23
1.0 PENGENALAN Penilaian berlaku dalam semua jenis situasi apabila pertimbangan perlu dibuat. Dalam kehidupan seharian, setiap individu akan membuat keputusan berdasarkan penilaian walaupun kurang menyedari bahawa pertimbangan telah berlaku dalam semua proses tersebut. Dalam bidang pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran matlamat tidak akan tercapai tanpa penilaian. Setiap kali sesuatu soalan ditanya dan jawapan diberi, seringkali melibatkan penilaian. Guru dan pelajar sering membuat pertimbangan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, gurulah yang bertanggungjawab untuk merancang dan membuat keputusan bahawa apa yang muridnya perlu capai dalam pembelajaran menurut hasil pengajaran yang dikehendaki. Oleh itu, guru seharusnya sentiasa mendapat maklumat tentang pencapaian pembelajaran murid untuk memperbaiki pengajarannya. Maklumat ini biasanya dapat diperolehi melalui pemerhatian, pengujian, pengukuran dan penilaian. 2.0 PENILAIAN PROGRAM PENDIDIKAN 1

Penilaian Program Pendidikan

  • Upload
    dinganu

  • View
    114

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

p

Citation preview

Page 1: Penilaian Program Pendidikan

1.0 PENGENALAN

Penilaian berlaku dalam semua jenis situasi apabila pertimbangan perlu dibuat. Dalam

kehidupan seharian, setiap individu akan membuat keputusan berdasarkan penilaian

walaupun kurang menyedari bahawa pertimbangan telah berlaku dalam semua proses

tersebut.

Dalam bidang pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran matlamat tidak

akan tercapai tanpa penilaian. Setiap kali sesuatu soalan ditanya dan jawapan diberi,

seringkali melibatkan penilaian. Guru dan pelajar sering membuat pertimbangan dalam

situasi pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, gurulah yang bertanggungjawab

untuk merancang dan membuat keputusan bahawa apa yang muridnya perlu capai dalam

pembelajaran menurut hasil pengajaran yang dikehendaki. Oleh itu, guru seharusnya

sentiasa mendapat maklumat tentang pencapaian pembelajaran murid untuk memperbaiki

pengajarannya. Maklumat ini biasanya dapat diperolehi melalui pemerhatian, pengujian,

pengukuran dan penilaian.

1

Page 2: Penilaian Program Pendidikan

2.0 PENILAIAN PROGRAM PENDIDIKAN

Penilaian program pendidikan adalah suatu proses menghasilkan keputusan melalui

pengumpulan dan analisis data yang sistematik. Dalam menghasilkan keputusan ini,

beberapa aktiviti yang dijalankan dan antaranya ialah berdasarkan aktiviti pengetahuan,

kemahiran, sikap dan perlakuan yang harus dicapai dalam sesuatu program.

2.1 Tujuan Penilaian Program

Penilaian program mempunyai beberapa tujuan untuk dilaksanakan iaitu sebagai

pengurusan projek, agar dapat mengikuti arah tuju, memperlihatkan keberkesanan projek,

memperlihatkan akauntabiliti projek dan untuk tujuan pembangunan dan penyebaran

program.

Dalam memperlihatkan pengurusan projek, tujuannya ialah untuk memantau rutin

pengoperasian program, memberi maklumat kepada staf program atau pentadbir

berkenaan ciri-ciri peserta, aktiviti program, peruntukan sumber tenaga dan kos program.

Selain itu bertujuan agar staf program dapat membuat pembetulan jangka pendek selain

membantu staf merancang arah tuju program yang baru. Dengan itu, data pengoperasian

boleh disalurkan kepada penaja, lembaga sekolah atau pemimpin masyarakat. Manakala

data program yang deskriptif boleh digunakan sebagai asas untuk pentaksiran hasil

program.

Selain itu penilaian program juga bertujuan untuk memastikan aktiviti projek

menggambarkan rancangan dan matlamat projek, meningkatkan kualiti pembekalan

perkhidmatan dan mengekalkan perkaitan di antara matlamat program, objektif dan

perkhidmatan. Penilaian program juga bertujuan untuk melihat keberkesanan projek. Dari

sudut ini, akan diselaraskan komponen-komponen program bagi mengurangkan kos,

memfokus pada pengenal pastian bahagian yang paling diperlukan serta mengenalpasti

kelemahan untuk tujuan penambahbaikan, untuk membatalkan perkhidmatan yang

2

Page 3: Penilaian Program Pendidikan

tertentu dan merujukkan peserta ke perkhidmatan di tempat yang lain. Oleh itu, bagi

menilai keberkesanan projek, penilaian proses dan penilaian hasil adalah diperlukan.

Penilaian proses juga bertujuan untuk memperlihatkan akauntabiliti projek di

mana pengguna keputusan penilaian termasuklah ibubapa, agensi penaja, wakil rakyat

atau pemutus polisi. Di samping itu, kaedah yang digunakan mestilah yang boleh

dipertahankan, manakala keputusan harus difahami oleh orang biasa.

2.2 Model-Model Penilaian

2.2.1 Model Objektif

Menurut model ini, penilaian dikaitkan dengan usaha menentukan nilai sesuatu hasil

(product) selain membandingkan objektif-objektif sesuatu program dengan hasil-

hasilnya. Menurut Model Tyler (1949) yang mentakrifkan bahawa kejayaan atau

kegagalan sesuatu program atau pengajaran dalam kadar kesepadanan (the extent of

match/mismatch) antara prestasi murid-murid yang dijangkakan (intended) dengan yang

sebenar. Model ini turut mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program dngan

menggunakan Taksonomi-taksonomi Objektif Pendidikan iaitu Taksonomi Kognitif

(Bloom), Taksonomi Afektif (Krathwohl) dan Taksonomi Psikomotor (Simpson) yang

menggunakan kaedah-kaedah kuantitatif seperti statistik.

2.2.2 Penilaian Illuminative (Hamilton & Parlett)

Menurut model ini, penilaian akan mempertimbangkan konteks program pendidikan yang

lebih luas, lebih mementingkan huraian (description) dan tafsiran (interpretation)

daripada pengukuran (measurement) dan ramalan (prediction). Manakala bagi kajian

yang melibatkan sesuatu program secara total, ‘pengukuran hasil pendidikan’ tidak

dipentingkan. Konsep ‘Learning Milieu’ atau konteks sekolah dipertimbangkan semasa

program atau inovasi pendidikan dinilai. Untuk tujuan ‘illuminate’ masalah-masalah, isu-

isu dan ciri-ciri program, gabungan strategi seperti pemerhatian, temubual, soal selidik

3

Page 4: Penilaian Program Pendidikan

dan analisis dokumen digunakan. Tiga peringkat yang berhubungkait iaitu pemerhatian,

kajian lanjutan dan penerangan. ‘Progressive focusing digunakan apabila penyelidik

menyempitkan keluasan skop penyelidikan, untuk memberi perhatian yang lebih luas

kepada isu-isu tertentu.

2.2.3 Penilaian Goal-free (Michael Scriven 1972)

Model ini menyatakan bahawa pertimbangan dan penilaian matlamat (goal)adalah

langkah yang bukan sahaja tidak diperlukan, bahkan ia mungkin merupakan langkah

yang menganggu penilaian. Model ini lebih menumpu kepada kesan sebenar tanpa

menghiraukan matlamat.

2.2.4 Penilaian Responsive (Robert Stake 1967)

Model ini menekankan bahawa penilai perlu megambil perhatian dalam tiga jenis data

iaitu antecedent data, transactional data dan outcome data. Selain itu, model ini

menyatakan bahawa penyelidik perlu memahami sejarah program itu, pengalaman

semasa dan ‘outcomes’ selain lebih mementingkan kehendak-kehendak ‘audience’ dan

perspektif-perspektif yang berlainan, dikaitkan semasa melaporkan kejayaan atau

kegagalan program tersebut. Model ini lebih mementingkan ‘portraya/ descriptiorl

daripada analisis.

2.2.5 Penilaian Democratic (Barry MacDonald 1974)

Model ini menitikberatkan ‘kerahsiaan’, ‘rundingan’ dan ‘keizinan’, menyuarakan

kepentingakn konsep ‘hak untuk mengetahui dan mengiktiraf pelbagai nilai. Penilai

sebagai broker maklumat, mengedarkan maklumat antara kumpulan yang berbeza, teknik

dan persembahan/penulisan harus mudah difahami ramai, memberi keselamatan dan

kawalan maklumat kepada informants dan tidak memberikan cadangan dalam laporan.

4

Page 5: Penilaian Program Pendidikan

2.2.6 Penilaian Naturalistic

Model ini menekankan tiga asas penyelidikan atau penilaian iaitu demokrasi penyertaan,

pembuatan keputusan yang dimaklumkan dan kepelbagaian nilai. Menggunakan kaedah-

kaedah kualitatif seperti temu bual tanpa struktur, pemerhatian secara langsung dan

bentuk laporan yang membolehkan pembaca membuat generalisasi dengan sendiri,

dengan menggunakan ‘naturalistic generalisation’.

3.0 PENILAIAN DAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan

kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran

berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana

tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha

sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi

mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada

perubahan pada seseorang.

Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti

berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai

pembelajaran. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk

memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif,

pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan

perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat

bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak

dalam suatu situasi.

Penilaian dalam pendidikan ialah proses menentukan perubahan tingkah laku

seorang individu dan membuat pertimbangan (judgement) nilai. Aktiviti penilaian

menumpu kepada ciri-ciri pada manusia yang boleh diubah. Pertimbangan nilai bagi

seorang boleh diperolehi berdasarkan daripada interpretasi hasil pengukuran kuantitatif,

5

Page 6: Penilaian Program Pendidikan

atau penghuraian kualitatif, atau kombinasi kedua-dua pengukuran kuantitatif dan

penghuraian kualitatif, atau kombinasi kedua-dua pengukuran kuantitatif dan pengukuran

kualitatif murid itu.

Maklumat kuantitatif yang dinyatakan dalam bentuk angka dan data dapat disusun

dan diperkemaskan dalam sistem yang mudah difahami untuk memberi gambaran yang

menyeluruh. Penghuraian kualitatif pula biasanya menerangkan perubahan yang nyata

atau kabur dalam seseorang. Oleh itu, penilaian bukan hanya meliputi pencapaian dan

kemajuan dalam pelajaran tetapi termasuklah pentaksiran semua aspek perkembangan

mental dan fizikal, minat, sikap, bakat, emosi dan kejayaan dalam sosial.

Tujuan penilaian dalam pendidikan ialah untuk mengetahui sejauh manakah

konsep-konsep yang disampaikan itu dapat diterima oleh murid-murid. Setelah

diumumkan gred atau markah yang diperolehi, tahap pencapaian murid di dalam satu-

satu bidang pelajaran akan diketahui. Selain gur, ibu bapa juga akan turut sama

mengetahui pencapaian anak-anak mereka di dalam pembelajaran. Sekiranya tercapai,

maka pembelajaran boleh dikatakan telah berlaku. Penilaian boleh dibahagikan kepada

dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Penilaian formatif ialah pentaksiran yang sistematik yang sentiasa dijalankan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan tujuan membaiki proses-

proses tersebut. Jenis penilaian ini boleh diadakan di sepanjang masa kursus. Maklumat

daripadanya dapat digunakan serta merta dan terus menerus untuk membantu pelajar dan

guru dalam pembelajaran dan pengajaran masing-masing untuk mencapai objektif yang

dirancangkan.

Biasanya, penilaian formatif diadakan dari masa ke semasa setelah guru selesai

mengajar sesuatu unit pelajaran. Keputuan penilaian formatif tidak bertujuan digunakan

untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara seorang murid dengan murid yang

lain.. Namun, maklumat penilaian ini memberi petanda berhubung dengan kemajuan

proses pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Ekoran maklumat balik

6

Page 7: Penilaian Program Pendidikan

ini guru dapat segera mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi

kelemahan-kelemahan murid dan mengubahsuaikan strategi pengajarannya sendiri.

Oleh kerana tujuan asas penilaian formatif ialah untuk membantu proses

pembelajaran dan pengajaran, maka penilaian dalam bilik darjah haruslah mengutamakan

penilaian formatif. Salah satu cara terbaik membantu murid melibatkan diri mentaksir

kemajuannya ialah dengan menyediakan satu siri ujian penguasaan (mastery test) yang

pendek untuk mendapatkan maklumat yang menunjukkan sejauh mana sesuatu

kemahiran telah dikuasai oleh murid. Dengan kesedaran serta merta murid akan segera

membetulkan kelemahan-kelemahan pembelajarannya agar tidak bertindih dengan

pelajaran berikutnya.

Penilaian Formatif merujuk kepada sesi soal jawab yang dikendalikan dalam bilik

darjah dan juga kuiz dan lembaran kerja yang dibuat oleh murid. Cara pengujian ini

adalah tidak formal, biasanya dalam bentuk ujian bulanan. Maklumat yang diperoleh

akan membantu guru menentukan strategi pangajaran serta aktiviti pembelajaran,

terutamanya aktiviti pemulihan bagi murid yang lemah.

Umumnya penilaian formatif dapat dilaksanakan secara informal melalui

pemerhatian dan kerja latihan. Dalam situasi begini, guru membetulkan kelemahan murid

ketika kerja atau pembelajaran sedang dilangsungkan. Manakala penilaian sumatif pula

merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus bagi tujuan memberi

gred (dan sijil) kepada murid. Di samping pemberian gred, ujian sumatif juga

membekalkan maklumat untuk menilai kesan pengajaran.

Umumnya, menilai pencapaian murid ialah satu daripada aktiviti guru yang

dilakukan setiap bulan, setiap penggal dan setiap tahun. Guru besar dan guru-guru sendiri

ingin mengetahui setakat mana usaha-usaha mereka itu berjaya. Menilai pencapain murid

ini dilakukan oelh guru pada akhir pengajaran. Tujuannya ialah bagi mengetahui sejauh

manakah perkara-perkara yang diajar itu telah diketahui oleh murid. Daripada markah

7

Page 8: Penilaian Program Pendidikan

yang diberikan itu, maka tahap pencapaian murid dapat diketahui berdasarkan penilaian

yang telah dibuat.

Manakala menilai pembelajaran pula adalah merangkumi aktiviti mendapat

maklumat dan membuat perbandingan semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku.

Didapati bahawa guru selalunya mencuba mendapat maklumat daripada murid semasa

mengajar. Berasaskan maklumat ini, guru membuat keputusan sama ada mengulangkaji,

memberi latih tubi, menerangkan ataupun meneruskan pelajaran tersebut. Di samping

menjalankan penilaian berterusan secara spontan dan tidak direkodkan itu, guru boleh

menyediakan alat-alat penilaian, seperti ujian-ujian yang ringkas, pemerhatian-

pemerhatian yang tertentu dan cara-cara lain yang dapat dilakukan dengan lebih terkawal.

3.1 Konsep Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi Pengajaran Dan

Pembelajaran

Konsep pendekatan,kaedah,teknik dan strategi mempunyai kaitan antara satu sama lain

dan saling lengkap melengkapi sehingga sukar untuk dibezakan antara satu dengan yang

lain. Walaubagaimanapun konsep pendekatan, kaedah, teknik dan strategi mempunyai

beberapa ciri tertentu. Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Pendekatan

merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.

Menurut Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling

berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran . Berdasarkan kepada itu pendekatan

harus berlandaskan model,prinsip atau teori pembelajaran yang merangkumi perkara iaitu

konkrit kepada abstrak, mudah kepada kompleks, keseluruhan kepada bahagian, umum

kepada spesifik, spesifik kepada umum, dekat kepada jauh dan diketahui kepada belum

diketahui.

Merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai

objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Mengikut Edward M.Anthony(1963)

kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur

yang tersusun,berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Teknik mengajar

8

Page 9: Penilaian Program Pendidikan

merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam

sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di antara teknik mengajar yang biasa

digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih

tubi,penyoalan,sumbangsaran dan permainan.

Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah

untuk menarik minat pelajar,mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu

pelajar supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan teknik mengajar

perlulah berdasarkan kepada umur,kecerdasan,kebolehan dan minat pelajar. Strategi

bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada

kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah,teknik dalam

satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan.

Dalam sesuatu proses pengajaran dan beberapa strategi pendekatan perlu

dipertimbangkan, antaranya ialah penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran,

pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan, penyusunan kaedah dan

teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran,

pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik, pengagihan bahan

bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan teknik mengajar dan

pengurusan kelas mengikut pendekatan,kaedah dan teknik mengajar yang dipilih.

3.2 Penilaian dan Nilai

3.2.1 Nilai

Nilai ialah pokok kepada perkataan atau konsep yang dibincangkan. Soalan yang

seringkali ditimbulkan ialah, bolehkah penilaian itu bebas daripada nilai yang terdapat

sama ada pada seseorang ataupun pada satu kumpulan orang yang menjalankan penilaian

dan membuat keputusannya. Umumnya, nilai sukar dipisahkan daripada tindakan

membuat keputusan. Penilaian melibatkan proses dan juga mengkehendaki keputusan

9

Page 10: Penilaian Program Pendidikan

dibuat bukan sahaja tentang perkara yang dinilaikan itu, tetapi juga tindakan yang

bersabit dengan proses itu sendiri.

Apabila sesuatu penilaian itu ingin diwujudkan, maka sekurang-kurangnya dua

keputusan besar sepatutnya diambil. Keputusan pertama berkait dengan sebab ataupun

tujuan penilaian itu hendak diadakan. Inidividu memilih sesuatu perkara bagi dinilai

adalah disebabkan perkara tersebut difikirkan penting di dalam satu-satu konteks.

Manakala keputusan kedua berkait dengan pemilihan model, alat-alat, prosedur

menjalankan dan cara penganalisaannya. Tidak semua pakar penilaian itu mempunyai

pandangan yang sama tentang aspek-aspek yang diperkatakan itu.

Di antara penilai-penilai terdapat mereka yang menganggap manusia sebagai

suatu organisma yang membuat reaksi terhadap sesuatu penggerak. Dengan itu, satu-satu

maklumat itu dapat diperolehi jikalau penggeraknya sesuai.. Oleh itu, model yang akan

digunakan seharusnya menekankan reaksi manusia secara menyeluruh.

3.2.2 Penilaian

Nilai adalah perkara yang sentiasa mempengaruhi tiap-tiap perkara yang dilakukan dan

tiap-tiap keputusan yang diambil. Penilaian didapati adalah tidak sebebas nilai seperti

yang dianggap oleh setengah-setengah orang. Kita mencuba mencungkil semua

maklumat yang dikehendaki untuk membuat keputusan yang bermakna. Dalam

mencungkil maklumat yang dianggap sebagai fakta, kita telah dipengaruhi oleh berbagai-

bagai perkara. Apabila keputusan dibuat sekali lagi, pendirian seseorang akan

mempengaruhi keputusan. Disebabkan kuatnya pengaruh nilai di dalam proses penilaian

dan pengambilan keputusan, maka kita terpaksa berhati-hati terhadap semua penilaian

yang dikemukakan kepada kita.

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam berbagai-bagai bidang.

Penilaian dilakukan kerana tiap-tiap perubahan ataupun perkara yang dilakukan

mempunyai matlamatnya. Dengan menjalankan penilaian, maka satu anggaran dapat

10

Page 11: Penilaian Program Pendidikan

dibuat sama ada matlamat itu telah dicapai dan proses yang dilalui adalah bersesuaian.

Apa yang menimbulkan masalah ialah perbandingan yang dilakukan semasa mendapat

maklum balik tersebut, dan semasa membuat rumusan tentang dapatan-dapatan daripada

penilaian yang dilakukan itu. Seringkali perbandingan menimbulkan implikasi yang tidak

baik.

Namun, penilaian hendaklah dianggap sebagai satu punca bagi mendapat bukti

ataupun maklumat yang unggul tentanh sesuatu. Maklumat ataupun bukti ini amat

penting bagi penyelesaian sesuatu masalah. Dalam pendidikan umpamanya, masalah

yang dapat diselesaikan ialah tentang pencapaian sesuatu matlamat.

3.3 Contoh Bidang Penilaian

3.3.1 Prasekolah

Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa penilaian di peringkat prasekolah adalah

terlalu awal dan kanak-kanak seharusnya tidak dikongkong oleh amalan-amalan yang

rigid yang terdapat di peringkat persekolahan biasa. Ada orang menganggap penilaian

yang dilakukan di peringkat prasekolah ini adalah sama dengan penilaian yang berlaku di

peringkat-peringkat yang lain. Cara penilaian di peringkat ini seharusnya terkawal dan

menggunakan kriteria yang seragam. Namun, ada juga yang memikirkan bahawa tiap-tiap

tindakan yang dilakukan adalah berasaskan penilaian. Pemilihan sesuatu cara itu

bergantung rapat dengan sesuatu keadaan itu.

Penilaian yang ditekankan di sini ialah penilaian yang tidak formal, tetapi

sistematik dan dirancang. Penilaian yang dijalankan dalam keadaan yang sedia ada dan

berterusan. Di samping itu, penilaian di penghujung sesuatu tahap juga dilakukan bagi

membolehkan prestasi kanak-kanak dapat dilihat secara menyeluruh. Dalam hal ini,

terdapat dua pendekatan yang digunakan iaitu tradisional dan seperti yang ditekankan

oleh Piaget.

11

Page 12: Penilaian Program Pendidikan

3.3.1.1 Objektif

Terdapat dua pengaruh yang diambilkira dalam menentukan dan menyatakan objektif

kognitif ini. Pengaruh ini timbul daripada teori yang dikemukakan oleh Piaget dan juga

daripada pendapat berlainan yang dikemukakan oleh Piaget.

Dalam objektif kognitif ini, terdapat empat aspek yang berkaitan iaitu aspek

fizikal, sosial, logikal dan representasi. Dalam aspek pengetahuan dan kemahiran fizikal,

perkara penting yang perlu difahami ialah kesan ke atas benda-benda selepas sesuatu

perkara itu dilakukan. Kefahaman ini juga boleh dipandang sebagai kaitan sebab-

musabab yang membolehkan pengetahuan berkenaan benda-benda dan alam akan

berkembang.

Pengetahuan dan kemahiran sosial ialah kefahaman tentang pandangan yang

dikemukakan oleh ahli-ahli keluarga dan masyarakat tentang sesuatu perkara yang

dilakukan. Pengetahuan dan kemahiran ini berkemungkinan berkait rapat dengan sebab-

musabab ataupun berkait dengan ganjaran ataupun hukuman. Dari segi pengetahuan dan

kemahiran logikal pula, terdapat beberapa perkara yang berkait dengan pengelasan,

turutan atau urutan, nombor dan olahan ruang masa. Aspek representasi pula melibatkan

penghasilan makna daripada simbol-simbol yang mempunyai dua atau tiga dimensi dan

juga pergerakan-pergerakan dan peniruan (imitation).

Selain dari yang telah dinyatakan, penilaian prasekolah juga merupakan Satu

kaedah untuk menilai kebolehan kanak-kanak yang boleh dilakukan pada dua peringkat

iaitu peringkat Screening dan Penilaian kemampuan. Peingkat Screening ialah untuk

mengenal pasti kanak-kanak terutamanya kanak-kanak pra sekolah yang bermasalah dan

dimasukkan ke dalam program 'Intervensi awal'. Kajian telah dijalankan dalam projek di

panggil 'The Perry Preschool Project" yang mendapati kanak-kanak yang mendapat

intervensi awal kurang memerlukan program pendidikan khas dan kebolehannya dari

aspek pendidikan dan kebolehan diri adalah lebih competent" berbanding dengan

kumpulan kawalan. ( Berruta- Clement, Schweinhart, Barnett, Epstein & Weikart.1984).

12

Page 13: Penilaian Program Pendidikan

Manakala peringkat penilaian kemampuan pula, ianya di lakukan kepada kanak-

kanak yang telah dikenalpasti mempunyai masalah MP. Penilaian bertujuan untuk

mengetahui kelebihan dan kelemahannya. Tahap asas sebelum rawatan atau memulakan

program (Base line). Kaedah screening yang digunakan ialah Neuro developmental

History:

i. Sejarah kelahiran - prenatal, antenatal, postnatal.

ii. Perkembangan gross motor, fine motor.

iii. Perkembangan bahasa;

Umur Kebolehan...

6 bulan Babling.

.

9 bulanMenyatakan sesuatu dengan gaya/isyarat spt:

melambai - lambai tangan Bye-bye @ meminta dengan menadah tangan.

...

12 bulan Mengucapkan ma ma, da da - betul untuk memanggil ibu atau ayah. Satu perkataan satu ayat.

...

18 bulan Boleh mengikut arahan satu peringkat.

.

24 bulan.

2 patah perkataan satu ayat..

13

Page 14: Penilaian Program Pendidikan

Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan

strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.  Di samping itu,

matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.  Strategi pengajaran ialah

satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Congelosi

(1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan

rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara

berikut, iaitu:

i- Tujuan am (learning goal)

ii. Objektif pelajar (specific objective)

iii. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu

untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran

          iv. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar

  v- Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur

pencapaian pelajar.

 

Kata Cangelosi (1992):

Learning goal is the overall purpose of the teaching unit.  It indicates what

students are expected to learn.

Specific objective, define the learning goal.  That is a number of specific

skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire. (ms. 24)

            Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih

mendasar, iaitu Planning, Implementation dan Evaluation. Tiga perkara ini dan juga

langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang

berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru.  Langkah-langkah ini

disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang

menarik dan berkesan.  Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective

teaching). 

14

Page 15: Penilaian Program Pendidikan

Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat

diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. 

Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah

guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh

semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang

tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang

cukup lincah.  Inilah dia guru yang efektif (effective teacher).

             “…effective teacher is one who is able to demonstrate the

ability to bring about intended learning goals”.  Parrott (1986:5)

  Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. 

Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang

hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan

penilaian yang akan dijalankan.

Lazimnya, perkembangan sosio-emosi diperlukan supaya seorang kanak-kanak

dapat menunjukkan kesedaran, menerima rakan-rakan yang berbeza serta meluahkan

emosi dan perasaannya. Kanak-kanak boleh menggunakan bahan mainan bagi

menjelaskan perasaan dan menyelesaikan masalah sosio-emosi. Kebolehan menghadapi

cabaran harian dan menyesuaikan diri dengan perubahan dan menerima apa yang tidak

boleh diubah mengakibatkan pilihan alternatif. Perkembangan kemahiran

menyelesaikan masalah mengembangkan esteem kendiri (self esteem) dan perasaan

hormat-menghormati di kalangan kanak-kanak. Nilai-nilai murni, keyakinan, initiatif

pergaulan diri dan initiatif pergaulan serta persefahaman antara mereka juga

diperkembangkan bila mereka sendiri digalakkan membuat keputusan yang bertanggung

jawab dan berkesan.

Theory Of Constraints (TOC) adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran

kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah yang berdasarkan pemikiran logik dan

sistematik. Teknik dan proses TOC menggunakan teknik pemikiran kritis dan kreatif

yang mudah dan konkrit. TOC diperkembangkan oleh Yayasan TOC for Education, Inc.

15

Page 16: Penilaian Program Pendidikan

(http://www.tocforeducation.com) dan disumbangkan secara percuma kepada pendidikan.

Proses dan teknik TOC membina kemahiran dan komitmen kanak-kanak untuk

menangani masalah dan membuat keputusan yang bertanggung jawab dan berkesan.

Kemahiran berfikir dan cara berkomunikasi pemikiran yang jelas juga dibina. Teknik

TOC mengupayakan kanak-kanak dengan kemahiran berkomunikasi yang jelas dan tepat

serta kemahiran berfikir yang berkesan dan bertanggung jawab sepanjang hayat.

Mengapa guru perlu mengembangkan aspek sosio emosi murid ? Selalunya guru-

guru terpaksa menguruskan konflik atau percanggahan di kalangan murid-murid mereka.

Jika murid boleh berdikari dan mampu menyelesaikan konflik, suasana pembelajaran di

bilik darjah dan sekolah tidak terjejas dan akan berjalan lancar. Sekiranya murid tidak

tahu menyelesaikan konflik dalam kehidupan seharian, mereka sukar bertanggung jawab

ke atas tingkah laku mereka. Guru memainkan peranan yang kritikal dalam

perkembangan sosio-emosi kanak-kanak. Gunakan cara belajar melalui bermain yang

terancang untukmembolehkan pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan.

Mengajar kanak-kanak untukmemahami hak orang-orang lain, akibat daripada kelakuan

dan percakapan.

Guru menunjukkan contoh sikap dan kemahiran semasa mengajar dan kanak–

kanak akan menganggap guru sebagai ‘role model’ Mengapa guru perlu mengajar

kemahiran berfikir, berkomunikasi serta menyelesaikan masalah? Pembawaan yang

positif untuk belajar bermula dari pengalaman yang menyeronokkan dan boleh dikawal

oleh kanak-kanksendiri. Ini memberi keyakinan diri dan keupayaan kepada mereka ke

arah mencapai kejayaan. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyelesaikan

masalah,membina keyakinan diri dan perasaan berdikari sehingga menjadi satu

kelaziman. Mereka diajar menghadapi setiap cabaran untuk dapat ditangani mereka

sendiri.

Kanak-kanak belajar melalui pengalaman interaktif secara langsung dan spontan

dengan rakan sebaya serta melalui asuhan dan bimbingan guru. Murid belajar dengan

baik jika mereka berasa selamat dari segi perasaan sosio-emosi, murid belajar melalui

16

Page 17: Penilaian Program Pendidikan

interaksi dengan guru dan kanak-kanak lain. Murid juga selalu belajar melalui cara

bermain. Selain itu, pembelajaran perlu menggembirakan.

3.3.1.2 Penilaian Sumatif

Pada peringkat prasekolah, penilaian tidak dapat dijalankan dengan hanya menggunakan

alatan menulis. Ini kerana, kanak-kanak pada peringkat ini masih belum pandai menulis,

mambaca dan mengira. Di samping itu, penilaian menggunakan alatan menulis dirasakan

tidak dapat menimbang dan memberi gambaran kedudukan kanak-kanak di dalam hal ini.

Maka, bentuk penilaian yang sesuai ialah bentuk amali. Kanak-kanak didedahkan dengan

suatu keadaan yang provokatif dan guru mencatat reaksi kanak-kanak tersebut dengan

berpandukan kriteria yang telah ditentukan. Catatan yang dibuat ini hendaklah berterusan

kerana setiap satu keadaan itu memakan masa yang panjang. Berpandukan jadual

penentuan, guru-guru dapat menentukan apakah yang sepatutnya dinilai dan sejauh mana

perkara itu hendak dinilai.

3.3.1.3 Penilaian Formatif

Pada peringkat sekolah, penilaian formatif dijalankan pada akhir sesuatu unit pelajaran

yang selalunya memakan masa lebih kurang dua tiga minggu. Pada peringkat prasekolah,

langkah-langkah yang sama boleh diikuti. Bagi membolehkan cara ini dijalankan, guru

hendaklah mempunyai satu rancangan yang komprenhensif tentang apa yang dinilai,

bagaimana dan bila menilainya, apa jenis rekod yang perlu dibuatdan apa tindakan yang

sepatutnya diambil setelah mendapat maklumat balik daripada penilaian formatif

tersebut. Sebagaimana semua bentuk penilaian, rancangan bermula dengan penyediaan

objektif. Satu jadual penentuan yang lngkap mestilah disediakan kerana daripada jadual

inilah dapat dilihat perkaitan di antara objektif-objektif yang membolehkan

perkembangan berlaku.

17

Page 18: Penilaian Program Pendidikan

Penilaian sama ada untuk tujuan pembelajaran ataupun mengetahui prestasi pada

akhir sesuatu aktiviti adalah sukar dijalankan. Ini kerana kita terpaksa memikirkan

berkenaan falsafah pendidikan yang dialami dalam sesuatu pusat itu. Malah, apa juga

pendirian yang dipegang sama ada Piaget ataupun tradisional, masih banyak perkara yang

belum diketahui berkenaan cara-cara pengujian itu. Ujian dan pembelajaran sukar dilihat

sebagai dua konteks yang berasingan. Tidak seperti peringkat persekolahan rendah dan

atas, situasi ujian dapat difahami oleh murid-murid. Bagi kanak-kanak, kesedaran tentang

konteks berlainan ini tidak ada. Oleh itu, penguji harus dapat menggunakan setiap masa

yang sesuai bagi mendapat maklumat yang diperlukan itu.

4.0 KESIMPULAN

Pengujian dan pengukuran sebagaimana yang telah dikaji tidak menentukan nilai baik

atau buruk, atau lemahnya sesuatu yang diuji dan diukur. Walau bagaimanapun, markah

dari ujian yang dibina, ditadbirkan dan dianalisa mengikut prinsip pengujian dan

pengukuran adalah diperlukan untuk mmbuat penilaian, atau pertimbangan mengenai

pencapaian murid. Contohnya, guru harus membuat keputusan sama ada muridnya

memerlukan pengajaran tambahan, atau pemulihan sebelum memulakan unit pengajaran

baru. Berbagai-bagai pertimbangan lain harus dibuatnya juga, sama ada kaedah yang

digunakan telah berkesan, buku dan alat bantu mengajarnya sesuai.

Kesemua keadaan dalam pengajaran ini memerlukan guru membuat pertimbangan

tertentu, iaitu membuat penilaian ke atas diri murid, atau kaedah pengajarannya. Markat

dari pengujian yang dibina, ditadbir dan dianalisa mengikut prinsip pengukuran mungkin

dapat membantu guru membuat penilaian ini, tetapi hanya setakat membantu sahaja.

Proses penilaian adalah lebih luas lagi jika dibandingkan dengan pengujian, atau

pengukuran, kerana penilaian memasukkan dimensi baru, iaitumemberi nilai, atau perihal

menentukan buruk dan baiknya sesuatu pencapaian itu.

18

Page 19: Penilaian Program Pendidikan

Dalam usaha membuat penilaian yang wajar, guru akan mempertimbangkan

maklumat dari berbagai-bagai punca, seperti pengetahuannya sendiri mengenai murid

tersebut, latar belakang dan pengalaman mereka, keadaan pembelajaran di rumah dan di

sekolah, minat dan perkara-perkara yang tidak diminati oleh murid. Kesemua ini akan

dipertimbangka, atau dinilai oleh guru, dan pada akhirnya satu penilaian akan

dikemukakan untuk membolehkan tindakan wajar selanjutnya sama ada memberi

pengajaran tambahan, beralih ke pengajaran yang lain, menukar kaedah pengajaran dan

sebagainya.

19

Page 20: Penilaian Program Pendidikan

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin, 1994, Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Abu Bakar Nordin, 1986, Asas Penilaian Pendidikan, Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Cangelosi, James S.(1992). Systematic teaching strategy. New York:       Longman.

Dr. Tajul Ariffin Noordin & Dr. Nor’Aini Dan, 1992. Pendidikan dan Wawasan 2020 ( Falsafah Perguruan dan Persekolahan ). Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn.Bhd.

Kamarudin Abu & Ee Ah Meng, 1995. Guru Dan Perkembangan Negara. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Lee Shok Mee & Mok Soon Sang, 1989, Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang, 2000. Nota Dan Latihan Ilmu Pendidikan Semester 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang, 2002, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran       mikro.  Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

 Parrot, Elizabeth (1986). Effective teaching. London & New York:       Longman, 7th ed.

 Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala       Lumpur: Heinemann, ctk. 4.

Sufean Hussin, 1996. PENDIDIKAN DI MALAYSIA Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Hui Leng & ee Ah Meng, 1996, Penilaian dalam Proses Pendidikan Asas Pendidikan 3, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

20

Page 21: Penilaian Program Pendidikan

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 PENILAIAN PROGRAM PENDIDIKAN 2

2.1 Tujuan Penilaian Program 2 – 3

2.2 Model-Model Penilaian 3 – 5

2.2.1 Model Objektif

2.2.2 Penilaian Illuminative (Hamilton & Parlett)

2.2.3 Penilaian Goal-free (Michael Scriven 1972)

2.2.4 Penilaian Responsive (Robert Stake 1967)

2.2.5 Penilaian Democratic (Barry MacDonald 1974)

2.2.6 Penilaian Naturalistic

3.0 PENILAIAN DAN PROSES PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN 5 – 8

3.1 Konsep Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran 8 – 9

3.2 Penilaian dan Nilai 9 - 11

3.2.1 Nilai

3.2.2 Penilaian

3.3 Contoh Bidang Penilaian 11 - 18

3.3.1 Prasekolah

3.3.1.1 Objektif

3.3.1.2 Penilaian Sumatif

3.3.1.3 Penilaian Formatif

4.0 KESIMPULAN 18 - 19

BIBLIOGRAFI

21

Page 22: Penilaian Program Pendidikan

22