Click here to load reader

Penulisan mengikut format apa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

  • 1. PENULISAN MENGIKUT FORMAT APA
  • 2. Apa Itu APA format? APA adalah singkatan untuk American Psychological Association. Satu set peraturan untuk merujuk dan memudahkan pemahaman pembaca. menitikberatkan aspek penampilan penulisan seperti margin (1), double spacing (ruang) dan jenis huruf. membolehkan penerbit dan pembaca untuk mengimbas maklumat penting dalam dokumen yang ditulis
  • 3. APA telah menetapkan standard penulisan seperti berikut: organisasi kandungan (perlu disusun mengikut kesesuaian-) Tajuk subtajuk gaya penulisan (penulisan perlu menggunakan font yang sesuai iaitu bersaiz 12 untuk Times New Roman dan Arial) menulis rujukan (penulisan rujukan perlu mengikut format seperti contoh yang akan diberikan dalam perbincangan seterusnya)
  • 4. Menulis rujukan daripada buku dari laman sesawang atau dari buku asal Maklumat Penulis/pengarang (nama penulis) Tahun penerbitan/diterbitkan Tajuk Penulisan Tempat diterbitkan Penerbit Pengarang (tahun diterbitkan). Nama buku (dicondongkan). Lokasi penerbitan: nama penerbit. Tarikh melayari web tersebut, alamat sesawang yang dilayari. Contoh: Fingerman, E. R., & Smith, J. (1999). The great one. Chatham, New Jersey: Pipeline Publishers. Dimuat turun pada 8 Jun 2002, daripada http://www.kofk.com/finger.
  • 5. Menulis rujukan dokumen tanpa pengarang Contoh: World development report. (1989). New York: Oxford University Press. Menulis rujukan buku dengan hanya satu pengarang Contoh: Perloff, R. M. (1995). The dynamics of persuasion. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
  • 6. Menulis rujukan buku dengan dua pengarang Cara penulisan di dalam makalah Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan tumpuan yang khusus semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan (Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, 2010). Mengikut Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2010), Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan tumpuan yang khusus semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Cara penulisan di dalam bibliografi Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad , (2010) Strategik pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas. Pulau Pinang: Penerbit USM. Nota: nama pengarang berbangsa melayu perlu ditulis penuh dengan membuang gelaran (dato, Dr dll dan juga Bin Atau Binti)
  • 7. Menulis rujukan buku dengan tiga pengarang atau lebih (citing book/articles with three authors or more than three authors) Untuk menulis rujukan buku yang mengandungi tiga atau lebih penulis. Penulis perlu peka bahawa apabila menulis rujukan untuk kali pertama di dalam makalah perlu menulis semua nama penulis yang tersenarai yang dirujuk, manakala untuk penulisan kali kedua dan seterusnya penulis hanya perlu menambah perkataan et al. atau dll. dan tidak perlu menulis kesemua nama yang tersenarai lagi. Namun harus diingatkan kesemua nama penulis yang tersenarai perlu ditulis dengan penuh di bahagian bibliografi. Contoh (penulisan di dalam makalah): Kajian telah menunjukkan bahawa murid-murid berkeperluan khas memerlukan perhatian yang khusus dalam mendidik mereka (Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, Suzana Ibrahim, & Salizawati Omar, 2010). Atau Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, Suzana Ibrahim, dan Salizawati Omar (2010), dalam kajian mereka telah mendapati bahawa murid-murid berkeperluan khas memerlukan perhatian yang khusus apabila mendidik mereka. Mohd Zuri Ghani et al. (2010) dalam kajian mereka telah mendapati bahawa murid-murid berkeperluan khas memerlukan perhatian yang khusus apabila mendidik mereka. Murid-murid berkeperluan khas memerlukan perhatian yang khusus apabila mendidik mereka. (Mohd Zuri Ghani et al., 2010).
  • 8. Contoh penulisan dalam bibliografi Tiga orang penulis: Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, & Suzana Ibrahim. (2010). Pengantar pendidikan khas. Kuala Lumpur: Ilmu Wawasan Printing. Empat orang penulis: Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, Salizawati Omar, & Suzana Ibrahim. (2010). Pengantar pendidikan khas. Kuala Lumpur: Ilmu Wawasan Printing.
  • 9. Lima orang penulis: Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, Salizawati Omar, Suzana Ibrahim, & Lim, C. N. (2010). Masalah pembelajaran. Kuala Lumpur: Ilmu Wawasan Printing. Enam orang penulis: Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, Salizawati Omar, Suzana Ibrahim, Lim, C. N., & Nadarajan Maniam (2010). Pengenalan kepada pendidikan khas. Kuala Lumpur: Ilmu Wawasan Printing.
  • 10. Menulis rujukan buku yang mempunyai lebih dari enam pengarang Apabila menulis rujukan bagi buku yang ditulis oleh lebih dari enam pengarang, penulis perlu menggunakan perkataan et al atau dll selepas nama penulis keenam. Contoh: Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, Salizawati Omar, Suzana Ibrahim, Lim, C. N., & Nadarajan Maniam, et al., (2010). Special education. Kuala Lumpur: Ilmu Wawasan Printing.
  • 11. Menulis rujukan bagi pengarang berbangsa Melayu (Citing Malay Authors) Apabila menulis rujukan bagi pengarang yang berbangsa Melayu, anda perlu abaikan penggunaan bin dan binti. Contoh: Rohana Mahadzir (2010). ______
  • 12. Menulis rujukan bagi pengarang berbangsa Cina (Citing Chinese Authors with Chinese Name) Apabila menulis rujukan bagi pengarang yang berbangsa Cina anda perlu menulis nama pertama dahulu diikuti dengan nama singkatannya iaitu abjad pertama bagi nama seterusnya. Contoh: Wong Chee Meng (2010) ditulis sebagai Wong, C. M. (2010). _________________ Menulis rujukan bagi pengarang berbangsa Cina yang mempunyai nama Inggeris (Citing Chinese Authors with English Name) Apabila menulis rujukan bagi pengarang yang berbangsa Cina dan mempunyai nama Inggeris, anda perlu menulis nama keluarganya dahulu diikuti dengan nama singkatan mengikut abjad pertama nama Inggerisnya dan seterusnya diikuti pula oleh abjad pertama bagi nama seterusnya. Contoh: Lawrance Yap Ah Chai (2010) cite as Yap, L.A. C. (2010). ______________________
  • 13. Menulis rujukan bagi pengarang berbangsa India dan Sikh (Citing Indian and Sikh Authors) Apabila menulis rujukan bagi pengarang yang berbangsa India atau Sikh, abaikan penggunaan d/o, s/o, a/l dan a/p. Contoh: Nadarajan Muthusamy (2010). __________________
  • 14. Menulis rujukan bagi jurnal Nama pengarang jurnal Tarikh/Tahun diterbitkan Tajuk makalah Nama jurnal (di sendengkan/italics) Edisi/volume (dicondongkan) Nombor muka surat (contoh 123-233) Bharadwaj, P., & Ward, K. T. (2008). Ethical considerations of patients with pacemakers. American Family Physician, 78, 398-399. Smith, T. J., & Weyers, J. Derivatives and other securities. The Journal of Economics, 8(2), 90-104.
  • 15. Menulis rujukan jurnal yang dimuat turun secara dalam talian Apabila menulis rujukan yang dimuat turun secara dalam talian, penulis perlu menyatakan sebanyak mungkin maklumat asal bahan yang dirujuk termasuk tarikh dimuat turun dan alamat URL. Contoh: Nama Pengarang, Singkatan abjad pertama nama seterusnya. (Tahun). Nama makalah. Nama jurnal, Volume (Bilangan Keluaran/Issue), nombor muka surat. [dimuat turun pada/Retrieved] Tarikh, [dari] alamat laman sesawang Contoh: Hastalis, D. (2003, January). Effects of prozac. New England Journal of Medicine, 30. Retrieved August 23, 2004, from http://www.nej/pzac Mohd Zuri Ghani .(2009). Kesan Ritalin ke atas pelajar ADHD. International journal for disabilities, 30. Dimuat turun pada 25 Jun,2009, dari http//:international journal.com.
  • 16. Rujukan Bahan Audio Visual Tuliskan nama individu tersebut dan diikuti dengan peranannya, tahun, tajuk yang dicondongkan dan jenis bahan audio visual yang ditaipkan dalam kurungan Videotape Weir, P.B (Producer) & Harison, R.J (Director), (1992). Level of Conciousness [Videotape] Boston : Filmways Bahan audio Carter, J (Speaker) (1999). The growth of English [Audio recording] New York : Barnes & Associates
  • 17. Bibliografi Baris pertama setiap rujukan perlu dimulakan kiri sekali manakala bagi baris kedua perlu dimulakan 5 tempat ke dalam (indented 5 spaces) Perlu dimulakan di muka surat baru dan disusun mengikut abjad A-Z. Bagi penulis yang mempunyai nama akhir, nama pertama dan nama tengah , gunakan nama singkatan abjad pertama bagi nama pertama dan nama tengah. Contoh, Lawrence Christopher Miller ---- Miller, L. C Bagi rujukan tiada nama pengarang, rujukan mengikut tajuk Gunakan huruf besar hanya bagi perkataan pertama tajuk buku dan artikel kecuali nama khas. Perkataan pertama sub tajuk perlu ditulis dengan huruf besar.
  • 18. Jadual dan rajah Jika berkenaan, hendaklah disertakan Nyatakan bilangan dan tajuk Tajuk Jadual dan Rajah/Graf adalah berbeza dari segi kedudukannya
  • 19. Graph 1 : Teacher-pupil interaction over the three science lessons for both groups
  • 20. Jadual 3: Senarai aktiviti luar sekolah Faktor Luaran Setuju Tidak setuju Tidak berkaitan Pengawas Peperiksaan 75.3 (82) 16.5 (18) 8.3 (9) Kursus dalam perkhidmatan 100 (109) 0 0 Mesyuarat daerah 42.2 (46) 17.4 (19) 40.4 (44) Hakim pertandingan 61.4 (67) 5.6 (6) 33.0 (36) Jurulatih Pertandingan 33.9 (37) 12.8 (14) 53.2 (58) Persediaan tuan rumah 72.5 (79) 10.1 (11) 17.4 (19) Sumber: Mohd Zuri Ghani, 2002
  • 21. Konsistensi Numbering.. i), ii) (i), (ii) a. (a), (b) Istilah Kanak-kanak, murid-murid, pelajar-pelajar.
  • 22. LATIHAN
  • 23. Penulisan Tajuk Perlu ditulis ditengah-tengah dan paling atas di muka surat
  • 24. Contoh Panduan Penulisan Makalah Penyelidikan Dengan Menggunakan APA Mohd Zuri Ghani [email protected] Aznan Che Ahmad [email protected] Pusat Pengajian Ilmu 11800 Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia
  • 25. Heading maklumat penulis Perlu sertakan butiran penulis: Nama penulis Email penulis Badan yang diwakili/tempat
  • 26. Contoh Heading untuk Satu Penulis Mohd Zuri Ghani [email protected] Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan 11800 Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
  • 27. Contoh Heading Untuk Dua Penulis atau lebih dari tempat yang sama Mohd Zuri Ghani [email protected] Aznan Che Ahmad [email protected] Pusat Pengajian Ilmu 11800 Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
  • 28. Contoh Heading Untuk Dua Penulis atau lebih dari tempat yang Berbeza Mohd Zuri Ghani [email protected] Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan 18400 Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor Aznan Che Ahmad [email protected] Pusat Pengajian Ilmu 11800 Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
  • 29. Ingat.. Tajuk Perlu Ringkas dan menggambarkan kajian anda.. Tajuk juga perlu ada variablenya Tajuk juga perlu diulas dalam bahagian pendahuluan.. Tajuk juga perlu diulas dalam pernyataan masalah.. Tajuk juga perlu di timbulkan dalam objektif dan abstrak kajian.
  • 30. contoh Pelajar Pintar Cerdas Dan Masalah Yang dihadapi Cabaran dan Masalah Pengetua Baru
  • 31. Abstrak Abstrak perlu ditulis dalam satu peranggan sahaja. Perlu ditulis pada muka surat baru iaitu muka surat kedua. Penulisan abstrak tidak sepatutnya melebihi 120 patah perkataan. ****perlu ada kata kunci****
  • 32. Pendahuluan APA adalah singkatan untuk American Psychological Association. Format APA adalah satu set peraturan yang dibangunkan untuk membantu seseorang itu membuat rujukan bagi sesuatu bahan bacaan atau dokumentasi yang digunakan oleh para psikologi dan ilmuan dalam pelbagai disiplin yang lain. Selain daripada satu set peraturan yang dianggap sebagai mudah dan lebih teratur APA juga merupakan satu kaedah penulisan yang paling kerap digunakan oleh pelajar dan ilmuan di universiti sebagai panduan untuk penulisan mereka. Ini kerana, APA format memanfaatkan gaya penulisan yang sangat khusus dan menitikberatkan aspek penampilan penulisan seperti margin, ruang dan jenis huruf. Menurut laman sesawang American Psychological Association Style, APA format pertama kali diperkenalkan pada tahun 1929 oleh sekumpulan pakar psikologi dalam menbangunkan satu set prosedur untuk meningkatkan kemudahan pemahaman bacaan (APA, 2009, hal xiii). Kumpulan ini menumpukan pada pembangunan gaya editorial yang mudah dan seterusnya membolehkan penerbit dan pembaca untuk mengimbas maklumat penting dalam dokumen yang ditulis. APA digunakan untuk penulisan makalah, laporan kajian, tinjauan pustaka dan kajian kes. Tidak seperti gaya dokumentasi yang lain, format APA menumpukan pada unsur-unsur naskah yang merupakan ciri khas untuk penulisan ilmiah. APA juga mengandungi Peraturan untuk setiap aspek penulisan, terutama dalam ilmu-ilmu sosial bagi menentukan kesahihan penulisan dan seterusnya mengelakkan plagiarisme dan membina rujukan yang tepat. Note: perenggan pertama setiap kali selepas tajuk atau sub tajuk tidak di indent
  • 33. Sub Tajuk Sub tajuk perlu ditulis mengikut format seperti berikut: Panduan Penulisan Makalah Penyelidikan dengan Menggunakan Format. Notes: tidak menggunakan huruf besar tetapi setiap huruf pertama menggunakan huruf besar kecuali kata hubung seperti di, dengan dll