Pembentangan esei 3108

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 Pembentangan esei 3108

    1/13

    SOALAN 9

    MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PROSES PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN

    KEROHANIAN DAN MORAL BERIKUT KEPADA KANAK-KANAK PRASEKOLAH:

    PEMERHATIAN

    HASIL KERJA

    AMALI

    HAFAZAN,SURAH DAN DOA

  • 7/30/2019 Pembentangan esei 3108

    2/13

    PENTAKSIRAN

    Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta pendidikan 1996 dan

    diperjelaskan lagi dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yangditulis dalam perenggan :

    5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang

    perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

    Terdapat beberapa cara dalam membuat taksiran iaitu melalui pelaksanaan

    pemerhatian hasil kerja, amali, hafazan surah dan doa, senarai semak dan

    pelaporan. Pentaksiran dapat didefinasikan sebagai proses pengumpulan maklumat

    perkembangan dan kemajuan murid Menggunakan pelbagai kaedah dan ianya

    adalah secara berterusan. Penaksiran dijalankan secara tidak formal dan

    membolehkan Guru mengambil tindakan susulan selepas menjalankan penaksiran

    kepada murid-murid.

    TUJUAN PENTAKSIRAN

    Penaksiran dijalankan adalah bertujuan untuk mengesan perkembangan

    murid secara menyeluruh. Penaksiran juga dilakukan bagi mengenal pasti

    kelebihan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. Melalui

    penaksiran guru dapat mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh

    dan secara tidak langsung guru dapat mengoptimumkan perkembangan murid

    berdasarkan penilaian yang telah dijalankan. Guru juga dapat mengenalpasti

    kaedah pengajaran yang sesuai digunakan kepada murid. Bila mengenalpasti

    kelemahan murid secara tidak langsung guru juga dapat mengenalpasti masalah

    kaedah yang sesuai atau tidak sesuai digunakan semasa mengajar murid. Guru

    dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta selepas

    pentaksiran. Guru juga pada masa akan datang dapat merancang aktiviti

    pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid dan

    mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran.

  • 7/30/2019 Pembentangan esei 3108

    3/13

    Rajah 1

    PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

    Terdapat empat peringkat dalam melaksanakan pentaksiran iaitu merancang,

    membina instrumen, melaksanakan penilaian, dan merekod maklumat. Dalam

    peringkat yang pertama iaitu peringkat merancang pentaksiran guru perlu

    mengenalpasti murid yang akan dijalankan pentaksiran . Guru juga perlu

    menetapkan objektif dan menentukan hasil pembelajaran dalam mengenalpasti

    instrumen yang dibina. Guru juga perlu menentukan aspek yang hendak dinilai

    contohnya aspek perkembangan bahasa. Perancangan waktu atau tempoh masa

    semasa merancang menjalankan pentaksiran.

    Semasa membina Instrumen pelbagai perkara yang perlu dipertimbangkan

    antaranya ialah Item yang dibina hendaklah jelas. Contohnya menilai adab makan

    itemnya ialah dapat menghafaz doa makan. Item yang dibina jua perlu menepati

    apa yang hendak dinilai.Item yang dibina hendaklah sesuatu yang konkrit dan boleh

    diukur contohnya boleh membaca atau tidak boleh perasaan atau emosi adalah

  • 7/30/2019 Pembentangan esei 3108

    4/13

    sesuatu yang tidak boleh diukur tetapi jika kemahiran boleh diukur seperti

    sederhana, lemah dan baik dan sebagainya. Setiap item hanya mengukur satu

    kemahiran sahaja contohnya mengambil wuduk tidak boleh dcampur dengan bacaan

    dalam solat ataupun perlakuan solat. Item yang dipilih untuk menentukan kemahiran

    murid dalam berwuduk.

    Peringkat yang ketiga ialah pelaksanaan penilaian iaitu semasa peringkat

    prasekolah pentaksiran biasanya dijalankan didalam bentuk pemerhatian.

    Pemerhatian Pemerhatian ialah perihal memerhatikan usaha atau mengamati

    sesuatu (ABP). Pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul

    data atau maklumat dan merekodnya dengan tepat. Dalam proses pelaksanaan

    pentaksiran guru menjalankan pemerhatian keatas tingkahlaku murid. Guru juga

    boleh membuat pemerhatian secara temubual/lisan dan juga interaksi murid antara

    guru dan juga rakan sebaya. Hasil kerja murid merupakan bukti yang jelas untuk

    membuat penilaian ke atas murid dan juga boleh disimpan sebagai eviden supaya

    penilaian tidak dapat diragui oleh pihak lain terutamanya ibu bapa.

    Selepas penilaian dilaksanakan guru perlu merekod iaitu aktiviti mencatat

    maklumat secara bersistem berkaitan dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan

    dan pencapaian murid. Cara mengumpul dan merekodkan maklumat adalah melalui

    pemerhatian serta dihimpunkan dalam INSTRUMEN. Instrumen merekod ialah

    melalui senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, dan rekod berterusan.

    Instrumen Merekod

    Senarai Semak

    Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti

    perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai

    item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada : sesuatu tingkahlaku/ciri

    dapat diperhatikan, sesuatu pelakuan telah dilakukan dan kekerapan sesuatu

    tingkah laku diperhatikan. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah senarai semak

    perlu disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat. Tingkahlaku yang

    diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas Item yang digunakan untuk

    melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Dalam rekod

    senarai semak hanya kemahiran penting dinyatakan dalam. Item disusun dalam

  • 7/30/2019 Pembentangan esei 3108

    5/13

    senarai semak mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan

    perkembangan tingkahlaku yang ingin diperhatikan. Senarai semak tidak

    menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau tingkah laku murid jadi

    untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat pemerhatian hendaklah dilakukan

    beberapa kali bagi satu-satu item yang telah ditetapkan. Senarai semak boleh

    digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas.

    Rajah 2

    Skala Kadar

    Darjah kemajuan yang menggambarkan pencapaian murid. Skala ditulis

    secara angka atau gred. Semasa merancang guru perlu menentukan tajuk

    kemahiran , tingkahlaku dan aktiviti dinyatakan dengan jelas. Penerangan skala

    dinyatakan Skala kadar boleh digunakan secara individu, kelas atau kumpulan

  • 7/30/2019 Pembentangan esei 3108

    6/13

    Contoh:-

    KETERANGAN SKALA:

    CEMERLANG : Boleh melakukan aktiviti melalui keupayaan sendiri dengan

    tepat, cekap dan konsisten semasa menjalankan aktiviti dari pelbagai tema tanpa

    memerlukan bantuan

    AMAT BAIK : Boleh melakukan aktiviti-aktiviti dari pelbagai tema dengan tepat

    sehingga selesai tanpa memerlukan bantuan

    BAIK : Boleh melakukan aktiviti dari pelbagai tema dengan tepat

    sehingga selesai, tetapi sesekali masih perlukan bantuan

    SEDERHANA : Kerap memerlukan bantuan apabila melakukan aktiviti dari

    pelbagai tema, namun masih boleh melakukannya sehingga selesai

    PERLU : Sukar memahami arahan untuk menjalankan aktiviti dari

    pelbagai tema, oleh itu BIMBINGAN bantuan sentiasa diperlukan namun masih tidak

    dapat melakukannya dengan baik sehingga selesai

    Rekod Anekdot

    Rekod anekdot ialah satu catatan mengenai peristiwa atau tingkah laku murid

    yang dianggap penting, dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara

    objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan dimana berlaku. Langkah-

    langkah untuk merekodkan ke dalam rekod anekdot ialah dengan membuat

    SKALA:A - CEMERLANG

    B - AMAT BAIKC - BAIKD - SEDERHANA

    E - PERLU BIMBINGAN

  • 7/30/2019 Pembentangan esei 3108

    7/13

    pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku. Setelah mengenal pasti peristiwa

    yang penting/ signifikan kepada aspek perkembangan murid guru menulis maklumat

    selepas peristiwa berlaku. Berikut ialah panduan untuk menjalankan rekod

    anekdot:-

    Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan

    direkodkan tidak tercicir

    Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat

    Menulis apa yang dilihat secara objektif

    Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid

    yang diperhatikan

    Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan

    Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yang

    menggambarkan perkembangan murid

    Rajah 3

  • 7/30/2019 Pembentangan esei 3108

    8/13

    Rekod Berterusan

    Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita ( narative) yang

    dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa.

    Perlakuan atau pertuturan murid dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Untuk

    mencatatkan rekod berterusan tempoh pemerhatian dijalankan selama tiga hingga

    lima minit. Prosedur pelaksanaan rekod berterusan ialah fokuskan kepada murid

    yang ingin diperhatikan Guru perlu memastikan item yang akan difokuskan semasa

    pemerhatian. Kemudian guru merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara

    terperinci, tepat dan padat. Guru perlu mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan

    mengikut urutan. Berikut ialah panduan untuk melaksanakan rekod berterusan:-

    Rekod perkara yang benar-benar berlaku

    Guna bahasa yang mudah difahami

    Guna singkatan semasa mencatat

    Tulis secara terperinci tingkahlaku yang diperhatikan.

    Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan judgemental

    Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak di tempat yang

    strategik dan sulit.

    Rekod anekdot dan rekod berterusan direkodkan dengan cara yang sama

    namun mempunyai perbezaan. Rekod anekdot ialah catatan mengenai peristiwa

    yang tidak dirancang dan diceritakan semula di dalam catatan manakala reked

    berterusan ialah catatan mengenai perkara dirancang, dicatat setiap perlakuan

    ataupun di rakam perlakuan yang hendak direkodkan.

    Rajah 4

  • 7/30/2019 Pembentangan esei 3108

    9/13

    MEREKOD DAN MENYIMPAN MAKLUMAT

    Segala maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian yang sistematik

    direkodkan dan dikumpulkan dalam portfolio. Definisi portfolio ialah satu himpunanbukti atau keterangan mengenai perkembangan dan kemajuan murid. Merekod

    pengalaman ,usaha, kemajuan dankejayaan yang diperolehi murid Portfolio

    merupakan asas untuk guru menilai pencapaian murid dan juga dapat dijadikan

    sebagai panduan untuk menyediakan pembelajaran selanjutnya. Portfolio yang

    disediakan juga membolehkan ibu bapa mengetahui tahap perkembangan dan

    kemajuan anak mereka dengan merujuk pada portfolio yang disediakan oleh guru.

    Maklumat yang perlu ada dalam portfolio ialah Rekod Peribadi Murid. Guru juga

    perlu meletakkan Instrumen Penilaian dan Pentaksiran seperti Rekod Anekdot,

    Rekod Berterusan, Senarai Semak dan Skala Kadar. Guru juga boleh meletakkan

    Hasil Kerja Murid (terpilih). Rekod Kemajuan dan PerkembanganMurid perlu juga

    diletakkan di dalam portfolio.

    MENGANALISIS MAKLUMAT

    Segala maklumat yang direkod menggunakan INSTRUMEN perlu ditafsir

    untuk membolehkan guru membuat inferen dan rumusan mengenai murid

    berdasarkan penilaian dan pemerhatian yang dilakukan. Guru dapat membaca

    dengan teliti maklumat yang diperolehi. Guru juga dapat membuat inferen daripada

    hasil makumat yang diperolehi seterusnya dapat mengubah tingkahlaku murid

    melalui hasil perbualan dan interaksi yang diperhatikan. Guru perlu membaca

    dengan teliti semua maklumat yang diperolehi daripada hasil pemerhatian. Terdapat

    prosedur yang harus diikuti semasa menganalisis maklumat seperti membuat

    analisis terhadap maklumat dengan mengambil kira aspek-aspek penting dalam

    komponen yang hendak dinilai. Guru juga perlu menganalisis hasil kerja murid.

    Antara hasil kerja murid yang boleh memberikan maklumat perkembangan murid

    adalah gambar atau lukisan, sampel tulisan, binaan / model, cerita yang ditulis dan

    buku skrap.

  • 7/30/2019 Pembentangan esei 3108

    10/13

    REKOD PERKEMBANGAN KEMAJUAN MURID

    Rekod perkembangan kemajuan murid merupakan ulasan guru mengenaiperkembangan diri murid secara menyeluruh dan spesifik. Ianya meliputi item-item

    yang dibina berdasarkan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Item-item yang

    dibina diukur melalui ke enam enam komponen iaitu perkembangan bahasa dan

    komunikasi, perkembangan kognitif, perkembangan kerohanian dan moral,

    perkembangan sosioemosi, perkembangan fizikal dan perkembangan estetika.

    Antara maklumat penting yang perlu ada semasa membuat pelaporan ialah

    pengetahuan, kemahiran, kreativiti, sikap/sahsiah dan komunikasi.

    Pengetahuan ialah perihal tahu atau kepandaian melalui pengalaman dan

    pembelajaran. Aspek pengetahuan murid meliputi: Diri, keluarga, rakan sebaya dan

    masyarakat, kepelbagaian hidupan di persekitaran, kewujudan fenomena alam

    Agama dan pengalaman berdasarkan multimedia. Kemahiran pula ialah kecekapan

    dan kepandaian dalam menghasilkan atau melakukan sesuatu. Kemahiran meliputi:

    Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis kemahiran berfikir dan

    menyelesaikan masalah, kemahiran motor halus dan motor kasar.

    Kreativiti ialah kemampuan (kebolehan) mencipta sesuatu. Kreativiti murid

    boleh dinilai dalam menghasilkan objek dengan menggunakan bahan secara kreatif.

    Kreativiti murid juga boleh diukur melalui kemahiran mereka cipta sesuatu hasilan

    berdasarkan pengalaman dan fantasi. Sikap mencakupi perbuatan atau

    pandangan berdasarkan sesuatu pendapat (fikiran dan lain-lain) manakala sahsiah

    merupakan Keperibadian atau sifat diri sendiri. Tingkahlaku murid dinilai

    berdasarkan amalan nilai-nilai murni, menghormati dan mematuhi arahan juga

    menghargai hasil kerja sendiri, kumpulan dan rakan sebaya. Komunikasi ialah

    perhubungan secara langsung dengan seseorang atau perantaraan surat,

    telefon,radio dan lain-lain. Guru perlu memerhati dan mencatat kebolehan diri murid

    semasa berinteraksi secara sopan, tertib dan teratur Muird melakukan pengucapan

    bertatasusila, berinteraksi secara non verbal (bahasa isyarat) dan boleh difahami .

  • 7/30/2019 Pembentangan esei 3108

    11/13

    Guru juga boleh membuat penilaian semasa murid memberi pendapat dalam

    perbincangan.

    PELAPORAN

    Pelaporan adalah proses menyediakan laporan penilaian dari masa ke

    semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai,sikap

    dan pencapaian murid. Maklumat untuk pelaporan diperoleh daripada

    analisis/inferens yang dibuat daripada pemerhatian. Langkah-langkah untuk

    membuat pelaporan adalah seperti berikut:-

    1. Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk

    membolehkan guru dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang

    sewajarnya.

    2. Guru seharusnya memerhati perkembangan murid secara berfokus

    berdasarkan pelbagai kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar,

    kemahiran menyelesaikan masalah, potensi yang menyeluruh dan

    keterampilan diri mengikut tahap keupayaan mereka.

    Rajah

  • 7/30/2019 Pembentangan esei 3108

    12/13

    TINDAKAN SUSULAN

    Guru perlu mengambil kira kelebihan muird kerana kelebihan murid dalam

    pencapaian perlu diperkukuh dan dipertingkatkan melalui aktiviti yang mencabar.Kekurangan murid perlu dibantu melalui bimbingan yang wajar. Justeru,

    perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara

    individu, kumpulan dan kelas melalui proses pembelajaran. Murid yang mempunyai

    kelebihan perlu disokong/diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan bagi meningkatkan

    pencapaian. Murid yang belum menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu

    diberi aktiviti bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan

    murid tersebut. Guru perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak

    mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah.

  • 7/30/2019 Pembentangan esei 3108

    13/13

    BIBLIOGRAFI