22
PEMARKAHAN 1. TUGASAN 1 2. TUGASAN 2 JUMLAH KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. KUMPULAN GROUP EL-ST01(A122PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON DARMIN BIN LADIRO D20112053772 013-8803681 NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK JUPRI BACOTANG TARIKH SERAH: 03.05.2013

Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

PEMARKAHAN 1. TUGASAN 1 2. TUGASAN 2 JUMLAH

KAE 3013

EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN

Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.

KUMPULAN GROUP EL-ST01(A122PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

DARMIN BIN LADIRO D20112053772 013-8803681

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK JUPRI BACOTANG

TARIKH SERAH: 03.05.2013

Page 2: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 DEFINISI KREATIVITI 4

3.0 DEFINISI KANAK-KANAK 6

4.0 TEORI KREATIVITI 7

4.1 TEORI BELAHAN DUA OTAK 7

4.2 TEORI SIX THINGKING HATS 8

4.3 TEORI KREATIVITI PAUL TORRANCE 9

4.4 TEORI MULTIPLE CREATIVE TALENT 11

4.5 TEORI LAWRANCE STAGES OF

ARTISTICS DEVELOPMENT 12

4.6 TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER 13

5.0 CIRI-CIRI KREATIF 13

6.0 AKTIVITI YANG MERANSANG

PEMIKIRAN KREATIF KANAK-KANAK 15

6.1 AKTIVITI BERMAIN 15

6.2 AKTIVITI SENI LUKIS 16

1

Page 3: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

6.3 SENI KRAFTANGAN 17

6.4 MUZIK LAGU DAN NYANYIAN

SERTA PANTUN DAN SAJAK 18

6.5 TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF 19

7.0 PENUTUP 19

2

Page 4: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

1.0 PENGENALAN

Menjelang abad ke-21, pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami

perubahan dan pembaharuan seiring dengan tuntukan lokal dan global. Perubahan dan

pembaharuan yang sedang dan akan berlaku bermatlamat untuk membangunkan kapasiti

modal insan secara terancang dan berkesan seperti yang diharapkan. Pendidikan

menjelang wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang

kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi

penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif

bagi membangunkan negara.

Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kakan dilahirkan kreatif.

Pernyataan ini disokong dengan sikap semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan

penuh dengan perasaan ingin tahu. Guilford (1964) pula menerangkan bahawa kebolehan

intelektual yang diproses oleh minda manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu

kognitif yang libatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemperosesan maklumat,

memori merujuk kepada kaedah mengingat dan menyimpan data, pemikiran korvergen

merujuk kepada satu bentuk kupayaan pemikiran yang memusatkan pemerhatian kepada

penyelesaiaan masalah secara khusus, pemikiran divergen yang dapat dilihat sebagai

kobolehan pemikiran yang besifat pelbagai dan becapah dan akhirnya penilaian merujuk

kepada penilaian dan pertimbangan bagi sesuatu tindakan. Pemikiran kreatif dapat di

klafisikasiakan dalam kumpulan pemikiran divergen kerana sifat dan fitrah pemikiran

kreatif itu pelbagai.

Kanak-kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan. Kanak- kanak

dilahirkan dengan kebolehandan keupayaan yang berbeza.kreativiti yang terdapat di

dalam diri kanak-kanak adalah bersifat semulajadi. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak

diberi galakan dan bimbinganyang sewajarnya dapat dilupuskan dengan begitu sahaja.

Berdasarkan faktor inilah maka sangat penting penerapan pengetahuan asas mengenai

lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak didedahkan dengan

pelbagai aktiviti.

3

Page 5: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

2.0 DEFINISI KREATIVITI

Definisi kreativiti mengikut Kamus Dewan,(2002) ialah satu kemampuan

(kebolehan)mencipta daya kreativiti,kekreatifan manakala kreatif pula sebagai

mempunyai kebolehanmencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang

baru dan asli. Terminologi kreatif berasal dari perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud

“membuat/ mencipta/ mereka cipta”. Manakala Greek “creare” bermaksud “memenuhi”.

“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be

first to portray and give character to a role or part creation: An original product of

human invention or imagination.”

“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing

elements, disharmonies and so on; identifying the difficult; searching for solutions,

making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing and retesting

these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally communicating

the results.” (Torrance, 1974)

Konsep kreativiti boleh dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang

seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli

politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal

mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif.

Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan

pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan

bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik.

Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan

pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya,

seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan

dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya

dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh

Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up

possibilities.”

4

Page 6: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

Sehubungan itu dapat dirumuskan bahawa kreativiti melibatkan daya berfikir dan

kemahiran berfikir yang menerbitkan idea manakala pemikiran kritis adalah pemikiran

yang menilai ke atas sesuatu idea. Oleh itu pemikiran kreatif mestilah berasaskan

manipulasi dari pengalaman serta pengetahuan yang sedia ada bagi membolehkan

seseorang itu dapat mencetuskan idea atau hasil ciptaan yang baru dan lebih baik

daripada yang sebelumnya.

Manakala menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait

dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang

membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir diluar kotak).

Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir seseorang ,

maka itu ia dapat dibentuk, dilatih menerusi ransangan tertentu.

Victor Lowenfeld (1975) menyatakan bahawa, kreativiti sebagai suatu naluri

semula jadi dimiliki oleh setiap insan sejak ia dilahirkan. Naluri itu merupakan faktor

pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah

kehidupan. Gilchrist disebut oleh Yong (1994) yang memetik kreativiti sebagai

keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan bernilai sama ada maujud ataupun tidak.

Jauharah (1995) melihat kreativiti sebagai penglahiran sesuatu yang baru dan mempunyai

nilai yang bermutu.

Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan

dipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan

merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu

kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan

kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama

dan lakonan.

Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara

berikut;

Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang

tidak mudah mengalah.

Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau

bidang yang diceburi.

5

Page 7: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada

pada tahap kecemerlangan. Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela

diuji dan tidak takut gagal.

Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan

hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.

Secara kesimpulannya kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea

baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga

merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea

baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh dilihat

kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini. Manakala inovasi adalah hasil

pemikiran kritis dan kritif yang member makna baru kepada sesuatu yang bersifat kreatif.

3.0 DEFINISI KANAK-KANAK

Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari

peringkat bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat

berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi

lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari

rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar

menjadi kanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki

alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan

seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup

manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan.

Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang

dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta

belum tahu untuk membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak

ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan

mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa. Kanak-kanak terbahagi kepada dua

iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir, kanak-kanak awal dari

usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala kanak-kanak pertengahan dan akhir di antara

7 tahun sehingga 12 tahun. Akhirnya kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah kanak-

kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan perhatikan.

6

Page 8: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

4.0 TEORI KREATIVITI

Kanak-kanak mempunayi kecenderungan yang tinggi terhadap aktiviti-aktiviti

seni visual dan seni persembahan yang mampu meningkatkan kreativiti mereka. terdapat

banyak teori berkaitan kreativiti antaranya ialah Teori Belahan Dua Otak, Teori Six

Thingking Hats, Teori Kreativiti Paul Torrence, Teori Multiple Creative Talent, Teori

Lowenfeld Stages of Aritistics Development dan Teori Perkembangan Kreativiti Fisher.

Teori Six Thingking

Hats

Teori Kreativiti

Paul Torrence

Teori Multiple Creative Talent

Teori Lowenfeld Stages of Aritistics

Development

Teori Belahan

Dua Otak

Teori

Perkembangan

Kreativiti Fisher.

TEORI KREATIVITI

Rajah 1

4.1 TEORI BELAHAN DUA OTAK

Otak terbahagi kepada dua hemisfera iaitu kanan dan kiri. Hemisfera kiri

mengawal bahagian kanan anggota badan, manakala hemisfera kanan mengawal

bahagian kiri anggota badan. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza. Otak kanan

lebih focus kepada imaginasi dan kreativiti seseorang kanak-kanak manakala otak kiri

merupakan bahagian otak yang melihat sesuatu secara kritis. Otak kiri lebih fokus kepada

urutan, kemahiran analisis dan pemikiran logik. Kanak-kanak lebih menggunakan otak

7

Page 9: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

kiri untuk aktiviti membuat eksperimen dan aktiviti yang berkaitan dengan

numerasi.Ilusrtari pada Rajah 2 menunjukkan peranan otak kiri dan kanak.

Rajah 2

4.2 TEORI SIX THINGKING HATS Dalam teori ini, de Bono memperkenalkan enam warna yang akan menjadi

pemikiran untuk mengarahkan topi apa yang perlu dipakai ketika berdepan dengan situasi

tertentu. Topi warna putih perlu dipakai semasa situasi ingin mendapatkan informasi

yang meliputi fakta, figura dan maklumat; topi merah perlu dipakai semasa menghadapi

situasi perasaan yang meliputi luahan mood dan emosi; topi warna hitam perlu dipakai

semasa membuat penilaian negatif terhadap kesalahan dan halangan; topi warna kuning

perlu dipakai ialah semasa membuat penilaian positif; topi warna hijau perlu dipakai

semasa situasi yang berkaitan dengan kreativiti; topi biru perlu dipakai semasa

menghadapi situasi metakognitif yang berkaitan aspek seseorang yang berfikir.

Secara ringkasnya dapat diperjelaskan dalam Rajah 3 di bawah ini.

8

Page 10: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

Rajah 3

4.3 TEORI KREATIVITI PAUL TORRENCE

Teori Kreativiti Paul Torrence menjelaskan tujuh perkara yang sangat penting di

dalam proses mencungkil kreativiti seseorang individu iaitu;

Penyoalan

Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan

adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga

boleh mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam

proses pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan

mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.

Penemuan

Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk

memberikan galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan

mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga

penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta melakukan berbagai

ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti

seni visual.

9

Page 11: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

Pemerhatian

Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai

deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang

pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di

dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu

pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah

deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar.

Percubaan

Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang

terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di

kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari

bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang

terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas

hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu

pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.

Penerokaan

Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan

menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita.

Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk

membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di

sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak

langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan

sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk

menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Memanipulasi

Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui

bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang

sempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan

dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka

proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran

seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di

10

Page 12: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa

menghasilkan karya.

Aktiviti

Aktiviti juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak

aktiviti bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan

dan cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui

aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak

langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan

kreativiti yang sihat.

4.4 TEORI MULTIPLE CREATIVE TALENT

Teori Multiple Creative Talent diperkenalkan oleh Calvin W Taylor. Beliau

menjelaskan bukan semua individu dikurnia dengan bakat yang sama. Pengembangan

bakat kanak-kanak berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Taylor

mengkategorikan kreativiti kepada lima sifat iaitu;

Kreativiti bersifat ekspresif.

Berlaku secara bebas. Guru membimbing kanak-kanak meluahkan idea untuk

menghasilkan karya mengikut kemampuan kanak-kanak.

Kreativiti bersifat penghasilan.

Kecekapan menghasilkan sesuatu. Guru membimbing kanak-kanak untuk

menambah baik kemahiran sedia ada.

Kreativiti bersifat Inovatif.

Modifikasi sesuatu andaian asas secara alternatif. Guru membimbing kanak-kanak

membuat modifikasi konsep asas kepada idea baru yang lebih bermakna.

Kreativiti bersifat inventif.

Keupayaan mencipta sesuatu benda atau objek melalui proses penerokaan. Guru

memberikan pujian dan galakan kepada kanak-kanak supaya mereka tidak putus

asa.

11

Page 13: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

Kreativiti bersifat emergen

Merupakan bentuk kreativiti yang tertinggi. Keseluruhan prinsip formal

diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak. Contohnya lukisan figura

manusia digambarkan tanpa menitik beratkan bentuk asalnya.

4.5 TEORI LOWENFELD STAGES OF ARITISTICS DEVELOPMENT.

Lowenfeld memperkenalkan Teori Lowenfeld of Artistic Devrlopment yang dapat

menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kreatif. Aktiviti yang dijalankan berterusan

memberi peluang dan pendedahan kepada kanak-kanak untuk menggunakan deria

pancaindera secara menyeluruh sebagai proses pengamatan dan merekod. Teori ini

merangkumi lapan kategori kreatif iaitu,

Cabaran.

Menerima cabaran masalah yang wujud dalam sesuatu situasi. Dapat bersesuaian

dengan situasi persekitaran.

Kelancaran.

Berimaginasi dan berfikiran terbuka untuk mengkaitkan idea dalam menghasilkan

kerja kreatif supaya berjalan lancar.

Kelenturan

Sanggup menerima perubahan dan menyesuaikan diri mengikut situasi.

Keaslian.

Mengeluarkan idea tanpa meniru orang lain.

Pemikiran bercapah.

Dapat mengembangkan idea yang sedia ada.

Keinginan

Mempunyai perasaan ingin tahu dan mampu untuk membuat analisis.

Kompleks.

Berupaya membuat sentesis.

Makna Baru

Menghasilkan sesuatu produk atau idea kreatif dan inovatif.

12

Page 14: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

4.6 TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER

Fisher(1943) menerangkan terdapat lima tahap dalam pemikiran kreatif iaitu;

Peringkat Rangsangan

Beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu.

Peringkat Penerokaan

Pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan / pelajar

kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik.

Peringkat Perancangan

Melalui perancangan melalui proses perbincangan, pemerhatian, interaksi dan

sebagainya.

Peringkat aktiviti

Lakukan tindakan berdasarkan persoalan bagaimana harus kita mengambil

tindakan ke atas cadangan tersebut.

Kajian Semula

Membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakkan yang telah

dijalankan untuk tujuan penambahbaikan.

5.0 CIRI-CIRI KREATIF.

Sehingga hari ini telah banyak kajian dan penyelidikan tentang ciri-ciri idea kreatif.

Antara tokoh yang banyak menjalankan kajian terhadap idea-idea kreatif ini ialah

Graham Wallas (1926), Guilford (1950), Lehman (1953), Osborn (1954), Taylor (1956),

Getzels (1962), deBono (1970), Foster (1971), Hermann (1984), Trefingger (1986) dan

lain-lain lagi.Secara rumusannya terdapat empat cirri kreatif iaitu,

Pengurusan Imaginasi.

Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli.

Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini

melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai

permainan mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana

ia memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai

perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada

digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau

13

Page 15: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada

kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan

yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum ini

belum pernah dilihat.

Mempunyai Tujuan.

Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya

berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang

dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya

tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau

bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru,

objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini

menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan

tujuan. Contohnya, basikal Kamal rosak dalam perjalanan pulang, Kamal

memikirkan cara lain untuk pulang dengan basikalnya.

Bersifat Asli.

Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini

bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh

individu atau pun berkumpulan.Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:

1. Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan

dengan hasil kerjanya sendiri yang terdahulu.

2. Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil

kerja rakan-rakannya.

3. Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan

sebelum ini oleh mana-mana pihak dalam mana-mana bidang.

Kategori keaslian pertama dan kedua lebih memfokuskan kepada perkembangan

individu manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan masyarakat

secara global.

Bernilai.

Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada

tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat

untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana

14

Page 16: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

sesuatu idea menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai

sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria

penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti

berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan,

kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.

6.0 AKTIVITI-AKTIVITI YANG MERANSANG PEMIKIRAN KREATIF

KANAK-KANAK.

Kanak-kanak dilahirkan dengan potensi untuk menjadi kreatif. Mereka berhak

diberi peluang untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka, dan menggunakan

sepenuhnya potensi mereka. Sebagai ibu bapa, kita boleh memainkan peranan penting

untuk menggalakkan mereka. Meskipun kreativiti tidak boleh diajar, kita boleh

menyediakan persekitaran dan merancang aktiviti-aktiviti yang boleh meransang

pemikiran kreatif kanak-kanak.

6.1 AKTIVITI BERMAIN

Feldman (1991) menyatakan kanak-kanak belajar secara semulajadi. Mereka

ingin tahu, berminat, bersemangat dan memberi perhatian bagi mempelajari perkara-

perkara baharu. Mungkin antara cara yang terbaik mengajar kanak-kanak adalah melalui

bermain. Di samping aktiviti ini juga membolehkan mereka terlibat dalam mengaktifkan

gaya pembelajaran mereka yang semulajadi.

Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti belajar melalui permainan, mereka terlibat

dengan akviti yang mereka gemarkan. Semasa aktiviti bermain ini terdapat beberapa

perkembangan yang dapat dipupuk seperti;

perkembangan kognitif, bahasa dan fizikal.

kestabilan emosi.

kreativiti kanak-kanak.

perkembangan dan kemahiran social.

memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak.

Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003) mengketogerikan pembelajaran yang

bersandarkan aktiviti permainan kepada empat jenis. Keseimbangan diantara aktiviti

15

Page 17: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

bermain dan belajar merupakan rangka kerja yang penting dalam membentuk kurikulum

dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Terdapat empat jenis permainan yang

dikenal pasti iaitu:

Permainan 'solitary'

Permainan 'parallel'

Permainan 'associative'

Permainan 'cooperative'

6.2 AKTIVITI SENI LUKIS

Aktiviti seni lukis jika diberi perhatian boleh memperkembangkan kebolehan

kreativiti semulajadi kanak-kanak. Proses penghasilan lukisan, misalannya dapat

menggabungkan jalinan emosi, sosial dan nilai estetika. Aktiviti melukis dikatakan

sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa

bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti melukis merupakan aktiviti

yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya

sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses melukis yang menjurus ke arah

pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan

meningkatkan daya persepsi mereka seperti dalam Rajah 4 ini.

Rajah 4

Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria

kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain

itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya

mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada

16

Page 18: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi

penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang

unik dan kreatif.

6.3 SENI KRAFTANGAN

engaplikasikan teknik aktiviti menggambar,

membu

Rajah 5

Kraf mudah ini dapat membantu p gan motor kasar dan halus murid.

Aktivit

an di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978)

menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir

Kraf mudah uintuk kanak-kanak m

at corak dan rekaan serta bentuk binaan.Aktiviti menggambar untuk kanak-kanak

terdiri daripada aktiviti seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan resis, gosokan,

stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek. Aktiviti membuat corak dan rekaan untuk

kanak-kanak pula adalah seperti ikatan, ceupan, tiupan, titisan, renjisan, percikan,

lukisan, catan, cetakan, capan, resis,kolaj, pualaman, lipatan dan guntingan. Manakala

aktiviti binaan pula adalah seperti membuat topeng, boneka, origami, mobail, model dan

diorama.Aktiviti tersebut seperti yang terdapat dalam Rajah 5 di bawah ini.

erkemban

i kraf mudah menggalakkan penggunaaan dan kawalan otot secara

berkesan.Aktiviti seperti mengunting, melipat, membentuk dan mengubah suai dapat

mengembangkan daya imaginasi kanak-kanak sekaligus dapat meningkatkan daya

kreativiti kanak-kanak

Laura H. Chapm

17

Page 19: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

sama d

Muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun dapat mempertingkatkan

kemahi mu

Emile J

Rajah 6

Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun memberi peluang

kepada kanak-kanak untuk mengambil perl ktiviti menyanyi dan juga berbalas

dan me

engan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik. Menurut beliau,

proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik

yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-

ulang.

6.4 MUZIK, LAGU, DAN NYANYIAN SERTA PANTUN DAN SAJAK.

ran zikal dan juga kreativiti kanak-kanak. Tokoh-tokoh seni muzik seperti

acques Dalcroze, Carl Offf, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon

memfokuskan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap

pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada

mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang

tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan

kemaahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat.Rajah 6 di bawah ini

menunjukkan aktiviti lagu dan nyanyian

u dalam a

ndeklamasi sajak.Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun yang

dilaksanakan untuk kanak-kanak memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif.

Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan

pantun menggalakkan kreativiti mereka. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam

aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun melibatkan imaginasi atau

khayalan. Secara tidak langsung, nilai estetika kanak-kanak juga dapat dipupuk.

18

Page 20: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

6.5 TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF

ehendak untuk bergerak mengikut irama muzik merupakan kreativiti semula

jadi ba na memberi peluang kepada

kanak-k

i mempunyai keistimewaan dan apa yang mereka tonjolkan itu

merupa

Rajah 7

.0 PENUTUP

a

m kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal

dikenal

K

gi ka k-kanak. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif

anak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik. Aktiviti-aktiviti gerakan

yang dilaksanakan oleh guru mewujudkan bentuk pengalaman yang kreatif kepada

kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika gerak dalam persembahan tarian

dan pergerakan kreatif.

Melalui tarian dan pergerakan kreatif, kanak-kanak dapat membina kreativiti

tersendiri. Setiap penar

kan satu kreativiti. Melalui tarian dapat meningkatkan keupayaan pemikiran

kanak-kanak. Kanak-kanak perlu membuat perbandingan, perbezaan menganalisa dan

menilai karya. Tarian dan pergerakan kreatif seperti Rajah 7 di bawah ini membantu

murid menggerakkan daya pemikiran mereka.

7

Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membin

minda yang kreatif dala

i sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena

antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa

kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh

persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak

19

Page 21: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah

semula jadi proses tumbesaran mereka.

Kreativiti memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam banyak cara. Mereka

lebih banyak menggunakan imaginasi mereka, bersedia untuk mencuba perkara yang

berlain

an, dan berani memperlihatkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Di samping

itu, mereka dapat membina ketabahan, keyakinan diri, keupayaan untuk berdikari,

toleransi terhadap kekaburan, dan mungkin juga, suka berjenaka.

20

Page 22: Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan

RUJUKAN

inin Mohd,Abdullah Hassan.(1997).Seni Berfikir Kreatif.Kuala Lumpur:PTS

ltans Sdn Bhd.

: Open Universiti Malaysia.

amid k Genius. Shah Alam

logspot.com/2009/08/attention-num2.html

A

Consu

Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim.(2011).HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak

Kanak. Selangor Darul Ehsan

Ekspresi Kreatifviti Kanak-Kanak. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

H ah Sulaiman, Farrah Dina Yusop.(2006). Mendidik Ana

Selangor: PTS Millennia Sdn Bhd

Tony Windura.(2011).Melatih Anak Berfikir.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing

Sdn Bhd.

SUMBER DARI INTERNET

http://itukamibudakseni.b

http://zulprasekolah.blogspot.com/2012_03_05_archive.html

http://ummisalsabila.blogspot.com/2013/02/kreativiti-kanak-kanak-bermula-dengan.html

21