56
Tingkah laku Bermasalah PENGENALAN Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah. Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak- anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan 1

PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

  • Upload
    others

  • View
    14

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

PENGENALAN

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di

kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan

ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah

laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas

pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk

keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari

tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang

sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang

berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur

berubah.

Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan

dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan

anak-anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada

anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih

atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan

sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia

dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan

untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.

Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa

proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan

masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada

kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di

dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali.

Bak kata pepatah “ Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul “. Itulah

hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-

murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru.

1

Page 2: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

PENGERTIAN TINGKAH LAKU BERMASALAH

Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh menyesuaikan

dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan

ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya

dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai ‘

abnormal behavior ‘ iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat.

Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai,

dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.

Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai

tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya.

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul ‘ The School and the Behaviour

Problem Child ‘ menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam

berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan

keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan

keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang

tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan

pengajaran khasnya di dalam bilik darjah.

Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya tingkah

laku bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi

tanggungjawab seorang guru mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku

bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi

memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

dapat berjalan dengan lancar serta berkesan.

2

Page 3: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :-

1. Tingkah laku Bermasalah Negatif

Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi :-

Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini

merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri.

Kebimbangan – sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi

bimbang, tiada keyakinan diri.

Pergantungan lebihan – terlalu mengharapkan pertolongan atau

bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat

dengannya, terlalu manja, tidak boleh berdikari

Pengunduran diri – malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-

agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri,

sering menggangap orang lebih baik dari dirinya

Pengasingan diri – tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan

kawan-kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu

pada kawan-kawan

Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini

merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain.

Hiperaktif – kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif

Kelakuan nakal – suka menggangu kawan-kawan, membuli atau

menyakat kawan-kawan sekelas.

Bising – menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap .

Bergerak sesuka hati – suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran,

berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku,

melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa.

Ketawa kuat – ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa

menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya

3

Page 4: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Agresif secara lisan / fizikal – menggunakan kata-kata kasar, lucah,

kurang ajar, tidak sopan

Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi ‘ neurotic ‘

atau ‘ psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat

salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.

Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan

tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.

Permusuhan nyata – suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari

pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya.

Vandalisme – suka merosakkan harta benda awam seperti

menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak

kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau

meja di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja.

Kumpulan liar – terlibat dengan kumpulan tidak bermoral

Klik – mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang

mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada

tingkah laku tidak baik

Geng – menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah,

kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain,

bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain.

Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk

jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah

laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-

bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi

masalah besar pada peringkat akan datang.

Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap

perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana

4

Page 5: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu

apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “.

2. Tingkah laku bermasalah Positif

Tingkah laku bermasalah positif merangkumi :-

Tingkah laku ingin tahu – sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu

perkara yang dilihat

Tingkah laku cepat belajar – cepat menangkap atau ‘ catch up ‘ sesuatu

perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan

cepat

Tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan pantas apabila

menggunakan otak dan berfikir

Tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju

ke depan berbanding kawan-kawan yang lain

Tingkah laku bermasalah ini dapat digambarkan memalui rajah di bawah ini :-

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Tingkah Laku

Bermasalah Negatif Bermasalah Positif

Tingkah Laku Tingkah Laku

bergantung disruptif distruktif ingin cepat pintar proaktif

tahu belajar cerdas

5

Page 6: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Tingkah laku merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Selain dari

tingkah laku bermasalah yang diterangkan di atas, terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak

yang bermasalah dalam tingkah laku seperti di bawah :

Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari

mereka.

Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka

Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan

Sering bercakap bohong atau bercakap besar

Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok

Suka menyakiti hati kawan-kawan

Menjahanamkan harta benda

Tidak duduk diam

Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap

Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua

Panas baran

Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi

( Robert H Woody : The school and the behaviour problem child )

Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman ( 1995 ) di dalam artikelnya

bertajuk “Beberapa Pandangan dan Pendapat Berkaitan Punca-punca Timbul Masalah

Tingkah Laku” . :Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia,menyatakan antaranya adalah

seperti berikut :-

Faktor Diri Murid

Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap

perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana

mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu

apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “.

6

Page 7: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran

tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan

hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka.

Faktor Keluarga

Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia.

Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-

anak yang tidak bermoral.

Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee

( 1975 ) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah

penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah.

Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi

oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.

Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai “ Jevenile Delinquency ‘

mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari

rumahtangga yang serba kekurangan.

Faktor Masyarakat

Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi

kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di

dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Faktor Sekolah

Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga

yang kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku di kalangan generasi muda.

Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang besar atau keadaan

bersesak-sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin

( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 )

7

Page 8: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Menurut Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan

baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang

kurang baik di kalangan murid.

PENGERTIAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi Tingkah laku :

Langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk

mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Antara langkah-langkah sistematik

ialah :

Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah

Menetapkan matlamat

Menentukan strategi bertindak

Merancang prosedur atau plan bertindak

Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak

Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu

Memsstikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

Modifikasi tingkah laku ini merupakan cara menguruskan bilik darjah. Ia sesuai untuk

mengatasi masalah sama ada negatif atau positif.

Objektif modifikasi tingkah laku murid ialah :-

1) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini

2) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini.

Faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah :-

Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa – saiz rumah, kedudukan

kawasan, bilangan ahli, kemudahan

Suasana persekitaran sekolah yang kurang konduksif – berhampiran kawasan

pembinaan, jauh dari bandar, terpencil, tiada kemudahan asas

8

Page 9: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan – alat bantu mengajar yang

tidak menarik, cara penyampaian guru yang monotone dan sukar difahami oleh

murid

Dunhill ( 1965 ), keadaan pembelajaran kelas yang tidak dikelolakan dengan baik

akan menyebabkan murid bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian dengan

minat terhadap mata pelajaran yang diajar.

Keadaan fizikal sekolah kurang konduksif – bilik darjah yang kotor, kawasan

sekolah yang kotor, tiada perhiasan atau kemudahan untuk murid

Pengurusan sekolah bercorak autokratik – guru yang terlalu garang, disiplin yang

terlalu ketat, selalu menggunakan kaedah hukuman atau dendaan, perkhidmatan

kaunseling yang tidak mencukupi

Pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian sekolah – murid hanya

mengikut arahan tanpa bantahan, maslah murid tidak didengari atau diambil

perhatian, tiada kompromi dari guru

Penilaian negatif mewujudkan permusuhan nyata dengan membalas dendam

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang bersistematik untuk

mengubah tingkah laku melalui aplikasi pelaziman. Berikut ialah huraian pelbagai teknik

yang sesuai digunakan untuk perlaksanaan program modifikasi tingkah laku murid-murid

di sekolah.

1 Peneguhan

Positif dan peneguhan Negatif

Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli

yang sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh

berupa positif dan negatif.

Peneguhan Positif

Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi

tingkah laku berulang-ulang.

9

Page 10: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang

lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.

2 Denda dan Peneguhan

Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan

erti kata lain ialah mengehentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daraipada

dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu

terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut.

Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau

sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya.

3 Reverse Psychology

Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif

kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan

beralih kepada tingkah laku positif.

4 Shaping

Shaping meupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa

peneguhan diberi secara beransur-ansur.

5 Token Economy

Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan

ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit, markah,

peratus. Kebiasaannya ia digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh bagi

pengukuhan disiplin murid.

6 Kontrak ( Lisan atau Bertulis )

Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara

perjanjian lisan atau bertulis.

7 Kawalan Kendiri

Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri. Ia

dilakukan seperti berikut :-

10

Page 11: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

a) Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan

b) Mengumpulkan data

c) Merancang program tindakan

d) Menilai program

e) Menamatkan Program

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya ada menerangkan beberapa punca tingkah

laku bermasalah seperti di bawah ini juga boleh menyumbang kepada tingkah laku

bermasalah.

1. Masalah Keluarga

Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat kanak-kanak itu tinggal

juga mempunyai pengaruh penting dalam kemajuan pendidikan dan tingkah

laku kanak-kanak. Jika kehidupan kanak-kanak harian di rumah dibaluti atau

dibelenggu masalah keluarga seperti perbalahan, ketiadaan jaminan

keselamatan, sikap ibu bapa yang terlalu kasar, garang , dominan, terlalu

mengongkong atau terlalu memanjakan maka mereka akan membesar di

dalam situasi yang terperangkap di segi emosi dan sosial yang mana ia boleh

membantutkan perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dalam membentuk

tingkah laku sempurna.

2. Pengaruh Rakan Sebaya

Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari

segi perlakuan dan percakapan. Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih

cepat mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak.

3. Pengaruh Media

Media masa turut menyumbang dan memberi kesan terhadap

perkembangan tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mudah terpengaruh

dengan aksi atau lakonan apabila mereka menonton atau membaca .

11

Page 12: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan apa yang mereka lihat sama

ada melalui suratkhabar, televisyen, filem yang dilakonkan oleh pelakon-

pelakon dan meniru aksi apa yang ditonton. ( Bandura, 1986 )

4. Pengaruh Genetik atau Baka

Menurut Teori Roe,minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi

melalui baka genetik. Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak

dapat dikawal sepenuhnya. Teori ini dikemukakan oleh Anne Roe ( 1957 )

dan Siegelman ( 1964 ). Teori ini menyatakan bahawa setiap individu

mempunyai kaedah tertentu di dalam menggunakan tenaga jiwa yang

diwarisinya.

Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada

perlanggaran peraturan di sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-

kali dalam peperiksaan akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar.

Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata

pelajaran tertentu dan guru pula tidak beusaha menarik minat mereka, maka murid-murid

itu akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa saja yang terlintas di dalam hati

mereka.

Mengikut Waller ( 1939 ) asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan

pendapat di antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah kerana masing-

masing mempunyai kemahuan yang berlainan. Hal ini menjadi lebih buruk di sekolah

menengah di mana murid-murid merasa kurang senang apabila terasa dipengaruhi

( Wadd 1973 ).

Gragey ( 1970 ), Maslow dan Rogers ( 1962 ), Boysen ( 1793 ) dan Gordon ( 1974 )

berpendapat bahawa persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan

menimbulkan keadaan tidak berdisplin kerana murid-murid akan menentang kawalan

ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan buruk seperti tidak menghormati guru, tidak

12

Page 13: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

bersopan dan juga menetang guru. Ada juga yang akan berbohong dalam keadaan

kawalan ketat itu.

CONTOH TINGKAH LAKU BERMASALAH

1. Murid yang berkelakuan nakal

Kelakuan nakal melibatkan kepada tingkah laku murid. Nakal merujuk bagaimana

individu itu berkelakuan lincah, tidak duduk diam atau sentiasa melakukan sesuatu

yang tidak menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di sekelilingnya.

Berkelakuan nakal meliputi banyak aspek seperti suka membuat bising di dalam bilik

darjah, murid tidak duduk diam di tempatnya, murid suka berjalan-jalan di dalam

bilik darjah ketika guru tiada di dalam kelas dan menganggu kawan-kawannya yang

lain dan gemar bermain-main semasa proses pembelajaran berlaku.

Murid yang berkelakuan nakal ini lebih banyak memberi kesan kepada kawan-

kawan di dalam kelasnya seperti menggangu proses pengajaran dan pembelajaran ,

mengakibatkan ketidakselesaan di kalangan murid-murid lain di dalam kelas dan

menyukarkan guru mengajar dengan aktif.

Murid-murid yang berkelakuan nakal ini biasanya sudah tidak makan saman

dengan teguran, amaran atau dendaan. Perbuatannya hanya berhenti buat sementara

waktu sahaja apabila didenda , ditegur atau dimarah. Apabila sudah tidak ditegur

atau dimarah atau diingatkan oleh guru, kelakuan murid itu akan kembali kepada

perangai asalnya.

Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah sebagai alasan

daripada dimarahi, didenda atau dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap nakal

di dalam kelas. Tabiat tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau sebab yang kukuh

dianggap melanggar peraturan sekolah dan boleh dikenakan denda.

Burt ( 1953 ), dalam penyelidikannya di London menyatakan lebih dari 11% kes

kemunduran kanak-kanak di sekolah dalam bidang pelajaran adalah disebabkan

kedatangan yang tidak mencukupi atau kedatangan tidak menentu kerana berbagai

sebab.

13

Page 14: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Cara mengatasi tingkahlaku bermasalah murid berkelakuan nakal ini boleh di atasi

menggunakan teori mazhab behavioris.

Guru-guru perlu memberi perhatian serius terhadap murid-murid yang

bermasalah seperti di atas.

Kenal pasti serta selidik faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid

berkelakuan nakal.

Kelakuan mereka hendaklah dipantau dari masa ke semasa. Guru sentiasa

memberi tumpuan terhadap kelakuan murid tersebut agar tidak menganggu

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Guru-guru hendaklah memberi amaran berulangkali agar mereka tidak

mengulangi kesalahan yang dilakukan.

Sekiranya murid berubah kepada tingkah laku positif, guru-guru perlu

mengambil inisiatif memberikan penghargaan terhadap perubahan yang telah

murid lakukan secepat mungkin.

Contoh: Murid tersebut menyalin nota yang diberi oleh guru. Guru harus

memuji perbuatan murid pada waktu ketika itu juga. Ini akan

memberikan peneguhan di dalam diri murid itu. Ia juga dapat

meningkat semangat ingin berubah kerana perubahan tingkah

lakunya mendapat perhatian dari guru.

2. Pengasingan Diri

Murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan

kawan-kawan yang lain. Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan

meletakkan dirinya di satu sudut atau tempat terpencil. Murid yang suka

mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab tertentu seperti keadaan fizikal yang

tidak sempurna, merasai kekurangan dari segi material berbanding rakan-rakan lain,

sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai masalah peribadi

atau dalaman. Kemungkinan, murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok kerana

sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau

14

Page 15: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

bilangan adik beradik yang kecil. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak

berinteraksi.

Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor

masalah keluarga, kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan , kebiasaannya

berwajah murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid sebegini juga kurang

memberi penumpuan atau perhatian di dalam kelas. Murid ini lebih banyak berkhayal

atau mengelamun ketika belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap tidak berminat

langsung untuk belajar.

Tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka mengasingkan diri ini boleh di atasi

menggunakan teori mazhab sosial. Beberapa cara mengatasi tingkah laku bermasalah

tersebut :-

Guru boleh memilih beberapa orang murid yang berkelakuan positif seperti

berdisplin dan cemerlang dalam akademik. Lebih elok jika murid ini terdiri

daripada rakan sebaya mereka di dalam kelas.

Guru boleh menjadikan murid-murid ini sebagai contoh kepada murid-murid yang

bermasalah tingkah laku . Jelaskan apa yang akan mereka perolehi sekiranya

bersikap dan berkelakuan seperti murid-murid contoh . Muird-murid contoh

dijadikan sebagai model.

Guru mesti pandai memainkan peranan agar murid-murid yang bermasalah

tersebut berminat dan berkecenderungan mengikut jejak langkah rakan sebaya

mereka yang baik.

Guru perlu menerangkan apa faedah yang boleh mereka dapat sekiranya mereka

bertingkah laku positif seperti mempunyai peluang masa depan yang cerah,

disayangi oleh ibu bapa, guru dan rakan-rakan dan berpotensi menjadi murid

contoh, dihargai dan disayangi .

Guru perlu memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang bermasalah

berbanding murid-murid lain semasa mengajar di dalam kelas. Guru hendaklah

pandai mencuri tumpuan murid bermasalah agar mereka dapat mengikuti aktiviti

pembelajaran bersam-sama dengan murid-murid lain di dalam kelas.

15

Page 16: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Guru jangan sekali-kali meminggirkan murid yang bermasalah. Guru hendaklah

sentiasa cuba mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan murid tersebut.

Guru juga boleh menggunakan situasi pembelajaran secara berkumpulan atau

berpasangan.

Contohnya: menyoal murid, meminta pendapat atau respon, mendekati murid,

membimbing murid dan memberi semangat jika perlu.

Guru juga boleh memberi peneguhan seperti ganjaran, pujian,

penghargaan,hadiah dan motivasi kepada murid-murid ini agar mereka lebih

berkeyakinan dan bersemangat di atas perubahan tingkah laku mereka.

Dalam konteks bimbingan dan kaunseling, murid-murid yang suka mengasingkan diri

adalah murid-murid yang mempunyai masalah dari segi emosi.

( Suradi Salim , 1996 )

Faktor emosi boleh dikaji meliputi beberapa aspek seperti berikut :-

Kemungkinan berlaku pergaduhan di antara ibu bapa, leteran, perbalahan tentang

perkara kecil di antara murid dengan ibu bapa.

Penceraian atau perpisahan menghadkan keupayaan untuk berusaha dalam

pelajaran

Hubungan yang tidak baik di antara adik beradik dan keluarga

Keadaan keluarga yang sering berpindah randah sehingga murid tidak merasa

selesa dengan perubahan tempat baru

Keadaan situasi tempat tinggal atau rumah kediaman yang tiada keseimbangan

dari segi saiz, kemudahan, bilangan ahli yang terlalu ramai atau kedudukan

kawasan.

Oleh itu, melalui bimbingan dan kaunseling, murid yang suka memencilkan diri

akan dicuba diterokai oleh guru bimbingan seterusnya mengenalpasti punca-punca

masalah atau ketidakselesaan yang sedang dihadapi oleh murid. Guru bimbingan akan

cuba memberi nasihat atau cara mengurangkan ketidakselesaan yang sedang dialami.

16

Page 17: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Ahli-ahli teori pembelajaran seperti Bandura ( 1986 ) yang menyatakan pembelajaran

terhasil melalui proses pemerhatian dan peniruan merupakan bahagian penting dalam

pembelajaran sosial.

Miller dan Dollard ( 1941 ) menyebut ‘tingkah laku kebegantungan sepadan dan

percaya bahawa individu hanya dapat mempelajari gerak balas itu jika ia

memadankan tingkah laku model itu’.

Mowrer ( 1960 ) menyatakan gerak balas model boleh dipelajari oleh seseorang

pemerhati hanya dengan memberikan peneguhan atau ganjaran yang diberikan kepada

model semata-mata. Dalam proses ini peneguhan yang diberikan kepada model dianggap

sebagai ganjaran gantian untuk si pemerhati.

3. Murid yang suka merosakkan harta benda atau vandalisme

Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling

buruk. Antara perlakuan yang sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding

menggunakan objek (pensel, pen atau marker ). Bagi yang tiadak mempunyai peralatan

untuk menconteng, tapak kasut adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang

dinding. Selain itu, tabiat suka mematahkan atau merosakkan pam tandas sekolah juga

semakin berleluasa. Ada juga murid yang mencabut batang paip tandas sekolah. Perkara

yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka merosakkan harta benda ialah

menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas.

Contoh : Ali sering menconteng meja di dalam kelasnya. Kadangkala, dia juga

turut menconteng meja kawan-kawannya yang lain. Perbuatannya

memang tidak disenangi atau disukai oleh kawan-kawannya yang lain di

dalam kelas. Meskipun sudah diberi amaran atau denda oleh Cikgu Dali ,

namun sikap Ali masih tidak berubah.

Bagi murid-murid yang terlibat dalam perbuatan merosakkan harta benda ini

bolehlah dikategorikan dalam tingkah laku melakukan jenayah atau rosak akhlak. Murid-

17

Page 18: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

murid yang terlibat dalam masalah jenayah tidak sesuai lagi dikenakan denda atau

hukuman. Denda bukanlah ubat yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit ini.

Masalah ini perlu diberi tumpuan khusus oleh guru dan pihak sekolah kerana bibit-bibit

jenayah yang diperlihatkan pada peringkat ini jika berlarutan dan dibiarkan ia akan

menjadi barah. Dengan erti kata lain, ia akan menjadi masalah yang lebih besar pada

masa akan datang. Oleh itu, sebaik-baiknya murid-murid yang menunjukkan sikap

sedemikian perlu dirujukkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk

mendapatkan rawatan dan bimbingan yang betul.

Terdapat sesetengah pandangan mengatakan ‘ anak-anak yang baik ‘ ialah

kanak-kanak yang pendiam, pasif, tidak tahu meminta dan hanya bersifat menerima

sahaja. Kanak-kanak yang aktif, lincah, terlalu banyak bercakap atau bertanya, berani

menjawab atau mempersoalkan apa yang dikemukakan adalah dianggap sebagai kanak-

kanak nakal, tidak berdisiplin atau dianggap kurang ajar dan biadap.

Keadaan ini berlanjutan sehingga mereka masuk ke sekolah rendah, menengah,

universiti dan seterusnya dewasa. Pada keseluruhannya, orang kita lebih bersikap

pemerhati sebagai reactionist dan bukannya actionist, tidakberani mengemuka pendapat

kerana jiwanya yang kerdil itu tidak membenarkannya berbuat demikian. Mereka dididik

untuk tunduk, menerima dan patuh kerana kalau ada tingkah laku yang sebaliknya

mereka akan dicemuh, dicaci, dikeji atau didenda.

Ahli-ahli penyelidik telah dapat menentukan bahawa pada umumnya kanak-kanak

yang rosak akhlak bencikan sekolah, kehadirannya ke sekolah tidak tetap, lemah dalam

pencapaian akademik dan lebih cenderung tercicir dalam sistem persekolahan.

Kebanyakan kanak-kanak rosak akhlak lekas marah, cepat tersinggung perasaan dan

bermusuhan terhadap rakan-rakan persekolahan.

Menurut Arther Johnson ( 1988 ) yang telah membuat kajian yang meluas mengenai

perhubungan sekolah dan jenayah kanak-kanak menyatakan bahawa “ Tidak ragu-ragu

18

Page 19: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

lagi bahawa corak permulaan penjenayahan kanak-kanak bersangkutan dengan kanak-

kanak itu sendiri.

Dalam kajian Horley dan Bronner mendapati 40% dari contoh kanak-kanak rosak akhlak

sangat bencikan sekolah . Maka mereka bertindak merosakkan apa saja benda yang

terdapat di sekolah.

Mengikut Sheldon dan Elemor Glueck membandingkan kanak-kanak rosak akhlak

dengan yang tidak melaporkan 88.5% dari kanak-kanak rosak akhlak dan hanya 34.1%

dari kumpulan terkawal yang benci atau bersikap tidak acuh dengan sekolah. Beliau

menjelaskan murid-murid rosak akhlak mempunyai cirri-ciri seperti tidak berminat

belajar, benci pada peraturan, kurang minat terhadap sekolah.

Abdullah Salleh ( 1979 ) dalam kajiannya menyatakan sebab-sebab murid melakukan

‘vandalism‘. Di antaranya ialah mahu membalas dendan terhadap sekolah, suka melihat

benda itu hancur, hendak menunjukkan kekuatan atau kelebihan, dan keadaan terbiar

tanpa pengurusan dari guru semasa di dalam bilik darjah.

Cara mengatasi tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka merosakkan harta benda

dengan menggunakan teori mazhab behavioris.

Kenalpasti tingkah laku bermasalah murid. Dalam kes ini, murid suka

menconteng mejanya dan meja kawan-kawannya di dalam kelas.

Murid bermasalah dirujuk kepada Guru Bimbingan. Guru bimbingan akan

menerokai masalah dan murid diberikan bimbingan.

Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menentukan matlamat bimbingan : Murid

mengurangkan sikap suka menconteng di atas meja kepada di dalam buku atau

kertas. Menghargai barang kepunyaan sendiri dan hak milik orang lain.

Guru bimbingan memberikan nasihat atau kata-kata perangsang yang boleh

membawa kepada perubahan tingkah laku.

19

Page 20: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Murid diingatkan, dinasihati berulang kali serta dilatih dan diajar mengamalkan

sikap-sikap positif. Murid dibimbing oleh guru supaya mengurangkan atau

membuang perangai atau tabiat buruk suka menconteng meja di dalam kelas.

Guru membimbing murid dan memberikan perbezaan sikap dari awal kedatangan

ke bilik bimbingan sehingga pada hari berikutnya. Guru cuba menjelaskan

perubahan sikap murid agar murid dapat merasai atau mendapat gambaran

perubahan tingkah lakunya.

Peneguhan positif diberikan secara terus sekiranya murid sudah mula berubah dan

mencapai matlamat yang diinginkan.

5. Murid Pintar Cergas

Ramai di antara kita yang tidak tahu apakah tanda-tanda yang perlu diketahui

mengenai kanak-kanak pintar cerdas. Ada yang menggangap kita tahu, tetapi penilaian

kita sering cetek seperti bijak bercakap, penilaian berasaskan hobi atau penilaian

berasaskan rupa paras. Akibatnya, bakat-bakat kanak-kanak pintar yang sememangnya

mempunyai bakat luar biasa tidak dapat diperkembangkan sepenuhnya.

Menurut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan adalah penting untuk kita ketahui bahawa

tiada satu pun tanda set sifat yang umum atau biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak

pintar cerdas. Seperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal,

personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain.

Mengikut kajian yang dilakukan,terdapat 30 cara mengenal pasti murid-murid pintar

cerdas di dalam kelas melalui senarai semak kepintarcerdasan. Antaranya ialah :-

1. Mula berjalan dan bercakap lebih awal dari kanak-kanak biasa. Semasa kecil lagi

sudah menunjukkan kebolehan menyusun perkataan dan frasa yang bermakna.

2. Mungkin lebih besar, lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya

dan dalam ukuran tertentu mereka biasanya adalah luar biasa seperti ukuran dada,

kekuatan otot dan perkembangan paru-paru.

20

Page 21: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

3. Boleh menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan gaya, tidak semestinya di

hadapan pelawat yang datang ke rumah atau penonton. Gaya diri yang luar biasa

mungkin satu dari tanda luar biasa kanak-kanak pintar cerdas.

4. Menunjukkan minat pada masa lebih awal. Bercakap mengenai masa seperti

semalam, hari esok, hari ini, hari-hari dalam seminggu, waktu ini dan waktu itu,

kalender dan jam pada peringkat umur yang awal. Ini menunjukkan kesedaran pada

dirinya berkaitan dengan masa.

5. Menpunyai berbagai minat dan sikap spontan, disaingi dan perasaan ingin tahu dari

segi intelek yang luas dan cepat berkembang.

6. Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki alam persekolahan. Kanak-

kanak itu dikatakan telah mempunyai minat membaca yang lebih awal. Mempunyai

kebolehan membaca yang tinggi berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan

dirinya.

7. Mengumpul benda-benda dengan teratur seperti mengumpul benda dari spesis yang

sama ( burung, setem, bahan kimia, kenderaan, bunga). Biasanya koleksi dari bahan

yang canggih atau saintifik.

8. Mempunyai hobi yang lebih banyak berbanding kanak-kanak lain.

9. Dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah, hanya memerlukan sedikit

penerangan dari guru dan sedikit penerangan dari guru. Mempunyai sifat tidak sabar

mendapatkan latih tubi dari guru dan pandai menggunakan masa dengan berfaedah.

10. Boleh menyesuaikan apa yang dipelajari dengan menggunakan situasi lain.

Pemindahan idea datang dengan begitu pantas sekali.

Elizabeth Drews ( 1961 ), salah seorang penyelidik terkenal tentang kanak-kanak pintar

cerdas pernah menyatakan “ It’s immoral to squander a child’s time on what he really

knows “ (adalah tidak bermoral untuk membazirkan masa kanak-kanak dengan memaksa

mereka mempelajari apa yang mereka sudah tahu ) kerana kecerdasan mereka telah

menguasai apa yang kanak-kanak lain sedang bersusah payah untuk mempelajari.

Seorang lagi pakar dalam bidang ini mengatakan “There is nothing so unequal as the

equal treatment of unequals “ ( Borlond, 1989 ). Equal tidak semestinya sama tetapi

21

Page 22: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

itulah yang sering diamalkan dalam bilik darjah apabila murid pintar cerdas dipaksa

mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan murid-murid lain

sedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia

maju ke hadapan, menaiki tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatau yang baru

dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam bilik darjahnya. dipaksa

mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan murid-murid lain

sedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia

maju ke hadapan, menaiki tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatu yang baru

dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam bilik darjahnya.

Kata-kata George Bernard Shaw ( 1965 ) mungkin sesuai disebut di sini “ Take to get

what you like or you will be forced to like what you get “ yang bermaksud kita perlu

berusaha atau melakukan sesuatu untuk mendapat apa yang kita suka kerana kalau tidak

kita terpaksa menyukai apa yang diberikan kepada kita . Ini menunjukkan bagaimana

murid pintar cerdas terpaksa menerima apa saja dalam situasi pembelajaran mereka.

Sememangnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru-guru

memang ingin murid-muridnya sentiasa pintar dan cerdas. Namun di dalam situasi bilik

darjah yang terdiri daripada pelbagai jenis kebolehan murid , murid pintar cergas ini

boleh menganggu situasi pembelajaran di dalam kelas.

Contoh: Alin merupakan murid pintar cerdas di dalam kelasnya. Alin selalu

mendahului kawan-kawannya dari segi menjawab soalan, membuat

latihan, menyiapkan tugasan dan melibatkan diri secara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Apa yang pasti, sememangnya sukar juga juga mengawal tindak tanduknya di

dalam kelas yang selalu jauh ke depan meninggalkan kawan-kawannya yang lemah atau

sederhana.

22

Page 23: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Cara mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas dengan menggunakan teori

mazhab sosial :-

Guru menjadikan murid pintar cerdas sebagai model.

Guru menjelaskan mengapa ia boleh menjadi model atau contoh kepada kawan-

kawannya yang lain di dalam kelas

Guru tonjolkan sikap-sikap positif murid seperti rajin mengulangkaji pelajaran di

rumah, mencuba menjawab pelbagai bentuk soalan, siakp berani bertanya

sekiranya tidak faham atau tidak tahu

Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid

contoh.

Guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik minat murid-murid lain di

dalam kelas supaya berinisiatif untuk berubah seperti memberi hadiah kepada

murid contoh. Maka jika ada di kalangan murid-murid lain di dalam kelas boleh

menunjukkan kebolehan seperti murid contoh; murid tersebut akan menerima

hadiah serupa seperti murid contoh. Ini akan memberangsangkan murid-murid

lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih baik.

Guru hendaklah sentiasa memberi galakan kepada murid-murid supaya sentiasa

bersedia dalam pembelajaran.

Seperti murid-murid lain, murid pintar cerdas juga memerlukan tiga perkara iaitu

kasih sayang, pencapaian dan aspirasi. Pertolongan dari ibu bapa juga diperlukan

bukan hanya dari guru semasa di sekolah.

Mengikut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan terdapat beberapa objektif bimbingan dan

kaunseling bagi murid pintar cerdas seperti berikut :-

1. Menbantunya mengenal dan menerima kebolehan dan kekurangan dirinya dan

menyedari bahawa kelebihan yang ada pada dirinya mungkin tidak pada semua

aktiviti atau perkara.

2. Menghormati kebolehan orang lain dan menerima kekurangan orang lain

3. Membentuk matlamat pendidikan, kerjaya, sosial, bakat, emosi selaras dengan

kebolehan, bakat dan minat.

4. Penyediaan dan pemberian pengalaman ke arah aktiviti yang membawa kesimbangan.

23

Page 24: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

5. Pemberian bantuan dan pertolongan kepada mereka mengambil bahagian dengan

murid lain.

6. Mengenal akan perlunya empati, menghormati dan menerima individu lain dengan

sifat dan kebolehan mereka.

7. Menunjukkan di mana sumber-sumber yang boleh membantu mereka memenuhi

keperluan hidup mereka.

8. Mengembangkan sifat dan sikap bertanggungjawab terhadap orang lain berasaskan

sifat-sifat keistimewaan dan bakat semulajadi seseorang.

9. Memelihara hak setiap individu untuk membuat keputusan pendidikan

10. Memberi bantuan dalam menganalisis masalah peribadi dan pelajaran.

Kesemua objektif di atas adalah untuk menghasilkan kemajuan murid pintar

cerdas dari segi akademik serta melayan mereka agar rasa gembira memiliki kelebihan

sendiri tanpa memandang rendah terhadap kebolehan murid-murid yang sebaya

dengannya yang mungkin memiliki kekurangan berbanding kebolehan yang ada pada

dirinya.

6. Murid Ingin Tahu

Murid ini mempunyai sikap ingin tahu yang amat tinggi dari perkara besar hingga

sehalus kuman. Guru pun boleh lemas dan letih menjawab pertanyaan murid yang

mempunyai sikap ingin tahu yang terlalu tinggi. Adakalanya soalan yang dikemukakan

tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran. Tetapi perasaan ingin tahu lebih mendalam

tentang topik yang dibincangkan sehingga boleh merimaskan guru untuk menjawabnya.

Murid-murid lain di dalam kelas hanya termanggu-mangu menanti jawapan dari guru.

Sedikit sebanyak sikap murid sebegini boleh mengganggu proses pembelajaran di dalam

kelas.

Contohnya :

Cikgu Ani : Murid-murid, ini adalah gambar bunga raya. Nampak tak apa warna

bunga raya?

Murid-murid : Nampak cikgu. Warna merah. ( murid-murid menjawab ….. )

24

Page 25: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Amirul :Cikgu, mengapa bunga raya mesti berwarna merah? Ada tak bunga raya

berwarna lain. Apakah kelebihan warna merah berbanding warna lain ?

Cikgu Ani : Oh… sememangnya bunga raya ada memounyai warna lain seperti…….

( Cikgu Ani menjwab soalan yang dikemukakan oleh Amirul ). Kemudian

Amirul bertanya beberapa soalan lagi kepada Cikgu Ani sehingga masa

pembelajaran tamat sebelum Cikgu Ani sempat memberi kesimpulan topik

perbincangan kelas pada hari itu .

Teori behavioris melalui modifikasi tingkah laku pengurusan diri boleh digunakan bagi

murid yang mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi:-

Murid hendaklah tahu matlamat yang hendak dicapai atau kenalpasti soalan yang

dia ingin tahu mengenai jawapannya

Murid berusaha mencuba mendapatkan jawapan sendiri selain dari guru.

Murid kemudian membuat semakan atau rujukan sama ada jawapan yang dicari

adalah betul atau tidak. Sekiranya tidak yakin, murid boleh bertanya guru untuk

kepastian.

Murid dapat menilai kebolehan diri dan mencapai kepuasan.

Guru hanya bertindak sebagai pakar rujuk atau pemerhati.

Murid boleh mengulangi tingkah lakunya berulang ulang sehingga ia mencapai

tahap keberkesanan guru dan murid

DISIPLIN ASERTIF CANTER

Disiplin Asertif merupakan sesuatu pendekatan sistematik dan berstruktur untuk

membantu pendidik atau guru yang mengelola alam belajar dan bilik darjah. Disiplin

asertif adalah diusulkan oleh Lee dan Marlene Canter apabila mereka mendapati ramai

guru kurang berdaya mengawal tingkah laku yang tidak diingini berlaku dalam bilik

darjah. Dengan adanya disiplin asertif ini, pendekatan disiplin autoratif yang diutamakan

dalam 1970-an telah beransur-ansur digantikan dengan pendekatan disiplin asertif yang

merupakan disiplin yang lebih demokratik dan koperatif.

25

Page 26: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Falsafah disiplin asertif adalah berlandaskan kepada kepentingan pematuhan

muris membentuk alam belajar yang kondusif serta berkesan dalam pembelajaran

mereka. Untuk mencapai matlamat ini, guru harus bertindak secara asertif dan bukan

secara agresif atau bukan asertif.

CIRI-CIRI DISIPLIN ASERTIF

Mempunyai peraturan bilik darjah di mana guru boleh memberi arahan yang tegas,

jelas dan ringkas

Pandangan guru asertif terhadap murid adala bukan musuh dan tidak menggunakan

stail kasar, menyindir ataupun bermusuhan

Guru tidak bertindak secara pasiffff, bukan konsisten dan bukan diretif

Guru asertif percaya bilik darjah di bawah kawalan guru yang tegas adalah yang

terbaik.

Membina hubungan positif dan boleh dipercayai dengan murid-muridnya.

Memupuk tingkah laku yang sesuai dalam bilik darjah

Interaksi di antara guru dengan murid adalah positif dan secara terhormat

Mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid

Tindakan diambil secara secara terhormat terhadap tingkah laku yang tidak diingini

berlaku.

Melayani setiap individu secara adil dan saksama

CARA APLIKASI DISIPLIN ASERTIF

Jangan layan sebab yang diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini.

26

Page 27: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Tentukan peraturan yang guru hendak melaksanakannya dalam bilik darjah

Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah

Jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi

ketegangan.

Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif

atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.

Mengorganisasi suatu perjumpaan dengan murid-murid dan menjelaskan

keperluannya peraturan bilik darjah dipatuhi.

Boleh menyuruh murid menyalin peraturan bilik darjah dan kemudian menyuruh

mereka membawa balik rumah untuk ditandatangani oleh ibu bapa mereka

Merancang program latihan asertif dan melaksanakannya dengan secepat yang

mungkin

Memahirkan diri dengan teknik asertif iaitu:

apabila tingkah laku yang tidak diingini berlaku, ambil tindakan mengikut

peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan dengan serta merta

mengenal pasti sebab atau punca berlakunya dan memberi respons

dengan tingkah laku yang sesuai.

belajar menggunakan teknik memecah rekod dengan mengulang arahan dua

atau tiga kali sehingga murid-murid mematuhi arahan guru

belajar mengaplikasi teknik ulangan positif yang merupakan cara mengulangi

peraturan supaya semua murid mengetahui apa yang patut dilakukan

Menggunakan pujian kedekatan dengan memuji murid yang terdekat dengan

rakan sedarjah yang bertingkah laku buruk

27

Page 28: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Sekiranya murid baru tidak mengetahui tingkah laku bilik darjah yang

diingini, mengajar mereka dengan peraturan bilik darjah atau melalui main

peranan untuk menggalakkan tingkah laku yang bertanggungjawab.

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi Tingkah Laku Melalui Ubahsuaian Dalaman / Kendiri

Ubahsuaian dalaman ini boleh diuruskan melalui dua cara iaitupengurusan diri

dan pengubahsuaian kognitif

Modifikasi Tingkah Laku Melalui Pengurusan Diri

Menurut Rogers, penilaian pelajar sendiri lebih berkesan daripada penilaian orang

lain. Keberkesanan pembelajaran bergantung kepada pembelajaran diri sendiri dan y ang

penting sekali, pelajar harus menguasai kemahiran belajar ( learn to learn ).

Maka, tanggungjawab dan pengurusan diri untuk kemajuan diri sendiri bergantung

kepada usaha diri sendiri. Sehubungan ini, mengubah tingkah laku negatif kepada positif

bergantung kepada usaha sendiri dan bukan sebaliknya iaitu bukan daripada usaha orang

lain, ia tidak akan Berjaya. Modifikasi tingkah laku pengurusan diri meliputi langkah-

langkah seperti berikut:

• Menetapkan matlamat yang hendak dicapai oleh pelajar sendiri

• Pelajar berusaha mengubah tingkah laku sendiri

• Pelajar sendiri menilai kemajuan kendiri atau pencapaiannya dengan

menggunakan senarai semak dan carta

• Berdasarkan maklum balas daripada hasil penilaian, mengambil tindakan

susulan untuk memperrbaiki tingkah laku yang telah diubah suai.

28

Page 29: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Langkah-langkah modifikasi tingkah laku yang telah diuabhsuai adalah serupa

dengan proses peneguhan diri yang diutarakan oleh Bandura. Proses peneguhan diri yang

bergantung kepada motivasi intrinsik merangkumi pemerhatian, menetapkan piawai

tingkah laku diri, mengubah tingkah laku, menilai diri, memperoleh diri, kepuasannya

peneguhan diri.

Mengikut Bandura juga, peneguhan diri memerlukan konsep kendiri positif serta

kemahiran manipulasi diri (self regulation ) untuk mencapai piawai tingkahh laku yang

ditetapkannya.

Modifikasi Tingkah Laku Kognitif (Arahan Kendiri)

Menurut Meichenbaum :-

Modifikasi tingkah laku melalui pengubahsuaian kognitif, merujuk kepada

sesuatu kaedah yang menggunakan konsep arahan kendiri untuk mengubah tingkah laku

melalui pemikiran dan percakapan kendiri. Langkah-langkah dalam ubahsuaian dalaman

tingkah laku kognitif merangkumi :

• Permodelan Kognitif – seorang guru melakukan sesuatu tugasan sambbil member

arahan secara lisan

• Bimbingan Luaran – pelajar melakukan tugasan yang sama di bawah bimbingan guru

• Bimbingan kendiri (nyata) – pelajar melakukan tugasan yang samamelalui arahan

kendiri secara lisan

• Bimbingan kendiri (tidak nyata) – pelajar membisik arahansendiri

sambilmenghabiskan tugasan.

• Arahan diri terselindung - pelajar melakukan tugasan secara membimbing kendiri

melalui percakapan kendiri.

Modifikasi Tingkah Laku Melalui Ubahsuaian Luaran (Modelling)

Modifikasi tingkah laku bermasalah juga boleh dilaksanakan melalui ubahsuaian

luaran, iaitu melalui proses permodelan (modelling) . Ia merujuk kepada peniruan melaui

29

Page 30: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

pemerhatian tingkah laku seorang model yang disanjungi dan secara tidak langsung

mengubah tingkah lakunya.

Teori Permodelan Bandura (1963) berkaitan rapat dengan modifikasi tingkah laku

melalui ubahsuaian luaran. Bandura mengemukakan teori pemerhatian untuk

menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Teori ini

juga dikenali sebagai teori peniruan atau teori permodelan

CIRI-CIRI TEORI PERMODELAN BANDURA

Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan

Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan

Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai

modelnya dan dapat menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan

peneguhan yang berpatutan

Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan

tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Implikasi Teori Permodelan Bandura

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai melalui beberapa cara seperti

berikut:

Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar menjadi role model yang

gemar dicontohi oleh pelajar.

Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar membolehkan pelajar

menirunya dengan mudah dan cepat.

Hasilan guru atau contoh-contoh seperti kraf tangan, senilukis, karangan dan

sebagainya yang ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi.

30

Page 31: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Guru juga boleh gunakan pelajar cemerlang menjadi role model untuk membuat

demonstrasi dalam kelas atau di luarbilik darjah

Guru boleh mengajar nilai murni daripada watak-watak bersejarah dengan

menggunakan teknik main peranan dan simulasi.

Meminta kerjasama ibu bapa supaya anak mereka dilarang menonton tayangan

gambar berunsur keganasan .

Modifikasi Tingkah Laku Melalui Proses Pembiasan (Fizikal, Mental, Emosi

dan Sosial)

Proses pembiasaan ini adalah berdasarkan Teori Perlaziman Operan Skinner (1953)

yang mengemukakan beberapa rumusan tentang pembelajaran manusia seperti berikut:

Pembelajaran berlaku melalui pelaziman

Peneguhan positif ialah rangsangan penting untuk menambahkan kebarangkalian

gerak balas pelajar

Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan

mengulangi tingkah laku operan yang diingini

Konsep diskriminasi dalam proses pembelajaran adalah penting untuk mencapai

kejayaan

Untuk menjayakan proses pembiasaan ini, iaitu mengubah tingkah laku pelajar yang

tidak diingini, peneguhan positif hendaklah diberi dari semasa ke semasa.

Mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditonjolkan oleh pelajar dalam bilik

darjah

Menetapkan matlamat tahap pencapaian tingkah laku yang dikehendaki

Memilih dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk memodifikasikan

tingkah laku yang dikenal pasti.

31

Page 32: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Peneguhan positif hanya diberi selepas perubahan tingkah laku negatif kepada

positif.

Guru hendaklah memastikan tidak memberi sebarang peneguhan langsung sekiranya

pelajar masih menonjolkan tingkah laku yang tidak diingini dan melalui proses

penghapusan ini, lama kelamaan, tingkah laku negatif akan lenyap sama sekali.

IMPLIKASI MODIFIKASI TINGKAH LAKU TERHADAP PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Modifikasi tingkah laku membantu pelajar mengubah tingkah laku negatif dan

seterusnya

melicinkan proses P & P.

Meningkatkan prestasi dan pencapaian serta keberkesanan aktiviti pembelajaran

pelajar.

Membentuk tingkah laku yang positif dari aspek fizikal, mental, emosi dan

sosial.

Melalui ubahsuaian kendiri, ia dapat meningkatkan motivasi kendiri serta

disiplin arahan diri.

Melalui proses permodelan, dalaman atau pembiasaan , ia akan dapat membentuk

pelajar yang berilmu pengetahuan, cinta membaca serta berakhlak mulia.

32

Page 33: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH

Model pengurusan bilik darjah adalah pengorkestraan kehidupan bilik darjah dengan

merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusau atur persekitaran

untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar dan menjangka

kemungkinan masalah.

Model Disiplin Positif, diasaskan oleh Jones 1987. Menurut beliau masalah dalam

kelas berpunca daripada murid yang tidak membuat tugasan. Hampir 50% daripada masa

pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan mengatasi masalah ini sahaja. Cara yang

dicadangkan ole Jones untuk mengatasi masalah ini, adalah dengan 4 cara, iaitu dengan

stuktur bilik darjah, tetapkan batasan melalui bahasa badan, sistem insentif dan dengan

bantuan yang berkesan.

i.Struktur bilik darjah

Dalam kaedah ini, jarak di antara murid dan guru diminimumkan. Ini adalah untuk

membolekan guru boleh bergerak pantas ke kawasan bermasalah. Peraturan kelas juga

diwujudkan supaya mendisiplin pelajar serta mengajar pelajar asas mengapa peraturan itu

penting dan harus diikuti. Di sini, tugasan kelas juga disediakan untuk meningkatkan

semangat kekitaan dan semangat tanggungjawab antara pelajar dipupuk dan

diperkembangkan. Selain daripada itu, “ bell activity’’ juga disediakan untuk pelajar. Ia

adalah aktiviti yang berkait dengan objektif. Contohnya memberikan silangkata , teka

teki dan sebagainya setibanya pelajar di kelas.

CARA MENGAPLIKASIKAN KAEDAH INI DALAM MENANGANI MASALAH

TINGKAHLAKU

Kebolehan Istimewa “ gifted’’ (masalah tingkah laku positif)

Biasanya pelajar yang berkebolehan istimewa akan menunjukkan aksi yang hiperaktif

dalam kelas pada waktu pengajaran dan pembelajaran. Mereka suka bertanya soalan yang

banyak dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Ini secara tidak langsung akan

menggangu waktu pengajaran di kelas, keadaan ini kan menjadi lebih teruk sekiranya

33

Page 34: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

pelajar yang berkebolehan positif ini duduk sekumpulan antara sama kebolehan. Untuk

mengatasi masalah ini, guru boleh mengasingkan tempat duduk mereka. Pelajar “gifted’’

boleh ditempatkan di sebelah pelajar yang kurang pintar, dengan cara ini mereka boleh

kongsi idea dan membantu pelajar yang kurang pintar dan tumpuan mereka tidaklah

hanya menanyakan soalan kepada guru semata-semata.

“Disruptive’’ ( masalah tingkah laku negatif)

Pelajar discruptive suka menganggu kelas dengan membuat, nakal dan menggangu

pelajar yang lain. Untuk mengatasi masalah ini, guru boleh menempatkan mereka di

depan sekali dalam bilik darjah. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk bising dan

menganggu pelajar lain kerana duduk di depan kelas iaitu berhampiran dengan meja guru

dan pemerhatian guru. Peraturan yang diwujudkan di kelas juga akan membuatkan

pelajar segolongan ini, menjadi lebih berdisiplin dan menjadi seseorang yang

bertanggungjawab. Guru juga boleh mengadakan “bell activity” untuk mereka seperti

berucap di depan kelas untuk menambahkan rasa keyakinan diri mereka.

ii.Bahasa badan

Bahasa badan merupakan suatu bentuk ekspresi seseorang yang terpamer bukan daripada

mulut tetapi ia adalah suatu bentuk komunikasi bukan suara. Dengan lebih tepat, ia

adalah kenyataan perilaku badan seseorang secara gesture bagi menterjemahkan suatu

makna yang tersendiri dan banyak melibatkan pergerakan mata dan tangan. Menurut

Jones, 90% daripada masalah disiplin dapat dikawal dengan penggunaan bahasa badan.

Ini juga akan memastikan murid membuat tugasannya dan menumpukan perhatian

mereka sepenuhnya. Contoh bahasa badan yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti

merapati murid, “eye contect’’, badan menghampiri murid, dan memek muka.

CARA MENGAPLIKASIKAN KAEDAH INI DALAM MENANGANI MASALAH

TINGKAHLAKU

Kebolehan Istimewa “ gifted’’ (masalah tingkah laku positif)

34

Page 35: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Guru boleh menghampiri pelajar yang berkebolehan istimewa apabila mereka , hiperaktif

sampai menganggu ketenteraman kelas. Menunjukkan memek muka yang tegas supaya

mereka tidak berkelakuan sedemikian. Dengan ini, keadaan kelas dapat dikawal.

“Disruptive’’ ( masalah tingkah laku negatif)

Bagi menangani pelajar discruptive pula, guru boleh memberikann mereka pujian apabila

mereka dapat menjawab sesuatu soalan dengan tepat atau cuba menjawab sesuatu soalan.

Contohnya “tumbs-up” ini akan menambahkan keyakinan diri mereka. Guru juga

menunjukkan prihatin mereka terhadap pelajar seperti kerana didapati salah satu punca

mereka berkelakuan sedemikian adalah kerana kekurangan kasih sayang.

iii.Sistem insentif

Sistem insentif adalah sistem ganjaran yang digunakan untuk menggalakkan murid

mengikut kemahiran guru. Contoh sistem insentif adalah memberikan masa sendiri

kepada pelajar semasa berada dalam kelas. Pada masa ini, mereka boleh melakukan

aktiviti yang digemari dan juga yang bersesuaian dengan pendidikan. Contohnya ialah

baca sendiri, permainan bercorak pendidikan antaranya ialah saidina, ‘scrabble’ dan

sebagainya. Guru boleh mengurangkan masa yang diberikan seperti ini apabila murid

tidak kelakuan baik.

CARA MENGAPLIKASIKAN KAEDAH INI DALAM MENANGANI MASALAH

TINGKAHLAKU

“Disruptive’’ ( masalah tingkah laku negatif)

Guru boleh mengurangkan dan berhenti terus mengaplikasikan sistem insentif ini,

apabila pelajar tidak berkelakuan baik adan tidak mematuhi peraturan dan disiplin

sekolah. Langkan ini, akan membuatkan mereka menyesal dengan tindakan mereka dan

mengubah tingkah laku mereka. Ini adalah kerana sistem insentif memberikan peluang

kepada pelajar-pelajar ini untuk menggunakan masa dalam kelas dengan aktiviti yang

menyeronokkan yang berunsur pendidikan dengan rakan sebaya mereka.

iv.Bantuan berkesan

35

Page 36: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Dalam kaedah ini, guru disarankan supaya mengagihkan masa dengan cekap supaya

dapat membantu hampir semua anak muridnya dalam sesebuah kelas. Disini, guru tidak

boleh terlalu lama membantu satu-satu pelajar sehingga meninggalkan pelajar yang lain.

Bantuan yang diberikan kepada setiap pelajar adalah hanya antara 10- 20 saat sahaja.

Dengan cara ini, semua murid dapat menikmati bantuan dan pemerhatian guru dengan

saksama.

CARA MENGAPLIKASIKAN KAEDAH INI DALAM MENANGANI MASALAH

TINGKAHLAKU

“Disruptive’’ ( masalah tingkah laku negatif)

Guru boleh bagi tumpuan lebih kepada pelajar “discruptive’’ beranding dengan pelajar

biasa. Ini adalah kerana, kalau bantuan yang cekap dan berkesan diberikan disalurkan

kepada pelajar golongan ini supaya masalah tingkahlaku mereka dapat dikawal.

PENUTUP

Kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan

keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku

bermasalah. Kelas yang terlalu ramai, alat kelengkapan yang tidak

mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak teraputik, alat bantu

mengajar yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah

yang tidak sempurna dari segi kemudahan asas. Kesemuanya ini

boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu kelancaran

perjalanan kelas.

Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh

terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang

strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku

bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah.

36

Page 37: PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian

Tingkah laku Bermasalah

Sebagai ibu bapa, kita mestilah menjaga keselamatan dan jaminan kehidupan

sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa mesti memberikan kasih sayang dan perhatian

selain dari wang ringgit dan keperluan asas mereka.

Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan kepada anak-anak untuk

memilih apa yang mereka suka, mendengar penjelasan dan pendapat serta memberi

sokongan tentang perkara-perkara yang mereka minati. Ibu bapa juga perlu mengamalkan

sikap memberi ganjaran atau peneguhan setiap kali anak-anak berjaya. Sentiasa memberi

galakan dan motivasi.

Oleh demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak

dan teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang

berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

37