Pendekatan Dalam Pendidikan Sivik Dan

Embed Size (px)

Citation preview

PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR/KBSM

1. PENGENALAN Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik and Kewarganegaraan KBSR/KBSM memberi cabaran dan peluang kepada para pendidik untuk melahirkan warganegara Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab supaya mereka sanggup dan boleh memberi sumbangan yang berkesan dalam pembangunan dan kesejahteraan negara dan global. Selain daripada itu, dalam abad 21 ini, perubahan dan kompleksiti yang sentiasa berlaku di dalam komuniti tempatan, kebangsaan dan global telah menambah cabaran kepada para pendidik untuk mendidik murid menjadi warganegara Malaysia yang berkesan serta menjadikan wawasan negara kita sesuatu realiti.

Sehubungan dengan itu, pendekatan dalam Pendidikan Sivik and Kewarganegaraan (PSK) KBSR/KBSM seharusnya menggalakkan murid menyertai secara aktif dan interaktif dalam proses pembelajaran. Pendekatan penyertaaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK ini akan memberi peluang kepada murid mengalami dan melibatkan diri dalam proses memperolehi pengetahuan, kemahiran serta nilai sivik dan kewarganegaraan. Dalam kata lain, dengan menggunakan pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK, guru seharuslah kurang bercakap dan bertanya. Sebaliknya, murid akan diberi peluang untuk bertanya, berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain dalam memberi dan berkongsi pendapat dan idea untuk memahami dan mengkaji peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia yang patriotrik dan tanggungjawab. Berlandaskan kepada kepentingan penglibatan murid dalam proses pembelajaran, maka pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK akan melibatkan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti yang berikut: (1) Pembelajaran aktif (2) Pembelajaran koperatif (3) Pembelajaran penyelesaiaan masalah (4) Pembelajaran mesra budaya dan (5) Pembelajaran berkhidmat 2. PEMBELAJARAN AKTIF Pembelajaran aktif dalam PSK akan membolehkan murid memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai seorang ahli yang berkesan dalam pelbagai kumpulan sosial

(keluarga, sekolah, rakan, komuniti tempatan, agama, negara dan global) sama ada pada masa kini atau masa depan. Ini adalah kerana pembelajaran aktif melibatkan penyertaan murid dalam proses pembelajaran hands on dan minds-on dan bukanlah secara pasif atau flat. Melalui pembelajaran yang bermakna sebegini, murid akan diberi peluang untuk mengembangkan kemahiran dan nilai serta mengaplikasikan pengetahuan sivik dan kewarganegaraan dalam kehidupan hariannya. Untuk mengaplikasikan pembelajaran aktif dalam PSK, aktiviti pembelajaran yang memfokuskan murid seharusnya mencabar, menarik dan relevan supaya murid dapat mengaplikasikan hasil pembelajaran yang diperolehi daripada sesuatu aktiviti kepada suasana pembelajaran yang lain. Dalam kata lain, melalui aktiviti pembelajaran yang aktif murid dapat mempelajari sesuatu yang bermakna kerana mereka akan diberi peluang untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Terdapatnya pelbagai aktiviti pembelajaran aktif yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Antaranya ialah: Perbincangan atau kerja kumpulan kecil seperti buzzing, sumbang saran, main peranan, simulasi, debat dan forum. Aktiviti pembelajaran koperatif berkumpulan seperti berfikir-berpasangan-berkongsi, permainan,main peranan, peer tutoring dan jigsaw. Aktiviti pembelajaran siber. Contohnya, seperti mencari maklumat melalui internet, membina laman web atau bertukar pendapat melalui emel dengan murid dari sekolah lain sama ada dalam atau luar negeri. Demonstrasi sama ada oleh guru atau murid seperti cara penampilan diri dalam menjaga maruah diri (KBSR Tahun 4) dan cara menolak pelawaan rakan untuk melakukan sesuatu yang negatif (KBSM Tingkatan 1) Projek yang dicadangkan oleh murid sendiri seperti mengadakan pertunjukan pakaian tradisional (KBSR Tahun 4) atau pertandingan bercerita cerita rakyat Malaysia (KBSM TIngkatan 1) Pembelajaran refleksi kendiri seperti menyimpan jurnal dan diari mengenai cita-cita diri (KBSR Tahun 4) atau perasaan mengenai peristiwa yang lalu yang berkaitan dengan hubungan murid dengan rakan atau ahli keluarga yang lain (KBSM Tingkatan 1)

3. PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF Pembelajaran secara koperatif akan mewujudkan suasana pembelajaran yang saling pengantungan positif di mana murid akan bekerja dan belajar bersama-sama untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Pembelajaran secara koperatif adalah

penting dalam PSK kerana melalui proses pembelajaran berkumpulan mereka akan dapat memahami kepentingan saling membantu di tempat kerja atau keluarga untuk mencapai kejayaan kumpulan. Pembelajaran secara koperatif dalam PSK mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakan daripada aktivti pembelajaran tradisional di mana murid berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti yang digambarkan dalam jadual yang berikut: Jadual: Perbandingan antara pembelajaran berkumpulan secara koperatif dengan pembelajaran berkumpulan yang tradisional

Pembelajaran Berkumpulan Secara Koperatif -Saling pengantungan positif - Akauntabiliti individu -Kumpulan yang heterogenous -Bersama-sama memimpin -Bersama-sama bertanggungjawab -Penekanan kepada tugas dan proses -Kemahiran sosial diajar secara langsung -Guru memerhati dan membimbing -Kumpulan menilai keberkesanan kendiri

Pembelajaran Berkumpulan Secara Tradisional -Tidak ada saling pengantungan positif -Tidak ada akauntabiliti individu -Kumpulan yang homogenous -Seorang pemimpin sahaja yang dilantik -Bertanggungjawab terhadap diri sahaja -Penekanan kepada tugas -Kemahiran sosial diajar secara implisit dan kadang kala diketepikan -Guru tidak mementingkan fungsi kumpulan -Tidak ada proses berkumpulan (Sumber: Johnson Johnson & Holubee dalam Gunter, Estes & Schwab, 1999. Instruction. A models approach (3rd ed.). Boston: Allyn and Bacon) Berlandaskan kepada ciri-ciri pembelajaran berkumpulan secara koperatif, maka boleh dikatakan bahawa matlamat PSK dalam melahirkan warga negara yang bersatu padu dan erat antara anggota masyarakat yang berbilang kaum boleh dicapai melalui pembelajaran koperatif dalam kelas PSK. Contohnya, semasa berinteraski dalam

kumpulan yang heterogenous, murid akan lebih peka terhadap perasaaan dan pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya akan mewujudkan persefahaman dan saling hormat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang dihadapi oleh kumpulan akan dapat ditangani dengan cara bekerjasama dan bertanggungjawab bersama untuk memastikan bahawa kumpulan berjaya. Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran koperatif yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Diantaranya ialah: berfikir-berpasangan-berkongsi seperti kekuatan diri (KBSR Tahun 4) atau cara membantu anggota keluarga di rumah (KBSM Tingkatan 1) permainan main peranan projek peer tutoring jigsaw dan aktiviti pembelajaran siber 4. PEMBELAJARAN PENYELESAIAN MASALAH

Tidak dapat dinafikan bahawa murid akan menjadi pemimpin masa depan dalam merealisisikan wawasan negara kita. Dalam era globalisasi pada abad 21 ini, di mana perubahan dan kompleksiti sentiasa berlaku di dalam komuniti tempatan, kebangsaan dan global, mereka akan menghadapi pelbagai cabaran untuk menyelesaikan masalah, sama peribadi atau sosial. Ini bermaksud bahawa perkembangan kewarganegaraan dan sivik memerlukan murid mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menangani cabaran dan masalah ke arah pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat. Untuk membimbing murid dalam pembelajaran penyelesaian masalah, maka pentingnya masalah yang akan diselesaikan adalah relevan kepada diri murid sendiri dan persekitarannya. Ini adalah kerana masalah yang akan dikaji dan keputusan yang diambil akan menjadi lebih bermakna dan boleh dipertimbangkan atau diaplikasikan dalam kehidupannya sebagai warga negara Malaysia atau global. Secara amnya, pembelajaran penyelesaian masalah dalam PSK akan melibatkan murid sendiri mencari jawapan kepada sesuatu soalan mengenai peranan dan tanggungjawab diri dalam perkembangan sivik dan kewarganegaraan melalui proses inkuiri yang berikut:

Jadual: Proses inkuiri dalam pembelajaran penyelesaian masalah

1. Mengenalpasti dan menghuraikan sesuatu masalah 2. Menentukan pelbagai alternatif atau pilihan serta rintangan masalah dari segi fakta, pandangan dan perasaan watak yang terlibat 3. Memilih stategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah seperti teknik awan, sebab dan akibat, dan konflik resolusi 4. Menguji keputusan tentatif yang dipilih dengan mengumpul dan menilai maklumat yang relevan dengan masalah 5. Membuat keputusan muktamad atau mengubahsuaikan langkah atau strategi yang telah diambil, jika perlu. Pembelajaran penyelesaian masalah secara aktif dalam PSK akan menjadikan asas kepada murid untuk memahami dan menangani perubahan yang berlaku di dalam kehidupan dan persekitarannya dengan bertanggungjawab dan berkesan sebagai warganegara Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran penyelesaian masalah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Diantaranya ialah: perbincangan berkumpulan main peranan penyoalan debat, panel juri perundingan roundtable peta minda atau penyusunan grafik

5. PEMBELAJARAN MESRA BUDAYA Adalah sesuatu realiti bahawa masyarakat Malaysia mempunyai kepelbagaian di kalangan anggota masyarakatnya seperti dari segi bahasa, ethnik/kaum, agama/kepercayaan, fizikal, gender, bakat dan kebolehan. Kepelbagaian di kalangan anggota masyarakat inilah yang menjadi kekuatan dan cabaran bagi setiap warga negara Malaysia untuk hidup bersama secara bersatu padu ke arah kesejahteraan keluarga, komuniti dan masyarakat. Walaupun terdapatnya kepelbagaian dalam masyarakat, setiap warga negara Malaysia mempunyai persamaan yang boleh dianggapkan sebagai identiti warga negara Malaysia. Ini membawa implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran PSK iaitu bagaimana mewujudkan kefahaman dan apresiasi kepelbagiaan budaya di kalangan anggota masyarakat Malaysia dan pada masa yang sama menyumbangkan kepada

pengembangan identiti warga negara Malaysia yang unik. Berlandaskan kepada kepentingan memahami dan mengapresiasi kepelbagaian dalam masyarakat dan mewujudkan identiti warga negara Malaysia yang unik, maka agar pentingnya pembelajaran mesra budaya ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Pembelajaran mesra budaya akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan memahami pandangan dan perasaan murid daripada pelbagai latar belakang dan budaya yang lain. Melalui proses pembelajaran mesra sebegini, murid akan lebih menghormati kepelbagaian budaya dengan mengikiskan segala prasangka dan salah tanggapan terhadap sesuatu budaya anggota atau kumpulan masyarakat yang lain. Pengalaman pembelajaran budaya mesra akan mengembangkan nilai sivik yang penting dalam memelihara hidup secara harmonis dan aman dalam masyarakat kita dan secara global seperti nilai hormat-menghormati, toleransi, kasih sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang serta nilai patriotik. Untuk mengembangkan pembelajaran budaya mesra, seorang guru PSK seharusnya berusaha mewujudkan suasana pembelajaran yang boleh menggalakkan interaksi dan integrasi yang positif di kalangan murid daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Pendek kata, usaha untuk mengintegrasikan murid daripada pelbagai latar belakang dan budaya harus diamalkan oleh seorang guru PSK sama di dalam atau luar bilik darjah. Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran budaya mesra yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Diantaranya ialah: Projek yang dicadangkan oleh murid sendiri seperti menyedia bahan mengenai Kenali Malaysia (Tahun 4 KBSR) atau kempen kesedaran sivik di peringkat sekolah (Tingkatan 1 KBSM) Sesi dialog seperti dengan pekerja atau pentadbir sekolah mengenai cara membina sekolah penyayang (Tahun 4 KBSR) atau dengan pihak polis mengenai tingkah laku anti sosial dan agresif dan cara mengatasinya (Tingkatan 1 KBSM) Perbincangan Menonton filem/video yang berkaitan dengan cara memasak makanan tradisional pelbagai kaum (Tahun 4 KBSR) atau sejarah sekolah (Tingkatan 1 KBSM) Drama Lawatan 6. PEMBELAJARAN BERKHIDMAT Pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK melibatkan pembelajaran berkhidmat atau perkhidmatan komuniti di luar bilik darjah. Melalui

penyertaan secara aktif dalam sesuatu projek komuniti, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam menyelesaikan masalah sosial yang benarbenar berlaku di sekolah, komuniti, negara dan global. Melalui pembelajaran berkhidmat ini, murid akan mengambil tanggungjawab dan kepemimpinan dalam melakukan sesuatu perkhidmatan sivik kepada masyarakat. Mereka juga akan mengembangkan amalan nilai-nilai sivik serta kemahiran sosial dan kewarganegaraan dalam memberi sumbangan kepada masyarakat. Pendek kata, melalui pembelajaran berkhidmat, murid akan mempelajari secara aktif and interaktif bagaimana menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan berkesan ke arah kesejahteraan masyarakat. Namun begitu, pembelajaran berkhidmat memerlukan sokongan dan penglibatan ibu bapa serta komuniti tempatan. Oleh sedemikian, maka guru PSK atau pihak sekolah perlu mewujudkan sesuatu partnership atau kolaborasi dengan agensi-agensi komuniti tempatan supaya memudahkan murid berhubungi dengan mereka mengenai perkhidmatan komuniti,

Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran berkhidmat yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK yang boleh dikategorikan seperti berikut: berkhidmat secara langsung kepada sesiapa yang memerlukannya seperti membantu pekerja sekolah membersihkan taman sekolah (Tahun 4 KBSR) atau menghiburkan penghuni di rumah orang tua (Tingkatan 1 KBSM berkhidmat secara tidak langsung kepada sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan seperti mengutip derma bagi mangsa bencana alam dan kemudian menyerahkannya kepada akhbar tempatan yang menguruskan kutipan tersebut (Tahun 4 KBSR dan Tingkatan 1 KBSM) tindakan advocacy atau affirmative dengan mengemukakan cadangan atau kempen mengenai sesuatu masalah sosial kepada pihak-pihak tertentu seperti menulis cadangan kepada pihak sekolah bagaimana membina sekolah penyayang (Tahun 4 KBSR) atau menulis surat kepada pengurusan pusat membeli-belah tempatan supaya menyediakan kemudahan awam yang sesuai untuk golongan kurang bernasib baik (Tingkatan 1 KBSM)

7. KESIMPULAN Pendekatan dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan KBSR/KBSM melibatkan

penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam proses mempelajari bagaimana menjadi seorang warga negara yang bertanggungjawab dan berkesan. Melalui penyertaan yang aktif dan interaktif dalam pembelajaran ini, murid akan memahami dan mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kehidupan mereka dan seterusnya menjadikan wawasan negara sesuatu realiti.

PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR/KBSM

PERBINCANGAN KUMPULAN Berdasarkan kepada satu tajuk dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 KBSR atau Tingkatan 1 KBSM, dalam kumpulan bincangkan bagaimana melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berikut: (1) Pembelajaran aktif (2) Pembelajaran koperatif (3) Pembelajaran penyelesaiaan masalah (4) Pembelajaran mesra budaya dan (5) Pembelajaran berkhidmat

pembelajaran koperatifPEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif membawa maksud belajar bersama-sama dalam kumpulan kecil untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 4 orang ahli. Kumpulan yang mengandungi 4 orang ahli adalah yang paling sesuai. Ciri yang paling penting dalam pembelajaran ini adalah kejayaan ahli-ahli kumpulan bergantung antara satu sama lain. Ahli-ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi setiap ahli dalam kumpulannya. TUJUH PRINSIP ASAS DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif berbeza daripada kerja kumpulan kerana ia mempunyai beberapa prinsip asas. Prinsip-prinsip itu adalah: Saling bergantungan positif (Positive Interdependence)

Setiap pelajar mesti merasa nasib mereka adalah serupa dan saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat kumpulan. Setiap orang mesti mengambil berat tentang diri sendiri dan juga rakan lain dalam kumpulan dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa cara untuk menstruktur saling bergantungan positif. Antaranya ialah: i)Tetapkan matlamat kumpulan yang jelas. ii)Berikan ganjaran kepada ahli-ahli kumpulan. iii)Bahagikan bahan sumber di antara ahli-ahli kumpulan. iv)Berikan peranan sampingan kepada ahli-ahli kumpulan. Interaksi Bersemuka (Face To Face Interaction ) Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu sama lain. Corak interaksi di antara ahli-ahli kumpulan akibat daripada saling pergantungan positif yang telah distrukturkan akan menggalakkan pembelajaran setiap ahli. Ini bermakna sebanyak mungkin peluang dan masa perlu diberikan kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka membantu, menggalak, dan seterusnya meningkatkan usaha di antara satu sama lain bagi mencapai tahap pembelajaran yang maksimum.

c)Akauntibiliti Individu ( Individual Accountability) Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Kumpulan koperatif bukanlah hanya digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan memastikan bahawa setiap ahli kumpulan akan menjadi individu yang berkebolehan. Ini bermakna setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan secara koperatif, setiap ahli kumpulan mesti berjaya menyiapkan tugasan yang berserupa secara bersendirian. Cara menstruktur akauntibiliti individu ialah:

a) Memberi ujian individu kepada semua pelajar. b) Memilih secara rawak salah seorang daripada ahli untuk menerangkan jawapan kumpulan. c) Memilih secara rawak satu salinan laporan daripada ahli-ahli kumpulan untuk digredkan. d) Penglibatan saksama

Kemahiran-kemahiran koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan individu

lain tidak wujud secara automatik apabila ia diperlukan. Ahli-ahli setiap kumpulan mesti diajar dan juga didorong untuk menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk mewujudkan kumpulan yang produktif. Contoh-contoh kemahiran koperatif ialah: i) Mengikut giliran untuk membuat kerja. ii) Memberi galakan kepada kumpulan. iii) Mendengar dengan teliti. iv) Menerangkan pendapat sendiri dengan jelas. v) Mengkritik idea tanpa mengkritik orang yang memberi idea. e) Pemprosesan Kumpulan ( Group Processing )

Ia juga dikenali sebagai membuat refleksi. Proses interaksi dalam kumpulan membolehkan pergantungan dan penyelesaian masalah antara ahli kumpulan dijalankan dengan berkesan. Ini dapat dilihat di akhir perbincangan atau aktiviti pengajaran. Perlakuan yang baik harus diamalkan manakala kelemahan dalam kumpulan harus diperbaiki pada pengajaran yang akan datang. Proses ini memadai jika dilakukan sekali-sekala. f) f)Kemahiran sosial Setiap ahli kumpulan peulu mempunyai kemahiran sosialuntuk membolehkan kumpulan koperatif berjalan dengan jayanya. Kagan 91992) menghujahkan kepentingan kemahiran sosial sebagai yang berikut: Lebih ramai pelajar lepasan sekolah yang gagal memperolehi kerja pertama kerana kekurangan kemahiran sosial daripada pelajar yang kekurangan kemahiran teknikal. Pemerolehan kemahiran sosial adalah penting dalam kejayaanhidup hari ini. Pelajar bukan sahaja perlu boleh menyelesaikan masalah, mereka juga perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana saling kebergantungan dan kerja bersukan adalah amalan biasa. g) g)Interaksi serentak (IS) IS berlaku bila mana bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka. Dalam kelas tradisional, interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku secara tersusun manakala dalam kelas koperatif, perbincangan boleh berlaku dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. IS juga mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan mempertingkatkan potensi belajar setiap pelajar.

JENIS-JENIS MODEL PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN STRATEGISTRATEGIYANG DIGUNAKAN DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF

i. Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation) Menurut Sharan & Hertz Lazarowitz 1980; Sharan & Sharan, 1990, Group Investigation GI / penyiasatan berkelompok ialah kaedah koperatif yang membolehkan murid merancang melakukan satu kursus pembelajaran. Ini termasuk mengenalpasti satu topik yang disiasat, merancang dan membolehkan penyiasatan serta menyediakan pesembahan terakhir. Ini bermakna penyiasatan berkelompok ialah satu kaedah pengajaran di dalam bilik darjah di mana para pelajar bekerja secara kolaboratif dalam kumpulan kecil untuk memeriksa, mengalami dan memahami topik kajian mereka.

ii) Team Accelerated Instruction- Mathematics (TAI) TAI ialah pendekatan menyeluruh kepada pembelajaran koperatif dalammatematik. TAI menyatukan pembelajaran koperatif dengan kebebasan bertindak secara individu iaitu membolehkan guru membentuk kelas matematik heterogenius untuk memberikan murid yang pencapaiannya rendah meningkatkan tahapnya dan mempercepatkan kurikulum biasa sama seperti murid yang tinggi pencapaiannya. Bahan-bahan TAI dapat menggantikan sepenuhnya buku teks dengan bahan yang direka istimewa spesifik untuk program. Dalam TAI, murid ditentukan kepada kumpulan heterogenius iaitu mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza. iii) Student Team Achievement Division (STAD) STAD ialah satu kaedah pembelajaran koperatif yang berasal dari Hopkins. Ianya adalah satu kaedah yang mudah dan praktikal. Dalam STAD, guru mengikut satu pusingan mengajar, kumpulan pembelajaran dan penilaian individu. Kumpulan akan memperolehi sijil atau apa-apa penghargaan kejayaan apabila melakukan perubahan berbanding masa lepas sebagai pengiktirafan. iv) Learning Together (LT)- Belajar Bersama Menurut Johnson & Johnson (1991), LT bermaksud gambaran oleh ahli kumpulan di dalam kumpul kecil heterogenius secara koperatif untuk saling menyempurnakan matlamat pembelajaran. Bersama-sama ahli kumpulan bekerja keras atas tugasan akademik yang sering melibatkan perancangan serta perpaduan hasil kumpulan. Kemahiran sosial, latihan dan cara memproses diperlukan. Kumpulan yang mencapai kriteria untuk kejayaan sempurna akan berkongsi ganjaran.

v) Jigsaw Jigsaw telah diperkenalkan oleh Elliot Aronson (1978) dan rakan-rakan. Ia ialah satu daripada model koperatif yang menjadikan pelajar pakar dengan aras yang mereka pelajari. Model ini hampir sama dengan Jigsaw Puzzle. Setiap ahli kumpulan menyumbangkan sekeping puzzle dengan berkongsi sebahagian maklumat yang mereka pelajari. Kunci idea dalam jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu pasukan akan menjadi dalam bab tertentu dan bertanggungjawab mengajar apa yang telah mereka pelajari kepada rakan di dalam kumpulan. vi) Team Games Tournament (TGT) TGT telah dicipta oleh Robert Slavin. TGT mengandungi putaran biasa aktiviti pengajaran seperti berikut: a.Pengajaran guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan. Ini boleh jadi dalam bentuk syarahan, demonstrasi dan pertunjukkan visual. Murid berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian mereka akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disediakan oleh guru untuk menguasai konsep. vii) b.Pertandingan Murid-murid bermain permainan dalam pertandingan di atas meja. Setiap pertandingan, meja akan diwakili 3 atau 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik. KESIMPULAN Sememangnya pembelajaran koperatif ini memberi kesan yang baik dalam pembelajaran matematik. Ini kerana ia mendedahkan murid-murid berkomunikasi dan berkongsi segala apa yang diperolehi bersama