50
Pendidikan Jarak Jauh ULASAN SEMINAR PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 2 Bahagian PendidikanGuru bertanggungjawab merancang dan menguruskan pembangunan profesionalisme guru dala

Pendidikan Jarak Jauh

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pjj

Citation preview

Pendidikan Jarak Jauh

ULASAN SEMINAR PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 2Bahagian Pendidikan Guru bertanggungjawab merancang dan menguruskan pembangunan profesionalisme guru dalam perkhidmatan. Program ini merupakan perluasan dasar pensiswazahan guru dalam Rancangan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 yang belum dapat dicapai sepenuhnya oleh KPM. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sebuah buku Sudut Pandang Muhyiddin, beliau menyatakan satu daripada contoh langkah memartabatkan profesion keguruan ialah program pensiswazahan guru yang mensasarkan supaya menjelang 2015, kita akan mempunyai 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus di sekolah menengah. Menurut Noriati et al. (2010) KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) telah mengadakan pelbagai program pensiswazahan. Antara program pensiswazahan guru yang dikendalikan oleh KPM adalah Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Program Pensiswazahan Guru di bawah RMKe-10 mengambil kira cadangan UPE iaitu mengelakkan guru meninggalkan kelas beramai-ramai serta meminimakan kesan negatif kepada aktiviti P & P di bilik darjah dan juga menjimatkan kos yang perlu ditanggung oleh rakyat.Perubahan dan perkembangan dunia hari inidalam pelbagai disiplin menuntut setiap individu sentiasa memandang jauh ke hadapan. Sektor pendidikan di negara kita sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (centre for academic excellence) di rantau Asia dan di peringkat antarabangsa memerlukan negara meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperoleh status World Class Education. Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima diperingkat antarabangsa.Melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah satu amalan yang amat tepat. Memandang guru adalah contoh atau role model yang paling dekat dengan murid, maka belajar bagaimana belajar (learn how to learn) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri. Setiap guru harus merangka pelan pembelajaran peribadi mereka. Antara yang terbaik dapat dilakukan oleh guru untuk mencapai pembelajaran peribadi mereka adalah dengan berusaha untuk meningkatkan kuaiti akademik dan sentiasa mengambil peluang untuk mengikuti pembelajaran atas rasa keperluan dan mencapai kepuasan peribadi. Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama.Setiap guru perlu mempunyai semangat dan citacita yang kuat untuk meneruskan kehidupan dengan menambahkan ilmu pengetahuan. Setiap guru perlu mengemaskini ilmu dan kemahiran dalam memastikan perkembangan dan peningkatan profesionalisme guru yang sejajar dengan perubahan cabaran yang dihadapi dari masa ke masa. Memetik kata kata Pat Basset, Presiden NationalAssosiation of IndependentSchool (2009) bahawa terdapat satu korelasi yang kuat secara langsung antara perkembangan profesional guru terhadap pencapaian murid.

FAEDAH YANG AKAN DIPEROLEHI OLEH GURU-GURU DALAM PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU.Melalui Anjakan ke-4,Plan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 iaitu menstransformasikan keguruan menjadi profesion pilihan dimana profesion ini dianggap sebagai profesion yang hebat,mulia dan sebagainya.Guru adalah profesion mulia namun begitu bidang ini perlu sentiasa ditransformasikan kerana menjaga kualiti rakyat dari segi pendidikan. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, langkah lain dalam memartabatkan profesion keguruan adalah pada aspek kenaikan pangkat, pelbagai faedah disediakan untuk perkhidmatan perguruan dan kebanyakannya tidak dinikmati sektor perkhidmatan yang lain. Satu contoh ialah Kerajaan meluluskan Bayaran Berprestasi Tinggi bagi menghargai jasa guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di Sekolah Berprestasi Tinggi. Begitu juga keputusan kerajaan mewujudkan jawatan Guru Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal memegang gred tertingi dalam perkhidmatan awam. Semua ini sepatutnya boleh dilihat sebagai isyarat jelas betapa kerajaan amat serius dalam usaha memartabatkan profesion keguruan. Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi kinimenuntut setiap guru untuk menguasaiilmu.Isu petempatan dan kenaikan gred ke 41 dijangka tidak akan ada masalah kerana ini telah melalui rangka pelan yang cukup lama untuk memartabatkan profesion guru.Guru-guru juga tidak terikat dengan sebarang kontrak yang membebankan.Menjelang RMK 10 harapan kerajaan/KPM ialah 90% guru sekolahmenengah berijazah dan 60% guru sekolah rendah berijazah.Antara ciri-ciri Negara majuadalah apabila golongan kakitangan kerajaan berpendapatan tinggi memberi gambaran bahawa penduduk Malaysia selaras dengan negara-negara maju.Laluan kerjaya diperbaiki pada tempoh masa singkat iaitu 8 tahun, 8tahun,6 tahun dan 3 tahun untuk melonjak hingga ke JUSA.Program pensiswazahan guru sedia ada yang sedang berlangsung.Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) menggalakkan guru belajar dengan menawarkan pengajian ikut bidang dan pilihan tempat pengajian..Kehendak KPM tujuan belajar adalah untuk meningkat ilmu, kemahiran dan nilai pada guru-guru mungkin jugak dapat meningkatkan pendapatan guru-guru.Antara ciri-ciri negara maju yang dapat dikenalpasti ialah rakyatnya berpendapatan tinggi,pelbagai inisaitif telah dirangka untuk laluan kerjaya perguruan,mengenai penempatan guru-guru selepas graduasi, di mana para guru tidak perlu risau kerana nama guru-guru telah ada dalam sistem untuk di upgredkan. Melanjutkan pelajaran adalah perlu kerana dalam usaha untuk mendapatkan segala ilmu.Sumbangan untuk menekankan nilai sebagai seorang guru seperti menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah.Guru juga mesti mempertingkatkan kreativiti seperti penggunaan ICT yang kreatif dalam pdp , guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan social.Namun BPG dengan usaha sama OUM telah cuba menyediakan bantuan melalui buku-buku modul, syarahan atau forum yang memudahkan guru-guru untuk memperoleh markah dan dalam masa yang sama menyediakan guru dengan perubahan serta kehendak pendidikan pada masa kini. Peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan modal indan cemerlang yang dapat membawa kepada perubahan negara. Sehubungan dengan itu, yang diberi keutamaan adalah pembentukan modal insan dengan hasrat guru dapat menjalankan tanggungjawab dan peranan dengan baik. Hal ini berkait rapat dan bergantung kuat kepada sistem latihan perguruan kepada guru-guru. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat perubahan dalam sistem latihan perguruan apabila menaik taraf maktab perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG). Maktab perguruan yang selama ini melatih guru di peringkat Sijil Perguruan dan Diploma Perguruan telah berubah apabila guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebagai bekalan tenaga pendidik di sekolah rendah. Program pensiswazahan ini telah bermula pada tahun 2006. Menurut Noriah et al. (2010) aspirasi KPM adalah untuk melahirkan guru siswazah di sekolah rendah akan tercapai apabila IPG mendapat kelulusan melaksanakan pogram ijazah.

SUMBANGAN GURU KEPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) SETELAH MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU.Kemudian, konsep profesion keguruan dan konsep profesion perguruan. Menurut Kamus Dewan (1989) juga, konsep profesion keguruan adalah pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Manakala, konsep profesion perguruan adalah pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tnggi dan latihan khas.Meningkatkan dan memartabatkan profesion keguruan adalah suatu pandangan positif yang telah dapat dilihat oleh kerajaan sejak awal lagi. Hal ini dibuktikan berdasarkan perancangan dan langkah yang telah dan akan direncana kerajaan kearah memartabatkan profesion keguruan. KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul. KPM berusaha memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon guru.Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesion keguruan, kerajaan telah memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain yang terdapat adalah seperti matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih berkesan. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsungdengan lancar, teutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan,kewangan, pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia.Setiap guru boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan melakukan pembelajaran kendiri melalui peluang yang disediakan oleh KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme perguruan.Melanjutkan pelajaran adalah perlu kerana dalam usaha untuk mendapatkan segala ilmu yang berkaitan, khususnya bagi subjek yang diajar. Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaanserta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda kearahdaya fikir tinggi dan daya kreatif dalam kalangan individu dan bangsa.Semua agama dan sistem sosial mahukan ahlinya menguasai ilmu. Tambahan pula guru merupakan orang yang akan menyebarkan ilmu. Oleh itu, ilmu guru haruslah lengkap bagi memastikan penyebaranilmu yang dilakukan adalah tepat.Guru yang mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi negara. golongan ini akan memainkan peranan dengan cemerlang dalam melahirkan modal-modal insan yang cemerlang. Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan negara yang akan memacu kemajuan dan memelihara keharmonian dan keamanan negara. Modal insan ini juga adalah generasi penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini kelak.

Guru harus sentiasa mampu membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan bermutu tinggi dalam bidang profesion guru. Usaha ini boleh dijalankan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. (Mok Soon Sang, 1996). Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan sejawat serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini sudah terkandung dalam etika dan profesion perguruan. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah.

KESIMPULANGraduan daripada OUM adalah guru-guru yang hebat danperlu berubah dari segi pemikiran dan faktor guru sangat tinggi untuk mencapai prestasi yang cemerlang.Implikasi peningkatan profesion keguruan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Peranan guru bukanlah terbatas kepada komuniti dan masyarakat dalam sekolah sahaja, tetapi guru yang juga sebagai agen perubahan berperanan membawa perubahan dalam masyarakat. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan mengajarkannya kepada masyarakat. Guru yang berakauntabiliti terhadap masyarakat akan mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diadaptasi dan diamalkan oleh masyarakat dalam kehidupan harian mereka.Guru perlu hebat untuk mendidik anak murid agar melahirkan pelajar yang hebat.Tidak ada guru maka tidak lahirlah doktor,peguam,jurutera dan sebagainya.Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti, integriti dan sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan mampu meningkatkan sistem pendidikan negara. hal ini kerana kedua-duanya adalah elemen yang berkait rapat dalam dunia pendidikan.Disediakan oleh,.(Pn.Mazzanazuraini bt Man).720102095174001