13
SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK TU20106 NAMA : MOHD ZHUL BIN MANAB NO.MATRIK: CT10210503 KURSUS: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PENGKHUSUSAN: PENDIDIKAN SAINS (HT34) NAMA PENSYARAH : YM RAJA ISMAIL RAJA LOPE

Pengenalan Psikomotor Tugasan YM

  • Upload
    zmjaja

  • View
    96

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

psikomotor kanak2

Citation preview

Page 1: Pengenalan Psikomotor Tugasan YM

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK TU20106

NAMA : MOHD ZHUL BIN MANAB

NO.MATRIK: CT10210503

KURSUS: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

PENGKHUSUSAN: PENDIDIKAN SAINS (HT34)

NAMA PENSYARAH : YM RAJA ISMAIL RAJA LOPE

Page 2: Pengenalan Psikomotor Tugasan YM

Pengenalan

Perkembangan kanak-kanak secara umumnya dapat didefinsikan sebagai

perubahan yang dihadapi oleh kanak-kanak secara kualitatif, iaitu perubahan yang tidak

dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang berlainan dari sifat

yang lebih awal. Menurut Santoock ( 2008 ), baginya perkembangan dapat ditafsirkan

sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang

bermula dari peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Konklusinya,

perkembangan dapat diklasifikasikan sebagai suatu perubahan yang bersifat kualitatif,

tersusun, bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula semenjak percambahan

sel sehingga ke akhir hayat organisma hasil dari kombinasi pembelajaran, pengalaman

dan kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi, mental dan sosial.

Perkembangan kanak-kanak itu berlaku mungkin daripada beberapa aspek yang

dilihat, salah satunya ialah sifat perkembangan itu sendiri yang bersifat kualitatif dan

perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan

moral. Perubahan-perubahan itu adalah stabil dan berlaku secara teratur dan progresif

dalam arah tertentu. Justeru, perubahan-perubahan yang berlaku adalah berterusan

sepanjang hayat dan melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu. Kematangan

pula merujuk kepada perubahan semulajadi dan ditentukan oleh genetik. Ia biasanya

dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Oleh itu, perkembangan adalah hasil daripada

kematangan dan pembelajaran.

Secara terperincinya, kajian yang saya jalankan adalah berfokus kepada

perkembangan psikomotor halus dan kasar bagi bayi yang berumur di antara 0-12

bulan.

Page 3: Pengenalan Psikomotor Tugasan YM

Psikomotor Halus dan Psikomotor Kasar

Psikomotor halus didefinisikan sebagai perkembangan kanak-kanak yang

melibatkan otot dan jari serta koordinasi mata dan tangan. Perkembangan motor halus

mempunyai kaitan yang paling rapat dengan lain-lain perkembangan kanak-kanak.

Kepentingan daripada psikomotor halus ini kepada kanak-kanak ialah dapat membina

otot-otot tangan dan jari, membina koordinasi diantara mata dengan jari, menggunakan

otot-otot untuk membina objek. Perkembangan psikomotor halus kanak-kanak ini

membolehkan mereka menguasai kemahiran yang boleh mereka lakukan sendiri

seperti membuka dan menzip seluar serta dapat memegang dan menggunakan pensel

untuk kemahiran menulis mereka

Berbeza dengan perkembangan psikomotor kasar kanak-kanak atau bayi.

Secara konsepnya perkembangan psikomotor kasar kanak-kanak adalah

perkembangan kemahiran yang membantu seseorang untuk bergerak disekelilingnya

seperti merangkak, berlari, berjalan dan sebagainya. Kepentingan psikomotor kasar ini

adalah dapat membina otot-otot kaki serta tangan, membina koordinasi tangan dan

mata serta membina otot pada bahagian leher dan kepala. Faedah daripada

perkembangan psikomotor kasar ini ialah menggunakan motor kasar dengan penuh

keyakinan, berlari dapat mengawal pergerakan mereka dan sebagai.

Page 4: Pengenalan Psikomotor Tugasan YM

Kajian yang saya jalankan berkenaan psikomotor halus dan kasar adalah

merujuk kepada responden kepada dua ibubapa bayi yang saya jadikan kajian tentang

perkembangan psikomotor halus dan kasar bayi tersebut iaitu:

Profil Bayi Perkembangan motor kasar dan halus

1. Nur Aleeya Mohd Radzi

Dilahirkan pada Feb 2012, di

Hospital Lotong Kota Marudu.

Page 5: Pengenalan Psikomotor Tugasan YM

2. Irfan Darwisy Mohammad Fazel

Dilahirkan pada 4hb Jun 2011

Di Hospital Likas Kota Kinabalu.

Duduk bersendirian tanpa bantuan

Berdiri dengan bantuan perabot

Memegang objek besar dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk

Page 6: Pengenalan Psikomotor Tugasan YM

Saya menjalankan kajian perkembangan psikomotor halus dan kasar ini menerusi

kaedah pemerhatian dan temubual.

Fokus Kajian

Perkembangan motor bayi boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu

1) Perkembangan Lokomotor dan Postural

Perkembangan ini melibatkan kawalan badan dan koordinasi tangan dan kaki

untuk bergerak iaitu dalam bentuk kemahiran

2) Perkembangan Prehenson

Kebolehan menggunakan tangan untuk makan, memegang sesuatu dan

sebagainya.

Page 7: Pengenalan Psikomotor Tugasan YM

Perolehan kemahiran-kemahiran motor ini membolehkan bayi bergerakbalas

mengikut persekitaran dan bebas bergerak

Jadual di bawah menunjukkan perkembangan Kemahiran Motor Bayi

Umur Kemahiran Motor

2 bulan Mengangkat kepala

3 bulan Meniarap

4 bulan Menggenggam

6 bulan Duduk tanpa sokongan

7 bulan Merangkak, Ibu jari berfungsi dengan baik

8 bulan Boleh duduk tanpa dibantu

9 bulan Berjalan dengan memegang kerusi

10 bulan Berdiri dengan sendiri

11 bulan Berjalan dengan sendiri, membuka buku dan minum

dengan menggunakan cawan.12 bulan

( Jas Laile, 2000)

Menurut teori perkembangan Jean Piaget, beliau telah membahagikan perkembangan

kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. 

Page 8: Pengenalan Psikomotor Tugasan YM

Tahap-tahap perkembangan mengikut umur data kajian yang dijalankan ialah :

TAHAP SENSORIMOTOR (0-2 TAHUN)

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.

Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut

mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di

sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali

sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan

Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang

dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang

tertentu.

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan

lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan

sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini

belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini

dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Page 9: Pengenalan Psikomotor Tugasan YM

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi

mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini

pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-

kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan

itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian

sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan

sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila

mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah

punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah

laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan

mengulangi tingkah laku itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian

yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses

pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil

sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan

ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang

mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang

tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan (reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya

disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah

dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan

Page 10: Pengenalan Psikomotor Tugasan YM

kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu

keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan

berbunyi.

Menurut Arnold LucasGesell(1880-1961),seorang ahli psikologi perkembangan

melalui buku beliau AnAtlasofInfantbehaviour”(1934) dan

“Infant and Child Sin the Culture of Today”(1943) mempercayai bahawa

perkembangan berlaku secara dalaman.

•Ini bermakna,ciri-ciri yang tertentu akan muncul bila tiba peringkat kematangan yang

bersesuaian.

•Sekiranya otot,saraf,otak dan tulang tidak bersedia atau tidak matang,peluang-peluang

yang diberikan kepada kanak-kanak untuk belajar sesuatu kemahiran tidak akan

mencapai hasil yang positif

Kesimpulan

Page 11: Pengenalan Psikomotor Tugasan YM

Bibliografi

http://www.scribd.com/doc/7900103/Psycho-Motor-Skills1

http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Modul/kumpulan1/modul06.pdf

http://preschoolskj11.blogspot.com/2012/04/perkembangan-motor-kasar-kanak-kanak.html