Pendatang asing( PATI) Assngment kenegaraan

  • View
    1.278

  • Download
    4

Embed Size (px)

Text of Pendatang asing( PATI) Assngment kenegaraan

  • 1. ISI KANDUNGANMUKA SURATAbstrak11.0 Pendahuluan 22.0 Bagaimana Virus ini Boleh Masuk ke Negara Kita2.1 Kebocoran pintu masuk 52.2 Penyalahgunaan visa 83.0 Sedarkah kita yang menjemput virus tersebut 124.0 Jika Tidak Dikawal Virus ini Makin Parah Kesannya 145.0 Kebergantungan: Adakah Negara Memperoleh Manfaatnya 186.0 Takut Berada di Negara Sendiri? Mana Usaha Yang Diambil 207.0 Kesimpulan 228.0 Rujukan23 1

2. NEGARA SEMAKIN TERUK DILANDA VIRUS: Sabah Kini Dijajah?ABSTRAKMengikut rekod dari Jabatan Perangkaan Malaysia, Jumlah penduduk Negara Sabah sudahpun mencecah hampir sekitar 3.2 juta.Malangnya, jumlah warga asing di Sabah terusmengekori rapat jumlah ini, di mana peratusan mereka sudah pun mencecah sebanyak 27%.Kerajaan Barisan Nasional sibuk menyatakan bahawa Pulau Pinang akan menjadiSingapura ke-2 kerana diperintah oleh orang orang Cina walau pun sebenarnya merekainimerupakan warganegara Malaysia juga. Namun UMNO tidak pula bimbang jika Sabah danSarawak dipenuhi oleh pendatang asing tanpa izin (PATI). Hal ini mungkin kerana satu harinanti mereka ini akan menjadi warganegara Malaysia dengan syarat mereka menyokong danmengundi Barisan Nasionsl. Persoalannya di sini, adakah jumlah warga asing tersebut akanmenurun? Dan adakah mungkin jumlah warga asing di Sabah akan terus bertambah?Hal inimungkin akan berlakujika banyak lagi projek-projek pembangunan yang diatur di Sabah.Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita telah meningkatkan keperluan pekerja asingterutamanya dalam bidang pembinaan. Oleh itu, ribuan warga asing telah mengambilkesempatan untuk memasuki negara kita. Pekerja asing Indonesia dan Bangladesh amatramai dan popular di Semenanjung, manakala di Sabah, kebanyakkannya terdiri daripadarakyat Indonesia dan Filipina. Jika dilihat pada kata-kata Menteri Dalam Negeri Datuk SeriHishammuddin Tun Hussein, rakyat Indonesia merupakan antara lima negara tertinggipekerja asing yang berdaftar bekerja di Malaysia dengan 767,590 orang diikuti Nepalsebanyak 279,421 orang, Myanmar 137,784 orang, Bangladesh 134,148 orang dan Indiaseramai 91,222 orang. ( Bernama, 2012). Indonesia merupakan antara lima negara tertinggipekerja asing yang berdaftar bekerja di Malaysia dengan 767,590 orang diikuti Nepalsebanyak 279,421 orang, Myanmar 137,784 orang.Selain itu, antara faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah kemakmurandan kestabilan ekonominya. Kerajaan membelanjakan RM30.2 juta bagi menampung kospenghantaran pulang 154,729 pendatang tanpa izin, PATI di antara tahun 2007 dan 2009.Selain itu kerajaan dikatakan membelanjakan RM30 sehari membiayai kos kehidupan hariandan rawatan (tidak termasuk kos perubatan) PATI di Depot (tahanan) Imigresen. (BeritaSemasa, 2010 ). Walau apapun, kedatangan warga asing tetap mempunyai kebaikan dankeburukannya.Semua pihak haruslah memainkan peranan mereka dengan baik supaya hanyapekerja asing yang sah yang berada di negara.Di sini, kumpulan kami akan membincangkan apakah nasib penduduk di Negara kitaterutamanya Sabah pada masa akan datang?Kata kunci : Warga asing , Sabah , Malaysia2 3. ABSTRACTAccording to records from the Department of Statistics Malaysia, Sabah state population hasalready reached almost around 3.2 million. Unfortunately, the number of foreigners in Sabahcontinued following close this amount, where their percentage is already at 27%. BarisanNasional government is busy saying Penang state which will be Singapore the Second as it isruled by the Chinese people, although they are also citizen of Malaysia. But do not fear ifUMNO Sabah and Sarawak is filled by illegal immigrants.This may be because one day theywill become citizen of Malaysia, provided when they support and vote for the BN.Thequestion here follows; does the amount of foreigners will decrease? Is it possible the numberof foreigners in Sabah will continue to increase.Maybe that will happen? Not impossible ifthere are many other projects arranged in Sabah.The rapid economic growth in our country has increased the need of foreign workers,especially in the construction industry. Thus, thousands of foreigners have taken chance toenter our country. Indonesia and Bangladesh migrant workers are large number in thePeninsular, while in Sabah, mainly people from Indonesia and the Philippines.If you look atthe words of the Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, the people ofIndonesia is among the top five countries registered foreign workers working in Malaysiawith total of 767.590 people followed Nepal 279.421 people, 137.784 people of Myanmar,Bangladesh and India a total of 134.148 people 91.222 people ( Bernama, 2012).Besides that, the factors of foreign workers are more interested in our country isbecause our country has stable economy. The government spent about RM30.2 million tocover the cost of repatriation of 154.729 illegal immigrants between the years 2007 and 2009.In addition, the government alleged that RM30 a day to finance the cost of daily life andtreatment (not including medical costs) illegals in Depot (detention) Immigration.Whateverthe case, the arrival of foreign workers still have disadvantages and advantages. Everyonemust play their role so that only foreign workers who are in the country.Here therefore, we will discuss what will be the fate of the people of Malaysia especiallySabah in the future if this continues to happen?Key Words :Foreigner, Sabah, Malaysia3 4. 1.0PendahuluanSejak akhir-akhir ini isu pendatang tanpa izin (PATI) di Malaysia sudah menjadi satu virusyang paling berbahaya.Malah lebih berbahaya dari H1N1.Antara negeri yang teruk terkenavirus ini adalah negeri Sabah. Adakah Sabah akan dijajah oleh pendatang asing yang datangke negara kita kelak?Persoalannya, di manakah pihak yang harus bertanggungjawab di atassemua ini?Adakah terdapat orang dalam yang membantu kemasukan lambakan warga asingke negara kita?Segala persoalan ini perlu menjadi satu titik tolak buat negara supaya tidakmemandang rendah pada isu ini.Sebelum ini, Washington pernah menyenaraihitamkan Malaysia bersama beberapa buahnegara lain seperti Myanmar, Cuba, Iran, Korea Utara dan Sudan sebagai antara negara yangterlibat dalam penyeludupan manusia tetapi Malaysia menafikannya. Undang-undangMalaysia pada masa ini tidak mempunyai perbezaan antara penyeludupan manusiadan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia.Memang pahit untuk ditelan, tapi itulahhakikatnya.Cuba kita lihat senario yang yang berlaku hari ini dengan lambakan pendatangasing tanpa izin di Malaysia. Setiap kali polis membuat serbuan di pusat hiburan mahupunrumah urut, pasti mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong. Mereka pasti akanmembawa pulang warga asing China, Indonesia dan sebagainya. Bilangannya bukan sedikit,malah semakin meningkat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Isu warga asing di negeri Sabah bukannya perkara baru, tetapi sudah pun melepasi tempoh 40tahun lamanya.Isu seperti ini adalah isu yang penting bagi rakyat negeri Sabah.Undang-undang di Malaysia sudah tersedia ada,namun malangnya penguatkuasaan dan dasar yangmasih lemah. Malah negara juga dikejutkan mengenai kedatangan pekerja asing sekitar 100000 yang dibawa khas dari Nepal.Sebenarnya siapakah yang perlu dipersalahkan dansiapakah yang perlu bertanggungjawab ke atas isu ini?Adakah kita hanya ingin goyang kakidan melihat sahaja perkara ini berlaku?Usaha gigih yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan untuk menangkap dan menghantarpulang PATI turut dilaksanakan.Namun, masalah ini tidak juga berakhir dan semakinmembelenggu rakyat Malaysia.Pada masa yang sama, kita tidak boleh menafikan bahawaPATI telah dan sedang menyumbang pembangunan Sabah dengan menyediakan sumbermanusia terutamanya dalam pembinaan, sektor pertanian dan juga perladangan.Jadi, adakah4 5. kita masih perlu menyalahkan PATI atas sumbangan yang telah diberikan selama ini?Seperti yang diketahui,sebenarnya Malaysia mempunyai undang-undang imigresen. Kerajaanbertanggungjawab untuk memastikan bahawa ia dikuatkuasakan dengan wajar. Sekiranyakerajaan melaksanakannya dengan betul, tidak akan timbul masalah-masalah yang kitahadapi pada hari ini. Pendatang asing tanpa izin harus segera dihantar pulang.Adakah kelakkita perlu menyalahkan pihak kerajaan pula apabila isu PATI Ini menjadi makin parah?Jika tenaga pekerja mereka masih diperlukan di Negara kita, mereka masih bolehkembali.Tetapi mestilah dengan dokumen perjalanan yang betul.Sementara itu, tiada sesiapayang dibenarkan untuk memasuki Sabah secara haram. PATI yang kini berada di Sabah perludiagihkan sama rata di antara 13 negeri di Malaysia. Ini adalah masalah negara jadi mengapaSabah sahaja yang harus memikul beban?5 6. 2.0Bagaimana Virus ini Boleh Masuk ke Negara Kita Kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Negara kita haruslah disekat demi menjaga kesejahteraan dan keamanan Negara kita.Kemasukan warga asing ini pasti berpunca daripada beberapa perkara.2.1 Kebocoran Pintu MasukDimana bocorkah pintu Negara kita?Negara Malaysia sering menjadi sebutan yang cukupberharga kepada pendatang asing di seluruh dunia.Ramai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)yang kebanyakannya berasal dari Indonesia mengatakan Di Malaysia Emas Boleh DikutipDi Kaki Lima menunjukkan peluang mencari rezeki dan hidup senang terbuka luas diMalaysia.Pada masa kini, apa yang kita lihat negara kita telah mengalami kebanjiran warga asing yangmelampau. Hampir keseluruhan warga asing yang masuk ke dalam negara Malaysia tidakmempunyai permit perjalanan yang sah dan membolosi dengan cara yang salah. Menurutkajian Jabatan Imigresen Malaysia, warga asing di negara Malaysia telah mencecah sebanyak2,320,034 mengikut rekod pada tahun 2011. Tetapi daripada jumlah tersebut hanya 1,016,908sahaja yang mempunyai permit perjalanan yang sah dan yang selebihnya merupakan PATIyang tidak mempunyai permit perjalanan yang sah (Jabatan Imegeresen, 2012). Persoalannya,siapakah dalang atau orang yang harus dipersalahkan di atas kekangan kebanjiran wargaasing yang