Upload
buiphuc
View
247
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 287
PENULISAN KARANGAN PELAJAR ASING DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM: ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA BAHASA MELAYU
Mazlina Baharudin Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan
Universiti Sains Malaysia [email protected]
Rohaida Idris
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Universiti Sains Malaysia
ABSTRAK
Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam terawal yang ditubuhkan di Malaysia selepas Universiti Malaya. USM ialah universiti pertama yang mendapat status universiti Apex di Malaysia yang merupakan satu penghargaan dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terhadap USM. USM menerima pelajar antarabangsa dari pelbagai negara seperti dari negara Iran, Arab Saudi, China, Libya, Sudan, Mesir, Jordan, Yaman, Nigeria, Indonesia, Thailand, Jepun, Filipina, Korea, Singapura, Brunei dan lain-lain lagi. Majoriti pelajar antarabangsa yang mendaftar di USM merupakan pelajar pascasarjana dan sebahagian kecilnya merupakan pelajar ijazah pertama. Kajian ini dilakukan bertujuan menganalisis kesalahan tatabahasa dalam karangan pelajar asing yang mempelajari kursus Bahasa Malaysia I (LKM 100) sebagai kursus universiti yang wajib lulus sebagai syarat pengijazahan bagi pelajar antarabangsa di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia. Kajian dilakukan dengan menganalisis skrip peperiksaan akhir pelajar LKM100 bagi peperiksaan akhir semester kedua sidang akademik 2014/2015. Sejumlah lapan puluh lapan skrip dipilih secara rawak daripada jumlah keseluruhannya iaitu seratus lapan puluh tiga calon dari tiga buah kampus (kampus induk, kampus kejuruteraan dan kampus kesihatan) yang menduduki peperiksaan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu metode kepustakaan sepenuhnya. Kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan mereka dijadikan sebagai data kajian. Kajian ini hanya memfokuskan kesalahan penggunaan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dalam karangan yang dihasilkan oleh pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar asing yang mempelajari kursus Bahasa Malaysia I (LKM 100) melakukan kesalahan frasa nama sebanyak 86 (47.3%), kemudian diikuti oleh kesalahan frasa kerja sebanyak 60 (32.9%), kesalahan frasa sendi nama sebanyak 29 (15.9%) dan kesalahan frasa adjektif sebanyak 7 (3.9%). Kajian ini diharapkan dapat memberikan dapatan secara ilmiah kepada para pensyarah untuk membantu meningkatkan pencapaian dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing.
Kata kunci: Kesalahan tatabahasa, pelajar asing, pengajaran bahasa Melayu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 288
1. Pengenalan
Bahasa sebagai alat yang penting untuk manusia berkomunikasi baik secara lisan, bertulis mahupun isyarat. Bahasa juga cerminan keperibadian seseorang kerana bahasa menterjemahkan fikiran, refleksi perasaan dan tingkah laku. Oleh hal yang demikian itu, penggunaan bahasa merujuk kebolehan pengguna memilih dan menggunakan unsur-unsur yang terkandung di dalamnya secara wajar serta bersesuaian dengan keperihalan keadaan untuk pelbagai tujuan komunikasi (Garnham, 1985).
Menurut Marzuki (1991), dalam proses pembelajaran dan pengajaran, didapati bahawa jika lebih banyak aktiviti tentang sesebuah topik yang sedang dipelajari dilakukan, seseorang pelajar akan lebih memahami pelajaran tersebut.
Bloomfield dalam bukunya Language (1933) menyatakan bahawa penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan dan bukan semata-mata ilmu. Bloomfield juga berpendapat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah proses mekanikal untuk membentuk tabiat pelajar dan melalui latihan pengulangan untuk meningkatkan tahap penguasaan sesuatu ilmu. Pembelajaran bahasa merupakan penguasaan atau kebiasaan yang diperoleh pelajar dengan mengulang-ulang aktiviti yang hendak mereka kuasai.
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar asing yang mengambil kursus Bahasa Malaysia I di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan,Universiti Sains Malaysia. Pelajar asing didapati tidak dapat menguasai kemahiran tatabahasa dengan sepenuhnya (Juriah, 2001). Tidak banyak kajian dilakukan untuk melihat permasalahan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing khususnya dari aspek tatabahasa. Menurut Jeniri (2005), bahasa Melayu mudah untuk dipelajari, tetapi susah untuk dikuasai.
Jadual 1 Jumlah pelajar asıng yang mengambil Kursus Bahasa Malaysia I
Sidang akademik Semester 1 Semester 2 Bilangan pelajar
2014/2015 192 183 375
2013/2014 245 205 450 2012/2013 292 217 509 2011/2012 406 317 723 2010/2011 352 390 742 2009/2010 393 341 734
Jumlah 3533
Analisis Kesalahan Bahasa merupakan satu cabang aplikasi dalam bidang linguistik yang diperkenalkan oleh Corder (1967) dan sehingga kini teori ini masih digunakan dalam pembelajaran bahasa. Ellis (1994), menyifatkan sumbangan Corder sebagai,
"It was not until the 1970s that EA became a recognized part applied linguistics, a development that owed much to the work of Corder.”
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 289
2. Teori pembelajaran bahasa
Teori pembelajaran bahasa merujuk penjelasan tentang proses, prinsip dan hukum pembelajaran
yang dihasilkan melalui kajian saintifik. Kajian linguistik menunjukkan bahawa terdapat banyak teori
pemerolehan bahasa yang dikemukakan oleh sarjana yang terkenal dan berwibawa seperti Ivan
Pavlov (1849-1936), John. B. Watson (1878 -1958), B.F. Skinner (1904 -1990) E. L. Thorndike (1874 -
1949) dan banyak lagi sarjana muthakhir yang memberikan sumbangan yang bermakna dalam
pembentukan teori pembelajaran bahasa. Terdapat empat mazhab teori pembelajaran bahasa yang
terkenal seperti Teori Behavioris, Teori Kognitivis, Teori Sosial dan Teori Humanis. Namun demikian
secara keseluruhannya teori tersebut dapat digolongkan pada dua golongan besar iaitu Teori
Mekanis dan Teori Mentalis. Noam Chomsky meletakkan Teori Mekanis sebagai Teori Empiris dan
Teori Mentalis yang digerakkannya sendiri sebagai Teori Rasionalis. Manakala W.M. Rivers pula
menyebut Teori Mekanis sebagai Teori Aktivis dan Teori Mentalis pula sebagai Teori Formalis. Aliran
teori yang terbentuk daripada kedua-dua teori ini disebut sebagai Aliran Behavioris dan Aliran
Mentalis
2.1 Teori Mekanis (Behavioris)
Teori mekanis atau teori behavioris mengatakan bahasa ialah proses perilaku dan mementingkan satu rangkaian turutan sebab dan kesan. Teori ini menganggap bahasa sebagai hasil operasi rangsangan dan gerak balas yang semata-mata bergantung pada ciri-ciri naluri yang ada pada manusia. Faktor persekitaran dianggap sebagai rangsangan dan hasil rangsangan itu ialah gerak balas. Teori ini menolak pendapat yang menghubungkan proses penghasilan bahasa dan operasi mental. Teori ini menekankan bahawa bahasa ialah perilaku, dan individu banyak melalui pengalaman daripada melalui otaknya. Ia tidak mementingkan fungsi mental dan hal yang perlu dikaji ialah data-data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Bahasa dalam bentuk kalimat-kalimat sebagai perangai yang secara langsung dapat diamati dan diselidiki. Teori ini juga mementingkan penekanan kepada bentuk-bentuk linguistik. Segala penghasilan bunyi atau sebutan sesuatu kata harus dapat dilakukan secara tepat terutama daripada aspek fonologi, struktur, intonasi, dan lain-lain penguasaan sistem bunyi. Untuk memperoleh kemahiran bahasa, latihan dan latih-tubi perlu dijalankan secara kerap kerana kemahiran bahasa dipandang sebagai satu kebiasaan. Oleh itu, pelajar perlu diberi peluang berlatih berulang kali untuk membentuk satu tabiat dalam diri mereka. Hal ini bermakna bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahawa penguasaan bahasa ialah satu proses mekanis yang tiada berkaitan dengan pemikiran. Mereka menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan-perkataan yang telah mereka dengar berulang kali sehingga mereka dapat mengujarkan ayat-ayat yang lengkap. Alan Healey (1975 : 285), memberikan pendapat bahawa latihan pengulangan secara mekanis ini adalah sangat penting untuk pengurusan bahasa dan akan menarik minta pelajar sekiranya seseorang guru merancang pelajarannya dengan teliti. Beliau berpendapat:
“Language learning involves acquiring a set of automatic habits. In language learning, the drills are the scales and the gear-changing exercises. Each feature must be mastered
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 290
thoroughly before any real victory is possible. Effort is involved but it need not be drudgery. If drills are sensibly planned they can be made both interesting and good fun.”
Teori ini juga beranggapan bahawa bahasa adalah satu tingkah laku manusia yang lahir sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Kemahiran berbahasa diperoleh sama seperti kita menguasai kemahiran-kemahiran mekanis yang lain, iaitu melalui latihan dan pengulangan. Manusia akan bertindak terhadap sesuatu sekiranya terdapat rangsangan dari dalam diri atau persekitarannya, sama seperti tingkah laku bahasa yang wujud apabila seseorang terangsang untuk mengucapkan sesuatu dan ucapan itu kemudiannya mendapat gerak balas daripada pendengar atau penerima, dan begitu juga sebaliknya. Teori ini amat mementingkan aspek lisan seperti percakapan atau pertuturan kerana bagi mereka bahasa ialah alat untuk berkomunikasi. Skinner menerusi teori behaviorisme berpendapat bahawa bahasa hanya dapat dikuasai hasil daripada operasi rangsangan dan tindak balas yang merupakan proses naluri semata-mata, dan bukan proses mental atau kognitif. Hal ini bermakna beliau lebih mengutamakan rangsangan dan tindak balas serta mengetepikan fungsi mental atau otak kerana menurutnya hubungan mental tidak dapat diamati. Oleh itu, pembelajaran bahasa merupakan penguasaan satu biasaan yang diperoleh dengan mengulang-ulang melakukan aktiviti yang hendak dikuasai itu. Bloomfield pula berpendapat bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku manusia yang lain. Sekiranya tingkah laku manusia yang lain itu berpunca daripada adanya rangsangan, bahasa dapat dilahirkan sebagai gerak balas terhadap rangsangan itu. Oleh itu, beliau berpendapat yang harus dikaji ialah tingkah laku itu diterima serta difahami oleh pendengar, dan demikian juga sebaliknya. Menurutnya, bahasa ialah sejumlah isyarat atau tanda yang berupa unsur-unsur bunyi yang dinamakan bentuk linguistik. Makna sebagai pancaran fikiran dan perasaan manusia tidak penting kerana mereka menganggap bahawa bahasa adalah semata-mata sistem bentuk, bukan sebagai himpunan makna yang menjadi simbol pemikiran (Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, 1985 : 18). 2.2 Teori Mentalis (Kognitif) Teori Pembelajaran ini dipelopori oleh mazhab kognitif atau mentalis yang amat berbeza dengan teori pembelajaran behavioris. Pendukung teori ini terdiri daripada Wolfgang Kohler (1887-1967), Kurt Kaffka (1886-1941), George A. Miller (1909) Jean Piaget, David Ausubel, Jerome S. Bruner, dan E. H. Lenneberg, yang kesemua mereka merupakan ahli-ahli psikologi kognitif. Istilah kognitif ini mula diperkatakan oleh Jean Piaget pada awal tahun 1960-an dengan teori-teori psikologi perkembangannya. Teori yang ditulis dan dibicarakannya itu telah meluaskan lagi dunia pengetahuan kepada satu penemuan tentang proses perkembangan kognitif yang dianggap bersifat universal. Tidak seperti teori pembelajaran behavioris yang menolak fungsi otak, teori ini menekankan peranan otak atau fikiran dalam proses pembelajaran. Ahli-ahli teori ini menekankan bahawa setiap manusia sejak dilahirkan telah dibekalkan dengan satu alat dalam otak mereka yang membolehkan mereka memahami bahasa yang didengarnya dengan mudah. Oleh itu, teori ini memandang pembelajaran sebagai satu proses pemikiran dan bukan sekadar satu pembentukan kebiasaan yang mementingkan latihan dan ulangan. Segala perubahan tingkah laku atau disebut sebagai pembelajaran itu ialah hasil daripada proses kognitif yang berlaku dalam diri manusia itu sendiri. Istilah kognitif itu sendiri
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 291
mempunyai kaitan rapat dengan konsep pemikiran yang melibatkan aspek-aspek struktur intelek yang digunakan untuk memahami sesuatu. Proses berfikir manusia bermula dari dalam diri manusia itu sendiri yang kemudiannya digambarkan melalui perubahan tindakan biologi sebagai proses luaran. Aktiviti-aktiviti intelektual atau kognitif dan biologi merupakan satu proses keseluruhan yang dilakukan oleh manusia untuk mengadaptasikan dirinya dengan persekitaran. Menurut teori ini, proses berfikir manusia melibatkan operasi mental dengan tujuan menghubungkan pelbagai idea, memahami konsep, membuat kesimpulan atau mendapatkan maksud baru daripada maklumat yang sedia ada. Bagi mereka, pembelajaran menjadi lebih bermakna jika perspektif kognitif atau keupayaan berfikir tersebut turut dilibatkan, dan tidak hanya tertumpu pada operasi mekanikal. Walaupun mereka tidak menolak seratus peratus pembelajaran melalui proses cuba jaya, tetapi mereka beranggapan bahawa hal tersebut berlaku secara sedar. Mereka yang berasa dalam aliran ini dapat memahami banyak perkara dan menyelesaikan masalah secara logik dan abstrak di samping dapat menyelesaikan masalah-masalah verbal yang kompleks dan mengkaji perasaan dan pemikiran.
3. Reka bentuk modul
Modul Bahasa Malaysia I (LKM 100) terdiri daripada sepuluh unit yang perlu diselesaikan proses
pengajaran dan pembelajaran selama lima belas minggu termasuk sesi ujian dan penilaian.
Unit 1 : Sistem bunyi bahasa Malaysia
Unit 1 merupakan pengenalan terhadap sistem bunyi dalam bahasa Malaysia, pengenalan terhadap
skrip, sistem ejaan, bunyi, abjad, diftong, konsonan, gabungan dua konsonan contohnya ng, sy, gh,
dan ny juga diperkenalkan dalam unit tersebut.
Unit 2 : Ucap selamat
Dalam unit 2, pelajar diperkenalkan dengan semua bentuk ucap selamat seperti selamat pagi,
selamat tengah hari, selamat petang, selamat malam, selamat datang, selamat tinggal, selamat jalan,
terima kasih, sama-sama dan pelbagai ucapan selamat yang lain. Turut juga diperkenalkan ucapan
selamat bagi perayaan di Malaysia contohnya, Selamat Hari Raya, Selamat Tahun Baru Cina, Selamat
Hari Deepavali, dan Selamat Hari Krismas.
Unit 3 : Nombor, masa dan wang
Dalam unit 3, pelajar diperkenalkan dengan nombor, masa, dan wang. Di samping itu juga
dimasukkan juga sub-topik seperti pecahan, perpuluhan, peratus, dan simbol matematik seperti
tambah, tolak, kali, bahagi dan sama dengan. Pelajar juga diperkenalkan dengan sub-topik
pembelajaran tentang masa dan kosa kata yang berkaitan. Selain itu, pelajar diperkenalkan juga
dengan ilustrasi gambar wang bermula dengan sen hingga pelbagai nilai wang kertas. Sub-unit 3 juga
memasukkan pelajaran tentang kata tanya seperti apa, siapa, berapa , mana, bagaimana, yang
mana, bila dan mengapa dan disusuli dengan latihan yang berkaitan dengan tajuk.
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 292
Unit 4 : Kalendar, hari dan kata sendi nama
Dalam unit 4, pelajar diperkenalkan dengan penggunaan kalendar, hari dan kata sendi nama. Nama-
nama hari dan nama bulan dalam bahasa Malaysia diperkenalkan. Sebanyak empat belas kata sendi
nama diperkenalkan kepada pelajar.
Unit 5 : Mengenal pasti objek dan penjodoh bilangan
Dalam unit 5, pelajar diperkenalkan dengan tajuk mengenal pasti objek di dalam kelas,di dalam
rumah, di luar kelas dan anggota badan. Selain itu, sebanyak sebelas penjodoh bilangan yang mudah
turut diajarkan kepada pelajar. Kesemua penjodoh bilangan tersebut disampaikan dalam bentuk
gambar bagi memudahkan pemahaman pelajar.
Unit 6 : Kata adjektif
Dalam unit 6, pelajar diperkenalkan dengan tajuk kata adjektif. Contohnya, kata adjektif
pancaindera, warna, keadaan, ukuran, bentuk, dan perasaan. Makanan kegemaran rakyat Malaysia
dan buah-buahan tempatan juga turut diperkenalkan kepada pelajar.
Unit 7 : Memperkenalkan diri dan keluarga
Dalam unit 7, pelajar diperkenalkan dengan topik memperkenalkan diri dan keluarga. Dalam unit ini
juga dimasukkan topik tentang binaan ayat mudah contohnya ayat NP + NP, NP + VP, NP + PP, dan
NP+AP. Akhir unit dimasukkan penggunaan kata nafi tidak dan bukan serta latihan berkaitan turut
disertakan.
Unit 8 : Kedudukan objek
Dalam unit 8, pelajar diperkenalkan dengan topik kedudukan objek. Contohnya, di atas,di bawah, di
hadapan, di tepi, di belakang dan sebagainya.
Unit 9 : Aktiviti harian dan pengangkutan
Dalam unit 9, pelajar diperkenalkan dengan aktiviti harian dan pengangkutan. Unit ini juga
memperkenalkan kosa kata baru seperti bangun, setiap, hari, selalu, buat, mandi, bersarapan,
kemudian, tempat kerja dan sebagainya yang berkaitan dengan aktiviti harian pelajar. Banyak latihan
berkaitan diadakan dalam unit ini. Pelajar turut diperkenalkan dengan jenis-jenis pengangkutan dan
cara menggunakan pengangkutan. Kosa kata baru diperkenalkan seperti bas, basikal, teksi, beca,
kereta api, dan motosikal. Kosa kata baru seperti menaiki, memandu, menunggang, dan
membonceng, turut diperkenalkan. Banyak latihan dimasukkan dalam unit ini seperti latihan
membina ayat dan latihan menyusun ayat.
Unit 10 : Negara
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 293
Dalam unit ini terdapat satu esei tentang negara dan cuaca yang memperkenalkan negara Malaysia
yang terdiri daripada 13 buah negeri dengan jumlah penduduk lebih kurang 30 juta orang. Dalam
unit ini juga, pelajar diperkenalkan dengan kosa kata baharu seperti, bangga, aman, terletak,
terbahagi, ibu negara, penduduk, semenanjung, benua, persekutuan, wilayah, agama, bangsa, dan
kosa kata berkaitan cuaca seperti hujan, panas, sejuk, cerah, mendung, berawan, bersalji, ribut,
petir, kabus, kilat dan sebagainya.
4. Model peperiksaan akhir semester
Peperiksaan akhir semester diadakan apabila pelajar mengikuti kelas empat jam seminggu dalam
dua kali pertemuan selama 15 minggu. Peperiksaan akhir tersebut mengambil masa selama dua jam
dan komposisi soalan dan pembahagian markah adalah seperti yang terdapat pada jadual 2 di
bawah.
Jadual 2: Komposisi soalan dan pembahagian markah Bahasa Malaysia I
SOALAN MARKAH PENUH HURAIAN MAKLUMAT BERKAITAN
1 20 Bahagian A Pembahagian:
Pemahaman- Jawab 5 soalan
1 soalan 2 markah
Bahagian B Bina 10 ayat
1 ayat 1 markah
2 20 Bahagian A Susun semula perkataan supaya menjadi ayat yang
lengkap.
10 soalan.
1 ayat 1 markah.
Bahagian B Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai.
10 soalan
1 jawapan 1 markah
3 20 Bahagian A Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.
10 soalan.
1 jawapan 1 markah
Bahagian B Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
10 soalan.
1 jawapan 1 markah.
4 20 Bahagian A Isi tempat kosong dengan kata nafi tidak/bukan
10 soalan.
1 jawapan 1 markah
Bahagian B Isi tempat kosong dengan jawapan yang seuai
10 soalan
1 jawapan 1 markah
5 20 Bahagian A Bina soalan menggunakan kata tanya yang sesuai.
10 soalan.
1 jawapan 1 markah
Bahagian B Tulis karangan berpandukan gambar yang diberikan.
(80-100 patah perkataan)
10 markah
Isi-5
Bahasa-3
Kesan-2
5. Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 294
5.1 Frasa Nama
Frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau sederet perkataan. Terdapat beberapa jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Setiap frasa mempunyai binaannya tersendiri. Kata merupakan unit terkecil dalam tatabahasa. Kata juga terdiri daripada beberapa jenis seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Kata boleh wujud dalam bentuk ganda, majmuk, terbitan dan tunggal. Kata juga yang akan membentuk frasa. Kata dalam (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: 648) bermaksud sesuatu yang diucapkan (dituturkan), cakap dan ujar. Kata dalam (Kamus Daya, 2208: 684) bermaksud sesuatu yang diucapkan, perkataan. Kata boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya ialah kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Kata nama ialah sejumlah perkataaan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2003: 97). Kata nama boleh digolongkan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Kata nama terdiri daripada kata nama am dan kata nama khas. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan sebagainya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Manakala kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua-dua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan. Kata nama khas pula ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada bernyawa atau tidak. Boleh jadi nama manusia, haiwan, bangunan dan sebagainya. Kata ganti nama pula digunakan untuk mewakili seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan pula wujud apabila kata nama am diberikan imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata (awalan), di akhir kata (akhiran), di awal dan akhir kata (apitan) serta di tengah-tengah perkataan (sisipan).
5.2 Frasa Kerja
Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan. Perbuatan dilakukan oleh manusia, binatang atau benda. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja, (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2003: 139). Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti objek selepasnya untuk membentuk predikat ayat. Kata kerja transitif dapat dibahagikan pula kepada dua iaitu, kata kerja transitif dalam ayat aktif dan kata kerja transitif dalam ayat pasif. Kata kerja tak transitif ialah kata yang tidak memerlukan objek selepasnya. Kata kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai frasa kerja untuk bertugas sebagai predikat ayat. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.
5.3 Frasa Adjektif
Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat, iaitu kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti atau dibezakan dengan kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, indah, sungguh, sekali, paling, agak dan benar. (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2003: 213). Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Jenis-jenis kata adjektif boleh
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 295
dibahagikan kepada adjektif sifat, warna, ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara, pancaindera dan perasaan.
5.4 Frasa Sendi Nama
Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengankata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252), kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya. Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain. 6. Metodologi
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu metode kepustakaan sepenuhnya. Kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan peperiksaan akhir kursus LKM100 dijadikan sebagai data kajian.
6.1 Sampel kajian
Kajian ini hanya memfokuskan kesalahan penggunaan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dalam karangan yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus LKM100 yang berasal dari pelbagai negara seperti Nigeria, Arab Saudi, Jordan, Yamen, Thailand, Indonesia, Finland, Amerika Syarikat dan lain-lain. Sejumlah lapan puluh lapan skrip dipilih secara rawak daripada jumlah keseluruhannya iaitu seratus lapan puluh tiga calon yang menduduki peperiksaan dari tiga buah kampus (kampus induk, kampus kejuruteraan dan kampus kesihatan) yang menduduki peperiksaan Bahasa Malaysia 1 (LKM 100) di Universiti Sains Malaysia bagi sidang akademik 2014/2015.
6.2 Instrumen kajian
Penulisan Karangan
Kajian ini hanya mengehadkan dapatan data tentang kesalahan penggunaan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dalam karangan yang dilakukan oleh pelajar. Karangan ialah satu data bertulis untuk melihat kemampuan pelajar menyampaikan mesej dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Pelajar diminta menulis tentang satu karangan bergambar yang diberikan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 296
7. Dapatan & Perbincangan
Graf 1: Kesalahan penggunaan frasa nama,frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama
Daripada analisis yang dilakukan terhadap lapan puluh lapan skrip karangan peperiksaan akhir,
sebanyak 86 (47.3 %) melakukan kesalahan penggunaan frasa nama. Kebanyakan kesalahan yang
dilakukan berbentuk kesalahan ejaan. Faktor yang mendorong pelajar melakukan kesalahan ialah
kekangan masa yang diberikan untuk menulis karangan tersebut. Masa menjawab kertas
peperiksaan selama dua jam sahaja. Pelajar tidak hanya menjawab soalan karangan, tetapi juga
bahagian lain dalam kertas peperiksaan tersebut. Contoh kesalahan frasa nama yang dilakukan
seperti anok, bajau, baicikle, basikals, basikil, beskil, biaskil, bisikal, bush epal, did, glass, jim, kawa,
kawanaya, kawaya, meraka,merekan,nasi gorang, nanak dan lain-lain lagi.
Sebanyak 60 (32.9 %) melakukan kesalahan penggunaan frasa kerja. Contoh kesalahan frasa kerja
yang dilakukan seperti bacha, bakai, bangu, bangung, bathe, beklaja, berserapan, bungan, dengung,
detang, ecerisice, hapis, makan segelas susu, mamandu, memepakia, menungan, pargi, run,
running,dan wake up. Semasa pembelajaran dilakukan di dalam kelas, kebanyakan pelajar dari
negara Timur Tengah tidak dapat membezakan huruf “b” dan “p”. Hal ini jelas terbukti apabila
mereka kerap melakukan kesalahan yang sama semasa membuat latihan dan menjawab soalan
peperiksaan. Bagi sesetengah pelajar pula, mereka terus menulis perkataan bahasa Inggeris dalam
karangan bahasa Melayu yang mereka lakukan. Mereka sebenarnya sudah mempelajari kata kerja
tersebut dalam bahasa Melayu, namun disebabkan faktor lupa, mereka menulisnya dalam bahasa
Inggeris. Perkara ini dilakukan dengan keadaan sedar bahawa mereka tidak sepatutnya menulis kata
kerja tersebut dalam bahasa Inggeris. Pelajar dari negara China pula menghadapi masalah tidak
dapat membezakan huruf “l” dan “r”.
86
60
7
29
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
JENIS KESALAHAN
FN
FK
FA
FSN
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 297
Sebanyak 7 (3.9 %) melakukan kesalahan penggunaan frasa adjektif. Contoh kesalahan frasa adjektif
yang dilakukan seperti baser, kacak, lambut dan pandi.Tidak banyak kesalahan frasa adjektif yang
dilakukan kerana hanya sedikit jumlah kata adjektif yang boleh digunakan untuk menerangkan
gambar yang diberikan.
Sebanyak 29 (15.9 %) melakukan kesalahan penggunaan frasa sendi nama. Contoh kesalahan frasa
sendi nama yang dilakukan seperti dengang, ki, salapas, selapas, selama dan untuk. Paling ketara
pelajar tidak dapat mengenal pasti penggunaan kata “selama” dan “untuk” yang kedua-duanya
bermaksud for dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pelajar telah diajarkan bahawa
“selama” digunakan untuk menunjukkan masa. Contohnya dua tahun, satu jam, seminggu dan
sebagainya manakala “untuk” pula digunakan apabila melibatkan manusia. Contohnya, bunga ini
untuk cikgu saya.
Secara keseluruhannya, kesalahan frasa nama paling banyak dilakukan oleh pelajar semasa
menjawab soalan karangan. Ia diikuti oleh kesalahan frasa kerja, frasa sendi nama dan frasa adjektif.
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa setiap pelajar mempunyai tahap pemerolehan dan
penguasaan kecekapan berbahasa Melayu yang berbeza antara individu. Perbezaan ini disebabkan
oleh pelbagai faktor penyumbang seperti keinginan individu, negara asal, persekitaran tempat
tinggal, rakan-rakan dan sebagainya. Di samping itu, daripada hasil dapatan yang diperoleh, pelbagai
strategi boleh dirancang dan dilaksanakan oleh tenaga pengajar untuk meningkatkan kaedah
pengajaran masing-masing.
8. Kesimpulan dan cadangan
Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai faktor yang mendorong pelajar asing untuk memperoleh dan menguasai kecekapan berbahasa Melayu sama ada dalam bentuk penulisan atau pertuturan. Faktor motivasi atau keinginan individu, menghadiri kelas bahasa Melayu, bahan pembelajaran, masa pembelajaran dan dorongan guru menjadi penentu kejayaan setiap pelajar. Setiap pelajar mempunyai keupayaan yang tidak sama. Walau bagaimanapun, faktor-faktor pendorong ini boleh membantu meningkatkan motivasi dan pemahaman pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing. Kajian ini amat berguna untuk mengenal pasti tahap penguasaan kecekapan penulisan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di Universiti Sains Malaysia. Tenaga pengajar juga perlu mempelbagaikan teknik pengajaran kerana pelajar asing ini terdiri daripada pelajar dari pelbagai peringkat usia.
Rujukan
Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 298
Ab. Rahim Mahmood. (1997). Mastery Learning: Aplikasi Pendekatan Pengajaran dan Pemelajaran
Bahasa Melayu. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 822 – 830.
Ab. Rahim Mahmood. (1999). Falsafah Pendidikan dan Hubungan Teori-Teori Pendekatan Kurikulum
dalam Mempengaruhi Pengajaran Bahasa. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan
Bahasa. 61 – 71.
Ambigapathy Pandian. (2000). Pembacaan Dalam Bahasa Pertama dan Bahasa Kedua: Kajian
Terhadap Pelajar Melayu Sekolah Menengah. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan
Bahasa. 219 – 227.
Gani, M.P. & Talib, M.J.A. 2009. Evolution of the Malay Language: 2000 Years. Singapore: Asas’50 Press. Gustavsson, I 2008. The Benefits of Second Language Teaching Methods in Secondary School – A Gendered Perspective. Sweden: Mid Sweden University. Ismail Dahaman. (1998). Bahasa Melayu Dan Pemerkasaannya. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan
dan Pengembangan Bahasa. 616 – 627.
Krashen, S.D. 1981. Second Language Acquisition and Second Language Learning. University of Southern California: Pergamon Press Inc. Lightbow, P. M. and Spada, N. 2006. How Languages are Learned. 3rd ed, Oxford: Oxford University Press. LKM100- Bahasa Malaysia I. 2011. School of Languages, Literacies and Translation, Universiti Sains Malaysia. Mahzan Arshad. (1999). Memahami Pengajaran dan Pemelajaran Literasi Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 580 – 587.
Marsis Muhamad Nasir. (1998). Permasalahan Pemelajaran Bahasa Melayu di Intitusi Pendidikan.
Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 223 – 232.
Norizan Razak. (2000). Komunikasi di Alam Siber: Paradigma Baru Pengajaran Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa – Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 1055 – 1062.
Nuraihan Mat Daud. (2000). Kesalahan Bahasa dalam Soalan Peperiksaan. Dewan Bahasa - Jurnal
Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 484 – 492.
Ramli Salleh. et.al. (2000). Prestasi Pelajar dalam Peperiksaan Penilaian Menegah Rendah: Analisis
Berdasarkan Format Soalan Bahasa Melayu I. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan
Bahasa. 1063 – 1076.
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 299
Zamri Mahmod. (1999). Amalan Psikolinguistik Dalam Pengajaran- Pemelajaran Bahasa Melayu Di
SRJK Cina. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 825 – 841.
Zamri Mahmod. (2000). Pemindahan Bahasa dalam Pengajaran – Pemelajaran Bahasa Kedua. Dewan
Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 602 – 615.
Zulkifley Hamid. (1999). Teori, Kaedah dan Objektif dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa.
Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 489 – 494.
Zulkifley Hamid. (2000). Pengajaran Dan Pemelajaran Bahasa Melayu di Malaysia: Hambatan dan
Permasalahan. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 818 – 848.
Lampiran
Tulis satu karangan pendek berdasarkan gambar dan maklumat yang diberikan. Panjang karangan mestilah
antara 80-100 patah perkataan. (10 markah)
Aktiviti Amani pada hari cuti
FN SALAH BETUL
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 300
Sara Amani
saya Amani
anok anak
bajau baju
baicikle basikal
basikals basikal
basikil basikal
beskil basikal
biaskil basikal
bisikal basikal
biskal basikal
biskal basikal
bush epal buah epal
did dia
glass gelas
jim gimnasium
kita kami
kawa kawan
kawanaya kawannya
kawanya kawannya
kawanya kawannya
kawaya kawannya
lapan hari lapan pagi
laur luar
mengulang menunggang
meraka mereka
merekan mereka
nasi gorang nasi goreng
nanak nenek
laut padang
pedang padang
pedang padang
am pagi
am pagi
pagai pagi
bakian pakaian
petrajaran pelajaran
perpustkaan perpustakaan
patang petang
patang petang
pentang petang
puku pukul
puku pukul
restort restoran
Harapan Restoran Restoran Harapan
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 301
ruma rumah
ruma rumah
sarapang sarapan
say saya
surar surat
park taman
televesyen televisyen
TV televisyen
tangah tengah
tangah tengah
tenga tengah
tingga tengah
tingga tengah
hari tengah tengah hari
tesco Tesco
tajun tujuh
university universiti
warnya warnanya
FK SALAH BETUL
bacha baca
bakai pakai
bangu bangun
bangung bangun
bathe mandi
beklaja belajar
bermain menunggang
bermain menunggang
berserapan bersarapan
berserapan bersarapan
buat memakai
bungan bangun
cinta suka
dengung bangun
detang datang
ecerisice senaman
hapis habis
maka makan
makan segelas susu minum segelas susu
makanan pagi makan pagi
mamandu menunggang
manis mandi
membonceng menunggang
membonceng menunggang
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home 302
memepakia memakai
menaiki menunggang
menungan menunggang
menunggan menunggang
menunggan menunggang
menunggan menunggang
menunggan menunggang
pargi pergi
run berlari
running berlari
suk suka
sukau suka
suku suka
teriga terjaga
wake up terjaga
FA SALAH BETUL
baser besar
kacak cantik
lambut lembut
pandi pandai
pandi pandai
FSN SALAH BETUL
dengan pada
dengang dengan
dengang dengan
di ke
di pada
ke di
ki ke
salapas selepas
selama dengan
selama untuk
selama untuk
selapas selepas
selapas selepas
semasa selama
untuk selama
untuk selama