Upload
trinhkhue
View
228
Download
0
Embed Size (px)
PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MENERUSI WEB
BERASASKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI
BAGI TOPIK REKA BENTUK VISUAL
NUR IZZAH BINTI ABDUL KADIR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MENERUSI WEB
BERASASKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI
BAGI TOPIK REKA BENTUK VISUAL
NUR IZZAH BINTI ABDUL KADIR
Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis :NUR IZZAH BINTI ABDUL KADIR
Tarikh :2 MEI 2008
iii
Untuk Ayahanda dan Bonda tercinta yang sentiasa tersemat di hatiku,
Abdul Kadir Musa dan Rohayah Othman,
tidak lupa buat
kakak-kakak dan adik-adikku,
Norsa’dah, Norhayati, Mohd Asyraf, Mohd Harith dan Nabilah,
T erima kasih di atas segala sokongan,
pengorbanan dan kasih sayang…
iv
PENGHARGAAN
Buat pertamanya, syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin dan rahmatNya, akhirnya saya dapat menyiapkan projek ini pada masa yang
ditetapkan.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia
saya, Dr Jamalludin Hj. Harun yang tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar dan
nasihat di sepanjang proses projek ini dijalankan. Sesungguhnya segala bantuan
dan bimbingan yang diberikan amat berguna sekali dan hanya Tuhan sahaja yang
akanmembalas budi baik beliau.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat perjuangan
yang banyak memberikan kata-kata perangsang dan kesudian kalian untuk
berkongsi ilmu yang bermanfaat. Akhir sekali, salam takzim penuh
penghormatan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan projek ini.
Sekian. Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Projek ini bertujuan untuk membangunkan sistem pembelajaran menerusi
web berasaskan pendekatan pembelajaran berasaskan situasi berdasarkan ciri yang
dicadangkan oleh Herrington et al., (2000). Selain itu, konsep peta minda seperti
yang dicadangkan oleh teori pembelajaran berasaskan neurosains juga telah
diintegrasikan di dalam sistem pembelajaran ini. Topik yang dipilih bagi projek ini
ialah Reka Bentuk Visual dalam pembangunan web bagi pelajar Sarjana Muda di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Model Hannafin dan
Peck telah digunakan sebagai garis panduan dalam pembangunan. Selain daripada
itu, perisian Macromedia Dreamweaver 8.0, Macromedia Flash MX 2004, Adobe
Photoshop CS2 dan Sony Sound Forge 7.0 turut digunakan untuk menghasilkan imej,
audio, teks dan animasi bagi menghasilkan laman web ini. Diharapkan sistem
pembelajaran menerusi web ini dapat membantu para pelajar dalam memahami topik
ini dalam persekitaran pembelajaran yang aktif dan interaktif.
vi
ABSTRACT
The purpose of this project is to develop web based learning system that
utilized situated based learning strategy based on the criterion suggested by
Herrington et al., (2000). Besides, the concept of mind map as suggested by
neuroscience learning theory was also integrated into the learning system. The topic
selected for this project is Visual Design in web development for undergraduate
students in Faculty of Education, University Technology Malaysia (UTM). Hannafin
and Peck instructional design model is used as the guidelines in this development.
Besides, Macromedia Dreamweaver 8.0, Macromedia Flash MX 2004, Adobe
Photoshop CS2 and Sony Sound Forge 7.0 were used to create this website to
produce graphic, audio, texts and animation. Last but not least, hopefully this web
based learning is able to help student’s in understand visual design topic in an
interactive and active learning environment.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 10
viii
1.5 Rasional Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Pelajar
1.6.2 Pendidik
1.6.3 Masyarakat
1.6.4 Kementerian Pengajian Tinggi
11
11
12
12
13
1.7 Skop Kajian 13
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Laman Web
1.8.2 Internet
1.8.3 World Wide Web
1.8.4 Pembelajaran
1.8.5 Pembelajaran Berasaskan Situasi
1.8.6 Konstruktivisme
1.8.7 Neurosains
1.8.8 Reka Bentuk Visual
14
14
14
15
15
16
16
17
17
1.9 Penutup 18
2 SOROTAN KAJIAN 19
2.1 Pengenalan 19
2.2 Teknologi Internet Sepintas Lalu 20
2.2.1 Fungsi Internet 20
2.3 Teknologi Internet dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran
2.3.1 Perkembangan Teknologi Multimedia dalam
Pendidikan
2.3.2 Kelebihan Multimedia
2.3.3 Keberkesanan
21
22
24
26
2.4 Isu-Isu Reka Bentuk Laman Web
2.4.1 Reka Bentuk Informasi
2.4.2 Reka Bentuk Interaksi
27
27
27
ix
2.4.3 Reka Bentuk Visual 28
2.5 Teori Pembelajaran
2.5.1 Teori Behaviorisme
2.5.2 Teori Kognitif
2.5.3 Teori Konstruktivisme
2.5.3.1 Prinsip-Prinsip Pembelajaran
Konstruktivisme
2.5.3.2 Pendekatan Secara Konstruktivisme
2.5.3.3 Kelebihan Pembelajaran
Konstruktivisme
2.5.4 Teori Neurosains
29
30
31
33
33
35
36
37
2.6 Teori Pembelajaran dan Implikasinya dalam Reka
Bentuk Laman Web
38
2.7 Pembelajaran Berasaskan Situasi
2.7.1 Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Situasi
2.7.2 Implikasi Pembelajaran Berasaskan Situasi
39
40
43
2.8 Model Reka Bentuk Instruksional
2.8.1 Model ASSURE
2.8.2 Model ADDIE
2.8.3 Model Hannafin dan Peck
2.8.3.1 Fasa Analisa Keperluan
2.8.3.2 Fasa Reka Bentuk
2.8.3.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan
44
45
46
47
47
49
49
2.9 Penutup 50
3 REKA BENTUK LAMAN WEB 51
3.1 Pengenalan 51
3.2 Model Reka Bentuk Instruksional
3.2.1 Fasa Pertama : Analisis Keperluan
3.2.2 Fasa Kedua : Reka Bentuk
3.2.3 Fasa Ketiga : Pembangunan dan Perlaksanaan
3.2.4 Penilaian dan Pengulangan
52
53
54
56
57
x
3.3 Carta Alir Sistem Pembelajaran 57
3.4 Reka Bentuk Laman Web
3.4.1 Reka Bentuk Informasi
3.4.2 Reka Bentuk Interaksi
3.4.3 Reka Bentuk Visual
3.4.3.1 Elemen-Elemen Reka Bentuk Visual
3.4.3.2 Konsep Asas Laman Web
58
58
61
62
62
64
3.5 Pemilihan Perisian
3.5.1 Perisian Pengarangan Web
3.5.2 Perisian Animasi
3.5.3 Perisian Grafik
3.5.4 Perisian Audio dan Video
66
66
67
67
68
3.6 Perkakasan Pembangunan 68
3.7 Penyebaran Laman Web 69
3.8 Penutup 70
4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB 71
4.1 Pengenalan 71
4.2 Objektif dan Isi Pembelajaran 71
4.3 Aliran Sistem Pembelajaran 72
4.4 Reka Bentuk Interaksi Laman Web 78
4.5 Reka Bentuk Visual 80
4.6 Strategi Pembelajaran Laman Web
4.6.1 Konteks Yang Autentik
4.6.2 Aktiviti Yang Autentik
4.6.3 Capaian Kepada Pakar
4.6.4 Pelbagai Peranan dan Perspektif
4.6.5 Pembinaan Pengetahuan Secara Kolaboratif
82
82
83
84
86
87
4.7 Neurosains 87
4.8 Lain-Lain Kemudahan/Paparan 89
xi
4.9 Penutup 91
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 92
5.1 Pengenalan 92
5.2 Perbincangan
5.2.1 Faktor Kepakaran
5.2.2 Penerapan Pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Situasi
5.2.3 Faktor Masa
92
93
93
94
5.3 Kelebihan 94
5.4 Kelemahan 95
5.5 Cadangan 96
5.6 Cadangan Susulan 97
RUJUKAN 98
LAMPIRAN A
xii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.0 Model Reka Bentuk Intruksi Hannafin dan Peck 52
4.1 Paparan Montaj Pengenalan Laman Web 74
4.2 Paparan Laman Utama Laman Web 75
4.3 Paparan Antaramuka Utama Situasi 76
4.4 Paparan Antaramuka Situasi 1 76
4.5 Paparan Antaramuka Situasi 2 77
4.6 Paparan Antaramuka Situasi 3 77
4.7 Paparan Elemen Mouse Over 78
4.8 Paparan Penggunaan Metafora 79
4.9 Paparan Metafora Home 80
4.10 Paparan Elemen Grafik 81
4.11 Paparan Elemen Grafik 81
4.12 Paparan Enjin Pencarian Google 83
4.13 Paparan Chatting Melalui Google Talk 84
4.14 Paparan Capaian Kepada Pakar 85
4.15 Paparan Maklum Balas Daripada Pakar 86
4.16 Paparan Forum 87
4.17 Paparan Peta Minda Situasi 1 88
4.18 Paparan Peta Minda Situasi 2 88
4.19 Paparan Peta Minda Situasi 3 89
4.20 Paparan Objektif 90
4.21 Paparan Sitemap 90
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Penerangan Ikon dan Pautan Utama yang
Digunakan dalam Setiap Paparan Laman Web
yang Dibangunkan
73
xiv
SENARAI SINGKATAN
ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi
IT Teknologi Maklumat
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta
KBKK Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
MSC Koridor Raya Multimedia
PBK Pembelajaran Berasaskan Komputer
PBS Pembelajaran Berasaskan Situasi
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Carta Alir Sistem Pembelajaran
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8), Malaysia telah membuat
pelaburan yang besar dalam menyediakan infrastruktur komunikasi. Pelaburan ini
telah membawa peningkatan kepada penggunaan internet dan perkembangan pesat
dalam e-pembelajaran. Maka dalam Rancangan Malaysia Ke-9, aplikasi multimedia
telah diperluaskan dan ini sekaligus telah mempercepatkan pembudayaan e-
pembelajaran. Dengan itu usaha yang lebih giat akan diambil bagi memastikan
bahawa segala penyediaan perkhidmatan asas mencukupi termasuklah jalur lebar dan
akses kepada internet. Hal ini selari dengan kehidupan pada masa kini dimana
teknologi maklumat adalah asas kepada kehidupan masyarakat abad ke-21 (Musa,
2000). Justeru itu, usaha perlu dilaksanakan dengan lebih gigih untuk menjadikan
masyarakat negara celik maklumat
Aplikasi ini terus berkembang apabila Tun Dr Mahathir Mohamed iaitu
Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang sering berpandangan jauh mengenai
kemampuan teknologi telah mencetuskan idea untuk mewujudkan Koridor Raya
Multimedia (MSC). Ia bertujuan untuk memaksimumkan sebaik mungkin
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dari aspek pengurusan
pentadbiran negara sehinggalah kepada pengurusan sistem pendidikan. Teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin berkembang pesat ini telah
membawa banyak implikasi terhadap bidang pendidikan sehingga Datuk Seri Najib
2
Tun Razak (1997), Menteri Pendidikan ketika itu, pernah membayangkan para
pelajar di Malaysia tidak perlu lagi membawa buku ke sekolah tetapi hanya perlu
membawa disket, cakera padat atau komputer bimbit sesuai dengan perkembangan
teknologi maklumat. Hal ini akan dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif.
Menurut Heinich et al., (1993), banyak perisian komputer boleh dimanfaatkan dalam
setiap aspek pendidikan. Penggunaan komputer sebagai alat bantuan dalam
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih interaktif dan canggih selaras dengan
perkembangan teknologi komunikasi yang disepadukan dengan penggunaan
komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, penggunaan
teknologi bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan guru sebagai pendidik
malah ia dijadikan sebagai media utama pengajaran dan pembelajaran dengan guru
bertindak sebagai pemudah cara dalam proses tersebut (Jaya Kumar, 2001).
Dalam era teknologi maklumat ini, pelbagai pilihan boleh dibuat dalam
meningkatkan pengetahuan pelajar selain menggunakan kaedah konvensional. Corak
pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya berpusatkan kepada guru kini berubah
kepada corak perpusatkan pelajar lebih-lebih lagi setelah wujudnya projek rintis
sekolah bestari. Perkara ini selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) apabila pada tahun 2003, penggunaan Bahasa Inggeris telah diaplikasikan di
dalam subjek Matematik dan Sains di peringkat sekolah rendah dan menengah. Dasar
ini sekaligus merancakkan lagi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam dunia pendidikan di mana sebanyak 5 bilion ringgit telah diperuntukkan untuk
melaksanakannya (Berita Harian, 20 Julai 2003).
Pembelajaran penerokaan kendiri di Malaysia masih lagi baru. Menurut
Noraini (2004), Kementerian Pelajaran Malaysia berharap agar kurikulum baru yang
dirancangkan akan mewujudkan suatu proses pembelajaran yang bersifat kendiri dan
berterusan dengan tersedianya teknologi multimedia. Kenyataan “ ilmu pengetahuan
era kini tidak diberi tetapi diteroka” menjadi releven dengan perubahan arus
pendidikan kepada suasana pembelajaran era globalisasi. Tambahan pula ia
berasaskan kepada teknologi maklumat yang begitu pantas berubah dan
perkembangan teknologi yang berkembang pesat ini memungkinkan informasi
3
bergerak tanpa had dan sempadan. Kemajuan yang canggih ini telah mampu
menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah memudahkan pemindahan dan
transformasi maklumat bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya yang tiada
lokasinya kini semakin menjadi realiti dalam dunia pendidikan di Malaysia (Azwan
& Rozita, 2002). Malahan ia juga boleh dijadikan sebagai sumber dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Walaubagaimanapun, menurut
Jamalludin dan Zaidatun (2000), konsep pengajaran dan pembelajaran guru dikelas
haruslah diserapkan dengan teknologi multimedia dan internet serta menggabungkan
pendekatan pendidikan dan hiburan. Maka kaedah pengajaran ini dikenali sebagai
edutainment (education + entertainment).
Sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web dilihat sebagai
salah satu kaedah yang menjamin keupayaan pemikiran dan daya imaginasi pelajar,
sumber tersebut mampu menghasilkan persekitaran pembelajaran yang bercorak
futuristik serta mencetuskan sistem pendidikan moden. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran tradisional tidak lagi menjamin keberkesanan pembelajaran apatah lagi
sebagai kaedah untuk menguji dan mencabar minda pelajar. Pelbagai kategori laman
web antaranya laman web komersial dan laman web pendidikan. Contoh laman web
berunsur pendidikan ialah Portal Pendidikan Utusan, Ask Dr Math, Cikgu.net dan
FunctionX. Namun terdapat sebilangan laman web mendapat sambutan yang baik
dan ada sebahagiannya kurang mendapat sambutan. Faktor yang menentukan baik
dan buruknya sesuatu laman web itu adalah dari aspek reka bentuk isi kandungan,
reka bentuk interaktiviti dan reka bentuk antaramuka. Perkara ini perlu
dititikberatkan kerana penggunaan internet dalam bidang pendidikan perlu diberi
perhatian khususnya dari segi ketepatan maklumat (Ahmad Muhaimin, 2004). Selain
itu, reka bentuk laman web juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan.
Hal ini demikian kerana, reka bentuk laman web berasaskan pendidikan perlu
merangkumi beberapa aspek yang penting antaranya ialah mengandungi beberapa
teori dan strategi yang perlu digunakan. Disamping itu juga penggunaan visual boleh
diterapkan bagi menjadikan sesuatu laman web lebih menarik dan interaktif.
Penggunaan visual juga boleh menerangkan beberapa konsep yang tidak dapat dan
sukar diterangkan melalui teks.
4
Justeru itu, penggunaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web
dapat membantu pendidik mempelbagaikan teknik pengajaran mereka yang selama
ini hanya terikat kepada kaedah konvensional. Pendidik mempunyai alternatif dalam
menyampaikan pengajaran mereka disamping mengurangkan kebebasan mencari
maklumat melalui buku-buku rujukan. Malahan melalui penggunaan laman web,
pelajar akan lebih tertarik untuk melayari maklumat yang ada memandangkan laman
web ini digabungkan dengan unsur-unsur multimedia di dalamnya bagi
menggalakkan pembelajaran kendiri. Oleh yang demikian, dekad ini sudah mula ada
kesedaran yang ketara dikalangan tenaga pengajar di institusi pendidikan untuk
mereka bentuk pengajaran yang diberikan kepada pelajar. Kesedaran terhadap
kepentingan reka bentuk pengajaran yang menjamin proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan, efisien dan dapat meningkatkan produktiviti. Justeru
itu, adalah perlu bagi seorang pembangun pembelajaran berasaskan web untuk
mengetahui konsep reka bentuk pengajaran yang perlu diselitkan di dalam
pembangunan laman webnya. Reka bentuk pengajaran yang lebih baik mampu
mencabar pemikiran pelajar adalah penting dalam membina perisian berasaskan
multimedia agar dapat meningkatkan pemikiran pelajar ke arah yang lebih tinggi.
(Baharuddin,2002).
Sehubungan dengan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu
diubahsuai sejajar dengan perkembangan era teknologi maklumat terkini. Menurut
Rozinah (2000), kita mesti melihat kepada fitur-fitur itu distrukturkan, apa yang
sepatutnya diajar dan bagaimana bahan patut diajarkan. Dalam hal ini, warga
pendidik khususnya para guru perlu memikirkan cara yang terbaik untuk pelajarnya
supaya lebih banyak pendedahan tentang sistem pengajaran dan pembelajaran
berasaskan teknologi maklumat. Ini adalah penting kerana selain daripada mendapat
pendedahan awal tentang teknologi maklumat, pelajar juga dapat mencari sebanyak
mungkin ilmu pengetahuan untuk memantapkan lagi penguasaan mereka dalam
pelajaran. Keseluruhannya, dapat dikatakan kehidupan moden pada masa kini hampir
kebanyakannya sentiasa melibatkan penggunaan komputer termasuklah dalam
bidang pendidikan yang dapat dikatakan sebagai salah satu komponen terpenting
dalam sesebuah negara.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat menyebabkan institusi
pendidikan juga tidak ketinggalan untuk menongkah arus penggunaan komputer di
semua pusat pengajian bermula diperingkat rendah hingga ke peringkat tinggi.
Terdapat pelbagai media pengajaran yang boleh digunakan pada masa kini antaranya
ialah alat tayangan, OHP, menggunakan media elektronik yang canggih seperti slaid,
filem dan LCD. Perkembangan teknologi telah mengubah arah pengajaran dan
pembelajaran daripada tradisi kepada kaedah yang canggih dan moden.
Sebelum mencapai era teknologi maklumat, sistem pendidikan lebih tertumpu
kepada sistem pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan manusia dengan
manusia iaitu di antara pelajar dengan guru. Guru memberi sebanyak mungkin nota
dan latihan melalui corak pengajaran yang diperolehi tidak mencukupi untuk
dipelajari sepenuhnya oleh pelajar di dalam sesuatu matapelajaran. Begitu juga
dengan kefahaman pelajar itu sendiri kerana tidak semua pelajar yang berada dalam
bilik darjah yang sama dapat memahami kesemua isi kandungan pelajaran yang
dipelajari dalam satu masa. Guru pula memerlukan suatu strategi yang baru supaya
dapat menarik perhatian pelajar untuk mengikuti sepanjang pengajiannya. Apabila
pelajar menaruh minat kepada pelajaran, maka mereka akan dapat menumpukan
sepenuh perhatian kepada pembelajaran.
Pelajar yang ingin mempelajari subjek pembangunan berasaskan web
memerlukan perubahan corak pembelajaran kerana isi pelajaran yang dipelajari
kebanyakannya memerlukan penghayatan yang lebih untuk diaplikasikan dengan
kemahiran tertentu. Menurut Gorman (1974), pembelajaran pada dasarnya dapat
dicapai melalui aktiviti yang dilakukan individu yang mempelajari sesuatu seperti
latihan, pemerhatian, berfikir dan kadangkala dengan bantuan seorang guru.
Walaupun pada dasarnya pelajar yang mengambil subjek pembangunan berasaskan
web dapat mengaplikasikan pembinaan laman web tertentu dengan amali, tetapi
sejauhmanakah mereka dapat menghayati isi pelajaran tersebut dengan berkesan dan
kekal dalam ingatan untuk jangka masa yang panjang.
6
Atas dasar itulah, maka munculnya idea untuk mengajar topik ini dengan
bantuan internet bagi membolehkan pelajar menambah ilmu pengetahuan serta
penghayatan yang lebih berkekalan. Internet merupakan satu contoh rangkaian
komputer antarabangsa yang menghubungkan berjuta komputer secara talian terus.
Melalui internet, manusia boleh berkongsi maklumat dan ilmu tanpa bertemu muka
(Baharuddin et al., 2003). Perkara ini didorong atas dasar tarikan pelajar kepada
sesuatu yang baru, interaktif, mencapai maklumat dengan cepat dan mudah. Menurut
Jamalludin dan Zaidatun (2000), sistem telekomunikasi serantau merupakan salah
satu cara menyebarkan bahan multimedia yang berkembang dengan pesat. Sistem
telekomunikasi yang memainkan peranan menyediakan kemudahan “Browser” bagi
membolehkan pengguna mencapai maklumat menerusi laman web, demonstrasi
video dan audio secara langsung (Rozinah, 2001). Laman web juga merupakan salah
satu saluran komunikasi yang utama dalam pelbagai bidang seperti hiburan,
perniagaan latihan dan pendidikan. Setiap bidang ini mempunyai cara penyampaian
dan reka bentuk yang berbeza terutamanya dari aspek visual. Selain daripada itu,
setiap jenis laman web ini mempunyai pendekatan, reka bentuk dan kumpulan
sasaran yang berbeza. Bagi laman web perniagaan reka bentuknya lebih subjektif
berbeza dengan laman web hiburan. Pandangan pertama tentang reka bentuk laman
web sangat penting. Kebanyakan pengguna akan tertarik pada sesuatu laman web
bukan pada isi kandungannya tetapi pada reka bentuk visualnya seperti warna dan
latar belakangnya. Reka bentuk visual memainkan peranan penting kerana ia adalah
sesuatu yang tersurat dan nampak dengan jelas dan bukannya sesuatu yang tersirat.
Disamping itu juga ia turut mempengaruhi penerimaan dan motivasi pengguna yang
melayari laman web tersebut.
Oleh yang demikian, situasi pembelajaran berasaskan web mewujudkan
integrasi antara dua keadaan yang berbeza iaitu pembelajaran bilik darjah
konvensional yang bersifat fizikal dan pembelajaran secara maya yang menerapkan
nilai pembelajaran aktif. Oleh itu, teknik pengajaran dan pembelajaran kini tidak
boleh terikat pada situasi geografi sahaja. Malahan pelajar seharusnya boleh belajar
dimana sahaja pada bila-bila masa bagi membantu dan mengukuhkan pemahaman
mereka. Suasana pembelajaran yang aktif adalah penting bagi memastikan para
pelajar dapat mencerap ilmu yang dipelajari secara aktif. Menurut Lorenzen (2002),
7
pembelajaran aktif adalah di mana pelajar bukan lagi sebagai pendengar dan
mengambil nota sahaja tetapi juga berinisiatif mengambil bahagian dalam
pembelajaran dalam kelas.
Tajul Ariffin Nordin (1995) menekankan bahawa apabila kita memasuki abad
ke-21, mutu pelajar dan rakyat yang diperlukan oleh negara ialah mereka yang dapat
menghasilkan pemikiran, penemuan dan ujian yang terbaru serta tulen untuk
dimartabatkan kepada dunia. Perkara ini disokong oleh Mohd Hassan (1995), di
mana beliau mengatakan dunia hari ini dan esok sudah tidak lagi memerlukan
mereka yang sekadar cekap menulis, menyalin, menghafal dan mengingati sahaja.
Dalam perkataan lain dunia hari ini dan esok memerlukan manusia yang lebih
menjana pemikirannya iaitu manusia yang memiliki kemahiran berfikir diperingkat
tinggi, bijaksana dan berfikiran cemerlang. Hal ini sekaligus bersesuaian dengan
pendekatan yang digunakan dalam pembangunan web secara visual ini di mana
pendekatan secara konstruktivisme dan neurosains diintegrasikan. Bagi pendekatan
konstruktivisme pengetahuan dibina sendiri oleh pelajar secara aktif berdasarkan
pengetahuan sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan
yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru
(Azis,1999). Pendekatan ini menggalakkan pelajar berfikir sebelum membuat sesuatu
tindakan dan keputusan. Keseimbangan dicapai melalui proses akomodasi dan
asimilasi apabila skema pengetahuan baru dibentuk melalui penstrukturan semula
pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada. Seseorang itu akan membentuk
pengetahuannya dan mematlamatkan pengetahuan tersebut ke arah persekitaran
pembelajaran yang akan mempercepatkan proses penerimaan maklumat. Ini
menjurus kepada pembelajaran sebagai satu proses perubahan yang berlaku akibat
daripada pengalaman individu itu sendiri (Ismail, 2002). Pembelajaran secara
konstruktif mampu mewujudkan pembelajaran yang lebih aktif, integratif dan
reflektif. Justeru pembelajaran berasaskan situasi adalah salah satu cabang
pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam teori konstruktivisme.
Teori neurosains adalah teori baru yang diperkenalkan selepas teori
konstruktivisme. Neurosains merupakan satu bidang kajian yang mengkaji mengenai
kesedaran dan kepekaan otak dari segi asas biologi, persepsi, ingatan dan kaitannya
8
dengan pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran, pendekatan neurosains
yang digunakan dalam penyampaian maklumat dalam pembangunan web tidak
dibangunkan secara linear. Peta minda boleh digunakan bagi tujuan pembelajaran di
mana kajian mendapati dengan menggunakan peta minda yang mempunyai imej-imej
yang berkaitan adalah lebih berkesan daripada menggunakan teks sahaja. Ini dapat
dibuktikan berdasarkan konsep yang dihuraikan dalam “Dual Code Theory” dimana
otak akan menerima imej terlebih dahulu sebelum teks (Allan, 1986). Pendekatan
peta minda juga dapat mengaitkan isi pelajaran yang diajar dengan isi pelajaran yang
lain. Ini dapat dilakukan dengan membuat pautan yang membolehkan isi pelajaran
dapat dicapai pada bila-bila masa. Perkaitan isi tersebut seterusnya membantu otak
membentuk ikatan neuron tertentu di dalam otak. Oleh itu, bagi mengaplikasikan
teori ini dalam pembangunan web, pembangun perlu menyediakan strategi yang
memfokuskan kepada pengalaman sebenar yang berlaku dalam kehidupan manusia.
Strategi yang disediakan itu mestilah mengintegrasikan idea-idea yang lebih
menyeluruh (Jamalludin dan Zaidatun, 2003) dan menggalakkan aktiviti pemikiran
yang kompleks dan pembentukan minda di kalangan pelajar.
1.3 Penyataan Masalah
Tidak dinafikan pembelajaran berasaskan web mendatangkan banyak
kebaikan kepada semua pihak sama ada kepada golongan pendidik mahupun kepada
para pelajar. Walaubagaimanapun, lambakan maklumat dari laman web yang dilayari
adalah berguna, menepati silibus dan bermanfaat kepada pelajar. Kebanyakan laman
web yang berkaitan banyak dibangunkan oleh pembangun-pembangun dari negara
barat seperti Amerika Syarikat dan negara Eropah.
Pembangunan web bukanlah sesuatu perkara yang mudah Maklumat
mengenai subjek pembangunan web adalah lebih senang diajar berbantukan internet.
Hal ini demikian kerana para pelajar dapat melihat contoh-contoh laman web dengan
serta merta tanpa batasan walaupun terdapat buku-buku dan nota-nota berkaitan
topik ini tetapi ia masih belum cukup untuk pelajar menghayati sepenuhnya.
9
Kebanyakan laman web yang sedia ada adalah tidak interaktif kerana laman web
yang dibina adalah kekal begitu sahaja dan tiada perubahan dalam tempoh masa yang
panjang. Maka pelajar akan cepat mudah berasa bosan. Dalam masa yang sama,
kebanyakan laman web yang sedia ada dalam internet kurang peka terhadap sistem
pendidikan negara. Ini kerana setiap negara mempunyai sistem pendidikan yang
berbeza-beza. Laman web itu mungkin mempunyai isi kandungan yang terlalu
ringkas atau sebaliknya iaitu terlalu lanjutan dan sukar difahami oleh pelajar. Dalam
pembangunan web beberapa kriteria perlu dikenalpasti agar proses pembangunan
reka bentuk web berjaya dilaksanakan. Kriteria tersebut adalah seperti perancangan
dan navigasi yang memudahkan pengguna serta penyediaan teks dan kandungan
grafik yang tersusun. Selain itu, gabungan kesemua elemen multimedia juga sangat
diperlukan kerana laman web yang dihasilkan perlu mampu untuk menghiburkan
pengguna dengan panca indera mereka. Bagi laman web yang dibangunkan oleh
pihak swasta, bayaran akan dikenakan sebagai membayar yuran keahlian sebelum
dapat melayari laman web tersebut.
Justeru itu, laman web berkaitan pembangunan web berasaskan visual ini
dapat sedikit sebanyak membantu pelajar dalam memahami subjek pembangunan
web secara online. Disamping itu, topik reka bentuk visual ini bukan sekadar
memerlukan penghafalan sahaja tetapi memerlukan pelajar berfikir pada setiap
situasi yang berlainan. Selain itu, pendekatan yang diterapkan dalam laman web ini
dapat melahirkan pelajar yang pantas berfikir dan bukannya menerima sesuatu
maklumat dengan linear. Pengintegrasian pendekatan berasaskan situasi dan
neurosains ini juga mempelbagaikan elemen supaya dapat memperkayakan lagi
suasana pembelajaran. Penggunaan laman web ini adalah lebih mudah di mana
pelajar boleh melayarinya pada bila-bila masa tanpa had dan sempadan. Ia juga boleh
dijadikan sebagai sebuah produk tempatan yang percuma untuk pengguna
melayarinya terutamanya untuk pelajar dan guru.
Oleh itu, penyatupaduan antara strategi pembelajaran berasaskan situasi
dengan teknologi multimedia lalu diintegrasikan kepada sebuah laman web bagi
pengajaran dan pembelajaran dijangkakan dapat menyediakan satu persekitaran
10
pembelajaran yang mampu membantu pelajar untuk memahami dan seterusnya
menguasai topik reka bentuk visual dalam keadaan lebih bermakna.
Di harap projek ini dapat membantu dalam proses melahirkan pelajar yang
lebih aktif, mampu berfikir pada aras yang lebih tinggi serta mampu menyelesaikan
masalah berkaitan di dalam kehidupan harian.
1.4 Objektif Kajian
Projek ini membangunkan sebuah laman web yang diharapkan dapat
memenuhi objektif pembangunan seperti :
a) Mengaplikasikan ciri pembelajaran berasaskan situasi dalam persekitaran
pembelajaran berasaskan web..
b) Membangunkan sistem pembelajaran menerusi web yang mengintegrasikan
pendekatan neurosains dan persekitaran pembelajaran berasaskan situasi bagi
mempelajari tajuk reka bentuk visual.