12
Isi kandungan Tajuk Muka Surat Definisi pencemaran udara Jenis-jenis bahan pencemar Jenis-jenis pencemaran udara Kesan pencemaran udara Langkah mengatasi pencemaran udara Penghargaan

Pencemaran udara

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pencemaran udara

Isi kandungan Tajuk Muka Surat

Definisi pencemaran udara

Jenis-jenis bahan pencemar

Jenis-jenis pencemaran udara

Kesan pencemaran udara

Langkah mengatasi pencemaran udara

Penghargaan

Page 2: Pencemaran udara

Pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Secara umumnya, ia melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan keditakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam saluran darah.

Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.

Apa itu pencemaran udara?

Page 3: Pencemaran udara

Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan plumbum dan logam lain.

Jenis-jenis bahan pencemar

Page 4: Pencemaran udara

Pencemaran udara primer

Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan terampai-ampai di udara dan member kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kebiasaannya pencemaran ini dibebaskan melalui ekzos kenderaan,kawasan industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.

Jenis pencemaran udara

Page 5: Pencemaran udara

Pencemaran udara sekunder

Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya, gabungan sulfur dioksida,sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfuric.Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksida asetil nitrat (PAN).

Page 6: Pencemaran udara

Faktor pencemaran udara Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap

kenderaan,penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.Selain itu,pembakaran di tempat pelupusan,pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah. Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku pencemaran tersebut.Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara berleluasa.Namun demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak dan perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pembungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin, letusan gunung berapi dan sebagainya.

Page 7: Pencemaran udara

Pembakaran terbuka

Asap daripada kenderaan

Pelepasan asap gunung berapi

Pelepasan asap yang tidak ditapis oleh kilang

Page 8: Pencemaran udara

Pencemaran udara

Manusia

Kesan pencemaranMangsa

❦ Mendapat penyakit yang berbahaya❦ Meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah❦ Melambatkan tindak balas manusia(mengantuk,etc.)❦ Mengurangkan fungsi paru-paru

Tumbuh-tumbuhan

☁ Mengalami merosakkan seperti keguguran,etc.☁ Mengurangkan sumber makanan ekonomi

Haiwan☁ Kesihatan terancam☁ Habitat terganggu dan terancam

Bahan ☁ Dinding perumahan akan terhakis☁ Rosak

Penyusutan lapisan ozon dan pemanasan global juga antara kesan-kesan pencemaran udara.Penyusutan lapizan ozon sangat bebahaya sehingga boleh mencairkan ketulan-ketulan besar ais di kutub utara dan boleh menyebabkan kanser kulit kerana terdedah pada sinaran matahari yang terik. Pencemaran udara juga boleh menyebabkan hujan asid yang boleh menghakis bahan dan boleh membawa penyakit seperti demam panas.Ini berlaku oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudian menjadi asid sulfuric dan asid nitric.

Page 9: Pencemaran udara

Langkah mengatasi pencemaran udara

Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil. Diberikan contoh langkah mengatasi pencemaran udara:✎ Penampalan ozon

Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.✎ Memperkenalkan undang-

undangPihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara wajar mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajibkan menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%!

Page 10: Pencemaran udara

✎ Penggunaan teknologi

✎ Kitar semula

✎ Kempen alam sekitar

Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar.

Page 11: Pencemaran udara

‘Wet scrubber’

Page 12: Pencemaran udara

Penghargaan

Saya ingin mengharapkan penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya membuat folio ini dan memberi bantuan dorongan serta nasihat. Ini telah membolehkan saya menjalankan kajian dengan jayanya. Sekalung budi kepada Puan Nooridah Hussein. Folio ini telah menjadi ulangkaji saya yang berkesan.

Konklusi yang saya dapat daripada tajuk ini ialah udara sangat penting dalam kehidupan kita kerana udara ialah campuran beberapa jenis gas penting salah satu daripadanya ialah oksigen. Setiap saat kita hidup, kita menyedut oksigen ke dalam sistem pernafasan kita. Jika udara telah dicemari, maka oksigen juga dicemari dan ia akan membahayakan kesihatan kehidupan.

Tamat