5
DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia 57 PEMBIAYAAN MIKRO MENTRANSFORMASI EKONOMI RAKYAT Oleh | Ahmad Faizal Shaarani Pusat Perakaunan dan Kewangan, MKM Pengenalan S istem pembiayaan Mikro atau Mikro kredit telah diperkenalkan sejak tahun 1970-an lagi di mana Grameen Bank of Bangladesh merupakan salah satu pengasas kepada sistem kewangan ini. Kini semakin banyak negara di serata dunia seperti India, Jepun, Sweden, Denmark dan Malaysia mula mengembang- kan sistem mikro kredit ini bagi membantu setiap golongan rakyat di negara masing-masing. Institusi kewangan seperti bank secara lazimnya akan cuba mengelak dari memberi pinjaman kepada golongan yang berpendapatan rendah bagi memastikan setiap wang yang dikeluarkan atas dasar pinjaman dapat dikutip semula pada masa hadapan. Bertitik tolak dari situasi ini, semakin banyak pihak di serata dunia mula mengembangkan sistem mikro ini bagi menyediakan perkhidmatan kewangan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan bekerja sendiri yang secara tradisinya tidak mempunyai kemampuan untuk membuat pinjaman dari institusi-institusi kewangan. PEMBIAYAAN MIKRO MENTRANSFORMASI EKONOMI RAKYAT dimensi.jan.2012.indd 57 5/11/12 9:45 AM

PEMBIAYAAN MIKRO MENTRANSFORMASI EKONOMI … · PEMBIAYAAN MIKRO MENTRANSFORMASI EKONOMI RAKYAT Oleh | Ahmad Faizal Shaarani Pusat Perakaunan dan Kewangan, MKM Pengenalan Sistem pembiayaan

Embed Size (px)

Citation preview

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

57

PEMBIAYAAN MIKRO MENTRANSFORMASI

EKONOMI RAKYATOleh | Ahmad Faizal ShaaraniPusat Perakaunan dan Kewangan, MKM

Pengenalan

Sistem pembiayaan Mikro atau Mikro kredit telah diperkenalkan sejak tahun 1970-an lagi di mana Grameen Bank of Bangladesh merupakan salah satu pengasas kepada sistem

kewangan ini. Kini semakin banyak negara di serata dunia seperti India, Jepun, Sweden, Denmark dan Malaysia mula mengembang-kan sistem mikro kredit ini bagi membantu setiap golongan rakyat di negara masing-masing.

Institusi kewangan seperti bank secara lazimnya akan cuba mengelak dari memberi pinjaman kepada golongan yang berpendapatan rendah bagi memastikan setiap wang yang dikeluarkan atas dasar pinjaman dapat dikutip semula pada masa hadapan. Bertitik tolak dari situasi ini, semakin banyak pihak di serata dunia mula mengembangkan sistem mikro ini bagi menyediakan perkhidmatan kewangan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan bekerja sendiri yang secara tradisinya tidak mempunyai kemampuan untuk membuat pinjaman dari institusi-institusi kewangan.

PEMBIAYAAN MIKRO MENTRANSFORMASI

EKONOMI RAKYAT

dimensi.jan.2012.indd 57 5/11/12 9:45 AM

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

58

Secara umumnya, sistem mikro mempunyai ciri-ciri pinjaman yang begitu mudah bagi membantu rakyat di sesebuah negara. Di Malaysia, saiz pinjaman adalah dari serendah RM500 hinggalah RM50,000 yang mempunyai tempoh pembiayaan dari 1 bulan hingga 10 tahun. Setiap permohonan pembiayaan mestilah bertujuan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan sedia ada. Pembiayaan mikro tidak memerlukan pemohon untuk menyediakan sebarang bentuk cagaran.

PROGRAM PEMBIAYAAN MIKRO DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun telah mengambil inisiatif bagi memastikan semua rakyat di negara ini dapat hidup dalam keadaan selesa dan mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk mengharungi kehidupan dalam dunia yang penuh mencabar ini. Pembiayaan melalui sistem kredit mikro yang telah diperkenalkan sejak tahun 1986 di negara ini. Ia telah berkembang sebagai satu pendekatan efektif dan terbukti mampu membantu mengatasi masalah kemiskinan dan seterusnya mempertingkatkan taraf kehidupan masyarakat di Malaysia.

Pembiayaan mikro kini adalah merupakan antara teras dan fokus kerajaan untuk membela nasib semua golongan rakyat yang memerlukan bantuan agar mereka dapat bersama menyertai arus pembangunan pesat negara. Malah dalam pembentangan belanjawan 2012 baru­baru ini pihak kerajaan turut memberi perhatian kepada para usahawan kecil dengan meningkatkan jumlah peruntukan pembiayaan mikro kepada para usahawan terutamanya golongan wanita.

Pembangunan industri pem biayaan mikro di Malaysia terus berkembang berikutan beberapa inisiatif bagi meningkatkan lagi akses terhadap perkhidmatan kewangan untuk semua segmen masyarakat. Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalankan satu bancian yang menunjukkan 80% dari perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia adalah terdiri daripada perusahaan mikro dan 13% dari perusahaan mikro ini bergantung kepada institusi kewangan untuk mendapatkan pembiayaan. PKS yang mewakili 99% daripada jumlah keseluruhan institusi perniagaan ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 5.6 juta orang dan menyumbang

35% kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK). Sehubungan itu, kedudukan industri pembiayaan mikro yang mapan penting bagi memastikan PKS, terutamanya perusahaan mikro mempunyai akses kepada pembiayaan yang mencukupi dan berterusan daripada sistem kewangan formal.

Terdapat beberapa institusi terlibat dalam pemberian pembiayaan mikro ini iaitu seperti koperasi dan badan bukan kerajaan (NGO). Secara umumnya, institusi pembiayaan mikro yang lebih dikenali oleh masyarakat Malaysia ialah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional (TEKUN). AIM telah mencapai kejayaan yang menggalakkan dalam mengurangkan kemiskinan luar bandar, manakala TEKUN terus menyumbang kepada pembangunan usahawan bumiputera melalui pembiayaan mikro ini. Satu Rangka Kerja Keinstitusian Pembiayaan Mikro telah diperkenalkan pada bulan Ogos 2006 bagi mencapai matlamat tersebut. Gerakan ini merangkumi institusi perbankan, institusi kewangan pembangunan (IKP) dan koperasi kredit untuk membangunkan industri pembiayaan mikro kredit yang mapan.

Memandangkan pihak kerajaan menghadapi masalah dalam penyediaan dana dan mencapai jangkauan golongan yang memerlukan, maka penglibatan institusi perbankan dalam industri pembiayaan mikro kredit amat penting kerana mereka mempunyai sumber dan rangkaian cawangan dengan capaian yang lebih meluas lagi. Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diberikan mandat untuk menyediakan pembiayaan mikro kepada perusahaan mikro dan individu yang berniaga. Manakala Bank Pertanian Malaysia (Agrobank) berperanan menyediakan pembiayaan mikro kepada perusahaan mikro dalam sektor pertanian dan asas tani. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia pula menyediakan pembiayaan mikro kepada anggota koperasi dan kekal penting kerana membolehkan anggotanya mengumpul sumber untuk menyertai perniagaan.

INSTITUSI YANG TERLIBAT DALAM MIKRO KREDIT

1. Amanah Ikhtiar Malaysia

AIM telah ditubuhkan pada bulan September 1987 dengan objektif

dimensi.jan.2012.indd 58 5/11/12 9:45 AM

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

59

TEKUN mempunyai 193 cawangan di seluruh negara dan telah menyediakan pembiayaan mikro berjumlah RM893 juta kepada 147,546 usahawan sejak 1999 hingga 2008. Insentif penting yang telah dilaksanakan oleh TEKUN adalah pengembangan program pembiayaan mikro kepada belia kaum India di bawah program Skim Pembangunan Usahawan Muda India (SPUMI) dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

3. Penglibatan Institusi Kewangan Dalam Pembiayaan Mikro

Pembiayaan mikro telah berkembang dengan pesat sejak tahun 2006, di mana penglibatan institusi kewangan di dalam penyediaan pem-biayaan mikro ini semakin menggalakkan. Sehingga Julai 2008 sebanyak sembilan institusi kewangan iaitu enam institusi perbankan dan

tiga institusi kewangan pembangunan (IKP) telah menyediakan pembiayaan mikro kepada perusahaan mikro dan mereka yang bekerja sendiri. Akses kepada produk pembiayaan mikro yang ditawarkan oleh institusi kewangan lebih mudah, cepat dan senang tanpa me-merlukan cagaran. Institusi kewangan ini juga menyediakan perkhidmatan pem biaya an mikro ini di setiap cawangan mereka. Terdapat beberapa per bezaan dalam ciri-ciri pem biayaan mikro ini di antara institusi kewangan yang terlibat (lihat Jadual 1).

“membantu isi rumah miskin untuk keluar daripada kemiskinan melalui peruntukan ikhtiar untuk membiayai aktiviti penjanaan pen dapatan”. AIM sehingga Julai 2011 mem-punyai 106 cawangan yang mengendalikan pembiayaan mikro dan telah berjaya mencapai jangkauan seramai 281,113 sahabat dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM5.65 billion. AIM yang pada awalnya, memberi fokus kepada membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar, kini telah dipertanggungjawabkan untuk menangani kemiskinan di kawasan bandar. AIM telah melancarkan Program Kewangan Mikro Bandar (PKMB) pada bulan April 2008 dengan peruntukan awal sebanyak RM100 juta. Program ini dimulakan di Kuala Lumpur dan akan diperluaskan ke bandar utama yang lain di seluruh negara.

AIM menawarkan empat jenis pembiayaan iaitu:

2. Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional

TEKUN Nasional yang sebelum ini dikenali sebagai Yayasan TEKUN

telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada tahun 1998 bagi menyediakan pembiayaan mikro kepada usahawan kecil bumiputera. TEKUN memainkan peranan penting dalam pem bangunan usahawan bumiputera melalui penyediaan akses yang mudah untuk pem-biayaan mikro selain memberi bimbingan perniagaan dan perkhidmatan sokongan. Selain itu, TEKUN juga menyediakan pelan tabungan untuk menggalakkan usahawan melabur sim-panan mereka ke dalam perniagaan.

PRODUK JUMLAH PEMBIAYAAN

1. Pembiayaan Ekonomi I-Mesra RM2,000 – RM19,900

I-Srikandi RM2,000 – RM19,900

I­Wibawa RM5,000

I-Wawasan RM20,000 – RM50,000

Program Kewangan Mikro Bandar (PKMB)

RM3,000 – RM20,000

2. Pembiayaan Pendidikan I-Bistari RM1,000 – RM5,000

3. Pembiayaan Pelbagai I-Sejahtera RM2,000 – RM10,000

4. Pembiayaan Pemulihan I-Penyayang RM1,000 – RM5,000

dimensi.jan.2012.indd 59 5/11/12 9:45 AM

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

60

4. Koperasi

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) amat menggalakkan koperasi di Malaysia untuk menjalankan sistem Mikro Kredit bagi bantu anggota koperasi mereka meningkatkan taraf hidup mereka. SKM telah menyediakan garis panduan bagi perlaksanaan sistem ini. Anggota koperasi yang ingin mendapatkan pembiayaan adalah tertakluk kepada undang­undang kecil (UUK) koperasi dan aturan skim pembiayaan mikro koperasi masing-masing. Anggota juga hendaklah mempunyai perniagaan yang telah beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun.

Koperasi Muslimin Berhad merupakan salah satu koperasi yang telah memperkenalkan pembiayaan mikro kepada anggota-anggotanya sejak dari tahun 2009 dengan nama ‘Pembiayaan Usahawan’. Permintaan dari anggota begitu menggalakkan dan koperasi ini telah berjaya mengeluarkan pembiayaan untuk usahawan sebanyak RM4.1 juta dalam tahun 2010.

ANTARA KEBAIKAN PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT

Mikro kredit telah terbukti mampu untuk mem­bangunkan ekonomi rakyat dan negara yang mengamalkannya. Pelbagai impak yang positif telah dihasilkan daripada program yang dijalankan di seluruh dunia. Di antara impak Mikro Kredit adalah seperti:

1. Meningkatkan pendapatan isi rumah

Pembiayaan mikro kredit mampu untuk meningkatkan pendapatan isi rumah. Keadaan ini berlaku apabila mereka yang menggunakan pembiayaan mikro telah menceburi bidang perniagaan. Hasil ke untungan yang diperoleh akan menjana pendapatan mereka.

2. Pertumbuhan institusi perniagaan

Pembiayaan mikro kredit kepada golongan yang berpendapatan rendah ini akan meng galakkan pertumbuhan pelbagai jenis perniagaan di dalam sesuatu kawasan dan seterusnya dapat meningkatkan pem bangunan ekonomi setempat khasnya dan ekonomi negara secara amnya.

1

NO CIRI-CIRI ALLIANCE RAKAN CIMB BANK PUBLIC BANK AMBANK UNITED OVERSEAS BANK MALAYSIA

EONCAP ISLAMIC BANK

BANK PERTANIAN MALAYSIA BANK RAKYAT BANK SIMPANAN

NASIONAL 1. Nama Produk Pembiayaan Peribadi

Rakan (Konvensional)

Pembiayaan Peribadi-i Rakan

(Secara Islam)

Xpress Cash (Konvensional)

Xpress Cash Financing-i

(Secara Islam)

PBMicro Finance AmMikro EasiCash Pinjaman Peribadi –i Pesara (3P)

Modal Usahawan Tani (MUST)

Pembiayaan Mikro-i (MUsK - Modal untuk Usahawan Koperasi)

BSN TemaNiaga

2. Saiz pinjaman RM2,000 – RM50,000

RM3,000 – RM50,000

RM3,000 – RM50,000

RM3,000 – RM50,000

RM5,000 – RM50,000

RM5,000 – RM50,000

RM500 – RM20,000

RM1,000 – RM50,000

RM5,000 – RM50,000

3. Sektor ekonomi yang layak

Semua sektor Semua sektor • Pertanian • Perkhidmatan

dan perniagaan • Pembuatan

• Peruncitan • Perkhidmatan

dan perniagaan • Pembuatan

Semua sektor Semua sektor • Pertanian • Industri asas tani

• Pertanian • Perkhidmatan

• Pembuatan • Peruncitan • Perkhidmatan

4. Pelanggan yang layak

• Pekerja bergaji tetap

• Individu bekerja sendiri

• Pekerja bergaji tetap

• Individu bekerja sendiri

• Individu bekerja sendiri

• Perniagaan mikro

• Individu • Pemilikan

perseorangan • Perkongsian • Syarikat

Sendirian Berhad

• Pekerja bergaji tetap

• Individu bekerja sendiri

• Bekas askar • Perniagaan mikro Ahli koperasi: • Individu bekerja

sendiri • Perniagaan mikro

• Individu bekerja sendiri

• Perniagaan mikro

5. Tempoh pinjaman

6 bulan – 5 tahun 6 bulan – 5 tahun 1 – 5 tahun 1 – 5 tahun 2 – 5 tahun 3 – 10 tahun Sehingga 4 tahun 1 bulan - 3 tahun 1 – 5 tahun

6. Kriteria kelayakan

Individu • Berumur di antara

25 - 60 tahun • Pendapatan isi

rumah kasar minimum RM2,000 sebulan

• Pendapatan individu maksimum RM3,000 sebulan

• Perlu membuka akaun simpanan dan mendaftar untuk insurans perlindungan kredit

Perusahaan Perniagaan • Pekerja berumur di

antara 25 - 60 tahun

• Jualan tahunan minimum RM48,000 setiap

• Berumur di antara 21 – 60 tahun

• Pendapatan kasar minimum RM800 sebulan

• 6 bulan bekerja/ 6 bulan pengalaman mengendali perniagaan

Individu • Berumur di

antara 25 - 60 tahun

• Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah

• Pemilik menguruskan perniagaan dan bekerja sepenuh masa

• Mempunyai alamat kediaman tetap

Perusahaan Perniagaan • Syarikat yang

berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

• Mempunyai

• Individu berumur di antara 18 - 60 tahun

• Individu / Pemilikan perseorangan / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad

• Berumur di antara 21 - 55 tahun

Pekerja bergaji tetap• Pendapatan

minimum RM18,000 setiap tahun

Individu bekerja sendiri• Pendapatan

minimum RM30,000 setiap tahun

• Terlibat dalam perniagaan yang sama minimum 3 tahun berturut-turut

• Bekas Angkatan Tentera Malaysia (di bawah skim pencen)

• Maksimum umur semasa memohon: 62 tahun

• Berumur di antara 21 - 60 tahun

• Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam perniagaan

• Mempunyai pengesahan perniagaan yang sah (seperti lesen, perjanjian sewa dan sebagainya)

• Berumur di antara 18 - 65 tahun

• Ahli koperasi • Sebahagian

Kumpulan Bantu Diri

• Pemilik sepenuh masa yang menguruskan perniagaan

• Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam perniagaan

• Tempat kediaman terletak dalam kawasan perniagaan

• Mempunyai lesen/permit/ pendaftaran perniagaan yang sah

• Berumur di antara 21 - 60 tahun

• Mempunyai lesen/permit/ pendaftaran perniagaan yang sah

• Perniagaan telah ditubuhkan minimum 2 tahun

JADUAL PERBANDINGAN CIRI-CIRI PRODUK PEMBIAYAAN MIKRO Jadual 1: Perbandingan Ciri-ciri Produk Pembiayaan Mikro

dimensi.jan.2012.indd 60 5/11/12 9:45 AM

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

61

Rujukan

Khandker, Shahidur R. (1999) Fighting poverty with microcredit, Bangladesh edition, The University Press Ltd, Dhaka.

Mohd Hassan Mohd Osman (2007) “Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Kredit Mikro di Negeri Johor”, Universiti Teknologi Malaysia.

Bank Negara Malaysia : Pembiayaan Mikro dan ‘Micro Enterprise Fund’. www.bnm.gov.my

http://www.microsfere.org/en/microcredit/what-is-microcredit-by-muhammad-yunus.html

www.microlinks.org/

www.bankinginfo.com.my/

http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/0809/

3. Peningkatan perbelanjaan makanan

Pertambahan di dalam pendapatan isi rumah secara tidak langsung akan meningkatkan perbelanjaan keluarga dalam menyediakan makanan yang berkhasiat kepada ahli keluarga. Ini seterusnya akan meningkat pertumbuhan di dalam industri makanan negara terutama kepada para peniaga.

4. Pendidikan yang lebih baik

Pendidikan merupakan aset penting kepada setiap manusia. Pertambahan pendapatan hasil dari pembiayaan mikro ini akan dapat membantu ketua keluarga untuk menyediakan pendidikan yang lebih sempurna kepada anak-anak mereka. Pendidikan yang sempurna akan membantu anak-anak mencapai kesempurnaan dalam kehidupan dan seterusnya membantu me ning katkan taraf hidup keluarga mereka.

5. Pemilikan aset

Pembiayaan mikro bukan sahaja mampu untuk meningkatkan pendapatan individu malah dapat menambah pemilikan aset kepada individu yang terlibat.

6. Memperkasakan wanita

Impak pembiayaan mikro ini boleh kita lihat dengan lebih ramai wanita menceburi bidang perniagaan. AIM telah berjaya melahirkan ramai usahawan wanita yang berjaya. Pembiayaan mikro ini telah berjaya mengangkat martabat

wanita di mata dunia dalam bidang perniagaan dan seterusnya dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga, masyarakat dan ia meningkatkan ekonomi rakyat dan seterusnya membolehkan mereka untuk merancang dengan lebih sempurna dan sistematik keperluan keluarga dari sudut perbelanjaan, pendidikan anak­anak dan pendapatan keluarga.

Kesimpulan

Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif bagi membantu isi rumah miskin dan usahawan Bumiputera di samping meningkatkan akses pembiayaan kepada perusahaan mikro. Pelbagai program pembiayaan yang dilaksanakan oleh koperasi telah berjaya meningkatkan pendapatan dan taraf hidup anggota-anggotanya. Koperasi juga melalui pembiayaan mikro kredit ini telah berjaya melahirkan ramai usahawan dari kalangan anggota koperasi. AIM pula telah berjaya membantu golongan miskin untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dan memperbaiki kehidupan mereka, sementara TEKUN pula menyumbang kepada pembangunan usahawan bumiputera. Selain itu, peningkatan akses kepada pembiayaan mikro berikutan penglibatan institusi perbankan dan institusi kewangan pem-bangunan (IKP), telah berjaya meningkatkan peluang perusahaan mikro untuk terus berkembang dan terus mempertingkatkan sumbangan mereka kepada ekonomi terutama dari segi kewujudan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan.

dimensi.jan.2012.indd 61 5/11/12 9:45 AM