34
BAHAGIAN A Generic Qualitative Approaches : Pitfalls and benefits of Methodological Mixology by Renate M. Kahlke. Soalan 1: Pendekatan Kualitatif Generik merupakan satu kaedah yang dikenali sebagai kualitatif asas dalam menyelidik dan mengkaji tentang interpretasi manusia yang menggabungkan lebih dari satu metodologi bagi menghasilkan satu metodologi yang baru dan tunggal. Dengan kata lain Pendekatan Kualitatif Generik ini merupakan satu kaedah inkuiri yang terdiri dari pelbagai disiplin ilmu dan akademik yang mampu berdiri sebagai satu asas kajian yang boleh berdiri sendiri. Dalam artikel ini, penulis telah mengambil pendapat beberapa ahli akademik sebagai rujukan kepada pendekatan kualitatif generik. Penggabungan empat unsur iaitu epistemologi, kerangka teori dan falsafah, kaedah dan strategi penyelidikan dan kaedah atau teknik yang digunakan digabungkan bagi menghasilkan satu metodologi yang baru yang akan dapat menyediakan satu penyelidikan yang baik dan terancang. Walau bagaimanapun, kaedah ini perlulah dirancang dengan baik, saling berhubungkait dan bersesuaian antara keempat-empat unsur yang dinyatakan di atas kerana ianya akan mengundang pandangan negatif yang tidak akan dapat menjawab kepada persoalan- persoalan kajian seterusnya mengukuhkan data dan maklumat yang diperolehi.

Pendekatan Kualitatif Generik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pendekatan Kualitatif Generik

Citation preview

BAHAGIAN A

Generic Qualitative Approaches : Pitfalls and benefits of Methodological Mixology by Renate M. Kahlke.

Soalan 1:Pendekatan Kualitatif Generik merupakan satu kaedah yang dikenali sebagai kualitatif asas dalam menyelidik dan mengkaji tentang interpretasi manusia yang menggabungkan lebih dari satu metodologi bagi menghasilkan satu metodologi yang baru dan tunggal. Dengan kata lain Pendekatan Kualitatif Generik ini merupakan satu kaedah inkuiri yang terdiri dari pelbagai disiplin ilmu dan akademik yang mampu berdiri sebagai satu asas kajian yang boleh berdiri sendiri. Dalam artikel ini, penulis telah mengambil pendapat beberapa ahli akademik sebagai rujukan kepada pendekatan kualitatif generik. Penggabungan empat unsur iaitu epistemologi, kerangka teori dan falsafah, kaedah dan strategi penyelidikan dan kaedah atau teknik yang digunakan digabungkan bagi menghasilkan satu metodologi yang baru yang akan dapat menyediakan satu penyelidikan yang baik dan terancang. Walau bagaimanapun, kaedah ini perlulah dirancang dengan baik, saling berhubungkait dan bersesuaian antara keempat-empat unsur yang dinyatakan di atas kerana ianya akan mengundang pandangan negatif yang tidak akan dapat menjawab kepada persoalan-persoalan kajian seterusnya mengukuhkan data dan maklumat yang diperolehi.

Soalan 2:Perbezaan antara gambaran kualitatif dengan tafsiran kualitatif adalah gambaran kualitatif merujuk kepada satu aktiviti kaji selidik yang ditakrifkan sebagai penyelidikan yang dirancang untuk menghasilkan gambaran kesimpulan yang asas dari sesuatu fenomena yang berlaku iaitu dengan meminimumkan kesimpulan yang dibuat agar data yang diperolehi tidak jauh dari data asal, Ini membawa maksud pengkaji yang menjalankan kajian penyelidikan akan mencari kesahihan data melalui penilaian tepat berdasarkan pemerhatian yang dipersetujui dan disepakati bersama oleh pengkaji dan responden. Manakala tafsiran kualitatif pula merujuk kepada pengumpulan data melalui pengalaman dan bukti dari amalan rutin seharian yang kemudianya diterjemahkan dengan mudah dalam bentuk perspektif dan pandangan pengkaji. Dengan kata lain, tafsiran kualitatif bertujuan untuk memberikan makna kepada analisis, menjelaskan pola atau kategori serta mencari hubungan antara berbagai konsep. Dalam hal ini, hasil penelitian masih perlu dinilai dan diuji kerana pengkaji menggunakan gambaran tafsiran dari perspektif yang luas bagi mencari kebenaran atau pemahaman terhadap sesuatu fenomena yang berlaku dan kemudian akan ditafsirkan menjadi satu hipotesis atau teori bagi memahami data.

Soalan 3 :Dalam melaksanakan pendekatan kualitatif ini, sememang banyak menerima kritikan dari para pengkaji. Ini adalah kerana sifat kualitiatif itu sendiri yang bersifat subjektif dan keasliannya yang terdapat pada data kualitatit itu sendiri yang mengundang kepada sejauh mana keesahan dan kebolehgunaan data kualititif tersebut. Dalam hal ini terdapat 3 kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam penggunaan pendekatan kualitatif ini seperti yang diutarakan oleh Renate M. Kahlke. Antara yang sering dikritik ialah teori yang digunakan dalam pendekatan kualitaitf ini adalah tidak sah iaitu keengganan penerimaan pakai kaedah yang digunakan dalam penyelidikan yang dilihat hanya cenderung pada epistemologi dan teori yang telah ditetapkan oleh pengkaji, Kebenarannya sering dipertikaikan disebabkan aspek-aspek dari rangka kerja penyelidikan yag seringkali tidak dinyatakan dan kurang diberi perhatian. Situasi ini dikukuhkan lagi dengan pendapat Atkinson dan Delamont yang menyatakan bahawa penyelidikan kualititif tidak dapat menjelaskan dengan lebih jelas dan tepat asas epistemologi dalam kajian tersebut. Dalam menangani isu ini, Renate M. Kahlke membidas bahawa dalam penyelidikan kualitatif, konsep reduktif dan generik penyelidikan telah mencerminkan keadaan yang lebih luas. Ketidaktepatan epistemologi yang berlaku itu adalah disebabkan apabila pengkaji tidak memahami dengan lebih mendalam tentang paradigma kerangka kerja kajian mereka seperti epistemologi, aksiologi, serta medotologi.

Seterusnya, isu kedua yang menjadi kelemahan kepada pendekatan kualitatif ini adalah bidang metodologi ini sukar untuk dilaksanakan atau dijalankan kerana ianya memerlukan pengetahuan yang luas dan sesuai atau bertepatan dengan bidang kesusasteraan metodologi. Ironinya, kenyataan ini seringkali digunakan sebagai alasan atau sebab yang kukuh atau rasional oleh para pelajar atau pengkaji baru untuk memilih kaedah generik. Walau bagaimanapun, dakwaan ini tidak membawa gambaran atau kenyataan yang jelas atau tepat bahawa kerumitan bidang metodologi itu menyebabkan para pengkaji memilih atau menggunakan kaedah generik. Pembelajaran generik memerlukan pengkaji untuk mengetahui bidang metodologi yang adakalanya lebih dari satu dengan cara itu barulah mereka dapat memanfaatkannya dengan baik dan bukan sekadar mengaplikasikan bidang metodologi dalam bentuk konteks (hubungan) bahkan memanipulasi dan mengadunkan metodologi, dan juga untuk mendapatkan alasan yang kukuh terhadap pilihan yang dibuat apabila berlakunya ketiadaan hujah untuk diperbandingkan. Sebagai hasilnya, seseorang pengkaji yang menggunakan pendekatan kualitatif generic akan merasa tercabar untuk membaca dan berfikir dengan lebih meluas berkaitan bidang yang dikaji. Tambahan pula, proses ini berfikir melalui terutama dengan panduan daripada penyelia atau mentor, amatlah berharga kepada mana-mana pengkaji yang menjalankan kajian malahan ianya membawa kepada hasil pengetahuan dan kerja metodologi yang hebat. Pada tahap mempelajari ilmu pengetahuan dan teori, kebergantungan tehadap kaedah disiplin ilmu metodologi dan andaian, sebenarnya boleh menghalang proses berfikir melalui bagi seseorang pengkaji untuk membuat andaian dan pilihan. Namun, para penyokong pendekatan kualitatif metodologi telah bersetuju bahawa memilih kajian atau penyelidikan termasuklah metodologi dan kaedah, seharusnya perlu dimaklumkan melalui soalan kajian dan bukan dengan cara yang lain atau tidak sepatutnya. Isu yang ketiga adalah mengenai kesulitan yang bakal dihadapi oleh penyelidik yang membuat persediaan dan persembahan hasil kerana penyelidik dikatakan tidak mempunyai dasar kepercayaan bagi membuat pengesahan. Ini adalah kerana kemungkinan besar pengakaji akan mengemukakan pandangan atau pendapat yang akan berat sebelah yang boleh menjejaskan dan memberi kesan pada kajian. Walau bagaimanapun, penulis membahaskan isu ini kerana pendekatan generik mempunyai kelebihan yang tersendiri yang dapat menghasilkan atau membina satu rangka kerja penyelidikan generik yang baru yang merangkumi aspek epistemology, teori, metodologi dan kaedah. Yang mana penyelidik akan memilih kaedah yang akan bekerja bersama-sama yang akan menjawab persoalan kajian.

Soalan 4 :

Dalam artikel ini terdapat beberapa kelebihan pendekatan kualitatif generik yang diutarakan. Antaranya ialah kewujudan bidang metodologi tidaklah terbatas manfaatnya. Mereka menawarkan faedah yang sangat baik dan sesuai kepada kebanyakan bidang pembelajaran khususnya kepada pelajar generik khusus yang menawarkan kesusasteraan kukuh beserta perbahasan penting metodologi yang membawa kepada penghasilan pelbagai alat untuk kita gunakan atau menafaatkan di dalam kerja kita sendiri. Walau bagaimanapun akan terdapat sedikit/sebilangan kekangan yang disebabkan oleh kebergantungan untuk membentuk metodologi di dalam kajian atau penyelidikan kualitatif. Para penyelidik yang ingin mengubahsuai kaedah metodologi sedia ada atau ingin menghasilkan kaedah baru amat memerlukan satu sesi perbahasan yang boleh mencabar peraturan metodologi; Perbahasan ini akan dapat membantu utk mengekalkan berada pada landasan yang betul ketika berada pada tahap kritikala atau jalan buntu dan keperluan untuk mempertahankan hujah, pendapat atau pilihan yang dibuat walaupun dalam mengukuhkan kaedah kualitatif. Kelebihan pendekatan kualitaitif generik seperti yang diutarakan oleh Lim dalam artikel ini adalah pendekatan kualitatif generik ini menekankan keperluan untuk membina metodologi baru bagi memasukkan bidang baru untuk menyokong penyelidikan dengan menggunakan teori praktikal yang baru. Selain itu, menurut Lim juga bahawa walaupun penyelidik bekerja di kawasan lapangan kajian yang baik mungkin mendapat merit dalam generik kualitatif" dicadangkan agar apabila banyak persoalan yang ditimbulkan dikawasan yang dikaji berkemunkinan akan memberikan satu sudut pandangan atau perspektif yang baru, atau dengan bertanyakan soalan melalui kaedah atau cara yang baru. Melalui pandangan yang diutarakan oleh Lim ini menunjukkan ke arah keperluan yang lebih terbuka dalam pendekatan kualitatif generik dan ini akan diambilkira dengan lebih mndalam lagi seterusnya dalam mengartikulasikan pendekatan baru.Seterusnya, kelebihan kualitatif generik ini akan dapat menerangkan keadaan sebenar menerusi kajian yang bersifat induktif, humanistik dan holistik serta mementingkan pandangan peserta ataupun responden kajian dan dengan pendekatan ini membolehkan pengkaji menemui pembolehubah bermakna, menghasilkan pelbagai kesimpulan kajian kerana pendekatan ini tidak berasaskan teori, generalisasi dan hipotesis. Dengan perkataan lain, pendekatan ini akan dapat memberi ruang kepada pengkaji untuk mendekati dan memahami situasi kajian seterusnya menggunakan pelbagai perspektif sebelum mencipta sesuatu pemahaman tentang fenomena yang belaku. Maka dengan itu, akan membolehkan pendekatan metadologi baru dirancang untuk menyokong bidang baru penyelidikan, perspektif teori baru, soalan baru atau pendekatan baru kepada masalah penyelidikan lama.Selain daripada itu, kelebihan pendekatan ini juga dapat dilihat dari segi penginterprestasian manusia yang mana penyelidikan kualitatif lebih berfokuskan penelitian fenomena daripada pelbagai perspektif dan pembinaan makna adalah dari perspektif subjek. Justeru, penyelidik kualitatif lebih menerima perspektif interpretivisme yang berkembang apabila wujud kelompok yang tidak berpuas hati dengan pandangan perspektif pasca-positivisme. Sarjana teori interpretif berpendapat bahawa pasca-positivisme terlalu bersifat mekanikal terutama di dalam menjelaskan hubungan interaksi manusia. Mereka berpendapat bahawa manusia sepatutnya lebih memahami dunia dengan memberi ruang interaksi secara lebih terbuka di antara sesama manusia malah turut menekankan bagaimana manusia sepatutnya bertingkah laku di dalam dunia sosial. Hakikatnya, terdapat sesetengah persoalan kajian yang tidak mudah dijawab melalui penyelidikan kuantitatif yang memerlukan penjelasan kualitatif dalam menginterpretasi fenomena manusia.Dan akhir sekali kelebihan pendekatan ini adalah pengkaji merupakan alat kajian yang boleh melakukan pertimbangan peribadi dan budi bicara sepanjang proses pengumpulan data iaitu dengan membina rumusan kajian yang bermakna. Dengan ini, penyelidikan pada masa hadapan akan lebih menjurus kepada hasil kerja kumpulan. Oleh yang demikian, hasil kajian akan lebih bermanfaat dalam menentukan keputusan setiap tindakan Ini adalah kerana penyelidikan kualitatif tidak semestinya menyediakan jawapan yang cepat dan mudah kepada isu-isu kompleks yang dihadapi tetapi para penyelidik akan dapat menawarkan alternatif-alternatif yang mungkin berjaya menyelesaikan masalah.Sebagai kesimpulannya, pendekatan kualitatif dapat membongkar dan memberi pemahaman terhadap apa yang berlaku di sebalik sebarang fenomena yang kurang diketahui. Pendekatan kualitatif juga dapat menghuraikan dan menjelaskan data secara terperinci dan mendalam. Maka dengan demikian, seorang pengkaji akan dapat menumpukan kepada pengutipan data maklumat yang banyak. Oleh itu, kelebihan pemilihan kualitatif sebagai metode yang sangat efektif dalam membincangkan faktor-faktor yang bukan bersandarkan numerikal.

BAHAGIAN B :

Tajuk Kajian Kes :Mengkaji Interaksi Antara Pelajar Berbilang Etnik Bagi Pelajar Tahun 1 Semasa Waktu Rehat Sekolah.

Pengenalan :Kita sedia maklum bahawa pelajar di dalam sebuah bilik darjah adalah terdiri daripada pelbagai ras atau etnik, yang mana pelajar-pelajar ini membawa budaya mereka tersendiri dan berbeza daripada budaya makro (budaya dominan) yang menjadi budaya formal sekolah. Dalam hal ini, pelajar berbeza dari segi cara mereka berkomunikasi (verbal dan bukan verbal), nilai-nilai sosial dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan dan pandangan (world view) mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka.Guru juga dilihat membawa budaya mereka tersendiri ke dalam bilik darjah. Jika perbezaan timbul di kalangan pelajar dan antara pelajar dengan guru dari segi cara mereka berkomunikasi, pandangan, nilai, dan sebagainya maka akan timbul masalah dalam interaksi antara mereka. Jika guru tidak peka kepada kelainan ini, maka akan timbullah salah faham, prejudis dan stereotaip di antara guru dengan pelajar.Terdapat kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai stereotaip yang tertentu (selalunya negatif) terhadap etnik yang lain dan lebih positif kepada guru yang sama etnik dengan mereka. Satu masalah yang timbul dalam bilik darjah berbilang etnik dan budaya di mana pelajar dan guru tidak saling memahami antara satu sama lain yang menyebabkan ada golongan pelajar yang akan berasa terpinggir dan kurang dapat melibatkan diri dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjahnya.Justeru, dalam hal ini seandainya wujud berbilang budaya di dalam kelas, maka beberapa strategi boleh digunakan oleh guru untuk memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras tau etnik dan budaya mereka. Sebagai kesimpulannya, kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam membantu memahami gaya pembelajaran setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan.

Tujuan Penyelidikan:1) Memerhati interaksi antara pelajar berbilang etnik (Sungai, Melayu, Bugis, Jawa dan Dusun)2) Menilai hubungan antara perwatakan etnik dan budaya etnik pelajar yang terbabit mempengaruhi persefahaman dan sikap kerjasama antara pelajar yang berbilang etnik.

Persoalan Kajian :1) Adakah perbezaan etnik di kalangan pelajar mempengaruhi interaksi dengan rakan sekelas?2) Adakah perbezaan budaya di kalangan pelajar mempengaruhi kerjasama dengan rakan sekelas?3) Adakah perbezaan bahasa di kalangan pelajar akan mempengaruhi persefahaman dengan rakan sekelas.

Sasaran : Sejumlah 25 orang pelajar Tahun 1 yang terdiri daripada 13 lelaki dan 12 perempuan. Murid-murid ini kurang berkomunikasi antara satu sama lain jika dibandingkan dengan kelas-kelas tahun 1 yang lain. Situasi ini sangat berbeza dengan situasi pelajar tahun 1 jika dibandingkan dengan pelajar tahun 1 di tahun yang lepas. Ini adalah kerana kelas ini merupakan kelas hadapan atau pun kelas pandai yang mana kelas tahun 1 sebelum ini yang berada di kelas hadapan sangat aktif, ramah, kuat berbual-bual dengan rakan sekelas serta petah berbicara. Oleh itu saya menjalankan kajian kes ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut adakah perbezaan etnik di kalangan pelajar ini merupakan salah satu punca kurangnya interaksi dan kerjasama antara para pelajar.

Kaedah Penyelidikan Yang Digunakan :Kajian ini akan dilaksanakan menggunakan kaedah pemerhatian iaitu mengikut proses dan prosedur dalam kajian tindakan. Kaedah pemerhatian digunakan untuk merekod tingkah laku dan interaksi responden iaitu pelajar Tahun 1 dalam kajian ini. Jenis pemerhatian yang digunakan adalah pemerhatian tidak turut serta iaitu pengkaji hanya bertindak sebagai pemerhati terhadap situasi yang diperhatikan. Manakala cara untuk mendapat data melalui kaedah pemerhatian ini adalah menggunakan pemerhatian tidak berstruktur iaitu menggunakan nota lapangan yang mencatat tingkah laku, perbualan, keadaan tempat, interaksi antara pelajar, serta perkara-perkara yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.Semasa menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu.. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya dalam kajian ini kerana penyelidik ingin mengkaji perkembangan tingkah laku dan interaksi antara pelajar dalam sesuatu unit social khsususnya di kalangan pelajar yang berbilang etnik ini, iaitu dengan mengkaji perkembangan tingkah laku pelajar, cara berkomunikasi, cara bermain, serta tingkah laku agresif yang mungkin berlaku.

Langkah-Langkah Sebelum dan Semasa Menjalankan Pemerhatian :Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai. Maka dengan itu, berikut merupakan asas atau prinsip sebelum dan semasa menjalankan pemerhatian:1) Menyedari keadaan sekeliling iaitu dapat membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif. Dalam hal ini penyelidik akan dapat membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens serta tidak terpengaruh dengan frasa soalan yang menghadkan pemerhati memerhati tingkahlaku yang maujud dan juga zahir.

2) Sentiasa bersedia untuk membuat pemerhatian dengan membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan, membuat pelan sampel serta menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul.

3) Memerhati dan merekod bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku tersebut. Prosedur pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal

4) Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil pemerhatian dengan jelas dan berguna sebagai satu "feedback" kepada setiap pelajar dan kumpulan dan bantu pelajar dalam menganalisa data pemerhatian dan membuat refleksi tentang bagaimana tingkah laku yang diperatikan boleh diubah bagi membantu kemahiran komunikasi di kalangan pelajar yang akan memberi impak kepada sesi pembelajaran pelajar di dalam kelas seterusnya membantu pelajar mencapai tahap yang lebih efesien.

Refleksi dan PenilaianBerdasarkan dapatan yang diperolehi daripada nota lapangan yang direkodkan, penyelidik akan membuat perbandingan dan analisis tingkah laku, sikap dan reaksi para pelajar berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan tindakan susulan yang bakal dilaksanakan. Faktor-faktor lain seperti faktor persekitaran dan pandangan dari guru mata pelajaran yang lain juga akan diambil kira bagi mengukuhkan dapatan data yang diperolehi.

BAHAGIAN C :

Tajuk / Aktiviti:Suasana di Bilik Guru Selepas PeperiksaanObjektif Kajian:Mengkaji sikap guru-guru selepas pepeiksaan dijalankanTempat Pemerhatian : Bilik Guru Masa Pemerhatian:Jam 8.00 8. 45 pagi

MasaObjekAktivitiCatatan

8.00 pagiO1, O2, O3, O4, O5

O6. O7, O8, O9Menuju ke kelas Tahap 1

Memeriksa kertas jawapan pelajar-Masuk kelas mengajar sambil mengambil kedatangan kelas masing-masing

- O6 menanda kertas jawapan BI tahun 6 dan berjalan ke meja O8 untuk mendapatkan pandanagn jawapan pelajar yang mengelirukan.- O7 dan O9 turut sama join dalam perbincangan berkenaan walaupun sebenarnya mereka berdua adalah guru BI tahap 1 sahaja.

8. 10 pagiO10, O12, Masuk bilik guruBaru habis mengajar masa pertama

8.12 pagiO1, O4Masuk bilik guruDari kelas selepas selesai mengambil kedatangan murid

8. 16 pagiO4, O7, O8, O9Keluar dari bilik guru -O4 mempelawa O7 pergi ke kantin.

8. 20 pagiO10, O12,

O11, O13Sedang tekun memeriksa jawapan kertas peperiksaan Bahasa Melayu I

Masuk ke bilik guru menuju ke meja beberapa orang guruMarkah perlu disiapkan untuk di key-in dalam SAPS.

Mencari guru yang masih belum masuk ke kelas

8.22 pagiO10, O11, O12, O13Keluar semula dari bilik guruMasuk ke kelas masing-masing

8. 23 pagiO14, O15Masuk ke bilik guruBaru habis minum dari kantin. Terus menghadap laptop dan mengisi markah dalam system SAPS tetapi berlaku sedikit masalah sambungan internet.O14 : Alamak, line sangat slow pula. Tak dapat key-in markah laO15 : Saya boleh juga key-in baru sekejap tadi. Mungkin memang line slow agaknya. Teruskan mencuba geng

8. 25 pagiO15Keluar dari bilik guruMasuk kelas mengajar

8. 30 pagiO1, O14Sedang berbual-bual & berbincangBerbincang mengenai HUPAC 2014

8. 30 pagiO16, O17, O18, O19, O20Masuk ke bilik guru-Menuju ke meja O10 dan O12 untuk mendapatkan markah BM 1 kelas Tahun 2 dan Tahun 3 O19 : Kak Yam, mana Cikgu Zarul ?O1 : Dia baru sahaja keluar tadi, pergi minum.O19 : Mana dia simpan markah BM 1 kelas saya ya?O1 : Ekitu saya tidak tahu. Bagus tunggu dululah dia datang.O20 : Saya pun mau markah kelas saya juga ni.O16 : Ehkau punya kelas itu guru BM bukan Cikgu Zarul tapi Cikgu Ilya.O20 : Oh yakah ? Tapi mana Cikgu Ilya ni pula.O17 : Mungkin dia pun keluar minum juga.

8. 32 pagiO1, O14O16, O17, O18, O19, O20Sedang berbincang Berbincang mengenai HUPAC 2014Mengenai tugas-tugas yang perlu dilaksanakan semasa HUPAC nanti.O19 merungut ;O19 : HUPAC tinggal berapa hari lagi, tapi banyak markah kelas masih belum siap di periksa oleh guru.O14 : Saya masih dalam proses menanda kertas peperiksaan lah ni tapi subjek Sains pula.O18 : Samalah juga dengan saya, saya sedang memeriksa kertas peperiksaan juga ni tapi subjek Matematik Kertas 2. Nahbukan ini senang-senang di periksa. Mana lagi kelasku pegang banyak ada 12. Baru 7 kelas yang siap diperiksa. Daripada ko marah-marah situ, bagus kau tolong aku periksa yang lain ni.O19 : Alamaksaya pun banyak kerja lain juga ni..O20 : Nah kan kau pun mengelak. Jadi lain kali jangan banyak cakap.-O19 pun keluar dari bilik guru

8. 35 pagiO1, O20Keluar dari bilik guruMenuju ke tandas guru

8. 38 pagiO1, O20Masuk semula ke bilik guru dan memeriksa kertas peperiksaan pelajar.O1 : Iffah, saya sudah siap memeriksa kertas peperiksaan Pend. Agama Islam. Saya pnya kelas Tahap 1 saja jadi tidak banyak. Mari saya tolong periksa itu kertas Matematik. Tapi Kertas 1 sahaja lah yang ada sudah jawapan. O18 : Adui terima kasih lah.. Nah ko tolong tanda ini kelas Tahun 4A, 4J sama 4I. Ini dia punya jawapan sudah.O20 : Iffah, saya pun mahu tolong juga.O18 : Ai..kau pun sudah siap ka paper kau?O20 : Ya siap sudah kertas Sains saya periksa. 1 kelas sahaja tahun 6 sekejap saja. Bukan susah juga itu. O18 : Nah syukurlah, kau tolong periksa ini Matematik Kertas 1 juga tapi kelas Tahun 3D sama 3I. Kalau begini mau siap sudah ni saya punya subjek ni. Thank you a sama kamu dua..nanti saya belanja minumO20 : Welcome ba friend..

8. 40 pagiO4, O7, O8, O9Masuk ke bilik guru dan buat kerja.Baru siap minum dari kantin dan duduk berbual sambal menyiapkan rekod prestasi pelajar.O4 : Banyak lagi rekod prestasi pelajar kelas mu yang belum siap?O9 : Tinggal sikit lagi ni dalam 5 rekod lagi. Nasi baik semua guru mata pelajaran di kelas ku sudah selesai key-in markah dalam SAPS, kalau tidak memang belum siap la ni sampai sekarangO4 : Bila tarikh menandatangan buku rekod oleh ibubapa tu?O9 : Lusa sudah tu. Lepas ni, aku mau jumpa GB la ni minta tandatangan buku rekod prestasi pelajar kelas ku.O4 : Kalu begitu, aku pun mau kasi siap cepatlah ni sebab lepas ni membuat lagi aku buku aturcara untuk HUPAC kita tu.O9 : Jom kita kasi siap cepat

8. 41 pagiO7, O8Menuju ke meja guru di mana sekumpulan guru sedang duduk berbincangMenyertai perbincangan mengenai tugas dan perkara-perkara yang masih belum selesai sebelum HUPAC 2014.

8. 42 pagiO10, O15Masuk ke bilik guruMencari guru yang belum masuk kelas

8. 43 pagiO4, O9,

O10, O15Keluar dari bilik guru Masuk ke kelas masing-masing sambal membawa buku latihan murid.

Masuk ke kelas yang tidak ada guru

8. 45 pagiO17, O21Keluar dari bilik guruMenuju ke kantin sekolah

8. 45 pagiO15,

O22, O23, Masuk ke bilik guru-Menyambung kerja menyemak kertas peperiksaan sambil berkata

Berbincang tentang penyediaan khemah sempena Perkhemahan Perdana Unit Beruniform pada hujung minggu ini.O22 : Rul, khemah sudah ada tersedia ke:O23 : Khemah ada tapi belum cukup lagi, ada 2 khemah lagi yang diperlukan.O22 : Cuba Tanya dengan Sk. Kota, kalau ada boleh pinjam dengan dorang.O23 : Ok, nanti saya suruh AJK Peralatan buat surat hari ni juga dan terus hantar ke sana.O22 : Ok..

8. 45 pagiO22, O24, O25Masuk ke bilik guruMencari guru kelas berkenaan perpindahan anak mereka ke sekolah lainO24 : Assalamualaikum cikgu, siapa guru kelas Tahun 4J? sebab saya mau kasi pindah sekolah anak saya pi bandar bah.O22 : Oh..itu Cikgu Iffah makcik, itu nah dia baju warna merah itu.O24 : Terima kasih a cikguO25 : Cikgu, saya pun mau cari guru kelas anak saya juga ni.O22 : Tahun berapa anak makcik tu? O25 menggaru-garu kepalanya mungkin dia tidak ingat anaknya tahun berapa.O22 : Siapa nama anak makcik tu?O25 : Mohd. Fazuan Bin IbrahimO22 : Ohitu anak murid saya makcik. Kenapa makcik pun mau kasi pindah dia juga?O25 : Ya cikgu, kami sekeluarga berpindah sudah pi bandar sebab saya punya suami dapat kerja baru sana.O22 : Ok makcik, tunggu sebentar a saya kasi siap dulu dokumennya. Makcik duduk dulu di situ sekejap saja ya..O25 : Terima kasih k cikgu-O22 menyiapkan dokumen perpindahan pelajarnya yang akan berpindah sekolah.

Refleksi : Objektif dan Dapatan Kajian

Tajuk Kajian : Suasana di Bilik Guru Selepas Peperiksaan

1. PengenalanDewasa ini, terdapat banyak isu yang timbul yang membabitkan bidang tugas guru yang banyak dicanangkan oleh pihak-pihak yang tidak berpuashati dan tidak senang duduk dengan tugas mulia guru. Tugas guru dikatakan tidak mencabar dan remeh sehingga menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan para pelajar adalah berpunca daripada guru. Lebih-lebih lagi apabila ada pihak mengatakan guru goyang kaki selepas sahaja peperiksaan selesai dijalankan. Kenyataan ini dikukuhkan lagi oleh segelintir ibubapa yang sering memperkatakan guru sudah tidak ada kerja lagi selepas peperiksaan dan tidak lagi masuk ke kelas mengajar anak-anak mereka. Keadaan ini menyebabkan sesetengah ibubapa tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah selepas sahaja peperiksaan selesai atas alasan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dilaksanakan.Sehubungan dengan itu, kajian ini telah dilaksanakan bagi mengkaji dan membuat pemerhatian ke atas sikap guru-guru selepas sahaja peperiksaan selesai dijalankan. Kajian ni telah dilaksanakan di sebuah bilik guru pada waktu pagi yang telah memakan masa selama 45 minit. Responden adalah terdiri daripada beberapa orang guru yang berada di bilik guru berkenaan sewaktu sesi pemerhatian dijalankan.

2. Objektif KajianMelihat kepada latar belakang kajian ini yang memfokuskan kepada bidang tugas guru yang diremehkan selepas sahaja peperiksaan selesai dijalankan, maka dengan itu kajian ini ingin melihat dan mengkaji perkara-perakar berikut iaitu :1) Mengkaji sikap dan tingkah laku guru selepas sahaja peperiksaan selesai dijalankan?2) Mengkaji apakah aktiviti-aktiviti yang biasanya guru lakukan selepas peperiksaan dijalankan?

3. Metodologi dan Persoalan KajianDalam kajian ini, fokus utama kajian adalah berkaitan dengan sikap dan gaya kepimpinan guru selepas sahaja peperiksaan dalaman sekolah selesai dijalankan. Justeru, soalan-soalan berikut merupakan antara persoalan kajian yang menjadi fokus utama kajian ini. Antara persoalan kajian adalah seperti berikut :1) Apakah yang dilakukan oleh guru-guru selepas selesai sahaja peperiksaan dijalankan?2) Apakah aktiviti guru selanjutnya bagi mengisi masa terluang selepas peperiksaan?Dalam kajian ini, penulis menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kaedah pemerhatian yang dijalankan selama 45 minit pada waktu pagi di bilik guru. Berdasarkan pemerhatian tersebut, saya telah dapat meninjau dan memerhati sikap dan tingkah laku para guru.

4.Hasil dapatan dan PerbincanganHasil dapatan yang diperolehi dalam kajian ini adalah secara keseluruhannya saya dapati bahawa tugas-tugas guru selepas sahaja peperiksaan dijalankan semakin berat dan semakin sibuk. Malah, tugas rutin harian semakin bertambah dari hari-hari biasa. Ini dapat dibuktikan melalui dapatan hasil dari pemerhatian saya. Dapatan kajian melalui pemerhatian mendapati bahawa terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh para guru di sekolah walaupun selepas peperiksaan telah selesai dijalankan. Antaranya ialah memeriksa kertas peperiksaan, memasukkan markah pelajar ke dalam sistem SAPS, membuat persiapan HUPAC 2014, membuat persiapan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform, menyiapkan Rekod Prestasi Pelajar dan masuk kelas mengajar seperti biasa. Aktiviti-aktviti tersebut dapatlah dikategorikan seperti di bawah :

4.1 Menyemak Kertas Peperiksaan

Bagi aktiviti ini, apa yang saya perhatikan kebanyakan aktiviti guru apabila berada di dalam bilik guru adalah memeriksa kertas peperiksaan. Memandangkan peperiksaan Akhir Tahun 2014 baru sahaja selesai dijalankan, maka kertas peperiksaan tersebut perlu pula di semak dan diberi markah dan kemudian markah tersebut perlu direkodkan ke dalam system online SAPS sebelum tarikh tutup dilaksanakan. Daripada apa yang saya lihat terdapat beberapa orang guru yang begitu sibuk memeriksa kertas peperiksaan.

Seramai 11 orang guru yang melakukan aktiviti memeriksa kertas peperiksaan. Daripada 11 orang guru berkenaan, 7 orang guru perempuan manakala 4 orang guru lelaki. Kemudian, dari 11 orang guru berkenaan 6 orang guru mengajar Tahap 1 iaitu terdiri dari O7, O9, O10. O12, O18 dan O1. Manakala guru-guru yang mengajar Tahap 2 terdiri dari O6, O8, O14, O15 dan O20.

Jika dilihat segi subjek yang di ajar pula, hasil pemerhatian saya mendapati bahawa terdapat 5 subjek utama yang yang terlibat dalam pemeriksaan kertas peperiksaan tersebut. Iaitu Bahasa Melayu Tahun 5, Bahasa Inggeris Tahap 1 & 2, Matematik, Sains Tahun 6, serta Pendidikan Agama Islam Tahap 1. Guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu adalah O10, O12 dan O15. Guru yang mengajar Bahasa Inggeris pula adalah O6, O7, O8 dan O9. Bagi subjek Sains di ajar oleh O14 dan O20. Seterusnya bagi subjek matematik di ajar oleh O18 dan bagi subjek Pendidikan Agama Islam adalah O1.

4.2 Memasukkan markah dalam sistem SAPS

Bagi aktiviti ini iaitu memasukkan markah ke dalam sistem SAPS, ternyata merupakan aktiviti kebanyakan guru setelah selesai memeriksa kertas soalan peperiksaan. Dalam pemerhatian saya sepanjang kajian ini, saya mendapati beberapa orang guru telah memperkatakan dan sibuk mengemaskini sistem ini bagi membolehkan segala markah dimasukkan tepat pada waktunya sebelum tarikh akhir pengisian berakhir. Sepanjang pemerhatian saya, guru-guru yang terlibat adalah O14 dan O15. Manakala guru-guru yang lain masih belum selesai menyemak kertas peperiksaan. Maka dengan sebab itu, markah belum dapat di kemaskini dalam sistem online tersebut.

4.3 Membuat Persiapan HUPAC 2014

Apa yang saya dapat perhatikan, selain sibuk menanda kertas peperiksaan kebanyakan guru-guru juga sangat sibuk membuat persiapan untuk Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Anugerah Cemerlang (HUPAC) yang bakan berlangsung pada 18 November 2014. Guru yang telah siap memeriksa kertas peperikasaan dan mengemaskini markah ke dalam sistem online akan meneruskan kerja dengan menyediakan dan membuat persiapan akhir sebelum majlis tersebut menjelang tiba. Antara responden yang terlibat sepanjang pemerhatian yang saya lakukan adalah seramai 12 orang guru iaitu O1, O14, O16, O17, O18, O19, O20, O7, O8, dan O4.

Daripada apa yang saya lihat sepanjang perbincangan guru-guru berkenaan, terdapat tiga kali dengan tiga kumpulan guru yang membincangkan HUPAC. Kali pertama dibincangkan pada jam 8.32 pagi yang melibatkan responden O1, O14, O16, O17 dan O18. Isi perbincangan adalah mengenai tugas-tugas yang perlu dilaksanakan serta bidang tugas masing-masing. Namun terdapat seorang responden iaitu O19 yang mengeluh kerana masih ramai guru yang belum siap menanda kertas peperiksaan sedangkan majlis tersebut tinggal beberapa hari lagi bakal berlangsung. Pada hemat saya, keadaan ini tentunya boleh menjejaskan persiapan majlis tersebut memandangkan majlis tersebut untuk memberi pengikhtirafan kepada mana-mana pelajar yang berjaya dalam peperiksaan.

Kemudian perbincangan kali kedua berlaku pada jam 8.40 pagi yang mana melibatkan responden O4 yang menyebut dan menyentuh tugasnya sebagai AJK Buku Aturcara dalam HUPAC yang masih belum terlaksana memandangkan masih belum siap merekod markah pelajar ke dalam rekod prestasi pelajar. Seterusnya perbincangan kali ketiga berlaku pada jam 8.41 pagi yang melibatkan responden O7 dan O8 yang menyertai perbincangan sekumpulan guru-guru yang membincangkan majlis tersebut sejak dari awal lagi.

4.4 Membuat Persiapan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform

Pada hari saya membuat pemerhatian juga, terdapat aktiviti para guru di bilik guru yang juga sibuk membincangkan persiapan untuk Perkhemahan Perdana Unit Beruniform peringkat sekolah yang akan dijalankan pada hujung minggu tersebut. Dalam pemerhatian saya, responden yang terlibat membincangkan aktiviti yang bakal berlangsung ini adalah O22 dan O23. Kedua-dua responden sibuk membincangkan mengenai keperluan khemah untuk pelajar yang masig belum mencukupi untuk semua Unit Beruniform.

4.5 Menyiapkan Rekod Prestasi Pelajar

Dalam pemerhatian saya juga, saya dapati terdapat sebilangan guru yang sedang menyiapkan Rekod Prestasi Pelajar. Buku Rekod Prestasi Pelajar merupakan buku rekod yang merekodkan markah-markah peperiksaan dan keputusan peperiksaan setiap pelajar pada setiap semester. Buku Rekod Prestasi Pelajar ini perlu disiapkan oleh guru kelas sebab ianya perlu di tanda tangan oleh Guru Besar, Guru Kelas dan juga Ibu bapa dan diserahkan pada ibu bapa pelajar pada setiap semester. Sepanjang pemerhatian saya di bilik guru terdapat 4 orang guru sedang berusaha menyiapkan rekod tersebut iaitu O4, O7, O8 dan O9. Keempat-empat responden berusaha menyudahkan dan menyiapkan buku rekod tersebut memandangkan mereka ada tugas lain lagi yang perlu disiapkan sebelum majlis HUPAC menjelang tiba.

4.6 Masuk kelas mengajar

Aktiviti terakhir yang berlaku sepanjang pemerhatian saya dibilik guru adalah aktiviti masuk ke kelas untuk mengajar yang menjadi tugas dan rutin harian para guru tetap berjalan lancar seperti biasa walaupun pada masa yang sama guru-guru juga dihujani dengan pelbagai tugasan lain. Dalam aktiviti masuk kelas mengajar ini dapat dibuktikan melalui 3 jenis pergerakan utama guru iaitu keluar dari bilik guru untuk masuk kelas mengajar, masuk bilik guru selepas dari kelas mengajar dan masuk ke bilik guru untuk mencari guru yang masih belum masuk mengajar. Melalui pemerhatian saya, saya dapati seramai 11 orang guru terlibat dalam aktiviti ini iaitu O1, O2, O3, O4, O5, O10, O11, O12, O13, O14 dan O15.

Bagi pergerakan guru yang keluar dari bilik guru untuk masuk ke kelas, sebanyak 4 kali pergerakan tersebut direkodkan sepanjang pemerhatian ini dijalankan. Manakala pergerakan guru yang masuk ke bilik guru selepas keluar dari kelas sebanyak 1 kali pergerakan direkodkan. Dan akhir sekali bagi kategori pergerakan guru masuk ke bilik guru untuk mencari guru yang belum masuk ke kelas, sebanyak 2 kali pergerakan dicatatkan. Ini menunjukkan bahawa guru-guru sangat prihatin sekiranya terdapat kelas yang kosong yang tidak dimasuki oleh guru. Tambahan lagi guru jadual ganti sentiasa memastikan bahawa guru yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu, akan mendapat guru ganti sepanjang ketiadaan guru berkenaan. Ini bertujuan memastikan setiap pelajar belajar seperti biasa mengikut jadual belajar seharian dan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada murid berkenaan.

5 Kesimpulan

Berdasarkan beberapa pengkategorian aktiviti yang dilakukan oleh guru seperti yang tercatat dan dihuraikan di atas menunjukkan bahawa selepas sahaja peperiksaan akhir tahun selesai dijalankan, guru-guru masih menjalankan rutin harian seperti biasa iaitu mengajar. Namun pada masa yang sama bebanan tugas semakin bertambah disebabkan banyak lagi aktivtiti-aktiviti sekolah yang bakal menyusul tiba yang mana semua aktiviti berkenaan perlu diselesaikan oleh guru. Fokus kajian ini yang memfokuskan kepada apakah yang dilakukan oleh guru selepas sahaja peperiksaan dijalankan serta apakah tindakan dan aktiviti guru selanjutnya semasa berada di bilik guru sepanjang 45 minit pemerhatian dilakukan. Sepanjang tempoh pemerhatian, sebarang pergerakan dan tindakan guru akan direkod dan kemudian dianalisis seperti huraian dapatan kajian di atas. Dapatan kajian melalui pemerhatian mendapati bahawa selepas sahaja selesai melaksanakan peperiksaan dalaman sekolah ke atas para pelajar, maka guru terlibat pula dengan aktiviti penandaan atau pemeriksaan kertas peperiksaan, merekod markah dalam system online SAPS, melaporkan keputusan peperiksaan pelajar kepada ibubapa, merekod Rekod Prestasi Pelajar, Membuat Persiapan HUPAC, serta beberapa aktiviti sampingan sekolah yang lain. Ini menunjukkan bahawa tugas guru tidak berhenti setakat menjalankan peperiksaan sahaja malah akan terus melaksanakan aktiviti dan tugasan susulan yang lain yang sedia menunggu.

Dengan demikian, ini dapat membuktikan bahawa guru tidaklah goyang kaki selepas peperiksaan dijalankan malah dapat menepis tanggapan beberapa pihak terutamanya pihak ibubapa yang beranggapan dan menuduh guru tidak lagi masuk ke kelas mengajar seperti biasa selepas peperiksaan sehingga tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah dengan alasan tidak berlaku proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Berdasarkan pada persoalan kajian yang dikemukakan d awal kajian ini, maka terjawab sudahlah persoalan tersebut yang mana antara persoalan kajian adalah seperti berkut : 1) Apakah yang dilakukan oleh guru-guru selepas selesai sahaja peperiksaan dijalankan?2) Apakah aktiviti guru selanjutnya bagi mengisi masa terluang selepas peperiksaan?3) Adakah guru hanya goyang kaki sahaja dibilik guru dan banyak berehat selepas peperiksaan dijalankan ?Daripada dapatan kajian menunjukkan terdapat banyak aktiviti yang dilakukan oleh guru-guru selepas sahaja peperiksaan dijalankan seperti memeriksa kertas peperiksaan, mengemaskini markah ke dalam system online SAPS, merekod markah dan keputusan peperiksaan pelajar ke dalam buku Rekod Prestasi Pelajar, membuat persiapan dan persediaan menjelang HUPAC, Perkhemahan Perdana Unit Beruniform dan Sesi menandatangan buku rekod bersama ibubapa, serta masuk kelas mengajar seperti biasa. Sehubungan dengan itu, aktiviti-aktiviti tersebut telah dapat menjawab ketiga-tiga persoalan kajian yang dikemukakan di atas seterusnya dapat menerangkan senario sebenar suasana dan aktiviti para guru selepas berakhirnya peperiksaan. Sememangnya tugas guru adalah satu tugasan yang mencabar dan setiap cabaran itu haruslah dihadapi dan diatasi dengan sebaiknya. Guru sentiasa dilihat menjadi sasaran perhatian masyarakat terutamanya ibubapa kerana peranan guru dalam membentuk pelajar yang akan menjadi sebahagian dari masyarakat. Namun, sebagai seorang guru, guru perlulah sentiasa peka dan prihatin dengan keadaan persekitaran agar tidak menjadi punca kepada pandangan serong masyarakat luar yang akan menjadi titk cemar kepada keperibadian guru berkenaan. Maka dalam hal ini, keberkesanan peranan guru dalam melaksanakan dan memikul tanggungjawab dan tugas hariannya sangat penting dan perlu menjadi keutamaan.