20
Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup Penduduk Ishak Yusof 1 & Mustaffa Omar 2 1 Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia Tel: 03-89215767, Emel: [email protected] 2 Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia Tel: 03-89213938, Emel: [email protected] Pengenalan Kesejahteraan hidup penduduk adalah penting sama ada dari sudut ekonomi, sosial dan juga politik sesebuah negara. Ini kerana tingkat kesejahteraan yang dialami penduduk boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dalam jangka masa panjang. Dari segi ekonomi, penduduk yang dapat hidup sejahtera boleh menyumbang secara lebih produktif kepada ekonomi negara. Begitu juga dari sudut sosial dan politik, kesejahteraan penduduk boleh membawa kepada tingkat kebajikan lebih tinggi, hidup bersatu padu dan harmonis serta dapat menjamin kestabilan politik dalam jangka panjang. Terdapat pelbagai dimensi kualiti hidup yang boleh digunakan untuk memberi gambaran mengenai kesejahteraan hidup penduduk. Dimensi yang paling penting ialah berkaitan dengan taraf hidup penduduk, iaitu sejumlah wang yang dimiliki cukup untuk memperolehi barangan dan perkhidmatan yang diperlukan (Todaro & Smith 2006). Kualiti hidup penduduk mengikut dimensi ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan tahap pertumbuhan ekonomi di sesebuah wilayah ataupun negara. Dari segi teorinya, pertumbuhan ekonomi boleh membawa peningkatan dalam tingkat keluaran yang akan meningkatkan tingkat pendapatan penduduk dan seterusnya pendapatan negara. Perkembangan ini sepatutnya membolehkan penduduk di negara tersebut menikmati suatu taraf hidup yang lebih baik berbanding dengan sebelumnya. Pencapaian taraf hidup penduduk mungkin lebih mudah diukur kerana ia bersifat kuantitatif. Dalam disiplin ekonomi, penggunaan ukuran pendapatan per kapita sering digunakan untuk memberi 121 Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM 121

Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

Pembangunan Mersing dan Pencapaian KualitiHidup Penduduk

Ishak Yusof1 & Mustaffa Omar2

1Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan PengurusanUniversiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Tel: 03-89215767, Emel: [email protected]

2Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan ManusiaFakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Tel: 03-89213938, Emel: [email protected]

PengenalanKesejahteraan hidup penduduk adalah penting sama ada dari sudut ekonomi, sosial danjuga politik sesebuah negara. Ini kerana tingkat kesejahteraan yang dialami pendudukboleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dalam jangkamasa panjang. Dari segi ekonomi, penduduk yang dapat hidup sejahtera bolehmenyumbang secara lebih produktif kepada ekonomi negara. Begitu juga dari sudutsosial dan politik, kesejahteraan penduduk boleh membawa kepada tingkat kebajikanlebih tinggi, hidup bersatu padu dan harmonis serta dapat menjamin kestabilan politikdalam jangka panjang.

Terdapat pelbagai dimensi kualiti hidup yang boleh digunakan untuk memberigambaran mengenai kesejahteraan hidup penduduk. Dimensi yang paling penting ialahberkaitan dengan taraf hidup penduduk, iaitu sejumlah wang yang dimiliki cukup untukmemperolehi barangan dan perkhidmatan yang diperlukan (Todaro & Smith 2006). Kualitihidup penduduk mengikut dimensi ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan tahappertumbuhan ekonomi di sesebuah wilayah ataupun negara. Dari segi teorinya,pertumbuhan ekonomi boleh membawa peningkatan dalam tingkat keluaran yang akanmeningkatkan tingkat pendapatan penduduk dan seterusnya pendapatan negara.Perkembangan ini sepatutnya membolehkan penduduk di negara tersebut menikmati suatutaraf hidup yang lebih baik berbanding dengan sebelumnya. Pencapaian taraf hiduppenduduk mungkin lebih mudah diukur kerana ia bersifat kuantitatif. Dalam disiplinekonomi, penggunaan ukuran pendapatan per kapita sering digunakan untuk memberi

121

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM121

Page 2: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

122

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

gambaran mengenai taraf hidup penduduk di sesebuah negara. Namun begitu, ukuran inihanyalah bersifat superfisial kerana ia mungkin tidak menggambarkan dimensi kualitihidup sebenar terutama yang berkait dengan kesejahteraan hidup penduduk.

Dimensi yang berkaitan taraf hidup penduduk adalah lebih mudah untuk diukurberbanding dimensi kualiti hidup yang lain, terutama yang bersifat kualitatif sepertikebebasan, kebahagiaan, kehidupan berkeluarga, persekitaran alam dan keselamatan.Penekanan yang berlebihan kepada data fizikal dan kewangan semasa merancang danmelaksanakan sesuatu dasar atau program pembangunan menyebabkan kesanpembangunan yang diperolehi tidak bersifat menyeluruh. Malah, kadangkala berlakupembaziran disebabkan terlepas pandang terhadap aspek-aspek yang boleh mempengaruhikesejahteraan penduduk. Oleh kerana ketiadaan angka atau ukuran yang bersesuaian,dimensi kualiti hidup yang bersifat kualitatif seringkali diabaikan. Keadaan ini bolehmembawa kepada pembangunan ekonomi yang tidak seimbang dan seterusnyamenjejaskan kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk dalam jangka panjang.

Bab ini bertujuan menilai tahap kualiti hidup penduduk di daerah Mersing berdasarkansatu kajian ke atas 300 isi rumah di tiga buah mukim dalam daerah berkenaan. Analisis inipenting untuk menilai status semasa tahap kualiti hidup penduduk di daerah ini yangsedang menerima kesan limpahan daripada strategi pembangunan wilayah yangdilaksanakan oleh kerajaan di bawah RMK-9 melalui pengisytiharan Wilayah EkonomiJohor Selatan (SJER) dan Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER) (Malaysia 2006).Bab ini dibahagikan kepada lapan bahagian. Selepas bahagian pengenalan, bahagian keduaini membicangkan kajian lepas berkaitan dengan kepentingan ukuran kualiti hidup penduduk.Ini diikuti dengan bahagian ketiga yang mengulas secara ringkas latar belakang mengenaikedudukan semasa sosioekonomi daerah Mersing. Bahagian seterusnya membincangkandata dan kaedah kajian yang diguna pakai dalam kajian ini, diikuti kemudian denganpenerangan ringkas mengenai profil responden. Analisis mengenai kedudukan tahap kualitihidup penduduk menggunakan pendekatan pembentukan indeks diberikan dalam bahagiankeenam. Bahagian ketujuh merupakan rumusan dan implikasi dengan sedikit kesimpulanpada akhiran bab.

Kajian LepasPelbagai kajian dan pendekatan telah dilakukan untuk melihat hubungan pertumbuhanekonomi dengan kualiti hidup penduduk (Drewnowski 1974, Moris 1979, UNDP 1990,Nick van der Lijn 1995, The Economist 2005). Ia lahir daripada perdebatan dalam kalanganahli ekonomi mengenai kesan pertumbuhan ekonomi ke atas taraf hidup dan kesejahteraanpenduduk. Ramai berpandangan bahawa pertumbuhan ekonomi sahaja tidak semestinyamenjamin kesejahteraan hidup akan meningkat secara keseluruhannya, sekiranyapertumbuhan yang berlaku itu tidak disertai oleh kesan titisan ke bawah secara menyeluruh.Malah dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang tidak terkawal, seringkali ia diiringioleh beberapa kesan luaran negatif yang mengganggu kesejahteraan hidup penduduknyadalam jangka masa panjang, seperti kadar inflasi yang terlalu tinggi, isu pencemaran danmasalah penyusutan sumber yang berlebihan (Jacobs 1993).

Secara konvensional, pertumbuhan ekonomi sesebuah negara diukur oleh kemajuanyang dicapai dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pengukuran seperti ini

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM122

Page 3: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

123

PEMBANGUNAN MERSING DAN PENCAPAIAN KUALITI HIDUP PENDUDUK

dapat memberi gambaran mengenai trend pertumbuhan ekonomi yang berlaku di negaratersebut untuk sesuatu tempoh tertentu. Malah, kadar pertumbuhan dalam KDNK initelah diterima pakai secara sejagat untuk mengukur perkembangan ekonomi dunia. Namunbegitu, ahli-ahli ekonomi sememangnya menyedari bahawa kaedah konvensional yangmenggunakan KDNK, termasuk KDNK per kapita adalah agak terbatas. Ia dikatakangagal mengambil kira pelbagai dimensi lain yang turut berubah akibat proses pertumbuhandan pembangunan ekonomi yang berlaku (Meier & Rauch 2004). Umpamanya, penggunaanKDNK per kapita hanya dapat memberi gambaran umum mengenai taraf hidup yangdilalui oleh penduduk di sesebuah negara. Namun, keadaan hidup sebenar yang dialamioleh setiap lapisan masyarakat dalam negara berkenaan belum tentu sama dengangambaran taraf hidup yang diberikan oleh ukuran KDNK per kapita. Ini kerana KDNKper kapita tidak mencerminkan aspek agihan pendapatan yang berlaku dalam kalanganpenduduk di negara tersebut.

KDNK per kapita juga gagal memberi gambaran sebenar mengenai faedah danbebanan yang diterima oleh masyarakat terhadap kesan pertumbuhan ekonomi yang telahdicapai. Umpamanya, faedah yang bersifat kualitatif seperti manafaat yang diperolehdaripada peningkatan penyediaan kemudahan asas, pulangan pendidikan dan kesan tahapkesihatan yang lebih baik (Ravallion 1995). Begitu juga dengan kesan luaran negatif yangterbeban ke atas masyarakat, seringkali diabaikan apabila perancangan ekonomi dibuatsemata-mata menggunakan ukuran KDNK per kapita. Pertumbuhan ekonomi yang tidakterkawal juga seringkali menyumbang kepada masalah alam sekitar dan penyusutansumber-sumber ekonomi secara berlebihan. Malah, pertumbuhan ekonomi yang terlalupesat boleh menjejaskan kesejahteraan penduduk daripada segi masalah inflasi disebabkanoleh permintaan agregat yang terlalu besar. Begitu juga dengan masalah jenayah dankeselamatan keluarga, serta nilai-nilai tradisi masyarakat yang semakin terhakis akibatkemajuan ekonomi yang tidak terkawal (Brinkman 1995).

Antara petunjuk ketidakseimbangan dalam aspek agihan yang paling awal danmasih digunakan hingga sekarang ialah Indeks Gini. Indeks ini sebenarnya adalah nilaiangkali Gini yang diterangkan dalam bentuk peratus. Angkali Gini pada awalnya telahdibentuk oleh seorang ahli statistik Itali pada 1912, dan ia diterangkan dalam bentuknisbah antara nilai 0 hingga 1 (Dofman 1979). Nilai 0 menggambarkan agihan pendapatanyang sempurna seimbang, iaitu semua penduduk menerima jumlah nilai pendapatanyang sama. Sebaliknya nilai yang menghampiri 1 menunjukkan agihan pendapatan yangsemakin tidak seimbang dalam kalangan penduduk. Keluk Lorenz biasanya digunakanuntuk menunjukkan kedudukan nilai angkali Gini bagi menggambarkan keadaanketidakseimbangan dalam aspek agihan.

Angkali Gini ini telah digunakan secara meluas dalam kajian mengenai masalahketidakseimbangan agihan pendapatan penduduk. Antara yang sering disebut ialah kajianoleh Kuznet (1955, 1963) yang terkenal dengan hipotesis U terbalik dalam melihat hubunganketidakseimbangan antara agihan pendapatan dengan pertumbuhan ekonomi. Kajiannyamerumuskan bahawa keadaan agihan pendapatan pada peringkat awal pertumbuhanekonomi adalah sangat tidak seimbang. Tetapi apabila ekonomi semakin bertumbuh,keadaan ketidakseimbangan ini semakin mengecil akibat peralihan sektor tradisional kesektor moden (terutamanya sektor perindustrian), peningkatan dalam kemudahanpendidikan, kesihatan dan kemudahan asas menyebabkan tingkat pendapatan golongan

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM123

Page 4: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

124

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

berpendapatan rendah meningkat. Hipotesis ini telah mencetuskan banyak kajian lainyang cuba menguji kebenaran kajian ini (Ahluwalia 1974, 1976a & 1976b, Chenery danSyrquin 1975, Paukert 1973, Srinivasan 1977, Ranis 1977, Medhi 1994, Hassan danRahmah 1995, Ragayah 1997, Rahmah dan Poo Bee Tin 2002). Namun begitu, penggunaanIndeks Gini masih belum mencukupi untuk memberi gambaran yang lebih menyeluruhbagi mencerminkan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk yang sebenar (Ranis 1996,Fei & Ranis 1997, IADB 1998, World Bank 2000). Malah, penghasilan Indeks Gini itusendiri dikenal pasti mempunyai kelemahan tertentu jika tidak dibuat dengan berhati-hati(Gagliani 1987, Ram 1995, Ranis 1996).

Menyedari batasan ini, beberapa usaha dilakukan untuk membentuk indeks yanglebih berupaya memberi gambaran yang lebih baik mengenai kualiti dan kesejahteraanhidup penduduk. Ini membawa kepada terhasilnya indeks seperti Physical Quality ofLife Index (PQLI) oleh Morris (1979) dalam tahun 1970-an. Selain itu terdapat jugausaha yang telah dilakukan oleh Drenowski’s (1974) yang cuba mengukur taraf hidupdan tingkat kebajikan penduduk, manakala OECD di bawah rancangan penyelidikannyamengemukakan ukuran kesejahteraan sosial (social well-being) (OECD 1996, 2006).Kedua-dua pendekatan ukuran ini juga sering dirujuk sebagai Basic Well-Being Index(BWI) (Nick van der Lijn. 1995). Salah satu usaha paling penting dalam menghasilkanindeks kualiti hidup manusia dan digunakan secara meluas oleh banyak pihak ialah IndeksPembangunan Manusia (Human Development Index – HDI) yang diperkenalkan olehUNDP pada 1990.

Indeks PQLI yang dihasilkan oleh Morris (1979) bertujuan mengukur kualiti hidupatau kesejahteraan hidup penduduk sesebuah negara. Nilai skala yang diberikan ialahantara 0 hingga 100 dengan pemberat tertentu ke atas aspek yang dimasukkan, iaitukadar celik huruf asas, kadar kematian bayi, dan jangka hayat pada umur pertama. Indeksini dibentuk oleh Morris pada pertengahan tahun 1970-an untuk mengatasi kelemahanindikator KDNK sebagai petunjuk pembangunan ekonomi. Walaupun PQLI dianggaplebih baik dari petunjuk KDNK, namun ia dikatakan mempunyai masalah dari segi ukurankaedah kuantitif untuk mengukur kualiti hidup manusia. Indeks ini dikritik kerana dikatakantelah melakukan pertindanan dalam komponen yang masukkan untuk mengukur kualitihidup manusia, iaitu aspek yang berkaitan dengan kadar kematian bayi dan jangka hayatketika umur setahun (Burkett 1985).

Indek BWI juga dikritik kerana masih mengambil kira komponen kesejahteraanhidup yang tidak banyak berbeza dengan PQLI. Ini membawa kepada penghasilan indeksHDI yang memasukkan jangka hayat, celik huruf, dan jumlah tahun persekolahan sebagaiukuran penting taraf hidup penduduk. Indeks ini telah dihasilkan oleh seorang ahli ekonomiPakistan, Mahbub ul Haq pada tahun 1990 dan telah digunakan oleh UNDP sejak tahun1993 dalam Human Development Report (UNDP 1990). Jadual 1 menunjukkan ringkasanaspek-apek yang diambil kira dalam menghasilkan indeks PQLI, BWI dan HDI. IndeksHDI, yang bernilai antara nilai 0 hingga 1 didapati sangat berguna untuk mengukurkesejahteraan hidup manusia dan bagi tujuan perbandingan antara negara. Umpamanya,dalam menentukan sesebuah negara itu tergolong sama ada dalam kumpulan negaramaju, membangun atau kurang maju, ataupun untuk menilai kesan pelaksanaan dasarekonomi ke atas kualiti hidup penduduk sesebuah negara.

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM124

Page 5: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

125

PEMBANGUNAN MERSING DAN PENCAPAIAN KUALITI HIDUP PENDUDUK

JADUAL 1: Komponen Penting dalam Pengiraan Indeks

Komponen Indeks HDI PQLI BWI

1a. Jangka hayat ketika lahir X1b. Jangka hayat ketika umur 1 tahun X X2. Kadar kematian bayi X X3. Kadar celik huruf X X X4. Kadar enrolmen kasar menengah X5. Purata tahun persekolahan X

Sumber: Nick van der Lijn. 1995

Jadual 2 menunjukkan 30 buah negara yang berada di tangga teratas denganmenggunakan ukuran indeks HDI tahun 2006. Mengikut Human Development Report2008, Malaysia tergolong dalam kumpulan negara yang mempunyai indeks HDI yangtinggi, iaitu 0.823 mata dan berada pada tangga ke-63 daripada 179 negara (lihat UNDP2008).

Walaupun HDI telah diterima umum sebagai salah satu ukuran kesejahteraanpenduduk, namun terdapat pelbagai pihak yang masih berusaha memperbaiki indeks inidalam usaha memberi gambaran yang lebih baik berhubung dengan aspek kualiti hiduppenduduk. Salah satu indeks kualiti hidup yang lebih komprehensif ialah Quality-of-life Index yang diterbitkan oleh majalah The Economist pada 2005. Jadual 3menunjukkan komponen-komponen kualiti hidup yang diambilkira dalam menghasilkanindeks berkenaan. Indeks yang menggunakan nilai mata dari 1 hingga 10 ini adalahlebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi gambaran mengenai kualitihidup penduduk sesebuah negara. The Economist telah menggunakan indeks berkenaanuntuk mengukur kualiti hidup penduduk di 111 buah negara pada tahun 2005.

JADUAL 2: Senarai 30 Negara yang Mempunyai Indeks HDI tertinggi, 2006

Rank Negara Indeks Rank Negara Indeks Rank Negara Indeks

1 Iceland 0.968 11 France 0.955 21 UK 0.9422 Norway 0.968 12 Finland 0.954 22 Hong Kong 0.9423 Canada 0.967 13 Denmark 0.952 23 Germany 0.9404 Australia 0.965 14 Austria 0.951 24 Israel 0.9305 Ireland 0.960 15 US 0.950 25 S Korea 0.9286. Netherlands 0.958 16 Spain 0.949 26 Slovenia 0.9237 Sweden 0.958 17 Belgium 0.948 27 Brunei 0.9198 Japan 0.956 18 Greece 0.947 28 Singapore 0.9189 Luxembourg 0.956 19 Italy 0.945 29 Kuwait 0.91210 Switzerland 0.955 20 N Zealand 0.944 30 Cyprus 0.912

Sumber: Human Development Report (UNDP 2008)

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM125

Page 6: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

126

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

JADUAL 3: Komponen Utama Indeks Quality-of-life Index, The Economist

Bil Komponen Pembolehubah Ukuran

1. Kesejahteraan material - KDNK per kapita - mengikut PPP dalam US$2. Kesihatan - Jangka hayat ketika lahir - bil. tahun3. Kestabilan politik dan - rating kestabilan politik - nilai rating

keselamatan dan keselamatan4. Kehidupan berkeluarga - kadar perceraian per 1000 - rating 1 = paling rendah

penduduk hingga 5 = paling tinggi5. Kehidupan bermasyarakat - pembolehubah dummy - nilai 1 jika ada aktiviti

keagamaan ataukeanggotaan dalamkesatuan sekerja; dannilai 0 jika tiada

6. Cuaca dan geografi - kedudukan negara - cuaca sejuk, sederhanaatau panas

7. Keselamatan kerja - kadar pengangguran - peratus8. Kebebasan politik - kebebasan bersuara - rating 1 (bebas) hingga 7

(tiada kebebasan)9. Persamaan dalam gender - nisbah purata pendapatan - nilai nisbah

lelaki dan wanita

Sumber: The Economist Intelligence Unit, The Economist (2005)

Dalam ukuran tersebut, Malaysia berada pada tangga ke-36 dengan memperolehinilai mata 6.608. Ireland, Switzerland dan Norway pula berada pada tangga yang teratas,masing-masing dengan nilai mata 8.333, 8.068 dan 8.051. Manakala Tanzania, Haiti danZimbabwe berada pada tempat yang terkebawah, masing-masing dengan nilai mata 4.495,4.090 dan 3.892 (The Economist 2005).

Di Malaysia aspek yang berkaitan dengan kualiti hidup penduduk sememangnyadititiberatkan dalam proses perancangan pembangunan. Umpamanya, teras keempatDasar Misi Nasional (2006-2020) di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)bertekad untuk meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup penduduk (Malaysia2006). Malah untuk memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan kualitihidup penduduknya, Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM). IKHM telah dihasilkanoleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan pertama kalinya telah diterbitkan pada 1999dengan melaporkan IKHM bagi tempoh 1980-1998 dan menjadikan tahun 1990 sebagaitahun asas semasa mengira indeks berkenaan (UPE 1999).

Penerbitan IKHM yang terkini ialah pada tahun 2004. Ia membuat ukuran terhadapkualiti hidup penduduk secara agregat dengan mengambil kira 42 indikator yang mewakili11 komponen kehidupan (UPE 2004). Komponen tersebut adalah (i) pendapatan& pengagihan, (ii) persekitaran kerja, (iii) pengangkutan & komunikasi, (iv) kesihatan,(v) pendidikan, (vi) perumahan, (vii) alam sekitar, (viii) kehidupan keluarga,(ix) penyertaan sosial, (x) keselamatan awam, dan (xi) kebudayaan & liburan (lihatJadual 4). Kesemua komponen dan petunjuk yang digunakan ini telah dikenalpasti dapatmencerminkan aspek kesejahteraan penduduk dengan lebih baik. Namun begitu, dalam

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM126

Page 7: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

127

PEMBANGUNAN MERSING DAN PENCAPAIAN KUALITI HIDUP PENDUDUK

usaha untuk menilai keberkesanan rancangan pembangunan negara, adalah pentinguntuk mengetahui komponen yang manakah yang telah menyumbang secara berkesankepada perubahan IKHM.

JADUAL 4: Komponen Utama Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM)

Bil Komponen Petunjuk

1. Pendapatan & Pengagihan • pendapatan per kapita benar• pekali Gini• kadar kemiskinan

2. Persekitaran Kerja • kadar pengangguran• pertikaian perusahaan• kehilangan hari bekerja kerana tindakan perusahaan• kadar kemalangan perusahaan

3. Pengangkutan & Komunikasi • kereta dan motosikal persendirian• kenderaan perdagangan• indeks pembangunan jalan raya• telefon• pelanggan internet• edaran purata akhbar harian

4. Kesihatan • jangka hayat semasa lahir bagi bayi lelaki;bayi perempuan

• kadar kematian bayi• nisbah doktor-penduduk

5. Pendidikan • kadar celik huruf• kadar penyertaan prasekolah, sekolah menengah,

universiti• nisbah guru-pelajar sekolah rendah• nisbah guru-pelajar sekolah menengah

6. Perumahan • purata harga rumah bagi rumah kos sederhana-rendah• unit rumah kos rendah• unit rumah dengan bekalan air paip; bekalan elektrik

7. Alam Sekitar • kualiti air; kualiti udara• kawasan berhutan

8. Kehidupan Keluarga • perceraian• kadar kelahiran kasar• saiz isi rumah• jenayah juvana

9. Penyertaan Sosial • pengundi berdaftar• keahlian pertubuhan bukan bermotif keuntungan yang

berdaftar• persatuan penduduk berdaftar

10. Keselamatan Awam • jenayah• kemalangan jalan raya

11. Kebudayaan & Liburan • keahlian perpustakaan awam• penonton television• penginap hotel domestik

Sumber: Unit Perancang Ekonomi (2004)

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM127

Page 8: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

128

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

Latar Belakang Sosioekonomi Daerah MersingMersing merupakan daerah ke-3 terbesar di negeri Johor dengan keluasan tanah 700,805ekar (283,608 hektar), iaitu kira-kira 14.6% daripada keluasan negeri Johor. Daerah initerletak di pesisiran Laut Cina Selatan, di kawasan timur laut negeri Johor bersempadandengan daerah Kluang, Kota Tinggi dan di baratnya dengan daerah Segamat dan NegeriPahang. Daerah Mersing mempunyai 10 buah mukim dengan jumlah pendudukdianggarkan seramai 69,947 orang (Jabatan Perangkaan Negeri Johor 2001). Jadual 5menunjukkan profil daerah kajian mengikut keluasan dan taburan penduduk mengikutmukim.

JADUAL 5: Keluasan Daerah Mersing, Bilangan Mukim dan Kampung Serta Jumlah Penduduk

Bil Mukim Hektar KampungPenduduk

Bil %

1 Mersing 76,147 12 31,797 45.52 Lenggor* 62,938 – – –3 Sembrong** 59,830 – – –4 Tenggaroh 17,871 11 18,494 26.45 Padang Endau 16,317 24 4,813 6.96 Triang 6,475 11 2,298 3.37 Jemaluang 12,432 11 4,908 7.08 Penyabong 10,101 6 1,400 2.09 Tenglu 16,058 16 4,735 6.810 Pulau-pulau 5,439 60 1,502 2.1

Jumlah 283,608 151 69,947 100.0

Nota: *Tiada penduduk; ** mengandungi 4 perkampungan orang asliSumber: http://www.johordt.gov.my/pdmersing (diakses pada 26 April 2009)

Jadual 6 pula menunjukkan taburan penduduk dalam daerah Mersing mengikut kaum.Majoriti penduduk di daerah ini adalah berketurunan Melayu (76.0%), dikuti kaum Cina(15.7%) dan kaum-kaum lain (8.3%) di negara ini.

Jadual 7 pula menunjukkan pola guna tanah di daerah Mersing. Secara umumnya,sektor pertama masih mendominasi aktiviti perekonomian penduduk daerah Mersing.Jadual ini menunjukkan bahawa selain tanah rezab, sebahagian besar tanah di kawasanini lebih banyak dimajukan untuk kegunaan sektor pertanian. Hanya 2% tanah di sinidibangunkan untuk sektor perindustrian. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas dari polaguna tanah dalam daerah Mersing (Jadual 7), aktiviti ekonomi mengikut sektor (Jadual 8)dan pekerjaan utama penduduknya (Jadual 9).

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM128

Page 9: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

129

PEMBANGUNAN MERSING DAN PENCAPAIAN KUALITI HIDUP PENDUDUK

JADUAL 6: Taburan Penduduk Daerah Mersing Mengikut Kaum

Kaum Jumlah Penduduk %

Melayu 53,160 76.0Cina 10,982 15.7India 980 1.4Orang Asli 1,260 1.8Lain-lain Bangsa 2,375 3.4Bukan Bumiputera 1,190 1.7

Jumlah 69,947 100.0

Sumber: http://www.johordt.gov.my/pdmersing (diakses pada 26 April 2009)

JADUAL 7: Pola Guna Tanah Daerah Mersing

Jenis Guna Tanah Keluasan (ha) %

Pelbagai Rizab 194,759.31 68.67Pertanian 52,199.30 18.41Industri 5,702.04 2.02Bangunan 210.15 0.07Tanah Kerajaan 30,737.20 10.83

Jumlah 283,608.00 100.00

Sumber: http://www.johordt.gov.my/pdmersing (diakses pada 26 April 2009)

JADUAL 8: Aktiviti Ekonomi Mengikut Sektor Daerah Mersing

Sektor aktiviti ekonomi (%)

Pertanian, Perhutanan, Perikanan 40.7Perlombongan & Kuari 0.1Pembuatan 11.9Elektrik, gas dan air 0.7Pembinaan 3.9Perdagangan borong, runcit, restoran dan hotel 14.4Pengangkutan dan perhubungan 4.2Perkhidmatan kewangan, insurans, hartanah dan perniagaan 1.1Perkhidmatan masyarakat, sosial dan persendirian 22.2Industri yang tidak jelas 0.8

Jumlah 100.0

Sumber: http://www.johordt.gov.my/pdmersing (diakses pada 26 April 2009)

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM129

Page 10: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

130

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

Maklumat dalam Jadual 8 dan Jadual 9 juga menunjukkan hampir separuh daripadapenduduk Mersing masih bergantung kepada sektor pertama terutama perikanan.Peratusan penduduk yang terlibat dalam sektor pembuatan atau bekerja sebagai pekerjapengeluaran masih lagi kecil. Keadaan ini berlaku mungkin kerana kedudukan daerahini yang berada di luar daripada laluan utama negeri Johor, lalu menghadkanperkembangan peluang pelaburan di daerah ini. Dengan adanya strategi pembangunanwilayah ECER, daerah ini dilihat mempunyai potensi yang lebih baik untuk maju padamasa hadapan.

Data dan MetodologiKajian ini merupakan suatu tinjauan ringkas untuk menilai tahap kualiti hidup penduduk diDaerah Mersing. Oleh kerana keadaan kualiti hidup penduduk lazimnya adalah lebihterkesan di kawasan luar bandar atau pinggir bandar, pemilihan responden untuk kajianini lebih tertumpu di kawasan-kawasan seumpama ini. Sehubungan itu, kajian ini telahmemilih tiga buah mukim yang dianggap boleh mewakili dan memberi gambaran yangbaik mengenai tahap kualiti hidup penduduk di daerah berkenaan. Data kajian diperolehidaripada satu kerja lapangan menggunakan soal selidik berstruktur yang dijalankan dalambulan Februari 2009. Ia melibatkan 300 orang responden dalam kalangan ketua/wakil isirumah di mukim Mersing, Padang Endau dan Penyabong. Jadual 10 menunjukkan taburanisi rumah yang dikaji bagi setiap mukim mengikut jantina penduduk.

Dalam kajian ini, indeks kualiti hidup penduduk dianalisis berdasarkan limakomponen utama, iaitu kesejahteraan ekonomi, modal insan, kesejahteraan keluargadan kehidupan sosial, integriti dan keselamatan awam serta kemudahan awam danalam sekitar. Jadual 11 menunjukkan komponen dan indikator yang digunakan untukmengukur kualiti hidup penduduk. Gabungan kelima-lima indeks komponen ini membentukindeks komposit kualiti hidup yang boleh mengukur tahap kualiti penduduk secara lebihmenyeluruh.

JADUAL 9: Penduduk Mengikut Jenis Pekerjaan Daerah Mersing

Jenis Pekerjaan (%)

Pekerja Profesional dan Teknikal 8.9Pekerja Pentadbiran dan Pengurusan 0.9Pekerja Perkeranian 5.0Pekerja Jualan 9.4Perkhidmatan 10.5Pekerja Pertanian, Tender, Perhutanan, Nelayan, Pemburu 42.6Pekerja Pengeluaran 22.4Pekerjaan yang tidak jelas 0.3

Jumlah 100.0

Sumber: http://www.johordt.gov.my/pdmersing (diakses pada 26 April 2009)

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM130

Page 11: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

131

PEMBANGUNAN MERSING DAN PENCAPAIAN KUALITI HIDUP PENDUDUK

JADUAL 11: Komponen dan Indikator Ukuran Indeks Kualiti Hidup Penduduk

Bil. Indeks Komponen Indikator Bilangankonstruk*

1. Indeks Kesejahteraan Material dan a. Milikan harta benda 12Ekonomi b. Milikan alatan pengguna 23

c. Pendapatan dan agihan 11

2. Indeks Modal Insan a. Tahap pendidikan 10b. Tahap kesihatan 11c. Kesejahteraan diri 11

3. Indeks Kesejahteraan Keluarga dan a. Kehidupan keluarga 14Kehidupan Sosial b. Persekitaran kerja 14

c. Rumah dan persekitaran kediaman 9d. Keagamaan dan spiritual 6e. Budaya dan hiburan 7f. Penyertaan kehidupan sosial 9

4. Indeks Integriti dan Keselamatan Awam a. Keselamatan awam 8b. Politik dan urus tadbir 12

5. Indeks Kemudahan Awam dan Alam a. Aksesibiliti kepada perkhidmatan 19Sekitar b. Infrastruktur dan utiliti awam 7

c. Pengangkutan dan perhubungan 9d. Alam sekitar 9

*Setiap konstruk diukur berdasarkan nilai skor skala 1 hingga 3 (1 = rendah; 2 = sederhana; 3 = tinggi)

Nilai indeks bagi setiap komponen dikira menggunakan formula penormalan yangbiasa diguna pakai oleh UNDP (1990) dalam membentuk Indeks Pembangunan (HDI)Manusia seperti berikut:

MinimumNilaiMaksimumNilaiMinimumSkorNilaiSebenarSkorNilaiKomponenIndeks

−−

=

JADUAL 10: Taburan Responden Mengikut Mukim dan Jantina

Mukim Bil Responden % Lelaki % Wanita

Bil %

Mersing 91 30.3 60.4 39.6Padang Endau 190 63.3 55.8 44.2Penyabong 19 6.3 47.4 52.6

Jumlah 300 100.0 56.7 43.3

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM131

Page 12: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

132

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

Nilai skor yang telah dinormalkan akan berada di antara 0 hingga 1 dan prosedur iniboleh membentuk suatu indeks umum sebagai ukuran kepada setiap indeks komponenkualiti hidup. Manakala gabungan kelima-lima nilai indeks komponen ini yang dikirasecara purata, akhirnya akan membentuk indeks komposit kualiti hidup penduduk yangingin dikaji. Nilai indeks yang menghampiri 1 menggambarkan keadaan kualiti hiduptinggi, sebaliknya nilai yang menghampiri 0 menunjukkan keadaan kualiti hidup yangrendah. Sebagai panduan, penarafan nilai skala indeks seperti yang ditunjukkan dalamJadual 12 di bawah ini akan digunakan untuk tujuan menafsir kedudukan indeks kualitihidup yang dihasilkan.

Profil RespondenBahagian ini menghuraikan secara ringkas profil responden yang terlibat dalam kajianini. Rajah 1 menunjukkan bahawa majoriti responden adalah berumur melebihi 40 tahundan mereka ini kebanyakannya telah berkeluarga. Oleh kerana kajian ini adalah bertujuanuntuk menilai persepsi masyarakat berhubung dengan tahap kualiti hidup mereka, makakajian perlu memberi tumpuan terhadap responden yang telah berkeluarga. Walaupunada dalam kalangan responden ini yang berumur di bawah 25 tahun, mereka inisebenarnya adalah mewakili ketua isi rumah yang pada masa kajian dijalankan tiada dirumah masing-masing. Dari segi tahap pendidikan pula, sebahagian mempunyai tahappendidikan sehingga sekolah menengah sahaja. Tidak ramai yang mempunyai pendidikandi peringkat tertiari (lihat Rajah 2).

Dari segi saiz isi rumah, Rajah 3 menunjukkan kebanyakan responden mempunyaisaiz keluarga yang sederhana besar, iaitu sekitar 4 hingga 6 orang. Ini merupakan saizkeluarga yang biasa diperhatikan dari kalangan rakyat negara ini. Malah ukuran gariskemiskinan dan tingkat pendapatan keluarga lazimnya menggunakan purata saiz keluargayang sama. Dari segi tingkat pendapatan isi rumah, Rajah 4 menunjukkan masih ramaikeluarga di kawasan yang dikaji berada di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 41.5%responden menerima pendapatan di bawah RM661, iaitu suatu tingkat pendapatan yangdianggap miskin. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan pergantungan yang tinggipenduduk terhadap sektor tradisional (sama ada sebagai nelayan atau bertani) yangmempunyai tingkat produktiviti yang rendah.

Analisis Pencapaian Kualiti Hidup Penduduk MersingBahagian ini membincangkan hasil analisis kajian berhubung dengan kedudukan tarafkualiti hidup penduduk di daerah Mersing. Berdasarkan Jadual Penarafan Skala Indeks

JADUAL 12: Penarafan Nilai Skala Indeks

Skala indeks Tahap Kedudukan Indeks

Kurang 0.5000 Rendah0.5001 hingga 0.7999 SederhanaMelebihi 0.8000 Tinggi

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM132

Page 13: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

133

PEMBANGUNAN MERSING DAN PENCAPAIAN KUALITI HIDUP PENDUDUK

yang dibentuk sebelum ini (lihat Jadual 12), Rajah 5 menunjukkan bahawa kedudukantaraf kualiti hidup penduduk di daerah ini masih berada pada tahap yang sederhana.Ini digambarkan oleh nilai indeks komposit kualiti hidup yang dihitung berada pada0.7374 mata. Walau bagaimanapun, secara perbandingan Rajah 5 juga menunjukkanbahawa kedudukan Indeks Modal Insan adalah lebih baik dan ia berada pada tahap

Rajah 1: Taburan Responden Mengikut Umur

RAJAH 2: Taburan Responden Mengikut Tahap Persekolahan

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM133

Page 14: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

134

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

RAJAH 3: Taburan Responden Mengikut Saiz Isi Rumah

RAJAH 4: Taburan Responden Mengikut Tingkat Pendapatan Isi Rumah

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM134

Page 15: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

135

PEMBANGUNAN MERSING DAN PENCAPAIAN KUALITI HIDUP PENDUDUK

RAJAH 5: Kedudukan Nilai Indeks Komponen dan Indeks Komposit KualitiHidup Daerah Mersing

tinggi, iaitu melebihi 0.8000 mata. Ini menunjukkan bahawa aspek-aspek yangberkaitan dengan pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan diri penduduk di kawasankajian adalah baik.

Namun begitu, aspek-aspek yang berkaitan dengan kualiti hidup yang lain, khususnyadalam aspek kesejahteraan material dan ekonomi memerlukan perhatian yang istimewasupaya boleh ditingkatkan pada masa hadapan. Aspek kesejahteraan material dan ekonomiyang memerlukan perhatian ialah yang berkaitan dengan pendapatan dan agihan, keperluanpenggunaan dan pemilikan harta. Begitu juga dengan aspek-aspek yang berkaitan dengankemudahan awam dan alam sekitar, integriti dan keselamatan awam serta kesejahteraankeluarga yang perlu dipertingkatkan sekiranya kualiti hidup penduduk di kawasan ini ingindipertingkatkan pada masa hadapan.

Jadual 13 jelas menunjukkan bahawa peratusan responden yang masih beradapada tahap rendah bagi Indeks Kesejahteraan Material & Ekonomi adalah masih besar,iaitu hampir 34%. Bagi indeks-indeks komponen yang lain, kebanyakan respondenberada pada tahap sederhana, kecuali bagi Indeks Modal Insan yang menyaksikanlebih 65% responden telah mencapai tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahappendidikan, kesihatan dan kesejahteraan diri penduduk di kawasan kajian adalah

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM135

Page 16: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

136

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

memuaskan. Namun, bagi aspek kemudahan awam dan alam sekitar, masih terdapatkeperluan untuk dipertingkatkan memandangkan peratusan responden yang beradapada tahap tinggi masih kecil, iaitu sekitar 8.7% sahaja. Untuk memperbaiki keadaanini, usaha-usaha perlulah ditumpukan ke arah meningkatkan aksesibiliti masyarakatterhadap kemudahan dan utiliti awam, infrastruktur, sistem pengangkutan danperhubungan serta penjagaan alam sekitar.

Analisis perbandingan di antara ketiga-tiga mukim yang dikaji pula menunjukkanbahawa terdapat perbezaan yang signifikan ke atas Indeks Komposit Kualiti Hidup (IKKH)mengikut mukim. Jadual 14 menunjukkan bahawa IKKH bagi mukim Mersing secararelatifnya adalah lebih baik berbanding mukim Padang Endau dan Penyabong. Perbezaan

JADUAL 14: Analisis Perbandingan Perbezaan Min Nilai Indeks Komponen dan IndeksKomposit Kualiti Hidup antara Mukim Daerah Mersing

Indeks Indeks Indeks Indeks Indeks IndeksMukim kajian Modal Kesejahteraan Kesejahteraan Integriti & Kemudahan Komposit

Insan Material & Keluarga & Keselamatan Awam & Kualiti Ekonomi Kehidupan Awam Alam Hidup

Sosial Sekitar Penduduk

MersingMean .8498 .6064 .8097 .6783 .6843 .7546N 91 91 91 91 91 91Std. Deviation .10248 .19904 .08592 .11105 .09714 .07299

Padang EndauMean .8355 .5912 .7761 .6664 .6658 .7332N 190 186 190 190 190 190Std. Deviation .10933 .19528 .08702 .11483 .10196 .08009

PenyabongMean .8137 .5421 .7818 .6330 .5554 .6970N 19 18 19 19 19 19Std. Deviation .13098 .16884 .07346 .14382 .12495 .07923Nilai Statisk F 1.055 0.836 4.715*** 1.243 12.592*** 5.029***

***Signifikan pada aras 1%

JADUAL 13: Taburan Responden Mengikut Tahap IKH Penduduk Daerah Mersing

Indeks% Responden

Rendah Sederhana Tinggi

Indeks Modal Insan (n = 297) 0.7 34.0 65.3Indeks Kesejahteraan Material & Ekonomi (n = 295) 33.9 50.5 15.6Indeks Kesejahteraan Keluarga & Kehidupan Sosial ( n = 300) 0.0 50.0 50.0Indeks Integriti & Keselamatan Awam (n = 300) 7.3 79.3 13.3Kemudahan Awam & Alam Sekitar (n = 300) 7.0 84.3 8.7Indeks Komposit Kualiti Hidup Penduduk (n = 300) 0.3 75.0 24.7

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM136

Page 17: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

137

PEMBANGUNAN MERSING DAN PENCAPAIAN KUALITI HIDUP PENDUDUK

yang signifikan turut diperhatikan wujud ke atas indeks-indeks komponen KemudahanAwam & Alam Sekitar, dan indeks Kesejahteraan Keluarga & Kehidupan Sosial. Bagikedua-dua indeks komponen berkenaan, tahap kualiti hidup di mukim Mersing juga adalahlebih baik berbanding di mukim Padang Endau dan Penyabong.

Keadaan ini menggambarkan bahawa penduduk yang mendiami mukim Mersingmempunyai tahap kualiti hidup yang lebih baik berbanding penduduk yang mendiami mukim-mukim lain di sekitarnya. Oleh kerana mukim Mersing adalah pusat pentadbiran bagidaerah ini maka tidak hairanlah kebanyakan kemudahan awam dan keadaaninfrastrukturnya juga adalah baik. Namun begitu, bagi aspek-aspek lain analisis kajianmendapati tidak banyak perbezaan dari segi kualiti hidup penduduknya. Misalnya, analisisperbandingan perbezaan indeks dalam Jadual 14 membuktikan tiada perbezaan yangsignifikan bagi indeks-indeks komponen lain seperti Indeks Modal Insan, IndeksKesejahteraan Material & Ekonomi dan Indeks Integriti & Keselamatan Awam antaramukim-mukim yang menjadi penelitian.

Rumusan dan Implikasi DasarDaripada analisis di atas, dapat dirumuskan di sini bahawa tahap kualiti hidup pendudukbagi daerah Mersing masa ini berada pada tahap sederhana tinggi. Indeks Modal Insantelah mencapai tahap tertinggi, khususnya daripada segi akses terhadap kemudahanpendidikan, kesihatan dan kesejahteraan diri serta keluarga. Namun, aspek kualiti hidupyang berkaitan dengan modal insan ini masih boleh dipertingkatkan lagi dengan memberitumpuan untuk meningkatkan aksesibiliti penduduknya terhadap pendidikan tinggi. Inikerana hasil kajian menunjukkan bahawa peratusan penduduk yang mempunyai tahappendidikan tinggi di kawasan ini adalah masih agak rendah.

Hasil analisis kajian juga menunjukkan bahawa aspek kualiti hidup yang berkaitandengan kesejahteraan material dan ekonomi masih rendah. Ia melibatkan masalah tingkatpendapatan yang rendah, agihan pendapatan yang tidak seimbang, isu pemilikan hartadan masalah tahap penggunaan yang rendah di kalangan penduduk. Daerah Mersingmerupakan daerah yang ketiga terbesar di negeri Johor, namun dari segi kemajuanpembangunan yang dicapai masih terkebelakang berbanding daerah-daerah lain di negeriJohor. Untuk mengatasi masalah ini, kesan limpahan pembangunan Wilayah EkonomiJohor Selatan (SJER) ke daerah Mersing perlulah dipertingkatkan dengan menjadikandaerah ini sebagai pembekal utama bahan mentah industri dan bekalan bahan makanankepada SJER. Dalam masa yang sama, daerah ini juga perlu dibangun selaras denganstrategi pembangunan yang telah dirancang di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Timor(ECER). Kedua-dua usaha ini dijangka berupaya memberi anjakan besar terhadapsumber dan tingkat pendapatan dalam kalangan penduduk di daerah ini, dan sekaligusmemberi jaminan kualiti hidup yang lebih baik pada masa hadapan.

Analisis kajian ini turut menunjukkan bahawa prestasi IKH adalah selaras dengantahap kemajuan dan urbanisasi setiap mukim. Daripada nilai indeks yang terbentuk,mukim Mersing mempunyai nilai IKH yang lebih baik. Manakala bagi mukim-mukimyang lebih terpencil, pencapaian IKH adalah lebih rendah. Perbezaan jurang IKH iniboleh dikurangkan dengan meningkatkan usaha dan rancangan pembangunan di mukim-

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM137

Page 18: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

138

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

mukim kurang maju melalui langkah memajukan IKS atau industri kampung, terutamayang berasaskan sumber laut. Memandangkan daerah Mersing ini juga kaya dengantempat-tempat yang menarik untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan, usaha untukmempromosi tempat-tempat ini sebagai destinasi pelancongan perlulah dipergiatkan.Pendapatan penduduk tempatan juga boleh ditingkatkan melalui penglibatan merekadalam menyediakan kemudahan-kemudahan pelancongan yang berkualiti seperti chalet,homestay, aktiviti memancing dan produk pelancongan lain yang bersesuaian dengansuasana tempatan.

KesimpulanAnalisis terhadap kualiti hidup ini boleh dijadikan sebagai penanda aras kepadakeberkesanan dan kejayaan rancangan-rancangan pembangunan yang telah dilaksanakandi daerah Mersing. Ia boleh bertindak sebagai pandu arah kepada pelaksanaan rancanganpembangunan yang lebih berkesan pada masa hadapan. Dalam konteks ini, aspek kualitihidup yang telah mencapai tahap tinggi seperti aspek modal insan perlulah dipertahankan,manakala aspek kualiti hidup yang masih sederhana atau berada pada tahap rendahseperti aspek pendapatan dan agihan, pemilikan harta serta tahap kepenggunaan penduduksetempat perlulah dipertingkatkan.

RujukanAhluwalia, Montek, S. 1974. Income inequality: Some dimensions of the problem. Dalam Hollis

Chenery et al. (eds.), Redistribution with Growth. London: Oxford University Press: 3-37.Ahluwalia, Montek, S. 1976a. Income distribution and development: Some stylized facts. American

Economic Review, 66: 128-135.Ahluwalia, Montek, S. 1976b. Inequality, poverty, and development. Journal of Development

Economics, 3: 307–342.Brinkman, Richard. 1995. Economic Growth Versus Economic Development: Toward a Conceptual

Clarification. Journal of Economic Issues, v29n4 (Dec 1995): 1171-1188.Burkett, John. 1985. Systemic Influences on the Physical Quality of Life: A Bayesian Analysis of

Cross-Sectional Data. Journal of Comparative Economics 9, 2: 145-163.Chenery, Hollis, and Moises Syrquin. 1975. Patterns of Development, 1950–1970. London: Oxford

University Press.Dorfman, Robert. 1979. A Formula for the Gini Coefficient. The Review of Economics and Statistics

61: 146-149.Drewnowski, Jan. 1974. On Measuring and Planning the Quality of Live. The Hague: Mouton,

published for the Institute of Social Studies.Fei, John, C. H., and Gustav Ranis. 1997. Growth and Development from an Evolutionary

Perspective. Maiden, MA: Blackwell.Fuchs, Stephen. 1992. The Professional Quest for Truth: A Social Theory of Science and

Knowledge. Albany, NY: State University of New York Press.Gagliani, Giorgio. 1987. Income inequality and economic development. Annual Review of

Sociology,13: 313-334.

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM138

Page 19: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

139

PEMBANGUNAN MERSING DAN PENCAPAIAN KUALITI HIDUP PENDUDUK

Hassan Haji Ali dan Rahmah Ismail. 1995. Perhubungan Antara Pertumbuhan Ekonomi denganAgihan Pendapatan : Kes Malaysia. Siri Kertas Penyelidikan Jabatan Ekonomi Pembangunan,Fakulti Ekonomi, UKM. Bangi.

Inter-American Development Bank (IADB). 1998. Facing Up to Inequality in Latin America.Washington, DC: Inter-American Development Bank.

Jabatan Perangkaan Negeri Johor 2001. Diakses pada 26 April 2009 dari Laman Web PejabatDaerah Mersing, Johor - http://www.johordt.gov.my/pdmersing.

Jacobs, M. 1993. The Green Economy. Vancouver: University of British Columbia Press.Kuznets, Simon. 1955. Income Growth and Income Inequality. American Economic Review, 45:

1-28.Kuznets, Simon. 1963. Quantitative Aspects of the Economic Growth of Nations. Economic

Development & Cultural Change, 11: 1-80.Laman Web Pejabat Daerah Mersing, Johor - http://www.johordt.gov.my/pdmersing (diakses

pada 26 April 2009).Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuaala Lumpur: Percetakan

Nasional Malaysia Berhad.Medhi, K. 1994. Income Development in East Asian developing countries: An update. Asian-

Pasific Economic Literature, 8(2).Meier. G.M. & Rauch, J.E. 2004. Leading Issues in Economic Development. 8th Edition. New York:

Oxford University Press.Morris, Morris D. 1979. Measuring the Condition of the World’s Poor, New York: Pergamon,

published for the Overseas Development Council.Nick van der Lijn. 1995. Measuring well-being with social indicators, HDIS, PQLI, and BWI for

133 countries for 1975, 1980, 1985, 1988, and 1992. Netherlands: Faculty of Economicsand Business Administration, Tilburg University, Netherlands. http://greywww.kub.nl:2080/greyfiles/few/1995/doc/704.pdf (diakses pada 21 April 2007).

OECD. 1996. Society at a Glance: OECD Social Indicators – 1996 edition. Organization forEconomic Co-Operation and Development, Paris: OECD.

OECD. 2006. Society at a Glance: OECD Social Indicators – 2006 edition. Organization forEconomic Co-Operation and Development, Paris: OECD.

Paukert, Felix. 1973. Income distribution at different levels of development: A survey of the evidence.International Labour Review, 108: 97-125.

Ragayah Mat Zin. 1997. Cabaran kepada Pembasmian Kemiskinan dan Agihan SemulaPendapatan Menjelang abad ke 21. Kertas kerja dibentangkan di Bengkel RancanganMalaysia Ketujuh di Port Dickson, 9-10 Ogos.

Rahmah Ismail & Poo Bee Tin. 2002. Faktor-Faktor Mempengaruhi Agihan Pendapatan di Malaysia1970-2000. Pertanika Journal of Social Science Humanities. Jilid 10(2): 117-129.

Ram, Rati.1995. Economic development and income inequality: An overlooked regression constraint.Economic Development and Cultural Change, 43: 425-434.

Ranis, Gustav. 1977. Growth and distribution: Trade-offs or compliments? In William Loeher andJohn Powelson (eds.), Economic Development, Poverty, and Income Distribution. BoulderCO: Westview: 41-59.

Ranis, Gustav. 1996. Comment on ‘Inequality, poverty, and growth: Where do we stand?’ InMichael Bruno and Boris Pleskovic (eds.), Annual World Bank Conference on DevelopmentEconomics 1995. Washington, DC: World Bank: 50-55.

Ravallion, Martin. 1995. Growth and poverty: Evidence for developing countries in the 1980s.Economics Letters, 48: 411–417.

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM139

Page 20: Pembangunan Mersing dan Pencapaian Kualiti Hidup · PDF file1Pusat Pengajian Ekonomi, ... meningkatkan tingkat pendapatan ... lebih meluas dan menyeluruh sifatnya dalam usaha memberi

140

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

Srinivasan, T. N. 1977. Development, poverty, and basic human needs: Some issues. Food ResearchInstitute Studies, 16: 11-28.

The Economist. 2005. The Economist Intelligence Unit’s Quality-of-life Index. The Economist.www.economist.com/media/pdf/QUALITY_OF_LIFE.pdf (diakses pada 21 April 2007).

Todaro, M. & Stephen Smith. 2006. Economic Development. 9th ed. New York: Addison-Wesleyseries in economics.

UNDP. 1990. Human Development Report 1990, United Nation Development Programmes: NewYork.

UNDP. 2008. Human Development Report 2008, United Nation Development Programmes: NewYork.

Unit Perancang Ekonomi (UPE). 1999. Kualiti Hidup Malaysia 1999. Kuala Lumpur: UnitPerancangan Ekonomi, Jabatan Perdanan Menteri Malaysia.

Unit Perancang Ekonomi (UPE). 2004. Kualiti Hidup Malaysia 2004. Putrajaya: Unit PerancanganEkonomi, Jabatan Perdanan Menteri Malaysia.

World Bank. 2000. World Development Report 2000. New York: Oxford University Press.

Bab 11.pmd 6/17/2010, 8:39 AM140