29
Emmanuel Tsekleves 1 , Andy Darby 1 , Clarissa Ai Ling Lee 2 , Siti Hanipah Ismail 3 and Min Hooi Yong 4 1 ImaginationLancaster, Lancaster University, UK 2 Jeffrey Sachs Centre on Sustainable Development, Sunway University, Malaysia 3 Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangu- nan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia 4 Department of Psychology, Sunway University, Malaysia Dasar di Malaysia BENTUK SPEKULATIF untuk Penggubal The Little Book of Pengenalan mengenai REKA

Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

Emmanuel Tsekleves1, Andy Darby1, Clarissa Ai Ling Lee2, Siti Hanipah Ismail3 and Min Hooi Yong4

1 ImaginationLancaster, Lancaster University, UK2 Jeffrey Sachs Centre on Sustainable Development, Sunway University, Malaysia3 Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangu-nan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia4 Department of Psychology, Sunway University, Malaysia

Dasar di Malaysia

BENTUKSPEKULATIFuntuk Penggubal

TheLittleBook of

Pengenalan mengenai REKA

Page 2: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

PenghargaanPenerbitan buku ini adalah sebahagian daripada projek1 ProtoPolicyAsia: bagi memperkasa komuniti tempatan dan Kerajaan di Malaysia dalam menangani isu-isu sosial dalam perihal penuaan dan ketidakupayaan. Projek ini dibiayai oleh AHRC sebagai sebahagian daripada GCRF Highlight Notice for International Development: Follow on Funding for Impact and Engagement Scheme (AH/S005684/1). Tujuan ProtoPolicyAsia adalah untuk meningkatkan penyertaan komuniti tempatan dan bekerjasama dengan pihak Kerajaan di dalam penggubalan dasar negara untuk isu-isu penuaan dan ketidakupayaan.

Projek ini melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik), Petrosains - The Science Discovery Centre in Kuala Lumpur, Lancaster University, Sunway University in Malaysia dan United Nations University – International Institute for Global Health in Malaysia.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan daripada Junaina Johan, Foo Huey Chyun, Shiang Cheng Lim, Sian Lun Lau, Giga Sabir, David Tan, Liza Haslan Tan, dan terutama sekali kepada semua “Champions” daripada komuniti tempatan . Kami turut menghargai usaha dan kerjasama daripada Claire Coulton, Mike Stead, Rachael Hill, dan semua ahli kumpulan di Imagination Lancaster.

Makluman: Sebarang perubahan atau penambahbaikan di masa hadapan akan dilakukan dalam versi Bahasa Inggeris sahaja.

1Rujuk https://protopolicyasia.org/

Page 3: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

KandunganTujuan

Apa Itu Reka Bentuk Spekulatif?

Mengapakah anda patut menggunakan Reka Bentuk Spekulatif dalam penggubalan dasar?

Kajian Kes Mengenai Reka Bentuk Spekulatif dan Penggubalan Dasar

Bagaimana untuk menggunakan reka bentuk spekulatif dalam penggubalan dasar

Apakah yang saya patut lakukan untuk menggunakan reka ben-tuk spekulatif dalam penggubalan dasar

Kesimpulan

Rujukan

C4

5

7

10

19

22

27

28

Page 4: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

TujuanPenggubal dasar dari serata dunia telah mencuba pelbagai kaedah reka bentuk kajian dan telah mengenal pasti satu kaedah baharu iaitu reka bentuk spekulatif (Government Office for Science, 2015a). Reka bentuk spekulatif menggunakan pendekatan provokasi, inspirasi dan ulasan kritikal terhadap kebarangkalian alternatif masa hadapan (Dunne & Raby, 2013).

Pada tahun 2017, Policy Lab di Pejabat Kabinet United Kingdom (UK) telah mengenal pasti reka bentuk spekulatif sebagai kaedah utama dalam ramalan dasar. Mereka turut menyatakan bahawa lebih ramai penggubal dasar akan menggunakan reka bentuk spekulatif untuk menggubal dasar-dasar yang lebih kreatif dan meneroka alternatif untuk masa hadapan.

Tujuan buku ini adalah untuk menerangkan apa itu reka bentuk spekulatif, manfaatnya dalam penggubalan dasar dan kaedah penggunaannya untuk para penggubal dasar di Malaysia.

4

Page 5: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

Apa Itu Reka Bentuk Spekulatif?The term Internet of Things (IoT) can be traced back to a presentation given by Kevin Ashton1 in the late 1990s. Ashton explained how by using sensors to gather data that could be shared across the company’s com-puter network, they could streamline their supply chain. He called these data-enabled parts of the supply chain the ‘Internet of Things’ and the phrase caught on. What makes the IoT distinct is that rather than people generating data it is the ‘things’ themselves that generate data. Given that computers and machines are quicker and more accurate than people when it comes to data gathering, this means that the IoT presents huge opportunities.2 Ashton was mainly interested in how businesses could be-come more efficient using the IoT in factories, manufacturing plants, and supply chains, but the usage of the term has expanded rapidly to cover a variety of areas—from factories, to hospitals, to homes, to cars—which can be quite confusing. In this book we use the term to describe objects or things that can be interconnected via the Internet. This allows them to be readable, recognizable, locatable, addressable, and/or controllable by computers.

5

Reka bentuk spekulatif merupakan satu pendekatan yang membolehkan pemikiran berbentuk jangkaan dan secara kritis tentang masa hadapan (Sterling, 2009, Dunne & Raby, 2013).

Reka bentuk spekulatif akan mencetuskan pelbagai persoalan mengenai masa hadapan dengan soalan asas “Bagaimana jika?” seperti Bagaimana jika perubahan diperlukan?, Bagaimana jika keadaan berbeza? dan Bagaimana jika berlaku perubahan sebegini? dan sebagainya. Reka bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.

Reka bentuk spekulatif juga akan mencipta senario dengan menggunakan objek yang nyata dan realistik di mana para pereka dapat mencipta sebuah pengalaman berdasarkan masa hadapan yang dibayangkan. Gambaran ini secara lazimnya berbentuk seolah-olah filem fiksyen sains pendek (sci-fi), prototaip interaktif, panduan pengguna untuk teknologi masa hadapan, artikel akhbar, katalog produk/perkhidmatan pengguna dan lain-lain lagi.

Page 6: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

Reka bentuk spekulatif:

• tidak boleh meramalkan masa hadapan namun memberi peluang untuk mengambil kira perkembangan teknologi baharu yang tidak wujud tetapi realistik dalam situasi harian. Tujuannya adalah untuk membolehkan perbahasan mengenai impikasi terhadap teknologi yang berbeza pada masa hadapan sebelum ia berlaku (Linehan et al., 2014; Lee, 2019).

• lazimnya bersifat provokatif di mana ianya mungkin berunsur politik yang membolehkan perdebatan dan melahirkan persoalan tentang hala tuju masa hadapan masyarakat.

• boleh membentuk senario masa hadapan yang bermasalah (dystopia) untuk mengetengahkan sesebuah isu ataupun senario masa hadapan yang ideal (utopian) sebagai inspirasi kepada agensi awam untuk mencapai matlamat yang lebih besar dan menjangka senario alternatif untuk meneroka masa hadapan yang lebih diingini oleh masyarakat.

Reka bentuk spekulatif dapat digunakan untuk meninjau pandangan masyarakat dan mencetuskan perdebatan mengenai isu-isu berkaitan dasar Kerajaan serta mengkaji semula hubungan antara Kerajaan dan semua pemegang taruh.

6

Page 7: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

7

Mengapakah anda patut menggunakan Reka Bentuk Spekulatif dalam penggubalan dasar?Pihak Kerajaan memerlukan metodologi / kaedah baharu yang lebih berorientasikan masa hadapan untuk membuat keputusan dengan melihat kemungkinan yang bakal berlaku dalam jangka masa 10 tahun akan datang.

Ekstrapolasi ini dapat membantu membayangkan kemungkinan yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulasi membantu kita mengenalpasti potensi dan membayangkan perubahan yang lebih radikal, bersiap-sedia menghadapi perkara yang mungkin berlaku dan membuat perancangan untuk perkara yang diinginkan berlaku.

Page 8: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

Reka bentuk spekulatif telah dicadangkan sebagai satu kaedah yang berpotensi untuk melibatkan masyarakat untuk membayangkan implikasi terhadap inisiatif dasar masa hadapan secara kreatif (Government Office for Science, 2015).

Pembangunan senario masa hadapan dalam reka bentuk spekulatif di mana masyarakat melibatkan diri dalam perkhidmatan awam dan teknologi yang semakin membangun penuh dengan cabaran namun ianya bermanfaat. Cabaran ini termasuk untuk memahami teknologi semasa serta teknologi membangun dan melibatkan golongan masyarakat dalam situasi luar biasa. Situasi ini secara lazimnya hanya dikaji oleh golongan pakar.

Kelebihan menggunakan reka bentuk spekulatif antaranya termasuk perkembangan pemahaman terhadap perkhidmatan yang kompleks serta penggunaannya sebagai kaedah refleksi dan soal siasat bagi meramal kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan (Tsekleves et al., 2017a).

Lebih-lebih lagi, reka bentuk spekulatif menggalakkan dan memberi peluang kepada golongan masyarakat untuk bertanyakan soalan berunsur etika yang sebelum ini tidak dapat dibincangkan melalui perdebatan tipikal. Ia juga dapat meningkatkan pemahaman masyarakat awam serta mempersoalkan pemikiran yang mungkin boleh berubah.

Dalam kajian kes yang berikut, reka bentuk spekulatif dilihat sebagai usaha inovatif bagi melahirkan perasaan empati dan mencetuskan pemikiran kreatif dalam kalangan masyarakat. Kaedah ini dilihat lebih berkesan berbanding dengan menggunakan medium komunikasi tradisional dengan pihak Kerajaan seperti laporan bertulis dan sebagainya.

Meskipun begitu, beberapa bentuk cabaran juga telah dikenal pasti seperti skala masa, kos dan tekanan daripada pendapat umum. Kerajaan boleh melaksanakan dialog konstruktif bersama pemegang taruh (stakeholders) melalui penggunaan reka bentuk spekulatif bagi mengumpul data penting dan membuat satu kesimpulan yang mantap.

8

Page 9: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

Bagi penjawat awam yang mempunyai pengalaman menggunakan kaedah reka bentuk spekulatif, ianya memberi kelebihan dan peluang untuk berinteraksi dengan artifak fizikal berbanding laporan bertulis yang tradisional. Sering kali dalam sesi libat urus awam, tiada aktiviti yang mencetus perbincangan yang kreatif dan selalunya hanya laporan bertulis yang dikongsikan kepada masyarakat.

Konsultasi awam merupakan satu pendekatan yang sering digunakan oleh penjawat awan dan ahli politik untuk mendapatkan pandangan masyarakat awam tentang undang-undang, pelaburan mahupun isu politik yang memberi kesan kepada kehidupan seharian dan kerjaya masyarakat.

Pelaksanaan kajian menggunakan reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta akan melahirkan perasaan empati dan penghayatan yang mendalam terhadap hasil kajian. Ini dapat melahirkan hubungan yang erat antara masyarakat sebagai peserta dalam proses penggubalan dasar dan pihak Kerajaan sebagai penyelidik.

Penggunaan reka bentuk spekulatif sebagai satu kaedah libat urus politik berpotensi untuk mengubah sikap dan pemikiran masyarakat awam terhadap proses penggubalan dasar. Berbanding kaedah yang digunakan sebelum ini di mana rakyat menjadi objek kepada sesuatu dasar namun kini mereka dapat bersama-sama terlibat secara langsung dalam penggubalan dasar Kerajaan.

Akhir sekali, kaedah reka bentuk spekulatif merupakan inisiatif yang baik untuk melibatkan masyarakat sebagai sebahagian daripada pembuat keputusan dalam menyediakan dasar Kerajaan. Reka bentuk spekulatif ini dapat digunakan dalam perancangan, pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan sebagainya. Dari segi perkhidmatan awam, reka bentuk spekulatif dapat digunakan untuk menjangka apa yang bakal diperlukan oleh masyarakat pada masa akan datang. Konsep rekaan bersama (co-design) juga sangat penting di mana masyarakat dan ahli politik dapat bersama-sama memahami isu-isu politik dan yang berkaitan dengan pembangunan negara.

9

Page 10: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

Kajian Kes Mengenai Reka Bentuk Spekulatif dan Penggubalan Dasar

10

Pelbagai kaedah reka bentuk spekulatif telah dikaji oleh para penyelidik dari UK (Kajian Kes 1), Malaysia (Kajian Kes 2), dan Kerajaan UK (Kajian Kes 3) untuk menilai potensi reka bentuk spekulatif yang menyumbang kepada pembangunan dasar dunia sebenar (Kimbell, 2015). Kajian kes tersebut adalah seperti berikut:

Page 11: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

11

Kajian Kes 1ProtoPolicy2 mengkaji bagaimana kaedah reka bentuk spekulatif boleh membantu ahli politik dan penjawat awam untuk melibatkan masyarakat dalam mempertimbangkan inisiatif dasar, implikasinya masa hadapan serta soal jawab mengenai isu politik di UK.

Beberapa sesi bengkel rekaan bersama (co-design) telah dilaksanakan bersama sekumpulan warga emas yang hidup berdikari dan sekumpulan warga emas yang hidup dalam pusat jagaan. Hasil bengkel dan spekulasi yang direka bersama diterjemahkan menjadi satu siri reka bentuk spekulatif. Perkara ini dijayakan melalui analisa dan pengekodan data yang diperoleh diikuti dengan penciptaan artifak serta menyusun pendapat dan pandangan yang diberikan mengikut tema dan perbezaan pandangan yang diramal akan didebatkan pada masa hadapan (Darby et al, 2016).

2 Rujuk http://imagination.lancs.ac.uk/activities/ProtoPolicy

Rajah 1: Mencipta konsep reka bentuk spekulatif bersama warga emas di UK.

Page 12: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

12

Dua buah reka bentuk spekulatif yang dicipta adalah (1) alat euthanasia yang boleh dipakai dan dikendalikan sendiri dan (2) Smart Object Therapist yang menggabungkan kesihatan pekerjaan dengan pengalaman dalam menggunakan teknologi bantuan di rumah bagi memastikan bahawa peralatan rumah pintar masa hadapan selaras dengan keperluan pengguna (Tsekleves et al, 2017b). Reka bentuk spekulatif pertama adalah hasil respon kepada para pereka (co-designers) menunjukkan keinginan mereka untuk mempunyai kawalan terhadap diri mereka sendiri serta mempunyai hidup yang bermaruah dan menjurus kepada perbincangan mengenai perihal bantuan kematian menggunakan teknologi (technology-enabled assisted dying) dari segi etika dan perundangan (Lihat Rajah 2).

Reka bentuk spekulatif kedua adalah hasil daripada dasar Kerajaan berkaitan penjagaan bersepadu, penuaan setempat, kehidupan di rumah pintar dan menjurus kepada perluasan perdebatan tentang aspek etika dan sosial kesihatan peribadi serta teknologi luas dalam penyertaan sosial (social inclusion). Dari segi penyertaan dan kaedah, hasil penemuan projek ProtoPolicy menunjukkan bahawa reka bentuk spekulatif menjadi usaha inovatif bagi menggalakkan pemikiran kreatif dalam kalangan masyarakat berbanding amalan tradisional Kerajaan. Tambahan pula, projek ini menunjukkan bahawa melalui advokasi penyelidikan tambahan, kaedah reka bentuk dapat digunakan sebagai satu instrumen untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam proses membuat keputusan (Tsekleves et al, 2017a).

Rajah 2: Reka bentuk spekulatif alat euthanasia dikendalikan sendiri.

Page 13: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

13

Kajian Kes 2Projek ImaginAging untuk mengkaji bagaimana reka bentuk spekulatif dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam penetapan agenda dasar berkaitan isu penuaan di bandar.

ImaginAging menggunakan metodologi penyelidikan co-design serupa dengan ProtoPolicy. Projek ini melibatkan 2 jenis responden yang terdiri daripada golongan warga emas yang hidup berdikari daripada pelbagai komuniti dan golongan pakar. Reka bentuk spekulatif dicipta oleh para peserta bengkel yang kemudiannya ditambah baik oleh penyelidik untuk menghasilkan prototaip yang lebih berkualiti.

Dalam bengkel tersebut, isu kesihatan telah diketengahkan sebagai isu utama bagi warga emas, diikuti dengan isu keupayaan untuk hidup berdikari. Ciri-ciri kesihatan yang baik berkait rapat dengan cara pemakanan dan nutrisi. Satu kumpulan peserta dalam bengkel tersebut juga telah memilih untuk memfokuskan kepada pengurangan pengambilan

Rajah 3: Mencipta konsep reka bentuk spekulatif bersama golongan warga emas di Malaysia.

Page 14: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

At the bottom of the trough of disillusionment and before the slope of en-lightenment there is the so-called ‘chasm’. This part of the diagram repre-sents a place where many technologies get stuck. Some technologies get stuck here permanently and will never become widely adopted, for others they may go through the cycle again, but usually will have to face the chasm again. A good example of this is Virtual Reality (VR). In the 1980s and 90s VR technology attracted huge amounts of hype and was prom-ised as the future of gaming. Quickly, interest subsided, and the technol-ogy got stuck in the chasm. But then in the 2010s interest in VR re-ignited, initially by the company Oculus Rift, and then also from an array of other companies. Today, with several VR products on the market, only time will tell whether the technology will get across the chasm and become widely adopted.

14

gula dalam pemakanan mereka. Kumpulan ini mencipta konsep reka bentuk spekulatif ‘Malaysia Bebas Daripada Gula 2050 (Sugar-free Malaysia 2050)’ dan menghasilkan dua prototaip. Cadangan ini bermula melalui ramalan dua berita utama yang berbeza dalam surat khabar pada tahun 2050.

Rajah 4: Reka bentuk spekulatif ‘Malaysia Bebas Daripada Gula 2050 (Sug-ar-free Malaysia 2050)’

Page 15: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

Kumpulan ini mencipta konsep reka bentuk spekulatif ‘Malaysia Bebas Daripada Gula 2050 (Sugar-free Malaysia 2050)’ dan menghasilkan dua prototaip. Cadangan ini bermula melalui ramalan dua berita utama yang berbeza dalam surat khabar pada tahun 2050. Salah satunya menyampaikan manfaat inisiatif dasar ini kepada Malaysia dari segi kesihatan, ekonomi dan perkembangan sosial dan satu lagi menyampaikan kesan terhadap kadar pengambilan gula yang tinggi secara berterusan di Malaysia. Satu reka bentuk spekulatif ‘sugar neutraliser’ juga telah dicipta sebagai gambaran sebuah produk masa hadapan yang menunjukkan potensi kemunculan pasaran baharu untuk produk yang dapat menghapuskan kandungan gula dalam minuman dan makanan. Prototaip reka bentuk spekulatif ini bertujuan mencetuskan perdebatan awam tentang kesan gula dalam pengambilan makanan di Malaysia dan kaedah untuk menangani masalah ini di peringkat dasar. Komen seorang peserta bengkel menunjukkan hasil cadangan mereka mengenai Negara Bebas Gula (Sugar-free) yang memerlukan penglibatan dari pihak Kerajaan dan masyarakat berbilang generasi:

“Kita sudah mengenal pasti satu visi, iaitu kita mahukan Malaysia yang bebas daripada gula pada tahun 2050. [tercungap-cungap] tahun 2050 kerana gula ini ada dalam setiap aspek hidup kita, pemakanan dan sebagainya, dan sudah tentu, akan mengambil masa yang lama untuk membuat orang berkata ‘Saya tidak mahu menggunakan gula’, ini melibatkan perubahan pengurusan dan pemikiran yang akan mengambil masa satu generasi ataupun lebih. Jadi, walaupun pada tahun 2050 nanti, kita masih akan menghadapinya langkah demi langkah. Mungkin dalam lebih kurang setiap lima tahun, kita akan dapat menetapkan pelbagai strategi, pelan tindakan bagi melancarkan uh… ekonomi bebas gula, ya. Rasionalnya pada waktu kini, 40 peratus kanak-kanak di sekolah kita adalah obes. Tidak silap saya - BMI mereka adalah 25 dan ke atas.” [Kata-kata seorang peserta bengkel]

15

Page 16: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

16

Projek ini mensasarkan untuk mengubah pendekatan top-down yang sering digunakan dalam penggubalan dasar yang kurang mengambil kira dan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap pengalaman hidup dan kepentingan para penerima manfaat yang dimaksudkan.

Penggubal dasar dapat memahami bahawa menjangka sebuah masalah yang kemudiannya dapat menghasilkan sebuah prototaip penyelesaian jangka masa panjang adalah lebih kompleks dan memerlukan pertimbangan yang sistematik berbanding kaedah untuk mengenal pasti jurang dasar.

Penemuan projek ImaginAging menunjukkan bahawa meskipun pada awalnya para peserta agak keberatan untuk menggunakan reka bentuk spekulatif, mereka dapat menggunakan kaedah ini untuk mencapai hasil yang mantap, iaitu mencipta sebuah masa depan yang mereka inginkan yang juga sesuai untuk generasi akan datang. Aktiviti-aktiviti ini memberi peluang kepada para peserta untuk merealisasikan impian mereka dengan cara bukan konvensional dan menzahirkan kreativiti mereka pada waktu semasa dan akan datang.

Hasil projek ImaginAging ini telah diperluaskan kepada projek ProtoPolicyAsia yang dilaksanakan dalam masa 12 bulan. ProtoPolicyAsia bertujuan menggalakkan penglibatan komuniti tempatan dalam proses penggubalan dasar negara dan bekerjasama dengan agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam isu-isu sosial yang melibatkan warga emas dan orang kurang upaya.

Page 17: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

17

Kajian Kes 3Cabinet Office Policy Lab telah berkerjasama dengan UK Government Office for Science dengan melaksanakan sebuah projek rintis reka bentuk spekulatif dalam Kerajaan pada tahun 2015. Projek rintis tersebut menum-pukan kepada Masa Depan Penuaan (Future of Ageing) di mana projek ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran dan peluang yang akan wu-jud dalam sebuah masyarakat tua (ageing society) (Government Office for Science, 2015). Kajian ini menggunakan pendekatan cara hidup ter-masuk pilihan-pilihan yang dibuat dalam menjalani hidup dan implika-si terhadap populasi penduduk warga emas (ageing population) pada masa akan datang.

Tiga bengkel telah dijalankan berdasarkan tema pekerjaan, perkhid-matan dan pengangkutan. Enam buah artifak visual yang berlainan telah dicipta bersesuaian dengan tema bengkel dan bandar di mana bengkel tersebut dijalankan. Elemen ‘masa hadapan’ yang luar biasa didasarkan kepada dunia nyata dengan unsur realisme hasil daripada kajian literatur dan analisis keupayaan jangka masa hadapan (brief foresight analysis). Perbincangan seterusnya menjurus kepada aspek positif dan negatif ter-hadap gambaran yang telah disediakan dari segi perasaan dan emosi serta perubahan pada peringkat peribadi dan institusi.

Bengkel-bengkel tersebut turut membincangkan mengenai jangkaan gaya hidup masa hadapan dari segi pekerjaan, perkhidmatan, pengangkutan dan mobiliti pada tahun 2040 di mana pelaksanaan bengkel-bengkel ini adalah sangat berjaya kerana dapat mencetuskan perbincangan yang aktif dan mendalam mengenai senario masa hadapan.

Gambaran yang terhasil telah menjadi titik permulaan yang sama kepa-da para peserta dan elemen gambaran tersebut telah membawa kepada perbincangan yang lebih mendalam.

Page 18: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

18

Rajah 5: Rakyat mengenali reka bentuk spekulatif dan memberi hujah mere-ka (Sumber: Government Office for Science, 2015).

Perbincangan berpandu juga memberi peluang kepada para peserta ber-hujah melangkaui polarisasi “baik” dan “buruk” untuk memberi pendapat mereka tentang gambaran yang mungkin tidak begitu jelas seperti contoh aspek positif dan titik-titik konflik di dalamnya (beberapa elemen boleh di-lihat sebagai positif ataupun negatif oleh peserta yang berbeza). Ini juga dapat mengelakkan perbincangan yang terlalu memfokuskan kepada re-alisme teknologi yang digambarkan sebaliknya membincangkan tentang peluang dan potensi artifak yang dipamerkan (Voss et al., 2015).

Sepanjang aktiviti bengkel, para peserta menyatakan kebimbangan ba-hawa sistem masa hadapan direka tanpa mereka. Adalah dicadangkan supaya pada masa akan datang, bengkel seperti ini dapat dijalankan da-lam jangka masa yang lebih panjang bagi menggalakkan ciptaan naratif oleh para peserta seterusnya memperkembangkan naratif yang digam-barkan.

Page 19: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

19

Bagaimana untuk menggunakan reka bentuk spekulatif dalam penggubalan dasar?Untuk memulakan reka bentuk penyelidikan, penggubal dasar perlu mengenal pasti ruang dasar dan menetapkan isu-isu utama untuk diper-timbangkan. Kemudian, menyediakan soalan untuk penyelidikan dan menentukan jenis, tahap dan jangka masa bagi penyertaan awam ser-ta penglibatan pereka spekulatif dengan membangunkan reka bentuk penyelidikan yang ringkas. Penetapan isu-isu utama perlu dipastikan un-tuk proses pengumpulan data dan mempertimbangkan pendekatan yang bersesuaian dengan analisis kualitatif seperti pengkodan bertema (the-matic coding) dan analisis isi kandungan (content analysis).

Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan reka bentuk spekulatif da-lam proses penggubalan dasar iaitu secara selari atau bersiri, bersama kaedah-kaedah lain atau secara bersendirian. Berikut merupakan tiga huraian projek yang menggambarkan beberapa reka bentuk spekulatif dalam reka bentuk penyelidikan penggubalan dasar:

Page 20: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

20

1. Penggubal dasar melantik seorang pereka spekulatif untuk menciptakan artifak spekulatif sebagai provokasi kritikal untuk perbincangan tertutup sesama sendiri. Tujuan projek ini adalah untuk menunjukkan sudut pandangan yang kompleks atau luar biasa kepada penggubal dasar untuk dipertimbangkan dalam isu dasar yang lazim. Perkara ini termasuk mencipta dasar spekulatif berdasarkan objek/subjek luar biasa, ataupun membayangkan satu dunia yang belum lagi wujud.

2. Penggubal dasar melantik seorang pereka spekulatif untuk mencipta artifak spekulatif sebagai provokasi kritikal untuk perbincangan terbuka sesama kumpulan utama di mana perbincangan tersebut juga akan dirakam. Reka bentuk yang dicipta berkemungkinan mempunyai kontroversi dan memprovokasi emosi tetapi mempunyai nuansa yang mencukupi untuk menangani isu teori kritikal yang bakal muncul. Tujuan projek ini adalah untuk mencetuskan perdebatan tentang isu-isu kompleks dan mendapat gambaran maklum balas daripada masyarakat awam terhadap satu kemungkinan yang radikal.

3. Penggubal dasar melantik seorang fasilitator reka bentuk spekulatif untuk membantu kumpulan komuniti untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai sesuatu dasar melalui pelaksanaan bengkel. Mereka berkerjasama untuk menghasilkan idea artifak spekulatif yang merangkumi cadangan mereka terhadap isu tersebut. Berdasarkan hasil kerjasama dengan komuniti tersebut, pereka spekulatif akan memperkembangkan konsep yang telah dibangunkan dan membawa semula artifak spekulatif untuk perbincangan lanjut dan pengesahan. Reka bentuk spekulatif ini seterusnya dikongsi bersama golongan komuniti yang lebih luas melalui siri bengkel yang terbuka kepada orang ramai. Maklum balas akan diambil dan digunakan untuk memahami jangkaan faedah yang bakal diperoleh serta keperluan dan kebolehlaksanaan reka bentuk spekulatif tersebut untuk membantu dalam penggubalan dasar. Tujuan projek ini adalah untuk mengenali ruang sesuatu dasar, mengetengahkan pemahaman masyarakat awam tentang isu-isu yang kompleks dan mencetuskan perdebatan yang beretika serta memperoleh gambaran maklum balas masyarakat awam terhadap kebarangkalian yang disampaikan walaupun dalam bentuk cadangan penyelesaian ataupun kritikan.

Page 21: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

21

Penggunaan kaedah reka bentuk spekulatif dalam penggubalan dasar boleh digunakan oleh pereka spekulatif, kumpulan peserta (participatory groups) yang dibantu oleh pereka spekulatif, ataupun penyelidik berkaitan. Reka bentuk spekulatif boleh dilaksanakan melalui 2 bentuk pemikiran iaitu pemikiran yang dapat menjangka masa hadapan dan keberangkalian yang boleh berlaku (anticipatory) atau mempertimbangkan alternatif masa hadapan terhadap kebarangkalian yang boleh berlaku (exploratory) untuk mencipta artifak yang menyokong ataupun membantah status quo hari ini. Pemahaman mengenai cadangan penyelesaian terhadap sesuatu isu ini akan dapat diperoleh melalui proses penciptaan reka bentuk spekulatif dan juga melalui proses perkongsian artifak spekulatif. Artifak ini boleh digunakan dalam proses sebagai input kepada perkembangan reka bentuk spekulatif yang baharu ataupun sebagai output bagi mencetuskan perdebatan. Dengan ini, perdebatan dapat tercetus dalam kalangan tertentu, ataupun secara meluas dalam kalangan masyarakat awam agar dapat menjana penghayatan yang lebih mendalam terhadap sesuatu isu.

Dalam reka bentuk spekulatif untuk projek penggubalan dasar, pengurus projek perlu melihat parameter reka bentuk penyelidikan yang telah dibincangkan dari pelbagai sudut. Walaupun sesetengahnya wujud secara perbandingan namun pemikiran eksploratory/antisipatory, membantah/menyokong dan pembuatan/perkongsian mungkin dilaksanakan dalam keadaan ketegangan yang produktif. Pemilihan parameter reka bentuk penyelidikan lazimnya berdasarkan kepada bentuk soalan, bidang dan tahap penggunaan paradigma penyertaan. Akan terdapat persoalan mengenai keberkesanan bilangan peluang penyertaan, perbincangan kreatif dan perundingan dalam parameter reka bentuk penyelidikan memandangkan penggunaan reka bentuk spekulatif dalam penggubalan dasar ini berkesan dengan saiz sampel peserta yang kecil. Namun begitu, kaedah ini harus diakui sebagai satu ciri kepada kaedah kualitatif dan bukan satu kekangan kaedah kuantitatif.

Artifak yang dicipta melalui reka bentuk spekulatif dalam projek penggubalan dasar menggabungkan penglibatan serta hala tuju masyarakat terhadap isu semasa dengan isu etika dan politik. Kedua-duanya mengarah kepada pemeriksaan terhadap potensi sosial dan teknologi serta pandangan konkrit terhadap persilangan tersebut. Oleh itu, ianya dapat difahami sebagai tindakan berbentuk penerokaan ataupun penyiasatan yang berbeza tahap kebarangkalian atau keperluan.

Page 22: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

22

Apakah yang saya patut lakukan untuk menggunakan reka bentuk spekulatif dalam penggubalan dasar?Terdapat kemungkinan besar bahawa masa hadapan yang berbeza akan bersaing untuk menjadi keutamaan, bersilang dan berinteraksi dalam cara yang tidak dapat dijangka. Ianya boleh bermula daripada perkara yang kecil hingga menjadi suatu trend. Maka, di manakah perlu kita mencari petanda kecil dan tanda-tanda awal perubahan tersebut? Bagaimanakah kita mengenal pasti apa yang patut kita fikirkan?

Anda mungkin menggunakan sesuatu seperti peta trend (trend map) yang mungkin terdapat banyak peluang garis persilangan dan mungkin bekerja

Page 23: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

23

dengan trend setiap hari ataupun di perantaraan dua situasi tersebut. Kerangka PESTLE mungkin dikenali ramai kerana sering digunakan dalam pengurusan risiko di mana pelbagai tajuk/topik dimasukkan di bawah setiap kategori yang bersesuaian. PESTLE merupakan singkatan kepada P untuk Political (Politik), E untuk Economic (Ekonomi), S untuk Social (Sosial), T untuk Technological (Teknologi), L untuk Legal (Undang-undang) and E for Environmental (Persekitaran). Kerangka ini memberi perspektif yang menyeluruh dari setiap sudut untuk diambil kira sementara memikirkan mengenai idea/pelan tindakan.

Kerangka PESTLE mungkin dikenali ramai kerana sering digunakan dalam pengurusan risiko di mana pelbagai tajuk/topik dimasukkan di bawah setiap kategori yang bersesuaian. PESTLE merupakan singkatan kepada P untuk Political (Politik), E untuk Economic (Ekonomi), S untuk Social (Sosial), T untuk Technological (Teknologi), L untuk Legal (Undang-undang) and E for Environmental (Persekitaran). Kerangka ini memberi perspektif yang menyeluruh dari setiap sudut untuk diambil kira sementara memikirkan mengenai idea/pelan tindakan. Teknologi merupakan gangguan terbesar masyarakat pada masa kini. Sehubungan itu, banyak isu-isu yang boleh dipertimbangkan dari sudut ini yang mana seterusnya akan menjadi asas

Rajah 6: Contoh peta trend (trend map) (Sumber: Richard Watson, www.nowandnext.com, 2019).

Page 24: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

24

reka bentuk spekulatif. Selain itu, terdapat faktor pergolakan Politik yang perlu diambil kira dan dari sudut Ekonomi perkembangan dan penurunan ekonomi yang pantas atau perlahan perlu dilihat. Pelbagai jenis peralihan Sosial juga sering berlaku dan Undang-undang turut berubah dengan berlakunya kes undang-undang dan kes duluan (precedent). Trend jangka masa panjang dari sudut Persekitaran juga tidak boleh diabaikan.

Gabungan trend merupakan kaedah yang baik untuk membangunkan spekulasi yang menarik. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menghasilkan spekulasi:

1. Mengenal pasti satu bidang topik seterusnya memikirkan -isu-isu dalam bidang ini dan kesannya terhadap kelompok masyarakat yang berbeza.

2. Mengenal pasti satu atau beberapa trend semasa yang akan membentuk pemahaman dalam sesuatu bidang topik serta menyemarakkan lagi isu tersebut seterusnya memikirkan bagaimana trend yang dikenal pasti berinteraksi dengan bidang topik.

3. Memikirkan secara khusus bagaimana trend teknologi mungkin berinteraksi sesama sendiri dan juga dengan bidang topik yang dipilih.

4. Menghasilkan spekulasi berdasarkan titik persilangan ini dengan merangka seberapa banyak soalan “Bagaimana jika?” yang boleh. Gabungkan idea-idea tersebut dan yakini persoalan-persoalan anda. Sebagai contoh, berikut merupakan beberapa soalan “Bagaimana jika?” daripada buku Dunne dan Raby terbitan tahun 2013, Speculative Everything: Design, Fiction and Social Dreaming,

Rajah 7: Penggunaan kerangka PESTLE untuk menghasilkan spekulasi

Page 25: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

25

“Bagaimana jika tisu manusia dapat digunakan untuk mencipta objek? Bagaimana jika barang kegunaan harian mengandungi komponen hidup yang dicipta secara sintetik. Bagaimana jika kita boleh menilai potensi genetik antara pasangan kekasih? Bagaimana jika kita boleh menggunakan deria bau untuk memilih pasangan hidup yang sepadan? Bagaimana pula jika perasaan kita dapat dibaca menggunakan mesin?”.

5. Berdasarkan kepada spekulasi yang telah dicipta tersebut, tumpukan perhatian kepada spekulasi luar biasa dan yang agak provokatif. Semakin banyak spekulasi yang dicipta semakin cenderung untuk anda menemui sesuatu yang menarik.

Reka bentuk spekulatif atau hasilnya lahir daripada spekulasi. Oleh itu, penghasilan idea untuk sebuah produk, perkhidmatan atau gabungan produk dan perkhidmatan dapat membantu dalam mengolah kisah produk atau perkhidmatan tersebut. Apabila seseorang mempunyai satu masalah, penyelesaiannya disampaikan dalam bentuk rekaan. Seterusnya beban masalah tersebut dapat dikurangkan ataupun diatasi yang menyebabkan kehidupan seseorang itu berubah. Adalah perlu untuk memahami kisah sesuatu produk yang bakal dihasilkan di mana ianya boleh dimulakan dengan menghasilkan satu senario dengan memperkenalkan ciri-ciri produk tersebut. Perkara ini boleh dilakukan secara lebih produktif dengan membuat satu versi senario tersebut untuk menyelidik ciri produk tersebut dengan lebih mendalam dan bagaimana ianya berfungsi serta manfaatnya kepada pengguna.

Rajah 8: Menghasilkan prototaip reka bentuk spekulatif, ‘hasil benda (things)’

Page 26: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

26

Sekiranya produk itu tidak dapat dicipta secara nyata, kaedah lain boleh digunakan untuk menggambarkannya. Contohnya; penyediaan kertas kerja, panduan arahan, risalah, dan sebagainya boleh digunakan dalam membentuk hujah atau menceritakan kisah produk tersebut melalui kaedah pelaporan bertulis.

Kita juga perlu ingat bahawa produk sebegini hanya boleh wujud dalam konteks tertentu dan reka bentuk keseluruhannya menggambarkan bagaimana dunia yang dibayangkan beroperasi dan bagaimana dunia tersebut berbeza dengan dunia nyata.

Reka bentuk spekulatif merupakan eksperimen pemikiran (thought experiment) yang menggalakkan kita untuk berfikir tentang dunia dengan cara berbeza. Untuk berbuat demikian, penyataan mengenai rekaan yang dihasilkan akan digunakan untuk menimbulkan perdebatan. Oleh itu, adalah penting untuk menguji reka bentuk spekulatif yang dihasilkan untuk melihat berapa daripada rekaan tersebut berjaya mencetuskan pemikiran yang berbeza.

Kaedah ini juga boleh menggunakan pendekatan melalui perspektif biasa atau luar biasa. Antara persoalan yang timbul antaranya: Adakah idea ini berubah apabila berunsur biasa/harian? Atau adakah idea ini lebih penting jika berbentuk luar biasa? Idea ini bukan fantasi tetapi kurang terikat kepada dunia nyata dan kehidupan seharian. Bagaimanakah perubahan ini dengan soalan-soalan tadi atau perspektif yang berubah boleh membantu untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai. Bagaimanakah idea ini dapat menceritakan mesejnya atau membentangkan hujahnya?.

Kesimpulannya, reka bentuk spekulatif pada dasarnya bermula dengan mempersoalkan “Bagaimana jika?” sebagai titik permulaan. Bagaimana jika perkara ini wujud? Bagaimana jika ini wujud dalam bentuk yang paling mudah dan biasa? Bagaimana jika ini wujud dalam bentuk paling kompleks dan luar biasa? dan pada masa tertentu? dan di tempat yang tertentu? Apakah sifat asalnya, apakah daya majunya untuk menjadi kenyataan, dan apakah keperluan komersial dan sosialnya?

Page 27: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

27

KesimpulanKaedah reka bentuk seperti reka bentuk spekulatif berpotensi untuk melahirkan hubungan simbiotik antara masyarakat awam dan struktur tadbir urus negara. Dengan mengetengahkan reka bentuk spekulatif sebagai medium yang melangkaui batasan sedia ada, kaedah ini akan memberi peluang kepada pihak Kerajaan untuk mempunyai hubungan erat dengan golongan warga emas sendiri.

Peluang and potensi reka bentuk spekulatif dalam penggubalan dasar merupakan satu tambah nilai yang diperolehi daripada hasil interaksi di antara perkhidmatan awam atau ahli parlimen dengan penggunaan objek fizikal dan nyata, berbanding medium komunikasi tradisional seperti laporan bertulis. Interaksi sebegini dapat menyumbang kepada penggubalan dasar yang lebih inklusif kerana laporan Kerajaan yang panjang berkemungkinan tidak dapat menarik minat kelompok masyarakat sasaran yang dapat menyumbang dalam proses penggubalan dasar.

Akhir sekali, keputusan/hasil carian data dan tema yang dijana melalui reka bentuk spekulatif dapat melahirkan perasaan empati dan penglibatan yang lebih mendalam yang bermanfaat kepada penggubalan dasar berasaskan bukti.

Page 28: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

28

RujukanDarby, A., Whicher, A., Tsekleves, E., & Turner, N. (2016). Protopolicy Design Report – Imaginationlancaster. Lancaster University. http://imagination.lancs.ac.uk/outcomes/ProtoPolicy_Design_Report

Dunne, A., & Raby, F. (2013) Speculative everything: design, fiction, and social dreaming. MIT Press.

Government Office for Science (2015) Speculative design for an ageing population https://futureofageing.blog.gov.uk/2015/07/06/speculative-design/

Kimbell, L. (2015). Applying design approaches to policy making: discovering policy lab. University of Brighton.

Kirby, D. (2010). The future is now: Diegetic prototypes and the role of popular films in generating real-world technological development. Social Studies of Science, 40(1), 41-70.

Lee, C.A.L (2019). What Science Fiction Can Demonstrate About Novelty in the Context of Discovery and Scientific Creativity. Foundations of Science. 21 pages.

Linehan, C., Kirman, B. J., Reeves, S., Blythe, M. A., Tanenbaum, J. G., Desjardins, A., & Wakkary, R. (2014). Alternate endings: using fiction to explore design futures. In CHI’14 Extended Abstracts on Human Factors in Computing Systems. ACM Press. 45–48.

Sterling B. (2009) Design fiction. Interactions, 16(3), 20-4.

Tonkinwise, C. (2014). How We Intend to Future: Review of Anthony Dunne and Fiona Raby, Speculative Everything: Design, Fiction, and Social Dreaming. Design Philosophy Papers, 12(2), 169-187.

Tsekleves, E., Darby, A., Whicher, A., & Swiatek, P. (2017a) Co-designing design fictions: a new approach for debating and priming future healthcare technologies and services. Archives of Design Research, 30(2), 5-21

Tsekleves, E., Darby, A., Whicher, A., & Swiatek, P. (2017b). Using design fictions as a tool for engaging citizens in debating future pervasive health systems and services. EAI Endorsed Transactions on Pervasive Health and Technology, 3(10).

Voss, G., Revell, T., & Pickard, J. (2015). Speculative Design and the Future of an Ageing Population Report 1: Outcomes. Government Office for Science. Retrieved August, 2017, https://www.gov.uk/government/publications/future-of-ageing-speculative-design-workshops

Page 29: Pengenalan mengenai Little Book of REKA BENTUK SPEKULATIF · bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Reka bentuk spekulatif juga akan

29