Penggunaan Model Pengajaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Model pengajaran

Citation preview

PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai.Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik.Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media.Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah.Model ASSURE bermaksud mempastikanpembelajaran berlaku.Dalam model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:A - Analyse learners (Analisis pelajar).S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ).U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ).E Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).Langkah 1 : Analisis pelajarModel ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media.Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar.Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.Maklumat diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka.Pelajar pernah mendapat maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV.Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat 3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu:penggunaan sesuatu media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Perkara-perkara berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain itu, perbezaan budaya dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Pelajar tingkatan 5b terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India.Langkah 2: Nyatakan objektifObjektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif topik ini ialahpelajar dapat:1.Memahami pengelasan mikroorganisma.2.Mengetahui pelbagai jenis mikroorganisma daripada segi rupa bentuk dan saiz.Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahanDalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:i.Memilih kaedahDalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru.ii.Memilih mediaPemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna.Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer multimedia.Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.iii.Memilih bahanBahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota, dan buku latihan.Langkah 4: Gunakan media dan bahanPenggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains tingkatan 5 juga digunakan.Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar.Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaranUntuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan sebagainya.Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul. Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mencari rupa bentuk mikroorganisma melalui internet.Selepas itu latihan struktur juga diberikan kepada pelajar.

Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahanPenilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan.Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran.Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai.Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitui.Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan)ii.Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.iii.Sikap.Pelajar akan dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka. Selain itu pelajar juga menjawab soalan struktur.Kesimpulan:Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

DEFINISI TEKNOLOGIDEFINISI TEKNOLOGI1) Teknologi sebagai proses-penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang praktikal- proses kearah penyelesaian masalah menggunakan teknik,kaedah,reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.2) teknologi sebagai produk @ bahan- penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri- contoh: projektor(perkakasan),filem- perisian adalah hasil teknologi.

menurut Saettler(1990)-Teknologi bukan penggunaan mesin tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik.

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN-Gabungan manusia, peralatan,teknik dan peristiwa bertujuan untuk memberi kesan yang baik kepada pendidikan.- Crowel.1971: teknologi dalam pendidikan adalah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran.-Seels dan Richey,1994 halaman 1:'Instructional technology is the theory and practice of design development,utilization,management and evaluation of processes and resources for learning.'-merupakan sistem yang meliputi alat dan bahan media,organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan pembelajaran.

CIRI-CIRI TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

alat yang dapat menjelaskan idea-idea yang kabur dan terangkan isi-isi pelajaranalat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri

KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN melicinkan pengajaran dan pembelajaran,fokus isi-isi penting kepada topik yang disampaikan jimat masa,tenaga,wang mengelakkan rasa bosan pelajar,kekal minat ,menghiburkan pelajar mengelakkan tidak faham/salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat,mendengar /menyentuh membetulkan kekeliruan/salah tafsir kerana memberi gambaran menyeluruh dan jels sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. melibatkan pelbagai deria .penglibata kaedah mengajar. membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran maksimum dengan penggunaan masa minimum. memperkayakan pengalaman pelajar.

PRINSIP TEKNOLOGI PENDIDIKAN sebagai alat bantu mengajar-bantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan digunakan untuk pengajaran bukan hiburan penggunaan mesti dirancang dalam 3 peringkat.1. Sebelum kegunaan-rancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran2. semasa kegunaan-merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran3. selepas kegunaan-merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan,kesimpulan dan penilaian dipilih berdasarkan kesesuaian topik,objektif pelajaran,latar belakang pelajar,saiz kelas dan keadaan fizikal kelas. Digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran samaada pengenalan topik,penerangan konsep,kesimpulan topikpelajaran@penilaiankefahaman terhadap topik. Digunakan mengikut masa yang sesuai-masa dapat merangsang pembelajaran. Digunakan dengan merujuk kepadanya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Selepas menggunakannya,tanggalkan supaya tidak ganggu pelajar belajar seterusnya. Setelah tamat pengajaran,pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin khasTEORITEORI-TEORI PEMBELAJARAN

Teori membantu guru untuk memahami asas masalah pembelajaran khususnya dalam konteks pendidikan khas. Teori dapat memberi panduan atau kaedah yang berkesan dan bersesuaian untuk menyelesaikan masalah murid. Antara fungsi teori kepada guru ialah; Teori membantu untuk seseorang guru membuat penilaian, menyemak bahan, teknik, kaedah pembelajaran yang boleh digunakan kepada pelajar, Teori memberi panduan pengetahuan yang sistematik dan konsep bekerja bagi membolehkan pengubahsuaian sesuatu ilmu baru dan ia amat penting kerana memberi arah panduan menjelaskan dengan lebih teratur struktur pemikiran dan ini membentuk tindak balas yang diingini berlaku, Teori ialah pembentukan secara berproses. Setiap disiplin dibina berdasarkan konsep dan idea yang dikembangkan oleh teori sebelumnya. Teori adalah cabaran, kekuatan, bagi pengkaji dan ahli akademik untuk mempraktik dan membuat penilaian bagi membuktikan teori yang dikeluarkan oleh golongan ini bersesuaian dan berguna serta berhasil.Menurut Thomas ( 1985), sesuatu teori dikatakan baik apabila mempunyai ciri-ciri seperti dapat menjelaskan fakta-fakta dengan jelas, mudah difahami, berguna untuk membuat ramalan masa hadapan dan memperjelas perkara-perkara yang sudah lepas, boleh diterapkan secara praktikal, bersifat konsisten dan tidak berasaskan banyak andaian (kepercayaan-kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan)

Dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup banyak kerja-kerja amali perlu dilakukan oleh murid supaya benar-benar dapat memahami sesuatu kemahiran. Perkara ini berkait rapat dengan realiti kehidupan mereka di luar. Jadi, untuk menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran ini tercapai dan dikuasai oleh murid khas, guru harus memikirkan bagaimana untuk memaksimumkan penguasaan murid ini dengan menggunakan teori-teori yang sesuai dan berkesan dalam pengajaran mereka. Terdapat beberapa teori pengajaran dan pembelajaran dibincangkan supaya boleh membantu guru mengamalkannya dan membuat penilaian semasa pengajaran.

Teori Pembelajaran Behaviorisme

Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan tingkah laku termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaankepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari.

Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur, diperhatikan dan dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung kepada peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalui ganjaran dan dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik dan pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran (Jalongo dan Isenberg 2000).

Teori Pembelajaran Kognitif

Teori pembelajaran kognitif memfokuskan bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah mudah dan ia tidak selalunya berlaku melalui cuba jaya sebagaimana yang dicadangkan oleh mazhab behaviorisme. Menurut psikologis ini, dalam pembelajaran, murid membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Setiap kali murid belajar, ia akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan. Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal. Dengan itu, nyatalah seseorang individu jarang menggunakan cara cuba jaya untuk mempelajari sesuatu.

Teori kognitif berpegang kepada persoalan bagaimana kita mengetahui, memperolehi, memproses dan menggunakan maklumat. Jadi, dalam mendidik murid-murid khas , guru perlulah menyesuaikan segala teori-teori yang ingin digunakan. Ada kalanya teori behaviorimse penting digunakan demikianlah juga dengan teori kognitif. Semua teori boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Teori Pembelajaran Sosial

Albert Bandura memperkenalkan teori pembelajaran sosial iaitu pembelajaran berlaku melalui proses peniruan. Bandura (1977) berpendapat, kita belajar melalui pemerhatian dan meniru orang lain serta dengan melihat konsekuen tingkah laku orang lain. Bandura berpendapat bahawa; Pembelajaran dan tingkah laku manusia bergantung kepada pemerhatian seseorang individu itu terhadap individu lain atau model-model simbolik seperti televisyen dan sebagainya. Peniruan selalunya diteguhkan. Pembelajaran pemerhatian dapat juga diterangkan melalui prinsip pelaziman klasik. Oleh yang demikian, teori pembelajaran sosial Bandura,menekankan peranan kognitif dan juga pengaruh persekitaran dalam perkembangan.

Teori Pembelajaran Humanis

Teori pembelajaran humanis menumpukan pada apa yang berlaku pada diri seseorang seperti perasaan atau emosinya. Pendekatan humanis menekankan fikiran, pengamatan serta interpretasi murid tentang sesuatu peristiwa atau kejadian itu. Prinsip teori humanis ini adalah, seseorang murid itu bertanggungjawab ke atas tindakannya. Contohnya kalau murid ingin berjaya, maka dia perlu berusaha mencapainya ke arah itu. Setiap murid juga mempunyai keperluan mengembangkan potensinya ke tahap maksimum. Teori humanis menekankan objektif berikut; meningkatkan arah kendiri dan kebebasan murid. membantu murid agar lebih bertanggungjawab dalam menentukan perkara yang ingin dipelajari oleh mereka. meningkatkan daya cipta murid. mengembangkan minat dalam bidang seni. meningkatkan naluri ingin tahu murid.Asas teori ini adalah kepercayaan seseorang murid mempunyai keperluan untuk pencapaian hasrat diri. Guru perlulah membantu murid mencapai hasratnya. Ini berlaku kerana dalam pengajaran secara humanis, pembelajaran arah kendiri amat ditekankan.

Prinsip-prinsip pembelajaran humanis adalah seperti berikut; murid akan belajar apa yang dikehendaki oleh mereka dan yang ingin diketahui. Keinginan untuk belajar dan mengetahui cara belajar lebih penting daripada pemerolehan fakta. Penilaian yang dibuat oleh murid sendiri lebih bermakna bagi dirinya. Perasaan murid adalah sama penting dengan fakta. Pembelajaran cara merasa adalah sama penting dengan pembelajaran berfikir. Pembelajaran hanya berlaku jika murid tidak berasa terancam.

STRATEGISTRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tiada satu kaedah dan strategi yang khusus dan terbaik boleh diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian murid terutamanya murid berkeperluan khas. Ia terpulang kepada daya kreativiti guru dan kesesuaian kehendak murid untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada ketika itu. Ini kerana tahap penerimaan murid terhadap bahan yang diberikan ada berbagai-bagai iaitu ada yang cepat, sederhana dan ada yang lambat.

Faktor kecerdasan mempengaruhi daya serap murid terhadap bahan pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh yang demikian, dalam sesi pembelajaran, guru seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang khusus agar murid dapat belajar secara lebih efektif dan efisien. Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas pendidikan khas boleh diklasifikasikan mengikut tumpuan kepada tiga unsur utama iaitu: Strategi pemusatan guru Strategi pemusatan murid, dan Strategi pemusatan bahan pelajaran

Strategi Pemusatan Guru

Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini, guru memainkan peranan yang utama. Di dalam kelas, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran iaitu guru banyak memberi penerangan dan pelajar hanya duduk mendengar. Brophy (1978) , menyatakan bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan pendekatan yang mudah dirancang dan diurus, membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan mengelakkan suasana elitis yang sering dikaitkan dengan kaedah kumpulan. Kaedah pengajaran secara kelas, demontrasi atau tunjuk cara, bercerita, kaedah penyoalan dan pengajaran berpasukan adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru.

CiriCiri Strategi Pemusatan Guru Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi. Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan. Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal dan kurang berupaya membuat interpretasi. Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk. Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberikan perhatian. Di bawah strategi ini, murid menjadi kurang kreatif dan berinisiatif.

Strategi Pemusatan Murid

Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan ataupun individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main peranan dan pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid terutamanya murid di dalam kelas.

CiriCiri Strategi Pemusatan Murid Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat mereka. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk. Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian. Di bawah strategi pemusatan murid, lazimnya murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

Strategi Pemusatan BahanBahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan manakala murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh dikategorikan kepada dua iaitu:

Bahan pengajaran

Bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, model, graf, peta, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor.

Bahan pembelajaran

Bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti kad aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja, pembilang, bahan bercetak dan komputer.

Penggunaan komputer sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran juga telah semakin berkembang dalam program pendidikan khas. Gearheart dan Gearheart (1989), Hawkridge dan Vincent (1992) serta Mather dan Bos (1994), sependapat menyatakan bahawa murid bermasalah pembelajaran dan tingkah laku memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui kaedah literasi komputer. Ia mungkin disebabkan oleh kaedah ini memaparkan sesuatu yang baru dan menarik perhatian.

CiriCiri Strategi Pemusatan Bahan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran memainkan peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. Lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. Dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas di samping memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru. Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran. Mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkritKetiga-tiga strategi ini saling berkaitan di antara satu sama lain di samping perlunya kemahiran dan kreativiti seseorang guru itu untuk memilih, merancang, menyusun dan menguruskan kaedah serta teknik mengajar dalam objektif pelajaran pada peringkat optimum. Ketiga-tiga strategi yang dinyatakan sememangnya mempunyai kelebihannya sendiri. Namun begitu, strategi pemusatan murid adalah yang paling ideal dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

PENDEKATANPENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran . Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan , guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Melalui pendapat ini dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model , prinsip atau teori pembelajaran . Contohnya; konkrit kepada abstrak mudah kepada kompleks keseluruhan kepada bahagian umum kepada spesifik (deduktif) spesifik kepada umum (induktif) dekat kepada jauh diketahui kepada belum diketahuiPendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam kelas khas.

Pendekatan Koperatif

Pendekatan koperatif merupakan program yang berstruktur yang menekankan penguasaan kemahiran, konsep dan maklumat. Pendekatan pembelajaran koperatif memerlukan murid bekerjasama ke atas setiap satu ahli dalam kumpulannya. Kaedah ini mensasarkan matlamat dan pencapaian kumpulan yang hanya dapat dicapai jikalau semua ahli dalam kumpulan itu belajar semua objektif yang diajar.

Ada tiga konsep yang berkait dengan pendekatan ini iaitu, ganjaran kumpulan, kebertanggungjawaban indivdu, dan peluang yang sama untuk berjaya. Melalui ini, kumpulan akan mendapat pengiktirafan jika menunjukkan prestasi yang membanggakan. Oleh itu , ahli dalam kumpulan bertanggungjawab membantu sesama mereka dalam kumpulan demi untuk mengekalkan prestasi kumpulan mereka. Kaedah ini menunjukkan bahawa ganjaran kumpulan dan kebertanggungjawaban individu merupakan elemen penting untuk menghasilkan pencapaian kemahiran asas (Slavin, 1983). Dalam beberapa kajian, kesan atas pencapaian murid adalah meningkat hasil daripada tanggungjawab individu dan matlamat kumpulan.

Pendekatan Deduktif

Di sekolah guru mengajar murid menaakul secara deduktif dan induktif. Dari segi penaakulan deduktif , gurusering mengajukan kepada murid dengan peraturan am dan membantu mereka mengenal pasti contoh dan mengaplikasikan peraturan tadi. Dalam hal ini, dalam mata pelajaran kemahiran hidup pun boleh dilaksanakan penaakulan seperti guru ingin murid menyatakan apakah yang perlu kamu pakai untuk berkebun. Pelajar akan menyatakannya serta memberi contoh dan berupaya pula mengaplikasikannya apabila hendak berkebun. Ringkasnya prestasi murid selepas memberi contoh itu membawa kepada inferens bahawa murid telah menemui peraturan yang perlu untuk menyelesaikan dan peraturan ini boleh digeneralisasikan kepada situasi baru yang mempunyai kaitan yang sama.

Pendekatan Bermain Sambil Belajar

Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar kepada pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran. Apabila digunakan secara berkesan boleh menambah respon murid dan kepekaan kepada perasaan orang lain, iaitu murid tidak akan dapat memahami atau mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali diberi peluang menyaksikan sendiri situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka dalam situasi bermasalah. Murid berpeluang dan boleh mempertingkat kebolehan empati, menambah kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan menganalisis situasi secara objektif. Kaedah bermain sambil belajar merupakan situasi yang dilakukan secara spontan dengan arahan dan bahannya diambil daripada kisah benar. Untuk kaedah ini digunakan dengan berkesan, beberapa proses asas harus diikuti iaitu:

Pengenalan dan Kesediaan Murid

Murid berada dalam keadaan baik untuk belajar apabila mendapati reaksinya terhadap situasi sebelum ini tidak memuaskan. Maka dengan ini murid akan bermotivasi untuk mencuba cara yang baru. Contohnya membentangkan situasi bermasalah dengan beberapa cara bereaksi terhadapnya dan murid memilih cara bereaksi jika dia terlibat dalam situasi itu. Lepas itu murid dikehendaki menunjukkan empati atau yang boleh membina perasaan empati. Misalnya, jika rakan kamu cedera selepas menggunakan alatan tajam, apakah yang perlu kamu lakukan dan bagaimana kamu menunjukkan tanda simpati dan cara membantunya.

Mendefinisikan Situasi dan Peranan

Situasi dibentuk oleh murid dengan bimbingan guru. Namun dalam pendidikan khas, guru haruslah membentuk situasi dan memberi arahan yang lebih jelas supaya murid lebih memahami situasi serta dengan bimbingan berterusan. Selepas pemilihan murid-murid yang terlibat, maka mereka akan melakukan lakonan itu. Guru haruslah membantu murid mendapatkan pengertian tentang masalah dan berasa selesa dalam peranannya.

Menyediakan Kelas untuk Pemerhatian dan Analisis

Fasa ini melibatkan mengorientasikan murid yang memerhati supaya mereka tahu tanggungjawab mereka dan akan melibatkan diri secara aktif dalam pengalaman pembelajaran. Kemudian murid diminta memberi pendapat tentang isu yang dilakonkan.

Bimbingan

Guru membimbing murid khas dalam lakonan yang ditentukan. Murid melakonkan watak contohnya pekebun sayur di kebun sayurnya yang menghadapi masalah dimusnahkan oleh haiwan ternakan. Pelajar dibimbing melakonkan setiap watak, pekebun, tuan punya kebun, tuan punya haiwan dan watak lain.

Analisis dan Perbincangan

Pada peringkat ini, guru dan murid membuat analisis dan perbincangan tentang keseluruhan tema yang dilakonkan dan mengeluarkan daya kreativiti penyelesaian masalah secara spontan. Guru dan murid akan bersoal jawab tentangnya.

Pendekatan Secara Kumpulan, kelas dan Individu

Pendekatan kumpulanbermaksud murid bekerja dalam kumpulan. Walaupun berkumpulan setiap murid mengekalkan individualitinya dan dibantu untuk menyumbang idea kepada kumpulan. Setiap murid dalam kumpulan bertanggungjawab berkongsi idea dan memberi sumbangan yang baik, bukan mengikut sahaja. Guru memainkan peranan penting lebih-lebih lagi bagi murid pendidikan khas. Guru haruslah memastikan murid boleh mengalami pembelajaran bertujuan dan matlamat serta objektif kumpulan secara beransur dan penilaian diadakan berterusan. Guru mestilah berulang-ulang kali menyatakan objektif kerja secara kumpulan, kelas dan individu. Ini supaya murid memahami peranan dan akan meningkatkan kerjasama untuk kejayaan kerja kumpulan.Pendekatan kumpulan sebagai satu kaedah pengajaran membantu murid menjadi bebas serta yakin dan pada masa yang sama belajar bahawa seseorang itu bergantung antara satu sama lain. Ia sesuai sebagai satu cara untuk mempertingkatkan penyesuaian sosial.

Pendekatan pengajaran kelaspula, guru akan berada di hadapan kelas dan mengajar. Murid akan memberi perhatian, membuat tugasan atau menulis dan lain-lain. Selepas itu, pelajaran baru bermula, guru akan bertanyakan pelajaran lepas dan meneruskan dengan maklumat baru, memberi sedikit kerja kelas, menekankan fakta penting, menyoal, memberi tugasan untuk hari berikutnya, menjawab soalan murid dan pelajaran berakhir. Walau bagaimanapun, dalam pendidikan khas, guru banyak membimbing murid dalam tugasan ini, memberi tugasan yang mampu dilakukan oleh murid. Apabila mmurid faham akan pelajarannya, maka penguasaan ilmu mereka akan diuji melalui kerja-kerja latihan.

Pendekatan individupula menekankan rancangan untuk sesuatu pelajaran itu mengambil kira perbezaan murid. Setiap murid bekerja dengan bebas dan meneima bantuan apabila mereka memerlukannya. Murid akan melalui pembelajaran mengikut kadar kebolehannya. Jadual juga dirancang untuk mereka, tugasan akan disusun supaya pmurid ini akan bekerja berterusan. Ada beberapa kaedah untuk pengajaran individu seperti: Menggunakan panduan yang rancangannya ditulis mengarah murid dalam pembelajarannya. Dalam panduan itu, guru memberi objektif serta aktiviti yang disusun mengikut urutan supaya pada akhir aktivti itu, objektif pembelajaran tercapai. Dengan cara ini, murid boleh membuat tugasan mengikut kadar kebolehannya. Melalui kaedah ini, segala arahan dan tugasan sentiasa ada dan panduan belajar menyatakan apa yang perlu dilakukan. Bahan dan program juga merupakan kaedah yang digunakan dalam pendekatan individu. Setiap langkah mempunyai sedikit matlamat, disusuli dengan soalan dan meminta respon daripada murid. Apabila murid memberi respon, dia akan ditunjukkan dengan jawapan yang betul yang memberi peneguhan kepada tindakan murid tersebut. Maklumat baru, kemahiran, saranan dan cadangan dimasukkan dalam program itu. Memberi tugasan individu yang sesuai dengan tahap murid. Tugasan individu ini berbeza dari segi kuantiti dan kualiti mengikut kebolehan dan keperluan murid. Menggunakan tahap kesukaran dalam program pengajaran dan juga menggunakan tahap jangkaan dalam memperihalkan kemajuan atau kualiti murid. Apabila murid diberikan tugasan mengikut tahap kesukaran tertentu, maka setiap tahap itu menjadi tahap jangkaannya. Murid itu diharap akan mencapai kualiti dan kuantiti kerja yang dibentuk untuk tahap itu dan kemajuannya dilapor secara berterusan.

Pendekatan Berasaskan Penyelidikan (Research-Based Approaches)

Meese (2001)dalam bukunya Teaching Learners With Mild Disabilities Intergrating Research and Practice Second Edition, menyenaraikan beberapa pendekatan berasaskan penyelidikan, iaitu:

Pengajaran Secara Terus

Pengajaran ini berprinsipkan penilaian secara berterusan dan dibuat secara langsung dan menekankan kepada komponen-komponen kemahiran tertentu dalam memberi tugasan kepada murid. Ia juga berfokuskan kepada kecekapan guru pendidikan khas dalam merealisasikan teknik pengajaran untuk membantu meningkatkan pencapaian murid.

Pendekatan ini telah diperkenalkan oleh Bereither dan Engelmann (1996). Pengkaji ini telah menggunakan pengajaran secara berstruktur dan pendekatan secara berulang-ulang dalam mengajar kemahiran asas kepada pelajar. Antara kebaikan pendekatan ini ialah, ia jelas, pengajaran dapat dijalankan dengan teratur, berfokuskan kepada kemahiran tertentu sahaja, cepat dan sistematik serta dapat memberi maklum balas yang baik kepada murid.

Pengajaran Strategi Kognitif

Murid khas dengan ketidakupayaan ringan merupakan murid yang agak sukar untuk mengaplikasikan apa sahaja kemahiran dan tingkah laku yang dipelajari di dalam kelas ke dalam situasi baru atau aktiviti di luar kelas. Oleh itu, dengan adanya gabungan strategi pengajaran seperti modifikasi tingkah laku kognitif, strategi pengajaran dan pembelajaran dan strategi pengajaran metakognitif dapatlah membantu murid memberi tumpuan, tujuan, memilih strategi yang sesuai dan efektif dalam menjalankan tugas dan dapat mengawal perkembangan individu.

Bimbingan Rakan Sebaya

Penglibatan rakan sebaya adalah amat penting dalam mempengaruhi pembelajaran murid khas di dalam kelas. Ia juga dapat meningkatkan pencapaian murid dengan memaksimumkan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran akademik. Apa yang penting adalah interaksi antara mereka dalam menjalankan tugas seperti mewujudkan kerjasama antara mereka. Guru akan memainkan peranan sebagai perancang, melatih murid untuk berkongsi dengan rakan-rakan sebaya agar dapat memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.

Pembelajaran Berasaskan Keadaan Sebenar

Pendekatan ini akan dapat membantu murid dengan ketidakupayaan ringan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam masalah yang dihadapi dalam keadaan sebenar atau aktiviti luar kelas seperti perkebunan. Murid akan lebih bersedia untuk menghadapi keadaan sebenar apabila murid tersebut telah didedahkan dengan pembelajaran yang berbentuk pengalaman sebenar yang akan berlaku di luar kelas apabila proses pengajaran pembelajaran dijalankan di dalam kelas.

Pendekatan Analisis Tugasan (Task Analysis)

Analisis tugasan sering digunakan dalam pendidikan khas. Ia boleh didefinisikan sebagai suatu proses yang melibatkan satu kemahiran tertentu atau objektif am dipecahkan pada langkah-langlah urutan yang kecil. Analisis tugasan dapat membantu pemahaman dan meningkatkan penguasaan kemahiran murid khas secara beransur-ansur. Sebagai contoh, mendail nombor telefon, melibatkan 12 kemahiran kecil seperti berikut: dapat mengenal nombor 0 hingga 9. dapat membezakan antara arah kanan dan kiri. dapat mengangkat gagang telefon dan menunjukkan bagaimana memegangnya. dapat menunjukkan ke arah mana untuk mendail dan menunjuk bagaimana meletakkan jari-jarinya ke dalam lubang-lubang. dapat menunjukkan ke arah halangan dail (bahagian penahan pergerakan dail). dapat memusing dail dengan jarinya sehingga halangan dail. dapat meletak jari ke dalam lubang yang padan dengan satu angka yang diberi. dapat mendail dua angka yang diberi dalam turutan. dapat mendail lebih angka dalam urutan hingga 10 angka. (03 - 89255039). dapat mengulangi langkah (10) semasa memegang gagang telefon berdekatan telinganya. dapat mengulangi langkah (8) dan (9) semasa memegang telefon berdekatan dengan telinganya. dapat mengulangi langkah (11) dalam susunan kiri ke kanan yang betul apabila diberikan nombor telefon yang penuh. (Sumber: diubah suai daripada Larsen & Poplin, 1980)

Dalam pelaksanaan pengajaran analisis tugasan boleh diamalkan pada setiap kemahiran mata pelajaran lain. Analisis tugasan adalah perincian tentang sesuatu tugasan atau aktiviti. Tujuannya untuk menstruktur sesuatu aktiviti perlakuan itu dari mula hingga akhir, dan akhirnya murid dapat melakukannya satu persatu hinggalah menguasainya. Contoh, dalam kemahiran mengenal fungsi alatan perkebunan seperti cara menggunakan cangkul, analisis tugasan dibuat supaya murid tahu cara-cara menggunakan cangkul dan alatan lain.Secara keseluruhan, pendekatan yang efektif untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid khas adalah seperti berikut: Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan secara terus dan berterusan dari hari ke hari. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah jelas dan terancang serta diajar dengan teratur. Proses pengajaran hendaklah disertakan dengan contoh yang bersesuaian dan jelas serta mudah pula difahami murid. Maklum balas mengenai pengajaran dan pembelajaran baik daripada murid kepada guru ataupun guru kepada murid hendaklah jelas untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik lagi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengulangan konsep-konsep penting hendaklah dijalankan agar murid lebih memahami apa yang telah dipelajari. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna kepada murid serta dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah memberi penekanan kepada strategi mengingati fakta-fakta. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah juga berfokuskan kepada memodifikasikannya kepada pekerjaan.Bagi pendekatan yang melibatkan perancangan berkumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, yang paling berkesan adalah melibatkan pendekatan seperti berikut:

Bimbingan Rakan Sebaya

Rakan sebaya akan sama-sama membantu guru dalam membantu rakan lain. Ini akan dapat memberi pendedahan kepada murid-murid dalam bersosialisasi antara mereka.

Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif yang berprinsipkan pengajaran secara berkumpulan dapat membantu murid bekerjasama dalam kumpulan masing-masing. Ia lebih berfungsi kepada kumpulan yang kecil jumlah ahlinya.

Pembelajaran Kolaboratif

Pembelajaran ini melibatkan guru pendidikan khas dan guru kelas biasa bekerjasama secara berpasangan untuk merancang dan seterusnya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kumpulan Berdasarkan Kemahiran dan Keperluan

Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing dan mengikut keperluan murid. Mereka ini juga akan memberi khidmat yang diperlukan kepada murid-murid.

Pendekatan Pengajaran Bertema

Pendekatan pengajaran bertema (Jabatan Pendidikan Khas 2005) digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas. Pemilihan topik atau tema mestilah bersesuaian dengan persekitaran murid. Pendekatan pengajaran bertema melibatkan perkara-perkara berikut: penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran pemilihan tajuk berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang diperoleh secara tersusun dan sistematik peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran pemeringkatan daripada yang mudah kepada yang sukar dan umum kepada yang lebih spesifikPemilihan tema pula perlu mengambil kira perkara-perkara di bawah: kesesuaian dengan kehidupan murid peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid seperti kemahiran asas mendengar, membaca, menulis, mengira, penggunaan komputer dan lain-lain. kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat membantu murid mendapat kemahiran penyelesaian masalah sumber yang mudah didapati mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan pengukuhan serta meningkatkan pengetahuan muridPerkara-perkara berikut perlu dilaksanakan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema: sumbang saran berdasarkan topik oleh murid kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mempercayai isi kandungan dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna mencipta peta minda untuk tema merancang dan menggalakkan kemahiran berfikir iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana yang kondusif dan berkaitan dengan tema

Pendekatan Visualais

Pendekatan visualais (Jabatan Pendidikan Khas 2005) merupakan pendekatan yang lebih bermakna dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Murid akan dapat melihat dengan jelas dan lebih memahami tatacara gerak kerja sesuatu kemahiran itu diajar atau ditunjukkan . Pendekatan ini merangsang murid ingin mencuba dan melaksanakannya kepada semua aspek pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam semua bidang khususnya bidang pravokasional. Keperluan pelaksanaan pendekatan visualis ini ialah guru perlu menyedari bahawa murid mempunyai penglihatan yang baik dan kebolehan tahap pengamatan mereka berbeza; murid lebih memahami dengan cara menunjukkan cara sesuatu kemahiran itu diajar; dan murid lebih terangsang dan faham dengan menampakkan sesuatu langkah kerja itu dilakukan.

Prinsip pendekatan visualais ini ialah sebarang bentuk paparan yang hendak ditunjukkan hendaklah jelas dan tidak mengelirukan , jaraknya yang hampir dengan murid, diterangkan dengan jelas dan jika perlu dilakukan berulang-ulang dan cahaya yang cukup terang serta bentuk paparan itu dengan memilih warna yang sesuai. Ciri-ciri pendekatan visualais ini ialah: hasil pembelajaran perlu ditentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus aktiviti pembelajaran disusun mengikut urutan dari yang mudah kepada yang lebih kompleks bahan pengajaran dan pembelajaran mesti sesuai dengan tahap penguasaan murid dan berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari sesuatu kemahiran itu diajar dengan kaedah tunjuk cara yang boleh dilihat oleh mereka murid lebih faham dan mudah mengikut apa yang dipaparkan kepada mereka

Pendekatan Kolaborasi

Pendekatan kolaborasi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu latihan kemahiran kerja, bengkel terlindung, pelbagai kaedah terapi dan aktiviti luar bilik darjah.

Latihan Kemahiran Kerja

Latihan kemahiran kerja perlu didedahkan kepada murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Matlamat utama latihan ini adalah untuk memberi kemahiran kendiri, komunikasi, sosialisasi, dan kemahiran asas berkaitan pekerjaan dalam kehidupan. Latihan kemahiran kerja boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu:

Latihan Dalaman (Berbentuk Projek)

Guru melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang telah dirancang dengan baik . Contohnya; perkebunan dan penjualan hasil tanaman aktiviti-aktiviti perdagangan seperti membuat aiskrim, biskut, kek, dan lain -lain memelihara ikan , burung dan lain-lain

Latihan Kerja yang Melibatkan Pihak Luar atau Kerja Luar

Guru mendapatkan barangan dari luar (kilang) untuk pembungkusan (assemble) dalam waktu persekolahan atau membuat barangan yang tertentu, contohnya hasil kraftangan murid seperti batik, bunga telur dan lain-lain untuk dijual

Latihan Kerja Sebenar

Latihan kerja sebenar ialah usaha mewujudkan situasi sebenar untuk sesuatu latihan kerja seperti mencuci kereta, mendobi, dan lain-lain yang dibuat di sekolah. Pelajar-pelajar dihantar bekerja di tempat sebenar dan pemantauan dibuat oleh pegawai kerja.

Bengkel Terlindung

Fungsi bengkel terlindung adalah untuk memberi pengalaman , latihan, penilaian, dan pekerjaan kepada individu yang berkeperluan khas. Terdapat bengkel terlindung yang beroperasi sendiri (di bawah pengurusan sekolah) atau yang mempunyai perjanjian dengan agensi yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan kerjaya. Bengkel terlindung tidak mementingkan hasil pengeluaran tetapi lebih mengutamakan pengalaman bekerja individu, menanam minat, memenuhi keperluan sosial dan memberi kemahiran interpersonal. Di bengkel terlindung perlu ada: penilaian kemahiran vokasional latihan kerja secara umum atau khusus memberi peluang latihan kepada individu yang berkeperluan khas peluang untuk berekreasi perkhidmatan untuk mendapat pekerjaan pada masa hadapan bekerja dalam jangka masa panjang sebelum mendapat pekerjaan lain

Aktiviti Luar Bilik Darjah

Aktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk; memberi peluang untuk murid memperoleh pengalaman sebenar rekreasi bersosialisasi dan berkomunikasi aktiviti yang menggembirakan penerokaan dan interaksi dengan persekitaran aktiviti bebas dan terancang meningkatkan aktiviti kemahiran vokasionalAntara aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah adalah aktiviti rekreasi yang melibatkan: lawatan motivasi perkhemahan perkelahan berkuda berenang aktiviti jual beli lawatan sosial kraftangan latihan industri (Jabatan Pendidikan Khas 2005)

KAEDAHKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas antara guru dan murid (Rahil Mahyudin et al. 1997) . Di antara kaedah yang bersesuaian untuk mengajar pembelajaran Kemahiran Hidup ialah kaedah memberi arahan, demonstrasi, permainan, penemuan, kaedah pusat pembelajaran dan kaedah projek. Di sini disenaraikan beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh guru pendidikan khas yang mengajar Kemahiran Hidup.

Kaedah Tunjuk Cara

Kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di sekolah. Kaedah ini dipilih terutamanya sebagai satu cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan alatan dan sebagainya. Kaedah tunjuk cara yang berjaya mengandungi langkah-langkah yang memberi murid peluang menunjukkan bahawa mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari. Sesuatu tunjuk cara tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi peluang murid membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai maklumat, proses atau prinsip tertentu. Langkah-langkah untuk menjayakan kaedah ini adalah seperti berikut:

Langkah 1

Tunjukkan kepada murid langkah-langkah yang mesti dikuti oleh mereka untuk melakukan tugas yang diberi. Murid juga perlu dimaklumkan tentang sifat tugas itu.

Langkah 2

Beri tindak balas kepada soalan murid tentang tunjuk cara yang telah dibuat. Guru juga perlu bertanyakan soalan kepada murid untuk memastikan mereka benar-benar faham akan arahan yang diberikan.

Langkah 3

Tinjau semula langkah-langkah yang perlu diikuti oleh murid. Murid mesti jelas dengan langkah-langkah aktiviti. Adalah baik jika guru menulis setiap arahan untuk memastikan tiada arahan yang tertinggal semasa aktiviti berlangsung.

Langkah 4

Secara rawak, guru perlu memilih beberapa orang murid untuk membacakan turutan langkah-langkah betul yang telah dilakukan oleh mereka.

Langkah 5

Beri peluang murid mempraktikkan apa yang telah dipelajari oleh mereka. Kaedah tunjuk cara apabila dirancang dan dilaksanakan boleh memberi kefahaman kepada murid. Pada bahagian awal tunjuk cara, guru boleh mengambil sedikit masa untuk mengingatkan murid tentang objektif yang diberi penekanan. Disebabkan guru menjadi pusat perhatian dalam kaedah tunjuk cara ini, adalah mudah baginya untuk membantu murid mengingat kembali maklumat yang telah dipelajari sebelumnya yang berkaitan dengan tugas pembelajaran baru.

Kaedah Simulasi

Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini, guru mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya: memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat atau pandangan yang berlawanan. memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam simulasi. mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau isu berkenaan. menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi. Langkah-langkah ini termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang dimainkan, serta peraturan yang mempengaruhi tindakan murid tersebut.Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi berkaitan dengan kerja-kerja petani di kebun, kebun sayur musnah dilanda banjir, bagaimana pekerja-pekerja kebun sayur menggunakan pelbagai peralatan semasa bekerja. Pada amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

Kaedah Projek

Tujuan kaedah projek adalah untuk melibatkan murid dengan idea-idea konseptual dan memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran lain. Objektif utama kaedah ini adalah untuk pemerolehan pengetahuan yang baru oleh murid atau penggunaan pengetahuan sedia ada kepada situasi-situasi kehidupan seharian, penyelesaian masalah atau penghasilan produk. Dalam kaedah ini, guru berperanan untuk menentukan tajuk yang sesuai kepada murid. Bagi murid pendidikan khas, guru perlulah membantu sepenuhnya . Guru seharusnya berperanan sebagai rakan pembimbing, memastikan setiap murid mempunyai peranan dan tugasan dalam melaksanakan projek, memberikan kebebasan dan kepercayaan kepada murid untuk melaksanakan sesuatu projek mengikut kemampuan murid dengan pemantauan guru , bertindak sebagai motivator dengan sentiasa memberi dorongan kepada murid untuk mengekalkan minat mereka serta memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.

Untuk melancarkan perjalanan sesuatu projek yang dirancangkan, guru perlulah menyediakan alatan yang mudah dikendalikan, ringan dan tidak terlalu membahayakan murid supaya mudah dan selamat digunakan . Sebelum projek dilaksanakan, guru sepatutnya terlebih dahulu menerangkan setiap tugasan itu, cara penggunaan alatan, tujuan projek dan sebagainya dengan berulang-ulang agar pelajar faham.

Kaedah Memberi Arahan

Tujuan memberi arahan adalah untuk memberi panduan kepada murid sebelum mereka memulakan aktiviti. Guru perlulah mengambil masa yang lama untuk memberi arahan. Perkara penting ialah murid perlu mempelajari bagaimana mematuhi arahan yang agak sukar difahami. Oleh itu, arahan guru haruslah jelas dan tepat serta berulang-ulang sebelum pembelajaran bermula. Berikut adalah panduan untuk menjamin arahan yang jelas dan mudah diikuti pelajar: mula-mula tuliskan arahan di dalam kelas. Ini akan memastikan semua arahan diingati dan akan dipatuhi. kurangkan arahan itu menjadi beberapa langkah sahaja. Jika langkah banyak, maka perlulah guru mendemonstrasikannya semasa memberi arahan, atau semasa membahagikan aktiviti pembelajaran itu kepada beberapa bahagian, dan setiap bahagian itu guru perlu memberikan arahan yang terperinci. pastikan arahan yang diberikan oleh guru jelas, tepat, pendek, ringkas serta menggunakan laras bahasa yang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas. pastikan murid memberi tumpuan semasa arah diberi. nilaikan sejauh manakah murid memahami arahan berkenaan dengan cara bertanya kembali sama ada mereka ingat akan arahan guru atau guru bertanyakan apakah arahan pertama, kedua dan seterusnya.

Satu cara memperbaiki kemahiran memberi arahan adalah dengan menganalisis masalah yang dihadapi oleh murid semasa mereka melakukan aktiviti. Arahan tidak tepat, kabur, sukar, singkat serta tidak diulang-ulang akan menyebabkan murid melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan.

Kaedah Latih Tubi

Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya). Kaedah latih tubi mungkin akan membosankan jika dilakukan secara berterusan. Kaedah ini boleh menjejaskan tumpuan murid-murid berkeperluan khas, lebih-lebih lagi murid khas bermasalah pembelajaran. Oleh itu , untuk mengelak kebosanan dan kurangnya konsentrasi murid, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan seperti: mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu, iaitu siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu berkaitan dengan kemahiran, markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat. bagi murid yang kurang daya saing, kaedah latih tubi boleh dijalankan dengan cara memegang peralatan dan menyebutnya, dari aspek nama peralatan tersebut, fungsi, cara penggunaan, cara menyimpan, cara untuk menggelakkan diri dari kecederaan akibat penggunaan peralatan dan sebagainya.Sebenarnya seseorang murid itu boleh juga membantu rakan mereka dalam kaedah latih tubi ini selain daripada guru dan ibu bapa. Jadi, latih tubi antara satu kaedah yang penting dalam mengajar murid khas bermasalah pembelajaran untuk memahami apa yang diajar.

Kaedah Sumbang Saran

Tujuan kaedah sumbang saran adalah untuk menggalakkan murid menggunakan imaginasi mereka secara kreatif. Objektif keseluruhannya bertujuan untuk mencari idea -idea baru serta kombinasi idea. Murid digalakkan memberi sumbangan idea terhadap sesuatu kemahiran yang diajar guru dalam bentuk jawapan, kesimpulan, fakta serta penerangan. Pemikiran yang kreatif biasanya diarahkan kepada penyelesaian masalah -masalah tertentu, mencari cara-cara baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi atau menghasilkan pelbagai interpretasi bagi sesuatu kejadian. Masalah atau kejadian menjadi fokus sumbang saran. Secara amnya, peraturan sumbang saran meliputi: sebarang idea diterima semua murid mesti aktif memberi pandangan, idea dan maklumat sebanyak mungkin. dilarang mengkritik sebarang idea. idea-idea dinyatakan secara spontan. pelajar boleh menggunakan idea rakan untuk memperkembangkannya.Keberkesanan sesuatu sesi sumbang saran bergantung kepada keadaan atau situasi berikut: guru menunjukkan sikap positif di samping menggalakan pemikiran positif di kalangan murid. murid mengambil bahagian secara aktif. guru sebagai pengadil, tidak menyebelahi mana-mana individu atau kumpulan. idea yang dipilih haruslah diperkemaskan untuk dijadikan maklumat serta digunakan sebaiknya.Oleh itu, murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran amat digalakkan supaya memberi idea terhadap sesuatu permasalahan atau penyoalan soalan oleh guru untuk melatih mereka supaya memahami soalan dan permasalahan dan dapat berkomunikasi serta melatih mereka berfikir.

Kaedah Eksplorasi - Penemuan

Kaedah eksplorasipenemuan bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran murid melalui penemuan kendiri. Peranan guru adalah menyediakan peralatan tertentu. Murid dibenarkan menggunakan alatan mengikut kesukaan masing-masing dengan pemantauan rapi daripada guru terutamanya apabila menggunakan peralatan berbahaya seperti parang, cangkul dan sebagainya semasa aktiviti di kebun.

Melalui kaedah ini, murid akan lebih mengetahui apakah kegunaan sesuatu alatan dengan membuat aktiviti menggunakan alatan itu. Kaedah ini juga bertujuan untuk meningkatkan rasa ingin tahu murid, keinginan untuk mencuba dan kebebasan melakukan aksplorasi. Jika sebelum ini mereka (murid) tidak berpeluang untuk cuba menggunakan peralatan ini atau menggunakannya secara nyata atas alasan dibimbangi akan memudaratkan mereka sendiri, namun dengan kebebasan diberi oleh guru serta dengan pemantauan rapi oleh guru, maka mereka akan merasakan berkeinginan untuk mencuba menggunakan peralatan tersebut dengan cara yang betul.

Bagi pelajar khas, sebelum penggunaan alatan itu dibenarkan untuk digunakan semasa aktiviti, guru haruslah menerangkan cara penggunaannya yang betul dan menjaganya agar tidak mendatangkan bahaya kepada diri dan rakan sekelas. Melalui kaedah ini, pembelajaran berlaku secara spontan dan dapat mengukuhkan pengetahuan mereka daripada pengajaran guru. Supaya pembelajaran lebih berkesan, guru perlulah: menyediakan alatan. memberi masa yang cukup untuk murid melakukan aktiviti. bertanya kembali tentang kegunaan alat itu selepas aktiviti selesai. menggalakkan mereka melakukan sendiri menggunakan alatan supaya mereka lebih faham akan kegunaannya.

TEKNIKTEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia terkandung dalam sesuatu kaedah. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan kemahiran guru yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran dalam pengajaran.

Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Teknik yang digunakan oleh guru akan menjadikan pengajaran itu lebih bermakna dan menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai menggunakan teknik supaya murid lebih berminat dan timbul motivasi untuk belajar. Dalam setiap pengajaran sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan, namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap paling sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua sesi pengajaran. Teknik yang digunakan hendaklah bergantung kepada keadaan dan berdasarkan kepada minat pelajar serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan (Rashid et al 1996). Teknik pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai beberapa objektif, antaranya ialah: untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang boleh menarik minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu mereka. untuk membolehkan murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang dipelajari dengan mudah dan berkesan.Terdapat banyak teknik pengajaran yang boleh digunakan dan diaplikasikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti teknik main peranan, teknik bercerita, teknik soal jawab, teknik perbincangan, teknik drama dan teknik forum.

1. TEORI BELAJAR HUMANISTIK

Abraham Maslow dan Carl Rogers termasuk kedalam tokoh kunci humanisme. Tujuan utama dari humanisme dapat dijabarkan sebagai perkembangan dari aktualisasi diri manusia automomous. Dalam humanisme, belajar adalah proses yang berpusat pada pelajar dan dipersonalisasikan, dan peran pendidik adalah sebagai seorang fasilitator.Afeksi dan kebutuhan kognitif adalah kuncinya, dan goalnya adalah untuk membangun manusia yang dapat mengaktualisasikan diri dalam lingkungan yang kooperatif dan suportif. Dijelaskan juga bahwa pada hakekatnya setiap manusia adalah unik, memiliki potensi individual dan dorongan internal untuk berkembang dan menentukan perilakunya. Kerana itu dalam kaitannya maka setiap diri manusia adalah bebas dan memiliki kecenderungan untuk tumbuh dan berkembang mencapai aktualisasi diri.2.TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIKMenurut teori behavioristik, belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai akibat dari adanya interaksi antara stimulus dan respon. Seseorang dianggap telah belajar sesuatu apabila ia mampu menunjukkan perubahan tingkah laku. Dengan kata lain, belajar merupakan bentuk perubahan yang dialami siswa dalam hal kemampuannya untuk bertingkah laku dengan cara yang baru sebagai hasil interaksi antara stimulus dan respon.3.TEORI PEMBELAJARAN SOSIALTeori Perilaku (Bandura)Konsepmotivasi belajarberkaitan erat dengan prinsip bahwa perilaku yang memperolehpenguatan(reinforcement) di masa lalu lebih memiliki kemungkinan diulang dibandingkan dengan perilaku yang tidak memperolehpenguatanatau perilaku yang terkenahukuman (punishment). Dalam kenyataannya, daripada membahas konsepmotivasi belajar, penganutteori perilakulebih memfokuskan pada seberapa jauhsiswatelah belajar untuk mengerjakan pekerjaansekolahdalam rangka mendapatkan hasil yang diinginkan (Bandura, 1986 dan Wielkeiwicks, 1995).4. TEORI BELAJAR KOGNITIFAUSUBEL : TEORI BELAJAR BERMAKNAAusubel berpendapat bahwa guru harus dapat mengembangkan potensi kognitif siswa melalui proses belajar yang bermakna. Sama seperti Bruner dan Gagne, Ausubel beranggapan bahwa aktivitas belajar siswa, terutama mereka yang berada di tingkat pendidikan dasar- akan bermanfaat kalau mereka banyak dilibatkan dalam kegiatan langsung. Namun untuk siswa pada tingkat pendidikan lebih tinggi, maka kegiatan langsung akan menyita banyak waktu. Untuk mereka, menurut Ausubel, lebih efektif kalau guru menggunakan penjelasan, peta konsep, demonstrasi, diagram, dan ilustrasi.Posted bySuzana Bt Sanusiat11:30 PM2 comments:TOKOH TOKOH TEORI BELAJAR HUMANISME

1> Abraham Maslow (1908 - 1970)2> CarlRansom Rogers3> Malcolm Knowles(24 Agustus 1913 - 27 November 1997).Posted bySuzana Bt Sanusiat11:24 PM1 comment:Abraham Maslow (1908 - 1970)

Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York, pada tahun 1908 dan wafat pada tahun 1970 dalam usia 62 tahun. Maslow dibesarkan dalam keluarga Yahudi dan merupakan anak tertua dari tujuh bersaudara. Masa muda Maslow berjalan dengan tidak menyenangkan karena hubungannya yang buruk dengan kedua orangtuanya. Semasa kanak-kanak dan remaja Maslow merasa bahwa dirinya amat menderita dengan perlakuan orangtuanya, terutama ibunya.Keluarga Maslow amat berharap bahwa ia dapat meraih sukses melalui dunia pendidikan. Untuk menyenangkan kemauan ayahnya, Maslow sempat belajar di bidang Hukum tetapi kemudian tidak dilanjutkannya. Ia akhirnya mengambil bidang studi psikologi di University of Wisconsin, dimana ia memperoleh gelar Bachelor tahun 1930, Master tahun 1931, dan Ph.D pada tahun 1934.Abraham Maslow dikenal sebagai pelopor aliran psikologi humanistik. Maslow percaya bahwa manusia tergerak untuk memahami dan menerima dirinya sebisa mungkin. Teorinya yang sangat terkenal sampai dengan hari ini adalah teori tentangHierarchy of Needs(Hirarki Kebutuhan). Menurut Maslow, manusia termotivasi untuk memenuhi kebutuhan-kebutuhan hidupnya. Kebutuhan-kebutuhan tersebut memiliki tingkatan atau hirarki, mulai dari yang paling rendah (bersifat dasar/fisiologis) sampai yang paling tinggi (aktualisasi diri). Dalam teori psikologinya, yakni semakin tinggi need. achievement yang dimiliki seseorang semakin serius ia menggeluti sesuatu itu.Posted bySuzana Bt Sanusiat11:22 PMNo comments:Carl Ransom Rogers

dilahirkan di Oak Park, Illinois, pada tahun 1902 dan wafat di LaJolla, California, pada tahun 1987. Semasa mudanya, Rogers tidak memiliki banyak teman sehingga ia lebih banyak menghabiskan waktunya untuk membaca. Dia membaca buku apa saja yang ditemuinya termasuk kamus dan ensiklopedi, meskipun ia sebenarnya sangat menyukai buku-buku petualangan.Ia pernah belajar di bidang agrikultural dan sejarah di University of Wisconsin. Pada tahun 1928 ia memperoleh gelar Master di bidang psikologi dari Columbia University dan kemudian memperoleh gelar Ph.D di dibidang psikologi klinis pada tahun 1931. Pada tahun 1931, Rogers bekerja di Child Study Department of the Society for the prevention of Cruelty to Children (bagian studi tentang anak pada perhimpunan pencegahan kekerasan tehadap anak) di Rochester, NY.Pada masa-masa berikutnya ia sibuk membantu anak-anak bermasalah/nakal dengan menggunakan metode-metode psikologi. Pada tahun 1939, ia menerbitkan satu tulisan berjudul The Clinical Treatment of the Problem Child, yang membuatnya mendapatkan tawaran sebagai profesor pada fakultas psikologi di Ohio State University. Dan pada tahun 1942, Rogers menjabat sebagai ketua dari American Psychological Society.Carl Rogers adalah seorang psikolog humanistik yang menekankan perlunya sikap saling menghargai dan tanpa prasangka (antara klien dan terapist) dalam membantu individu mengatasi masalah-masalah kehidupannya. Rogers menyakini bahwa klien sebenarnya memiliki jawaban atas permasalahan yang dihadapinya dan tugas terapist hanya membimbing klien menemukan jawaban yang benar. Menurut Rogers, teknik-teknik assessment dan pendapat para terapist bukanlah hal yang penting dalam melakukan treatment kepada klien.Posted bySuzana Bt Sanusiat11:19 PMNo comments:Malcolm Knowles (24 Agustus 1913 - 27 November 1997).

Lahir di Montana , mendapat beasiswa ke Harvard University di mana dia lulus dengan gelar BA tahun 1934. Pada 1940, ia diposisi Direktur Pendidikan Dewasa di Boston YMCA, kemudian pada tahun 1946, dia sebagai Direktur Pendidikan Dewasa di YMCA. Dari 1951-1959 ia menjabat sebagai direktur eksekutif dari Asosiasi Pendidikan Dewasa dari Amerika Serikat dan diikuti itu PhD di University of Chicago. Pada 1959, dia menjadi profesor pada sebuah fakultas di Boston University.Dia menjadi anggota dari Fakulti Pendidikan di North Carolina State University pada tahun 1974 untuk melengkapi akhir empat tahun akademis bekerja sebelum pensiun. Selama karirnya ia penulis lebih dari 230 artikel dan 18 buku.Malcolm Knowlesdalam 2 publikasinya yang berjudul "The Adult Learner, A Neglected Species" mengungkapkan teori belajar yang tepat bagi orang dewasa. Sejak saat itulah istilah "Andragogi" makin diperbincangkan oleh berbagai kalangan khususnya para ahli pendidikan.Andragogi berasal dari bahasa Yunani kuno "aner", dengan akar kata andr- yang berarti laki-laki, bukan anak laki-laki atau orang dewasa, dan agogos yang bererti membimbing atau membina. Disamping itu, ada istilah lain yang sering dipergunakan sebagai perbandingan adalah "pedagogi", yang ditarik dari kata "paid" artinya anak dan "agogos" ertinya membimbing atau memimpin. Maka dengan demikian secara harafiah "pedagogi" bererti seni atau pengetahuan membimbing atau memimpin atau mengajar anak.Posted bySuzana Bt Sanusiat11:16 PMNo comments:TEORI BELAJAR HUMANISTIKAbraham Maslow dan Carl Rogers termasuk kedalam tokoh kunci humanisme. Tujuan utama dari humanisme dapat dijabarkan sebagai perkembangan dari aktualisasi diri manusia automomous. Dalam humanisme, belajar adalah proses yang berpusat pada pelajar dan dipersonalisasikan, dan peran pendidik adalah sebagai seorang fasilitator.Afeksi dan kebutuhan kognitif adalah kuncinya, dan goalnya adalah untuk membangun manusia yang dapat mengaktualisasikan diri dalam lingkungan yang kooperatif dan suportif. Dijelaskan juga bahwa pada hakekatnya setiap manusia adalah unik, memiliki potensi individual dan dorongan internal untuk berkembang dan menentukan perilakunya. Kerana itu dalam kaitannya maka setiap diri manusia adalah bebas dan memiliki kecenderungan untuk tumbuh dan berkembang mencapai aktualisasi diri.Menurut Carl Rogers, teori belajar humanis :a) Setiap individu adalah positif, serta menolak teori Freud dan behaviorisme.b) Asumsi dasar teori Rogers adalah kecenderungan formatif dan kecenderungan aktualisasi.c) Diri (self) adalah terbentuk dari pengalaman mulai dari bayi, di mana diri terdiri dari 2subsistem yaitu konsep diri dan diri ideal.d) Kebutuhan individu ada 4 yaitu : (1) pemeliharaan, (2) peningkatan diri, (3) penghargaanpositif (positive regard), dan (4) Penghargaan diri yang positif (positive self-regard).PENERAPAN TEORI HUMANISTIK DALAM PENDIDIKANMenurut Gage dan Berliner beberapa prinsip dasar dari pendekatan humanistit yang dapat kita guna untuk mengembangkan pendidikan :1. Murid akan belajar dengan baik apa yang mereka mau dan perlu ketahui . Saat mereka telah mengembangkan kemampuan untuk menganalisa apa dan mengapa sesuatu penting untuk mereka sesuai dengan kemampuan untuk mengarahkan perilaku untuk mencapai yang dibutuhkan dan diinginkan, mereka akan belajar dengan lebih mudah dan lebih cepat. Sebagian besar pengajar dan ahli teori belajar akan setuju dengan dengan pernyataan ini, meskupun mereka mungkin akan tidak setuju tentang apa tepatnya yang menjadi motivasi murid.2. Mengetahui bagaimana cara belajar lebih penting daripada membutuhkan banyak pengetahuan. Dalam kelompok sosial kita dewasa ini dimana pengetahuan berganti dengan sangat cepat , pandangan ini banyak dibagi diantara kalangan pengajar, terutama mereka yang datang dari sudut pandang kognitif3. Evaluasi diri adalah satu satunya evaluasi yang berarti untuk pekerjaan murid. Penekanan disini adalah pada perkembangan internal dan regulasi diri. Sementara banyak pengajar akan setuju bahwa ini adalah hal yang penting, mereka juga akan mengusung sebuah kebutuhan untukmengembangkan kemampuan murid untuk berhadapan dengan pengharapan eksternal. Pertemuan dengan pengaharapan eksternal seperti ini menghadapkan pertentangan pada sebagian besar teori humanistik.4. Perasaan adalah sama penting dengan kenyataan . Banyak tugas dari pandangan humanistik seakan memvalidasi poin ini dan dalam satu area, pengajar yang berorientasi humanistik membuat sumbangan yang bererti untuk dasar pengetahuan kita.5. Murid akan belajar dengan lebih baik dalam lingkungan yang tidak mengancam. Ini adalah salah satu area dimana pengajar humanistik telah memiliki dampak dalam praktek pendidikan. Orientasi yang mendukung saat ini adalah lingkungan harus tidak mengancam baik secara psikologis, emosional dan fisikal. Bagaimanapun, ada penelitian yang menyarankan lingkungan yang netral bahkan agak sejuk adalah yang terbaik untuk murid yang lebih tua dan sangat termotivasi. Menurut aliran humanistik, para pendidik sebaiknya melihat kebutuhan yang lebih tinggi dan merencanakan pendidikan dan kurikukum untuk memenuhi kebutuhankebutuhan ini.Beberapa psikolog humanistik melihat bahwa manusia mempunyai keinginan alami untuk berkembang, untuk lebih baik, dan juga belajar. Jadi sekoah harus berhati-hati supaya tidak membunuh insting ini dengan memaksakan anak belajar sesuatu sebelum mereka siap. Jadi bukan hal yang benar apabila anak dipaksa untuk belajar sesuatu sebelum mereka siap secara fisiologis dan juga punya keinginan. Dalam hal ini peran guru adalah sebagai fasilitator yang membantu siswa untuk memenuhi kebutuhank-ebutuhan yang lebih tinggi, bukan sebagai konselor seperti dalam Freudian ataupun pengelola perilaku seperti pada behaviorisme.Secara singkatnya, pendekatan humanistik dalam pendidikan menekankan pada perkembangan positif. Pendekatan yang berfokus pada potensi manusia untuk mencari dan menemukan kemampuan yang mereka punya dan mengembangkan kemampuan tersebut. Hal ini mencakup kemampuan interpersonal sosial dan metode untuk pengembangan diri yang ditujukan untuk memperkaya diri, menikmati keberadaan hidup dan juga masyarakat. Ketrampilan atau kemampuan membangun diri secara positif ini menjadi sangat penting dalam pendidikan karena keterkaitannya dengan keberhasilan akademik. Siswa dalam proses belajarnya harus berusaha agar lambat laun ia mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori belajar ini berusaha memahami perilaku belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan dari sudut pandang pengamatnya.Para pendidik hanya membantu siswa untuk mengembangkan dirinya, yaitu membantu masing-masing individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan membantu dalam mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka. Teori ini cocok untuk di terapkan pada materi - materi yang bersifat pembentukan kepribadian, hati nurani, perubahan sikap dan analisis terhadap fenomena social. Indikator keberhasilan dari teori ini adalah : Siswa senang, bergairah, berinisiatif dalam belajar dan terjadi perubahan pola pikir siswa, serta meningkatnya kemauan sendiri.Menurut teori ini ciri-ciri guru yang baik adalah yang memiliki rasa humor, adil, menarik, lebih demokratis, mampu berhubungan dengan siswa dengan mudah dan wajar. Mampu mengatur ruang kelads lebih terbuka dan mampu menyesuaikannya pada perubahan. Sedangkan guru yang tidak efektif adalah guru yang memiliki rasa humor yang rendah, mudah menjadi tidak sabar, suka melukai perasaan siswa dengan komentar yang menyakitkan, bertindak agak otoriter, dan kurang peka terhadap perubahan yang ada.Posted bySuzana Bt Sanusiat11:12 PMNo comments:TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIKMenurut teori behavioristik, belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai akibat dari adanya interaksi antara stimulus dan respon. Seseorang dianggap telah belajar sesuatu apabila ia mampu menunjukkan perubahan tingkah laku. Dengan kata lain, belajar merupakan bentuk perubahan yang dialami siswa dalam hal kemampuannya untuk bertingkah laku dengan cara yang baru sebagai hasil interaksi antara stimulus dan respon.Menurut teori ini yang terpenting adalah masuk atau input yang berupa stimulus dan keluaran atau output yang berupa respon. Sedangkan apa yang terjadi di antara stimulus dan respon dianggap tidak penting diperhatikan karena tidak bisa diamati. Faktor lain yang juga dianggap penting oleh aliran behavioristik adalah faktor penguatan (reinforcement) penguatan adalah apa saja yang dapat memperkuat timbulnya respon. Bila penguatan ditambahkan (positive reinforcement) maka respon akan semakin kuat. Begitu juga bila penguatan dikurangi (negative reinforcement) respon pun akan tetap dikuatkan.

A.Teori Koneksionisme Thorndike

Menurut Thorndike, belajar adalah proses interaksi antara stimulus dan respon. Stimulus yaitu apa saja yang dapat merangsang terjadinya kegiatan belajar seperti pikiran, perasaan, atau hal-hal lain yang dapat ditangkap melalui alat indera. Sedangkan respon yaitu ineraksi yang dimunculkan peserta didik ketika belajar, yang juga dapat berupa pikiran, perasaan, atau gerakan/tindakan. Dari defenisi ini maka menurut Thorndike perubahan tingkah laku akibat dari kegiatan belajar itu dapat berwujud kongkrit yaitu yang dapat diamati, atau tidak kongkrit yaitu yang tidak dapat diamati.

B.Teori Conditioning Watson

Menurut Watson, belajar adalah proses interaksi antara stimulus dan respon, namun stimulus dan respon yang dimaksud harus berbentuk tingkah laku yang dapat diamati (observabel) dan dapat diukur. Dengan kata lain, walaupun ia mengakui adanya perubahan-perubahan mental dalam diri seseorang selama proses belajar, namun ia hal-hal tersebut sebagai faktor yang tak perlu diperhitungkan.C.Teori Conditioning Edwin GuthrieDijelaskan bahwa hubungan antara stimulus dan respon cenderung hanya bersifat sementara, oleh sebab itu dalam kegiatan belajar perserta didik perlu sesering mungkin diberikan stimulus agar hubungan antara stimulus dan respon bersifat tetap. Ia juga mengemukakan, agar respon yang muncul sifatnya lebih kuat dan bahkan menetap, maka diperlukan berbagai macam stimulus yang berhubungan dengan respon tersebut.D.Teori Operant Conditioning SkinnerMenurut Skinner, hubungan antara stimulus dan respon yang terjadi melalui interaksi dalam lingkungannya, yang kemudian akan menimbulkan perubahan tingkah laku. Teori Skinnerlah yang paling besar pengaruhnya terhadap perkembangan teori belajar behavioristik. Program-program pembelajaran seperti Teaching Machine, pembelajaran berprogram, modul dan program-program pembelajaran lain yang berpijak pada konsep hubungan stimulus-respon serta mementingkan faktor-faktor penguat (reinforcement), merupakan program-program pembelajaran yang menerapkan teori belajar yang dikemukakan oleh Skinner.Behaviorisme merupakan salah aliran psikologi yang memandang individu hanya dari sisi fenomena jasmaniah, dan mengabaikan aspek aspek mental. Dengan kata lain, behaviorisme tidak mengakui adanya kecerdasan, bakat, minat dan perasaan individu dalam suatu belajar. Peristiwa belajar semata-mata melatih refleks-refleks sedemikian rupa sehingga menjadi kebiasaan yang dikuasai individu.Dari eksperimen yang dilakukan B.F. Skinner terhadap tikus dan selanjutnya terhadap burung merpati menghasilkan hukum-hukum belajar, diantaranya :1.Law of operant conditiningyaitu jika timbulnya perilaku diiringi dengan stimulus penguat, maka kekuatan perilaku tersebut akan meningkat.2.Law of operant extinctionyaitu jika timbulnya perilaku operant telah diperkuat melalui proses conditioning itu tidak diiringi stimulus penguat, maka kekuatan perilaku tersebut akan menurun bahkan musnah.Reber (Muhibin Syah, 2003) menyebutkan bahwa yang dimaksud denganoperantadalah sejumlah perilaku yang membawa efek yang sama terhadap lingkungan. Respons dalam operant conditioning terjadi tanpa didahului oleh stimulus, melainkan oleh efek yang ditimbulkan oleh reinforcer.Reinforceritu sendiri pada dasarnya adalah stimulus yang meningkatkan kemungkinan timbulnya sejumlah respons tertentu, namun tidak sengaja diadakan sebagai pasangan stimulus lainnya seperti dalamclassical conditioning.E.Teori Systematic Behavior Clark HullDalam teori Hull mengatakan bahwa kebutuhan biologis dan pemuasan kebutuhan biologis adalah penting dan menempati posisi sentral dalam seluruh kegiatan manusia, sehingga stimulus dalam belajar pun hampir selalu dikaitkan dengan kebutuhan biologis, walaupun respon yang akan muncul mungkin dapat bermacam-macam bentuknya.F. Teori Belajar Kognitif menurut PiagetPiaget merupakan salah seorang tokoh yang disebut-sebut sebagai pelopor aliran konstruktivisme. Salah satu sumbangan pemikirannya yang banyak digunakan sebagai rujukan untuk memahami perkembangan kognitif individu yaitu teori tentang tahapan perkembangan individu. Menurut Piaget bahwa perkembangan kognitif individu meliputi empat tahap yaitu : (1)sensory motor; (2)pre operational; (3)concrete operationaldan (4)formal operational.Pemikiran lain dari Piaget tentang proses rekonstruksi pengetahuan individu yaitu asimilasi dan akomodasi. James Atherton (2005) menyebutkan bahwa asisimilasi adalah the process by which a person takes material into their mind from the environment, which may mean changing the evidence of their senses to make it fitdan akomodasi adalah the difference made to ones mind or concepts by the process of assimilationDikemukakannya pula, bahwa belajar akan lebih berhasil apabila disesuaikan dengan tahap perkembangan kognitif peserta didik. Peserta didik hendaknya diberi kesempatan untuk melakukan eksperimen dengan obyek fisik, yang ditunjang oleh interaksi dengan teman sebaya dan dibantu oleh pertanyaan tilikan dari guru. Guru hendaknya banyak memberikan rangsangan kepada peserta didik agar mau berinteraksi dengan lingkungan secara aktif, mencari dan menemukan berbagai hal dari lingkungan.

KELEMAHAN DAN KELEBIHAN TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK:Teori behavioristik sering kali tidak mampu menjelaskan situasi belajar yang kompleks, sebab banyak variabel atau hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan dan atau belajar yang tidak dapat diubah menjadi sekedar hubungan stimulus dan respon.Teori ini tidak mampu menjelaskan alasan-alasan yang mengacaukan hubungan antara stimulus dan respon ini dan tidak dapat menjawab hal-hal yang menyebabkan terjadinya penyimpangan antara stimulus yang diberikan dengan responnya.Namun kelebihan dari teori ini cenderung mengarahkan siswa untuk berfikir linier, konvergen, tidak kreatif dan tidak produktif. Pandangan teori ini bahwa belajar merupakan proses pembentukan atau shapping yaitu membawa siswa menuju atau mencapai target tertentu, sehingga menjadikan peserta didik untuk tidak bebas berkreasi dan berimajinasi.APLIKASI DASAR :Aplikasi teori ini dalam pembelajaran, bahwa kegiatan belajar ditekankan sebagai aktivitas mimetic yang menuntut siswa untuk mengungkapkan kembali pengetahuan yang sudah dipelajari. Penyajian materi pelajaran mengikuti urutan dari bagian-bagian ke keseluruhan. Pembelajaran dan evaluasi menekankan pada hasil, dan evaluasi menuntut satu jawaban benar. Jawaban yang benar menunjukkan bahwa siswa telah menyelesaikan tugas belajarnya.KESIMPULANBerdasarkan pemaparan diatas, dapat disimpulkan bahwa belajar menurut teori Behavioristik merupakan perubahan tingkah laku sebagai akibat dari adanya interaksi antara stimulus dan respon. Sedangkan apa yang terjadi di antara stimulus dan respon dianggap tidak penting diperhatikan karena tidak bisa diamati. Faktor lain yang juga dianggap penting oleh aliran behavioristik adalah faktor penguatan (reinforcement) penguatan adalah apa saja yang dapat memperkuat timbulnya respon.