40
Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer

Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

test

Citation preview

Page 1: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer

Page 2: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Sharing information/ device

Security enhancement

Database & system managementOnline application such as e-banking, e-commerce, ext..

Backup storage

Page 3: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Without networking this is happen to us……

energy & time

Waste

Unmanaged/ not centralized

Sneakernet

Communication gap

Breakdown security

Page 4: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

This is also might happen………..

Pirates, hackers, world benyond border, data loss….ext

Page 5: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Sistem rangkaian tidak mampu dibangunkan tanpa memenuhi kriteria-kriteria yang tertentu. Kriteria tersebut ialah;

Sambungan fizikal Sambungan logikal Aplikasi yang menyokong sistem untuk penghantaran dan

penerimaan data serta data yang dihantar dapat difahami oleh penerima.

Page 6: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Definisi Rangkaian Komputer

Rangkaian komputer dirujuk sebagai sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung.

Nod boleh terdiri daripada komputer, mesin pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung ini juga dikenali sebagai media komunikasi, manakala sekumpulan nod yang berkomunikasi dengan nod-nod lain dikenali sebagai rangkaian.

Rangkaian Komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang disambungkan untuk membolehkan perkongsian sumber, (contoh : pencetak, pengimbas, storan dan sebagainya) pertukaran fail, atau dengan erti kata lain untuk membolehkan perkongsian secara elektronik.

Page 7: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Definisi Rangkaian Komputer

Berdasarkan Oxford dictionary,rangakaian komputer ditakrifkan dengan “chain of interconnected computer”.

Menurut Knot, Waites dan Callaghan ia merujuk kepada “A number of computers connected together for the purpose of communication processing”.

Gambar Rajah 1.1: Satu rangkaian mudah

Page 8: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Kepentingan RangkaianKepentingan/Sumbangan

RangkaianCiri Utama Urusan Aplikasi

1. Perkongsian Sumber

Perkongsian fail data, pencetak sumber tenaga manusia (workgroup) dan lain-lain. Memudahkan tugas, menjimatkan masa serta membolehkan data dipindahkan dengan selamat.

Maklumat inventori Syarikat, dokumen dsb. Perkongsian Perkakasan.

2. Pengurusan Sistem Dan Data Terpusat

Membolehkan fail dan data bersaiz besar dikongsi dan tidak

perlu dipindahkan secara fizikal. Kawalan data terpusat memudahkan

pengurusan dan boleh diakses pada bila-bila waktu

Menggunakan server untuk mendapatkan data

3. Keselamatan Data

Program ini akan mengawas dan melaporkan pada pentadbir data

sebarang aktiviti tidak normal dalam rangkaian.

Menggunakan password

4. Utusan Elektronik (E-mail)

Dapat bertukar-tukar maklumat secara elektronik.

Dokumen elektronik boleh dilekatkan gambar atau dibuat salinan secara elektronik.

Komunikasi lebih pantas

5. Sokongan (Backup)

Maklumat yang tersimpan di server sahaja.

Integriti data dalam server lebih tinggi dari yang tersimpan dalam setiap komputer.

Menjaga data daripada kerosakan dan kehilangan

Page 9: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Sejarah Rangkaian KomputerMasa Pembangunan

Awal 1940 an Kegagalan perkakasan elektromekanikal disebabkan oleh saiznya yang terlalu besar.

1947 Inovasi semikonduktor membuka lebih banyak ruang untuk menghasilkan komputer yang mempunyai saiz yang lebih kecil.

1950 an Inovasi didalam penghasilan litar bersepadu (integrated circuit)

1960 an Komputer Kerangka Utama (Mainframe computer) digantikan dengan komputer yang lebih kecil apabila penggunaan

litar bersepadu telah meluas digunakan.

Akhir 1960 dan 1970 an Komputer kecil atau Minikomputer telah berjaya dibangunkan.

1977 Apple memperkenalkan minikomputer yang juga dikenali dengan komputer peribadi (personal computer - PC).

1981 IBM memperkenalkan PC yang pertama

Pertengahan 1981 Pengguna komputer tersendiri (standalone computer) memulakan perkongsian fail dengan komputer tersendiri yang lain melalui modem. Komunikasi ini dikenali dengan point to point atau dialup communication.

Page 10: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Kategori pengguna rangkaian komputer

Kategori pengguna rangkaian, bergantung kepada betapa kompleksnya rangkaian yang dibina itu. Berikut dinyatakan serba ringkas kategori pengguna yang melibatkan rangkaian.

Pentadbir Pangkalan DataBertanggungjawab untuk membina program dan menguruskan pangkalan data hubungan, yang bersaiz besar, dalam suasana rangkaian dan memberi kemudahan capaian maklumat pangkalan data kepada pengguna rangkaian.

Penyelengara RangkaianBertanggungjawab dalam membaikpulih dan naik taraf perkakasan rangkaian dan mengesan kerosakn rangkaian.

Page 11: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Kategori pengguna rangkaian komputerKakitangan Sokongan

Bertanggungjawab dalam memberi bantuan teknikal kepada pentadbir sistem dalam satu rangkaian yang besar; dari segi menyelesaikan masalah rangkaian secara berkala dan memberi latihan kepada pengguna-akhir rangkaian.

Pentadbir WebBertanggungjawab dalam melancarkan dan menguruskan kandungan serta corak laman Web syarikat, memastikan maklumatnya adalah tepat dan terkini, dan menarik.

Pengguna AkhirPengguna biasa yang hanya menggunakan komputer dalam rangkaian untuk mencapai maklumat bagi menjalankan tugasan atau menggunakan kemudahan yang disediakan dalam rangkaian tanpa menghiraukan bagaimana rangkaian itu diuruskan.

Page 12: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Peranan komputer rangkaianTiga peranan komputer dalam rangkaian :

Client – mengguna sumber-sumber rangkaianPeer – mengguna dan menyediakan sumber-sumber

rangkaianServer – menyediakan sumber rangkaian

Setiap peranan komputer ini ditentukan oleh jenis sistem pengoperasian yang dipasang pada komputer tersebut.

Server selalunya dipasang dengan sistem pengoperasian Windows NT Server, Windows 2000 Server, atau Novell Netware.

Client pula dipasang dengan sistem pengoperasian client seperti Windows 95/98 atau 2000 Professional, NT Workstation, atau Novell Netware client.

Peer dipasang dengan sistem pengoperasian peer; Windows 95/98, atau Macintosh.

Page 13: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Jenis rangkaian

Berdasarkan kepada peranan komputer dalam rangkaian, rangkaian boleh dibahagi kepada tiga jenis :

Client-Server – terdiri dari client dan server yang menyokongnya

Peer – tiada server dan rangkaian digunakan untuk perkongsian peranti di antara peer yang berdikari (independent peer)

Hybrid – rangkaian client-server dan juga mengandungi peer.Kebanyakan rangkaian adalah dari jenis hybrid.

Page 14: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rangkaian client-server

Rangkaian client-server mempunyai server berdedikasi kepada rangkaian yang menyediakan keselamatan dan kemudahan perkongsian sumber.

Server berdedikasi adalah komputer yang hanya berfungsi sebagai server dan tidak sebagai client atau workstation.

Tugas pemprosesan dibahagi di antara server dan client. Client (selalunya dipanggil front end) memohon

servis, seperti storan fail dan mencetak Server (selalunya dipanggil back end) akan memberi

servis yang diminta.

Page 15: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rangkaian client-serverDalam Windows 2000, rangkaian berdasarkan server

diuruskan dengan menggunakan active directory domains.

Domains adalah sekumpulan rangkaian dan pelanggan yang berkongsi maklumat keselamatan.

Server khas yang dipanggil domain controller. Pengguna rangkaian boleh mencapai sumber dalam domain tertentu hanya selepas semakan ke atas pengguna itu di lakukan oleh domain controller.

Domain keselamatan dan kebenaran untuk logon

dikawal oleh server yang khas yang dipanggil sebagai Primary Domain Controller (PDC) yang selalunya disokong oleh domain controller kedua yang dinamakan sebagai Backup Domain Controller(BDC).

BDC akan ambil alih tugas semasa PDC sedang sibuk atau semasa ketiadaan PDC atas sebab tertentu.

Page 16: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rangkaian client-server

Page 17: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rangkaian client-serverKelebihan Rangkaian Client-Server Keselamatan pusat yang kuat Storan fail berpusat, yang membenarkan semua

pengguna menggunakan data yang sama dan data yang kritikal boleh dibuat backup dengan mudah.

Menurunkan kos kerana server berupaya mengumpulkan (pool) semua sumber perkakasan dan perisian

Berupaya berkongsi peralatan yang mahal seperti pencetak laser berwarna, pemplot saiz A0.

Prestasi server adalah tinggi, pencapaian adalah lebih cepat dari peer.

Memudahkan pengguna – hanya perlu guna satu kata-laluan untuk capai semua sumber.

Servis bilangan pengguna yang ramai

Kelemahan Rangkaian Client-Server Kos perkakasan berdedikasi adalah tinggi Kos sistem pengoperasian rangkaian dan lesen client adalah

tinggi Perlukan seorang pentadbir rangkaian.

Page 18: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rangkaian client-serverJenis-Jenis ServerServer di dalam rangkaian menjalankan tugas

yang spesifik. Satu server boleh menjalankan beberapa tugas atau dikhaskan untuk satu tugas tertentu sahaja.

a) File server Menguruskan pencapaian pengguna dan

penggunaan sumber fail dan pencetak. Pengurusan fail adalah seperti mengalihkan fail, simpan fail, keserentakan kemaskini fail, arkib fail (backup).

b) Print ServerKawalan mencapai pencetak, pemplot dan mesin

fax.

Page 19: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rangkaian client-serverc) Message Server

Menguruskan perutusan elektronik, E-mail, aplikasi workgroup (pengurusan workflow), directory services (bantu pengguna mencari, simpan dan menjaga keselamatan maklumat dalam rangkaian contoh: Windows NT domain uruskan sumber mana dapat dicapai oleh pengguna mana dalam domain tersebut) dikalangan pengguna.

d)Application ServerMembolehkan aplikasi client/server dan juga datanya dicapai oleh pengguna. Sebagai contoh, server menyimpan banyak data yang mempunyai struktur yang mudah supaya mudah dicapai oleh pengguna. Dengan application server, pangkalan datanya akan berada dalam server, hanya keputusan yang terhasil dari permintaan pengguna sahaja yang akan diterima oleh komputer client.

e)Database ServerMenjalankan perisian untuk pelanggan dalam rangkaian.

Page 20: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Jenis- jenis server

Page 21: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rangkaian peer (peer to peer) Tiada pengawalan pusat atau server dalam rangkaian.

Pengguna berkongsi ruang cakera dan sumber-sumber seperti pencetak atau fax mengikut kesesuaian masing-masing.

Rangkaian Peer diurus dalam kumpulan-kerja (workgroup) dimana kawalan keselamatannya sangat terhad. Tiada terdapat proses login. Jika anda telah login kepada satu peer dalam rangkaian, anda dapat menggunakan mana-mana sumber dalam rangkaian yang tidak dikawal dengan kata-laluan tertentu.

Capaian kepada setiap sumber boleh dikawal jika pengguna memerlukan kata-laluan. Oleh kerana tiada wujudnya kawalan pusat, anda perlu mengetahui kata-laluan bagi setiap sumber yang dikawal itu.

Perkongsian sumber dikalangan peer tidak dapat dioptimumkan. Apabila ramai pengguna mencapai sumber dari satu peer tertentu, prestasi peer berkenaan akan menurun. Selalunya peer mempunyai had lesen tertentu yang menetapkan capaian serentak pada sumber yang sama hanya pada beberapa bilangan peer sahaja.

Page 22: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rangkaian peer (peer to peer)

Komputer dalam rangkaian peer boleh berfungsi sebagai server dan client.

Page 23: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rangkaian peer (peer to peer)Kelebihan Rangkaian Peer

Tidak perlu tambah kos untuk beli server atau perisian yang mahal.

Mudah untuk dipasangTidak memerlukan pentadbir rangkaianPengguna boleh mengawal capaian kepada

sumber yang dikongsi

Page 24: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rangkaian peer (peer to peer)Kelemahan Rangkaian Peer

Beban tambahan ke atas komputer kerana perkongsian sumber

Peer tidak mampu menguruskan sambungan rangkaian sebanyak yang diuruskan oleh server.

Data sukar untuk dicari kerana tidak diuruskan di satu pusat.

Tidak boleh mencapai fail untuk storan kerana tidak diuruskan di satu pusat.

Pengguna perlu menguruskan komputer masing-masingKeselamatan lemahTiada pengurusan pusat menjadikan rangkaian peer yang

besar tidak boleh berfungsi dengan baik (saiz maksima = 10 PC).

Page 25: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rangkaian Hybrid Rangkaian hybrid mengandungi kedua-dua jenis

peranan komputer di atas dan selalunya mempunyai active domains dan workgroup.

Ini bererti bahawa semasa semua sumber, yang dikongsi, dikawal oleh server, pengguna rangkaian masih boleh mencapai sumber yang dikongsi dikalangan peer dalam workgroup.

Dengan itu pengguna rangkaian tidak perlu logon kepada domain controller untuk mencapai sumber dalam workgroup.

Page 26: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rangkaian Hybrid

Rangkaian hybrid mengandungi server berdedikasi dan komputer

Page 27: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rangkaian HybridKelebihan Rangkaian Hybrid Semua kelebihan rangkaian client-server Kebanyakan kelebihan rangkaian peer Keupayaan pengguna dan pentadbir rangkaian mengawal

keselamatan bergantung kepada perlunya sumber tertentu itu dikongsikan.

Kekurangan Rangkaian Hybrid Sama seperti kekurangan rangkaian client-server.

Page 28: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Bandingan keselamatan dalam Rangkaian Peer dan Rangkaian Client-Server :

Peer Server

Kurang selamat kerana menggunakan keselamatan paras-berkongsi (share-level security)

Menggunakan keselamatan paras-fail (file-level security) atau keselamatan kebenaran mencapai (access permission security)

Share-level security : pengguna boleh menetapkan kata laluan untuk mencapai sumber dalam rangakain, tetapi pengguna ini tidak boleh mengawal pengguna yang mana satu untuk mencapai sumber tersebut – sesiapa yang tahu kata laluan itu boleh mencapainya. Setiap sumber yang hendak dikawal perkongsiannya perlukan kata laluan berasingan – akhirnya terlalu banyak kata laluan yang perlu diingat.

Hanya perlukan satu kata laluan untuk mencapai semua sumber dalam rangkaian

Page 29: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Pemilihan jenis rangkaian

Keputusan untuk memilih jenis rangkaian yang sesuai, perlu dipertimbangkan kemampuan anda membeli server rangkaian, perisian sistem pengoperasian rangkaian dan kos seorang pentadbir rangkaian. Jika anda mampu, anda bolehlah pertimbangkan jenis rangkaian hybrid (persekitaran lan yang luas). Jika anda tidak mampu, maka anda harus pertimbangkan jenis rangkaian peer.

Page 30: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rekabentuk rangkaian• Topologi rangkaian juga dirujuk sebagai kaedah

komputer, pencetak, peranti rangkaian dan lain-lain peranti disambungkan.

• Dengan erti kata lain, topologi rangkaian menjelaskan bentangan reka letak (layout) pendawaian dan laluan penghantaran data.

• Topologi akan memberikan kesan yang besar kepada perjalanan sistem rangkaian yang dibangunkan. Topologi adalah istilah piawai yang digunakan oleh profesional rangkaian apabila mereka merujuk kepada rekabentuk asas rangkaian.

• Memilih topologi tertentu akan mempunyai kesan ke atas

perkara berikut : Jenis peralatan yang diperlukan dalam rangkaian. Keupayaan peralatan. Perluasan rangkaian. Cara bagaimana rangkaian akan diuruskan.

Page 31: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rekabentuk rangkaianMembina rangkaian bukan hanya sekadar

menyambungkan komputer-komputer dengan kabel rangkaian. Kombinasi jenis kabel tertentu, NIC yang berbeza-beza, sistem pengoperasian rangkaian dan lain-lain komponen memerlukan susunatur yang berbeza.

Setiap topologi rangkaian mempunyai implikasi ke atas beberapa perkara seperti satu topologi tertentu akan memerlukan bukan sahaja jenis kabel yang tertentu tetapi juga bagaimana kabel itu akan ditarik disepanjang lantai, siling dan dinding.

Topologi juga akan menentukan bagaimana komputer berkomunikasi dalam rangkaian. Topologi berlainan memerlukan kaedah komunikasi yang berbeza dan kaedah komunikasi ini amat mempengaruhi rangkaian.

Page 32: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Rekabentuk rangkaianRangkaian mempunyai dua jenis topologi iaitu;

Topologi Fizikal – didefinisikan sebagai susunatur fizikal penyambungan dalam rangkaian, terutama sekali lokasi komputer dan lain-lain peranti rangkaian

Topologi Logikal – didefinisikan sebagai struktur rangkaian di tahap yang lebih tinggi dan menggambarkan aliran trafik rangkaian.

Page 33: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)
Page 34: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)
Page 35: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)
Page 36: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Latihan a. Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian?

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

b .Senaraikan Enam ( 6 ) kelebihan menggunakan rangkaian i)……………………………………………………………………

ii)…………………………………………………………………... iii)…………………………………………………………………… iv)………………………………………………………………….. v)…………………………………………………………………… vi)…………………………………………………………………..

c . Kesemua dibawah ialah merupakan kelebihan menggunakan rangkaian kecuali:

a)Pertukaran maklumat c) Pertukaran perkakasan

b)Menyimpan maklumat d) Perhubungan rangkaian

d .Di antara perkongsian yang dapat dilakukan di dalam sistem rangkaian komputer ialah kecuali :-

a) Perkongsian perisian b) Perkongsian Folderc) Perkongsian Pencetak d) Perkongsian nama

Komputer

Page 37: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Latihane) Anda ingin membangunkan satu rangkaian yang membolehkan pengguna mengakses sistem maklumat pelajar Kolej Komuniti di seluruh Malaysia. Bincangkan ciri-ciri rangkaian yang sesuai untuk tujuan tersebut dari segi:

i. Jenis rangkaianii. Kosiii. Jenis penggunaiv. Perisian yang digunakan oleh server dan

penggunav. Lakaran rangkaian yang anda banggunkan

Page 38: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

f. Anda melanggan satu leased line daripada syarikat Telekom Berhad. Leased line yang anda langgan adalah untuk kegunaan peribadi di rumah anda. Sila lakarkan rajah rangkaian anda dengan mengambil kira ciri-ciri berikut:

i. Satu leased line untuk kegunaan internet dan telefonii. Satu router bertindak sebagai modem dan access pointiii. 2 buah desktop yang menggunakan cableiv. 1 buah laptop yang menggunakan wireless.v. 1 buah switch

Page 39: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

Anda merupakan seorang pekerja baru disalah sebuah syarikat telekomunikasi yang terkenal. Apabila masuk ke dalam organisasi tersebut, anda melihat terdapat pelbagai jenis sambungan rangkaian. Disini anda terfikir bahawa tafsiran untuk sistem rangkaian adalah sangat luas. Sebagai seorang pekerja baru yang komited, anda perlu mengetahui tafsiran untuk rangkaian dari pelbagai sudut. FAKTA IDEA

Tafsiran untuk rangkaian dari pelbagai sudut.

ISU PEMBELAJARAN PELAN TINDAKAN

Saya berpendapat rangkaian merupakan…….

Page 40: Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer (Bab1)

a. Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian?……………………………………………………………………

…………………………………………………………………… (1M)b. Senaraikan empat ( 4 ) kelebihan menggunakan rangkaian

i)…………………………………………………………………… ii)…………………………………………………………………... iii)……………………………………………………………………

iv)......................................................................................... (2 M)

c. Senaraikan tiga (3) kriteria penting untuk membangunkan Sistem Rangkaian. i)……………………………………………………………………

ii)…………………………………………………………………... iii)…………………………………………………………………… (3M)

d. Senaraikan 2 Jenis Rangkaian . i)……………………………………………………………………

ii)…………………………………………………………………... (2 M)

e. Takrifkan NOD dari segi rangkaian.

………………………………………………………………………………………………………………………………………… (1M)

f. Takrifkan MEDIA dari segi rangkaian.

………………………………………………………………………………………………………………………………………… (1M)

kUIZ