of 26 /26
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 2014

PENDIDIKAN ISLAM - WordPress.compencapaian murid dalam pembelajaran. Kelemahan murid yang dikenal pasti hendaklah diatasi melalui aktiviti pemulihan manakala kekuatan murid perlu ditingkatkan

  • Author
    others

  • View
    20

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of PENDIDIKAN ISLAM - WordPress.compencapaian murid dalam pembelajaran. Kelemahan murid yang dikenal...

  • i

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

    PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

    PENDIDIKAN ISLAM

    TINGKATAN 2

    2014

  • ii

  • DOKUMEN STANDARD

    PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

    MODUL JATI DIRI

    PENDIDIKAN ISLAM

    TINGKATAN 2

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

    iii

  • iv

    Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya

    Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

  • v

    KANDUNGAN

    1

    Tajuk

    Rukun Negara

    Muka Surat

    vi

    2

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    vii

    3

    Falsafah Pendidikan Islam

    vii

    4

    Kata Penghantar

    viii

    5

    Pendahuluan

    1

    6

    Matlamat Pendidikan Asas Vokasional

    2

    7

    Objektif Pendidikan Asas Vokasional

    2

    8

    Fokus

    3

    9

    Organisasi

    3-4

    10

    Pemetaan DSK Pendidikan Islam Tingkatan 1- 3

    5-7

    11

    Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam Pendidikan Asas Vokasional Tingkatan Dua

    8-13

  • vi

    RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

    masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

    dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan

    berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

    berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • vii

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

    menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

    berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

    terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

    FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

    Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-

    Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang

    mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan

    kesejahteraan abadi di akhirat.

  • viii

    Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

    Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

    DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

    Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

    (Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • viii

    PENGENALAN Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Kurikulum Standard Pendidikan Islam bagi Pendidikan Asas Vokasionsal (PAV) digubal untuk melahirkan murid

    bertakwa, berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT yang berjaya di dunia dan di akhirat. Bagi mencapai

    matlamat ini, murid dibekalkan dengan ilmu berkaitan al Quran, hadis, akidah, ibadah, sirah dan akhlak. Pendidikan

    Islam PAV juga menekankan kepada aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan.

    Pelbagai strategi digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran dengan memberi penekanan kepada

    pembelajaran secara “hands-on learning”. Penekanan juga diberi kepada kesepaduan ilmu dan amali. Strategi

    pembelajaran dan pengajaran yang dirancang merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik bagi memenuhi kriteria

    pencapaian yang telah ditetapkan.

    Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran

    formatif dijalankan secara berterusan semasa pembelajaran dan pengajaran untuk mengesan perkembangan dan

    pencapaian murid dalam pembelajaran. Kelemahan murid yang dikenal pasti hendaklah diatasi melalui aktiviti

    pemulihan manakala kekuatan murid perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan. Di samping itu pentaksiran sumatif

    dilaksanakan untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid.

    Matlamat Pendidikan Asas Vokasional

    Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran

    bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

    Objektif Pendidikan Asas Vokasional

    Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi

  • viii

    belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.

    Kurikulum Berasaskan Kompetensi

    Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang

    semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh

    Kriteria Pencapaian.

    Kurikulum Modular Berasaskan Standard

    Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran

    dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu

    dikuasai oleh murid.

    Standard Kandungan

    Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

    persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

    Standard Pembelajaran

    Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard

    Kandungan

  • viii

    Kriteria Pencapaian

    Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang

    diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.

    PELAKSANAAN

    Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

    Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 3 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 105 waktu

    setahun.

    Guru berlatarbelakang opsyen Pendidikan Islam paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah

    menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat

    perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

    Penggunaan Teknologi Dalam P&P

    Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya

    kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam

    disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik

    darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta

    keusahawanan dapat diaplikasikan.

  • viii

    DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

    PENDIDIKAN ISLAM

  • viii

    DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)

    Matlamat Modul Matlamat mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Pendidikan Asas Vokasional (PAV) adalah untuk membina dan membentuk hamba dan khalifah Allah S.W.T yang berilmu, beriman, bertakwa, beramal soleh, berakhlak mulia, berkemahiran dan berketrampilan berdasarkan al- Quran dan al-Sunah serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan ilmu demi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat Objektif Modul Di akhir modul ini, murid akan dapat;

    . 1. Membaca ayat-ayat dan surah-surah pilihan daripada al Quran dengan betul dan bertajwid.

    2. Melazimi bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian.

    3. Menghafaz ayat-ayat dan surah-surah pilihan daripada al Quran dengan betul dan bertajwid

    4. Mengamalkan ayat-ayat hafazan sebagai bacaan dalam solat dan amalan kehidupan seharian.

    5. Memahami ayat-ayat pilihan daripada al Quran untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya.

    6. Memahami hadis-hadis pilihan untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya.

    7. Memahami dan meyakini akidah Islamiah sebagai pegangan hidup.

    8. Memahami, mengamalkan dan menghayati fikah ibadah dalam kehidupan seharian.

    9. Memahami, mengambil iktibar dan meneladani Sirah Nabi Muhammad SAW serta sejarah tokoh-tokoh

    Islam dalam kehidupan seharian.

    10. Memahami, mengamalkan dan menghayati akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian.

  • viii

    Fokus Modul

    Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Pendidikan Islam memberi penekanan kepada asas

    pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi

    kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Asas Kemahiran

    Pemikiran Sejarah dan nilai (kewarganegaraan dan sivik) yang boleh membina jati diri dalam kalangan murid.

    Kesepaduan ini berjalan serentak dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kurikulum ini memberikan tumpuan

    kepada latar belakang sejarah tanah air, demografi dan warisan sosiobudaya untuk memberi pengetahuan yang lebih

    jelas kepada murid. Justeru, kurikulum ini juga memberi tumpuan kepada penghayatan dan pemupukan nilai

    kewarganegaraan serta jati diri murid dalam mewujudkan semangat daya saing. Selain itu, menekankan Asas

    Kemahiran Pemikiran Sejarah bagi membolehkan murid kreatif dan berkeyakinan dalam berkomunikasi untuk

    menghadapi abad ke-21.

    Kurikulum Pendidikan Islam PAV memberi penekanan kepada penguasaan membaca, menghafaz ayat al Quran

    daripada surah-surah pilihan serta memberi tumpuan kepada kefahaman ayat al Quran dan hadis pilihan. Kurikulum ini

    juga memfokuskan kepada peneguhan akidah, pelaksanaan tuntutan ibadah, mencontohi nilai-nilai murni serta

    penghayatan terhadap sirah Rasulullah SAW dan tokoh-tokoh Islam serta mengamalkan akhlak islamiah dalam

    kehidupan seharian.

    Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

    Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan

    minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

    Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah

  • viii

    Organisasi Standard Kurikulum

    Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di

    Tingkatan 2 hingga 3.

    Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang

    pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan

    Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir,

    sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard

    Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran

    dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.

    Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai

    dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid

    secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi

    sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum

    ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal

    insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan

    hasrat Model Baru Ekonomi.

    Organisasi kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Menengah dibahagikan kepada 6 bidang pembelajaran :

    1. Bidang al Quran. Bidang al Quran menumpukan perkara-perkara berikut:

    a. Bacaan ayat-ayat pilihan. b. Hafazan ayat-ayat dan surah-surah pilihan. c. Kefahaman ayat-ayat pilihan.

  • viii

    2. Bidang Hadis. Bidang Hadis menumpukan perkara-perkara berikut:

    a. Pengenalan Hadis. b. Kefahaman hadis-hadis pilihan.

    3. Bidang Akidah. Bidang akidah menumpukan perkara-perkara berikut:

    a. Ilahiyyat. b. Nubuwwat. c. Sam’iyyat.

    4. Bidang Fikah. Bidang fikah menumpukan perkara-perkara berikut:

    a. Ibadah.

    5. Bidang Sirah dan Tokoh. Bidang sirah dan tokoh menumpukan perkara-perkara berikut: a. Sirah Nabi Muhammad SAW. b. Sejarah tokoh-tokoh Islam.

    6. Bidang Akhlak Islamiah. Bidang akhlak Islamiah menumpukan perkara-perkara berikut: a. Akhlak dengan Allah SWT. b. Akhlak sesama manusia. c. Akhlak dengan alam.

  • at Bukhari dan Muslim)

    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

    5

    kemungkaran

    (Hadis Riwayat Muslim)

    PEMETAAN DSK PENDIDIKAN ISLAM PAV TINGKATAN 1-3

    Bidang

    Tingkatan 1

    Tingkatan 2

    Tingkatan 3

    1. Al Quran

    1.1 Membaca ayat-ayat berikut:

    1.1.1 Surah Al Baqarah ayat 1 - 5

    1.1.2 Surah Al Baqarah ayat 201

    1.1.3 Surah Al Baqarah ayat 255

    1.1 Membaca ayat-ayat berikut:

    1.1.4 Surah Al Baqarah ayat 255 dan

    256

    1.1.5 Surah Al Baqarah ayat 284 -

    286

    1.1 Membaca ayat-ayat berikut:

    1.1.6 Surah Yaasin ayat 1 – 27

    1.2 Membaca dan menghafaz surah-

    surah berikut:

    1.2.1 Surah Al Fatihah

    1.2.2 Surah Al Ikhlas

    1.2.3 Surah Al Falaq

    1.2.4 Surah Al Nas

    1.2 Membaca dan menghafaz surah-

    surah dan ayat-ayat berikut:

    1.2.5 Surah Al ‘Asr

    1.2.6 Surah Al Kafirun

    1.2.7 Surah Al Baqarah ayat 201

    1.2 Membaca dan menghafaz ayat-ayat

    berikut:

    1.2.8 Surah Al Baqarah ayat 1-5

    1.2.9 Surah Al Baqarah ayat 255.

    1.3 Memahami ayat Al Quran:

    1.3.1 Surah Al Mukminun ayat 5 – 7

    (Menjaga kehormatan diri.)

    1.3 Memahami ayat Al Quran:

    1.3.2 Surah Al Baqarah ayat 168.

    (Memahami makanan halal dan

    haram.)

    1.3 Memahami ayat Al Quran:

    1.3.3 Surah Al Maidah ayat 90.

    (Memahami perbuatan-perbuatan

    haram yang memusnahkan

    kehidupan.)

    2. Hadis

    2.1 Memahami pengenalan Hadis.

    2.2 Memahami dan mengamalkan sifat

    Ikhlas

    (Hadis Riway

    2.3 Memahami tuntutan bercakap

    perkara baik.

    )

    2.4 Memahami kewajipan mencegah

  • Bidang

    Tingkatan 1

    Tingkatan 2

    Tingkatan 3

    3. Aqidah

    3.1 Memahami dan mengamalkan

    Rukun Islam.

    3.2 Memahami dan meyakini Rukun

    Iman.

    3.3 Memahami dan meyakini keimanan

    kepada Allah SWT.

    3.4 Memahami dan meyakini keimanan

    kepada malaikat.

    3.5 Memahami dan meyakini keimanan

    kepada kitab suci.

    3.6 Memahami dan meyakini keimanan

    kepada Rasul.

    3.7 Memahami dan meyakini keimanan

    kepada Hari Akhirat.

    3.8 Memahami dan meyakini keimanan

    kepada Qada dan Qadar.

    4. Fiqah

    4.1 Memahami dan menghayati istilah-

    istilah hukum dalam Islam.

    4.2 Memahami konsep bersuci dan

    mengamalkan cara bersuci.

    4.3 Mengenali jenis najis dan cara

    menyucikannya.

    4.4 Memahami dan mengamalkan Istinjak.

    4.5 Memahami dan menyempurnakan

    wuduk.

    4.6 Mengenalpasti jenis-jenis mandi.

    4.7 Mengamalkan solat fardu.

    4.8 Memahami dan mengamalkan

    Tayammum.

    4.9 Memahami dan mengamalkan ibadah

    Puasa.

    4.9.1 Puasa Ramadan.

    4.9.2 Puasa Sunat

    4.10 Memahami dan mengamalkan

    solat :

    4.10.1 Solat Qasar dan Jamak.

    4.10.2 Solat ketika sakit.

    4.10.3 Solat Fardu Jumaat.

    5. Sirah

    5.1 Mengetahui dan menghayati riwayat

    hidup Rasulullah SAW dan

    mengambil pengajaran daripadanya

    serta mengamalkannya dalam

    kehidupan seharian.

    5.2 Memahami dan mengambil

    pengajaran daripada keunggulan

    perjuangan tokoh-tokoh Khulafa al

    Rasyidin.

    5.2.1 Saidina Abu Bakar al Siddiq

    5.2.2 Saidina Umar al Khattab

    5.2.3 Saidina Uthman al Affan

    5.2.4 Saidina Ali Abi Talib

    5.3 Memahami dan mengambil

    pengajaran daripada keunggulan

    perjuangan tokoh-tokoh.

    5.3.1 Saidatina Khadijah

    5.3.2 Saidatina Fatimah

    5.3.3 Saidina Abdul Rahman bin Auf

    5.3.4 Saidina Bilal bin Rabah

    6

  • Bidang

    Tingkatan 1

    Tingkatan 2

    Tingkatan 3

    6. Akhlak

    6.1 Memahami dan mengamalkan adab

    ketika menuntut ilmu.

    6.2 Memahami dan mengamalkan adab

    dengan rakan.

    6.3 Memahami, menghayati dan

    mengamalkan sifat amanah.

    6.4 Memahami dan mengamalkan sifat

    mahabbah.

    6.5 Memahami dan mengamalkan adab

    terhadap ibu bapa dan keluarga.

    6.6 Memahami dan mengamalkan sifat

    malu.

    6.7 Memahami dan mengamalkan adab

    di masjid dan surau.

    6.8 Memahami dan mengamalkan adab

    berjiran

    6.9 Memahami, menghayati dan

    mengamalkan sifat pemaaf.

    7

  • DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL TINGKATAN DUA

    STANDARD

    KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    KRITERIA PENCAPAIAN

    1. Membaca,

    Menghafaz dan

    Memahami Ayat al

    Quran

    1.1 Membaca ayat-ayat berikut:

    1.1.4 Surah al Baqarah ayat

    256 dan 257

    1.1.4.1 Membaca ayat 256 dan 257 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid

    1.1.4.2 Membaca ayat 256 dan 257 surah al Baqarah sebagai amalan harian

    1.1.5 Surah al Baqarah ayat

    284 – 286

    1.1.5.1 Membaca ayat 284 – 286 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid

    1.1.5.2 Membaca ayat 284 – 286 surah al Baqarah sebagai amalan harian

    1.2 Membaca dan menghafaz

    surah-surah berikut:

    1.2.5 Surah al ‘Asr

    1.2.5.1 Membaca dan menghafaz surah al ‘Asr dengan betul dan bertajwid

    1.2.5.2 Membaca dan mengamalkan surah al ‘Asr dalam solat dan amalan harian.

    1.2.6 Surah al Kafirun

    1.2.6.1 Membaca dan menghafaz surah al Kafirun dengan betul dan bertajwid

    1.2.6.2 Membaca dan mengamalkan surah al Kafirun dalam solat dan amalan harian.

    1.2.7 Surah al Baqarah ayat

    201

    1.2.7.1 Membaca dan menghafaz ayat 201 surah al Baqarah dengan betul dan

    bertajwid

    1.2.7.2 Membaca dan mengamalkan ayat 201 surah al Baqarah dalam solat dan

    amalan harian.

    8

  • STANDARD

    KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    KRITERIA PENCAPAIAN

    1.3 Memahami ayat al Quran:

    1.3.2 Surah Al Baqarah ayat

    168.

    (Memahami makanan halal

    dan haram.)

    1.3.2.1 Menyatakan intisari surah al Baqarah ayat 168.

    1.3.2.2 Menyenaraikan ciri-ciri makanan halal dan baik.

    1.3.2.3 Menyenaraikan ciri-ciri makanan haram.

    1.3.2.4 Menjelaskan hikmah memakan makanan halal.

    1.3.2.5 Menerangkan akibat memakan makanan haram.

    1.3.2.6 Menjauhi pembaziran dan makan secara berlebihan dalam amalan

    pemakanan.

    2. Memahami Konsep

    Hadis

    2.3 Memahami tuntutan

    bercakap perkara baik.

    (Hadis Riwayat Bukhari dan

    Muslim)

    2.3.1 Menyatakan intisari hadis.

    2.3.2 Menyatakan contoh percakapan yang baik.

    2.3.3 Menyatakan contoh percakapan yang tidak baik.

    2.3.4 Menjelaskan kesan percakapan yang tidak baik.

    2.3.5 Menerangkan hikmah bercakap perkara yang baik.

    2.3.6 Melazimi bercakap perkara yang baik atau berdiam diri daripada bercakap

    perkara yang tidak baik.

    9

  • STANDARD

    KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    KRITERIA PENCAPAIAN

    3. Mengukuhkan

    Pegangan Akidah

    3.4 Memahami dan meyakini

    keimanan kepada malaikat.

    3.4.1 Menyatakan maksud malaikat.

    3.4.2 Menyenaraikan ciri-ciri malaikat.

    3.4.3 Menyatakan nama-nama dan tugas-tugas malaikat.

    3.4.4 Menyatakan cara beriman kepada malaikat.

    3.4.5 Menerangkan kesan beriman kepada malaikat.

    3.4.6 Sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan.

    3.5 Memahami dan meyakini

    keimanan kepada kitab suci.

    3.5.1 Menyatakan maksud kitab suci.

    3.5.2 Menyatakan nama-nama kitab dan rasul yang menerimanya.

    3.5.3 Menyatakan maksud al Quran.

    3.5.4 Menyenaraikan keistimewaan al Quran.

    3.5.5 Menyatakan cara beriman kepada al Quran.

    3.5.6 Menerangkan kebaikan membaca al Quran dalam kehidupan seharian.

    3.5.7 Sentiasa membaca al Quran.

    4. Mengamalkan

    Prinsip Fiqah

    4.8 Memahami dan

    mengamalkan tayamum.

    4.8.1 Menyatakan maksud tayamum.

    4.8.2 Menyebut sebab-sebab diharuskan tayamum.

    4.8.3 Menyatakan syarat tayamum.

    4.8.4 Menunjuk cara bertayamum dengan sempurna.

    4.8.5 Sentiasa menunaikan solat fardu dalam apa jua keadaan.

    10

  • STANDARD

    KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    KRITERIA PENCAPAIAN

    4.9 Memahami dan

    mengamalkan ibadah puasa.

    4.9.1 Puasa Ramadan.

    4.9.1.1 Menyatakan maksud puasa Ramadan.

    4.9.1.2 Menyatakan hukum puasa Ramadan.

    4.9.1.3 Membaca lafaz niat puasa.

    4.9.1.4 Menyatakan syarat wajib puasa.

    4.9.1.5 Menyatakan rukun puasa.

    4.9.1.6 Menyatakan perkara yang membatalkan puasa.

    4.9.1.7 Menerangkan golongan yang diharuskan berbuka puasa.

    4.9.1.8 Menjelaskan hikmah berpuasa.

    4.9.1.9 Menyatakan akibat meninggalkan puasa secara sengaja.

    4.9.1.10 Mengamalkan ibadah puasa Ramadan dengan sempurna.

    4.9.2 Puasa Sunat

    4.9.2.1 Menyatakan puasa-puasa sunat.

    4.9.2.2 Menyatakan hikmah puasa sunat.

    4.9.2.3 Mengamalkan puasa sunat.

    5. Mengambil Iktibar

    Dan Meneladani

    Sirah Rasulullah

    SAW Dan Tokoh-

    Tokoh

    5.2 Memahami dan mengambil

    pengajaran daripada

    keunggulan perjuangan

    tokoh-tokoh Khulafa al

    Rasyidin :

    5.2.1 Saidina Abu Bakar al

    Siddiq

    5.2.1.1 Menceritakan riwayat hidup.

    5.2.1.2 Menyenaraikan akhlak mulia tokoh.

    5.2.1.3 Menyatakan jasa dan sumbangan Saidina Abu Bakar al Siddik dari aspek

    kepimpinan.

    5.2.1.4 Menjelaskan pengajaran yang boleh diambil daripada perjuangan tokoh.

    11

  • STANDARD

    KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    KRITERIA PENCAPAIAN

    5.2.2 Saidina Umar al

    Khattab

    5.2.2.1 Menceritakan riwayat hidup.

    5.2.2.2 Menyenaraikan akhlak mulia tokoh.

    5.2.2.3 Menyatakan jasa dan sumbangan Saidina Umar al Khattab dari aspek

    pentadbiran.

    5.2.2.4 Menyatakan pengajaran yang boleh dicontohi daripada perjuangan tokoh.

    5.2.3 Saidina Uthman al

    Affan

    5.2.3.1 Menceritakan riwayat hidup dengan ringkas.

    5.2.3.2 Menyenaraikan akhlak mulia tokoh.

    5.2.3.3 Menyatakan contoh jasa dan sumbangan Saidina Uthman bin Affan dari

    aspek keusahawanan.

    5.2.3.4 Menyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada perjuangan tokoh.

    5.2.4 Saidina Ali Abi Talib

    5.2.4.1 Menceritakan riwayat hidup dengan ringkas.

    5.2.4.2 Menyenaraikan akhlak mulia tokoh.

    5.2.4.3 Menyatakan contoh jasa dan sumbangan Saidina Ali bin Abi Talib dari aspek

    keilmuan.

    5.2.4.4 Menyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada perjuangan tokoh.

    6. Mengamalkan

    Akhlak Islamiah

    6.4 Memahami dan

    mengamalkan sifat

    mahabbah.

    6.4.1 Menyatakan maksud mahabbah.

    6.4.2 Menerangkan contoh mahabbah yang diredhai Allah SWT.

    6.4.3 Menerangkan contoh mahabbah yang bercanggah dengan syara’.

    6.4.4 Menerangkan keutamaan mahabbah kepada:

    12

  • STANDARD

    KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    KRITERIA PENCAPAIAN

    6.4.4.1 Allah SWT.

    6.4.4.2 Rasul SAW.

    6.4.4.3 Keluarga.

    6.4.4.4 Sesama manusia.

    6.4.5 Sentiasa mengamalkan sifat mahabbah dalam kehidupan seharian.

    6.5 Memahami dan

    mengamalkan adab

    terhadap ibu bapa dan

    keluarga.

    6.5.1 Menyatakan adab-adab terhadap ibu bapa dan keluarga.

    6.5.2 Menyatakan sebab-sebab perlu beradab terhadap ibu bapa dan keluarga.

    6.5.3 Menerangkan kelebihan beradab kepada ibu bapa dan keluarga.

    6.5.4 Menjelaskan akibat tidak beradab kepada ibubapa dan keluarga.

    6.5.5 Sentiasa menghormati ibubapa dan keluarga.

    6.6 Memahami dan

    mengamalkan sifat malu.

    6.6.1 Menyatakan maksud malu.

    6.6.2 Menyatakan contoh sifat malu.

    6.6.3 Menyenaraikan kepentingan sifat malu dalam kehidupan.

    6.6.4 Menerangkan akibat tidak bersifat malu dalam kehidupan.

    6.6.5 Mengamalkan sifat malu dalam kehidupan.

    13

  • 20

    Terbitan: