hanya kepada

akal fikiran atau sangkaan semata-mata tanpa merujuk kepada pertunjuk ilmu

yang terang akan mudah tergelincir dari landasan yang lurus dan seterusnya

terhumbang ke jurang kebinasaan. Ini kerana jalan tasawwuf itu merupakan jalan

yang berasaskan ilmu dan amal seperti yang telah ditegaskan oleh seorang

tokoh tasawwuf terkenal, Shaykh `Abd al-Qadir al-Jaylani, sebagaimana kata-

kata beliau ”Tidakkah anda mengetahui bahawa sesiapa yang merasa cukup

dengan pendapatnya (buah fikirannya semata-mata) maka dia akan sesat? Tidak

ada seorang yang berilmu pun kecuali dia memerlukan tambahan ilmu. Jalan

Page 6: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

6

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

(menuju kepada mengenal Allah) ini tidak dilalui dengan nafsu dan keinginan

(hawa) bahkan (dilalui) dengan hukum dan beramal dengannya” (al-Jaylani:194).

Imam al-Ghazali pula menentukan tugas menuntut ilmu ini sebagai `aqabah

(halangan) pertama yang mesti ditempuh oleh setiap salik yang ingin menjalani

jalan Allah. Ini dapat dilihat pada kenyataan beliau iaitu “Wahai orang-orang yang

menuntut keselamatan dan ibadah, kewajiban anda yang pertama, mudah-

mudahan Allah memberi taufiq kepada anda, ialah menuntut ilmu kerana ilmu itu

adalah merupakan asas dan di atas asas inilah berligar semua yang lain” (al-

Ghazali:13).

Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu itu dalam menjalani jalan Allah. Untuk

mendapatkan ilmu seseorang salik itu perlu mempelajarinya kerana ilmu itu

diperolehi menerusi proses pembelajaran seperti yang telah dinyatakan oleh

Rasulullah s.a.w:

ا أها الناس تعلموا انما العلم بالتعلم

Maksudnya:

Wahai manusia, belajarlah ilmu, sesungguhnya ilmu itu diperolehi dengan cara

belajar (Al-`Asqalani:1:194).

Penglibatan tokoh-tokoh tasawwuf terkenal dalam usaha mencari ilmu sehingga

mereka dikenali sebagai “sa’ihun” yang bererti “orang-orang yang mengembara”

sudah cukup menjadi bukti yang menunjukkan bahawa menuntut ilmu itu adalah

satu perkara yang perlu dilakukan oleh salik dalam perjalanannya menuju

kepada Allah. Seseorang salik yang tidak berilmu lebih mudah ditipu dan

diperdaya oleh syaitan berbanding salik yang berilmu. Abu Hurayrah ada

meriwayatkan satu hadis di mana Rasulullah s.a.w telah bersabda menyatakan

perkara ini sebagaimana sabda baginda:

Page 7: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

7

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

ما عبد هللا بشء أفضل من فقه ف الدن و لفقه واحد أشد على الشطان من ألف عابد

Maksudnya:

Tidak disembah (dilakukan ibadah kepada) Allah dengan sesuatu yang lebih

afdal (utama) dari fiqh (memahami) agama dan seorang faqih itu lebih sukar bagi

syaitan (untuk menipu dan menyesatkannya) berbanding seribu orang `abid (ahli

ibadah) (al-Samarqandi:337).

Memang tidak dinafikan ada salik yang mendapat ilmu secara ilham, tetapi

bukan semua ilham itu betul kerana ada juga ilham yang datang dari bisikan

syaitan dan nafsu. Untuk memastikan kebenaran satu-satu ilham itu, seseorang

itu perlu merujuk kepada ajaran al-Qur'an dan Sunnah. Sekiranya ilham tersebut

bertentangan dengan ajaran al-Qur'an dan Sunnah maka ia tidak boleh diikuti.

Untuk merujuk kepada ke dua-dua sumber ini seseorang itu mestilah mempunyai

ilmu tentangnya. Oleh itu ilmu perlu dipelajari terlebih dahulu. Pegangan yang

membuta-tuli terhadap ilham tanpa merujuk kepada ajaran al-Qur'an, Sunnah

dan juga tafsiran atau pendapat para ulama khususnya ulama tasawwuf yang

muktabar menjadi punca utama penyelewengan dan kesesatan di kalangan

pengamal tarekat.

3.0 KEINGINAN UNTUK MENDAPATKAN KEKERAMATAN

Antara masalah lain yang biasa dihadapi oleh segolongan salik ialah adanya

keinginan untuk mencapai kekeramatan. Kekeramatan yang dimaksudkan di sini

ialah kekeramatan zahir (karamah hissiyyah) iaitu perkara yang menyalahi adat

kebiasaan seperti dapat berjalan di atas air, terbang di udara, pergi ke sesuatu

tempat yang jauh dalam masa yang singkat, keluar air dari tempat yang tidak

disangka, mendapat makanan dari sumber yang tidak diketahui, melihat perkara

ghaib dan lain-lain lagi.

Perkara kekeramatan seperti ini bukanlah menjadi tujuan mengamalkan tarekat

dan ini adalah pendirian para ulama tasawwuf. Seorang tokoh ulama tasawwuf

Page 8: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

8

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

terkenal iaitu Shaykh Baha' al-Din Shah Naqshaband pernah diminta oleh murid-

murid beliau supaya menzahirkan kekeramatan. Sebagai menjawab permintaan

mereka itu beliau menyatakan “kami berjalan di atas muka bumi ini di samping

adanya dosa-dosa ini merupakan kekeramatan yang paling besar” (al-

Khani:131).

Salik yang mempunyai keinginan terhadap perkara kekeramatan seperti ini

mungkin akan memperolehinya tetapi dia telah terpesong dari tujuan sebenar

menjalani tarekat iaitu untuk sampai kepada mengenal (ma`rifat) Allah dan

keredaanNya. Tumpuan perhatian salik terhadap perkara kekeramatan seperti ini

akan merosakkan kerohanian salik itu sendiri. Ia adalah hijab yang menjadi

penghalang bagi salik dalam usaha mencapai peningkatan kerohanian ke

peringkat yang lebih tinggi sehingga mencapai ma`rifat.

Kekeramatan zahir bukanlah menjadi ukuran bersihnya hati atau tingginya

kedudukan kerohanian seseorang salik di sisi Allah. Shaykh Ibn `Ata telah

menyatakan tentang perkara ini dengan kata-kata hikmat beliau iaitu “Bukanlah

setiap orang yang thabit kekhususannya (dengan dikurniakan kekeramatan

zahir) bererti telah sempurna pembersihan dirinya (dari tuntutan-tuntutan hawa

nafsu) (Ibn `Ajibah:1:159). Apa yang menjadi ukuran dalam perkara ini ialah

ketaqwaan seseorang itu seperti yang dinyatakan dalam al-Qur'an sebagaimana

firman Allah s.w.t:

ان أكرمكم عند هللا أتقاكم

Maksudnya:

Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah

orang yang paling bertaqwa (al-Hujurat:13).

Shaykh Abu Yazid al-Bistami telah memberikan penegasan tentang perkara ini

dengan berkata "Sekiranya seseorang lelaki itu menghamparkan tempat

sembahyangnya (sejadahnya) di atas air dan duduk bersila di udara, maka

Page 9: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

9

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

janganlah kamu semua terpedaya dengannya sehinggalah kamu melihat

bagaimana kedudukannya dalam melaksanakan suruhan dan larangan (Allah)”

(al-Tusi:400).

Kekeramatan zahir ini kadang-kadang terjadi pada orang yang tidak sempurna

istiqamahnya. Shaykh Ibn `Ata telah menyatakan perkara ini dengan kata-kata

hikmah beliau iaitu “Kadang-kadang Allah mengurniakan karamah (kekeramatan)

kepada orang yang tidak sempurna istiqamahnya” (Abu al-`Ula:1:368).

Bukan setakat itu sahaja malah kadang-kadang perkara yang menyalahi adat

yang menyerupai karamah terjadi juga pada orang yang tidak ada istiqamah

sama-sekali seperti ahli sihir, tukang tilik dan pendita. Ia sebenarnya bukanlah

satu kekeramatan tetapi ia adalah istidraj (terpedaya). Menurut Shaykh Ibn

`Ajibah, kadang-kadang diberikan kekeramatan zahir kepada orang yang belum

bersih dari tuntutan hawa nafsunya. Antara hikmat atau tujuannya ialah:

Pertama, membangkitkan semangatnya untuk beramal setelah ia menjadi lemah

atau menurun. Kedua, mengujinya sama ada dia terhenti setakat itu lalu terhijab

atau dia tidak menghiraukannya lalu dapat hampir dengan Allah (qurb). Ketiga,

menambahkan keyakinan dirinya atau keyakinan orang lain terhadapnya supaya

orang tersebut dapat mengambil faedah darinya (Ibn `Ajibah:1:159).

Oleh itu kekeramatan zahir (karamah hissiyyah) bukanlah menjadi tujuan ahli

tasawwuf. Kekeramatan yang dikehendaki di sisi mereka ialah kekeramatan

maknawi (karamah ma`nawiyyah). Kekeramatan maknawi menurut Shaykh Ibn

`Ajibah, ialah seseorang hamba itu istiqamah dalam mentaati Tuhan, zahir dan

batin, terbuka hijab yang menutupi hati sehingga dapat mengenal Tuhan, berjaya

menguasai diri, berjaya menentang kemahuan hawa nafsu, kuat keyakinan dan

merasa tenteram dan tenang hati dengan mengingati Allah (Ibn `Ajibah:2:72-73).

Kesempurnaan istiqamah ini merujuk kepada dua perkara iaitu betulnya

keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah dan mengikuti apa yang dibawa oleh

Page 10: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

10

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

Rasulullah s.a.w, zahir dan batin. Shaykh Abu al-Hasan al-Shadhili telah

menyatakan perkara ini dengan berkata “Sesungguhnya kedua-duanya adalah

merupakan dua kekeramatan yang merangkumi iaitu kekeramatan iman dengan

bertambahnya keyakinan dan penyaksian matahati dan kekeramatan amal

dengan mencontohi dan mengikuti (Nabi s.a.w) dan menjauhi dakwaan dan

penipuan. Sesiapa yang diberikan kedua-dua perkara ini kemudian dia inginkan

sesuatu yang lain darinya maka dia adalah seorang hamba yang terpedaya dan

penipu” (Ibn `Ajibah:2:73).

4.0 TERPENGARUH DENGAN MIMPI DAN KASYAF SURI

Antara masalah sebahagian pengamal tarekat ialah terlalu berpegang dengan

mimpi dan juga perkara yang dikasyafkan kepada mereka tanpa merujuk kepada

pertunjuk al-Qur'an, Sunnah dan juga huraian para ulama khususnya ulama

tasawwuf yang muktabar. Kesilapan salik dalam masalah kasyaf ini terjadi

apabila dikasyafkan kepadanya beberapa keaiban dan kesalahan yang dilakukan

oleh seseorang seperti zina, mencuri dan sebagainya, kemudian dia terus

menuduh orang tersebut dengan berbagai tuduhan tanpa bukti lantaran terlalu

percayakan kasyaf tersebut. Syariat tidak membenarkan seseorang membuat

sebarang tuduhan yang tidak berasaskan bukti nyata sekalipun perkara tersebut

benar-benar terjadi.

Percayakan kasyaf semata-mata tanpa merujuk kepada panduan al-Qur’an,

hadis dan penjelasan ulama, sering menimbulkan salah sangka yang boleh

mengakibatkan pertengkaran dan permusuhan. Rasulullah s.a.w telah bersabda

melarang amalan buruk sangka ini sebagaimana sabda baginda:

ااكم و الظن فان الظن أكذب الحدث

Maksudnya:

Page 11: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

11

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

Jauhilah (peliharalah) diri kamu dari sangkaan (buruk sangka) kerana

sesungguhnya sangkaan itu adalah percakapan yang paling dusta (al-

Nawawi:436).

Sikap dan tindakan seperti ini adalah satu kesilapan kerana bukan semua

perkara yang dikasyafkan itu betul. Ada juga kasyaf yang tidak betul seperti

kasyaf jin yang biasanya diperolehi oleh ahli sihir, tukang tilik dan orang-orang

yang sepertinya. Ukuran sama ada betul atau tidak sesuatu yang dikasyafkan itu

ialah pertunjuk al-Qur'an dan Sunnah iaitu sama ada ia bertepatan atau tidak

dengan kedua-dua sumber asas ini. Oleh itu setiap perkara yang dikasyafkan itu

hendaklah dinilai dengan neraca al-Qur'an dan Sunnah. Ini kerana pertunjuk al-

Qur'an dan Sunnah merupakan kebenaran yang terjamin serta tidak ada

keraguan padanya manakala kasyaf pula tidak dijamin kebenarannya. Rasululah

s.a.w telah bersabda menyatakan perkara ini sebagaimana sabda baginda:

و سنتتركت فكم ثقلن لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب هللا

Maksudnya:

Aku telah meninggalkan untuk kamu dua himpunan yang mana kamu tidak akan

sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab

Allah (al-Qur'an) dan Sunnahku (al-Samarqandi:439).

Setiap kasyaf yang bertentangan dengan pertunjuk al-Qur'an dan Sunnah, tidak

betul dan tidak boleh diterima. Dalam masalah ini salik dikehendaki supaya

berpegang dengan pertunjuk al-Qur'an dan Sunnah serta menolak sama sekali

kasyaf tersebut. Mengenai perkara ini Shaykh Abu al-Hasan al-Shadhili ada

menegaskan dengan berkata “Apabila kasyaf anda bertentangan dengan al-

Qur'an dan Sunnah maka berpeganglah dengan al-Qur'an dan Sunnah dan

tinggalkan kasyaf dan katakan kepada diri anda sesungguhnya Allah menjamin

bagi saya `ismah (terpelihara dari kesilapan) pada al-Qur'an dan Sunnah dan dia

tidak menjaminnya pada kasyaf, ilham dan mushahadah kecuali selepas dinilai

dengan al-Qur'an dan Sunnah” (Mahmud:132).

Page 12: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

12

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

Kasyaf sebenarnya ada dua jenis iaitu kasyaf suri dan kasyaf imani (kasyaf `ilmi

atau kasyaf ma`nawi). Kasyaf suri ialah terbukanya hijab yang menutupi matahati

seseorang sehingga dia dapat mengetahui perkara yang tersembunyi, dapat

melihat dan mendengar sesuatu yang tidak dapat dilihat dan didengar oleh

pancaindera biasa, dapat menyelami alam kerohanian seperti alam jin dan

seumpamanya dan sebagainya lagi. Kasyaf suri ini tidak dikehendaki di sisi ahli

tasawwuf. Manakala kasyaf ma`nawi pula ialah terbukanya hijab yang menutupi

matahati seseorang itu sehingga dia dapat melihat rahsia keagungan Allah

dengan matahatinya. Kasyaf ma`nawi inilah yang dikehendaki di sisi ahli

tasawwuf dan kasyaf inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata Shaykh Ibn

`Ata iaitu “Dan suatu nur yang mana Allah bukakan (kasyafkan) untuk anda

dengan nur tersebut tentang sifat-sifatNya” (Abu al-`Ula:1:317).

Nur tersebut merupakan cahaya keyakinan yang dicampakkan ke dalam hati

yang mana dengannya Allah mengkasyafkan kepada seseorang itu tentang sifat-

sifatNya yang azali iaitu sifat jamal (keindahan), kamal (kesempurnaan) dan jalal

(keagungan) Allah sehingga dia dapat menyaksikannya dengan pandangan

matahati dan dia tidak memerlukan lagi dalil untuk membuktikannya. Nur yang

terhasil dari tajalli sifat jamal, jalal dan kamal Allah ke atas murid menghasilkan

kasyaf dan dinamakan kasyaf tersebut kasyaf ma`nawi (Abu al-`Ula:1:317).

Kasyaf suri pula kadang-kadang menjadi sebab yang membawa kepada

bencana dan jauhnya seseorang dari Allah s.w.t. Shaykh Ibn `Ata telah

menyatakan perkara ini dengan kata-kata hikmat beliau iaitu “Sesiapa yang

dapat melihat rahsia-rahsia hamba dan dia tidak berakhlaq (bersifat) dengan

rahmah ilahiyyah (seperti menutup kesalahan orang yang melakukannya,

berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat, berlemah-lembut kepada orang

yang zalim, memaafkan orang yang jahil, kasihan-belas dan bersifat rahmat

terhadap hamba-hamba Allah dan sebagainya) maka penglihatannya itu adalah

Page 13: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

13

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

fitnah (ujian) ke atas dirinya dan menjadi sebab yang mengundang bala

bencana” (Ibn `Ajibah:287).

Shaykh Ibn `Ajibah telah menjelaskan kata-kata hikmat Shaykh Ibn `Ata ini

dengan menerangkan bahawa dapat melihat rahsia-rahsia hamba sebelum

mencapai tahap tamkin (keteguhan hati) dalam shuhud (penyaksian batin) dan

tidak berakhlak dengan akhlak Allah adalah menjadi satu fitnah atau musibah

besar. Ini kerana seseorang yang belum mencapai tahap tamkin dalam ma`rifat,

kadang-kadang hatinya sibuk serta terganggu dengan apa yang dikasyafkan itu

sehingga menjadikannya lemah untuk shuhud dan mencapai keteguhan dalam

ma`rifat. Begitu juga selagi hawa nafsu seseorang itu masih hidup dan dia belum

lagi mencapai fana', kadang-kadang dia menganggap kasyaf tersebut sebagai

satu keistimewaan bagi dirinya yang tidak ada pada orang lain sehingga dia

merasa takabbur (angkuh) dan `ujub (bangga diri). Kedua-dua sifat ini adalah

punca maksiat yang menjadikannya jauh dari Allah (Ibn `Ajibah:288).

Keinginan salik untuk mendapatkan kasyaf suri ini adalah satu kesilapan. Salik

yang memberikan tumpuan kepada kasyaf suri tersebut akan terganggu

perjalanan dan peningkatan rohaninya sehingga ia akan terhenti tanpa mencapai

matlamat iaitu mengenal Allah berdasarkan dhawq (rasaan rohani) dan wujdan

(pandangan batin). Apa yang lebih utama bagi salik ialah menumpukan perhatian

kepada keaiban diri sendiri serta berusaha memperbaikinya. Shaykh Ibn `Ata

ada menyatakan tentang perkara ini dengan kata-kata hikmat beliau iaitu

“Keinginan anda untuk melihat keaiban yang tersembunyi dalam diri anda (sifat-

sifat tercela seperti angkuh, dengki, riya, `ujub dan sebagainya) adalah lebih baik

dari keinginan anda untuk melihat perkara ghaib yang dihijabkan dari diri anda”

(Ibn `Ajibah:81).

Page 14: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

14

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

5.0 UJUB (BANGGA DIRI) DAN TAKABBUR (ANGKUH)

Antara masalah segolongan pengamal tarekat ialah merasa `ujub (banga diri)

dan takabbur (angkuh). Di kalangan mereka ada yang merasakan diri sudah

bersih, sempurna dan tinggi kedudukan di sisi Allah setelah berjaya mencapai

beberapa tingkatan kerohanian lebih-lebih lagi setelah dikurniakan berbagai

karamah hissiyyah, kasyaf suri dan sebagainya. Lantaran itu salik tersebut

memandang rendah kepada orang lain yang tidak mencapai apa yang telah

dicapainya dan menganggap jiwa mereka masih lagi kotor serta rendah martabat

di sisi Allah.

Salik tersebut sebenarnya sudah lupa kepada ajaran yang terkandung dalam

firman Allah s.w.t yang melarang seseorang itu mensucikan atau menganggap

diri bersih dan sempurna sebagaimana firmanNya:

فال تزكوا أنفسكم هو أعلم بمن اتقى

Maksudnya:

Janganlah kamu mensucikan (menganggap bersih) diri kamu. Dialah (Allah)

yang lebih mengetahui tentang orang yang paling bertaqwa (al-Najm:32).

Dia juga lupa kepada ajaran yang terkandung dalam firman Allah s.w.t yang

melarang seseorang itu menghina atau memandang rendah kepada orang lain

sebagaimana firmanNya:

من قوم عسى أن كونوا خرا منهما أها الذن آمنوا ال سخر قوم

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu menghina kaum

lain, boleh jadi mereka (yang dihina) itu lebih baik dari mereka (yang menghina)

(al-Hujurat:11).

Page 15: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

15

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

Perasaan `ujub ini merupakan satu penyakit rohani yang akan merosakkan

kerohanian salik. Rasulullah s.a.w telah bersabda menyatakan keburukan sifat

`ujub ini yang merupakan salah satu dari tiga perkara yang boleh merosakkan

dan membinasakan seseorang sebagaimana sabda baginda:

ع و هوى متبع و اعجاب المرء بنفسهثالث مهلكات شح مطا

Maksudnya:

Tiga perkara yang membinasakan iaitu sifat kedekut yang dituruti, hawa nafsu

yang dipatuhi dan perasaan `ujub seseorang itu terhadap dirinya (al-

Muhasibi:336).

Begitu juga sifat takabbur, ia juga merupakan satu penyakit rohani yang boleh

merosakkan kerohanian seseorang salik dan menjauhkannya dari Allah. Orang-

orang yang bersifat takabbur terhalang dari menyaksikan keagungan Allah

seperti yang dinyatakan dalam firmanNya:

ر الحقسأصرف عن آات الذن تكبرون ف األرض بغ

Maksudnya:

Aku akan memalingkan dari (menyaksikan) tanda-tanda (keagunganKu) orang-

orang yang bersifat takabbur di muka bumi ini tanpa sebenar (al-A`raf:146).

Sifat takabbur inilah yang menghalang seseorang dari mencapai ma`rifat yang

sebenar-benarnya seperti yang diisyaratkan dalam hadis Rasulullah s.a.w:

ال دخل الجنة من كان ف قلبه مثقال حبة من خردل من كبر

Maksudnya:

Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi sifat

angkuh (takabbur) (al-Ghazali:142).

Page 16: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

16

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

Dalam hadis ini dinyatakan bahawa orang yang ada di dalam hatinya perasaan

angkuh, walaupun sedikit, tidak akan dapat memasuki syurga sama ada syurga

yang penuh dengan perhiasan dan kenikmatan (jannah al-zakharif) atau syurga

ma`rifat (jannah al-ma`arif) seperti yang diisyaratkan dalam firman Allah:

و لمن خاف مقام ربه جنتان

Maksudnya:

Dan bagi orang yang takutkan Tuhannya ada dua syurga (iaitu syurga nikmat

dan syurga ma`rifat) (al-Rahman:46).

Sifat takabbur inilah yang menyebabkan syaitan itu dilaknat oleh Allah sehingga

ke hari akhirat dan dihalau dari syurga dalam keadaan terhina. Allah s.w.t telah

berfirman menceritakan tentang kisah ini sebagaimana firmanNya:

قال فاهبط منها . قال انا خر منه خلقتن من نار و خلقته من طن .قال ما منعك أال تسجد اذ أمرتك

نفما كون لك أن تتكبر فها فاجرج انك من الصاغر

Maksudnya:

Allah berfirman “Apakah yang menghalang engkau sehingga engkau tidak sujud

ketika Aku menyuruh engkau”. Syaitan menjawab “Aku lebih baik darinya (Nabi

Adam a.s), Engkau telah menjadikan aku dari api dan Engkau telah

menjadikannya dari tanah. Allah berfirman “Keluarlah darinya (syurga), engkau

tidak berhak takabbur di dalamnya, keluarlah, sesungguhnya engkau terdiri dari

kalangan orang-orang yang hina” (al-A`raf:12-13).

Perasaan `ujub dan takabbur ini berpunca dari memandang kepada perbuatan

diri (ru'yah al-`amal) iaitu memandang kepada usaha, kekuatan dan ikhtiar

(pilihan) diri. Seseorang salik yang memandang kepada perbuatan dirinya akan

merasakan bahawa dialah yang melakukan amalan ketaatan dan dialah orang

yang paling banyak melakukannya. Dengan amalan ketaatan yang telah

dilakukannya itu, dia berhak mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Salik

Page 17: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

17

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

tersebut sebenarnya terhijab dari memandang kepada hakikat bahawa segala

sesuatu itu terjadi dengan kurniaan, rahmat, kekuasaan dan kehendak Allah

semata-mata seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:

و هللا خلقكم و ما تعملون

Maksudnya:

Dan Allah yang mencipta kamu dan apa yang kamu lakukan (perbuatan kamu)

(al-Safat:96).

Dalam ayat ini dinyatakan dengan jelas bahawa perbuatan manusia itu adalah

tertakluk dengan qudrah (kekuasaan) dan iradah (kemahuan atau kehendak)

Allah. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda menyatakan hakikat ini sebagaimana

sabda baginda:

ال حول و ال قوة اال باهلل

Maksudnya:

Tidak ada daya (melakukan ketaatan) dan tidak ada upaya (meninggalkan

kejahatan) kecuali dengan (qudrah dan iradah) Allah (al-Nawawi:2:85).

Memandang kepada perbuatan diri berasaskan keyakinan bahawa ia ciptaan

dirinya menurut Imam al-Ghazali adalah satu kesyirikan kerana perbuatan

manusia pada hakikatnya terjadi dengan kehendak dan kekuasaan Allah

semata-mata. Apa yang ada pada manusia hanyalah usaha (kasb) atau pilihan

(ikhtiyar). Oleh itu, memandang kepada perbuatan diri adalah sesuatu yang

bertentangan dengan hakikat ini. Ini dapat dilihat pada kata-kata beliau iaitu

“memandang perbuatan diri adalah syirik kerana perbuatan hamba dinisbahkan

kepada Allah dari sudut mencipta dan mengadakannya dan dinisbahkan kepada

hamba dari sudut usaha untuk diberi pahala atas perbuatan ketaatan dan disiksa

atas perbuatan maksiat” (al-Ghazali:6).

Page 18: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

18

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

Untuk menghapuskan perasaan `ujub dan takabbur, seseorang itu hendaklah

berpegang teguh serta memandang dengan matahati bahawa segala perbuatan

dirinya adalah semata-mata kurniaan Allah yang terjadi dengan qudrah dan

iradahNya. Allah s.w.t telah berfirman menyatakan perkara ini sebagaimana

firmanNya:

قل بفضل هللا و برحمته فبذلك فلفرحوا هو خر مما جمعون

Maksudnya:

Katalah (wahai Muhammad), dengan kurniaan dan rahmat Allah, maka dengan

yang demikian itu hendaklah mereka bergembira, ia lebih baik dari apa

(kekayaan) yang mereka himpunkan (Yunus:58).

6.0 MEMISAHKAN DI ANTARA SYARIAT DENGAN HAKIKAT

Satu lagi masalah lain yang berlaku di kalangan segolongan pengamal tarekat

ialah tidak mahu melakukan amal ibadah atau melaksanakan syariat zahir

dengan anggapan bahawa ia hanyalah kulit semata-mata. Isinya ialah hakikat

dan ma`rifat yang mereka sangkakan telah sampai kepada hakikat dan ma`rifat

tersebut. Mereka menyangka telah sampai ke tahap yang tinggi dalam

perkembangan kerohanian kerana itu tidak perlu lagi bersusah-payah melakukan

amal ibadah. Bukan setakat itu sahaja malah mereka memandang rendah

kepada orang yang mengamalkan syariat. Bagi mereka, zikir sahaja sudah

mencukupi bagi menggantikan amal ibadah kerana tujuan melakukan amal

ibadah itu ialah untuk mengingati Allah.

Salik yang beranggapan seperti ini sebenarnya terkeliru dalam memahami

beberapa dalil al-Qur'an dan Hadis. Dia tersilap dalam memahami firman Allah

s.w.t:

واعبد ربك حتى أتك القن

Page 19: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

19

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

Maksudnya:

Dan sembahlah (beribadahlah) kepada Tuhanmu sehingga engkau didatangi apa

yang diyakini (mati) (al-Hijr:99).

Dia memahami bahawa seseorang itu dikehendaki beribadah kepada Allah

sehingga mencapai keyakinan. Apabila seseorang itu telah mencapai keyakinan

tersebut maka dia tidak perlu lagi melakukan amal ibadah. Tafsiran seperti ini

bertentangan dengan apa yang telah disepakati oleh para ulama yang

menafsirkan perkataan “al-yaqin” dalam ayat tersebut dengan makna “al-ajal”

(kematian).Dia juga tersilap dalam memahami hadis Rasulullah s.a.w iaitu:

انما األعمال بالنات و انما لكل أمرىء ما نوى

Maksudnya:

Sesungguhnya semua amalan berasaskan niat dan sesungguhnya bagi setiap

orang itu menurut apa yang diniatkannya (al-Nawawi:4).

Dia memahami bahawa apa yang menjadi ukuran ialah niat. Oleh itu dia

beranggapan bahawa seseorang akan mendapat ganjaran apabila berniat

hendak melakukan sesuatu kebaikan, walaupun tanpa melakukan amalan yang

diniatkan. Baginya, niat sahaja sudah cukup bagi menggantikan amal dan dia

tidak perlu lagi bersusahpayah melakukan amal ibadah tersebut.

Anggapan seperti ini adalah satu kesilapan besar. Ini telah ditegaskan oleh

seorang tokoh tasawwuf terkenal, Shaykh Junayd al-Baghdadi. Pernah terjadi

dalam satu peristiwa di mana seorang lelaki menyebut tentang ma`rifat di

hadapan beliau dengan berkata bahawa “ahli ma`rifat akan sampai ke peringkat

meninggalkan pergerakan-pergerakan (amalan zahir) yang termasuk dalam

perkara kebaikan dan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah s.w.t”. Lalu

Shaykh Junayd menjelaskan kesilapan kata-kata lelaki tersebut dengan berkata

bahawa “sesungguhnya ini adalah kata-kata satu kaum (golongan) yang

memperkatakan tentang gugurnya amalan (tidak perlu melakukan amalan zahir).

Page 20: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

20

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

Ia di sisiku adalah satu kesalahan yang sangat berat. Orang yang mencuri dan

berzina adalah lebih baik keadaannya berbanding orang yang berkata demikian”

(Mahmud:131).

Anggapan seperti ini bertentangan dengan prinsip ilmu tasawwuf itu sendiri yang

menjadikan pertunjuk al-Qur'an dan Sunnah sebagai dasar atau rujukan

sebagaimana yang telah ditegaskan oleh tokoh-tokoh tasawwuf terkenal seperti

Sahl al-Tustari. Beliau pernah menegaskan tentang perkara ini dengan berkata

bahawa “asas-asas tarekat kami ada tujuh iaitu berpegang dengan al-Qur'an,

mengikuti Sunnah...” (Mahmud:130).

Tanpa mengikuti pertunjuk al-Qur'an dan mencontohi sirah atau perjalanan

Rasulullah s.a.w seseorang itu tidak akan sampai kepada hakikat dan ma`rifat

seperti yang dikehendaki dalam ajaran ilmu tasawwuf. Shaykh Junayd al-

Baghdadi telah menegaskan tentang perkara ini dengan berkata bahawa “jalan-

jalan semuanya tertutup ke atas makhluk kecuali orang yang menjejaki

peninggalan Rasulullah s.a.w, mengikuti Sunnah baginda dan melazimi tarekat

baginda” (Mahmud:131).

Imam al-Ghazali pula menjelaskan bahawa tanda orang yang benar dalam

menjalani jalan Allah ialah semua gerak gerinya itu berpandukan ajaran al-

Qur'an dan juga Sunnah. Ini dapat dilihat dari kata-kata beliau “iaitu semua

perbuatannya yang ikhtiyariyyah diukur dengan neraca syara` dan menurut

ketetapannya sama ada menyimpan sesuatu atau mengeluarkannya, mara atau

mundur dan sebagainya. Ini kerana seseorang itu tidak dapat menjalani jalan ini

kecuali setelah menghiaskan diri dengan semua akhlak dan amalan syariat yang

terpuji” (Mahmud:131).

Hakikat tidak dapat dipisahkan daripada syariat. Orang yang berpegang dengan

hakikat semata-mata tanpa mengamalkan syariat adalah tidak betul begitu juga

orang yang beramal dengan syariat semata-mata tanpa memahami dan

Page 21: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

21

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

berpegang dengan hakikat adalah tidak betul. Mengenai perkara ini Imam al-

Qushairi telah menegaskan dengan berkata bahawa “syariat itu adalah perintah

supaya melaksanakan `ubudiyyah (kehambaan diri) dan hakikat itu adalah

mushahadah (menyaksikan) rububiyyah (sifat-sifat ketuhanan). Setiap syariat

yang tidak disokong dengan hakikat maka ia tidak diterima dan setiap hakikat

yang tidak dikuatkan dengan syariat maka ia tidak berhasil” (al-Qushayri:82).

7.0 MENINGGALKAN USAHA

Di antara masalah segolongan pengamal tarekat ialah sikap tidak mahu

berusaha mencari rezeki yang halal dengan alasan bertawakkal kepada Allah,

sedangkan mereka masih lagi berada pada maqam asbab (sebab musabbab) di

mana mereka masih lagi memerlukan malah berkewajiban berusaha mencari

rezeki yang halal di samping bertawakkal kepada Allah yang menjadikan asbab

tersebut. Lantaran itu mereka meninggalkan kerja mencari rezeki yang halal dan

membiarkan isteri dan anak-anak mereka berada dalam keadaan kelaparan

malah ada di antara mereka yang meminta-minta dari orang lain. Mereka lupa

kepada kewajiban mencari rezeki yang terkandung dalam hadis Rasulullah s.a.w

iaitu:

كفى بالمرء اثما أن ضع من قوت

Maksudnya:

Cukuplah dikira sebagai dosa bahawa seseorang itu tidak memberi nafkah

kepada orang wajib ke atasnya memberi nafkah (kepadanya) (al-Nawawi:111).

Lainlah keadaannya jika sekiranya seseorang salik itu berada pada maqam tajrid

di mana orang yang berada pada maqam tersebut tidak lagi berkewajiban

berusaha mencari rezeki. Orang yang berada pada maqam tajrid (mutajarrid)

ialah orang yang sudah terlepas, zahir dan batinnya, dari ikatan asbab di mana

dia mempunyai keyakinan kuat yang tidak dapat digoncangkan oleh sebarang

kesusahan dan kesempitan hidup, bersifat sabar dan tidak mengeluh ketika

Page 22: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

22

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

menghadapi kepayahan, tidak meminta-minta dari manusia dan tidak ada nafkah

wajib ke atas dirinya atau dia ada nafkah wajib tetapi orang yang dinafkahkan itu

rela dengan keadaan tersebut dan dia juga sepertinya (Abu al-`Ula:1:66).

Peningkatan seseorang salik ke maqam tajrid ini menurut Shaykh Ibn `Ajibah,

berlaku dengan ketentuan Allah menerusi perintah shaykh atau isyarat jelas

yang menunjukkan bahawa dia sudah berada pada maqam tersebut (Ibn

`Ajibah:16).

Salik yang berada pada maqam asbab (mutasabbib) tetapi dia berkeinginan dan

berusaha meletakkan dirinya pada maqam tajrid adalah satu kesilapan dan salah

adab terhadap Allah. Shaykh Ibn `Ata telah menyatakan perkara ini dengan kata-

kata hikmat beliau iaitu “kemahuan anda untuk bertajrid sedangkan Allah

meletakkan anda pada maqam asbab adalah keinginan nafsu (syahwat) yang

tersembunyi” (Ibn `Ajibah:15).

Menurut Shaykh Ibn `Ajibah, kemahuan nafsu tersembunyi yang terdapat di

sebalik keinginan dan usaha seseorang untuk melakukan tajrid, sedangkan Allah

meletakkannya pada maqam asbab, adalah kerana tujuan orang tersebut ialah

untuk mendapatkan kerehatan diri. Di samping itu, dia tidak memiliki keyakinan

kuat yang dapat menghadapi serta menanggung kepayahan atau kesusahan

hidup. Apabila dia menghadapi kepayahan, keyakinannya akan tergoncang dan

terus kembali kepada asbab. Ini adalah perkara yang lebih buruk baginya

berbanding berada pada maqam asbab (Ibn `Ajibah:16).

Salik tersebut sebenarnya terkeliru dalam memahami konsep tawakkal di mana

dia menyangka bahawa tawakkal yang sebenar-benarnya ialah semata-mata

menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah tanpa berusaha. Baginya usaha

berlawanan dengan konsep tawakkal yang sebenar seperti yang difahaminya.

Fahaman seperti ini tidak bertepatan dengan ajaran al-Qur'an dan sunnah.

Memang benar Allah telah menjamin rezeki makhluknya sebagaimana yang

dinyatakan dalam firmanNya iaitu:

Page 23: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

23

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

األرض اال على هللا رزقها و ما من دابة ف

Maksudnya:

Dan tidak ada seekor binatang melata pun di atas muka bumi ini melainkan Allah

akan memberi rezeki kepadanya (Hud:6).

Allah s.w.t juga menyuruh orang-orang yang beriman supaya bertawakkal

kepadaNya dengan sebenar-benarnya seperti yang dinyatakan dalam firmanNya

iaitu:

و على هللا فلتوكل المؤمنون

Maksudnya:

Dan kepada Allah (sahajalah) hendaklah orang-orang yang beriman itu

bertawakkal (berserah diri) (Ibrahim:11).

Namun ini bukanlah bererti seseorang itu tidak perlu berusaha sama sekali bagi

mendapatkan rezeki kerana Allah juga menyuruh orang-orang yang beriman

supaya berusaha mencari rezeki kurniaan Allah itu sebagaimana yang

dinyatakan dalam firmanNya iaitu:

فاذا قضتم الصالة فانتشروا ف األرض و ابتغوا من فضل هللا

Maksudnya:

Maka apabila kamu telah selesai menunaikan solat maka bertebaranlah di muka

bumi ini dan carilah sebahagian dari kurniaan Allah (al-Jum`ah:10).

Hakikat tawakkal menurut Shah Wali Allah al-Dahlawi, ialah penguasaan

keyakinan ke atas diri seseorang sehingga lemah segala usahanya untuk

mendapatkan sesuatu yang bermanfaat dan menolak sesuatu yang

memudaratkan, tetapi dia tetap berusaha di samping tidak bergantung dengan

usahanya itu. Ini kerana kesan tawakkal itu ialah meninggalkan sebab yang

Page 24: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

24

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

ditegah oleh syariat bukannya meninggalkan sebab yang ditetapkan dan

dibenarkan oleh Allah untuk hambaNya (al-Dahlawi:615). Ini telah dijelaskan

dalam hadis Rasulullah s.a.w iaitu:

توون و دخل الجنة من أمت سبعون ألفا بغر حساب هم الذن ال سترقون و ال تطرون و ال ك

على ربهم توكلون

Maksudnya:

Akan masuk syurga dari kalangan umatku seramai tujuh puluh ribu tanpa hisab.

Mereka ialah orang-orang yang tidak menggunakan jampi serapah (yang

dilarang), tidak menenung nasib dan tidak menggunakan kaedah rawatan iktiwa’

(pemanasan yang dimakruhkan) dan kepada tuhan merekalah mereka

bertawakkal (al-Nawawi:38).

Mengambil kira sebab musabbab atau berusaha tidaklah menafikan atau

bertentangan dengan hakikat tawakkal kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda:

لوا ف الطلبفاتقوا هللا و أجم

Maksudnya:

Maka bertaqwalah kepada Allah dan beradablah (terhadap Allah dan

berserahlah kepadaNya) dalam menuntut (al-Iskandari:89).

Rasulullah s.a.w membenarkan dan mengharuskan menuntut atau mencari

sesuatu berasaskan sebab musabbabnya namun ia hendaklah dilakukan dengan

penuh adab iaitu mengambil kira halal haram dan meyakini bahawa ia adalah

kurniaanNya. Sekiranya pencarian dan usaha itu berlawanan dengan hakikat

tawakkal maka baginda tidak akan mengharuskannya.

Page 25: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

25

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

8.0 TIDAK MAHU BERCAMPUR DENGAN MASYARAKAT

Memencilkan diri dan tidak mahu bercampur dengan masyarakat sama sekali

merupakan satu masalah yang berlaku di kalangan sebahagian pengamal

tarekat. Di antara mereka ada yang tidak mahu bermuamalah dengan anggota

masyarakat, tidak mahu melaksanakan solat secara berjamaah, tidak menghadiri

solat jumat, tidak mahu menghadiri majlis ilmu yang diadakan, tidak mahu

tolong-menolong dalam melaksanakan perkara kebaikan, tidak mahu

mengeratkan hubungan persaudaraan dan sebagainya.

Pergaulan bersama manusia bukanlah bermaksud bercampur atau bersahabat

dengan orang jahat yang buruk perangainya dan tolong-menolong bersama

mereka dalam melakukan perkara kejahatan, kemungkaran dan seumpamanya.

Apa yang dimaksudkan dengan pergaulan itu sebagaimana menurut Imam al-

Nawawi, ialah menghadiri solat jumat, solat berjamaah, tempat kebaikan dan

majlis zikir, melawat yang sakit, menghadiri jenazah, membantu yang

memerlukan, menunjuk-ajar kepada yang tidak berilmu dan maslahat

masyarakat yang lain bagi orang yang mampu melakukan amr ma`ruf dan nahy

munkar, mengelakkan diri dari menyakiti dan bersabar terhadap karenah orang

ramai (al-Nawawi:208).

Menurut Imam al-Nawawi lagi, bercampur dengan manusia seperti ini adalah

menjadi pilihan utama di mana Rasulullah s.a.w, para nabi a.s, al-khulafa' al-

rashidun, para sahabat dan tabi`in selepas mereka, para ulama dan juga orang-

orang Islam yang baik memilih pendirian ini. Ia adalah mazhab kebanyakan

tabi`in dan orang-orang selepas mereka. Ia juga merupakan pendapat Imam al-

Shafi`i, Imam Ahmad dan kebanyakan ahli feqah (al-Nawawi:208). Rasulullah

s.a.w telah bersabda menyatakan tentang kelebihan bercampur dengan manusia

ini sebagaimana sabda baginda:

Page 26: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

26

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

المؤمن الذي خالط الناس و صبر على أذاهم خر من المؤمن الذي ال خالطهم و ال صبر على

أذاهم و ف الكل خر

Maksudnya:

Orang mukmin yang bercampur dengan manusia dan bersabar terhadap

karenah mereka adalah lebih baik dari mukmin yang tidak bercampur dengan

mereka dan tidak bersabar terhadap karenah mereka dan pada kedua-duanya

ada kebaikan (al-Sahrawardi:34).

Memang betul zaman ini merupakan zaman fitnah seperti yang telah dinyatakan

sifat-sifatnya oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh

`Abd Allah ibn Mas`ud di mana beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w

telah bersabda kepada al-Harth ibn `Umayrah sebagaimana sabda baginda iaitu:

ان دفع عن عمرك فسأت علك زمان كثر خطباؤه قلل علماؤه كثر سؤاله قلل معطوه الهوى

فه قائد العلم

Maksudnya:

Sekiranya dipanjangkan umur anda maka akan datang satu zaman (yang mana

pada zaman itu) pemidatunya ramai tetapi ulamanya kurang, orang yang

meminta ramai tetapi orang yang memberi kurang, hawa nafsulah yang

memimpin ilmu pada zaman itu.

Kemudian baginda ditanya tentang bilakah akan berlaku yang demikian itu. Lalu

baginda menjawab dengan sabda baginda:

عرض سر من الدنا فالنجاء النجاءاذا أمتت الصالة و قبلت الرشا و باع الدن ب

Maksudnya:

Iaitu apabila solat dimatikan (tidak lagi didirikan), rasuah diterima, agama dijual

dengan dunia yang berharga murah, maka carilah keselamatan, carilah

keselamatan (al-Ghazali:34).

Page 27: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

27

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

Dalam sebuah hadis yang lain pula, `Abd Allah ibn Amr ibn al-`As telah

menceritakan bahawa ketika beliau bersama-sama dengan sekumpulan para

sahabat berada di sekeliling Nabi s.a.w, tiba-tiba disebut (ditanya) tentang fitnah,

lalu baginda menjawab dengan sabda baginda iaitu:

)و شبك بن أصابعه)تم الناس مرجت عهودهم و خفت أماناتهم و كانوا هكذا اذا رأي

Maksudnya:

Apabila kamu melihat manusia di mana janji mereka tidak ditepati dan amanah

mereka diringan-ringankan dan mereka seperti ini (di mana Rasulullah s.a.w

menghimpunkan jari kedua-dua belah tangannya yang bermaksud mereka sudah

bercampur aduk).

Beliau kemudiannya bertanya baginda tentang apakah yang sepatutnya beliau

lakukan ketika zahirnya tanda-tanda zaman fitnah itu, lalu baginda menjawab

dengan sabda baginda:

علك لسانك و خذ ما تعرف و دع ما تنكر و علك بأمر الخاصة و دع عنك أمر الزم بتك و املك

العامة

Maksudnya:

Biasakan diri anda berada di rumah, tahanlah lidah anda (jagalah percakapan),

ambillah apa yang anda tahu (kedudukannya) dan tinggalkanlah apa yang anda

tidak mengetahuinya, hendaklah anda menunaikan perkara yang khusus untuk

diri anda dan tinggalkanlah urusan umum (masyarakat) (al-Ghazali:34).

Tanda-tanda zaman fitnah seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w

ini, sudah jelas kelihatan pada zaman ini. Saranan Rasulullah s.a.w kepada para

sahabat bagi menghadapi zaman fitnah tersebut ialah supaya beruzlah atau

mengasingkan diri dengan cara membiasakan diri duduk di rumah,

mengurangkan percakapan dengan manusia, meninggalkan perkara-perkara

Page 28: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

28

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

yang syubhah (diragukan), menunaikan kewajiban-kewajiban diri dan

meninggalkan urusan umum iaitu urusan masyarakat.

Meskipun uzlah itu dituntut pada zaman fitnah ini, namun uzlah seperti yang

dilakukan oleh sebahagian pengamal tarekat tidak menepati hukum dan juga ciri-

ciri uzlah seperti yang dijelaskan oleh para ulama tasawwuf yang muktabar.

Imam al-Ghazali telah memberikan penjelasan yang begitu terang mengenai

uzlah ini dengan menerangkan hukum melakukan uzlah dan juga ciri-cirinya.

Dalam masalah ini beliau telah membahagikan manusia kepada dua golongan.

Golongan pertama ialah orang yang tidak diperlukan oleh masyarakat dalam

masalah pengajaran ilmu dan penjelasan hukum-hukum agama. Apa yang lebih

utama bagi orang seperti ini ialah beruzlah (al-tafarrud) atau mengasingkan diri

dari masyarakat tersebut di mana dia tidak mencampuri mereka kecuali dalam

beberapa perkara seperti mengerjakan solat jumat, solat berjamaah, solat

hariraya, mengerjakan haji, menghadiri majlis ilmu agama atau kerana mencari

keperluan hidup (al-Ghazali:37).

Sekiranya seseorang itu mahu mengasingkan diri sama sekali dari manusia di

mana dia tidak mencampuri mereka dalam mana-mana urusan sekalipun, sama

ada urusan agama, dunia, solat jumat, solat berjamaah dan sebagainya, kerana

sesuatu kebaikan (maslahah) bagi dirinya yang dapat dilihatnya, maka dia tidak

boleh melakukannya kecuali dengan adanya salah satu dari dua perkara.

Pertama, dia pergi ke suatu tempat yang jauh dari manusia di mana tidak

terkena lagi ke atas dirinya kewajiban tersebut seperti di puncak bukit, di tengah

lembah dan seumpamanya. Kedua, dia benar-benar yakin bahawa kemudaratan

yang akan menimpanya dalam pergaulan dengan masyarakat dengan sebab

melaksanakan kewajiban itu adalah lebih besar berbanding meninggalkan

kewajiban tersebut (al-Ghazali:37).

Page 29: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

29

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

Jika sekiranya dia mempunyai salah satu dari dua perkara ini maka dia dikira

sebagai mempunyai keuzuran dan dibolehkan bagi melakukan uzlah tersebut.

Tetapi, jalan pertengahan dalam masalah ini menurut Imam al-Ghazali, ialah

jalan yang pertama iaitu menyertai atau bercampur dengan masyarakat dalam

melaksanakan solat jumat, solat berjamaah dan juga perkara kebaikan lain dan

memisahkan diri dari mereka itu dalam perkara-perkara yang lain dari itu (al-

Ghazali:37).

Golongan kedua ialah orang yang menjadi ikutan dalam masalah ilmu di mana

masyarakat memerlukannya dalam urusan agama mereka bagi menjelaskan

kebenaran, menolak perkara bidah, menyeru kepada kebaikan, sama ada

dengan perbuatan atau kata-kata dan seumpamanya. Orang seperti ini tidak

boleh beruzlah dari manusia bahkan dia hendaklah meletakkan dirinya di

kalangan mereka dengan menasihati mereka, memelihara dan mempertahankan

agama dan menjelaskan hukum Allah kepada mereka (al-Ghazali:38). Dia tidak

boleh melakukan uzlah sama sekali kerana dia tergolong dalam golongan orang-

orang yang berkewajiban menyatakan kebenaran. Ini kerana, dalam sesebuah

masyarakat itu mesti ada satu golongan yang menyeru ke arah kebaikan,

menyuruh melakukan perkara ma`ruf dan mencegah perkara mungkar. Allah

s.w.t telah berfirman menyatakan perkara ini sebagaimana firmanNya iaitu:

ولتكن منكم أمة دعون الى الخر و أمرون بالمعروف و نهون عن المنكر

Maksudnya:

Hendaklah ada dari kalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada

kebaikan, menyuruh perkara ma`ruf dan melarang perkara mungkar (Alu

`Imran:104).

Seseorang yang berilmu, tetapi mendiamkan diri sahaja, tanpa berusaha

membendung perkara-perkara bidah yang berleluasa di kalangan masyarakat,

akan menerima akibat buruk. Rasulullah s.a.w telah bersabda menyatakan

perkara ini sebagaimana sabda baginda:

Page 30: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

30

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

اذا ظهرت البدع و سكت العالم فعله لعنة هللا

Maksudnya:

Apabila telah zahir perkara-perkara bidah dan orang yang berilmu hanya

mendiamkan diri maka dia mendapat laknat Allah (al-Ghazali:38).

9.0 MENCERITAKAN PENGALAMAN KEROHANIAN

Antara masalah lain yang berlaku di kalangan sebahagian pengamal tarekat

ialah menceritakan pengalaman kerohanian yang dilalui seperti kekeramatan

yang perolehi, maqam yang dicapai dan juga ma`rifat serta rahsia ketuhanan

yang dibukakan, kepada orang yang bukan ahli yang dapat memahaminya

dengan betul. Seseorang salik itu tidak sepatutnya memberitahu atau

menceritakan pengalaman kerohanian yang dialami kepada orang lain kecuali

shaykh yang memimpinnya.

Perbuatan menceritakan perkara tersebut bertentangan dengan kaedah yang

telah ditetapkan oleh para ulama tasawwuf. Perbuatan tersebut juga boleh

merosakkan kerohanian salik itu sendiri. Shaykh Ibn `Ata telah menyatakan

perkara ini dengan berkata “tidak sewajarnya bagi seseorang salik itu

menceritakan waridat yang diperolehinya kerana yang demikian itu akan

mengurangkan kesan atau fungsinya terhadap hati dan menghalang kewujudan

sifat benar terhadap Tuhan” (Abu al-`Ula:2:385).

Di samping itu, ia menunjukkan kejahilan seseorang salik itu sendiri seperti yang

disebut oleh Shaykh Ibn `Ata tentang perkara ini dengan kata-kata hikmat beliau

iaitu “sesiapa yang anda melihatnya menjawab setiap apa yang ditanya,

menta`birkan setiap apa yang disaksikannya dan menyebut setiap apa yang

diketahuinya maka hendaklah anda menjadikan yang demikian itu sebagai dalil

yang menunjukkan kejahilannya” (Abu al-`Ula:2:195).

Page 31: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

31

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

Perbuatan tersebut juga berlawanan dengan ajaran yang terdapat dalam hadis

Rasulullah s.a.w yang menghendaki seseorang itu hanya menceritakan atau

menyatakan sesuatu perkara yang dapat diterima oleh akal orang yang

mendengarnya sahaja sebagaimana sabda baginda:

أمرنا معاشر األنباء أن نكلم الناس على قدر عقولهم

Maksudnya:

Kami, para nabi, diperintahkan supaya bercakap (mengajarkan) kepada manusia

sekadar kemampuan akal mereka (al-Sahrawardi:23).

Sayyiduna `Ali juga ada menyebut tentang perkara ini dengan kata-kata beliau

iaitu:

حدث الناس بما عرفون أتحبون أن كذب هللا و رسوله

Maksudnya:

Berbicaralah kepada manusia apa yang mereka ketahui. Adakah anda suka

sekiranya Allah dan rasulNya didustakan? (Ibn Kathir:4:501).

Para ulama tasawwuf telah menjelaskan beberapa sebab mengapa salik dilarang

menjelaskan atau menceritakan pengalaman kerohaniannya. Antaranya ialah

kerana perkara tersebut merupakan rasaan rohani dan juga rahsia ketuhanan

yang mana orang yang bukan ahlinya tidak dapat memahaminya dengan baik.

Shaykh Ibn `Ajibah telah menyatakan perkara ini dengan berkata “ini kerana

perkara tersebut merupakan rasaan rohani (adhwaq batiniyyah) dan rahsia

ketuhanan (asrar rabbaniyyah) yang tidak dapat difahami kecuali ahlinya maka

menyebutnya kepada orang yang tidak memahaminya dan tidak merasainya

bererti jahil tentang nilainya” (Ibn `Ajibah:144).

Ini kerana, seseorang salik yang mengalami peningkatan kerohanian yang baik,

akan sampai ke suatu peringkat di mana dia tidak dapat menjelaskan sama

sekali keadaan yang dialaminya itu. Jika sekiranya dia cuba untuk

Page 32: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

32

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

menjelaskannya maka kata-katanya itu akan mengandungi kesilapan yang

sangat jelas dan orang yang mendengarnya pula akan tersilap faham dengan

kata-katanya itu. Imam al-Ghazali telah menyatakan perkara ini dengan berkata

“kemudian keadaan akan meningkat lagi dari menyaksikan gambaran dan

misalan ke suatu tingkatan yang mana ruangan percakapan menjadi sempit

untuk menjelaskannya (tidak dapat dijelaskan) maka orang yang cuba untuk

menjelaskannya, kata-katanya itu mengandungi kesalahan yang jelas yang tidak

dapat dihindari” (Mahmud:378-379).

Perbuatan menceritakan pengalaman kerohanian ini akan menyebabkan orang

yang mendengar menginkgarinya. Rasulullah s.a.w telah bersabda menyatakan

perkara ini sebagaimana sabda baginda:

ان من العلم كهئة المكنون ال عرفه اال العلماء باهلل فاذا أظهروه أنكره أهل الغرة باهلل

Maksudnya:

Sesungguhnya ada di antara ilmu itu seperti mutiara tersembunyi yang tidak

dapat diketahui kecuali oleh ulama billah. Apabila mereka menzahirkan ilmu

tersebut maka orang yang terpedaya akan mengingkarinya (Ibn `Ajibah:145).

Tindakan tersebut juga akan menimbulkan berbagai fitnah di kalangan

masyarakat. Mengenai perkara ini, Sayyiduna `Ali ibn Abi Talib k.w.h ada

menyatakannya dengan kata-kata beliau iaitu:

ما أنت بمحدث قوما حدثا ال تبلغه عقولهم اال كان فتنة لبعضهم

Maksudnya:

Anda tidak memperkatakan kepada suatu kaum itu sesuatu perkara yang mana

akal mereka tidak mampu memahaminya melainkan ia menjadi fitnah bagi

sebahagian mereka (Ibn Kathir:4:501).

Di antara mereka mungkin ada yang akan menghukumnya sebagai sesat, kufur,

zindiq dan seumpamanya. Imam Zayn al-`Abidin, `Ali ibn al-Husayn ibn `Ali ibn

Page 33: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

33

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

Abi Talib, telah mengungkapkan beberapa rangkap syair bagi menjelaskan

tentang fitnah yang akan menimpa dirinya sekiranya dia cuba menzahirkan

perkara tersebut itu sebagaimana syair beliau iaitu “sesungguhnya aku pasti

akan menyembunyikan permata (hakikat) ilmuku supaya orang yang jahil tidak

melihatnya (mengetahuinya) sehingga dia terfitnah. Sesungguhnya Abu Hasan

(`Ali) telah mendahului dalam (membicarakan) perkara ini kepada Husayn dan

dia telah berwasiat sebelumnya kepada Hasan. Hai, berapa banyak permata

(hakikat) ilmu ini, sekiranya aku nyatakannya (zahirkannya) akan dikatakan

kepadaku “Anda adalah antara orang yang menyembah berhala”. Orang-orang

Islam akan menghalalkan darahku, mereka melihat perkara yang paling buruk

mereka lakukan itu sebagai satu kebaikan” (al-Ghazali:7).

Abu Hurayrah r.a juga ada menyatakan tentang perkara yang sama

sebagaimana kata-kata beliau:

حفظت من رسول هللا صلى هللا عله و سلم جرابن من العلم أما أحدهما فبثثته ف الناس و أما

اآلخر فلو بثثته لقطع من هذا البلعوم

Maksudnya:

Aku menghafal dari Rasulullah s.a.w dua karung ilmu. Salah satu darinya aku

sebarkannya di kalangan manusia dan yang satu lagi, sekiranya aku

sebarkannya nescaya akan dipotong leherku ini (dibunuh) (Ibn `Ajibah:145).

Sebab kedua ialah perkara tersebut merupakan amanah dan rahsia Allah. Orang

yang mendedahkan rahsia Allah itu akan mendapat balasan dan dihalau dari

hadrat Allah. Dia juga tidak akan memperolehinya lagi selepas itu. Shaykh Ibn

`Ajibah telah menyatakan perkara ini dengan berkata bahawa “ia adalah amanah

dan suatu rahsia dari rahsia-rahsia Allah dan rahsia Allah itu tidak boleh

dibongkarkan (didedahkan). Sesiapa yang membongkarnya maka dia adalah

pengkhianat dan berhak untuk dihalau serta mendapat kemurkaan dan tidak

sesuai lagi untuk menjadi pemegang amanah selepas itu” (Ibn `Ajibah:144).

Page 34: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

34

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

Sebab ketiga ialah menyatakan perkara tersebut akan menjadikannya kurang

berkesan terhadap diri atau batin salik itu sendiri. Ini kerana tujuan atau faedah

ahwal atau waridat itu ialah untuk menguatkan keyakinan salik dan

menghapuskan keraguan yang ada dalam hatinya. Dengan memberitahu kepada

orang lain, menjadikannya kurang berkesan terhadap dirin. Ini telah dinyatakan

oleh Shaykh Ibn `Ajibah sebagaimana kata-kata beliau iaitu “membongkarkan

perkara tersebut akan menyebabkan kurang fungsi dan manfaatnya kerana

faedah ahwal dan waridat ilahiyyah itu ialah menghapuskan sesuatu yang

bersifat kebendaan dan menzahirkan sesuatu yang maknawi atau

menghapuskan keraguan dan menguatkan keyakinan. Apabila seseorang itu

membongkarnya maka fungsinya akan menjadi lemah dan natijahnya menjadi

kurang” (Ibn `Ajibah:144).

Sebab keempat ialah dalam menempuh ahwal tersebut sedikit demi sedikit adat

kebiasaan nafsu akan terhapus. Sesiapa yang berjaya menghapuskan

kebiasaan nafsu tersebut, janganlah dia memberitahunya kepada orang lain,

kerana dengan melakukan perkara demikian bererti dia menghidupkan atau

membangkitkan kembali nafsu tersebut. Ini kerana sifat nafsu itu memang suka

dipuji atau disanjung. Dengan sebab memberitahu kepada orang lain, dia akan

mendapat pujian. Ini bererti dia menghidupkan kembali nafsu itu. Di samping itu

melakukan perkara demikian juga dapat mengurangkan keikhlasan serta

memasukkan riya' ke dalam hati yang mana ia adalah sebab kebinasaan diri (Ibn

`Ajibah:144).

10.0 PENUTUP

Ini adalah sebahagian dari masalah yang terjadi di kalangan sebahagian

pengamal tarekat. Walau bagaimanapun di sana masih ada beberapa masalah

lain lagi yang tidak dijelaskan di sini seperti masalah dakwaan menjadi wali besar

dan Imam al-Mahdi, masalah perbomohan dan penggunaan kaedah rawatan

yang meragukan, masalah guru mengambil kesempatan dan habuan duniawi

Page 35: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

35

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

atas kepatuhan para murid, masalah kepatuhan dan keyakinan melampau para

murid terhadap guru dan sebagainya. Semua perkara ini boleh menyumbang

kepada penyelewengan di kalangan pengamal tarekat kalau tidak diperbetulkan

dan ditangani dengan baik. Ia secara tidak langsung boleh merosakkan dan

memburukkan imej tasawwuf yang merupakan sebahagian dari ilmu Islam.

Page 36: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

36

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

11.0 RUJUKAN

al-Ghazali, Muhammad ibn Muhammad. 1989. Minhaj al-`Abidin. Bayrut: Dar al-Jayl. al-Ghazali, Muhammad ibn Muhammad. t.th. Mukashafat al-Qulub. Qahirah: al-Maktabah al-Tawfiqiyyah. al-Ghazali, Muhammad ibn Muhammad. 1986 M./ 1406 H. Mukhtasar Ihya’ `Ulum al-Din. Bayrut: Muassasah al-Kutub al-Thaqafiyyah & Dar al-Fikr. al-Ghazali, Muhammad ibn Muhammad. 1986 M/ 1406 H. Rawdat al-Talibin wa `Umdat al-Salikin. Dlm. Majmu`at Rasa’il al-Imam al-Ghazali. Bayrut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah. Mahmud, `Abd al-Halim. t.th. Qadiyyat al-Tasawwuf: al-Munqidh min al-Dalal. Qahirah: Dar al-Ma`rifah. al-Jaylani, `Abd al-Qadir. 1968. Al-Fath al-Rabbani wa al-Fayd al-Rahmani. Qahirah: Maktabah wa Matba`ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladihi. al-`Asqalani, Ahmad ibn `Ali ibn Hajar. 1379. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari. Bayrut: Dar al-Ma`rifah. al-Samarqandi, Nasr ibn Muhammad. 1986 M/ 1406 H. Tanbih al-Ghafilin. Bayrut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah. al-Khani, `Abd al-Majid ibn Muhammad. 1306. Al-Hada'iq al-Wardiyyah fi Haqa'iq Ajilla’ al-Naqshabandiyyah. Damshiq: t.pt. Ibn `Ajibah, Ahmad. 1983 M/1403 H. Iqaz al-Himam fi Sharh al-Hikam. Bayrut: Dar al-Kitab al-`Arabi. al-Tusi, Abu Nasr al-Sarraj. 1960. Al-Luma` fi al-Tasawwuf. Qahirah: Dar al-Kutub al-Hadithah, Baghdad: Maktabah al-Mathna. Abu al-`Ula, Muhammad Mustafa. t.th. Sharh al-Hikam: Min `Ata' Allah. Qahirah: Dar al-Taba`ah al-Muhammadiyyah. al-Nawawi, Yahya ibn Sharf. t.th. Riyad al-Salihin. Qahirah: Matba`ah al-Anwar al-Muhammadiyyah. al-Nawawi, Yahya ibn Sharf. t.th. Sharh Sahih Muslim. Qahirah: Dar al-Rayyan.

Page 37: Penyelewengan Akidah, Syariat & Akhlak Dalam Tarikat

37

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

al-Khani, Muhammad ibn `Abd Allah. 1989 M/ 1409 H. al-Bahjah al-Saniyyah fi Adab al-Tariqah al-`Aliyyah al-Khalidiyyah al-Naqshabandiyyah. Yayinidir, Turkey: Waqf al-Ikhlas. al-Qushayri, `Abd al-Karim ibn Hawazin. 1990. al-Risalah al-Qushayriyyah. Bayrut: Dar al-Jayl. al-Dahlawi, Ahmad ibn `Abd al-Rahim. t.th. Hujjat Allah al-Balighah. al-Qahirah: Dar al-Kutub al-Hadithah, Baghdad: Maktabah al-Mathna. Al-Muhasibi, al-Harith ibn Asad. 1405 H./1985 M. al-Ri`ayah Li Huquq Allah. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah. Al-Iskandari, Ahmad ibn `Ata’ Allah. T.th. al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir. T.tp: t.pt. Al-Sahrawardi, `Abd al-Qahir. T.th. Adab al-Muridin. T.tp: t.pt. Ibn Kathir, Abu al-Fida' Isma`il. t.th. Tafsir ibn Kathir. t.tp: Dar al-Manar. Al-Suyuti, Jalal al-Din. T.th. Sharh Sunan Ibn Majah. Karachi: Qadimi Kutub Khanah.