84
Bil. 2 Isnin 21 April 2014 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA

PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

Bil. 2 Isnin

21 April 2014

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KEDUA

MESYUARAT PERTAMA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

______________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2014

K A N D U N G A N

MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 1 & 34)

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

Mengalu-alukan Ahli-ahli Baru (Halaman 1 & 34) Mengangkat Sumpah di Luar Dewan (Halaman 2)

Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Halaman 3) Memperkenankan Akta-akta (Halaman 3) Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 3)

URUSAN MESYUARAT (Halaman 4)

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 4)

USUL-USUL:

Jalan-jalan Masuk ke Parlimen (Halaman 22) Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

- YB Senator Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam (Halaman 22)

LAMPIRAN Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang d-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi

3. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik)

4. “ Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Dilantik)

5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis)

6. “ Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

7. “ Dato’ Adam bin Abdul Hamid (Johor)

8. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor)

9. “ Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah - Senator - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan

10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang)

11. “ Tuan Baharudin bin Abu Bakar (Dilantik)

12. “ Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan (Dilantik)

13. “ Dato’ Boon Som A/L Inong (Dilantik)

14. “ Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah (Selangor)

15. “ Datuk Chiew Lian Keng (Dilantik)

16. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

17. “ Datuk Chiw Tiang Chai (Dilantik)

18. “ Tuan Chong Sin Woon (Negeri Sembilan)

19. “ Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

20. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik)

21. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak)

22. “ Dato’ Sri Iris Jala @ Idris Jala (Dilantik) – Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

23. “ Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman (Dilantik)

24. “ Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh (Dilantik)

25. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan)

26. “ Datuk Kadzim Haji M. Yahya (Sabah)

27. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan)

28. “ Dato’ Khairudin Samad (Dilantik)

29. “ Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Dilantik) – Senator

30. “ Dato’ Lee Chee Leong (Perak)

31. “ Tuan Lihan Jok (Sarawak)

32. “ Dato’ Lim Nget Yoon (Pahang)

33. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan – Senator - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

34. “ Datuk Dr. Lucas bin Umbul (Sabah)

35. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

36. “ Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam (Melaka)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

ii DN 21.4.2014

37. Yang Berhormat Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

38. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan)

39. “ Dato’ Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah)

40. “ Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin (Dilantik)

41. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

42. “ Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik)

43. “ Datuk Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

44. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

45. “ Datuk Paul Low Seng Kuan - Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

46. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik)

47. “ Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah (Dilantik)

48. “ Puan Hajah Rohani binti Abdullah (Terengganu)

49. “ Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman (Pahang)

50. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik)

51. “ Datuk Haji Saat bin Haji Abu (Melaka)

52. “ Tuan Saiful Izham bin Ramli (Kedah)

53. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik)

54. ” Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

55. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

56. “ Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud (Pulau Pinang)

57. “ Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik)

58. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Dilantik)

59. “ To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin (Terengganu)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen

Dato’ Lamien bin Sawiyo

Setiausaha Dewan Negara

Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

Encik Che Seman bin Pa Chik

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD)

Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd Hassan

Rosna binti Bujairomi

Nurziana binti Ismail Suriyani binti Mohd. Noh

Aisyah binti Razki Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mulyati binti Kamarudin

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Mohd Salleh bin Ak Atoh

Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir

Noraidah binti Manaf Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil

Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad

Hazwani Zarifah binti Anas Siti Aishah Md Nasir

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan
Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KEDUA

MESYUARAT PERTAMA

Isnin, 21 April 2014

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

MENGANGKAT SUMPAH

Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat sumpah:

1. Yang Berhormat Senator Dato’ Lee Chee Leong;

2. Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif; dan

3. Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin Woon

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

MENGALU-ALUKAN AHLI-AHLI BARU

Tuan Yang di-Pertua: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan pelantikan:

1. Yang Berhormat Dato’ Lee Chee Leong;

2. Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif; dan

3. Yang Berhormat Tuan Chong Sin Woon

Kepada Yang Berhormat Dato’ Lee Chee Leong, saya rasa kehadiran Yang Berhormat, perkara ini saya fikir tidak janggallah kerana Yang Berhormat pernah menjadi Timbalan Menteri dahulu. Akan tetapi hari ini Yang Berhormat menjadi Ahli Dewan Negara.

Sebagai seorang yang telah bernasib baik dilantik sebagai seorang Ahli Dewan Negara yang kebetulan semuanya itu ialah tadi daripada Dewan Undangan Negeri Perak dan Negeri Sembilan Darul Khusus yang mempunyai, saya fikir pengalaman dan pelantikan daripada Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing.

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

2 DN 21.4.2014

■1010

Saya ingin mengingatkan bahawa Yang Berhormat akan dapat bersama-sama memperkasakan dan memartabatkan Dewan Negara yang mulia ini. Saya telah kerap kali mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Negara yang mulia ini supaya kita hendaklah bertanggungjawab dan bekerjasama serta beriltizam untuk menentukan Dewan Parlimen kita, khususnya Dewan Negara ini dijadikan sebagai sebuah institusi penggubal undang-undang yang tersohor yang bertanggungjawab untuk kepentingan rakyat dan kesejahteraan negara.

Sebagai Ahli Dewan Negara yang mulia, hendaklah menghormati serta mematuhi perkara-perkara seperti berikut. Pertama, hendaklah berucap atau berbahas dengan sopan santun, tertib, bijak dan profesional tanpa bersikap emosi dan personel. Kedua, hendaklah betul-betul berkelakuan baik, bertanggungjawab dan ada kebertanggungjawaban kerana kita tergolong daripada ahli-ahli yang membuat undang-undang negara. Hendaklah jangan sekali-kali melanggar undang-undang tersebut.

Di masa kebelakangan ini, saya merasa sedih kerana didapati ada Ahli-ahli Parlimen sama ada dari Dewan Rakyat atau Dewan Negara demi kepentingan peribadi atau parti politik, telah jelas sekali melanggar peraturan-peraturan mesyuarat dan undang-undang negara kita. Sebagai seorang penggubal undang-undang, tidak semestinya kita mempunyai kekebalan atau terkecuali daripada apa-apa tindakan yang sewajarnya. Undang-undang itu kita yang buat Yang Berhormat. Apabila kita sudah buat, jangan langgarlah. Itu sahaja inti patinya.

Sebagai Ahli Parlimen, Yang Berhormat semua hendaklah berani dan bijak untuk bercakap apa sahaja yang penting untuk rakyat dan negara asalkan ia tidak melanggar peraturan-peraturan mesyuarat dan Perlembagaan Negara.

Semua Yang Berhormat tadi angkat sumpah di hadapan saya. Apa inti patinya angkat sumpah ikrar taat setia pada Malaysia dan bertanggungjawab mempertahankan Perlembagaan. Apabila berhujah nanti, jangan lupa itu dan juga tindak-tanduk kita mesti melambangkan bahawa kita bertanggungjawab. Jangan cakap tetapi tak serupa bikin, bahawa kita hendaklah betul-betul berwibawa dan bermaruah serta bertanggungjawab apabila kita berucap dan berbahas di Dewan yang mulia ini.

Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah betul-betul bertanggungjawab kepada rakyat dan negara agar tidak dianggap sebagai hipokrit dan petualang bangsa dan negara. Sebaik-baiknya saya mengingatkan diri saya juga. Kita hendaklah akui kelemahan diri kita dalam mengetahui kekuatan kita. Kita berani, ya kalau kita benar. Kita takut kalau kita buat salah.

Ahli-ahli Yang Berhormat, kini selesailah sudah Majlis mengangkat sumpah kita pada hari ini.

MENGANGKAT SUMPAH DI LUAR DEWAN

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut peruntukan Peraturan

Mesyuarat 4(3), saya dengan ini memberitahu Majlis ini iaitu Ahli-ahli Yang Berhormat yang berikut telah mengangkat sumpah semasa di luar Majlis Mesyuarat Dewan mengikut Jadual Keenam dalam Perlembagaan Persekutuan pada tarikh yang dinyatakan seperti berikut:

Pada 20 Februari 2014:

1. Yang Berhormat Dato’ Adam bin Abdul Hamid

2. Yang Berhormat Datin Rahimah binti Haji Mahamad

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 3

TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya saya

memaklumkan kepada Majlis ini iaitu pada 10 Mac 2014, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan menyampaikan Titah Ucapan Diraja dalam Parlimen. Saya telah menerima salinan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda itu dan seterusnya sekarang saya mengarahkan supaya salinan Titah Ucapan itu dibentangkan di atas meja Mesyuarat dan seterusnya dicetak dalam Penyata Rasmi.

[Teks Titah Ucapan Diraja adalah seperti di Lampiran]

MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu

Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Mesyuarat Penggal yang lalu seperti berikut:

1. Akta Perbekalan 2014;

2. Akta Kewangan 2014; dan

3. Akta Fi (Jabatan Muzium Malaysia)(Pengesahan) 2013.

PERUTUSAN DARIPADA DEWAN RAKYAT

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu

perutusan daripada Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara mempersetujukan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Saya menjemput Setiausaha membacakan Perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan]

“10 April 2014

Perutusan Daripada Dewan Rakyat kepada Dewan Negara

Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara,

Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang yang berikut dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya:

1. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2014;

2. Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014;

3. Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013; dan

4. Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

4 DN 21.4.2014

Yang ikhlas,

t.t

YANG DI-PERTUAN DEWAN RAKYAT”

URUSAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan

Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 66(2), saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang yang tersebut dalam perutusan itu dibacakan kali yang kedua dan ketiganya di Mesyuarat ini.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sebelum kita mulakan pertanyaan-

pertanyaan lisan, saya ingin menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat.

Pertama, kita sedar bahawa saya selaku Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara pada hari ini ingin merakamkan perasaan sedih dan simpati kita kepada semua penumpang dan krew pesawat MH370 yang masih belum dijumpai. Saya mendoakan semoga Allah SWT akan mempermudah segala usaha untuk mengesan dan mencari pesawat MH370.

Kedua, Ahli Yang Berhormat, Dewan Negara yang mulia ini yang bermesyuarat mulai hari ini ingin merakamkan takziah kepada balu serta semua keluarga terdekat atas pemergian mendiang Yang Berhormat Tuan Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada tanggal 17 April 2014, baru-baru ini. Sekian, terima kasih.

Seterusnya berkenaan soalan-soalan lisan hari ini, saya ingin menarik perhatian semua, cuba tanya soalan direct, terus kepada soalan. Kurangkan mukadimah, jimatkan

masa untuk dapat sama-sama kita lagi banyak soalan kita boleh jawab. Bagi pihak kementerian begitu juga, cuba jawab dengan tepat, ringkas dan padat untuk sama-sama kita boleh jawab sebanyak mana soalan-soalan lisan yang ada tertera pada hari ini. Sekian.

Permulaan sekali saya silakan soalan pertama Yang Berhormat Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop.

■1020

1. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta Perdana Menteri menyatakan,

adakah kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang membuat kajian bagi mengenakan undang-undang lebih berat ke atas mana-mana wakil rakyat yang meletakkan jawatan tanpa alasan yang munasabah bagi mengelak pembaziran wang, masa dan tenaga pelbagai pihak semata-mata mahu memenuhi inspirasi politik kepartian masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]:

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mengalu-alukan Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru dilantik pada kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 76 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dato’ Khairudin Samad pada 22 April 2014 dan soalan nombor 15 daripada Yang Berhormat Datuk Kadzim Haji M. Yahya pada 29 April 2014 kerana ia menyentuh isu yang sama.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR melaksanakan fungsi-fungsinya berlandaskan kepada kerangka undang-undang negara yang sedang berkuat kuasa sekarang seperti berikut:

(i) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 113 sehingga Perkara 120;

(ii) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5];

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 5

(iii) Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19];

(iv) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981;

(v) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002; dan

(vi) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat agar kerajaan membuat kajian bagi mengenakan undang-undang lebih berat ke atas mana-mana wakil rakyat yang meletakkan jawatan tanpa alasan yang munasabah bagi mengelakkan pembaziran wang, masa dan tenaga pelbagai pihak semata-mata mahu memenuhi inspirasi politik kepartian masing-masing. Perlembagaan Persekutuan di bawah Fasal 6, Perkara 48 telah menyatakan bahawa seseorang yang meletakkan jawatan akan hilang kelayakan untuk bertanding selama lima tahun bermula daripada tarikh pelepasan jawatannya berkuat kuasa.

Peletakan jawatan yang dimaksudkan adalah peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat berdasarkan Perkara 51, Perlembagaan Persekutuan iaitu melepaskan keahliannya melalui surat yang ditandatanganinya sendiri yang ditujukan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Manakala peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri adalah berdasarkan kepada Undang-undang Tubuh Negeri.

Oleh itu, Akta Pilihan Raya 1958 tidak boleh melarang seorang Ahli Dewan meletak jawatan atas kemahuannya sendiri kerana ini akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri. Namun begitu, semua pandangan oleh pelbagai pihak berhubung dengan peletakan jawatan secara sengaja atau dengan niat tertentu akan dikaji oleh kerajaan dari semasa ke semasa di mana ia melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop,

soalan tambahan.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Terima kasih Yang Berhormat Menteri

yang menjawab soalan saya tadi. Jelas dari sudut perundangan memang tidak salah ya perkara ini berlaku. Akan tetapi kalau kita lihat dari sudut-sudut yang lain seperti dari sudut moral, bagi saya adalah jelas satu kesalahan yang amat ketara. Meletakkan jawatan tanpa sebarang sebab yang munasabah. Baru penggal pertama jadi Ahli Dewan Undangan Negeri, kemudian yang menggantikannya pula juga pernah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen di Permatang Pauh. Walaupun sudah lepas lima tahun, bertanding pula di Selangor. Tidakkah ini juga satu perbuatan yang amat disengajakan dan menyusahkan rakyat dan juga kerajaan?

Tadi Yang Berhormat Menteri telah membacakan beberapa Peraturan-peraturan Pilihan Raya dari sudut perlembagaan dan sebagainya. Akan tetapi soalan saya ialah apakah SPR bercadang mengeluarkan garis panduan baru termasuk Standard Operating Procedure (SOP) dengan menekankan syarat-syarat bertanding dan syarat-syarat seseorang wakil rakyat itu dibenarkan meletak jawatan dengan memperincikan alasan agar tidak berlaku sewenang-wenangnya kes wakil rakyat yang tidak beretika selepas ini. Terima kasih.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, sekiranya ia melibatkan

pindaan perlembagaan, maka kita kena pinda perlembagaan sebelum kita bagi syarat kepada mana-mana pihak Ahli Dewan Rakyat ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri untuk apa-apa tindakan yang akan diambil padanya. Akan tetapi hukuman pertama yang dia kena ialah dia tidak boleh bertanding selama lima tahun. Kemudian yang lain-lain ini kita akan memperincikan dari semasa ke semasa. Daripada segi undang-undang memang dia cuma dihukum lima tahun tetapi daripada segi lain, saya cuma hendak maklum pada Yang Berhormat ia melibatkan wang yang besar yang kita belanja pada tiap-tiap pilihan raya kecil.

Kita ada 20 pilihan raya. Saya hendak baca cuma tiga sahaja iaitu Kuala Besut, Sungai Limau, Kajang dan juga Balingian. Kuala Besut kita belanja RM760,000, Sungai Limau RM1,111,000, Kajang RM1,605,000 dan Balingian RM910,213. Demikianlah perbelanjaan yang kerajaan terpaksa tanggung dari Permatang Pauh sampailah ke Balingian baru-baru ini kerana mengadakan pilihan raya kecil.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

6 DN 21.4.2014

Sesetengah pilihan raya kecil terpaksa diadakan kerana kematian dan sebagainya, tetapi dua pilihan raya yang kita buat kerana berhenti dengan secara sengaja tetapi mengikut perlembagaan seperti di Permatang Pauh dan juga Kajang.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat

Dato’ Adam bin Abdul Hamid.

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah

kemungkinan SPR bercadang untuk membuat persempadanan semula kawasan-kawasan pilihan raya memandangkan satu, sudah cukup masa. Kedua, kawasan yang terlalu luas dan yang ketiga kerana ramainya pengundi dalam satu-satu kawasan pilihan raya.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya di sepanjang

tempoh Dewan Negara bersidang ini ada soalan-soalan berhubung dengan persempadanan semula. In shaa-Allah bila sampai ke tempoh tersebut kita akan memberi jawapan. Akan tetapi di peringkat awal kita hendak maklumatkan bahawa lat tempoh untuk Semenanjung dan juga Sabah sudah pun cukup lapan tahun dan Sarawak juga cukup lapan tahun pada 2013. Jadi dengan itu, sekarang ini persempadanan boleh dilaksanakan sekali gus di seluruh Malaysia dan peraturannya seperti yang kita sedia maklum...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat jawab semasa soalan

itu. Saya fikir soalan pokok Yang Berhormat Menteri tidak kena dengan ini. Saya harap Yang Berhormat jawab nanti bila tajuk itu, Yang Berhormat cakap tadi bukan, itu saya setuju.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Soalannya sama ada persempadanan semula

boleh dilaksanakan. Persempadanan semula itu akan dibuat mengikut peraturan yang telah ditentukan kepada SPR.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya silakan

soalan kedua, Yang Berhormat Puah Hajah Rohani binti Abdullah.

2. Puah Hajah Rohani binti Abdullah minta Menteri Pengangkutan menyatakan,

berapakah kos yang ditanggung oleh kerajaan dan Syarikat Penerbangan MAS bagi misi mencari kehilangan pesawat MAS MH370 setakat ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi]: Bismillahi

Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan enam soalan yang mempunyai isu yang sama iaitu Yang Berhormat Senator Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar, soalan nombor 43. Yang Berhormat Senator Dato' Boon Som a/l Inong, soalan nombor 62, 21 April 2014.

■1030

Seterusnya, Yang Berhormat Senator Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah soalan nombor 9 pada 24 April 2014, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali soalan nombor 4 pada 30 April 2014, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat soalan nombor 8 pada 6 Mei 2014 dan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah soalan nombor 58 pada 6 Mei 2014.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kementerian, saya merakamkan rasa dukacita dan simpati atas insiden pesawat MH370 di Dewan yang mulia ini. Saya berharap pihak keluarga mangsa dapat bersabar dan tabah dalam menghadapi insiden ini. Ingin saya ulangi kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa pihak kerajaan tidak akan berputus asa dalam usaha mencari pesawat yang hilang ini.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Senator, sebanyak 26 buah negara terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat bermula di Laut China Selatan dan Selat Melaka. Seterusnya ke Laut Andaman serta di dua buah koridor iaitu Koridor Utara yang merentasi 11 buah negara bermula daripada bahagian utara Thailand hingga ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan. Manakala Koridor Selatan merentasi dua buah negara iaitu Indonesia dan Australia, bahagian selatan Lautan Hindi. Sehingga kini, usaha SAR atau search and rescue ,dengan izin, ini diteruskan di Lautan Hindi iaitu di Barat Daya Perth,

Australia.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 7

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kos operasi search and rescue, ia dilaksanakan sejajar dengan standard yang ditetapkan di bawah Annex 12, Search and Rescue, Chicago Convention 1944 di mana setiap negara perlu menyediakan perkhidmatan SAR bagi kawasan, di dalam kawasan search and rescue region yang telah ditetapkan oleh Aviation Security International Civil Aviation Organization atau pun ICAO.

Dalam hubungan ini, kos operasi SAR adalah ditanggung oleh negara-negara yang terlibat. Sehingga kini, kerajaan masih lagi belum menilai keseluruhan kos kerana operasi SAR ini masih lagi berjalan. Mengenai aset yang digunakan untuk operasi SAR bermula daripada 8 Mac 2014 sehingga sekarang, ia melibatkan 89 buah pesawat udara, 80 buah kapal laut, beberapa buah satelit, sebuah kapal selam dan sebuah kapal AUV ataupun autonomous underwater vehicle yang telah digunakan dalam misi mencari MH370.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kos bayaran insurans kepada waris-waris mangsa MH370. Sebuah jawatankuasa, Next of Kin ataupun singkatan NOK, yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri telah ditubuhkan pada 5 April 2014 khusus untuk melihat urusan-urusan berkenaan keluarga waris termasuk berkenaan dengan insurans yang mana ia berpandukan kepada Montreal Convention 1999. Oleh sebab Operasi SAR masih berjalan, urusan berkenaan insurans hanya akan dinilai selepas proses siasatan selesai.

Saya percaya susulan daripada insiden kehilangan MH370, soal keselamatan lapangan terbang telah menjadi keutamaan semua pihak di negara kita. Malah peraturan-peraturan berhubung isu keselamatan di lapangan terbang di negara kita adalah sentiasa mengikut piawaian antarabangsa yang ditetapkan di bawah Annex 17, Aviation Security oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)

Kerajaan juga akan meningkatkan tahap keselamatan di semua lapangan terbang dengan menempatkan peralatan-peralatan yang lebih canggih pada masa hadapan. Kerajaan juga akan mengambil tindakan menambahbaikkan berdasarkan syor-syor daripada pasukan penyiasat kelak. Bagi pihak kementerian, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bagi dari semua pihak termasuk daripada pihak Ahli-ahli Yang Berhormat Senator di Dewan yang mulia ini.

Puan Hajah Rohani binti Abdullah: Terima kasih Timbalan Menteri yang telah

memberi jawapan tadi. Tahniah kepada Pemangku Menteri Pengangkutan yang telah bekerja bertungkus-lumus bagi menyelesaikan masalah MH370 ini.

Soalan tambahan saya, apakah kerajaan bercadang untuk meletakkan kotak hitam kapal terbang di dalam satu alat yang boleh terapung supaya apabila berlaku kes-kes sebegini, kotak hitam selamat walaupun dalam keadaan tekanan yang tinggi, kotak hitam itu masih selamat dan senang dijumpai. Setakat ini saya tahu 26 buah negara telah membantu dalam misi SAR ini dan setakat ini, berapa lagi tinggal negara yang masih membantu. Sekian, terima kasih.

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Mengenai cadangan untuk kotak hitam. Kotak hitam

ini sebenarnya adalah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak ICAO. Pihak kerajaan mungkin, in shaa-Allah akan mencadangkan di peringkat International Civil Aviation Organization mengenai pandangan yang baik ini.

Seterusnya mengenai penyertaan negara-negara masih terlibat, negara Australia, China, Amerika dan termasuk Malaysia dalam mencari pesawat ini. Oleh sebab kawasan ini di kawasan Australia, maka tugas mengikut spesifikasi ataupun klausa ICAO negara di kawasan yang terlibat untuk mengetuai search ini. Terima kasih.

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah disebut dan dinyatakan sampai bila usaha mencari akan diteruskan? Bolehkah dinyatakan datelinenya

untuk berhentikannya?

Kedua, Ketua Pembangkang Dewan Rakyat ada menyatakan kalau beliau diberi kuasa jadi Perdana Menteri, akan settle, selesai dalam masa satu saat. Kita mencari sudah masuk 45 hari, tidak jumpa-jumpa lagi. Jadi, macam mana Menteri menjawabnya? Terima kasih.

Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, kenapakah Yang Berhormat?

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

8 DN 21.4.2014

Dr. Syed Husin Ali: Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, Ketua Pembangkang tidak

pernah mengatakan dia akan selesaikan dalam masa satu saat atau sebagainya. Dia mengatakan bahawa tidak harus mengambil sampai enam jam untuk memberi maklumat tentang peristiwa ini, bahkan jikalau beliau...

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat. Silakan.

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Tuan Yang di-Pertua, mengenai dateline ini

sebenarnya pihak kerajaan setelah saya nyatakan dalam jawapan awal tadi, bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak berputus asa, akan terus mencari sehingga jumpa. Maka dengan lain perkataan, tiada dateline.

■1040

Maka sebab itu pencarian ini diteruskan dan mungkin pihak kerajaan akan mengguna pakai pendekatan-pendekatan baru dalam tempoh yang terdekat. Jadi dalam pencarian ini, pihak kerajaan dengan kerjasama negara-negara luar mengguna pakai peralatan-peralatan canggih yang available yang ada di dunia ini untuk mencari pesawat ini, termasuklah menggunakan autonomous underwater vehicle (AUV) yang tercanggih di sistem peralatan yang ada di dunia. Jadi dalam konteks ini, kita berterima kasih kepada negara-negara sahabat yang sama-sama mencari sehingga hari ini untuk MH370.

3. Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta Menteri Kesihatan menyatakan, wabak

denggi semakin menular di negara ini terutamanya di negeri Selangor dan Pulau Pinang. Cara tradisi menghapus nyamuk aedes melalui kaedah fogging didapati tidak mampu mengurangkan kes denggi. Adakah kementerian mempunyai kaedah yang boleh dilaksanakan atau apakah kementerian mempunyai perancangan tersendiri menangani masalah denggi ini.

Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. S. Subramaniam]: Terima kasih Tuan Yang

di-Pertua. Saya memohon untuk menjawab pertanyaan ini secara bersekali bersama-sama dengan sembilan soalan yang lain yang menyentuh isu berkaitan denggi iaitu pertanyaan daripada Senator Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal pada 22 April, Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin P. A. Mohd Sultan pada 22 April, Senator Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh pada 24 April, Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat bertarikh 24 April, Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim bertarikh 24 April, Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat bertarikh 28 April, Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar pada 28 April, Senator Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah pada 29 April dan Senator Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin pada 30 April.

Tuan Yang di-Pertua, pegawai saya secara rajin dan ikhlas telah menyediakan satu jawapan 18 muka surat untuk jawab keseluruhan isu ini. Akan tetapi saya akan memberi tumpuan kepada beberapa perkara yang utama dan jawapan yang penuhnya akan diedarkan kepada mereka yang telah tanya soalan dengan butiran-butiran yang lengkap.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan memberi tumpuan kepada tiga perkara. Perkara yang pertama mengapa kes-kes denggi meningkat. Perkara yang kedua ialah adakah kerajaan mempunyai kemampuan untuk menyediakan infrastruktur dan sumber tenaga kerja yang mencukupi untuk menghadapi wabak ini. Perkara yang ketiga ialah apakah harapan kerajaan daripada masyarakat pada keseluruhannya tentang peranan mereka dalam proses mengawal wabak denggi.

Untuk menjawab jawapan yang pertama, salah satu daripada sebab mengapa ada peningkatan kes-kes denggi pada masa ini ialah perubahan serotype virus denggi atau apa yang dipanggil serotype shift di mana daripada akhir tahun 2012 hingga Februari 2013, Serotype virus yang dominan di Malaysia adalah dipanggil DEN 4 tetapi pada bulan Mac 2013 ia bertukar kepada apa yang dipanggil DEN 2. Serotype DEN 2 juga boleh menyebabkan manifestasi klinikal yang lebih teruk dan menyebabkan risiko komplikasi yang lebih tinggi sehingga menyebabkan kematian. Satu lagi sebab yang menyumbang kepada peningkatan kes ialah kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan bandar menyebabkan penularan jangkitan lebih mudah dan juga pembangunan yang pesat memberi kesan kepada peningkatan tempat-tempat pembiakan.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 9

Ini pun telah membolehkan pergerakan penduduk yang lebih meluas melalui pengangkutan moden turut meningkatkan penyebaran virus denggi ke kawasan-kawasan yang tidak mendapat denggi pada masa dahulu.

Selain daripada itu faktor cuaca terutama pada waktu hujan menyebabkan bekas-bekas boleh menakung air dan meningkatkan pembiakan aedes. Pertubuhan Perubatan Sedunia (WHO) telah pun menyifatkan bahawa perubahan iklim yang sedang berlaku di dalam seluruh dunia ialah salah satu daripada punca mengapa kes-kes denggi ini telah meningkat pada masa sekarang. Lagi satu perkara yang amat menyedihkan tetapi yang menjadi penyumbang yang besar ialah pengurusan sampah domestik yang tidak berapa memuaskan. Budaya rakyat Malaysia untuk membuang sampah di merata-rata tempat dan ini pun menjadi satu sebab. Inilah beberapa sebab mengapa kes-kes denggi meningkat.

Untuk jawab soalan yang kedua, adakah kerajaan mempunyai kemampuan untuk mengawal wabak ini. Walaupun jumlah kes yang telah dilaporkan contohnya pada tahun 2013, jumlah kes yang telah dilaporkan pada sepenuh panjang tahun ini ialah 43,346 kes dan pada tahun ini sehingga 21 April, 28,814 kes telah dilaporkan. Akan tetapi sampai sekarang, kerajaan telah mengawal dan menjaga dan mengambil tindakan-tindakan yang sesuai untuk menghadapi wabak ini semasa wabak ini dalam keadaan peak di mana ada ramai pesakit yang ada kesan-kesan demam telah membanjiri jabatan-jabatan kecemasan di dalam hospital. Ini telah menyebabkan satu masalah supaya mereka ini telah mengambil tempat-tempat mereka yang mempunyai penyakit-penyakit yang lain seperti serangan jantung atau mangsa accident, kena bersaing dengan mereka untuk mendapatkan tempat mendapat rawatan. Saya sudah membuat keputusan supaya untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh Jabatan Kecemasan di dalam hospital-hospital untuk melanjutkan masa rawatan di dalam klinik-klinik kesihatan.

Melalui langkah ini, kita telah melanjutkan masa di 72 buah klinik di seluruh negara. Klinik-klinik telah menjalankan petugas untuk sampai 10 malam. Ini telah mengurangkan beban ke atas jabatan-jabatan kecemasan dan doktor-doktor di klinik-klinik kesihatan telah diberi latihan yang mencukupi. Juga telah memberi arahan mencukupi macam mana mereka boleh menjalankan saringan kepada mereka yang datang dengan demam supaya mereka boleh mengesan mereka yang mempunyai penyakit denggi secara lebih cepat. Ini telah membantu kita pastikan kadar pengesan, on- the rate of screening itu amat memuaskan. Jumlah mereka yang ada denggi dan tidak dikesan melalui sistem yang ada dalam kerajaan ialah amat kurang. Ini menunjukkan bahawa sistem kita masih berkesan dan memberi keberluasan kesan yang positif terhadap usaha kita.

Peningkatan pengetahuan di kalangan pakar-pakar doktor dalam sistem perkhidmatan kesihatan mahupun di sektor awam atau di sektor swasta telah dibuat untuk bantu mereka dalam rawatan demam denggi. Melalui langkah-langkah ini dan melalui langkah mengoptimumkan kegunaan kemudahan-kemudahan di hospital walaupun kadang-kadang di dalam wad perubatan itu tidak mencukupi bed, kalau ada bed di dalam wad pembedahan kita menggunakan bed di situ buat sementara supaya mengoptimumkan kegunaan kemudahan yang tersedia. Kalau di hospital tidak mencukupi, ada bed di hospital yang lain. Melalui langkah-langkah ini kita telah berjaya supaya untuk memastikan tiap-tiap orang yang datang telah diberi rawatan yang baik selaras dengan tahap kesihatan, tahap rawatan yang ada pada masa sekarang.

Untuk jawab soalan yang ketiga iaitu apakah harapan kerajaan daripada masyarakat. Kerajaan tidak akan berjaya dalam usaha menangani wabak denggi ini kalau tidak ada kerjasama daripada rakyat. Apa-apa program,(Ops Gempar Denggikah, gotong-royongkah) yang dijalankan tidak akan berjaya jikalau tidak ada penglibatan masyarakat dalam aktiviti.

■1050

Di dalam ini saya mahu terangkan bahawa fogging bukan penyelesaian kepada isu denggi. Dalam pandangan pakar-pakar perubatan bukan sahaja di Malaysia tetapi di tempat-tempat yang lain di dunia, fogging cuma bantu sementara waktu kerana fogging yang kita buat ini ialah untuk nyamuk dewasa. Ia akan membunuh nyamuk yang terbang pada masa itu. Ia tidak akan membunuh nyamuk yang akan terbang pada esok hari atau pada malam itu. Oleh itu, apa kesan positif yang kita dapat daripada fogging ini ialah untuk buat sementara waktu sahaja. Rakyat kena sedar perkara ini. Jangan harap kerajaan buat fogging tiap-tiap minggukah.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

10 DN 21.4.2014

Kalau tidak ada fogging, ada aduan pelbagai jenis yang keluar seolah-olah itu ialah

jawapan muktamad kepada perkara denggi. Itu bukan jawapan muktamad.

Oleh itu, jawapan yang muktamad ialah keberkesanan kita untuk memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes. Ini yang paling mustahak di mana pembiakan berlaku di dalam rumah dan di persekitaran rumah. Kalau kita mahu berjaya, apa yang paling mustahak ialah kesudian daripada penduduk-penduduk supaya mereka bekerjasama dalam proses membantu kerajaan mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes. Kalau kita tidak boleh mencapai tahap itu, kerajaan tidak akan berjaya dalam proses mengawal denggi. Ini satu perkara saya mahu tekankan. Ada pemilik rumah yang akan tutup pintu dan tidak benarkan mereka masuk.

Ada kawasan-kawasan di mana bila adakan kempen gotong-royong yang saya sendiri telah hadir, kadang-kadang cuma saya dan pegawai-pegawai sahaja yang mengambil bahagian dalam program ini. Penduduk tempatan tidak keluar untuk bersama dalam program tersebut. Inilah sebab usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan tidak akan berjaya melainkan ada penglibatan masyarakat pada keseluruhan proses ini. Itu satu perkara yang sangat mustahak dan untuk itu kita ada program COMBI iaitu Community Behavioral Change yang kita berharap akan membawa kesan tetapi di dalam itu pun ada COMBI yang positif, ada yang COMBI aktif, ada COMBI yang sudah mati, ada COMBI yang hampir mati. Oleh itu, usaha kita tidak mendapat kejayaan yang sepatutnya diambil.

Pada keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, ini ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan denggi dan kerajaan sedang buat apa yang sepatutnya dibuat secara menyeluruh, secara berpanjangan. Akan tetapi apa yang saya harapkan ialah kerjasama daripada semua kumpulan masyarakat termasuk pemimpin-pemimpin yang ada di dalam Dewan ini supaya mereka boleh memainkan peranan mereka di dalam menghapuskan denggi. Terima kasih.

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan saya tadi. Memandangkan statistik sepuluh tahun sebelum ini kita dapat lihat banyak kes telah pun dilaporkan dan semakin hari semakin meningkat bukannya dikurangkan, walaupun banyak tindakan telah pun diambil oleh kerajaan untuk mengatasi wabak ini tetapi saya hendak katakan tadi Yang Berhormat Menteri menerangkan bahawa penduduk mesti mengubah sikap mereka dan menjaga. Akan tetapi selain daripada ini, apakah tindakan kerajaan yang diambil untuk memastikan yang mana benda ini harus dihentikan, kalau tidak ini kita dapat lihat banyak kematian dan juga banyak kes yang telah pun dilaporkan. Terima kasih.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Sebenarnya saya sudah jawab soalan itu tadi.

Saya ulang balik apa-apa yang dilakukan oleh kerajaan tidak akan berjaya kalau kita tidak berjaya dalam proses mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes. Ini ialah jawapan muktamad bahawa kalau kita tidak menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes, memang masih ada nyamuk aedes di dalam environment (persekitaran) kita. Bila ada nyamuk aedes, denggi akan menular daripada satu tempat ke satu tempat lain dan merebak daripada satu orang ke satu orang yang lain.

Dato' Lim Nget Yoon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya yang sakit

itu melibatkan nyawa dan tidak boleh diubati. Jadi cara paling efisien ialah COMBI yang melibatkan masyarakat untuk mencegah denggi itu dari akar umbi. Jadi ikut jawapan tadi COMBI itu ada mati, setengah mati, ada yang hidup kenapa tidak kerajaan menghidupkan semua COMBI supaya denggi dihapuskan. Terima kasih.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Saya suka soalan ini kerana memang sebagai

satu kementerian yang diberi tanggungjawab untuk menghidupkan, semua orang kita akan menghidupkan balik dengan suntikan yang sewajarnya kepada COMBI juga. Salah satu perkara yang kita nampak mengapa ada COMBI yang berjaya, ada COMBI yang tidak berjaya ialah kepimpinan COMBI itu. Ada satu-satu COMBI contoh di Negeri Sembilan paling berjaya. Di tempat itu dahulu ada banyak kes denggi sampai dalam wabak ini langsung tidak ada kes denggi kerana kepimpinan. Kalau di dalam COMBI yang mempunyai pimpinan yang kuat, mereka mempunyai pengaruh ke atas masyarakat tempatan. Masyarakat tempatan akan dengar apa yang pemimpin cakap, mereka akan bekerjasama dengan pemimpin, COMBI akan berjaya.

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 11

Sekarang apa yang kita lihat Tuan Yang di-Pertua ialah lihat balik kepada kepimpinan COMBI dan macam mana kita boleh meningkatkan keupayaan dan kekuatan kepimpinan dan memberi mereka bantuan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan termasuk peruntukan-peruntukan supaya mereka boleh jadi lebih aktif. Kita akan memantau keberkesanan mereka daripada aktiviti-aktiviti biasa supaya saya mahu semua COMBI di seluruh negara berjaya, hidup dan sihat. Terima kasih.

4. Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta Menteri Sumber Manusia

menyatakan, adakah gaji minimum yang ditetapkan pada kadar RM900/sebulan untuk Semenanjung Malaysia dan RM800/sebulan untuk Sabah dan Sarawak, suatu jumlah yang munasabah kepada harga keperluan yang tinggi dan terus meningkat sekarang. Adakah usaha serius untuk memperbaiki keadaan gaji tersebut.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib]: Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengucapkan tahniah kepada tiga Yang Berhormat Senator yang baru dilantik. Terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mohon izin untuk saya menjawab pertanyaan bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud pada hari ini, pada 23 April 2014, Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah pada 5 Mei dan Yang Berhormat Senator Dato' Lim Nget Yoon pada 6 Mei 2014 mengenai tajuk yang sama iaitu tentang pelaksanaan gaji minimum.

Tuan Yang di-Pertua, bagi makluman Dewan yang mulia ini perintah gaji minimum mula berkuat kuasa di seluruh negara pada 1 Januari 2013. Bagi majikan yang menggaji enam orang ke atas dan 1 Julai 2013 bagi majikan yang menggaji lima orang ke bawah. Kadar bayaran gaji minimum pekerja yang dinyatakan dalam perintah RM900 bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan. Kadar gaji minimum ini diwujudkan sebagai gaji pokok sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 2, Akta Majlis Perunding Gaji Negara [Akta 732].

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia dan Yang Berhormat Senator juga, dalam menetapkan kadar gaji yang wajar dan munasabah dua kriteria utama berikut merupakan asas penetapan gaji minimum iaitu kriteria asas dan kriteria pelarasan. Bagi kriteria asas, dua indikator ekonomi yang diguna pakai iaitu Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan Gaji Penengah (Medium Wage). PGK adalah sebagai indikator bagi menentukan keperluan asas pekerja dan keluarga pekerja dan Gaji Penengah sebagai indikator keupayaan majikan membayar gaji minimum yang ditetapkan.

■1100

Bagi kriteria pelarasan (adjustment criteria), indikator yang diambil kira dalam penetapan gaji minimum perubahan indeks harga pengguna (consumer price index) dengan izin, pertumbuhan produktiviti buruh dan yang ke-tiga kadar pengangguran. Kriteria pelaras ini telah diambil kira kos sara hidup, kedudukan pasaran buruh dan produktiviti pekerja yang berubah daripada semasa ke semasa. Berhubung dengan usaha yang dijalankan oleh kerajaan, usaha sedang diambil bagi memperbaiki pelaksanaan dasar ini bagi pihak kerajaan melalui Majlis Perundingan Gaji Negara pada masa sekarang dalam proses mengkaji semula Perintah Gaji Minimum 2012 seperti mana yang diperuntukkan oleh Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang menetapkan kajian semula Perintah Gaji Minimum dibuat sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Antara usaha-usaha lain yang dilakukan Tuan Yang di-Pertua, seperti yang pertama saya sebutkan tadi ialah semakan semula terhadap pelaksanaan gaji minimum mengikut seksyen 25 ialah setiap dua tahun sekali. Kedua, semakan sedang dilaksanakan oleh MPGN iaitu Majlis Perundingan Gaji Negara, dan Jawatankuasa Teknikal. Baru-baru ini dalam hujung bulan lepas, kita telah mengadakan seminar tentang gaji minimum ini yang melibatkan World Bank dan juga ILO iaitu International Labor Organization dan kementerian serta agensi-agensi yang lain yang terlibat.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

12 DN 21.4.2014

Di samping itu, klinik gaji minimum juga diadakan di banyak tempat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi menjelaskan pelaksanaan gaji minimum serta untuk mendapatkan pandangan dan pendapat daripada lapisan masyarakat termasuklah pekerja dan juga majikan. Hari esok in shaa-Allah akan diadakan di Miri, hari lusa 23 hari bulan April akan kita adakan di Sandakan untuk kita berjumpa dengan masyarakat setempat terutama pekerja dan majikan untuk kita melihat apakah pandangan-pandangan yang boleh kita peroleh daripada mereka untuk kita memperbaiki kedudukan gaji minimum ini. Kita juga berjumpa dengan kesatuan sekerja untuk memberitahu kesatuan sekerja supaya mereka berjumpa dengan ahli-ahli mereka untuk menerangkan apakah pelaksanaan gaji minimum ini telah pun dilaksanakan di tempat mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak kementerian dan kerajaan amat memerlukan pandangan dan cadangan daripada semua pihak termasuklah pemimpin, ahli-ahli politik tak kiralah kerajaan dan pembangkang, begitu juga pekerja dan majikan untuk mereka memberikan pandangan kepada kita bagi kita mengemaskan kerana pada saya, tindakan yang positif, win-win situation antara majikan dan pekerja, perlu kita peroleh supaya kita dapat memberikan gaji yang selesa kepada pekerja-pekerja kita. Kita memberi ruang kepada masyarakat untuk memberikan pandangan, memberikan cadangan untuk first review ini, revision pertama ini. Review pertama ini tarikh tutupnya ialah pada 31 Mei 2014.

Jadi saya menyahut pandangan, juga teguran dan juga syor-syor yang diberikan oleh semua pihak dalam kita mengemaskinikan pelaksanaan gaji minimum. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat

Tuan Syed Shahir.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan

terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan ini. Umum mengetahui bahawa soal gaji ini satu soal yang penting bagi semua pekerja termasuk yang ada dalam Dewan ini, sangat penting. Apa yang menjadi soal adalah adakah pendapatan atau gaji itu cukup. Kalau diteliti jawapan Yang Berhormat Menteri bahawa kajian semula dibuat dalam dua tahun sekali oleh Majlis Konsultasi Gaji Nasional ini atau National Wage Consultation Council, kenaikan kos sama ada barangan ataupun perkhidmatan bukan

tunggu dua tahun, kadang-kadang dua jam dia naik. Soalan saya ialah, adakah kajian yang real dilakukan oleh kementerian termasuk Majlis Konsultasi Gaji Nasional ini. Itu soalan saya.

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Syed yang bertanya. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, bagi saya sebagai orang Malaysia, orang tempatan, sudah tentulah gaji minimum yang RM900 pada saya masih rendah dan kalau saya sebagai seorang majikan yang mungkin ada pendapatan besar, saya mungkin bagi gaji pekerja saya yang cukup baik kerana tanpa mereka, tidak ada saya. Saya tidak akan dipanggil majikan kalau tidak ada pekerja dan sudah tentulah bagi pekerja juga, mereka tidak boleh terlalu mendesak kerana kalau saya majikan yang tidak berkeupayaan tapi mereka hendak mendesak saya bayar gaji yang tinggi, sudah tentu saya akan terlingkup dan mereka juga tidak ada kerja.

Oleh sebab itulah win-win situation, pendekatan yang menang-menang ini amat penting kepada kita. Saya akui bahawa sebenarnya banyak lagi negara yang belum lagi melaksanakan gaji minimum. Kalau kita lihat sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, di Turki tak silap saya RM1,400 lebih kurang gaji minimum dia. Oleh sebab itulah banyak usaha yang dibuat untuk kita menambahkan bilangan pekerja mahir, menambahkan produktiviti negara dan sebagainya. Ini adalah antara usaha penyumbang kepada pendapatan negara kita, pekerja negara kita.

Oleh sebab itulah saya nak sebutkan sikit Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya perbincangan kita, seminar yang kita lakukan, perundingan yang kita buat bukan sahaja melibatkan kementerian kita, kementerian dan agensi di bawah Kerajaan Malaysia bahkan kita melibatkan World Bank, kita melibatkan ILO di mana analisis yang dijalankan oleh Bank Dunia terhadap Malaysia secara keseluruhannya mendapati bahawa pelaksanaan perintah gaji minimum pada kadar RM1,000 ke bawah ini tidaklah menjadi beban kepada majikan, sebab itulah kita laksanakan.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 13

Jadi saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Syed, memang dan saya melihat dalam sudut yang mungkin berbeza sedikit. Oleh sebab itulah di samping usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan yang saya sebutkan tadi, kita banyak menambahkan bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan seperti BR1M, bantuan buku sekolah dan sebagainya. Ini juga menyumbang kepada meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa dan keluarga ataupun pekerja sendiri, tapi apakah pekerja mengambil kira semua ini.

Oleh sebab itulah saya melihat apa yang kita usaha, apa yang kita lakukan ini kita serius, Tuan Syed. Kita serius nak pastikan, sebab itu saya sebutkan tadi pada saya apa salahnya kalau kita perlu berikan gaji minimum kepada mereka RM2,000 tetapi apakah mampu majikan kita. Jangan sampai kita menghancurkan majikan yang ada sehingga seluruh pekerja negara kita jadi menganggur. Tidak mungkin begitu. Oleh sebab itulah kemampuan bersama majikan dan kesediaan pekerja mesti dirundingkan, sebab itulah perundingan perlu diadakan.

Satu lagi saya nak lihat Tuan Yang di-Pertua, ialah apakah harus kita letakkan kepada kerajaan semata-mata. Oleh sebab itulah bagi pekerja, bagaimana mereka menguruskan wang yang mereka ada. Ini penting. Bagaimanakah mereka menguruskan wang yang diperoleh? Bagaimanakah kadar pembaziran yang dilakukan oleh pekerja? Begitu juga majikan. Apa majikan harus lakukan untuk meningkatkan produktiviti majikan mereka supaya secara tak langsung bila produktiviti meningkat, sudah tentulah pendapatan akan meningkat dan akhirnya pulangan akan kembali kepada majikan dan juga pekerja.

Ketiga yang saya lihat juga Tuan Yang di-Pertua ialah peniaga-peniaga. Kadang-kadang barang baru dengar nak naik sahaja, dia dah naikkan harga barang. Di manakah tanggungjawab moral peniaga-peniaga ini? Jangan kita menzalimi masyarakat, pengguna kita kerana kita ingin kekayaan. Bahkan kalau saya kira semua ini memainkan peranan. Saya rasa usaha yang kerajaan lakukan di samping sokongan yang diberikan oleh pihak-pihak lain akan memberikan faedah yang cukup besar kepada pekerja-pekerja kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat

Senator Datuk Rahim, soalan tambahan kedua.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah logiknya gaji minimum ini dibezakan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak? Kalau nak dibezakan, saya fikir lebih logik kita bezakan misalannya di antara Kelantan dengan Wilayah Persekutuan di mana perbezaan kos kehidupan amat ketara. Terima kasih.

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat

Senator Datuk Rahim. Sebenarnya gaji minimum di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak termasuk Wilayah Persekutuan Labuan adalah berbeza kerana ia berasaskan kepada dua kriteria yang saya sebutkan tadi iaitu kriteria asas dan kriteria penyelarasan.

■1110

Kriteria asas terdiri daripada pendapatan garis kemiskinan ataupun poverty life income (PLI) dan gaji penginap atau median wage yang dijadikan sebagai asas kepada gaji minimum. PLI adalah sebagai indikator keperluan minimum sesebuah isi rumah dan gaji penengah adalah the indicator keupayaan membayar gaji. Maknanya ini asas yang kita

ambil. Oleh sebab itulah, terima kasih Yang Berhormat Senator. Kementerian masih belum berpuas hati. Oleh itu kita buat semakan balik. Kita hendak pandangan daripada majikan, daripada pekerja, daripada pemimpin dan sebagainya.

Kriteria kedua yang kita ambil ialah kriteria penyelarasan yang terdiri daripada perubahan kepada indeks harga pengguna ataupun consumer price index, dengan izin, peningkatan produktiviti buruh dan kadar pengangguran sebenar. CPI menggambarkan perubahan kepada kos sara hidup, produktiviti buruh sebagai kriteria bagi menghargai produktiviti pekerja di mana gaji wajar ditingkatkan selaras dengan peningkatan produktiviti. Maknanya ini asas yang kita ambil. Jadi itu yang dapat saya beri, Yang Berhormat Senator. Maknanya kita ada asas-asas yang kita ambil bagaimana kita boleh dapat membezakan kenapa gaji di Sabah, di Sarawak dan di Labuan sebanyak RM800 sedangkan di Semenanjung RM900. Ini, dia ada. Terima kasih banyak.

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

14 DN 21.4.2014

Tuan Yang di-Pertua: Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat...

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-

Pertua. Tadi walaupun soalan saya tajuk yang sama tetapi soalan masih belum dijawab kerana soalan saya merujuk pada 5 Mei itu. Soalannya bilangan majikan yang gagal melaksanakan, bilangan pekerja dan tindakan yang diambil. Soalan masih belum dijawab.

Tuan Yang di-Pertua: Ini saya benarkan kerana tadi Yang Berhormat kata dia

terlibat juga dalam sesi soal jawab yang bersama. Saya benarkan satu ini. Silakan, Yang Berhormat.

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan

terima kasih Yang Berhormat Tuan Chandra Mohan. Sebenarnya setiap akta kita ada hukuman, pelaksanaan. Kegagalan, kita ada enforcement yang harus kita buat yang perlu kita lakukan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat patut pada 5 Mei, Yang Berhormat ya. Sehingga akhir 2013, terdapat 622 aduan berhubung dengan kegagalan majikan melaksanakan gaji minimum telah diterima oleh kementerian. Aduan tersebut melibatkan 34,295 orang pekerja.

Saya bertemu dengan aduan ini. Alhamdulillah Tuan Yang di-Pertua, sebahagiannya dapat kita selesaikan. Oleh sebab itulah kita adakan klinik, kita adakan penerangan, kita adakan perjumpaan dengan majikan-majikan supaya jangan mereka lalai, jangan mereka lupa ini tanggungjawab yang perlu mereka pikul kerana pekerja adalah penyumbang kepada mereka.

Bermula Januari hingga Mac 2014, sebanyak 65 peratus ataupun 477 buah syarikat daripada jumlah keseluruhan aduan berkenaan telah diadakan pemeriksaan semula oleh Jabatan Tenaga Kerja. JTK juga telah mendapati sejumlah 36 peratus ataupun 170 orang majikan diperiksa semula masih gagal membayar. Kita mengambil tindakan, Yang Berhormat Senator. Cuma bagi saya, bagi kementerian dan bagi kerajaan sudah tentulah tindakan undang-undang tindakan terakhir kerana kita masih lagi di peringkat awal melaksanakan gaji minimum ini. Saya ingat ada lagi jawapan-jawapan lain. Saya ingat cukuplah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

5. Tuan Lihan Jok minta Menteri Pertahanan menyatakan, jumlah dan panjangnya

jalan yang dibina di bawah program Jiwa Murni di Sarawak dan jumlah penduduk yang manfaat dari jalan tersebut.

Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang di-

Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator, pada keseluruhannya Angkatan Tentera Malaysia telah dan sedang melaksanakan enam projek pembinaan jalan perhubungan di bawah Projek Jiwa Murni di Sarawak yang bermula pada tahun 2009. Sebanyak empat projek telah siap sepenuhnya manakala dua projek masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang pertengahan 2014 dan awal 2015. Daripada enam projek tersebut, empat projek menaik taraf jalan balak sedia ada manakala dua projek lagi merupakan projek membina jalan baru.

Setakat ini, Angkatan Tentera Malaysia telah berjaya membina sepanjang 141.2 kilometer jalan daripada empat projek yang telah disiapkan sepenuhnya manakala sepanjang 56.2 kilometer lagi masih dalam pembinaan. Apabila siap kelak, jumlah panjang keseluruhan yang dibina melalui Projek Jiwa Murni di Sarawak 197.4 kilometer. Pembinaan jalan perhubungan di Sarawak di bawah Projek Jiwa Murni ini sedikit sebanyak memberi impak kepada sosial dan ekonomi penduduk tempatan khususnya daripada segi penurunan harga barangan keperluan harian dan ia juga akan dapat memendekkan masa pergerakan, meningkatkan aktiviti pelancongan dan perancangan pembangunan bersepadu dapat dilaksanakan.

Setakat ini dianggarkan hampir 15,000 orang penduduk di sepanjang projek jalan ini dibina telah mendapat manfaatnya. Terima kasih.

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 15

Tuan Lihan Jok: Terima kasih atas jawapan yang telah diberi oleh Yang

Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya berkisar setelah mukadimah ini saya jelaskan. Sebagai salah seorang daripada ribuan pengguna yang menggunakan jalan Program Jiwa Murni di bawah Kementerian Pertahanan ini...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalnya Yang Berhormat, saya telah

amati dan telah diberi jawapan. Ada atau tidak lagi, yang lain-lain itu agaknya bawa dalam Ucapan Diraja nanti.

Tuan Lihan Jok: Ada, ada...

Tuan Yang di-Pertua: Is that specific question and has been answered, dengan izin. Anything that kalau you belum sebut...

Tuan Lihan Jok: Jawapan yang telah diberi oleh Yang Berhormat Timbalan

Menteri tadi tepat pada soalan asas saya, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yes.

Tuan Lihan Jok: Jadi soalan tambahan saya ini, sebagai pengguna yang

menggunakan jalan ini, ini yang saya lihat yakni jalan ini nampak tidak begitu kemas, teratur spesifikasinya dan ia mudah rosak. Maksud saya di sini, saya tidak membawa suara kompelin tetapi kita yang mengguna ini, adakah spesifikasi jalan ini beza daripada spesifikasi yang dilakukan oleh JKR?

Soalan saya seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah adakah pada suatu ketika nanti, jalan di bawah Program Jiwa Murni ini diambil alih oleh satu kementerian contohnya kementerian di bawah JKR. Itu soalan saya. Terima kasih.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Ada

beberapa soalan yang dikemukakan berkaitan dengan spesifikasi yang telah ditanya tadi. Saya ingin menyatakan bahawa sememangnya perbezaan spesifikasi berlaku di antara Jalan Projek Jiwa Murni dan juga jalan spesifikasi JKR.

Ini adalah kerana pada dasarnya Projek Jiwa Murni ini merupakan satu projek jalan bagi mewujudkan accessibility kepada rakyat iaitu merupakan kemudahan asas untuk memudahkan urusan harian di samping dapat meningkatkan ekonomi dan taraf hidup penduduk setempat. Reka bentuk jalan ini menggunakan unsur utama iaitu apa yang dipanggil soil stabilizer ataupun menggunakan bahan kimia penstabil tanah dan ditamatkan dengan dua lapisan penebat ataupun sealant yang dicampurkan bersama batu-batu baur halus. Had muatan yang mampu ditampung ialah sebanyak 20 tan sahaja.

Oleh sebab itu, ini hanyalah untuk maksud kenderaan-kenderaan ringan, kenderaan-kenderaan pengangkut di bawah muatan 20 tan dan ia direka bentuk bukan untuk tujuan komersial dan melibatkan kenderaan-kenderaan dan jentera-jentera berat. Saya memang percaya bahawa beberapa penyalahgunaan terhadap jalan tersebut khususnya bagi jentera-jentera berat. Walau bagaimanapun, perkara ini telah pun diangkat ke pengetahuan Majlis Ekonomi atau Economic Council. Sekiranya jalan-jalan ini telah pun siap dibina dan kita ada memberikan defect liability antara satu hingga tiga tahun, akhirnya jalan ini nanti akan dipindahkan pengawasannya kepada agensi tertentu khususnya Jabatan Kerja Raya. Terima kasih.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

16 DN 21.4.2014

6. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau

dan Air menyatakan, maklumat terkini Kapasiti Empangan dan Sumber Bekalan Air Mentah di seluruh negara dan langkah-langkah jangka sederhana dan panjang bagi mengurus kelangsungan dan kelestarian sumber bekalan air mentah agar krisis kekurangan takungan air mentah dapat diatasi secara efektif dan optimum.

■1120

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air [Dato' Seri Mahdzir Khalid]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi Tuan Yang di-

Pertua. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany, terima kasih atas soalan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkaitan dengan kapasiti empangan dan sumber bekalan air mentah di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, bekalan air mentah negara adalah berpunca dari sungai, empangan dan sedikit air bawah tanah. Berdasarkan kepada repot Malaysia Water Industry Guide 2013, keseluruhan pengeluaran air mentah pada tahun 2012 berjumlah 16 juta liter

sehari yang mana sebanyak 82 peratus daripada airnya diperoleh secara terus daripada sumber sungai, 16 peratus daripada sumber air mentah ini datang daripada empangan ataupun takungan dan selebihnya air bawah tanah sebanyak 2 peratus. Secara keseluruhan, terdapat 84 empangan di Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 buah empangan adalah bagi tujuan bekalan air di bawah seliaan pihak berkuasa air negeri di seluruh negara dengan kapasiti keseluruhan berjumlah 1.385 juta meter padu.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat prihatin dengan isu kecukupan bekalan air mentah di setiap negeri dan di seluruh negara amnya. Ini dibuktikan dengan bajet yang telah diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh sebanyak lebih kurang RM2 bilion bagi membangunkan projek-projek sumber air yang terdiri daripada pembinaan empangan, barrage dan takungan bagi memastikan bekalan air mentah yang mencukupi untuk tempoh 10 tahun hingga 20 tahun yang akan datang.

Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan ini tidak akan berjaya sekiranya penduduk di negara ini tidak dapat menanam sifat penjimatan air ataupun kesedaran awam yang tinggi di kalangan masyarakat kita. Perkara ini adalah penting bagi memastikan kelestarian bekalan air untuk masa depan anak cucu kita yang akan datang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Soalan tambahan saya ialah

walaupun jawapan itu tidak berapa lengkap tetapi soalan kedua saya ialah bagaimanakah kerajaan dan SPAN menangani aduan oleh pengguna yang mengalami kenaikan bil yang tinggi selepas program catuan air terutama di negeri seperti di Wilayah dan di Selangor. Apabila catuan ini berlaku dan setelah air ini dilepaskan semula, ada kekotoran yang akan keluar daripada paip-paip air ini dan di situ berlaku pembaziran kerana kita tidak boleh guna air itu. Dengan itu saya ingin bertanya, adakah rancangan kerajaan untuk memberi rebet ke atas bil-bil ini? Terima kasih.

Dato' Seri Mahdzir Khalid: Tuan Yang di-Pertua, bekalan air mentah dan juga

proses merawat air untuk menjadi air bersih ini tanggungjawab kerajaan negeri. Tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing. Dalam kes di Selangor misalnya, air mentah yang datang daripada sama ada dari Sungai Selangor, daripada Sungai Tinggi, dari Semenyih ataupun dari Klang Gate, ia adalah diuruskan oleh sebuah agensi kerajaan negeri yang namanya LUAS, Lembaga Urus Air Selangor.

Selepas itu, air mentah ini dimasukkan di dalam intake yang operator-operator airnya misalnya di Selangor ini Puncak Niaga, SPLASH dan juga Abbas Consortium. Ada tiga buah syarikat yang mengeluarkan air bersih. Selepas itu, air ini diberi pula dihantar pula kepada distribution syarikat atau syarikat yang telah mengagihkan air itu iaitu SYABAS. Jadi daripada air mentah pergi kepada operator air dan pergi kepada SYABAS yang distribute. Jadi bil dikutip oleh SYABAS. Ini semua di bawah kawalan Kerajaan Negeri Selangor. SPAN atau Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara di bawah kerajaan pusat hanyalah menjadi suruhanjaya ataupun menjadi regulator yang memberi lesen kepada ketiga-tiga syarikat operator tadi dan juga memberi lesen kepada SYABAS.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 17

Bila datang kepada kes catuan air yang sedang berlaku sekarang ini kerana kekurangan air Tuan Yang di-Pertua, di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, SYABAS akan memohon kepada SPAN untuk membuat catuan. Catuan ini dibuat sebab LUAS iaitu Lembaga Urus Air Selangor yang menguruskan air mentah itu tidak boleh melepaskan jumlah air mentah yang banyak ke dalam sungai kerana kekurangan dalam empangan. Jadi sebab itu akhirnya SYABAS meminta kepada SPAN untuk buat catuan.

Maknanya, jawapannya SPAN adalah regulator ataupun yang memberi lesen

kepada syarikat dan yang meluluskan catuan dan sebagainya. Urusan pentadbiran harian masih di bawah kerajaan negeri masing-masing, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Boon Som A/L Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih

Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana menjawab soalan mengenai bekalan air. Sejak termeterainya MoU antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Selangor, saya hendak tanya apakah perkembangan terkini dan adakah Kerajaan Pusat menghadapi obstacle terhadap perjanjian tersebut? Sejak kebelakangan ini, Malaysia kita menghadapi kemarau panjang dan apakah pengajaran kementerian terhadap kemarau kerana kekurangan air amat meruncingkan pada empat bulan yang kemudian. Terima kasih.

Dato' Seri Mahdzir Khalid: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang

Berhormat Senator Dato’ Boon Som atas soalan tambahan.

Pertama, mengenai MoU di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor berhubung dengan menyelesaikan masalah air di negeri Selangor dan juga Wilayah Persekutuan. MoU itu telah ditandatangani pada 26 Februari 2014 di antara Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dengan Yang Berhormat Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memulakan langkah membenarkan Kerajaan Persekutuan membina Loji Rawatan Air Langat 2 yang telah tertangguh lebih kurang tiga tahun setengah atau tiga tahun enam bulan daripada tarikh yang sepatutnya dilaksanakan.

Pada minggu lalu, barulah Kerajaan Pusat melalui PAAB atau Perbadanan Aset Air Berhad telah mengeluarkan award letter ataupun surat tauliah kerja kepada syarikat yang telah dibuat open tender pada tiga setengah tahun yang lalu. Pada tiga setengah tahun yang lalu, kita telah buat open tender tapi tidak boleh keluar sebab tidak ada kebenaran DO dengan izin, Development Order ataupun kebenaran merancang daripada Kerajaan Negeri Selangor. Akan tetapi selepas MoU itu, maka kerajaan Selangor membenarkan Loji Rawatan Air Langat 2 dibina dan Loji Rawatan Air Langat 2 ini Tuan Yang di-Pertua, akan siap tiga tahun daripada sekarang.

Keduanya, dalam masa yang sama, dalam MoU itu juga Kerajaan Negeri Selangor telah meminta supaya Kerajaan Persekutuan dapat membantu bagi menstrukturkan semula syarikat bekalan air di negeri Selangor atas konsep willing buyer-willing seller di antara

Kerajaan Negeri Selangor dengan pemegang-pemegang konsesi yang sedang berjalan pada waktu rundingan ini.

Untuk jawapan yang kedua itu Tuan Yang di-Pertua, ialah berhubung dengan pengajaran daripada apa yang berlaku. Pada saya, semua pihak harus mengambil pengajaran ini. Pertamanya, kerajaan di peringkat persekutuan, di peringkat kerajaan negeri dan juga masyarakat umum yang ada di luar sana.

■1130

Kerajaan Persekutuan boleh menyediakan prasarana, kerajaan boleh membantu daripada segi kewangan kerana kita mempunyai Perbadanan Aset Air Berhad ataupun PAAB yang mengendalikan urusan-urusan bekalan air secara peruntukan kepada negeri-negeri yang telah membuat migrate air bersama Persekutuan. Ada lima lagi negeri yang belum lagi migrate bersama-sama dalam Akta Air ini. Jadi, pada saya semua pihak harus

mengambil iktibar ini dan menjaga jumlah bekalan air. Pada musim hujan yang banyak ini kita kena jaga kerana pada musim kemarau yang panjang akhirnya kita tidak mempunyai bekalan. Jadi, harapan kita Ahli-ahli yang berada di Dewan yang mulia ini juga dapat membantu kerajaan untuk menyedarkan masyakat bahawa pentingnya bekalan air. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

18 DN 21.4.2014

7. Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta Menteri Dalam Negeri menyatakan,

jika festival seperti “Future Music Festival Asia” (FMFA) yang berlangsung sehingga larut malam seharusnya diadakan di luar kawasan perumahan dengan langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat supaya tidak mengganggu ketenteraman penduduk sekitar.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Izinkan saya untuk menjawab bersekali dengan soalan Yang Berhormat ini bersama dengan soalan Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin pada 22 April 2014, Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam pada 23 April 2014, soalan Yang Berhormat Tuan Saiful Izham bin Ramli pada 30 April 2014, soalan Yang Berhormat Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh pada 5 Mei 2014 dan Yang Berhormat Dato’ Haji Muhamad Yusof bin Husin pada 6 Mei 2014, memandangkan soalan-soalan berkenaan mempunyai kaitan dan pertanyaan perkara yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah Yang Berhormat, teruskan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Future Music Festival Asia ataupun FMFA yang diadakan pada 13 hingga 15 Mac 2014 adalah bertujuan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai bagi hab muzik antarabangsa dan sekali gus menaikkan nama Malaysia sebagai salah satu lokasi pelancongan. FMFA 2014 dianjurkan oleh Livescape Sdn. Bhd., sebuah syarikat tempatan yang beroperasi daripada alamat Jalan Gasing 467000 Petaling Jaya Selangor. Pihak Dewan Bandaraya telah memberi kelulusan untuk mengadakan konsert tersebut di tempat letak kereta ‘A’ dan ‘B’, Stadium Nasional Bukit Jalil yang merupakan kawasan lapang yang jauh dari kawasan perumahan. Tempat kediamannya yang dekat sekali Tuan Yang di-Pertua ialah kira-kira 400 meter dari tempat tersebut yang mempunyai rintangan jalan dua hala dan juga Stadium Bukit Jalil itu sendiri. Berdasarkan kelulusan diberi, PDRM telah mengambil tindakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti berikut:

(i) mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Keselamatan bagi menyelaraskan pengurusan pegawai dan anggota PDRM sepanjang festival berlangsung 13 hingga 15 Mac;

(ii) mengeluarkan perintah operasi untuk menyelaraskan penguasaan pelbagai elemen PDRM terdiri daripada pegawai dan anggota IPD Cheras dan IPK Kuala Lumpur untuk mencegah jenayah dan mengekalkan keselamatan serta ketenteraman awam. Pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik turut bertugas untuk memandu, memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti berkaitan dadah; dan

(iii) menggerakkan 105 orang pegawai dan anggota untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut yang diketuai oleh pegawai kanan polis menempatkan Pusat Kawalan Operasi di tapak festival.

Pada hari pertama festival berlangsung 13 Mac, PDRM telah menerima lima laporan polis bersangkutan kehilangan telefon bimbit dan beg tangan. PDRM juga telah menangkap tiga orang lelaki warga Maldives kerana memiliki pil ecstasy dan positif saringan awal urin.

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 19

Pada hari kedua 14 Mac pula, dianggarkan 20,000 orang pengunjung yang telah membanjiri tapak festival. Pemantauan PDRM mendapati majoriti pengunjung berada di bawah pengaruh alkohol dan tidak dapat mengawal diri. PDRM telah menangkap 11 orang pengunjung atas kesalahan memiliki dadah berbahaya dan 15 orang pengunjung kerana saringan awal urin didapati positif dadah.

Sebanyak 3.76 gram ganja dan 20 biji pil ecstasy telah dirampas. Pada 15 Mac lebih kurang pukul 2.10 pagi, maklumat telah diterima daripada pegawai perubatan yang bertugas di tapak festival tentang kematian seorang lelaki warga negara Malaysia di tapak festival. Siasatan lanjut mendedahkan kesemua enam orang yang telah meninggal dunia. Seramai 17 orang dimasukkan ke hospital termasuk lima orang dalam keadaan kritikal, yang disyaki terlibat dalam aktiviti berkaitan dadah. Ekoran daripada insiden tersebut, pihak berkuasa telah menarik balik kelulusan dan mengarahkan persembahan pada hari ketiga 15 Mac dibatalkan. PDRM telah menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan seperti berikut:

(i) empat orang ditangkap, telah dituduh di bawah seksyen 6, ADB atau Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan memiliki ganja;

(ii) sembilan tangkapan telah dituduh di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 juga kerana memiliki pil ecstasy; dan

(iii) sebanyak 15 tangkapan telah dituduh di bawah seksyen 151(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif saringan urin. Bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang masa hadapan, PDRM menyarankan agar satu jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk meluluskan permohonan untuk mengadakan sebarang konsert muzik secara terbuka diwujudkan. PDRM merupakan ahli dalam jawatankuasa tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih kepada Timbalan Menteri

kerana telah memberi jawapan yang begitu komprehensif. Sebenarnya soalan tambahan saya pun telah dijawab. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya hendak tanya juga. Seperti yang diberitahu oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, festival ini bukan sahaja telah terlibat ketenteraman tetapi juga seperti yang diberitahu, terlibat dengan dadah. Pada saya tindakan-tindakan yang telah diambil mungkin mencukupi tetapi apakah tindakan seterusnya supaya perkara seumpama ini tidak berlaku kerana ia membawa kepada maut. Sungguhpun kita hendak activate kita punya aktiviti muzik dan sebagainya, 400 meter dari

tempat kediaman saya fikir tidak begitu jauh. Tidakkah boleh ia diadakan kalau hendak diadakan, kawasan-kawasan yang lebih jauh daripada tempat kediaman? Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertama, soalan Yang Berhormat ialah berhubung apakah langkah-langkah yang kita akan buat pada masa hadapan. Sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi bahawa kita akan menubuhkan Jawatankuasa untuk memperhalus syarat-syarat yang bakal kita beri kepada pihak penganjur sebelum pihak berkuasa tempatan membuat kelulusan ataupun memberi permit kepada pihak penganjur music festival ini. Berkemungkinan mungkin kita juga

menekankan bahawa supaya kita membawa anjing-anjing pengesan dadah ke tempat-tempat pintu masuk untuk mengesan mereka yang membawa dadah masuk ke dalam tempat di mana music festival ini diadakan. Akan tetapi dalam masa yang sama juga Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh mengesan walaupun dengan anjing-anjing yang begitu sharp dengan dia punya senses itu, menghidu bau dadah ini.

■1130

Akan tetapi kalau dadah itu telah diambil sebagaimana yang telah saya dimaklumkan, sebelum ini saya berbincang secara panjang lebar dengan pegawai narkotik bahawa mereka ini mungkin datang memakan sebiji tablet yang begitu halus, yang diambil sebelum masuk ke dalam tempat muzik festival itu dan dimakan sebelum sampai ke sana. Ini tidak mungkin boleh dapat kita kesan.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

20 DN 21.4.2014

Saya juga bertanya dalam soalan ini, apakah jenis dadah yang dipakai? Dadah ini sebenarnya baru, methylenedioxy methamphetamine. Jadi, ia sejenis methamphetamine juga tetapi lebih lizzle lagi. Kalau dimakan khususnya bersama dengan alkohol, ia akan mendatangkan kesan yang amat berbahaya dan mungkin membunuh dalam masa yang singkat.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita ambil semua tindakan yang patut dan selepas ini ambil perhatian apa Yang Berhormat cadangkan tadi supaya tidak ada penempatan atau kediaman berdekatan. Sebenarnya inner green itu 400 meter, buffer zone dia memang Bukit Jalil itu sendiri dan juga laluan jalan ke tempat sedemikian. Memang susah kalau orang dari sana hendak berjalan terus ke tempat muzik festival itu. Terima kasih.

Dato’ Haji Muhamad Yusof bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan

terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Pertanyaan tambahan saya ialah kelulusan kepada program ini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi semata-mata di antara lain untuk memperkenalkan negara kita dalam bidang pelancongan - future music. Akan tetapi yang menghairankan atau yang menjadi persoalan kepada saya, dalam keadaan kita MH370 yang masih hilang dan negara berduka cita, apabila kita benarkan program ini yang menyebabkan pula enam orang mati, lima orang kritikal dan yang selebihnya dirawat di hospital dengan penjualan dadah yang terbaru pula yang tidak dapat dikesan, jadi ini sungguh mendukacitakan.

Pertanyaan saya, apakah kerajaan dapat memastikan agar program-program yang semacam ini yang boleh mencemarkan nama negara kita Malaysia pada mata dunia tidak akan berulang dan berlaku lagi? Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Saya amat memahami hakikat apa Yang Berhormat persoalkan ini. Soalannya, organizer dan festival itu sendiri tidak boleh dipersalahkan. Keduanya hasrat kerajaan, khususnya Kementerian Pelancongan untuk memajukan negara kita sebagai hab muzik festival ini juga tidak boleh kita salahkan kerana tujuannya amat besar. Industri pelancongan adalah amat besar sumbangannya kepada negara ini. Bahkan muzik festival ini juga telah dilaksanakan di seluruh dunia yang sama keadaannya ini dan kita telah melakukan tiga kali muzik festival ini di Malaysia. Jadi dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat, apa yang kita lihat, kita tidak akan binasakan festival ini tetapi kita cuba macam mana mengatasi supaya pihak-pihak tidak menyalahgunakan tempat ini untuk mengambil dadah dan juga menggunakan alkohol berleluasa dengan sebaik mungkin dengan syarat-syarat yang bakal kita kaji selepas ini nanti sebelum pas-pas atau pun permit diberi kepada mereka yang hendak mengadakan muzik festival ini. Terima kasih Yang Berhormat.

8. Dato' Khairudin Samad minta Perdana Menteri menyatakan, pendirian kerajaan

berhubung dengan masyarakat etnik Rohingya yang mendapat perlindungan daripada UNHCR di negara kita untuk bekerja sementara daripada mereka terus mengemis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan

Yang di-Pertua, pada masa ini dasar sedia ada kerajaan tidak membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memegang kad UNHCR yang sah untuk bekerja sama ada sementara atau secara tetap di Malaysia. Ini kerana ia akan menjadi satu daya penarik atau pull factor kepada kemasukan lebih ramai lagi PATI ke negara ini dan mendakwa mereka sebagai pelarian kepada pihak UNHCR.

Dasar sedia ada ini juga adalah terpakai kepada PATI etnik Rohingya yang memegang kad UNHCR yang sah. Pihak UNHCR sebagai badan yang memberikan status kad UNHCR kepada PATI ini sepatutnya memikul tanggungjawab untuk menjaga kebajikan, kehidupan harian, kesihatan, pendidikan dan sebagainya. Terima kasih.

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 21

Dato’ Khairudin Samad: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang

Berhormat Menteri, sekarang ini berapa ramaikah keseluruhan pelarian yang diberi kad oleh UNHCR ini? Keduanya, berapa ramaikah etnik Myanmar yang telah pun datang ke negara kita sehingga kini? Ini kerana kadang-kadang kita melihat ini menjadi satu perkara yang amat menakutkan. Mereka ini bukan sahaja mengemis di pasar malam dan di tempat-tempat lain, kadang-kadang bila kita keluar daripada mesin ATM pun dia sudah ada di depan mengemis.

Kalau kita tidak beri pekerjaan atau membenarkan, ini bukan masalah negara kita tetapi kalau kita boleh minta supaya UNHCR yang mengendalikan ini, bukan setakat menjaga kebajikan mereka tetapi memberi mereka sekurang-kurangnya tempat tinggal, tempat mereka boleh mendapat pekerjaan. Kalau tidak, mereka menjadi manja dan kita kena buat sekatan daripada mereka ini datang. Sekian.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini memerlukan

fakta tetapi oleh sebab fakta ada, saya ceritakan.

Pertama sekali, jumlah pelarian pada keseluruhannya yang diberi kad oleh UNHCR ialah sebanyak 142,160. Dari Myanmar sebanyak 132,187, Afghanistan sebanyak 32, Iraq sebanyak 391, Somalia sebanyak 1,137, Sri Lanka sebanyak 4,013 dan yang lain-lain 3,707.

Pelarian dari Myanmar yang saya sebutkan tadi terdapat seramai 132,187, yang memohon suaka ialah 39,278. Jumlah pelarian Myanmar ini bukan terdiri daripada Rohingya sahaja tetapi ia terdiri daripada pelbagai etnik yang lain. Contohnya ialah Chin, Kachin, Mon, Karen, Bama, Shan, Kayah, Kareni, orang Islam dan juga lain-lain lagi. Jadi kalau kita sebut bahawa pelarian dari Myanmar ini, bukan Rohingya ya. Rohingya ini ialah sebahagian daripadanya, lebih kurang 27,000 dan yang lain-lain ini adalah terdiri daripada pelbagai etnik yang lain. Agama mereka juga berbeza, ada yang Islam, Buddhist dan sebagainya.

Berhubung dengan kad yang dikeluarkan oleh UNHCR ini, kita tidak beri apa-apa pekerjaan. Mereka PATI di mana anak-anak mereka bersekolah. Ada mungkin badan-badan sukarela yang menubuhkan sekolah dan anak-anak mereka bekerja di sana. Mereka tertakluk kepada undang-undang PATI, tidak boleh bekerja di sini dan sebagainya. Bagaimana mereka hidup dan sebagainya, ini terpulanglah kepada suasana yang berada sekarang.

Akan tetapi kita telah meminta supaya UNHCR ini supaya menggerakkan usaha yang lebih giat lagi untuk menghantar mereka ke dunia ketiga di mana mereka meminta suaka ditempatkan di dunia ketiga. Kemudian yang lain-lain kita setuju supaya UNHCR ini bertindak untuk berbuat sesuatu tetapi mereka tertakluk di bawah peraturan PATI. Mereka hanya diberi kad untuk berada di sini. Cuma masalah yang timbul sekarang ini, kehadiran mereka ini di mana-mana. Bukan ada kem pelarian, di mana-mana dalam masyarakat dan sudah tentu kalau benda ini tidak diambil tindakan, ia akan menimbulkan masalah di masa akan datang. Apabila mereka sudah bertapak di sini dan ia akan melibatkan masalah kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

■1150

Walau apa pun, Kerajaan Malaysia ada lagi pelarian lain yang bukan UNHCR yang juga menghadapi masalah yang sama, mereka tertakluk pada peraturan dan juga undang-undang yang sama. Dia kena bayar kesihatan, pendidikan dan sebagainya. Jadi, itulah suasana yang ada berhubung dengan pelarian dari Myanmar dan Rohingya.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tidak ada

soalan tambahan? Silakan Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul.

Datuk Dr. Lucas bin Umbul: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. seperti juga di

negeri Sabah, kita mempunyai pelarian Filipina yang berstatus UNHCR pada awal tahun 70-an lagi. Jadi saya hendak bertanya di Dewan yang mulia ini dan kepada Menteri yang berkenaan mengenai status kedudukan pelarian yang diberi dokumen IMM13, apakah penyelesaian tuntas kerajaan dalam perkara ini? Terima kasih.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini khusus kepada Kementerian Dalam Negeri. Jadi in shaa-Allah, kita akan beri jawapan secara bertulis.

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

22 DN 21.4.2014

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah. Terima kasih Yang Berhormat. Maka dengan

itu, setakat itulah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan kita untuk hari ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.]

USUL

JALAN-JALAN MASUK KE PARLIMEN

11.51 pg.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Negara yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Negara hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu”.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Razali bin Ibrahim]: Saya

mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah satu usul

atas nama Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri seperti yang telah dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

11.53 pg.

Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah, saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana, dengan izin, dan limpah kurniaan-Nya juga dapat saya berada di Dewan Negara yang mulia ini bersama-sama dengan Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ketiga Belas, untuk menunaikan kelangsungan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kita sebagai Ahli Dewan Negara.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 23

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Tan Sri dan Datuk Yang di-Pertua kerana memberi izin kepada saya untuk mencadangkan satu Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kedua, Parlimen Ketiga Belas di Dewan yang mulia ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Dewan Negara yang baru dilantik; Dato’ Lee Chee Leong, Dato’ Haji Mohd Salim, Tuan Chong Sin Woon, Dato’ Adam bin Abdul Hamid dan juga Datin Rahimah binti Haji Mahamad.

Tuan Yang di-Pertua, saya Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ahli Dewan Negara Malaysia dengan ini memohon untuk mencadangkan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja untuk dipersembahkan pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah kerana sudi berangkat mencemar duli untuk menyampaikan Titah Ucapan Baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas pada tanggal 10 Mac 2014, bersamaan 8 Jamadilawal 1435 Hijrah yang lalu. Usul saya adalah seperti berikut:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya ini dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong demikian bunyinya;

“Ampun tuanku,

Patik, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas”.

Tuan Yang di-Pertua, dua hari sebelum Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas disempurnakan, negara kita telah dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Ucapan Baginda turut menzahirkan rasa prihatin dan simpati Baginda dan Raja Permaisuri Agong dan berharap ahli-ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat dapat bertenang dan tabah menerima ketentuan tersebut. Kita mengucapkan syabas atas tindakan yang cekap, berhemah dan telus oleh kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, pemangku Menteri Pengangkutan di dalam menguruskan krisis ini. Juga kepada pegawai-pegawai MAS, DCA, ATM dan lain-lain agensi.

Hari ini, genap 45 hari kehilangan pesawat MH370. Walaupun pahit untuk ditelan, pihak berkuasa dengan bantuan negara-negara lain yang berjumlah 26 buah masih gagal untuk mengesan pesawat tersebut yang secara langsung akan dapat memastikan sama ada penumpang-penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat tersebut masih hidup ataupun telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Pelbagai teori dan spekulasi yang kita dengar tidak dapat ditentukan kesahihannya selagi tiada penemuan apa-apa petunjuk fizikal termasuk kotak hitam yang boleh menunjukkan apakah yang sebenarnya telah berlaku ke atas pesawat tersebut. Sungguhpun demikian, usaha mencari oleh kerajaan kita dan negara-negara lain masih diteruskan untuk pesawat tersebut. Oleh yang demikian, saya mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat untuk terus mendoakan penumpang-penumpang dan anak kapal pesawat MH370 sehinggalah kita mendapat kepastian akan tragedi yang menimpa mereka.

Tuan Yang di-Pertua, yang hilang akan kita cari, tetapi yang masih hidup perlu kita bantu dan lindungi. Tragedi yang menimpa pesawat MH370 ini turut memberi kesan yang mendalam kepada keluarga terdekat penumpang-penumpang dan anak kapal pesawat tersebut. Bukan sahaja daripada segi psikologi tetapi juga daripada aspek kehilangan mata pencarian terutama kepada mereka yang menjadi tempat bergantungnya waris-waris mereka. Kita dimaklumkan bahawa bayaran pampasan insurans akan dibayar dalam jumlah yang tertentu kepada waris-waris penumpang-penumpang pesawat yang malang tersebut.

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

24 DN 21.4.2014

■1200

Saya ingin mendapatkan makluman terkini daripada pihak kementerian akan jumlah pembayaran pampasan tersebut dan statusnya setakat ini. Apakah mekanisme yang diguna pakai dalam menentukan jumlah yang dibayar bagi setiap penumpang? Berapakah pula bayaran yang perlu dibayar oleh pihak MAS kepada waris keluarga penumpang dan apakah kesan secara keseluruhan tragedi kehilangan MH370 ini kepada kedudukan kewangan MAS?

Saya juga ingin membangkitkan mengenai nasib keluarga terdekat anak kapal yang terlibat. Saya difahamkan bahawa di bawah convention material tahun 1999 di mana

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menandatangani dan menerima pakai convention tersebut pada tahun 2007 dan dikuatkuasakan pada 29 Februari 2008. Bayaran yang diterima oleh waris-waris anak kapal ini adalah dalam jumlah yang kecil.

Saya ingin mendapatkan penjelasan, berapakah sebenarnya jumlah pampasan yang dibayar kepada waris-waris anak kapal pesawat MH370? Jika benar bahawa jumlah pampasan yang dibayar adalah kecil, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar membantu keluarga anak kapal pesawat MH370 kerana bilangan mereka adalah seramai 12 orang. Mereka anak kapal pesawat syarikat penerbangan nasional negara kita dan sewajarnyalah kita membantu keluarga mereka. Sesungguhnya tragedi yang sedemikian tidak akan dapat dinilai dengan wang ringgit. Akan tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membantu waris-waris yang meneruskan hidup tanpa orang-orang yang dikasihi, yang menanggung kehidupan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda turut menyentuh mengenai inisiatif kerajaan untuk perluasan asas cukai dan penambahbaikan pentadbiran cukai negara. Seperti yang kita sedia maklum, inisiatif ini akan dilaksanakan melalui cukai barang dan perkhidmatan atau lebih dikenali dengan nama GST. Perkara ini dijangka akan dikuatkuasakan bermula 1 April tahun hadapan sekiranya diluluskan oleh Parlimen. Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan tahun 2014 ini telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 7 April yang lalu. In shaa-Allah Dewan Negara juga akan membahaskan rang undang-undang ini pada mesyuarat kali ini dan saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat agar kita membahaskan rang undang-undang ini nanti dengan sebaik-baiknya, dengan memberi input dan cadangan yang membina untuk menambah baik pelaksanaannya agar ia benar-benar dapat memperkukuhkan kedudukan kewangan dan memastikan kemapanan fizikal jangka panjang negara.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa Seri Paduka Baginda juga menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama kerajaan memberi kefahaman kepada rakyat melalui pelaksanaan dan faedah GST dan bukannya merupakan cukai tambahan, tetapi adalah untuk menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedia ada. Bagi memberi kefahaman kepada rakyat akan faedah GST kepada negara, kita sendiri haruslah benar-benar memahaminya. Gunakanlah peluang yang ada di Dewan yang mulia ini dengan sebaik-baiknya untuk tujuan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, walau apa pun pandangan yang diberi mengenai pelaksanaan GST, hakikatnya terdapat 160 buah negara yang telah melaksanakannya setakat ini. Nama lain yang diguna pakai di sesetengah negara untuk GST Value Added Tax, dengan izin, atau VAT. Daripada 160 buah negara yang melaksanakan GST atau VAT, lapan buah negara bukan negara PBB. Jadi 193 buah negara anggota PBB hanya 41 buah negara yang tidak melaksanakan GST atau VAT. Dari sepuluh buah negara anggota Asian, tujuh buah negara telah pun melaksanakannya kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar.

Satu kajian mendapati bahawa dianggarkan 90 peratus penduduk di dunia pada hari ini tinggal di negara-negara yang melaksanakan GST atau VAT. Ini secara langsung membuktikan bahawa GST sistem atau kaedah percukaian yang diterima pakai oleh kebanyakan negara di dunia. Kita sedia maklum bahawa usaha untuk memperkenalkan dan melaksanakan kaedah percukaian seperti GST ini di negara kita telah bermula sejak dua dekad yang lalu. Akan tetapi atas keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional dan sentiasa meletakkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat utama ia telah ditangguhkan beberapa kali untuk memastikan bahawa rakyat tidak dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi.

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 25

Sungguhpun daripada segi realitinya, peningkatan kos sara hidup berlaku di semua negara di dunia ini. Dengan pelaksanaan GST dan langkah-langkah transformasi ekonomi serta konsolidasi fizikal termasuk rasionalisasi subsidi secara berperingkat, saya percaya kita berada di landasan yang betul untuk memperkukuh kedudukan kewangan negara untuk membangun negara yang lestari dan mapan untuk jangka masa yang panjang.

Tuan Yang di-Pertua, di samping memperkukuhkan kewangan negara, saya berharap GST juga dapat bersama-sama mengukuhkan kewangan negeri di seluruh negara. Dengan penambahan pendapatan menerusi GST, saya berharap sebahagian daripada pendapatan GST juga perlulah diberikan kepada negeri-negeri agar negeri-negeri dapat melaksanakan tugas di negeri sendiri dengan lebih berkesan. Saya ingin mengambil contoh dalam kutipan cukai yang ada sekarang, semua cukai yang dikutip oleh agensi persekutuan di negeri-negeri dihantar ke Kerajaan Pusat.

Akan tetapi Kerajaan Pusat tidak memberi apa-apa rebat kepada negeri di mana cukai berkenaan dikutip. Misalnya saya ambil contoh di negeri Melaka, tahun 2010 cukai dikutip lebih kurang, tidak silap saya RM2.6 bilion termasuk cukai kastam, cukai jualan dan sebagainya di negeri Melaka dan semuanya dihantar ke Kuala Lumpur. Kerajaan Persekutuan hanya peruntukan bajet pembangunan tapi tidak bagilah rebat katakan 10 peratus. Kalau dia bagikan rebat 10 peratus, Kerajaan Negeri Melaka dapatlah RM260 juta. Kalau bagi 5 peratus, dapat RM130 juta. Dengan ini mudahlah sikit kerajaan negeri untuk menguruskan hal-hal di peringkat negeri.

Ini kerana sebagai sebuah negeri, Melaka yang tidak ada hasil mahsul, tidak ada minyak, tidak ada lombong, tidak ada balak dan sebagainya. Kita bergantung kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan. Oleh sebab itulah walaupun cukai dikutip sehingga RM2.6 bilion tapi tidak ada tunai dikembalikan kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri terpaksa buat pelbagai program untuk memajukan negeri dan kita pun tidak boleh naikkan cukai tanah atau pun cukai pintu dan sebagainya. Oleh sebab itulah saya berharap dengan adanya GST ini, di samping memperkukuhkan kewangan negara, saya harap ia juga dapat memperkukuhkan kewangan negeri-negeri.

■1210

Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda turut menyentuh mengenai Dasar Automatif Nasional 2014. Dasar ini bertujuan untuk mewujudkan industri automotif tempatan yang lebih berdaya saing bagi menghadapi cabaran liberalisasi dan seterusnya membangunkan Malaysia sebagai hab automotif serantau untuk kenderaan cekap tenaga atau lebih dikenali dengan EEV. Antara faedah yang dikenal pasti yang boleh diwujudkan di bawah dasar ini termasuklah:

(i) peningkatan eksport;

(ii) pemuliharaan alam sekitar;

(iii) perwujudan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi;

(iv) pemindahan teknologi; dan

(v) perwujudan peluang perniagaan baru kepada syarikat-syarikat automotif tempatan.

Saya difahamkan total industry volume, dengan izin atau TIV di negara kita adalah

yang ketiga terbesar di ASEAN selepas Indonesia dan juga Thailand. TIV di negara kita telah tumbuh pada kadar 4 peratus sejak 2011 dan pada tahun ini jangkaan TIV adalah sekitar 670,000 unit. Industri automotif ini direkodkan menyumbang antara tiga hingga empat peratus setahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak 2010 hinggalah 2013 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyentuh mengenai isu pembinaan teknologi dalam industri automotif negara. Antara isu utama yang masih menjadi perbualan dalam industri automotif tempatan mengenai penggunaan teknologi yang masih rendah di kalangan vendor dan juga kualiti kenderaan-kenderaan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar kereta tempatan jika dibandingkan dengan kualiti kenderaan-kenderaan yang dikeluarkan oleh negara seperti Korea Selatan umpamanya.

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

26 DN 21.4.2014

Ketika Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir melancarkan projek Proton hampir

tiga dekad yang lalu, antara objektif utama projek tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan teknikal dalam industri automotif tempatan melalui kaedah pemindahan teknologi. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, sejak tiga dekad yang lalu apakah penilaian keseluruhan kementerian berkenaan kejayaan kaedah pemindahan teknologi dalam industri automotif tempatan? Apakah bentuk kekangan yang dihadapi oleh syarikat-syarikat pengeluar kereta tempatan dalam meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan teknikal melalui kaedah pemindahan teknologi berdasarkan pengalaman daripada rakan-rakan usaha sama dari negara-negara lain?

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Automotif Negara 2014 ini juga bertujuan untuk membawa Malaysia sebagai hab automotif serantau untuk kenderaan cekap tenaga. Saya ingin bertanya, apakah strategi jangka panjang kita untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan teknikal tempatan terutamanya dalam teknologi kenderaan cekap tenaga? Apakah sebenarnya keupayaan syarikat-syarikat pengeluar tempatan dalam pengeluaran kenderaan cekap tenaga? Untuk menjadi hab serantau bagi kenderaan cekap tenaga, kita bukan sahaja perlu mempertingkatkan pengetahuan teknikal dan teknologi terkini tetapi kita juga haruslah mempunyai kumpulan tenaga kerja yang berkemahiran dan terlatih untuk menarik pelaburan dari dalam dan luar negara dalam pemasangan dan pengeluaran kenderaan cekap tenaga.

Pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan R&D sudah tentu perlu dipertingkatkan dan insentif yang menarik perlu ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang membuka kilang pemasangan di negara kita. Dengan insentif-insentif seperti pengecualian duti eksais dan cukai import sehingga 31 Disember 2015 untuk kenderaan hibrid dan sehingga 31 Disember 2017 untuk kenderaan elektrik, apakah unjuran kementerian daripada aspek pelaburan asing dalam pembukaan kilang pemasangan kenderaan yang sedemikian? Ini adalah kerana ia berkait rapat dengan penyediaan peluang pekerjaan yang diunjurkan untuk bertambah sebanyak 70,000 pekerjaan menjelang tahun 2020 dalam sektor pembuatan dan pertambahan 80,000 pekerjaan dalam sektor pemasaran. Apa pun kita mengharapkan Dasar Automotif Nasional 2014 ini akan meningkatkan lagi daya saing kita dalam industri automotif global.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3(1) menyatakan dengan jelas bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran dan hadis adalah ditolak oleh Islam. Seri Paduka Baginda juga mengingatkan bahawa kecelaruan pemikiran ummah dan ancaman akidah serta penyebaran ajaran sesat hendaklah ditangani oleh pihak-pihak berkuasa agama selaras dengan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah di kalangan umat Islam di negara ini dan demi mengelakkan perpecahan ummah.

Pada hari ini pelbagai ancaman melanda umat Islam di negara kita. Ancaman-ancaman ini datang dalam pelbagai bentuk dan kaedah. Ancaman yang jelas menentang Islam tidaklah begitu kita khuatir kerana kita memahami kedudukan perkara tersebut dan kita boleh menangani isu ini dengan sebaik-baiknya demi memelihara keharmonian dan kebebasan untuk mengamalkan lain-lain agama di mana-mana bahagian Persekutuan seperti yang termaktub di bawah Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan.

Akan tetapi apa yang saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini mengenai penyebaran fahaman Syiah yang jelas bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah yang dipegang oleh masyarakat Islam di negara kita. Ia sesuatu yang berbahaya jika dibiarkan berleluasa di negara kita kerana ia mengelirukan dan boleh merosakkan keharmonian masyarakat Islam di negara kita. Ia berbahaya kerana ia berpura-pura menggunakan ajaran Islam tetapi akhirnya memesongkan akidah dengan pembohongan-pembohongan menggunakan kaedah atau konsep taqiyah.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 27

Taqiyah satu prinsip yang diyakini oleh Syiah Imamiyah. Menurut ramai penganalisis, fahaman Syiah ini berpegang kepada taqiyah adalah wajib bagi setiap

penganut Syiah. Ia satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang kononnya jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang Syiah. Pada mulanya taqiyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan daripada pihak pemerintah, tetapi kemudian ia diamalkan untuk menipu, berbohong dan seterusnya untuk menghalalkan sesuatu yang haram atau sebaliknya.

Orang-orang Syiah akan menyamar sebagai Ahli Sunnah Waljamaah secara taqiyah untuk memerangkap Ahli Sunah yang kurang faham akan agama mereka. Tujuannya supaya dapat dirosakkan fahaman akidah dan amal ibadahnya. Inilah bahaya penyebaran fahaman Syiah kerana ia merosakkan keharmonian masyarakat Islam di negara ini. Sebagai seorang Muslim menjadi tanggungjawab saya dan kita bersama untuk mengingatkan pihak berkuasa yang menjaga hal ehwal Islam di negara ini untuk tidak memandang remeh ancaman ini dan berusaha dengan lebih giat lagi bagi memberi penerangan yang sewajarnya kepada masyarakat Islam.

■ 1220

Berkenaan dengan isu fahaman Syiah ini, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan mengenai penilaian kerajaan terhadap ancaman penyebaran fahaman Syiah di negara kita setakat ini. Apa langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil untuk membendung penyebaran fahaman Syiah di negara kita? Ini agar ia tidak merosakkan akidah masyarakat Islam dan memporak-perandakan keharmonian masyarakat Islam yang sudah lama terbentuk. Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan memberikan kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, ia tidak bermakna bahawa mana-mana pihak berhak untuk menimbulkan kecelaruan pemikiran ummah apatah lagi mengancam keharmonian masyarakat Islam di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, antara perkara yang amat dekat di hati saya sejak dahulu lagi mengenai golongan belia. Ini adalah kerana masa depan negara terletak pada masyarakat belia yang ada pada hari ini. Belia hari ini merupakan barisan kepimpinan negara pada masa hadapan. Oleh yang demikian, kita harus memberikan penekanan yang sewajarnya kepada pembangunan belia.

Saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan di mana usaha-usaha yang sedang dilakukan untuk golongan belia di seluruh negara pada hari ini. Sejak dahulu, saya percaya bahawa golongan belia perlu diberikan ruang untuk berdialog dengan barisan kepimpinan negara sebagai langkah untuk memperkasakan golongan tersebut bagi menyumbang kepada masa depan tanah air. Melalui langkah yang sedemikian, pemimpin kerajaan juga boleh mendengar secara telus daripada golongan belia mengenai hasrat dan harapan mereka untuk masa hadapan. Maklumat yang diperoleh adalah lebih tepat dan ini boleh membantu untuk memahami dengan lebih baik keperluan serta kemahuan golongan belia untuk memastikan bahawa mereka sentiasa maju. Sesi dialog yang sedemikian juga boleh digunakan untuk menjelaskan mengenai dasar-dasar kerajaan yang menyentuh mengenai isu-isu semasa secara berkala.

Golongan belia juga perlu mempersiapkan diri untuk merealisasikan Modul Baru Ekonomi yang mempunyai objektif untuk mencapai negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Dengan menimba ilmu pengetahuan dan memperlengkapkan diri dengan kemahiran tertentu dan memastikan hala tuju mereka dalam kerja masing-masing. Untuk itu, lebih banyak program-program belia perlu diadakan untuk terus menarik golongan ini untuk menyumbang tenaga dan idea untuk pembangunan negara yang lebih inclusive. Antara jalan terbaik untuk menarik belia-belia menyertai arus perdana ialah dengan menggalakkan menyertai pertubuhan belia yang berdaftar. Melalui pertubuhan belia, belia-belia ini boleh membentuk jati diri mereka sebagai ahli dan pemimpin yang berdisiplin dan bertanggungjawab, yang boleh menyumbang tenaga dan idea untuk pembangunan diri mereka, masyarakat dan negara yang lebih inclusive.

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

28 DN 21.4.2014

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Belia dan Sukan, apakah usaha-usaha kerajaan dalam menjalankan usaha dalam menggalakkan belia untuk menyertai pertubuhan belia? Berapakah pertubuhan-pertubuhan belia di negara kita pada masa ini? Berapakah keahlian mereka mengikut kaum? Cabaran hebat yang menghambat golongan belia bukan sedikit dalam sebuah negara membangun apabila berlaku pelbagai gejala negatif yang membabitkan golongan belia, maka ramailah yang mensabitkan pelbagai punca sehingga berlakunya masalah tersebut termasuk menuding jari kepada institusi pendidikan, institusi keluarga dan sebagainya apatah lagi kepada belia sendiri.

Tidak dinafikan untuk menjadi sebuah negara yang maju, ia perlu didokong oleh tenaga muda seperti belia dalam segenap aspek. Jika tidak, kita akan menghadapi masalah kelestarian dalam pembangunan negara. Pendidikan menjadi asas utama pembinaan negara dengan harapan tinggi disandarkan kepada belia. Jika belia di peringkat awal tidak mengejar ilmu pengetahuan tetapi sebaliknya membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah dijangkakan negara akan mengalami pelbagai masalah di kemudian hari. Oleh yang demikian, kerajaan perlu memberi penekanan yang sewajarnya untuk pembangunan belia dan antara caranya ialah dengan memperkasakan pertubuhan belia.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga dikejutkan pada hari minggu yang lepas dengan berita kematian Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Bukit Gelugor iaitu mendiang Yang Berhormat Karpal Singh yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Sungguhpun mendiang berlainan fahaman politik dan kerap kali berbeza pendirian dalam beberapa perkara tetapi pemergiannya adalah merupakan satu yang di luar jangkaan. Bagi pihak rakan-rakan daripada Barisan Nasional, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang semoga mereka tabah menghadapi ketentuan ini.

Saya juga ingin mengingatkan betapa perlunya kita berusaha bersama-sama dengan pihak berkuasa untuk mengurangkan insiden kemalangan di negara ini kerana kes-kes kemalangan yang meningkat setiap tahun merupakan kos yang amat tinggi yang perlu dibayar terutama apabila berlakunya kehilangan jiwa. Terbaru kes kemalangan yang melibatkan ADUN Paloh, Yang Berhormat Dato’ Paduka Nozula bin Mat Diah yang cedera. Kita doakan agar beliau segera sihat seperti biasa. Manakala isterinya telah kembali ke rahmatullah dalam kemalangan tersebut. Kita sedekahkan surah Al-Fatihah, mudah-mudahan dirahmati Allah SWT... [Bertafakur membaca surah Al-Fatihah]

Isteri beliau Yang Berbahagia Datin Paduka Maziah binti Din. Marilah kita bersama-sama tekad untuk berusaha bersama-sama untuk mengurangkan bilangan kes-kes kemalangan jalan raya untuk kebaikan dan kesejahteraan kita semua masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, tidak lengkap ucapan saya ini jika tidak menyentuh berkaitan dengan negeri Melaka. Negeri Melaka sedang menghadapi pembangunan yang pesat, kedatangan pelancong dan pelabur semakin meningkat. Tahun lepas sahaja hampir 14 juta orang pelancong yang melawat Melaka dan masalah utama kita masalah kesesakan lalu lintas walaupun lebuh raya diperbesarkan kepada empat buah lorong dari Kuala Lumpur ke Johor Baru, tetapi nampaknya lagi besar lebuh raya lagi sesak jalan raya bukan sahaja dari Kuala Lumpur ke Seremban ke Melaka, bahkan juga hingga ke Johor Bahru.

Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan atau meminta kerajaan supaya dapat mempercepatkan pembinaan kereta api laju dari Johor Bahru atau dari Singapura ke Kuala Lumpur melalui Batu Pahat, Muar, Melaka dan juga Seremban. Saya berharap apabila kereta api laju ini dibina, ia tidaklah melepasi Bandaraya Melaka. Jalan yang dicadangkan jalan lebuh raya yang sedia ada melalui Tol Ayer Keroh ataupun melalui jalan AMJ, masuk dari Muar keluar ke Simpang Empat, Alor Gajah agar Melaka mendapat manfaat.

■1230

Jika ada kereta api laju, saya percaya kita kalau tinggal di Melaka dan bekerja di Kuala Lumpur. Sekarang, dengan kesesakan yang ada kalau datang pagi, kena makan masa dua jam atau tiga jam. Oleh sebab itulah, maka kereta api laju ini telah tiba masanya untuk disegerakan. Bukan sahaja sampai ke Kuala Lumpur, bahkan juga sampai ke utara dan juga ke Pantai Timur dalam jangka panjang ini.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 29

Di samping itu, Melaka juga telah meminta Jalan Air Keroh dibesarkan masuk ke bandar raya Jalan Pantai Selat Melaka dan juga Malacca Inner Ring Road. Walaupun kerajaan telah memberi jawapan ia sedang dilakarkan dalam RMKe-10 dan selanjutnya, tetapi dengan kesesakan yang ada sekarang, saya berharap Kerajaan Persekutuan dapat mempercepatkannya.

Di samping itu juga...

Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Minta laluan.

Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Sila, sila.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Doris Sophia ak Brodi]: Silakan Yang

Berhormat.

Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh

sebab Yang Berhormat cakap pasal Melaka ini, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat berhubung dengan cadangan untuk membuat jambatan dari Melaka ke Sumatera. Apakah pandangan Yang Berhormat? Ini kerana saya sendirilah melihat kepada kos dan sebagainya. Apakah pandangan Yang Berhormat dalam hal ini?

Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim,

Tuan Yang di-Pertua, saya memang menyokong sepenuhnya agar kerajaan dapat mempertimbangkan pembinaan jambatan yang boleh menghubungkan persahabatan antara Malaysia dan juga Indonesia. Seperti mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru sebut di Singapura baru-baru ini, kita akan membina jambatan baru, jambatan persahabatan Singapura-Malaysia di Tambak Johor. Saya fikir amat sesuai sekalilah kita bina satu lagi jambatan persahabatan Malaysia-Indonesia dan tempatnya di Melakalah dari Telok Gong ke Dumai ataupun ke Riau yang jauhnya 37 kilometer di atas air. Jika ia dapat dilaksanakan, kita boleh mendapat faedah yang besar.

Semenanjung Tanah Melayu ada lebih kurang 20 juta lebih, Sumatera ada 70 juta orang penduduk. Saya percaya ia akan memberi pertumbuhan ekonomi yang amat baik. Sebenarnya kita sudah dalam beberapa perbincangan seperti dalam Gagasan Dunia Melayu-Dunia Islam, telah juga kita sentuh semasa mesyuarat IMT-GT beberapa tahun yang lepas. Saya berharaplah kerajaan negara kita dan Kerajaan Indonesia dapat mempertimbangkannya dan kosnya boleh ditanggung oleh sektor swasta. Beberapa cadangan telah dihantar kepada Kerajaan Persekutuan dan setakat ini belum lagi ada apa-apa perkembangan yang positif.

Saya berharap satu hari nanti jambatan persahabatan Indonesia-Malaysia ini akan menjadi kenyataan. Ia juga dapat mengurangkan masalah-masalah pekerja asing. Kalau ada jambatan ini, orang Indonesia boleh duduk di Riau. Pagi-pagi boleh naik kereta bekerja di Melaka ataupun Negeri Sembilan, malam balik. Macam mana mereka berulang alik di Tambak Johor di antara Singapura dan Johor yang akan memakan masa satu jam, di sini 37 kilometer, saya fikir pun satu jam juga masanya.

Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkit satu lagi kes di Melaka juga berkaitan dengan bekalan air. Sekarang kita hairan juga, kita banyak air tetapi kita menghadapi masalah bekalan air bersih. Kita telah membina empangan baru seperti di Selandar, Jus, beberapa tahun yang lepas dan kita ambil air dari Muar, Johor-Sungai Gerisek. Johor pun dalam krisis kemarau sekarang ini. Mereka pun check hari-hari berapa banyak air Johor yang Melaka sedut. Kalau lebih daripada had, Johor pun tidak bagi juga. Jadi kalau panjang kemarau tahun ini sampai bulan lapan, kita bimbang juga bekalan air akan terus menjadi satu isu yang lebih besar walaupun Melaka telah bersedia sehingga tahun 2018.

Untuk naikkan ke tahun 2022, kita perlu ada satu lagi empangan di Sungai Jernih. Kerajaan Persekutuan sudah setuju hendak buat tetapi belum lagi mula. Untuk bina makan masa tiga tahun, hendak isi air makan masa satu tahun. Ini sudah tahun 2014, campur empat, sudah jadi 2018. Jadi kalau empangan ini tidak dibina sekarang, saya bimbang Melaka akan menghadapi masalah air pada tahun 2018. Kalau El Nino berlaku, mungkin

kita akan menghadapi lebih awal daripada itu.

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

30 DN 21.4.2014

Oleh sebab itu, saya meminta supaya Kerajaan Persekutuan dapat segerakan pembinaan empangan Sungai Jernih dan selepas itu beberapa lagi empangan yang kecil-kecil boleh dibina dan kita patut segerakan criss-cross bekalan air antara negeri ke negeri. Jika ini dapat dilakukan tanpa mengambil kira fahaman politik, saya percaya kita tidak akan menghadapi isu bekalan air bersih sampai bila-bila kerana kita mempunyai air yang cukup. Akan tetapi, kita perlukan kerjasama antara negeri ke negeri agar air ini dapat disalurkan di mana yang diperlukan.

Perkara selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap Kerajaan Persekutuan dapat mempercepatkan pembinaan rumah mampu milik bagi negeri Melaka kerana rumah-rumah ini amatlah diperlukan. Ini kerana kos pembinaan semakin meningkat. Jadi kalau banyak rumah mampu milik dibina dengan segeranya di Melaka, bolehlah menghadapi keperluan perumahan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Tuan Yang di-Pertua, demikianlah sahaja ucapan menjunjung kasih saya pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya dengan ini mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Minta Yang Berhormat

Dato’ Jaspal Singh menyokong dan berucap. Silakan Yang Berhormat.

12.37 tgh.

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Salam sejahtera, salam 1Malaysia saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat.

Pertamanya, izinkan saya menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-13 pada 10 Mac 2014 yang lepas. Saya mohon untuk menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Marilah bersama-sama melafazkan kesyukuran kita kepada Tuhan yang Maha Pengasih kerana telah melimpahkan rahmat dan kurnianya untuk membolehkan kita berada di Dewan yang mulia ini.

Saya amat bersyukur kerana diberi peluang dan ruang berada di Dewan yang mulia ini. Saya mewakili komuniti India yang mempunyai lebih kurang dua juta orang penduduk di negara kita. Walau bagaimanapun, saya tidak melihat kaum sebagai satu pembahagian, malah saya melihat Malaysia yang mempunyai lapisan kaum sebagai suatu kekuatan di mana apabila kita boleh memahami dan menghormati satu sama lain, dapat bekerjasama. Kita menjadi contoh kepada dunia bagaimana lapisan kaum boleh bekerjasama membangunkan negara dan hidup dalam harmoni dan berpadu.

Tahun ini tahun 2014, bererti kita sudah 57 tahun selepas kemerdekaan. Dalam masa empat bulan lagi, kita akan meraikan 58 tahun selepas merdeka. Pada bulan September pula, kita akan meraikan hari Malaysia yang ke-51. Landskap negara kita dalam 57 tahun kebelakangan ini telah bertukar mengikuti arus perkembangan dunia. Jikalau kita menoleh ke belakang, mengambil masa untuk meneliti perjalanan dan perjuangan negara kita, kita dapati negara kita yang begitu bergantung kepada industri pertanian yang menggunakan banyak tenaga buruh semasa kemerdekaan telah bertukar menjadi sebuah negara pengeluar dan sekarang kita menuju ke arah menjadi sebuah negara perkhidmatan tinggi.

■1240

Malaysia telah mencapai pertumbuhan GDP yang sungguh baik. GDP negara kita berada dalam angka USD2.4 bilion pada tahun 1960 dan kita telah meningkat ke bilangan USD303.5 bilion pada tahun 2013 dan peratus perkembangan purata untuk 10 tahun kebelakangan ini 5 peratus. Ini satu petanda yang bagus sekali, menunjukkan kepada dunia bahawa negara kita dapat menyesuaikan kepada keadaan dan cabaran dunia, menunjukkan kita mempunyai kerajaan proaktif yang mementingkan perkembangan ekonomi. Daripada segi pendapatan seisi keluarga semasa merdeka adalah lebih kurang USD812 dan dengan perkembangan ekonomi, kita telah berjaya meningkatkan pendapatan ini ke angka USD10,687 pada masa ini. Ada beberapa pendapat...

Dato’ Lim Nget Yoon: Minta laluan. Mengikut ucapan...

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 31

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Tunggu dulu.

Timbalan Yang di-Pertua: Boleh Yang Berhormat?

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato’ Lim Nget Yoon: Mengikut ucapan Yang Berhormat, ekonomi Malaysia amat

berkembang. Jadi, ada kenyataan yang bukan-bukan. Ambil contoh, setiap rakyat tidak kira bayi atau orang tua sudah ada hutang RM2,000 setiap orang. Jadi darab dengan 27 juta orang rakyat kita. Jadi berapakah hutang kita? BR1M ini dipinjam oleh negara kita kepada rakyat kita supaya hendak memancing undi, jadi ini perkataan yang selalunya kita dengar. Apakah pandangan Yang Berhormat dengan kenyataan tersebut?

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Terima kasih Yang Berhormat Dato’

Lim Nget Yoon. Memang hutang ini bukan sahaja di Malaysia. Kita meminjam bukan untuk memakai wang. Kita meminjam untuk memperoleh aset. Setiap tempat di dunia ini sistem perbankan, konsep dia adalah untuk meminjam supaya rakyat boleh mendapat aset. Jika kita buat sedemikian dalam masa lima tahun hingga 10 tahun, nilai ekuiti kita pun akan naik mengikut inflasi. Terima kasih.

Ada beberapa lagi indicators menunjukkan Malaysia telah maju berlipat ganda jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti kadar mortaliti bayi yang begitu tinggi semasa merdeka dengan angka 72 telah turun ke-6.8. Manakala dengan izin, life expectancy negara kita telah naik dari kadar 59 ke 76.5 sekarang.

Negara kita mempunyai 10,119 buah sekolah dengan jumlah lima juta orang pelajar. Setiap tahun lebih daripada 450,000 orang pelajar masuk ke Darjah Satu. Daripada segi pelajaran tinggi negara kita bukan sahaja dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia, kita juga sekadar menjadi sebuah destinasi tempat mencari ilmu pengajian tinggi di mana lebih daripada 80,000 orang pelajar asing menuntut di Malaysia.

Malaysia juga sebuah destinasi popular yang mempunyai banyak keistimewaan daripada segi pelancongan asing di mana negara kita mempunyai target membawa kemasukan pelancong sebanyak 26.8 juta tahun ini. Daripada segi branding corporate dengan izin, sukan dan seni Malaysia terkenal di dunia dengan ikon bangunan Petronas Twin Towers, perlumbaan Formula One- F1, Juara All England Datuk Lee Chong Wei, permain squash dunia Datuk Nicol Ann David, pelumba basikal Azizul Hasni, Jimmy Choo dan Michele Yeoh.

Malaysia sekarang mempunyai syarikat multinasional yang bukan sahaja menumpukan perniagaan di Malaysia tetapi telah berkembang dengan izin, mempunyai footprint di setiap penjuru di dunia seperti AirAsia, Petronas, IJM, YTL Scomi, Genting dan lain-lain. Saya di Dewan yang mulia ini berasa begitu bangga dengan pencapaian negara kita dan dengan izin, from the bottom of my heart ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.

Indicators yang saya bahaskan tadi menunjukkan kebanyakan rakyat telah

mendapat nikmat perkembangan ini dan sekarang mempunyai kehidupan yang lebih mewah. Syabas kepada Perdana Menteri dan teruskan usaha untuk membawa negara kita ke status negara maju yang juga berpendapatan tinggi di mana kehidupan semua lapisan rakyat dapat dipertingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, setiap negara tidak kira tarafnya daripada segi kemajuan kadang-kadang dicabar oleh insiden yang tidak diduga. Misalnya Amerika Syarikat dilanda Hurricane Sandy pada bulan Oktober 2012 di mana Bandaraya New York pun dibanjiri. Pada bulan Mac tahun 2011, Negara Jepun dilanda gempa bumi di mana loji nuklear di Fukushima telah mendapat kerosakan yang besar mengakibatkan Kerajaan Jepun memindahkan rakyat ke tempat lain.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

32 DN 21.4.2014

Pada 8 Mac 2014, kapal terbang MAS MH370 yang membawa 227 orang penumpang daripada negara dan 12 orang krew telah hilang selepas lebih kurang satu jam setelah berlepas ke KLIA menuju ke Beijing. Ini satu peristiwa yang begitu menakjubkan kerana sehingga hari ini kapal terbang tidak dapat dikesan. Peristiwa ini bukan satu isu domestik malah satu cerita yang meliputi oleh kebanyakan agensi-agensi berita dunia dan juga menjadi tajuk utama di kaca TV di seluruh dunia. Saya berasa begitu sedih. Doa saya tetap dengan semua keluarga yang terlibat. Saya faham betapa susahnya seorang ibu bapa atau anak menerima berita ini. Memang insiden ini satu tragedi sedih. Saya berharap dan sekali lagi berdoa semua keluarga akan bertenang dan meminta Tuhan Yang Maha Kuasa sentiasa berada bersama anda dan keluarga anda yang bagi terlibat.

Negara kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencari kapal terbang MH370 di mana 26 buah negara berganding bahu dengan Malaysia mencari MH370. Saya percaya negara kita telah membuat apa sahaja yang boleh dengan menggunakan setiap resources dengan izin, bekerjasama dengan semua dengan kaedah yang transparent, memberi priority utama untuk pencarian ini. Saya berharap kita akan terus mencari sehingga kita dapat kotak hitam kapal terbang supaya kita dapat belajar dan tahu sebabnya kehilangan MH370.

Saya juga ingin merakamkan ucapan takziah saya kepada Puan Gurmit Kaur, balu mendiang Yang Berhormat Ahli Parlimen Bukit Gelugor Tuan Karpal Singh dan seisi keluarganya. Saya memang kenal Yang Berhormat Karpal Singh dari kecil, beliau kawan bapa saya dan sekali-skala singgah di Kampung saya. Saya berasa begitu sedih apabila seorang yang begitu kaliber telah meninggalkan kita akibat kemalangan jalan raya.

■1250

Tuan Yang di-Pertua, populasi negara kita sekarang mencapai 28 juta dan dijangka akan berkembang dengan peratusan 1.4 peratus. Sebanyak 27 peratus ataupun 76 juta orang penduduk negara kita adalah di bawah 15 tahun. Sebanyak 68 peratus atau 19 juta adalah antara 15 hingga 60 tahun dan 5 peratus atau 1.4 juta orang warga emas. Cabaran untuk setiap kerajaan pada masa kini adalah bagaimana untuk memegang hati dan minda generasi muda.

Dalam masa empat tahun lagi, mereka yang dilahirkan dalam milenium ini akan menjadi orang dewasa dan memasuki kolej atau universiti dan empat tahun kemudian akan menjadi tenaga kerja untuk negara kita. Apakah sebabnya? Inilah satu perkara yang begitu bercabaran tinggi. Adakah ini sebab mereka tidak berminat mendengar isu-isu politik dan lebih suka meluangkan masa ke bahan-bahan elektronik? Saya telah mengambil sedikit masa untuk memikir perkara ini dan apakah cabaran yang paling besar bila kita mahu menumpukan perhatian kepada generasi muda. Saya dan kebanyakan mereka yang lahir selepas Hari Malaysia, masuk menjadi tenaga kerja Malaysia pada permulaan tahun 1990. Kita yang dilahirkan semasa ini dapat melihat bagaimana negara kita bertukar daripada tenaga elektrik yang tidak stabil, tidak ada telefon, jalan raya yang kecil, televisyen hitam putih, perjalanan yang makan masa yang banyak ke sebuah negeri yang mempunyai infrastruktur yang lebih lengkap pada masa ini.

Pada tahun 1990, semasa saya mula bekerja, purata gaji seorang graduan RM1,500. Semasa itu harga kereta Toyota 1,300 cc adalah lebih kurang RM20,000. Menyewa sebuah bilik di Lembah Klang lebih kurang RM80, harga sarapan pagi RM1.20, makan tengah hari, makan malam RM3.00. Harga minyak RM1.10 per liter. Membeli tiket bas balik ke kampung, Kuala Lumpur ke Sungai Petani RM14 dan harga apartmen dua buah bilik 950 kaki persegi seperti Palladium di Jalan Gurney, Palm Court di Brickfields ataupun Pantai Hill Park adalah lebih kurang RM90,000.

Perbelanjaan seorang remaja yang mula bekerja pada masa itu yang mempunyai sebuah kereta adalah lebih kurang RM1,100 sebulan. Selepas bekerja tiga tahun, gaji meningkat ke RM2,300. Seorang itu boleh jimat di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan. Kita juga dapat membeli rumah dengan bayaran pendahuluan RM10,000 dan ini dapat dicapai selepas bekerja dua, tiga tahun di mana pembayaran pinjaman sebulan untuk rumah RM520. Ini bererti seorang graduan pada tahun 1990 dapat membeli rumah, membeli kereta dan masih mempunyai sedikit penjimatan. Jika kita bandingkan dengan seorang graduan masuk kerja tahun ini, purata gaji permulaan adalah lebih kurang RM2,000 hingga RM2,200 sebulan.

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 33

Harga kereta sederhana Myvi 1,300 cc adalah lebih kurang RM45,000. Menyewa sebuah bilik di Lembah Klang lebih kurang RM400, harga sarapan pagi RM2.70, harga makan malam, tengah hari RM6.50, harga minyak RM2.10 per liter, membeli tiket bas balik ke kampung RM40. Harga dua buah bilik apartmen 950 kaki persegi yang sama itu lebih kurang RM380,000.

Perbelanjaan seorang remaja yang mula bekerja yang mempunyai sebuah kereta dan kelengkapan masa kini, telefon bimbit, internet adalah lebih kurang RM2,050 sebulan. Ini tidak termasuk jika kita mempunyai pinjaman PTPTN, potongan EPF dan sebagainya. Jika kita mengambil kira semua ini, seorang graduan yang masuk kerja yang mendapat RM2,000 dengan izin, tidak boleh survive. Bagaimanakah dia mahu berjimat lagi? Beliau terpaksa bergantung kepada ibu bapa atau adik-beradik untuk elaun bulanan sebanyak RM300. Selepas dua atau tiga tahun bekerja, gaji purata mereka akan menaik ke taraf RM3,000 dan mereka dapat menjimatkan antara RM200 ke RM300 sebulan.

Walau bagaimanapun, untuk membeli rumah pertama mereka perlukan wang cagaran sebanyak RM40,000 dan perlu membayar pinjaman bulanan sebanyak RM2,000 sebulan. Ini bererti gaji mereka mestilah lebih kurang RM6,000. Sudah tentu mereka tidak dapat membeli rumah yang sama dalam jangka masa dua atau tiga tahun selepas bekerja tetapi dapat membeli rumah yang sama itu selepas lapan atau 10 tahun bekerja.

Daripada ilustrasi yang saya telah hujahkan, kita dapat membuat kesimpulan. Pertama, generasi muda pada masa kini akan mempunyai cabaran yang lebih tinggi daripada mereka yang 20 tahun dahulu untuk sara diri dan memiliki aset. Generasi muda akan mengambil masa tiga kali ganda untuk mendapat peluang yang sama dibandingkan dengan generasi muda 20 tahun dahulu. Generasi muda ini dilahirkan di negara kita apabila kita sudah mempunyai infrastruktur yang moden.

Mereka tidak tahu dan tidak minat dengan apa yang berlaku sebelum itu, malah generasi ini mahukan lebih modenisasi, pengangkutan yang lebih canggih, internet yang lagi pantas, kelengkapan yang lebih memuaskan. Tahap dan expectancy dengan izinnya, baseline ataupun command denominator mereka adalah lebih tinggi daripada generasi

muda 20 tahun dahulu. Saya minta keterangan dari Jabatan Perdana Menteri, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan menentukan generasi muda zaman sekarang mempunyai peluang dan taraf hidup yang saksama seperti yang dinikmati oleh mereka 20 tahun dahulu?

Kita akan melaksanakan GST tahun depan. Kita juga akan menukar cara pemberian subsidi di mana kita target kepada kumpulan sasaran yang betul. Pelaksanaan ini mungkin akan memberi kesan kenaikan perbelanjaan hidup tambahan kepada generasi muda. Bagi pendapat saya, kita perlukan sebuah jalan inovatif bagaimana kita dapat meningkatkan gaji permulaan generasi muda ke angka RM3,000 sebulan, terutamanya seorang graduan. Saya percaya ini tidak mustahil. Ini kerana jika dibandingkan dengan negara-negara maju, kebanyakan negara maju mempunyai purata pendapatan sebanyak USD40,000 ataupun RM10,000 sebulan.

Visi Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi dalam masa enam tahun lagi. Saya berharap pendapatan yang kita dapat berhasil daripada GST dan kekurangan subsidi, kita gunakan untuk program menaikkan taraf remaja negara kita. Memberi mereka skil yang kaliber dan pembangunan sektor ekonomi yang dapat menampung gaji permulaan yang munasabah. Saya juga mencadangkan kepada Perdana Menteri menubuhkan satu kumpulan think-tank untuk mengkaji perkara ini dengan teliti dan implementasi program-program untuk meningkatkan pendapatan generasi muda.

Saya juga meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) memberi keterangan, apakah gaji permulaan graduan negara kita pada masa terkini dan jangkaan kenaikan gaji bagi lima tahun yang akan datang? Saya percaya jika kita mempunyai satu program yang kukuh dan boleh dilaksanakan di mana generasi muda boleh merasa perbezaannya, sudah tentu kerajaan dapat memegang hati dan minda generasi muda.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, waktu kita sekarang tepat pukul 1

tengah hari. Mungkin Yang Berhormat boleh sambung lagi sebelah petang.

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Terima kasih.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

34 DN 21.4.2014

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

MENGANGKAT SUMPAH

Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat sumpah:

1. Yang Berhormat Senator Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim.

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

MENGALU-ALUKAN AHLI BARU

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebentar tadi baru sahaja Yang

Berhormat tengok lagi salah seorang mengangkat sumpah. Pagi tadi tiga orang, tambah seorang lagi tengah hari ini. Ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan pelantikan:

(i) Yang Berhormat Senator Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim.

Pagi tadi sepatutnya berempat. Saya tengok tiga orang sahaja yang hadir. So saya ingat Yang Berhormat tidak berminat. Selepas itu rupa-rupanya ada komunikasi. Komunikasi ini penting ini. Saya mengambil kesempatan untuk menyatakan kepada semua pihak pentadbiran, tentukan kalau nombor telefon itu berikan nombor telefonnya betul dan juga surat mesti dihantar untuk menentukan pentadbiran berjalan dengan licin. Saya harap perkara ini tidak berlaku lagilah. Tadi Yang Berhormat bergegas-gegas dari Ipoh nampaknya tadi. Saya terimalah dan saya mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat. Saya tidak bercakap panjang lagi kerana saya sudah bercakap panjang pagi tadi. Yang Berhormat tengok dalam Hansardlah esok apa yang telah saya nyatakan kepada rakan-rakan tadi.

Saya harap Yang Berhormat akan mengambil bahagian dengan serius kerana Yang Berhormat pun agaknya daripada segi parti dan juga daripada state dilantik daripada kerajaan negeri, tentu juga Yang Berhormat telah pun dipilih di kalangan orang yang berwibawa. Oleh itu tunjukkan kebijaksanaan Yang Berhormat, berhemah dan berbahas dengan baik untuk kebaikan kita bersama. Sekian, terima kasih.

Ahli Yang Berhormat, kita teruskan perbahasan. Kita hanya ada empat hari sahaja diperuntukkan. Oleh yang demikian, saya memohon kerjasama dari semua Ahli Yang Berhormat. Siapa yang hendak berucap sedia berbahas, kemukakan nama. Kalau daripada mulanya ini agaknya saya tidak hadkan masa tetapi tugas kita ialah untuk menentukan masa itu, esok agaknya dapat kita tentukan. Jangan tunggu sampai hari terakhir. Maka di situ sudah lima ke-10 minit, apakah hendak dicakapkan? Jadi elok kemukakan nama untuk senangkan saya. Kalau perlu kita sampai sebelah malam tidak mengapa. Kita beri peluang kepada Yang Berhormat untuk berbahas dalam tajuk ini.

Tanpa membuang masa, saya mempersilakan Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh untuk menyokong usul. Sekian, silakan.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 35

2.37 ptg.

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana telah mengumumkan Skim MyHome dengan izin, di mana insentif sebanyak RM30,000 akan diberikan untuk pembelian rumah. Saya berharap dengan pelaksanaan Skim MyHome, SPNB, PR1MA, dan 1MDB, rakyat dapat peluang untuk membeli rumah mampu milik dan skim ini dapat mengawal harga kenaikan rumah. Baru-baru ini saya mendapat berita daripada akhbar tempatan bahawa Skim MyHome akan dilaksanakan pada awal bulan April ini.

Saya minta keterangan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berapa banyakkah pemaju-pemaju yang telah berdaftar untuk skim ini? Apakah syarat kelulusan untuk seorang pemaju memasukkan projek perumahan dalam Skim MyHome?

Apakah syarat untuk pembeli mendapat insentif ini dan apa akan terjadi jikalau pembeli mendapat insentif tetapi tidak dapat pinjaman bank? Saya berpendapat skim insentif ini adalah lebih bagus. Jika skim ini akan lebih berjaya jika kita memberi kebebasan kepada pembeli membeli rumah baru daripada mana-mana pemaju asalkan harga rumah itu mengikut syarat pelaksanaan.

Saya juga telah banyak kali berbahas mengenai mereka yang berusia tinggi, melebihi daripada 50 tahun yang tidak membeli rumah sehingga hari ini kerana tidak mempunyai pendapatan yang stabil seperti petani, peniaga mikro dan nelayan, mengakibatkan tidak mendapat pinjaman dari bank. Dengan usia yang tinggi sudah tentulah adalah lebih susah untuk mereka.

■1440

Saya minta Menteri Perumahan memberi penjelasan sama ada kementerian merancang program untuk golongan ini memiliki rumah dan bagaimana mereka boleh mendapat pinjaman? Baru-baru ini saya telah menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Pemberian Sijil dan Hadiah untuk pelajar-pelajar cemerlang UPSR dari Sekolah Tamil yang mendapat keputusan 7A. Daripada 17,130 orang pelajar dari Sekolah Tamil yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2013, 7.6 peratus ataupun 1,306 telah mendapat keputusan 7A. Mata pelajaran matematik mempunyai kadar kelulusan purata yang paling tinggi dengan peratusan 94.7 peratus. Manakala mata pelajaran Pemahaman Bahasa Malaysia adalah yang paling rendah iaitu kelulusan purata 70.1 peratus.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Pelajaran dalam inisiatif-inisiatif yang diambil oleh Menteri Pelajaran menaikkan taraf-taraf sekolah Tamil di Malaysia. Saya pasti kerja-kerja ini akan berterusan dan masih ada banyak ruang untuk peningkatan. Saya juga mencadangkan bahawa tumpuan diberikan untuk meningkatkan mutu mata pelajaran Bahasa Malaysia supaya peratus kegagalan dalam masa dua atau tiga tahun boleh turun ke angka satu digit.

Saya juga minta penjelasan daripada Menteri Pelajaran, berapa banyak guru-guru Bahasa Malaysia specialist, dengan izin, yang ditempatkan di sekolah Tamil? Adakah kementerian membuat pengajian kenapa 30 peratus murid gagal dalam Bahasa Malaysia? Apakah peluang pelajaran bagi mereka yang telah gagal ini dan sama ada kementerian mempunyai program istimewa untuk meningkatkan taraf Bahasa Malaysia mereka yang gagal itu?

Bagi mereka dari sekolah Tamil yang mendapat 7A, jika kita mengkaji data-data yang sedia ada, kita dapati tidak banyak yang dapat meneruskan keputusan cemerlang ini sehingga peringkat SPM atau STPM selalunya disebabkan mereka ini apabila masuk ke Tingkatan 1, kanak-kanak ini terhilang arah dan tidak confident mengakibatkan kemerosotan pelajaran mereka. Saya minta penjelasan daripada Kementerian Pelajaran sama ada peluang sekolah berasrama penuh seperti MRSM...

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Mohon mencelah Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan analisa yang dibuat oleh Yang Berhormat Dato’ Jaspal sebelum kita berhenti tengah hari tadi iaitu tentang analisis pendapatan dan perbelanjaan golongan generasi muda yang baru masuk pasaran pekerjaan dengan gaji kalau dia graduate dalam RM2,200, sedangkan perbelanjaan bulanan mereka juga hampir lebih kurang samalah dengan gaji yang mereka dapati.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

36 DN 21.4.2014

Kumpulan ini ramai. Malah nampaknya berterusan sekiranya cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dato’ tadi jika kerajaan tidak menaikkan gaji ataupun pihak swasta. Lanjutan daripada senario ini, generasi muda sekarang ini kalau di Amerika dipanggil the trap generation, generasi yang terperangkap dengan keadaan ekonomi sekarang ini.

Sepuluh tahun daripada sekarang mereka belum dapat beli rumah lagi. Kereta pun emak, bapa tolong belikan. Saya ada tiga orang anak Tuan Yang di-Pertua, yang termasuk dalam kategori ini. Tidak cukup gaji dia. Kalau ini berlanjutan, bermakna sebuah generasi yang sekarang ini akan tidak berupaya untuk memiliki sebarang ekuiti dalam negara kita yang sedang berkembang maju. Walaupun pendapatan meningkat, kerajaan berusaha meningkatkan pendapatan sesebuah negara maju tetapi daripada segi ekuiti pengagihan ekuitinya nanti yang berpendapatan macam ini. Apa lagi yang kalau RM900, memang tidak ada peluang. Inilah yang saya bimbangkan. Putaran ganas ini yang akan menjadikan yang kaya akan bertambah kaya dan yang miskin akan bertambah miskin. Apa pandangan Yang Berhormat?

Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh: Terima kasih Yang Berhormat.

Pandangan saya samalah seperti yang dihujahkan oleh Yang Berhormat. Saya masih ingat sepuluh tahun dahulu apabila saya di Paris. Semua orang di Paris kata kita tidak membeli rumah, tidak payah. Bukan dia tak nak beli rumah tetapi it is out of range, dengan izin. Saya pun bimbang kalau situasi di Malaysia kita tidak mengawal dan tidak ada program-program untuk menaikkan entry level gaji ini untuk graduan-graduan, satu hari ekuiti-ekuiti ini semua tidak boleh dimiliki oleh orang biasa. Kita hanya boleh sewa sebuah rumah sahaja ataupun sebuah bilik. Jadi memanglah saya rasa perkara ini mesti diteliti, dikaji dan kita perlu mencari jalan untuk satu solution bagi generasi muda untuk masa depan ini. Terima kasih.

Bagi mereka daripada sekolah Tamil yang mendapat 7A, jika kita mengkaji daripada data-data yang sedia ada, kita dapati tidak banyak yang dapat meneruskan keputusan cemerlang ini sehingga peperiksaan SPM atau STPM. Selalu disebabkan mereka ini masuk ke Tingkatan 1, terhilang arah dan tidak confident, mengakibatkan kemerosotan pelajaran mereka.

Saya minta penjelasan daripada Kementerian Pelajaran sama ada peluang sekolah berasrama penuh seperti MRSM dibuka untuk pelajar-pelajar ini. Saya percaya sudah tibanya masa untuk kerajaan mempertimbangkan pembinaan sebuah sekolah berasrama penuh untuk pelajar-pelajar cemerlang ini terutamanya untuk mereka dari golongan tidak mampu dan dari luar bandar di mana tidak terdapat sekolah cemerlang dalam kawasan jiran mereka atau pun menyediakan tempat di sekolah asrama penuh yang sedia ada.

Pada tahun lalu, kemasukan pelajar India ke matrikulasi tidak mencapai ke sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 1,500 buah tempat disebabkan banyak yang ditawarkan telah menolak tawaran ini untuk mengikuti kursus lain. Saya ingin tahu bagaimana Kementerian Pelajaran ingin menyelesaikan masalah ini dan berharap 1,500 buah tempat ini akan dapat diisi dengan cara yang efektif.

Baru-baru ini, saya membaca di akhbar statement daripada Menteri Pelajaran

semasa melawat UIA bahawa Malaysia mempunyai sasaran mendapat 90,000 orang pelajar asing tahun ini. Pada pendapat saya, saya lihat terdapat banyak ruang untuk meningkatkan kawalan pelajar-pelajar yang diberi visa untuk belajar di Malaysia. Terdapat banyak pelajar dari Bangladesh, negara Afrika, China, Vietnam yang datang ke negara kita untuk mengikuti kursus. Saya pun tidak tahu apa kursus ini di mana mereka tidak perlu pergi ke kelas pun.

Pelajar-pelajar ini datang ke Malaysia dengan alasan hendak belajar membayar yuran pendahuluan, tetapi mempunyai hasrat lain iaitu untuk menjadi tenaga kerja ataupun melakukan kerja-kerja yang melanggar undang-undang negara kita. Saya minta keterangan daripada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Dalam Negeri, siapakah yang bertanggungjawab untuk memantau gerak geri pelajar-pelajar ini? Institusi yang mengambil mereka yang tidak bertanggungjawab sama ada mereka datang belajar atau tidak. Saya juga minta pihak SPRM menyiasat sama ada pemantauan ini tidak efektif disebabkan elemen rasuah.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 37

■1450

Saya mencadangkan kepada kedua-dua kementerian ini, melaksanakan sistem biometrik di setiap institusi yang mengambil pelajar asing di mana kehadiran mereka dipantau secara menerusi sistem komputer. Dengan itu, kita boleh terus tahu sama ada mereka hadir ke kelas atau tidak, tidak perlu laporan. Sistem ini perlu dilaksanakan oleh setiap institusi. Dengan perkembangan teknologi pada masa ini, sistem ini tidaklah berkos tinggi, malah akan membawa kebaikan yang begitu bagus untuk kawalan pelajar-pelajar asing di negara kita.

Tahun depan, negara kita akan menjadi sekretariat kepada gabungan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Kita sekarang membincangkan ASEAN sebagai ebuah komuniti di mana kita mahu mencari peluang dengan izin, beyond boundaries. Daripada

segi pelajaran, terdapat banyak institusi pengajian tinggi di negara ASEAN yang memberi peluang untuk generasi muda Malaysia meneruskan pelajaran tinggi mereka.

Saya mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil satu langkah untuk lagi memperkuatkan konsep komuniti dengan membuka pinjaman PTPTN bagi rakyat Malaysia untuk mengikuti pelajaran di mana-mana institut di negara ASEAN yang diiktiraf oleh MQA.

Tuan Yang di-Pertua, pada setiap penggal saya akan membawa isu-isu status ekuiti kaum India dalam perbahasan saya. Saya telah mencadangkan beberapa langkah untuk menaikkan status ini. Saya minta keterangan dari Jabatan Perdana Menteri, apakah peratusan ekuiti India di masa kini? Apakah target untuk peratusan ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai target ini? Rancangan Malaysia Kesepuluh akan tamat pada hujung tahun depan. Saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi perhatian yang lebih serius kepada perkara ini supaya target ekuiti 3 peratus dapat dicapai dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.

Saya mencadangkan pertubuhan satu kumpulan think-tank untuk meneliti kelemahan skim-skim yang sedia ada dan membuat rekomendasi langkah-langkah menguatkan skim-skim ini dan juga skim baru supaya kita dapat mencapai sasaran ini. Rekomendasi ini hendaklah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesebelas...

Tuan Yang di-Pertua: Panjang lagi Yang Berhormat?

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Lagi 10 minit.

Tuan Yang di-Pertua: Ya? Cuba jimatkan masa sikit.

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Okey, saya cuba pantaskan.

Daripada segi undang-undang, saya begitu khuatir mendengar Kerajaan PAS di Kelantan bercadang hendak melaksanakan hudud di negeri Kelantan. Apakah pendirian parti pembangkang atas cadangan ini? Walaupun kita diberitahu bahawa undang-undang ini hanya untuk orang Islam, tetapi saya rasa ini bukan praktikal daripada segi implementasi.

Kalau seorang beragama Islam merompak rumah seorang bukan Islam, apakah akan terjadi bila seorang bukan Islam merompak sebuah rumah orang Islam? Di manakah kita akan membicarakan kes-kes ini? Kita tidak boleh menggunakan dua sistem. Apakah pihak PAS berpendapat bahawa undang-undang yang sedia ada tidak mencukupi? Saya berpendapat undang-undang sahaja tidak dapat mengelakkan jenayah rogol dan lain-lain. Peluang pekerjaan, respons yang bagus, perkhidmatan polis yang baik, public education, dengan izin, adalah cara yang lebih baik untuk Malaysia menjadi lebih selamat. Saya minta Jabatan Perdana Menteri memberi keterangan tentang isu ini.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada seorang bangun Yang Berhormat.

Hendak bagi laluan atau tidak?

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Saya tak cukup masa Tuan Yang di-

Pertua. Boleh saya sambungkan terus dahulu.

Tuan Yang di-Pertua: Terpulang kepada Yang Berhormat hendak bagi atau tidak.

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Tidak! Minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua: Minta maaf Yang Berhormat.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

38 DN 21.4.2014

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Masa sudah tak cukup. Baru-baru ini,

kita sekali lagi mempunyai kes undang-undang yang begitu sensitif. Kes Deepa yang telah didengar di mahkamah tinggi di mana mahkamah tinggi membuat keputusan untuk suaminya memulangkan anak dan pertukaran agama anak yang masih minor, yang tidak sah. Saya setuju kes ini amat sensitif. Walau bagaimanapun, perkahwinan dua orang individual bukan Islam tertakluk kepada undang-undang Marriage and Divorce Act 1976, dengan izin.

Anak-anak yang dilahirkan dalam kes Deepa, dilahirkan sebagai anak Hindu. Jikalau seorang ibu bapa tidak mahu menyambung perkahwinan ini di atas apa-apa sebab termasuk menganuti agama lain, sudah tentulah mahkamah yang mesti mendengar kes ini adalah Mahkamah Sivil. Kalau Mahkamah Syariah mendengar kes ini, ia tidak berpatutan dan sistem keadilan terjejas. Pertukaran agama seseorang minor tanggungjawab kedua-dua ibu bapa. Kita tidak boleh membuat kesimpulan sama ada bapa atau ibu yang mempunyai lebih kuasa. Pertukaran ini mesti disetujui oleh kedua-dua pihak. Saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melihat dan meneliti perkara ini dan mencari jalan yang berpatutan untuk menyelesaikan isu-isu seperti ini supaya tidak ada pihak, kita tidak mahu pihak mengambil isu-isu ini dan memainkan racism, dengan izin.

Negara kita sekali lagi dikejutkan dengan satu kematian penghuni dalam Penjara Kajang pada Jumaat lepas, April 10. Harirajan seorang lelaki berusia 34 tahun, berkhidmat enam tahun untuk rompakan sejak Disember tahun lalu ditemui mati dalam kenderaan menggerakkannya. Ada banyak kes seperti ini. Kes-kes kematian di lokap pada tahun ini sahaja ada lebih kurang saya rasa empat dan kes-kes kematian dalam penjara ada tiga.

Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, apakah langkah-langkah yang telah diambil sejak satu tahun lalu untuk memantau mereka dilokap atau penjara? Kaedah soal siasat dan prosedur operasi piawai dalam mengendalikan suspek jenayah dan banduan mesti dikaji semula dan diperbaharui. Pasukan polis perlu menjalani baik pulih segera dan memberikan latihan segera dalam hak-hak asasi manusia dan rawatan yang betul dan berperikemanusiaan banduan dalam tahanan. Pihak polis mesti mengambil berat isu-isu kematian ini dan bertanggungjawab.

Saya sudah berhujah perkara ini di Dewan yang mulia ini di mana saya berpendapat pihak polis perlu melantik sebuah badan bebas untuk siasatan dengan izin, police cannot police itself. Sudah tiba masanya bagi kerajaan mewujudkan aduan polis bebas seperti IPCMC tanpa sebarang kelewatan lagi.

Akhir sekali, saya begitu sedih dan terkejut bila mendengar enam orang remaja meninggal setelah menghadiri konsert akibat mengambil dadah. Kerajaan telah memberhentikan konsert seterusnya. Bagi pendapat saya, cancellation, dengan izin, konsert ini tidak akan memberhentikan pengedaran dadah. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, apakah jenis dadah yang menyebabkan kematian ini? Bagaimanakah dadah ini boleh masuk ke negara kita dan dijual di stadium ataupun di mana-mana? Bila saya lihat kes-kes kemalangan, kita dapat repot, drebar pun mengambil dadah. Seolah-olahnya dadah senang didapati di semua tempat. Adakah pihak berkuasa mempunyai alat-alat lengkap untuk detection dengan izin? Kita banyak mendengar tentang dadah senang didapati, ditangkap mereka yang innocence, dengan izin, dan remaja yang perlukan wang lebih. Saya cadangkan pihak polis membuat satu operasi yang serius seperti Ops Cantas untuk menangkap tauke-tauke yang betul-betul mengedar dadah ini.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya pohon menyokong. Terima kasih.

■ 1500

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Sekarang

saya persilakan Yang Berhormat Syed Husin sebagai Ketua Pembangkang.

3.01 ptg.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya bukan Ketua

Pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua: Ketua Pembangkang dalam Dewan Negara, bukan Ketua

Pembangkang parti kerajaan.

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 39

Dr. Syed Husin Ali: Okey, terima kasih. Satu penghormatan. Saya turut

menyokong Ucapan Menjunjung Duli ...

Tuan Yang di-Pertua: Kalau Yang Berhormat tak Ketua Pembangkang, saya tak

bagi berucap dahulu.

Dr. Syed Husin Ali: [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Itu dah bagi peluang itu, sebagai Ketua Pembangkanglah.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Jangan sindir menyindir, hentikanlah sindir menyindir ini.

Silakan Yang Berhormat, saya bagi peluang itu elok cakaplah.

Dr. Syed Husin Ali: Bagi peluang apa?

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan.

3.02 ptg.

Dr. Syed Husin Ali: Okey, terima kasih. Saya turut menyokong Usul Menjunjung

Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dalam perbahasan ini, saya akan menumpukan empat perkara.

Pertama tentang demokrasi, kedua tentang peristiwa MH370, ketiga tentang pendidikan dan keempat tentang kesihatan. Sebenarnya lima perkara, dan akhirnya tentang hubungan kaum di negara ini sebab perkara-perkara ini semua disentuh oleh Yang di-Pertuan Agong. Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mula mengambil jawatan, beliau berjanji untuk menjadikan negara ini sebagai contoh demokrasi yang terbaik dalam dunia. Saya akui ini satu hasrat yang baik tetapi nampaknya kita masih jauh, bahkan kadang-kadang kelihatan bertambah jauh daripada matlamat ini. Kita tidak boleh mengatakan demokrasi wujud semata-mata ada pilihan raya lima tahun sekali ataupun undang-undang dapat dibahaskan dan diluluskan dalam Dewan.

Kita tahu bahawa dalam soal pilihan raya, segala-galanya diuruskan oleh SPR dan suruhanjaya ini adalah di bawah Kementerian Perdana Menteri. Saya bimbang dengan kedudukan ini maka ia akan tertekan oleh suasana. Dengan demikian, saya mengharapkan bahawa akan ada perubahan-perubahan supaya suruhanjaya pilihan raya diletakkan di bawah Parlimen dan anggota-anggotanya tidak ditentukan dengan nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong. Perkara ini penting kerana terutama sekarang ini banyak perkara yang dipersoalkan tentang kebebasan SPR ini. Ada yang betul, ada yang tidak tapi yang memeranjatkan saya ialah misalnya dalam soal penentuan sempadan kawasan.

Dalam hal ini, seorang pegawai yang telah lama menjadi setiausaha dan juga pengerusi SPR telah mengakui bahawa persempadanan semula dilakukan terutama untuk memberikan weightage ataupun berat kepada kawasan Melayu supaya boleh memberikan

peluang yang lebih kuat, lebih baik kepada UMNO. Ini akuan dia dan oleh sebab itulah timbul misalannya persoalan tentang kedudukan SPR yang ada sekarang ini. Dengan itu juga, kita melihat bahawa dalam eksais penentuan kawasan pilihan raya yang lalu didapati bahawa ada keadaan yang tidak seimbang di mana didapati negeri atau kawasan di mana parti pemerintah kuat, ditambah bilangan kawasan tetapi di mana ia tidak kuat, maka tidak diubah, tidak ada penambahan. Oleh sebab itulah maka pihak kami terutama pihak pembangkang...

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: [Bangun].

Tuan Yang di-Pertua: Ada seorang bangun, Yang Berhormat. Beri laluan?

Dr. Syed Husin Ali: Saya masa tak ada sangat, jadi baik teruskan sahajalah.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Banyak masa dia.

Dr. Syed Husin Ali: Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Pendek sahaja.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

40 DN 21.4.2014

Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua, minta maaf.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Ketua Pembangkang, pendek

sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat dah dengar tadi dia tak

benarkan. Tak apa Yang Berhormat, nanti bila giliran Yang Berhormat berucap nanti cakaplah.

Dr. Syed Husin Ali: Ya, bolehlah. Terima kasih.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Terima kasih.

Dr. Syed Husin Ali: Tak ada takut. Suasana inilah yang membuatkan pihak kami

menyatakan bahawa kami kurang percaya kepada komposisi-komposisi SPR yang ada ini. Kita mahukan bukan sahaja perubahan komposisi itu tetapi terletaknya SPR itu di bawah Parlimen. Betul bahawa kita juga banyak misalannya meluluskan undang-undang dalam Parlimen tetapi ada ketikanya rang undang-undang terutama di Dewan Rakyat dibentangkan dalam masa yang sangat suntuk.

Tuan Yang di-Pertua: Dalam masa?

Dr. Syed Husin Ali: Ya?.Dalam Dewan Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dr. Syed Husin Ali: Di sini misalnya jarang berlaku tetapi saya mengharapkan

juga bahawa perkara ini tidak berlaku lagi walaupun di Dewan Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua: Berkenaan apa itu Yang Berhormat?

Dr. Syed Husin Ali: Banyak hal, banyak hal.

Tuan Yang di-Pertua: Soal tidak cukup masa?

Dr. Syed Husin Ali: Ya, tidak cukup masa. Rang undang-undang dibentangkan

dengan masa yang pendek.

Tuan Yang di-Pertua: Izinkan saya Yang Berhormat, duduk sekejap. Betul

agaknya kalau itu pandangan Yang Berhormat. Saya berpendapat Dewan ini bila bersidang, wakil-wakil semua parti akan duduk dalam jawatankuasa menentukan masa dan satu, sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara, tanggungjawab satu daripadanya yang penting sekali untuk menentukan masa itu dalam had masa yang diperuntukkan. Bukan Yang di-Pertua menentukan masa itu, itu jawatankuasa yang mengandungi juga wakil-wakil parti-parti pembangkang. Jadi selaku Yang di-Pertua, cuba seboleh-bolehnya bagi peluang dalam jangka masa yang ditetapkan. Itu satu.

Kedua, saya berpendapat kalau kita boleh bekerjasama bila kita berbahas, berbahas secara profesional, dengan berhemah. Jangan merapu membuang masa dan itu selalu bertelagah, bagi sebulan pun tak cukup. Sudah itu saya rasa masa itu dan bagi Dewan Negara. Saya nak bagi tahu kalau sekiranya Yang Berhormat semua tak cukup masa, saya boleh sambung sampai malam. Sampai pukul 12 pun tak mengapa tapi persoalan masa bagi saya, tak timbul bagi Dewan. Sekarang ini terpulang kepada Yang Berhormat untuk mengambil bahagian tetapi bila berucap, jangan terlalu banyak berpolitik. Dewan inilah untuk kita bersama-sama memikirkan untuk kebaikan negara dan juga rakyat. Silakan Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas teguran. Sebenarnya

saya bukan merapu dan bukan menggunakan platform ini untuk politik, mungkin ada salah faham sedikit, mungkin kerana penjelasan saya tidak begitu terang. Saya maksudkan ini ialah masa yang ditetapkan bagi pembentangan sesuatu rang undang-undang. Jadi ertinya, ia dibentangkan satu hari sebelum perbahasan dan inilah yang membuatkan masalah timbul. Bukan saya menyatakan tentang pembahagian masa untuk berbahas.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau masa dibentangkan itu, saya rasa itu boleh terima dan kita check pihak pentadbiran Parlimen supaya memberikan masa yang secukupnya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Itu saya boleh terima, itu terpulang kepada Dewan Rakyatlah sebab biasa Dewan Negara tak berlaku ini. Kalau ada yang berlaku, beritahu saya.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 41

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya soalan daripada pro tak ada.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih. Satu lagi ialah kita dapati bahawa ada kalanya

bila dibentangkan sesuatu usul, walaupun perkara itu penting daripada segi kepentingan negara, ia ditolak juga, ada beberapa hal berlaku. Jadi kalau kita hendak betul-betul mengamalkan demokrasi sepenuh-penuhnya, saya rasa ada baiknya dibenarkan perbahasan yang meluas terutama tentang perkara-perkara yang penting bagi negara. Kalau misalnya dia melanggar peraturan-peraturan umpamanya boleh menyebabkan keselamatan dan pergaduhan kaum, itu soal lain tetapi ada isu yang lain.

■1510

Tuan Yang di-Pertua, di luar Parlimen kita dapati ada juga perkara-perkara yang berlaku di mana beberapa buah institusi yang penting yang melambangkan demokrasi menjadi bertambah lemah dan kadang-kadang dimusnahkan wibawanya. Kita mengakui misalnya peranan yang dimainkan oleh polis tetapi kita bimbang juga tentang dua perkara. Pertamanya, selalu berlaku di mana umpamanya polis lebih banyak mengambil tindakan untuk menyekat aktiviti pembangkang daripada misalnya untuk menjaga keselamatan dalam negara. Padahal, pembunuhan-pembunuhan berat ataupun jenayah berat selalu berlaku di negara kita...

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ada seorang ahli bangun Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Okeylah, pendek ya.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Terima kasih Yang Berhormat.

Saya tertarik pada dua perkara Yang Berhormat sebutkan sebelum ini. Pertamanya apabila disebut soal demokrasi ini kononnya sistem yang ada masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Saya hendak menyentuh di sini, kalau hendak mengikut sistem, ada perkara-perkara yang kita rasa juga dilihat menyebelahi pembangkang. Contohnya macam disebut dalam soalan pagi tadi. Ada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang boleh sesuka hati meletakkan jawatan kerana hendak bagi laluan kepada pemimpin-pemimpin mereka. Ini juga sebenarnya kalau hendak ditanya kepada kami pihak kerajaan, kami pun tidak puas hati sebab tujuan pilihan raya kecil ini diadakan untuk menguntungkan pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti pembangkang.

Hari ini Yang Berhormat memerintah negeri Selangor, dua penggal dah. Manakah lagi kata tidak jujur dan tidak puas hati ini? Sudah dapat negeri Selangor, Pulau Pinang dua penggal, bermaksud kita terima keputusan itu dengan sistem demokrasi yang dibuat begitu baik oleh SPR, kita terima keputusan dan kita hormati keputusan rakyat. Akan tetapi Yang Berhormat tadi semacam meletakkan kesalahan kononnya tidak memerintah negara ini tidak sampai ke Putrajaya sebab SPR tidak jujur. Ini adalah pada saya, satu tohmahan yang tidak tepat yang cuba ditujukan kepada SPR.

Kedua, soal pasukan keselamatan. Disebutkan oleh Yang Berhormat tadi kononnya pasukan polis ini hanya hendak mengawal segala perbuatan yang dibuat oleh parti pembangkang. Bila Yang Berhormat buat demonstrasi, Yang Berhormat serang pasukan polis, terbalikkan kereta polis, pukul polis, cederakan anggota polis, polis pun tidak bertindak balas. Itu juga tidak adil pada kami. Sepatutnya orang-orang yang terlibat ini secara hooligan ini, dengan izin, mesti diambil tindakan sekeras-kerasnya, sebab ini negara yang bertamadun. Kita ada etika dan disiplin sebagai rakyat. Bukan boleh buat sesuka hati.

Jadi pada saya apa Yang Berhormat sebut itu, tidak berapa tepatlah. Ada pula boleh kata polis macam dilihat menyebelahi kerajaan. Biarkan pihak polis menjalankan kerja mereka dengan jujur dan saya fikir selama ini cukup bijaksana. Jadi saya tidak berapa setuju dan saya mohon penjelasan Yang Berhormat mengenai dua isu ini. Terima kasih.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

42 DN 21.4.2014

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih. Yang Berhormat tadi hanya mengemukakan

ulasan dan pandangan, bukan soalan. Jadi saya hendak ulas sedikit sahaja. Pertamanya, walaupun ada pilihan raya dan kita masih percaya kepada pilihan raya, rakyat masih percaya kepada pilihan raya, kami berpendapat sekiranya pilihan raya itu adil dan dilakukan pada padang yang rata, sama-rata, maka kita boleh menang lebih banyak lagi.

Keduanya tentang polis, saya baru sebut satu sahaja sebab ada benda lain yang saya hendak sebutkan. Perkara kedua yang saya hendak sebutkan ada kaitannya dengan apa yang disebutkan oleh...

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Yang Berhormat, minta laluan. Sedikit

sahaja.

Dr. Syed Husin Ali: Tidak mengapalah.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Sikit sahaja.

Dr. Syed Husin Ali: Sedikit itu nanti jadi panjang juga.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Tolonglah, anakanda hendak...

Dr. Syed Husin Ali: Sedikit itu jadi panjang juga. Tidak mengapalah, ayahanda

tidak bagi.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Kasihanlah saya. Saya hendak sentuh

pasal SPR sedikit sahaja.

Dr. Syed Husin Ali: Tidak mengapalah, dah sudah dah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Ya terima kasih. Keduanya ialah tentang kematian yang telah

disebutkan tadi dalam lokap dan juga di luar lokap. Dalam masa sepuluh tahun yang lalu ini, tidak kurang daripada 200 orang telah mati. Ada penyiasatan, ada yang dibawa ke mahkamah, ada yang dilepaskan, ada yang dikurangkan hukuman dan jarang-jarang sekali yang dihukum secara berat. Kalau kita tengok, ada yang setengah mati itu, ada anak muda Melayu dan sebagainya ditembak sampai sepuluh das dan ada juga misalnya antara mereka yang ditembak bukan sahaja dari belakang tetapi di atas kepala dalam keadaan seolah-olah mereka minta ampun. Jadi keadaan seperti ini adalah sangat buruk dan sangat zalim.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kalau boleh Yang Berhormat ada bukti

itu, kan...

Dr. Syed Husin Ali: Boleh, boleh tapi...

Tuan Yang di-Pertua: Kalau boleh spesifik. Dewan ini boleh...

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Yang Berhormat, itu prejudis,

prasangka, tidak boleh.

Dr. Syed Husin Ali: Kes Kugan misalnya...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ini kepada semua Ahli Yang Berhormat.

Apabila berhujah, mesti bertanggungjawab. Maksud saya kalau sekiranya ada tembak kepala seperti ini, be specific.

Dr. Syed Husin Ali: Ada.

Tuan Yang di-Pertua: Nyatakan, senang kita hendak ambil tindakan dan

sebagainya.

Dr. Syed Husin Ali: Akan tetapi lebih panjang sebenarnya.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau hanya bercakap sambil kemukakan itu, saya rasa

tidaklah. Kalau boleh...

Dr. Syed Husin Ali: Ada anak Melayu yang umurnya 15 tahun yang dituduh

misalnya...

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 43

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Siapa. Siapakah Yang

Berhormat?

Tuan Yang di-Pertua: Diam, diam.

Dr. Syed Husin Ali: Yang dituduh misalnya, lari daripada polis.

Tuan Yang di-Pertua: Kes mana Yang Berhormat?

Dr. Syed Husin Ali: Kes ini telah dibawa ke mahkamah. Polisnya dihukum,

kemudian ada rayuan dan kemudian dikurangkan hukumannya.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Ini Ketua Pembangkang khayal itu.

Dr. Syed Husin Ali: Tidak ada khayal, ini betul. Kes Kugan misalnya...

Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa. Yang Berhormat, teruskan. Apa Yang

Berhormat cakap itu dirakamkan. Silakan.

Dr. Syed Husin Ali: Dirakamkan dan kalau diperlukan, saya memberikan bukti

kepada Tuan Yang di-Pertua selepas ini ya. Tidak hari inilah, tapi saya akan kemukakan.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dr. Syed Husin Ali: Dalam kes Kugan misalnya, dinyatakan bahawa pihak IGP

yang waktu itu menjadi pesuruhjaya di Selangor adalah turut terlibat tetapi tidak pernah dia dibawa ke dalam mahkamah. Cuma kemudiannya barulah kes ini melibatkan hukuman ke atas beberapa orang polis. Jadi yang mati ini bukan satu dua orang, lima atau enam orang tetapi 200 orang dalam masa tempoh 10 tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tuduhan ini cukup serius. Saya minta

Yang Berhormat tolong beri bukti nyatakan kes yang berkenaan. Senang kita hendak bertindak.

Dr. Syed Husin Ali: Memang, yang 200 ini adalah jawapan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri kepada saya dan juga kepada saudara itu... [Merujuk kepada seorang Ahli]

Tuan Yang di-Pertua: Tidak mengapa Yang Berhormat, teruskan.

Dr. Syed Husin Ali: Kes yang mati dikatakan ditembak atas kepala itu, saya akan berikan gambarnya nanti, in shaa-Allah.

Selain daripada institusi polis, kita lihat juga pentingnya institusi media memainkan peranan yang...

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Boleh bagi laluan Yang Berhormat?

Dr. Syed Husin Ali: Tidak, terima kasih.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Boleh?

Dr. Syed Husin Ali: Tidak.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Yang Berhormat, bolehkah Yang

Berhormat? Tolonglah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat...

Dr. Syed Husin Ali: Hendak minta tolong tidak payahlah.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Kita kawan lama. Dahulu saya pun

duduk...

Dr. Syed Husin Ali: Saya tidak pernah berkawan dengan awak [Ketawa] Maaf,

maaf.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Dahulu Ketua Pembangkang kawan

saya, boleh?

Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya masih berdiri Tuan Yang di-

Pertua.

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

44 DN 21.4.2014

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Takutlah dia.

Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua ialah institusi media.

Institusi media ini perlu bertindak secara neutral, secara profesional. Kita dapati bahawa sesetengah media bukan sahaja tidak adil kepada pihak pemimpin dan parti pembangkang tetapi tidak menggunakan- tidak adil, misalannya daripada segi tidak memberikan berita yang betul bahkan menggunakan terutama TV dengan cara-cara untuk bukan sahaja memburukkan bahkan untuk membuat cerita-cerita yang tidak betul, yang fitnah dan ini diulang-ulangi. Bukan satu hari atau dua hari, bahkan beberapa hari.

■1520

Salah satu tanda ukur demokrasi yang penting ialah media mesti bebas, profesional serta beretika yang melambangkan kebebasan bersuara seperti yang dijamin dalam Perlembagaan. Malangnya tidak wujud hal ini dan bila ada tuduhan-tuduhan yang berterusan, tidak pernah diberi peluang untuk pihak yang tertuduh atau yang difitnah untuk memberi jawapan. Jadi, suatu yang fundamental ialah perlunya ada peluang seperti itu.

Perkara yang ketiga lebih sedih lagi ialah institusi kehakiman. Maaflah, ini pendapat saya bahawa sama ada mahkamah, hakim ataupun pendakwa nampaknya semakin menunjukkan sifat-sifat yang kurang beretika, kurang profesional. Salah satu sebabnya saya percaya ialah kerana adanya kenaikan pangkat berdasarkan kepada faktor-faktor yang lebih menguntungkan pihak berkenaan. Beberapa orang misalnya yang mempunyai kebolehan, yang mempunyai profesionalisme tidak dinaikkan pangkat. Kalau hendak diberikan nama saya boleh bagikan nama. Satu lagi ialah berlakunya rasuah dalam kehakiman. Ini bukan satu tuduhan, ini berdasarkan terutama satu pamflet yang telah dikeluarkan oleh seorang hakim yang menyatakan kes-kes...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, adakah ini yang dibangkitkan semasa

satu ketika dahulu, yang seorang bekas hakim mengeluarkan berkenaan perkara ini, yang sudah pernah disiasat begitu rapi?

Dr. Syed Husin Ali: Dan dia di...

Tuan Yang di-Pertua: Adakah ini kes yang sama?

Dr. Syed Husin Ali: Kes yang sama ya.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau yang sama perkara itu sudah bangkit sudah lama

Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Akan tetapi yang...

Tuan Yang di-Pertua: Kalau ada yang baru tolong kemukakan dan juga dalam

Dewan Rakyat baru ini pun saya ada mengikuti perkembangan di sana yang mana apabila sebut badan kehakiman jangan lupa bahawa kita ada dengan izin, separation of powers. Badan-badan kehakiman, eksekutif dan legislatif, bebas. Oleh yang demikian, kalau sekiranya ada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini harap Yang Berhormat semua bertanggungjawab kemukakan bukti supaya dapat perkara ini disiasat dengan betul.

Dr. Syed Husin Ali: Ada dua perkara Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Akan tetapi saya tidak mahu beri tuduhan melulu sahaja

yang tidak bertanggungjawab.

Dr. Syed Husin Ali: Tidak, tidak melulu.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau ada, sila kemukakan.

Dr. Syed Husin Ali: Saya mengatakan bahawa kalau diperlukan, selepas ini saya

akan berikan buktinya. Saya akan bukti sebab...

Tuan Yang di-Pertua: Ya, tetapi kalau kes yang dahulu...

Dr. Syed Husin Ali: Tidak, ini kes baru.

Tuan Yang di-Pertua: Itu saya rasa benda itu sudah bincang lama dahulu.

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 45

Dr. Syed Husin Ali: Ini yang kes baru Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau ada baru, sila kemukakan.

Dr. Syed Husin Ali: Misalan, kita mengharapkan Ketua Hakim tidak akan

memihak kepada apa-apa keputusan yang dibuat oleh hakim yang terbawahnya terutama bila akan ada appeal sebab appeal biasanya akan dipengerusikan oleh Ketua Hakim. Jadi, kalau Ketua Hakim sudah memberi sokongan kepada keputusan yang telah dibuat oleh...

Tuan Yang di-Pertua: Adakah bukti Yang Berhormat, yang...

Dr. Syed Husin Ali: Baru ini dalam kes misalnya iaitu kes rayuan Dato' Seri Anwar

bin Ibrahim yang Ketua Hakim membuat kenyataan secara terbuka. Jadi, dengan sendirinya ia menimbulkan macam prejudis.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, ringkas Yang Berhormat. Dalam perkara ini saya

sendiri pun tertarik juga bahawa saya terpanggil. Kita ingin melihat kebenaran. Oleh demikian, kalau boleh Yang Berhormat kemukakan bukti itu kepada saya.

Dr. Syed Husin Ali: Ya boleh, boleh.

Tuan Yang di-Pertua: Ini kerana saya tahu bahawa Ketua Hakim Negara, hakim-

hakim semua, dia kumpulan yang tidak boleh berat sebelah. Kalau sekiranya berlaku ikut elok juga Yang Berhormat kemukakan.

Dr. Syed Husin Ali: Ya dan satu lagi yang saya hendak kemukakan ialah bahawa

ada misalnya seorang pengerusi disiplin parti yang diangkat sebagai Ketua Hakim mengatasi beberapa orang lain. Lepas dia pencen dia mendapat projek dan isterinya mendapat projek bernilai lebih daripada RM2 bilion.

Tuan Yang di-Pertua: Saya rasa Yang Berhormat betul, saya mengikuti

perkembangan Dewan Rakyat hari itu, inilah suara-suara yang dibangkitkan juga di Dewan Rakyat. Kalau Yang Berhormat hendak bangkitkan perkara ini juga saya rasa...

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Hujah, hujah.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan kalau

boleh. Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali, minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua: Nanti sekejap. Duduk dahulu, semua duduk Yang

Berhormat. Yang Berhormat, saya hendak beri maklum kepada semua dan mengingatkan apabila sebut berkenaan kedudukan hakim ini elok berhati-hati. Hendaklah betul-betul bertanggungjawab bahawa badan-badan ini badan yang betul-betul berkecuali. Mereka tidak ada wakil di sini untuk berbahas. Jangan gunakan badan ataupun Dewan ini untuk membuat tohmahan, tuduhan yang melulu yang rasanya akan membuat satu imej... [Tepuk] Membuat satu imej yang tidak baik misalnya. Jangan gunakan Dewan ini untuk publisiti. Saya ada mengikuti apa yang berlaku di Dewan Rakyat tempoh hari, inilah dia. Saya ingin menasihatkan Yang Berhormat, jangan sebut lagilah badan kehakiman ini dan Yang Berhormat kemukakan bukti-bukti kepada saya. Saya akan tengok, lepas itu saya akan bawa ke sini. Kalau tidak ada meritnya, saya tidak benarkan lagi.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya

rasa oleh sebab selalu Tuan Yang di-Pertua bertanya dan beri komen...

Tuan Yang di-Pertua: Silalah Yang Berhormat, sila teruskan. Ambil point lain.

Teruskan.

Dr. Syed Husin Ali: Akan tetapi ada perkara lain yang hendak saya sebutkan

tentang kehakiman ini iaitu perkara yang berkaitan juga dengan kes rayuan dan fitnah sodomi kedua. Kita dapati...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kalau boleh Yang Berhormat, keputusan

saya, Yang Berhormat jangan sebut lagi kes-kes yang berkaitan kehakiman.

Dr. Syed Husin Ali: Mengapakah tidak? Kita bebas...

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

46 DN 21.4.2014

Tuan Yang di-Pertua: Nanti, saya bagi peluang Yang Berhormat kemukakan

bukti-bukti pada saya secepat mungkin, saya timbangkan dan lepas itu saya benarkan Yang Berhormat. Saya tidak mahu perkara ini, Dewan ini membincangkan sesuatu yang saya fikir tidak sepatutnya dilakukan [Tepuk]

Dr. Syed Husin Ali: Saya tidak tahu fasal apa. Dalam peraturan kita, kita tidak

boleh...

Tuan Yang di-Pertua: Ada setengah-setengah itu Yang Berhormat yang boleh dianggap sebagai contempt, you know.

Dr. Syed Husin Ali: Contempt di luar tidak boleh tetapi kita...

Tuan Yang di-Pertua: Dalam Dewan sekalipun, kalau sekiranya perkara-perkara yang sub judice...

Dr. Syed Husin Ali: Saya bersedia...

Tuan Yang di-Pertua: Kalau kes- katalah kes sekarang ini berkaitan yang sodomi

kes, kes masih dalam rayuan.

Dr. Syed Husin Ali: Saya bersedia...

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Tuan Yang di-Pertua, saya ada peraturan

mesyuarat. Peraturan Mesyuarat 35(2), peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua: Tunggu sekejap. Apakah dia Yang Berhormat?

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: “Tidak boleh disebutkan apa-apa jua perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah sekiranya pada pertimbangan Tuan Yang di-Pertua harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu”.

Tuan Yang di-Pertua: Itu yang saya sebut tadi.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Jadi saya rasa peraturan mesyuarat...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Saya sudah

memang tahu peraturan itu. Itu sebabnya saya minta Yang Berhormat pergi ke tajuk lain selain daripada yang ini tadi kerana kes yang sekarang ini, bila disebut berkenaan sodomi ataupun melibatkan yang berkenaan, saya tidak mahu sebut namalah. Ini kerana kes ini masih lagi dalam rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Oleh sebab itu, sekarang saya tidak hendak benarkan perkara ini. Keputusan saya, saya tidak benarkan. Yang Berhormat, teruskan ke tajuk lain.

Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya masih menganggap bahawa saya

berhak.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya buat keputusan. Keputusan saya

muktamad.

Dr. Syed Husin Ali: Secara demokratik dan keputusan Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat, keputusan 43 ialah muktamad. Saya

ingatkan Yang Berhormat kerana saya beri peluang pergi ke tajuk lain. Kalau tidak, Yang Berhormat berhenti.

Dr. Syed Husin Ali: Cuba kita baca balik keputusan 43 tadi ya?

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Peraturan Mesyuarat 35(2).

Tuan Yang di-Pertua: Keputusan Tuan Yang di-Pertua muktamad.

Dr. Syed Husin Ali: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya...

Tuan Yang di-Pertua: Kalau Yang Berhormat berdegil lagi, saya suruh keluar

Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Saya berterima kasihlah kerana Tuan Yang di-Pertua sangat

aktif hendak menyekat perbincangan saya.

Tuan Yang di-Pertua: Betul, saya akui.

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 47

Dr. Syed Husin Ali: Saya hormati keputusan walaupun keputusan itu saya

anggap tidak adil dan tidak demokratik.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau tidak adil Yang Berhormat berhak buat usul. Itu ada

dalam peruntukan Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Buat usul pun barangkali tidak boleh buat apa-apalah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, jangan cakap banyak lagi. Ikut perintah saya. Teruskan berucap tajuk lain [Tepuk]

Dr. Syed Husin Ali: Sekarang sudah tidak perlulah orang lain menyoal ataupun

komen sebab dilakukan oleh Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang kedua yang hendak saya sebutkan ialah berkaitan dengan kehilangan kapal terbang MH370.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat, kita hendak dengar.

Dr. Syed Husin Ali: Penghakiman yang dianggap sebagai bergulut-gulut dan

terburu-buru itu telah dibuat dalam tempoh satu jam terhadap Dato' Seri Anwar bin Ibrahim. Secara kebetulan...

Tuan Yang di-Pertua: No, MH370. Bangkit Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, apa hal

ceritanya Yang Berhormat?

Dr. Syed Husin Ali: Nantilah! Saya tidak habis lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Okey teruskan, teruskan.

Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua pun tidak memberikan peluang.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan, teruskan saya dengar.

Dr. Syed Husin Ali: Bagi peluang saya teruskan kemudian boleh komen atau

soal.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, silakan Yang Berhormat.

■1530

Dr. Syed Husin Ali: Saya mengatakan selepas keputusan itu, secara kebetulan

sebuah pesawat milik syarikat MAS MH370 telah hilang lesap dan sampai sekarang tidak dapat diketahui di mana. Selepas itu pula, pesawat MAS melanggar burung di Nepal. Kemudian pesawat MAS yang sepatutnya pergi ke Seoul, telah didivert ke Hong Kong

kerana bermasalah. Selepas itu pula, lambat empat jam pesawat MAS ke London oleh sebab kerosakan enjin.

Jadi semua ini terutama MH370, menimbulkan dua perkara. Perkara pertama ialah ia mengakibatkan kerugian. Bukan sahaja kerugian kapal terbang yang hilang tetapi kerugian daripada segi segala pampasan dan sebagainya yang harus diberi dan perbelanjaan untuk mencari. Satu lagi ialah kerana kehilangan prestij atau nama baik MAS dan juga kerajaan negara ini oleh sebab perkara ini begitu rupa sehingga boleh menjejaskan passengers...

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Boleh Yang Berhormat, boleh sedikit

laluan Yang Berhormat?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, hendak beri laluan?

Dr. Syed Husin Ali: Tidak, tidak bagi. Kalau Tuan Yang di-Pertua, saya bagi laluan.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Bagi, tidak mahu bagi?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Tidak, sedikit saya tanya Yang

Berhormat. Yang Berhormat?

Dr. Syed Husin Ali: Saya berdiri.

Tuan Yang di-Pertua: Terpulang kepada Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Saya sedang berdiri.

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

48 DN 21.4.2014

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat duduk. Sila Yang Berhormat. Yang

Berhormat Dato' Nallakaruppan, you boleh bercakap masa giliran Yang Berhormat nanti.

Dr. Syed Husin Ali: Ya, betul. Saya anggap bahawa kerugian dan juga

kehilangan nama baik ini lebih besar lagi akibatnya daripada misalnya defisit ataupun kerugian yang dihadapi oleh MAS tiga tahun yang lalu sebanyak kira-kira RM4 bilion. Akibat daripada ini, kita lihat juga sedikit-sebanyaknya terutama dengan berkurangnya sekarang ini orang naik MAS dan bertambah beraninya syarikat-syarikat yang menjadi rival ataupun pesaing kepada MAS mendabik dada mereka.

Apabila berlakunya MH370 ini, tidak cepat diumumkan atau diberikan kenyataan tentang apa yang berlaku. Seperti yang saya sebutkan pagi tadi, ia mengambil lebih enam jam sebelum ada press release daripada pihak MAS dan DCA. Apabila diadakan berbagai-bagai press conference ataupun sidang media selepas itu, didapati banyak percanggahan berlaku. Bahkan, keadaan bertambah baik apabila pemangku Menteri Pengangkutan mengambil alih dalam soal pemberian penjelasan. Akan tetapi pada waktu itu pun masih berlaku sedikit percanggahan. Saya hendak kemukakan senarai, sebab nanti diminta pula, senarai tentang beberapa kes percanggahan seperti berikut:

(i) dua orang yang menggunakan pasport orang lain, sekejap dikatakan berbentuk Asia, sekejap dikatakan berkulit hitam dan kemudian baru didapati orang Iran;

(ii) empat orang penumpang dikatakan check-in tetapi seorang pegawai mengatakan mereka tidak menaiki pesawat dan barang mereka dibawa keluar dan seorang lagi mengatakan pula mereka naik. Ini IGP sendiri mengatakan;

(iii) seorang jeneral udara mula-mula mengatakan pesawat patah

balik akan tetapi keesokannya beliau menafikan membuat kenyataan tersebut;

(iv) apabila timbul kritikan kenapa radar Malaysia tidak dapat

mengesan pesawat, pihak tentera mengatakan mereka sangka ada kebenaran daripada menara kawalan untuk pesawat pusing balik;

(v) lepas itu timbul pula cerita kononnya pesawat terbang rendah

dan tidak boleh ditangkap oleh radar. Timbul pula dakwaan mungkin pegawai yang menjaga cuai ataupun radar tidak diservis dan kurang berfungsi;

(vi) Pemangku Menteri Pengangkutan membuat kenyataan di

dalam Parlimen bahawa Angkatan Tentera Udara Diraja mungkin tidak memintas pesawat kerana menganggap menara kawalan telah memberi laluan. Biasanya dari segi keselamatan kita mesti pintas kalau ada misalnya kelihatan kapal terbang yang lalu. Apabila dicabar, beliau terpaksa menarik balik kenyataannya kerana ia hanya berdasarkan persepsi;

(vii) kenyataan rasmi tentang pesawat telah patah balik dibuat

hanya selepas empat lima hari. Ertinya, selama empat hari China dan Vietnam terutamanya, membuang masa mencari di Teluk Siam. Mereka timbul marah sehingga menuduh Malaysia tidak mahu berkongsi maklumat;

(viii) kenyataan pertama yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato' Sri

Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, tidak pasti dan masih samar-samar. Ini kerana beliau memberi anggapan bahawa pesawat berkemungkinan ke koridor utara ataupun ke selatan. Ke utara hingga ke Uzbekistan dan ke selatan hingga Lautan Hindi. Masa dan juga belanja terbuang di koridor utara itu;

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 49

(ix) dalam kenyataan rasmi keduanya, PM Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak menegaskan bahawa berdasarkan maklumat-maklumat dan kira-kira yang dibuat oleh Inmarsat dan lain-lain, pesawat berakhir di Lautan Hindi Selatan. Walaupun beliau tidak menyebutnya, MAS menjelaskan semua penumpang mati tetapi sehingga sekarang kita dapati masih belum dapat dikesan dan banyak kritikan terhadap Inmarsat sekarang ini tidak memberikan kira-kira yang betul;

(x) Pemangku Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Hishammuddin

bin Tun Hussein seolah-olah menafikan maklumat tentang semua penumpang sudah mati. Ini kerana beliau selepas itu berkata, ‘miracles can happen’ dan berdoa agar ada yang hidup. Jadi, ini bertentangan dengan sebelumnya;

(xi) IGP memberi kenyataan bahawa semua penumpang dan

kakitangan pesawat termasuk pilot telah dibersihkan tetapi pemangku Menteri Pengangkutan menafikannya. Kata beliau, selagi kotak hitam belum dijumpai, tidak semua boleh dibersihkan; dan

(xii) rekod perbualan antara pilot dengan menara kawalan hanya

dikeluarkan selepas terbocor kepada akhbar tempatan dan luar negara yang menerbitkannya. Didapati pada penghujungnya, seorang yang masih belum dikenal pasti menyebut, “Good night Malaysia 370” dan bukan, ”Alright, Good night”, sebagaimana diterangkan dalam sidang akhbar lama sebelum itu. Jadi, mereka mengatakan dalam soal kecil ini pun tidak betul, macam mana dengan soal besar.

Percanggahan maklumat yang memperlihatkan pihak kerajaan, DCA dan MAS berdolak-dalik dan bercanggah berlaku kerana jurucakap bukan seorang sahaja yang profesional. Semasa Menteri menjadi jurucakap utama pun ada beberapa orang pegawai awam, polis dan tentera, bahkan Menteri lain juga yang bercakap dan memberikan pendapat kadang-kadang berlainan.

Selain itu, ada pembocoran maklumat kepada media luar yang mendakwa sumber mereka daripada pegawai tinggi dan berkali-kali Menteri terpaksa menafikan. Apa yang tidak dapat dinafikan ialah perbualan pilot dengan menara kawalan kerana direkodkan dan diterbitkan. Akhbar yang dahulu menerbitkan rekod ini. Jadi bila sudah keluar, tidak dapat buat apa-apa, kenalah mereka mengakui.

Ada lagi perkara yang masih belum dikemukakan iaitu tentang manifest cargo, apa dia senarai kargo. Mula-mula dikatakan hanya tiga tan manggis. Tiga empat hari kemudian dikatakan ada bateri litium. Sekarang timbul pula soalan, adakah benda lain? Akan tetapi sampai sekarang pihak berkenaan tidak mahu menjawab tentang sama ada dinafikannya atau menerima bahawa ada sesuatu yang tidak dapat dikemukakan. Daripada segala ini, negara dan media asing, pakar-pakar di luar, bahkan juga sebahagian orang awam, tempatan merasa tidak puas hati. Maka, timbullah soalan adakah hal-hal yang menyebabkan tidak puas hati ini kerana soal tidak cekap atau adakah sesuatu yang hendak disembunyikan oleh pihak berkuasa. ■1540

Apabila pusat maklumat dan pencarian berpindah dari Kuala Lumpur ke Perth, kita lihat Perdana Menteri Australia membuat kenyataan-kenyataan dan menjawab soalan-soalan. Beliau melaporkan kepada Parlimen beberapa perkembangan semasa Parlimen bersidang. Akan tetapi apa yang berlaku di sini? Taklimat hanya diberi kepada anggota Parlimen UMNO saja, UMNO BN dan dalam majlis makan pula di sebuah hotel. Mengapakah tidak boleh diberi kepada anggota Parlimen Pembangkang? Maka dikatakan kepada pembangkang mesti tunggu dulu hingga laporan tiga buah Jawatankuasa siap. Adakah maklumat-maklumat yang diberi sehingga kini tidak boleh dipercayai sehingga kita mesti menunggu yang tiga buah Jawatankuasa itu? Kenapa Perdana Menteri tidak mahu atau tidak berani menjawab soalan selepas dua kali beliau membuat kenyataan kepada media, kepada dunia sebagaimana dilakukan oleh Perdana Menteri Australia?

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

50 DN 21.4.2014

Kenapakah beliau tidak melaporkan perkembangan dalam Parlimen padahal Parlimen sedang bersidang waktu itu? Mengapakah tidak mahu dan tidak berani telus? Apakah ada sesuatu yang hendak disembunyikan? Adakah wujud buaya di sebalik batu?

Saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua, tidak mencukupi hanya membentuk tiga buah Jawatankuasa. Tidak memadai juga sekiranya dibentuk jawatankuasa Parlimen yang telah diminta oleh sesetengah pihak. Bahkan Suruhanjaya Diraja Tempatan pun barangkali akan dipersoalkan. Oleh sebab itu, saya mengalu-alukan rancangan kerajaan dan saya tidak pasti sama ada sudah diluluskan sebab yang terakhir saya dengar belum diluluskan, rancangan kerajaan hendak membentuk sebuah suruhanjaya antarabangsa. Akan tetapi saya berharap apabila Suruhanjaya Antarabangsa ini telah dibentuk dan menjalankan tugasnya, segala perakuannya dapat dipantau supaya dapat betul-betul dijalankan kerana tidak ada ertinya Suruhanjaya Antarabangsa sekiranya bila mereka buat recommendation, tidak dijalankan.

Tentang masalah pendidikan Tuan Yang di-Pertua, ada dua masalah di sini. Masalah pertama ialah saya dapati bahawa sekarang ini kurang anak-anak bukan Melayu di sekolah sama sekali dan anak-anak golongan profesional dan berpangkat tinggi yang mahu ke sekolah Melayu, sekolah kebangsaan. Itu masalah pertama. Apakah sebabnya?

Masalah kedua ialah ada tanda-tanda menurunnya mutu pendidikan terutama di sekolah-sekolah kebangsaan. Sekarang ini tidak sampai 10 peratus penuntut Cina dihantar ke sekolah kebangsaan dan ini berterusan. Bahkan ada tanda bertambah banyak ibu bapa Melayu yang menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan juga di sekolah-sekolah antarabangsa, bukan saja di luar negara tapi sekolah antarabangsa dalam negara juga.

Apakah sebabnya makin kurang kepercayaan kepada sistem pendidikan nasional ini? Pertama, dianggap bahawa sekolah kebangsaan rendah mutunya dan tidak menjamin masa depan yang baik bagi anak mereka. Masa depan dianggap dijamin hanya oleh sekolah-sekolah yang berbahasa Inggeris. Kedua, pendidikan sekolah kebangsaan ini nilai ekonominya. Nilai ekonomi pendidikan dan nilai ekonomi bahasa kebangsaan dianggap rendah. Keutamaan untuk pekerjaan biasanya diberi kepada mereka yang dari sekolah Inggeris dan yang bertutur dengan baik dalam bahasa itu. Bidang perniagaan dan hubungan antara kaum antarabangsa lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris daripada Cina. Ketiga, sering dianggap bahawa tidak ada persaingan yang sihat yang boleh membantu pencapaian lebih tinggi di sekolah-sekolah kebangsaan. Anak-anak Tionghoa ini, ibu bapa mereka kata buat apa pergi sekolah kebangsaan, tidak ada persaingan dan sebab tidak ada persaingan ialah pelajar-pelajar Melayu yang terbaik sudah dihantar ke luar negara untuk belajar.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Yang Berhormat Senator Tuan Syed, saya

minta sikit boleh tidak?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada seorang mencelah.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Yang Berhormat Senator Tuan Syed, boleh

saya sedikit?

Dr. Syed Husin Ali: Bolehlah.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Mungkin kita boleh berkongsi sedikit daripada

segi pendapat Yang Berhormat Senator Tuan Syed itu berkenaan sistem pendidikan sebab saya nampaknya tidak adillah Yang Berhormat Senator Tuan Syed...

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat, sila Yang Berhormat. Dia sudah bagi

peluang untuk bertanya.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Ya, sebab saya nampak perkara ini tidak adil

sebab seolah-olah Yang Berhormat Senator Tuan Syed cuma menggambarkan bahawa tenaga pengajar ataupun cikgu-cikgu kita yang berada di sekolah kebangsaan ini adalah di bawah paras ataupun boleh kita kategorikan sebagai low class. Oleh sebab itu, Yang

Berhormat Senator Tuan Syed menggambarkan bahawa sistem pendidikan di sekolah kebangsaan ini sistem pendidikan yang tidak bermutu.

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 51

Jadi saya mintalah Yang Berhormat Senator Tuan Syed jangan menggambarkan sampai begini keadaan sebab jumlah mereka ini besar di bawah dan cikgu-cikgu yang mengajar di peringkat sekolah kebangsaan ini sangat ramai. Kalau Yang Berhormat Senator Tuan Syed membandingkan sekolah kebangsaan yang hampir 10,000 dengan sekolah jenis persendirian yang mungkin percentagenya tidak sampai 1 peratus pun daripada jumlah tersebut, ini satu perbandingan yang sangat tidak adil. Dalam masa yang sama juga saya merasakan Yang Berhormat Senator Tuan Syed cuba menggambarkan bahawa tenaga-tenaga pengajar yang berada di sekolah-sekolah kebangsaan ini tenaga-tenaga pengajar yang tidak qualified atau yang tidak ada kualiti.

Jadi saya minta kalau boleh kita tarik balik keadaan ini dan cuba bagi penjelasan yang lebih baik dalam konteks bagaimana untuk kita menampakkan bahawa sistem pendidikan kita ini berada di tahap yang sebenar sebab saya rasa ini sangat-sangat tidak adil untuk cikgu-cikgu yang berada di sekolah kebangsaan. Terima kasih.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak pernah

menyentuh tentang guru-guru. Itu pandangan dan persepsi saudara. Tentang mutu, saya akan bincang lagi nanti kemudiannya.

Kemudian yang ketiga ialah ada persepsi kononnya budaya disiplin adalah lebih baik, lebih tinggi, lebih ketat di sekolah-sekolah Cina dan tidak di sekolah-sekolah kebangsaan. Sama ada ini benar atau tidak, kajian perlu dibuat. Akhirnya ada persepsi bahawa sekolah Melayu kebangsaan mempunyai, ini persepsi, kadang-kadang mengamalkan apa yang dianggap sebagai nilai-nilai tidak progresif. Ini saya menceritakan anggapan bukan Melayu dan juga ibu bapa yang profesional mengapa mereka tidak hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Saya berpendapat bahawa ibu bapa bukan Melayu tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah Melayu Kebangsaan bukan semata-mata kerana soal bahasa pengantar, bukan soal bahasa pengantar kerana dia boleh hantar kepada bahasa Inggeris. Saya percaya sekiranya mutu pendidikan ditingkatkan, nilai ekonomi Bahasa Kebangsaan dinaikkan, wujud persaingan yang sihat, perbaiki budaya disiplin dan diperkembangkan nilai progresif, maka akan lebih banyak ibu bapa bukan Melayu, bahkan juga ibu bapa Melayu daripada golongan profesional yang tinggi tadi untuk menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Bermaknalah, perubahan-perubahan besar perlu dibuat ke atas sekolah kebangsaan Melayu supaya menjadi lebih kukuh dan boleh dipercayai oleh ibu bapa-ibu bapa bukan Melayu dan juga mereka dari kelas pertengahan dan profesional.

Berkaitan mutu, ini yang saya hendak sebut tadi. Berkaitan mutu pendidikan pula, kita dapati terutama mutu di sekolah-sekolah kebangsaan Melayu adalah rendah khususnya dalam bidang Matematik dan Sains. Mengikut ranking PISA iaitu Program For International Student Assessment dalam tiga subjek, Matematik, Membaca dan Sains, Malaysia menduduki tempat yang dekat dengan tercorot, sebaliknya negara-negara yang berkedudukan teratas ialah China, Taiwan, Jepun, Korea, Singapura dan Hong Kong. Itu di luar negara. Dalam negara pun kita dapati bahawa kedudukan Matematik dan Sains di sekolah-sekolah kebangsaan adalah lebih rendah pencapaiannya. Cara mengajar di sekolah-sekolah Cina itu nampaknya lebih baik.

Ada langkah yang diambil oleh seorang mantan Perdana Menteri di negara ini yang berkeras mahu kedua-dua subjek ini, Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris. Pada pandangan beliau, ini boleh membantu menaikkan mutu bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan Melayu terutamanya. Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan bahawa okey kalau kita ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, mungkin pencapaian dan mutunya akan bertambah di sekolah kebangsaan. Kita lihat bahawa di negara seperti China, Korea dan Jepun tadi mutu tinggi dalam Matematik dan Sains tercapai walaupun mereka tidak mengajar dalam bahasa Inggeris. Mereka mengajar dalam bahasa mereka sendiri. Kalau bahasa Inggeris digunakan untuk mengajar Maths.

dan Sains, tidak bererti bahawa bahasa Inggeris itu akan bertambah baik.

Sekarang ini walaupun dikatakan bahawa Bahasa Melayu akan digunakan untuk mengajar Sains dan Matematik, saya tahu bahawa banyak sekolah di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya masih menggunakan teks-teks berbahasa Inggeris dalam soal ini.

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

52 DN 21.4.2014

Jadi dalam hal ini, kita bertanya macam mana hendak tambah baikkan mutu pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah kebangsaan.

■1550

Saya pernah mencadangkan supaya diadakan kajian, diadakan sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji macam mana mereka mengajar Matematik di sekolah-sekolah yang bermutu itu di Jepun, di China dan di Korea dan bagaimana mereka mengajar di sekolah-sekolah Cina dalam negara ini. Selepas kajian itu dibuat, perakuan-perakuan hendaklah dibuat dan dijalankan untuk memastikan taraf Matematik dan Sains dapat dinaikkan mutunya di sekolah kebangsaan di negeri-negeri ini.

Perkara yang berikutnya ialah perubatan. Dalam soal perubatan ini saya hanya hendak menyebut tentang kenaikan harga ubatan. Beberapa bulan lalu, sebuah portal berita laman web menekankan bahawa sebuah pindaan telah dilakukan secara senyap-senyap ke atas Jadual 13, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jabatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. Beberapa hari kemudian, Menteri Kesihatan dalam sidang media mengumumkan bahawa kenaikan kos perubatan sebanyak 14 peratus hingga 18 peratus yang telah dilaksanakan oleh kementerian. Walaupun Menteri itu menyatakan peningkatan harga dihadkan kepada 18 peratus, namun jadual perubatan yang dikeluarkan menunjukkan kenaikan lebih 200 peratus dan bukannya 18 peratus daripada bayaran minimum yang ditetapkan. Sebagai contoh, yuran perundingan meningkat daripada lingkungan RM10 hingga RM35 menjadi RM30 hingga RM125 iaitu yuran yang baru. Yuran perubatan yang merangkumi bahagian lain adalah dalam lingkungan 14 peratus hingga 30 peratus.

Menteri Kesihatan mengumumkan bahawa kenaikan harga ini perlu oleh sebab kenaikan inflasi sebanyak 23 peratus. Beliau berkata pihak Persatuan Perubatan hendak 30 peratus naik tetapi dia tidak terima. Beliau cuma naikkan sebanyak 14 peratus hingga 18 peratus. Akan tetapi sebenarnya kalau kita dasarkan kepada kenaikan inflasi ini, apa yang dinaikkan, bayaran yang dinaikkan ini adalah jauh daripada inflasi. Saya rasa tidak harus didasarkan kenaikan harga ubatan itu semata-mata dengan faktor inflasi. Kekurangan pusat perubatan kerajaan memaksa sebilangan besar rakyat pergi ke klinik-klinik swasta dan di klinik swasta ini telah ditentukan kenaikan harga. Kalau mereka hendak murah, mereka terpaksa pergi ke klinik atau hospital kerajaan. Ada kalanya jauh, ada kalanya terpaksa menunggu lama. Jadi oleh sebab demikian, mereka mengatakan lebih baik tidak payah ambil atau beli ubat.

Menteri Kesihatan juga telah mengumumkan potongan subsidi kerajaan bagi warganegara asing di hospital kerajaan. Pekerja-pekerja asing yang umumnya berada pada kedudukan ekonomi yang lebih teruk daripada rakyat Malaysia hilang punca perubatan yang munasabah. Kenaikan harga perubatan di pusat-pusat swasta akan menambahkan lagi kerumitan keadaan mereka. Apabila rakyat tempatan atau pekerja migran tidak mampu membeli ubatan kerana terlalu mahal atau tidak dapat pergi ke hospital atau klinik kerajaan kerana jauh, maka besar kemungkinan mudah sahaja penyakit merebak dan tidak dapat dikawal apabila mereka tidak mengambil ubat.

Pesakit akan membanjiri hospital kerajaan apabila mereka sakit. Mereka pergi ke hospital kerajaan. Oleh sebab kemudahan dan kakitangan selalunya terbatas di hospital-hospital ini, pekerja hospital akan menghadapi masalah tekanan kerja. Mereka menghadapi tekanan daripada pesakit atau keluarga mereka dan ini boleh mengancam kestabilan kesihatan negara. Kerajaan yang mengenakan kenaikan inflasi sebagai alasan untuk meningkatkan kos perubatan sebuah kerajaan yang saya anggap tidak prihatin ke atas keperluan dan kesulitan rakyat biasa. Mereka buat agenda, kapitalis tempatan dan juga antarabangsa yang bertujuan untuk memperkayakan diri serta kroni-kroni mereka. Persubahatan mereka adalah untuk menindas rakyat jelata demi mendapat keuntungan yang maksimum.

Kebajikan negara dan rakyat dalam hal-hal seperti perubatan, pendidikan dan keselamatan tidak harus dijual beli dengan mudah dan murah sebagai pertukaran komoditi semata-mata. Ia perlu dianggap sebagai salah satu keperluan atau hak asasi rakyat dan kerajaan bertanggungjawab menangani serta menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Selain itu, rakyat perlu bergabung tenaga dengan pekerja perubatan kerajaan dan swasta untuk mempertahankan hak serta kepentingan mereka.

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 53

Sekarang saya pindah kepada bahagian yang akhir iaitu perpaduan dan integrasi nasional. Tuan Yang di-Pertua, antara matlamat yang hendak dicapai oleh pejuang-pejuang kemerdekaan di negara kita selain daripada menegakkan keadilan sosial ialah untuk membina perpaduan rakyat dan integrasi nasional. Apa yang dimaksudkan dengannya ialah perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negeri ini dan juga integrasi di antara pelbagai daerah atau negeri dalam negara ini. Saya melihat- ini pandangan peribadi, sejak merdeka dicapai pada tahun 1957, masyarakat dan negara ini semakin berpecah dan bukannya semakin bersatu.

Matlamat perpaduan terutama perpaduan rakyat sudah jauh daripada yang seharusnya dicapai. Hal ini bukan sahaja kerana berlakunya misalnya peraturan-peraturan kemasukan ke Sabah dan Sarawak. Kita tahu ada misalnya undang-undang imigresen untuk mengawal kemasukan orang daripada Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Ini berdasarkan kepada perjanjian yang telah dibuat untuk Malaysia dulu. Akan tetapi saya percaya perkara ini harus dikaji semula kerana sekarang ini begitu banyak orang yang turun naik keluar masuk walaupun sekarang ini sudah lebih mudah. Tidak payah pakai pasport dan boleh pakai kad pengenalan sahaja.

Akan tetapi yang tidak baiknya ialah peraturan seperti ini memberikan peluang terutama kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk menyekat orang ataupun pemimpin yang mereka tidak suka daripada pergi ke kawasan-kawasan mereka. Ini bukan sahaja bertentangan dengan kebebasan untuk bergerak...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi?

Dr. Syed Husin Ali: Dalam sepuluh minit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Lima minit, Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Okey. Ini bukan sahaja menjejaskan soal demokrasi dan

kebebasan bergerak tetapi juga tidak memberikan gambaran yang baik bagi masa depan perpaduan. Dalam zaman penjajahan, penjajah telah menjalankan dasar pecah dan perintah. Penjajah telah membenarkan migran dari luar dan oleh sebab kemasukan itu, maka timbullah sebuah masyarakat di mana wujud pelbagai kaum. Bukan sahaja wujud pelbagai kaum, tetapi juga berlaku pengkhususan pekerjaan mengikut kaum. Dengan demikian, mudah untuk diadakan misalnya cara pecah dan perintah.

Sehingga sekarang misalnya, masih ada perbezaan dan pemisahan daripada segi bahasa. Dari kawasan kediaman, daripada aliran pendidikan, daripada peranan ekonomi dan juga daripada segi politik. Perbezaan dan pemisahan ini mudah sahaja boleh digunakan untuk menimbulkan pertentangan atau konflik apabila sahaja diperlukan untuk meneruskan pemerintahan di kawasan-kawasan politik. Mereka boleh melakukan ini dengan menimbulkan dan membakar api perkauman. Selepas Pilihanraya Umum Ke-12 dan juga ke-13, kita nampak satu keadaan yang buruk di mana misalnya lebih banyak sekarang ini hal-hal yang berkaitan dengan perkauman dan keagamaan yang timbul. Ia bukan sahaja menimbulkan kemarahan di antara kaum bahkan juga boleh mencabar perpaduan kaum itu.

Ada percubaan sesetengah pihak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dengan menimbulkan hal-hal yang dipertahankan oleh orang Melayu dan membuat tuduhan yang tidak menentu kepada pihak-pihak yang menentang. Jadi keadaan seumpama ini boleh menimbulkan suasana sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei sekali lagi. Kita harap perkara ini tidak berlaku. Akan tetapi terpaksalah untuk memastikan perkara ini tidak berlaku, kita mengambil langkah-langkah yang tertentu untuk menggalakkan perpaduan dan untuk menimbulkan integrasi.

Ada tiga jenis langkah yang boleh dan patut diambil untuk membina perpaduan rakyat dan integrasi nasional. Satu jenis berkaitan dengan tindakan pencegahan. Satu lagi ialah dengan membuat penyusunan semula institusi yang boleh menimbulkan konflik kaum dan akhir sekali jenis yang boleh diatur atau digalakkan untuk membantu persefahaman dan perpaduan. Antara langkah-langkah pencegahan ialah:

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

54 DN 21.4.2014

■1600

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

(i) diambil tindakan undang-undang yang tegas tanpa mengira bulu ke atas individu, pertubuhan, media dan lain-lain yang meniupkan api perkauman sempit dan keagamaan jumud serta boleh mengancam kestabilan perpaduan;

(ii) hendaklah disekat sebarang pertubuhan, bahkan kerajaan terutama, daripada mengutarakan dan melaksanakan dasar-dasar perkauman yang menimbulkan permusuhan dan penghinaan terhadap kaum-kaum ataupun agama lain; dan

(iii) hendaklah diambil tindakan beransur-ansur untuk memastikan parti-parti politik yang mempunyai anggota daripada satu kaum sahaja membuka pintu mereka kepada kaum lain supaya dalam tempoh yang ditentukan parti satu kaum akan hapus dan digantikan dengan parti pelbagai kaum. Jangan dibenarkan parti baru ditubuhkan jika ia bersifat perkauman.

Antara penyusunan semula institusi yang penting ialah:

(i) membuka lebih banyak dan luas ruang bagi bukan Melayu khususnya daripada keturunan Cina untuk memasuki jawatan kerajaan tetapi ada syarat. Syaratnya ialah pintu industri dan perniagaan yang mereka monopoli hendaklah dibuka juga kepada orang Melayu dan Bumiputera. Bila ada sedikit keseimbangan itu, maka kurang percanggahan;

(ii) mengambil langkah berkesan untuk mengurangkan dan menyekat tendensi melebarnya jurang antara miskin kaya atau berada dan tidak berada terutama jikalau jurang itu melebarkan kesamaan antara kaum. Ini masalahnya dia bukan sahaja jurang ekonomi tetapi boleh juga merupakan jurang perkauman jika tidak dijaga;

(iii) memberi lebih banyak peruntukan bagi pembangunan dan penyediaan kemudahan sosial seperti pendidikan, kesihatan dan perumahan yang mudah serta murah kepada golongan miskin ataupun berpendapatan rendah dan kepada kawasan desa dan pendalaman yang mundur dan terbiar tanpa mengira kaum dan pilih kasih. Ini bertujuan untuk menaikkan taraf hidup mereka dan mengurangkan jurang yang berada dengan tidak berada; dan

(iv) menjalankan usaha yang lebih berkesan terutama oleh kerajaan untuk membantu dan menaikkan taraf ekonomi dan sosial terutama bagi petani dan buruh miskin atau rendah pendapatan daripada memberikan keistimewaan kepada golongan kroni yang kaya-kaya. Misalnya soal padi, biarlah ada keuntungan kepada petani padi dan tidak hanya kepada seorang kroni.

Langkah-langkah untuk menggalakkan dan menimbulkan persefahaman:

(i) untuk memperkukuhkan kedudukan dan menghormati bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantara semua kaum dan semua lapisan masyarakat sambil menggalakkan dan menyediakan kemudahan bagi tiap-tiap kaum untuk mempelajari sekurang-kurangnya satu bahasa kaum yang lain dan beri nilai ekonomi yang tinggi kepada Bahasa Malaysia supaya ia dipelajari dengan gigih oleh semua kaum;

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 55

(ii) menggalakkan semua jenis media untuk memberi ruang untuk memperkenalkan pelbagai jenis seni dan budaya dalam negara ini supaya tiap-tiap kaum mengenali dan memahami sedikit tentang seni, adat, budaya dan pantang-larang kaum yang lain. Saya ingat semasa saya dalam tahanan dahulu ada satu program yang menunjukkan jenis-jenis alat muzik yang dimainkan oleh orang India, orang Cina dan orang Melayu. Banyak saya dapat pengetahuan daripada itu dan sekurang-kurangnya saya dapat kenal alat-alat permainan muzik kaum-kaum yang lain. Jadi media boleh secara positif mengadakan program-program untuk memperkenalkan budaya masing-masing. Bila ada yang kenal maka boleh timbul cinta;

(iii) menggunakan sistem pendidikan sebagai alat terbaik dan paling berkesan bagi menimbulkan kesedaran dan semangat perpaduan serta patriotik melalui pelajaran sejarah dan pengenalan tentang seni, adat, budaya dan pantang-larang kaum masing-masing. Jadi ertinya peranan pendidikan mestilah proaktif; dan

(iv) mengeluarkan lebih banyak rencana dan buku tentang pelbagai seni, adat, budaya dan pantang-larang semua kaum di negara ini yang boleh menjadi bacaan dan panduan umum sebagai asas untuk persefahaman dan perpaduan kaum dan integrasi nasional. Jadi Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya maksudkan ialah bahawa kita memerlukan lebih banyak rencana ini, lebih banyak buku, ertinya lebih banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada usaha-usaha seperti ini.

Akhir sekali, yang ini akhir sebab ada kaitan dengan pendidikan juga dan juga perpaduan ini. Saya telah beberapa kali di dalam Dewan ini menyatakan tentang keadaan buruk sekolah di Sabah, di Sarawak terutamanya di kawasan pendalaman dan juga keadaan sekolah-sekolah di kampung-kampung dan desa di Semenanjung ini. Malangnya, baru-baru ini saya terperanjat melihat bahawa keadaannya, keadaan yang buruk seperti ini terdapat juga di kawasan-kawasan yang terkaya di Semenanjung ini, misalannya di Petaling Jaya.

Di Petaling Jaya misalannya apa yang saya ketahui, sebuah sekolah rendah di mana kerusi mejanya patah atau rosak dan jamban tersumbat berminggu-minggu dan tidak ada api dan ini digunakan terutama oleh murid-murid Darjah 1. Jadi saya tanya kalau ada yang tidak hendak buang air kecil dalam keadaan yang teruk itu apa buat, tahanlah, tahan kencing sehingga kadang-kadang mereka terkencing. Oleh sebab ini berlaku, maka sesetengah ibu bapa telah berkumpul untuk membaiki keadaan kelas, membaiki keadaan kerusi meja dan membaiki membersihkan jamban yang sudah bukan sahaja tersumbat, bahkan tidak boleh digunakan flushnya.

Jadi saya harap, saya harap sangat-sangat bahawa jangan nanti timbul kemarahan dan kekecewaan di kalangan orang-orang Melayu di bandar juga tentang keadaan sekolah yang sangat buruk itu. Kekecewaan dan kemarahan ini boleh juga menimbulkan soal-soal yang berkaitan dengan persengketaan kaum. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin

mempersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas. Silakan Yang Berhormat Senator.

4.07 ptg.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut serta berucap Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

56 DN 21.4.2014

Saya terlebih dahulu mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana telah diberi kekuatan dan ilham untuk turut sama memberi ucapan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kita hendak bercakap, dia keluar. Ini masalah.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak apa, teruskan Yang Berhormat.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Akan tetapi tidak apa, saya harap apa

saya cakap nanti dia boleh dengar di luar sana. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah sudi berangkat menyampaikan Titah di Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Persidangan Penggal Kedua, Parlimen Ke-13 pada 10 Mac 2014 yang baru lalu.

Tuan Yang di-Pertua, pada akhir-akhir tahun kebelakangan ini, negara kita telah diuji oleh Allah SWT dalam pelbagai perkara. Antaranya ialah pencerobohan dan pengganas warga asing dalam insiden Lahad Datu. Kemudian diikuti dengan kejadian banjir besar di beberapa buah negeri di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia, di Sabah dan Sarawak. Susulan daripada itu, negara dilanda pula oleh fenomena kemarau yang serius sehingga negara menghadapi krisis bekalan air yang sangat meruncing dan berlarutan sehingga sekarang. Keadaan itu ditambah pula dengan gejala jerebu disebabkan oleh kebakaran hutan dan belukar akibat daripada kesan cuaca panas yang melampau.

■1610

Pada ketika ini pula negara sekali lagi diuji apabila pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing telah hilang secara misteri yang sehingga sekarang masih belum ditemui. Namun begitu, berkat doa rakyat dan usaha kerajaan yang tabah dan gigih menghadapi ujian ini, negara kita masih lagi mampu berdiri teguh dan mampu untuk bergerak ke arah pencapaian, kemajuan dan kesejahteraan yang diidamkan. Sungguh pun demikian, saya percaya kesemua ujian Allah ini ada hikmahnya dan saya yakin serta berharap bahawa Malaysia dan rakyat jelatanya akan tetap mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 dan menjadi sebuah negara Islam yang amat disegani dan dihormati oleh negara-negara lain di dunia, in shaa-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan hari ini saya hendak bawa tiga perkara. Pertamanya iaitu soal krisis air dalam negara kita. Keduanya soal tragedi misteri kehilangan pesawat MAS MH370 dan yang ketiganya saya hendak bawa tentang soal national security atau keselamatan negara kita. Akan tetapi sebelum itu Tuan Yang di-Pertua dengan izin, saya hendak menjawab sedikit apa yang telah diperkatakan oleh Ketua Pembangkang tadi walaupun dia tidak ada dalam Dewan. Kita perlu sebut sebab masa Ketua Pembangkang hendak berucap tadi saya hendak mencelah, tetapi tidak diberi ruang langsung kepada kami.

Jadi ada beberapa perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Senator sebentar tadi. Pertamanya soal SPR. Dia mengatakan SPR tidak adil untuk menjalani pilihan raya. Kita sudah berpuluh-puluh tahun Tuan Yang di-Pertua, sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga hari ini soal SPR tidak pernah diperkotak-katikkan. Cuma di akhir-akhir ini sahaja kita lihat pihak-pihak pembangkang begitu lantang mempersoalkannya. Kalau SPR tidak adil, cuba kita lihat pada sejarah yang lama. Cuba kita lihat sejarah lampau Pilihan Raya 2004, Pilihan Raya 1999, Pilihan Raya 2013, cuba kita lihat.

Kalau SPR tidak adil, kalau kerajaan tidak adil, sudah tentu pada Pilihan Raya 1999 saya kira ataupun Pilihan Raya 2004, PRU Ke-12, Kelantan hanya dapat mempertahankan, Kerajaan PAS hanya dapat mempertahankan dengan satu Kerusi iaitu DUN Kemuning. Itu pun menangguk undi. Kalau kita tidak adil, kalau kita tipu, kalau SPR tidak telus sudah tentu takkan soal kalah dua undi kita tidak boleh hendak tipu kalau kita hendak tipu tetapi kita adil dan kita telus. Akan tetapi pihak pembangkang menyatakan perkara ini berlaku hari ini. Kita baca hari ini Yang Berhormat-Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, Kerusi yang pembangkang peroleh pada pilihan raya yang lepas sebanyak 89 Kerusi dalam sejarah dan Barisan Nasional dapat mempertahankan hanya 133 Kerusi di Parlimen.

Apakah ini masih tidak adil? Dia mengatakan kalau SPR adil, telus, dia mengatakan sudah tentu kerajaan hari ini kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO akan bertukar tangan. Ini tidak betul. Tuduhan ini tidak betul. Tuduhan ini hanya ikut emosional. Yang Berhormat Syed Ali tadi dia hanya ikut perasaan.

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 57

Dia cakap tidak betul. Hendak kata orang tua memang dia sudah tua tetapi bercakap dalam keadaan khayalan semata-mata, tidak berpaksi kepada kenyataan yang benar. Ini perkara keduanya Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya mengambil masa yang panjang sedikit hari ini sebab saya hendak ulas isinya.

Keduanya, yang diperkatakan oleh antaranya ialah soal untuk melihat perpaduan. Saya setuju Yang Berhormat pembangkang tadi mengatakan untuk melihat perpaduan. Akan tetapi saya tidak bersetuju dia mengatakan perkauman diwujudkan oleh kita, diwujudkan oleh kerajaan yang sedia ada. Perkauman ini dimainkan, sentimen ini dimainkan setiap kali kita hendak menghadapi pilihan raya sama ada ia pilihan raya umum atau pun pilihan raya kecil yang dibawa oleh puak-puak pakatan pembangkang Tuan Yang di-Pertua. Bukan kita. Ini seharusnya kita perjelaskan. Kita terjemahkan kepada perkara-perkara yang begitu negatif yang telah diutarakan, yang telah diajukan oleh pihak pembangkang sebentar tadi.

Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua kerana kadang-kadang saya terpaksa emosional. Bukan apa, kadang-kadang orang tuduh kita ini melampau sangat, lebih sangat. Kadang-kadang macamlah negara kita ini, macamlah pemimpin UMNO, pemimpin Barisan Nasional ini semuanya korupsi, semuanya bercakap bohong. Cakap tidak serupa bikin. Cakap tidak serupa bikin mereka, bukan kita! Kita sentiasa membela rakyat [Tepuk] Kita sentiasa ambil tahu hal rakyat, bagaimana susahnya rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, kalaulah negara kita, SPR tidak adil, sudah tentu Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam tidak kalah di kawasan beliau [Tepuk] Datuk Seri Mohd Ali bekerja siang dan malam, 24 jam berjumpa rakyat tetapi akhirnya beliau kalah dan beliau akur dengan keadaan sedemikian. Mana mungkin boleh mengeluarkan statement bahawa SPR tidak adil, kerajaan tidak telus dan sebagainya.

Itulah sedikit hujah saya untuk menyambut apa yang diperkatakan oleh Senator Dr. Syed Husin Ali sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal krisis air. Dalam tempoh yang lama tidak pernah negara menghadapi krisis bekalan air sebenarnya yang begitu meruncing sehingga menyebabkan rakyat mengalami penderitaan yang begitu berat dan perit sehingga menjejaskan corak kehidupan selesa yang rakyat kecapi sebelum ini. Bukan setakat itu sahaja, krisis ini sudah menampakkan kesan yang buruk sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kesan ini dapat dilihat apabila operasi industri mula terjejas sehingga menyebabkan para pengusaha mengalami kerugian yang besar, sehingga ada ura-ura untuk menyaman kerajaan. Malah krisis ini juga telah memberi kesan negatif kepada industri pelancongan yang ada, kemungkinan akan menjejaskan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.

Selain daripada itu, kemasukan pelabur asing juga akan berkurangan jika kerajaan tidak mengambil langkah-langkah drastik yang proaktif untuk mengatasi masalah ini. Walaupun kerajaan memberi pelbagai jaminan bahawa masalah bekalan air akan dapat diatasi, namun begitu krisis air yang melanda di seluruh negara telah semakin meruncing apabila sebilangan besar empangan mencatat bacaan paras air di bawah paras normal. Sehingga sekarang bekalan air negara masih di tahap kritikal disebabkan hujan yang tidak mencukupi untuk memenuhi empangan yang sedia ada, malah mengikut ramalan kaji cuaca negara sekali lagi akan dilanda musim kemarau bermula pada bulan Jun hingga Oktober 2014. Keadaan ini sudah tentu akan membimbangkan lagi rakyat yang sudah lama trauma dalam krisis yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia diletakkan sebagai sebuah negara yang dijangka akan mencapai tahap negara maju tidak berapa lama lagi. Sebagai sebuah negara yang membangun dan semakin maju, isu masalah bekalan air harus tidak timbul dan telah dapat diatasi. Kebanyakan negara maju di dunia tidak berhadapan dengan masalah ketiadaan bekalan air dan ini seharusnya dijadikan contoh oleh kerajaan supaya sentiasa mempunyai perancangan masa depan dalam menguruskan sumber air.

■1620

Contoh yang baik ialah negara Singapura. Walaupun sebuah pulau kecil, kerajaan negara tersebut mampu mengadakan air yang mencukupi untuk keperluan negara dan memperkenalkan projek new water atau air kitar semula dan air laut yang disuling dengan penggunaan teknologi yang canggih.

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

58 DN 21.4.2014

Buat seketika, rakyat berasa lega sedikit apabila Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk meneruskan Projek Langat 2 yang mampu membekalkan air secukupnya kepada penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2025. Projek ini dijangka siap pada tahun 2017. Namun begitu, kebimbangan tetap ada dengan MoU yang telah dipersetujui yang boleh dipinda sekiranya berlaku perubahan tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang sedia ada.

Krisis bekalan air perlu diatasi dengan segera kerana terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab. Kita perlu menjawab soalan-soalan yang dibawa daripada rakyat, Tuan Yang di-Pertua. Pertama, sejauh manakah bekalan air dijamin mencukupi khususnya di Lembah Klang selepas tahun 2025 apabila jumlah penduduk di Lembah Klang dijangka bertambah? Itu pun jika Projek Langat 2 ini berjaya dilaksanakan.

Kedua, soalan yang sering dibangkitkan oleh rakyat, adakah kerajaan mempunyai perancangan jangka panjang untuk mendapatkan bekalan air tambahan daripada sumber air laut atau air bawah tanah atau mengguna semula air kitar semula seperti yang dilakukan oleh negara Singapura? Juga, sejauh manakah Kerajaan Negeri Selangor dapat memastikan harga air adalah berpatutan selepas pengambilan syarikat-syarikat konsesi air ini? Malah rakyat juga hendak tahu, adakah pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyatnya tidak akan ditarik balik atau dibatalkan?

Tuan Yang di-Pertua, penyelesaian terhadap isu air berkait rapat dengan perubahan iklim dunia yang semakin tidak menentu yang menuntut perancangan rapi demi kesejahteraan rakyat negara ini pada masa hadapan. Oleh itu, kerajaan perlu bertindak mulai sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, isu saya yang kedua ialah soal tragedi kehilangan pesawat MH370. Hari ini sudah masuk hari yang ke-45 pesawat MH370 masih belum dijumpai sehingga sekarang. Insiden tersebut masih menjadi misteri. Kesan daripada peristiwa ini, Kerajaan Malaysia telah dikecam hebat oleh pelbagai pihak baik dari luar negara mahupun dalam negeri. Namun begitu, seperti yang saya katakan terdahulu, kejadian ini merupakan ujian daripada Allah SWT yang semua orang tidak mahu di atas apa yang berlaku hari ini.

Apa pun, perkara ini telah pun berlaku dan tidak ada faedahnya untuk menuding jari kepada sesiapa sehingga kotak hitam pesawat tersebut ditemui dan siasatan kejadian selesai dilakukan. Namun begitu, dalam isu kehilangan pesawat ini, terlalu banyak persoalan yang telah dirungkaikan dan perlu jawapan serta langkah tindakan yang sewajarnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan kejadian yang sama tidak akan berulang lagi.

Oleh itu, dalam menyentuh perkara ini, adalah baik saya membicarakan persoalan-persoalan pasca tragedi MH370. Ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang timbul dan bagaimana caranya kerajaan mengambil langkah yang berkesan dalam apa yang dikatakan damage control. Saya berharap kementerian yang

berkaitan dapat memberi penjelasan berhubung beberapa perkara yang saya bangkitkan ini.

Dalam kejadian ini, masalah pokok yang paling utama sekali pada pengamatan saya ialah kegagalan unit kawalan trafik dan radar baik di bawah kawalan negara yang dikendalikan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dan Pusat Radar Angkatan Tentera Malaysia mahupun unit-unit kawalan trafik dan radar dari pelbagai negara lain yang gagal mengesan pesawat tersebut serta laluan sebenar yang digunakan. Ini termasuklah ribuan satelit yang berada di orbit yang gagal mengenal pasti secara tepat lokasi hilangnya pesawat tersebut. Lebih menghairankan apabila tiada satu pun satelit ataupun radar kepunyaan Amerika Syarikat yang kita tahu sentiasa sahaja berwaspada memantau ruang udara di seluruh pelosok dunia bagi mengesan pergerakan-pergerakan yang mencurigakan baik di darat, laut mahupun udara yang dapat mengesan lokasi hilangnya pesawat tersebut.

Saya dapati seolah-olah tidak ada penyatuan antara pihak-pihak yang terbabit antara Unit Kawalan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam dan Unit Radar dan Kawalan Trafik ATM begitu juga dengan unit kawalan trafik dan radar negara lain. Sepatutnya diadakan pusat kawalan serantau yang bersepadu bagi mengurus perkara ini sebaik sahaja sesuatu pesawat hilang atau menghadapi kemalangan. Justeru itu, saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah usaha ke arah ini akan dilaksanakan jika ada kelemahan daripada aspek ini?

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 59

Saya berharap kerajaan perlu merombak semula sistem dan protokol yang diguna pakai dan jika perlu peralatan radar dan satelit yang baik, maka ia hendaklah diperoleh. Kita tidak mahu menggunakan sistem dan peralatan lama yang tidak mampu bertindak kepada perkara-perkara yang tidak kita jangkakan.

Satu perkara lagi yang saya kira kerajaan perlu mengambil iktibar daripada peristiwa ini ialah cara berkesan untuk menangkis serangan media asing yang telah memberi pelbagai interpretasi yang negatif sehingga menjejaskan reputasi dan imej negara yang secara tidak langsung akan menjejaskan sosioekonomi dan pentadbiran negara.

Kita tahu media Barat terutamanya akan sentiasa mengambil kesempatan yang sedemikian rupa untuk menjatuhkan negara Islam seperti kita dan mereka sangat mudah membabitkan kita dengan pengganas seperti mana yang terjadi kepada Kapten Zahari, Ketua Penerbangan MH370. Justeru, kerajaan perlu bertindak pantas dengan memberi maklumat tepat dan pantas kepada dunia dalam kejadian ini supaya rakyat dapati kementerian- dalam kejadian ini, saya dapati Kementerian Penerangan dan Multimedia tidak begitu agresif untuk bertindak balas terhadap serangan negatif media asing. Sepatutnya Kementerian Penerangan dan Multimedia dan Jabatan Perdana Menteri perlu menggunakan apa sahaja saluran media antarabangsa yang ada seperti Al-Jazeera, BBC untuk memberi penjelasan yang tepat kepada perkara-perkara sedemikian. Kebanyakan informasi yang disampaikan hanyalah untuk di dalam negeri sahaja.

Tidak lupa juga, kerajaan harus juga bertindak terhadap dalang dari dalam negeri yang turut sama memburukkan kerajaan dan menjatuhkan imej negara. Saya dapati tindak-tanduk RBA atau Red Bean Army ini telah melampau sehingga boleh menggugatkan ketenteraman awam dan kestabilan negara. Justeru, tindakan undang-undang yang sewajarnya hendaklah diambil terhadap mereka. Kerajaan harus, perlu bersikap lebih berani dalam soal ini dan tegas lagi terhadap ancaman-ancaman sedemikian. Saya amat bersetuju sekali terhadap cadangan oleh beberapa NGO supaya Suruhanjaya Diraja diadakan untuk menyiasat ancaman RBA.

Tuan Saiful Izham bin Ramli: [Bangun]

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Ya, Yang Berhormat Saiful?

■1630

Tuan Saiful Izham bin Ramli: Hendak minta penjelasan. Sedikit sahaja.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Sekejap sahaja, sekejap. Sekejap lagi

saya beri. Saya bukan macam pembangkang tidak beri laluan. Saya beri, ini demokrasi tidak ada masalah. Oleh sebab Yang Berhormat Saiful pun dari pagi tadi tidak ada, baru masuk [Ketawa]

Soal RBA ini saya hairanlah, Red Bean Army. Dia juga yang menjadi malapetaka

kepada kita, menyusahkan rakyat. Saya hairanlah sampai hari ini, beratus-ratus laporan polis telah kita buat, telah rakyat buat melalui NGO dan sebagainya tetapi tidak ambil tindakan sampai hari ini. Eh! Kebal sangatkah RBA ini? Jadi saya hairan, saya harap kerajaan melihat keadaan ini dan terus mengambil tindakan.

Ditambahkan lagi Tuan Yang di-Pertua, soal kenyataan- Yang Berhormat Dr. Syed Husin pun ada dalam ini. Tadi dia tidak ada. Soal kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang walaupun Yang Berhormat Dr. Syed Husin kata, “Ketua Pembangkang tidak bercakap sedemikian rupa”. Akan tetapi seluruh rakyat negara tahu dia yang bercakap sedemikian rupa. Dia kata, kenyataan yang dikeluarkan, “Beri saya jawatan sebagai Perdana Menteri dalam satu saat sahaja...” dia akan jumpa, “...dapat menemui MH370”. Apakah ini Yang Berhormat Datuk Seri Nalla? Ini bomoh banyak besarkah? Saya ingat bomoh yang pegang kelapa sahaja di airport yang ada…

Seorang Ahli: Dia punya bomohlah.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Oh! Saya ingat dia ada hubung-kait

jugalah. Sebenarnya, kenyataan ini untuk mengelirukan rakyat. Berbagai-bagai pembohongan yang telah dibuat. Dia buat pembohongan dari dahulu. Soal 16 September hendak ambil alih kerajaan katanya. Ini pembohong besar kepada rakyat jelata. Ini sekali lagi dibuat dan kita tidak berasa hairan apabila selepas ini ada lagi perkara-perkara sedemikian yang akan dicetuskan oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

60 DN 21.4.2014

Jadi, saya harap yang berada di sebelah sana… [Merujuk kepada blok pembangkang] Termasuk Yang Berhormat Saiful yang hendak bangun tadi, tolong-tolonglah, sudah-sudahlah buat kerja bodoh ini.

Tuan Saiful Izham bin Ramli: [Bangun]

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Tidak payah buat kerja bodohlah.

Tunggu dahululah Yang Berhormat Saiful, nanti saya beri.

Tuan Saiful Izham bin Ramli: Saya hendak minta penjelasan tentang Red Bean Army kerana kita tidak tahu tentang Red Bean Army ini.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Tidak, nanti, nanti.

Tuan Saiful Izham bin Ramli: Kita juga - dengar, dengar!

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Selepas ini boleh...

Tuan Saiful Izham bin Ramli: Kita dengar macam-macam pertuduhan tetapi tidak

berani orang beri bukti...

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Saya tidak akan beri laluan kepada

orang sebagaimana Yang Berhormat Dr. Syed Husin tadi, dia tidak beri laluan kepada saya.

Tuan Saiful Izham bin Ramli: Jadi, jangan tuduh melulu.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Saya hendak menyudahkan sedikit

sahaja lagi. Selepas itu semasa giliran Yang Berhormat Saiful bercakap, bercakaplah sesuka hati. Tidak ada masalah. Boleh Yang Berhormat Saiful? Jangan marah saya.

Satu lagi persoalan yang ingin saya kemukakan ialah berkaitan dengan kos operasi pencarian pesawat ini. Tadi pun rata-rata dalam soalan lisan tadi ada bertanya soal ini. Saya amat menyanjung tinggi komitmen kerajaan untuk mencari pesawat ini sampai dapat bagi memenuhi hasrat ahli keluarga mangsa yang mahu melihat hidup atau matinya mangsa-mangsa serta menjawab segala persoalan kehilangan pesawat tersebut.

Namun begitu, tidak semua tahu bila pesawat tersebut dapat dijumpai. Daripada beberapa sumber dan pendapat pakar, kos operasi pencarian pesawat akan mencecah ratusan jutaan ringgit dan akan lebih tinggi lagi jika tempoh masa mencari pesawat tersebut mengambil masa yang lama. Jika usaha pencarian tersebut masih lagi gagal dan mengambil masa yang panjang, saya berpendapat kerajaan perlu meletakkan satu garis penamat kepada operasi ini dan mengisytiharkan penumpang dan kakitangan pesawat ini sebagai orang hilang walaupun tindakan sedemikian akan menerima kecaman daripada pelbagai pihak. Namun sudah tiba masa dan waktunya, pihak dan negara yang terlibat dalam operasi pencarian ini akan berhenti mencari kerana tidak mampu menanggung kos yang terlalu tinggi. Justeru itu, saya ingin memohon penjelasan dan pandangan kerajaan dalam perkara ini.

Perkara yang terakhir daripada saya Tuan Yang di-Pertua iaitu isu keselamatan negara. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada beberapa isu keselamatan negara yang pada pendapat saya perlu dibahaskan agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil bagi mengatasi kelemahan yang sedia ada. Saya ingin menyentuh soal Dasar Pertahanan Negara ataupun DPN ataupun lebih dikenali dengan HANRUH yang telah lama diperkenalkan dan diterima pakai. Sejak tahun 1986, HANRUH merupakan salah satu strategi pertahanan negara tetapi hanya dapat direalisasikan pada September 2006 di bawah Majlis Keselamatan Negara selaku agensi pelaksana.

Pertahanan Menyeluruh ataupun HANRUH dapat didefinisikan sebagai satu bentuk pertahanan yang melibatkan secara menyeluruh dan bersepadu agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan serta rakyat jelata dalam mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara. Ini bermakna dalam usaha mempertahankan negara, semua rakyat jelata akan terlibat sekiranya negara diserang musuh bukan sahaja berdepan dengan sebilangan anggota tentera, malah ia akan berdepan dengan hampir 30 juta orang rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, negara perlu membina keupayaan untuk menggembleng hampir 30 juta orang rakyat Malaysia itu menghadapi ancaman serta juga semasa suasana bencana alam.

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 61

Matlamat DPN adalah untuk melindungi dan mempertahankan kawasan kepentingan Malaysia daripada sebarang ancaman sama ada dari luar ataupun dalam negara yang meliputi kawasan kepentingan Malaysia, kawasan utama, kawasan ekonomi luar pesisir serta laluan strategik perairan dan udara negara. Dengan peningkatan ancaman keselamatan global serta bentuk ancaman baru yang dihadapi oleh negara sekarang, saya berpendapat perlu DPN kita kaji semula dan dibuat transformasi supaya ia lebih utuh dan kukuh. Saya juga dapat memperkatakan demikian di atas beberapa faktor seperti berikut.

Pertama, semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia telah semakin luntur dan rapuh disebabkan pertelingkahan pelbagai isu perkauman dan agama sedang berlaku sekarang. Cubaan oleh pengganas warga asing menakluki Sabah dalam insiden Lahad Datu dan Semporna, ancaman ekonomi global semakin meleset dan kesannya kepada negara. Tuntutan bertindih ke atas pulau-pulau oleh pelbagai negara di Laut China Selatan termasuk negara Malaysia, Filipina, Vietnam, China, Taiwan, pelbagai negara dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang semakin ramai ke dalam negara sehingga menjejaskan kesejahteraan hidup rakyatnya sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan beberapa faktor yang saya sebutkan, saya dapati ada beberapa kelemahan pada DPN ini. Pertama sekali, dasar yang sedia ada sekarang banyak berpandukan kepada strategi menentang ancaman komunis. Justeru, dapat dilihat persiapan strategi pertahanan negara gagal memberi tumpuan kepada konflik yang berskala besar seperti terjadinya peperangan terbuka ataupun nuklear. Aset dan kemampuan pasukan keselamatan kita masih belum setanding dibandingkan dengan angkatan tentera negara lain seperti Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, jiran-jiran kita. Oleh yang demikian, saya berharap sudah tiba masanya kerajaan meningkatkan lagi kekuatan dan keupayaan pasukan keselamatan kita khususnya angkatan tentera kita dengan membuat perolehan senjata dan aset yang lebih canggih dan berkesan di samping mempunyai anggota tentera yang berwibawa dan terlatih.

■1640

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga berpendapat sudah tiba masanya Program Latihan Khidmat Negara yang ada sekarang dipinda menjadi program negara atau pun National Service yang berorientasikan khidmat wajib sebagai pasukan simpanan angkatan tentera yang boleh digerakkan seperti mana pasukan tentera tetap. Program ini adalah mirip seperti yang dipraktikkan di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, Singapura dan Korea Selatan.

Tuan Yang di-Pertua, pertahanan menyeluruh diperlukan dalam strategi pertahanan. Ia adalah sebahagian usaha untuk menggembleng sumber ketenteraan dan nasional untuk mempertahankan negara. Konsep ini memberikan keutamaan kepada entiti masyarakat terhadap tanggungjawab untuk mempertahankan negara. Namun begitu, persoalannya ialah sejauh mana usaha kerajaan telah berjaya memberi sumber nasional yang ada untuk melatih dan menyiapkan mereka bagi sama-sama bergandingan dan berjuang menghadapi sesuatu krisis, khasnya pada yang telah sampai tahap menggugat keselamatan negara dan menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan ialah isu perpaduan atau pun patriotisme di kalangan rakyat kita. Akhir-akhir ini sudah menampakkan bibit-bibit perpecahan antara kaum-kaum di Malaysia. Ini disebabkan beberapa kumpulan tertentu yang telah menghasut dan mengapi-apikan rakyat yang berbilang kaum dan agama untuk membenci antara satu sama lain. Isu sensitif seperti isu kalimah Allah, murtad, pendidikan, taraf bumiputera, negara Islam, undang-undang hudud dan pelbagai lagi telah dicetuskan untuk hari ini Tuan Yang di-Pertua.

Bukan kita yang cetuskan, ini semua atas dasar kepentingan politik sempit puak-puak mereka. Kalau tidak buat isu perkauman, kalau tidak buat isu soal pergaduhan, soal bangsa, soal agama, sudah tentu mereka tidak boleh untuk memenangi pilihan raya yang telah berlalu. Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih kerana memberi peluang

untuk saya mencelah. Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat tadi tentang kelunturan semangat nasionalisme, kelunturan semangat patriotisme yang merebak di kalangan masyarakat kita sekarang.

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

62 DN 21.4.2014

Di samping tohmahan-tohmahan daripada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, saya juga merasakan bahawa antara sebab-sebabnya ialah, saya penyokong kerajaan tetapi dalam hal ini saya rasa saya harus memberi teguran kepada kerajaan, bahawa antara sebabnya selain daripada tohmahan-tohmahan yang datang daripada pihak-pihak pembangkang, antara sebab kenapa kelunturan semangat nasionalisme itu di kalangan kita ialah kerana kurang tegasnya kita melaksanakan pelbagai dasar-dasar kebangsaan yang telah dirumuskan untuk meningkatkan semangat nasionalisme, semangat patriotisme itu.

Umpamanya tentang pengabaian dalam Bahasa Kebangsaan, tentang kebudayaan kebangsaan, pengabaian kebangsaan seperti ini yang saya rasa dan juga tentang dasar komunikasi negara umpamanya. Tidak dengan pantas, dengan tegas melaksanakan apa yang telah dirumuskan sebagai dasar-dasar kebangsaan untuk mengarah atau membina semangat patriotisme itu.

Jadi, dalam hal ini saya setuju bahawa tohmahan-tohmahan daripada pihak sana satu hal. Akan tetapi di pihak kita sendiri, kegagalan kita melaksanakan pelbagai dasar kebangsaan yang telah dipersetujui. Oleh sebab itu saya rasa hal ini juga patut disedari dengan penuh kejujuran. Terima kasih. Apakah pandangan Yang Berhormat?.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Terima kasih Yang Berhormat, saya

cukup rasa berterima kasih kepada Yang Berhormat. Memang benar antara salah satu faktor ketegasan kita tidak ada kadang-kadang. Bukan saja ketegasan tidak ada malah kita tidak konsisten dalam apa jua bentuk yang perlu kita buat, kita laksanakan untuk demi kepentingan rakyat dan negara kita. Ini penting. Kerajaan yang membuat dasarnya ialah kita tetapi implementasinya di bawah, pegawai-pegawai di bawah. Sepatutnya merekalah agen pelaksana kepada kerajaan yang harus melaksanakan apa yang telah diperkatakan tadi.

Saya harap dalam soal ini, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus. Saya harap kerajaan selepas ini mengambil iktibar dengan apa yang berlaku. Kalau kita tidak bendung dalam keadaan suasana hari ini, negara kita akan menuju satu arah, ke tempat kehancuran dengan pelbagai sentimen yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi, terima kasih Dato’ Dr. Firdaus kerana telah memberi pandangan.

Salah satu komponen dalam DPN ialah memperkasakan perpaduan dan patriotisme di kalangan rakyat. Memandangkan mekanisme yang ada tidak kelihatan berapa efektif lagi, maka saya menyarankan supaya kerajaan merangka satu mekanisme yang lebih baik, adil dan saksama supaya rakyat kembali hidup bersatu padu dan harmoni serta mempunyai perasaan cinta dan bangga yang tinggi kepada negara. Kepada penghasut-penghasut yang cuba memecahbelahkan rakyat, saya mencadangkan supaya tindakan undang-undang yang sekeras-kerasnya diambil terhadap mereka. Untuk itu, saya sarankan supaya undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA hendaklah dikembalikan semula [Tepuk] Sebab tidak ada ISA, kita jadi huru-hara hari ini.

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar: Saya sokong, sokong.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Ya, penyamun berleluasa, mengadu-

domba berbagai-bagai, Red Bean Army, macam-macam kenyataan yang dikeluarkan. Kerana ini dengan tujuan untuk memusnahkan, menghancurkan perpaduan yang sedia ada Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, saya mengharapkan ISA yang telah kita mansuhkan dan hidupkan kembali. In shaa-Allah dengan undang-undang SOSMA yang ada tidak mencukupi untuk

menahankan orang-orang seperti kita ini, orang politik. Jenayah bolehlah dibawa kepada itu tetapi orang-orang politik ini sentiasa ada saja masalah-masalah yang bertujuan untuk memburuk, memusnahkan negara. Itulah satu-satunya undang-undang yang paling berkesan menghadapi ancaman keselamatan yang sedemikian rupa walaupun tidak popular dan dikatakan melanggar prinsip hak asasi manusia.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa setakat itu sajalah perbahasan saya pada petang ini. Terima kasih dan mohon maaf kepada rakan-rakan pihak pembangkang kerana saya tidak dapat memberi laluan. Kadang-kadang saya pun geram, saya hendak bercakap tadi, Yang Berhormat Dr. Syed Husin tidak bagi.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 63

Tadi Yang Berhormat Tuan Saiful pula hendak bercakap, saya minta maaflah. Kita akan mendengar hujah-hujah daripada pihak mereka dan in shaa-Allah saya menyokong penuh Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya ingin

mempersilakan Yang Berhormat Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader. Silakan Yang Berhormat.

4.49 ptg.

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader: Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullaahitaala wabaraakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang untuk saya berucap dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada perasmian Parlimen yang ke-13 ini. Sesungguhnya kita perlu akui bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyampaikan sebuah Titah yang cukup bernas, bersifat inclusive, penuh dengan pelbagai informasi serta nasihat dan panduan untuk kita

terus bergerak memacu negara ke arah pembangunan holistik dengan mengambil kira semua perkara yang menjadi asas pembangunan sesebuah negara dan keperluan rakyat jelata di negara kita Malaysia yang tercinta.

■1650

Dunia telah dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga ini entah di mana kedudukannya dan keadaannya. Ini merupakan satu tragedi yang tidak langsung diduga oleh sesiapa pun. Saya pun rasa agak pelik bila ada pihak yang berkata sekiranya beliau jadi PM, beliau akan menangani masalah ini dengan cara yang lain dan pesawat ini akan dapat dijumpai dengan segera. Kalau benar ada cara lain seperti yang diperkatakan yang memungkinkan pesawat ini ditemui, kenapa tidak beritahu kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) supaya masalah ini dapat diselesaikan segera.

Bukankah ada 26 buah negara yang terlibat dalam SAR ini? Mengapakah perlu dipolitikkan kehilangan pesawat ini? Apakah kita tidak turut sama berkongsi perasaan hiba dan sedih kaum keluarga penumpang yang terlibat dalam tragedi ini? Adakah pihak di sana menyelami perasaan kaum keluarga penumpang ini, bertanya khabar serta berkongsi duka atau adakah pihak di sana membantu keluarga-keluarga itu? Nasihat saya janganlah semuanya hendak dipolitikkan. Gunakanlah sedikit rasa perikemanusiaan dalam keadaan sebegini dan hulurkan tangan memberi bantuan atau buah fikiran supaya kita dapat bekerjasama agar kehilangan pesawat ini segera ditemui.

Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan setinggi-tinggi pujian terhadap Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang bertungkus-lumus berusaha siang dan malam mencuba dari pelbagai sudut untuk menyelesaikan perkara ini. Pujian juga saya tujukan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Pemangku Menteri Pengangkutan dan semua petugas dari pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan juga swasta dari dalam dan luar negara yang turut sama dalam usaha mencari dan menyelamat ini. Kepada mereka, saya berdoa agar Allah SWT akan memberikan kekuatan dan ketabahan dalam setiap cabaran yang dihadapi demi usaha murni ini. Kepada keluarga penumpang dan kru pesawat MH370, saya berdoa dan berharap agar satu kepastian akan segera diperoleh dan segala kemelut dapat diatasi.

Tuan Yang di-Pertua, perpaduan merupakan alat yang paling penting dalam memastikan kesinambungan kejayaan negara kita. Dalam negara Malaysia yang berbilang kaum, adalah menjadi kewajipan kita untuk sentiasa memelihara perpaduan serta keharmonian yang telah lama wujud antara semua kaum. Inilah juga resipi kejayaan Malaysia. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini kita dapat lihat perpaduan antara kaum menjadi goyah dan bermasalah.

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

64 DN 21.4.2014

Perbuatan tuduh menuduh dan tidak menghormati agama serta tatasusila dan budaya sesuatu kaum menjadi semakin meruncing di kalangan masyarakat Malaysia. Sikap individualistik juga semakin menular dan jika tidak dibendung akan menjadi seperti duri dalam daging, merosakkan segala yang telah kita susah payah bina selama ini.

Amat menyedihkan lagi apabila isu perkauman digunakan secara meluas untuk meraih undi dalam sesuatu pilihan raya sama ada pilihan raya umum ataupun pilihan raya kecil. Kata-kata kesat dan lucah serta tindakan yang tidak mencerminkan peribadi mulia menjadi inti pati kempen yang amat tidak bermoral. Saya lihat ada tokoh agama, pakcik, pak haji, orang dewasa yang sepatutnya menjadi contoh kepada kita begitu lantang mengeluarkan kata-kata maki hamun, kesat dan mencarut tanpa batasan semata-mata untuk mengaibkan calon dan menyokong lawan semasa kempen pilihan raya. Dengan berkelakuan seperti ini, mereka ini sebenarnya memalukan agama Islam dan penganutnya di mata pihak lain. Amat malang lagi apabila kanak-kanak serta murid sekolah turut dijadikan sebagai alat untuk mengganggu gugat perpaduan di kalangan kita semua.

Sudah menjadi lumrah dunia setiap sistem politik pasti ada kerajaan dan pihak pembangkang. Pihak yang berkempen secara berhemah dengan mengutarakan hujah-hujah dan idea-idea yang diyakini dapat membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara akan terpilih. Janganlah pula pihak yang kalah itu mengeluarkan pelbagai kenyataan yang bersifat menghina dan mengeji pihak yang menang. Terimalah proses demokrasi dan terimalah ketentuan Allah SWT. Baginda juga bertitah bahawa setiap ahli Dewan yang telah dipilih oleh rakyat perlu berkhidmat dengan penuh dedikasi…

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Boleh bagi laluan, boleh?

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader: Biar saya habiskan.

Timbalan Yang di-Pertua: Izinkan atau tidak izinkan Yang Berhormat?

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader: Tidak izin, tidak izin.

Timbalan Yang di-Pertua: Duduk Yang Berhormat.

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader: …Berintegriti dan sentiasa menunjukkan

akhlak yang terpuji demi agama, maruah diri dan institusi Parlimen yang mulia. Setiap ahli Dewan sama-sama memikul amanah rakyat yang inginkan kestabilan dan kemakmuran negara berkekalan. Kesejahteraan hidup terus meningkat serta perpaduan kaum dan agama kian utuh. Namun, perbuatan segelintir pihak yang menghasut rakyat sangat menyedihkan serta langsung tidak mencerminkan hasrat murni titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menyentuh tentang pendidikan dan generasi muda yang menjadi wajah negara pada masa hadapan. Jika generasi muda sekarang ini dibiarkan dengan tidak pedulikan keharmonian dan perpaduan, maka negara akan berhadapan dengan pelbagai masalah di masa akan datang.

Sudah diakui oleh semua pihak agama rasmi Malaysia agama Islam. Perkara ini sudah pun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 3. Namun, sehingga kini masih terdapat pihak yang mempertikai akan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara. Kebelakangan ini isu murtad semakin menjadi-jadi dan kesucian agama Islam sering diprovokasi dengan pelbagai tuduhan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang hanya mementingkan diri sendiri. Saya mohon kerajaan bertindak tegas terhadap kes-kes murtad dan yang menghina kesucian agama Islam.

Baru-baru ini timbul masalah isu pertukaran agama. Semakin hari isu ini menjadi semakin hangat dan sudah mula menjadi elemen yang dilihat boleh memecahbelahkan keharmonian kaum di Malaysia. Harus diingat bahawa masyarakat bukan Islam tidak pernah dipaksa untuk memeluk agama Islam. Perlembagaan Malaysia telah pun menetapkan hal ini seperti yang termaktub dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan. Apa yang peliknya mengapa isu menukar agama ke agama Islam ini begitu diperbesarkan, dihebohkan malah dipolitikkan. Jika kita teliti menukar agama ini bukanlah hanya berlaku di antara orang bukan Islam memeluk agama Islam. Terdapat juga orang daripada agama lain seperti orang daripada agama Hindu dan Buddha memeluk agama Kristian, tidak pula diheboh-hebohkan ataupun dipolitikkan.

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 65

Malah orang Islam tidak pula menentang mereka ini dan orang Islam tidak pernah memaksa sesiapa pun daripada kalangan bukan Islam untuk memeluk dan menganut agama Islam.

Tuan Yang di-Pertua, kempen MyDaftar yang dianjurkan oleh kerajaan khusus untuk masyarakat India di negara kita telah berjaya menyelesaikan banyak kes yang lama terbiar dan tidak mampu untuk diselesaikan. Ini satu lagi usaha kerajaan membantu meringankan beban rakyat India yang menghadapi pelbagai masalah kerana tidak mempunyai dokumentasi serta pengenalan diri yang rasmi. Masyarakat India Muslim di negara kita juga menghadapi pelbagai masalah kerana tidak mempunyai dokumentasi dan pengenalan diri yang sah. Justeru, saya mohon agar satu kempen MyDaftar turut diadakan khusus untuk masyarakat India Muslim seperti mana yang diadakan kepada kaum lain.

Tuan Yang di-Pertua, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) telah pun mula diagihkan kepada yang layak bermula lewat Februari 2014.

■1700

Apa yang berlaku sehingga ke hari ini, terdapat penerima BR1M 2.0 yang tidak menerima BR1M pada tahun ini. Ramai yang menghadapi masalah untuk menyemak status sebenar kenapa mereka tidak menerima BR1M 3.0 sedangkan mereka adalah dalam kategori miskin atau warga emas. Ada pula yang tidak mendapat jawapan yang tepat tentang penolakan permohonan BR1M mereka. Apakah penilaian pemberian BR1M berubah setiap tahun dan bagaimana pula dengan penerima sebelum ini yang tidak memperoleh BR1M pada tahun ini?

Tuan Yang di-Pertua, kemerdekaan merupakan kemenangan kepada sesebuah negara. Kemerdekaan juga bermaksud kebebasan daripada segi fizikal, mental, malah spiritual. Bebas untuk menentukan corak dan cara hidup sesebuah negara. Negara menyambut hari kemerdekaan setiap 31 Ogos. Pelbagai program dan aktiviti untuk memeriahkan sambutan hari kemerdekaan ini, malah sekarang ini kita juga sudah memulakan bulan kemerdekaan sehingga ke Hari Malaysia. Apa yang kita bimbang sambutan hari kemerdekaan ini sekadar menjadi satu sambutan biasa, apakah generasi sekarang benar-benar menghayati erti kemerdekaan?

Lihat sahaja kenderaan dan bangunan-bangunan, kita tidak nampak pun Jalur Gemilang dikibarkan, malah ada kalanya kita terpaksa memaksa rakyat kita sendiri untuk mengibarkan Jalur Gemilang. Terdapat juga banyak Jalur Gemilang yang lusuh dan koyak dan begitu memalukan kita. Keadaan ini jauh berbeza dengan zaman dahulu di mana rakyat ketika itu begitu patriotik, sanggup mengibarkan Jalur Gemilang merentasi jalan dan padang serta bangunan-bangunan, sanggup berjalan berbatu-batu jauhnya membawa Jalur Gemilang. Jadi di manakah semangat patriotisme, di manakah semangat kita untuk menyambut kemerdekaan? Apakah sekarang ini kita sudah hilang nilai-nilai sejarah atau apakah kita sudah menjadi generasi yang alpa dan buta hati?

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebuah kerajaan yang menepati janji. Saya mewakili masyarakat India Muslim telah menyarankan satu usul 18 perkara kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Oktober tahun lepas. Saya memohon kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut memberikan perhatian kepada pembangunan masyarakat India Muslim seperti yang diberikan kepada kaum-kaum yang lain di negara ini. Masyarakat India Muslim merupakan sebuah masyarakat yang amat setia kepada kerajaan dan berdiri teguh menyokong Barisan Nasional. Oleh itu, adalah amat wajar masyarakat India Muslim diberikan pengiktirafan yang sewajarnya bagi segala usaha yang dilakukan selama ini. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin

beralih kepada Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun. Silakan Yang Berhormat.

5.03 ptg.

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca sepotong doa]

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

66 DN 21.4.2014

Tuan Yang di-Pertua,

Rimbun pohon hingapan mergastua, Menumpang teduh si anak kedidi,

Setinggi penghargaan kepada Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya berucap di sini.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan kesempatan untuk turut serta berucap Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya terlebih dahulu mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt kerana telah diberikan kesihatan, kekuatan mental dan fizikal untuk turut sama memberikan ucapan Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Mu'tasimu Billah Muhibuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah kerana sudi berangkat menyampaikan Titah Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kedua Parlimen ke-13 pada 10 Mac 2014 yang lalu.

Sebelum itu, suka saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang baru dilantik, pagi tadi tiga orang, tengah hari tadi seorang dan sebelum ini saya difahamkan dua orang termasuklah rakan saya Yang Berhormat Datin Rahimah, tahniah dan selamat bersidang. Kesempatan ini juga ingin saya merakamkan ucapan takziah kepada dua keluarga, yang pertama Yang Berhormat Datuk Paduka Norzula dan Yang Berhormat mendiang Karpal Singh atas tragedi kemalangan yang meragut nyawa. Nampaknya saya mencadangkan kepada kerajaan supaya menguatkuasakan lagi AES dan Ops Cantas bagi mengurangkan had laju dan dengan itu dengan sendirinya in shaa-Allah akan mengurangkan kemalangan.

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana buat sekian kalinya saya berdiri dan berucap di Dewan yang mulia ini sebagai Ahli Dewan Negara. In shaa-Allah saya akan terus menunaikan tugas, tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan ini dengan sebaik-baiknya bagi menyuarakan buah fikiran, pendapat, pandangan dan saranan demi kepentingan rakyat dan negara.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Titah Ucapan Baginda Tuanku telah membuka ucapan dengan menyentuh keprihatinan Baginda Tuanku dan Raja Permaisuri Agong terhadap insiden pesawat MH370 penerbangan Malaysia ke Beijing pada hari Sabtu, 8 Mac

2014 yang lalu. Kini telah lebih 40 hari misteri kehilangan pesawat MH370 masih belum terungkai jawapannya. Kehilangan MH370 telah menarik perhatian dan simpati rakyat tanpa mengira bangsa dan agama di negara ini. Sesungguhnya ini jelas membuktikan keprihatinan rakyat negara ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk turut mengucapkan simpati kepada semua ahli keluarga mangsa dan berharap mereka sabar dan tabah menghadapi ujian dari Allah ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan khususnya Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, pemangku Menteri Pengangkutan, DCA dan MAS yang telah mengendalikan krisis ini dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana serta tidak mudah terikut-ikut dengan pelbagai spekulasi dan tohmahan dari dalam dan luar negara terutamanya yang disebarkan di internet dan media sosial.

Saya yakin kerajaan tidak menyembunyikan apa-apa maklumat kerana hakikatnya kerajaan mempunyai maklumat yang terhad dan akan hanya mendedahkan maklumat yang benar dan sahih sahaja. Saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mendapat sokongan yang padu daripada rakan-rakan ASEAN seperti Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia juga lain-lain negara besar seperti China, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain negara yang semuanya berjumlah 26 buah negara dalam usaha mencari dan menyelamat, search and rescue (SAR) MH370 dengan pantas dan serta-merta dengan pelbagai aset canggih tanpa mengira kos yang terpaksa ditanggung. Ini jelas membuktikan Malaysia mempunyai ramai rakan bukan sahaja sewaktu senang tetapi juga terutamanya ketika sukar seperti ini. Tambahan pula, Malaysia amat dikenali sebagai sebuah negara yang sentiasa menghulurkan bantuan kemanusiaan dan mempertahankan keamanan sejagat.

Tuan Yang di-Pertua, bagaimanapun saya agak kecewa kerana ada rakyat negara ini yang mengabaikan, yang bagaikan tidak dapat menerima takdir qada dan qadar dan realiti bahawa kecanggihan sains dan teknologi tidak dapat mengatasi kekuasaan Allah.

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 67

Mereka ini menganggap tragedi MH370 ini sebuah skrip filem, lebih daripada itu golongan ini bukan sahaja tidak menghulurkan tangan untuk membantu tetapi telah menggunakan media sosial dan sebagainya untuk mencetuskan hasutan dan melaga-lagakan rakyat negara China dan Malaysia serta mengeruhkan hubungan baik yang sedia terjalin di antara China dan Malaysia.

■1710

Saya menyeru agar golongan yang tidak bertanggungjawab ini supaya menghentikan perbuatan yang memburukkan imej dan merugikan negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, antara iktibar daripada kejadian ini ialah perlunya protokol yang lebih ketat di semua pintu masuk dan keluar negara supaya tidak mudah dibolosi termasuk mereka yang menggunakan pasport yang tidak sah seperti pasport yang dicuri dan sebagainya. Selain itu, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk memperluaskan penggunaan biometrik kepada semua pesawat ke negara ini dan tidak terhad kepada pesawat dari negara ASEAN sahaja. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan supaya Kementerian Dalam Negeri dalam menangani perkara ini dan cadangan kerajaan bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi, menjaga keselamatan pintu masuk dan keluar negara.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu, kejadian MH370 ini telah menyebabkan lebih 30,000 orang pelancong dari China telah membatalkan tempahan penerbangan dan penginapan di Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa ini telah menjejaskan perancangan dan sasaran 28 juta orang pelancong sepanjang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 yang antara lain bergantung terutamanya kepada kehadiran pelawat dari China.

Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kementerian Luar Negara, apakah langkah kerajaan bagi memulihkan dan menjernihkan persepsi pelancong dari China? Ini untuk menarik pelancong dari China ini terus melawat Malaysia sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat Malaysia yang terus melawat China selepas peristiwa MH370. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan, sejauh manakah keberkesanan duta khas ke China yang dilantik bagi membantu krisis MH370? Saya juga ingin mendapatkan penjelasan, apakah dan setakat manakah bantuan, kaunseling dan khidmat nasihat psikologi telah dilaksanakan bagi membantu keluarga penumpang dan krew MH370?

Akhirnya saya menyeru semua Ahli Dewan yang mulia ini sama-sama berdoa agar dipermudahkan segala usaha untuk menjejaki MH370 terutama kotak hitam pesawat berkenaan bagi merungkai segala persoalan serta mendoakan semua penumpang dan krew MH370 selamat. Amin.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Baginda Tuanku telah menyentuh tentang usaha kerajaan dalam pelbagai aspek antaranya untuk mencapai negara maju berpendapatan tinggi, transformasi ekonomi, pelbagai inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat. Peranan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan, aspek keselamatan negara, peranan kerajaan untuk terus memperkukuhkan kedudukan kewangan melalui cukai barangan dan perkhidmatan GST, kejayaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), kepentingan menjamin bekalan makanan rumah untuk setiap rakyat, perkhidmatan rawatan perubatan dan kesihatan, komitmen berterusan kerajaan memperkasakan institusi keluarga, usaha kerajaan untuk memperkasa sektor pendidikan dan memartabatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya dalam Ucapan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seterusnya menyentuh beberapa perkara penting berhubung dengan sektor pendidikan, memartabatkan Islam, sektor pertanian, pengangkutan, kesihatan dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyentuh berhubung dengan pendidikan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang telah meletakkan asas kukuh untuk memperkasakan sektor pendidikan dengan merangka sistem pendidikan yang komprehensif dan holistik melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007-2020. Bagi melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi dan berkemahiran untuk memenuhi keperluan negara khususnya bagi mencapai negara maju berpendapatan tinggi.

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

68 DN 21.4.2014

Saya ingin menyentuh tentang iltizam kerajaan untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan tujuan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, inovasi dan kreatif dengan memperkasakan pendidikan akademik dan kemahiran teknikal dan vokasional. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan bilangan sekolah dan kolej vokasional dan teknikal yang sedia ada di bawah Kementerian Pendidikan dan bidang kursus yang ditawarkan serta apakah perancangan kementerian dalam menyediakan modal insan bagi memenuhi keperluan negara khususnya sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang hanya tinggal enam tahun sahaja lagi? Selain itu, sejauh manakah kerajaan melalui Kementerian Pendidikan mampu melahirkan dan menyediakan tenaga kerja tempatan bagi menggantikan tenaga kerja asing?

Berhubung dengan pendidikan ini, saya ingin menyentuh berhubung dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dilaksanakan semenjak 2012 sebagai satu bentuk taksiran yang lebih menyeluruh yang bukan hanya mengambil kira peperiksaan tetapi meliputi juga psikometri pelajar, perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial pelajar. Pada dasarnya saya bersetuju dengan langkah kerajaan memperkasakan- memperkenalkan PBS ini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara yang terlalu berorientasikan peperiksaan.

Bagaimanapun, pelaksanaan PBS agak mencabar kepada guru-guru kerana kelemahan prasarana dan infrastruktur seperti Internet. Selain daripada itu, penerimaan pelajar dan ibu bapa agak terbatas kerana kurang memahami PBS ini. Kerajaan telah mengumumkan penambahbaikan PBS ini. Ramai guru yang menarik nafas lega dengan mendengar pengumuman ini kerana ia mampu mengurangkan beban guru sehingga 80 peratus. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan, sejauh mana langkah penambahbaikan ini telah dilaksanakan? Ini bagi memastikan PBS ini lebih mesra guru, ibu bapa dan pelajar serta seterusnya memberikan manfaat kesan yang optimum dan tidak membebankan kepada semua pihak yang terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal pendidikan ini juga, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan pelaksanaan Pentaksiran Tingkat Tiga (PT3) bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun ini. Pelaksanaan PT3 merupakan sebahagian langkah penambahbaikan yang dialu-alukan terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PT3 ini begitu penting kerana akan digunakan sebagai asas menentukan kemasukan pelajar-pelajar ke tingkatan empat sama ada ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), MRSM, sekolah teknik dan kolej vokasional. Bagaimanapun, ramai ibu bapa yang tidak memahami tentang kaedah pelaksanaan PT3 ini sehingga menyebabkan ibu bapa terpaksa menyerahkan sepenuhnya kepada guru.

Saya ingin menyarankan agar ibu bapa pelajar diberikan penerangan yang jelas tentang modul dan kaedah pengajaran serta pembelajaran Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) ini bagi membolehkan ibu bapa membantu, memantau dan mendorong kemajuan pelajaran anak-anak. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan Kementerian Pendidikan berhubung dengan instrumen pentaksiran dan peraturan penstrukturan PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Sejarah dan Geografi dan lain-lain subjek serta sejauh manakah peranan Lembaga Peperiksaan bagi memberikan verifikasi slip keputusan PT3 ini supaya mendapat pengiktirafan.

Tuan Yang di-Pertua, Tuanku turut menyentuh berhubung memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan. Saya ingin menyentuh berhubung dengan peranan wakaf bukan sahaja menjaga kebajikan dan membangunkan ekonomi umat Islam, tetapi juga memberi manfaat kepada kesejahteraan ummah.

■ 1720

Saya ingin membangkitkan kejayaan di Universiti Al-Azhar di Mesir yang dibina atas tanah diwakafkan pengurusannya terus disokong dengan sumbangan wakaf sejak 800 tahun dulu yang telah melahirkan begitu ramai intelektual, cendekiawan dan pakar dalam pelbagai bidang. Begitu juga kejayaan 62 daripada 166 buah universiti di Turki yang turut dibangunkan menerusi hal harta wakaf.

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 69

Begitu juga kejayaan umat Islam di negara jiran Singapura sebagai golongan minoriti berjaya membina masjid, sekolah seperti keperluan umat Islam lain di negara itu melalui sumbangan wakaf dengan kaedah potongan gaji oleh semua pekerja Islam.

Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, apakah langkah kerajaan bagi mengumpulkan wang wakaf seperti wakaf tunai supaya dapat dikumpulkan dan digunakan demi kepentingan umat Islam demi negara ini? Sejauh manakah Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) telah memainkan peranan untuk menggerakkan kutipan dan harta wakaf dan seterusnya menyumbang demi kepentingan ummah? Saya ingin juga mendapat penjelasan nilai harta wakaf sedia ada masa kini dan nyatakan langkah kerajaan bagi memanfaatkan harta ini bagi kepentingan ummah.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar kerajaan mengambil pendekatan menjadikan wakaf sebagai sumber dana bagi menguruskan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bagi mengurangkan beban kerajaan dan pelajar. Saya percaya sekiranya wakaf dapat digembleng di semua peringkat masyarakat Islam di negara ini untuk menjana kepentingan awam, maka defisit bajet negara dan hutang negara akan dapat dikurangkan daripada segi jangka panjang. Ini tidak mustahil kerana sebagai contohnya...

Dato’ Dr. Johari bin Mat: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang hendak mencelah Yang

Berhormat.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Bolehkah?

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Boleh saya teruskan lagi Yang

Berhormat sekejap? Ini tidak mustahil kerana sebagai contohnya Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) yang merupakan wakaf korporat pertama ditubuhkan di negara kita ini kini mempunyai nilai aset lebih RM502 juta.

Wakaf korporat ini bukan sahaja bertujuan mempertingkatkan taraf hidup orang miskin atau amal jariah sahaja tetapi bagi menghasilkan kekayaan dan memberi nilai tambah kepada pembangunan untuk memenuhi muqasid syariah. Saya ingin menyarankan agar semangat wakaf dapat diterjemahkan dalam kehidupan umat Islam supaya institusi wakaf dan korporat dapat menjadi institusi teras kepada memperkasakan ekonomi, meningkat pembangunan serta menjana harta kekayaan berpanjangan umat Islam di negara ini. Silakan Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Terima kasih Yang Berhormat yang telah memberi

laluan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat berhubung dengan andaian. Sebanyak manakah harta wakaf yang ada mengikut pengetahuan Yang Berhormat di dalam masyarakat kita di Malaysia?

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Terima kasih Yang Berhormat. Saya

harap soalan ini secara tepatnya eloklah Yang Berhormat Menteri nanti akan menjawabnya. Nanti saya tidak suka menjawab secara tidak tepat dan saya pulangkan kepada kementerian yang berkenaan untuk menjawabnya secara rasmi. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan memartabatkan Islam saya ingin menyentuh berhubung dengan cadangan penubuhan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa (IMSA) bagi mengukur komitmen dalam negara Islam sebagaimana saranan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak semasa seminar antarabangsa penghayatan wasatiyyah dalam kerangka maqasid syariah.

Saya ingin mendapatkan penjelasan, sejauh manakah kerajaan melaksanakan pendekatan dan konsep maqasid al-Syariah dalam negara kita masa kini dan perancangan masa hadapan? Selain itu, sebagai sebuah negara yang berpaksikan kepada Islam sebagai agama persekutuan, bagaimanakah kerajaan mendepani pelbagai cabaran maqasid al-Syariah seperti hak kebebasan memilih agama atau liberalisasi agama? Hak-hak LGBTIQ iaitu lesbian, bisexual, gays, transgender, intersex dan queer dan mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah syariah.

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

70 DN 21.4.2014

Dalam hubungan ini, konsep dan pendekatan wasatiyyah adalah antara yang

terbaik untuk diamalkan di semua peringkat. Sehubungan dengan itu, saya memohon penjelasan kerajaan bagaimanakah konsep wasatiyyah dapat disampaikan dan difahamkan ke peringkat akar umbi iaitu peringkat individu, keluarga dan masyarakat dalam negara ini bagi mengharmonikan hak individu dan tanggungjawab sosial agar saling berkait dan saling menyumbang antara pembangunan ummah keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, Tuanku dalam Titah Baginda menyentuh berhubung dengan usaha untuk memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan terutamanya bagi mengatasi kecelaruan akidah umat Islam dari fahaman pluralisme, liberalisme dan penyebaran ajaran sesat serta fahaman kebebasan LGBT. Tuanku turut menggesa pihak-pihak berkuasa agama Islam supaya memperkukuhkan pegangan umat Islam kepada Ahli Sunah Waljamaah untuk mengelakkan perpecahan sesama umat Islam di kalangan umat Islam di negara ini.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) supaya membuat kajian yang menyeluruh daripada segi keperluan, tenaga kerja dan jawatan serta struktur gaji baru yang lebih sesuai kepada semua kakitangan dan pegawai JAKIM, MAIN dan JAIN seluruh negara memandangkan peranan kakitangan dan pegawai agama semua peringkat amat penting masa kini untuk menangani pelbagai isu agama, khususnya daripada segi akidah termasuk ajaran sesat seperti Syiah dan lain-lainnya.

Pada masa kini pegawai dan kakitangan JAKIM, MAIN dan JAIN ini berkhidmat dalam Gred S adalah rendah berbanding dengan penjawat awam yang lain. Sehubungan dengan itu juga, saya ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula gaji Pegawai Agama Daerah Kadi dengan menaikkan gred gaji dari Gred 48 kepada sekurang-kurangnya Gred 52 sesuai dengan peranan penting kadi bukan sahaja daripada segi pentadbiran dan pelaksanaan hukum Islam, tetapi juga perkembangan agama Islam di peringkat daerah. Sebagai perbandingan, Penolong Pegawai Daerah pun kini sudah Gred 52 Tuan Yang di-Pertua.

Selain daripada itu, saya berharap kerajaan juga mengkaji peluang kenaikan gred gaji Pegawai Agama Daerah Kadi dan mempunyai mekanisme untuk dinaikkan kepada Gred 54 dan ke atas sama ada melalui peperiksaan atau secara automatik time based selepas tempoh tertentu selepas lima tahun umpamanya sebagai yang dinikmati oleh pegawai perkhidmatan pelajaran atau guru-guru dan pegawai perubatan. Saya berharap kerajaan memandang serius penstrukturan semula daripada segi perjawatan dan gaji kakitangan dan pegawai agama Islam JAKIM, JAIN dan MAIN bagi memperkasakan dan memartabatkan lagi agama Islam sebagai agama persekutuan termasuk sebagai persediaan bagi melaksanakan hudud di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berhubung dengan pertanian. Tuanku dan Titah Baginda turut menyentuh berhubung dengan kepentingan menjamin bekalan makanan melalui kecekapan dan produktiviti. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyentuh berhubung dengan pihak program ladang kontrak yang telah dilaksanakan semenjak 2006 dengan jaminan pembelian hasil pertanian dari ladang ini oleh FAMA.

Saya ingin mendapat penjelasan, berapakah keluasan program ladang kontrak ini yang bilangan petani yang lebih yang terlibat di seluruh negara? Ini termasuk di Terengganu serta nyatakan jenis tanaman yang terhasil serta agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang terlibat bagi menjayakan program ini. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan jumlah...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Saya.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh sambung esok? Masih banyak

lagikah?

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Ada lagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Berapa minit agaknya?

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 71

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Sepuluh minit agaknya. Saya tidak

pasti Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak apa, tidak apa. Yang Berhormat sambung balik

esok kerana kita sudah sampai ke akhir waktu majlis mesyuarat kita hari ini ya.

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan ini

ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa 22 April 2014.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.]

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan
Page 79: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 i

LAMPIRAN

PARLIMEN MALAYSIA

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KETIGA BELAS

10 MAC 2014

TITAH SERI PADUKA BAGINDA

YANG DI-PERTUAN AGONG

ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN

TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wabihi Nasta’iin

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

dan Salam Sejahtera

Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Ahli-Ahli Dewan Negara dan Ahli-Ahli Dewan Rakyat sekalian.

Alhamdulillah, Beta memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama pada hari ini dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kedua, Parlimen Ketiga Belas. Di kesempatan ini, Beta dan Raja Permaisuri Agong bersama rakyat Malaysia amat prihatin terhadap insiden yang berlaku ke atas pesawat MH370 Penerbangan Malaysia ke Beijing pada Sabtu, 8 Mac 2014 dan menzahirkan rasa simpati kepada penumpang-penumpang dan anak kapal pesawat tersebut serta keluarga mereka. Beta juga berharap agar ahli-ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat dapat bertenang dan tabah menerima ketentuan tersebut.

2. Beta bersyukur atas keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara selama ini dan berdoa agar nikmat ini dapat terus dikecapi. Beta sukacita Agenda Transformasi Negara sudah mula membuahkan hasil dan yakin ia akan membawa kemajuan dan kemakmuran yang mampan kepada rakyat dan negara dalam jangka panjang. Beta percaya, dengan sokongan padu dan kerjasama yang erat antara pemimpin dan rakyat, pelbagai kejayaan akan terus dilakar oleh negara pada masa depan.

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

ii DN 21.4.2014

3. Beta amat berbangga dengan peranan yang telah dimainkan oleh semua Ahli Yang Berhormat dalam mewakili suara rakyat melalui isu-isu yang telah dibawa dan dibahaskan secara berhemah di Dewan yang mulia ini. Berkat kerjasama dan semangat perpaduan di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat, pelbagai rang undang-undang dan usul yang menyentuh kehidupan rakyat telah diluluskan dalam sidang Parlimen pada penggal yang lalu. Ini membuktikan kematangan sistem demokrasi negara dan kesediaan Kerajaan Beta untuk mendengar serta mempertimbangkan sebarang cadangan daripada mana-mana pihak, demi kemakmuran negara. Ahli-Ahli Yang Berhormat, 4. Dalam menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi, kesejahteraan hidup rakyat sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan. Kemakmuran tidak akan memberi makna jika masih ada golongan rakyat hidup dalam kesusahan. Justeru, Kerajaan Beta akan terus berusaha meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ini termasuklah usaha mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup dan menangani kesan daripada pelaksanaan langkah-langkah transformasi ekonomi serta konsolidasi fiskal termasuk rasionalisasi subsidi secara berperingkat bagi memastikan negara terus berdaya saing. Subsidi pukal yang banyak ketirisannya perlu diganti dengan subsidi bersasar agar rakyat teramai dapat dibantu. 5. Justeru, pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk membantu meringankan beban rakyat, antaranya melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia, Baucar Buku 1Malaysia, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia, Bantuan Khas Awal Persekolahan dan Kedai Rakyat 1Malaysia. Manakala bagi Sabah dan Sarawak, program penyeragaman harga akan diteruskan. Beta menyeru agar Kerajaan memperbanyakkan lagi Kedai Rakyat 1Malaysia di seluruh negara dengan sekurang-kurangnya sebuah dibina di setiap kawasan Parlimen. Sektor swasta juga perlu lebih giat menawarkan produk dan perkhidmatan berkonsepkan 1Malaysia yang berkualiti pada harga yang rendah. Beta percaya dengan usaha-usaha ini secara berterusan dan bersepadu, kenaikan harga barang dan kos sara hidup rakyat akan dapat diselesaikan secara holistik. Beta juga menyeru para peniaga supaya berlaku jujur dalam menjalankan perniagaan agar hasil yang diperoleh diberkati. 6. Pada masa ini, hampir semua negara terpaksa berhadapan dengan cabaran daripada ketidaktentuan ekonomi global termasuk menyediakan pekerjaan kepada rakyat. Oleh itu, kita bersyukur kadar pengangguran di negara ini adalah rendah dan terkawal. Dalam hal ini, Beta menyeru Kerajaan agar mempertingkatkan usaha untuk mewujudkan lagi pekerjaan bernilai tinggi yang bukan sahaja membantu meningkatkan produktiviti negara, malah menyumbang kepada peningkatan pendapatan rakyat. 7. Kemakmuran dan kemajuan hidup tidak akan bermakna jika negara terus menghadapi ancaman keselamatan. Beta menghargai peranan agensi-agensi keselamatan dan pertahanan serta awam melalui Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dalam mengembalikan keamanan di timur Sabah. Begitu juga usaha Kerajaan dalam pencegahan jenayah terutamanya jenayah berat dan terancang. Tahniah Beta ucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia atas kejayaan Ops Cantas dalam mengurangkan jenayah kekerasan. Beta menyeru agar usaha untuk membasmi jenayah termasuk melalui penambahbaikan undang-undang dan peningkatan kecekapan dalam penguatkuasaan terus dipertingkatkan. 8. Seperti termaklum, negara kita juga tidak terkecuali menerima kesan daripada perubahan iklim global yang mengakibatkan berlakunya peningkatan kejadian bencana alam seperti banjir dan cuaca panas serta kering. Beta berharap semua pihak dapat bekerjasama untuk memastikan kualiti udara berada di tahap baik. Beta juga menzahirkan

rasa simpati dan takziah kepada mangsa-mangsa yang kehilangan ahli keluarga, pendapatan serta harta benda. Beta mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas pihak Kerajaan dan semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan.

Page 81: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 iii

Ahli-Ahli Yang Berhormat,

9. Berdasarkan jangkaan ekonomi global yang beransur pulih serta aktiviti ekonomi domestik yang kekal cergas, Beta berharap pertumbuhan ekonomi akan lebih kukuh pada tahun 2014. Ke arah ini dan juga mengambil kira realiti keadaan ekonomi yang sentiasa berubah, Kerajaan Beta akan terus memberi perhatian dalam memperkukuhkan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan berkualiti, memperluaskan pasaran, mengarusperdana sains, teknologi dan inovasi, mengunggul modal insan, menambah baik penyampaian perkhidmatan awam serta melaksana perbelanjaan berhemat. Beta menyeru semua pihak bersikap realistik dan bersedia menghadapi persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.

10. Kerajaan Beta akan terus memperkukuh kedudukan kewangan dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang negara, antara lain melalui peluasan asas cukai dan penambahbaikan pentadbiran cukai. Ini termasuk pengenalan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April 2015. Sebagai persediaan, Beta menyeru kepada Kerajaan dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama memberi kefahaman kepada rakyat mengenai pelaksanaan dan faedah GST yang bukannya cukai tambahan tetapi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan sedia ada. 11. Hasil usaha transformasi Kerajaan juga, kedudukan Malaysia telah dilonjakkan ke tangga keenam paling mesra perniagaan di dunia berbanding kedudukan kedua belas pada tahun sebelumnya seperti yang dilaporkan oleh Bank Dunia. Peningkatan ini akan terus meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah destinasi pelaburan pilihan. Ini satu pengiktirafan kepada langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan terutamanya Perkhidmatan Awam dalam memudahkan urusan perniagaan. 12. Beta berbangga dengan kemajuan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh yang sehingga 31 Disember 2013 mencapai kadar pelaksanaan sembilan puluh enam perpuluhan tujuh peratus. Beta berharap pelaksanaannya dapat dipercepatkan lagi bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara dan memberi manfaat kepada rakyat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, 13. Sebagai sebuah negara perdagangan, adalah penting Kerajaan terus meneroka pasaran-pasaran baharu untuk produk dan perkhidmatan. Bagi tujuan ini, Malaysia telah menandatangani pelbagai perjanjian perdagangan dan pelaburan di peringkat antarabangsa. Bagi setiap perjanjian ini, kepentingan rakyat dan negara tidak akan dikompromi dan sentiasa diutamakan. Namun, Malaysia perlu sentiasa berada di barisan hadapan dalam persaingan pasaran global dengan mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif. 14. Dalam pada itu, Kerajaan Beta telah memperkenalkan Dasar Automotif Nasional 2014 yang bertujuan mewujudkan industri automotif tempatan yang lebih berdaya saing bagi menghadapi cabaran liberalisasi dan seterusnya membangunkan Malaysia sebagai hab automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga. Selain itu, dasar ini akan turut memberi faedah kepada peningkatan eksport, pemuliharaan alam sekitar, pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, pemindahan teknologi dan juga pewujudan peluang perniagaan baharu kepada syarikat-syarikat automotif tempatan. Pada masa yang sama, rakyat juga bakal menikmati penurunan harga kereta. 15. Dengan pengiktirafan Malaysia sebagai antara sepuluh buah negara destinasi pelancongan dunia pada tahun 2014, Beta percaya penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2014 mampu memaksimumkan potensi industri pelancongan, berasaskan keunikan kebudayaan dan warisan masyarakat majmuk dan keindahan alam semula jadi negara. Justeru, Beta menyeru agar semua rakyat memainkan peranan demi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 dan seterusnya bersama-sama meraikan Year Of Festivals 2015.

Page 82: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

iv DN 21.4.2014

16. Kerajaan Beta memandang serius mengenai kepentingan menjamin bekalan makanan yang mencukupi memandangkan sektor pertanian terdedah kepada kesan perubahan iklim dunia dan harga komoditi yang tidak menentu di pasaran global. Pendekatan holistik dalam membangunkan industri agro-makanan akan diteruskan. Selain itu, pembangunan sektor perladangan dan komoditi terus diberi tumpuan dengan meningkatkan kecekapan dan produktiviti di setiap peringkat rantaian nilai terutama bagi industri sawit dan getah, termasuk menghasilkan produk-produk berasaskan komoditi yang bernilai tambah tinggi dan bersifat mesra alam. Ahli-Ahli Yang Berhormat, 17. Kerajaan Beta komited dalam memastikan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat bandar dan luar bandar, masyarakat Orang Asli serta kumpulan-kumpulan etnik peribumi di Sabah dan Sarawak terus dipertingkatkan. Justeru, usaha berterusan akan dilaksanakan bagi menyedia dan menaik taraf kemudahan infrastruktur asas di samping usaha-usaha mempelbagaikan aktiviti ekonomi seperti Pusat Transformasi Luar Bandar, Cabaran Perniagaan Luar Bandar dan Desa Lestari yang berupaya menjana pendapatan termasuk dalam bidang pertanian, industri kecil dan sederhana serta pelancongan desa. Bagi menangani isu-isu perbandaran, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk telah ditubuhkan untuk menyalurkan isu-isu kesejahteraan hidup penduduk bandar kepada agensi-agensi berkaitan. 18. Kerajaan menyedari impian rakyat untuk memiliki rumah yang selesa pada harga berpatutan terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di bandar termasuk penjawat awam. Sehubungan ini, inisiatif-inisiatif seperti Program Perumahan Rakyat, Perumahan Rakyat 1Malaysia, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, Rumah Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat terus dipergiatkan termasuk dengan penubuhan Majlis Perumahan Negara. 19. Sistem pengangkutan yang cekap adalah penting kepada kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat di bandar mahupun luar bandar. Kerajaan Beta akan melaksanakan projek-projek pembangunan yang melibatkan pengangkutan darat, udara dan maritim. Beta percaya rungutan rakyat mengenai kesesakan lalu lintas dan kekangan akses pengangkutan awam di bandar-bandar besar akan dapat ditangani melalui pelaksanaan inisiatif mempertingkatkan sistem pengangkutan awam di bandar. Keutamaan juga akan diberi kepada pembangunan rangkaian jalan raya di Sabah dan Sarawak seperti Jalan Raya Pan Borneo dan jalan-jalan luar bandar. Ahli-Ahli Yang Berhormat, 20. Kesejahteraan hidup amat berkait dengan persekitaran yang lestari, bersih dan sihat. Sehubungan ini, Beta amat mendukung usaha-usaha menjayakan teknologi hijau bagi mewujudkan persekitaran yang bebas daripada pencemaran. Di samping itu, taraf kesihatan rakyat akan terus diutamakan dengan menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan dan kesihatan yang berkualiti pada kos yang berpatutan termasuk mewujudkan lebih banyak Klinik 1Malaysia. Dalam pada itu, program pendidikan kesihatan perlu dipertingkatkan untuk menggalakkan gaya hidup sihat bagi mengelak penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit seperti penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Sesungguhnya kadar obesiti di Malaysia yang kini paling tinggi di Asia Tenggara dan keenam tertinggi dalam kalangan negara Asia Pasifik perlu diberi perhatian serius. Justeru, Beta juga menyambut baik konsep “sporting nation” atau negara bersukan yang bukan sahaja dapat memupuk budaya bersukan di bawah inisiatif sukan untuk semua, malah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan gaya hidup sihat. 21. Institusi keluarga terus diberi perhatian antaranya melalui penambahan Pusat Khidmat Keluarga Bergerak terutama di kawasan pedalaman. Di samping itu, langkah-langkah akan dipertingkatkan untuk membantu ibu tunggal selari dengan usaha memperkasakan kaum wanita dan orang kurang upaya, selaras dengan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperjuangkan kesaksamaan hak dan peluang kepada semua golongan rakyat dalam arus pembangunan negara.

Page 83: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

DN 21.4.2014 v

22. Keamanan dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat pada hari ini umumnya hasil usaha generasi terdahulu yang kini merupakan pesara atau warga emas. Beta juga menyeru agar Kerajaan mempertingkatkan usaha bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi membolehkan warga emas melalui hari tua mereka secara aktif dan produktif serta diberi perlindungan dan penjagaan yang sempurna, jika mereka memerlukan. Beta juga percaya ramai golongan pesara mahu dan mampu menyumbang dalam membantu negara demi kesinambungan pembangunan yang telah dikecapi bersama dengan berkongsi pengalaman luas yang dimiliki. Ahli-Ahli Yang Berhormat,

23. Kerajaan Beta telah meletakkan asas untuk memperkasa sektor pendidikan melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007 hingga 2020. Pelan ini bertujuan mencapai satu tahap kualiti sistem pendidikan yang setanding dengan negara lain yang berjaya dalam bidang pendidikan serta memenuhi keperluan modal insan, tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Dalam pada itu, pembangunan tenaga mahir dan peningkatan kreativiti dan inovasi di kalangan tenaga kerja dan peranan penting institusi-institusi latihan kemahiran terus dijadikan agenda utama bagi menampung keperluan industri negara. 24. Generasi muda dan belia hari ini cermin wajah negara pada masa hadapan dan merupakan aset penting dalam mencorakkan pembangunan serta kemakmuran negara. Beta berharap golongan belia akan terus didampingi melalui program pembangunan yang inklusif dan komprehensif berteraskan pendekatan daripada belia untuk belia, yang meliputi aspek-aspek kepimpinan, kemahiran, keusahawanan dan kesukarelawanan. Golongan belia juga perlu ditanamkan dengan semangat patriotik dan dipupuk jiwanya agar cinta negara. Ahli-Ahli Yang Berhormat, 25. Islam sebagai agama bagi Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu terus dimartabatkan. Kecelaruan pemikiran ummah dan ancaman akidah misalnya fahaman pluralisme serta penyebaran ajaran sesat hendaklah ditangani oleh pihak-pihak berkuasa agama selaras dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di kalangan umat Islam di negara ini dan demi mengelakkan perpecahan ummah. 26. Tindakan tegas mesti diambil ke atas anasir-anasir jahat yang cuba menyebar pemikiran dan tindak tanduk yang bertujuan meruntuhkan nilai-nilai serta keluhuran perlembagaan negara. Semua pihak perlu sedar akan peri pentingnya perpaduan dengan kembali kepada landasan sebenar asas-asas penubuhan negara ini seperti yang dihasratkan oleh para pemimpin terdahulu. Untuk tujuan memelihara keharmonian negara, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara untuk mencari kebersamaan dalam pelbagai isu agama dan etnik. Beta menyeru agar semua pihak mengelak daripada membuat sebarang kenyataan atau tindakan yang bersifat provokasi dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Ingatlah, apabila terurainya perpaduan, negara akan menuju kehancuran. Justeru, kita hendaklah mengukuhkan perpaduan dengan memupuk perasaan hormat-menghormati dan kesederhanaan dalam menjalani kehidupan. Dalam pada itu, kemajuan teknologi tanpa sempadan hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawab untuk memuliakan lagi peradaban manusia, bukan menghancurkannya. 27. Sesebuah negara akan pantas menjadi maju apabila segala urusan perniagaan dan pentadbiran negara bersandar kepada prinsip akhlak, beretika dan mengamalkan integriti yang tinggi. Beta menyokong usaha-usaha Kerajaan meningkatkan ketelusan tadbir urus antara lain melalui pemantapan konsep ketelusan dan pembanterasan rasuah yang mana hasilnya, negara telah memperoleh kedudukan yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah 2013. Namun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan di peringkat Kerajaan dan swasta serta setiap rakyat untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Page 84: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Dewan Undangan Negeri, sudah semestinyalah Yang Berhormat semua dilantik dari negeri masing-masing. 2 DN 21.4.2014 ... mulai hari ini ingin merakamkan

vi DN 21.4.2014

28. Di arena antarabangsa, Malaysia bukan sahaja memainkan peranan penting dalam bidang keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya di rantau Asia Tenggara, malah turut menyumbang kepada penyelesaian di wilayah-wilayah yang sedang menghadapi krisis. Anggota-anggota keselamatan negara juga telah menyumbang kepada keamanan sejagat melalui penglibatan dalam misi-misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam semangat ini, Malaysia berusaha untuk memperoleh kerusi sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tempoh 2015 dan 2016. Di samping itu, Beta menaruh sepenuh kepercayaan bahawa Malaysia yang bakal menjadi Pengerusi ASEAN akan mampu menerajui usaha-usaha bagi merealisasikan Komuniti ASEAN 2015. Ahli-Ahli Yang Berhormat, 29. Di kesempatan ini, Beta menyeru semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Laksanakanlah tugas dengan jujur, amanah, penuh dedikasi dan tanggungjawab. Sebagai wakil rakyat, Ahli-Ahli Yang Berhormat hendaklah menunjukkan contoh yang terbaik kepada rakyat dan sentiasa mengamalkan sifat-sifat terpuji terutama sepanjang berada dalam Dewan yang mulia ini. 30. Kepada rakyat jelata terutamanya golongan belia, gunakanlah segala ruang dan peluang yang ada dengan bijaksana. Marilah kita bersama-sama berpadu tenaga melonjakkan negara ini menjadi negara maju berpendapatan tinggi dalam suasana aman, makmur dan sejahtera. Segala cabaran dan rintangan pasti dapat di atasi. Beta yakin melalui sokongan padu semua pihak, Kerajaan di bawah pimpinan Mamanda Perdana Menteri dan barisan Anggota Pentadbiran mampu merealisasikan segala perancangan yang direncanakan. 31. Sebelum mengakhiri Titah, Beta ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Anggota Perkhidmatan Awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta semua pihak yang telah menyumbang ke arah keamanan, pembangunan dan kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat. Akhir sekali, Beta dan Raja Permaisuri Agong berdoa semoga negara yang tercinta ini akan terus maju dan dilimpahi rahmat dan nikmat yang berpanjangan dari Allah Subhanahu Wata’ala. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.