Penglibatan keluarga dalam pendidikan awal kanak-kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota tentang penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah.

Citation preview

1.0 PENGENALAN Keluarga adalah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah,perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Keluarga juga merupakan satu ikatan kemasyarakatan antara suami, isteri dan anak yang berkongsi kehidupan. Keluarga merupakan lingkungan yang penting kerana pendidikan pertama bermula daripada rumah yang terdiri daripada lingkungan keluarga. Penglibatan keluarga dalam pendidikan anak sangat penting khususnyadalam proses perkembangan anak dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Penglibatan ini termasuklah komunikasi antara ibu bapa dengan guru sertakakitangan di sekolah.Dalam keadaan masyarakat sekarang ini, khasnya di Malaysia, sebahagian besar ibu bapa bekerja sehingga mempunyai waktu yang sangat terhad bagi merangsangkan anak-anaknya di rumah. Ibu bapa dari keluarga kurang bernasib baik kurang memperhatikan tentang pentingnya stimulasi pada usia awal ini.Menurut Rohaty (1994) dalam kajiannya di Malaysia, seringkali keadaan di rumah kurang merangsang pembelajaran di persekitaran mereka. Sedangkan ibu bapa daripada golongan berada biasanya sibuk bekerja dan kurang dapat meluangkan masa melayan anak-anak mereka ke arah penyediaan pengetahuan dan kemahiran yang menjadi syarat kejayaan di sekolah. Jadi ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan anak-anaknya secara maksima. Pendidikan prasekolah boleh menjadi institusi yang membantu ibu bapa menyelesaikan permasalahan ini. Menurut Rohaty (2003) masa prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Pendidikan prasekolah bertujuan membantu ibu bapa untuk meningkatkan perkembangan kanak-anak secara holistik (Essa, 1992) melalui pengalaman belajar yang bermakna dan menyeronokkan serta persekitaran yang diperkaya bagi menstimulasi otak mereka. Pendidikan prasekolah dapat memberikan pengalaman yang mungkin tidak boleh dibekalkan di rumah sekalipun keluarga itu serba mencukupi (Rohaty, 1994). Pendidikan prasekolah yang berkualiti memberikan stimulasi secara holistik kepada kanak-kanak sehingga dapat meningkatkan fungsi kognitif, konsep kendiri yang positif, harga diri, kemandirian dan kemahiran sosial. Ia juga mengembangkan emosi kanak-kanak yang seimbang, pemahaman nilai agama dan spiritual sejak awal serta pemahaman nilai kesihatan dan keselamatan. Maka dapat disimpulkan bahawa pendidikan prasekolah mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan sumber manusia yang unggul. Dalam tugasan yang kami laksanakan ini pendidikan prasekolah merujuk kepada pendidikan yang disediakan oleh prasekolah kerajaan bagi kanak-kanak yang berumur 4 sampai 6 tahun. Namun kejayaan pendidikan kanak-kanak di prasekolah ditentukan oleh penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah. Banyak kajian membuktikan kesan penglibatan ibu bapa terhadap kejayaan pembelajaran kanak-kanak dan sekolah (Conway (2003; Mc Allister, 1993). Kajian yang dilakukan oleh National Center for Family & Community Connections with Schools (2002), yang membuat ulasan daripada 51 kajian tentang penglibatan ibu bapa menyimpulkan bahawa ditemukan hubungan yang positif dan meyakinkan antara penglibatan ibu bapa dan kesannya terhadap sekolah, keluarga dan pelajar daripada semua sosio ekonomi status, bangsa, latar belakang pendidikan dan umur. Hampir semua prasekolah kerajaan dan swasta dan Sekolah Rendah di Amerika Syarikat telah menyediakan kesempatan bagi ibu bapa untuk terlibat. (Huntsinger dan Jose, 2009). Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi antara pengetua dan para guru mengenai penglibatan ibu bapa. Ibu bapa pun perlu memahami kepentingan pendidikan prasekolah bagi kehidupan kanak-kanak mereka di masa hadapan, sehingga penglibatan mereka di prasekolah boleh ditingkatkan. Penglibatan ibu bapa merupakan manifestasi daripada persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan di prasekolah merupakan topik utama daripada tugasan ini.

2.0 PENGURUSAN GRAFIK 2.1 Teoritikal Perspektif Mengenai Keluarga

Teoritikal Perspektif Mengenai Keluarga

Rajah 1 : Teoritikal Perspektif Mengenai KeluargaKendiriInisiatifSangkutanAutonomi

2.2 Sangkutan

Rajah 2 : Sangkutan

Bayi membentuk sangkutan dengan orang-orang yang berinteraksi dengan mereka secara kerap.

Bayi akan lebih membentuk tingkah laku sangkutan terhadap seorang manusia iaitu ibu, kerana ibu lebih berpengaruh.Semasa tiga tahun pertama seorang bayi sangkutan membina hubungan dua hala antara ibu dengan anak.Sangkutan yang selamat membentuk kesan yang positif terhadap perkembangan hidup bayi.

Kanak membentuk sangkutan dengan ibu beliau akan membentuk model bekerja dalaman mengikut ibu mereka.

Bayi membentuk sangkutan yang selamat sekiranya ibu bertindak balas kepada keperluan mereka

Bowlby- tingkah laku sangkutan sebagai apa jua tingkah laku yang menolong merapatkan hubungan bayi dengan individu sangkutan tersebut.

Sangkutan -hubungan rapat dan mesra yang mewujudkan kasih sayang yang kuat dan mengikat seseorang dengan yang lain.Sangkutan

2.3 Autonomi

Rajah 3 : Autonomikonsep kendiri yang rendah biasanya bersikap rendah diri, curiga, tidak mampu membuat keputusan, tidak dapat berinteraksi dengan berkesan, dan sering melepaskan diri dari bersikap kurang yakin kepada kebolehan diri sendiri.

konsep kendiri yang sederhana, mempunyai rasa curiga dan ragu-ragu dalam mengambil keputusan yang tepat

mengekalkan penghargaan kendiri yang tinggi mempunyai sikap yang positif, sanggup berusaha hingga dapat menyempurnakan tugasannya, Campuran autonomi, malu dan sangsi memberikan satu kekuatan kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh bertindak ke atas dunia dengan kekuatan sendiri.memberi hadiah dan ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku anakautonomi - kanak-kanak pada peringkat usia 18 bulan hingga 3 tahun berusaha menunjukkan autonomi untuk berdikari daripada orang dewasa atau rakan-rakannya. Autonomi

pengekalan tingkah laku yang positif guru perlu memberi perhatian yang sewajarnya seperti dorongan dan sokongan

2.4 Inisiatif

Rajah 4 : Inisiatif Contoh : -mensosialisasikan anak- memberi sokongan emosi-mengenakan kawalan sosialKanak-kanak mengaplikasi inisiatif dengan sokongan emosi daripada orang-orang di persekitarannya seperti ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya.Contoh : Mengajak kawan-kawan bermain bersamaPeranan keluarga- menyalurkan budaya, seperti nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa.guru hendaklah menolong kanak-kanak mengurangkan konflik dan membina kemahiran persahabatanSemasa bermain mereka mencuba kemahiran baru menerusi kegagalan, teguran dan bimbingan orang di persekitarannya.kanak-kanak mempunyai tujuan untuk hidupInisiatif - bercita-cita dan bersemangatInisiatif

2.5 Kendiri

Rajah 5 : KendiriKerja kanak-kanak adalah bermain. Dalam membina strategi dan langkah-langkah untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak perlu berdasarkan perkembangan bermain tersebut.Persekitaran memainkan peranan penting dalam peningkatan kendiri seperti didikan agama, budaya keluarga, rumah, rakan sebaya, sekolah, jiran tetangga, saudara mara dan harapan guru boleh memberi implikasi kepada konsep kendiri sendiri.Konsep kendiri yang negatif - pandangan yang terlalu kritikal terhadap diri hingga menyebabkan tidak yakin pada diri sendiri.Konsep kendiri - positif adalah pandangan tentang diri yang positif. Contohnya saya rajin, saya pandai,Kendiri - konsep merujuk kepada fikiran, perasaan dan sikap terhadap diri.Kendiri

3.0 LAPORAN PENULISAN AKADEMIK3.1 Konsep keibubapaan dan bagaimana cara untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan komuniti.

Keibubapaan merupakan satu proses yang berlaku secara semulajadi apabila seseorang anak dilahirkan dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, konsep keibubapaan ini mempunyai pelbagai definisi. Antaranya adalah keibubapaan ialah satu unit yang mempunyai seorang ibu, seorang bapa yang mewujudkan generasi baru, seorang penjaga atau pembela. ( Brooks, 2001 dalam Jayaletchumi, 2002 ).Keibubapaan juga didefinisikan sebagai sepasang individu yang membantu untuk memberikan hidup baru serta terlibat secara langsung dalam perkembangan dan interaksi daripada pelbagai aspek untuk sepanjang hayat hidup kanak-kanak. Jadi, keibubapaan dapat dirumuskan sebagai tanggungjawab sepasang individu yang mewujudkan, membela serta penjagaan seseorang kanak-kanak sepanjang hayat. ( Jayaletchumi, 2002 ).Keibubapaan ditakrifkan seperti (sifat, hal, dsb) yg berkaitan dengan ibu bapa dengan adanya ilmu ~ ini, mereka tidak akan meraba-raba dalam kesamaran menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Online. Secara ringkas, konsep keibubapaan membawa maksud tanggapan atau pengertian yang berkaitan dengan sikap atau kelakuan ibu bapa. Sikap dan kelakuan tersebut berkaitan dengan cara mendidik anak-anak. Cara ibu bapa mendidik anak-anak bergantung pula pada beberapa situasi seperti usia anak, personaliti anak, pengalaman silam ibu bapa, dan sikap ibu bapa sendiri. Dalam konteks yang lebih luas pula membawa maksud membantu anak-anak dari segi perkembangan kemahiran sosial dalam kumpulan, pencapaian kejayaan di sekolah, perkembangan moral, pembelajaran peranan sosial pada masa akan datang, persediaan menghadapi zaman remaja dan lebih berdikari, dan hak dan tanggungjawab.Ibu bapa merupakan guru pertama dan paling lama bagi anak-anak mereka. Dalam proses perkembangan yang biasa, ibu bapalah yang banyak menyokong perkembangan bahasa, sosial dan akademik anak-anak mereka. Terdapat bukti positif dalam tempoh 30 tahun yang lepas yang menunjukkan bahawa mengajar kemahiran specifik kepada ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan anak-anak di bawah jagaan mereka. Ibu bapa merupakan unit asas keluarga dan peranannya sangat penting dalam pembentukan sesebuah keluarga yang bahagia. Untuk mendapat pengurusan keluarga yang dinamik, proaktif danmenepati masa yang kian berubah. Peranan ibu bapa sangat pentng dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara komited. Selain daripada faktor keluarga, faktor persekitaran juga perlu diambi kira. Dalam usaha medirikan sebuah keluarga yang bahagia dan berkesan, konsep melentur buluh biar dari rebung perlu diberi penekanan. Ibu bapa merupakan satu unit dan perlu menjalankan pengurusan yan proaktif dari aspek sains dan kemanusiaan.Keibubapaan merupakan kerja yang paling sukar sekali, tetapi kebanyakan ibu bapa menerima sedikit atau tidak mendapat latihan formal langsung dalam kemahiran keibubapaan. Namun demikian ibu bapa seringkali dikritik bagi setiap kesilapan yang mereka lakukan. Ahli psikologi telah mengkaji amalan keibubapaan untuk para ibu bapa.Menurut pandangan Islam anak-anak yang dilahirkan merupakan satu ujian Allah SWT kepada kita. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran yang berbunyi:Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Al-Anfal:28). Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta benda yang kita perolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang halal maka beroleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebut anak-anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak yang kita didik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatan mereka.Ibu bapa mengenali anak mereka dan mempunyai kuasa untuk terlibat secara aktif di dalam pengalaman prasekolah anak-anak. Ibu bapa yang terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran kanak-kanak mereka dapat memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan kanak-kanak mereka. Antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosialisasi.Antara faedah penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak menurut perspektif Islam yang dapat dikenal pasti adalah kebaikan kepada kanak-kanak ialah kanak-kanak dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza iaitu peranan sebagai guru. Kanak-kanak dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa berkenaan dengan sesuatu pengalaman atau pengetahuan kerana ibu bapa datang daripada pelbagai pekerjaan. Kanak-kanak dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan aktiviti kumpulan dimana nisbah kanak-kanak berbanding orang dewasa adalah kecil.Ibu bapa dapat melihat tingkah laku anak di prasekolah. Ibu bapa berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah laku anak-anak. Ibu bapa dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak mereka selama berada di sekolah. Ibu bapa lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh anak-anak. Ibu bapa boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan. Ibu bapa dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru. Guru mendapat buah fikiran dan maklum balas secara terus daripada ibu bapa apabila hendak menjalankan aktiviti. Guru dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab bagi meningkatkan perkembangan anak-anak. Guru boleh menjadi penghubung antara ibu bapa dan sekolah. Penglibatan keluarga dapat dilihat dari pelbagai segi bergantung kepada konteks. Teori Epstein menghuraikan kerjasama yang perlu wujud diantara pihak sekolah, keluarga dan masyarakat. Jenis penglibatan berikut bukan berbentuk hieraki tetapi ia merupakan suatu kerangka untuk menghubungkan keluarga, ahli masyarakat dan ahli professional pendidikan awal kanak-kanak. Enam jenis penglibatan ibu bapa mengikut Epstein ialah keibubapaan membantu keluarga menguasai kemahiran keibubapaan dan memahami perkembangan kanak-kanak. Komunikasi mengamalkan pelbagai cara komunikasi yang berkesan diantara sekolah dan keluarga. Kesukarelawan menggalakkan keluarga berkhidmat secara sukarela dengan pelbagai cara.Selain itu, pemelajaran di rumah melibatkan keluarga menyokong aktiviti pembelajaran di rumah. Tambahan lagi, membuat keputusan : melibatkan keluarga dalam pengurusan persekolah dan organisasi berkaitan. Akhirnya, kolaborasi dengan masyarakat menyelaras perkhidmatan masyarakat untuk kebaikan bersama.Prinsip keibubapaan perlu dilihat dari sudut mikro dan makro. Kemahiran keibubapaan adalah asas kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan Negara. Keibubapaan tidak terhad kepada ibu bapa tetapi juga berhubungkait dengan kematangan dan kesediaan institusi-institusi lain untuk bekerjasama. Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya.Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak anda, dan anda mempunyai kuasa untuk terlibat secara aktif didalam pengalaman prasekolah anak anda. Sekiranya dari pemerhatian anda, memberikan gambaran bahawa di situlah anak-anak akan dapat berkembang dengan sepenuhnya, maka anda telah pun menemui prasekolah yang betul.Sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.Prasekolah Generasi Global berhasrat untuk mempunyai identiti sebagai prasekolah berasaskan komuniti. Walaubagimanapun identiti tersebut tidak akan dicapai jika ibu bapa tidak bertindak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Penglibatan ibu bapa memberi kebaikan kepada kanak-kanak, guru-guru dan ibu bapa sendiri. Antara faedah yang dikenal pasti kanak-kanak dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza iaitu peranan sebagai guru. Kanak-kanak dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa berkenaan dengan sesuatu pengalaman atau pengetahuan kerana ibu bapa datang daripada pelbagai pekerjaan. Kanak-kanak dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan aktiviti kumpulan dimana nisbah kanak-kanak berbanding orang dewasa adalah kecil.Kebaikan kepada ibu bapa ialah ibu bapa dapat melihat tingkah laku anak di prasekolah. Ibu bapa berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah laku anak-anak. Ibu bapa dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak mereka selama berada di sekolah. Ibu bapa lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh anak-anak. Ibu bapa boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan. Ibu bapa dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru.Selain itu, kebaikan kepada guru ialah guru mendapat buah fikiran dan maklum balas secara terus daripada ibu bapa apabila hendak menjalankan aktiviti. Guru dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab bagi meningkatkan perkembangan anak-anak. Guru boleh menjadi penghubung antara ibu bapa dan sekolah. Terdapat pelbagai cara untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan komuniti. Antaranya, ibu bapa boleh mendekatkan diri dengan penglibatan di sekolah. Hal ini ternyata dapat memberikan sumbangan atau idea yang bernas demi menjamin perkembangan kanak-kanak kelak. Ibu bapa haruslah melibatkan diri dengan kegiatan sekolah contohnya seperti, gotong royong, sukaneka, hari kantin dan sebagainya..Sumbangan yang diberi oleh ibu bapa dalam penglibatan sekolah ini amat penting dan sangat di perlukan di sekolah. Pada zaman moden seperti sekarang, jarang ada ibu bapa yang mampu melibatkan diri dalam penglibatan sekolah. Tetapi sekiranya sekolah melakukan aktiviti yang mendatangkan faedah kepada anak-anak mereka, kebarangkalian ibu bapa akan turut serta memberi dukungan kepada anak-anaknya. Diterangkan disini, sumbangan yang perlu diberikan oleh ibu bapa ialah tenaga untuk bergotong royong di sekolah. Dengan aktiviti ini, ia dapat memperkembangkan perkembangan fizikal, sosial dan emosi dikalangan kanak-kanak dan ibu bapa. Dimana yang dikatakan dengan perkembangan fizikal ini apabila kanak-kanak itu melakukan aktiviti mengutip sampah dan dengan cara itu ia dapat meningkatkan perkembangan fizikal. Perkembangan sosial dan emosi pula dimana kanak-kanak itu bersama ahli keluarga masing-masing dan berkomunikasi bersama ahli keluarga rakan-rakan yang lain. Dengan ini, kanak-kanak itu dapat mempelajari cara berkomunikasi dengan orang yang lebih tua darinya. Sebaliknya, jika ibu bapa kanak-kanak ada yang tidak dapat menghadirkan diri dalam aktiviti gotong royong ataupun sukaneka kanak-kanak tersebut akan menjadi muram dan tidak banyak bercakap dengan orang di sekelilingnya. Dengan ini boleh mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan komuniti.Selain dari itu, ibu bapa juga boleh menghadirkan diri dalam kegiatan hari kantin, dimana ibu bapa boleh memberi makanan percuma pada semua kanak-kanak disitu, dengan cara ini perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak tersebut akan berkembang dengan baiknya. Selaku ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak-anaknya, ibu bapa perlu juga memberi bantuan kepakaran kepada guru sekiranya ibu bapa tersebut mempunyai kepakaran contohnya seperti doktor, jururawat, angkasawan dan sebagainya. Sekiranya ia mempunyai kepakaran dalam bidang kedoktoran, ibu bapa juga boleh memberikan rawatan percuma kepada guru dan kanak-kanak. Dengan cara ini ia boleh membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak sekiranya ia demam, selsema dan batuk dan boleh mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan komuniti. Sebegitu juga dengan kepakaran seorang jururawat, iaitu dengan memberi kepakarannya dalam mengajar kanak-kanak itu memberus gigi, membasuh tangan selepas makan dan sebagainya dapat mempertingkatkan perkembangan fizikal, sosial dan emosi dimana kanak-kanak tersebut dapat bertanya kepada jururawat dan melakukan pergerakan yang di ajar oleh jururawat tersebut.Selain dari itu, sekiranya ada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam saintis seperti angkasawan juga dapat membantu dalam perkembangan kognitif kanak-kanak, dimana sekarang kita lihat bahawasanya kanak-kanak sekarang sangat berminat pada angkasawan kita yang pertama iaitu Datuk Dr. Sheikh Muzaffar. Sekiranya ada dikalangan ibu bapa yang mengetahui tentang kepakaran seorang angkasawan juga boleh memberi sumbangan kepakarannya.Seterusnya, ibu bapa yang ada masa kelapangan juga boleh mengajar kanak-kanak bermasak, itu juga antara perkembangan kognitif dan fizikal yang dimana seorang kanak-kanak itu akan berfikir dan berlari untuk melihat sesuatu yang di ajar oleh ibu bapa mereka. Dengan cara ini juga ia dapat membantu perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak dimana kanak-kanak tersebut akan terus bertanya dan bercakap sesama mereka kerana cara memasak ini akan menarik minat kanak-kanak terutama kanak-kanak perempuan. Perkembangan emosi pula dapat di tingkatkan kerana kanak-kanak yang sunyi dapat menghiburkan hati melihat apa yang di ajar dan di masak oleh ibu bapa mereka. Dengan ini boleh mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan komunitiJenis penglibatan ibu bapa yang seterusnya ialah ibu bapa menjadi guru sukarela terhadap kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh memberi ilmu dan juga boleh meningkatkan perkembangan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak. Sumbangan yang boleh di berikan oleh ibu bapa adalah seperti mengajar mengenai bahasa, mengajar melukis, mengajar bersenam, mengajar bermain bola dan sebagainya. Penglibatan ibu bapa bermaksud melibatkan aktiviti di bilik darjah secara sukarela, membantu guru menyediakan bahan dan menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak. Guru prasekolah amat menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam memberikan bantuan secara sukarela khususnya dalam aktiviti kemahiran akademik seperti membaca dan menulis. Ibu bapa juga boleh membantu guru menyediakan bahan aktiviti yang akan digunakan oleh guru di prasekolah. Dengan ini boleh mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan komuniti melalui meluangan masa bersama mereka dengan melakukan aktiviti yang tersebut. Ibu bapa boleh mengajar secara sukarela ini di saat mereka cuti dan di masa lapang. Ibu bapa boleh member sumbangan dalam mengajar bahasa, contohnya seperti menyebut perkataan, huruf dan sebagainya. Teori Vygotsky memberi penekanan terhadap pengaruh persekitaran sosial terhadap perkembangan kanak-kanak, khususnya aspek perkembangan bahasa kerana bahasa adalah alat utama interaksi yang berperanan sebagai penyampai maklumat. Bahasa kanak-kanak berkembang dalam persekitaran sosialnya. Menurut teori ini, bahasa ialah alat berfikir bagi manusia untuk membina konsep-konsep dalam fikiran sebagai respons kepada masalah dan rangsangan persekitaran.Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada anak-anak. Anak-anak akan merasakan pembelajaran bukan sahaja diperolehi daripada guru di sekolah tetapi juga akan berterusan sehingga di rumah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Kanak-kanak akan lebih senang belajar bersama ibu bapa mereka sendiri. Dengan ini ia dapat mempertingkatkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhannya.Selain itu, melauli melibatkan diri dalam kegiatan luar juga boleh mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan semua pihak.. Pihak institusi boleh menganjurkan seminar keibubapaan dan perkembangan kanak-kanak. Ia bertujuan mendedahkan ibu bapa cara-cara menguruskan dan mendidik anak di rumah terutama dalam meningkatkan perkembangan pemikiran anak-anak.Ibu bapa juga boleh menjadi pengajur untuk sesuatu aktiviti, contohnya seperti berkelah, mengadakan hari membuat latihan berfikir, mengadakan lawatan, membuat hari keluarga dan guru bersama-sama. Dengan cara ini dapat kita lihat perkembangan sosial kanak-kanak dapat di pertingkatkan. Selain itu, dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ibu bapa itu juga boleh meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak dimana mengadakan hari membuat latihan berfikir itu adalah aktiviti seperti diberi satu kertas bergambar dan harus kanak-kanak tersebut mencari gambar yang ada didalam kertas tersebut. Aktiviti tersebut diadakan diluar pusat institusi, contohnya seperti zoo.Sekarang ini, ibu bapa juga kerap dilihat dalam aktiviti di luar prasekolah seperti menemani anak mereka dalam lawatan ke muzium dan taman hiburan. Penglibatan ibu bapa lebih merupakan pendekatan satu arah, iaitu daripada atas ke bawah. Kesinambungan penglibatan ibu bapa lebih bersifat inisiatif guru daripada inisiatif ibu bapa pada andaian prasekolah pula ibu bapa perlu diberitahu mengenai apa yang harus dilakukan. Penglibatan ibu bapa boleh meningkatkan kualiti prasekolah. Ibu bapa perlu dididik mengenai peranan dan tanggungjawab mereka supaya matlamat pendidikan prasekolah berkenaan dapat dicapai dan peranan mereka sebagai pendidik di rumah dilatih. Kesimpulannya melalui cara-cara yang dinyatakan di atas boleh mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan komuniti. Selain itu, penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia di kalangan kanak-kanak. Peranan ibu bapa, keluarga dan komuniti sebagai rakan kongsi aktif dalam proses pembelajaran kanak-kanak selalunya memberikan kesan kepada kualiti perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa juga adalah pendidik pertama dan utama kanak-kanak sebelum kanak-kanak berhadapan dengan guru-guru pembimbing di prasekolah. Ibu bapa juga membantu meningkatkan kualiti sesebuah program prasekolah dengan menyumbang tenaga, berkongsi bakat dalam program prasekolah. Penglibatan ibu bapa juga boleh meningkatkan kendiri kanak-kanak dan ibu bapa itu sendiri. Kefahaman ibu bapa dapat meningkatkan tahap proses pembelajaran di prasekolah dan ibu bapa berpeluang melaksanakan peranan sebagai pendidik. Oleh yang demikian, ibu bapa dan komuniti seharusnya mengambil pendekatan yang serius dalam membimbing kanak-kanak seawal usia lagi kerana mereka bakal menerajui pentadbiran dunia kelak. Penglibatan ibu bapa, penjaga dan komuniti adalah sangat digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum prasekolah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang celik akal dan berintegriti.

4.0 KERTAS KERJA 4.1 PELAKSANAAN PROGRAM PENGLIBATAN IBUBAPA DAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAHInstict atau naluri adalah suatu anugerah kepada hidupan seperti manusia dan haiwan. Menurut agama Islam hubungan manusia sesama manusia yang juga dipanggil hablumminnanas terjalin sejak zaman Nabi Adam lagi. Begitu juga hubungan yang terjalin antara ibu bapa lebih-lebih lagi ibu dan anak yang mempunyai talian sangat rapat. Keadaan ini menjadikan ibu dan anak mempunyai satu naluri atau perasaan yang sukar dirungkaikan. Perkara ini juga dikenali sebagai sangkutan.

Menyedari hakikat ini, di sini kami merancang untuk menjalankan satu program yang dapat merapatkan lagi hubungan ini serta memberi ibu bapa pendedahan terhadap apa yang berlaku kepada anak-anak mereka di sekolah.

Menurut Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku sekumpulan anak angsa, beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanak-kanak kalau kita tidak memerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi mereka.Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan Program Sukaneka yang melibatkan penyertaan ibu bapa dalam setiap acara yang dijalankan.

.

KERTAS KERJA PROGRAM SUKANEKA PRASEKOLAH

TARIKH05-10-2015(Isnin)

TEMPAT PROGRAMPRASEKOLAH BARATHISJK TAMIL RAUBPAHANG

KERTAS KERJA PROGRAM SUKANEKA PRASEKOLAH

1.0 TUJUANKertas kerja ini bertujuan untuk mengadakan aktiviti permainan iaitu sukaneka prasekolah bagi menggalakkan murid-murid untuk bersukan.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANGPermainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam perkembangan fizikal bagi murid-murid di prasekolah.Walaupun objektif jangka penddek adalah menghiburkan para peserta. Menerusi permainan sukaneka murid prasekolah dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini, kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, dan kemahiran adalah contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan.

3.0 MISIMelahirkan murid prasekolah yang aktif dalam sukan.

4.0 MATLAMATMatlamat sukaneka ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman, dan interaksi yang sihat di kalangan murid. Aktiviti permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di kalangan murid dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

5.0 OBJEKTIF Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri peserta Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan potensi, perkembangan fizikal dan psikomotor melalui aktiviti sukan. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertangguungjawab Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat majmuk Memberi peluang kepada murid prasekolah melakukan aktiviti yang menggembirakan untuk meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran. Menjalin kerjasama di kalangan ibu bapa dan pihak pengurusan prasekolah.

6.0 RASIONALKemahiran ini adalah satu aspek pembelajaran yang selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di samping memenuhi keperluan asas kemahiran bersosial bagi murid-murid prasekolah selaras dengan kehendak dan tuntutan konsep Pendidikan Prasekolah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai dan menarik dengan interaksi terus kepada persekitaran.

7.0TEMABADAN SIHAT, OTAK CERGAS

8.0 ANJURAN DAN ORGANISASIPrasekolah Barathi / KambarPEWARIS Praskolah Rujuk lampiran A.

9.0 TARIKH DAN MASAProgram ini dicadangkan untuk diadakan pada :Nama Program : PROGRAM SUKANEKA PRASEKOLAH Tarikh : 05-10-2015Hari: IsninMasa : 8.00 pagiTempat Program: Gelanggang badminton SJK T Raub

10.0 TEMPAT PROGRAMGelanggang badminton SJK T RaubSJK (Tamil) RAUB27600 RaubPahang Darul Makmur

11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAMJumlah guru 4 orang.Jumlah PPM 2 orangJumlah murid 47 orang

12.0 TENTATIF PROGRAMRujuk Lampiran B

13.0 ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM Rujuk Lampiran C

14.0 SENARAI ALATAN Rujuk Lampiran D

15.0 PEJABAT URUSANSebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, sumbangan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :Prasekolah Barathi / KambarSJK (TAMIL) RAUB27600 RaubPahang

16.0 PENUTUPKami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kerjasama yang sewajarnya dari pihak sekolah khususnya. Semoga program ini akan berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan.Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Disediakan oleh:Disahkan Oleh:

.................... ........................................(V.SHOBANA) (EN K.TAMILVANEN)Guru Praktikum Prasekolah, Guru BesarSJK Tamil Raub. SJK Tamil Raub

LAMPIRAN AJAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi: En K.TamilvanenNaib pengerusi: 1. Pn S.Saraswathy (GPK 1) 2. Pn Vikneswary (GPK HEM) 3. Pn Asha (GPK KOKO)Setiausaha: Cik V.ShobanaBendahari: Pn B.Kalyani Ahli JawatankuasaJemputan / Buku. Program: Cik Pakialetchumi / Pn SuganthiPencatat markah /Pengadil: Pn S.Saraswaty Pn.G. Mariammah / Pn RajeswariAlatan permainan/ sukan : Cik Norazila / Pn Kaliammah / En ChanderanSiaraya: En.Bala/ En Santhana KumarMakanan / minuman: Cik Norazila / Pn G.Mariammah / Pn NaliniHadiah /Penyampaian hadiah: Pn.S.Karpagam / Pn B.Kalyani / Cik NorazilaKeselamatan/ disiplin: Pn Vikneswary / Pn AshaSenamrobik : Cik Shobana / Cik UthayaDokumentasi/ photo: En.Husaimi Bin HashimPertolongan cemas: Cik Sharmila / Pn Nalini / Pn SuganthiPermainan ibu bapa: Pn Kalyani / Pn Rajeswary / Pn SukunaPermainan murid: Cik Shobana / Cik UthayaBackdrop: Cik Shobana / Cik Uthaya

LAMPIRAN BTENTATIF PROGRAM SUKANEKA PRASEKOLAHMASAAKTIVITI

7.30 8.00 pagiKehadiran ibu bapa

8.00 8.30 pagiSenamrobik

8.30 10.15 pagiAcara Murid Berkumpulan Isi air dalam botol Berjalan dengan pundi kacang di atas bangku kecil Lompat pagar dan membawa bola ping pong Mencari gula-gula dalam tepung

10.15 - 10.45 pagi REHAT

10.45 11.15 pagiAcara Individu Tiup dan pecah belon Music chair

11.15 11.30 pagiAcara Terbuka Bapa Boling Kelapa

11.30 11.45 pagiAcara Terbuka Ibu Boling Kelapa

11.45 12.00 tengahari-Acara terbuka (4 tahun ke bawah) Kutip gula-gula

12.00 12.30 tengahariUcapan Pengerusi Pewaris Prasekolah (Pn Rajeswary)Ucapan Penutup oleh Guru Besar(En Tamilvanen)

12.30 tengahariPenyampaian Hadiah

1.00 tengahariBersurai

LAMPIRAN CANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM

Anggaran Perbelanjaan (Peruntukan Ko-kurikulum Prasekolah)

BILPERKARAKUANTITIHARGA SEUNIT (RM)JUMLAH HARGA (RM)

1.Hadiah Acara kumpulanTempat 1 Tempat 2Tempat 3Tempat 4121212123.503.503.503.5042.0042.0042.0042.00

Jumlah189.00

2.Hadiah Acara Individu

JohanNaib JohanKetiga

222

3.503.503.50

7.007.007.00

Jumlah 21.00

3. Hadiah Acara Ibu bapaJohanNaib JohanKetiga

22 225.0015.0010.0050.0030.0020.00

Jumlah 100.00

3.Peralatan sukaneka / Lain-lain perbelanjaan100.00100.00

4.Makanan murid482.0096.00

Jumlah Keseluruhan406.00

LAMPIRAN DSENARAI ALATAN AlatanKuantiti

Baldi4 buah

Skitel15 buah

Pinggan4 biji

Gula-gula100 biji

Tepung3 bungkus

Span4 keping

Botol mineral28 botol

Pundi kacang4 beg

Gelung rotan20 gelung

Kelapa muda5 buah

Bola ping pong4 biji

Sudu sup4 buah

Belon 60 keping

Kerusi kecil 30 buah

5.0 REFLEKSI

Tugasan bagi subjek Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah yang berkod (PRA3123). Secara individu, saya perlu menyediakan pengurusan grafik tentang teoritikal perspektif mengenai keluarga, mengumpul bahan atau maklumat yang berkaitan dengan peranan keluarga dan amalan keibubapaan yang sesuai untuk diterapkan dalam pendidikan kanak-kanak di prasekolah dalam pelbagai sumber. Selain itu, saya perlu membina satu laporan penulisan akademik bertajuk Konsep keibubapaan dan bagaimana cara untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan komuniti. Akhirnya, saya perlu membuat satau kertas kerja tentang perancangan program perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak di prasekolah dengan melibatkan ibubapa dan komuniti. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah subjek Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah iaitu Puan Nor Azizah Binti Mohd Nor kerana beliau, saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Beliau menerangkan kerja kursus ini dengan jelas dan juga membantu saya apabila menghadapi masalah semasa dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa penerangan daripada beliau tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan lancar.Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan saya di atas bantuan sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Saya mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Masa yang diberi oleh pensyarah agak panjang dan saya dapat menghabiskan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan. Hal ini kerana, kami telah melaksanakan praktikum fasa kedua. Tugasan kerja kursus yang selesai disempurnakan ini banyak memberikan kesan kepada guru pelatih itu sendiri. Segala input-input yang membina dan positif telah banyak diperolehi melalui tugasan kerja kursus ini. Di samping itu juga, serba sedikit kekuatan dan kelemahan yang didapati melalui tugasan ini.Dari segi kekuatan yang diperolehi, tugasan ini banyak memberi kesedaran tentang pentingnya peranan keluarga dan amalan keibubapaan yang sesuai untuk diterapkan dalam pendidikan kanak-kanak di prasekolah. Ini adalah termasuk belajar menerima penambahbaikan ilmu yang ada pada diri sendiri, menambah serta mengukuhkan pengetahuan yang ada berkaitan dengan penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak dan saya juga mengetahui cara dan aktiviti untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama dengan ibubapa dan komuniti. Kesinambungan daripada itu juga, kerja kursus ini akan dapat membentuk kemahiran terhadap guru pelatih untuk mewujudkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan dengan ibubapa dan komuniti. Ini boleh dijadikan sebagai persediaan kepada latihan mengajar satu hari kelak supaya guru boleh mewujudkan repo yang bagus dengan ibubapa atau penjaga.Selain itu juga, kemahiran pedagogi akan dapat dipertingkatkan melalui kerja kursus ini seperti teoritikal perspektif mengenai keluarga dan lain-lain. Di samping itu juga, membuat kertas kerja program adalah melibatkan ibubapa dan komuniti. Oleh itu, saya merancang aktiviti sukaneka yang melibatkan ibubapa atau penjaga. Saya telah merancang beberapa aktiviti bagi ibubapa dan juga menjadikan semua pewaris sebagai ahli jawatankuasa sepanjang program ini. Dengan ini, boleh kita mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama yang erat dengan ibubapa/ penjaga. Dari segi pencarian bahan dan maklumat mengenai peranan keluarga dan amalan keibubapaan, dan konsep keibubapaan dan cara untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan ibubapa / penjaga , semuanya adalah berjalan dengan baik. Sumber-sumber dari internet dan bahan buku amatlah mencukupi untuk dijadikan kandungan kepada subtopik yang menjadi salah satu tugasan dalam kerja kursus ini. Saya telah mencari artikel-artikel dari majalah-majalah keibubapaan seperti Pa&Ma, Parenthood dan Motherhood. Saya mendapatkan buku ini daripada makcik saya dan di perpustakaan awam.Semasa menyiapkan tugasan, iaitu menyediakan pengurusan grafik bagi topik-topik ini, saya mengalami sedikit kesukaran dalam membezakan maklumat yang penting tentang teoritikal perspektif mengenai keluarga. Saya juga tidak dapat memahami konsep bagi autonomi, kendiri, inisiatif dan sangkutan. Ini kerana sebelum saya menyelidik secara mendalam dan memahami perkara ini, saya berpendapat ia berkaitan antara satu sama lain dan ia merupakan satu proses namun ternyata saya salah kerana keempat-empat merupakan perkara yang serupa,namun tidak sama. Oleh hal yang demikian, saya telah membuat sedikit pembacaan melalui carian maklumat dalam internet dan juga pembacaan dalam buku-buku. Bukan hanya buku yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah tetapi buku-buku lain berkaitan teori perspektif keluarga turut menjadi bahan rujukan saya. Kadang-kadang saya juga mengalami sedikit kesukaran semasa pencarian maklumat tentang tajuk ini melalui media elektronik iaitu internet kerana keadaan talian yang bermasalah dan juga penyedian talian internet yang lemah yang telah disediakan oleh institut ini. Tambahan lagi, saya mengalami kesukaran semasa memilih isi yang penting untuk menghasilkan pengurusan grafik. Saya berasa kebanyakkan isinya penting dan terlalu banyak maklumat penting yang saya dapat dan saya tidak pandai merumuskannya. Namun, masalah itu dapat saya atasi apabila saya merujuk dengan pensyarah-pensyarah di jabatan serta rakan-rakan yang arif dan lebih berpengetahuan mengenai teoritikal perspektif mengenai keluarga. Dan akhirnya saya berjaya menyiapkan pengurusan grafik yang ditugaskan dengan jayanya. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan ini, terutama sekali kepada pensyarah bagi subjek ini iaitu, Puan Nor Azizah Binti Mohd Nor di atas segala ilmu yang dicurahkan. Sebenarnya, banyak perkara baru yang dipertengahkan dalam tugasan ini dan juga banyak kelebihan dan kekuatan serta faedah yang dapat diperolehi daripada penghasilan projek kali ini. Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH : SHOBANA A/P S.VIJAYAKUMAR 931030-01-5680 6 PISMP PRA SEKOLAH 3

6.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalampengajaran bahasa, Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur:Kementerian Pelajaran Malaysia.Asma. (2011). Ibubapa Baru. http://asmajeneri.blogspot.my/. Dilayari pada 10 September 2015.

Atan Long.1979. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizah Lebai Nordin. 2002. Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan Amali. Penerbitan Universiti Malaya.

Azizan Amanda. (2013). Penglibatan keluarga. http://www.slideshare.net/raslamia/penglibatan-keluarga. Dilayari pada 8 September 2015.Bengkel Urut Kembali Lagi. diperoleh daripada laman web Utusan Malaysia, Arkib:2009.Ogos.06 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.html . Dilayari pada 12 September 2015. Buku Teks DBP. 2002. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tingkatan 4.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015).Keibubapaan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=keibubapaan. Dilayari pada 10 September 2015.

Douglas P.Newton. 2002. Talking Sense in Sciene. London : RoutledgeFalmerEdgington, M. (2004). The Foundation Stage Teacher In Action Teaching 3, 4 And 5 Year- Olds. UK: Paul Chapman Publishing.

Elizebeth Sadek & Jacqueline Sadek. 2004. Good practice in Nursery Management : 2nd edition. United Kingdom : Stanley Thornes Publisher Ltd

Eugenia Hepworth Berger. 1991. Parents as Partners in Education : The school and Home Working Together . United States Of America : Macmillan Publishing CompanyHamilton, D.S., & Flemming, B.M. (1977). Resources for Creative Teaching in Early Childhood Education. New York: Harcourt Brace Jovanovich, Inc

Henderson, A. T & Berla. 1994. A new generation of evidence : The family is critical to student achievement. Washington, DC: Center for Law and Education Hj Zulkiply Bin Hj Yaakob. (2010). Penglibatan Keluarga-Perspektif. http://zulprasekolah.blogspot.my/2010/09/penglibatan-keluarga-perspektif.html. Dilayari pada 4 September 2015.Hj Zulkiply Bin Hj Yaakob. (2013). Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah. http://zulprasekolah.blogspot.my/. Dilayari pada 2 September 2015.

Hon Shan Shan. (2015). Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah. http://www.slideshare.net/ShanShanHon/penglibatan-keluarga-dalam-pendidikan-prasekolah?related=1. Dilayari pada 4 September 2015.

Jeffrey Glanz. 2006. School - Community Leadership : United States. Corwin Press. Jillian Rodd. 1996. Leadership in early childhood : the pathway to profesionalisme. Singapore : South Wind Production.Kail, R.V., & Cavanaugh, J.C. (2000). Human Development. A Lifespan View. USA: Wadsworth Thomson.Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kwong Howe Leng (2006, November). Excellent Foods For Developing Brains. Parenthood, m/s 57-64. Liew Leng Sze (2006, July). Developing the sense of touch. Parenthood, m/s 55-61. Liew Leng Sze (2007, Jun). Your Emergency guide to a car accident. Parenthood, m/s 76--80. Linda Sharp (2006, May). Tapping Into Your Childs EQ. Parenthood, m/s 45-52. Linda Sharp (2007, Mar). Keep your Kids Active. Parenthood, m/s 50-53Marzano, R. J. 2003. What works in schoos:Translating Research into action. Alexandria, VA : Association for Supervision and Curriculum Development.Nurani. (2009). Konsep Keibubapaan. http://ajengsari65.blogspot.my/2009/05/konsep-keibubapaan.html. Dilayari pada 10 September 2015.Norhasliza Yusoff (2006, Disember).Little Ones Eduworld Preschoolers. Pa & Ma, m/s 98- 102. Nurhidayati-Abd-Latif. (2015). Penglibatan Ibubapa. http://documents.tips/documents/penglibatan-ibubapa.html. Dilayari pada 2 September 2015.Reni Akbar Hawadi. 2001. Psikologi perkembangan anak. Jakarta: Gramedia Widiasarana.Rohani Abdullah. 2004. Bayi cerdik. Pahang: PTS publications Sdn. Bhd.Rozumah Baharudin dan Salma Ishak. 1985. Panduan Aktiviti Prasekolah. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ramlah Jantan dan Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari Edisi Revisi. Perak: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.Siti Fatimah Binti Bdul Rahman (2006,November 10). Penglibatan ibu bapa jamin kejayaan anak-anak. Utusan Malaysia. Thompson.M (2005, Februari 21). Parent teacher conference : Eight steps to parental succes.Universiti Pendidikan Sultan Idris.2008. Kurikulum Permata. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara.Utusan online Konsep keibubapaan masa kini. (2005). Ibu Bapa zaman baru. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htm. Dilayari pada 10 September 2015.

Wong Chin Ming (2007, Mei). Hooked on Reading. Motherhood, m/s 55-60.

7.0 LAMPIRAN

Soalan 2 : bahan dan maklumat yang berkaitan dengan peranan keluarga dan amalan keibubapaan yang sesuai untuk diterapkan dalam pendidkan kanak-kanak di prasekolah dalam pelbagai sumber di lampirkan di lampiran. Bahan dan maklumat yang digunakan untuk menghasilkan pengurusan grafik juga telah dilampirkan di sini.

33