9
BAB IV PENGUMPULAN DATA DAN KAEDAH ANALISIS 4.1 Pengenalan. Dalam Bab II dan Bab III telah diterangkan secara terperinci tentang masalah kerosakan dan kecacatan serta penyelenggaraan terhadap binaan bangunan. Walaupun begitu, kajian tersebut hanyalah berdasarkan teori semata-mata. Dalam bab yang seterusnya, perbincangan yang dibuat adalah berkisar tentang kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian iaitu tentang proses dan kaedah pengumpulan data. Kajian yang dilakukan merangkumi dua pihak, iaitu pihak professional seperti jurutera dan pembantu teknik serta pihak pengguna seperti guru-guru dan kerani sekolah yang terlibat secara langsung dalam kajian kes. Kajian ini dilakukan dengan dua kaedah iaitu melalui borang soal selidik dan temu ramah. Kaedah kajian yang dibuat ini akan

Pengumpulan data dan kaedah analisis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Pengumpulan data dan kaedah analisis

BAB IV

PENGUMPULAN DATA DAN KAEDAH ANALISIS

4.1 Pengenalan.

Dalam Bab II dan Bab III telah diterangkan secara terperinci tentang masalah

kerosakan dan kecacatan serta penyelenggaraan terhadap binaan bangunan. Walaupun

begitu, kajian tersebut hanyalah berdasarkan teori semata-mata. Dalam bab yang

seterusnya, perbincangan yang dibuat adalah berkisar tentang kaedah yang digunakan

untuk menjalankan kajian iaitu tentang proses dan kaedah pengumpulan data. Kajian

yang dilakukan merangkumi dua pihak, iaitu pihak professional seperti jurutera dan

pembantu teknik serta pihak pengguna seperti guru-guru dan kerani sekolah yang terlibat

secara langsung dalam kajian kes.

Kajian ini dilakukan dengan dua kaedah iaitu melalui borang soal selidik dan

temu ramah. Kaedah kajian yang dibuat ini akan diterangkan secara menyeluruh di

dalam bab ini. Manakala analisis kajian dan data yang diperolehi pula akan diterangkan

secara terperinci dalam bab yang seterusnya iaitu Bab V.

Page 2: Pengumpulan data dan kaedah analisis

4.2 Pembentukan Dan Maklumat Borang Soal Selidik.

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan kerosakan dan kecacatan binaan

bangunan, dua set borang soal selidik telah disediakan dan telah diedarkan kepada

responden-responden yang terpilih. Pembentukan borang soal selidik ini adalah

berdasarkan kepada perkara utama iaitu memenuhi kehendak objektif kajian di

samping untuk mendapatkan maklumat lain. Soalan yang dikemukakan mestilah tepat,

ringkas dan padat untuk memudahkan kerja analisis dibuat.

Secara umumnya, soalan yang digunakan adalah jenis soalan tertutup, ini

bertujuan untuk memudahkan responden untuk menjawab soalan berdasarkan jawapan

yang telah diberi. Pilihan-pilihan jawapan ini telah disediakan oleh penyelidik setelah

kajian dan penyelidikan terhadap jawapan-jawapan dibuat terlebih dahulu.

4.2.1 Struktur Borang Soal Selidik.

Borang soal selidik ini telah dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu, bahagian A,

bahagian B dan bahagian C berdasarkan kepada maklumat yang ingin diperolehi. Ini

bertujuan untuk membentuk satu struktur borang soal selidik yang sistematik dan

terancang.

i) Bahagian A

Bahagian ini diasingkan bertujuan untuk mengetahui jenis-jenis kerosakan dan

kecacatan yang terdapat pada struktur dan item binaan sekolah. Pada borang soal selidik,

struktur dan item binaan sekolah diklasifikasikan mengikut kerosakan dan kekerapannya

mengalami kerosakan. Ini adalah kerana, pada item dan struktur binaan yang berbeza

akan mengalami kerosakan dan kecacatan yang berbeza.

43

Page 3: Pengumpulan data dan kaedah analisis

ii) Bahagian B

Dalam bahagian ini, soalan-soalan yang terlibat adalah berkisar tentang langkah

dan sistem penyelenggaraan yang efektif dalam menangani masalah kerosakan dan

kecacatan binaan sekolah. Tahap kepuasan terhadap penyelenggaraan dan keadaan

bangunan juga diselitkan di dalam bahagian ini. Ini bertujuan untuk menentukan

keberkesanan sistem penyelenggaraan yang dilakukan terhadap sekolah tersebut.

iii) Bahagian C

Di dalam bahagian ini pula, soalan yang kerap diajukan adalah tentang punca dan

sebab masalah kerosakan dan kecacatan binaan sekolah ini berlaku. Soalan-soalan ini

adalah lebih rumit dan sukar untuk dijawap oleh sesetengah responden. Oleh itu, soalan-

soalan seperti ini lebih banyak diedarkan kepada responden yang lebih pakar dan arif

tentang punca kerosakan dan kecacatan seperti jurutera, penyelia tapak dan sebagainya.

4.2.2 Responden.

Terdapat beberapa responden yang telah dikenal pasti terlibat sama ada secara

langsung atau pun tidak langsung di dalam kajian ini. Antara responden yang telah

dipilih tergolong kepada dua katogeri iaitu:

I. Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) cawangan Sabak Bernam yang

terdiri daripada juru runding, jurutera, penyelia tapak, juruteknik dan

sebagainya. Golongan ini merupakan golongan pakar dan arif dalam isu

kerosakan dan kecacatan binaan bangunan.

II. Kakitangan sekolah di sekitar daerah Sabak Bernam. Mereka merupakan

responden yang terlibat secara langsung terhadap kajian kes yang sedang

44

Page 4: Pengumpulan data dan kaedah analisis

dijalankan. Mereka terdiri daripada guru sekolah, guru besar, kerani dan

sebagainya.

4.3 Pengumpulan Data.

Pengumpulan data merupakan proses yang paling penting dalam sesebuah kajian.

Oleh itu, pelbagai cara telah digunakan untuk mengumpul sebanyak mungkin data.

Antara kaedah yang telah dilakukan ialah, kaedah soal selidik dan temu ramah. Semasa

kajian dijalankan, pelbagai maklum balas daripada responden. Maklum balas ini adalah

sangat berguna dalam kajian ini.

4.3.1 Kaedah Soal Selidik.

Borang soal selidik yang telah siap dan telah disemak oleh penyelia akan

diedarkan kepada setiap responden yang telah dikenal pasti. Kebanyakkan borang soal

selidik ini diedar melalui pos. Setiap borang soal selidik yang dipos ini disertakan setem

maklum balas di dalam sampul yang berbeza. Namun begitu, kaedah ini agak memakan

masa dan menguji kesabaran penyelidik dalam mendapatkan maklum balas. Masa yang

diperlukan untuk mengumpul semua maklum balas memakan masa hampir sebulan

lamanya.

Borang soal selidik juga diedarkan melalui serahan tangan, ini untuk memastikan

lebih banyak lagi responden yang memberi maklum balas terhadap borang soal selidik.

Maklum balas yang diterima adalah lebih cepat berbanding menggunakan pos, namun

begitu kaedah ini hanya digunakan kepada beberapa responden yang telah dikenal pasti

sahaja. Ini kerana terdapat sesetengah responden berdekatan kawasan, dan terdapat juga

sesetengah responden merupakan kenalan penyelidik.

45

Page 5: Pengumpulan data dan kaedah analisis

4.3.2 Kaedah Temu Ramah.

Kaedah temu ramah ini hanya dilakukan apabila responden mempunyai

kelapangan masa dan mengikut kesesuaian pihak responden. Kaedah ini dilakukan

semasa proses pengedaran atau pengumpulan borang soal selidik melalui serahan

tangan. Penyelidik menggunakan kaedah ini terhadap sesetengah responden pada

sesetengah kawasan sahaja. Ini kerana terdapat sesetengah responden merupakan

kenalan pihak penyelidik.

Soalan-soalan yang tertentu telah pun disediakan dan disusun oleh penyelidik.

Pihak penyelidik telah pun membuat temu janji seminggu lebih awal, bagi memastikan

pihak responden benar-benar bersedia dengan segala jawapan yang mungkin. Soalan

temu ramah ini akan menambahkan pengetahuan dan membantu penyelidik dalam

menyiapkan kajian yang dijalankan.

4.4 Masalah Yang Dihadapi.

Sepanjang penyelidik menjalankan kajian ini, pelbagai masalah yang telah

dihadapi terutama sekali dalam proses pengumpulan data dan maklumat. Masalah yang

paling ketara ialah penerimaan semula borang soal selidik yang telah dihantar melalui

pos. Jarak dan lokasi skop kajian yang agak jauh juga memberikan rintangan kepada

penyelidik untuk mengumpulkan data dan maklumat lain seperti temu ramah dan

fotografi.

Penyelidik terpaksa berulang-alik dari pusat pengajian ke kawasan skop kajian

untuk melengkapkan sepenuhnya borang soal selidik dan membuat temu ramah kepada

pihak responden. Keadaan ini sekaligus melibatkan kos yang tinggi dan masa yang agak

lama untuk mendapatkan maklumat soal selidik daripada pihak responden.

46

Page 6: Pengumpulan data dan kaedah analisis

4.5 Kaedah Analisis Data

Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis dan diolah untuk

mendapatkan kesimpulan dan penyelesaian masalah terhadap kajian yang dijalankan.

Data dan maklumat ini juga akan dianalisis bagi mendapatkan perkaitan antara data-data

dan juga perbandingan antara data yang diperolehi.

Data yang diperolehi dianalisa menggunakan kaedah Analisis Kekerapan dan

Indeks Purata. Hasil daripada data yang telah dianalisis ini seterusnya digambarkan

dalam bentuk carta bar dan carta pai untuk memudahkan pemahaman pembaca membuat

rumusan dan kesimpulan terhadap kajian.

4.5.1 Indeks Purata.

Formula berikut akan menerbitkan indeks purata :

Indeks Purata =

Di mana:

ai = pemalar yang melambangkan pemberat bagi i

xi = pembolehubah yang melambangkan kekerapan responden bagi i

i = 0,1,2,3,4,5 dan seterusnya.

X1 = untuk frekuensi maklumbalas “Sangat Kerap” untuk a1

X2 = untuk frekuensi maklumbalas “Kerap” untuk a2

X3 = untuk frekuensi maklumbalas “Sederhana” untuk a3

X4 = untuk frekuensi maklumbalas “Kurang Kerap” untuk a4

X5 = untuk frekuensi maklumbalas “Tiada” untuk a5

47

Page 7: Pengumpulan data dan kaedah analisis

Dalam mengenal pasti kerosakan dan kecacatan binaan bangunan yang berlaku,

lima kategori kekerapan telah dikenal pasti untuk menggambarkan kekerapan kerosakan.

Antaranya:

1 = Sangat Kerap

2 = Kerap

3 = Sederhana

4 = Kurang Kerap

5 = Tiada

Pengelasan bagi purata mata yang diperolehi pula adalah dengan merujuk kepada

McCaffer dan Muhd Zaimi (1997) seperti yang berikut :

1 = Sangat Kerap 0.00 < Purata Nilai Mata < 1.50

2 = Kerap 1.50 ≤ Purata Nilai Mata < 2.50

3 = Sederhana 2.50 ≤ Purata Nilai Mata < 3.50

4 = Jarang Berlaku 3.50 ≤ Purata Nilai Mata < 4.50

5 = Tiada 4.50 ≤ Purata Nilai Mata < 5.00

4.5.2 Analisis Frekuensi.

Kaedah analisis frekuensi digunakan merujuk kepada soalan yang hanya

mempunyai dua jawapan sahaja iaitu ‘ya’ atau ‘tidak’. Kaedah ini juga disokong oleh

analisis kekerapan dan kaedah ranking untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Kaedah ranking ini diperolehi dengan mengambil kira indeks purata bagi setiap jenis

kerosakan yang dipilih.

48

Page 8: Pengumpulan data dan kaedah analisis

4.6 Kesimpulan.

Proses pembentukan borang soal selidik adalah bergantung kepada objektif

kajian dan pengkhususan bidang responden. Struktur borang soal selidik dipecahkan

kepada 3 iaitu, jenis, punca dan sistem penyelenggaraan terhadap kerosakan dan

kecacatan binaan sekolah. Responden yang terlibat dalam kajian soal selidik ini adalah

pihak sekolah dan pihak Jabatan Kerja Raya.

Kajian ini dibuat berasaskan maklumat utama iaitu borang soal selidik yang

diedarkan secara pos atau pun secara serahan tangan. Kaedah temu ramah juga

dilakukan bagi mengukuhkan lagi maklumat yang sedia ada.

Pelbagai masalah yang dihadapi, antara masalah yang ketara ialah proses

pengumpulan semua borang soal selidik yang diedarkan secara pos. Jarak skop kajian

yang jauh juga menjadi faktor penghalang dalam proses pengumpulan borang soal

selidik dan temu ramah.

Segala data yang diperolehi akan dianalisis secara terperinci dalam Bab V.

Kaedah analisis yang digunakan ialah kaedah indeks purata dan analisis frekuensi.

Analisis tersebut mestilah memenuhi perkara yang dibincangkan dalam objektif kajian

dan skop kajian iaitu jenis kerosakan, punca kerosakan dan sistem penyelenggaraan

binaan bangunan sekolah.

49