Upload
mohd-fariruddin-othman
View
201
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
LETUSAN GUNUNG BERAPI
Apabila meletup.gunung berapi mengeluarkan pelbagai bahan yang terdiri
daripada bahan pepejal, cecair dan gas. Bahan cecair yang dikeluarkan oleh
letusan gunung berapi yang mengalir dipermukaan bumi disebut lava. Lava yang
mengalir melalui retakan-retakan dalam gunung dan melalui lohong ke lereng-
lereng gunung boleh mengalir beribu-ribu meter dan memusnahkan segala yang
ada dipersekitaran seperti haiwan,tumbuhan dan manusia. Kepanasan lava
menyebabkan hutan terbakar dan membawa kerosakan yang besar.
Pelbagai gas dikeluarkan semasa letusan seperti karbon dioksida,
hidrogen, sulfida, klorin, flourin dan boron. Gas ini mengandungi 65-95% wap air
(stim) yang sangat panas. Sulfur dioksida terlarut dalam wap air menjadi larutan
asid sulfurik lemah yang boleh membunuh tumbuh-tumbuhan di kawasan
gunung berapi. Hujan yang turun menjadi asidik dan mempengaruhi tumbuhan
dan haiwan di kawasan itu. Hujan asid akan mempengaruhi kesuburan tanah di
kawasan sekeliling dan menjadi tanah tidak sesuai untuk kegiatan pertanian lagi.
Semasa letupan, suhu di kawasan letusan gunung berapi akan meningkat
dan akan menjadi sangat panas. Ini menyebabkan mana-mana air yang ada
akan ditukar kepada wap air. Apabila wap air yang dikeluarkan bertemu dengan
udara yang lebih sejuk, pemeluwapan berlaku denagn pembentukan awan yang
tebal. Ini diikuti dengan penurunan hujan lebat semasa letupan. Hujan lebat
kadang-kadang bercampur dengan debu-debu halus gunung berapi
menghasilkan aliran lumpur yang boleh memusnahkan petempatan seperti yang
berlaku di Herculaneum, iaitu sebuah bandar pada zaman Rome yang terletak
tidak jauh dari bandar Naples hari ini.
Kadang-kadang banjir boleh berlaku apabila salji yang terdapat dicerun
atas gunung berapi mencair denagn mengecut. Contohnya pada 1877, lava cair
yang keluar secara mengecut dari gunung berapi Cotopaz di Ecuador telah
mencairkan salji yang berada di kemuncaknya dan menyebabkan banjir kilat
berlaku. Pada tahun 1985, letusan gunung berapi Guiz di kawasan Andes,
Colombia menyebabkan pencairan ais. Aliran air dari pencairan aisGuiz di
kawasan Andes, Colombia menyebabkan pencairan ais. Aliran air dari pencairan
ais bersama debu gunung berapi membentuk aliran lumpur yang disebut lahar
mengalir menurun dari cerun dengan halaju 145 km per jam telah memusnahkna
sebuah bandar dan membunuh 20 000 orang.
Dalam jangka masa beberapa tahun, letusan gunung berapi sebenarnya
boleh juga menurunkan sedikit kepanasan suhu di bumi seperti yang dilaporkan
oleh ahli sains Amerika Syarikat hasil letusan gunung berapi Pinatubo di Filipina
yang berlaku pada Jun 1991. Ini hádala kerana debu-debu asid sulfur yang
terapung-apung di udara membentuk satu lapisan yang dapat memantulkan
kembali sinaran matahari. Dalam jangka masa antara 2-4 tahun, suhu di
atmosfera dapat menurun Kira-kira 1.5°C.
Letusan gunung berapi juga menghasilkan pelbagai jenis bentuk muka
bumi jalar dalam seperti dais, sil, lakolitos, pakolitos dan batolitos. Melalui
gondolan permukaan bumi, bentuk muka bumi ini akan terdedah di permukaan
dan menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi yang akan mempengaruhi
kegiatan manusia. Batolitos terdedah membentuk banjaran yang besar seperti
banjaran Titiwangsa, Malaysia. Pantai batolit di British Columbia berukuran
panjang Kira-kira 2500 km dan lebar 1600 km. Lakolitos terdedah membentuk
kubah atau bukit bulat, lopolitos pula akan membentuk lembangan cetek. Contoh
lopolitos ialah di Bushveld, Trasvaal Afrika Selatan mempunyai lembangan yang
merentang sejauh 480 km.
Letusan gunung berapi juga menyediakan pembentukan cráter dan
keldera yang besar. Danau Toba merupakan satu contoh kaldera yang telah
diisikan dengan air dan telah dimajukan sebagai kawasan pelancongan.
Kawasan gunung berapi juga mempunyai keindahan semula jadi yang unik.
Keindahan alam semula jadi gunung berapi tidak dapat ditandingkan oleh bentuk
fizikal yang lain.