9
Cerebral Palsy “CEREBRAL” ialah OTAK “PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT” Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat. Sebelum Kelahiran Jangkitan dalam rahim Ibu mengalami darah tinggi, kencing manis, kurang darah ketika mengandung Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung Semasa Proses Kelahiran Kelahiran tidak cukup bulan Kecederaan semasa lahir Lemas semasa lahir Jangkitan semasa lahir Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun) Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning Jaundis yang teruk (kemicterus) Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.

Pengenalan Cerebral Palsy

  • Upload
    fisju

  • View
    48

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota

Citation preview

Page 1: Pengenalan Cerebral Palsy

Cerebral Palsy

“CEREBRAL” ialah OTAK

“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN

OTOT”

Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada

kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan

pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya

berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak

berkembang dengan pesat.

Sebelum Kelahiran

Jangkitan dalam rahim

Ibu mengalami darah tinggi, kencing manis, kurang darah ketika mengandung

Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung

Semasa Proses Kelahiran

Kelahiran tidak cukup bulan

Kecederaan semasa lahir

Lemas semasa lahir

Jangkitan semasa lahir

Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)

Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning

Jaundis yang teruk (kemicterus)

Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan

fizikal.

Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa

mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.

Page 2: Pengenalan Cerebral Palsy

Punca-punca :

Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.

Perkembangan otak yang tidak normal.

Rembesan (intraeraneal bleeding).

Demam kuning.

Terhentak / terhempas / kejutan.

Serangan kuman / penyakit.

Tanda-tanda :

Bayi kelihatan lembik

Lewat perkembangan

Menggunakan sebelah tangan (hand preference)

Masalah menyusu

Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang

tindak balas

Sembelit

Cepat marah

Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy

Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka

akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain

daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.

Page 3: Pengenalan Cerebral Palsy

0 – 10 bulan

Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi

kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

11 bulan

Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di

hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

1 – 3 tahun

1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.

Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya

kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila

kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila

di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.

8 tahun

-Belum boleh bercakap

Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan

seperti : - Rencatan akal (kurang kecerdasan)

- Kerencatan pertuturan

- Rencatan penglihatan

- Rencatan pendengaran

- Sawan (epilepsy)

- Kecacatan anggota

- Kecacatan gigi

- Masalah mengenai pernafasan

- Masalah mangenai pemakanan

- masalah untuk buang air besar atau kecil.

Page 4: Pengenalan Cerebral Palsy

Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastic, Ataxia, Athetoid)

Spastic – Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak

mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.

Athetoid – Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak

(ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik

muka.

Ataxia – Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan.

Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan

kodinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika

kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan

terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut.

Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di atas) – otot lembik

Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.

Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang

berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi

lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun

mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti

memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational

Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist,

Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka

akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang

belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti

diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di

hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy

mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas

dan keluarga mereka.

Page 5: Pengenalan Cerebral Palsy

Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama.Kecacatan warisan atau keturunan

tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secra langsung

melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota

yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis

dan Ataxia. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas

dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.

Cortex atau Lapisan Luar Otak Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam

pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity

menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan

seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di

bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya. Kerosakan

bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di

sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian

anggota badan.

Basal Ganglia

Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia

dan serebelum membantu meng organisasikan atau menyusun pergerakan dengan

amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal

ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai

Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak

disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.

Serebelum

Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini

berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan, gaya dan

keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan

bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang. Kanak-kanak spastic yang

menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum

mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang

Page 6: Pengenalan Cerebral Palsy

badan.Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu

kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.

Mengesan Kanak-kanak Spastik.

Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simptom-simptom yang ditunjukkan :

Kesukaran sewaktu makan

Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah

makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta

merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar

untuk di keluarkan semula.

Masalah pernafasan

Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi

kencang dan bising.

Masalah tidur.

Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam

dan sering menangis.

Masalah pertuturan

Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.

Masalah pendengaran.

Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak

bertindak balas langsung terhadap bunyi.

Masalah penglihatan.

Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola

mata yang berterusan.

Page 7: Pengenalan Cerebral Palsy

Reaksi yang tidak normal

Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan.

Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).

Kemungkinan mengalami simptom-simptom terencat akal.Kanak-kanak spastic

mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak

mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat

terhadap keadaan sekelilingnya.