19
PELAKSA."lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN AKTIVITI: SATU PENILAIAN KES ABSTRACT Arshad Ahmad Tengku Akbar Tengku Abdullah Ainun Haji Abdul Majid This study touches on the implementation of the ABc/M system in a Telecommunication Company in Malaysia in its efforts to be competitive in the local and global marketplace. It discusses the reasons for the changes in the systems and an evaluation of the achievement level in the implementation of the ABC system. Data was collected by means of interviews and reviews of internal company documents. This study found that the "Fixed" method used in the ABC system achieved its objective in Product Costing. Services. Infrastructure. Monitoring and Transfer Pricing. However, the "Usage" method that was usedfor Operational Excellencefailed to achieve the desired objective. This study summarizes four factors. namely. Training and Understanding. Support and Committment. Personnel motivation and an Integrated Support System are important for the successfol implementation of the ABC system. PENGENALAN Globalisasi telah membawakan satu era yakni pemiagaan tidak lagi mempunyai sempadan. Syarikat-syarikat lemah yang tidak berupaya untuk bertahan dengan lebih lama, dan syarikat-syarikat yang besar berjaya mengembangkan pemiagaan di serata dunia. Untuk mempunyai daya saing yang utuh, syarikat perlu mencari satu cara terbaik untuk mengurus operasi mereka. Salah satu cara ialah dengan mengawal dan mengurangkan kos secara berterusan. Dalam hal ini, sistem pengekosan tradisional tidak lagi mampu memberi sokongan kepada pengurusan syarikat. Sistem pengekosan berasaskan aktiviti (ABC) yang diperkenalkan dalam pertengahan tahun 1980-an ditonjolkan sebagai satu sistem yang dapat mengatasi masalah tersebut (Cooper, 1987, 1988a, 1988b, 1990, 1991; dan Cooper & Kaplan, 1998). Walaupun terdapat kajian ilmiah yang membincangkan kekuatan sistemABC, namun pelaksanaannya tidak begitu menggalakkan (Ness & Cucuzza, 1995); Ratnatunga, 1995; dan Rutherford, 2001). Penolakan pelaksanaan sistem ABC disebabkan oleb kegagalan pekerja bersifat menyeluruh dan memerlukan perubahan yang radikal. Di samping itu, para pekerja

PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

  • Upload
    others

  • View
    25

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

PELAKSA."lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN AKTIVITI: SATU PENILAIAN KES

ABSTRACT

Arshad Ahmad Tengku Akbar Tengku Abdullah

Ainun Haji Abdul Majid

This study touches on the implementation of the ABc/M system in a Telecommunication Company in Malaysia in its efforts to be competitive in the local and global marketplace. It discusses the reasons for the changes in the systems and an evaluation of the achievement level in the implementation of the ABC system. Data was collected by means of interviews and reviews of internal company documents. This study found that the "Fixed" method used in the ABC system achieved its objective in Product Costing. Services. Infrastructure. Monitoring and Transfer Pricing. However, the "Usage" method that was usedfor Operational Excellencefailed to achieve the desired objective. This study summarizes four factors. namely. Training and Understanding. Support and Committment. Personnel motivation and an Integrated Support System are important for the successfol implementation of the ABC system.

PENGENALAN

Globalisasi telah membawakan satu era yakni pemiagaan tidak lagi mempunyai sempadan. Syarikat-syarikat lemah yang tidak berupaya untuk bertahan dengan lebih lama, dan syarikat-syarikat yang besar berjaya mengembangkan pemiagaan di serata dunia. Untuk mempunyai daya saing yang utuh, syarikat perlu mencari satu cara terbaik untuk mengurus operasi mereka. Salah satu cara ialah dengan mengawal dan mengurangkan kos secara berterusan. Dalam hal ini, sistem pengekosan tradisional tidak lagi mampu memberi sokongan kepada pengurusan syarikat. Sistem pengekosan berasaskan aktiviti (ABC) yang diperkenalkan dalam pertengahan tahun 1980-an ditonjolkan sebagai satu sistem yang dapat mengatasi masalah tersebut (Cooper, 1987, 1988a, 1988b, 1990, 1991; dan Cooper & Kaplan, 1998). Walaupun terdapat kajian ilmiah yang membincangkan kekuatan sistemABC, namun pelaksanaannya tidak begitu menggalakkan (Ness & Cucuzza, 1995); Ratnatunga, 1995; dan Rutherford, 2001). Penolakan pelaksanaan sistem ABC disebabkan oleb kegagalan pekerja bersifat menyeluruh dan memerlukan perubahan yang radikal. Di samping itu, para pekerja

Page 2: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

A rsh ad Ahmad n aL

tidak sanggup menerima perubahan yang dibawa oleh sistem ABC ini kerana ia berupaya melaporkan ketidakcekapan penggunaan sumber organisasi (Ness & Cucuzza, 1995). Oi samping itu, pengurusan tidak mengendahkan kesan kelakuan ke atas reka bentuk sistem dan perisian (Shields & McEwen, 1996) dan bebanan yang dihadapi oleb pengguna

sistemABC menggagalk.an perlaksanaannya (Innes & Mitchel~ 1991; Leahy, 1999).

ISU-ISU BERKAIT PELAKSANAAN SISTEM PE~GEKOSA."l DA."l PENGURUSAN BERASASKAN AKTIVITI

Sistem ABC boleh dilaksana menggunakan sarna ada: i) kaedah '"penetapan" atau ii) kaedah "penggunaan". Kaedah "penetapan" lebih senang digunakan herbanding kaedah "penggunaan". Kaedah "penggunaan" lebih rumit dan membebankan organisasi bukan sahaja dalam proses pengumpulan maklumat malah juga dalam proses pengesahan maklumat. Beban mendapatkan maklumat yang tepat ini sedikit sebanyak telah menggagalkan usaha pe Jaksanaan sistem ABC (Innes & M i tche 11. 1991). Kesulitan melaksanakan kaedah '"penggunaan" disebabkan oleh keperluan jangka masa yang panjang untuk membangunkannya (Pohlen, 1996).

Oalam proses pembangunan sistem ABC, terdapat dua aspek penting yang perlu diambil berat iaitu (i) sumber manusia dan (ii) sistem maklumat dan proses (teknikal). Di samping itu, kejayaan pelaksanaan memerlukan perubahan korporat (Price Waterhouse, 1997). la bergantung kuat kepada kecekapan organisasi menguruskan isu-isu berkait dengan proses, organisasi, pekerja dan budaya seeara menyeluruh. Perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam pengurusan di antaranya ialah (i) penaja perubahan (ii) objektifperubahan yangjelas (iii) komitmen secara keseluruhan sarna ada dari pekerja ataupun pengurusan (iv) kaedah perubahan yang munasabah dan (v) pengurusan irnbuhan. Pengurusan irnbuhan perlu juga dikaitkan dengan latihan dan pembelajaran kerana ia boleh memberi insentifkepada pekerja supaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

Vntuk melaksanakan sesuatu projek perubahan, beberapa faktor perlu dititikberatkan iaitu: (i) koordinasi pekerja, (ii) komitmen berpanjangan, (iii) motivasi pekerja, (iv) tahap pengetahuan yang meneukupi (Beer et a/., 1990), (v) strategi persaingan, (vi) aktiviti kualiti, (vii) "Just in Time", (viii) penilaian prestasi dan imbuhan, (ix) konsensus mengenai objektif ABC (Shields & McEven, 1996). Faktor­faktor yang boleh memastikan kejayaan perlaksanaan ialah: (i) Latihan dan pembelajaran, (ii) komunikasi, (iii) sokongan pihak atasan, dan (iv) pengambilan bahagian (Kotter & Sclesinger, 1979)1, dan falctor tingkah laku dan organisasi (Argyris & Kaplan, 1994). Di samping faktor-faktor yang disebutkan. Laudon dan uudon (1998) menambahkan beberapa faktor yang lain iaitu: (i) kadar risiko dan kompleksi~ dan (ii) mengemaskinikan sistem secara berterusan.

212

Page 3: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

PelaJcsanaan Pengekosan dan Pengurusan Berasaskan Aktiviti

Sokongan dan komitmen pengurusan atasan merupakan faktor yang dianggap

penting kerana pelaksanaan sistem seperti ABC amat memerlukan sumber dalam bentuk masa dan kewangan yang banyak. Sokongan dan komitmen pengurusan atasan dari segi moral juga diperlukan (Hilton. 1997). Di samping itu, pengurusan atasan perlulah menjadi jaguh perubahan. Sokongan dan komitmen sahaja tidak mencukupi tanpa adanyajaguh untuk menerajui perubahan. Jaguh perubahan biasanya terdiri dari pihak atasan yang berupaya meraih sokongan dan memotivasikan kakitangan supaya menerima perubahan. Usaha untuk mendapatkan penerimaan. komitmen dan sokongan keseluruhan pekerja lebih mudah dicapai sekiranya mereka memahami akan kebaikan. keupayaan dan rnatlamat sistemABC diperkenalkan.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dibuat secara penerokaan berasaskan kepada satu kajian kes ke atas sebuah syarikat yang telah memperkenalkan dan me1aksanakan sistem ABC semenjak tahun 1995. Penemuan dan pembuktian yang dibuat adalah berasaskan kepada situasi dan pengalaman sebcnar subjek yang dikaji (Glaser & Strauss, 1967; Strauss & Corbin, 1998; dan YIn. 1994). Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan kejadian semula jadi dalam organisasi dipilih (Strauss & Corbin, 1998; dan Glaser & Strauss, 1967).

RASIONAL PEMILIHAN ORGANISASI

Organisasi yang dikaji telah didedahkan kepada sistemABC semenjak tahun 1993 dan melaksanakannya pada tabun 1995. Syarikat ini juga diakui sebagai antara syarikat yang melaksanakan sistem ABC di rantau Asia1• Ia merupakan sebuah organisasi perkhidmatan dan mempunyai struktur organisasi yang besar dan kompleks. Keunikan syarikat ini, bcrserta dengan pemahaman berkaitan dengan cara pemikiran abli-ahlinya yang mengendali dan mengguna sistemABC di organisasi ini akan memberi penjelasan kepada isu-isu yang dihadapinya dalam melaksanakan sistem ABC. Pengalaman yang dilalui oleh orglnisasi ini sudah tentu berupaya membantu organisasi lain dalam melaksanakan sistemABC.

213

Page 4: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

Arshad Ahmad et ilL

SKOP DAN ISU KAnAN

Data-data diambil untuk kajian ini ialahdari tahun 1991 sehingga ke tabun 2001. Data­data yang diambil pada tabun 1991 adalah penting kerana ia boleh menjelaskan sejarah pelaksanaan sistem pengekosan tradisional di syarikat tersebut Manakala data-data yang diperolehi dari tabun 1995 sehingga tahun 2001 membolehk.an penyelidik mengkaji pelaksanaan sistemABC.

KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT

Data-data dikutip melalui dua kaedah iaitu temu-soal dan analisis kandungan. Seramai 30 orang pekerja telah ditemu-soal untuk tujuan ini; lima orang daTi pengurusan kanan dan selebihnya adalah pekerja langsung atau tidak langsung dalam membangunkan sistemABC dan juga pengguna langsung sistemABC. Hampir 70 peratus daTi mereka ini mempunyai latar belakang dan asas dalam bidang perakaunan. Pecahan pekerja yang ditemu soal adalah seperti pada laduall dan 2.

Jadual: Pecahan Pekerja Ditemu bual

Tahap Pekerja Jumlah ~.

Pengurusan Kanan S 16 Pengurusan Pertengahan 7 23 Pengurusan Bawahan 18 60 Jumlah 30 100

Jadual2: Pecahan Mengikut Pengkhususan Pekerja

Bidang Kakitangan Jumlah Ditemu Soal Peratusan

Akauntan 21 7 Teknikal 4 13 Pemiagaan 3 10 Sistem Maklumat 2 7 Jumlah 30 100

214

Page 5: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

Pelaksanaan Pengekosan dan Pengurusan Berasaskan Aktiviti

Dolrumen-<iolrumen yang digunakan dalam anal isis merupakan dokumen yang berkaitan dengan sistem ABC termasuk kerangka kerja pengekosan, panduan dan tatacara pengekosan, bahan-bahan seminar dan latihan serta minit mesyuarat. Dokumen dari tahun 1991 sebingga Disember 2001 digunakan dalam kajian ini.

KAEDAH MENGANALISIS MAKLUMAT

Anal isis data dibuat mengikut prinsip "Grounded Theory" seperti yang diIaksanakan

oleh Glauser dan Strauss (1967), dan Strauss dan Corbin (1998). Satu-satu dokumen dianalisis secara menyeluruh. Data dan maklumat terkumpul dianalisis secara perbandingan yang sistematik'. Kaedah ini bertujuan untuk menjawab persoalan "apa yang berlaku di sini?" Analisis bagi hasil temu soal dibuat secara menyeluruh mengikut soalan yang dikemukakan. Perbandingan turnt dibuat terhadap initiatif seperti initiatifkualiti, initiatif sistem penilaian prestasi4 dan pengekosan tradisional. Selain itu, perbandingan an tara initiatifpelaksanaan oleh Unit ABC dan Pengekosan Strategikjuga dilakukan.

Dalam usaha menjaga kualiti kajian, panduan dari Yin (1994) telah digunapakai yakni dalam menentukan kesabihan konstruk, kaedah mempelbagaikan sumber data digunakan selain memastikan terdapatnya kesinambungan bukti dalam penemuan. Dalam menentukan kesahan luaran, penyelidik telah membuat perbandingan dengan basil penemuan dari kajian-kajian \epas untuk memperlihatkan persamaan penemuan. Hasil penemuan yang sarna atau hampir sarna akan mempertingkatkan kesahihan luarannya.

KES - SYARlKAT BETAFON

Syarikat BETAFON merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan di papan utama Bursa Saharn Kuala Lumpur (Bursa Malaysia). Syarikat BEIAFON menceburi dalam bidang perkhidmatan telekomunikasi. Persaingan membuatkannya mengambil langkah menstruk1urkan organisasi dan strategi. Dengan bantuan sepasukan konsultan luar negara, misi dan visi syarikat diperkenaIkan. Dari visi dan rnisi~ ini, tujuh agenda strategik telah diwujudkan tennasuk kecemeriangan operasi. Agenda strategik ini merupakan asas dan pemangkin kepada perkembangan sistemABC di Syarikat BETAFON.

Syarikat BETAFON telah mula memperkenaikan sistemABC pada tahun 1991 setepas tiga pegawai kanannya, Pengurus Besar Kewangan Korporat, Ketua Akauntan dan Ketua Audit Dalam membuat lawatan sambil belajar ke syarikat telekomunikasi di Amerika Utara. Lawatan ini telah mendedahkan mereka dengan satu sistem pengekosan yang agak baik yakni salah seorang daripada mereka menyatakan:

215

Page 6: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

Arshtul Ahmad et aL

Sistem pengekosan di Bell Canada adalab baik, mereka boleb mengetabui kos setiap panggilan sebaik sahaja panggilan itu ditarnatkan. Syarikat kita sepatutnya mempunyai satu sistem pengekosan yang bampir serupa.

Untuk melaksanalcan sistemABC, salU Jawatanlruasa Pemandu Pengekosan (JPP), dan Unit Pengek05an' di bawah Bahagian Kewangan Korporat telab ditubuhkan. JPP ditubuhkan bertujuan memastikan pe1aksanaan sistem pengekosan berjaIan dengan 1ancar.

SISTEM PENGEKOSAN PRA 1995

Sistem pengekosan Syarikat BETAFON' dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa satu dijadikan sebagai asas k.epada pelaksanaan sistem pengekosan ini F asa satu merangkumi penyediaan caru akaun, penstrukturan semula &Set tetap dan pembangunan kaedah pengiraan serta pengekosan kos burub' bagi mempertingkat ketepatan mencaj perbelanjaan. Fasa kedua pula merupakan fasa sehenar pembangunan sistem pengekosan syarikat Pada fasa ini. rnaklumat-maklumat overhead yang diperolehi dari Lcjar Am dan dari lain-lain sumber diagihkan kepada produk-produk. 1o Fasa kedua ini dikatakan dibangunkan secara logik, berstruktur dan konsisten.

Sebagai usaha menjayakan initiatif ini, Unit Pengekosan, tertakluk kepada JPP telah diberi kuasa sepenuhnya dalam kerja operasi dan pelaksanaan sistem pengekosan. Pada tahun 1992, seorang konsultan dari British Telecom tdab memperkenalkan kaedah pengagihan kos seeara logik. Kaedah logik ini pada dasarnya adalab berasaskan aktiviti. Selepas mendapati kelemahan kaedab ini. sistem pengekosan logik ala aktiviti ini telah dihentikan pelaksanaannya pada tahun 1993.

Pada tabun yang sarna, Syarikat BETAFON telah beralih kepada penggunaan perisian STEMII. STEM yang digunakan secara modeling ini \>erupaya membantu akauntan menyediakan rnaklumat pengekosan dengan lebih tepat. Aplikasi STEM ini menggunakan asas aktiviti seeara "penetapan" (top-down). Kejayaan pertama sistem pengekosan ini ialah apabila Syarikat BETAFON memperolehi rnaklumat pengekosan yang membawa kepada cadangan tarifbaru perkhidmatan talian tetap pada bulan Mac 1993. Pada bulan Julai 1994, basil pengekosan kadar caj antara sambung dihasilkan oleh Unit Pengekosan Korporat. Hasil ini telab menjadi asas kepada kerangka dan panduan antarasambung bagi membantu Syarikat BETAFON dalam membuat rundingan dengan kerajaan dan syarikat telekomunikasi lain.

Konsep barga pindaban pula telab diperkenal dan dilak..sanakan pada Januari 1994 dengan tujuan untuk mendapatkan kos sebenar sesuatu pusat operasi serta menilai prestasi operasi mereka. Kadar barga pindahan ini telab diasaskan kepada pengekosan separa ABC. Dalam pelaksanaan barga pindahan fasa I, bahagian yang terlibat adalah: (i) Sekolah l.atihan, (ii) Sistem Maklwnat, (iii) Perld1idmatan Kejuruteraan, (iv) Pengurusan Stok dan (v) Perkhidrnatan Keselamatan. Fasa 2 pula dilaksanakan pada I Januari 1995

216

Page 7: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

Pelaksanaan Pengekosan dan Pengurusan Berasaskan Aktiviti

dan Bahagian yang terlibat adalah (i) Khidmat Sumber Manusia, (ii) Perkhidmatan Kewangan dan Akaun, (iii) Perkhidmatan Perundangan dan (iv) Pengurusan Harta.

SISTEM PENGEKOSAN SELEPAS 1995

Pada pertengahan tahun 1995, Unit Pengekosan Korporat telah dipecahkan kepada dua iaitu Bahagian Pengekosan Telco dan Unit Pengekosan Korporat. Bahagian Pengekosan Telco bertanggungjawab kepada pe1aksanaan dan operasi sistem pengekosan. Manakala Unit Pengekosan Korporat bertanggungjawab dalam membuat dasar alau polisi pengekosan. Telco merupakan salah satu dari tiga kumpulan perniagaan stralegik yang ditubuhkan se1epas tahun 1995. Kumpulan lain adalah ServiceCo dan NewCo. Walau bagaimanapun, Bahagian Pengekosan Telco telah menunda pelaksanaan harga pindahan sehingga ke akhir tahun 1995 kerana berpendapat bahawa kadar "penetapan" harga pindahan yang dibuat secara separa ABC ini tidak mencenninkan kos sebenar.

Walaupun konsep ABC telah diperkenalkan kepada Syarikat BETAFON pada tahun 1992, keputusan untuk memulakan sistemABC hanya dibuat setelah beberapa pegawai kanan Syarikat BETAFON menghadiri beberapa seminar dan bengkel pengekosan dalam dan luar negara pada tahun 1995. Pelaksanaan secara rasmi ABC di Syarikat BETAFON dimulakan dengan seminarl2 pertama pada 20 dan 21 November 1995. Seminar bertajuk "Re-engineering Cost Analysis with Activity Based Costing" telah dihadiri oleh 68 orang akauntan dari se1uruh pusat operasi syarikat. Pada 4 Disember 1995 pula latihan penggunaan perisian SMART ABC Mode}l3 diadakan dengan dihadiri oleh wakil dari Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Teknikal, Bahagian Pemasaran, Bahagian Pusat Latihan, dan Bahagian Kewangan dan Akaun serta Unit Pengekosan Telco. Perisian ini telah digunakan untuk Bahagian Akses Pelanggan sebagai lokasi penerokaan. Hal ini menjadi detik pertama penggunaan sistem ABC sepenuhnya. Pengurusan kanan Syarikat BETAFON diperkenalkan kepada konsep ABC pada 18 lanuari 1996 melalui seminarl4 "Awareness on Activity Based

Costing and Activity Based Management". Pada bulan April 1996, menerusi bantuan pihak konsultan dari Australia,

Syarikat BETAFON telah menyediakan satu kerangka kerja pengekosan. Kerangka keIja ini menggariskan pendekatan serta kaedah pengekosan bagi empat kategori asas iaitu: (i) Pengekosan infrastruktur, (ii) Pengekosan produk, (iii) Pengekosan perkhidmatan dan (iv) Pengekosan keperJuan kawalselia. Kerangka kerja ini mengesahkan penggunaan konsep ABC sebagai kaedah pengagihan kos overhead dan asas kepada pengekosan penuh. pengekosan purata, pengekosan segmen, dan pengekosan bertambah.1S

Pada pertengahan tahun 1996, melalui seminar "Accountant in the Next Millennium", syarikat telah diperkenalkan kepada konsep Pengurusan BerasaskanAktiviti

217

Page 8: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

A.rshad A.hmad et aL

(ABM) dan Belanjawan Berasaskan Aktiviti (ABB). Pada akhir tahun 1997 dengan kerjasama konsultan Netprophet, satu kertas cadangan telah dikemukakan kepada Naib Presiden Kewangan bagi memulakan initiatif ABM dan ABB. Kertas cadangan ini telah diluluskan pada Februari 1998 dan bermulalah penggunaan ABC untuk tujuan kecemerJangan operasi (ABM danABB). Sebelum ini. sebagaimana pengekosan separa ABC, ABC hanya digunakan untuk tujuan pengekosan produk, perkhidmatan, kawal

seliaan, pengekosan infrastrukrur, dan barga pindahan sahaja. Kertas kerja ini mencadangkan ABClABM dimulakan di Bahagian Akses

Pelanggan. Usaha yang sepatutnya berakhir pada pertengahan tahun 1998 hanya dapat menghasilkan keputusan maklumat pengekosan pertama pada penengahan 1999. Walau bagaimanapun, basil maklumatABCI ABM yang diperolehi tidak diterima pakai oleb pihak kewangan dalam penentuan belanjawan tahunan. Pada awal tahun 2000, BahagianAkses Pelanggan telah disusun semula dan basilnya keputusan ABClABM yang dibangunkan pada tahun 1999 telab ditolak oleb pengurusan baru Bahagian

Akses Pelangganl6• Pada tahun yang sarna usaha untuk membangunkan ABCJABM

dijalankan di Bahagian Khidmat Rangkaian manakala pembaharuan ABCJ ABM pula diteruskan di Bahagian Akses Pelanggan.

Us aha ABC untuk barga pindahan oleb Unit Pengekosan Telco diteruskan dan ditumpukan kepada bahagian-bahagian di bawah ServiceCo" termasuk juga pus at perkhidmatan seperti Unit Kewangan, Bahagian Sistem Maklumat, Bahagian Akses Pelanggan, Bahagian Bantuan Operator, dan Bahagian Operasi dan Khidmat Rangkaian. Aktiviti yang bermula pada akhir tahun 1995 ini dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pada tahun 1998, pengekosan aktiviti untuk tujuan penentuan kadar harga pindahan bagi kesemua bahagian dibawah ServiceCo telah diselesaikan dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Pada bulan Ogos 2000, laporan pertama berkaitan dengan kos dan keberuntungan produk dan perkhidmatan telah dikeluarkan oleb Unit Pengekosan Strategik Telco. Laporan ini diteruskan dalam bentuk suku tahunan. Selain itu., pada tahun 1997, unit yang sarna telahjuga mengeluarkan laporan kos perkhidmatan untulc Perkhidmatan Sejagat dan Antara Sambung (interconnect). Pada tahun 1999, laporan berkaitan dengan kos rangkaian antarabangsa pula telah siap dihasilkan.

STRUKTUR BAHAGIAN PENGEKOSAN DI SYARIKAT BETAFO~

Selepas tahun 1995, Unit Pengekosan Syarikat BETAFON dibahagikan kepada dua iaitu Pengekosan Strategik dan PengekosanABCJM (rujuk Rajah I). Unit Pengekosan Strategik dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan kos dalam bidang produk dan perkhidmatan, rangkaian infrastruktur, perkhidmatan antarabangsa dan kawalse1iaan. Unit Pengekosan pula ditugaskan untuk menyediakan kos untuk barga pindahan dan

'lit

Page 9: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

P~/akSlllltulll P~lIgekOSIllf dillf PellguruslUf BerastlSkan Alctiviti

kecemerlangan operasi selain dari membantu Unit Pengekosan Strategik dalam

menentukan kos produk dan perkhidmatan.

Ka".on Kola S •• dakaa Ta'W' ...

KJ~~~\ .... (%) (%)

.... u.. Lelald 100.0 100.0 100.0 P ........ p .... M - M - M .. Jwnlah 100.0 100.0 100.0

a ••••• K..adazanduaun 10.0 1.3 ., .. Sa,_ 2.0 11.4 473 Clna 32.0 16.5 4.3 Suai_ 44.0 39.2 82.9 Sui"" 12.0 7.6 2.9 Lain-lain .. - 24.0 5.6 Jwnlah 100.0 100.0 100.0

Kat.eaon PGlnandu Teka! 56.0 54.4 55.7 r ..... d. Pemandu dao P ..... lik 44.0 45.6 44.3

Junl1ab 100.0 100.0 100.0 'Vnaur II &&hun-25 Lo&hun -- 1.3 4.3

261abun-35 labun 20.0 21.5 24.3 36 &&hun-45 tahun 50.0 34.2 31.4 46 labu.-55 tahUD 26.0 30.4 32.9 > 56tahua 4.0 12.7 7.1 Jurnlah 100.0 100.0 100.0

Pc.dld ..... Sekolah Rendah 38.0 48.1 65.7 Sckolah Mencnaab 62.0 45.6 31.4 KolojlUniv __ itl .. " 2.5 " .. Lain-la", .. -.. 3.8 279 Juft'\lah 100.0 100.0 100.0

Peadapa' •• Kw-ana RM 100 24.0 7.6 7.1 ........ - RM 101-RM 200 32.0 41.. 45.7 RM 201-RM 300 34.0 32.9 31.4 RM 301-RM 400 10.0 5.1 12.9 Lebih RM 401 .. .. 12.7 2.9 Jurnlah 100.0 100.0 100.0

.,J_·ak. Kurana 5 tahun 16.0 20.3 14.3 _ ... 5 &&hun-I 0 &&hun 50.0 31.6 34.3 __ jedl 1 I 1ab .... -15 tah .... 14.0 21.5 17.1

.,. ..... d .. 16 labun-20 Lo&hun 10.0 7.6 8.6 ...... 1 Lcbih 21 labun 10.0 19.0 25.7

Rajah 1: Carta Organisasi Unit Pengekosan

Walaupun kedua-dua unit pengekosan ini menggunakan asas ABC untuk pengagihan kos, kaedah pengagihan kos adalah berbeza. Unit Pengekosan menggunakan kaedah "penggunaan" bagi tujuan kecemerlangan operasi dan kaedah "penetapan" untuk tujuan penentuan barga pindahan. Unit Pengekosan Strategik pula menggunakan kaedah "penetapan".

SISTEM APLIKASI

Perlsian aplikasi pertama Syarikat BETAFON ialah perisian SMART ABC menggunakan pendekatan "penetapan". Perisian ini digunakan hanya untuk setahun dan pada akhir tahun 1996, ia diganti dengan perisian NetProphet yang menggunakan kaedah "penggunaan". Oleh kerana kerumitan dan ke1ewatan dalam mendapatkan kos, Unit Pengekosan Strategik telah menggunakan perisian OROS menggunakan kaedah

219

Page 10: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

Ars/liu/ Ahmad et aL

'"penetapan" benmIa pada tahun 1997. Perisian OROS mampu mendapatkan kos dengan cepat namun ketepatan maklumatnya diragui.

Perisian STEM yang mula diguna pakai pada tahun 1993 digunakan sebingga tahun 1998. STEM digunakan sebagai perisian altematif untuk pengekosan strategik". Perisian ini telah digunakan dalam pengekosan perkhidmatan sambungan suara tempatan dan nasional. Penggunaan STEM dihentikan kerana terdapat perbezaan keputusan pengekosan di antara STEM dengan MSEBETAFONCELLI9 MSEBETAFONCELLadalah perisian Microsoft EBetafoncell yang telah digunakan oleh Unit Pengekosan Operasi untuk menyediakan model pengekosan.

Sebingga kini. hanya dua perisian secara "stand-alone" iaitu perisian OROS dan Netprophet digunakan oleh Icedua-dua unit pengekosan di Syarikat BETAFON.

PENEMUAN DAN PERBINCANGAN

Untuk membuat sesuatu keputusan berkaitan dengan prod uk, pengurus mestilah tabu leos produk tersebul Rajah 2 berikut menunjukkan sistem pengekosan yang digunakan oleh Syarikat BETAFON.

I~ I~·---------------~_L-____ ~

Rajab 2 : Pengagihan Kos Kepada Produk Perlhidmatan OROS

220

Page 11: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

PdwfUltlfUI PengelcosfUI dan Pengurusan Berasasklln Aktiviti

Sistem pengekosan yang menggunakan kaedah logik tidak berupaya memberik.an maklumat yang dikehendaki oleh pengurusan. Seorang bekas Pengurus Kewangan Kawasan Timur10 memberikan gambaran,"sistem pengekosan yang dilaksanakan dahulu (1991) amat memeningkan pengguna" manakala pengurus pemasaran yang terJibat dengan pembangunan sistem pengekosan produk dan perkhidmatan telah berkata:

Kaedah logik nampak senang digunakan. Walau bagaimanapun, disebabkan agihan kos overhead adalah mengikut anggaran kasar sahaja, ia menyebabkan pengagihan kos menjadi tidak objektif. Akibatnya, kualiti atau ketepatan keputusan kos adalah diragui.

Keraguan kepada maklumat kos menyebabkan penundaan pelaksanaan kadar barga pindahan. Konsep dan kadar harga pindahan yang diperkenalkan pada Januari 1994 dikatakan tidak mencerminkan kos sebenar satu-satu pusat operasi. Pengurus Besar Bahagian Pengekosan Telco menyatakan11

:

Pasaran berubah pada Kadar yang lebih cepat berbanding dahulu. Untuk terus berjaya, leita mesti mempunyai leeupayaan untuk menilai peluang dengan tepat dan cepat. Penilaian ini bulcan selcadar sesekali sahaja tetapi berterusan.Penilaian ini bermula dengan mendapatkan maklumat kos yang tepat dan jika sekiranya kita memahami perniagaan kita dengan baik, kita boleh membawa syarikat kita ke tahap keuntungan yang tinggi.

Kaplan (1984), Cooper (1987), dan Cooper dan Turney (1990a, 1990b) telah menunjukkan bagaimana sistem yang bukan berasaskan aktiviti boleh memberi satu maklumat yang tidak betul dan seterusnya menyebabkan keputusan yang diambil berasaskan daripada maklumat terse but salah. Keraguan yang ditunjukkan oleh pengurus-pengurus adalah konsisten dengan padangan yang diberikan oleh Kaplan (1984), Cooper (1987), dan Cooper & Turney (1990a, 1 990b ).

01eh kerana kelemahan yang terdapat dalam sistem yang bukan berasaskan aktiviti sepenuhnya, sistem berasaskan aktiviti sepenuhnya telah dilaksanakan. Pengurus Pengekosan Strategik menyatakan kejayaan sistem berasaskan aktiviti:

Setakat ini sudah banyak laporan berkaitan dengan kos rangkaian dan kos produk dan perkhidmatan dikeluarkan.Usaha menyediakan laporan kos ini berjaya menyedarkan pengurusan syarikat ini tentang kos produk, perkhidmatan, juga kos khidmat sejagat, kos antara sambung dan kos perkhidmatan antarabangsa.

221

Page 12: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

Arshad Ahmad et aL

lni disokong oleb Pengurus Besar Bahagian Pengekosan yang menyatakan bahawa setakat ini mereka te1ab betjaya mendapatkan kos rangkaian serta produk dan perkhidmatan bagi domestik dan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan sistem berasaskan aktiviti tidak dapat mengukur kecemerlang operasi. Dekas Penolong Pengurus Besar Pengekosan menyatakan:

..... bercakap berkenaan ABC, memang tujuan asal adalah untuk ABCiM dimana tujuan kita adalah untuk sekurang-kurangnya menyediakan satu sistemABCIM untuk Bahagian Akses Pelanggan pada akhir tahun 1998 tetapi setakat ini lita hanya berhenti di tahap penemuan kos (ABC) sahaja".

lni disebabkan oleh sistem yang digunakan untuk tujuan pengekosan dan barga pindahan adalah berbeza dengan yang digunakan untuk tujuan kecemerlang operasi. Penolong Pengurus Pengekosan menyatakan:

Perbezaan Perlaksanaan ABC antara Unit Pengekosan Strategik dan Unit Pengekosan ABC adalah dari segi perlaksanaannya. Unit Pengekosan Strategik menggunakan kaedah "penetapan' (untuk pengekosan produk dan perkhidmatan) manakala Unit Pengekosan ABC menggunakan kaedah "penggunaan" (untuk tujuan kecemerlangan operasi). Kaedah "penetapan" lebib senang digunakan untuk mendapatkan keputusan k05 berbanding dengan kaedah "penggunaan". Sebab inilah untuk penentuan Kadar harga pindahan, kita menggunakan kaedah "penetapan".

Perbezaan kaedah yang digunakan boleh dijelaskan dengan melihat kepada penggunaan perisian. Pengekosan kecemerlangan operasi menggunakan aplikasi Netprophet21 menggunakan kaedah as as seeara "penggunaan" rnanakala pengekosan strategik menggunakan aplikasi OROS yang asasnya adalah "penetapan".

Pengurus yang mempunyai pengalaman dalam kedua-dua kaedah pendekatan "penetapan" dan "penggunaan" menjelaskan:

Dalam kaedah "penetapan", proses membangunkanABClM dimu\akan dengan Unit Pengekosan terlebih dahulu secara tersendiri, mengenal pasti aktiviti­aktiviti yang terlibat secara kasar dalam satu-satu fungsi (Bahagian). Selepas itu, Unit Pengekosan akan mendapatkan maklum halas dan pengesahan dari bahagian dan fimgsi yang terlibat Kos dari \ejar am kemudiannya akan diagihkan kepada kos objek mengikut peratusan anggaran aktiviti yang dikenal pasti dan disahkan. Kaedah ini amat mudah dan tidak memerlukan jangka masa yang lama untuk dibangWlkan. ..

222

Page 13: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

PelaJcsanaan Pengekosan dan Pengurusan Berasaskan Aktiviti

"Dalam membangunkan pengekosanABC'M secara "penggunaan", ianya agak nmrit sedikil Pertamanya. proses perlu dikenal pasti secara terperinci terlebih dahulu dan dilaJruk.an dari tahap yang paling bawah. Biasanya proses mengenal pasti aktiviti ini dilakukan secara bersama dengan pihak fungsi atau bahagian terlibat Dari proses ini, sub-aktiviti dikenal pasti yang kemudiannya dikumpulkan menjadi aktiviti dasar. Kos perlu dikenal pasti secara sebenar (bukannya dari lejar am) dan ditentukan mengikuti sub-aktiviti. Di sini timbulnya masalah kerana kebanyakan dari aktiviti dan sub-aktiviti yang dikenal pasti merupakan perkara bam (tiada maklumat sebelwn ini) dan ini rnenambahkan beban kerja kepada pengguna Wltuk mendapatkan maklumal Selain itu. sebelwn memulakan satu­satu pengekosan secara '»enggunaan", kita terlebih dahulu perlu memberi latihan dan kefahaman kepada pengguna bagi mendapat sokongan dari kumpulan pengguna ini Latihan dan peningkatan pemahaman ini merupakan faktor penting dalam kaedah '»enggunaan" Berlainan bagi kaedah "penetapan" di mana latihan dan pemahaman kakitangan dari pusat kos (pengguna) adalah tidak kritikal."

"ABCIM seeara "penggunaan" banyak rnasalah kerana kebanyakan dari aktiviti dan sub-aktiviti yang dikenal pasti merupakan perkara baru dan tiada rnaklumat sedia ada berkaitan dengannya. Ini menjadi beban kepada pengguna untuk mendapatkan maklumal Contohnya, bagi Bahagian Khidmat Rangkaian yang mempunyai cawangan di setiap negeri, bagi mendapatkan keputusan kos, sebanyak 500 maklumat tambahan sub-aktiviti diperlukan dan paling sedikit adalah sebanyak 200 rnaklumat. Ini bergantung kepada unit yang terlibat. lni sudah tentu menjadi beban kepada pengguna untuk memasukkan data ke dalam sistemABCIM. Tambahan lagi kerana ketiadaan bukti yangjelas tentang maklumat yang diperolehi, kita mengalarni rnasalah untuk mengesahkan maklumat yang ada. Kaedah "penggunaan" ini memerlukan masa yang agak lama untuk dibangunkan. Ini rnemerlukan kesabaran dan sokongan daripada semua pihak yang terlibat sarna ada oleh pengguna, pembangun, rnalahjuga dari pengurusan."

Seperti yang dinyatakan oleh pengurus tersebut, rna salah uta rna dalarn menggunapakai kaedah "pengunaan" adalah masalah peningkatan beban tugas untuk mendapatkan data dan maklumat pengekosan. Hasil penemuan yang sarna diperolehi oleh Innes dan Mitchell (1991), Institute of Management Accountant (Leahy, 1999) dan Kos et at. (1998). lui mung kin disebabkan oleh kaedah "penggunaan" yang rnemerlukan kepada perine ian dalam mengenal pasti aktiviti yang dijalankan (Pohlen, 1996).

Masalah ini menjadi lebih ketara dari kesan struktur dan organisasi syarikat yang kompleks (Robbin, 1993). Lokasi kerja yang banyak dan bertaburan di seluruh Malaysia, forrnaliti dan tatacara kerja yang berbeza serta keupayaan anggota yang berbeza (Rotch, 1996) telah menyulitkan lagi pelaksanaan sistem ABC yang

223

Page 14: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

ArshtJd Ahmad et td.

menggunakan kaedah "penggunaan". Masatah yang timbul adatah dari segi mengenal pasti keseragaman aktiviti dan penentuan kadar kos yang terlibat dalam satu-satu aktiviti. Kerumitan ini menyebabkan model ABC tidak boleh diseragamkan dan terpaksa dibangunkan mengikut lokasi. Alubatnya, masa yang diperlukan untuk membangunkan sistemABCIM secara "penggunaan" ini mengambil masa yang terlalu lama. Penemuan yang sarna diperolehi oleh Pohlen (1996).

PENUTUP

Kajian ini merumuskan bahawa faktor-faktor yang perlu diambil perhatian dalam melaksanakan sesuatu sistem pengekosan seperti pengekosan berasaskan aktiviti ialah:

• Keperluan kepada latihan dan kefahaman yang tinggi agar tidak beTlaku penolakan pelaksanaan serta memastikan keupayaan untuk membangunkan model pengekosan serta mendapatkan maktumat pengekosan.

• Keperluan kepada sokongan dan komitmen berpanjangan dan pengurusan dan kakitangan yang terlibat leesan dari penggunaan sumber masa yang lama dan sumber kewangan yang tinggi.

• Keperluan untuk memotivasikao kakitangan agar terns komi ted untuk melaksanabn sistem pengekosan.

• Keperluan kepada sistem sokongan agar data dan maklumat kos diperolehi secara automatik bagi mengurangkan beban tugas serta mempertingkatkan kesahan maklwnat

Salah satu punca latihan dan kefahaman kurang memuaskan adalah kerana kekerapan pertukaran kakitangan. Setiap kali berlakunya perpindahan kakitangan (pengguna), pihak pengekosan terpaksa mengadakan semula latihan kepada kakitangan baru untule memastikan mereka berupaya membangunkan model pengekosan serta mendapatkan data dan mak1umat Masalah ini terbukti melalui pengataman yang dilalui oleh Bahagian Akses Pelanggan apabila berlakunya pertukaran penggunaan. penolakan kepada basil kos akan terjadi. lni dijelaslean oleb Bekas Penolong Pen gurus Besar BahagianAkses Pelanggan seperti benkut:

Pada akhir tabun 1999, beberapa orang kakitangan kanan Bahagian Akses Pelanggan telab dipindahkan. Mereu yang dipindahkan ini merupakan kaleitangan yang bersetuju untuk melaksanakan dan memahami keperluan kepada ABC/M. Kesannya, basil yang diperolehi pada tabun 1999 ditolak oleh kakitangan baru Bahagian Akses Pelanggan". Pada tabun 2000 pelaksanaan ini telah dikaji dan disambung kaji ,emula (dan disiapkan pada akbir tabun 2000) selepas pengurusan baru diberi latihan dan

224

Page 15: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

Pelaksanaan Pengekosan dan Pengurusan Berasaskan Aktiviti

memahami kepentingan ABC. Keputusan untuk menunda pelaksanaan awal telah membantutkan peneapaian objektifkeseluruhan pelaksanaan ABCIM eli BahagianAkses Pelanggan ini.

Kepentingan latihan dan kefahaman yang berpanjangan telah elitekankan oleh Shield dan MeE yen (1996), Argyris dan Kaplan (1994), Klinsorge dan Tanner ( 1991 ) dan Krumweide (1997). Kaedah "penggunaan" yang kompleks (Kos et a/., 1998; dan Pohlen, 1996), berserta organisasi yang kompleks melebihkan keperluan kepada faktor latihan dan kefahaman. Kejayaan untuk mengadakan latihan yang berterusan akan mempertingkatkan kefahaman kakitangan terlibat terhadap ABC. Kefahaman yang tinggi bukan sahaja mengurangkan anggapan kompleks malah mengurangkan juga penolakan kakitangan terhadap sistem ABC (Ness & Cucuzza ,1995). Sekiranya sistem ABC telah dianggap mudah dan dianggap tidak kompleks, maka pelaksanaannya akan bertambah mudah.

Komitmen dan sokongan padu pengurusan adalah penting untuk melaksanakan perubahan seperti ini (Anderson, Hesford & Young, 2002). Komitmen dan sokongan menurun disebabkan oleh rasa kurang pereaya kepada hasil pengekosan kerana jangkamasa untuk menghasilkanABC begitu lama. Ini dapat dilihat dari komen oleh Bekas Pen gurus Pengekosan Harga Pindahan:

Salah satu faktor kegagalan adalah disebabkan oleh penerirnaan kakitangan terhadap ABC (dan terrnasuk pihak pengurusan).Pihak pen gurus an kanan serta kakitangan syarikat tidak begitu mengambil berat tentang pengekosan ABC (kecemerlangan operasi). Ini mungkin disebabkan ABC tidak menampakkan kesan kebaikannya. Pihak pengurusan atasan pada awalnya memang bersetuju dengan pelaksanaan ABC tetapi mungkin kerana terlampau lama masa yang digunakan untuk menghasilkan keputusan ABC, serta diragui ketepatan hasilnya, kepereayaan mereka kepada ABC mula pudar dan menyebabkan komitmen mereka semakin menurun.

Syarikat juga didapati menghadapi masalah untuk memotivasikan kakitangan yang t.erlibat untuk mengekalkan kornitmen mereka. Kaedah "penggunaan" yang diterima pakai dalam kecemerlangan operasi telah menyebabkan kakitangan pusat kos yang terlibat dibebanbn dengan tanggungjawab tambahan Mereka rrerasakan tarnbahan tanggungjawab ini tidak dibayar dengan ganjaran yang boleh memotivasikan mereka untuk meneruskan perlaksanaan sistem ABC ini. Seorang Pengurus Teknikal menyatakan:

22S

Page 16: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

.Anhad .Ahmad et aL

Proses untuk membangunkan sistem pengekosan untuk kecemerlangan operasi ini memerlukan komitmen yang tinggi .... Apa yang sedih. kita telah melaksanakan tambahan tanggungjawab ini dengan komitmen yang tinggi tanpa mendapatkan ganjaran tambahan. Sampai bila kita barus memikul beban tugas tambahan tanpa apa-apa ganjaran'r

Kesukaran untuk mendapatkan ganjaran daripada penglibatan dalam initiatif kualiti dan penilaian prestasi "Balanced Scorecard" juga menjadi penyebab kepada masalah pelaksanaannya. Seorang naib presiden menyatakan bahawa kakitangan akan

~ berkata, ..... kalau saya buat ini. apa yang saya dapat'r Keadaan ini menunjukkan bahawa tanpa sebarang ganjaran, kakitangan tidak akan melakukan sesuatu lebih dari biasa. Ini terbukti dengan initiatif sistem penilaian pre stasi. Semasa diperkenalkan pada tahun 1996, sistem penilaian prestasi ala "Balanced Scorecard" telah dicanangkan sebagai alat penilaian prestasi untuk memberi ganjaran. Keadaan ini telah mewujudkan penerimaan agak positifbagi mereka yang mempunyai budaya kerja positif. Namun, apabila sistem penilaian prestasi gaga! dijadikan asas ganjaran, penerimaan terhadapnya menjadi negatif. K..akitangan tidak mempercayai sistem ini akan memberi ganjaran manfaat kepada mereka dan ini menyebabkan pelaksanaan sistem ini terbantut Pengalaman negatif dari initiatif kualiti dan "Balanced Scorecard" ini memberi kesan (pengajaran negatit) kepada penerimaan serta komitmen kakitangan kepada ABC (kecemerlangan operasi).

Untuk memastikan kejayaan pelaksanaan sistem pengekosan, data dan maklumat kos serta kewangan mestilab disatukan (Ness & Cacuzza, 1995; Pohlen, 1996; Reeve, 1996). J ika sistem pengekosan berdiri sendirian, besar kemungkinan ia tidak dapat dise1araskan dan rnaklumat yang digunakan untuk pengekosan bukanlah yang terkini. Kenyataan ini disokong oleh kegagalan syarikat untuk mendapatkan data dan maklumat pengekosan kecemerlangan operasi akibat dari: (i) Maklumat­rnaklumat yang diperlukan kebanyakannya merupakan rnaklumat yang baru dan (ii) maklumat-maklumat ini dikumpul secara manual kerana tiada sistem yang mampu berbuat demikian secara automatik. Situasi ini menimbulkan masalah penambaban beban dan tanggungjawab kepada pengguna untuk mengumpulkan data. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya kelewatan dalam menyediakan basil pengekosan malabjuga memberi kesan kepada kesahihan maklumat

RUJUKAN

ABC Costing Team. 1998. "Proposal for Rollout and Integration of NetProphet for Activity Based Management (AMB)", ABC Costing Unit, Cost Management & Control Division.

ABC Implementation Team. 1996. "Methodological Approaches to Bottom-up Costing Studies", Company ABC Team, Internal progress rq>Ort, September.

226

Page 17: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

Pelaksanaan Pengekosan dan Pengurusan Berasaskan Aktiviti

Anderson, S.W., Hesford, J.W., & Young, S.M. 2002. "Factors Influencing the Performance of Activity-Based Costing Teams: A Field Study of ABC Model Development Time in the Automobile Industry. Accounting, Organization and Society, 27( 195-211).

Argyris, C., Kaplan, & R.S. September 1994 "Implementing New Knowledge: The Case of Activity Based Costing. (Commentary)", Accounting Horizons.

Beer. M, Eisenstat, R.A, Spector, B. 1990. "The Critical Path to Corporate Renewal", Harward Business School Press.

Cobb, I., Innes, J., & Mitchell, F. 1992. "Activity Based Costing: Problem in Practice, Management Accounting ClMA, London.

Cooper, R.1987. "Does Your Company NeedA New Cost System", Journal orCost Management, Spring.

Cooper, R 1988a. '1be Rise of Activity-Based Costing - Part One: What is An Activity­Based Cost System?" Cost Management Concepts and Principles, pp. 45-54, Surrnner.

Cooper, R. 1988b. "The Rise of Activity-Based Costing - Part Two: When do I need An Activity Based Cost System?" Cost Management Concepts and Principle pp. 41-48, Fall.

Cooper, R. 1990. "Implementing An Activity Based Cost System", Journal of Cost Management, Spring.

Cooper, R. 1991. "A Structured Approached to ImplementingABC",Accountancy, June.

Cooper, R., & Kaplan, R.S. 1998. "Measure Cost Right: Make the Right Decisions", HalVard Business Review, September/October.

Cooper, R. Tumey, P. 1990. "Internally Focused Activity-Based Cost System", Proceedings of the Third Annual Management Accounting, San Diego, PP.92-101, March.

Cooper, R. & Turney, P.1990b. "Measures for Manufacturing Excellence", Harvard: Harvard Business School Press.

Corporate Finance. 1992. "Minutes of meeting number 5,6,7 and 8", Product Costing Steering Committee, Internal report.

Page 18: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

Arshtul Ahmad et aL

Costing Unit. 1996. "Costing Framework", Financial Management Telco, Internal report, April.

Dessler.G.. 1995. "Managing Organizations in the Era of Change", Dryden Press, London.

Glaser, B.G, & Strauss, A.L. 1967. "The Discovery of Grounded Theory", Aldine.

Hilton, R. W. 1997. "Keys to Successful Implementing ABC and ABM", Managerial Accounting, Irwin McGraw-Hili, fourth edition.

Innes, J., & Mitchell, F. 1991. "ABC: A Survey of CIMA Members (CIMA)", Management Accounting, The Chartered Institute of Management Acountants October.

Institute of Management Accountants. 1993. "Practices and Techniques: Implementing Activity Based Costing", Statements on Management Accounting.

Statement NO.4T, September.

Kliensorge,I.K., & Tanner, R.D. 1991. "Activity Based Costing: Eight Questions To Answer Before You Implement", Journal of Cost Management, Fall

Kos, H., McKiney, W.S., Navistar. 1998. "Walking The Talk: Implementing The Real Activity Based Budgeting", ABC Technologies.

Krumwiede, K.R. 1997 . "Activity Based Costing for Maintenance", Plant Services on the Web, [on-line] http://www.plantservices.com. September.

Laudon, K.C., & Laudon, J.P. 1998. "Management Information System: New Approach to Organization and Technology", Prentice Hall. Fifth edition.

Leahy, T. 1999. "Why Something So Right Can Go So Wrong", Business Finance, [on-line] http://www.abctech.comllibrary/caseldeluxe.htm. January.

Ness, J.A., & Cucuzza, T.G 1995. "Tapping Full Potential of ABc", Harvard Business Review, July-August.

Pohlen, T.L. 1996. "A Summary of Activity Based Costing Best Practices", Supply Change Management Group, Ohio State Unversity, September.

Price Waterhouse Financial & Cost Management Team. 1997. "Developing a New Genaration of Activity Based Managers, CFO Architect of the Corporation's Future", John Wiley & Son.

228

Page 19: PELAKSA.lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN … · Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan

Pelaksanaan Pengekosan dan Pengurusan Berasaskan Alctiviti

Ratnatunga, J. 1996. "Activity Based Costing and Activity Based Management". Top Management Seminar on Re-engineering Cost Analysis and Activity Based C~:;ting in, Internal seminar paper. Kuala Lumpur. January.

Ratnatunga, J. (1995). "Re-engineering Cost Analysis with Activiy Based Costing", Seminar Re-engineering Cost Analysis and Activity Based Costing. Kuala Lwnpur. November.

Reeve,J.M.1996. "Project, Model and System: Where isABM Heading". Journal of Cost Management, Vol. I 0, No.2.

Robbin, S.P.1993, "Organizational Behaviour". Prentice Hall International Edition, sixth edition.

Rotch, W. 1995. "Activity Based Costing in Service Industry", Reading in Management Accounting, S.Mark Young, Prentice Hall.

Ruhl, J .M. 1996. "Activity Based Management: Lessons from the ABM Battlefield and the World Class Manufacturing", Journal of Cost Management, Fall.

Rutherford, B. 2001. "ABC: Too Much Activity and Not Enough Costing", Student Accountant, ACCA, February.

Sapling. 1997 . "Advertorial Sapling: On the Road to Activity Based Management", Singapore Accountant, July.

Shields, M.D. & McEven, M.E. 1996. "Implementing Activity Based Costing Systems SuccesfulIy". Journal of Cost Management, Winter.

Strauss, A., & Corbin, J. 1998. "Basics of Qualitative Research: Techniques and Procedures for Developing Grounded Theory, Basic of Qualitative Research", Sage Publication, second edition.

Telco Costing Team. 1995. "Feedback From Awareness Seminar", Seminar ofRe­engineering Cost Analysis and Activity Based Costing. Internal report, Kuala Lumpur, November.

TXP Finance Team. 1994. '"Transfer Pricing Policies & Procedures", Corporate Finance Division, Kuala Lumpur.

Yin, R.K .. 1994. "Case Study Research: Design and Methods", Sage Publication, second edition.

229