Pembentangan Ragam Bahasa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sosiolinguistik

Citation preview

  • SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKATKUMPULAN 9:Ahmad Shukri bin Abd. Majid - 812515Mohd Hairi bin Suhaimi 812664

    PENSYARAH:Prof. Madya Tn. Hj. Ibrahim bin Hj. Ahmad

  • TUGASAN 3 (kumpulan) PROJEK PENYELIDIKAN KECIL

    Setiap pelajar dikehendaki melaksanakan satu projek penyelidikan kecil berkaitan topik-topik berikut (pilih satu sahaja). Setiap kumpulan mesti memilih topik yang berbeza.Kepelbagaian bahasa - Ragam bahasa: peniaga (pasar malam / Pekan Rabu), orang kampung, guru, murid, staf pejabat

  • RAGAM BAHASA

    Guru, murid

  • PendahuluanBahasa -aspek terpenting dalam kehidupan manusia untuk berinteraksi antara satu sama lain. Bahasa - sebuah sistem komunikasi bagi manusia berhubung sesama sendiri, bekerjasama, memahami, bergaul, beramah mesra, menunjukkan emosi, perasaan dan sebagainya. Bahasa - sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain) - Kamus Dewan

  • Seperti manusia, bahasa juga mempunyi ragamnya. Keadaan ini timbul kerana bahasa itu hak masyarakat dan masyarakatlah yang menentukan pengunaan sesuatu bahasa tersebut.

    Ragam bahasa - bahasa perbualan yang merangkumi pelbagai aspek seperti perbualan dengan seseorang yang lebih tua, lebih muda atau orang yang mempunyai pangkat kehormat dalam kerajaan.

  • PengenalanMenurut Halliday(1964 ) dalam buku The linguistic sciences and languages.Ragam merupakan satu unsur bahasa yang penting apabila bahasa digunakan dalam berbagaibagai situasi. Bahasa haruslah menepati situasi sosial supaya bahasa sesuai dengan keadaan sosial tertentu .

  • Ragam bahasa ialah kepelbagaian bentuk bahasa yang diucapkan oleh pemakainya untuk tujuan tertentu. Zaba (1962): ragam bahasa sering digunakan dalam percakapan untuk menguatkan tujuan kata dan mempertajamkan hasilnya kepada pembaca dan pendengar.

  • Penyataan masalahMengkaji kepelbagaian bahasa dari aspek ragam di sekolah.

  • Kepentingan kajianMenyedarkan individu daripada bersikap negatif seperti ragam bahasa herdik atau menggiat.Mengeratkan kemesraan seperti ragam bahasa jenaka.Menjaga air muka atau maruah orang lainwalaupun berbahasa dalam keadaan yang marah.Mewujudkan masyarakat yang bekerjasama dan prihatin

  • Objektif KajianMenyingkap dengan lebih mendalam tentang ragam bahasa . Dapat menilai bahasa yang baik, indah, kasar dan keras . Dapat membezakan situasi percakapan .Dapat mengenali dan menghormati sesama insan.

  • Soalan kajian

  • Metodologi kajianKaedah Rujukan maklumat di internet dan rujukan buku-buku di perpustakaan.

    Kaedah Pemerhatian dalam situasi sebenar penggunaan ragam bahasa oleh guru dan murid di sekolah.

  • Dapatan kajianTerdapat pelbagai ragam bahasa yang digunakan di sekolah.Di antaranya ialah:

  • 1. Ragam sindiranBentuk bahasa yang digunakan untuk menyindir orang tertentu. Digunakan ialah tidak langsung, berbelit-belit, tidak terus terang.

  • 2. Ragam giatDigunakan untuk mengejek atau mempersendakan seseorang. Lazimnya kata-kata atau perkataan yang digunakan untuk mengejek itu mengandungi dua makna, satu yang tersuratdan satu lagi yang tersirat.Contoh:galah bagi orang yang tinggi lampai.gajah bagi seseorang yang gemuk

  • 3. Ragam ejekDigunakan untuk mengejek hampir sama dengan ragam bahasa yang digunakan untuk bergiat. Mungkin untuk bergurau senda atau menyakiti orang lain.

  • 4. Ragam terbalikMempunyai tujuan atau muslihat tertentu atau ada udang di sebalik batu.Contoh: - Baguslah tu, rajin-rajinlah ke rumah si janda tu

  • 5. Ragam tempelakDigunakan untuk mencerca, mencela, menggunkan kata-kata yang pedas dan keras dengan tujuan untuk membangkitkan keburukan orang tertentu.Untuk menjatuhkan maruah seseorangContoh: - Dulu masa senang awak lupa diri, sekarang apa dah jadi

  • 6. Ragam herdikDigunakan untuk memaki-hamun atau menengking seseorang.Intonasi atau nada suara yang digunakan adalah tinggi.Bahasa yang digunakan adalah kasar dan kesatContoh: - Lebih baik awak keluar dari kelas ini. Sudahlah kerja rumah tak siap, melalak pula tu. Memekak saja

  • 7. Ragam melampau

    Mengherdik, menyindir atau menempelak, memaki hamun atau mengada-adakan sesuatu semata-mata untuk menjatuhkan maruah atau memalukan orang tertentu.Contoh: - Awak tu dah la badan macam gajah, otak macam lembu, pemalas pula tu.

  • 8. Ragam rendahMenunjukan seseorang itu tidak sombong, baik hati dan suka merendahkan dirinya apabila berbual dengan orang lain.Contoh : - apalah ada pada saya , bukannya pandai pun. Awak lagi pandai

  • 9. Ragam naikDigunakan oleh orang yang lupa diri, bongkak, takbur, dan sombong.Contoh: - Aku ni sudahlah kaya, kacak pula tu

  • 10. Ragam turunBerlawanan dengan ragam naik.Mempunyai ciri-ciri yang sama dengan ragam rendah.Mengunakan bahasa dengan tujuan untuk merendahkan diri.Untuk berkomunikasi dengan lebih selesa.Contoh: - kita harus faham , kita orang susah , merempat ditempat orang , tiada kampung halaman .

  • 11. Ragam IngkarDigunakan untuk menunjukan keengganan , tidak mahu menurut perintah , tidak mengaku salah atau memungkiri sesuatu.

  • 12. Ragam seruanMemangil dengan suara yang sederhana dengan tujuan untuk menganjurkan atau mengusulkan sesuatu.Bertujuan untuk mendapat perhatian orang .Contoh: - Amboi , cantiknya cikgu baru tu

  • 13. Ragam ulangDigunakan untuk memastikan sesuatu yang diucapkan itu difahami atau untuk memperkukuhkan hujah yang telah disampaikan.Contoh : - Jangan! Jangan! Jangan kamu lakukan perkara itu lagi . Nanti kamu yang rugi

  • 14. Ragam bertimbalBermaksud mempertimbangkan atau membandingkan dua pekara atau dua benda.Contoh : - awak ni , makin murah makin menawar pula .

  • 15. Ragam nafiDigunakan untuk menunjukkan maksudmenolak , menidakkan, tidak mengakui dan menyangkal.Contoh: - Bukan. Bukan saya yang mengoyak buku Mamat

  • 16. Ragam jenakaDigunakan untuk tujuan bergurau , menggelikan hati ataupun dengan tujuan untuk mewujudkan suasana lucu atau menghiburkan hati.Sering digunakan di dalam situasi yang tidak formal.

  • Rujukan