60
PENGENALAN KEPADA DASAR-DASAR AWAM

Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kuliah 1

Citation preview

Page 1: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

PENGENALAN KEPADA DASAR-

DASAR AWAM

Page 2: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

DASAR-DASAR AWAM

PERJUANGAN FASA II

WAWASAN NEGARA

MENCIPTA MASYARAKAT GEMILANG

Page 3: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

KONSEP NEGARATanahRakyatSempadanPentadbiran Kerajaan

DEFINISI DASAR AWAMGaris panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang.

Page 4: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

DEFINISI DASAR AWAM

Dasar awam adalah apa jua dasar atau projek, program, rancangan atau apa sahaja cadangan daripada pihak kerajaan untuk menjayakan dasar atau projek tersebut.

Page 5: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

David Easton seorang ahli sains politik mentafsirkan dasar kerajaan sebagai nilai peruntukkan pihak berkuasa bagi keseluruhan masyarakat.

Lasswell dan Kaplan pula mentafsirkan dasar awam sebagai program bagi nilai amalan dan matlamat yang telah diprojekkan.

DEFINISI DASAR AWAM

Page 6: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Richard Rose mentafsirkan dasar sebagai: “a long series of more-or-less related activities” (satu aktiviti yang berterusan sedikit sebanyak mempunyai hubungan antara satu dengan lain)

Carl Fredrich mentafsirkan dasar sebagai “a proposed course of action of a person, or group or government, within a given environment providing obstacles and opportunities which the policy was proposed to utilize and overcome in an afford to reach a goal or realize an objective or a purpose”

DEFINISI DASAR AWAM

Page 7: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Menurut E. Aderson dalam buku “Public Policy Making” menakrifkan dasar sebagai sesuatu tindakan yang berfaedah yang diikuti oleh pengikut-pengikut dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara. Dasar-dasar ini dikembangkan oleh badan-badan dan kakitangan kerajaan.

DEFINISI DASAR AWAM

Page 8: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

DEFINISI DASAR AWAM

“Public Policy is Whatever Goverments choose to do or not to do”.

(Thomas R. Dye-Understanding Public Policy, 1975)

Usaha Kerajaan menghadapi/ mengatasi masalah yang membebankan semua atau sebahagian masyarakat untuk kebajikan umum.

“SESUATU DASAR KERAJAAN ADALAH PENGISTIHARAN HASRAT DAN NILAI (VALUES) KERAJAAN TERHADAP SESUATU FENOMENA, PERKARA, ISU, KEADAAN ATAU MASALAH DI DALAM MASYARAKAT.”

Dr. Abdullah Ab. Rahman, Masalah dan Isu Dalam penggubalan dan Pelaksanaan Dasar Awam.

Page 9: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

DEFINISI DASAR AWAM

Apa saja keputusan dan tindakan kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang

mempunyai objektif,matlamat dan tujuan tertentu.

Dijadikan panduan umum dalam mengatasi sesuatu masalah sesebuah negara.

Suatu tindakan yang mempunyai tujuan tertentu oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat,yang akan

mempengaruhi masyarakat.

Page 10: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

CIRI-CIRI DASAR AWAM

Menurut Austin Ranney dalam bukunya “The Study of Policy Content” telah memberikan lima ciri dalam dasar awam iaitu:– Satu objek atau beberapa objek tertentu: sbhg

tertentu dari alam sekeliling (masyarakat) untuk dilibatkan)

– Satu jalinan peristiwa: satu pertalian tingkah laku yang perlu dalam satu atau beberapa objek.

– Satu pilihan tindakan: beberapa tindakan dipilih untuk mendapatkan jalinan peristiwa yang dikehendaki. Bukan sahaja apa yg dilakukan oleh masyarakat ke atas objek ketika itu tetapi juga sesuatu pemilihan yg terperinci ke atas beberapa tindakan.

Page 11: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

CIRI-CIRI DASAR AWAM

– Satu pernyataan tentang sesuatu maksud: sama ada disiarkan secara umum kepada mereka yang berminat atau berhubung secara rahsia kepada sesetengah golongan tertentu, ataupun ada para penggubal dasar mengeluarkan kenyataan tentang apa yg akan mereka lakukan, bagaimana dan mengapa.

– Satu perlaksanaan tujuan: tindakan-tindakan sebenarnya dilakukan secara terang-terang (vis-à-vis) ke atas objek tertentu dalam membuat pilihan atau pernyataan.

Page 12: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

TUJUAN DASAR

MEMBANTU NEGARA MENCAPAI

1. Matlamat keselamatan negara.

2. Perpaduan dan kestabilan negara.

3. Kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat.

Page 13: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

ISU –ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.

ISU EKONOMI Arah dan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Masalah pengeluaran yang menurun dan

kekurangan tenaga buruh. Asas sektor pembuatan/perkilangan yang

sempit.(Tertumpu kepada industri elektronik, tekstil dan beberapa jenis industri gantian inport).

Kadar produktiviti yang secara relatifnya masih rendah.

Perbezaan pendapatan dan status sosio-ekonomi rakyat antara kaum, wilayah dan kawasan bandar dan luar bandar.

Page 14: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.

ISU POLITIK DAN PENTADBIRAN Polarisasi kaum. Penyalahgunaan dasar dan pengedaran

dadah antarabangsa. Keperluan pembentukan budaya kerja dan

sikap yang positif untuk pembangunan. Masalah kemiskinan mutlak yang berterusan

walaupun menurun dari segi peratusnya. Saiz sektor awam yang masih besar beban

perbelanjaan yang tinggi. Isu pencemaran alam yang lahir daripada

aktiviti pembangunan yang tidak terkawal.

Page 15: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.

ISU ANTARABANGSA Pergeseran politik kuasa-

kuasa besar di rantau ini. Masalah politik di rantau

Asia. Pendatang tanpa izin. Kecenderungan kuasa

besar untuk menguasai dan menentukan arus politik dan sistem ekonomi antabangsa dan lain-lain.

Page 16: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN

I. DASAR-DASAR EKONOMI

DEB Wawasan 2020 RRJP / DPN Dasar Perindustrian Negara Dasar Persyarikatan Malaysia Dasar Penswastaan Dasar pertanian Negara Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunaan

Kampung Dan Luar Bandar

Page 17: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

DASAR-DASAR UTAMA KERAJAANII. DASAR-DASAR

SOSIAL/ETIKA KERJA Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan

Kebangsaan Dasar/Program Pembaharuan

Dan Peningkatan Produktiviti:-• Dasar Pandang Ke Timur• Dasar Bersih, Cekap Dan

Amanah• Kepimpinan Melalui Teladan• Program-program

Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran

Dasar Wanita Negara Dasar Sosial Negara

III. DASAR-DASAR LUAR NEGERI

Kawasan aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN)

Antartika

Page 18: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

PEMBAHAGIAN DAN JENIS-JENIS DASAR

Dasar Awam boleh dibahagikan kepada beberapa jenis dan turutan:

1. Desakan dasar (policy demands)

2. Keputusan dasar (policy decisions)

3. Pernyataan dasar (policy statements)

4. Hasilan / output dasar (policy putput)

5. Akibat dasar (outcomes)

Page 19: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

KATEGORI DASAR AWAM

a. Desakan Dasar policy demands

Segala desakan,tuntutan atau paksaan yang dikenakan ke atas kerajaan oleh orang ramai

akibat ketidakberkesanan sesuatu dasar.

b. Keputusan Dasar policy decision

Suatu keputusan yang dibuat oleh pegawai kerajaan yang memberi kuasa atau petunjuk dan

cara tindakan dasar awam. Termasuk juga tentang segala keputusan untuk mengeluarkan arahan,

gubal undang-undang,edar peraturan,pentadbiran atau tafsiran kepada undang-undang.

Page 20: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Desakan Dasar

Desakan dasar adalah segala desakan, tuntutan, paksaan yang dikenakan, yang dibuat ke atas kakitangan awam (peg. kerajaan) oleh orang ramai secara rasmi maupun peribadi dan juga terhadap sistem politik/pentadbiran untuk tindakan segera atas segala yang tidak dijalankan dengan berkesan.

Page 21: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Keputusan Dasar

Keputusan dasar ialah sesuatu keputusan yang dibuat oleh peg. Awam yang memberi kuasa atau memberi petunjuk dan cara kepada tindakan dasar awam. Ini termasuk segala keputusan untuk menggubal undang-undang, mengeluarkan arahan eksekutif, mengedarkan peraturan, pentadbiran atau mengadakan (dipersetujui) sesuatu takrifan/ penterjemahan kepada undang-undang yg mesti dipatuhi.

Page 22: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Pernyataan Dasar

Pernyataan dasar adalah sesuatu pernyataan yang formal, rasmi dan menggariskan dasar awam itu. Kandungannya ialah segala Akta, Ordinan, Undang-undang, perintah dan titah, peraturan pentadbiran dan kaedah-kaedah yang tertentu. Juga termasuk segala bentuk pernyataan pegawai awam (peg tertinggi kerajaan cth KSU, ketua pengarah ataupun menteri-menteri) yg menggambarkan segala garis panduan, hasrat dan cita-cita kerajaan, cadangan dan matlamat negara untuk dilaksanakan.

Page 23: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Hasilan/Output Dasar

Hasilan/output dasar adalah apa yang boleh didapati dengan jelas drp dasar awam-sesuatu yg dibuat dan dilaksanakan utk menentukan keputusan dasar dan pernyataannya. Output dasar ini secara ringkas ialah apa yang diusahakan oleh kerajaan, berbeza drp apa yang sepatut dilakukannya.

Page 24: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Akibat Dasar

Akibat dasar adalah segala kesan terhadap masyarakat – yang dijangka atau di luar jangkaan (tak diduga) yg lahir hasil drp tindakan atau pengabaian kerajaan.

Page 25: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

PENGKELASAN DASAR

Dasar secara umum boleh dibahagikan kepada 2 bhg yg utama:

1. Substantive (benda yg boleh dilihat)

2. Procedural (tentang perkara kaedah dan tatacara)

Page 26: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

MEMAHAMI DASAR AWAM

Sesuatu dasar awam ditentukan dasarnya oleh kuasa dan kewibawaan dalam perlaksanaannya dan penguatkuasaan oleh institusi kerajaan yang terlibat dan dipertanggungjawabkan bagi melaksanakannya.

Sesunggunya sesuatu dasar tidak akan dianggap dasar sehinggalah ia digabung, diselaras, dilaksana dan dikuatkuasakan oleh jabatan-jabatan kerajaan

Page 27: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Kerajaan memberikan tiga ciri yang khusus mengenai dasar awam:– i.kerajaan memberikan penguatkuasaan atau

pengesahtarafannya kepada dasar berkenaan.– ii. Dasar kerajaan melibatkan kesejagatannya

atau bertaraf kebangsaan/persekutuan.– iii. Kerajaan mempunyai kuasa mutlak atau

memonopolikan cara ‘desakan dan paksaan’ (coersion) terhadap masyarakat.

MEMAHAMI DASAR AWAM

Page 28: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Dalam hal ini, hala cara struktur adalah amat penting untuk kita memahami dasar awam ini.

Struktur jabatan kerajaan/lembaga/agensi boleh mengakibatkan wujudnya dasar yang bermanfaat dan berguna.

Dalam perlaksanaan adanya sistem yang akan menjadi mekanisma mencapai matlamat dasar awam. Sistem ini dapat digambarkan melalui sistem ‘piramid dasar sehala’.

MEMAHAMI DASAR AWAM

Page 29: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

PIRAMID DASAR SEHALA

sultan

Mereka yang berpengaruh dan berkuasa

Profesional& Pentadbir

RAKYAT BERBILANG KAUM

Penentuan dan penggubalan

dasar

Strata dalam masyarakat majmuk

Masalah Awam

Page 30: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

MODEL CARA BERSISTEM

INPUT

SISTEM POLITIK

OUTPUT

Persekitaran

Keputusan& tindakan

PersekitaranPersekitaran

Persekitaran

Desakan

sokongan

Page 31: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

PERKAITAN ANTARA DASAR AWAM DAN POLITIK

Dasar awam begitu dipengaruhi untuk dibuat berasaskan keputusan melalui sistem politik-

tuntutan atau kemahuan rakyat dan sokongan

oleh rakyat.

Rakyat menuntut sesuatu perkara dilaksanakan Kerajaan menggubal dan melaksanakan dasar Rakyat memberi sokongan dan maklumbalas

Page 32: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Pihak Terlibat dalam Penggubalan Dasar di Malaysia

Dasar terbentuk dengan pembentangan dan diluluskan di Dewan Rakyat

Dibawa ke Dewan Negara untuk diterima:

Parlimen badan tertinggi mengkaji kuasa mengawal dan laksanakan dasar strategi kerajaan

Dasar awam boleh berubah mengikut nilai masyarakat dan kepemimpinan

Dasar awam digubal untuk penuhi objektif-objektif sosio-ekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan, kestabilan dan kebajikan umum

Kejayaan dan kegagalan bergantung kepada pelaksana dan penerima dasar yang akan menentukan dasar akan datang

Page 33: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Kumpulan berkepentingan mampu mempengaruhi sesuatu dasar awam untuk menjaga kepentingan mereka dan orang awam. Walaupun tiada kuasa

menggubal dasar tetapi berpengaruh

Contoh: Persatuan Alam Sekitar Malaysia (PASM) dalam dasar berkaitan alam sekitar

Kongres Kesatuan Sekerja dan Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam dasar berkaitan skim perkhidmatan kakitangan awam

CAP dalam kepenggunaan- isu eksploitasi peniaga, harga, bahan pengguna

Pertubuhan-pertubuhan wanita hingga wujud Dasar Wanita Negara

Pertubuhan Islam dalam dasar Penerapan Nilai Islam

Page 34: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Pembahagian Dasar Di Malaysia

a. Dasar berkaitan ekonomi negara- DEB, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Kependudukan 70 juta

b. Dasar sosial dan etika kerja- Dasar Pendidikan Kebangsaan,Dasar Pandang ke Timur,Dasar Bersih,Cekap dan Amanah,Kepimpinan melalui Teladan,Dasar Penerapan Nilai-nilai Murni dalam Pentadbiran, Dasar Sosial Negara

c. Dasar luar negeri-masalah dan isu yang dihadapi di arena antarabangsa yang punya kesan ke atas pembangunan dan keselamatan ZOPFAN dan Dasar Antartika

Page 35: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Proses Pembentukan Dasar Awam1. Kenalpasti masalah-nilai,kehendak dan peluang yang

boleh diperolehi melalui tindakan orang awam. Dapatkan sebanyak dan setepat mungkin maklumat berkaitan masalah sebenar

2. Kenalpasti objektif - sekiranya dasar diperkenalkan,apa objektif yang dicapai?

3. Kenalpasti sumber yang ada - kalau kerajaan laksanakan dasar, apakah kerajaan berkemampuan

4. Kemuka alternatif yang sesuai - pelbagai tindakan dan usaha bagi kurangkan masalah - bergantung pada maklumat diperolehi - gunakan kreativiti,intuisi dan pertimbangan

Page 36: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

5. Rancangan tindakan dasar yang sesuai- satu siri tindakan yang diambil dalam usaha capai hasil dikehendaki- ambil tahu kesan negatif dan positif - maklumat tindakan dasar diperolehi melalui proses peramalan dan penilaian terhadap hasil yang diharapkan

6. Hasil Dasar - kesan tindakan dasar-positif dan negatif

7. Nilai dasar - nilaikan hasil dasar sejauh mana capai objektif dasar dan selesaikan masalah? -kaji dan rangka semula altenatif sehingga menghasilkan kepuasan

( proses ini adalah berterusan dan berulang supaya sesuatu dasar tidak ketinggalan zaman seiring dengan kehendak masyarakat dan matlamat negara )

Page 37: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

3 Perkara diambilkira dalam Pembentukan Dasar Awam :

1. Siapakah yang dapat, bila dan bagaimana mereka perolehinya?

2. Apa peranan pelaksana dalam proses buat dasar berbanding pihak eksekutif, perundingan dan perundangan?

3. Bagaimana pentadbir beri kesan ke atas gelagat orang awam dengan batasan yang ada dalam agensi kerajaan?

Page 38: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

PROSES PENGGUBALAN DASAR

Proses penggubalan dasar akan menetapkan dua perkara iaitu:– 1. penetapan matlamat (objektif)

• Selalunya matlamat ini merangkumi nilai-nilai manusia yg sangat dihargai oleh masyarakat.

– 2. penetapan strategi/cara• Strategi biasanya diwujudkan dalam bentuk projek

dan program.

Page 39: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Langkah-langkah Penting Memilih Matlamat

Proses memilih matlamat sesuatu dasar awam melibatkan sekurang-kurangnya peringkat berikut:– i. mengenalpasti masalah sebenar.– ii. Menentukan peringkat penglibatan

kerajaan.– iii. Memilih matlamat.

Page 40: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

LANGKAH-LANGKAH PENTING MEMILIH

MATLAMAT i. Mengenalpasti Masalah

– Sesuatu dasar digubal untuk mengurang atau mengatasi masalah. Maka, adalah penting masalah ini dikenal pasti dengan tepat supaya dasar yang digubal itu secocok dengannya.

ii. Menentukan peringkat penglibatan kerajaan– sesuatu masalah setelah dikenalpasti masalahnya maka, adalah

menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memikul tanggungjawab dan mengatasinya. Dalam hal ini haruslah diingat bukan semua masalah perlu melibatkan peranan kerajaan. Ada yang perlu boleh diatasi dengan penglibatan individu, kumpulan, badan-badan kebajikan sukarela, sektor swasta dll. (dikenakan bayaran). Jadi, adalah menjadi tugas penggubal dasar di sini untuk memisahkan masalah yg memerlukan tindakan kerajaan(masalah awam) dengan masalah bukan awam.

Page 41: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

iii. Memilih matlamat dasar– Pemilihan matlamat sekurang-kurangnya

memerlukan 3 faktor:i. Kaitan masalah dengan nilai-nilai pokok masyarakat.ii. Sokongan rakyat bagi matlamat yang dipilih.iii. Strategi yang bakal digubal untuk mencapai matlamat ini.

LANGKAH-LANGKAH PENTING MEMILIH

MATLAMAT

Page 42: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

MEMILIH MATLAMAT DASAR

i. Kaitan Masalah dengan nilai-nilai pokok masyarakat. – Masalah utama dilihat sebagai kehendak

kritikal dan perlu diberikan perhatian segera spt ‘polarisasi kaum’.

ii. Sokongan rakyat bagi matlamat yang dipilih– Sokongan rakyat penting untuk menjalankan

sesuatu dasar. Oleh itu, dasar tersebut perlulah boleh difahami dan diukur.

Page 43: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

MEMILIH MATLAMAT DASAR

iii. Strategi yang bakal digubal– Matlamat dan strategi mempunyai kaitan yang

rapat iaitu ia adalah satu faktor yang penting bagi menentukan strategi yang boleh digunakan.

Page 44: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

LANGKAH-LANGKAH PEMBUATAN DASAR

Langkah 1: Buat kajian yang rapi dan objektif tentang gejala sosial yg dikatakan ‘masalah’ oleh kumpulan dalam masyarakat.

Langkah 2: Tentukan jenis masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.

Langkah 3: pilih matlamat dasar berpandukan nilai pokok yg digugat oleh masalah sosial.

Page 45: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Langkah 4: Nyatakan matlamat dasar dlm bentuk yg am lebih-lebih lagi bagi dasar yg ditujukan pada masalah yg hangat diperdebatkan.

Langkah 5: Nyatakan matlamat dasar dalam bentuk seberapa khusus yg boleh asalkan ia tidak menimbulkan tentangan yg terlalu kuat dari rakyat.

Langkah 6: Sekiranya langkah 5 sukar dilaksanakan tetapi dasar perlu diperkenalkan dengan segera, nyatakan matlamat dalam bentuk yg difikirkan betul dengan segera dan diubahsuai hingga mendapat sokongan.

LANGKAH-LANGKAH PEMBUATAN DASAR

Page 46: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

LANGKAH-LANGKAH PENTING MEMILIH STRATEGI

Langkah-langkah pemilihan strategi dipengaruhi oleh perkara-perkara seperti berikut:– i. kaitan strategi dengan matlamat.– ii. Pemilihan berasaskan kriteria objektif atau

perkiraan politik.– iii. Kaitan strategi dengan sumber-sumber.– iv. Kaitan strategi baru dengan lama.

Page 47: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

LANGKAH-LANGKAH PENTING MEMILIH STRATEGI i. Kaitan strategi dengan matlamat

– Perlunya strategi yg direkabentuk itu secocok atau berkemampuan mencapai matlamat dasar adalah satu perkara yg ketara.

ii. Pemilihan berasaskan kriteria objektif atau perkiraan politik– Pemilihan kriteria yang sesuai adalah dengan

berasaskan kepada pemilihan strategi berasaskan kepada arena politik. Tetapi ada juga pendapat yang menggunakan kriteria objektif (present value of net benefit, internal rate of return).

Page 48: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

iii. Kaitan strategi dengan sumber-sumber– Sebarang langkah untuk merekabentuk dan

seterusnya memilih strategi hendaklah bermula dengan melihat kpd sumber-sumber yg ada atau boleh diperolehi (iaitu wang, teknologi, tenaga, tanah dll)

iv. Kaitan strategi baru dan lama– Ada dua kemungkinan sama ada meneruskan

strategi lama dan lihat kesannya ataupun memperkenalkan strategi baru yang belum pernah dicuba.

LANGKAH-LANGKAH PENTING MEMILIH STRATEGI

Page 49: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

LANGKAH-LANGKAH BERSTRATEGI

Langkah 1: Pastikan mutu dan jumlah sumber yg boleh diagihkan utk mencapai matlamat tersebut.

Langkah 2: selaras dengan langkah 1, reka dan pertimbangkan hanya strategi2 lama bagi mengatasi sesuatu masalah tersebut.

Langkah 3: Gunakan kriteria objektif utk memilih strategi2 yg telah direka berasaskan perkiraan2 dalam langkah-langkah 1 dan 2.

Page 50: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

CONTOH-CONTOH DASAR

DASAR EKONOMI BARU• Dilancarkan ekoran peristiwa berdarah 13

Mei 1969. Ia merupakan Rancangan Pembangunan Ekonomi secara berperingkat selama 20 tahun. (1979-1990).

• Objektif DEB ialah membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

• Strategi perlaksanaan DEB ialah Serapang Dua Mata iaitu:-

i. Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan, mengadakan perkhidmatan sosial percuma atau dibantu tanpa mengira kaum.

ii. Menyusun semula masyarakat untuk akhirnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

iii. Pencapaian matlamat DEB haruslah dalam kontek perkembangan ekonomi negara yang berterusan.

Page 51: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Objektif Menyatukan pelajar sekolah daripada pelbagai

kaum dan menyediakan tenaga kerja dengan pembangunan negara

Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan

Melahirkan tenaga kerja terlatih untuk jangka pendek dan jangka panjang, bersatu dan berdisiplin

Mewujudkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan bertaraf antarabangsa

Memastikan sistem pendidikan berupaya menangani perkembangan sains dan teknologi semasa

Page 52: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Matlamat

Membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai alat pembangunan ekonomi, menggiatkan pembangunan sektor perindustrian agar lebih canggih, dinamik dan bersaing dengan negara maju .

Strategi

Pengkomputeran sektor perindustrian

Menubuhkan Pusat Kecemerlangan Sains

Menggalakkan pemindahan teknologi antara sektor

Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk merintis jalan kepada penemuan dan penyelidikan terkini sains dan teknologi

Menubuhkan pusat mengumpul dan mengedar maklumat tentang aspek sains dan teknologi

Dasar Sains dan TeknologiDasar Sains dan Teknologi

Page 53: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Dasar Pembangunan Nasional(Sambungan DEB)

Fokus - Membasmi kemiskinan di kalangan rakyat termiskin - Menyusun semula masyarakat

ObjektifMemperkukuh kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan luar bandarMenjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomiProgramMembasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakatMeamstikan keseimbangan kaum dalam semua aspekMeningkatkan penggunaan sains dan teknologiMenerapkan nilai sosial, kerohanian dan amalan cintakan alam sekitarMeningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan

Page 54: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Wawasan 2020(Malaysia – Melangkah ke Hadapan,

28 Februari 1991)

Dasar yang menjadi rujukan menjadikan Malaysia menjelang 2020 dengan acuan sendiri. Malaysia setanding dengan negara maju lain namun mempertahankan identiti dan nilainya sendiri.

Cabaran:

Mewujudkan masyarakat bersatu yang berkongsi matmat bersama

Melahirkan masyarakat makmur ekonomi, punya daya saing dengan negara maju lain

Melahirkan masyarakat penyayang/amal budaya penyayang

Page 55: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

 

Melahirkan masyarakat progresif, saintifik, maju, berpandangan jauh dan lahirkan tamadun berasaskan sains dan teknologi

Melahirkan masyarakat bertolak ansur, liberal dan bebas amal agama, adat dan budaya masing-masing

Melahirkan masyarakat adil dan makmur melalui pengagihann kekayaan negara tanpa mengira kaum

Melahirkan masyarakat bermoral, beretika, berpegang teguh kepada nilai agama dan kerohanian

Membangunkan masyarakat demokratik yang matang dan punya persefahaman untuk kemakmuran negara

Melahirkan masyarakat berjiwa bebas, maju dan tenteram serta punya keyakinan dan keupayaan hadapi cabaran dan bangga dengan kejayaan sendiri

Page 56: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Prinsip:

• Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah • Kerajaan adil dan amanah• Rakyat berjiwa merdeka• Penguasaan ilmu pengetahuan• Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif• Kehidupan berkualiti• Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita• Keutuhan budaya dan moral• Pemeliharaan alam sekitar• Kekuatan pertahanan negara

 

Islam Hadhari(23 September 2004)

Page 57: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Pelan Integriti Nasional(23 April 2004) Objektif Utama

Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor dalam usaha membina masyarakat bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika

Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usahapeningkatan integriti supaya budaya diamalkan dalam semua bidang

Menggalakkan semangat bertanggungjawab dalam perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung dan menegakkan konsep integriti

Menyumbang usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara dalam peningkatan kesejahteraan hidup

Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam menghadapi cabaran global dalam abad ke-21

Page 58: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Tekad 2008 (2004-2008)(5 sasaran)

Kurangkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa

Tingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan kurangkan birokrasi

Tingkatkan urus tadbir korporat dan etika perniagaan

Mantapkan institusi kekeluargaan Tingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan

masyarakat

Page 59: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

Rumusan 

Penjawat awam perlu memahami dasar dasar pembangunan negara dan dasar itu digubal supaya:

 

• jelas mengapa melaksanakan tugas yang sedang dilakukan;• memahami sejarah mengapa sesuatu dasar digubal dan perlu dilaksanakan;• menjadi sebahagian penganalisis dasar awam untuk penambahbaikan ;• dapat menyampaikan mesej kepada penerima daripada pelaksanaan dasar awam

Page 60: Pengenalan kepada Dasar-dasar Awam

SEKIAN. TERIMA KASIH