of 100 /100
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG 1.0 SINOPSIS Adakah anda tahu tentang definisi dan konsep disleksia? Anda akan dapat memahaminya dengan jelas jika anda mengikuti modul ini dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Di samping itu, anda juga dikehendakki membuat latihan dan tugasan yang di berikan bagi memantapkan penguasaan anda dalam bab ini. 1.1 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dapat: 1. Menjelaskan definisi dan konsep disleksia. 2. Menjelaskan sejarah pendidikan disleksia. 3. Mengenalpasti faktor-faktor berlakunya disleksia. 4. Menghuraikan jenis-jenis disleksia. 1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK 1.3 DEFINISI DAN KONSEP DISLEKSIA 1 Tajuk 1 PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA Pengenalan kepda disleksia Definisi dan konsep Faktor-faktor berlakunya disleksia Jenis-jenis Disleksia Sejarah pendidikan disleksia di Malaysia dan luar negara Akta, peraturan, arahan dan pekeliling

Pendidikan Disleksia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

disleksia

Text of Pendidikan Disleksia

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    1.0 SINOPSIS

    Adakah anda tahu tentang definisi dan konsep disleksia? Anda akan dapat memahaminya

    dengan jelas jika anda mengikuti modul ini dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Di

    samping itu, anda juga dikehendakki membuat latihan dan tugasan yang di berikan bagi

    memantapkan penguasaan anda dalam bab ini.

    1.1 HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

    1. Menjelaskan definisi dan konsep disleksia.

    2. Menjelaskan sejarah pendidikan disleksia.

    3. Mengenalpasti faktor-faktor berlakunya disleksia.

    4. Menghuraikan jenis-jenis disleksia.

    1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

    1.3 DEFINISI DAN KONSEP DISLEKSIA

    1

    Tajuk 1 PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA

    Pengenalan kepda

    disleksia

    Definisi dan konsep

    Faktor-faktor berlakunya disleksia

    Jenis-jenis Disleksia

    Sejarah pendidikan disleksia di

    Malaysia dan luar negara

    Akta, peraturan, arahan dan pekeliling

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud

    kesukaran dan lexis bermaksud bahasa. Secara literalnya, disleksia bermaksud,

    kesukaran dalam berbahasa (Ott 1997 dalam Sheila & Samsilah 2006).

    Penyelidikan awal telah mendefinisikan disleksia dengan nama yang berlainan

    berdasarkan konsep yang berlainan. Di antaranya, disleksia dinama sebagai word

    blindness dalam kajian Kerr (1897) dan Kussmaul (1877), congenital word blindness

    (Minshel Richardson 1917), strephosymbolia (Orton 1937), specific reading disability

    (Eustis, 1947), reading disability (Kirk & Bateman 1962), specific development dyslexia

    (Critchley 1970), unexpected reading failure (Symmes & Rapoport 1972), poor reading

    (Olson et al. 1985) dan sebagainya.

    Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif (Thomson 1984

    dalam Sheila & Samsilah 2006). Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan

    dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku

    kata ataupun dalam perkataan-perkataan.

    Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation of

    Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) adalah seperti berikut:

    Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui

    pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai kemahiran bahasa

    seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan

    intelektual mereka.

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) mendefinisikan murid yang mengalami

    masalah pembelajaran spesifik disleksia ialah murid-murid yang mempunyai kecerdasan

    mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang

    tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis. Selain itu, pelajar yang

    bermasalah pembelajaran spesifik disleksia akan menunjukkan trait-trait yang berbagai

    jenis, termasuk kelemahan membaca, bertutur, penulisan dan keupayaan kefahaman.

    2

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Mengikut Snowling(2000), kanak-kanak disleksia merujuk kepada kanak-kanak

    yang mempunyai masalah membaca yang tidak boleh diterangkan oleh faktor-faktor

    kecerdasan intelek yang rendah, ketidakupayaan deria, masalah emosi, kekurangan

    peluang pendidikan ataupun kekurangan dalam latar belakang sosioekonomi.

    Penyelidik-penyelidik selama ini mendefinisi disleksia berdasarkan konsep dan

    teori masing-masing, sesetengah pihak mendefinisikan disleksia dari perspektif kognitif

    dan sesetengah dari perspektif neurobiologikal. International Dyslexia Association

    mendefinisikan disleksia sebagai ketidakupayaan pembelajaran berasas bahasa. Definisi

    disleksia yang dicadangkan oleh International Dyslexia Association. (2003a; 2003b)

    adalah seperti berikut :

    Dyslexia is a language-based, neurobiological learning disability in which an

    individual ha difficulty with word recognition, spelling, and decoding. These

    problems are often a result of a phonological deficit. Consequently, people

    who have dyslexia frequently have secondary problems in reading

    comprehension, vocabulary growth, and development of background

    knowledge. Dyslexia is not due to a lack of intelligence. A gap between

    potential and achievement exists.

    Walaupun terdapat banyak definisi dan penjelasan mengenai disleksia, secara

    umumnya penyelidik-penyelidik bersetuju bahawa :

    1. Disleksia mempunyai asas biologikal dan berpunca dari keturunan

    neurologikal.

    2. Masalah disleksia akan berlanjutan hingga ke peringkat remaja dan

    dewasa.

    3. Disleksia mempunyai dimensi persepsi, kognitif dan bahasa.

    4. Disleksia akan mengakibatkan kesukaran dalam banyak area dalam

    hidup seseorang individu.

    3

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Latihan :

    1. Rujuk kepada dua buah buku berkaitan disleksia, dan beri

    definisi yang diberikan oleh kedua-dua pengarang buku tersebut.

    Adakah definisi yang di berikan sama dengan definisi yang ternyata

    di dalam modul ini. Jika ada kelainan sila nyatakan kelainan dalam

    definisi yang di berikan.

    Pastikan sumber rujukan di senaraikan seperti, nama

    pengarang,nama buku,muka surat,nama penerbit serta tahun

    terbitan.

    1.4 SEJARAH PENDIDIKAN DISLEKSIA

    MalaysiaPenubuhan program disleksia telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak

    pengambilan kumpulan pertama guru-guru untuk menjalani kursus disleksia selama

    empat belas minggu . Akhirnya, program ini telah dapat direalisasikan pada 13 Mac 2004

    dengan memilih Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2)

    Sebagai sekolah pra-rintis program disleksia.

    Program ini dimulakan dengan hanya tujuh orang murid dan dua orang guru.

    Subjek yang diajar pada masa itu adalah Bahasa Malaysia. Kini, program disleksia di

    sekolah mempunyai tiga puluh tiga orang murid dan empat orang guru yang mengajar

    subjek-subjek utama seperti Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik. Murid-murid

    4

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    disleksia dikehendaki mengikuti pembelajaran subjek-subjek lain di kelas arus

    perdana.Pelancaran rasmi program disleksia di Peringkat Kebangsaan telah

    disempurnakan di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) pada 16 Jun 2004, oleh

    Yang Bahagia Puan Hajah Siti Zaharah binti Mat Akib iaitu Timbalan Ketua Pengarah

    Pelajaran, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Luar NegaraPerkembangan sejarah disleksia bermula seratus tahun sebelum ini. Pada tahun 1895,

    Hinshelwood telah menyiarkan satu artikel dalam journal The Lancet. Dalam artikel tersebut,

    beliau telah mengemukakan isu ingatan dan buta huruf (word blindness). Artikel tersebut telah

    memberi ilham kepada Pringle Morgan, seorang doktor di Seaford, menerangkan kes seorang

    kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun yang cerdik tetapi tidak boleh belajar membaca. Artikel

    beliau telah disiarkan dalam British Medical Journal pada tahun 1896. Dalam kajian klasik ini,

    Morgan menerangkan keadaan seorang kanak-kanak lelaki yang berusir 14 tahun mengalami

    congenitial word blindness.

    Setelah kajian Morgan, ramai penyelidik berminat dalam menjalankan kajian berkait

    dengan disleksia dan mengemukakan pandangan mengenai berlakunya disleksia berdasarkan

    konsep dan teori mereka masing-masing. Di antaranya, Hinshelwood telah menimbulkan

    kesedaran sosial dan klinikal untuk melihat disleksia sebagai isu perubatan. Pada tahun 1917,

    Hinshelwood telah mengemuka artikel mengenai Congenital Word Blindness, satu kekurangan

    yang melibatkan perolehan dan penyimpanan ingatan visual tentang huruf dan perkataan di otak.

    Menurut beliau, kekurangan tersebut adalah diwarisi, tetapi boleh diubati dan ia berlaku lebih di

    kalangan lelaki daripada perempuan

    Tokoh-Tokoh Luar Negara

    Samuel Orton seorang psychiatrist dan neurologist di gelar sebagai Father of

    Dyslexia. Pada tahun 1926, beliau telah melakukan pembentangan Interpretation of

    Developmental Reading Disability to The American Neurological Association. Di Amerika,

    Samuel Torrey Orton (1937) berpeluang mengkaji ketidakupayaan bahasa pesakit baliau

    selain mefokuskan kajian pada aspek ketidakupayaan bahasa dan mendapati terdapat

    hubungan antara kelewatan dalam belajar membaca dengan faktor lain, seperti

    penggunaan tangan kiri atau penggunaan mata kiri. Beliau juga mencadangkan teori

    strephosymbolia yang mefokus pada terbalik huruf atau perkataan dan beliau

    5

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    mencadangkan bahawa individu disleksia mempunyai kekurangan persepsi visual pada

    huruf, berkemungkinan berpunca dari ketidakfungsian otak.

    Seterusnya, Anna Gillingham seorang tokoh yang telah menganalisis dan

    mengadakan prosedur mengajar dalam Bahasa Inggeris yang telah di rintis oleh Dr.Orton.

    Beliau juga telah melatih beberapa orang guru untuk menggunakan dan membiasakan

    sistem ini. Anna Gillingham dan Bessie Stillman(1946):, telah menulis dan menghasilkan

    sebuah buku mengenai teknik dan cara untuk kanak kanak disleksia, yang bertajuk

    Remedial Training for Children with Specific Disability in Reading, Spelling and

    Penmanship.

    Tokoh-tokoh Malaysia

    Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui ciri-ciri

    iaitu kosa kata tulisan yang tidak seimbang, lambat dalam bertutur, lemah dalam

    menyusun ayat, pelupa, kurang kemahiran mengeja, seolah-olah faham ketika proses

    P&P dalam kelas tetapi mendapat keputusan merosot dalam ujian, tidak tepat dalam

    bacaan dan tidak terancang. Namun begitu, disleksia bukanlah suatu kecacatan kerana

    tidak mempunyai kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang

    Sofiah (2000) menyatakan bahawa disleksia dapat disembuhkan dengan bantuan

    rawatan (BOLD 2000). Hasil daripada kajian pakar perubatan dengan mendapati kanak-

    kanak disleksia dari segi fizikal adalah aktif (Zabidi 2000).

    Coralie (2000) menyatakan bahawa lazimnya kanak-kanak disleksia diberi

    peluang pendidikan seperti kanak-kanak biasa. Proses mengenalpasti dan merancang

    keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini adalah sangat penting. Rosana (1998)

    menyatakan bahawa secara keseluruhannya pelajar disleksia adalah lemah dalam

    pembelajaran. Mereka bersikap pelupa dan tidak tepat serta lambat dalam bertutur. Irwin

    (2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi masalah disleksia tersebut

    6

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    memerlukan satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Hal ini

    kerana rogram pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk pelajar-pelajar disleksia.

    Malah, beliau juga menyatakan bahawa alternatif pengajaran adalah perlu sekali

    dititikberatkan oleh guru. Contohnya menjalankan aktiviti dengan melibatkan penggunaan

    pelbagai deria pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran seperti task-on.

    Antara selebriti dan tokoh terkemuka dunia yang dikatakan mempunyai masalah

    disleksia seperti yang dilaporkan dalam Time Magazine bertarikh 8 September 2003 ialah

    Thomas Edison, Tom Cruise, Whoopi Goldberg dan bekas Perdana Menteri Singapura

    iaitu Lee Kuan Yew.

    Latihan:

    1. Terdapat ramai tokoh terkenal yang telah memberi sumbangan pada bidang disleksia. Selain daripada tokoh-tokoh yang telah di sebutkan di atas sila perkenalkan beberapa orang tokoh dan institusi yang terdapat dalam negara

    dan luar negara dan terangkan peranan/ sumbangan mereka

    terhadap bidang disleksia. (Contohnya Margaret J Snowling, T.R. Miles, Gavin Reid dan lain-lain.)

    2. Cuba melayari laman web untuk mencari maklumat lebih lanjut.

    http://www.psychtesting.org.uk/hotissues.asp?id=83

    http://www.interdys.org/

    7

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    1.5 FAKTOR-FAKTOR DISLEKSIA

    Mengikut Mercer(1997); Hammond dan Hughes(1996) dan Spaafford dan

    Grosser(1996), antara punca-punca disleksia ialah;

    1.5.1 Keturunan atau genetik

    Kajian-kajian dijalankan sejak dekad 19 menunjukkan disleksia dipengaruhi faktor

    keturunan. Kajian pertama mengenai disleksia berkait dengan genetik yang diterbit adalah

    kajian Hallgren pada 1950 yang bertajuk Specific dyslexia ("congenital word blindness):

    A clinical and genetic study. Beliau telah melakukan kajian terhadap 276 orang kanak-

    kanak yang mengalami disleksia di Child Guidence Clinic, didapati sebanyak 88%

    daripada subjek mempunyai masalah pembelajaran, sama seperti masalah yang dihadapi

    ahli keluarga mereka. Berdasarkan keputusan kajian, Hallgren mencadangkan bahawa

    disleksia perkembangan (developmental dyslexia) dipengaruhi faktor keturunan.

    Kajian yang dijalankan oleh Shaywitz & Shaywitz (2005) telah menunjukkan

    disleksia dipergaruhi faktor keturunan, iaitu terdapat 25% hingga 50% daripada kanak-

    kanak di mana ibu bapanya mengalami disleksia akan juga mengalami disorder tersebut,

    Dalam 20 tahun kebelakangan ini, dengan perkembangan penggunaan teknologi

    genetik dan metodologi statistikal dalam mendiagnosis disleksia, telah menunjukkan

    terdapat faktor genetik menyumbang dalam berlakunya disleksia. Selepas itu terdapat

    kajian-kajian menunjukkan kromosom 1p (Grigorenko et al. 2001), kromosom 2pll

    (Peyrard-Janvid et al. 2004), kromosom 3 dan kromosom 6p telah dikenal pasti terlibat

    dalam mempengaruhi genetik seseorang individu mengalami disleksia. Selain itu, terdapat

    8

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    juga kajian menunjukkan kromom 18p112 berkait dengan kekurangan kesedaran fonem.

    Ini menunjukkan terdapat beberapa gen yang berkait dengan berlakunya disleksia.

    1.5.2 Perkembangan

    Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu

    dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada

    kanak-kanak perempuan. Tahap dan keadaan perkembangan yang berlainan merupakan

    salah satu kemungkinan punca disleksia.

    Secara umumnya, faktor perkembangan kanak-kanak disleksia dapat dilihat

    daripada beberapa aspek:

    A. Faktor neurobiological

    Individu mengalami disleksia akibat daripada fungsi otak yang berlainan dengan

    individu lain.

    Sally Shaywitz, Overcoming Dyslexia, 2003

    Oleh kerana ketidakaktifan pada laluan neural dalam otak, individu disleksik

    mengalami masalah dalam menganalisis perkataan dan menterjemahkan huruf kepada

    bunyi. Keadaan ini akan berlanjutan walaupun usir meningkat, dan masih akan kurang

    lancar dalam membaca.

    9

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    B. Faktor kerosakan kognitif

    i. Visual deficits

    Individu disleksik dikatakan mengalami kesukaran gerakan motor-visual semasa membaca bahan cetakan. Garzia et. al.( 1993) mencadangkan keadaan tersebut berlaku akibat daripada sistem magnocellular visual, di mana pembaca disleksia mengalami kesukaran membaca, contohnya mendapati huruf terbalik, tidak dapat membezakan bentuk huruf yang seakan-akan sama, sukar membatangkan suku kata.

    ii. Phonological (speech) processing deficits

    Sesetengah penyelidik cuba menerangkan faktor berlakunya disleksia dari segi

    pemprosesan fonologikal. Individu mengalami kekurangan dalam memperolehi kemahiran

    10

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    fonologikal kerana ketidakupayaan memproses bunyi dengan tepat, kesukaran

    mengekalkan hubungan huruf-bunyi dalam ingatan jangka pendek.

    1. Rujuk kepada buku-buku disleksia, rumuskan faktor-faktor

    berlakunya disleksia dan jelaskan dengan lebih lanjut mengenai

    faktor-faktor tersebut. Jangan lupa seorang guru profesional tidak

    akan lupa memberi sumber rujukannya. Adakah anda seorang guru

    profesional?

    2. Cuba melayari laman web untuk mencari maklumat lebih lanjut.

    http://www.understanding-learning-disabilities.com/index.html

    1.6 JENIS JENIS DISLEKSIA

    1.6.1 Perolehan

    Menurut Ott (1997), disleksia perolehan (acquired dyslexia) adalah kesan dari

    kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak yang di

    11

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    alami sejak kelahiran. Terdapat empat jenis simptom yang berlainan pada kanak-kanak

    yang mengalami disleksia perolehan, iaitu :

    I. Disleksia yang dalam teruk (deep disleksia) dan dikenali juga (phonemic disleksia)

    yang melakukan kesilapan menyebut ketika membaca, yang menyebabkan makna

    berubah

    II. Disleksia phonologi yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan

    bukan perkataan

    III. Disleksia permukaan yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang kanak-

    kanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak sama

    2. Perkembangan

    Disleksia perkembangan merupakan salah satu gangguan perkembangan fungsi otak.

    Disleksia dianggap suatu masalah yang disebabkan oleh gangguan dalam daya ingat

    (memori) dan pemprosesan central yang disebut kesulitan membaca.Seperti yang sudah

    diutarakan di atas, disleksia perkembangan disebabkan oleh kelainan genetik. Gangguan perkembangan tersebut hanya terjadi pada bahagian otak yang berhubungan

    dengan bahasa khususnya jalur membaca (jalur yang menghubungkan antara pusat

    penglihatan dengan pusat bahasa). Namun, walau perkembangan di pusat bahasa

    terganggu, otak individu disleksia mampu membuat kompensasi dengan perkembangan

    pada pusat lainnya.

    1. Terdapat 2 jenis disleksia yang telah di senaraikan di atas,

    senaraikan jenis-jenis disleksia yang lain. Mengapa terdapat

    banyak jenis disleksia? Sila rujuk kepada beberapa buah buku

    disleksia bagi menjawab soalan di atas.

    2. Cuba melayari laman web untuk mencari maklumat lebih lanjut.

    http://www.understanding-learning-disabilities.com/index.htmlwww.macalester.edu/

    12

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    1.7 AKTA

    Pendidikan khas semakin diberi perhatian sejak penggubalan semula Akta

    Pendidikan 1961 kepada Akta Pendidikan 1996 iaitu menyediakan khusus yang berkaitan

    dengan pendidikan Khas. Perlaksanaan Dasar Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah

    2003 melalui perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002 yang memberi peluang kepada

    semua warga Malaysia yang berumur 6 tahun untuk mendapat pendidikan di institusi yang

    disediakan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem

    pendidikan ini menyediakan peluang kepada semua rakyat dalam lingkungan umur

    kelayakan untuk mendapat pendidikan secara percuma. Dasar Pendidikan Untuk Semua,

    serta Dasar Pendemokrasian Pendidikan yang dilancarkan sebelum ini akan

    diperkukuhkan lagi oleh perlaksanaan Dasar Persekolahan Wajib.

    Contoh akta pendidikan khas adalah, Akta Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2)

    13

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    seksyen 41. Mengikut akta tersebut semua pelajar bekeperluan khas yang boleh dididik &

    mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain-boleh diterima

    bersekolah. Selain itu,terdapat pelbagai tahap pendidikan yang disediakan oleh kerajaan

    kepada murid murid bekeperluan khas di Malaysia antaranya :

    I. prasekolah,

    II. sekolah harian biasa rendah dan menengah

    III. sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan

    pengajaran berasingan dan separa inklusif.

    IV. pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran,

    penglihatan, dan pendengaran.

    Selain itu, pelbagai syarat telah di tetapkan sekiranya ibu bapa ingin mendaftarkan

    anak mereka ke sekolah,antaranya

    I. Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun),

    II. Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan

    III. Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun)

    IV. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada ketiga-tiga

    panel.KPM,JKM,Pegawai perubatan

    Akta orang cacat di malaysia pula adalah,

    I. Penyamaan Peluang Dan Penyertaan Penuh (pendidikan,

    perniagaan/pekerjaan, sukan, Pemulihan, Aksesibiliti, Perkhidmatan Sokongan,

    Keselamatan Sosial.

    II. Peruntukan Berkaitan Diskriminasi Berdasarkan Kecacatan

    III. Suruhanjaya Orang Kurang Upaya(mengendalikan aduan dan menyiasat

    pendakwaan)

    Matlamat Akta Orang Cacat 2002 adalah untuk:

    14

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    I. memastikan bahawa orang kurang upaya di Malaysia mempunyai hak yang

    sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain

    II. Untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap seorang

    atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup

    III. Untuk menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa orang

    kurang upaya diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuh di kalangan

    masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat yang berhak di

    negara ini.

    1. Rujuk kepada beberapa buku mengenai akta pendidikan khas

    dan terangkan maksud akta itu tersendiri dan huraikan matlamat

    akta berkaitan dengan disleksia.

    2. Cuba melayari laman web untuk mencari akta-akta berkaitan

    disleksisa. Apakah perbezaan akta-akta tersebut dengan akta-akta

    Malaysia?

    15

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Tajuk 2 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DISLEKSIA

    2.0 SINOPSIS

    Tajuk ini akan memberi pengetahuan kepada anda berkaitan dengan

    perkembangan kanak-kanak disleksia dari segi ciri-ciri kanak-kanak disleksia dan

    masalah utama kanak-kanak disleksia.

    Dapatkah anda mengagak bagaimanakah ciri-ciri kanak-kanak disleksia? Adakah

    ciri-ciri kanak-kanak disleksia mempunyai persamaan dengan ciri-ciri kanak-kanak

    normal? Apakah masalah utama yang dialami oleh kanak-kanak disleksia? Mungkin

    jawapannya dapat anda temui melalui pembacaan modul ini seterusnya.

    2.2 HASIL PEMBELAJARAN

    1. Menjelaskan ciri-ciri kanak-kanak disleksia.

    2. Mengenal pasti masalah-masalah utama kanak-kanak disleksia.

    2.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK

    16

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    2.4 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DISLEKSIA

    Bahagian ini akan membicarakan tentang ciri-ciri kanak-kanak disleksia dari segi

    fizikal, kecerdasan, emosi dan sosial.

    Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakan

    yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksia

    berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga

    tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006).

    2.4.1 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Disleksia

    i. Ciri-ciri Fizikal:

    Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa

    salah butang. Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan

    kanan.

    kanak-kanak ini tidak mempunyai kekurangan dari aspek fizikal

    mereka mempunyai fizikal yang lengkap

    cara mereka berpakaian sama dengan kanak-kanak normal yang lain

    ii. Ciri-ciri kecerdasan:

    17

    Perkembangan Kanak-kanak Disleksia

    Ciri-ciri kanak-kanak disleksia

    Masalah utama kanak-kanak disleksia

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Kebanyakan mereka mempunyai kecerdasan yang sama dengan kanak-kanak

    normal yang lain, malahan ada yang lebih baik daripada kanak-kanak normal yang lain.

    Mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan

    bodoh.

    iii. Ciri-ciri emosi

    Murung

    Kurang berkeyakinan diri

    Mudah geram

    Bimbang

    iv. Ciri-ciri sosial

    kelihatan berkhayal dan tidak mendengar

    Menghadapi kesukaran membaca isyarat sosial atau bahasa badan

    Masalah pergaulan sosial, keyakinan dan imej diri yang rendah dan

    dibuli di sekolah

    Menghadapi masalah ingatan dan turutan, kadang-kadang dianggap

    berbohong

    Konsep kendiri rendah

    18

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    2.4.2 MASALAH-MASALAH UTAMA KANAK-KANAK DISLEKSIA

    Masalah utama yang dialami oleh kanak-kanak disleksia ialah dari segi bahasa,

    matematik, konsep kendiri, pengamatan dan pemprosesan maklumat. Masalah-masalah

    tersebut dapat digambarkan dalam rajah berikut:

    19

    AKTIVITI

    Dengan menggunakan jadual, buat banding beza antara murid disleksia, murid pemulihan dan murid normal di kelas biasa.

    Ciri Murid Disleksia Murid Pemulihan Murid NormalFizikalEmosiSosialKecerdasan

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Rajah Menunjukkan Lima Masalah Utama yang Dialami oleh Kanak-kanak Disleksia

    i. Masalah Bahasa

    Kanak-kanak yang didiagnosis mengalami disleksia kebanyakan menunjukkan

    kesukaran dalam perkembangan bahasa pada peringkat pra-sekolah. Salah satu masalah

    disleksisa adalah gangguan bahasa yang spesifik dan dapat dilihat menerusi kekurangan

    kebolehan dan proses fonologikal. Kekurangn ini dikatakan tidak ada hubungan dengan

    keupayaan kognitif ataupun akademik. Disleksia ini juga boleh dijelaskan dengan pelbagai

    kesukaran yang dihadapi dalam pelbagai bentuk dalam bahasa seperti membaca, menulis

    dan mengeja.

    Secara basisnya, untuk belajar membaca, kanak-kanak perlu mengtadbirkan satu

    set hubungan antara huruf cetakan dan bunyi pertuturan (fonem) kosa kata lisan.

    Hubungan antara orthografik dan fonologi perlu dicapai pada tahap peroleh dengan

    tepat untuk memastikan bahawa kosa-kata yang belum dijumpai sebelum ini dapat

    didekod, kalau tidak, kanak-kanak akan menghadapi cabaran tentang kosa-kata baru,

    kerana tidak mempunyai pengetahuan untuk dekod kosa kata. Kesedaran bahawa semua

    kosa kata dapat dipecah kepada unit fonologikal membolehkan pembaca menghubung

    huruf (orthografik) dengan pertuturan (fonologi) dan seterusnya memecah kod bacaan.

    Untuk membaca, kanak-kanak perlu mengembangkan insight bahawa kosa kata

    pertuturan boleh dipecah menjadi fonem dan huruf dalam perkataan penulisan yang

    mewakili bunyi tersebut. Bagaimana pun, kesedaran tersebut kurang ditunjukkan oleh

    kanak-kanak dan dewasa disleksia.

    Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingat huruf dengan

    perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingat bentuk huruf, bunyi huruf dan

    gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada

    mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang ejaannya hampir serupa.

    Mempunyai kekeliruan susunan huruf. Contohnya: dan ditulis nad

    Menambah huruf misalnya main ditulis maein

    20

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Menggantikan huruf saya menjadi caya

    Meninggalkan huruf, makan menjadi akan

    Keliru dengan bunyi huruf-huruf vokal seperti a e i o u. epal ditulis apel

    Menulis ejaan yang tidak bererti misalnya makan ditulis mikan

    Membalikkan suku kata misalnya, masa menjadi sama

    Tidak dapat menulis dan menyebut perkataan-perkataan yang mempunyai

    3,4,5 suku kata

    Sukar menyalin semula nombor-nombor, misalnya 6 ditulis 9

    Kajian Kamhi & Catts (1986) juga mendapati kanak-kanak disleksia menunjukkan

    kesukaran dalam memproseskan bahasa, mereka didapati menunjukkan kekurangan

    dalam persepsi pertuturan, kesedaran fonologikal, pengulangan membaca perkataan dan

    ayat dan menyebut dengan pantas (rapid naming ).

    ii Masalah Matematik

    Kanak-kanak disleksia mengalami masalah matematik dari aspek-aspek berikut:

    A. Ingatan jangka pendek dan ingatan kerja

    Kesukaran dengan ingatan jangka pendek dan ingatan kerja akan mempengaruhi keberkesanan pembelajaran dalam sifir, pengiraan mental. Namun, kanak-kanak disleksia berkeupayaan dalam melihat pola dan gambaran besar.

    B. Turutan/Sequencing

    Adalah sukar untuk kanak-kanak disleksia mengira, terutamanya mengira secara satu dengan satu. Mereka juga sukar mengira secara kebelakang(count backwards) , contohnya 18 akan ditulis jadi 81. Mereka mungkin juga sukar dalam mengingat turutan yang panjang, contohnya 4, 4, 4, 4.

    C. Visual Perceptual

    Kanak-kanak keliru dengan simbol +, , dan x atau 6 dan 9, 3 dan 8.

    21

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    D. Kesedaran Ruangan

    Kesukaran dalam menempatkan nilai nombor atau geometri, sukar untuk mengkaitkan bentuk dua dimensi kepada tiga dimensi.

    E. Masalah Penyusunan Bersiri

    Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatu secara

    bersiri, seperti susunan bulan dalam setahun , susunan hari dalam seminggu, susunan

    huruf , nombor dan ejaan-ejaan bagi perkataan-perkataan. Justeru, mereka menghadapi

    masalah menghafal sifir ataupun mengingat susunannya.

    Apabila ditanya secara spontan, Berapakah nilai 5 7 ? Mereka terpaksa

    membaca sifir daripada awal sehingga sampai kepada nombor yang dikehendaki itu. Ini

    bermakna penyelesaian satu masalah matematik yang mudah memerlukan masa yang

    lama serta banyak tenaga dan usaha. Masalah yang sama juga berlaku dalam operasi

    pembahagian. Hal sebeginilah yang dikatakan sabagai masalah pemprosesan maklumat

    dalam diri seseorang individu.

    iii Pengamatan

    Individu disleksia juga menunjukkan daya pengamatan, pendengaran dan

    penglihatan yang lemah. Secara umumnya individu disleksia mengalami masalah

    pengamatan penglihatan dan pendengaran. Individu disleksia yang mengalami kesukaran

    pada aspek pengamatan penglihatan akan menunjukkan masalah seperti berikut:

    mengeja vowel/vokal

    memecah perkataan menjadi suku kata, contoh: membaca jadi me-mba-ca

    gerakan visual Problems with Visual Movement

    kedudukan visual

    tumpuan visual

    22

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Individu disleksia mengalami kesukaran pada aspek pengamatan pendengaran

    akan menunjukkan masalah seperti berikut:

    rentakan bunyi: hot--mop

    mengidendifikasi jumlah perkataan dalam sesuatu ayat

    mengidendifikasi suku kata dalam sesuatu perkataan

    mengidendifikasi setiap bunyi dalam perkataan

    Menurut Learner (1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities,

    pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca

    indera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan

    kuasa intelek. Oleh yang demikian, guru perlulah mengkaji dan membuat pemerhatian

    yang khusus bagi mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada murid yang mengalami

    masalah pengamatan. Terdapat 16 ciri yang dikenal pasti ditonjolkan oleh murid disleksia

    yang mengalami masalah pengamatan. Berikut adalah antara ciri-ciri masalah

    pengamatan yang ditonjolkan oleh murid disleksia:

    Ciri pertama

    Murid Disleksia lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti mengkelaskan satu-satu himpunan mengikut jenisnya. Contohnya seperti guru

    memberi gambar rajah tumbuh-tumbuhan dan kenderaan seperti kereta, motor dan

    lori, kemudian guru meminta murid untuk mengkelaskan gambar rajah tersebut

    mengikut jenis yang diberikan. Namun apabila guru menyuruh murid mula

    mengkelaskan gambar rajah tersebut, murid kelihatan memgambil masa yang lama

    untuk mengkelaskannya. Hal ini adalah kerana, mereka kurang faham dan tidak

    tahu untuk melakukan aktiviti tersebut, namun apabila mereka faham dengan jelas

    arahan aktiviti, mereka dilihat sangat berminat untuk melaksanakan aktiviti

    tersebut. oleh itu, guru perlulah membuat peneguhan secara berulang kali bagi

    mengelakkan masalah kemahiran pengamatan terjadi.

    Ciri kedua

    23

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Murid disleksia mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang

    diketahuinya kepada situasi baru. Contohnya, murid mengetahui bagaimana

    membezakan bentuk dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang maujud,

    namun apabila diberi latih tubi murid tidak dapat membezakannya.

    Ciri ketiga

    Murid yang mengalami masalah pembelajaran sering cepat lupa, oleh itu mereka

    memerlukan ulangan yang kerap. Sebagai contoh, guru melaksanakan aktiviti

    menyebut perkataan yang mempunyai suku kata KV dan KVK seperti bakar,

    sakit dan perut. Sekiranya guru memberi gambar bersama dengan perkataan

    seperti gambar rumah, murid tersebut dapat menyebut dengan lancar. Namun

    sekirannya guru tidak meletakkan gambar rajah bersama dengan perkataan yang

    ingin disebut, murid dillihat tidak dapat menyebut dengan lancar. Murid mengambil

    masa yang lama untuk menyebutkan perkataan tersebut.

    Ciri keempat

    Murid disleksia lebih cenderung ke arah tindakan yang terburu-buru dan memberi

    sesuatu keputusan tanpa berfikir. Contohnya, guru memberi latihan kemahiran

    pengamatan penglihatn seperti mencantumkan dua suku kata menjadi perkataan

    yang bermakna. Guru meletakkan suku kata di dalam satu kotak dan murid perlu

    mengambilnya dan ditampalkan di papan putih. Apabila aktiviti dimulakan, murid

    dilihat mencantumkan dua suku kata dengan betul, namun perkataan yang dibina

    tidak mempunyai makna. Oleh yang demikian, guru perlu membetulkan kesilapan

    murid dan menerangkan kepada murid bahawa perkataan yang dicantum tidak

    membawa makna. Murid sepatutnya berfikir terlebih dahulu sebelum cuba untuk

    mencantumkan dua suku kata tersebut.

    Ciri kelima

    Murid disleksia lemah ko-ordinasi motor-mata tangan. Contohnya guru memberi

    aktiviti seperti menyambungkan titik, apabila titik disambungkan ia akan

    membentuk huruf seperti a, b dan c. Namun murid dilihat tidak dapat

    menyambung titik dengan betul. Hal ini adalah kerana, murid tidak dapat

    memegang pensil dengan betul dan tumpuan mata yang diberi terhadap aktiviti

    24

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    yang dijalankan adalah kurang. Oleh itu bagi meningkatkan kemahiran ko-ordinasi

    motor-mata tangan murid, guru seharusnya memperbanyakkan lagi aktiviti yang

    melibatkan kedua-duanya digunakan dalam satu masa.

    Ciri keenam

    Murid disleksia mengalami masalah ketidakbolehan membuat keputusan secara

    am. Contohnya, guru memberi aktiviti seperti meletakkan satu gambar rajah di

    papan putih, kemudian guru menceritakan serba sedikit berkaitan gambar rajah

    berkenaan seterusnya guru meminta murid untuk membuat kesimpulan terhadap

    gambar rajah yang diberikan berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh

    murid. Namun kesimpulan yang dibuat tidak menepati gambar rajah yang

    diberikan. oleh itu, guru perlulah menggalakkan murid untuk belajar membuat

    keputusan yang berkait rapat dengan persekitaran dan memberi pendedahan yang

    teliti kepada murid berkaitan aktiviti supaya mereka dapat membuat kesimpulan

    dengan baik.

    ciri ketujuh

    Murid jenis ini dilihat susah sekali untuk turut serta dalam permainan kerana

    mereka tidak dapat mengikut corak permainan. Contohnya, guru kelas

    menganjurkan pertandingan membina ayat dengan perkataan yang diberikan.

    Murid yang mengalami masalah kesukaran pengamatan tidak akan melibatkan diri

    dan dilihat lebih banyak mendiamkan diri. Hal ini adalah kerana, mereka tidak

    dapat menguasai kemahiran membina ayat tersebut. Oleh itu, guru pemulihan

    perlulah mengajar murid asas pembina ayat yang mudah sehingga murid mampu

    membina ayat sendiri, kemudian ke peringkat yang lebih sukar.

    25

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    AKTIVITI

    1. Anda telah membaca masalah pengamatan yang ditonjolkan oleh murid

    disleksia. Apakah puncanya yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut?

    iv Konsep kendiri

    Kanak-kanak disleksia mengalami konsep kendiri yang menjejaskan masalah

    sosial dan emosi mereka. Hal ini disebabkan kanak-kanak disleksia terpaksa menempuh

    persekitaran dalam keadaan berbeza daripada rakan sebaya normal yang lain.

    Dr Samuel Orton menjelaskan bahawa pada peringkat pra sekolah kanak-kanak

    disleksia ini masih mampu menyesuaikan diri dengan baik dan ceria. Masalah mula wujud

    apabila mereka merasakan bahawa arahan-arahan dan bimbingan daripada guru adalah

    tidak selaras dengan gaya pembelajaran mereka. Apabila kanak-kanak ini masuk sekolah

    rendah, tekanan ke atas mereka semakin hebat kerana tahap pembelajaran yang semaki

    sukar dan mementingkan kecemerlangan akademik. Oleh itu, kanak-kanak disleksia ini

    berasa berputus asa kerana mereka tidak dapat mengikut proses pembelajaran seperti

    rakan yang lain yang secara tidak langsung menyebabkan mereka memberontak.

    Namun demikian, kita juga perlu menyedari bahawa masalah sosial juga

    merupakan salah satu kesan daripada masalah disleksia. Antara kesan yang berkaitan

    dengan konsep kendiri kanak-kanak disleksia adalah seperti berikut :

    Mengelak ke sekolah dan kerja rumah

    26

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Masalah ini adalah disebabkan oleh masalah pembelajaran yang dihadapi oleh

    mereka di sekolah, umpamanya tugasan atau set latihan yang berat. Ibu bapa perlu

    sentiasa bekerjasama dengan guru bagi memastikan tahap dan perkembangan kanak-

    kanak disleksia ini sentiasa diberi perhatian agar mereka tidak terus ketinggalan dalam

    proses pembelajaran. Di rumah ibu bapa perlu merancang dan membuat sedikit aktiviti

    fizikal bagi menyeronokkan hati kanak-kanak disleksia selain memberikan mereka masa

    rehat setelah pulang daripada sekolah.

    Mudah putus asa

    Ramai kanak-kanak disleksia merasa kecewa di sekolah kerana semua usaha

    mereka gagal, ditambah lagi dengan ejekan ataupun kemarahan yang diterima daripada

    rakan-rakan dan guru. kebanyakkan kanak-kanak ini berhenti berusaha keran mereka

    berasa lebih rela dimarahi apabila mereka tidak berusaha langsung daripada mereka

    dimarahi setelah mencuba sedaya upaya tetapi tetap mendatangkan hasil yang kuarng

    memuaskan.

    v Pemprosesan maklumat

    Satu lagi masalah yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak disleksia adalah

    masalah pemprosesan maklumat. Pemprosesan maklumat berkait rapat dengan struktur

    otak seseorang. Ini adalah disebabkan oleh otak berfungsi untuk menganalisis dan

    meneliti maklumat yang diperolehi oleh seseorang ke dalam bentuk yang lebih lengkap.

    Seterusnya, maklumat-maklumat tersebut akan dihurai dan diterjemah sama ada dalam

    pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan dan sebagainya. Masalah pemprosesan maklumat

    yang dialami mereka terbahagi kepada beberapa aspek iaitu masalah pengkodan

    fonologi, masalah mengingat perkataan dan masalah ingatan jangka pendek.

    a. Masalah pengkodan fonologi

    Pengkodan fonologi merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan

    bunyi. Secara ringkasnya, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami kesukaran dalam

    27

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    membezakan antara paku dengan pasu. Mereka juga tidak dapat mendengar rima

    akhir yang sama antara perkataan. Umpamanya, apabila ditanya apakah perkataan yang

    bunyi akhirnya sama dalam ayat Jack and Jill went up the hill, mereka akan menjawab,

    Jack dan Jill.

    Berdasarkan contoh di atas, ini bermakna mereka keliru dan sukar membezakan

    perkataan yang hampir sama bunyinya. Begitu juga dengan harga suatu barangan dalam

    bahasa Inggeris yang berunyi fifty cents ataupun fifteen cents. Kesukaran ini bukanlah

    disebabkan oleh masalah pendengaran, sebaliknya berkait rapat dengan pemprosesan

    maklumat di dalam otak (Farrer, 1996).

    b. Masalah mengingat perkataan

    Dalam masalah ini, kanak-kanak disleksia dikatakan mempunyai masalah untuk

    mengingat semula perkataan yang telah didengari mereka. Secara umumnya, kanak-

    kanak disleksia dikatakan mempunyai kecerdasan yang normal. Kebanyakan mereka

    mempunyai IQ yang normal dan sebahagian daripada mereka mempunyai kecerdasan

    luar biasa. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai masalah dalam mencari semula

    perkataan.

    28

    Boleh melihatBoleh mendengar

    Errr

    TETAPI bermasalah memproses perkataan

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Berdasarkan gambar yang ditunjukkan di atas, ini bererti kanak-kanak tidak dapat

    menjawab soalan yang diberikan secara spontan. Mereka juga sering didapati mengalami

    kesukaran mengingati nama kawan-kawan dan anggota keluarga dan sering merujuk

    individu tersebut sebagai kawan saya di sekolah atau budak lelaki itu . Mereka sukar

    mengingati fakta-fakta yang telah mereka dengar.

    Seorang kanak-kanak disleksia mungkin dapat menghuraikan proses penyebaran

    dalam subjek sains dengan panjang lebar, tetapi mereka mengalami kepayahan

    menyenaraikan contoh tumbuhan yang menggunakan angin sebagai mekanisma

    penyebaran. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga cenderung menjadi kaku dan membisu

    apabila ditanyakan soalan.

    C. Masalah ingatan jangka pendek

    Ingatan jangka pendek ataupun ingatan bekerja merujuk kepada stor di mana

    maklumat yang sedang digunakan disimpan. Kanak-kanak disleksia didapati menghadapi

    masalah memproses maklumat yang baru masuk dan pada masa yang sama mengambil

    maklumat dari stor ingatan jangka panjang. Kesemua proses ini akan mengumpul

    maklumat di stor ingatan jangka pendek bagi digunakan pada masa itu. Ini bererti kanak-

    kanak disleksia tidak berupaya mengingati arahan-arahan panjang yang diberikan.

    Sebagai contoh, pelajaran membuat origami dalam subjek Pendidikan Seni, membuatkan

    mereka kehilangan punca kerana arahan yang terlalu panjang dalam aktiviti tersebut .

    Masalah yang serupa juga dihadapi oleh kanak-kanak disleksia apabila

    berhadapan dengan soalan aneka pilihan. Untuk memilih jawapan yang tepat, mereka

    perlu memegang satu soalan dan empat pilihan jawapan dalam stor ingatan bekerjanya.

    Ini merupakan masalah berat bagi mereka. Oleh kerana itu , mereka lebih berupaya

    menjawab dengan baik dalam soalan terbuka yang memberi ruang untuk mereka berfikir

    dan menulis jawapan yang dikehendaki.

    29

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    KESIMPULAN

    Secara keseluruhannya penyelidik-penyelidik bersetuju bahawa kanak-kanak

    disleksia mengalami kesukaran pada aspek fonologikal, maka bagaimana mereka

    mendapat kemujuan dalam pembacaan? Olson (1985) mencadangkan bahawa kanak-

    kanak tersebut mempunyai kekuatan pada strategi visual untuk mengatasi kelemahan

    fonologikal mereka, iaitu kanak-kanak disleksia mengguna kemahiran visual dan

    pengetahuan terhadap perkataan dari lexican mental untuk mengenal perkataan. Kajian

    Siegel et al. (1995) juga mendapati kanak-kanak disleksia walaupun lemah dalam

    membaca perkataan-palsu jika berbanding dengan kanak-kanak biasa, tetapi mereka

    bagus dalam tugasan mengenai orthographic. Sebagai rumusan, kemahiran orthographic

    mereka sama bagus dengan kanak-kanak yang tidak berdisleksia dan kemahiran tersebut

    membolehkan mereka menguruskan tugasan bacaan.

    Aktiviti 2

    Anda telah membaca lima masalah utama yang dialami oleh kanak-

    kanak disleksia. Dengan menggunakan peta minda, rumuskan

    masalah-masalah yang dibelajari.

    SELAMAT MAJU JAYA

    Melayari laman web untuk mendapat maklumat tambahan.

    http://archive.excellencegateway.org.uk/page.aspx?o=framework4dyslexia

    30Tajuk 3 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK DISLEKSIA

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    3.0 SINOPSIS

    Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan tingkah

    laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap

    pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid

    berkeperluan khas.

    3.1 HASIL PEMBELAJARAN

    1. Memahami definisi dan konsep berkaitan dengan pentaksiran dan penilaian kanak-

    kanak disleksia.

    2. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dan penilaian bagi mengenalpasti kanak-

    kanak yang mempunyai masalah disleksia

    3. Mengenal pasti bentuk-benmtuk ujian pengenalpastian/saringan serta ujian

    diagnostik yang boleh dijalankan oleh guru-guru mata pelajaran atau guru-guru

    yang dilantik khas.

    3.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

    31

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    3.3 KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

    Pengenalan

    Pentaksiran bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan

    bersistem. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan sebagai

    pengujian. contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi maklumat peribadi

    dalam suatu borang itu, antara perkara yang mungkin ditanya ialah hobi murid dan

    sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti itu boleh dikategorikan

    sebagai pentaksairan.

    Pentaksiran biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya

    melibatkan maklumat yang diperolehi dalam bentuk nombor. Menurut Stevens (1951),

    pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu

    dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan

    cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan

    mudah.

    32

    Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

    Kepentingan pentaksiran dan

    penilaian

    Ujian-ujian Pengenalpastian /

    SaringanUjian Diagnostik

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Tujuan pentaksiran merujuk kepada Pierangelo & Giuliani (2006), menyatakan

    bahawa pentaksiran dalam pendidikan mempunyai 5 tujuan iaitu :

    a. Pemeriksaan dan Pengenalpastian (Screening and Identification)

    b. Kelayakan dan Diagnosis (Eligibility and Diagnosis)

    c. Penempatan dan Perkembangan RPI (IEP Development and Placement)

    d. Perancangan Pengajaran (Instructional Planning)

    e. Penilaian (Evaluation)

    Menurut Taylor( 1989 ), tujuan menjalankkan sesuatu pentaksiran dan penilaian

    adalah :

    1 Untuk mengidendifikasikan,

    2 Menentukan dan menilai sesuatu program dan strategi pengajaran,

    3 Menentukan tahap pencapaian dan keperluan pendidikan semasa,

    4 Memutuskan klasifikasi dan program penempatan, dan

    5 Menghasikan Rancangan Pendidikan Individu.

    Menurut Pierangelo & Giuliani (2006), pentaksiran adalah merujuk kepada

    pembangunan kemahiran-kemahiran yang memasukkan satu pengetahuan kerja bagi

    komponen-komponen berikut bagi proses penilaian yang teratur bagi menentukan jenis

    kecatatan yang sesuai :

    a. Koleksi (Collection)

    Merupakan koleksi penyurihan dan pengumpulan maklumat daripada punca-punca

    yang memberi maklumat daripada seseorang pelajar seperti maklumat latar

    belakang pelajar, rekod sekolah, pemerhatian, penglibatan ibu bapa dan laporan

    guru.

    b. Analisis (Annalysis)

    Pemerosesan dan pemahaman mengenai bentuk pendidikan pelajar, sosial,

    perkembangan, persekitaran, perubatan dan sejarah emosi.

    c. Penilaian (Evaluation)

    33

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Merujuk kepada penilaian pelajar, intelektual, psikologikal, emosi, persepsi,

    bahasa, kognitif dan sejarah perubatan bagi menentukan kekuatan dan kelemahan

    pelajar.

    d. Keazaman (Determination)

    Untuk mengetahui ketidakupayaan dan kriteria pengetahuan setiap kategori.

    e. Syor/cadangan (Recommendation)

    Mencadangkan penempatan dan program bagi keperluan pelajar dari segi sekolah,

    guru dan penglibatan ibu bapa

    3.3.1 Pengenalpastian masalah

    Murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran khusus akan melalui

    proses pengenalpastian oleh guru-guru yang dilantik khas dalam bidang disleksia ataupun

    guru-guru mata pelajaran. Mereka terdiri daripada murid-murid yang gagal dalam PKSR 1

    setelah mengikuti pendidikan di arus perdana selama enam bulan. Murid-murid akan

    menunjukkan sintom-sintom disleksia seawal semasa berada di peringkat pra sekolah.

    Maka, pengenalpastian seawal mungkin akan membolehkan kanak-kanak disleksia

    mendapat intervensi yang sesuai seawal mungkin.

    3.3.2 Penempatan

    Penempatan murid-murid yang dikenal pasti bermasalah dalam pembelajaran disleksia

    dikenal pasti melalui :

    a. Mereka di hantar ke kelas pemulihan khas selama empat bulan bagi

    mengikuti program tersebut dan melepasi ujian mode yang dijalankan.

    b. Sekiranya murid itu melepasi ujian mode yang diberikan oleh guru

    pemulihan, dia akan dirujuk kepada guru program disleksia.

    c. Guru program disleksia akan mengeluarkan satu salinan borang ISD

    (Instrumen Senarai Semak Disleksia) yang perlu diberikan kepada guru

    kelas untuk dibincang bersama guru subjek lain dan guru pemulihan.

    34

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    d. Borang ISD yang telah lengkap diisi akan dikembalikan kepada guru

    program disleksia untuk dinilai mengikut garis panduan yang telah

    ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    e. Borang ISD beserta rumusan yang lengkap akan diserahkan kepada

    Penyelaras Pendidikan Khas dan Guru Besar, untuk diserahkan kepada ibu

    bapa atau penjaga murid tersebut bagi mendapatkan pengesahan pengamal

    perubatan (iaitu dari Institut Pediatrik).

    f. Sementara menunggu pengesahan doktor, murid tersebut akan diberi Ujian

    Diagnostik oleh guru program disleksia bagi mengenalpasti kelemahan dan

    kekuatannya dalam akademik. Selain dari itu dia mengikuti sesi pelajaran di

    kelas biasa.

    g. Setelah murid itu disahkan sebagai disleksik ia akan terus mengikuti

    program disleksia. Jika bukan, ia akan dihantar ke kelas yang sepatutnya.

    3.3.3 Pemilihan strategi pemulihan

    Berdasarkan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak disleksia, guru-guru boleh

    mempelbagaikan strategi pemulihan.

    3.4 UJIAN-UJIAN PENGENALPASTIAN /SARINGAN

    British Psychological Society (1999) menyatakan bahawa murid mesti memenuhi

    dua pra-syarat sebelum ianya boleh disaring untuk menentukan sama ada ia mengalami

    disleksia atau tidak. Dua pra-syarat tersebut adalah:

    a. murid telah mendapat pengajaran yang sesuai, relevan dan memuaskan

    b. murid telah diberikan langkah-langkah pemulihan yang dirasakan sesuai.

    3.4.1 Ujian Pengamatan

    35

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Menurut Janet W Learner (1971) dalam bukunya Children With Learning

    Disabilities telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal

    maklumat daripada tindak balas panca indera atau pun mekanisme yang mentafsirkan

    sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.

    Menurut Janet W Learner pengamatan visual adalah kepayahan seseorang

    khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad,

    perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Dalam kata lain

    masalah visual dilihat kepada beberapa aspek antaranya tentang perbezaan bentuk, saiz,

    mengecam bentuk huruf dan perkataan, serta tentang pembalikan sesuatu objek. Kanak-

    kanak disleksia kebiasaannya akan mempunyai gangguan dari aspek pengamatan visual

    ini yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik.

    Sesetengah kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam menggunakan

    koordinasi mata tangan di mana apa yang dilihat tidak dapat diaplikasikan kepada tulisan

    atau gerak kerja yang melibatkan penulisan. Antara kesan sampingan yang dihadapi oleh

    murid yang mengalami ciri-ciri disleksia ialah:

    a. Pengurusan

    b. Penumpuan atau konsentrasi

    c. Bahasa

    d. Ingatan

    e. Emosi atau tingkah laku

    Ujian pengamatan ini akan membantu guru untuk mengesan masalah yang

    dihadapi oleh murid dalam :

    a. Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak,

    saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. Selain itu, guru juga

    dapat mengenal pasti masalah murid dalam

    b. Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu

    objek objek yang lain.

    36

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    c. Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak,

    huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.

    d. Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan,

    atau ke bawah dan dari bawah ke atas.

    e. Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.

    f. Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu

    masalah.

    g. Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah pengamatan

    kanak-kanak khas.

    h. Menyediakan penempatan yang bersesuaian.

    i. Mengenal pasti pasukan pelbagai disiplin.

    3.4.2 Instrumen Saringan Disleksia (ISD)

    Untuk memastikan murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah disleksia

    maka satu bentuk ujian pengenalpastian/saringan telah dibentuk. Justeru itu, maka

    sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Khas, KPM telah ditubuhkan

    dan telah menghasilkan ISD. Penghasilan ISD ini dibina oleh pakar-pakar dari USM,

    UKM, UM, UPM, KKM, JKM, JPK, Persatuan, Guru & JPN.

    Kerangka penghasilan item-item senarai semak yang dijadikan panduan dalam

    pembinaan instrumen telah diubah suai daripada `checklist` yang dihasilkan oleh Payne

    dan Turner (1999) dan merangkumi ciri-ciri disleksia yang dusenaraikan oleh pakar-pakar

    disleksia Antara Bangsa yang lain.

    Senarai semak disleksia digunakan untuk mengenalpasti kanak-kanak yang

    dikenalpasti bermasalah secara khusus. Senarai semak disleksia telah merujuk kepada

    tiga elemen iaitu :

    a. Elemen 1 : Tahap penguasaaan mengeja, membaca dan menulis

    b. Elemen 2 : Kekuatan pada murid yang dikenalpasti

    c. Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

    37

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    ISD merupakan ujian saringan bagi mengenalpasti kebarangkalian seseorang

    murid itu mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia. Penyaringan murid-murid

    yang kebarangkalian mengalami masalah disleksia adalah bukan suatu perkara yang

    mudah (Jabatan Pendidikan Khas, 2003). Kebanyakan murid-murid disleksia dikenalpasti

    dengan menggunakan khidmat kepakaran psikologi klinikal melalui penggunaan

    instrumen yang dihasilkan oleh negara barat.

    Pembinaan ISD oleh JPK berasaskan kepada teori yang beranggapan bahawa

    murid yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia adalah terdiri daripada

    mereka yang mempunyai antara lain ciri-ciri :

    a. Kecerdasan mental yang normal

    b. Memperolehi pencapaian prestasi akademik yang rendah

    c. Mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis.

    d. Mempunyai ciri-ciri disleksia yang boleh diterima oleh umum

    e. Ketinggalan 2 tahun secara umum di belakang rakan sebayanya dalam

    penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta rendah dalam

    pencapaian akademik.

    Antara lain ISD yang digunapakai untuk menilai pelajar yang dikenalpasti adalah

    merujuk kepada :

    a. Kriteria murid yang dinilai

    b. Kriteria Penilai

    c. Prosedur Penilaian

    Pengoperasian ISD yang dijalankan mestilah :

    a. Setahun mengikuti P&P KIA2M/Program Pemulihan Khas

    b. Gagal lepasi IPP2M

    Personel yang menjalankan ISD terdiri daripada :

    a. Guru Bahasa Melayu yang pernah mengajar murid berkenaan atau

    b. Guru Mata Pelajaran Lain yang pernah mengajar murid berkenaan.

    c. Rumusan dibuat oleh Guru Disleksia.

    d. Pengesahan dibuat oleh Pengamal Perubatan.

    38

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Sila rujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia yang dikeluarkan oleh Jabatan

    Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Berikut adalah langkah-

    langkah dalam melaksana pentaksiran ISD.

    TMMD

    KMMD

    Tidak sah

    Sah

    Petunjuk:

    39

    Pencalonan

    Pengoperasian ISD

    P&P Kelas Biasa

    Pelaporan

    Pengesahan Pengamal Perubatan

    Perumusan

    Pelaporan

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    KMMD : Kebarangkalian mengalami masalah disleksiaTMMD : Tiada mengalami masalah disleksia3.5 UJIAN DIAGNOSTIK

    Ujian diagnostik yang ditadbir dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci

    daerah-daerah kelemahan dalam membaca, mengeja, menulis, dan masalah-masalah

    yang berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

    Secara umumnya, ujian diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan

    murid tentang penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu samada Bahasa Melayu

    ataupun Matematik. berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik ini, maka guru dapat

    merancang aktiviti pengajaran pemlihan Disleksia dengan lebih berkesan.

    3.5.1 Ujian-ujian Binaan Guru

    Ujian ini dibina oleh guru berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.

    Binaan ujian oleh guru adalah untuk memastikan setiap kemahiran yang telah dipelajari

    akan diuji bagi menentukan keberkesanan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari.

    Antara aspek-aspek yang boleh dijadikan sumber dalam pembinaan ujian termasuklah:

    Latar belakang

    Fungsi dan proses kognitif:

    bahasa, ingatan, pemprosesan visual, keupayaan penaakulan dan fingsi eksekutif

    dll.

    Ujian pendidikan: membaca, menulis, mengeja dll

    Pemerhatian akademik dan bukan akademik

    3.5.2 Ujian-ujian lain yang sesuai

    Selain itu, guru juga boleh menggunakan analisis ralat sebagai salah satu cara

    untuk membuat pentaksiran terhadap kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.

    Contoh-contoh ujian:

    40

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    The Bangor Dyslexia Test (Miles, 1983)

    The Boder Test of Reading--Spelling Patterns (Boder & Jarrico, 1982)

    Aston Index (Newton & Thomson, 1976, 1982)

    KESIMPULAN

    Cadangan yang dikemukakan oleh National Joint Committee on Learnig

    Disabilities( 1994 ) boleh menjadi garis panduan kita semasa menjalankan pentaksiran

    dan penilaian masalah pembelajaran pelajar contohnya kanak-kanak berisiko disleksia :

    1 Individu yang berisiko bermasalah pembelajaran perlu diselia oleh individu yang

    berlayakan untuk menentukan penilaian atau perkhidmatan yang diperlukan,

    terutama bagi kanak-kanak di bawah umur 9 tahun.

    2 Masalah yang berkait dengan masalah pembelajaran kanak-kanak perlu ditinjau

    dari seting akademik dan juga bukan akademik. Data yang dikutip untuk

    mendiagnosis individu perlu merangkumi data dari semua setting yang berkaitan.

    3 Dignosis masalah pembelajaran kanak-kanak perlu berdasarkan kekuatan dan

    kelemahan kanak-kanak.

    4 Keputusan diagnosis tidak harus hanya bergantung pada keputusan ujian sahaja.

    5 Untuk dignosis masalah pembelajaran, tidak harus hanya menggunakan fomula

    perbezaan sebagai kriteria untuk diagnosis.

    6 Skor pada ujian IQ tidak merupakan hanya satu refleksi keupayaan intelektual.

    7 Pentaksiran dan penilaian perlu termasuk pelbagai aktiviti dan prosedur untuk

    memastikan penyeluruhan data dalam menentukan statut dan keperluan

    seseorang.

    8 Data dari sejarah kanak-kanak, temu bual dan tinjauan juga merupakan informasi

    yang penting terutamanya bila dibekalkan oleh ibubapa dan guru dalam

    menentukan pentaksiran dan penilaian seseorang indivdidu.

    9 Ujian piawai yang digunakan haruslah berkebolehpercayaan dan berkesahan.

    41

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    10 Pentaksiran berasakan kurikulum, tugasan dan diagnosis pengajaran dan laian-lain

    kaedah bukan piawai perlu digunakan sebagai maklumat tambahan dalam

    pentaksiran dan penilaian seseorang individu.

    Melayari laman web untuk mendapat maklumat tambahan.

    http://www.interdys.org/FactSheets.htm

    INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Bahagian A

    BIODATA MURID

    Arahan : Tandakan atau tulis pada petak yang disediakan.

    42

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    1. Nama Murid

    2. Jantina 3. Mengikuti Program Pemulihan Khas

    SedangTidak

    4. Tahun Persekolahan 5. Keturunan

    6. Kedatangan ke sekolah 7. Pencapaian Akademik

    43

    LelakiPerempuan

    MelayuCinaIndiaBumiputra SabahBumiputra SarawakBumiputra Orang AsliLain-lain

    Tahun Nama Kelas 1 2 3 4 5 6

    BaikMemuaskanSederhanaLemah

    A B C D EBahasa MalaysiaBahasa InggerisMatematikSainsKajian TempatanKemahiran HidupPend.Islam/MoralP.Jasmani &KesMuzik

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    8. Nama Sekolah

    9. Lokasi Sekolah 10. Negeri

    1. Daerah

    2. Nama Penilai

    44

    BandarLuar Bandar

    PerlisKedahPulau PinangPerakSelangorW.P.Kuala LumpurNegeri SembilanMelakaJohorPahangTerengganuKelantanSarawakSabahW.P.Labuan

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    13. Tarikh 14. Tandatangan Penilai

    Bahagian B

    SENARAI SEMAK

    Arahan : Tandakan pada petak yang sesuai.Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,membaca dan menulis.

    A. MengejaYa Tidak

    1. Murid sukar mengeja perkataan mudah. 1 1

    2. Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung kaitan makna dengan perkataan asal. 2

    3. Murid kerap melakukan kesalahan ;

    i. menyusun abjad dalam perkataan 3

    ii. menggabung suku kata terbalik 4

    4. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata. 5

    B. Membaca

    45

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    5. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya 6

    1. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid Semasa membaca ialah ;

    i. Tidak menghiraukan tanda bacaan; 7

    ii. Menggugurkan perkataan; 8

    iii. Menambah perkataan pada bacaannya; 9

    iv. Melangkau baris; 10

    v. Menggantikan perkataan. 11

    Ya Tidak

    1. Murid mengalami kesukaran dalam membaca 12 Perkataan yang mempunyai vokal berganding,diftong.

    8. Murid sukar membaca ayat panjang. 13

    III Menulis

    9. Hasil kerja murid tidak kemas. 14

    11. Murid sukar menyalin maklumat ;

    i. dari papan tulis 15

    ii. yang diperdengarkan 16

    12. Tulisan murid sukar dibaca 17

    12. Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya 18

    13. Murid menulis secara terbalik ;

    vi. abjad-abjad tertentu ; 19

    vii. perkataan 20

    Elemen 2 : Kekuatan pada murid

    46

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    14. Murid boleh bertutur dengan baik 21

    1. Murid boleh menjawab soalan secaraLisan dengan baik. 22

    2. Murid boleh menghasilkan ceritaberpandukan gambar ;

    i. Tunggal ; 23

    ii. Bersiri 24

    Ya Tidak

    17. Murid berminat terhadap perkara baru. 25

    18. Murid mempunyai kebolehan lisan setanding 26 dengan rakan sebaya.

    19. Murid mempunyai kecenderungan dalam bidang-bidang tertentu. 27

    20. Murid kelihatan berpotensi untuk berjaya tetapipencapaian akademiknya rendah. 28

    21. Murid mempunyai banyak idea (full of ideas) 29

    22. Murid mempunyai idea yang baik tetapi gagaluntuk memindahkannya dalam bentuk tulisan. 30

    23. Isi kandungan penulisan murid baik tetapimengandungi banyak kesalahan bahasa. 31

    24. Murid mempunyai pencapaian yang baikdalam subjek-subjek kemahiran berbandingdengan subjek-subjek akademik. 32

    25. Murid boleh menjawab secara lisan soalankefahaman daripada bahan yang diperdengarkan. 33

    26. Murid boleh menceritakan semula petikan yangdiperdengarkan. 34

    27. Murid yang kreatif. 35

    28. Murid boleh menyesuaikan diri dalam pergaulan. 36

    29. Murid boleh bertindak mengikut situasi. 37

    30. Murid berkebolehan dalam membuat

    47

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    jangkaan 38

    31. Murid mempunyai pengetahuan am yang baik 39

    32. Murid mempunyai sifat-sifat ingin tahu yang tinggi. 40

    Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

    Ya Tidak

    33. Murid mempunyai masalah rendah diri. 41

    34. Murid kerap memberi alas an untuk mengelak daripada membuat kerja sekolah yang melibatkan

    bacaan dan penulisan. 42

    35. Murid mengalami masalah tingkahlaku. 43

    36. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat. 44

    37. Murid keliru dengan konsep arah. 45

    38. Murid menghadapi kesukaran dengan konsep urutan. 46

    39. Murid menghadapi masalah dengan pengurusanmasa 47

    40. Murid tidak dapat mengingati arahan yang panjang. 48

    41. Murid sering gopoh semasa bertindak. 49

    42. Murid sering cuai dalam pergerakan. 50

    48

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    PEMARKAHAN

    BAHAGIAN A(diisi oleh penilai)

    Jumlah Jumlah Ya Tidak

    Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,membaca dan menulis.

    Elemen 2 : Kekuatan pada murid

    Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

    BAHAGIAN B(diisi oleh guru pendidikan khas disleksia)

    Kod

    Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,membaca dan menulis.

    Elemen 2 : Kekuatan pada murid

    Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

    49

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    BAHAGIAN C(diisi oleh guru pendidikan khas disleksia)

    Rumusan

    Murid berkemungkinan mengalami kebarangkalian Disleksia

    Murid berkemungkinan tidak mengalami kebarangkalian Disleksia

    Tandatangan : ___________________________________

    Nama : ___________________________________

    Disahkan

    T/T Guru Besar : ___________________________________ Cop Sekolah :

    Nama : ___________________________________Pengarah PelajaranJabatan Pelajaran Negeri(U.P Unit Pendidikan Khas)

    50

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Tajuk 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA

    4.0 SINOPSIS

    Tajuk ini menjelaskan masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan murid-murid

    pemulihan khas. Bahasa merupakan alat komunikasi yang sangat penting dalam

    konteks perhubungan sesama manusia. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan

    idea, perasaan dan berhubung antara satu dengan lain. Kanak- kanak pemulihan

    khas mengalami masalah dalam kemahiran berbahasa. Oleh itu mereka mengalami

    masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga komunikasi dengan rakan sebaya

    mereka. Guru perlu memahami masalah yang dihadapi muridnya agar dapat

    merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

    4.1 HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir unit ini anda dapat:

    i. Mengetahui masalah-masalah dalam penguasaan bahasa

    ii. Mengesan murid yang mengalami masalah bahasa

    iii. Mengenal pasti kaedah mengatasi masalah bahasa

    iv. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa

    dengan lebih bekesan.

    4.2 KERANGKA TAJUK

    51Kaedah Pengajaran Bahasa

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    4.4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA

    52

    Masalah Penguasaan Bahasa

    - Mengingat kembali perkataan- memahami perkataan pelbagai makna- Menyatakan sesuatu yang abstrak- Menggunakan ayat yang betul dan lengkap- memberi penjelasan- mempelbagaikan gaya berkomunikasi- menghasilkan mesej yang kompleks- memaklumkan sesuatu maklumat

    Kemahiran Lisan - Simptom - Cara mengesan - Kaedah mengatasi masalah lisan

    Kemahiran Menulis- Masalah dalam menulis- kaedah menulis (pratulis, tulisan mekanis dan penulisan kreatif)

    Kemahiran membaca - Masalah dalam bacaan - Kaedah pemulihan bacaan

    Kemahiran Mengeja - Cara mengenal pasti murid - Kaedah mengani masalah ejaan

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Guru perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan muridnya sebelum merancang

    sesuatu pengajaran. Kelemahan dan kekuatan perlu dianalisis untuk membuat

    perancangan yang sistematik agar apa yang diajar menepati keperluan sebenar murid

    yang diajarnya. Begitu juga dengan masalah bahasa yang dihadapi oleh murid disleksia

    yang perlu diatasi dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran.

    Terdapat banyak kaedah pengajaran bahasa, salah satu adalah Kaedah Multisensori ( VAKT ).

    V - VISUAL ( LIHAT ) A - AUDITORI ( BUNYI / SEBUT ) K - KINESTETIK ( GERAK BADAN )

    T - TAKTIL ( RASA / SENTUHAN)

    Dengan menggunakan kaedah ini, pengajaran dilakukan dengan mengguna

    meransang semua saluran dalam otak (visual/auditory, kinesthetictactile) untuk

    meningkatkan ingatan dan pembelajaran.

    Contohnya, untuk belajar huruf melalui VAKT, pelajar hendaklah

    lihat huruf (V)

    dengar guru sebut huruf (A)

    menyebut huruf (A)

    dengar huruf yang disebut (A)

    rasa pergerakan otot semasa membuat tracing huruf (K)

    rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)

    lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)

    dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat tracing (A)

    Kaedah-kaedah pengajaran lain termasuklah Kaedah Fonik, Kaedah Seluruh /

    Terus, Kaedah peta minta dan lain-lain.

    53

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    4.5 MASALAH PENGUASAAN BAHASA

    Berikut adalah beberapa petunjuk masalah bahasa yang sering dialami oleh murid

    bermasalah pembelajaran. Anda perlu memahami dengan jelas permasalahan tersebut

    dan mengaitkannya dengan permasalahan bahasa yang dihadapi oleh murid disleksia.

    Mengingat kembali perkataan

    Memahami perkataan pelbagai makna

    Menyatakan sesuatu yang abstrak

    54

    Dengan membuat rujukan dari pelbagai sumber, anda perlu mendapatkan maklumat mengenai kaedah-kaedah pengajaran bahasa yang sesuai untuk mengajar murid-murid disleksia. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk mengenalpastikan keberkesanan kaedah-kaedah tersebut.

    Latihan

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Menggunakan ayat yang betul dan lengkap

    Memberi penjelasan

    Mempelbagaikan gaya berkomunikasi

    Menghasilkan mesej yang kompleks

    Memaklumkan sesuatu maklumat

    4.6 KEMAHIRAN LISAN

    Pengenalan

    Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas

    dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan

    terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

    Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Mereka

    akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

    4.6.1 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN

    4.6.1.1 Kemahiran Mendengar

    55

    Latihan

    Dengan membuat rujukan dari pelbagai sumber, anda perlu mendapatkan maklumat mengenai masalah bahasa yang dihadapi oleh murid disleksia. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk menyenaraikan masalah tersebut.

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan

    mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan.

    Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-

    faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan

    pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan

    mempunyai kemahiran mendengar jika dia boleh:

    Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.

    Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.

    Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.

    Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.

    Mendengar secara kritikal.

    auding

    Mengikut arahan.

    Memahami urutan .

    Mengingat kembali.

    Menentukan idea utama / terpenting.

    Membuat inferensi dan penyeluruhan atau kesimpulan.

    4.6.1.2 Kemahiran Bertutur

    56

    Latihan

    Cuba buat penelitian terhadap permasalahan aspek lisan murid disleksia. Fokus kepada aspek bahasa reseptif. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk menyenaraikan masalah tersebut.

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran

    bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan

    pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan

    yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan

    aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan

    kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

    Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan

    suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi

    penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

    4.6.2 PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN

    Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan

    intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan. Guru boleh

    membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian

    lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:

    Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.

    Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.

    Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.

    Melakukan auding yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.

    Mendengar secara kritikal.

    Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa

    rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran

    57

    Latihan

    Cuba buat penelitian terhadap permasalahan aspek lisan murid disleksia dengan menumpukan kepada aspek bahasa ekprestif. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk menyenaraikan masalah tersebut.

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    murid-murid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang

    didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan auding.

    4.6.3 KAEDAH MENGATASI MASALAH LISAN

    Pelbagai teknik boleh digunakan untuk mengatasi masalah bahasa lisan yang dialami

    murid. Guru boleh mengimplementasikan teknik-teknik berikut bergantung kepada

    kesesuaian dan keperluan.

    Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.

    Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.

    Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid.

    Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..

    Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.

    Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Guru mewujudkan situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui pengubahsuaian persekitaran, pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang melibatkan peglibatan semua murid, dan sebagainya.

    58

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    4.7 MENGEJA

    4.7.1 Definisi

    Mengeja adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang bunyi (huruf)

    untuk melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak

    mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi

    melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi

    lemah dalam ejaan.

    4.3.2 Punca Kanak-Kanak Lemah Dalam Mengeja

    Lemah dalam ingatan penglihatan.

    Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan.

    Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

    Lemah dari segi Analisis Pendengaran.

    Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.

    Tidak boleh mengecam (mendengar) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.

    Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.

    Kemungkinan lemah dalam bacaan.

    59

    Latihan

    Berdasarkan pembacaan anda, jelaskan kaedah atau teknik yang digunakan untuk mengatasi masalah lisan yang dialami murid disleksia.

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    4.3.3 Aktiviti-aktiviti Kemahiran Mengeja

    Membina perkataan berima sama (di pangkal, tengah atau hujung )

    Contoh: la bu , la ku , la yu , la ki , dll.

    Mendiskriminasi perkataan.

    Melengkapkan atau menambah perkataan.

    Membina perkataan di dalam perkataan.

    Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.

    Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.

    Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.

    Permainan teka teki.

    Permainan silang kata.

    60

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    4.8 KEMAHIRAN MEMBACA

    4.8.1 Definisi

    Membaca bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan

    menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh

    memindahkan tulisan kepada suara, jika tidak memahami apa yang disuarakan

    maka murid itu tidak dikira pandai membaca.

    Pumfrey (1977)

    Satu proses pemikiran yang membina

    Zulkefli Hamid (1994)

    Ketika seseorang itu membaca ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara

    langsung dan sedar dengan bahan bacaannya.

    Deboer dan Dallman

    Membaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan

    melalui penulisan.

    Juriah Long (1990)

    Pembaca yang cekap hanya memberi perhatian pada perkataan-perkataan yang

    penting sahaja. Ia juga memberi tumpuan kepada kebolehan memproses bagi

    mendapatkan makna dengan menggunakan strategi anlisis dan sintesis dalam

    bacaan.

    KPM (1998)

    61

    Latihan

    Pilih satu aktiviti mengeja yang disenaraikan di atas. Rancangkan dan jelaskan dengan terperinci langkah-langkah pelaksanaanya.

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    Para pelajar harus cekap membaca dan memahami pelbagai bahan dengan kritis

    dan analitis.

    (KPM 1998)

    Membaca ialah membunyikan suatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan

    mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.

    (Kamus Dewan)

    4.8.2 Kesimpulan

    Satu proses kompleks yang perlu seseorang menguasai sub-kemahiran yang

    berkaitan dengan asas-asas bacaan

    Sebelum pelajar menguasai kemahiran membaca, mereka perlu menguasai,

    mengenal huruf-huruf yang menjadi lambang kepada bunyi, mengenal sistem

    ejaan dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.

    4.8.3 Masalah Menguasai Kemahiran Membaca

    Kelemahan dalam memahami apa yang dibaca. Pelajar yang lemah, terutamanya

    yang tidak mengenal huruf, akan mengalami kesukaran untuk membaca dengan

    lancar,

    Kekeliruan dalam membezakan bunyi bacaan. Murid seharusnya mempunyai

    kemahiran dalam menentukan huruf yang dibaca.kekeliruan dalam membezakan

    huruf akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami makna perkataan yang

    sebenar tentang apa yang dibaca.

    Tidak cekap dalam memproses maklumat. Pembaca yang aktif mempunyai reaksi

    terhadap apa yang mereka baca. Maklumat yang dibaca akan diproses dan

    disimpan untuk digunakan kembali.

    Gaya bacaan juga mempengaruhi kemahiran membaca.

    62

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    4.8.4 Proses Membaca

    Membaca ialah suatu proses yang kompleks yang memerlukan beberapa kemahiran

    tertentu dan merupakan interpretasi simbol grafik. Membaca memerlukan seseorang

    mengenalpasti simbol dan hubungannya dengan makna tertentu. Membaca juga adalah

    aspek bahasa dan komunikasi. Proses meletakkan pembaca untuk berhubung atau

    berkomunikasi dengan sesuatu idea. Membaca memerlukan penyampaian atau

    komunikasi mesej dan sistem bahasa (sistem isyarat) untuk membolehkan mesej itu

    disampaikan.

    Dalam proses membaca, sistem isyarat ialah simbol grafik. Membaca adalah

    proses pancaindera. Pembaca mesti dapat bertindakbalas untuk membezakan bentuk

    melalui penglihatan terhadap simbol grafik. Membaca juga ialah proses mengenalpasti

    perkataan.

    4.8.5 Masalah-masalah Dalam Bacaan

    Bentuk Huruf

    - Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.

    - Huruf terbalik.

    - Bunyi huruf yang seakan-akan sama.

    - Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.

    - Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.

    - Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana bentuknya berubah.

    Peringkat Suku Kata

    - Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.

    63

    Latihan

    Berdasarkan masalah penguasaan kemahiran membaca yang dialami oleh murid disleksia, bincangkan punca berlakunya permasalah tersebut. Pastikan anda mengetahui terlebih dahulu masalah bacaan murid disleksia.

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    - Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.

    - Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku

    kata.

    - Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.

    - Salah memecah / membatang suku kata.

    - Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.

    - Keliru membatang perkataan yang mengandungi diftong / vokal Berganding.

    - Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi diagraf di awal.

    - Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

    Kesukaran Dalam Pengamatan

    Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.

    Mengeja sebelum membaca.

    Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.

    Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan

    Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.

    Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.

    Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.

    Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.

    Menyebut perkataan mengikut loghat.

    Kesukaran Membaca Peringkat Ayat

    Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.

    Tertinggal perkataan.

    Pembalikan perkataan.

    Mengulang.

    Merangkak-rangkak.

    Membaca mengikut loghat.

    64

  • PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

    4.8.6 Strategi Membantu Kanak-kanak ke Arah Membaca

    Mengenal pasti kanak-kanak.

    Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.

    Susun strategi pemulihan.

    Pelaksanaan.

    Penilaian .

    4.8.7 Kaedah Pemulihan Bacaan

    Aktiviti Peringkat Prabacaan

    Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama

    Memilih bentuk yang sama dan berbeza dari segi warna, bentuk dan saiz.

    Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf.

    Mengelaskan benda atau bentuk gambar mengikut kumpulan.

    Menyusun benda atau gambar mengikut urutan.

    Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis

    Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan.

    Membaca perkataan bergambar.

    Menyusun semula huruf yang diberi untuk membina perkataan

    bepandukan gambar.

    Membunyikan suku kata yang ditunjukkan.

    Mengeja perkataan dan membaca ayat

    Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam perkataan.

    Aktiviti Peringkat Membaca dan Memahami

    Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataan-

    perkataan yang diber