29
PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN VIDEO INTERAKTIF BAGI PEMBELAJARAN PENGATURCARAAN VISUAL BASIC BERDASARKAN PENDEKATAN PROJEK SITI NURULWAHIDA BT MOHD ZAINUL ABIDIN Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia April 2009

PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

  • Upload
    trantu

  • View
    249

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN VIDEO

INTERAKTIF BAGI PEMBELAJARAN PENGATURCARAAN VISUAL BASIC

BERDASARKAN PENDEKATAN PROJEK

SITI NURULWAHIDA BT MOHD ZAINUL ABIDIN

Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2009

Page 2: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran
Page 3: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN VIDEO

INTERAKTIF BAGI PEMBELAJARAN PENGATURCARAAN VISUAL BASIC

BERDASARKAN PENDEKATAN PROJEK

SITI NURULWAHIDA BT MOHD ZAINUL ABIDIN

Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2009

Page 4: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran
Page 5: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran
Page 6: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

iii

DEDIKASI

Khas buat ayahanda Mohd Zainul Abidin Bin Mohd Nor dan bonda Mariah Bt Mohamad

yang dicintai, adik-adik Firdaus, Najwa dan Aifa yang dikasih serta teman tika suka dan

duka Khairuzaman Bin Ismail yang disayangi, terima kasih di atas segala doa,

pengorbanan dan kasih sayang kalian.

Kepada penyelia yang dihormati, Dr. Jamalludin Bin Harun, jutaan terima kasih kerana

sudi membimbing dan tidak jemu memberi tunjuk ajar, hanya Allah yang dapat

membalas jasamu.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa membantu, semoga ukhwah yang

terjalin di sini akan berkekalan buat selama-lamanya.

Buat semua yang terlibat, kejayaan yang diperolehi ini adalah kejayaan kita bersama.

Page 7: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan keizinanNya, penulisan Projek Sarjana

Muda ini berjaya disempurnakan.

Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Jamaluddin Bin

Harun selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) yang sudi memberi tunjuk ajar, ilmu

pengetahuan, bimbingan serta dorongan yang berterusan sehingga PSM ini sempurna

disiapkan.

Tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan

sealiran 4 SPP yang telah memberi sokongan dan pertolongan dalam menyiapkan projek

ini.

Seterusnya, jutaan terima kasih buat teman sejati Khairuzaman Bin Ismail yang

setia menemani dan berkongsi pahit,getir dan kemanisan sepanjang menyiapkan PSM ini.

Akhir sekali, terima kasih dirakamkan khas untuk ayah dan umi, segala kasih

sayang, pengorbanan dan dorongan kalian amat bernilai bagiku.

Semoga usaha dan hidup kita sentiasa mendapat keberkatan Allah SAW,

InsyaAllah.

Page 8: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

v

ABSRTAK

Modul merupakan contoh bahan pembelajaran yang telah diterima pakai sejak

sekian lama. Walaupun ianya dianggap lapuk dan menerima saingan media elektronik,

namun penggunaannya masih diperlukan dan dianggap penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Pembelajaran menerusi modul sudah lama diperkenalkan tetapi

pembelajaran menerusi media video interaktif dengan bantuan teknologi komputer belum

banyak dipraktikkan. Pembelajaran berbantukan komputer memberi satu dimensi baru

dalam dunia pendidikan kerana ianya menarik dan menyeronokkan. Gabungan di antara

modul pembelajaran dan video interaktif dilihat bakal memberi impak yang lebih positif

terhadap proses pembelajaran. Berdasarkan kelebihan kedua-dua media yang dinyatakan

iaitu media bercetak dan video, maka projek ini mengintegrasikan kedua-duanya di dalam

satu medium pembelajaran bagi matapelajaran Pengaturcaraan Visual Basic. Dengan

hanya membaca dan menonton video mungkin adalah sesuatu yang pasif, maka satu

pendekatan yang lebih berorientasikan tugas atau projek iaitu Pembelajaran Berdasarkan

Projek (PBP) digunakan bersama dengan modul pembelajaran dan video interaktif ini dan

pembinaannya adalah berpandukan Model ADDIE. PBP merupakan strategi

pembelajaran berpusatkan pelajar yang melibatkan pelajar membangunkan projek dan isi

pelajaran diperolehi dengan penghasilan projek. Penilaian formatif dibuat sepanjang

proses pembinaan modul pembelajaran dan video interaktif ini dan soal selidik terbuka

telah digunakan bagi penilaian secara tidak formal. Soal selidik terbuka ini mengandungi

5 aspek kajian yang merangkumi isi kandungan, rekabentuk dan kelebihan modul

pembelajaran dan video interaktif ini Modul pembelajaran dan video interaktif ini telah

dinilai oleh 5 orang penguna yang telah mengikuti mata pelajaran Pengaturcaraan Visual

Basic. Melalui penilaian tersebut didapati gabungan modul pembelajaran dan video

interaktif ini mampu meningkatkan kefahaman pelajar dan memberi impak dalam

penguasaan pelajar terhadap aplikasi yang dibangunkan.

Page 9: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

vi

ABSTRACT

Module is an example of learning materials that has been used for decades. Even

though it can be considered old fashioned and have to compete with electronic media, it

is still needed and considered important in teaching and learning process. Learning by

using module has been introduced a long time ago but learning using interactive’s video

with computer based learning is still new. Computer based learning gives a new

dimension to education field because it is attractive and enjoyable. The combination

between learning module and interactive’s video can give the positive impact to the

learning process. Based on the advantages of both media which is printed media and

video, so this project intergate both media in one learning medium for Authoring

Language of Visual Basic subjects. It can be pasive if users only reads and view those

videos. So,one approach that is project oriented which is Project Based Learning (PjBL)

is use together with this learning module and interactive’s video and its development is

based on ADDIE model. PjBL is a student centered learning strategy which involved

students to develope a project and get contents of studies through the developed project.

Through the development of this learning module and interactive’s video, formative

evaluation is done with supervisor and open questionaire is use for non formal evaluation.

The open questionaire contains 5 aspects included contains, developments and benefits of

this learning module and interactive’s video. This learning module and interactive’s video

had been evaluated by 5 users that have attended Authoring Language of Visual Basic

classes Through that evaluation, known that the combination of learning module and

interactive’s video can increase student’s understanding and give impact in student’s

empower on the application that been build.

Page 10: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSRTACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif 11

1.5 Rasional Kajian 12

Page 11: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

viii

1.6 Kepentingan Kajian 14

1.7 Skop dan Batasan 16

1.8 Definasi Istilah 17

1.8.1 Pengajaran 17

1.8.2 Pembelajaran 17

1.8.3 Pembelajaran Bermodul 18

1.8.4 Multimedia 18

1.8.5 Bahasa Pengatucaraan Visual Basic 19

1.8.6 Pendekatan Berdasarkan Projek (PBP) 19

1.8.7 Video Interaktif 19

1.9 Penutup 20

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 21

2.1 Pengenalan 21

2.2 Penggunaan Pengaturcaraan Visual Basic 22

2.3 Perkembangan Pembelajaran Bermodul dan Video

Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran

24

2.4 Kepentingan Pembelajaran Bermodul dalam

Pengajaran dan Pembelajaran

28

2.5 Kebaikan Pembelajaran Bermodul dalam

Pengajaran dan Pembelajaran

30

2.6 Kepentingan Pembelajaran Menggunakan Video

Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran

31

2.7 Kebaikan Pembelajaran Menggunakan Video

Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran

32

2.8 Teori Pembelajaran 33

2.8.1 Definisi Pembelajaran 33

2.8.2 Teori Konstruktivisme 34

Page 12: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

ix

2.8.3 Konstruktivisme dan Reka Bentuk

Pengajaran

35

2.8.4 Pendekatan Pembelajaran Berdasarkan Projek

(PBP)

37

2.9 Kajian mengenai Keberkesanan Pembelajaran

Berdasarkan Projek (PBP) dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

40

2.10 Proses Pembangunan Modul Pembelajaran dan

Video Interaktif Berunsurkan Pendidikan

43

2.10.1 Model Arahan 44

2.10.2 Model Dick dan Carey 45

2.10.3 Model Hannafin dan Peck 47

2.10.4 Model ADDIE 48

2.11 Penutup 50

BAB 3 REKA BENTUK MODUL PEMBELAJARAN DAN

VIDEO INTERAKTIF

51

3.1 Pengenalan 51

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran yang Digunakan

dalam Pembangunan Modul Pembelajaran dan

Video Interaktif

52

3.2.1 Fasa Analisis 53

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 56

3.2.2.1 Reka Bentuk Pembangunan 57

3.2.3 Fasa Pembangunan 60

3.2.4 Fasa Perlaksanaan 60

3.2.5 Fasa Penilaian 61

3.3 Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran 62

Page 13: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

x

Berasaskan Projek (PBP)

3.4 Pemilihan Perisian Untuk Modul Pembelajaran dan

Video Interaktif

64

3.4.1 Microsoft Office Word 64

3.4.2 Macromedia Captivate 65

3.4.3 Microsoft Visual Basic 65

3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran dan Video

Interaktif Yang Dihasilkan

65

3.6 Penutup 66

BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN MODUL

PEMBELAJARAN DAN VIDEO INTERAKTIF

67

4.1 Pengenalan 67

4.2 Kandungan Modul Pembelajaran 68

4.3 Reka Bentuk Pembinaan Modul Pembelajaran 69

4.3.1 Bahagian Kata-kata Motivasi dan Objektif

Pembelajaran

69

4.3.2 Bahagian Pengenalan 70

4.3.3 Bahagian Isi Pelajaran 71

4.3.4 Bahagian Latihan 81

4.4 Ciri-ciri Modul Pembelajaran 82

4.4.1 Saiz Modul Pembelajaran 82

4.4.2 Jenis Font 82

4.4.3 Saiz Font 83

4.4.4 Kesesuaian Teks dan Warna 83

4.4.5 Grafik 84

4.5 Cara Penggunaan Video Interaktif 84

4.6 Struktur Asas dan Kandungan Video Interaktif 85

4.7 Reka bentuk Video Interaktif 86

4.7.1 Muka Depan Video Interaktif 86

Page 14: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

xi

4.7.2 Skrin Tajuk Projek 87

4.7.3 Skrin Aplikasi Projek 88

4.7.4 Kemudahan lain dalam Video Interaktif 95

4.8 Ciri-ciri Multimedia Dalam Pembangunan Video

Interaktif

96

4.8.1 Kesesuaian Teks dan Warna 96

4.8.2 Animasi 96

4.8.3 Video 97

4.8.4 Interaktiviti 98

4.9 Penutup 99

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

100

5.1 Pengenalan 100

5.2 Projek Sepintas Lalu 101

5.3 Hasil Penilaian Projek 102

5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa

pembangunan Modul Pembelajaran dan Video

Interaktif

106

5.3.1 Kekangan Idea Dalam Penentuan Projek

Yang Efektif Dan Realistik

106

5.3.2 Pengintergrasian Modul Pembelajaran

Dengan Video Interaktif

107

5.3.3 Kekurangan Panduan 107

5.3.4 Kekurangan Kemahiran dan Kepakaran 108

5.3.5 Kekangan Masa 108

5.4 Kelebihan dan Keistimewaan Modul Pembelajaran 109

5.4.1 Perbezaan Individu Diberi Perhatian 109

5.4.2 Modul Pembelajaran Sebagai Satu Bahan

Rujukan

110

5.4.3Pelajar Mempunyai Kebebasan Menggunakan

Modul

110

Page 15: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

xii

5.4.4 Sokongan Video Interaktif 111

5.5 Kelebihan dan Keistimewaan Video Interaktif 111

5.6 Kelemahan Modul Pembelajaran 112

5.6.1 Penerangan Isi Pelajaran 112

5.6.2 Pelbagaikan Grafik 112

5.6.3 Sinopsis Agak Pendek 113

5.7 Kelemahan Video Interaktif 113

5.8 Cadangan Kajian Masa Depan 114

5.8.1 Meluaskan Skop Modul Pembelajaran 114

5.8.2 Menambah Latihan dan Contoh Projek Bagi

Modul Pembelajaran

114

5.8.3 Menambah Suara Latar Bagi Video Interaktif 115

5.8.4 Menambah Ruang Latihan dan Kuiz Dalam

Video Interaktif

115

5.9 Kesimpulan 115

5.10 Penutup 116

RUJUKAN 117

LAMPIRAN 120

Page 16: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

xiii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Reka bentuk Model Arahan Gastafson 44

2.2 Reka bentuk Model Dick dan Carey 46

2.3 Reka bentuk Model Hannafin dan Peck 47

2.4 Reka Bentuk Model ADDIE 48

3.1 Carta Aliran ADDIE 53

4.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 3 69

4.2 Bahagian pengenalan bagi Topik 1 70

4.3 Hasil akhir projek yang ditunjukkan dalam projek

Topik 3.

71

4.4 Ikon Video Interaktif yang yang ditunjukkan dalam

projek Topik 4.

71

4.5 Contoh bagi penyampaian isi pelajaran langkah demi

langkah bagi Topik 5.

72

4.6 Ruangan kosong disediakan untuk pelajar mengisi

jawapan bagi Topik 3.

73

4.7 Ruangan kosong disediakan untuk pelajar mengisi

jawapan bagi Topik 4.

74

4.8 Contoh ikon Video Interaktif bagi Topik 3 74

4.9 Contoh ikon Video Interaktif bagi Topik 4 75

4.10 Contoh menunjukkan aktiviti hands-on bagi Topik 3. 75

4.11 Contoh menunjukkan Tips yang disediakan dalam

modul pembelajaran bagi Topik 3.

76

4.12 Contoh menunjukkan nota tambahan yang disediakan

dalam modul pembelajaran bagi Topik 3.

76

Page 17: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

xiv

4.13 Contoh Tips dan Nota Tambahan bagi Topik 4 77

4.14 Penerangan yang lengkap mengenai konsep dan kod

aturcara disediakan dalam modul pembelajaran bagi

Topik 3.

78

4.15 Penerangan yang lengkap mengenai konsep

disediakan dalam modul pembelajaran bagi Topik 4.

79

4.16 Latihan bagi Topik 3 80

4.17 Skrin Muka Hadapan bagi projek Visual Basic. 86

4.18 Skrin Tajuk projek bagi projek Visual Basic 87

4.19 Panel kawalan bagi Macromedia Captivate. 88

4.20 Skrin paparan bagi pengenalan Projek 1: My Address

Book (Part 1).

88

4.21 Skrin paparan bahagian kecil (part) yang ingin

dipelajari dalam projek utama bagi Project 1: My

Address Book (Part 1).

89

4.22 Skrin paparan bahagian kecil (part) yang ingin

dipelajari dalam projek utama bagi Project 2: My

Clock.

89

4.23 Paparan bagi langkah-langkah kerja pembangunan

bagi Projek 1: My Address Book (Part 2).

90

4.24 Paparan bagi langkah-langkah kerja pembangunan

bagi Projek 1: My Address Book (Part 2).

91

4.25 Paparan Tips berbentuk animasi 92

4.26 Paparan arahan simulasi pada demonstrasi video bagi

Project 2: My Clock.

93

4.27 Paparan interaksi di mana pelajar perlu mengisi

jawapan pada ruang yang disediakan bagi Project 2:

My Clock.

93

4.28 Paparan glosari bagi Visual Basic. 99

Page 18: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

xv

SENARAI SINGKATAN

Et.Al. - And Others

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

IT - Teknologi Maklumat

PBP - Pembelajaran Berdasarkan Projek

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

VB - Visual Basic

Page 19: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang

dicetuskan oleh kemajuan pesat teknologi maklumat. Dalam konteks ini, globalisasi

menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat,

konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya.Perubahan ini

memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara

membangun. Profesion perguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan

trend dan ideologi abab ke-21. Teknologi maklumat (IT) memberi kesan yang besar ke

atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun

seperti Malaysia. Dengan penubuhan MSC, wawasan IT ialah memacu Malaysia menjadi

negara yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era

teknologi maklumat. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan IT memberi

cabaran baru kepada profesion perguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu

Page 20: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

2

dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion perguruan yang sedang

mengharungi perubahan abab ke -21.

Bidang pendidikan dan perkembangan teknologi berkomputer adalah seiring pada

masa kini bertitik tolak daripada hasrat kerajaan ingin melahirkan para pelajar yang

mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat yang tinggi bagi memenuhi

matlamat kerajaan menerusi Wawasan 2020. Sejajar dengan itu pihak kementerian

pendidikan telah melaksanakan pelbagai rancangan bagi mencapai matlamat tersebut.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meransang minda

kreatif pelajar dan membebaskan mereka dari kongkongan pembelajaran tradisional yang

terlalu bergantung kepada hafalan.

Media dan teknologi pembelajaran telah banyak mempengaruhi corak pendidikan

di seluruh dunia. Pada masa kini, perkembangan dan program komputer telah mula

merubah senario pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pendidikan adalah sesuatu

yang “hidup” dan sentiasa mengalami perkembangan serta perubahan. Dengan

berlakunya ledakan pengetahuan, sewajarnya amalan kaedah dan teknik pengajaran

“chalk and talk” diberikan nafas baru dan dipelbagaikan pula dengan teknik-teknik lain

untuk menarik minat dan meransang minda pelajar. Penggunaan komputer dalam bidang

pendidikan semakin tidak terbatas dan sangat berguna. Kegunaan komputer di dalam

kelas membolehkan pembelajaran menjadi lebih menarik. (Baharuddin Aris et el.,2001)

Modul merupakan contoh bahan pengajaran yang telah diterima pakai sejak

sekian lama. Walaupun ianya dianggap lapuk dan menerima saingan media elektronik,

namun penggunaannya masih diperlukan dan dianggap penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Menurut Sidek Mohd Noah et al.,(2005), modul ialah satu unit

pengajaran dan pembelajaran yang membincangkan sesuatu tajuk tertentu secara

sistematik dan berturutan bagi memudahkan pelajar belajar secara bersendirian supaya

Page 21: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

3

dapat menguasai sesuatu unit pembelajaran dengan mudah dan tepat. Seiring

perkembangan semasa, modul pembelajaran harus diberi suntikan baru dengan

menggunakan media-media bersesuaian dan disusun dengan cara yang mampu menarik

perhatian pelajar untuk menerokainya. Modul membenarkan pelajar menikmati

keseronokkan menerokai pembelajaran dan memperkembangkan pengetahuan sedia ada.

Di samping meningkatkan minat terhadap kemahiran, ia juga mampu mencungkil daya

kreativiti dan inovasi mereka dengan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari untuk

menghasilkan teknologi baru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dan pendidikan.

Revolusi yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan di alaf baru ini

menunjukkan telah membantu para pelajar supaya lebih aktif bagi membuktikan potensi

yang mereka miliki dan membuka mata umum bahawa mereka merupakan pelapis

kepada hasrat kerajaan dalam Wawasan 2020.

1.2 Latar Belakang Masalah

Teknologi komputer merupakan salah satu contoh dari pemerhatian dan

pengkajian yang dilakukan oleh manusia bertujuan untuk memudahkan urusan seharian

manusia. Dengan wujudnya teknologi ini juga telah mampu merancakkan lagi

perkembangan teknologi-teknologi lain seperti teknologi dalam bidang geologi,

pertanian, kejuruteraan dan ekonomi. Bidang pendidikan juga tidak terkecuali dari arus

gelombang teknologi komputer yang mana peranannya digunakan bagi memudahkan

para pendidik untuk melahirkan generasi yang mampu memperkembangkan bakat dan

potensi diri menjadi manusia yang sepadu antara akademik dan akhlaknya serta harmonis

dalam setiap aspek seperti mana yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK).

Page 22: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

4

Perkembangan sains komputer dan dunia pendidikan adalah dua perkataan yang

kerapkali digandingkan dalam masyarakat kini. Perkaitan rapat ini telah menyebabkan

pendidikan berasaskan teknologi maklumat semakin diminati ramai dan memberi peluang

pembelajaran kepada semua lapisan masyarakat. Dalam sistem pendidikan, pembelajaran

berkenaan teknologi maklumat bukan hanya dipelajari di peringkat universiti, malah ia

semakin diserap ke peringkat menengah persekolahan. Menyedari kepentingan ini,

berbagai penyelidikan dan alatan telah di bangunkan oleh penyelidik tempatan mahupun

antarabangsa bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (Zamlina dan Md

Jan, 2000).

Menurut Erman Hamid (2001), bahasa pengaturcaraan sangat penting kepada

kemajuan dunia sains komputer. Malangnya, elemen penting inilah yang selalunya

ditakuti oleh pelajar. Kepentingan bahasa pengaturcaraan dan keupayaan memahami

stuktur sesebuah bahasa pengaturcaraan adalah asas penting kepada pelajar dalam

menguasai bidang tersebut. Antara perisian yang sering digunakan di peringkat universiti

adalah Bahasa pengaturcaraan Visual Basic, Bahasa pengaturcaraan C++ dan lain-lain.

Pengaturcaraan Visual merupakan bahasa pengaturcaraan yang mudah untuk

dipelajari. Ia tidak memerlukan pengaturcara menulis keseluruhan kod bagi

pembangunan aplikasi. Antara kelebihan Pengaturcaraan Visual adalah membenarkan fail

Microsoft seperti Word atau Excel dilancar di dalam Pengaturcaraan Visual dengan

mudah, membenarkan aturcara mencapai data dan pengkalan data, membenarkan

pengaturcara membina aplikasi Pengaturcaraan Visual yang mempunyai integrasi

komponen www, internet dan rangkaian komputer serta membenarkan objek dimasukkan

dari kotak alatan secara heret dan letak Pengaturcaraan Visual (Mohd Nihra Haruzuan,

2006).

Page 23: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

5

Dewasa ini, pembelajaran Bahasa pengaturcaraan Visual disampaikan oleh guru

atau pensyarah secara sehala contohnya bergantung kepada kuliah semata-mata. Menurut

Jamalludin dan Zaidatun (2003), dalam pengajaran tradisi, komunikasi sehala banyak

berlaku di mana seseorang guru memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat

manakala pelajar pula hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang

diperlukan. Persembahan sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar

terhadap matapelajaran tersebut dan seterusnya mengkategorikan ianya sebagai satu

matapelajaran yang sukar untuk difahami. Tambah Jamalludin dan Zaidatun (2003) lagi,

dalam sistem pendidikan tradisi juga, proses pengajaran dan pembelajaran hanya

melibatkan dua entiti utama sahaja iaitu di antara guru dan pelajar. Di samping itu, ia

juga lebih banyak menggunakan konsep hafalan terhadap fakta-fakta yang diberikan oleh

guru. Dua cara sebegini sebenarnya menimbulkan banyak masalah terutama untuk

mengingat fakta yang terlalu banyak dan tidak banyak dokumen bertulis yang boleh

dirujuk mengenainya apabila diperlukan. Penyediaan alat bantu mengajar bagi pengajaran

tradisi juga adalah terhad kepada bahan-bahan yang statik sifatnya. Ini secara tidak

langsung akan mengurangkan minat para pelajar terhadapnya (Jamalludin dan Zaidatun

,2003).

Menurut Wan Zah (1994), budaya menghafal dan hanya menunggu maklumat dari

guru telah sebati dengan diri pelajar kerana mereka berangapan budaya ini lebih mudah

dari berfikir. Budaya ini bukan sahaja berlaku di sekolah malahan ianya berlanjutan di

institusi pengajian tinggi. Malahan para pelajar di institusi pengajian tinggi pun masih

gagal dilatih untuk berfikir secara berkesan. Mereka lebih terdorong untuk menguji

kecekapan menghafal. Maka, lahirlah pelajar kita yang dikatakan tidak produktif, inovatif

dan kreatif. Mereka tidak lansung didedahkan kepada tatacara bagaimana berfikir untuk

memahami konsep pembelajaran ilmu yang disampaikan. Pelajar dan bakal tenaga kerja

juga hanya sekadar belajar untuk mengetahui sesuatu ilmu tanpa memahami apa

yangdipelajari dan tenaga kerja yang hanya sekadar maka gaji tetapi gagal membawa

pembaharuan terhadap majikannya. Dengan kata lain, ianya mampu menambahkan

kuantiti tetapi gagal meningkatkan kualiti kerja serta produk.

Page 24: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

6

Salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa pengaturcaraan Visual adalah pembelajaran

berbantukan modul. Penggunaan modul pembelajaran boleh diperluaskan kerana

keberkesanan penggunaan modul boleh diiktiraf. Penggunaan modul berkemungkinan

dapat membantu dalam pembentukkan pembelajaran yang efektif dan secara fleksibel

untuk dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan modul lebih mudah untuk

diuruskan dan hasilnya mungkin adalah lebih berkesan berbanding penggunaan teknik

pengajaran tradisional. Pelajar boleh mengawal masa yang mereka perlukan dalam

mempelajari sesuatu isi pelajaran supaya hasil pemahaman yang diperolehi lebih

berkesan.

Penyediaan bahan pembelajaran dan penggunaan kaedah pengajaran yang

bersesuaian, cekap dan berkesan yang menekankan ke atas penglibatan para pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting demi mengembangkan potensi

individu dan ia merupakan hasrat murni yang seharusnya diberi perhatian. Bahan

bercetak yang bermutu menggunakan teks dan grafik yang mampu membuatkan

pengguna ingin meneruskan pembacaan tanpa merasa bosan.

Malangnya bahan bercetak untuk proses pengajaran dan pembelajaran di pasaran

kini lebih menumpukan kepada nilai-nilai komersial memandangkan ianya boleh

mendatangkan keuntungan yang menggalakkan. Banyak pihak penerbit cuba mengambil

kesempatan ini untuk mengaut keuntungan lalu bertungkus lumus menerbitkan bahan

bercetak untuk proses pengajaran dan pembelajaran dengan sesuka hati tanpa mengambil

kira kewujudan perbezaan individu di kalangan pelajar seperti dari segi minat pelajar

terhadap matapelajaran, latar belakang, gaya belajar, nilai motivasi dan lain-lain.

Penerbitan bahan bercetak untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang tumbuh

seperti cendawan selepas hujan ini tanpa melihat bahan bercetak untuk proses pengajaran

dan pembelajaran tersebut menepati keperluan kurikulum atau sebaliknya. Pihak penerbit

juga mungkin mengabaikan kepentingan bahan bercetak pengajaran dan pembelajaran

Page 25: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

7

dari aspek mutu bahan, Bahasa Melayu merentas kurikulum, Kemahiran Berfikir Kreatif

dan Kritis dan penerapan nilai-nilai murni.

Dari aspek pedagogi, penyediaan teknik pengajaran dan pembelajaran ke atas

pelajar perlulah bersifat kreatif serta jelas penyampaiannya. Kekurangan bahan

pengajaran berbentuk interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

dan pusat pengajian tinggi menunjukkan penggunaan teknologi maklumat dalam bidang

pendidikan masih rendah. Ini menyebabkan teknik pengajaran guru masih berada ditahap

lama iaitu pemusatan kepada guru. Pengajaran berpusatkan kepada guru akan melahirkan

pelajar yang pasif.

Winston Churcil (1985), menyatakan "empayar di masa depan ialah empayar

pemikiran dan minda". Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya,

pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah

kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah

menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional

secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan

membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Menurut

Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan

proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kepada itu pendekatan harus

berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran yang merangkumi konkrit kepada

abstrak, mudah kepada kompleks, keseluruhan kepada bahagian, umum kepada spesifik,

spesifik kepada umum, dekat kepada jauh dan diketahui kepada belum diketahui.

Pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran komputer antaranya adalah pendekatan

pembelajaran berdasarkan masalah, pendekatan pembelajaran secara konstruk dan

pendekatan pembelajaran berdasarkan projek.

Page 26: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

8

Terdapat pelbagai pendekatan yang sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Contohnya pendekatan pembelajaran berdasarkan penyelesaian masalah

dimana ia lebih cenderung untuk menyelesaikan masalah yang di beri oleh guru melalui

perbincangan dalam kumpulan atau secara individu. Masalah yang diberikan merupakan

titik mula bagi pembelajaran dari pelbagai sudut. Pendekatan pembelajaran secara

konstruk pula merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Manakala pendekatan pembelajaran

berdasarkan projek (PBP), kreativiti pelajar dapat dikembangkan. Menurut Moursund

(2003) melalui Aidil Akhbar (2007), PBP merupakan strategi pembelajaran berpusatkan

pelajar yang melibatkan pelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan

mempersembahkannya kepada pelajar lain, guru dan pihak lain. Tambah Moursund

(2003) lagi, tujuan projek ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

dalam suatu bidang atau domain interdisiplinari. PBP boleh diintergrasikan dengan

penggunaan Teknologi Maklumat. Pelajar belajar menggunakan perisian hypermedia

dalam persekitaran yang autentik, mencabar, multi disiplinari dan bertanggungjawab

terhadap pembelajaran mereka (Moursund,2003). Dalam projek pembangunan

multimedia pula, pelajar boleh mengembangkan kemahiran menguruskan projek,

melakukan penyelidikan dan mempelajari proses membangunkan perisian (Jonassen,1994

melalui Aidil Akhbar,2007). Untuk merealisasikan faedah-faedah ini, Moursund (2003)

mengemukakan model PBP yang melibatkan projek pelajar secara individu atau

berkumpulan.

Perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat menyebabkan institusi

pendidikan menyahut seruan negara dengan penggunaan komputer di semua pusat

pengajian bermula di peringkat rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Salah satu

perkembangan terbaru dalam bidang ini ialah teknologi multimedia. Menurut Mohammad

Solliq (2007), teknologi multimedia mampu memberi kesan yang besar dan mendalam

dalam bidang komunikasi dan pendidikan. Teknologi multimedia dapat mempercepatkan

dan mampu memberi kefahaman tentang sesuatu dengan tepat, menarik dan dengan kadar

yang segera (Mohammad Solliq, 2007). Kajian Pister et al., (2002), menunjukkan prestasi

Page 27: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

9

pelajar secara kognitif meningkat setelah pelajar didedahkan dengan penggunaan

multimedia. Perkembangan dalam teknologi multimedia menjanjikan potensi besar dalam

merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap

maklumat dan sebagainya (Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Tambah Jamalludin dan

Zaidatun (2003) lagi, proses penyampaian sesuatu maklumat yang lebih efektif hasil

daripada penggunaan pelbagai jenis media seperti teks, audio, video, grafik dan animasi

merupakan antara kelebihan penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Selain daripada itu, elemen-elemen di dalam multimedia juga menyokong

penggunaan pelbagai sensor (multi-sensory) serta mampu merangsangkan penggunaan

pelbagai deria manusia. Apabila pelajar tersebut didedahkan kepada bentuk pembelajaran

menggunakan unsur teknologi, secara tidak lansung prestasi pembelajaran mereka akan

meningkat (Barrow dan Wesley, 1959).

Pembelajaran menerusi modul sudah lama diperkenalkan tetapi pembelajaran

menerusi media video interaktif dengan bantuan teknologi komputer belum banyak

dipraktikkan. Pembelajaran dan Pengajaran berpandukan komputer (PBK) memberi satu

dimensi baru dalam dunia pendidikan kerana ianya menarik dan menyeronokkan. PBK

yang menggabungkan elemen grafik, animasi, bunyi dan video dapat merangsang dan

mengelakkan pelajar bosan untuk belajar. PBK ialah aturcara komputer yang

menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang pelajar

(Hairudin Hasan, 1992). Menurut Gagne (1985), pelajar akan giat belajar jika dia

berminat dan fikiran mereka diransang melalui pelbagai pancaindera. Noran Fauziah et

al.,(2001) pula menyatakan bahawa bahan sokongan dalam bentuk pengajaran individu

boleh dijalankan menerusi komputer. Ini juga membolehkan pelajar belajar pada kadar

berbeza, mampu menentukan arah pembelajaran sendiri dan belajar ikut kemampuan

sendiri.

Page 28: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

10

1.3 Pernyataan Masalah

Pengaturcaraan Visual merupakan bahasa pengaturcaraan yang mudah untuk

dipelajari. Ia tidak memerlukan pengaturcara menulis keseluruhan kod bagi

pembangunan aplikasi. Namun begitu, pelajar universiti hanya mempunyai tempoh masa

yang singkat iaitu kurang dari 15 minggu untuk mempelajari keseluruhan silibus

Pengaturcaraan Visual Basic. Ini berkemungkinan menjadi masalah bagi pelajar yang

baru berdepan dengan kod aturcara yang difikirkan ganjil dan baru. Salah satu kaedah

yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran

Bahasa pengaturcaraan Visual adalah pembelajaran berbantukan modul. Penggunaan

modul lebih mudah untuk diuruskan dan hasilnya mungkin adalah lebih berkesan

berbanding penggunaan teknik pengajaran tradisional. Dalam sesuatu pengajaran secara

penggunaan modul pembelajaran, walaupun ianya menjanjikan kejayaan yang tidak boleh

dipertikaikan namun demikian ianya juga membawa bersamanya pelbagai masalah dan

kekangan (Jamalludin dan Zaidatun ,2003). Kehadiran komputer serta teknologi moden

yang berkaitan dengannya di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan

beban serta kekangan yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisi (Jamalludin dan

Zaidatun ,2003). Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2003) lagi, dalam proses pengajaran

dan pembelajaran berbantukan komputer, penggunaan komputer adalah menumpu kepada

cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya

kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Melalui pendekatan

pembelajaran berdasarkan projek (PBP), keativiti pelajar dapat dikembangkan. Menurut

Moursund (2003) melalui Aidil Akhbar (2007), PBP merupakan strategi pembelajaran

berpusatkan pelajar yang melibatkan pelajar menerbitkan atau membangunkan produk

dan mempersembahkannya kepada pelajar lain, guru dan pihak lain. Penggunaan pelbagai

media dalam proses penyampaian maklumat juga melahirkan persembahan yang lebih

menarik serta mampu meransangkan minda pelajar selain dari faktor ianya tidak

membosankan (Jamalludin dan Zaidatun ,2003). Video interaktif adalah salah satu media

yang mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran, bagaimanapun pengunaannya haruslah dirancang dengan teliti supaya

Page 29: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... 3.4.3 Microsoft Visual Basic 65 3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran

11

kesan yang diharapkan berlaku (Mat Jizat Abdol, 2005). Ianya juga telah memberi kesan

terhadap corak pendidikan pada masa ini dan juga masa-masa yang akan datang. Menurut

Jamalludin dan Zaidatun (2000), video adalah elemen multimedia yang paling berkesan

penggunaannya jika dibandingkan dengan objek media yang lain.

Oleh yang demikian, pembangun berhasrat menghasilkan sebuah modul

pembelajaran yang disertai video interaktif bagi pembelajaran Pengaturcaraan Visual

Basic berdasarkan pendekatan PBP bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Diharapkan

modul dan video interaktif yang dibangunkan dapat memberi suasana pengajaran dan

pembelajaran yang lebih bermakna dan menarik. Peranan guru pada peringkat ini adalah

berfungsi sebagai pemudah cara di antara media dan proses di dalam pengajaran dan

pembelajaran.

1.4 Objektif

Objektif utama yang ingin dicapai dari penghasilan modul ini ialah untuk:

i. Membangunkan sebuah modul pembelajaran bagi perisian Pengaturcaraan Visual

bagi kegunaan pelajar-pelajar universiti berasaskan pendekatan pembelajaran

berdasarkan projek (PBP).

ii. Membangunkan video interaktif bagi menyokong penggunaan modul

Pengaturcaraan Visual berasaskan pembelajaran berdasarkan projek (PBP).