Author
others
View
10
Download
0
Embed Size (px)
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 5(2): 83-91 (1997) ISS: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press
Pendapatan dan Pembelanjaan Peketja Migran Wanita: Suatu Perbandinganantara Sektor Awam, Industri dan Jualan
LAlLY PAlM dan NURIZAN YAHAYAJabatan Pengllrusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Faklliti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Kata kunci: penggunaan, perbeJanjaan, poJa perbeJanjaan, kesejahteraan material
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji corak pendapatan dan perbelanjaan pekerja migran wanita SemenanjungMalaysia. Seramai 969 pekerja wanita yang berumur antara 15 hingga 30 tahun yang telah berhijrah daritempat kelahiran ke tempat lain dipilih sebagai responden kajian. Responden telah dipilih secara rawakberlapis dari lima zon iaitu mara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang), tengah (Perak dan Selangor), selatan( egeri Sembilan, Melaka danJohor), timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan), dan metropolitan (KualaLumpur). Responden mewakili sektor awam (41 %), industri (38%) dan jualan (21 %). Hasil kajian mendapatibahawa wanita yang dikaji kebanyakannya masih bujang, muda (purata umur 24 tahun) dan berpendidikansetakat SPM. Analisis Chi-square menunjukkan terdapat perbezaan pendapatan yang signifikan mengiklItsektor, kumpulan umur, dan taraf pendidikan. Hasil k,Uian juga menunjukkan terdapat perbezaan yangsignifikan bagi peratusan pendapatan yang dibelanjakan untuk makanan, perumahan dan pengangkutanmengikut sektor, umur, taraf pendidikan dan taraf perkahwinan.
ABSTRACT
The purpose of the study was to determine income and expenditure patterns of female migrant workers inPeninsular Malaysia. The 969 workers between 15 - 30 years old chosen as respondents were selected from5 zones, i.e., north (Perlis, Kedah and Pulau Pinang), central (Perak and Selangor), south (Negeri Sembilan.Melaka andJohor), east (Pahang, Terengganu and Kelantan), and Metropolitan (Kuala Lumpur). Respond-ents were chosen from the public (41 %), industrial (38%), and sales (21 %) sectors. The results of the studyrevealed that most of the women were single, young (mean age of 24) and had an educational level of SPM.Chi-Square tests indicated that thel"e was a significant difference in income among women of different sectors,ages, and levels of education. The ,"esults of the study also indicated that there was a significant differencein percentage of income spent on food, housing, and transportation among women of different sectors, ages,levels of education, and marital status.
PENGENAlAN
Penggunaan adaJah ukuran bagi kesejahteraanseseorang atau sesebuah isi rumah. Antarabeberapa penentu penggunaan termasllklahsumber pendapatan, masa, kekayaan danseumpamanya, harga, cita rasa, dan persekitaran.Pendapatan boleh diperolehi dari pelbagaisumber termasuklah upah/gaji, pulangan darisimpanan dan pelaburan, persaraan, kumpulansimpanan pekerja, sumbangan kebajikan,pemberian, warisan dan sebagainya. Pendapatanadalah ukuran tidak langsung bagi penggunaan.
Pendapatan antara lainnya ditentllkan oleh tahappendidikan dan bidang/jenis pekeljaan yangdiceburi. Perbezaan bidang/jenis pekerjaan yangdiceburi oleh kaum wanita dan lelakimenyumbang kepada perbezaan pendapatanantara wanita dan lelaki (Bergmann, 1986).Selain dari itu, diskriminasi antara jantina jugamenyumbang kepada perbezaan ini (Bergmann,1986). Masalah ini bukanlah masalah yangdihadapi di negara membangun sahaja, malahannegara majll seperti Amerika Syarikat dan UnitedKingdom juga mengalami masalah diskriminasi
Laity Paim dan
upah dan jenis pekerjaan antara lelaki dan wanita(Bergmann 1986).
Selain daripada pendapatan, perbelanjaanjuga digunakan untuk mengukur tahappenggunaan, seterusnya kesejahteraan. Walaupundata tentang perbelanjaan mempunyai beberapalimitasi untuk mengukur penggunaan namunianya mudah dan murah untuk diperolehi.Antara batasan data perbelanjaan adalah ia tidakmemberikan gambaran yang tepat tentangpenggunaan barangan tahan lama yang sebenardan barangan yang dibeli lebih awal daripadamasa pengumpulan data. Selain daripada itudata perbelanjaan juga tidak mengambil kirasisa (disposal) daripada barangan danperkhidmatan yang dibeli (Magrabi et at. 1991).
Tidak dapat dinafikan bahawa sumbanganwanita dalam sektor pekerjaan telah menggalak-kan perkembangan dan pertumbuhan ekonomiyang pesat di Malaysia. Golongan wanita telahmerebut peluang pekerjaan di bandar terutamadalam bidang elektronik dan tekstil (Ozay1986). Penglibatan wanita sebagai pekerjapertanian telah berkurang dari 66.8% padatalmn 1970 kepada 46.3% pada tahun 1980dan kepada 28.1 % pada tahun 1990 (RancanganMalaysia Keenam 1991). Sebaliknya penglibatanwanita sebagai pekelja pengeluaran, buruh danberkaitan telah meningkat dari 10.4% padatahun 1970 kepada 17.6% pada tahun 1980kepada 22.3% pada tahun 1990 (RancanganMalaysia Keenam 1991). Arah aliran ini akanterus meningkat pada masa akan datangberdasarkan kepada pertumbuhan sektorindustri yang begitu pesat pada masa ini.Keadaan ini menunjukkan bahawa wanita yangdahulunya bekerja di ladang sebagai pekerjapertanian kini telah berhijrah ke bandar dimana sebahagian besarnya bekerja di sektorpembuatan. Namun begitu, disebabkan olehpendidikan mereka yang rendah dibandingkandengan pekerja lelaki, mereka lazimnyamenjawat jawatan dengan upah yang lebihrendah.
Dengan taraf pendidikan yang rendah yangseterusnya menyumbang kepada pendapatanyang rendah, bagaimanakah tahap kehidupanpekerja migran wanita ini? Umumnya manusiabertingkah laku ke arah meningkatkankesejahteraan. Oleh itu diandaikan bahawapenghijrahan wanita dari desa ke bandarsebenarnya diiringi dengan peningkatan dalamtahap kesejahteraaan hidup (terutamanya
urizan Yahaya
kesejahteraan material). Data pendapatan danperbelanjaan pekerja migran wani ta telahdianalisis untuk memberikan gambaran tentangkecukupan pendapatan untuk menyarakehidupan mereka di bandar. amun begitu,perbandingan tahap hidup pekerja migran wanitaini pada masa dahulu dan sekarang tidak dapatdibandingkan kerana kekurangan data.
Kajian ini umumnya bertujuan untukmengkaji corak pendapatan dan perbelanjaanpekerja migran wanita Semenanjung Malaysia.Beberapa analisis telah dijalankan untukmembandingkan pendapatan dan perbelanjaanwanita migran mengikut sektor dan beberapaangkubah sosioekonomi.
Pendapatan sebagai Penentu Penggunaan
Terdapat banyak teori yang dikemukakan olehahli ekonomi dalam usaha menerangkan perananpendapatan sebagai penentu penggunaan.Antara teori tersebut termasuklah 'AbsoluteIncome Hypothesis' (Keynes 1936), 'RelativeIncome Hypothesis' (Duesenberry 1949), 'Per-manent Income Hypothesis' (Friedman 1957)dan 'Life Cycle Hypothesis' (Modigliani andBrumberg 1962).
'Absolute Income Hypothesis' menerangkanbahawa penggunaan ditentukan oleh pendapatanboleh guna (disposable income). Walaubagaimanapun teori ini dikritik kerana ia hanyadapat menerangkan penggunaan dalam jangkamasa pendek. Selain dari itu kecenderunganmengguna marginal (marginal propensity toconsume) juga didapati tidak konstan bagi semuatahap pendapatan.
'Relative Income Hypothesis' yangdiperkenalkan oleh Duesenberry (1949)menyatakan bahawa penggunaan individu danlatau isirumah bergantung kepada pendapatanindividu/isi rumah lain dalam komuniti, dantahap pendapatan sebelumnya. Penggunaanbergantung kepada kedudukan seseorang itudalam agihan pendapatan. Dengan lain perkataanindividu atau isi rumah akan cuba mencapaitahap penggunaan yang dicapai oleh individu/isirumah disekelilingnya. Selain daripada itu teoriini juga menerangkan bahawa adalah lebih mudahuntuk menyesuaikan diri dengan pendapatan yangbertambah dari pendapatan yang menurun.Individu atau isi rumah dengan mudah akandapat meningkatkan penggunaan mereka apabilapendapatan bertambah, tetapi adalah sukar bagiindividu atau isi rumah untuk merendahkan tahap
84 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 0.2 1997
Pendapatan dan Pembelanjaan Pekel:ja Migran Wanita
penggunaan mereka apabila pendapatanberkurang. Malahan individu atau isi rumah akanberusaha untuk mengekalkan tahap penggunaanmereka sekarang, walaupun tidak meningkat-kannya.
Permanent Income Hypothesis' (Friedman1957) menyatakan bahawa penggunaan bergantungkepada pendapatan tetap. Pendapatan merangkumidua komponen utama iaitu pendapatan tetap dantidak tetap. Oleh kerana individu hanyamenggunakan kadar yang berterusan daripendapatan tetap mereka, maka pendapatan yangtidak dijangka seperti durian runtuh, bonus danseumpamanya tidak akan mengubah corakpenggunaan. Namun begitu, pendapatan tidaktetap ini akan mempengaruhi simpanan.
Akhirnya 'Life Cycle Hypothesis' (Modiglianiand Brumberg 1962) menerangkan bahawaindividu menggunakan kadar yang tetap daripadapendapatan mereka pada setiap masa. Umumnyaramai orang mempunyai pendapatan di tahapyang paling tinggi dalam agihan pendapatansemasa umur pertengahan, dan ramai orangmuda dan tua berada di tahap pendapatan yanglebih rendah.
Selain daripada teori yang diterangkan diatas, beberapa kajian empirikal yang lalu jugaada menerangkan faktor-faktor yang mempen-garuhi perbelanjaan atau penggunaan sesebuahkeluarga itu. Antaranya termasuklah saiz keluargadan komposisi (Abdel-Ghany and Schwenk 1993),umur (Chen and Chu 1982; Lydall 1995)pendapatan (Chen and Chu 1982), pendidikan(Abdel-Ghani and Foster 1982; Abdel-Ghany andSchwenk 1993; Horton and Haftrom 1985) danpekerjaan (Horton and Haftrom 1985)
Kesemua teori dan kajian empirikal di atasboleh dijadikan asas dalam menerangkanbagaimana pendapatan mempengaruhipenggunaan seseorang. Kajian ini akan mengkajibagaimana faktor pendapatan, umur, sektorpekerjaan, dan pendapatan yang berbezamempengaruhi perbelanjaan atau penggunaanpenghijrah wanita yang dikaji.
METODOLOGI
Data untuk kajian ini telah dikumpulkan daripekerja migran wanita Semenanjung Malaysia.Untuk tujuan persampelan, SemenanjungMalaysia telah dibahagikan kepada lima zan,iaitu utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang),tengah (Perak dan Selangor), metropolitan(Kuala Lumpur), Selatan (Negeri Sembilan,
Melaka dan johor) dan timur (Pahang,Terengganu dan Kelantan). Teknik persampelanrawak berlapis telah digunakan untuk memilihnegeri dan daerah bagi mewakili setiap zan.Negeri yang terpilih adalah Pulau Pi nang,Selangor, Wilayah Persekutuan, johor danPahang. Manakala daerah yang terpilih adalahPulau Pinang Bandar dan Seberang Prai Tengah(Pulau Pinang), Petaling jaya, Ulu Langat danGombak (Selangor), Wilayah Persekutuan (KualaLumpur), Kluang dan johor Bharu (johor) sertaKuantan dan Bentong (Pahang).
Seramai 969 orang pekerja wanita berumurantara 15 hingga 30 tahun yang telah berpindahdari tempat kelahiran ke kawasan lain telahterpilih sebagai responden kajian. Dari jumlahtersebut, 369 orang adalah pekerja industri yangmana kebanyakannya dari industri eletronik danelektrik, 203 orang pekerja sektor jualan, dan397 orang pekerja sektor awam. Datadikumpulkan melalui temu bual berdasarkanborang soal selidik di tempat kerja dan di tempatkediaman antara September 1993 hingga Mac1994 oleh penemu bual terlatih. Data dianalisismenggunakan program SPSSpc.
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Latar Belakang RespondenHasil kajian menunjukkan sebahagian besar
pekelja wanita ini (87 peratus) berumur antara20 hingga 30 tahun. Hanya 13 peratus berumurdi bawah 20 tahun. Purata umur mereka adalah23.8 tahun. Sebahagian besar wanita yang dikaji(90.5 peratus) berbangsa Melayu. Seramai 72.4peratus masih bujang, 25.7 peratus telahberkahwin dan seorang janda. Dari segi umurmengikut sektor juga di dapati pekerja wanitasektor awam adalah lebih tua dibandingkandengan sektor yang lain. Lebih ramai pekerjasektor awam yang telah berkahwin berbandingsektor industri dan jualan.
Melihat kepada taraf pendidikan, didapatikebanyakan wanita yang dikaji (68%) mendapatpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia dan SijilTinggi Pelajaran Malaysia. Manakala 10.8%mempunyai kelulusan universiti. Hanya 14%wanita ini yang mempunyai pendidikan setakatSijil Rendah Pelajaran. Umumnya pekerja wanitasektor awam mempunyai taraf pendidikan yanglebih baik dibandingkan dengan sektor jualandan industri (Lihat jadual 1).
Dari segi pekerjaan yang diceburi, bagi sektorawam, jenis pekerjaan termasuklah guru, kerani
PenanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 No.2 1997 85
Laily Paim dan Nurizan Yahaya
.lAD A1. ILataI' beJakang pekelja wanita mengikut
sektor
LataI' belakang Sektor
Awam lndustri Jualan Jumlah(41%) (38%) (21%) (100%)
Umur (tahun):15-19 3.0 19.5 20.7 13.020-24 41.8 48.6 34.9 42.92';-30 55.2 31.9 44.4 44.1
TaraI' perkahwinan:Bujang 55.7 81.1 78.4 72.4Berkahwin 44.3 18.9 21.1 V27.5Janda 0 0 0.5 0.1
Taraf penclidikan:Daljah [nam 0 3.8 4.4 2.6SRP 1.5 20.1 30.5 14.7SPM/SPVM 40.9 62.9 56.2 52.3STPM 26.3 10.2 5.4 15.7Maktab/Politeknik 7.3 1.1 2.5 3.9Universiti 24.1 1.9 1.0 10.8
dan pembamu am rendah. Oi sektor industri,kebanyakan pekerja wanita adalah lercliridaripada operator pengeluaran. Manakala clisektor jualan, lebih claripada separuh wanitabekelja sebagai junUual.
Pendapatan
Penclapatan clikira berdasarkan upah alau gajibulanan yang dilerima daripada pekerjaan Ulama.Terclapat perbezaan gaji yang ketara antarapekerja-pekelja ini clengan julat pendapatanantara RMl21 hingga RM2300. Puralapenclapatan mengikut sektor menunjukkanpekerja seklOr inclustri berpenclapatan purataterenclah (RM462.79) berbancling clenganpekerja sektor jualan (RM473.02) clan pekeljasektor awam (RM704.69).
Dari Jaclual 2 cliclapali lebih ramai pekeljawanita di seklOr inclustri menerima penclapatanyang renclah manakala lebih ramai pekelja wanilaseklor awam memperolehi pendapatan yanglebih tinggi. Keadaan ini boleh dikaitkan denganumur dan taraf pendidikan mereka. Kedua-duafaktor ini menyumbang kepada jumlahpendapalan yang diterima.
Hasil kajian juga menunjukkan bahawasebahagian besar pendapatan adalah daripekerjaan ulama. Hanya sebilangan kecil (kurangdaripada 2%) pekerja wanita yang memperolehipendapatan dari pekerjaan sampingan. Lebihseparuh daripada mereka yang terlibat ini adalahpekerja seklOr awam. Memandangkan masa
JADUAL 2Pendapatan utama pekelja wanita mengikut sektor
Pendapatan Sektor
Awam Industri j ualan jumlah(41%) (38%) (21 %) (100%)
RMI000 22.2 1.1 2.0 9.9
bekerja yang lebih teratur (tidak mengikut waktusyif seperti kebanyakan pekerja sektor industri)membolehkan mereka ini membuat kerjasampingan. Kerja sampingan termasuklahmengajar di kelas tambahan, dan berniaga.Walaupun tidak ramai yang melakukan kerjasampingan namun pendapatan yang diperolehiadalah lumayan. Pendapatan sampingan pekerjaseklor jualan adalah jauh lebih tinggi (purataRM 1687 sebulan) daripada pekerja sektorindustri (purata RM300) dan sektor awam(pllrata RM550).
Sumber-sumber pendapalan yang lainlermasuklah bonus dan dividen. Sumberpendapalan dari sewa, pajak dan seumpamanyaticlak penting. Hanya sebilangan kecil pekeljayang memperolehi pendapatan clari sumber ini.Ini kerana wanita-wanita ini masih mucla danbelum mempunyai harta yang boleh disewakanalau dipajak.
Ujian Chi square digunakan untuk mengLuiperbezaan jumlah pendapatan mengikut sektor,kumpulan umur, taraf pendidikan, dan tempatlahir. Hasil kajian menunjukkan terdapatperbezaan jumlah pendapatan yang signifikanmengikut sektor (p
Penclapatan clan Pembelanjaan Pekelja Migran Wanila
Hasil kajian menunjukkan bahawa tidaksemlla wanita yang dikaji membelanjakanpendapatan mereka lIntlik semua kategoriperbelanjaan.Jadual 4 menunjukkan purata bagibeberapa kategori perbelanjaan yang dilakukanoleh lebih daripada 50% wanita dari setiap sektor.Kategori-kategori perbelanjaan lain yang tidakdimasukkan ke dalam jadual adalah kategoriperbelanjaan yang dilakukan oleh kurangdaripada 50% pekerja wanita mengikut sektoryang tertentu.
Perbelanjaan
Perbelanjaan untllk makanan merangkumiperbelanjaan makanan basah, kering dan makandi luar rumah. Hasil kajian menunjukkan bahawaperbelanjaan untuk makanan basah dan keringhanya penting (dilakukan oleh >50% wanita)
bagi sektor awam dan industri. Pekelja sektorindustri membelanjakan jumlah yang lebih rendahdibandingkan dengan pekerja sektor awam.
Bagi pekerja sektor jualan, perbelanjaanmakan di luar rumah adalah lebih penting darimenyediakan makanan sendiri dan jumlah yangdibelanjakan juga adalah lebih tinggi dari yangdibelanjakan oleh sektor awam dan industri. Jikadilihat kepada purata perbelaruaan makanankeseluruhannya didapati tiada perbezaan yangketara antara pekeJja sektor awam dan jualan,iaitu masing-masing RM203.63 dan RM202.34.Namun jumlah yang dibelanjakan oleh pekeljasektor industri adalah jauh lebih rendah iaituRM127.41 sebulan. Keadaan ini dapatditerangkandengan latar belakang mereka di mana lebihramai pekerja sektor awam yang telah berkahwin(44.3%) dan mempunyai keillarga di samping
JADUAL 4Purala perbelanjaan mengikut sektor
25.83 359 34.59 165(81.3)
13.37 235 21.52 130(63.7) (64.0)
49.51 212(57.5)
Sektor Industri(N=369)
7.45 187(50.7)
8.42 190(51.5)
5.14 231(62.6)
Sektor Jualan(N=203)
157(77.3)
n(%) )RM
163.28
n(%)
288(78.0)273
(74.0)285
(77.2)
IUvl
38.4
39.40
80.14
Sektor Awam=397)
RM n(%)
68.11 283(71.3)
76.83 243(61.2)
110.67 329(82.9)
132.23 285(71.8)
12.33 282(71.0)
17.42 276(69.5)
43.099.67 242
(61.0)
43.94 310(78.1 )
36.73 373(94.0) (97.3)
24.86 327(82.4)
Bil telefonGas/Minyak
Perbelanjaan lainBarangankegunaanharianBahan bacaan
Pakaian
Bil air
Bil eleklrik
Bahan basah
Makan di luar
PengangkutanTambang
PerumahanSewa
MakananBahan kering
Perbelanjaan
PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 No.2 1997 87
Laily Paim dan Nurizan Yahaya
mempunyai pendapatan yang lebih tinggidibandingkan dengan pekelja sektor industri yangkebanyakannya masih bujang.
Bagi perbelanjaan perumahan, item yangpenting bagi pekerja sektor awam termasuklahsewa, bil dan gas. Ini dapat diterang dengankebanyakan pekerja awam yang telah berumahtangga. Bagi wanita sektor industri pulaperbelanjaan perumahan yang penting adalahbagi bil dan gas, manakala bagi pekerja sektorjualan tiada satupun perbelanjaan perumahanyang dilibatkan oleh lebih daripada 50% pekerjawanita yang dikaji. Pekerja sektor industri ramaiyang tinggal di rumah yang disediakan olehpihak kilang. Oleh itu sewa tempat tinggaltelahpun diselaraskan dalam bayaran gaji merekaoleh pihak kilang. Namun begitu mereka inikebanyakannya memasak makanan sendiri. Jikadilihat pada purata perbelanjaan perumahankeseluruhannya didapati perbelanjaanperumahan pekerja industri adalah lebih rendah(RM79.86) dibandingkan dengan pekerja sektorawam (RM203.68) dan sektor jualan (RMl55.38).Sebanyak 82.5% pekerja industri membelanjakankurang daripada RMlOO sebulan untukperumahan, sedangkan bagi pekelja sektor awamhanya 46.2% dan sektor jualan 56.6%membelanjakan jumlah yang sama.
Perbelanjaan pengangkutan yang pentingadalah tambang bagi pekerja sektor awam. BagipekeIja sektor industri dan jualan kurang daripada50% pekerja yang membelanjakan pendapatanmereka untuk pengangkutan. Bagi perbelanjaanpengangkutan secara keseluruhannya, didapatipekeIja industri membelanjakanjumlah yang lebihtinggi (RM182.62) dibandingkan dengan sektorawam (RM93.57) dan sektor jualan (RM93.49).Ini adalah kerana terdapat ramai pekerja industriyang tinggaljauh dari tempat keIja dan sebahagianmereka kerap juga pulang ke kampung padamasa cuti.
Jika dilihat dari kategori yang disenaraikandalamJadual4 di atas didapati kategori simpanandan memberi ibu bapa tidak dimasukkan keranaia dilakukan oleh kurang daripada 50% wanitayang dikaji. Simpanan dan pemberian kepadaibu bapa umumnya menunjukkan lebihandaripada pendapatan setelah memenuhikeperluan asas. Oleh itu lebih 50% pekerjamigran wanita yang dikaji tidak menyimpan ataumemberikan sebahagian daripada pendapatanmereka kepada ibubapa.
Peratusan Perbelanjaan dari Pendapatan
Selain daripada menelitijumlah pendapatan yangdibelanjakan, pola perbelanjaan juga bolehdianalisis dengan menentukan peratusan yangdibelanjakan untuk item yang tertentu. Garispemisah yang digunakan di sini ialah 30%daripada jumlah pendapatan. Peratusan iniadalah peratusan yang diperkenalkan dalamperaturan Engel di mana perbelanjaan makananyang melebihi 30% menunjukkan tahap hidupyang rendah. Walaupun garis pemisah ini lebihsesuai untuk makanan namun ia boleh jugamemberikan gambaran pol a perbelanjaanpekerja wanita yang dikaji.
A.nalisis mendapati kebanyakan pekeIja wanitamembelanjakan 30% daripada pendapatanmereka untuk makanan terutamanya yang telahberkahwin (LihatJadual5). Walau bagaimanapunhampir 25% daripada mereka membelarUakanlebih elaripada 30%. Makanan merupakan an tarakeperluan asas yang perlu elipenuhi. Sekiranyaperatusan elaripada pendapatan yang dibelanjakanuntuk makanan adalah besar menunjukkanbahawa seorang/sesebuah isi rumah itu masih elitahap kehidupan yang agak rendah. Ini jugabermakna bahawa perbelaruaan untuk keperluandan kehenelak lain berkemungkinan terjejas atautidak dapat dipenuhi.
Bagi perbelanjaan perumahan danpengangkutan, kebanyakan mereka (>75%) sarnaada yang belum ataupun telah berkahwinmembelanjakan ~30% daripada jumlahpendapatan. Perbelanjaan untuk simpananmenurUukkan pola yang agak menarik di manalebih ramai pekelja wanita bujang yangmenyimpan lebih daripada 30% pendapatanmereka terutamanya bagi pekerja industri.Seramai 40% daripada pekeIja bujang dari sektorindustri menyimpan lebih daripada 30%pendapatan mereka.
Sebaliknya pekeIja wanita sektor industri yangtelah berkahwin paling sedikit (hanya 3%)menyimpan melebihi 30% pendapatan mereka.Mungkin peratusan sebanyak 30% ini terlalu tinggisebagai garis pemisah namun ia dapatmemberikan gambaran bahawa pekerja wanitab1uang lebih banyak menyimpan dibandingkandengan pekerja yang telah berkahwin.Berkemungkinan juga mereka yang telahberkahwin mempunyai simpanan daripadapendapatan suami alau memerlukan perbelanjaanyang lebih untuk menyara anak-anak.
88 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 No.2 1997
Pendapatan dan Pembelanjaan Pekerja Migran Wanita
JADUAL 5Peratusan perbelanjaan dari jumlah pendapatan mengikut sektor dan taraf perkahwinan
Perbelanjaan Sektor Awam Sektor Industri Sektor Jualan(N=397) (N=369) (N=201)
B (%) K (%) B (%) K (%) B (%) K (%)
Makanan n=234 n=153 n=315 n=46 n=128 n=53
",;; 30% 75.6 88.2 68.6 71.7 34.4 69.8> 30% 24.4 11.8 31.4 28.3 65.6 30.2
Perumahan n=212 n=149 n=256 n=47 n=86 n=43",;; 30% 86.8 96.6 94.1 97.9 77.9 79.1> 30% 13.2 3.4 5.9 2.1 22.1 20.9
Pengangkutan n=188 n=122 n=64 n=26 n=57 n=18",;; 30% 85.6 86.1 85.9 84.6 96.5 88.9> 30% 14.4 13.9 14.1 15.4 3.5 ILl
Simpanan n=185 n=122 n=225 n=34 n=80 n=35",;; 30% 88.1 96.7 61.4 97.0 77.5 91.4> 30% 11.9 3.7 39.6 3.0 22.5 8.6
Beri Ibubapa n=200 n=114 n=277 n=36 n=70 n=24",;; 30% 93.0 100.00 79.8 97.2 60.0 91.7> 30% 7.0 0.0 20.2 22.8 40.0 8.3
Satu lagi penemuan yang agak menarikadalah mengenai peratusan pendapatan yangdiberikan kepada ibu bapa. Hasil kajianmenunjukkan bahawa lebih ramai pekerja bujangyang memberikan peratusan daripada pen-dapatan mereka yang lebih tinggi (>30%pendapatan) dibandingkan dengan pekerja yangtelah berkahwin terutamanya pekerja sektorjualan. Seramai 40% pekerja bujang sektor jualanmemberikan lebih daripada 30% pendapatanmereka kepada ibubapa dibandingkan denganpekerja bujang sektor industri (20%) dan sektorawam (7%).
Ujian Chi square telah dilakukan untukmelihat perbezaan perbelanjaan mengikut sektor,umur, taraf pendidikan, taraf perkahwinan dantempat lahir (Lihat Jadual 6). Hasil kajianmenunjukkan terdapat perbezaan yang signifikanbagi peratusan pendapatan yang dibelanjakanuntuk makanan, perumahan dan pengangkutanmengikut sektor, umur, taraf pendidikan dantaraf perkahwinan (Lihat Jadual 6). Hasil kajianmenyokong dapatan kajian lalu.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Terdapat perbezaan latar belakang pekerjamigran wanita yang dikaji mengikut sektor.Perbezaan umur, taraf perkahwinan, sektor dantaraf pendidikan menyumbang kepada perbezaanpendapatan dan pola perbelanjaan. Hasil kajianini selari dengan hasil kajian lalu yang
menunjukkan bahawa faktor pendapatan, umur,dan tahap pendidikan mempengaruhi polaperbelanjaan.
Dari segi pendapatan dapat disimpulkanbahawa pekerja sektor industri mempunyaipendapatan yang hampir sama dengan pekerjasektor jualan walaupun mereka mempunyai tahappendidikan yang lebih baik. Dengan jenispekerjaan yang di jalankan, mereka sepatutnyamendapat pendapatan yang lebih tinggi.
Responden wanita yang berkahwin puladidapati mempunyai pendapatan isi rumah yanglebih tinggi; namun ini tidak bermakna merekamenikmati kehidupan yang lebih baik. Merekajuga membelanjakan sebahagian daripadapendapatan mere~ untuk menyara anak-anak.Jumlah peruntukan itu agak tinggi terutamanyadi bandar.
Kurang daripada 50% pekerja dari semuasektor yang dikaji memberi sumbangan kepadaibu bapa. Dari hasil kajian ini dapat disimpulkanbahawa penghijrahan ke bandar sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaanhidup wanita itu sendiri. Walaupun mereka initidak menyimpan namun mereka ini tinggal dirumah yang agak sempurna dan dapat menikmatikemudahan yang terdapat di persekitaranmereka. Namun begitu, masih terdapatsebilangan pekerja wanita bujang yangmenyimpan dan menyumbang kepada ibu bapamereka dengan jumlah yang agak besar,
PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 No.2 1997 89
Laily Paim dan Nurizan Yahaya
JADUAL 6Ujian chi-kuasa dua: perbelanjaan mengikut sektor, umm, taraf pendidikan,
taraf perkawinan dan tempat lahir
Angkubah X2 DF
SektorMakanan 969 79.59** 6Perumahan 969 110.63** 6Pengangkutan 969 86.58** 6murMakanan 969 81.01 ** 6Perumahan 969 85.26** 6Pengangkutan 969 57.91 ** 6
Tahap pendidikanMakanan 969 45.63** 6Perumahan 969 45.28** 6Pengangkutan 969 29.20** 6
Taraf perkahwinanMakanan 968 130.20** 3Perumahan 968 160.00** 3Pengangkutan 968 132.18** 3
Tempat lahir (asal)Makanan 969 17.36 9Perumahan 969 19.89 9Pengangkutan 969 7.23 9
** p
Pendapatan dan Pembelanjaan Pekerja Migran Wanita
MAGRABI, F.M., Y.S. CHuNG, S.S. CJ-IA and S-j. y.\:>Ic.]99]. The Economics of Household Consumption.New York: PraegeL
MODIGLIANI, R. and R. BRUMBERG 1962. Utility analysisand the consumption function: An inter-pr"etation of cross-section data. In Post Keynesian
Economirs ed. K. Kurihara. p. ~88-437. ewBrunswick, NJ: Rutgers University Press.
OZAY, M. 1986. Pagar makan padi. Kuala Lumpur:Insan.
R.\:'\CA:'\GA:'\ M.\L\\SIA KJ._E:\AM. ] 99].
(Diterillla 19 A/Jril 1995)
PenanikaJ. Soc. Sci. &: Hum. Vol. 5 No.2 1997 91