31
PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTA KONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV

Pengertian Dan Konsep Psv

Embed Size (px)

DESCRIPTION

malam

Citation preview

PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTA KONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV KBSR

PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTA KONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV

Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia

Jadual 1 :Kronologi Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni VisualSebelum MerdekaAwal MerdekaSekarang

Transisi merentasi kurikulum PSVPendidikanInstitusiPenerbitanPenubuhan kelab seniJadual 2 :Transisi merentasi Pendidikan Seni VisualPerkembangan Kurikulum Pendidikan Di MalaysiaLaporan Winstedt- Zaman British

Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran tahunan Negeri - negeri Selat 1885 adalah; Cukup untuk kehendak-kehendak biasa budak-budak Melayu, yang kelak akan menjadi pemandu kereta lembu, penanam padi dan nelayan. Tujuan kerajaan bukanlah untuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik. Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewati batasan, kerana ia hanya akan menimbulkan kesulitan nanti.

1916 Laporan Winstedt

Memperkemas sistem pendidikan rendah di Tanah Melayu-Sekolah Melayu dan maktab mengajar mata pelajaran lukisan. Anyaman diletakkan di bawah mata pelajaran sains pertanian

Laporan Winstedt (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu)

Mengatakan lukisan adalah mustahak untuk Latihan yang amat baik memerhati alam . Ia dapat menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid, dan melatih mereka ketepatan dan kecermatan. Ia juga menyesuaikan mereka dengan kerja- kerja mandur. Ia dimestikan dalam darjah 3 dan 4 dengan menyediakan mata pelajaran Kerja tangan seperti membuat bakul.Pada tahun 1930 sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh.

Mata pelajaran :- Karangan, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Sejarah Melayu, Kesihatan, Lukisan, Menganyam dan berkebun, Kesihatan, Senaman, Anyaman dan berkebun. Ini adalah untuk menjadikan sistem Persekolahan Melayu lebih mirip kepada kampung - anjuran R.O.Winstedt

Penyata Rahman Talib

Pada tahun 1960 satu jawatankuasa bagi mengkaji semula implementasi dasar pendidikan di bawah ordinan pendidikan 1957 dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib . Antara syor yang dikemukakan:Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkan had umur berhenti sekolah dari 9-15 tahun. Memberi pelajaran percuma kepada kanak-kanak di semua aliran sekolah mulai 1962. Memperbanyakkan kemudahan pendidikan teknik dan vokasional. Mengadakan pendidikan agama Islam. Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi, Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain.

Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuai Dr. Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini.

Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum yang baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982

Pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut. Perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada melahirkan pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual).

Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif.

Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar

Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat FPK. Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut :(a) Melukis dan membuat gambar(b) Membuat corak dan rekaan(c) Membentuk dan membuat binaan(d) Mengenal kraf tradisional

Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta apresiasi aspek seni. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah -sekolah kerajaan.

Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativiti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996)

Perkembangan Sukatan Pelajaran Seni Visual peringkat menengah. Sukatan Pelajaran Seni Visual telah diperkenalkan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2002 bagi menggantikan Kertas Peperiksaan Lukisan yang digubal oleh University of Cambridge Local Examintin Syndicate tahun 1982.

Kertas Peperiksaan Lukisan tidak bercirikan kepada pembelajaran yang berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran. ianya lebih berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata bagi menguji kemahiran calon dari aspek melukis dan pertukangan menerusi enam kertas peperiksaan yang ditawarkan tanpa sukatan pelajaran.

Kertas Peperiksaan Lukisan STPM juga telah tidak mengalami sebarang perubahan pada masa yang agak lama dan dilihat tidak cukup kuat bagi dijadikan syarat kemasukan ke universiti. Keadaan ini lebih tidak memberangsangkan apabila persepsi yang rendah dan salah khususnya di kalangan pihak sekolah dan masyarakat yang melihat mata pelajaran ini sebagai tidak relevan untuk dipelajari, tidak mempunyai prospek serta dipertikai dari aspek nilai komersialnya.

Melalui perbincangan Jawatankuasa yang diketuai Prof Madya Dr Mohd Mustafa Mohd Ghazali serta ahli-ahli jawatankuasa telah membahaskan dengan panjang lebar, di mana ahli jawatankuasa dan MPM bersetuju supaya Kertas Peperiksaan Lukisan di gantikan dengan Sukatan Pelajaran Seni Visual. Ianya merupakan satu kesinambungan dari Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga menjadi jambatan ilmu ke program-program seni lukis dan seni reka serta yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pemurnian sukatan pelajaran sekali lagi mengalami perubahan apabila rombakan selepas tiga (3) tahun dilaksanakan. Maka pada tahun 2005 pemurnian oleh jawatankuasa yang sama menggubal beberapa aspek utama. Iaitu apresiasi seni visual dan penghasilan seni visual. Sukatan ini terdiri daripada tiga komponen: (a) Teori Seni Visual, (b) Lukisan (c) Projek Penghasilan Karya

Kelahiran Institusi Seni

1922 Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris - Memberi latihan perguruan dan semua wajib mempelajari kesemua mata pelajaran termasuk lukisan, pertanian dan pertukangan. Melahirkan tokoh pelukisan yang mempunyai sudut pandangan Melayu 'Mengetengahkan hal benda tempatan. Antara tokoh seperti Mohd. Said, Hj. Hussain dan Idris Hj. Salam

Antara mata pelajaran :Pekerjaan tangan- kerja membuat raga dianggap paling sesuai kerana: Seni pertukangan asli bahan-bahan mudah didapati. Perkakasan tidak banyak dan mudah, bahan-bahan untuk kegiatan itu ditanam di sekitar maktab

Sukatan Pelajaran Tahun pertama penuntut dikehendaki menggunakan mengkuang. Mereka juga dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Tahun Kedua, sambungan kerja tahun pertama. Tahun Ketiga, penggunaan rotan dan buluh dengan lebih meluas

1960-Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur

Dibuka untuk membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing - masing antaranya menawarkan kursus Pendidikan seni, Pendidikan jasmani. Selain itu, Pendidikan guru kelas buta dan cacat pendengaran, Kaunseling dan kerjaya, Teknologi pendidikan dan sebagainya . Peter Harris mengendalikan kurikulum Jabatan Pendidikan Seni bagi latihan guru. Antara kakitangan awal MPIK adalah Syed Ahmad, Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Lai Tong, Jolly Koh. Aspek-aspek kepakaran seni halus, seni grafik dan kraftangan diberi penekanan. Sukatan mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti Catan, Seni halus, Seni arca, Seni seramik, Seni tekstil (batik), Seni anyaman/tenunan Kursus wajib lukisan, grafik, sejarah seni, pedagogi pendidikan Seni, Latihan praktikum. Antara guru dan pelukis keluaran MPIK adalah seperti Ahmad Khalid, Redza Piyadasa, Othman Mansur, Ismail Hashim . Bagi guru yang cemerlang akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara (sekitar -60an).

1962 -Maktab Perguruan Teknik ditubuhkan melalui Laporan Rahman Talib. Sukatan pelajaran termasuk pertukangan kayu, logam, seni bina dan lukisan teknik dimasukkan ke dalam kursus seni

1967-Institut Teknologi Mara (Universiti Teknologi MARA)

Kursus-kursus yang ditawarkan Seni halus, Seni grafik, Seni logam, Seni tekstil, Seni foto, Seni reka fesyen, Seni reka industri, Seni reka tembikar, Seni reka kasut.

UITM juga menawarkan Diploma perguruan untuk guru pendidikan seni. Tenaga pengajar seperti Sulaiman Esa, Redza Piyadasa, Chong Kam Kau, Tan Keong Eng dan Joseph Tan. Kakitangan ini telah mengambil alih peranan kakitangan MPIK yang sebelum ini memainkan peranan penting dalam bidang seni lukis avant-garde negara. Mereka telah menanamkan semangat yang memberangsangkan di kalangan pelukis muda serta memupuk kewujudan masyarakat seni secara keseluruhannya pada tahun-tahun 1970-an.Antara pelukis yang mencipta nama ialah Syarifah Fatimah Syed Zubir, Zakaria Awang, Bayu Utomo, Dzulkifli Buyong dan ramai lagi.

1971-Universiti Sains Malaysia

Di bawah pengajian Ilmu Kemanusiaan yang menawarkan bidang Seni lakon, Seni Muzik dan Seni Halus. Menawarkan kursus grafik, arca, fotografi, sejarah seni, kritikan seni dan teori-teori seni. Melahirkan tokoh-tokoh seperti Ismail Hashim, Zakaria Ali, dan Reza Piyadasa.

Kemunculan Pertubuhan Seni Lukis

1906-Chong Hua Confucius Pulau Pinang -Memperkenalkan mata pelajaran seni kaligrafi dan anyaman yang diajar dalam bahasa Cina

1949 : Pengerusi bagi Kesatuan kesenian Guru Pulau Pinang dan ahli Penang Impressionist

191951-Wednesday Art Group. Peter Harris seorang pengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran. Berkelulusan sekolah seni dari United Kingdom. Beliau telah memperkenalkan konsep estetika dan teknik seni. Penglibatan guru sebagai pelukis banyak membantu perkembangan pendidikan seni di sekolah-sekolah tanah air. Terus berkembang dengan penubuhan sekolah kelab melukis antara perkara yang diajar :Antaranya Kelas potret Mohd. Hossein Enas, Kelas Arca Idris Salam, Kelas Grafik Zakaria Nor dan Kelas seni dalaman Habibah Baharudin

1954 Malay Teachers Union-Perkembangan seni visual PulauPinang mempengaruhi guru-guru seni. Pada 21.04.54 hingga 29.04.54 telah diadakan pameran oleh guru-guru Melayu telah diadakan di 23 Jalan Northam dan dirasmikan oleh J.N. Davies, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang disertai 20 orang guru seni.

1956-Majlis Kesenian Malaya

Pengasas : Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin Hj. Abbas. Tujuan penubuhan untuk memberi sokongan kepada aktiviti seni muzik, drama dan seni rupa demi menjaga kredibiliti seni di samping menambahkan pengetahuan, kefahaman dan amalan seni yang meluas Ahli-ahli terdiri daripada Nik Ahmad kamal, Puan P.G. Lim, Peter Harris

1957- Thursday Art Group Rentetan dari penubuhan WAG dengan impian yang sama. Pengerusi : Hoessin Enas. Aktiviti banyak berbentuk potret yang disesuaikan dengan budaya dan identiti kebangsaan melalui pakaian, adat resam, kebudayaan dan kerjaya.

1966-Penang Teachers Art Circle-Latihan pendidikan seni di luar negara. Terdiri daripada guru-guru seni tujuan : membetulkan kaedah dan tatacara pembelajaran pendidikan seni.

Penerbitan

Buku Teks-1925-R.O.Winstedt -Menghasilkan buku Art and Crafts iaitu buku pertama mengenai sejarah seni dan seni pertukangan

1928-Kitab Pedoman Guru Penggal Pertama - Memerihalkan kaedah-kaedah pengajaran Lukisan dan kerja tangan

1929-Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua telah digunakan oleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu. Kitab Pedoman Guru Penggal II disusun oleh O.T. Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di negara ini mengenai kaedah mengajar mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata

1932-Buku Craft Work, Third Year Practical Work For Senior Schools-Ditulis oleh Taylor and Snell. Digunakan di sekolah-sekolah di Malaya khusus di St. Xavier Institution, Pulau Pinang. Merupakan buku teks Lukisan dan Pertukangan Tangan. Bab-bab yang terkandung di didalam buku Craft Work antaranya ialah Corak pada kulit buku, Jenis-jenis tulisan / kaligrafi, Ilustrasi figura, Cetakan stensil, Cetakan lino, Cara - cara menjilid buku dan alat yang digunakan.

Kitab Rajah-Rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr.W.Olaguera. Antaranya para penuntut boleh memilih kemahiran seperti berikut; pertukangan kayu: dilatih membuat perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Menjilid buku: untuk penuntut tahun tiga. Menganyam jaring: membuat jaring untuk kegunaan permainan bola sepak, hoki dan volleyball, Pertukangan tanah liat: penuntut terpilih

1957- Buku Panduan Guru Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu / DBP-Perincian mengenai Mengajar Lukisan dan Pekerjaan Tangan. Bertujuan untuk membangunkan sepenuhnya keupayaan rasa indah kanak - kanak, menyuburkan kuasa-rasa, kuasa-gerak dan kecerdasan kanak-kanak serta membaiki budi pekerti mereka. Selain itu, objektifnya menjurus kepada pembinaan kebolehan menghargakan dan menciptakan keindahan, Penyuburan kuasa-rasa dan kuasa-gerak, Penyuburan kecerdasan dan Asuhan budi pekerti. Antara aktiviti yang terkandung dalam buku tersebut ialah tentang aktiviti lukisan biasa dan lukisan warna yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pemandangan, ingatan, rekaan, Membuat gambar, Corak , Pekerjaan tangan dan Penghargaan.

1958- The Art Paper. Ditulis oleh Marjorie Clark (guru kanan seni lukis Sekolah Victoria, Singapura) dan W.T.Swinbanks (pensyarah seni di Teachers Training College, Singapura). Diterbitkan oleh Donald Moore, Singapura. Mengandungi siri teknik menghadapi peperiksaan lukisan untuk School Certificate.

1990-Geometrical Drawing Part 1. Diterbitkan oleh Cambridge Series for Schools and Training Colleges oleh Blythe yang menjelaskan konsep visual yang luas meliputi bentuk-bentuk geometri dan buku ini digunakan di sekolah-sekolah seluruh Malaya.