PENGENALAN SEMANTIK

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengenalan Semantik Makna

Citation preview

1. PENGENALAN SEMANTIK2. Bidang makna atau semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Bahagian yang menyelidiki panduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta isinya. DEFINISI SEMANTIK3. R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Firth (1944) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata makna memberi erti maksud atau erti.4. Hashim Musa, Ong Chin Guan (1998). Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna significant iaitu penting atau bererti; sema juga beerti tanda atau lambang Nik Safiah Karim (2001) Semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa. J.W.M Verhaar (1996:13) ~ semantik adalah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna5. HAKIKAT BERMAKNA Abu Bakar Hamid (1967:160-165) dlm. Abdullah Yusof (2009:14) makna memainkan peranan yang penting dalam pemakaian bahasa. Tanpa makna, sesuatu tutur itu tidak akan dapat difahami dan tidak berguna. Awang Had Salleh (1959:633-640) dlm. Abdullah Yusof (2009: 15) ~ makna ialah suatu hal yang luas. Makna mempunyai hubungan langsung dengan otak si penutur.6. Bidang kajian makna dalam linguistik mengikut Schaff (1962:8) dlm. Hashim Bin Musa (1998:3) tertumpu kepada dua perkara utama. kaitan antara pernyataan bahasa dengan maknanya. perubahan makna, sebab-sebab perubahan makna, dan sejarah makna itu sendiri. De Saussure pula mengatakan bahawa konsep makna dalam bahasa tidak dapat dipisahkan daripada konsep lambang dan bahasa itu sendiri.7. Makna & Simbol Eugene A. Nida (1996:8) dlm. Abdullah Yusof (2009:15) ~ makna simbol-simbol lisan dianggap sebagai suatu atribut atau ciri hakiki yang dimiliki oleh kata. Hashim Bin Musa ~ lambang bahasa adalah satu keseluruhan ciri akliah atau psikik yang mempunyai dua aspek, iaitu lambang bunyi dan makna.8. Ainon Ahmad (1994:48) dlm. Abdullah Yusof (2009:16), perkataan-perkataan yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu dinamakan sebagai lambang. lambang ~ satu jenis kod pada kumpulan objek yang dinamakan pula sebagai isyarat tiga jenis lambang ~iaitu indeks, ikon, dan konvensi.9. ABSTRAK & KONKRIT Perkataan yang jelas maknanya itu disebut sebagai makna denotatif ataupun konkrit. Perkataan yang memerlukan yang mendalam pula disebut sebagai membawa makna kabur (taksa) ataupun abstrak. Empat jenis makna abstrak ~ kekaburan rujukan, ketidakpastian makna, kurang ketentuan makna, dan pertentangan makna.10. KETAKSAAN MAKNA Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari (2009), ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Darwis Harahap (1994) pula, taksa ialah ayat yang tidak pasti maknanya. Burung hinggap di ranting pokok. Burung itu hinggap di atas pokok. Burung itu terbang di atas pokok.11. kekaburan rujukan - contoh hutan dan belukar. maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. hutan lebih besar dari belukar. ketidakpastian makna - makna item jelas kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa inggeris. kurang ketentuan makna - pengertian makna tidak jelas. secara umum sahaja. contoh: dia pergi ke taman. Pertentangan makna - makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berlainan.12. faktor berlakunya ketaksaan makna berlaku akibat hubungan makna dengan alam. ketaksaan leksikel (homonim, polisemi) contoh : di rumah Pak Zulnizam ada jambangan-jambangan bunga yang sedang mekar. kekaburan mengenai bunga (sama ada bunga betul atau anak gadis) cara mengatasi ketaksaan makna konteks - penggunaan ayat dan konteks penggunaannya.13. JENIS-JENIS MAKNA Makna Denotatif makna sebenar, makna asal, makna mutlak, makna dasar Makna Konotatif makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, sama ada positif atau negatif. contoh perkataan: wanita dan perempuan. babi dan khinzir Makna Konseptual konsep makna - menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran14. Makna Leksikal melibatkan leksikal, leksikofrafi, leksikologi dan leksikon leksikal - bukan perkataan sesuatu bahasa. makna sesuatu perkataan itu sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam ayat leksikograf - penyusun kamus leksikologi - kajian tentang makna dan penggunaan perkataan leksikon - kamus semantik leksikal - dilihat sebagai sifat kata fonologi leksikal - corak nada atau intonasi sesuatu kata itu dilafazkan kata kerja leksikal - perbuatan atau bukan perbuatan15. Makna Etimologis bidang yang mencari maklumat mengenai bahasa- bahasa yang sudah lama bagi mendapatkan maklumat secara langsung mengenai bahasa tersebut seperti tulisan untuk diketahui. prinsip etimologis - masalah bentuk dan makna menjelaskan perkembangan kata merangkumi asal usul semua kata dalam sesuatu bahasa pasangan kata dalam satu bahasa yang berasal dari sumber yang sama memberi pengertian baru pada sesuatu kata dengan merujuk kepada kata16. Makna afektif berkait dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya fikir muncul sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa Makna Gramatikal struktur melalui proses pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan untuk melahirkan makna gramatis jenis imbuhan awalan akhiran apitan sisipan - seperti gentar - gementar17. Makna Tematik apa yang dikomunikasikan / apa yang dicakap dan isi yang hendak disampaikan dalam mesej. makna tematik tidak akan terhasil melalui penulisan kerana penekanan dan fokus dalam ayat tersebut tidak jelas seperti yang dicakap Makna Gaya gaya penulisan atau perkataan yang digunakan oleh penulis dalam karya seperti novel, sajak, cerpen. gaya bahasa figuratif peluasan makna bagi sesuatu perkataan sehingga menimbulkan kepelbagaian makna bagi perkataan tersebut. dialek variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh kumpulan penutus dalam sesebuah masyarakat gaya bahasa berirama gaya bahasa puisi ekspresi pengarang - gaya yang tersendiri18. Makna Asosiatif makna yang dimiliki sebuah leksem / kata berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Makna Stilistik perbezaan kata sehubungan dengan perbezaan sosial atau bidang tertentu. Makna Kolokatif ciri makna tertentu yang dimiliki sesuatu kata dari jumlah kata yang bersinonim, sebilangan kata tersebut hanya sesuai digunakan untuk berpadanan dengan kata tertentu. kata-kata tertentu dan hanya merangkumi kata yang bersesuaian dengannya19. Makna Idiom satuan bahasa (kata, frasa, kalimat) maknanya tidak dapat diramalkan dari makna leksikal unsurnya mahupun makna gramatikal Makna Peribahasa pelbagai takrifan bentuk bahasa yang menggunakan kalimat atau kelompok kata yang memiliki makna kias yang digunakan secara turun-temurun dalam bentuk baku. Makna Kontekstual menurut konteks melihat konteks penggunaanya Makna Referensial perkataan yang mempunyai referensi20. Peribahasa dan Simpulan Bahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. mempunyai kata-kata yang bertujuan menyampaikan sesuatu perkara secara halus untuk pedoman hidup sebagai kiasan, teladan dan pengajaran cabang peribahasa : simpulan bahasa kiasan ibarat pepatah perbilangan bidalan tamsil perumpamaan lidah pendeta / kata hikmatat21. PERUMPAMAAN perumpamaan - susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan dari apa yang diucapkan atau ditulis / membandingkan sesuatu dengan benda lain laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak laku bak, bagai, umpama, laksana, seperti, ibarat dll ada juga perumpamaan yang tidak menggunakan kata petunjuk bersaksi ke lutut potong hidung rosak muka22. PEPATAH pepatah - ringkas, berkerat-kerat / berpatah-patah, mementingkan ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran. ada sampan, hendak berenang ada air adalah ikan23. BIDALAN bidalan - mengandungi nasihat, peringatan, bimbingan, teladan dll jika pandai mengunting, hendaklah pandai menjahit alah bisa tegal biasa24. SIMPULAN BAHASA simpulan bahasa - dua / tiga perkataan, mempunyai makna yang berlainan sama sekali dari makna asal perkataan tersebut. anak buah lipas kudung ada angin25. KAEDAH MEMBERI MAKNA (TRADISIONAL) SINONIM~ seerti / hampir sama maksud ayat sama / tidak berubah sama sekali ANTONIM ~ maksud berlawan antonim berpasangan - tanya lwn jawab, lelaki lwn perempuan antonim berperingkat - putih lwn hitam, muda lwn tua, kecil lwn besar antonim berhubungan - jatuh lwn bangun, pensyarah lwn pelajar, beli lwn jual26. HIPONIM mencakupi makna beberapa perkataan lain dalam satu tata tingkat / hierarki HIPERNIM - makna yang am. contoh : ikan HIPONIM - makna yang khas contoh : ikan tenggiri hiponim tulen - contoh : padi - beras - nasi hiponim umum - nama umum. contoh : bunga (umum) - mawar27. TEORI SEMANTIK Segitiga Makna Odgen dan Richard 3 bahagian - lambang, fikiran, benda. Saling berhubung secara langsung atau tidak langsung lambang / simbol - benda, manusia, peristiwa yang melalui fikiran. Yang melibatkan perasaan, sikap, harapan, impian tidak termasuk simbol. reference - referent - memenuhi satu keperluan28. Segitiga Semiotik Ullman 3 cabang - pragmatik, semantik, sintak 6 sebab berlakunya perubahan makna - linguistik, sejarah, sosial, psikologi, menerima pengaruh luar, keperluan kata baharu. Pemeringkatan Makna Osgood ada 7 skala - mengukur makna kata dari segi ruang semantik dan ruang yang ditakrif melalui soalan kuiz29. Analisis Komponen Katz dan Fodor dikenali sebagai teori analisis komponen mengkaji kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan lain - struktur leksikal menganalisis makna sesuatu perkataan secara terperinci Imej bunyi / signifier~ de saussure melalui ikatan assiotif psikologis - bunyi yang dihasilkan oleh seseorang dan benda-benda yang diperkatakan sebenarnya digambarkan sebagai satu entiti konsepsual melalui beberapa cara30. ANALISIS KOMPONEN MAKNA Setiap kata mempunyai satu set komponen makna. - tepat dan jelas. terdiri dari leksem sendiri contoh : perkaitan hospital boleh dihuraikan sebgai mempunyai komponen berikut hospital - doktor, pesakit, jururawat, bangunan, ubat- ubatan31. LEKSIKOGRAFI DLM PENGAJARAN Leksikografi ialah buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain yang disusun menurut abjad dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain maklumat dalam kamus - entri, bentuk kata, ejaan dan ucapan, pembentukan kata32. PRAGMATIK pragmatik - menghuraikan makna berdasarkan konteks bagi pengintepretasian makna yang berbentuk abstrak yang memerlukan huraian yang lebih terperinci mesti ada gabungan semantik dan pragmatik - menjelaskan makna yang memerlukan tafsiran yang mendalam. dalam teori relevan - ada andaian asas33. PRINSIP RETORIK TEKSTUAL retorik - keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan. ada kekemasan dan susunan wacana menggunapakai 4 corak wacana - pemerian, pendedahan, penghujahan, penceritaan lakuan lisan - laras bahasa yang mengkaji bentuk bahasa yang diwujudkan dalam pelbagai lakuan34. LAKUAN BAHASA ungkapan linguistik wujud dalam perbualan atau wacana tindakan yang wujud secara langsung ketika seseorang berkomunikasi LOKUSI - lakuan pengucapan. bentuk nyata yang dituturkan ILOKUSI - lakuan niat pengucapan. apa yang dilakukan oleh penutur dengan melafazkannya PERLOKUSI - lakuan tindakbalas pengucapan. reaksi pendengar apabila telah mendengar sesuatu ujaran. jenis lakuan bahasa tidak langsung - mempunyai kesantunan. menggambarkan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang penutur. implikatur - makna tersembunyi dalam ujaran implikatur konvensional implikatur konversasional bahasa sindiran - perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang tetapi tidak disebutkan secara tepat. Menyindir bahasa tersirat - bahasa yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud tetapi tidak disampaikan secara terus.

1. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 1 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Komponen ini tertumpu kepada kajian semantik yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan kepada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Untuk memahami bahasa, kita kita perlu memahami makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan tentang semantik , fitur makna, makna leksikal, dan makna ayat. 2. Menghubungkaitkan antara bidang semantik dengan ilmu linguistik. KERANGKA TAJUK-TAJUK 1.1 Semantik dan Makna Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali istilah semantik dan makna. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah semantik? Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. 12. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique. Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagainilmu tentang makna atau erti. Kini makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik.Manakala makna pula secara umumnya membawa erti maksud atau erti. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberikan bermacam-macam pengertian yang lain. Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata makna, iaitu: (i) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata, atau (ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata atau frasa bertulis oleh pembaca. Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16 pengertian bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of Meanings. Antara pengertian yang diberikan termasuk makna seperti suatu sifat intrinsic, konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan, dan emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu. Jadi, berdasarkan pengertian oleh Ogden dan Richard, kita fahami bahawa erti makna cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahami maksud kata makna. 1.2 Semantik dan Linguistik Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistic seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah- tengah deretan ini. Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik. 23. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 1.3 Semantik dan Sejarah Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah member focus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931merupakan detik bersejarah dalam sejarah semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language. Penerbitan tulisan ini telah membawa trend baharu dalam bidang semantik. Menurut Ullmann (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi member perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu. Aktiviti Kendiri 1.3.1 (a) Apakah maksud istilah semantik? (b) Berikan dua definisi tentang bidang semantik Aktiviti Kendiri 1.3.2 Bidang semantik boleh dibahagikan kepada beberapa subbidang, seperti semantik linguistik dan semantik falsafah. Bolehkan anda menyenaraikan tiga lagi subbidang semantik serta fokus kajiannya bagi setiap subbidang tersebut? 34. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 2 MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Topik ini akan menerangkan tentang leksikal. Dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata bukanlah tersusun dalam satu senarai yang panjang dan mendatar. Ia juga bukan menegak secara homogen iaitu mengandungi semua perkataan dalam sesuatu bahasa itu, seperti tersusunya dalam bentuk kamus. Sebaliknya, susunannya adalah secara berlapis dalam bentuk strata yang banyak serta nmempunyai hubungan konsepsi antara satu sama lain. Susunan perkataan juga mempunyai perkaitan dari segi penggunaannya. Hal ini bermakna sesuatu perkataan yang digunakan mestilah bersesuaian serta berselarasan dengan sesuatu situasi atau keadaan. Perkaitan tersebut lazimnya mempunyai hubungan dengan kebudayaan. HASIL PEMBELAJARAN 1. Membezakan antara sinonim dan antonim. 2.Men jelaskan tentang fitur makna dan makna leksikal dalam bahasa Melayu. TAJUK-TAJUK 2.1 Sinonim dan Antonim 2.1.1 Sinonim Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan kereta dan motokar, sejuk dan dingin, suka dan gemar, ganggu dan kacau, lupus dan luput, loncat dan lompat dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu. Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di sekeliling kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis Tolong jangan usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini. Di perpustakaan pula, terdapat kata-kata yang berbunyi Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat. 45. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. 2.1.1.1 Sinonim Pinjaman Belalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau. Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah. 2.1.1.2 Sinonim Konteks Perkataan jemput dan udang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna. 2.1.1.3 Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni. 2.1.1.4 Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir dan Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut. Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuh- tumbuhan, haiwan dan benda tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Jika anda menyebut Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut. 56. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 2.1.2 Antonim Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi tidak kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan lena lawannya tidak lena ataupun mati bermaksud tidak hidup. Terdapat beberapa jenis antonim seperti: (a) Antonim pasangan komplemen (b) Antonim hubungan darjah (c) Antonim hubungan bertentangan 2.1.2.1 Antonim pasangan komplemen Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira- sedih dan sebagainya. Selain itu, perkataan perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini. 2.1.2.2 Antonim hubungan darjah Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus- gemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis. Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Sebagai contoh, perkataan kecil pada kerbau kecil sebenarnya ,menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan tikus kecil. Demikian juga perkataan laju bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa. 67. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 2.1.2.3 Antonim hubungan bertentangan Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X beri barang pada Y bermakna Y akan terima barang itu. 2.2 Hiponim, Homonim dan Polisem 2.2.1 Hiponim Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. 2.2.2 Homonim Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutka tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan kepala yang membawa maksud ketua tidak sama maknanya dengan kepada kereta api. kepada manusia dan kepala surat. Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna. 2.2.3 Polisem Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. 78. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Sebagai contoh, kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa maksud lawan, seperti dalam ayat Kita tentang habis-habisan. Contoh lain ialah perkataan bisa yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, tentang dan bisa bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan. Aktiviti Kendiri 2.2.3.1 (a) Huraikan jenis-jenis sinonim beserta dengan contohnya (b) Dengan contoh yang sesuai, terangkan perbezaan antara hiponim dan polisem. 89. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 3 MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Topik ini akan menjelaskan tentang makna ayat dalam bahasa Melayu. Seperti yang telah dijelaskan perkataan dan morfem merupakan unit terkecil bahasa yang mempunyai makna. Kita telah pun mempelajari hubungan makna perkataan dan unsur semantik sebagai semantik leksikal sebelum ini. Walau bagaimanapun dalam banyak perkara kita berkomunikasi menggunakan frasa dan ayat. Makna frasa dan ayat bergantung pada makna perkataan yang terkandung dalamnya dan bagaimana perkataan itu distruktur dan digabungkan. Dalam tajuk ini juga akan dihuraikan penganalisisan makna auat Bahasa Melayu mengikut Kerangka Generatif Chomsky untuk menunjukkan perubahan semantik dan pengembangan makna. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan definisi makna ayat. 2. Menghuraikan perubahan semantik dan teori pembuktian. 3.1 Makna Ayat Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif. 910. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 3.2 Kerangka Generatif Chomsky Bagi Chomsky language is not a habit Structure. Hipotesisnya, semua bahasa dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Kerangka Generatif iaitu kemampuan berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran. Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-rumus. Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain. Seterusnya, strukrur dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Konsep yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat yang diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia diketahui, disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan. Aktiviti kendiri 3.2.1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan makna ayat? (b) Huraikan empat konsep utama Kerangka Generatif Chomsky. 1011. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 4 PERUBAHAN SEMANTIK SINOPSIS Tajuk ini akan mengupas tentang perubahan semantik daripada segi pengembangan makna, iaitu satu proses perubahan makna daripada makna yang khusus kepada makna yang lebih umum. Manakala penyempitan makna pula ialah proses perubahan makna daripada makna yang umum kepada makna yang lebih khusus. Akhir sekali anjakan makna yang bermaksud makna yang mengalami proses perubahan berdasarkan situasi atau keadaan. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menghuraikan proses pengembangan makna. 2. Menghuraikan perubahan semantik dari aspek penyempitan makna. KERANGKA TAJUK-TAJUK 4.1 Pengembangan Makna Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya berlayar, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut berlayar . Dahulu kata bapa hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut bapa sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebut saudara. 4.2 Penyempitan Makna Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik. 1112. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ahli juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang. 1213. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 5 PERISTILAHAN BAHASA MELAYU SINOPSIS Kursus ini mengandungi pengenalan, definisi, konsep peristilahan, sejarah penggubalan peristilahan, prinsip pembentukan istilah, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka, Peranan MABBIM, kepentingan peristilahan dalam Bahasa Melayu, dan cabarannya pada masa hadapan. Di samping itu, kursus ini juga mengandungi sumber istilah Bahasa Melayu, istilah singkatan dan lambang Bahasa Melayu dan ejaan dan peristilahan Bahasa Melayu HASIL PEMBELAJARAN Setelah mengikuti kursus ini, anda dapat : 1. Menjelaskan definisi istilah dalam bahasa Melayu; 2. Prinsip prinsip pembentukan istilah; 3. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM; 4. Kepentingan Peristilahan dalam Bahasa Melayu; 5. Cabaran dan masa depan peristilahan. 5.1 Pengenalan Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah, politik dan ekonomi Malaysia , Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan memancarkan kepelbagaian corak pengayaan bahasanya. Ketiga tiga negara itu juga mempunyai kaedah tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa Melayu. Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segi peristilahan, Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia atau MABBIM telah memainkan peranan untuk mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku atau seragam sejak tahun 1972. Pembakuan itu dilakukan untuk pengembangan dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu pengetahuan. Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh 1314. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Melalui istilah, sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat teknikal. Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek. Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. Hingga kini, DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku. Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai sumbangan badan berkenaan, dan bersama sama meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia umumnya. Latihan 5.1 1. Nyatakan konsep peristilahan dan pengistilahan 2. Untuk menguji pengetahuan dan kefahaman anda kaitkan peranan Bahasa Melayu dari segi jati diri rakyat Malaysia. Dapatkan seberapa banyak maklumat dari perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. 1415. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 5.2 Definisi Istilah Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau terminology pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing. 5.2.1 Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan. 5.2.1.1 Kata akar Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan. Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya. 5.2.1.2 Imbuhan dan Pengimbuhan Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- -an (pemprosesan). 5.2.1.3 Penggandaan Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah. 5.2.1.4 Gabungan Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh 1516. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU masyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah bajet digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956. Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi panduan dan mengawal kerja-kerja peristilahan. Jawatankuasa istilah ditubuhkan berdasarkan permintaan individu yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahli akademik. Jawatankuasa istilah yang paling awal ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A. Aziz. Sebagai pengerusi dan pengarah pertama DBP, beliau juga seorang pejuang bahasa kebangsaan. Ungku A. Aziz telah menyaksikan beberapa ciri perkembangan di dalam perwujudan istilah ekonomi yang tidak menyenangkan beliau. Latihan 5.2 1. Pada pendapat anda, mengapa pengistilahan amat penting di negara kita? 2. Secara ringkas, nyatakan usaha-usaha yang telah di mainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka terhadap perkembangan dan kemajuan peristilahan di Malaysia. 5.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Perbincangan tentang perkembangan bahasa di Malaysia tidak akan lengkap sekiranya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak disentuh. DBP merupakan satu satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan bahasa Melayu. Sehingga hari ini, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam memajukan bahasa amat penting dan tidak ada badan badan lain yang mampu berperanan sebagaimana yang dimainkannya. Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat. Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan 1617. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU bahasa, khidmat nasihat, mengadakan kempen Mencintai Bahasa Melayu dan mengawasi penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. Apa yang jelas, pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian - bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik. Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat. Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah; Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain. Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini dalam tahun 1950-an. Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam bahasa Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmu pengetahuan. Kalau tidak ada di dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu, bolehlah diambil istilah yang dipakai di Indonesia, kerana memang bahasa di Tanah Melayu hendak disamakan dengan bahasa di Indonesia. Kalau istilah Indonesia itu tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk baharu. Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau istilah asing yang tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi istilah Melayu. Apabila membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. Oleh yang demikian, istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau keadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu. Di bawah ini diberikan contohnya: a) Acid - asid (bukan acid) b) Aciditiy - keasidan (bukan asiditi) c) Acidic - berasid (bukan asidik) 1718. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Selain itu, adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu: i. Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden, ii. Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa, iii. Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia, iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal- penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. Contohnya adalah seperti yang berikut: a) Biology - kajihayat b) Anthropology - kajimanusia c) Sociology - kajimasyarakat d) Archeology - kajipurba e) Phonology - kajibunyi f) Geology - kajibumi g) Psychology - kajijiwa h) Climatology - kajiiklim 1819. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Berdasarkan conoth contoh di atas bentuk istilah memang baik dan sesuai kerana ia seragam, dan boleh dijadikan panduan untuk membentuk pelbagai istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk di atas seperti kajiserangga, kajibintang, kajihaiwan, kajitumbuhan, kajilautan, kajipenyakit dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga daripada bentuk istilah seperti di atas menggambarkan bahawa bahasa Melayu memang cukup kaya dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata istilah baharu dalam bahasa Melayu. Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak mempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sedia ada, tetapi mengapa pula perkataan organ diciplak daripada bahasa Inggeris, bahasa asing juga? Oleh itu, untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas, maka ditetapkan dasar kedua, supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis, dan kita dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat, terutama sekali bidang- bidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia, seperti farmasi, farmakologi, filologi, fotosintesis, neurologi, antropologi, linguistik, dan yang seumpamanya. Bagi dasar yang ketiga pun penting, kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu Johor-Riau. Persamaannya sangat banyak, jika berbeza pun hanya kerana pengaruh persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Kalau di Indonesia ada pengaruh bahasa Belanda, di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Selain itu kita dapat berkongsi membaca buku- buku rujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia. Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang lebih tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Dengan itu akan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. Dasar yang kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain, jika membentuk atau menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa induk, atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis, Jerman dan Sepanyol. Oleh itu, untuk merealisasikan dasar dasar berkenaan maka DBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara, iaitu: Bagi istilah pinjam-terjemah. a) Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu. Misalnya: i. Fixed price - harga tetap ii. Market price - harga pasaran iii. Price list - senarai harga iv. Cost price - harga kos 1920. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU v. Cost section - bahagian kos Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis, ekonomi dan ilmiah, maka (mengikut keutamaan): i. Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmu tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; ii. Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya, walau dalam apa bidang sekalipun, hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; dan iii. Sesuatu istilah asing, hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk istilah (bukan terjemahan) yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku kata yang minimum. Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut: i. Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu hendaklah terbatas kepada (menurut keutamaan): a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna hanya dalam bidang-bidang seperti perubatan, farmakologi, kejuruteraan, aeroangkasa dan seumpanya. b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau gelaran atau idiom. Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo, James Watt dan lain-lain. c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada persamaan Melayunya, atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya. Contohnya seperti computer dan digital camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera. d) Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyen dan sebagainya. Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah: 2021. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada kata nama atau kata sifat. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu. Contohnya kita meminjam hanya perkataan atom dan tidak boleh meminjam kata atomic, atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear (daripada nuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini mempunyai pengertian yang khas. Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata yang dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut: a) mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani. Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. b) mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu bahasa Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya, iaitu: i. menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal, terutamanya bagi istilah ilmiah, atau ii. menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi menurut ejaan Melayu-Indonesia, terutama bagi istilah bukan ilmiah. Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas, banyak perkara dan tajuk baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali, sehingga pedoman ini menjadi panduan yang jelas dan tidak mengelirukan. Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah: i. Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan tatanama, istilah khusus dan istilah umum, morfem peristilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan, kata berimbuhan, kata gabungan, bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat kata; ii. Sumber istilah, seperti kosa kata bahasa asing; dan skema tatacara pebentukan istilah yang mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti yang berikut: 2122. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai, b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai, c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai, d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai, e) Kata dalam bahasa Inggeris, f) Kata dalam bahasa asing lain, h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu. 5.4 Peranan MABBIM MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini. Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasi maklumat, perubatan, perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya. Latihan 5.4.1 1. Untuk perkembangan Bahasa Melayu, atas alasan apakah dasar-dasar pembentukan istilah di laksanakan? Mengapa? 2. Nyatakan dasar dasar pembentukan istilah bahasa Melayu di Malaysia. Latihan 5.4.2 1. Dengan sokongan pengurusan grafik banding bezakan peranan DBP dengan MABBIM dalam perkembangan Bahasa Melayu. 2223. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Layari Internet 1. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. 5.5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu: i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden; ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa; iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia; iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan 2324. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal- penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kea rah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. 5.6 Prinsip Pembentukan Istilah Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu. Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan; i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan. ii. Kata terbitan. iii. Kata ganda. iv. Kata gabungan. 5.6.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contoh: Kata nama: buruj constellation rawan gristle cahaya light 2425. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Kata kerja: pecut accelerate Imbas scan reka invent Kata adjektif: kenyal elastic Rawak random Cemas anxious Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh : Cerpen cereka tabika kugiran pawagam RISDA MARA ADUN BERNAMA PLUS KOBENA BERNAS 5.6.2 Istilah Kata Terbitan Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa. a. Paradigma kata dengan imbuhan ber- Contoh: belajar pelajar pelajaran bertapa pertapa pertapaan bertani petani pertanian b. Paradigma dengan Penambah me(N)- Contoh: Menulis penulis penulisan tulisan mengajar pengajar pengajaran ajaran mengamal pengamal pengamalan amalan membesar pembesar pembesaran - mengubah pengubah pengubahan - mengairi - pengairan - c. Paradigma dengan me(N)-, ber- 2526. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Contoh: memberhentikan - pemberhentian perhentian - perkecualian - - pembelajar pelajaran d. Paradigma kata dengan me(N)-, per- Contoh: Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan mempelajari pelajar - pelajaran e. Paradigma kata dengan ke - an Contoh: saksi Kesaksian bermakna Kebermaknaan terbuka Keterbukaan penduduk Kependudukan sesuai kesesuaian f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in- Contoh: Gigi gerigi susu tenusu tapak telapak kuncup kemuncup sambung sinambung 5.6.3. Istilah Kata Ganda Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi. a. Ganda Penuh Contoh: langit-langit kanak-kanak labi-labi paru-paru buku-buku guru-guru b. Ganda Suku Kata Awal Contoh: 2627. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Tetikus rerongga Cecair Rerambut gegua jejari c. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan Contoh: dedaunan pepohonan jejarian d. Kata Ganda Berentak Contoh: Warna-warni Batu-batan Serta-merta Bengkang-bengkok Bolak-balik Hingar-bingar Dolak dalih Mudar mandir Pupu poyang rempah ratus 5.6.4 Istilah Bentuk Gabungan Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan. i. Tanpa Imbuhan: Contoh: garis lintang atas aras laut daftar masuk mesin atur huruf mesin kira tangan segi empat tepat ganda tiga kamera laut dalam ii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya Contoh- contoh seperti : saksi pendakwa pelarasan gaji dalam talian atas talian mengambil alih menerima pakai 2728. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU penerima janji gelombang melintang iii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur Contoh - contoh seperti: Jagaan perlindungan kedudukan anggaran Perjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasi Latihan 5.4 1. Berdasarkan contoh contoh di atas, cuba anda senaraikan contoh contoh lain yang berkaitan dengan istilah kata ganda dan bentuk gabungan. Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Semoga berjaya. Buku rujukan Abdullah Hassan (ed). (1987). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 7: Semantik ,hlm.145-164) Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2829. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html accessed on 5 July 2007. TAJUK 6 SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU SINOPSIS Topik ini akan menerangkan tentang sumber istilah Bahasa Melayu. Ini berdasarkan perbendaharaan kata umum Bahasa Melayu, perbendaharaan kata serumpun, perbendaharaan kata bahasa asal , penyerapan istilah asing, bentuk bentuk istilah (ungkapan) asing yang tetap dan pembentukan istilah pelbagai bidang. 6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut; 2930. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan. kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. 6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, Contoh contoh seperti: gambut (daripada bahasa Banjar) peat nyeri (daripada bahasa Sunda) pain engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut dermaga (daripada bahasa klasik) wharf dening (daripada dialek Kelantan) yoke 6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris. Contoh contoh seperti: 3031. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu Atom Electron Professional Psychology Structure Radio Television Radiography Atom Elektron Profesional Psikologi Struktur Radio Televisyen Radiografi 6.4 Penyerapan Istilah Asing Istilah asing boleh dipinjam atas dasar; Sesuai maknanya; Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya; Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim. 6.4.1 Bentuk-Bentuk Serapan Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada: Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat; Kemudahan belajar bahasa; dan Kepraktisan. Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai. 3132. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 6.4.2 Istilah Asing yang sudah lazim Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan. Contoh contoh seperti : Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu Campaign Custom Dengue Grant Pension Kempen Kastam Denggi Geran Pencen 6.4.3 Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap Istilah asing atau ungkapan tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak miring. Contoh: a. bona fide b. esprit de corps c. fait accompli c. weltanschauung d. cal de sac Latihan 6.1 1. Nyatakan dari mana sumber istilah Bahasa Melayu diperoleh? 2. Bahaskan mengapa ungkapan atau bahasa asing amat di perlukan dalam perkembangan peristilahan di Malaysia? 3233. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 6.5 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah: a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Audioconferencing Autosave Broadcast Client-server Connection-oriented network Data scrambler Digital camera Digital certificate Digital purse Digital signature Sidang audio Autosimpan Siaran;siar Pelanggan-pelayan Rangkaian berorientasikan sambungan Pengarau data Kamera digital Sijil digital Dompet digital Tandatangan digital b) Istilah Undang Undang Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Administrative order Civil disorder Civil rights Double jeopardy Diplomatic immunity Extradiction Fraud Fugitive offender Fundamental rights Judicial review Legitimacy Perintah pentadbiran Gangguan awam Hak sivil Pendakwaan dua kali Kekebalan diplomatik Ekstradisi Fraud Pesalah buruan Hak asasi Kajian semula kehakiman Kesahan 3334. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Mala fide Mandatory procedure Native Natural justice Mala fide Tatacara mandatory Anak negeri Keadilan asasi c) Istilah Komputer Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Access Bench mark Cursor Data base Download End user Font Hardware Integrated circuit Local area network Capaian Tanda aras Kursor Pangkalan data Muat turun Pengguna akhir Fon Perkakasan Litar bersepadu Rangkaian kawasan setempat d) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Balance sheet Bridging loan Buy out Buy-back price By-product Capital gain Cash flow Certificate of authorization Chief executive officer Deed of trust Investment climate Long term debt Kunci kira-kira Pinjaman penyambung Beli habis Harga beli balik Keluaran sampingan Laba modal / keuntungan modal Aliran tunai Perakuan kuasa Ketua pegawai eksekutif Surat ikatan amanah Iklim pelaburan Hutang jangka pendek 3435. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Short-term financing Sole agent Steering committee Pembiayaan jangka pendek Ejen tunggal Jawatankuasa pemandu e) Istilah Perhotelan Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Ballroom Banquet Budget hotel Buffet Business centre Check-in Check-out Cocktail Day use Deluxe room Double room Function room Luncheon Twin bed Waiter (L); waitress (P) Dewan besar Bankuet Hotel jimat / hotel kelas ekonomi Bufet Pusat khidmat urusan Daftar masuk Daftar keluar Koktel Guna siang Bilik mewah Bilik kelamin Bilik majlis Jamuan tengah hari Katil-kembar Pramusaji f) Fotografi Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Abstract photography Between-the-lens shutter Camera angle Daylight film Effective aperture Flash Ground-angle view Half-length portrait Invisible light Latitude of exposure Main lighting Out of focus Periscopic lens Quartz lens Reflect camera Fotografi abstrak Pengatup antara kanta Sudut kamera Filem warna cahaya siang Apertur berkesan Dengar Pandangan sudut bawah Potret separuh Cahaya halimunan Latitude dedahan Pencahayaan induk Luar fokus Periskop Kanta kuarza Kamera reflex 3536. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU g) Istilah Matematik dan Statistik Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Aerial cable Affine Affine geometry Affine variety Aggregate Aggregation Aggregative Aggregative index Aggregative model Kabel aerial Afin Geometri afin Aneka afin Agregat Pengagregatan Berdaya agregat; pengagregatan Indeks pengagregatan Model berdaya agregat 6.6 Cabaran Cabaran Pembentukan Istilah Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar. Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik, mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum: Kepesatan ilmu : i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu. ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa. Kepakaran : i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu. ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman) Latihan 6.2 1. Suatu masa dahulu, banyak isu yang berkaitan dengan peristilahan oleh media-media massa di Malaysia. Beri pendapat anda tentang kualiti peristilahan yang di gunakan. Adakah anda setuju bahasa 3637. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU yang digunakan itu tepat dengan apa yang hendak dinyatakan? Sila rujuk pakar-pakar peristilahan yang berdekatan dengan anda. Buku rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Grace, H. (1975).Syntax ang semantics 3: Speech acts. New York: Seminar Press. Hashim Hj. Musa (2006). Pengantar Falsafah Bahasa. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka. Nathesan, S. (2001 ). Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab2:Kepelbagaian Makna bagi perkataan ,hlm 19-26). Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Palmer,F.R, (1992). Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lu,pur (Terjemahan oleh Abdullah Hassan) Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. O, Grady, W. (2000). Semantics: The analysis of meaning. Addision Wesley Longman. 3738. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 7 ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG BAHASA MELAYU SINOPSIS Topik ini akan menerangkan dan menjelaskan tentang singkatan dan lambang bahasa. Selain itu, cuba menerangkan perbezaan antara singkatan dengan lambang. HASIL PEMBELAJARAN Menjelaskan tentang konsep singkatan, akronim dan lambang dalam bahasa Melayu. 7.1 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang 7.1.1 Definisi Singkatan Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan, ringkasan , merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. 3839. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan akronim. Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan : a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya : lab ( laboratory) b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya: sin - sinus cm - sentimeter cos - konsinus hab - habitat c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya: Mara - Majlis Amanah Rakyat Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Bernama - Berita Nasional Malaysia Tadika - taman didikan kanak kanak Cerpen - cerita pendek Kugiran - kumpulan gita rancah Berdikari - berdiri dengan kaki sendiri Pawagam - Panggung wayang gambar Perkeso - Pertubunhan Keselamatan Sosial d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Misalnya: JKR - Jabatan Kerja Raya TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia IPGKTAR - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia 3940. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia 7.1.2 Definisi Lambang Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan. Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Contoh : meter - meter - m kilogram - kilogram - kg second - saat - s ampere - ampere - A degree - darjah - K candela - kandela - cd radian - radian - rad steradian - steradian - st mole - mol - mol hecto - hekto - h centi - senti - c mega - mega - M giga - giga - G Latihan 7.1 1. Penggunaan lambang lambang istilah belum dikuasai dengan sepenuhnya oleh pelajar atau masyarakat di Malaysia. Beri pendapat anda? Layari internet Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. 4041. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Tamat. Semoga anda berjaya. TAJUK 8 EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU SINOPSIS HASIL PEMBELAJARAN Topik ini akan menerangkan tentang transliterasi dan transkripsi. Berdasarkan transkripsi dan transliterasi istilah atau perkataan tersebut digunakan dalam bahasa Melayu tanpa mengubah sebutan dan makna asal atau sumber perkataan tersebut. Dalam bahasa Melayu banyak perkataan diperoleh dan dikenal pasti dalam bahasa sumber yang lain. Bahasa bahasa bereknaan seperti bahasa Arab, bahasa Yunani, bahasa Sankrit dan bahasa bahasa lain. 8.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu 4142. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf 9perkataan dsb)daripada abjad sesuatu tulisan (misalantulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dsb dalam abjad system tulisan lain (spt Rumi). Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi Arab. Contoh : Bismillahirrahmanirrahim muslimin mslimat untaz ustazah haji hajah fikir hadith gaib zakat akad lafaz solat iman imam talak lian sujud kiam 8.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya: bureau - biro police - polis ambulance - ambulans Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya: 4243. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Baekelund Cannizzaro Aquadag Dacron Keops Dmitri Ivanovic Mendeleev Anton Chekhov Mao Tze Tung Latihan 8.1 1. Bezakan antara ejaan transliterasi dengan ejaan transkripsi dalam Bahasa Melayu. 2. Dengan merujuk buku dan internet, senaraikan contoh contoh lain ejaan transkripsi yang berkaitan. 3. Merujuk buku atau bahan internet , senaraikan cotoh contoh ejaan transkripsi yang banyak digunakan oleh media massa terutama media cetak di Malaysia. Tamat. Semoga anda terus berjaya. Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html accessed on 5 July 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. 4344. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Teuku Iskandar.2008. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 44

SEMANTIK - FAKTOR PERUBAHAN MAKNA1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang semantic, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu.Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan.Makna juga sebahagian besarnya ( atau keseluruhannya) adalah berkenaan hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan.

1.2 Objektif kajian

Tugasan ini disediakan dengan tujuan untuk menerangkan beberapa faktor yang menyebabkan perubahan makna dalam perkataan.

1.3 Kaedah Kajian

Dalam menyiapkan tugasan ini, penulis menggunakan kaedah kepustakaan.Sumber rujukan utama adalah buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kertas kerja. Di samping itu penulis juga merujuk seperti majalah, jurnal dan bahan dari internet sebagai bahan rujukan tambahan dalam menyiapkan tugasan ini.

1.4 Batasan Kajian

Untuk mengelakkan kertas kerja ini lari daripada tajuk penulis telah membataskan kajian dengan mengutarakan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan sesuatu makna dalam bahasa Melayu sahaja.

1.5 Definisi Konsep

Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, social, psikologi, pengaruh luar, dan keperluan untuk kata baharu.Sementara itu, Bloomfield (1992) pula menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna dalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna, metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi.Menurut Stren ( 1965: 163) perubahan makna bagi suatu kata ialah apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan sesuatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi

2.0 Faktor-faktor Perubahan Makna.

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh;

2.1 Faktor perkembangan bahasa itu sendiri2.2 Faktor tanggapan penutur2.3 Faktor peluasan maksud2.4 Faktor pembatasan atau penyempitan maksud2.5 Faktor tujuan simbolik dan stilistik

2.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.

Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan belayar pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layer sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.Demikian juga perkataan tangan, pada asalnya durujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah mancakupi makna menguruskan, mengendalikan, dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa melayu. Dalam contoh ini, perkataan gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri.Selain daripada itu perkataan hayat dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan hidup tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran berikut, Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu. Dalam ayat ini perkataan menghayati bukanlah membawa maksud menghidupkan tetapi mengikuti dengan sepenuhnya. Perkataan hantu dalam contoh Kejadian itu menghantui fikirannya, hantu itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna mengganggu.Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya telah berubah menjadi kawasan perumahan , kawasan perindusterian, dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada bapa kepada ayah seseorang malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka.Perkataan sahaya berasal dari bahasa Sanskrit dan membawa maksud abdi dan sahaya itu dalam aspek penggunaan bahasa Melayu merujuk kepada hamba dengan cara yang halus. Tetapi kini, saya ( daripada sahaya) digunakan sebagai kata ganti diri pertama.Demikianlan perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri dimana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.

2.2 Perubahan Kerana tanggapan penutur

Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa iru sendiri tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya perkataan abang, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelai yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Disamping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan abang sebagai panggilan untuk suaminya.Perkataan saudara pula pada asalnya dimaksudkan kepada saudara kandung tetapi makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai pertalian darah atau kekeluargaan. Disamping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa melayu cenderung menggunakan perkataan saudara dengan tanggapan yang lebih luas misalnya saudara sesame Islam. Disini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap sesauatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri.

2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud

Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki makna-makna yang lain. Perkataan saudara, misalnya pada mulanya bermaksud orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki.Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti kawasan perumahan , kawasan perindusterian, dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Hidupan Liar.Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan semangat juga mengelami perubahan kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan semangat ialah jiwa atau roh. Tetapi perkataan ini kemudianya diperluaskan maksudnya menjadi perasaan misalnya semangat kemerdekaan, semangat petriotisme dan juga kepada kemahuan atau keinginan yang tinggi seperti dalam contoh berikut, Dia mempunyai semangat ingin berjaya dalam hidup.

2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud

Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh perkataan sarjana, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau dibataskan untuk merujuk kepada orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi atau selepas ijazah pertama, seperti Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi.Perkataan pendeta asalnya membawa makna orang yang berilmu, seperti Pendeta Zaba, seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi makna guru agama Kristian. Selain itu dalam bahasa Melayu, perkataan daging telah disempitkan makna untuk merujukkan kepada daging lembu sahaja, tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab, sedangkan makna perkataan itu dalam kamus ialah isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang ( Kamus Dewan, 1994).Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya adal untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu. Contohnya perkataan sendi yang asalnya bermaksud tempat ruas tulang berhubung. Dalam ilmu bahasa perkataan sendi dijukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat.

2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik

Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan kumbang dan bunga selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti kumbang = lelaki dan bunga = perampuan, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan. Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contahnya, merah dimaksudkan dengan keberanian , hitam dipadankan dengan kesedihan dan putih adalah kesucian.Selain daripada itu unsur-unsur personafikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh daun melambai dan dada langit ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan melambai sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. Daun melambai dan dada langit sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada daun yang bergerak akibat tiupan angina dan keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesauatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4).

3.0 Kesimpulan

Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.Dalam sesuatu bahasa, perubahan bukan hanya berlaku pada peringkat perbendaharaan kata, sistem pembentukan kata, sebutan dan struktur ayat sahaja bahkan perubahan itu meliputi juga bidang makna. Oleh itu daripada contoh contoh yang diberikan di atas jelaslah bahawa beberapa perkataan mengalami perubahan dari segi makna dan perubahan itu disebabkan oleh faktor -faktor yang telah dibincangkan diatas.

Bibliografi

Ahmad Mahmood Musanif (Ph. D) (2005). Modul Pembelajaran :BBM3206 Semantik, Pusat Pendidikan Luar UPM : Pro-office shoppe Sdn. Bhd.

Alias bin Mohamad Yatim (Ph.D) (1992). Mengenali Bahasa Melayu,Kulim : Penerbitan Sarlis, Percetakan Paarai.

Andrian Akmajian et al. (1995) Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi:Percetakan Ti, Kuala Lumpur

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D) , (2000).Kuala Lumpur : Pengantar Linguistik Am, Penerbitan Sarjana.

S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa danPustaka, Kuala Lumpur.

Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu Semantik merupakan satu bidang semantik yang mempelajari tentang makna. Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalamkajian psikologi, falsafah dan antropologi. Odgen dan Richarddalam bukuThe Meaning of Meaning (1956)memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya ialah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan suatu peristiwa yang diharapkan. Bloomfieldmentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra'in Shaarimenyatakan semantik merupakan kajian makna istilah. Berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Kajian makna dalam bahasa Melayu menurutpenggolongan semantik -adalahcabang linguistik -yang berperanan semata-mata untuk meneliti -makna kata - bag