60
PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV SITI AISYAH BINTI KAMARODIN

Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pedagogi PSV sekolah rendah, KBSR, KSSR. kaedah, teknik, P&P

Citation preview

Page 1: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV

SITI AISYAH BINTI KAMARODIN

Page 2: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

PENDEKATAN• dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil

untuk menuju ke sesuatu sasaran.• Pendekatan pengajaran= haluan atau aspek yang

digunakan untuk memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.

• Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan pelajar, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Page 3: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

CIRI-CIRI PENDEKATA

N

Daripada konkrit kepada

abstraK

Daripada mudah kepada

kompleks

Daripada keseluruhan

kepada bahagian

Daripada umum kepada spesifik

(deduktif)

Daripada spesifik kepada umum

(induktif)

Daripada diketahui kepada belum diketahui

Page 4: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

BAHAGIAN PENDEKATAN-PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran

berpusatkan guru Pendekatan pengajaran

berpusatkan pelajar

Pendekatan pengajaran

berpusatkan bahan

Pendekatan induktif

Pendekatan deduktif

Pendekatan inkuiri

Pendekatan masteri

Page 5: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

KAEDAH DAN TEKNIK• Menurut Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau

aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. • Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan

yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

• Kaedah pengajaran pula terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu.

• Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain.

Page 6: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

• Manakala teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah.

• Jika seseorang guru tidak dapat menguasai teknik-teknik yang terdapat dalam sesuatu kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu tidak akan berhasil.

• Terdapat pelbagai teknik yang boleh diamalkan oleh seoarang guru dalam sesi P&P.

Page 7: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan lawatan

TEKNIK

Merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ;

• Umur • Kebolehan • Kecerdasan • Minat

Page 8: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

TEKNIK SIMULASI

Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat

Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit.

Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

Page 9: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

TEKNIK SIMULASI

Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

Page 10: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

TEKNIK SUMBANGSARAN

Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah.

Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.

Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu :

o topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. o kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan

Page 11: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

PROJEK

Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid.

Page 12: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Komponen prinsip pengajaran Meril

yang menggalakkan pengajaran

Demonstrasi

Aplikasi

Pengaktifan Integrasi

Pemusatan Tugasan

Page 13: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)

Pembelajaran akses kendiri adalah satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran.

Pembelajaran akses kendiri adalah pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran bagimembolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri.

Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.

Page 14: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Ciri-ciri Pembelajaran Akses Kendiri

Guru adalah berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dna

kaunselor

Suasana pembelajaran fleksible, selesa dan tanpa

tekanan

Page 15: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

LAWATAN

Lawatan biasanya didefinisikan sebagai membawa pelajar ke tempat tertentu dengan tujuan tertentu. Tujuan lawatan adalah melihati sesuatu situasi atau amalan yang tidak boleh dibawa ke dalam bilik darjah. Apakah yang guru perlu lakukan?

i. Kebenaran daripada pentadbir dan ibubapa ii. Tujuan dimaklumkan kepada pelajar

Page 16: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Pembelajaran tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran boleh melalui lawatan ke tempat-tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.

Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini.

Page 17: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

TEKNIK SOAL JAWAB & TEKNIK MEMBERI ARAHAN

Page 18: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Teknik Soal JawabDefinisi – teknik yg mlibatkan interaksi antara guru dengan murid. Sma ada guru menyoal murid & murid menjawab atau murid menyoal guru & guru menjawab

Page 19: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

CIRI-CIRITeknik yg sering digunakan oleh guruSesuai dijalankan pada set induksi & penutupSoalan yang diajukan mempunyai aras

kesukaranInteraksi antara guru dan murid terhasilLazimnya guru akan menyoal murid dan murid

akan menjawab soalan yang diajukan oleh guruSesuai digunakan oleh guru untuk

mendapatkan perhatian daripada murid-murid

Page 20: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

PERANAN GURUGuru seharusnya menyediakan soalan yang

berbeza aras kesukaranGuru harus bertanyakan soalan mengikut

aras keupayaan muridGuru harus mengajukan soalan yang

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta isu semasa

Guru harus menarik perhatian murid dengan mengajukan soalan yang menarik

Page 21: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

TEKNIK MEMBERI ARAHANDefinisi – arahan yang diberikan

merupakan panduan sebelum sesuatu aktiviti dimulakan. Sebagai contoh aktiviti seni visual, guru memberikan arahan terlebih dahulu tentang cara-cara penggunaan alat & bahan untuk menghasilkan karya sebelum murid melaksanakan aktiviti.

Page 22: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

CIRI-CIRIGuru memberi arahan yang tepat dan jelas

kepada muridMurid dikehendaki mengikuti arahan guruMurid tidak dibenarkan melaksanakan aktiviti

sebelum guru selesai memberikan penerangan

Interaksi antara guru dan murid di mana murid memberikan kerjasama dalam mengikuti arahan guru

Guru perlu mahir dalam pengurusan & kawalan kelas bagi memastikan murid mengikuti arahan yang diberikan

Page 23: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

PERANAN GURU Guru harus memberikan arahan yang

tepat dan jelas kepada muridGuru harus mahir dalam kawalan kelasGuru harus berkeyakinan tinggi semasa

memberikan arahanGuru perlu memastikan arahan yang diberi

dipatuhi oleh setiap murid

Page 24: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Teknik tunjukcara, teknik tindakbalas, teknik

bercerita, kawalan kelas, menggunakan Sumber Bahan Pengajaran dan

Pembelajaran

Page 25: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

TEKNIK TUNJUKCARA

Ialah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu.

Ia melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran.

Memerlukan murid mendengar, demonstrasi memerlukan murid memerhati.

Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa proses, maklumat dan idea.

Membolehkan murid-murid memerhati benda-bemda maujud dan bagaimana mereka berfungsi.

Page 26: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasi dengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan dari murid-murid.

Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu.

Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid-murid.

Digunakan unruk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik, memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan.

Demonstrasi yang berkesan, guru rancang secara teliti, mempraktikkan, membentuk rangka , memastikan setiap murid memerhatikan, meperkenalkan untuk memfokus perhatian dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan.

Page 27: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

KEBAIKAN KAEDAH TUNJUK CARA

Memberi peluang kepada murid untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melihat prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru.

Membenarkan murid-murid untuk mencontohi sesuatu perlakuan dengan mudah.

Guru perlu memberikan penerangan yang jelas supaya murid-murid dapat memerhati apa yang ditunjukkan.

Memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-murid melalui deria penglihatan dan pendengaran.

Page 28: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

TEKNIK TINDAKBALAS

Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid berinteraksi sesama mereka dalam membincangkan satu isu atau masalah.

Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan murid.

Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat , idea atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid.

Murid-murid berpeluang menegemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea tentang sesuatu topik dan guru bersama murid-murid akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan

Page 29: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

TEKNIK TINDAKBALAS Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-

objektif kognitif dan afektif. Dalam domain kognitf, perbincangan boleh

menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau.

Dari sudut afektif, perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapat-pendapat mereka,berinterksi dan menilai idea-idea murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik.

Walau apa pun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan.

Page 30: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

TEKNIK TINDAKBALAS Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-

objektif kognitif dan afektif. Dalam domain kognitf, perbincangan boleh

menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau.

Dari sudut afektif, perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapat-pendapat mereka,berinterksi dan menilai idea-idea murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik.

Walau apa pun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan.

Page 31: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

a) Perbincangan Kelas ( Whole class discussion )

guru harus mengendali perbincangan kelas. Sebelum perbincangan kelas, pastikan murid-murid

mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang dibincangkan.

Perlu wujud panel dan perbahasan. Panel, simposium dan perbahasan melibatkan

sekumpulan murid, memperolehi maklumat tentang sesuatu topik, menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya.

Direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu.

Page 32: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataaan yang dirancang melalui perbincangan tolak ansur.

Berfaedah dalam kegiatan bilik darjah yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak dapat dijalankan.

Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal di mana empat hingga enam orang ahli berbincang satu topik bersama seorang pengerusi manakala murid-murid lain dalam kelas mendengar.

Kemudian satu perbincangan tolak ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap –tiap ahli memberi kenytaan masing-masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak formal.

a) Perbincangan Kelas ( Whole class discussion )

Page 33: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Simposium pula hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan penyampaian maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel.

Perbahasan pula ialah satu pendekatan perbincangan yang formal.

Ia merangkumi ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli dari dua kumpulan yang mempunyai pandangan yang bertentangan.

Tiap-tiap ahli akan membangkang idea dari kumpulan lain. Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas

melibatkan diri melalui soal dan jawab selepas panel telah menyampai maklumatnya.

a) Perbincangan Kelas ( Whole class discussion )

Page 34: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil adalah empat hingga lima orang murid.

Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih dengan bimbingan seorang guru.

Selain dari mempromosi kemahiran pemikiran bertahap tinggi,perbincangan kumpulan kecil merangkumi perkembangan kemahiran komunikasi, kepimpinan, perbahasan dan kompromi.

Murid-murid yang terlibat dalam perbincangan boleh tersesat secara mudah.

Organisasi yang teliti boleh membantu melicinkan proses perbincangan.

b) Perbincangan kumpulan kecil

Page 35: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan bagi menjamin keberkesan perbincangan kumpulan kecil.

Perkara pertama ialah guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda dalam bilik bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada objektif perbincangan.

Kedua, guru harus pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas untuk menyumbang kepada perbincangan tesebut. Oleh yang demikian,perbincangan kumpulan kecil harus mengikuti satu pengajaran yang berfokus kepada isi kandungan dan berkembang brdasarkan topik-topik yang pernah diajar.

b) Perbincangan kumpulan kecil

Page 36: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Berikut merupakan beberapa garis panduan untuk menjalankan aktiviti perbincangan :

a) Mengambil kira matlamat perbincanganb) Mempertimbangkan pengalaman dan

perkembangan murid-muridc) Mengkaji isu-isu yang terlibatd) Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangane) Menyediakan persekitaran yang menyeronokkanf) Perlu berbekalkan maklumat baru atau tepat bila

perlug) Mengulang, rumus atau jana dan kenyataan kepada

satu unit yang bermaknah) Menerapkan unsur jenakai) Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada

kaedah kumpulan

b) Perbincangan kumpulan kecil

Page 37: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Teknik perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran di sekolah.

Tujuan kaedah perbincangn ialah untuk melatih murid membiasakan diri bercakap dalam situasi formal, iaitu memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan pendapat.

Kaedah perbincangan juga dapat membina keyakinan diri dan konsep kendiri murid.

Guru harus menggalakkaan murid mengembangkan kemahiran dalam mengemukakan hujah,pendapat,menyoal serta menyelesaikan masalah.

Selain itu, guru harus memupuk unsur-unsur kerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan mendengar pandangan orang lain.

b) Perbincangan kumpulan kecil

Page 38: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Topik perbincangan mestilahh sesuai dengan objektif dan minat murid-murid - guru perlu menentukan objektif perbincangan iaitu sama ada perbincangan itu adalah untuk mengumpul fakta atau menyelesaikan sesuatu masalah.

Peranan guru dalam situasi perbincangan - sebagai pemudah cara dan membimbing murid sepanjang sesi perbincangan.

Seterusnya, guru juga perlu mengemukakan soalan-soalan divergen dan menggalakan murid-murid untuk menyoal idea-idea rakan-rakan mereka.

Semasa perbincangan, guru mengawal aktiviti-aktiviti perbincangan supaya murid-murid menumpukan perhatian.

b) Perbincangan kumpulan kecil

Page 39: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Mesti meneliti tingkah laku murid agar mereka tidak menyeleweng atau bermain-main dala satu sei perbincangan.

Pada akhir satu sesi perbincangan, guru bersama murid-murid harus merumuskan isi-isi penting terhadap penyelesaian masalah dalam perbincangan.

b) Perbincangan kumpulan kecil

Page 40: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

TEKNIK BERCERITA

Teknik bercerita pula membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai dengan pelajar dan isi pengajaran yang hendak disampaikan.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan.

Merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh digunakan oleh guru.

Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kurikulum.

Page 41: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

TEKNIK BERCERITA

Guru berperanan untuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat menarik minat mereka.

Guru boleh menggunakan bahan-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat murid-murid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang mainan, kertas dan sebagainya.

Page 42: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

TEKNIK BERCERITA

Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita ialah :

a) Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi dan penggunaan ayat-ayat yang mudah.

b) Nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu dan memiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan.

Page 43: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

KAWALAN KELAS

Dalam kaedah ini guru menyampaikan isi kandungan pelajaran kepada seluruj kelas.

Ini bermakna semua pelajar diberikan penerangan, isi pelajaran, masa dan latihan dan lain-lain yang sama.

Amalan ini dapat dikenalpasti dengan kedudukan susunana kerusi meja yang semuanya mengadap guru ketika mereka mengajar.

sangat sesuai sewaktu guru memulakan pengajaran dengan set induksi.

Pada waktu ini guru perlu mendapatkan perhatian daripada seluruh kelas pada apa yang ingin diajarkannya.

Page 44: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

KAWALAN KELAS

Perkara ini penting supaya semua sedar dan tahu topik yang hendak dipelajari pada hari tersebut, begitu juga sewakti guru mula memberikan penerangan konsep dalam langkah satu permulaan.

Semua pelajar perlu mendengar dan memerhatikan apa yang sedang diperkenalkan oleh guru kerana kejayaan langkah-langkah seterusnya bergantung pada kefahaman mereka pada langkah permulaan ini.

Walau bagaimanapun selepas penerangan diberikan dan pelajar dapat memahaminya dengan baik, gur bolehlah menukarkan kepada pendekatan yang lain pula.

Page 45: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

KAWALAN KELAS

Namun pada peringkat akhir pelajaran, guru sekali lagi perlu menggunakan kaedah secara kelas ketika membuat kesimpulan dan rumusan pembelajaran.

Ia bertujuannya memastikan semua pelajar dapat menguasai isi pelajaran mereka pada hari etrsebut

Page 46: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

MENGGUNAKAN SUMBER BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran.

Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor.

Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat- alat ujikaji dan komputer.

Page 47: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

KRITERIA- KRITERIA DALAM PEMILIHAN SUMBER PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

1. Alat bantu mengajar haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan.

2. Alat bantu mengajar harus mengandungi idea- idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri.

3. Alat bantu mengajar boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid- murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain, guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya alat bantu mengajar . Murid- murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan.

Page 48: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

KRITERIA- KRITERIA DALAM PEMILIHAN SUMBER PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

4. Reka bentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid- murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna.

5. Alat bantu mengajar harus disediaka dengan kos yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat alat bantu mengajar dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya.

Page 49: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

KRITERIA- KRITERIA DALAM PEMILIHAN SUMBER PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

6. Alat bantu mengajar harus disediakan dalam saiz yang berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran pencapaian guru atau penggunaan murid.

7. Sumber pengajaran & pembelajaran haruslah mengandungi nilai- nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan- bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata, atau menggunakan bahan- bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.

Page 50: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

CARA- CARA MENGGUNAKAN SUMBER DENGAN BERKESAN

1. Alat bantu mengajar seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semau murid oleh melihatnya dengan mudah.

2. Sebelum alat bantu mengajar diedarkan kepada murid- murid untuk menjalankan kerja praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisplin dan mengikut masa yang ditetapkan.

3. Tunjukkan alat bantu mengajar kepada murid- murid hanya pada ketika yang perlu.

Page 51: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

CARA- CARA MENGGUNAKAN SUMBER DENGAN BERKESAN

4. Guru harus membimbing murid- murid membincang fakta- fakta penting yang terkandung dalam alat bantu mengajar.

5. Alat bantu mengajar yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul balik dan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai.

6. Alat bantu mengajar hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru.

Page 52: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Teknik penerangan menggunakan

contoh, ilustrasi dan sumber P & P

Page 53: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran . Misalnya : Guru menerangkan sifat kata dengan menggunakan beberapa

contoh ayat yang mengandungi sifat kata. Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis

bentuk- bentuk geometri. Guru menerangkan riwayat hidup seekor katak dengan

menggunakan ilustrasi denagn gambar- gambar. Guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran denagn

merujukkan buku teks.

Page 54: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Kemahiran Penutup

Page 55: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Prinsip Penggunaan Kemahiran

Penutup

Penutup hendaklah bermakna kepada murid-murid dari

segi minat, kebolehan dan umur

mereka.

Penutup hendaklah berkaitan dengan isi

dan objektif P&P.

Penutup hendaklah ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada, pengalaman murid dan konsep

baru yang telah dipelajari.

Penutup harus berkaitan dengan aspek satu-satu

pelajaran yang telah dipelajari.

Penutup sepatutnya dapat menilai

keberkesanan satu-satu pelajaran.

Perlu mengandungi aktiviti-aktiviti susulan untuk murid-murid.

Page 56: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Objektif-Objektif

Kemahiran Penutup

Membuat satu rumusan tentang

pelajaran yang telah disampaikan.

Membuat perkaitan antara

pengetahuan sedia ada dan

pengalaman murid dengan topik yang

baru.

Meneguhkan satu-satu pelajaran yang

baru dipelajari.

Menggunakan prosedur yang sesuai untuk

menilai objektif P&P murid.

Mengemukakan aktiviti susulan.

Menimbulkan motivasi melalui

kemesraan, menghairankan

dan aktiviti susulan.

Page 57: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Kesan Kemahiran

Penutup Kepada Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran

Pembelajaran menjadi lebih

bermakna kerana murid-murid dapat

penyelesaian kepada suatu

pembelajaran.

Membantu murid mengingati

pelajaran yang baru dipelajari.

Dapat meneguhkan suatu konsep yang

baru dipelajari.

Murid terdorong untuk belajar dengan tekun

turutan daripada penggunaan

penutup sosial.

Guru dapat mengetahui sejauh manakah objektif P&P telah dicapai.

Page 58: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN

PENUTUP

Perkaitan Sosial

Perkaitan Kognitif

Guru menggunakan pelbagai jenis pujian apabila murid dapat menjawab soalan di peringkat penutup.

Dengan ini, murid dapat merasa dan menikmati perasaan mencapai kejayaan.

Guru membuat rumusan yang berkaitan dengan pengalaman murid.

Penutup ada hubungan dengan bahagian penting pelajaran. Guru mencadangkan beberapa aktiviti susulan.

Page 59: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

KESIMPULAN• Terdapat banyak pendekatan, kaedah dan teknik

yang boleh digunakan oleh guru semasa P & P• Guru bebas memilih pendekatan, kaedah dan teknik

yang hendak digunakan kerana tiada 1 pendekatan, kaedah dan teknik yang spesifik semasa proses P & P. Pemilihan ini mestilah secara kreatif agar kanak-kanak memperoleh pengalaman yang berguna.

Page 60: Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

SEKIAN, TERIMA KASIH…