29
KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU KPD6014 TUGASAN 3 (INDIVIDU) PENYEDIAAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) DAN PENULISAN REFLEKSI PENGAJARAN NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. MARIA SALIH 1

Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

KPD6014

TUGASAN 3 (INDIVIDU)

PENYEDIAAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) DAN PENULISAN REFLEKSI PENGAJARAN

NAMA PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. MARIA SALIH

NAMA PELAJAR:

NUR AIDA NANI BINTI ABU SAMAT (M20131000117)1

Page 2: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

1.0 PENGENALAN

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk hasil pembelajaran

dalam setiap mata pelajaran yang diajar. Asas pengetahuan dan tingkah laku

dalam bilik darjah merupakan antara faktor-faktor yang membentuk sebarang

tindakan dalam membuat keputusan untuk memenuhi hasrat pelajar sebagai klien.

Dalam sesebuah kelas Pendidikan Islam khususnya, guru bertanggungjawab

memainkan peranan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sehingga

perubahan tingkah laku pelajar yang diingini berlaku. Untuk melaksanakan tugas ini,

setiap pendidik atau guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam

ilmu matematik yang hendak disampaikan dan juga pengetahuan tentang pedagogi

yang bersesuaian dengan peringkat pelajar yang diajar (Aida Suraya, 1999).

Pengetahuan pendagogikal isi kandungan (PCK) guru yang baik tidak akan

terbentuk dengan mudahnya tanpa ada usaha dari pihak-pihak berkenaan dan juga

inisiatif yang perlu ada pada diri setiap guru khususnya guru-guru Pendidikan Islam.

Sesungguhnya sesuatu perubahan itu boleh berlaku dengan kadar yang lebih

segera sekiranya individu yang terlibat iaitu guru-guru umumnya, bersedia untuk

berubah ke tahap yang lebih baik.

Peranan besar yang dipertanggungjawabkan kepada guru menjadikan

golongan ini sering menjadi tumpuan sebagai subjek kajian untuk penyelidikan

dalam bidang pendidikan. Kepentingan (PCK) adalah mengenalpasti sebarang

aspek yang boleh dimajukan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan pengajaran

yang memberikan hasil pembelajaran yang lebih bermakna. Pengetahuan

Pedagogikal Isi Kandungan (PCK) yang merangkumi pengetahuan isi kandungan

guru dan bagaimana guru memberikan kefahaman isi pelajaran kepada pelajar yang

telah diperkenalkan oleh Shulman (1987).

2

Page 3: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Matapelajaran Pendidikan Islam

Tingkatan 5

Tarikh 4 Februari 2014

Masa 10.30 pagi -11.30 pagi

Bilangan pelajar 12 orang

Bidang Ulum Syariah(ibadah)

Tajuk Tayamum

Objektif Pembelajaran Mengetahui dan melaksanakan tayamum

dengan betul

Miskonsepsi Pelajar sering tersilap syarat dengan

menyamakan wuduk dengan tayamum

Penyelesaian Guru akan memberikan contoh-contoh yang

mudah difahami pelajar dan menunjukkan

perbezaan dua perkara tersebut.

Cara memotivasikan pelajar 1. Memberikan pujian kepada pelajar yang

dapat melaksanakan tugasan dengan

baik..

2. Memberi latihan dan bimbingan yang

berterusan agar pelajar mudah faham.

Masalah dari pelajar Pelajar tidak mendengar arahan dan tidak

memberi perhatian terhadap kelas.

Cara mengatasi Guru menegur pelajar dan menyediakan aktiviti

yang menarik perhatianmurid.

Hasil Pembelajaran Sebelum tamat pengajaran, pelajar Tahun 5

dapat pelajar dapat melakukan dan

menerangkan cara tayamum dengan betul

dalam tempoh masa 1 jam

3

Page 4: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

Pengetahuan Sedia Ada Murid telah mempelajari takrif dan konsep

tayamum, sebab tayamum, dan syarat-syarat

tayamum pada pembelajaran yang lepas.

Penerapan Nilai Murni Mematuhi arahan guru

Bekerjasama dengan guru dan rakan

Mempunyai pemikiran yang kritis dan

kreatif

Memberi perhatian yang aktif

Kemahiran berfikir Menyusun atur rukun dan cara tayamum

dengan betul

Fasa-fasa

pembelajaran

Hunter

Huraian aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Set induksi

(5 minit)

Guru menayangkan gambar kawasan gurun.

Guru bertanya dengan murid :

- Bagaimana keadaan di gurun ?

- Bagaimana mereka dapat solat walaupun tiada air

disana?.

Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk baru

yang hendak diajar dan pembelajaran lepas.

Nilai:

Berani

KBKK: menjana idea

BBM:

Gambar

Memaklumkan hasil

pembelajaran

(3 minit)

Guru menerangkan hasil pembelajaran .

-pelajar dapat melakukan dan menerangkan cara

tayamum dengan betul

-Pelajar dapat menjelaskan hikmah tayamum

4

Page 5: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

Input Pengajaran

(8 minit)

Guru meminta murid membaca rukun dan sunat

tayamum dalam buku teks secara kelas dan individu .

Guru menerangkan satu persatu rukun tayamum

Guru menyuruh semua murid mengulang lafaz niat

tayamum.

Guru menyuruh murid mengulang rukun dan sunat

tayamum secara lisan untuk pengukuhan.

Guru memberikan analogi yang mudah bagi

meningkatkan pemahaman pelajar

Permodelan

(18 minit)

Guru membuat simulasi tayamum dan memberi

penerangan setiap cara tayamum.

Guru meminta murid membuat simulasi tayamum di

meja masing-masing mengikut guru dan mengulang

simulasi tanpa guru.

Guru meminta semua murid berkumpul melakukan

demonstrasi tayamum dengan betul.

Beberapa murid diminta membuat pengukuhan tentang

cara tayamum dengan menerangkan cara tayamum

secara lisan dihadapan murid yang lain.

Nilai:

-kerjasama\

-Mendengar arahan guru

BBM:

Tepung

Semak kefahaman Guru mengedarkan helaian kertas yang mengandungi 5

Page 6: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

murid

(10 minit)

hikmah tayamum.

Guru meminta murid berbincang tentang hikmah

tayamum dalam kumpulan dan meminta wakil kumpulan

murid untuk menyenaraikan hikmah yang diperoleh dan

memberi penerangan.

Guru mengadakan perbincangan dengan

membandingkan jawapan murid dengan jawapan sedia

ada daripada guru.

Guru akan bersoal jawab secara spontan dengan

pelajar tentang aktiviti yang dilaksankan bagi melihat

kefahaman mereka.

Nilai:

-teliti

Kemahiran Sosial : berkomunikasi

Pantau dan ubahsuai

(5 minit)

Guru membimbing dan cuba mengembangkan lagi idea

pelajar.

Praktis terbimbing /

Bertempoh

(8 minit)

Guru memberikan lembaran kerja dari buku aktiviti

pelajar dan meminta murid menyiapkannya dalam

tempoh masa tertentu

Pelajar yang dapat menyiapkan latihan dan jawapan

yang betul akan dapat pujian

Guru akan menyemak jawapan bersama-sama pelajar

dan pelajar akan membuat pembetulan dengan segera.

6

Page 7: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

KBKK:

Mengenal pasti

Penutup

(2 minit) Guru menasihati murid supaya mengulangkaji pelajaran

khususnya yang baru dipelajari serta menekankan

sekali lagi isi pelajaran yang perlu pelajar kuasai.

3.0 PROSES PEMBINAAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN

Shulman(1987) telah kemukakan satu model penaakulan pedagogi (PCK). Antara

langkah-langkah pembinaan PCK tersebut adalah:

1. Kefahaman

2. Transformasi

Persediaan

Representation (persembahan idea)

Pemilihan

Adaptasi dan penyesuaian mengikut ciri pelajar

3. Instruksi

4. Penilaian

5. Refleksi

6. Kefahaman baru

3.1 KEFAHAMAN

Dalam fasa kefahaman melibatkan 2 bahagian iaitu memahami isi pelajaran

dan pelajar. Dalam aspek memahami isi kandungan topik;

7

Page 8: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

1. Sumber utama yang diperlukan untuk memahami isi kandungan adalah

sukatan pelajaran, dan hasil pembelajaran iaitu pelajar mampu melakukan

tayamum dan menerangkan cara-cara tayamum dengan betul dan tertib.

2. Saya juga perlu mendalami dan memahami dengan mendalam isi

pengajaran yang ingin diajar iaitu maksud tayamum, cara melakukan

tayamum dan hikmah tayamum

3. Antara sumber lain boleh dirujuk adalah seperti internet, buku Fekah dan

buku rujukan.

Dari aspek memahami pelajar pula:

1. Saya perlu memahami latar belakang pelajar khususnya pengetahuan

sedia ada pelajar terhadap topic pembelajaran.

2. Saya juga perlu memahami aras kebolehan pelajar, tahap pengetahuan,

latar belakang, kesediaan pelajar sebelum mengajar.

3. Sikap dan tingkah laku murid perlu diketahui supaya mudah untuk

mengawal sepanjang menjalankan pembelajaran.

3.2 TRANSFORMASI

Transformasi adalah pengetahuan isi kandungan yang difahami guru ditukar

atau disesuaikan dalam pelbagai cara atau kaedah untuk disampaikan kepada

pelajar agar dapat mencapai objektif pembelajaran dan murid faham apa yang

disampaikan. Idea-idea yang telah saya fahami akan disusun dan disesuaikan ke

dalam beberapa cara agar isi kandungan mudah untuk disampaikan dan berkesan

kepada pelajar. Proses transformasi melibatkan perkara-perkara berikut: :

i. Persediaan

Saya menganalisa, menstruktur dan menyatakan hasil pembelajaran mengikut

kefahaman guru berdasarkan kepada huraian sukatan pelajaran, buku teks atau

sumber-sumber rujukan lain.

ii. Persembahan idea

Fasa ini merupakan cara bagaimana guru menyampaikan isi kandungan

pelajaran kepada pelajar. Penyampaian ini boleh dilakukan melalui penerangan,

8

Page 9: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

simulasi dan demonstrasi. Bahan untuk persembahan idea boleh digunakan

adalah seperti slaid, papan hitam dan lemabaran nota. Untuk langkah ini, saya

telah menggunakan sumber buku teks sepenuhnya dan menyampaikan idea

dengan penerangan berkaiatan tayamum. Persembahan idea turut dibantu oleh

bahan-bahan bantu mengajar seperti talam dan tepung untuk melaksanakan

tayamum.

iii. Pemilihan kaedah instruksi

Fasa ini merupakan langkah untuk guru memilih kaedah pengajaran yang sesuai

untuk tajuk yang diajar. Saya menggunakan beberapa kaedah untuk

menyampaikan isi kandunagn pelajaran iaitu;

a. Kaedah penerangan – guru akan memberi penerangan berkaitan

dengan rukun-rukun dan cara melakukan tayamum serta alat

digunakan untuk tayamum. Penerangan dilakukan agar konsep utama

tayamum difahami pelajar.

b. Kaedah simulasi- guru menunjukkan simulasi melakukan tayamum

tanpa menggunakan bahan tayamum di meja murid masing-masing

sebagai persediaan sebelum membuat demonstrasi.

c. Kaedah Demonstrasi – guru akan menunjukkan langkah melakukan

tayamum dengan cara yang betul. Semua pelajar akan terlibat di

dalam demonstrasi ini di mana setiap pelajar berpeluang melakukan

tayamum dengan menggunakan bahan yang disediakan. Bahan yang

digunakan adalah talam dan tepung untuk melaksanakan demonstrasi

tayamum dengan lebih berkesan. Dengan ini pelajar belajar melalui

deria sentuhan, penglihatan dan pendengaran.

iv. Adaptasi dan penyesuaian mengikut ciri pelajar

Dalam langkah ini, proses penyampaian isi kandungan oleh guru mestilah

mengambil kira tahap pengetahuan pelajar, bahasa, motivasi pelajar dan

sebagainya. Oleh yang demikian, penggunaan kaedah demonstrasi diharap

dapat memberi motivasi untuk pelajar melakukan sendiri tayamum di masa-

masa tertentu sekaligus meningkatkan motivasi pelajar utuk belajar.

9

Page 10: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

3.3 INSTRUKSI /PENGAJARAN

Dalam peringkat ini, guru terlibat dengan pelbagai tindakan semasa proses

pengajarannya seperti kawalan kelas, berinteraksi dengan pelajar secara berkesan

melalui soal jawab, penerangan yang jelas, memberi dan menyemak tugasan,

memberi bimbingan dan pengukuhan , pujian atau pun kritikan yang membina.

Disamping itu, guru yang mempunyai isi kandungan pelajaran yang kukuh akan

menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Dalam pembelajaran tajuk atayamum dalam Pendidikan Islam, guru sentiasa

memberi bimbingan dan galakan kepada pelajar lemah untuk menguasai

pembelajaran. Hal ini ditunjukkan melalui pembelajaran dengan kaedah demonstrasi

guru yang memberi peluang kepada semua pelajar merasai pengalaman

bertayamum. Dalam masa yang sama juga, guru sentiasa bersoal jawab dengan

pelajar dan memberi pujian kepada pelajar yang telah melakukan tayamum dengan

betul. Bagi pelajar keliru, saya membimbing dan memberi kata semangat supaya

pelajar akan berusaha untuk melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh.

3.4 PENILAIAN

Penilaian merupakan proses yang dilakukan semasa pengajaran

berlangsung. Penilaian terbahagi kepada penilaian sumatif dan formatif. Guru boleh

menjalankan ujian formatif bagi melihat pemahaman pelajar setelah seuatu hasil

pembelajaran dilaksanakan oleh guru. Penilaian sumatif adalah penilaian yang

dilaksanakan di akhir semester atau akhir tahun.

Guru mesti menyemak pemahaman pelajar atau sebarang miskonsepsi yang

timbul. Ini perlu bagi memastikan pelajar benar-benar faham isi pelajaran yang

disampaikan. Penilaian juga dapat diperhatikan dari riak wajah /mimik muka pelajar.

Dalam pengajaran yang dilaksanakan, saya sentiasa bersoal jawab dengan

murid bagi mengenal pasti tahap kefahaman murid sepanjang pembelajaran dan

bagi mngukuhkan lagi kefahaman murid latih tubi dan ujian akhir tahun berkaitan

tayamum dilaksanakan.

10

Page 11: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

3.5 REFLEKSI

Dalam Pendidikan Islam refleksi diistilahkan sebagai muhasabah diri untuk

guru yang mana guru melihat kembali pengajaran yang telah dilaksanakannya dan

mengambil tindakan yang perlu bagi tujuan penambahbaikan pengajaran dan

pembelajaran. Dalam pengajaran yang dilaksanakan, saya telah merenung kembali

setiap langkah pengajaran sebaik sahaja pengajaran dijalankan . Disamping itu,

saya turut meminta pertolongan rakan guru untuk membuat pemerhatian terhadap

perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Pemerhatian ini

dijalankan bagi membantu saya mengenalpasti kekurangan dan memperbaiki

pengajaran akan datang.

3.6 KEFAHAMAN BARU

Kefahaman baru merupakan satu kefahaman yang diperoleh selepas guru

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam penaakulan

pedagogi. Guru boleh mengulang semula langkah dalam model Shulman bermula

dari kefahaman sehingga kefahaman baru sekiranya objektif kurang tercapai.

Pengulangan bagi membantu murid menguasai isi pembelajaran. Melalui

kefahaman baru ini, guru lebih jelas terhadap isi pelajaran dan sekaligus membantu

meningkatkan kefahaman pelajar. Ia mungkin berlaku semasa proses pengajaran

dan pembelajaran bersama pelajar atau selepas refleksi dilakukan. Dalam mengajar

tajuk tayamum saya belajar bagaimana mengurus dan menyampaikan isi kandungan

dengan aktiviti demonstrasi secara lebih teratur. Pengalaman semasa aktiviti

pengajaran ini merupakan kefahaman baru untuk panduan pengajaran pada masa

akan datang.

4.0 PENULISAN REFLEKSI PENGAJARAN

Refleksi secara umumnya merupakan salah satu elemen yang penting untuk guru

selepas melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik. Hal ini

kerana refleksi merupakan proses merenung kembali dan menganalisis kelebihan

11

Page 12: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

serta kekurangan guru sepanjang melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran.

Menurut Hanipah (2004) pula, refleksi adalah satu ulasan terhadap amalan

seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada satu – satu

peraturan yang telah ditentukan. Hanipah juga turut mendefinisikan refleksi sebagai

satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya membuat

cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan.

Dalam membuat refleksi pengajaran kali ini, saya telah menggunakan

langkah –langkah yang dicadangkan oleh beberapa tokoh iaitu Hanifah dan Schon.

Berikut adalah hasil analisa jurnal refleksi pengajaran setelah mendapat maklumat

daripada rakaman video dan maklumbalas pemerhatian daripada rakan guru:

4.1 REFLEKSI SEBELUM PENGAJARAN

Pengajaran saya pada hari ini akan melibatkan pelajar tahun 5 dan saya

akan mengajar tajuk dalam bidang Ibadah iaitu Tayamum. Dalam tajuk ini, murid

perlu mengetahui cara-cara melaksanakan tayamum dengan betul dan menjelaskan

hikmah tayamum terhadap diri dan masyarakat. Di akhir pengajaran dan

pembelajaran, saya berharap murid dapat melaksanakan sendiri tayamum un tuk

situasi-situasi yang diharuskan mengikut cara yang betul. Sebelum pengajaran

dilaksanakan, saya telah mendedahkan terlebih dahulu maksud tayamum dan

konsep serta syarat-syarat untuk murid melakukan tayamum. Ini bertujuan untuk

memudahkan pembelajaran pada hari ini. Oleh itu, saya perlu menyediakan bahan

bantu mengajar yang sesuai yang sesuai dan mudah untuk melaksanakan aktiviti

pengajaran kali ini.

Saya juga berharap pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir

secara kreatif dan kritis iaitu membuat urutan cara-acara tayamum dan pelajar dapat

mengenalpasti situasi-situasi yang membolehkan pelajar bertayamum. Selain itu,

saya berharap pembelajaran kali ini memberi kesedaran kepada pelajar bahawa

12

Page 13: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

Islam itu mudah dan tidak membebankan khususnya dalam bidang ibadah.Selain itu,

diharapkan pelajar dapat menghayati makna setiap hikmah perlaksanaan tayamum.

4.5 REFLEKSI SEMASA PENGAJARAN

Untuk permulaan pengajaran saya telah menarik perhatian pelajar dengan

menunjukkan gambar gurun untuk membantu murid mengenalpasti tajuk yang akan

dipelajari. Pelajar berasa teruja ingin mengetahui tajuk yang akan diajar oleh guru

berdasarkan gambar yang diberikan. Pelajar juga aktif bersoal jawab dengan guru

untuk menjawab soalan guru. Pelajar memberikan maklumbalas yang positif dan

kelihatan sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut tajuk yang dipelajari.

Semasa aktiviti pembelajaran diadakan, pelajar-pelajar memberi kerjasama

yang sangat baik dan memberi tumpuan semasa guru memberi penerangan. Dalam

masa yang yang juga terdapat beberapa orang murid kurang menumpukan

perhatian terhadap guru dan diberi teguran terus oleh guru bagi mengelakkkan

mereka ketinggalan dengan tajuk yang diajar. Hal ini mungkin juga disebabkan

segelintir pelajar yang kurang faham. Walau bagaimanapun, pengetahuan sedia ada

pelajar iaitu maksud tayamum dan keadan-keadaan yang membolehkan

bertayamum membantu pelaajr untuk lebih faham tajuk yang diajar.

Selepas diberi penerangan berkaitan cara bertayamum pelajar tidak sabar

dan sangat teruja untuk melakukan demonstrasi tayamum. Sebelum melaksanakan

demonstrasi pelajar diberi peraturan-peraturan semasa menjalankan aktiviti tersebut.

Guru turut menunjukkan langkah-langkah tayamum yang betul untuk diikut oleh

pelajar. Dalam keaadaan yang sangat teruja, ada dikalangan pelajar yang tidak

dapat mengawal diri dan tidak mendengar arahan guru. Guru telah memberi amaran

kepada pelajar berkenaan agar tidak mengganggu perjalanan aktiviti yang

dirancang.

Semasa menjalankan aktiviti tayamum, sebahagian besar pelajar berjaya

melaksanakan aktiviti dengan jayanya dan pujian diberikan oleh guru bagi

meningkatkan motivasi pelajar. Terdapat juga dan segelintir pelajar yang keliru

13

Page 14: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

dengan perkara rukun dan sunat tayamum. Semasa melakukan tayamum terdapat

pelajar tidak meratakan debu dengan baik. Perkara ini perlu diambil perhatian

supaya pelajar tidak mengulang kesalahan yang sama.

Selepas aktiviti demonstrasi tayamum, guru meminta murid masuk dalam kumpulan

dan berbincang berkaitan hikmah tayamum. Pelajar dimasukkan dalam kumpulan

kepelbagaian tahap pelajar bagi memastikan murid saling bantu membantu antara

satu sama lain sepanjang perbincangan. Daripada pemerhatian guru, pelajar pada

awal nya memprotes guru untuk membentuk kumpulan tanpa mengikut rakan

mereka sendiri namun mereka akur dan dapat memberi kerjasama yang baik.

Selepas berbincang wakil daripada ahli kumpulan membentang hasil perbincangan,

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan pelajar untuk bercakap

dihadapan ramai orang. Terdapat satu kumpulan yang mempunyai masalah untuk

membentang yang mana mereka saling tolak menolak untuk mewakili kumpulan

dalam membentang. Perkara ini perlu di ambil berat supaya guru lebih bperihatin

tentang penglibatan pelajar dalam pembentangan.

Aktiviti terakhir adalah membuat latihan dalam buku aktiviti sebagai

pengukuhan, hamper semua pelajar membuat dengan tekun dan serius namun ada

juga yang kelihatan terkial-kial untuk menjawab. Guru membimbing pelajar yang

masih kurang faham dengan kehendak soalan dan berbincang dengan pelajar

jawapan yang sesuai dengan soalan yang diberikan.

4.6 REFLEKSI SELEPAS PENGAJARAN

Selepas pengajaran dilaksanakan, saya mendapati sebahagian besar pelajar

dapat melakukan tayamum dengan cara yang betul dan mereka faham tentang

kepentingan dan hikmah tayamum di adakan. Pelajar sangat ceria selepas

pengajaran dan ingin melaksanakan aktiviti demonstrasi lagi sekiranya diberi

peluang. Saya memberi pujian kepada pelajar yang Berjaya melaksanakan aktiviti

tayamum dengan baik dan menasihati pelajar yang kurang faham untuk berjumpa

dengan guru semula untuk pembaikpulihan.

14

Page 15: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

Secara keseluruhannya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan

dengan lancar dan hasil pembelajaran juga tercapai. Harapan guru agar pelajar

dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian

nanti.

4.7 KEKUATAN – KEKUATAN PENGAJARAN

Berdasarkan video rakaman dan maklum balas daripada pemerhatian rakan guru,

saya telah mengenalpasti beberapa kekuatan yang ada sepanjang saya

mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mengikut PCK ini. Antara kekuatan

yang ditonjolkan adalah seperti:

i. Set induksi yang menarikPermulaan pada pengajaran sangat penting untuk menarik pelajar mengikuti sesi

pengajaran.Kekuatan kepada set induksi yang dijalankan, penggunaan gambar

dapat merangsang pelajar-pelajar untuk berfikir dan cuba membuat andaian. Ini

secara tidak langsung meningkatkan kemahiran berfikir pelajar secara kritis. Selain

itu, gambar yang ditunjukkan juga bersesuaian dengan isi pelajaran yang hendak

diajar. Apabila pelajar Berjaya meneka tajuk pembelajaran mereka lebih teruja

untuk mengetahui isi kandunagn seterusnya yang bakal di ajar oleh guru. Hal ini

menambahkan lagi minat pelajar mendalami isi kandunagn sekaligus memudahkan

guru untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan efektif.

ii. Suara guru kuat dan jelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Saya sememaangnya mempunyai suara yang kuat dan ;jelas.. Dengan

menggunakan suara yang kuat dan jelas semasa penyampaian pengajaran pelajar

dapat mendengar setiap arahan dan penyampaian guru tanpa gangguan. Sekiranya

15

Page 16: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

suara guru tidak kuat, pelajar tidak dapat mendengar arahan guru dengan jelas dan

akan hilang tumpuan terhadap pengajaran guru pada hari tersebut dan akan

menerima gangguan sama ada daripada rakan-rakan di dalam kelas mahupun di

luar kelas. Guru juga tidak perlu mengulang arahan yang diberikan berulang kali

kerana murid boleh mendengar suara guru dengan jelas.

iii. Komunikasi dua hala yang berkesanSepanjang pengajaran dan pembelajaran, saya dapati saya berupaya mewujudkan

komunikasi yang berkesan dan interaksi dua hala dengan pelajar dengan baik. Saya

sering bertanyakan soalan-soalan agar mereka memberikan tumpuan semasa

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya menggunakan teknik penyoalan

semasa mengajar dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari

jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang kritis dan membina

aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap

pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang

berkesan. Saya mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas

berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan memanggil nama

murid yang hendak disoal.Ini secara tidak langsung hubungan guru – pelajar akan

lebih rapat dan mereka akan meminati matapelajaran Pendidikan Islam. Pujian dan

ganjaran kepada pelajar yang dapat menjawab dengan betul dan tepat turut

meningkatkan motivasi mereka. Bagi pelajar yang lemah, bimbingan akan terus

dilakukan sehingga mereka benar-benar faham.

iv. Kaedah Pengajaran yang sesuai

Dalam menyampaikan isi kandunagn guru telah merancang awal kaedah

pengajaran mengikut kesesuaian tajuk. Untuk tajuk tayamum, kaedah demonstrasi

sangat sesuai kerana pelajar akan mudah ingat dan faham cara melaksanakan

tayamum dengan betul. Selain itu, penggunaan bahan konkrit seperti tepung untuk

dijadikan debu adalah satu alternative yang amat baik dalam membentuk kefahaman

pelajar terhadap isi kandungan. Apabila kaedah pengajaran yang dipilih sesuai

dengan tjauk, secara tidak langsung memberi kekuatan kepada guru sendiri untuk

menyampaiakn isi kandungan pelajaran.

16

Page 17: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

4.8 KELEMAHAN-KELEMAHAN PENGAJARAN

Kelemahan semasa menjalankan pengajaran sentiasa ada kerana manusia tidak

sempurna dan tidak lari dari kesilapan. Selepas mendapat maklum balas daripada

rakan guru, beberapa kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa akan

datang. Antaranya adalah:

i. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang kurang sesuai- tepung

Dalam melaksanakan pengajaran bertajuk tayamum saya telah menggunakan

tepung sebagai ganti debu. Pada awalnya saya sendiri tidak terfikir kesan

penggunaan tepung iaitu sukar untuk dibuang sisa tepung pada muka dan melekit.

Selain itu, penggunaan tepung sebagai alat tayamum menyebabkan pelajar ragu-

ragu meratakan tepung tersebut pada muka. Oleh demikian penggunaan tepung

sebagai bahan untuk menjalankan demonstrasi tayamum kurang sesuai.

ii. Kawalan kelas kurang memuaskan.Walaupun mempunyai suara yang lantang dan jelas. Sedikit kekecohan berlaku

terhadap pelajar apabila terlampau teruja untuk melaksanakan aktiviti. Pada masa

ini guru tidak mampu mengawal pelajar semasa berkumpul dihadapan kelas dan

diadakan perbincangan berkaitan dengan cara bertayamum. Hal ini berlaku kerana

pelajar tidak diberi arahan sebelum berkumpul di hadapan kelas,

iii. Kurang aktiviti yang mncabar mindaBerdasarkan pemerhatian rakan guru , saya telah ditegur untuk untuk menambah

aktiviti yang mencabar minda pelajar. Hal ini kerana aktiviti yang dilaksanakan

kurang mencabar minda pelajar dan pelajar kurang terdedah dengan cabaran. Ini

mungkin memberi kesan kepada pelajar pada masa akan datang iaitu malas berfikir.

4.9 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Untuk mengatasi masalah yang pertama iiatu penggunaan Bahan bantu mengajar

yang kurang sesuai iaitu tepung dalam pengajaran, saya boleh menggantikan

17

Page 18: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

tepung dengan bahan ynag lebih sesuai seperti sebuk bedak muka. Ini kerana

bedak muka lebih mudah untuk pelajar meratakan bedak pada muka tanpa ragu-

ragu. Penggunaan bedak muka lebih selamat dan tidak mengotorkan muka

pelajar.Disamping itu, saya perlu menerangkan dengan lebih jelas lagi supaya

pelajar meratakan debu pada muka itu adalah wajib bagi menjaga kesempurnaan

rukun tayamum.

Selain itu, untuk mengatasi masalah kawalan , kawalan kelas perlu

dipertingkatkan. Antara langkah yang boleh diambil adalah memberi arahan kepada

pelajar sebelum berkumpul untuk melaksanakan aktiviti. Saya turut boleh

membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan yang lebih kecil bagi

memudahkan lagi kawalan kelas.

Dalam mengatasi masalah kekekurangan aktiviti mencabar minda, saya boleh

merancang lebih banyak aktiviti yang mencabar minda pelajar. Aktiviti-aktiviti yang

mencabar minda boleh diselitkan dalam aktiviti utama pengajaran. Dengan itu

pelajar akan sentiasa bersedia menjawab soalan guru dan memberi motivasi kepada

pelajar dalam meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Akhir sekali dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran berkesan

setiap guru perlu membuat persediaan awal yang rapi bagi setiap aktiviti yang

dijalankan agar objektif pembelajaran dapat dicapai sekaligus meningkatkan

motivasi pelajar untuk terus belajar dan mencintai ilmu.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, guru perlu bijak merancang dan melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran dengan sistematik bagi memastikan pengajaran tersebut Berjaya dab

berkesan terhadapa pelajar dan guru. Persediaan sama ada dari segi pengetahuan

isi kandungan atau memahami pelajar itu sendiri sangat penting bagi memastikan

keberkesanan pengajaran tersebut. Hal ini kerana guru yang berilmu pengetahuan

tinggi akan dicontohi dan dihormati pelajar.

18

Page 19: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

Setelah menyenaraikan kelemahan dan kekuatan pengajaran saya, saya

dapati perancangan yang sempurna dan masa yang sesuai akan dapat

menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan,

bersemangat dan menyeronokkan. Saya akan mengambil langkah penambahbaikan

yang sewajarnya bagi memastikan proses pengajaran dan penbelajaran saya akan

menjadi lebih menyeronokkan seterusnya mencapai objektif pengajaran yang

ditetapkan.

Akhir sekali, kejayaan pelajar bergantung terhadap kualiti pengajaran guru.

Oleh itu, setiap guru perlu mempersiapkan diri dengan ilmu yang berkaitan dengan

pengurusan isi kandungan dan pengurusan kelas bagi mencapai matlamat

membentuk pengajaran yang berkualiti dan berkesan.

BIBLIOGRAFI

Aida Suraya Mohd. Yunus. 1999. Latihan guru di peringkat pengajian tinggi:

bersediakah guru matematik untuk alaf baru? Kertas kerja yang dibentang

alam Prosiding Seminar Pendidikan Matematik. Pusat Perkembangan

Kurikulum.

Ghazali Darusalam (2004). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur.

Perpustakaan Negara Malaysia.

Hanipah Hussin. (1999). Teori dan format penulisan:Refleksi Kritikal (Critical

Reflection) dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru bestari.

Jurnal Akademik. Jilid 10, Desember, 1- 9, Maktab Perguruan Temenggong

Ibrahim.

Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri (2007). Pendidikan Islam: Kaedah

Pengajaran dan Pembelajaran. Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi

Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2011 ) . Sukatan pelajaran Pendidikan

Islam di sekolah rendah kerajaan . Kuala Lumpur . Dewan bahasa dan

Pustaka.

19

Page 20: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

Schon, D. (1983). The Reflective Practitioner: How professionals think in action. New

York: Basic Books.

Rujukan Internet:

Fitri (2008) Sikap . http:// Blog dunia Psikologi. Com. Dicapai Pada 7 Januari  2014

Lampiran 1- Borang Pemerhatian

KOMPONEN ASPEK ULASAN PEMERHATIAN

PERANCANGAN I. Hasil PDP

II. Isi pelajaran

III. Strategi

- Rancangan PDP yang

lengkap

PERLAKSANAAN I. Permulaan

II. Perkembangan pengajaran

III. Pengurusan bilik darjah

IV. Komunikasi

V. Kualiti pembelajaran

VI. Penutup

VII. Pencapaian hasil

pembelajaran

VIII. Aplikasi nilai

- Permulaan yang mampu

menarik minat dan tumpuan

murid

- Pengajaran teratur dan

terkawal

- Arahan jelas dan dapat

dipatuhi murid

- Kualiti suara dan

kelantangan sangat baik

- Pelajaran yang difahami

murid

AMALAN REFLEKSI I. Pemikiran reflektif

II. Catatatan refleksi

- Jawapan yang tepat

- Penglibatan murid yang aktif

dan responsif

SIKAP DAN SAHSIAH I. Penampilan diri

II. Keperihatinan

- Maklumat dan bahan yang

dirancang Berjaya

20

Page 21: Penganalisisan Kritis Pengajaran Dan Guru

KPD6014 PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

III. Sifat profesional disampaikan secara

berperingkat

ULASAN KESELURUHAN:Secara keseluruhan proses pdp berjalan lancer dan terkawal. Walau bagimanapun, perlukan

penambahbaikkan dalam pemilihan BBM menggantikan tepung kepada bedak.

Perbanyakkan lagi aktiviti yang mencabar minda pelajar.Disamping itu, perlu diperjelaskan

juga kepada pelajar supaya debu diratakan keseluruh anggota tayamum terutama bahagian

muka.

Pemerhatian oleh:

----------------------------------------

(JULLIHA IBRAHIM)

Guru j-QAF SK Kampung Emplam.

21