27
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) DEFINISI PPBK Computer Assisted Learning Computer Assisted Instruction Computer Based Instruction Computer Aided Learning Computer Based Learning Penggunaan komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial,latih tubi, simulasi dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar CIRI-CIRI PPBK Berasaskan individu

PENGAJARAN berbantukan komputer

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGAJARAN berbantukan komputer

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PPBK)

    DEFINISI PPBK

 

        Computer Assisted Learning

        Computer Assisted Instruction

        Computer Based Instruction

        Computer Aided Learning

        Computer Based Learning

 

        Penggunaan komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial,latih tubi, simulasi dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar

 

    CIRI-CIRI  PPBK

 

 Berasaskan individu

 Boleh diulang

 Bahan disediakan oleh guru

 Ramah pengguna

Page 2: PENGAJARAN berbantukan komputer

 Boleh diubahsuai mengikut tahap murid

 Interaktif

 

    KAEDAH MENGHASILKAN PERISIAN  PPBK    

               MEREKA BENTUK (DESIGN) / MEMILIH BAHAN                                               |                                              V                    ------>  CUBAUJI / UJICUBA  <--------------                   |                           |                              |                   |                          V                              |                   !------>    TAMBAHBAIKAN                     |                                              |                               |                                             V                              |                         LAKSANA PENGAJARAN <-----------!

   

    MENGHASILKAN PERISIAN PPBK

 Verbal

 Latih tubi

 Simulasi

 Inkuiri

 Tutorial

 Penyelesaian Masalah

 Permainan

 

    VERBAL

Page 3: PENGAJARAN berbantukan komputer

 Pengajaran terancang

 Buku kerja, bAhan gambarajah, soalan disediakan kepada pelajar

 Pelajar memberi respon jawapan pilihan

 Pelajar boleh meminta komputer memberi jawapan yang betul

 Komputer memberi jawapan secara verbal

 

  LATIH TUBI  

      ------->  MASALAH   <-------------->  SOALAN <--------       |                                                                         |       -------------------->       ULANGAN        <--------------------

 

    SIMULASI

Lebih berbentuk permainan

Sesuai dalam pengajaran matematik

Pelajar memberi pilihan pembolehubah yang dapat memaparkan output yang  berbeza

 

    INKUIRI

 Pelajar boleh bertanya komputer soalan tidak berstruktur mengenai masalah pelajaran

 Komputer memberi jawapan dan masalah tambahan untuik diselesaikan

 Ia sangat kompleks untuk disediaka

 Ia sesuai untuk matapelajaran sains

 

    TUTORIAL

Isi pelajaran tersusun

Pelajar boleh menjawab soalan

Page 4: PENGAJARAN berbantukan komputer

Komputer beri maklumbalas

 

 

    PENYELESAIAN MASALAH

 Pelajar dikehendaki membuat analisis masalah

 Data dimasukkan ke dalam ingatan komputer

 Komputer membantu pelajar menyelesaikan masalah

 Sesuai untuk mata pelajaran matematik dan sains

 

    PERMAINAN

Permainan berorientasikan pembelajaran

Pelajar akan cuba menyelesaikan masalah dengan menjawab berdasarkan syarat,  lojik dan hukum tertentu

Situasi yang diberi mencabar motivasi pelajar

 

    KELEBIHAN PPBK

Penumpuan kepada pelajaran

Keupayaan lati tubi, ulangan, pemulihan dan pengayaan

Pembelajaran terarah kendidi (self-directed), kemampuan kendiri (self-paced) dan multiple intelligent

 Interaktif

 Kolaboratif

 Individu

 

         KELEMAHAN PPBK

 Kos tinggi

Page 5: PENGAJARAN berbantukan komputer

 Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian

 

 

    PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN DAN 

        PEMBELAJARAN MELALUI CD

Contoh Bahan:-

Pengenalan Kepada Komputer

Pengajaran Al-Quran – Tajwid

Bahan Yang Dibina Menggunakan Perisian Authorware

Bahan Pengajaran Dari Internet

Binaan sendiri :-

Membina Papan Cerita 1

Membina Papan Cerita 2

Cara Bina Bahan Dari CD – Satu Demo

Teknologi Pengimbas

 

 

 

PPBK DALAM PENGAJARAN MATEMATIK

 

        Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam matapelajaran Matematik boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara melalui

Page 6: PENGAJARAN berbantukan komputer

·       penggunaan perisian-perisian yang sesuai seperti internet,hamparan elektronik (MS Office)

·        aksessori yang terdapat di dalam komputer seperti kalkulator.  Teknik pengajaran boleh dipelbagaikan melalui  tutorial, latih tubi, simulasi, permainan, penyelesaian masalah dan lain-lain lagi.

 

Teknik Pengajaran.

1.    Tutorial

        Melalui kaedah tutorial, guru perlu menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti dalam bentuk persembahan ( MS Power Point ) untuk menerangkan konsep-konsep asas dalam Matematik seperti fakta asas, peratus, pecahan dan lain-lain lagi.  Guru juga boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan.

2.    Latih tubi

        Kaedah latih tubi merupakan salah satu latihan atau gerak kerja yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.  Ia dapat memberi  gambaran sejauh mana penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran yang dipelajari.           Di pasaran terdapat banyak perisian-perisian yang dijual di kedai yang sesuai mengikut objektif pelajaran terkini. Kaedah ini boleh dijalankan secara pengajaran berkumpulan, berpasangan dan individu. Ia juga boleh dilakukan di dalam kelas atau dibawa ke rumah sebagai latihan kerja rumah. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan kalkulator yang terdapat pada aksessori bagi menyelesaikan sesuatu pengiraaan.

3.   Permainan

        Pengajaran Matematik boleh juga dilakukan secara kaedah permainan.  Melalui kaedah ini guru dapat menarik minat murid.  Dengan menggunakan kaedah ini melalui komputer, murid-murid akan merasa lebih seronok dan gembira kerana dilampirkan dengan pelbagai bentuk grafik yang menarik. Oleh itu melalui kaedah ini objektif pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah tercapai.

 

4.    Penyelesaian Masalah

        Penyelesaian masalah merupakan kaedah pengajaran yang sesuai dalam pelajaran Matematik  bagi menguji penguasaan murid-murid dalam kemahiran yang dipelajari.  Melalui kaedah ini guru boleh menyediakan pakej pembelajaran yang

Page 7: PENGAJARAN berbantukan komputer

mengandungi data-data yang perlu diselesaikan oleh murid. Melalui kaedah ini juga dapat melatih murid-murid membuat analisis masalah. Contohnya guru menyediakan pemasalahan berbantukan komputer dan murid menyelesaikan masalah tersebut berbantukan komputer samada secara individu ataupun berkumpulan.  

 

Contoh-contoh Perisian PPBK Di Pasaran

 

 i)    Fun Math With Arti Level 1/Level 2

Perisian ini dapat memperbaiki  kemahiran Matematik dengan cara menyeronokkan dengan penggunaan elemen bunyi dan grafik yang berwarna-warni.

ii)   Counting With Arti

Perisian ini mengandungi kemahiran mengira,menulis, menyesuaikan dan menyusun nombor.   Di samping itu murid-murid juga boleh menambah, menolak dan membuat perbandingan nombor.  Di dalam perisian ini juga mengandungi 6 permainan pembelajaran yang menarik.

iii)             Matematik Metalogix1

Perisian ini merupakan satu perisian pembelajaran yang berkesan di mana ia mengandungi pelajaran Matematik dengan  nota yang sistematik  dan komprehensif. Teknologi multimedia interaktif terkini dapat membentuk pemahaman, menarik minat dan merangsang daya serap mental murid.  Ia juga mengandungi permainan   yang menarik dan menyeronokkan.       

  iv)    Cerdas IQ

Melalui perisian ini, ia dapat menolong  murid-murid mencapai kecemerlangan dengan  menggunakan teknik  multimedia.  Merupakan perisian Multimedia Educational Courseware(MEC) yang canggih mengikut sukatan KBSR Malaysia.  

 

Disediakan oleh

Masrulisah Md Ismail : 2KPLI-MATEMATIK MPTI 2003 http://ipislam.edu.my/edu3105/hasil-pelajar/PPBK.htm

Page 8: PENGAJARAN berbantukan komputer

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer

Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and Russell (1993) banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek pendidikan.

Perkembangan PPBK Kaedah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer telah lama wujud sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan komputer IBM. Satu projek PPBK yang dinamakan PLATO (Programmed Logic Automatic Teaching Operation) telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Illinois untuk membangunkan bahan perisian kursus untuk di gunakan di sekolah-sekolah. Di Malaysia, PPBK telah mula di perkenalkan dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993. Suatu bahan perisian yang di namakan ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pendidikan. Sekarang ini tumpuan utama PPBK adalah melibatkan empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah pengajaran menggunakan komputer juga akan semakin berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari yang mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian PPBK yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa.

Jenis-jenis PPBK

Terdapat lima jenis PPBK yang utama iaitu latihtubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah, menengah dan tinggi.

Latihtubi adalah suatu latihan yang berikan oleh komputer untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya komputer dapat memberikan maklumbalas kepada pelajar. Ini akan membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalanan kursus mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja.

Page 9: PENGAJARAN berbantukan komputer

Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran di sampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan. Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian tinggi.

Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer berdasarkan perana masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutama dalam mata pelajaran seperti sains dan lain-lain yang memerlukan kajian atau modul atau modul yang mahal, merbahaya atau mengambil masa yang lama.

Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah. pelajar-pelajar akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi juara.

Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat digabungkan dengan kaedah permainan untuk menghasilkan suatu keputusan yang hendak diambil oleh pelajar. Pelajar akan melakukan pilihan yang sesuai dan tepat. Pembinaan bahan PPBK Apabila hendak membina bahan PPBK, beberapa aspek perlu diambil kira seperti ahli-ahli kumpulan dan jenis perisian yang sesuai digunakan supaya mencapai objektif yang ditetapkan pada mula-mula lagi.

Menurut Tay Vaughan (1994) ahli kumpulan yang akan membina bahan perisian akan terdiri dari :

i) seorang ketua projek,

ii) pakar pedagogi,

iii) pakar pengaturcara,

iv) pakar grafik,

v) pakar audio dan

vi) pakar video.

Page 10: PENGAJARAN berbantukan komputer

Terdapat dua pilihan untuk pembinaan bahan perisian iaitu :

i) bahasa pengatucaraan atau ii) alat pengarangan.

Peringkat-peringkat pembinaan yang perlu di ambil ialah:

i) Perancangan perlu dikenal dibuat seperti tajuk, anggaran perbelanjaan dan tarikh-tarikh mengikut jangkaan fasa yang perlu disiapkan.

ii) Peringkat menyediakan rekabentuk skrin seperti skrip, storyboard .

iii) Menjalankan pengaturcaraan di dalam komputer.

iv) Apabila selesai dibina, bahan PPBK tersebut hendaklah diuji kesesuaiannya. Segala kekurangan perlulah diperbaiki semula.

v) Membuat dokumentasi.

vi) Seterusnya barulah ianya dapat digunakan oleh pelajar-pelajar.

Penilaian

PPBK Menurut Alessi and Trollip (1991) proses penilaian melibatkan beberapa langkah iaitu :

i) Melihat dokumentasi sekali imbas dan meneliti maklumat penting

ii) Mendapatkan maklumat tentang perisian kursus dari dokumentasi yang dilampirkan untuk di salin ke borang penilaian.

iii) Menggunakan perisian kursus pada komputer dari awal hingga akhir sambil meneliti ciri yang sedia ada.

iv) Melakukan kesilapan menaip dengan sengaja. Lihat apa terjadi.

v) Memberikan penilaian berdasarkan penggunaan.

Menurut Douglass E. Wolfgram (1994) ciri-ciri bahan kursus yang baik ialah :

i) Isi kandungan yang bersesuaian dengan objektif pembelajarandan tahap kognitif pelajar .

ii) Arahan yang mudah digunakan dan jelas.

iii) Penggunaan grafik yang menarik.

iv) Terdapat selitan audio untuk menimbulkan rangsangan dan motivasi.

Page 11: PENGAJARAN berbantukan komputer

v) Terdapat interaksi antara komputer dengan pelajar di mana maklumbalas dapat diberi secara serta merta.

http://azmims.tripod.com/ppbk.htm

Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik

Oleh:

Tengku Zawawi bin Tengku Zainal

Unit Matematik MPKTBR

Pengenalan

Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang

Page 12: PENGAJARAN berbantukan komputer

berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).

Pengajaran Berbantukan Komputer

Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum matematik juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini ( Fatimah & Munirah, 1995; PPK, 1993;Nik Azis, 1989). Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 );

1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer

2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data

memproses data penyelidikan

memproses perkataan

3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran

pengaturan murid

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal (Nik Azis,1989).

Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator).

Page 13: PENGAJARAN berbantukan komputer

Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).

  

Komputer Dalam Pendidikan Matematik

Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Al Ghamdi, 1987; Lim, 1989 ).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati :

pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan

Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara

Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Page 14: PENGAJARAN berbantukan komputer

Kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang sedikit, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer yang rendah dan tidak kurang juga kebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik ( PPK, 1993 ). Walau bagaimanapun keadaan tersebut telah berubah, di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kementerian untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer.

Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut

Penghasilan Bahan Kurikulum

Latih Tubi

Tutorial

Ulangkaji

Pemulihan dan Pengayaan

Simulasi

Pengiraan

Alat Bantu Mengajar

Tutee

 

Penggunaan spreadsheet

Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik. Kajian-kajian yang telah dijalankan mencadangkan berbagai cara penggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik ( Janet, 1988; Lim, 1995; Fatimah & Munirah, 1995). Ada juga kajian yang mencadangkan penggunaan spreadsheet dapat mengurangkan kesilapan konsep tentang sesetengah konsep matematik ( Catterall and Lewis, 1985 dalam Fatimah & Munirah, 1995 ). Mungkin guru-guru di Malaysia juga boleh menggunakan speadsheet dalam pengajaran matematik sementara menunggu pakej CAI yang sesuai.

Page 15: PENGAJARAN berbantukan komputer

Penggunaan multimedia

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ). Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh & Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah multimedia boleh;

1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing.

2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik.

3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan

4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar

5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali

Penggunaan Internet

Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Atau pun sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh didapati dalam Internet.

Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah tentang matematik. Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke Zoologi. Bagi guru matematik, terdapat beberapa kumpulan diskusi eletronik yang dapat disertai secara percuma. Antaranya; IMSE-L dan MATHEDCC. Selain daripada diskusi eletronik,

Page 16: PENGAJARAN berbantukan komputer

WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran , khususnya dalam bidang matematik ( Zoraini, 1995; Lee, 1996 )

Beberapa tajuk yang boleh diperolehi dari WWW :

Global Network Navigator - Mathematic

Math Section

Mathematics - Singapore Min of Education

Math Launchpad

Mathematics Archives - K12 Internet Sites

K-8 dan K-12 Mathematics Education

Math and Numbers

The Math Forum

Ask Dr Math

Math Archives

Internet Math Class

Forum Guru dan Pelajar - TM School On Line

Nota dan Soalan Latihan ( UPSR, PMR dan SPM ) - TM School On Line

( Sila rujuk dalam http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html ) 

Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi eletronik yang berkesan maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerjasama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS, Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam perlaksanaan projek ini, Kementerian Pendidikan telah:

menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan

melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakan

merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di

Page 17: PENGAJARAN berbantukan komputer

samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat

Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkankemahiran dalam penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat berbagai program pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat.

 

Penutup

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf ‘pengguna’, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.

BIBLIOGRAFI

Abd. Rahman Ahmad (1995). " Pembinaan Pakej Pengajaran Pembelajaran Berpandukan Komputer" Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG

Al Ghamdi, Y. A. S. (1987). The effectiveness of using microcomputers in learning algebraic precedence conventions. Doctoral Dissertation, Florida State University.

Baharuddin Aris & Mohd b. Bilal Ali (1995). " Pendekatan Alternatif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik" . Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG

Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO

Page 18: PENGAJARAN berbantukan komputer

Funkhouser, C. (1993). The influence of problem solving software in students’ attitudes about mathematics.Journal of Research on Computing in Education, 25(3),339- 346

Henderson, R. W. & Landesman, E. M. (1992). The integrative videodisk system in the zone of proximal development: Academic motivation and learning outcomes in pre- calculus. Journal of Educational Computing Research, 21(3), 33-43.

NCTM (1980). An Agenda For Action: Recommendations For School Mathematics of The 1980s. New York

Jamaludin Ibrahim (1989). " Pengajaran Berbantukan Komputer Berkepintaran: Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran". Proceedings of the NationalSymposium on Educational Computing. USM : MCCE

Janet, L. M. (1988). Integrating spreadsheets into the mathematics classroom. Mathematics Teacher, 81(8), 615 - 622 . Kementerian Pendidikan

Malaysia (1997)." Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: KPM

KPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana. Kuala Lumpur.

Lee Siew Eng (1996). " Internet - A Modern Tool For Mathematics Teaching And Learning ". Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE

Lim Chap Sam (1995). " Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik: Penggunaan Hamparan Eletronik Sebagai Contoh". Kertas yang dibentangkan dalamPersidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG

Nik Azis Nik Pa (1989). " Komputer Dalam Pendidikan ". Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE

NCTM (1989). Curriculum and Evaluation Standards For School Mathematics. New York

Nik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: DBP

PPK (1993). " Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik ". Kertas yang

dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Matematik Ke 2 Institusi/Maktab Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur: BPG

Page 19: PENGAJARAN berbantukan komputer

Sue Brown & Bette Bush (1992). Multimedia math. The Computer Teacher, 20(3), 57 - 58

Sulaiman Hashim (1996). " Jaringan Pendidikan ". Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE

Tengku Zawawi Zainal (1997). Tahap Penguasaan Konsep Pecahan Di kalangan Pelatih KPLI. Tesis Sarjana (Tidak diterbitkan).

Toh Seong Chong (1994). " Design Principles for Effective Instructional Hypermedia/Multimedia Packages ". Proceedings of the National Symposium onEducational Computing. USM : MCCE

Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Hala Tuju Ke Masa Depan. Kuala Lumpur: KPM

Zoraini Wati Abas (1995). " Internet Untuk Pengajaran Matematik ". Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG

http://mujahid.tripod.com/komputer1.html

PENGENALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

PENGENALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Definisi"Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah pengajaranatau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursusyang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer"

PPBK juga dikenali sebagai:(a) Computer Assisted Instruction (CAI) di Amerika; atau(b) Computer Aided Learning (CAL) di United Kingdom

Sejarah Perkembangan PPBK

Page 20: PENGAJARAN berbantukan komputer

PPBK diasaskan kepada kaedah programmed instruction di mana pengajarandilakukan secara berperingkat. Pelajar pada mulanya didedahkan kepada suatukonsep atau fakta, diikuti dengan soalan-soalan berkaitan. Seterusnya, konsepatau fakta baru yang dibina berasaskan kepada apa yang diajar sebelumnyadidedahkan kepada pelajar dan diikuti dengan soalan-soalan. Proses iniberterusan sehingga tamat suatu pengajaran.

Programmed instruction pada asalnya menggunakan bahan-bahan cetak.Dengan kemajuan teknologi komputer, ianya digantikan dengan komputer.Sebenarnya penggunaan PPBK bermula secara terancang apabila projek PLATO(Programmed Logic for Automatic Teaching Operation) dilaksanakan diUniversity of Illinois pada tahun 1960. Selain daripada PLATO, terdapat juga beberapa projek lain yang terkenal seperti WICAT, CONDUIT, NDPCAL dan TICCIT.

Kebaikan PPBKPusat Perkembangan Kurikulum dalam usaha untuk menggalakkan penggunaanperisian kursus PPBK di sekolah-sekolah telah menyenaraikan beberapakelebihan, iaitu, ia berupaya:(a) Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran;(b) Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran;(c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar;(d) Melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya untukdibuat; dan(e) Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepadapelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum sertamasa interaksi dapat dijimatkan.

Posted by Faizal Hakimi   at 11:09 PM

http://fhakimi.blogspot.com/2011/03/pengenalan-pengajaran-dan-pembelajaran.html