22

PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah
Page 2: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah
Page 3: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TOPIK

LUKISAN ISOMETRI KAEDAH RANGKA

RAZALI BIN MISTAM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBUARI, 2004

Page 4: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah
Page 5: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

iii

Buat yang dikasihi, Ibunda dan Ayahnda,

Hjh. SOADAH @ ODAH BT. Hj. KASBON

Hj. MISTAM BIN KIMI

Pengorbananmu akan kukenang sepanjang hayat.

Buat yang disayangi, Isteri dan Anak ku,

Pn. NATERAH BT. AB. RAHMAN

MUHAMMAD ZAHIN

Kehadiranmu menyeri dan membahagiakan hidupku.

Buat Abang-abangku, kakak-kakakku dan adik-adikku,

Bantuan yang diberikan kukenang sepanjang hayat.

Page 6: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya

dapat saya menyiapkan projek perisian ini.

Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Rio Sumarni

Shariffudin kerana semangat kental yang ada pada beliau dapat dikongsi bersama untuk

menjayakan projek pembinaan perisian multimedia dalam pendidikan. Banyak nasihat,

tunjuk ajar, pandangan, buah fikiran dan bimbingan yang bernas telah diberikan kepada

saya. Terima kasih sekali lagi untuk beliau. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada

rakan-rakan, keluarga dan para pensyarah yang telah memberi banyak bantuan, semangat

dan motivasi kepada diri saya.

Akhir sekali, terima kasih buat isteri dan anak saya yang disayangi kerana

memberikan galakan sepanjang masa kepada saya.

Page 7: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

v

ABSTRAK

Projek pembinaan perisian multimedia dalam pendidikan ini adalah bertujuan

untuk membina sebuah perisian multimedia. Perisian ini dibina berdasarkan pendekatan

animasi dan simulasi yang interaktif bersama dengan bunyi, suara, muzik dan grafik. Ia

merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) bagi

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang bertajuk “Pandangan Isometri Kaedah

Rangka”. Ia dibina dengan menggunakan perisian Macromedia Flash MX serta

perisian-perisian multimedia yang lain seperti Ulead COOL 3D, Sound Forge, Adobe

Photoshop 7.0, Adobe Premiere 6.5 dan AutoCAD R14. Struktur perisian ini lebih

mementingkan kepada pengguna atau pelajar supaya bebas untuk mencabang ke mana-

mana bahagian melalui menu utama. Perisian ini sudah sedia untuk menguji

pengetahuan dan kemahiran mereka.

Page 8: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

vi

ABSTRACT

The purpose of this project is to develop a multimedia software. The incorporation

of interactive animation and simulation, sound, music, audio and graphics. The purpose of

this project is to construct a Computer Based Learning (CBL) title “Lukisan Isometri

Kaedah Rangka” Form 4 Engineering Drawing subject. The software of computer based

learning is created together with Macromedia Flash MX and others multimedia software

such as Ulead COOL 3D, Sound Forge, Adobe Photoshop 7.0, Adobe Premiere 6.5 and

AutoCAD R14. The structure of this software give the user freedom to explore any part of

the programme through the main menu. They are ready for students to test their

knowledge and skills in this software.

Page 9: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Projek 4

1.5 Tujuan Perisian 4

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 5

1.7 Skop Projek 6

Page 10: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN 7

2.1 Pengenalan 7

2.2 Proses Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 7

2.3 Teori Pembelajaran 8

2.4 Multimedia 9

2.5 Pendidikan Melalui Multimedia 10

2.6 Keberkesanan Multimedia Dalam Pendidikan 12

2.7 Proses Membina Multimedia Pendidikan 13

2.7.1 Analisis 13

2.7.1.1 Menentukan Audien 13

2.7.1.2 Mengenalpasti objektif pembelajaran 14

2.7.1.3 Kesesuaian Penyelesaian Multimedia 14

2.7.1.4 Penilian Sumber 14

2.7.2 Rekebentuk 15

2.7.2.1 Visualisasi 15

2.7.2.2 Rekebentuk Pengarahan 15

2.7.2.3 Rekabentuk Antaramuka 15

2.7.3 Produksi 16

2.7.4 Implementasi 16

2.7.5 Penilaian 16

2.7.5.1 Ujian Pembinaan 16

2.7.5.2 Ujian Pengarahan 17

2.8 Pemilihan Multimedia Dalam Pendidikan 17

2.8.1 Kawalan Pembelajaran 17

2.8.2 Penglibatan Secara Aktif 17

2.8.3 Keanjalan Dalam Pembelajaran 18

2.8.4 Alat Penyelidikan 18

2.8.5 Merangsangkan Pembelajaran 18

2.8.6 Kebolehulangan 18

Page 11: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

ix

BAB III REKABENTUK PERISIAN 19

3.1 Pengenalan 19

3.2 Rekabentuk Am 19

3.2.1 Struktur Perisian 20

3.2.2 Teks 21

3.2.3 Warna 21

3.3 Alat Pengarangan (authoring tool) 21

3.4 Penilaian 22

3.5 Carta Alir Perisian 23

3.6 Perkakasan (Hardware) 23

3.7 Perisian(Software) 24

BAB IV PERISIAN LUKISAN ISOMETRI KAEDAH RANGKA 25

4.1 Pengenalan 25

4.2 Kaedah Menggunakan Perisian 25

4.3 Kandungan Perisian 26

4.3.1 Montaj Permulaan 26

4.3.2 Aplikasi 27

4.3.3 Menu Utama 28

4.3.4 Pengenalan 29

4.3.5 Objektif 30

4.3.6 Piramid 1 31

4.3.7 Piramid 2 32

4.3.8 Kon 33

4.3.9 Latihan 34

4.3.10 Bantuan Atau Tanda Soal (?) 35

4.3.11 Keluar Atau Tanda Pangkah (X) 35

4.4 Komponen Perisian 36

4.4.1 Teks 37

4.4.2 Grafik 37

4.4.3 Gambar 38

4.4.4 Audio 38

Page 12: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

x

4.4.5 Animasi 39

4.5 Pendekatan Perisian 39

4.5.1 Simulasi 40

4.6 Penilaian Perisian 41

4.6.1 Dapatan Hasil Penilaian Soal Selidik 42

4.6.1.1 Struktur Pengajaran Dan

Pembelajaran Dalam Perisian Kursus 42

4.6.1.2 Interaktif Dan Mudah Digunakan 42

4.6.1.3 Paparan Teks 43

4.6.1.4 Rekabentuk Pengajaran 43

4.6.1.5 Rekabentuk Pengajaran 43

4.6.1.6 Kandungan Perisian Kursus 43

4.6.1.7 Bahasa 44

4.6.1.8 Ulasan dan Pandangan 44

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 45

5.1 Pengenalan 45

5.2 Perbincangan 45

5.3 Rumusan 47

5.4 Cadangan Lanjutan Kajian 48

5.5 Cadangan Am 48

5.6 Cadangan Susulan 49

BIBLIOGRAFI 50

LAMPIRAN A 53

LAMPIRAN B 54

Page 13: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Perkakasan yang digunakan 24

Page 14: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Paparan montaj permulaan perisian 27

4.2 Paparan aplikasi perisian 28

4.3 Paparan menu utama perisian 29

4.4 Paparan pengenalan perisian 30

4.5 Paparan objektif perisian 31

4.6 Paparan piramid 1 perisian 32

4.7 Paparan piramid 2 perisian 32

4.8 Paparan kon perisian 33

4.9(a) Paparan soalan 34

4.9(b) Paparan soalan 34

4.10 Paparan bantuan perisian 35

4.11(a) Paparan keluar perisian 36

4.11(b) Paparan keluar perisian 36

Page 15: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta Alir Perisian 53

B Soalan Soal Selidik Perisian 54

Page 16: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

xiv

SENARAI SINGKATAN

CAI : Computer Assisted Instruction

CD : Compact Disk

CD-ROM : Compact Disk-Read Only Memory

CD-RW : Compact Disk Read Write

Exe. : Executable

GB : GegaByte

GUI : Graphic User Interface

IRC : Internet Relay Chat

MB : Megabyte

MHz : MegaHertz

ME : Millenium Edition

PBK : Pembelajaran Berbantukan Komputer

Page 17: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kehidupan kita pada zaman sekarang telah banyak dipengaruhi dengan

penggunaan komputer dan ia tidak boleh dinafikan lagi. Kerja-kerja manusia seharian

dalam menyelesaikan masalah seperti dalam bidang pengurusan, pentadbiran,

penyelidikan, penganalisisan, komunikasi, kawalan, perubatan dan tidak ketinggalan juga

dalam bidang pendidikan telah banyak dibantu dengan penggunaan komputer. Oleh yang

demikian proses yang susah menjadi lebih senang, mudah dan cepat.

Penggunaan komputer juga telah diperluaskan lagi ke dalam sistem pendidikan di

negara kita untuk membantu dalam kerja-kerja pengurusan, pentadbiran sekolah dan

kakitangannya. Ia juga membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam bidang pengajaran

dan pembelajaran. Pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi juga mendapat kemudahan

dalam mencari bahan-bahan maklumat untuk tugasan mereka di jaring (internet) dengan

menggunakan komputer. Dengan menggunakan e-mail atau IRC ( Internet Relay Chat )

pelajar-pelajar dapat berhubung di antara satu sama lain untuk bertukar-tukar pendapat

walaupun mereka berada berjauhan diantara satu sama lain. Penggunaan laman web untuk

menyimpan nota pengajaran adalah bertujuan memudahkan pelajar menyemak nota

walaupun berada jauh daripada pensyarah dan guru mereka.

Page 18: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

2

Western Governors Universiti telah membawa satu perubahan dalam dunia

pendidikan iaitu dengan mewujudkan Universiti maya. Ia adalah konsep mengajar

menggunakan video dan penyampaian tutorial melalui internet dan ia memberikan kesan

yang lebih baik. (Berita Harian, Komputer Okt. 1997).

Negara kita Malaysia akan menjadi sebuah negara maju yang berteraskan

perindustrian dengan aplikasi sains dan teknologi tinggi bila penggunaan komputer

semakin meluas. Secara tidak langsung ia adalah sebagai pemangkin untuk

merealisasikan teknologi maklumat serta mewujudkan persekitaran masyarakat yang celik

komputer dan bermaklumat. ( Berita Harian, 1997).

1.2 Latar Belakang Masalah

Sistem pendidikan negara sedikit sebanyak telah mengalami perubahan

sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Perkembangan sains dan teknologi

yang mula berkembang dengan pesat harus dieksploitasikan ke dalam sistem pendidikan

negara. Jika sains dan teknologi sahaja yang berkembang tetapi sistem pendidikan masih

tidak berubah adalah tiada ertinya perkembangan itu. Oleh itu perkembangan ini

hendaklah diterapkan sebaik mungkin ke dalam sistem pendidikan agar sistem pendidikan

negara tidak ketinggalan oleh arus perkembangan sains dan teknologi.

Penggunaan komputer dalam pendidikan telah lama dipraktikkan di luar negara.

Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah kaedah baru yang menggantikan

kaedah tradisional iaitu “chalk and talk” yang diamalkan sebelum ini. Pelajar-pelajar

masa kini memerlukan rangsangan yang pelbagai untuk memotivasikan mereka belajar.

Dengan adanya kaedah baru ini sistem pendidikan akan nampak lebih menarik dan dapat

mengatasi perasaan cepat bosan pelajar-pelajar dalam pembelajaran.

Page 19: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

3

Pembinaan multimedia untuk sistem pendidikan yang lebih berkesan adalah tugas

yang perlu dilaksanakan dari sekarang memandangkan negara kita masih pada tahap

percambahan dalam penghasilan multimedia yang berunsur pendidikan. Kajian oleh Rio

Sumarni Shariffudin (1996) menunjukkan tidak ramai guru yang berkebolehan dan

mampu untuk membina perisian multimedia dalam pendidikan. Kesannya ialah perisian

tempatan tidak banyak dihasilkan.

1.3 Pernyataan Masalah

Perisian multimedia tempatan khasnya yang berunsur pendidikan dan

menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam negara kita sangat berkurangan. Menurut

kajian Rio Sumarni Shariffudin (1996), mendapati bahawa kebolehdapatan perisian di

sekolah adalah rendah. Oleh itu, pembinaan perisian multimedia dalam kegunaan umum

amnya dan pendidikan khasnya adalah wajar dipertingkatkan.

Oleh yang demikian, projek ini memilih mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang

bertajuk “Pandangan Isometri Kaedah Rangka” berdasarkan sukatan pelajaran

Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik untuk dibina dalam bentuk perisian multimedia.

Ianya akan dapat membantu dan memudahkan guru, ia juga dapat menarik minat pelajar

untuk belajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain daripada itu ia

juga dapat menambahkan kebolehdapatan perisian multimedia tempatan, diharapkan

perisian ini mampu meningkat kefahaman pelajar terhadap lukisan kejuruteraan dalam

tajuk “Pandangan Isometri Kaedah Rangka”.

Page 20: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

4

1.4 Objektif Projek

Objektif utama projek ini adalah membina perisian Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) untuk mata pelajaran teknikal iaitu “Lukisan Kejuruteraan” bagi pelajar-

pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik. Selain dari itu, ia juga sesuai dijadikan

bahan rujukan asas dalam bentuk perisian PBK multimedia kepada guru-guru, pelatih-

pelatih institusi-institusi latihan kemahiran dan juga kepada sesiapa yang berminat

menggunakannya.

1.5 Tujuan Perisian

Pembinaan perisian yang dibangunkan mestilah mempunyai tujuan dan matlamat

yang hendaklah dicapai. Antara tujuan perisian ini dibangunkan adalah seperti berikut:

(a) Membolehkan pelajar-pelajar belajar secara sendiri tanpa kehadiran

guru.

(b) Memberi keselesaaan dan menarik minat pelajar untuk terus belajar bagi

menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

(c) Memperbanyakkan lagi perisian PBK multimedia dalam koleksi pendidikan

khasnya dalam mata pelajaran teknikal.

(d) Membantu pelajar-pelajar dalam memahami bahagian-bahagian abstrak

dengan melihat simulasi yang disediakan.

(e) Memudahkan pelajar-pelajar membuat ulangkaji pelajaran dan

membuat latihan pengukuhan dan latihan pengayaan.

Page 21: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

5

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk

Mata pelajaran teknikal terutamanya mata pelajaran “Lukisan Kejuruteraan”

merupakan perkara asas yang harus difahami oleh pelajar-pelajar supaya dapat mencapai

hasrat kerajaan untuk melahirkan jurutera-jurutera tempatan yang setanding dengan

jurutera-jurutera luar negara. Disamping itu juga harapan kerajaan menjadikan Malaysia

sebuah negara industri sebagaimana yang termaktub dalam wawasan 2020 akan tercapai.

Memandangkan teknologi multimedia ini merupakan satu perkara baru dalam dunia

pendidikan di Malaysia terutamanya di sekolah-sekolah menengah dan juga sekolah-

sekolah teknik, maka pemilihan tajuk Pembinaan Perisian Multimedia dalam pendidikan

adalah wajar dan harus diteruskan.

Penggunaan komputer dalam pendidikan iaitu Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak

mendatangkan kesan yang positif berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran

tradisional. Oleh itu adalah perlu bagi guru-guru menyahut cabaran tersebut dengan

memikirkan bagaimanakah cara yang sesuai untuk menyampaikan isi pelajaran

menggunakan teknologi terkini untuk pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan.

Sehubungan dengan itu, adalah sudah tiba masanya untuk penyelidik membina

sebuah perisian multimedia untuk Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam

mata pelajaran “Lukisan Kejuruteraan”. Ia akan diselaraskan demi kemudahan semua

pelajar diperingkat sekolah menengah dan sekolah menengah teknik serta menaiktaraf

pendidikan di negara ini setanding dengan pendidikan di negara-negara lain.

Page 22: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN ... · Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah

6

1.7 Skop Projek

Projek ini direka khas untuk mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Ia dibina

berdasarkan sukatan pelajaran untuk Sekolah Menengah Teknik Tingkatan 4. Ia juga

sesuai untuk digunakan oleh guru-guru, tenaga-tenaga pengajar, pelatih-pelatih dan

pelajar-pelajar itu sendiri sebagai bahan rujukan.