7
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 14(1): 43-49 (2006) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Pentetjemahan atau Penetjemahan: Satu Analisis Korpus Data Berkomputer MUHAMMAD FAUZI JUMI CAN Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Kata kunci: Korpus data berkomputer, penteJjemahan, peneJjemahan ABSTRAK Leksikal penterjemahan dan penerjemahan sering diguna pakai secara silih berganti. Dari segi semantik, kedua-dua leksikal ini mempunyai makna yang sarna. Tetapi dari segi morfologinya, adakah pembentukan kedua-dua leksikal ini masih sarna atau adakah salah satunya mesti digugurkan? Ada pendapat mengatakan yang leksikal penterjemahan itu merupakan kata pinjaman bahasa Arab yang perlu dikekalkan huruf 't' nya. Pada masa yang sarna, ada pendapat mengatakan bahawa kata pinjaman Arab itu sudah menjadi milik bahasa Melayu lantas huruf 't' nya mesti digugurkan. ]usteru, yang manakah yang betul? Oleh sebab itu, makalah ini cuba merungkai masalah tersebut melalui satu anal isis korpus data berkomputer yang dibina oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM). Dalam konteks perkembangan linguistik moden hari ini, penggunaan korpus linguistik sarna yang berbentuk manual atau berkomputer, sudah mula diiktiraf sebagai salah satu data atau sampel linguistik yang sahih dan boleh diguna pakai. ABSTRACT The lexical of "penterjemahan" and "penerjemahan" have been used by the translators in most of their works. Semantically, both of the particular lexical or words have the same meaning. But morphologically, is it the structure of both lexical still remain or either one must be deleted? There is an opinion that the lexical are borrowed from Arabic words and the alphabet of "T" must be dropped. At the same time, there is also another opinion about the lexical become the Malay word. Therefore, the "T" must be dropped. So, which is the correct one? According to this matter, this article aims to analyse the using of both lexical based on the corpus data that has been developed by the Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) in co-operation with Universiti Sains Malaysia (USM) since years ago. In the context of modern linguistics development, the use of linguistic corpus whether in manual form or computerised, is valid and consider as one of the real and original data or linguistic sample which can be used. PENGENALAN Leksikal terjemah merupakan satu perkataan yang diambil daripada bahasa asing, iaitu Arab. Leksikal ini sudah diterima pakai dan meresap dalam bahasa dan budaya Melayu sejak sekian lama. Berdasarkan leksikal ini muncullah kata- kata terbi tan lain seperti menterjemah, menterjemahkan, terjemahan, ketidakbolehterjemahan dan kebolehterjemahan. amun begitu, berdasarkan kata nama apitan penterjemahan, lahir satu lagi leksikal yang berlainan bentuk morfologinya tetapi maksudnya masih sarna, iaitu penerjemahan. Ada sesetengah sarjana menggunakan penerjemahan (lihat Muhammad Bukhari Lubis dan rakan-rakan 1998) dan ada juga dalam kalangan mereka yang menggunakan penterjemahan. Malah, ada juga sesetengah institusi kebahasaan yang berwibawa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menggunakan leksikal penerjemahan. MASAIAH DAN ISU KAJIAN Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (KD), apitan kata nama bagi leksikal teIjemah itu

Pentetjemahan atau Penetjemahan: Satu Analisis Korpus Data ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3570/1/Pentetjemahan_atau_Penetjemahan_Satu_Analisis... · pinjaman bahasaArab yang perlu

  • Upload
    others

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pentetjemahan atau Penetjemahan: Satu Analisis Korpus Data ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3570/1/Pentetjemahan_atau_Penetjemahan_Satu_Analisis... · pinjaman bahasaArab yang perlu

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 14(1): 43-49 (2006) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Pentetjemahan atau Penetjemahan: Satu Analisis Korpus Data Berkomputer

MUHAMMAD FAUZI JUMI CANJabatan Bahasa Asing

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Kata kunci: Korpus data berkomputer, penteJjemahan, peneJjemahan

ABSTRAK

Leksikal penterjemahan dan penerjemahan sering diguna pakai secara silih berganti. Dari segisemantik, kedua-dua leksikal ini mempunyai makna yang sarna. Tetapi dari segi morfologinya,adakah pembentukan kedua-dua leksikal ini masih sarna atau adakah salah satunya mestidigugurkan? Ada pendapat mengatakan yang leksikal penterjemahan itu merupakan katapinjaman bahasa Arab yang perlu dikekalkan huruf 't' nya. Pada masa yang sarna, ada pendapatmengatakan bahawa kata pinjaman Arab itu sudah menjadi milik bahasa Melayu lantas huruf 't'nya mesti digugurkan. ]usteru, yang manakah yang betul? Oleh sebab itu, makalah ini cubamerungkai masalah tersebut melalui satu anal isis korpus data berkomputer yang dibina olehDewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM). Dalamkonteks perkembangan linguistik moden hari ini, penggunaan korpus linguistik sarna yangberbentuk manual atau berkomputer, sudah mula diiktiraf sebagai salah satu data atau sampellinguistik yang sahih dan boleh diguna pakai.

ABSTRACT

The lexical of "penterjemahan" and "penerjemahan" have been used by the translators in mostof their works. Semantically, both of the particular lexical or words have the same meaning. Butmorphologically, is it the structure of both lexical still remain or either one must be deleted?There is an opinion that the lexical are borrowed from Arabic words and the alphabet of "T"must be dropped. At the same time, there is also another opinion about the lexical become theMalay word. Therefore, the "T" must be dropped. So, which is the correct one? According tothis matter, this article aims to analyse the using of both lexical based on the corpus data thathas been developed by the Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) in co-operation with UniversitiSains Malaysia (USM) since years ago. In the context of modern linguistics development, the useof linguistic corpus whether in manual form or computerised, is valid and consider as one ofthe real and original data or linguistic sample which can be used.

PENGENALAN

Leksikal terjemah merupakan satu perkataan yangdiambil daripada bahasa asing, iaitu Arab.Leksikal ini sudah diterima pakai dan meresapdalam bahasa dan budaya Melayu sejak sekianlama. Berdasarkan leksikal ini muncullah kata­kata terbi tan lain seperti menterjemah,menterjemahkan, terjemahan, ketidakbolehterjemahandan kebolehterjemahan.

amun begitu, berdasarkan kata namaapitan penterjemahan, lahir satu lagi leksikal yangberlainan bentuk morfologinya tetapimaksudnya masih sarna, iaitu penerjemahan.

Ada sesetengah sarjana menggunakanpenerjemahan (lihat Muhammad Bukhari Lubisdan rakan-rakan 1998) dan ada juga dalamkalangan mereka yang menggunakanpenterjemahan. Malah, ada juga sesetengahinstitusi kebahasaan yang berwibawa sepertiDewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yangmenggunakan leksikal penerjemahan.

MASAIAH DAN ISU KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (KD),apitan kata nama bagi leksikal teIjemah itu

Page 2: Pentetjemahan atau Penetjemahan: Satu Analisis Korpus Data ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3570/1/Pentetjemahan_atau_Penetjemahan_Satu_Analisis... · pinjaman bahasaArab yang perlu

Muhammad Fauzi Jumingan

Berdasarkan fakta di atas, sememangnya tdalam kata pinjaman akan kekal apabilamengalami apitan kata nama terbitan seperti"penterjemahan" dan "pentafsiran". Hal iniberbeza dengan huruf t yang bukan berbentuk

pentadbiranpentafsiranpenterjemahanpensintesisanpenstabilanpenswastaan

pendapatanpencarianpenjajahanpensyarikatanpenzaliman

Kata pinjaman:tadbirtafsirteIjemahsintesisstabilswasta

jajahsyarikatzalim

Imbuhan (APitan) Leksikal "Terjemah"

Ada empat jenis apitan yang membentuk katanama terbitan, iaitu 1) peN... -an; 2) pe-... -an; 3)peR-oo .-an; 4) ke-... -an. Untuk apitan 1, peN... ­an, ada mempunyai lima kategori lagi. Namunyang berkaitan dengan leksikal "penteIjemahan"hanyalah kategori yang ketiga (TDEB 1994:120-121).

Dalam kategori ketiga ini, peN... -an akanmenjadi pen-... -an apabila digabungkan dengankata dasar yang bermula dengan huruf d,c,j,sy,dan z serta kata pinjaman yang kata dasarnyabermula dengan hurnf t dan s (TDEB: 121).Contohnya:dapatcari

melalui teknik ala korpus Brown. Data inidiambil daripada pelbagai sumber seperti teksklasik, buku, majalah, akhlak, dan efemeral(seperti brosur dan risalah kecil).

Berdasarkan sasaran KeIja Utama DBP 2001­2005, projek ini menyasarkan pengumpulan datasebanyak 30 juta kata lalu menjadikan jumlahkeseluruhan pada tahun 2005 nanti sebanyak120 juta kata. Apabila siap sepenuhnya nanti,projek ini akan menggantikan sistem yang sediaada yang dibuat dengan keIja sarna USM yangbermula pada tahun 1994.

Data korpus DBP ini dikategorikanberdasarkan tipologi atau jenis teks tertentu.Tipologi ini kenali juga sebagai subpangkalandata yang mengandungi kira-kira 100 juta kata(sehingga Mac 2004). Berikut ini ialah jadualsubpangkalan data yang diklasifikasikanberdasarkan tipologi teks:

Pangkalan Data Korpus Bahasa Melayu DBP

Data korpus bahasa Melayu mula dibangunkandi Malaysia oleh DBP pada tahun 1983 yangdiberi nama Projek Analisis Teks SecaraKomputer (Rusli dan rakan-rakan: 2). Projekini menyasarkan data teks sebesar dua juta kata

DEFINISI KAJIAN

Data Korpus Berkomputer

Sejarah data korpus bermula pada tahun 1964apabila Francis dan Kucera membangunkanKorpus Universiti Brown (Rusli dan rakan-rakan2004: 1). Penggunaan istilah kOrpus dan korpusberkomputer silih bertukar ganti.

Menurut Sinclair (dalam Rusli 2004: 4),korpus diertikan sebagai kumpulan cebisanbahasa (atau teks lengkap) yang dipilih dandisusun mengikut kriteria linguistik yangeksplisit dan digunakan sebagai sampel sesuatubahasa.

Manakala korpus komputer pula ialahkorpus yang diberi penanda, kod, dandiformatkan secara piawai serta dapat dicapaidan diproses dengan komputer.

Di bawah istilah korpus pula ada istilahsubkorpus yang merupakan cabang atau minikorpus yang lebih kecil. Data korpus, lazimnya,mengandungi data yang berbentuk perkataanatau frasa dalam kuantiti yang sangat besar,iaitu jutaan perkataan. Misalnya, korpusBirmingham Collection of English Texts (BCET)yang membesar daripada 7.3 juta kata (padapertengahan 1970an) kepada 20 juta katamenjelang 1985.

OBJEKTIF KAJIAN

a) melihat wujudnya penggunaan leksikalpeneIjemahan dalam wacana bahasa Melayu;b) mengeksploitasikan penggunaan datakorpus berkomputer yang dibangunkan olehDBP; danc) membetulkan persepsi kalangan penggunabahasa Melayu bahawa leksikal peneIjemahanadalah betul dan gramatis.

membawa maksud perihal (keIja, usaha, dsb.)menteIjemahkan (KD, 1433). Dengan kata lain,leksikal tersebut membawa maksud prosesmenteIjemah. Namun begitu, kata entri untukpeneIjemahan tidak ada. Oleh itu, perkataanpeneIjemahan dianggap sebagai tidak gramatis,iaitu tidak mematuhi rnmus nahu Melayu.

44 Pertanikaj. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.1 2006

Page 3: Pentetjemahan atau Penetjemahan: Satu Analisis Korpus Data ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3570/1/Pentetjemahan_atau_Penetjemahan_Satu_Analisis... · pinjaman bahasaArab yang perlu

Penterjemahan atau Penerjemahan: Satu Analisis Korpus Data Berkomputer

JADUAL 1Data akhbar

Subpangkalan

AkhbarAkhbar97Akhbar99AkhbarOOAkhbar01Akhbar01-EkonomiAkhbar01-HiburanAkhbarOl-SukanAkhbar02Akhbar02-EkonomiAkhbar02-HiburanAkhbar02-SukanAkhbar03Akhbar03-EkonomiAkhbar03-HiburanAkhbar03-SukanJUMLAH STPUTUSANHARAKAH

Subpangkalan

DB3DB2DBIDB4

Subpangkalan

MajalahMajalahlMajalah IlmiahMajalah bukan Ilmiah

Keterangan

data 94,95,96, dan 98data 97data akhbar STP Online tahun 1999data akhbar NSTP Online tahun 2000data akhbar NSTP Online tahun 2001data akhbar NSTP Online tahun 2001-ekonomidata akhbar STP Online tahun 2001-hiburandata akhbar STP Online tahun 2001-sukandata akhbar NSTP Online tahun 2002data akhbar NSTP Online tahun 2002-ekonomidata akhbar STP Online tahun 2002-hiburandata akhbar STP Online tahun 2002-sukandata akhbar STP Online tahun 2003data akhbar NSTP Online tahun 2003-ekonomidata akhbar NSTP Online tahun 2003-hiburandata akhbar NSTP Online tahun 2003-sukan

data Utusan Onlinedata Harakah Edisi Internet

Jumlah Data Akhbar

JADUAL 2Data buku

Keterangan

data buku 70-an ke atasdata buku 70-an ke atasdata buku 6O-an ke bawahdata buku 70-an ke atas

Jumlah Data Buku

JADUAL 3Data majalah

Keterangan

data majalahdata majalah tambahandata majalah ilmiahdata majalah bukan ilmiah

Jumlah Data Majalah

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 0.12006

Kata (sehingga Mac 2004)

10,111,5043,443,8496,055,0966,800,5024,825,314147,924239,035926,910

4,586,869227,605420,438

1,101,1965,114,146

74,690676,615

1,163,73445.915,4276,448,577624,699

25,444,819

Kata (sehingga Mac 2004)

11,137,7179,739,8992,759,5851,807,618

25,444,819

Kata (sehingga Mac 2004)

4,861,8273,361,0291,887,5162,119,001

12,229,373

45

Page 4: Pentetjemahan atau Penetjemahan: Satu Analisis Korpus Data ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3570/1/Pentetjemahan_atau_Penetjemahan_Satu_Analisis... · pinjaman bahasaArab yang perlu

Subpangkalan

K1asik

Subpangkalan

TeIjemah

Subpangkalan

Sukuan

Subpangkalan

Buku teks

Subpangkalan

Drama

Subpangkalan

Efemeral

46

Muhammad Fauzi Jumingan

JADUAL 4Data teks Melayu lama/tradisional

Keterangan

Data teks Melayu lama atau teks tradisional

Jumlah Data Teks Me1ayu Lama

JADUAL 5Data teks teIjemahan

Keterangan

Data teIjemahan ke dalam bahasa Melayu

Jumlah Data TeIjemahan

JADUAL 6Data teks Sabah dan Sarawak

Keterangan

Data bahasa Me1ayu terbitan Sabah & Sarawak

Jumlah Data Bahasa Melayu Sabah dan Sarawak

JADUAL 7Data buku teks

Keterangan

Data buku teks sekolah

Jumlah Data Buku Teks

JADUAL 8Data teks drama

Keterangan

Data drama

Jumlah Data Drama

JADUAL 9Data efemeral

Keterangan

Data efemeral

Jumlah Data efemEral

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 o. 1 2006

Kata (sehingga Mac 2004)

2,440,258

2,440,258

Kata (sehingga Mac 2004)

1,886,106

1,886,106

Kata (sehingga Mac 2004)

1,038,250

1,038,250

Kata (sehingga Mac 2004)

1,095,726

1,095,726

Kata (sehingga Mac 2004)

215,867

215,867

Kata (sehingga Mac 2004)

173,131

173,131

Page 5: Pentetjemahan atau Penetjemahan: Satu Analisis Korpus Data ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3570/1/Pentetjemahan_atau_Penetjemahan_Satu_Analisis... · pinjaman bahasaArab yang perlu

Penterjemahan atau Penerjemahan: Satu Analisis Korpus Data Berkomputer

JADUAL 10Data puisi

Subpangkalan

Puisi

Subpangkalan

Kad bahan

Subpangkalan

AkhbarBukuMajalahTeks tradisionalLain-lainTerjemahan

Jumlah

Keterangan

data puisi

Jumlah Data Puisi

JADUAL 11Data kad bahan

Keterangan

Rekod kad bahan (kutipan kad bahan untukpenyusunan kamus)

Jumlah Data Kad Bahan

JAD AL 12Jumlah kumulatif data teks (sehingga Mac 2004)

Jumlah kata

52,988,70327,797,01012,229,3732,440,2583,303,7721,886,106

100,645,222

Kata (sehingga Mac 2004)

2,348

2,348

Kata (sehingga Mac 2004)

3,130,641

3,130,641

Peratus

52.65%27.62%12.15%2.43%3.28%1.87%

100.00%

Sumber: Semua data di atas diambil daripada makalah Rusli Abdul Ghani dan rakan-rakan (2004: 8-12)

pinjaman yang akan luluh t-nya dan digantikandengan bentuk sengau yang dilafazkan padatempat yang sarna daerah artikulasinya (TDEB:121). Misalnya seperti:

tendang ­tentutamat

penendangpenentuanpenamat

(data majalah tambahan) .Antara sampel-sampel tersebut adalah

seperti:

FILE: akhbar (akhbar 94,95,96,98)1 i-D8endinginkannya kembali***?

PeneIjem***ahan urhalim inijuga marnpum

CONTOH DATA KORPUS(KONKORDONS)

Dalam subtopik ini, contoh data korpus ataukonkordans yang membuktikan wujudnyapenggunaan leksikal "penerjemahan" akanditunjukkan. Subkorpus yang mengandungileksikal "peneIjemahan" ialah data akhbar(akhbar 94,95,96,98), data db2 (data buku 70anke atas), data majalah ilmiah, data majalah(majalah bukan ilmiah), dan data majalah 1

FILE: db2 (buku 70an ke atas)1 ku - Pelajaran dan Bahagian

***Penerjemahan*** diwujudkan untukmenerbi

2 Bonn kepada usaha-usaha ***penerjemahan***,dan Passau kepada kajian

3 i. Tetapi penerbitan dan ***penerjemahan***buku-buku ilmu pengetahu

4 ns dan teknologi Dengan ***penerjemahan***,mereka dapat membawa mas

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.1 2006 47

Page 6: Pentetjemahan atau Penetjemahan: Satu Analisis Korpus Data ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3570/1/Pentetjemahan_atau_Penetjemahan_Satu_Analisis... · pinjaman bahasaArab yang perlu

Muhammad Fauzi Jurningan

JADUAL 12Kekerapan leksikal "peneIjemahan"

Subkorpus

Akhbar (94,95,96,98)DBP2 (buku 7D-an ke atas)Majalah IlmiahMajalah 1 (majalah tambahan)Majalah(majalah bukan ilmiah)

Jumlah bilangan kata

10,111,5049,739,8991,887,5163,361,0294,861,827

Jumlah Kekerapan

Kekerapan Leksikal"PeneIjemahan"

118

242

27

5 il kira keperluan seperti ***peneIjemahan***melalui komputer, pempro

FILE : majalah-ilmiah1 arangnya dengan melakukan

***peneIjemahan*** cerpen-cerpen yang dihas2 mahan. Rupa-rupanya kerja

***peneIjemahan*** itu dapat membentukland

FILE: majalah 1 (data majalah tambahan)1 namaan khas, dan panduan

***peneIjemahan*** umum); dan pelaksanaan2 dan teknologi; penulisan/***peneIjemahan***

dan penerbitan buku (umum3 yediakan kemudahan sistem

***peneIjemahan*** bahasa Melayu kepadabah

4 l~aran, penulisan buku, ***peneIjemahan***,penyelidikan) dan apl

FILE: majalah (bukan ilmiah)1 umbangan terbarunya ialah

***Penerjemahan*** Arab-Melayu:Peraturan d

2 a hendak didasarkan pada***peneIjemahan*** karya tersebut $$20 ked

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

a) Tidak salah pengguna bahasa Melayumenggunakan leksikal "penerjemahan"kerana ia memang wujud dalam korpus data.Berdasarkan pendapat ahli linguistik moden,analisis terhadap sesuatu bahasa haruslahberdasarkan penggunaan bahasa itu dalamkonteks yang "sebenar". Oleh sebab korpusdata merupakan himpunan kata yangberbentuk penggunaan "sebenar" makasewajarnya leksikal "penerjemahan" bolehditerima dan digunakan.

b) Leksikal "penerjemahan" merupakanperkataan yang gramatis dari segi nahunya.Meskipun ia berbentuk kata pinjaman tetapiapabila ia telah masuk dan meresap ke dalambahasa Melayu maka ia menjadi milik bahasaMelayu. Oleh itu, pembentukanmorfologinya haruslah mengikut rumusnahu Melayu. Sama seperti perkataan lainyang mengalami luluhan huruf t dengan

JADUAL 13Kekerapan leksikal "penteIjemahan" dalam korpus data bahasa Melayu DBP

Subkorpus

Akhbar (94,95,96,98)DBP2 (buku 7D-an ke atas)Majalah IlmiahMajalah 1 (majalah tambahan)Majalah (m~alah bukan ilmiah)

48

Jumlah Bilangan Kata

10,111,5049,739,8991,887,5163,361,0294,861,827

Jumlah Kekerapan

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.1 2006

Kekerapan Leksikal"Penterjemahan"

856363

197

408

Page 7: Pentetjemahan atau Penetjemahan: Satu Analisis Korpus Data ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3570/1/Pentetjemahan_atau_Penetjemahan_Satu_Analisis... · pinjaman bahasaArab yang perlu

Penterjemahan atau Penerjemahan: Satu Analisis Korpus Data Berkomputer

JADUAL 14Kekerapan peratusan leksikal "penterjemahan" dan "penerjemahan"

Kata Leksikal Kekerapan Peratusan

Penerjemahan 27 6.20%Penterjemahan 408 93.79%

Jumlah 435 99.99% = 100%

dibunyikan sengau maka leksikal"peneIjemahan" hams bersifat demikian.

c) Sesuatu kajian yang mantap dan tuntasharuslah berdasarkan penggunaan"sebenar" sesuatu bahasa itu oleh penuturjati bahasa tersebut. Penggunaan "sebenar"ini ada dihimpunkan dalam korpus data.Oleh itu, penggunaan korpus data sebagaidata analisis bahasa amatlah dialu-alukan.Sebagai pengkaji bahasa juga, kita tidakboleh mencipta sampel bahasa secaraimaginasi sahaja tanpa didasarkan padapenggunaan sebenar. Itulah sebabnya, rarnaiahli linguistik moden hari ini lebihmenumpukan kajian bahasa dan linguistiksecara deskriptif dan bukan perskriptif.Kajian deskriptif lebih ideal dan "berpijakdi bumi nyata" berbanding kajian perskriptifyang lebih bersifat "khayalan dan awang­awangan". Justeru, deskriptif lebih populardaripada perskriptif.

RUJUKANAsMAH HJ. OMAR. 1993. Nahu Melayu Mutakhir Edisi

Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

__. 2004. Data Korpus Bahasa Melayu DBP. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

__. 2000. Kamus Dewan Edisi Ketiga. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

MUHAMMAD BUKHARJ LUBlS, MOHO FAUZI JUMI CAN,

dan KrwR AWA MOHAMED. 1998. PenerjemahanArah-Melayu-Arah: Peraturan dan Dasar. Serdang:Penerbit UPM.

IK SAFIAH KARIM dan RAKAN-RAKAN. 1994. TatahahasaDewan Edisi Baharu.. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

NOR HAsHlMAH JAlALUODI . 2004. Kata ganti namaia dan ianya dalam bahasa Melayu: pendekatanrangka rujuk silang. Kertas Kerja Seminar SehariLinguistik, anjuran Program Linguistik UKM.

ORWATI MD. YUSUF. 2001. Penggunaan korpusdalam kajian bahasa dan terjemahanberlandaskan terjemahan mesin. DalamProsiding Seminar Sehari Jabatan Bahasa Melayudan Terjemahan, anjuran UKM dan DBP.

RUSLI ABDUL GHANI, NORHAFIZAH MOHAMED HUSIN,dan CHI LEE YIM. 2004. Pangkalan data korpusDBP: perancangan, pembinaan, danpemanfaatan. Kertas Kerja Seminar SehariLinguistik, anjuran Program Linguistik UKM.

ZAHARANI AHMAD. 2004. Pengimbuhan memper-kandengan kata adjektif: analisis data korpusberkomputer. Kertas Kerja Seminar SehariLinguistik, anjuran Program Linguistik UKM.

(Received: 21 December 2004)

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 0.12006 49