9
Pencemaran Udara 1.0 Pengenalan Ruang angkasa bumi, yang juga dikenal sebagai atmosfera merupakan tempat terdapatnya udara. Atmosfera merupakan selimut kepada bumi. Ia mengandungi beberapa lapisan, lebih kurang 95 peratus udara terdapat pada lapisan troposfera yang menjangkau jarak antara 0-7 batu (0-12 km) dari bumi, semua bentuk pencemaran udara akan terkumpul di lapisan ini. Udara bersih mengandungi 0.1 ppm karbon monoksida, 0.001 ppm nitrogen dioksida dan 0.25 ppm oksida- oksida nitrus. Apabila pencemaran udara berlaku akan mengubah komposisi komponen-komponen ini. Fenomena pencemaran udara memberi kesan yang besar terhadap pelbagai aspek seperti dari segi nilai estetik, ekonomi, keselamatan kesihatan dan juga gangguan keselesaan individu. Sumber pencemar udara boleh dikategorikan mengikut jenis emisi sama ada gas atau partikulat, mengikut jenis punca sebabnya sama ada secara semula jadi atau tiruan dan mengikut bilangan dan taburan ruang. Pencemaran udara boleh di klasifikasikan kepada dua jenis, iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer adalah pencemaran yang dihasilkan oleh sulfur monoksida dan Karbon Monoksida yang dihasil daripada pembakaran tidak lengkap. Pencemaran primer ini menyebabkan zarah -zarah halus terampai di udara . Kebanyakan pencemaran udara tersebut dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan penggunaan dapur seperti arang kayu yang tidak terkawal. Manakala, Pencemaran sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas oleh sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara yang tidak diperlukan oleh benda hidup. 2.0 Faktor- faktor menyebabkan pencemaran udara Pencemaran udara disebabkan oleh dua faktor yang pertama fator aktiviti manusia itu sendiri dan faktor semulajadi. Dilihat dari perspektif aktiviti manusia adalah aktiviti pembakaran, aktiviti penyemburan, penggunaan gas

Pencemaran Udara

  • Upload
    avirah

  • View
    8.959

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pencemaran Udara

Pencemaran Udara

1.0 Pengenalan

Ruang angkasa bumi, yang juga dikenal sebagai atmosfera merupakan tempat

terdapatnya udara. Atmosfera merupakan selimut kepada bumi. Ia mengandungi

beberapa lapisan, lebih kurang 95 peratus udara terdapat pada lapisan

troposfera yang menjangkau jarak antara 0-7 batu (0-12 km) dari bumi, semua

bentuk pencemaran udara akan terkumpul di lapisan ini. Udara bersih

mengandungi 0.1 ppm karbon monoksida, 0.001 ppm nitrogen dioksida dan 0.25

ppm oksida-oksida nitrus. Apabila pencemaran udara berlaku akan mengubah

komposisi komponen-komponen ini. Fenomena pencemaran udara memberi

kesan yang besar terhadap pelbagai aspek seperti dari segi nilai estetik,

ekonomi, keselamatan kesihatan dan juga gangguan keselesaan individu.

Sumber pencemar udara boleh dikategorikan mengikut jenis emisi sama ada gas

atau partikulat, mengikut jenis punca sebabnya sama ada secara semula jadi

atau tiruan dan mengikut bilangan dan taburan ruang.

Pencemaran udara boleh di klasifikasikan kepada dua jenis, iaitu

pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer adalah

pencemaran yang dihasilkan oleh sulfur monoksida dan Karbon Monoksida yang

dihasil daripada pembakaran tidak lengkap. Pencemaran primer ini

menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran

udara tersebut dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang

melepaskan asap atau bahan pencemar dan penggunaan dapur seperti arang

kayu yang tidak terkawal. Manakala, Pencemaran sekunder adalah berpunca

hasil daripada tindak balas oleh sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-

wap air di udara yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

2.0 Faktor- faktor menyebabkan pencemaran udara

Pencemaran udara disebabkan oleh dua faktor yang pertama fator aktiviti

manusia itu sendiri dan faktor semulajadi. Dilihat dari perspektif aktiviti manusia

adalah aktiviti pembakaran, aktiviti penyemburan, penggunaan gas

klorofluorokarbon (CFC) . Dari aspek semula jadi ia telah lama berlaku sebelum

Page 2: Pencemaran Udara

manusia wujud lagi. Antaranya ialah letupan gunung berapi, proses pereputan,

ribut pasir dan semburan air laut.

Aktiviti pembakaran bahan api di kilang dan dalam enjin kenderaan bermotor,

pembakaran api ini akan menghasilkan gas-gas pencemar seperti nitrogen

dioksida, karbon dioksida, silfur dioksida dan karbon monoksida. Gas-gas ini

seterusnya akan terbebas dan berkumpul di ruang udara, apabila ia semakin

banyak dan ia akan berpadu dengan awan dan akhirnya membawa kepada hujan

asid.

Pembakaran sampah sarap dan hutan secara besar-besaran juga

merupakan penyumbang kepada pencemaran udara. Pencemaran ini lazim kita

dengar dan sentiasa berlaku di mana-mana, contohnya pembakaran hutan di

Indonesia secara besar-besaran yang pernah berlaku suatu ketika dahulu yang

member impak yang amat buruk. Negara kita juga tidak terkecuali terkena kesan

fenomena tersebut. Kesan yang ketara ialah jerebu yang amat teruk berlaku

sekitar ruang udara. Udara yang diliputi oleh bahan-bahan pencemar seperti gas

karbon dioksida, debu dan partikulat yang menyebabkan suasana udara menjadi

kabus dan kabur. Begitu juga dengan aktiviti penyemburan racun serangga dan

bahan-bahan kimia juga merupakan faktor kepada pencemaran udara yang

menghasilkan gas dan bahan kimia ke udara yang membawa kesan buruk

terhadap kesihatan manusia.

Faktor yang terakhir adalah penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) yang

berpotensi mengeluarkan gas CFC. Gas CFC dibebaskan oleh alat penyaman

udara, alat penyembur dan peti sejuk. Apabila gas CFC terlalu banyak berkumpul

di ruang udara ia akan memberi kesan yang amat berbahaya kerana akan

membawa kepada penipisan dan kebocoran lapisan ozon, apabila fenomena ini

berlaku sinaran matahari semakin terdedah dan memanaskan suhu di sekiling

ruang dan permukaan bumi.

3.0 Bahan-bahan pencemaran

Page 3: Pencemaran Udara

Bahan pencemaran ialah ialah bahan-bahan yang menyebabkan berlakunyan

pencemaran udara. Bahan pencemar ini dikelaskan berdasarkan kepada

beberapa kriteria seperti sifat fizik, sifat kimia dan punca bahan pencemar. Dari

segi fizik, bahan pencemar boleh dikelaskan kepada gas, asap, habuk dan

sebagainya manakala dari segi punca, bahan pencemar udara yang wujud

adalah dikelaskan kepada pencemaran primer dan pencemaran skunder. Bahan

pencemar primer ialah bahan yang terdapat di udara dalam bentuk asal iaitu

sama seperti bahan yang terdapat di udara dalam bentuk asal seperti sulfur

dioksida, nitrogen oksida dan hidrokarbon manakala bahan skunder pula ialah

bahan pencemar yang bukan lagi dalam bentuk asal iaitu terbentuk daripada

bahan pencemar lain melalui proses tindak balas fotokimia, hidrolisis dan

pengoksidaan. Contohnya, nitrogen oksida bertukar menjadi nitrogen dioksida

melalui proses fotokimia (seinfield 1975).

Selain itu, bahan pencemar juga boleh dikategorikan berdasarkan

kompenen kimia iaitu bahan pencemar organik dan bukan organik. Bahan

pencemar organik ialah hidrokarbon, aldihid, keton, alkohol dan eter manakala

bahan pencemar bukan organik seperti oksida-oksida sulfur, oksida-oksida

nitrogen, hidrogen klorida dan hidrogen florida.

Zarah merupakan diantara bahan pencemar yang menyebabkan

berlakunya pencemaran udara. Zarah ialah sebarang pepejal dan cecair yang

terdapat di udara biasanya melebihi ukuran garis pusat 0.002 mikron tetapi kecil

daripada 500 mikron. Zarah ini adalah berbeza dari segi sifat-sifat fizik, kimia

dan biologi. Dari segi sifat fizik, zarah berbeza dari segi saiz, proses

pembentukan, ciri-ciri pengenapan dan kualiti optik. Zarah juga mempunyai

sifat-sifat kimia yang tertentu seperti titisan asid, oksida-oksida logam, silikat

dan jelagat. Dari segi biologi, zarah terdiri daripada bakteria, virus, spora dan

debunga.

Selain itu, bahan pencemar lain ialah karbon monoksida. Karbon

monoksida ialah sejenis gas yang tidak berwarna, tidak berbau dan tanpa rasa.

Gas ini dihasilkan daripada pembakaran tidak lengkap bahan hidrokarbon.

Antara punca utama gas ini ialah kenderaan dan kilang. Hidrokarbon juga

merupakan bahan pencemar yang menyumbang pencemaran udara.

Page 4: Pencemaran Udara

Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi elemen-elemen hidrogen dan

karbon seperti metana, etana, propana dan etilena. Hidrokarbon dihasilkan

secara semula jadi oleh benda bernyawa terutama tumbuhan. Kenderaan

bermotor juga merupakan pencemar hidrokarbon terpenting kerana

menggunakan bahan bakar petroleum.

Oksida nitrogen ialah merupakan jenis bahan pencemar penyumbang

utama pencemaran udara terutama di kawasan bandar yang dihasilkan oleh

kenderaan bermotor. Terdapat dua jenis oksida nitrogen iaitu nitrik oksida dan

nitrogen dioksida. Nitrik oksida ialah sejenis gas lengai dan kurang toksid pada

paras lazim. Namun begitu, gas ini mempunyai sifat seperti karbon monoksida

yang mudah memasuki hemoglobin sehingga mengurangkan kandungan oksigen

di dalam darah. Nitrik dioksida juga mudah dioksidakan menjadi nitrogen

dioksida yang lebih berbahaya. Nitrogen dioksida ini mudah larut didalam air

membentuk asid nitrik dan jika gas ini wujud di atmosfera dan melarut didalam

air hujan dan kemudian akan membentuk hujan asid.

Disamping itu, bahan pencemar oksida sulfur. Terdapat dua jenis Oksida

sulfur iaitu sulfur dioksida dan sulfur trioksida. Gas ini sebahagian besarnya

dihasilkan ke atmosfera daripada pembakaran bahan api fosil kerana bahan ini

mengandungi sulfur. Sulfur dioksida ialah gas yang tidak berwarna, tidak mudah

terbakar, tidak meletup dan mempunyai bau yang melemaskan serta larut di

dalam air membentuk asid sulfurus manakala sulfur trioksida melarut di dalam

air membentuk asid sulfurik. kedua-dua asid ini agak tinggi diudara terutama

dikawasan bandar.

4.0 Kesan-kesan pencemaran udara

Pencemaran udara yang berleluasa akan memberi impak yang besar terutama

sekali kepada kesihatan manusia. Hal ini kerana, manusia sukar mengelak

daripada udara kerana manusia dikelilingi oleh udara dan memerlukan udara

untuk hidup. Mengikut anggaran, manusia menyedut lebih kurang 2,000 gelen

udara setiap hari. Oleh itu, Masalah pencemaran udara ini secara tidak langsung

akan menganggu sistem pernafasan manusia, pendarahan Pulmonary dan

Inflamasi paru-paru melalui gas-gas seperti karbon monoksida, Nitrogen Oksida

dan gas ozon iaitu gas-gas ini akan meracuni sistem pengangkutan oksigen

Page 5: Pencemaran Udara

dalam darah manusia. Disamping itu, masalah jerebu yang serius akan

menghalang penglihatan mata dan juga akan menjejaskan mata manusia. Hasil

daripada kajian pertubuhan kesihatan sedunia atau WHO menyatakan sebanyak

tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara iaitu

tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan

kenderaan.

Selain daripada memberi kesan kepada manusia pencemaran udara ini

juga akan memberi kesan kepada tumbuhan iaitu pertumbuhan tumbuhan

mengalami kerosakan seperti nekrosis ataupun keguguran daun, klorosis

ataupun pertukaran warna daun dan juga pertumbuhan akan terbantut.

Manakala Kesan daripada kerosakan tumbuhan pada jangka masa panjang akan

menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian

daripada penduduk juga akan tergantung seperti petani. Di samping itu,

kehidupan haiwan juga turut terancam atau mati akibat daripada pencemaran

udara. Hal Ini, disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan

makanan yang diperolehi dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan daripada

pencemaran udara.

Hujan asid juga akan berlaku kesan pencemaran udara yang berlaku.

Hujan asid ini berlaku disebabkan oleh proses penggabungan gas sulfur dioksida

dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid

nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat

lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa

hidupan yang terdapat di bumi. Kesannya, akan membunuh tumbuh-tumbuhan

dan juga hidupan air. Selain itu juga, hujan asid ini juga boleh menghakis harta

benda seperti pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan melalui bahan

pencemar yang secara langsung akan merugikan dan meusnakan keindahan

persekitaran . Disamping itu, asid yang terdapat dalam hujan tersebut juga akan

meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurangan serta

menjadikan tanah tersebut tidak subur.

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan oleh seluruh

negara kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan

rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca

kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan

suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul

Page 6: Pencemaran Udara

di dalam udara. Oleh itu, akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang

berfungsi melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari boleh

menyebabkan kanser kulit dan kesan penyusutan lapisan ozon ini juga ekosistem

bumi akan terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian

alam yang tidak normal. Rentetan itu, pancaran matahari yang lebih terik juga

menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan

menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia. Kesan

pemanasan global dapat dilihat melalui banjir besar di johor yang

berkemungkinan berlaku akibat peningkatan paras air laut.

5.0 Langkah- langkah mengatasi

Masalah pencemaran udara telah memberi impak yang buruk kepada alam

sekitar. Oleh sebab itu, pihak-pihak bertanggungjawab telah membuat

keputusan untuk mengatasi masalah ini, terutama pihak kerajaan yang

merupakan pihak yang penting sebagai agen pentadbir negara. Kerajaan telah

mengambil langkah awal untuk membenteras masalah pencemaran, antaranya

dengan memperkenalkan Akta Kualiti Alam Sekitar pada tahun 1974. Akta ini

mengandungi peraturan yang mengandungi enam bahagian antaranya

peraturan kenderaan bermotor dan kualiti alam sekitar, peraturan kenderaan

bermotor (kawalan pelepasan asap, 1977), peraturan ini menghadakan

perlepasan asap kenderaan iaitu dihakan kepada 50 HDU. Akta kualiti berfungsi

sebagai agen mengawal dan mengurangkan aktiviti pencemaran dengan

mengenakan syarat-syarat tertentu.

Pihak-pihak firma dikenakan syarat dengan mengurangkan

pembebasan bahan-bahan bertoksik ke ruang udara seperti gas nitrogen

dioksida, sulfur dioksida, karbon dioksida,karbon monoksida dan sebagainya.

Firma-firma akan di hadkan atau diperuntukkan dalam membebaskan bahan-

bahan pencemar berdasarkan standad sama rata. Firma juga digalakkan

memakai alat pengasing elektrostatik, ia berfungsi menarik partikel-partikel kecil

dari udara. Misalnya, apabila cerobong kilang dicas, asap yang mengandungi

partikel kecil akan ditarik oleh daya ini dan melekat di tepi cerobong.

Page 7: Pencemaran Udara

Melalui kaedah alternatif iaitu mengurangkan penggunaan gas

kloflorokarbon (CFC), gas CFC dapat menipiskan lapisan ozon apabila ia

terlalu banyak bebas di udara. Oleh itu, sumber alternatif  harus digunakan

untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon

(HCFC) .

Langkah utama yang perlu kita ambil adalah kita perlu mengubah cara

berfikir dan sikap kita sendiri. Hal ini kerana, pencemaran udara yang

berlaku ini adalah bermula daripada sikap manusia itu sendiri melalui

pembakaran bebas, pembebasan bahan pencemar ke udara oleh pemilik kilang

yang tidak bertanggungjawab dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan oleh

manusia. Jesteru, kita perlu mengubah cara berfikir dan sikap kita sendiri dengan

menyedari kesan kepada jangka masa panjang sekiranya masalah ini terus

berleluasa. Oleh itu, kita perlu mengambil alternatif untuk memelihara,

mengekal dan menyelamatkan alam sekitar selaras dengan kepentingan dan

keperluan kehidupan kita sendiri.

Penampalan Ozon juga merupakan salah satu langkah yang digunakan

dapat mengatasi masalah pencemaran udara. Kaedah penampalan ozon adalah

dengan bahagian ozon yang berlubang akan ditampal dengan mengionkan

oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, dengan

menembak peluru ozon dengan mengunakkan kapal terbang mampu menampal

ozon. Penampalan ozon ini dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka

masa pendek.

Selain itu, kawalan kejuruteraan, kawalan ini merupakan pendekatan

teknikal yang melibatkan kawalan proses penghasilan dan pengeluaran bahan

pencemar. Terdapat pelbagai jenis bentuk kawalan kejuruteraan yang boleh

digunakan sesuai dengan punca pencemaran tetapi masih menggunakan prinsip

yang sama iaitu untuk mengelakkan penghasilan bahan pencemar dan

menyekatnya daripada terlepas keudara. Contohnya, kawalan penghasilan zarah

dari sumber berterusan boleh dilakukan dengan mengunakan kaedah primer dan

kaedah skunder. kaedah primer melibatkan langkah-langkah untuk memastikan

supaya proses yang terlibat tidak mengeluarkan zarah manakala kaedah

skunder pula mengawal zarah-zarah yang telah terhasil daripada terlepas ke

Page 8: Pencemaran Udara

atmosfera. Selain itu, kaedah-kaedah lain yang digunakan seperti saiklon,

pemendakan elektrostatik, saringan dan pengilasan.

6.0 Kesimpulan

Udara merupakan sumber yang sangat penting kepada semua kehidupan. Udara

yang tercemar sangat membahayakan kesihatan disamping memusnahkan harta

benda. Daripada perbincangan di atas, jelaslah kita melihat bahawa pencemaran

udara adalah amat berbahaya terhadap ekosistem hidupan bumi termasuklah

manusia. Proses pembangunan negara khususnya dalam bidang perindustrian

merupakan punca utama merosotnya kualiti udara. Namun ada sesetengah

pihak yang masih melakukan aktiviti pencemaran secara berleluasa, hal ini

menyedihkan kita kerana kesedaran masyarakat masih rendah. Oleh itu,

masyarakat perlulah sedar supaya bekalan udara bersih untuk kehidupan kita

pada hari ini dan generasi akan datang terjamin.