29
PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL BAGI MATAPELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 1 : PERIMETER AND AREA NOR AFIZAH BINTI AZIZ UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

  • Upload
    buibao

  • View
    251

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

BAGI MATAPELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 1 : PERIMETER AND

AREA

NOR AFIZAH BINTI AZIZ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 1 : PERIMETER AND AREA

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya NOR AFIZAH BINTI AZIZ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

 

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)  

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

 

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh, __________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) EN. SHAHARUDDIN MD SALLEH

Alamat tetap: NO1, JALAN MELUR 6, TAMAN SRI ALAM, BATU ANAM 85100 SEGAMAT.

Tarikh:___________________ Tarikh:___________________ 30 MEI 2009 30 MEI 2009

Page 3: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia : Encik Shaharuddin bin Md. Salleh

Tarikh : ……………………………

30 MEI 2009

Page 4: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

BAGI MATAPELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 1 : PERIMETER AND

AREA

NOR AFIZAH BINTI AZIZ

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2009

Page 5: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

ii

“Saya akui bahawa kajian bertajuk ‘Pembinaan Perisian Pembelajaran yang

Berbantukan Komputer (PBK) Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual

bagi matapelajaran Matematik Tingkatan 1 : Perimeter and Area’ ini adalah hasil

kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………..

Nama Pelajar : Nor Afizah binti Aziz

Tarikh : ……………………..

6 MEI 2009

Page 6: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

iii

DEDIKASI

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, ku panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat dan limpah

kurniaNya maka laporan projek ini dapat dihasilkan.

Ku titipkan ruangan ini khas buat insan-insan yang ku sayangi:

Ayahanda ku Aziz bin Abu Talib dan Bonda ku Sarimah binti Jant,

Yang sentiasa memberi dorongan dan menyokong anakmu ini.

Adikku yang dikasihi Norfarahim binti Aziz,

semoga kejayaan ini dapat dijadikan sebagai satu perangsang kepadamu untuk

mengejar cita-cita.

Buat semua rakan-rakanku Shahrin Abd Kahar, Noorul Shuhadah Osman, Norazrena

Abu Samah, Aiza Musfira Mozi dan semua rakan SPT 2005-2009,

Doa, dorongan, bantuan dan segala kritikan kalian mengiringi kejayaan ini.

Semoga segala jasa dan pengorbanan kalian akan diberkati Allah SWT.

-Amin-

Page 7: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

iv

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

projek yang dijalankan ini dapat disiapkan dengan sepenuhnya mengikut masa yang

telah ditetapkan. Di kesempatan ini, pembangun ingin merakamkan penghargaan

ikhlas buat penyelia projek, En. Shaharuddin bin Md. Salleh yang telah banyak

membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi

dorongan serta tunjuk ajar yang sangat berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini

dijalankan.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa tersayang dan juga adik beradik yang

banyak memberi sokongan terutamanya dari segi kewangan dan semangat dalam

menyiapkan projek ini.

Akhir sekali, pembangun ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan

jayanya.

Allah sahajalah yang dapat membalas budi kalian. Terima kasih.

Page 8: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian pendidikan bagi

topik ‘Perimeter and Area’ Matematik Tingkatan Satu dengan menggunakan

pendekatan pembelajaran kontekstual. Pengajaran dan pembelajaran kontekstual

merupakan satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru

mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan

memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan

aplikasinya dalam kehidupan harian mereka (Baskoro, 2007). Selain itu,

pembangunan perisian PBK ini dihasilkan dengan kombinasi elemen multimedia

yang interaktif seperti penggunaan teks, grafik, animasi, audio dan video. Hal ini

dapat memastikan pelajar mengalami proses pembelajaran yang bermakna dan bukan

sekadar menghafal konsep-konsep yang terdapat dalam matematik. Selain itu, model

reka bentuk pembangunan yang digunakan ialah model Hanaffin dan Peck. PBK ini

dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai

platform pembangunan, disamping penggunaan perisian Adobe Photoshop CS2,

Sound Forge 6.0 dan perisian lain sebagai perisian sokongan bagi menghasilkan PBK

yang lebih menarik. Selain daripada dapat membantu proses pengajaran guru dan

memudahkan pemahaman pelajar, PBK ini juga dapat menarik minat pelajar,

meningkatkan motivasi pelajar serta dapat menggalakkan pelajar melibatkan diri

secara aktif dalam memahami konsep-konsep berkaitan dengan tajuk ‘Perimeter and

Area’.

Page 9: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

vi

ABSTRACT

This study was conducted in order to develop education courseware about

‘Perimeter and Area’ Mathematics Form One on contextual approach. Teaching and

learning using contextual approach is one of the teaching and learning style that can

help teacher to relate the content taught with the students environment and can

motivate students to make use the learning concept in their daily lives (Baskoro,

2007). Furthermore, this Computer Aided Learning (CAL) software development is

being done with the combination of interactive multimedia elements such as text,

graphics, audio and video. This can ensure the students experience a significant

learning process and not just memorizing those concept in Mathematics. Other than

that, Hanaffin and Peck development teaching model is being implemented as a

guideline in constructing this CAL. This CAL is being utilize by Macromedia

Authorware 7.0 as a development platform, together with the use of other supporting

software which is Adobe Photoshop CS2 and Sound Forge 6.0 with the purpose of

producing an attractive CAL. Other that helping tearcher’s teaching process and

simplify a student’s understanding, this CAL also can exert a pull on student’s

interest, level up student’s motivation and encourage them to involve actively in

understands a concepts related to ‘Perimeter and Area’.

Page 10: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENGENALAN 1 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Matlamat Kajian 10

1.5 Objektif Kajian 10

1.6 Objektif Perisian 11

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Skop Kajian 13

1.9 Rational Pemilihan Tajuk 13

Page 11: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

viii

1.10 Definisi Istilah 14

1.11 Penutup 18

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 19

2.2 Teori Konstruktivisme Dalam Perisian PBK 19

2.3 Implikasi Teori Pembelajaran Terhadap Kajian 23

2.4 Kaedah Pembelajaran Kontekstual 24

2.5 Strategi Pengajaran Dalam Perisian PBK 28

2.5.1 Strategi Penyelesaian Masalah 29

2.5.2 Strategi Permainan 31

2.5.3 Strategi Tutorial 32

2.6 Kelebihan BBM Berbentuk PBK 33

2.6.1 Menarik Dan Menyeronokkan 33

2.6.2 Maklum Balas Serta Merta 34

2.6.3 Mudah Alih 34

2.6.4 Pembelajaran Terarah Kendiri 34

2.6.5 Tahap Interaktif Yang Tinggi 35

2.6.6 Melibatkan Penggunaan Deria Lebih 35

Dari Satu

2.7 Penutup 37

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Perancangan Reka Bentuk 38

3.3 Fasa Analisis Keperluan 39

3.3.1 Pemilihan Topik Pengajaran 40

3.3.2 Pemilihan Perkakasan, Alat Pengarang dan 41

Perisian Sokongan

3.3.2.1 Perkakasan 42

3.3.2.2 Alat Pengarang 43

3.3.2.3 Perisian Sokongan 44

3.4 Fasa Reka Bentuk 48

3.4.1 Menentukan Pendekatan Dan Strategi 48

Page 12: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

ix

Pengajaran

3.4.2 Carta Alir Perisian 50

3.5 Fasa Pembangunan Dan Perlaksanaan 52

3.6 Penutup 52

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 53

4.2 Pengaplikasian Teori Pembelajaran Kontekstual 54

dalam Perisian

4.2.1 Aplikasi Teori Kontekstual dalam Isi 54

Kandungan

4.2.2 Aplikasi Teori dalam Persembahan 54

4.3 Rangka Asas Perisian 55

4.4 Halaman Setiap Bahagian 56

4.4.1 Paparan Daftar Pengguna (Log In) 57

4.4.2 Paparan Menu Utama (Main Menu) 58

4.4.3 Paparan Menu Nota 59

4.4.4 Paparan Latihan (Exercises) 61

4.4.5 Paparan Peneguhan Positif 63

4.4.6 Paparan Peneguhan Negatif 64

4.4.7 Paparan Markah Pengguna 65

4.4.8 Paparan Menu Hiburan Mathematik 66

(Fun Maths)

4.4.9 Paparan Menu Butang Navigasi 68

4.4.10 Paparan Glosari 69

4.4.11 Paparan Problem Solving 70

4.4.12 Paparan Keluar 72

4.4.13 PaparanPembangun 73

4.5 Pempakejan Perisian dan Cara Menggunakan 73

Perisian

4.6 Penutup 74

Page 13: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

x

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Rumusan Perisian 75

5.3 Masalah-Masalah yang Dihadapi Semasa 76

Pembangunan Perisian

5.3.1 Kekurangan Kepakaran atau Kemahiran 77

5.3.2 Kekurangan Masa 78

5.3.3 Kekurangan Panduan 79

5.4 Kelebihan Perisian 80

5.5 Kelemahan Perisian 81

5.6 Cadangan 81

5.7 Kesimpulan 82

5.8 Penutup 83

BIBLIOGRAFI 84

LAMPIRAN 89

Lampiran A 90-94

Page 14: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA

SURAT

3.1 Sistem Perkakasan Pembanguna 41

3.2 Sistem Perkakasan Mainbalik 42

Page 15: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

MUKA SURAT

2.1 Teori Pembelajaran Kontekstual 23

2.2 Keperluan Strategi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Pendekatan Kontekstual

26

3.1

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

4.18

Model Pembangunana Reka bentuk Hannafin

dan Peck

Paparan Daftar Pengguna

Paparan Menu Utama

Paparan Menu Nota

Paparan dalam Nota

Paparan Menu latihan

Paparan Latihan

Paparan Peneguhan Positif

Paparan Peneguhan Negatif

Paparan Markah Pengguna

Paparan Menu Hiburan Matematik (Fun Maths)

Paparan Menu Fun Maths (Graphics)

Paparan Menu Fun Maths (Tricks)

Paparan Menu Tour Guide

Paparan dalam Tour Guide

Paparan Glosari

Paparan Problem Solving

Paparan Problem Solving (Problem 3)

Paparan Keluar

39

57

58

59

59

61

61

63

64

65

66

66

67

68

69

69

70

71

72

Page 16: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

xiii

4.19

Paparan Pembangun

73

Page 17: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

xiv

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

BBM - Bahan Bantu Mengajar

CD - Cakera padat (Compact Disc)

CD-ROM - Compact Disc-Read Only Memory

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

MSC - Multimedia Super Coridor

NCTM - National Council of Teachers' of Mathematics

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PMR - Penilaian Menengah Rendah

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

Page 18: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A Carta Alir Perisian 90

Page 19: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

16  

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Hidup di dalam dunia yang serba moden sekarang ini kelihatan begitu

bergantung kepada kemudahan teknologi dalam menjalani kehidupan seharian.

Perkembangan teknologi maklumat semakin pesat dan mencabar. Menurut kajian

Theng Siew Ling (2006), penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan

telah lama diperkenalkan sejak awal tahun 60-an lagi di negara-negara maju seperti

di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Fenomena ini turut mencorakkan sistem

pendidikan negara. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang

positif terhadap perkembangan teknologi.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi

(2003) dalam Majlis Pelancaran Kumpulan Wang Amanah Pelajar Malaysia. Era

globalisasi memberi implikasi kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk

menyediakan sumber manusia yang berilmu pengetahuan, dinamik progresif, kreatif,

inovatif, bersikap positif, berakhlak mulia celik komputer dan sebagainya. Pada

Page 20: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

17  

umumnya, kejayaan yang dicapai dalam pendidikan selama ini menunjukkan trend

yang positif.

Walau bagaimanapun, era globalisasi berkehendakkan negara membuat

perubahan besar dalam sistem pendidikan supaya keluaran daripada sistem

pendidikan lebih mampu untuk bersaing. Oleh yang demikian, langkah ke arah

penguasaan teknologi komputer ini perlu dimulakan dari peringkat sekolah lagi. Ini

bermakna semua pelajar perlu diberi peluang untuk memperoleh kemahiran

menggunakan kemudahan komputer. Selain daripada itu, peranan teknologi

komputer dalam pendidikan perlu diperluaskan sebagai kurikulum dan sebagai alat

pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa kajian membuktikan bahan multimedia interaktif mampu

meningkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai sesuatu bahan yang diajar

sebanyak 30% lebih berbanding kaedah tradisional. Hess Tenezakis pada tahun 1973

telah membandingkan pengajaran berbantukan komputer kepada seramai 189 pelajar

di sekolah menengah rendah dalam subjek matematik. Kumpulan yang menggunakan

pengajaran berbantukan komputer merasakan bahawa komputer mampu

menyampaikan maklumat dengan berkesan kerana ianya adil, jelas dan mudah.

(Baharuddin Aris et al. 2003).

Menurut Hassan Ahmad, (2002) semua sekolah di Malaysia sepatutnya bersifat

bestari. Jangan ada jurang yang wujud di dalam sistem pendidikan atau persekolahan

di negara ini, iaitu dasar atau sistem yang boleh menyebabkan wujudnya sekolah

yang berbeza-beza tarafnya dan nilainya, misalnya sekolah di bandar menjadi lebih

tinggi tarafnya daripada sekolah di luar bandar. Menurut Baharuddin Aris et al.

(2003), projek sekolah bestari adalah merupakan salah satu aplikasi perdana Koridor

Raya Multimedia (MSC). Projek sekolah bestari ini akan bertanggungjawab untuk

menyediakan generasi baru yang mampu mengharungi cabaran dunia baru teknologi

maklumat.

Page 21: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

18  

Dalam Konteks Malaysia, pendidikan adalah berdasarkan struktur dan

keperluan masyarakat. Oleh itu, guru-guru haruslah memahami peranan mereka

dalam membangunkan masyarakat walau di mana mereka ditempatkan. Jadi untuk

mengubah masyarakat di luar Bandar ke arah pemikiran yang terbuka bukanlah

mudah. Untuk mencapai objektif tersebut guru-guru haruslah memahami budaya dan

gelagat masyarakat setempat dan cuba memajukan masyarakat tersebut secara

penggunaan pendekatan psikologi dan sosiologi (Mohd. Salleh Lebar, 2007).

Sekolah-sekolah di Malaysia dipenuhi dengan pelajar daripada pelbagai latar

belakang, budaya dan bahasa. Selain itu, mereka juga berbeza dari segi minat,

kebolehan dan bakat (Mok Soon Sang, 1996). Oleh itu, institusi pendidikan pada

masa kini haruslah peka dan bertindak dengan lebih bijak untuk melahirkan pelajar-

pelajar yang bukan lagi menjadi pengguna yang pasif dalam era teknologi maklumat

yang pesat ini, tetapi menjadi pengguna yang aktif dalam pelbagai aspek dan bidang

kehidupan.

Sedar atau tidak sistem pendidikan di negara kita masih lagi mengamalkan

sistem pendidikan yang wujud pada zaman revolusi perindustrian Eropah dahulu.

Sistem pendidikan di zaman itu, sekolah dianggap sebagai kilang untuk

mengeluarkan pekerja-pekerja yang patuh dan akur pada arahan, menepati masa dan

rajin. Menurut Ahmad Kamal Bin Osman @ Alias (2007) pendekatan seperti ini

tidak lagi sesuai untuk diamalkan pada masa sekarang, ini kerana kini telah banyak

terdapat mesin-mesin komputer, robot yang telah pun mengambil alih sebahagian

besar daripada tugas-tugas manusia di kilang-kilang, pejabat dan di rumah.

Dalam konteks pendidikan matematik pula, penggunaan matematik telah

bertambah dengan luasnya dalam semua lapisan masyarakat. Kalau dahulu

masyarakat hanya berpendapat bahawa matematik adalah untuk pengiraan sahaja,

tetapi pada masa kini peranan yang dimainkan oleh matematik meliputi pelbagai

jenis aktiviti seperti pemprosesan data, stimuli, membuat keputusan dan komunikasi.

Walaupun demikian jika kita membuka surat khabar setiap hari, kita akan mendapati

Page 22: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

19  

banyak isu yang membincangkan tentang pendidikan matematik.Salah satu isu yang

hangat diperbincangkan adalah tentang kemerosotan pencapaian keputusan

matematik. Soalnya dimanakah punca sebenarnya keadaan ini?

Pengajaran yang berkesan memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap

proses pembelajaran, ciri-ciri pelajar yang berada pada tahap perkembangan yang

berbeza serta faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi. Seorang guru biasanya

bergantung kepada perkara-perkara tersebut apabila membuat keputusan tentang

bagaimana dia hendak menyampaikan sesuatu pengajaran. Pemilihan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang efektif sangat diperlukan bagi memastikan

kejayaan sesuatu proses pengajaran. Dalam proses menyampaikan idea dan

kemahiran matematik, guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan. Dalam

pengajaran matematik terdapat beberapa kaedah yang sering digunakan supaya

pelajar dapat memahami dan menguasai sesuatu kemahiran (Pedagogi Dalam

Pendidikan Matematik, 2005)

Selaras dengan falsafah pendidikan di Malaysia, iaitu suatu usaha berterusan

ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini

adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2008).

Pemilihan kaedah penyampaian di dalam perisian PBK juga penting bagi

mendapatkan hasil yang baik. Secara ringkasnya kaedah kontekstual dilihat sebagai

kaedah yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia

berkepentingan dalam bagaimana ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari

dari satu konteks dipindahkan, digeneralisasi dan digunakan dalam konteks yang

lain. Pemahaman kontekstual juga memberi definisi yang jelas kepada suatu topik.

Page 23: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

20  

Kepentingan kontekstual ialah kaedah bagaimana ilmu pengetahuan dan kemahiran

yang dipelajari dalam satu konteks dipindahkan, digeneralisasidan digunakan dalam

konteks yang lain (Efandi Zakaria et al., 2007).

Penggunaan strategi pembelajaran yang menarik akan meningkatkan tumpuan

pelajar dengan apa yang sedang mereka pelajari atau lakukan (Noraini, 2005).

Penggunaan strategi yang pelbagai yang diterapkan di dalam PBK ini akan

membolehkan pelajar melihat bidang ilmu ini adalah sesuatu yang menarik untuk

diterokai karana ia meliputi pelbagai bidang dan dari pelbagai sudut aspek

kehidupan.

Dengan perkembangan teknologi komputer dalam sistem pendidikan negara,

maka terciptalah pelbagai jenis perisian yang dibangunkan bagi membantu guru

menjadikan mata pelajaran matematik lebih menarik dengan ciri-ciri multimedia

yang interaktif.

Namun terdapat perisian multimedia matematik yang dibangunkan kurang

mengambil kira penguasaan domain pengetahuan tentang subjek, pengetahuan

pedagogi, pengetahuan tentang kurikulum, pengetahuan tentang pelajar dan

pengetahuan tentang matlamat pendidikan. Penguasaan dan penekanan perkara ini

kepada pembangunan perisian ini membolehkan perisian PBK dapat menyampaikan

pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Cabaran utama yang dihadapi pendidik ialah untuk mengenalpasti pengajaran

yang berkesan. Cara terbaik ialah dengan mencuba setiap kaedah dengan

Page 24: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

21  

mengelaskan kebaikan dan kelemahan kaedah itu. Oleh itu, guru haruslah mencuba

dan sentiasa mencuba, tetapi mungkin lebih baik jika berlandaskan teori dan amalan

yang telah diutarakan pengkaji terdahulu (Effandi Zakaria, 2007).

Menurut Ahmad Kamal (2007), sistem pendidikan di negara kita masih lagi

mengamalkan sistem pendidikan yang wujud pada zaman revolusi perindustrian

Eropah dahulu. Sekolah dianggap sebagai sebuah kilang untuk mengeluarkan

pekerja-pekerja yang patuh dan akur pada arahan, menepati masa dan rajin.

Pendekatan seperti ini tidak lagi sesuai pada zaman ini yang lebih mementingkan

sesuatu yang asli, kreatif dan mempunyai nilai yang tinggi dalam penghasilan

sesuatu. Ini adalah kerana pada masa kini telah banyak mesin-mesin yang tercipta

bagi mengantikan keperluan sumber tenaga manusia.

Teknologi komputer dan robot telah mengambil alih sebahagian besar tugas

manusia di kilang, pejabat dan rumah. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran

Malaysia haruslah peka dan bertindak dengan bijak untuk melahirkan pelajar-pelajar

yang bukan lagi menjadi pengguna yang pasif dalam dunia yang serba canggih ini,

tetapi menjadi pengguna yang aktif dalam pelbagai aspek dan bidang kehidupan.

Oleh yang demikian, matematik memerlukan guru-guru yang berkemahiran tinggi

sama ada dari segi penguasaan isi kandungan subjek matematik dan juga pedagogi

mengajar. Jika guru menguasai dengan baik kedua-dua bidang ini, besar

kemungkinan guru dapat mengajar dengan baik (Sabri, 2002).

Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang

minda pelajar dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang lalu,

NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya

pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer.

Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran

matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah

penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus

matematik.

Page 25: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

22  

Lim Chap Sam et al. (2003) menerangkan bahawa komputer digunakan

sebagai alat bantu mengajar matematik ialah dari dua aspek iaitu Komputer dapat

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran matematik dan

meningkatkan motivasi guru dan pelajar. Keduanya ialah penggunaan komputer

dapat membina konsep matematik dengan lebih berkesan. Menurut Clement (2000)

pula, penggunaan program komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

menggalakkkan pelajar mencuba idea-idea baru, membuat telahan dan memlakukan

penerokaan kerana komputer berupaya memberikan maklum balas dengan serta-

merta.

Sikap dan minat pelajar boleh diubah sekiranya sesuatu mata pelajaran yang

diajar dapat mengatasi kelemahan yang dihadapi oleh pelajar. Sebilangan besar guru

matematik di sekolah tidak begitu pakar dalam memahami masalah pembelajaran

disamping tidak dapat menyesuaikan cara, pendekatan dan kaedah bagi membantu

pelajar membina kemahiran matematik dengan progresif dan dinamik. Pendekatan

pengajaran matematik yang lemah dan tidak profesional menyebabkan kemahiran

asas matematik yang mudah menjadi sukar untuk diselesaikan oleh pelajar.

Akibatnya, ramai pelajar gagal menguasai kemahiran asas matematik dan seterusnya

kurang berminat dengan mata pelajaran tersebut (Sabri et al. 2006).

Kejayaaan guru dalam menyampaikan pengajaran yang berkesan dalam kelas

bergantung kepada perancangan pengajaran yang teratur. Pembelajaran matematik

bukan sekadar pengiraan, penhafalan formula dan teori, bahkan ia melibatkan

penyelidikan, pengujian dan penyelesaian masalah. Aktiviti berkumpulan,

komunikasi matematik, permainan matematik, permainan matematik dan sebagainya

kurang diberi perhatian dan guru-guru perlulah tidak hanya memikirkan untuk

menghabiskan sukatan pelajaran yang ditetapkan sahaja (Noraini, 2001)

Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma

diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi (Wan Zahid, 1996).

Page 26: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

23  

Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita

mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri,

tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain.

1.3 Pernyataan Masalah

Abdul Rahim (2000) menyatakan pendidikan matematik di sekolah yang

tidak menyeronokkan dan sukar difahami. Selain itu, punca kegagalan yang tinggi

telah menimbulkan kesan psikologi negatif terhadap diri pelajar itu sendiri. Menurut

beliau lagi kekurangan unsur-unsur kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran

menjadikan mata pelajaran matematik begitu beku dan kaku. Pelajar diajar dengan

kemahiran dan pengetahuan yang tidak relevan dengan kehidupan seharian, dunia

pekerjaan dan kepentingan masa depan.

Sejak akhir-akhir ini, matapelajaran matematik adalah sukar untuk dikuasai

dan difahami. Selain pembelajaran yang beku dan kaku, cara penyampaian atau

kaedah yang digunakan yang tidak sesuai juga menyebabkan kejatuhan prestasi

pelajar dalam matapelajaran matematik. Ini kerana pelajar tidak dapat memahami

sesuatu matapelajaran jika kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru adalah

tidak sesuai dengan tajuk yang ingin disampaikan kepada para pelajar. Menurut

Norhayati (1999) di dalam kajian yang dijalankan oleh Ab Rahman Ahmad dan

Baharudin Aris 2003/2004, menunjukkan bahawa kadar pembelajaran dan

pemahaman manusia dapat dipertingkatkan dengan menggunakan cara yang

interaktif dalam suatu persekitaran pembelajaran. Persekitaran pembelajaran

interaktif akan membenarkan manusia melihat, mendengar, bertindak balas dan

beraksi.

Page 27: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

24  

Jumlah pelajar yang ramai di dalam kelas juga adalah merupakan salah satu

faktor kurangnya interaksi diantara guru dan pelajar. Ini akan melahirkan pelajar

yang pasif. Selain itu, pelajar tidak dapat menguasai sepenuhnya matapelajaran yang

diajar guru kerana sukar untuk guru mengajar mengikut keperluan pelajar itu dan

memenuhi tahap keupayaannya. Disamping itu, pelajar juga sukar untuk menentukan

tahap pemahaman mereka terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru

(Jamalludin & Zaidatun, 2003). Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada

satu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif

dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah yang

timbul berkaitan dunia matematik dan pelajar hari ini. Perisian PBK yang akan

dibina adalah berdasarkan teori konstruktivisme. Teori ini dikatakan dapat

melibatkan penglibatan yang aktif pelajar dalam menyelesaikan masalah dan

pemikiran kritikal tentang aktiviti pembelajaran di mana ia relevan dan menarik.

Pelajar dikatakan membina pengetahuan sendiri dengan menjana idea dan

pendekatan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman mereka.

Kaedah pembelajaran yang digunakan di dalam perisian PBK ini pula ialah

kaedah pembelajaran kotekstual. Kontekstual menurut Adnan (1997) menerangkan

kaedah yang lebih jelas untuk memahami matematik atau sains. Pelajar yang

menguasai konteks dapat melihat sesuatu ilmu dengan lebih mendalam. Mereka

melihat masalah sebagai satu struktur yang mengandungi sekumpulan rumus dan

konsep yang saling berkaitan. Pendekatan pembelajaran tradisional menggalakkan

penggunaan rutin pemahaman prosedural yang membawa kepada pemahaman yang

lemah dalam hubungan ilmu pengetahuan dengan objek yang digunakan yang

mengandungi pengetahuan kontekstual.

Selain dari aspek teori pengajaran dan pembelajaran, ciri-ciri interaktif akan

diselitkan di dalam perisian PBK ini kerana menurut kajian Norhayati (1999) ciri-ciri

interaktif dalam sesuatu perisian memainkan peranan yang penting dalam proses

Page 28: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

25  

pembelajaran dan pemahaman individu. Cara pembelajaran yang melibatkan

interaksi individu menyumbangkan kadar pemahaman yang amat tinggi iaitu 90%.

Dengan ini, diharap perisian PBK akan dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar

mempelajari matematik disamping menarik minat mereka cintakan ilmu.

1.4 Matlamat Kajian

Perisian PBK yang dibangunkan adalah untuk memberikan kemudahan

kepada pelajar yang sukar menguasai tajuk ‘Perimeter and Area’ Tingkatan 1. PBK

ini adalah untuk menarik minat para pelajar mempelajari Matematik dengan

menggunakan kaedah pembelajaran kontekstual supaya dapat menerapkan

pembelajaran bermakna. Strategi pelbagai yang digunakan di dalam perisian PBK ini

adalah untuk menarik perhatian para pelajar supaya mereka tidak cepat bosan dalam

sesi pembelajaran. Selain itu, teori konstruktivisme diterapkan dalam PBK ini bagi

meningkatkan tahap pemikiran pelajar. Dengan ini, PBK ini juga diharap dapat

membantu meningkatkan daya tumpuan para pelajar mempelajari ‘Perimeter and

Area’ ini.

1.5 Objektif Kajian

i. Menghasilkan satu perisian PBK bercirikan multimedia dan interaktif

dibangunkan menggunakan teori kontekstual.

Page 29: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filepembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual bagi matapelajaran matematik

26  

1.6 Objektif Perisian

i. Membolehkan pelajar mengukuhkan kefahaman mereka melalui aktiviti yang

disediakan di dalam perisian dengan pelbagai contoh dan soalan pelbagai aras

yang disediakan.

ii. Membolehkan pelajar menilai kefahaman mereka melalui ujian yang

disediakan.

iii. Memberikan bahan alternatif kepada pelajar dan guru dalam mempelajari

‘Perimeter and Area’ melalui pendekatan kontekstual.