pemulihan bacaan

Embed Size (px)

Citation preview

Literasi Bahasa WAJ31 041.0 Pengenalan Menurut Atan Long (1976), membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Ini bermakna tanpa memahami apa-apa yang dibaca belum dianggap mahir membaca. Menurut Dr. Koh Boh Boon, membaca dapat membantu perkembangan kognitif dan afektif seseorang murid Justru itu kemahiran membaca perlu dikuasai diperingkat awal persekolahan bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan agar mereka dapat berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sekiranya seseorang murid tidak boleh membaca seperti rakan-rakan sebaya mereka, mereka bukan sahaja akan ketinggalan dalam pelajaran, malah mereka juga akan merasa rendah diri, hilang keyakinan diri dan kurang minat belajar. Justeru, itu, Program Pemulihan Bacaan perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. Menurut Margaret et.al (1989), guru haruslah memulakan pengajaran mengikut tahap yang sesuai.

Aktiviti terpenting yang perlu ditekankan ketika mengajar pemulihan bacaan adalah sebutan fonetik yang betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyi seperti rajah di bawah.

Pemulihan Bacaan

Page 1

Literasi Bahasa WAJ31 042.0 Faktor-faktor murid tidak dapat membaca. Menurut Datuk Mohd. Sarit Yusoh (BN-Temerloh) Ketika negara memasuki fasa kedua menuju Wawasan 2020, terdapat lebih 100,000 murid tahun dua hingga enam sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Menurut Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng, senario membimbangkan itu dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya: a) Kekurangan guru bagi mengendalikan kelas pemulihan bagi murid yang

mengalami masalah membaca dan menulis. b) Murid kelas pemulihan juga terpaksa mengikuti kelas sukatan pelajaran lain, jadi

mereka tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas pemulihan. c) Murid tidak mendapat pendidikan asas dari awal (prasekolah) sehingga menyukarkan mereka menyesuaikan diri dengan kelompok murid pintar. d) Murid lewat mendaftar masuk kelas tahun satu (ada yang lewat hingga satu dan dua bulan) menyebabkan mereka tidak mengikuti pendidikan asas membaca dari awal. e) Masalah keluarga, murid kerap tidak hadir ke sekolah sehingga ketinggalan dalam proses pembelajaran. f) Wujud kelompok murid yang mempunyai daya pemikiran yang pantas dan lembap. Jika tidak diasingkan, yang lembap akan terus ketinggalan; dan Murid tidak mempunyai sebarang minat untuk belajar. g) Murid tidak mendapat perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa terhadap kemajuan pelajaran mereka. h) Murid tidak dapat memberi tumpuan yang lama. Jadi, NUTP berpandangan, kerajaan perlu mengukuhkan peranan kelas pemulihan bagi memastikan murid yang mengalami masalah tersebut dapat `dipulihkan secara Pemulihan Bacaan Page 2

Literasi Bahasa WAJ31 04lebih berkesan. Oleh itu sebelum seseorang kanak-kanak itu diajar membaca

mereka mestilah terlebih dahulu boleh bertutur.

3.0

Teori Pemerolehan Bahasa Menurut B. F. Skinner yang mempelopori Teori Behaviorisme, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanakkanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran seperti pujian, senyuman, tepukan atau pelukan apabila kanak-kanak itu dapat memberi respon dalam pertuturan. Apabila situasi ini sentiasa berulang maka tahap penguasaan bahasa kanak-kanak itu akan semakin berkembang dari hari ke sehari. Berlandaskan kepada Teori Kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget iaitu seorang ahli psikologi berbangsa Swiss, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya. Menurut Jean Piaget, peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Ketika berumur 2 hingga 7 tahun kanakk-kanak memasuki Dalam peringkat ini perguasaan peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasi beberapa kemahiran seperti hokum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian dan persirian.

Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur. Pemulihan Bacaan Page 3

Literasi Bahasa WAJ31 040 hingga 2 tahun

mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan. belajar bahasa dengan mengumpul perkataan. kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung. rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni. kosa kata berkembang sehingga 270.

2 hingga 4 tahun

peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa. terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan. perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial. kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar. pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus bersabar semasa membimbing anak-anak mereka. mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.

4 hingga 7 tahun

perkembangan otak memasuki fasa terakhir. kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar. corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.

mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata. Page 4

Pemulihan Bacaan

Literasi Bahasa WAJ31 04

Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

Menurut Isahak Haron (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula membaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada bunyi dan adunan bunyi yang menjadi perkataan. Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol yang mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah ini juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu. Kaedah ini menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Huruf dan Bunyi HURUF a b c d e f g h i j k l m BUNYI aaaaa beh ceh deh eeeee feh geh heh iiiii jeh keh el em HURUF n o p q r s t u v w y z BUNYI en ooooo peh qeh rer sss teh uuuuu vev weh yeh zeh

Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-kanak belajar bahasa melalui perkataan-perkataan dan ayat yang bermakna kepadanya. Murid-murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang bermakna.Kaedah ini dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau Pemulihan Bacaan Page 5

Literasi Bahasa WAJ31 04kaedah pandang dan sebut. Variasi lanjutan daripada kaedah ini adalah kaedah frasa, kaedah ayat dan kaedah cerita (Isahak Harun, 1989). Pandangan daripada mazhab-mazhab ini mencetuskan kepada kaedah pengajaran awal asas membaca yang pelbagai di Malaysia. Antara kaedah yang telah digunakan di Malaysia ialah kaedah campuran, Kaedah DBP, Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum (PEBAS), Kaedah Atan Long, Kaedah cerakin, kaedah fonetik, kaedah eklektik, kaedah abjad, dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) . Kaedah-kaedah yang digunakan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh digunakan kepada murid-murid pemulihan khas. Murid-murid pemulihan khas juga seorang individu dan anggota masyarakat. Jadi muridmurid ini juga memerlukan pendidikan asas termasuklah belajar membaca. Maka pemulihan khas bertujuan untuk memberi rawatan yang diharapkan dapat mengubati pelajar lambat ini (Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon, 1992). Seterusnya satu kaedah yang tepat perlulah dikenalpasti bagi mengatasi masalah ini.

4.0.

Konsep Pendidikan Pemulihan Program Pemulihan Khas merupakan satu usaha yang telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas, iaitu menepati kehendak menjadikan pulih.

Pemulihan Bacaan

Page 6

Literasi Bahasa WAJ31 04

4.1

Definisi Pendidikan Pemulihan Berbagai-bagai pendapat telah diberikan olehh ahli-ahli pendidik barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Antaranya ialah : I. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan

Malaysia (1984) dalam konteks KBSR Program pemulihan merupakan langkahlangkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan.

ii

Isahak Haron & Koh Boh Boon, 1983 Perkhidmatan Khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanakkanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolahsekolah biasa.

iii Pringle (1966) Pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar, melalui latiihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. iv AE Tanseley dan R. Culliforf, mentakrifkan kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa. Dengan segala takrifan di atas maka dapatlah disimpulkan bahawa murid pendidikan pemulihan ialah mereka yang lambat berbanding dengan kanakPemulihan Bacaan Page 7

Literasi Bahasa WAJ31 04kanak lain yang seusia dengannya dalam menerima sesuatu pembelajaran atau kemahiran tertentu yang diajar dalam kurikullum sekolah biasa.

4.2

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Pemulihan Bacaan Sebagai seorang pendidik setiap guru haruslah bijak merancang strategi, kaedah

dan teknik program pemulihan bagi membantu murid-murid yang lambat atau lemah untuk menguasai sesuatu kemahiran terutamanya kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira agar murid-murid ini tidak terus ketinggalan dalam pelajaran. kemahiran-kemahiran membaca secara sistematik iaitu contohnya seperti berikut: 1. Mengenal abjad 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Abjad kecil secara turutan Abjad kecil secara rawak Abjad besar secara turutan Abjad besar secara rawak Abjad kecil dengan gambar Abjad kecil dengan abjad besar Untuk merancang Program Pemulihan Bacaan guru haruslah mengenal pasti dan menyenaraikan

2. Mengenal suku kata 2.1 2.2 2.3 2.4 v kv kvk kvkk

3. Mengenal perkataan 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 Pemulihan Bacaan v+kv kv+kv kv+kv+kv kvk v+kvk kv+kvk : ubi, ibu, : baju, gigi : kereta, petola : bas, zip : ikan, epal : kasut, perut Page 8

Literasi Bahasa WAJ31 043.7 3.8 3.9 kvk+kv kvk+kvk kvkk : pintu, garpu : cincin, cermin : gong, tong : abang, udang : parang, terung : nangka, tangga : bintang, kambing : songkok, songket : longkang, kangkung

3.10 v+kvkk 3.11 kv+kvkk 3.12 kvkk+kv 3.13 kvk+kvkk 3.14 kvkk+kvk 3.15 kvkk+kvkk 4. Mengenal rangkai kata

4.1 rangkai kata mudah : batu bata, titi kayu 4.2 rangkai kata 5. Membina ayat 5.1 ayat mudah 5.2 ayat kompleks : bakul rotan, kasut kulit

6. Bacaan & Pemahaman 6.1 Petikan mudah perkataan kv+kv- terkawal 6.2 Petikan kompleks Setelah menyenaraikan kemahiran-kemahiran membaca secara sistematik guru perlu merancang kaedah atau strategi yang sesuai untuk memulihkan kemahiran membaca bagi murid-murid yang telah dikenal pasti. Antara kaedah pembelajaran yang sesuai digunakan dalam aktiviti pemulihan bacaan ialah latih tubi. Guru perlu menyediakan kad-kad suku kata, kad-kad perkataan, kad-kad ayat dan lembaran-lembaran cerita pendek. Penggunaan tulisan berwarna untuk membezakan suku kata juga adalah penting untuk membantu murid mengeja atau membaca sesuatu perkataan yang diberi. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat membantu murid cepat membaca. CONTOH KAD SUKU KATA. Pemulihan Bacaan Page 9

Literasi Bahasa WAJ31 04

ba kul ja lan

+ =

= jalan

bakul

+

CONTOH KAD PERKATAAN

memasak permata

tembikai membaca

CONTOH KAD AYAT

Ibu memasak nasi di dapurLawatan ke zoo Melaka telah dibatalkan

Pemulihan Bacaan

Page 10

Literasi Bahasa WAJ31 04

5.0

Kaedah Pemulihan Bacaan Pelbagai kaedah pemulihan bacaan telah dirancang bagi membantu kanak-kanak membaca dengan lancar dan bermakna. Kaedah pemulihan bacaan yang akan dibincangkan di sini ialah Kaedah Fonetik, Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut.

5.1 Kaedah Fonetik 5.1.1 Konsep Kaedah Fonetik

Kaedah ini dikenal sebagai kaedah lisan atau kaedah reform dan berkait rapat dengan kaedah terus. Kaedah fonetik ini hanya mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa perlu mengingat nama huruf. Menurut Palmer, huruf secara tersendiri bukanlah bahasa. Huruf hanyalah symbol yang dibunyikan bagi menuturkan dan menuliskan bahasa. Dengan bunyi yang ditetapkan, huruf menjadi satu unsur bahasa.

Oleh itu, proses pengajaran bacaan asas hendaklah didtumpukan kepada bunyi-bunyi yang diwakili huruf-huruf abjad kerana bunyi-bunyi teersebut membawa makna, bukan hurufnya.

5.1.2

Langkah-langkah pengajaran Kaedah Fonetik. a) Murid menghafal bunyi huruf, bukan nama huruf. Bunyi huruf vokal diperkenalkan kepada murid dan diikuti dengan bunyi huruf konsonan, seperti berikut: Bunyi vokal

Pemulihan Bacaan

Page 11

Literasi Bahasa WAJ31 04a e i o u aaaaa eeeee iiiii ooooo uuuuu

Vokal e dalam abjad Melayu membawa 2 bunyi iaitu /e/ = iii (e taling helah) dan /e/ = e yang ditulis dalam bidang fonetik ( e pepet belah)

Bunyi konsonan b c d f g h j k l m beh ceh deh feh geh heh jeh keh el em

b)

Kemudian murid diajar suku kata setelah tahu hubungan huruf dengan

bunyinya: ba da ta tanpa membunyikan be dan aaa tanpa membunyikan ce dan aaa tanpa membunyikan te dan aaa

c) Menggabungkan suku kata bagi membentuk perkataan Contoh:

Pemulihan Bacaan

Page 12

Literasi Bahasa WAJ31 04

Perkataan buku dibaca dengan bunyi huruf: [ b ] (beh), [ u ] (uuu) = [ bu ] [ k ] (keh), [ u ] (uuu) = [ ku ] = [ bu ] + [ ku ] = [buku ]

d) Pembacaan ayat-ayat mudah: Contoh:

Ibu beli buku Ibu buka buku Ibu baca buku Pemulihan Bacaan Page 13

Literasi Bahasa WAJ31 04

Gambarajah di bawah menunjukkan kronologi kaedah fonetik.

MEMBUNYIKAN HURUF VOKAL MEMBUNYIKAN SUKU KATA

MENGGABUNG SUKU KATA MEMBENTUK PERKATAAN MEMBACA AYAT MUDAH

5.1.3

Kelebihan Kaedah Fonetik Sesuai dengan susuk Bahasa Melayu kerana Bahasa melayu yang bersifat fonemik. Membolehkan murid membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajari kerana mereka dapat membunyikan huruf-huruf vokal dan konsonan dengan baik.

Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. Memudahkan murid-murid menguasai kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid.

5.1.4 Kelemahan kaedah Fonetik Murid-murid keliru antara kaedah fonetik dengan cara tradisional (kaedah abjad) tanpa memahami apa yang dibacanya. Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Peringkat awal bacaan murid-murid tidak lancar. Page 14

Pemulihan Bacaan

Literasi Bahasa WAJ31 04 Tidak menarik minat murid-murid kerana bunyi huruf yang diajar tidak mempunyai makna. Sukar untuk membunyikan fenom diftong dan digraf.

5.2 Kaedah Abjad. 5.2.1 Konsep Kaedah Abjad.

Kaedah ini merupakan kaedah klasik dan dijalankan semenjak Kerajaan Greek dan Rom. Kaedah ini digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. Untuk pengenalan abjad, guru akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad a sehinggalah z .Menurut Abd Aziz Abdul Talib (2000), biasanya huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajar. serentak. Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. kemudian latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. Setelah murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. Zulkifley Hamid (1994), berpendapat kaedah abjad berpegang kepada Untuk perkataan, mereka terlebih dahulu diperkenalkan prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. membolehkan murid membaca Manakala, Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham (1985) pula berpendapat kedua-dua huruf besar dan huruf kecil didedahkan

dengan huruf-huruf yang menjadi unsur perkataan. Menurut Walker, lambang(huruf) hendaklah diajar seluruhnya. Murid yang mengenal huruf mempunyai peluang besar untuk mencapai keupayaan membaca. Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal seperti ayam, adik, api dan awan. Seterusnya murid diajar pula permulaan perkataan dengan huruf konsonan seperti bola, buku, batu dan besi. Ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan. Pemulihan Bacaan Page 15

Literasi Bahasa WAJ31 04

Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya (ba be bi bo bu , ca ce ci co cu hingga za ze ze zi zo zu. Kemudian murid diajar membentuk perkataan mudah dan murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata seperti bu bu, ba ba. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataanperkataan mudah seperti baju, saya, bola.

5.2.2 a)

Langkah-langkah Pengajaran Kaedah Abjad.

Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil. Contoh : Sebut huruf-huruf di bawah

A B C D E F G H I J K L M N O a b c d e f g h i j k l m n o

P Q R S T U V W X Y Z P q r s t u v w x y z

b)

Menggabungkan huruf vokal dan huruf konsonan bagi membentuk suku kata seperti contoh dalam gambarajah di bawah.

Pemulihan Bacaan

Page 16

Literasi Bahasa WAJ31 04

c)

Penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan. Contoh : bu + ku = buku ku + ku = kuku du + ku = duku

d)

Pembacaan ayat mudah yang perkataannya berupa kv + kv Contoh : Busu baca buku. Buku Busu biru. Buku Busu baru.

Gambarajah di bawah menunjukkan kronologi kaedah abjad.

Pemulihan Bacaan

Page 17

Literasi Bahasa WAJ31 04

5.2.3

Kelebihan Kaedah Abjad:

Sesuai dengan susuk Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu terdiri daripada suku kata-suku kata yang hamper tetap bunyinya.

Membolehkan murid membaca perkataan-perkataan baharu, belum dipelajari kerana mereka dapa mengenal membunyikan vocal dan konsonan dengan baik.

walaupun dan

huruf-huruf

Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid murid.

Kaedah ini memberi kanak-kanak peluang untuk berinisiatif.

5.2.4

Kelemahan Kaedah Abjad: Menurut Prof Atan Long : Kaedah Abjad akan melambatkan murid penekanan kepada penghafazan huruf boleh

membaca di samping menghilangkan minat.

Murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa

memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. Murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini

menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca. Pemulihan Bacaan Page 18

Literasi Bahasa WAJ31 04

Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan

psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secaara keseluruhan dan bermakna. Boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila mereka diberi

latih tubi yang berlebihan.

5.3 Kaedah Pandang dan Sebut. 5.3.1 Konsep Kaedah Pandang Dan Sebut dalam pengajaran bacaan bermula pada tahun Kaedah ini dianggap baik dan moden

Kaedah Pandang dan Sebut

1970-an (Abd. Aziz Abd Talib, 2000).

oleh ahli-ahli bahasa. Murid terus diperkenalkan kepada perkataan. Menurut Goodman: Pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka. Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata Aktiviti utama memandang dan menyebut. Perkara yang dipandang- gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar. Perkara yang disebut- perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Selalunya perkataan tersebut ditunjukkan seperti pada kad imbasan.

buku

bukuPemulihan Bacaan Page 19

Literasi Bahasa WAJ31 04

5.3.1.1 Langkah-langkah Pengajaran Kaedah Sebut. a) Murid terus diperkenalkan kepada perkataan. tersebut ditulis pada kad imbasan bergambar. Contoh:

Pandang dan

Selalunya perkataan

baju

b) Mencerakin perkataan menjadi suku kata. Setelah murid mampu menyebut perkataan yang guru tunjukkan, guru mencerakinkan perkataan itu menjadi suku kata. Contoh : baju bapa biru = ba + ju = ba + pa = bi + ru

c) Kemudian murid diperkenalkan dengan beberapa ayat mudah yang mengandungi beberapa perkataan yang telah dikuasai. Contoh:

Bapa ada baju . Baju bapa baru. Baju bapa warna biru.Pemulihan Bacaan Page 20

Literasi Bahasa WAJ31 04

Mencerakinkan perkataan : Kaedah ini dikenali sebagai kaedah rangkaikata. Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawanan prinsipnya dengan cara menyebut perkataan. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau cerakin dengan perkataan lain, mencerai-ceraikan satu bahagian yang lebih besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.

Membina dan membaca ayat : . Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah ayat. Murid-murid diperkenalkan dengan ayat-ayat yang pendek dan mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya. Murid diminta mengecam terus dengan tidak mngeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, murid diminta terus membaca. Banyakkan latih tubi.

Gambarajah di bawah menunjukkan kronologi kaedah pandang dan sebut.

MENYEBUT PERKATAAN

MENCERAKIN PERKATAAN

MEMBINA DAN MEMBACA AYAT

5.3.2 Kelebihan Kaedah Pandang dan Sebut: Murid tidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu maka masa dapat Page 21

Pemulihan Bacaan

Literasi Bahasa WAJ31 04dijimatkan. Murid dapat memahami maksud perkataan semasa menyebutnya. Kaedah ini merupakan kaedah terpantas untuk mempelajari kemahiran membaca.

5.3.4

Kelemahan Kaedah Pandang dan Sebut: Murid tidak pandai mengeja. Murid tidak dapat menyebut perkataan baharu kerana tiada pendedahan. Perbendaharaan kata murid terbatas. Kaedah ini hanya sesuai untuk murid-murid yang pandai.

6

Penutup Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca boleh menjejaskan potensi

dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam semua mata pelajaran. Sebagai pendidik haruslah mempunyai komitmen yang tinggi bagi mengatasi masalah ini. Selain menggunakan kaedah fonetik, kaedah abjad dan kaedah pandang dan sebut dalam pemulihan bacaan, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik minat murid boleh digunakan untuk membantu dalam pengajaran pemulihan bacaan ini. Bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam mengajar asas kemahiran bacaan. Guru perlu mempunyai

Pemulihan Bacaan

Page 22

Literasi Bahasa WAJ31 04kemahiran untuk memproses bahan, memilih bahan, mengolah bahan, membina, menggunakan dan menilai bahan. Bahan pengajaran pula perlulah menarik, dan memenuhi minat murid.. Pemulihan bacaan perlu diberi penekanan untuk mengatasi masalah membaca di kalangan kanak-kanak dari peringkat awal. Ujian diagnostik bacaan perlu dijalankan unutk membantu guru mengesan kelemahan dan tahap bacaan murid supaya guru dapat merancang aktivitiaktiviti yang boleh menarik minat murid dalam pengajaran pemulihan bacaan. Guru perlu mengesan faktor-faktor yang mempengaruhi dapat membantu Aktiviti

kebolehbacaan murid. Pengetahuan dan pengalaman guru

dalam merancang dan menyediakan proses pembelajaran murid. .

p e m u l i h a n b a c a a n p e r l u l a h d i l a k u k a n d e n g a n m e n g g u n a k a n pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai agar murid-murid mampu menguasai asas kemahiran membaca.

7.0 7.2

REFLEKSI Refleksi Saadiah binti Abd Hamid

Pada 18 Februari yang lalu saya telah mererima tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi subjek WAJ3104 iaitu Literasi Bahasa. tempoh 3 minggu.Pemulihan Bacaan Page 23

Kami

dikehendaki menyiapkan KKP ini secara kumpulan berempat dalam

Literasi Bahasa WAJ31 04Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Pada 21 Februari saya mula menghubungi rakan-rakan sekumpulan melalui talifon untuk berbincang pembahagian tugas masingmasing. Pada hari yang sama juga saya telah menghantar email kepada 3 orang lagi rakan dalam kumpulan untuk menerangkan tugasan masingmasing. Saya mengambil tugas untuk membuat nota lemgkap tentang pemulihan Bacaan. Pada 26 Februari saya telah menyiapkan draf nota dan Pn. Sahaliza telah membantu saya menghantarkannya melalui email kepada rakan-rakan yang lain untuk rujukan dan penambahbaikan. membuat penambahbaikan nota yang telah disediakan. Walaupun kami tinggal berjauhan, namun dengan adanya teknologi canggih, kami dapat saling berhubung dan membantu antara satu sama lain. Saya juga telah membantu Puan Sivagami membuat penambahbaikan dalam menyediakan bahan pengajaran berbentuk slide PowerPoint. Saya merasa teruja apabila dapat memasukan unsur animasi dan bunyi yang dirakam sendiri ke dalam slide tersebut. Setelah itu Puan Vellamah pula telah meminta nasihat daripada saya tentang laporan bahan pengajaran. Saya telah memberi pandangan secara bertulis kepada beliau dan akhirnya beliau telah berjaya menyiapkan laporan yang ditugaskan untuknya.

Sebelum mencetak KKP ini saya juga telah memohon jasa baik Pensyarah kami iaitu En Husin bin Fateh Din untuk menyemak sepintas lalu nota yang telah saya dan ahli kumpulan saya sediakan. Hasil nasihat dank omen beliau, saya telah membuat sedikit penambahbaikan di saatsaat akhir.

Pemulihan Bacaan

Page 24

Literasi Bahasa WAJ31 04KKP ini juga amat bermakna bagi saya kerana melalui tugasan ini saya juga dapat lebih memahami teknik mengajar membaca yang lebih sistematik. Semoga dengan pengalaman yang saya dapat dari perolehi sepanjang menyiapkan KKP ini dapat saya aplikasikan dalam membantu pelajar-pelajar saya yang masih tidak dapat menguasi kemahiran membaca dengan baik.

SAADIAH BINTI ABD HAMID 680325-08-5084

7.2

Refleksi Sahaliza bt. Md ShahSemasa mempelajari Literasi Bahasa, banyak pengetahuan tentang permasalahan yang dialami murid-murid saya terutamanya dari segi bacaan telah kenalpasti. Sebelum ini, terdapat murid-murid yang tidak mahir atau kurang mahir membaca. Perkara ini menimbulkan masalah

Pemulihan Bacaan

Page 25

Literasi Bahasa WAJ31 04kepada saya untuk mencapai objektif pengajaran kerana saya tidak mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah ini.

Setelah mengikuti kelas Literasi Bahasa, saya diberi tajuk Pemulihan Bacaan untuk tugasan kumpulan saya. Dalam proses menyiapkan tugasan ini saya telah merujuk kepada beberapa bahan seperti buku-buku dari internet, kuliah dan kawan-kawan. Melalui rujukan ini, saya telah mendapat banyak pengetahuan untuk mengenalpasti jenis permasalahan, bagaimana mengatasi masalah lemah membaca dan juga peralatan bantuan mengajar yang sesuai untuk membantu mengatasi masalahmasalah di kalangan murid-murid saya.

Kaedah-kaedah

dalam Pemulihan Bacaan seperti Kaedah Fonetik,

Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut adalah satu bentuk mekanisma yang baik untuk dijadikan alat bantuan mengajar. Contohcontoh di dalam nota-nota yang saya kumpul sedikit-sebanyak telah memberikan ide-ide yang sesuai untuk saya aplikasikan ke dalam sistem pengajaran saya di sekolah dan juga untuk digunakan ke dalam penyiapan tugasan saya ini.

SAHALIZA BT MD SHAH

7.3

Refleksi Sivagami A/P Ramasamy Salam sejahtera.. Kami telah diberi tugasan kumpulan untuk mata pelajaran Literasi Bahasa Melayu.

Kumpulan saya seramai empat orang. Setiap ahli telah diagihkan tugasan masing-masing.

Pemulihan Bacaan

Page 26

Literasi Bahasa WAJ31 04Sepanjang menyiapkan tugasan ini , Apabila bahagian tugas saya telah siap,disemak dan berpuas hati, saya emailkan kepada rakan yang mengumpul semua maklumat untuk proses terakhir sebelum dihantar kepada pensyarah. Kerja kursus kali ini, ada kaitan secara langsung dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah. Saya tidak merasa tertekan untuk menyiapkan tugasan ini.Setiap ahli memberi kerjasama dan tahu tugas masing-masing.Selain itu, jarak masa untuk penghantaran tugasan mencukupi. Selain daripada email, saya juga berhubung dan berbincang melalui telefon jika memerlukan jawapan yang cepat dengan ahli kumpulan. Kadang-kadang melalui sms sahaja. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya menggunakan buku-buku rujukan yang berkaitan selain pengalaman sedia ada boleh dikongsikan bersama dalam tugasan ini. Melalui tugasan ini juga, saya dapat mempelajari dengan lebih terpeinci berkenaan masalah yang murid sering hadapi dalam aspek membaca dan menulis. Berhadapan dengan murid berkenaan dalam situasi sebenar, saya mampu mengaplikasikan apa yang telah dipelajari kepada murid saya. Berkat tunjuk ajar pensyarah, nota dari modul, bahan-bahan rujukan dari buku dan internet serta gabungan kerja dan idea ahli kumpulan, dapatlah saya dan rakan menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. Saya amat berharap ilmu dan pengetahuan yang telah saya perolehi ini akan dapat saya aplikasikan dengan sebaik-baiknya sepanjang saya meneruskan karier sebagai seorang pendidik ini. Semoga rakan-rakan yang lain juga akan mendapat manfaat yang sama melalui tugasan ini. (SIVAGAMI A/P RAMASAMY) 760211085668

7.4

Refleksi Vellammah A/P Narayanasamy

Saya Vellammah A/P Narayanasamy, mengambil peluang berkongsi pengalaman saya semasa menyiapkan tugasan Literasi Bahasa.Tugasan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya adalah opsyen bahasa tamil dan tidak pernah Pemulihan Bacaan Page 27

Literasi Bahasa WAJ31 04mengajar matapelajaran bahasa melayu di sekolah. Walaupunbagaimanapun saya pernah belajar mata pelajaran bahasa melayu disekolah dan saya cuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan tugasan ini.Kumpulan saya mengambil tajuk Aktiviti Pemulihan bacaan.Saya ditugaskan untuk menyediakan laporan tentang analisa bahan bantu belajar dalam bentuk grafik dalam program power point yang disediakan oleh kumpulan saya. Saya pula tidak mempunyai pengalaman dalam program grafik apatalagi membuat analisa pula tentang bahan yang disediakan itu.Tetapi saya tidak berputus asa dan meneruskan pencarian bahan contoh-contoh laporan di internet. Saya dapati tidak mudah untuk mendapatkan apa yang dikehendaki itu.Semasa proses mencari maklumat melalui internet, saya mengalami kesulitan kerana informasi yang terdapat dalam internet terlalu umum dan tidak menepati soalan yang diberikan. Disamping itu, saya juga tidak ada kemudahan untuk keperpustakaan untuk membuat rujukan dan tidak ada masa yang mencukupi memandangkan bebanan tanggungjawab yag besar di rumah dan di sekolah. Masalah ini juga menyebabkan saya kadang-kadang terpaksa menangguhkan kerja ini kerana perlu menjalankan tugas-tugas ini dahulu . Disebabkan tugasan ini tugasan berkumpulan saya sentiasa membuat rujukan dan bertanyakan serta bertukar pendapat bersama dengan kawan-kawan saya iaitu Saadah,Liza dan Sivagami melalui telefon dan email sahaja memandangkan mereka tinggal jauh. Komunikasi sebegini membawa manfaahat seperti merapatkan hubungan diantara kawankawannya serta dapat mengenal diantara satu sama lain,Disamping itu kami juga ada peluang menggunakan kemudaan teknologi yang ada sekarang dengan luasnya.Setelah mengharungi pelbagai masalah akhirnya saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Tugasan ini juga telah mengajar saya erti kesabaran dan rasa iltizam yang menggunung tinggi. Melalui kesabaran, hasil tugasan yang ingin kita siapkan telah mencapai objektif penyiapannya. Sekiranya perasaan sabar tersebut menjelma menjadi sifat malas dan kurang sabar sudah pasti pengaplikasian perisian multimedia sebagai media pengajaran dan pembelajaran ini tidak akan berelaku..Pengenalan Komputer sebagai sumber BBM dapat menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik dan menyeronokkan. Ini seterusnya dapat membantu memotivasikan dan mengekalkan minat murid untuk mengikuti

Pemulihan Bacaan

Page 28

Literasi Bahasa WAJ31 04keseluruhan sesi pengajaran dan pembelajaran. Fenomena ini secara tidak langsung dapat membantu guru dalam merealisasikan objektif pemulihan yang ingin dicapai.

BIBLIOGRAFIAbd. Aziz Abd. Talib. (1989). Pengajaran dan Pengujian Bahasa : Perspektif untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Aminuddin bin Mamat dan Sheikh Roslan Sheikh Abdullah. (2011) . Modul Program Pengsiswazahan Guru : Literasi Bahasa. Cyberjaya Selangor : Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemulihan Bacaan Page 29

Literasi Bahasa WAJ31 04Atan Long. (1981) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. (1986). Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-sekolah.

Boh Boon. (1981). Pengajaran dan Pemulihan dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publication Distributer Sdn. Bhd.

Husin Fateh Din, Mastura Mohamed Berawi, Nazariah Sani dan Siti Hajar Idrus. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Puchong Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Isahak Haron. (2009). Awal Membaca dan Menulis Bahasa Malaysia Pra Sekolah. Subang Jaya, Selangor. Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. Juriah Long et. Al. (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Utusan Malaysia. 11 Oktober 2005

Pemulihan Bacaan

Page 30