Pembangunan dan Pembelajaran - tm.com.my nbsp; 230 LAPORAN TAHUNAN 2007 Inisiatif-Inisiatif Utama TM terus menggalakkan pembangunan keupayaan anggota sebagai salah satu inisiatif

  • View
    223

  • Download
    6

Embed Size (px)

Text of Pembangunan dan Pembelajaran - tm.com.my nbsp; 230 LAPORAN TAHUNAN 2007 Inisiatif-Inisiatif Utama TM...

  • Mem

    bina

    Keu

    paya

    an M

    ener

    usi

    Pem

    ban

    guna

    n d

    an P

    emb

    elaj

    aran

    TELEKOM MALAYSIA BERHADLAPORAN TAHUNAN 2007230

    Inisiatif-InisiatifUtama

    TM terus menggalakkan pembangunan keupayaan anggota sebagai salah satu inisiatif utama bagimenyokong visi Kumpulan. Sebagai aset utama, dedikasi serta keupayaan anggota adalah pentingdalam memastikan TM memiliki daya saing bukan sahaja pada masa ini, malah berterusan di masahadapan. Pada masa yang sama, penekanan turut diberikan dalam mencapai kecemerlangan sertamemberikan produk dan perkhidmatan yang berkualiti. Justeru, Kumpulan TM komited dalammembangunkan aset modal insannya yang strategik, yang mana ia adalah teras bagi memperbaikikecekapan operasi di dalam Kumpulan dan merealisasikan matlamatnya untuk menjadi SyarikatKomunikasi Pilihan. Secara individu, anggota TM diharapkan berterusan mempelajari, meminggirkanapa yang telah dipelajari serta mempelajari semula kemahiran teknikal dan fungsi baru. Latihan masihmerupakan kaedah terpenting dan dianggap sebagai proses berterusan untuk mengoptimumkanpembangunan sumber manusia serta meningkatkan produktiviti.

    PENILAIAN MAKLUM BALAS 360 DARJAHDi dalam mengukur dan memeriksa tahap kejituan kecekapan para anggota, Penilaian Maklum Balas360 Darjah telah digunakan untuk mengukur tahap kecekapan organisasi. Turut dikenali sebagaipenilaian pelbagai sumber, seorang eksekutif dinilai oleh anggota bawahannya, rakan sekerja yangsetara dengannya, penyelia serta pelanggan dalaman. Keputusan yang diperolehi dan dikenali sebagai"Indeks Kecekapan (CI), dapat menentukan tahap kecekapan perlakuan seseorang. Bagi Kad SkorSeimbang yang telah ditetapkan untuk tahun 2007, kadar yang disasarkan adalah 50.0% daripadajumlah populasi TM untuk mencapai CI 7.5 (bagi skala 1 10). Berdasarkan Penilaian Maklum Balas360 Darjah yang dijalankan ke atas 8,259 eksekutif TM serta subsidiari tempatannya, 56.0% daripadawarganya berjaya mencapai CI 7.5 dan ke atas. CI 2007 telah memperlihatkan penambahbaikan yangketara berbanding 2006. Pada tahun 2006, 44.0% daripada warga kerjanya telah meraih CI 7.5 dan keatas. Para pekerja telah mempamerkan dengan jelas peningkatan dalam kecekapan perlakuan ketikamelaksanakan tugas harian mereka.

    TM2007_BM_19_Training&Organ 09/04/2008 11:48 AM Page 230

  • TELEKOM MALAYSIA BERHADLAPORAN TAHUNAN 2007 231

    INISIATIF SMARTORANGESatu lagi program berkaitan yangdiperkenalkan oleh pihak pengurusanbagi membangun serta memantapkanlagi keupayaan anggota secaraberterusan dikenali sebagaiSmartOrange. Pada awalnya iadijalankan untuk anggota MalaysiaBusiness, dan baru kini diperkenalkanke seluruh Kumpulan untuk semuasubsidiari TM pada tahun 2007 bagimengurangkan jurang perbezaan dalamkecekapan anggota. SmartOrangemerupakan inisiatif Sumber ManusiaKumpulan untuk mengenal pastikecekapan perlakuan yang perlu adapada semua eksekutif TM. BahagianTransformasi dan Pembangunan (TDD),iaitu bahagian yang bertanggungjawabke atas keseluruhan struktur RangkaKerja Pembangunan BerasaskanKecekapan TM serta programSmartOrange, terus-menerus menerimaperakuan daripada para peserta danjuga Ketua Unit atau Bahagian yangmengiktiraf keberkesanan skimtersebut. Seorang pengurus kanansebuah subsidiari tempatanmemberikan kata-kata pujian terhadapSmartOrange: Terima kasih di atasusaha anda untuk menggalakkan sayamenghadiri program ini. Ia nyatasebuah program yang sangatbermanfaat dan saya amatmengesyorkan agar dihadiri oleheksekutif lain, kerana saya yakinmereka semua akan turut meraihmanfaat darinya.

    KECEKAPAN FUNGSISelain daripada kecekapan perlakuan,kecekapan fungsi juga dianggap pentingbagi membangunkan kemahiran,pengetahuan serta kemampuanseseorang anggota. Kecekapanperlakuan lebih tertumpu kepadakemahiran bukan teknikal bagi paraeksekutif. Manakala kecekapan fungsipula merangkumi kemahiran teknikalbuat kedua-dua eksekutif dan bukaneksekutif. Beberapa set rangka kerjatelah dihasilkan untuk anggota dibahagian Jualan, Pemasaran danTeknikal. Dalam Program LatihanBerstruktur ini, contohnya bagi setrangka kerja bukan eksekutif, anggotabukan eksekutif seharusnya mengetahuijenis kecekapan teras serta fungsi yangperlu dimilikinya ketika memegangjawatan sekarang dan jenis kecekapanfungsi yang perlu ada bagimeningkatkan dirinya ke jawatan yanglebih tinggi. Kecekapan perlakuan dinilaimenerusi Penilaian Maklum Balas 360Darjah, manakala kecekapan fungsipula dinilai menerusi temuduga satusama satu, soal selidik bertulis sertapembentangan langsung.

    MENGINSTITUSIKANKEUPAYAAN FUNGSISatu kajian kerja yang menyeluruh telahdijalankan untuk Bahagian Kawal Setia,Perundangan dan PematuhanKumpulan bagi menilai keupayaanfungsi para anggota mereka dalambidang kemahiran komunikasi danstrategik yang dilakukan melalui temuduga, perbincangan dan pembentangankumpulan serta ujian. Berdasarkanhasil penilaian, satu set program

    latihan dan pembangunan telahpundicadangkan. Bidang-bidang lain yangterlibat adalah Rangka Kerja KecekapanJualan dan Pemasaran serta Teknikal.Berasaskan rangka kerja ini, beberapausaha telah dilaksanakan bagi menilaikecekapan jualan dan pemasaran.

    Sebagai cabang latihan untuk TM, KolejMultimedia (MMC) bertanggungjawabterhadap pelaksanaan SmartOrangeserta Program Latihan Berstruktur.Pada tahun 2007, seramai 17,188anggota telah dilatih di MMC yangberterusan memainkan peranannyadalam memastikan para anggota TMmemiliki setiap peluang untuk meraihkemahiran, pengetahuan sertakepakaran bagi menjalankantanggungjawab mereka serta mencapaipotensi mereka sepenuhnya.

    PROGRAM INDUKSIBagi anggota yang baru menyertaiorganisasi, Program Induksi diadakanbagi memberikan mereka gambaranmenyeluruh tentang organisasi sertaberkongsi matlamat dan aspirasi, halatuju dan persekitaran, polisi, prosidurdan sistem serta budaya dan nilai-nilaiSyarikat. Beberapa siri program yangsebegini turut dikendalikan untukanggota lantikan luar tahap pengurusandi TM dan subsidiarinya, termasukanggota barisan hadapan. Dengankomitmen yang padu terhadappembangunan dan latihan anggota, CEO Kumpulan turut meluangkan masabertemu para anggota baru danberkongsi aspirasi peribadi beliauterhadap syarikat.

    TM2007_BM_19_Training&Organ 09/04/2008 11:48 AM Page 231

  • TELEKOM MALAYSIA BERHADLAPORAN TAHUNAN 2007232

    PROGRAM PENGURUSANKERJAYA PEMEGANGBIASISWA TMProgram ini diperkenalkan bagimenyediakan satu rangka kerja untukpelbagai program pengambilan danpembangunan yang merangkumi kedua-dua Pemegang Biasiswa TM sertaBekas Pemegang Biasiswa TM yangsedia ada. Fokus utama program iniialah untuk memberikan penekananterhadap penghasilan bakat,meningkatkan tahap ikatan merekadengan Syarikat, memupuk nilaitanggungjawab terhadap kerja, sertamengemukakan kecekapan fungsi danperlakuan mereka. Bagi PemegangBiasiswa TM yang diambil bekerjasebagai eksekutif baru, merekadiwajibkan menjalani Program LatihanPengurusan yang meliputi programinduksi dan dikenali sebagai My TMTraining Programme serta latihan sambilbekerja yang dikenali sebagai TMInternship Programme.

    PROGRAM PEMBANGUNANPENYUMBANG TINGGIProgram ini memfokus kepadapembangunan eksekutif yang tidaktersenarai dalam kumpulan bakat tetapiberjaya mencapai tahap prestasi yangmembanggakan. Aspek utama programini ialah bimbingan, pusingan kerja,pinjaman ke bahagian-bahagian didalam TM atau subsidiarinya, tugasankhas serta latihan.

    Pada tahun 2007, Kumpulan TM terusmelabur dalam beberapa inisiatif latihandan pembangunan bagi memantapkanlagi keupayaan anggota dalam usahameraih kecemerlangan. Pendidikanberterusan adalah amat penting dalammenghasilkan tenaga kerja yangberkemahiran serta kecekapan yangtinggi bagi memberikan kelebihan dayasaing kepada Kumpulan TM dalamindustri telekomunikasi yang serbamencabar.

    PROGRAM BANTUANPEKERJA (EAP)Sumber Manusia Kumpulan amatkomited dalam merealisasikanmatlamat serta Misi TM. Bersandarkanwarga kerja yang berprestasi tinggi, TMmampu melakukan sesuatu di luarjangkaan. Berbekalkan semangat ini,Sumber Manusia Kumpulan menerusiBahagian Transformasi danPembangunan (TDD) telah memulakanlangkah merangka sebuah ProgramBantuan Pekerja (EAP) untuk semuaanggotanya. EAP merupakan suatupendekatan bagi memperbaiki prestasianggota dalam menghasilkanpengurusan anggota yang berkesanmenjangkaui latihan serta

    I n i s i a t i f - I n i s i a t i f U t a m a

    Membina Keupayaan Menerusi Pembangunan Dan Pembelajaran

    Perarakan Hari Kebangsaan

    TM2007_BM_19_Training&Organ 09/04/2008 11:48 AM Page 232

  • TELEKOM MALAYSIA BERHADLAPORAN TAHUNAN 2007 233

    pembangunan. Menerusinya, anggotaakan dapat mengurus, mengatasi sertamengelak masalah yang berkaitanperibadi, kerjaya, keluarga, hubungansesama manusia serta masalahberkaitan pekerjaan yang bolehmembantutkan pencapaian prestasiserta produktiviti mereka.

    EAP merupakan perkhidmatankerahsiaan terjaga yang diberikansecara percuma. Ia memberikankaunseling, bimbingan sertapementoran untuk para anggota TMmenerusi Pengamal EAP pelbagaidisiplin di seluruh negara. Ia telahdirangka bagi mengambil kira inisiatifSumber Manusia yang sedia ada sertatransformasi TM. Justeru, EAP telahterbukti sebagai mekanisme yangberkesan dalam meningkatkan prestasi,kualiti dan produktiviti anggota.

    Berlatarkan perkembangan pesat dalamperniagaan telekomunikasi baik didalam negara mahu pun di peringkatantarabangsa, para anggota TM akanberhadapan dengan perubahan yangdrastik serta terbeban dengantanggungjawab tambahan serta tuntutanpasaran. Ini boleh menjejaskankeyakinan, prestasi, kesihatan, motivasiserta hubungan mereka. Justeru itu,objektif program EAP adalah sepertiberikut:

    Untuk memantapkan prestasi danproduktiviti anggota

    Untuk mewujudkan persekitarankerja yang harmoni

    Untuk mengurangkan kos organisasidengan menyediakan pendidikanpencegahan serta campur tang