28
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 3 2016

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

i

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

PEMBUATAN PERABOT

TINGKATAN 3

2016

Page 2: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

ii

Page 3: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

iii

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

MODUL ELEKTIF KEMAHIRAN VOKASIONAL

PEMBUATAN PERABOT

TINGKATAN 3

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Page 4: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

iv

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pendidikan MalaysiaAras 4-8, Blok E9, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2016

Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jugabentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapatkebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

Page 5: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

v

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii

3. KATA PENGANTAR viii

4. PENGENALAN4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard

1111

5. PELAKSANAAN5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P

22

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)6.1 Matlamat Modul6.2 Objektif Modul6.3 Fokus Modul6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran6.5 Organisasi Standard Kurikulum6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

44445

6-14

Page 6: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti
Page 7: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

vi

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 8: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

vii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 9: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

viii

Kata Pengantar

Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat FalsafahPendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abadke-21.

Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK inidiharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalammelakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitukemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasanpelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dankewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan bolehdiaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajarantersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK inimenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikancabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapatmembantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri,pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telahmemberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulummerakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. SARIAH BINTI ABDUL JALIL)PengarahBahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 10: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti
Page 11: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

1

PENGENALANStruktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat Pendidikan Asas VokasionalMatlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersediamelanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Pendidikan Asas Vokasional

Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini

bersesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan.

PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik

pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada

pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran

pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan,

murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta

menjana budaya niaga.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi

Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi

yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.

Kurikulum Modular Berasaskan Standard

Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria

Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan.

Page 12: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

2

Kriteria Pencapaian

Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap

Standard Pembelajaran.

PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 30 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 1050 waktu setahun.

Guru berlatar belakang opsyen Kejuruteraan Awam/ Membuat Perabot paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah

menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya

pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Penggunaan Teknologi Dalam P&P

Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/ peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih

belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif

dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/ bengkel/ makmal/ ladang/ lapangan. Guru perlu mengolah P&P

supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

Page 13: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

3

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

PEMBUATAN PERABOT

Page 14: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti
Page 15: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

4

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)

Matlamat ModulMatlamat Modul Pembuatan Perabot adalah untuk melahirkan murid yang berpengetahuan dalam bidang penghasilan perabot. Murid juga

berkemahiran menggunakan alatan tangan dan mesin. Selain itu, murid akan berkebolehan melaksanakan proses penghasilan perabot dan

melaksanakan kerja kemasan perabot, pembungkusan serta penyimpanan produk siap. Murid diharapkan dapat mengamalkan peraturan

keselamatan bengkel dan etika kerja yang baik serta boleh meneruskan pembelajaran dalam bidang ini ke peringkat yang lebih tinggi untuk

melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi pada masa akan datang.

Objektif ModulDi akhir modul ini, murid akan dapat;1. Membuat kemasiapan perabot

2. Menghasilkan perabot pasang siap

3. Melaminat panel perabot

4. Melakukan kerja dengan menggunakan mesin dengan kaedah yang betul dan selamat berpandukan StandardOperational Procedure (SOP).

5. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang betul.

Fokus ModulKurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Kejuruteraan Awam/Pembuatan Perabot memberi penekanan kepada asaspengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal denganmenerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkankesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

Pendekatan modular berasaskan kompetensi

Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti

Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk

Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah

Page 16: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

5

Organisasi Standard KurikulumStandard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3.

Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajarantertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan inimerupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai denganStandard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks,sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluanpembelajaran.

Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengankebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjanapemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai StandardKandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti daninovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara berpendapatantinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

Page 17: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

6

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1.0 MEMBUAT

KEMASIAPAN

PERABOT

1.1 Mengenal pasti keperluan kerja. 1.1.1 Mentafsir lukisan projek.

1.1.2 Mengenal pasti spesifikasi produk dan komponen.

1.1.3 Mengenal pasti tugasan berdasarkan spesifikasi

produk.

1.2 Memilih jenis kemasan. 1.2.1 Mengenal pasti produk untuk kerja kemasan

berdasarkan spesifikasi produk.

1.2.2 Memilih jenis kemasan yang sesuai berdasarkan

spesifikasi produk.

1.2.3 Mengamalkan kaedah penyimpanan dan pengambilan

produk menggunakan sistem inventori.

1.2.4 Mengendalikan produk berdasarkan Standard

Operational Procedure (SOP).

1.3 Menyediakan proses kemasan. 1.3.1 Mengenal pasti jenis bahan dan kaedah kemasiapan

berdasarkan spesifikasi produk.

1.3.2 Menentukan nisbah campuran bahan kemasan.

1.3.3 Memilih dan mengenal pasti jenis bahan dan alatan

yang digunakan berdasarkan spesifikasi produk.

1.3.4 Mengenal pasti kaedah kemasiapan berdasarkan

spesifikasi produk.

1.3.5 Menentukan dan mengaplikasi proses penyediaan

permukaan.

1.3.6 Memilih bahan dan peralatan untuk penyediaan

permukaan produk berdasarkan spesifikasi.

1.3.7 Memeriksa permukaan kemasan untuk kerja

kemasan.

Page 18: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

7

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1.4 Melaksanakan kerja kemasan 1.4.1 Memilih dan melakukan kerja kemasiapan

menggunakan teknik menyapu, menggosok dan

menyembur pada permukaan berdasarkan

spesifikasi produk.

1.4.2 Melaksanakan kerja kemasiapan dengan kaedah

yang betul berdasarkan Standard Operational

Procedure (SOP).

1.4.3 Menentukan kaedah pengeringan dengan

menyusun, menggantung dan pemanasan ketuhar

(oven) dengan kaedah yang betul berdasarkan

Standard Operational Procedure (SOP).

1.4.4 Memindahkan produk yang dikemasiap ke ruang

pengeringan yang direka bentuk.

1.5 Mengesahkan keadaan produkyang dikemasiap.

1.5.1 Memeriksa kecacatan produk kemasiapan mengikut

garis panduan.

1.5.2 Membandingkan produk kemasiapan dengan lukisan

produk dan pencontoh.

1.5.3 Mendapatkan pengesahan QC berdasarkan standard

operational procedure (SOP).

1.5.4 Menyimpan produk kemasiapan dengan betul di

ruang yang dikhaskan mengikut prosedur.

1.6 Menyediakan laporan aktivitikemasan

1.6.1 Menyediakan laporan berdasarkan rekod arahan

kerja, senarai semak dan kawalan mutu mengikut

format.

1.6.2 Menghasilkan laporan yang lengkap mengikut format

yang betul merangkumi semua kerja yang

dilaksanakan dalam membuat kemasiapan.

Page 19: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

8

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.0 MENGHASILKAN

PERABOT PASANG

SIAP

2.1 Mengenal pasti keperluan kerja. 2.1.1 Mentafsir arahan kerja.

2.1.2 Mentafsir manual pemasangan berdasarkan lukisan

kerja.

2.1.3 Mengesahkan lukisan produk dan pencontoh

berdasarkan spesifikasi produk.

2.2 Mengenalpasti pra pemasangan

komponen perabot.

2.2.1 Memilih komponen pra pemasangan dan perabot

pasang siap mengikut senarai komponen.

2.2.2 Mendapatkan komponen pra pemasangan dan

perabot pasang siap berdasarkan prosedur penstoran

atau sistem inventori.

2.3 Menghasilkan jig pemasangan

dan fixture.

2.3.1 Menentukan jig pemasangan dan fixture berdasarkan

spesifikasi produk.

2.3.2 Menyediakan jig pemasangan dan fixture

berdasarkan spesifikasi produk.

2.4 Menghasilkan perabot pasang

siap.

2.4.1 Mengenal pasti jenis bahan pemasangan perabot

pasang siap.

2.4.2 Mengenal pasti keperluan jenis bahan pemasangan

mengikut spesifikasi produk.

2.4.3 Menentukan jenis-jenis mesin dan peralatan

pemasangan berdasarkan spesifikasi produk.

2.4.4 Melaraskan mesin pemasangan mengikut ukuran

berdasarkanStandard Operational Procedure (SOP).

2.4.5 Menggunakan mesin dengan kaedah yang betul

berdasarkan Standard Operational Procedure (SOP).

2.4.6 Memasang perabot pasang siap mengikut spesifikasi

dan contoh berdasarkan lukisan produk

berdasarkan Standard Operational Procedure (SOP).

Page 20: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

9

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.4.7 Menguruskan tempat kerja dengan baik dan kondusif

berdasarkan amalan 5s.

2.5 Mengesahkan keadaan produksiap.

2.5.1 Memeriksa kualiti, kecacatan dan keseragaman

perabot pasang siap mengikut garis panduan.

2.5.2 Membandingkan perabot pasang siap dengan lukisan

produk dan pencontoh.

2.5.3 Mendapatkan pengesahan QC berdasarkan Standard

Operational Procedure (SOP)

2.5.4 Menyimpan produk perabot pasang siap dengan

betul di ruang yang dikhaskan mengikut prosedur.

2.6 Melakukan kerja pembungkusan

dan penyimpanan produk siap.

2.6.1 Memilih bahan yang sesuai untuk pembungkusan

berdasarkan spesifikasi produk.

2.6.2 Mengenal pasti kaedah pembungkusan produk siap

dan membungkus menggunakan bahan

pembungkusan yang sesuai berdasarkan spesifikasi

produk.

2.6.3 Melabelkan pembungkus dengan maklumat yang

berkaitan dengan perabot.

2.6.4 Mengkelas dan menyimpan mengikut jenis dan

kaedah sesuai dan sistematik.

2.7 Menyedia laporan aktiviti

penghasilan perabot pasang

siap.

2.7.1 Mengesahkan aktiviti penghasilan perabot pasang

siap berdasarkan arahan kerja atau spesifikasi

produk dan arahan pemasangan.

2.7.1 Melengkapkan format merekod (arahan kerja, senarai

semak, borang QC, label palet) berdasarkan

Standard Operating Procedure (SOP).

Page 21: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

10

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3.0 MELAMINAT PANEL

PERABOT

3.1 Mengenal pasti keperluan kerja. 3.1.1 Menentukan arahan kerja berdasarkan spesifikasi

produk.

3.1.2 Mengesahkan lukisan produk dan pencontoh

berdasarkan spesifikasi produk.

3.2 Mengenal pasti jenis bahan

panel.

3.2.1 Mentafsir senarai bahan berdasarkan arahan kerja.

3.2.2 Merujuk contoh bahan berdasarkan senarai bahan

(bill of material).

3.2.3 Mendapatkan bahan berdasarkan senarai bahan.

3.2.4 Menentukan jenis bahan berdasarkan spesifikasi

produk.

3.2.5 Mengendali bahan berdasar arahan kerja.

3.2.6 Memeriksa spesifikasi dan keadaan bahan

berdasarkan arahan kerja.

3.3 Melakukan kerja melaminatmenggunakan mesin penekan

(hot and cold).

3.3.1 Menentukan kerja melaminat berdasarkan kepada

spesifikasi panel.

3.3.2 Memilih perekat (glu) yang sesuai mengikut

spesifikasi bahan.

3.3.3 Mengenal pasti jenis dan keadaan mesin penekan

berpandukan Standard Operation Procedure (SOP).

3.3.4 Melaraskan mesin mengikut keperluan kerja yang

hendak dilakukan.

3.3.5 Mengesahkan kesediaan bahan mengikut spesifikasi

produk.

3.3.6 Melaraskan kedudukan bahan pada mesin dengan

betul mengikut arahan kerja.

3.3.7 Menggunakan mesin penekan dengan betul dan

selamat berpandukan Standard Operation Procedure.

Page 22: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

11

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3.3.8 Menguruskan tempat kerja dengan baik berdasarkan

amalan 5S.

3.4 Melakukan kerja melaminatmenggunakan mesin pengapit.

3.4.1 Memilih dan menentukan jenis bahan yang sesuai

untuk kerja melaminat.

3.4.2 Melakukan kerja melaminat berasaskan kepadaspesifikasi panel.

3.4.3 Memilih jenis perekat (glu) yang sesuai mengikutjenis bahan.

3.4.4 Mengenal pasti jenis dan keadaan mesin pengapitberpandukan manual mesin.

3.4.5 Melaraskan mengikut keperluan kerja yang hendakdilakukan.

3.4.6 Menganalisa jenis bahan mengikut spesifikasi produk.3.4.7 Menyediakan bahan untuk kerja melaminat dengan

betul.3.4.8 Menggunakan mesin pengapit dengan betul dan

selamat berpandukan Standard Operation Procedure(SOP).

3.5 Melakukan kerja melaminatmenggunakan mesin vakum.

3.5.1 Memilih dan menentukan jenis bahan yang sesuai

untuk kerja melaminat.

3.5.2 Melakukan kerja melaminat berasaskan kepadaspesifikasi panel.

3.5.3 Memilih jenis perekat (glu) yang sesuai mengikutjenis bahan.

3.5.4 Mengenal pasti jenis dan keadaan mesin vakumberpandukan manual mesin.

3.5.5 Melaraskan mengikut keperluan kerja yang hendakdilakukan.

3.5.6 Menganalisa jenis bahan mengikut spesifikasi produk.3.5.7 Menyediakan bahan untuk kerja melaminat dengan

betul.

Page 23: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

12

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3.5.8 Menggunakan mesin vakum dengan betul danselamat berpandukan Standard Operation Procedure(SOP).

3.6 Melakukan kerja melaminat

menggunakan mesin membrane

3.6.1 Memilih dan menentukan jenis bahan yang sesuai

untuk kerja melaminat.

3.6.2 Melakukan kerja melaminat berasaskan kepada

spesifikasi panel.

3.6.3 Memilih jenis perekat (glue) yang sesuai mengikut

jenis bahan.

3.6.4 Mengenal pasti jenis dan keadaan mesin membrane

berpandukan manual mesin.

3.6.5 Melaraskan mengikut keperluan kerja yang hendak

dilakukan.

3.6.6 Menganalisa jenis bahan mengikut spesifikasi produk.

3.6.7 Menyediakan bahan untuk kerja melaminat dengan

betul.

3.6.8 Menggunakan mesin membrane dengan betul dan

selamat berpandukan Standard Operation Procedure

(SOP).

3.7 Melakukan kerja menggunakan

mesin forming (post and soft)

3.7.1 Memilih dan menentukan jenis bahan yang sesuai

untuk kerja melaminat.

3.7.2 Melakukan kerja melaminat berasaskan kepada

spesifikasi panel.

3.7.3 Memilih jenis perekat (glue) yang sesuai mengikut

jenis bahan.

3.7.4 Mengenal pasti jenis dan keadaan mesin forming

(post and soft) berpandukan manual mesin.

Page 24: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

13

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3.7.5 Melaraskan mengikut keperluan kerja yang hendak

dilakukan.

3.7.6 Menganalisa jenis bahan mengikut spesifikasi produk.

3.7.7 Menyediakan bahan untuk kerja melaminat dengan

betul.

3.7.8 Menggunakan mesin forming (post and soft)

dengan betul dan selamat berpandukan Standard

Operational Procedure (SOP).

3.8 Mengesahkan keadaan panel

berlaminat.

3.8.1 Memeriksa lecacatan dan kuantiti panel laminat

berdasarkan spesifikasi produk.

3.8.2 Mendapatkan pengesahan QC berdasarkan Standard

Operational Procedure (SOP).

3.8.3 Menyimpan panel laminat diruang yang dikhaskan

berdasarkan prosedur penyimpanan.

3.9 Menyediakan laporan melaminat

panel perabot

3.9.1 Menyediakan rekod arahan kerja, senarai semak,

kawalan mutu laporan mengikut format.

3.9.2 Menghasilkan laporan yang lengkap mengikut format

yang betul merangkumi semua kerja yang

dilaksanakan dalam melaminat panel perabot.

4.0 MENGAPLIKASIKEMAHIRAN TERAS

4.1 Menguruskan pelbagai aktiviti

kerja

4.1.1 Membuat perancangan aktiviti kerja individu.

4.1.2 Menetapkan dan menyemak semula objektif dan

matlamat individu berdasarkan keperluan kerja.

4.1.3 Menyusun dan memastikan ruang kerja individu

luaran sentiasa baik.

4.1.4 Menggunakan strategi penyelesaian masalah

berdasarkan keperluan kerja

Page 25: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

14

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

4.2 Mengurus Maklumat. 4.2.1 Menyediakan maklumat secara bergambar serta

grafik berdasarkan keperluan kerja.

4.2.2 Menggunakan ‘word processor’ untuk memproses

maklumat.

4.2.3 Membuat analisa maklumat berdasarkan keperluan

kerja.

4.2.4 Menulis memo dan surat berdasarkan keperluan

kerja.

4.3 Bekerjasama dengan rakan

sekerja (kerja kumpulan).

4.3.1 Membentuk kerjasama yang berterusan dalam kerja

berkumpulan.

4.3.2 Menunjukkan sikap inisiatif dan fleksibiliti dalam

kalangan rakan sekerja.

Page 26: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti
Page 27: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti
Page 28: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF fileIntegrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri ... Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti

15

Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA