133
PEMAPARAN ISU AMBALAT DI AKHBAR ARUS PERDANA INDONESIA. STUDI ANALISIS KANDUNGAN KEPADA AKHBAR KOMPAS DAN THE JAKARTA POST MOHAMMAD ABDUL NAFI AZHARI TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA SAINS SOSIAL ( PENGURUSAN KOMUNIKASI) FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2006

Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sebuah riset terhadap media cetak pilihan di jakarta yang berbeda bahasa pemaparannya terhadap isu Ambalat. Riset yang dilakukan dengan dasar teori "agenda setting" serta metode penelitian "content analysis" kepada media cetak Kompas dan The Jakarta Post selama rentang waktu 2 bulan, Maret - April 2005.

Citation preview

Page 1: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

PEMAPARAN ISU AMBALAT DI AKHBAR ARUS PERDANA INDONESIA. STUDI ANALISIS KANDUNGAN KEPADA AKHBAR

KOMPAS DAN THE JAKARTA POST

MOHAMMAD ABDUL NAFI AZHARI

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA SAINS SOSIAL

( PENGURUSAN KOMUNIKASI)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

2006

Page 2: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

2

PEMAPARAN ISU AMBALAT DI AKHBAR INDONESIA: ANALISIS ISI KANDUNGAN KE ATAS AKHBAR

KOMPAS DAN THE JAKARTA POST

ABSTRAK

Kajian ini meneliti agenda akhbar mengenai pemaparan isu Ambalat oleh akhbar arus perdana pilihan di Indonesia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan bagi mengenal pasti ruang lingkup pemaparan dan orientasi berita tentang isu Ambalat dalam akhbar Kompas dan The Jakarta Post. Ruang lingkup pemaparan meliputi kekerapan pemaparan isu Ambalat, tajuk utama, komunikator berita, nama agensi berita, jenis pemaparan, saiz pemaparan berita, letak pemaparan dan asal berita. Orientasi pemaparan adalah corak atau arah penulisan sama ada dalam positif, neutral atau negatif. Teknik persampelan bertujuan digunakan untuk memilih sampel daripada setiap edaran dua buah akhbar itu selama tempoh dua bulan. Sejumlah 122 kali edarannya telah diambil sebagai sampel kajian. Kajian ini berlandaskan teori penentuan agenda sebagai garis pandu untuk menjawab objekif kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat 163 kali pemaparan mengenai isu Ambalat dalam tempoh dua bulan kajian. Hasil kajian menunjukkan akhbar Kompas memaparkan isu Ambalat sedikit lebih banyak berbanding akhbar The Jakarta Post. Hasil kajian analisis kandungan pun menunjukkan bahawa corak pemaparan isu Ambalat memiliki orientasi positif sejumlah 46.63%, orientasi neutral sejumlah 36.81% dan orientasi negatif sejumlah 16.56%. Kesimpulan daripada hasil kajian ini menyatakan bahawa corak pemaparan serta ruang lingkup akhbar setempat dapat mempengaruhi kepada penentuan agenda publik.

Page 3: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

3

THE COVERAGE OF AMBALAT ISSUE IN INDONESIAN NEWSPAPERS: A CONTENT ANALYSIS ON KOMPAS AND THE JAKARTA POST

ABSTRACT

This study examined newspaper coverage on Ambalat issue in two selected Indonesian mainstream newspapers. The study was conducted using content analysis as a research design. The selected newspapers were Kompas and The Jakarta Post. The purpose of the content analysis is to examine the frequencies of newspapers report on Ambalat issue and its orientations. The frequencies of the reports are based on headlines, news communicator, news agencies name, type of news reported, news size reported, news placement and news starting place. News orientations are the way how news is being reported whether it’s positive, neutral or negative. The two months periods of edition was chosen as research samples through purposive technique sampling. This research was based on agenda-setting theory as a conceptual framework to answer research objectives. The findings showed that a total of 163 news items on Ambalat issue were reported in the two months period. Kompas reported slightly more than The Jakarta Post. The findings also found that newspapers coverage’s had 46.63% positive orientation, 36.81% neutral orientation and 16.56% negative orientation. This research concludes that the agenda from local newspapers coverage’s were influencing the public to set up their agenda’s.

Page 4: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

4

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Manusia berkomunikasi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk biasa

komunikasi manusia meliputi percakapan, bahasa isyarat dan penulisan. Komunikasi

boleh berbentuk interaktif, disengaja atau tidak disengajakan. Media komunikasi

digunakan untuk mengembangluaskan fungsi komunikasi manusia. Melalui saluran

media mesej atau maklumat dalam pelbagai bentuk boleh diintepretasikan oleh

khalayak dan akan memberikan kesan ke atas sesuatu isu sosial.

Media boleh dianggap sebagai sebuah instrumen yang berpengaruh kerana

pemaparannya boleh membawa audien untuk membuat interpretasi masing-masing

terhadap sesuatu isu. Media muncul dengan liputan maklumatnya yang memiliki

kekuatan dan boleh membuat perubahan pada agenda publik. Media bukan sahaja

setakat menghibur, tetapi membekalkan masyarakat dengan maklumat yang terpenting

baik untuk sistem politik, institusi ekonomi dan gaya hidup.

Akhbar adalah salah satu media penting yang berpengaruh kepada masyarakat

khususnya pembaca sesebuah akhbar itu. Kajian yang dilakukan oleh MediaDNA

menunjukkan bahawa akhbar tempatan di United Kingdom meraih nilai tertinggi

penggunaannya jika dibandingkan dengan Internet, majalah dan radio (Needs States

Research News International 2003; http://www.nmauk.co.uk/nma/do/line/

creativeMediaUse). Andaian ini berasaskan bahawa akhbar bersifat mudah dibawa ke

mana-mana dan fungsinya juga memberikan maklumat yang diperlukan dan juga

menjadi sebahagian daripada menu seharian pembaca.

Page 5: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

5

Akhbar boleh mempengaruhi dan membentuk persepsi terhadap pembaca, iaitu

daripada suka menjadi tidak menyukai ataupun daripada tidak mengenal, menjadi

menkagumi dan pada akhirnya pembaca boleh membentuk fikiran mengenai isu yang

berlaku melalui maklumat yang dipaparkan dalam akhbar tersebut. Persepsi ini

bermakna, pengalaman tentang objek, peristiwa atau hubungan-hubungan yang

diperolehi daripada pendedahan kepada maklumat dan intepretasi mesej (Rachmat,

1989).

Persepsi ditentukan oleh aspek individu dan persekitaran (Krech & Crutcfield,

1977). Namun aspek yang sangat mempengaruhi persepsi ialah, pendedahan

maklumat. Pendedahan maklumat ialah proses secara mental semasa rangkaian

rangsangan menjadi menonjol pada kesedaran semasa rangsangan lainnya melemah

(Andersen, 1972). Pendedahan berlaku apabila individu menumpu pada salah satu

pancaindera sehingga mengketepikan hal yang lainnya.

Bagaimana akhbar boleh mempengaruhi pendedahan dan intepretasi mesej di

kalangan pembaca? Terdapat beberapa elemen dalam akhbar seperti tajuk utama yang

ditonjolkan, berita berkenaan isu yang berlaku, pendapat dalam bahagian lidah

pengarang atau pun boleh juga daripada gambar yang diletakkan pada akhbar itu

sendiri. Setiap elemen dalam akhbar itu memiliki kesan emosi dan rasional untuk

mempengaruhi pendedahan maklumat dan tindak balas pembaca. Menurut Burgoon &

Miller (1985), persepsi bermakna bentuk kepercayaan mengenai apa yang sebenar,

dan pengaruh bermakna pada bentuk penilaian baik atau buruknya dari sesuatu isu dan

analisis rasional pada isu yang berlaku sehingga pada akhirnya membentuk perilaku

atau sikap yang berasas dari persepsi itu.

Fokus kajian ini adalah pemaparan maklumat yang dijalankan secara

berterusan oleh media akhbar kepada khalayaknya. Berterusan bermakna isu-isu yang

dibekalkan secara berulang-ulang sehingga akan mempengaruhi pemikiran alam tidak

sedar kita. Emil Dofivat (1968) menyatakan bahawa proses pemaparan maklumat

secara berterusan sebagai satu di antara tiga prinsip penting dalam memujuk perhatian

massa.

Page 6: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

6

Mengikut Barwise & Gordon (1998), akhbar mempunyai keupayaan dalam

proses pembentukan fikiran masyarakat untuk mengetahui apa yang akan

diketahuinya, dilihat dan difikirkan terhadap isu semasa yang berlaku. Ringkasnya

akhbar akan memberi maklumat kepada masyarakat dan sebagai pembaca mereka

akan mencipta persepsi berkenaan dengan berita yang diterimanya. Park (1985)

menyatakan bahawa berita adalah maklumat yang utama digunakan oleh individu

untuk penyesuaian terhadap persekitaran, pengubah perilaku serta pembentukan

persepsi baru.

Akhbar itu sendiri adalah perantara untuk melanjutkan pendapat atau

pemikiran manusia. Mengikut McLuhan (1965) akhbar adalah suatu sambungan

kepada masyarakat daripada individu, atau media as an extention of a man. Sebelum

ada akhbar, manusia sudah pun menyampaikan pendapat dan pemikiran, tetapi dalam

bentuk yang berbeza. Namun, pertumbuhan akhbar telah menjadikan ianya sebagai

pemangkin yang baik untuk menyampaikan hasil buah pemikiran manusia kepada

khalayak.

Kebanyakan kita melihat akhbar sebagai penyampai maklumat sahaja,

sebaliknya akhbar juga merupakan sebahagian daripada sistem ekonomi, khasnya

pada organisasi akhbar itu sendiri sebagai media perniagaan. Akhbar adalah

sebahagian daripada industri penerbitan yang berpengaruh kuat kepada khalayak.

Andaian ini dikemukakan oleh Feather (1998 dalam Bungin 2001) bahawa akhbar,

masih merupakan media yang paling biasa dan mudah diterima seperti juga buku dan

majalah. Meskipun ada sarjana yang menyatakan bahawa media massa adalah alat

yang digunakan oleh golongan elit yang berkuasa untuk mengekalkan kekuasaan,

kekayaan dan status mereka sendiri, dengan mempopularkan falsafah, kebudayaan dan

moraliti menyerupai mereka (Boggs, 1976).

Dalam industri penerbitan terkandung konsep “penyebaran”. Apabila

dipandang daripada perspektif ekonomi, maka konsep penyebaran ini dikaitkan

dengan nilai penjualan, melalui pemaparan maklumat yang dicetak sama ada dalam

majalah, akhbar dan buku. Penyebaran ini merupakan keperluan seharian khalayak

Page 7: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

7

yang penting bagi yang menghargai maklumat. Proses ini dinyatakan sebagai

penterjemahan maklumat kepada pihak awam.

Akhbar itu juga memiliki misi, iaitu menajamkan pemikiran masyarakat,

melalui maklumat yang dicetak dalam pelbagai ruangan dalam akhbar. Maksudnya,

liputan berita serta pendapat yang ada dalam akhbar haruslah difahami, dengan upaya

memancing pembaca ke ruang fikiran yang lebih kritikal.

Akhbar juga dianggap sebagi media yang telah berakar dalam kehidupan

manusia untuk mempengaruhi emosi dan mempertajamkan daya pemikiran mereka.

Namun demikian media setakat ini telah dimanfaatkan oleh penguasa media untuk

menjalankan peranan tertentu. Akhbar digunakan untuk menyampaikan keputusan dan

agenda politik serta ideologi mereka. Merujuk pada teori sistem media, Schramm

(1956) memetakan empat konsep media dunia iaitu, konsep media autoritarian, liberal,

tanggungjawab sosial dan komunis. Indonesia dan Malaysia sebagai negara

membangun memegang ideologi media sebagai media yang memiliki tanggungjawab

kepada sosial atau masyarakat. Teori ini merupakan pengembangan lebih lanjut

daripada sistem media autoritarian dan libertarian.

Proses demokrasi dalam sistem politik Indonesia, secara am berdampak pada

kehidupan sosial dan politik sama ada secara langsung ataupun tidak. Oleh itu

kerajaan Indonesia mengambil berat masalah yang muncul dalam pemaparan media.

Pembentukan pemberitaan yang merupakan impak daripada keterbukaan yang berlaku

mesti dikawal melalui media.

Hal ini bermula daripada pemikiran bahawa akhbar berperanan sebagai

penyampai maklumat dan membentuk persepsi masyarakat terhadap isu ataupun

persoalan yang disampaikan media. Wujud satu keyakinan bahawa media memiliki

pengaruh dalam memupuk minda pembaca ataupun memenuhi kemahuan pembaca

berkaitan dengan beberapa isu yang sentiasa menjadi perhatian. Impaknya secara am

khalayak memiliki ketergantungan terhadap sumber maklumat daripada sumber berita

yang mereka percayai.

Page 8: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

8

Tanggung jawab sosial dan peranan akhbar di Indonesia dan Malaysia

diwujudkan melalui pemaparan yang dibekalkan kepada khalayak. Contoh yang

sangat signifkan adalah bagaimana pihak media melaporkan isu melalui ruangan-

ruangan yang memiliki kesan masing-masing. Seperti isu yang dipaparkan dalam

tajuk besar dan gambar pada sesebuah akhbar sudah pasti akan menarik khalayak

pembaca. Ruangan lidah pengarang pun yang berisikan pandangan daripada

pengarang akan memberi kesan tersendiri kepada khalayak.

Sebahagian besar negara-negara sedang membangun di rantau Asia,

menggunakan akhbar sebagai penghubung antara pemerintah dan masyarakat. Selain

daripada itu, akhbar juga berfungsi sebagai alat sosialisasi pelbagai peraturan yang

dirancang dan diputuskan oleh pemerintah. Hal ini memperlihatkan kedekatan

hubungan sama ada antara media dengan penguasa ataupun media terhadap

masyarakat.

Sebaliknya, di negara maju peranan media begitu bebas dan jarang pemerintah

memperalatkan akhbar atau pun golongan elit utama mencorakkan imej positf melalui

pemberitaan dalam media massa meskipun secara am diakui bahawa di mana-mana

negara pun tidak ada satu media pun yang terbebas daripada pelbagai pengaruh dan

agenda yang tersembunyi sama ada elit pemerintah peniaga ataupun sekumpulan kecil

orang yang memiliki kuasa.

Sebagaimana akhbar di sebahagian besar negara sedang membangun, akhbar

di Indonesia dan Malaysia turut serta berperanan sebagai alat pembujukan. Pelbagai

pemberitaan yang disampaikan mesti mengikut pada arahan dan matlamat pemerintah

tentang berita yang boleh disampaikan media. Ini adalah kerana media berperanan

penting dalam membentuk pandangan masyarakat berkenaan dengan pelbagai isu

sama ada isu dalaman negara ataupun isu serantau.

Bermula daripada peranan akhbar inilah pelbagai pemberitaan tentang

Indonesia mesti dikawal dengan cara memberi imej yang boleh mempertahankan

stabiliti dalaman. Salah satunya cara yang dilakukan media tempatan adalah dengan

menjadikan pemberitaan dalam negeri cenderung ke arah positif.

Page 9: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

9

Hal tersebut selaras dengan andaian bahawa media memiliki kemampuan

untuk mempengaruhi gambaran umum minda secara tersembunyi dengan pelbagai

pemberitaan yang mengandungi muatan politik, ideologi ataupun lainnya daripada

sekumpulan elit yang berkuasa. Sparks (1986) menyatakan bahawa, “negara dan

media adalah dua daripada senjata yang digunakan oleh mereka yang memerintah

untuk mengekalkan dan melanjutkan kuasa mereka. Negara ialah jentera yang

digunakan untuk memaksa, media adalah jentera yang digunakan untuk membujuk.

Kedua-duanya saling melengkapi“.

Liputan berita akhbar tempatan terhadap isu yang berlaku di suatu kawasan

adalah penting, kerana arus peredaran maklumat tidak dapat dipisahkan dari aspek

global. Menurut Giddens (1990), global merupakan hubungan sosial yang menyeluruh

serta terkait dengan aspek-aspek tempatan, sehingga kejadian di suatu tempatan boleh

dirancang dari suatu tempat yang jauh dan sebaliknya. Begitu juga dengan liputan

ruang lingkup berita, di mana dan dari mana ianya boleh jadi bahan maklumat kepada

khalayak ramai.

Dari sudut pemberitaannya akhbar menjadi salah satu sumber untuk

menghebahkan kepada khalayak tentang peristiwa dan kejadian penting yang berlaku

dalam masyarakat. Maklumat yang dibekalkan oleh akhbar tempatan sangat

mempengaruhi keseimbangan liputan berita, meskipun terdapat pelbagai akhbar

tempatan daripada berbagai-bagai terbitan. Namun, tiap-tiap dari akhbar itu membuat

paparan berita yang beragam setiap hari. Segala hal yang terjadi dalam masyarakat

tidak lama kemudian sudah ada beritanya dalam akhbar, apa-apa yang penting

difikirkan orang dimaklumatkan dalam pernyataan, dalam pidato, dalam seminar,

dalam temubual, dengan segera setelah itu telah dapat dibaca khalayak dalam akhbar

(Adinegoro, 1966). Maka tepatlah apa yang dikatakan bahawa akhbar adalah refleksi

masyarakat. Mott (1968) juga mendapati bahawa dalam proses penyampaian fakta,

pendapat dan hujahan, akhbar adalah media yang penting, kerana ia mampu menarik

minat masyarakat.

Seperti kes Ambalat, tarikan isu-isu semasa memang menjadi liputan harian

setiap akhbar. Pemaparan isu-isu semasa adalah agenda utama sesebuah akhbar. Maka

Page 10: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

10

kajian ini mengkaji pemaparan kes Ambalat oleh dua akhbar utama Indonesia.

Analisis kandungan liputan berita dalam akhbar merupakan aspek yang utama dalam

kajian saya ini. Isu yang diambil dalam kajian analisis kandungan ini mengenai kes

pertikaian wilayah pada blok Ambalat di sekitaran laut Sulawesi antara Indonesia dan

Malaysia.

Pemaparan berita oleh akhbar Indonesia tentang dakwaan pemilikan blok

Ambalat di laut Sulawesi antara Malaysia dan Indonesia telah menimbulkan reaksi

daripada segolongan rakyat Indonesia. Impak daripada pemaparan akhbar itu bila

dikaitkan dengan isu yang berlaku antara Indonesia dengan Malaysia mengenai kes

Ambalat semakin hangat.

Impak segera yang berlaku ialah adanya sikap tunjuk perasaan di Jakarta dan

Sulawesi oleh segolongan kecil masyarakat Indonesia yang berbeza penilaian dan

persepsinya mengenai kes Ambalat. Pemaparan berita di akhbar-akhbar Indonesia

mengenai percubaan Malaysia menceroboh hak wilayah Indonesia dan reaksi tunjuk

perasaan itu telah menjejaskan hubungan dua hala kerajaan Indonesia dan Malaysia.

1.2 AKHBAR DI INDONESIA

Masa mulanya kewujudan akhbar di Indonesia adalah selepas Belanda datang ke

Hindia Belanda1 pada tahun 1594 untuk memulakan usaha perdagangan bahan

rempah. Kewujudan akhbar selalunya dikaitkan dengan kewujudan mesin cetak.

Mesin cetak pertama di Indonesia dibawa daripada Belanda pada tahun 1624 dan

digunakan untuk kepentingan Gereja Protestan Belanda.

Sejarahnya dimulai ketika Verenigde Nederlandsche Geoctroyeerde Oest-

Indische Compagnie (VOC) atau Syarikat Perniagaan Hindia Belanda, menyedari

faedah daripada media cetak untuk mencetak maklumat peraturan hukum yang

termuat di dalam maklumat rasmi kerajaan kepada khalayak. Meskipun mesin cetak

sudah wujud akan tetapi tidak ada usaha untuk menerbitkan akhbar bagi masyarakat

1 Disebut Hindia Belanda semasa Indonesia ada di bawah pemerintahan kolonial Belanda.

Page 11: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

11

ramai. Pada tahun 1659 usaha pencetakan dimulakan oleh Kornelis Pijl dengan

mencetak sebuah Tijtboek, serupa dengan almanak atau buku masa (Graaf, 1969: 12;

Encyclopaedie, 1917: 642; Chijs, 1880 dalam Ahmat Adam, 2003).

Pada tahun 1744 di bawah pimpinan Gabenor Jenderal Gustaaf Willem Baron

van Imhoff, akhbar pertama wujud di Indonesia. Akhbar itu bernama Bataviase

Nouvelles, akhbar yang hanya selembar kertas saiz a4 sahaja dan terdiri dari 2 kolum

yang memuat maklumat kerajaan serta menyisipkan sebarang iklan (Ahmat Adam,

2003).

Akhbar di Indonesia pada masa itu adalah sesuatu benda yang hanya boleh

dibeli dan dibaca oleh golongan masyarakat bangsawan. Ini adalah kerana semasa itu

tidak semua masyarakat pribumi Indonesia boleh membaca tulisan serta faham bahasa

Belanda.

Mengikut Ahmat Adam (2003) pertengahan abad ke-19 membuka satu masa

baru bagi akhbar di Hindia Belanda. Masa ini ditandai dengan munculnya percetakan

milik swasta dan wujudnya akhbar yang juga diusahakan oleh swasta. Sejak itu akhbar

banyak diterbitkan di kota-kota besar Hindia Belanda, yang menjadi pusat perniagaan

dan perlabuhan kapal-kapal peniaga serta kolonial. Pada tahun 1825, Percetakan

Negara milik Belanda di Batavia (sekarang menjadi Jakarta) menerbitkan Bataviaasch

Advertentieblad, dan pada tahun 1829 akhbar Nederlandsch Indisch Handelsblad juga

terbit di Batavia. Di kota Surabaya wujud akhbar pertama dalam bentuk mingguan

dengan nama Soerabayasche Courant pada tahun 1834. Selepas dikota Surabaya

maka akhbar wujud pula di kota Semarang pada tahun 1845, juga dalam bentuk

mingguan dengan nama Samarangsch Advertentieblad yang pada tahun 1852 berganti

nama menjadi De Locomotief, Samarangsch Advertentieblad yang di cetak di

percetakan Oliphant & Co yang hampir kesemuanya memiliki kandungan sebatas

maklumat kerajaan dan iklan. Seperti di Batavia, Surabaya dan Semarang ialah bandar

pusat yang padat dengan perniagaan serta peniaga dari luar negara kerana

kedudukannya sebagai bandar pelabuhan bagi kapal-kapal peniaga.

Page 12: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

12

Tahun-tahun di antara 1855 dan 1860 menjadi tahap awal sejarah media cetak

seperti akhbar dan majalah di Indonesia. Dimulai dari tahun 1856 dan selanjutnya,

banyak akhbar yang diterbitkan, walaupun juga banyak yang mati kerana tidak

memiliki kandungan yang sesuai bagi masyarakat tempatan dan bankrap kerana

kurang mendapat sambutan disebabkan harga yang cukup mahal.

Penerbitan awal akhbar di Indonesia dijalankan oleh orang Belanda. Mengikut

Mirjam Matters (2003) pada tahun 1903 barulah wujud akhbar pertama yang

diterbitkan oleh orang Indonesia, iaitu Soenda Berita yang ditubuhkan oleh Raden

Mas Tirtohadisoerjo. Mengikut Soebagijo Ilham Notodidjojo (1998 dalam Mirjam

Matters 2003) Tirtohadisoerjo atau juga dikenal sebagai Raden Djokomono (1875 –

1918) sebagai penubuh akhbar Soenda Berita dan akhbar mingguan dengan nama

Medan Priyayi telah mengembangkannya untuk menjadi akhbar harian yang pertama

kali di Indonesia.

Menurut Haryadi Suadi, sebagai pengamal media, media cetak di Indonesia

semakin menonjol pada akhir 1945 dengan terbitnya akhbar yang mempropagandakan

kemerdekaan Indonesia seperti, Soeara Merdeka di Bandung atau Berita Indonesia di

Jakarta (Pikiran Rakyat, 2004. 23 Ogos).

Media akhbar Indonesia sepanjang masa kolonial itu terus berjuang agar wujud

meskipun ada masalah kewangan. Perkembangan akhbar di Indonesia mulai dari

tahun 1900-an nampak selalunya berubah-ubah dengan jumlah yang tidak tetap setiap

tahunnya. Akhbar daripada yang bersifat keagamaan sampailah berorientasi komunis

dan kesemuanya seringkali singkat sahaja hayatnya, tak lebih dari kiraan bulan atau

tahun.

Hingga kini, akhbar di Indonesia telah melalui beberapa period, dari period

Demokasi Terpimpin masa pimpinan Ir. Soekarno, period Pembangunan dan Orde

Baru masa pimpinan Soeharto, Habibie penerus orde baru yang “baru”, Abdurahman

Wahid sampai Megawati dan sekarang period Indonesia Bersatu di bawah pimpinan

Susilo Bambang Yudhoyono, media akhbar terus menjalani proses perkembangannya

yang berfungsi sebagai cerminan masyarakat.

Page 13: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

13

Seperti yang telah dihuraikan di atas, sejarah perjuangan media cetak atau

akhbar itu telah dimulai sejak Indonesia belum lagi merdeka, malah saat-saat

kemerdekaan pun disuarakan ke seluruh dunia oleh pihak media. Ciri daripada akhbar

semasa pimpinan Ir. Soekarno yang signifikan iaitu konsep akhbar perjuangan yang

semata-mata hanya menggalakkan tercapainya kemerdekaan Negara Kesatuan

Republik Indonesia. Namun masa itu pun tidaklah lama, kerana kekuatan Parlimen

masa itu dari Parti Komunis Indonesia (PKI) menyokong penuh Ir. Soekarno sebagai

presiden seumur hidup dan selaku Panglima Besar Revolusi, yang telah menyimpang

daripada Undang-undang Dasar 1945 (UUD’ 45) yang seharusnya boleh menjadi

pedoman utama dalam kerajaan namun telah menjerumuskan Ir. Soekarno dengan

rejim Orde lamanya menjadi pemerintahan berkuasa mutlak. Akhbar masa itu telah

pun menjadi mangsa ke diktatoran Ir. Soekarno, dengan memenjarakan tokoh-tokoh

politik dan media tanpa sedia adanya proses undang-undang dan menutup berbagai-

bagai usaha penerbitan akhbar yang menjadi pembangkang pada garis politik

demokrasi terpimpin (Jules Archer, 1960 dalam Mirjam Matters, 2003).

Akhbar pada period awal Orde Baru, 1966 – 1974, dapat diilustrasikan secara

kuantitatif daripada hasil kajian Judith B. Agassi (1969, dalam Abar Ahmad Zaini:

1995) sebagai berikut. Pada tahun 1966, terdapat 132 akhbar harian di Indonesia

dengan jumlah edaran 2 juta per satu hari dan mingguan sebanyak 114 akhbar dengan

edaran 1,542,200 per satu hari. Angka ini menunjukkan kuantiti media cetak

mengalami kenaikan berbanding dengan masa Demokrasi Terpimpin. Pada tahun

1965, terdapat 111 surat khabar dengan jumlah edaran 1,432,850 per satu hari dan 84

akhbar mingguan dengan jumlah edaran 1,153,800 per satu hari. Kenaikan ini

disebabkan adanya beberapa akhbar yang sebelumnya ditutup dengan paksa oleh

pihak kerajaan dan kembali berusaha untuk kembali menerbitkan akhbarnya.

Berpindah dari masa kepemimpinan orde lama ke orde baru, akhbar di

Indonesia secara nasional pun seperti hidup dalam sifat yang tertekan. Lebih dramatis

lagi bahawa kehidupan media nasional khasnya akhbar ditekan dari seluruh sisi hanya

untuk dikuasai oleh kerajaan, seolah para wartawan boleh dibeli, dan usaha penerbitan

akhbar pun dapat ditutup bila-bila masa oleh pihak kerajaan apabila tidak sesuai

dengan selera penguasa.

Page 14: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

14

Di dalam masa yang terus berganti Indonesia mengalami transisi politik, iaitu

adalah jeda masa antara satu rejim politik dan rejim yang lainnya (O’Donnel &

Schmitter, 1993) maka akhbar selepas rejim Soeharto mengalami kebebasan yang

meluas semasa di bawah pimpinan B.J. Habibie. “Perubahan”, itulah yang dijadikan

wacana nasional oleh Habibie dan akhbar berperanan penting dalam mendedahkan

perubahan itu. Seakan tiada tekanan politik, akhbar boleh melakukan apa saja yang

dikehendaki, sesuai dengan selera dan agenda pihak pemilik.

Di bawah Habibie, akhbar berkembang dengan pantas. Surat Izin Usaha

Penerbitan atau boleh disebut Lesen Usaha Penerbitan, tidak lagi diperlukan bagi

pengusaha penerbitan. Terdapat lebih kurang 5 ribu nama media cetak yang pelbagai

isi kandungannya muncul dan tanpa adanya lesen usaha penerbitan (www.polri.go.id).

Jelasnya, masa itu akhbar memiliki akses sampai ke titik tengah kekuasaan kerajaan

kerana Habibie sendiri yang seringkali bersedia menjadi sumber daripada berita

sehingga corak kepemimpinannya dengan sistem pengaturan terbuka membantu

sangat pihak akhbar masa itu.

Pada masa Abdurahman Wahid atau yang lebih dikenali dengan julukan Gus

Dur, seakan hanya meneruskan apa yang telah dibangun oleh Habibie, namun secara

praktikalnya Gus Dur pula seringkali menyalahkan akhbar dalam memaknai

pernyataan-pernyataan kontroversinya, sehingga dalam masa kekuasaannya media

akhbar lebih sering disalahkan dalam membekalkan maklumat kepada masyarakat.

Selepas Gus Dur, Megawati Soekarnoputri memimpin Indonesia dengan

jargon silent is gold atau diam itu emas. Sebagai pemimpin yang jimat dalam bercakap

dan bahkan semasa itu, tidak ada jurucakap rasmi kerajaan sehingga masyarakat

seringkali keliru memaknai fenomena sosial yang bersumber daripada kerajaan.

Namun pada masa yang bersama juga, media sebagai instrumen nasional di bolehkan

berjalan secara bebas dan merdeka.

Pada masa ini, menurut kajian Nielsen Media Research (http://www.pikiran-

rakyat.com/cetak/0703/12/0105) bermula tahun 2001 di Indonesia terdapat dua akhbar

sahaja yang menunjukkan edarannya naik secara berterusan, iaitu akhbar Media

Page 15: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

15

Indonesia, akhbar harian Jakarta, dengan edaran 1.7 juta per satu hari dan harian

Pikiran Rakyat, akhbar harian Bandung, sejumlah 1.2 juta per satu hari. Menurut data

kajian dari World Association Newspaper (WAN), terdapat 35 akhbar harian yang

tercatat terbit di Jakarta sahaja (http://www.xs4all.nl/~edkremer/html/listas.html).

Data yang telah dinyatakan itu menjadi asas bahawa akhbar menjadi penting semasa

ini dalam kehidupan.

Dari segi kuantitatif ia menunjukkan bahawa sebahagian besar responden 74%

menilai akhbar semakin lengkap dalam menyajikan maklumat tentang peristiwa dan

isu semasa. Tiadanya pembatasan yang ketat terhadap jumlah mukasurat lebih

memberi kebebasan pada akhbar untuk melaporkan maklumat

(http://www.kompas.com/kompas-cetak/0502/07/Politikhukum/154353.htm). Kesan

dan impak positif daripada munculnya usaha penerbitan dan akhbar ini tidak boleh

diabaikan kerana potensi daripada usaha ini membuat institusi pendidikan dan media

semakin merebak bagi golongan pribumi.

Akhbar di Indonesia memiliki fungsi yang terus berkembang, semasa zaman

kolonial Belanda, akhbar digunakan sebagai penyampai maklumat yang terhad di

antara pihak kerajaan sahaja, namun setelah dimulainya akhbar yang dimiliki oleh

pribumi maka akhbar menjadi suatu institusi yang membekalkan maklumat kepada

khalayak luas dengan sesuainya pertumbuhan institusi pendidikan bagi pribumi.

1.3 ISU AMBALAT

Peristiwa dan isu semasa melibatkan Indonesia dan Malaysia sentiasa menarik

perhatian akhbar di kedua-dua negara berjiran ini. Hal ini dimungkinkan oleh

persamaan yang dikongsi seperti kedekatan geografi dan ikatan dari segi ekonomi dan

politik serantau dan kesamaan sejarah.

Dari semasa ke semasa akhbar telah memaparkan isu yang timbul berkaitan

kedua negara, Indonesia dan Malaysia. Isu yang kerap timbul ialah isu tenaga kerja,

pembalakan haram, keamanan regional, jerebu, pertikaian sempadan dan sebagainya.

Page 16: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

16

Isu wilayah sempadan yang dipertikaikan Indonesia-Malaysia mengenai blok

Ambalat yang berada di perairan Laut Sulawesi terus menganggu kestabilan hubungan

dua hala kerajaan Indonesia dan Malaysia. Ekoran daripada isu yang dilaporkan oleh

media akhbar di Indonesia membawa segolongan masyarakat tempatan untuk

melakukan pelbagai tindakan melawan Malaysia, seperti aksi tunjuk perasaan yang

terjadi di Makasar, Sulawesi Selatan pada 5hb Mac 2005 (www.kompas.com)

Konflik sempadan antara Indonesia dan Malaysia untuk memiliki blok

Ambalat di Laut Sulawesi timbul apabila kerajaan Malaysia melalui Petronas Carigali,

pada 16hb Februari 2005 lalu telah memberikan konsesi usaha cari gali di blok kaya

minyak dan gas itu kepada syarikat Shell, perusahaan berkongsi Inggeris-Belanda

(www.kcm.com). Menurut data daripada Departemen Energi dan Sumber Daya

Mineral Indonesia, kawasan ini memang memiliki kandungan minyak yang sangat

besar, dikira-kira mencapai 421.61 juta tong, sementara kandungan gas semulajadinya

dikira lebih dari 3.3 triliun kaki kubik (http://www.esdm.go.id/).

Kronologi kes Ambalat dari perspektif akhbar Indonesia memaparkan bahawa

kes ini bermula semenjak tahun 1967 semasa pihak syarikat Total Indonesie

melakukan usaha carigali dan mengelolakan Blok Bunyu dekat Blok Ambalat. Pada

tahun 1979 pihak kerajaan Malaysia terbitkan peta baru yang ditolak oleh pihak

Indonesia dan negara lainnya. Pada tahun 1999, Indonesia memberikan konsesi usaha

carigali minyak dan gas semulajadi kepada Shell di blok Ambalat, namun pada tahun

2001 pihak Shell Company telah menjual hak konsesi carigali di dalam blok Ambalat

kepada syarikat minyak milik Italia, ENI. Pihak Syarikat Shell diingatkan pernah

melakukan usaha carigali di wilayah itu tanpa ada bantahan dari pihak kerajaan

Malaysia, dan pada tahun 2004 kerajaan Indonesia memberikan konsesi untuk usaha

carigali kepada pihak Amerika Syarikat, Unocal, namun pada tahun 2005 syarikat

Shell kembali mendapat konsesi carigali daripada pihak kerajaan Malaysia pada blok

ND6 dan Blok ND7, semenjak itulah berlaku pertikaian pemilikan blok Ambalat dan

Ambalat Timur (Kompas. 2005. 3 Mac).

Page 17: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

17

Pertikaian wilayah sebenarnya tak perlu terjadi apabila di antara kedua negara

memiliki persetujuan sempadan yang diakui oleh kedua belah pihak. Pada gambar

peta di bawah ini dapat dilihat sempadan serta wilayah yang dipertikaikan oleh

Indonesia dan Malaysia :

Gambar 1.1 Peta wilayah yang dipertikaikan (Pusat Data dan Pengembangan Kajian, Kompas 2005)

Page 18: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

18

Menurut Arif Havas Oegroseno, Direktur Perjanjian Internasional Bidang

Politik, Keamanan dan Kewilayahan daripada Departemen Luar Negeri Republik

Indonesia, bahawa sebab utama kes Ambalat ini ialah pencantuman pemilikan wilayah

secara sepihak sahaja oleh Malaysia dalam peta sempadan kontinen Malaysia tahun

1979 (Kompas. 2005. 1hb Mac). Pada gambar di atas dapat dilihat wilayah sempadan

yang didakwa milik Indonesia serta wilayah yang didakwa oleh Malaysia dengan

pembuatan peta secara sebelah pihak sahaja. Pada gambar di atas pula jelas nampak

pertindihan wilayah yang sedang dipertikaikan.

Terdapat banyak wilayah dan pulau di sekitaran sempadan Indonesia-Malaysia

yang memiliki potensi menjadi sebahagian wilayah yang dipertikaikan atau disputed

territory. Seperti contohnya ialah Pulau Berhala di Sumatera Utara, Pulau Pelampong,

Batu Berhanti dan Nongsa di kepulauan Riau serta Pulau Gosong Makassar di

Kalimantan Timur. Mengikut kepada Peta wilayah Republik Indonesia di Departemen

Kelautan dan Perikanan, pulau-pulau tersebut berada berdekatan dan ada pula yang

tepat berada pada garis sempadan Zona Ekonomi Ekslusif (Chusnan Maghribi, 2006).

Konflik itu dibimbangkan akan berpanjangan kerana kedua-dua belah pihak

kini telah mengerahkan kekuatan angkatan tenteranya di kawasan sengketa itu. Jika

isu ini tidak ditangani secara berhati-hati, ianya mungkin boleh membawa kepada

peperangan terbuka di antara kedua-dua negara.

Akhbar di Indonesia mula melaporkan isu blok Ambalat semenjak awal bulan

Mac 2005 dan isu ini memuncak semenjak itu juga. Liputan berita di media akhbar

menunjukkan peningkatan pada isu wilayah yang dipertikaikan diantara Indonesia dan

Malaysia (http://www.acehkita.com). Selari dengan perkembangan isu semasa ini,

kerajaan Indonesia telah pun menghantar nota bantahan menolak kewujudan Petronas

di Blok Ambalat tetapi tidak mendapat jawapan dari pihak kerajaan Malaysia.

Kuatnya pengaruh media membolehkan kerajaan kedua negara untuk mencipta

agenda politiknya kepada khalayak (Syed Arabi, 1999). Hasil daripada itu semua

khalayak belum pun tentu faham pada keadaan dan kejadian yang sebenar, sehingga

Page 19: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

19

perlu suatu penjelasan daripada pihak kerajaan kepada pihak jurnalis berkenaan situasi

pertikaian wilayah ini dengan menyusun agenda menggunakan media sebagai alatnya.

1.4 PERNYATAAN MASALAH

Isu mengenai sempadan yang dipertikaikan antara Indonesia dan Malaysia menjadi

fokus berita, khasnya dalam media massa di Indonesia. Isu ini mulai memuncak dalam

pemaparan akhbar Indonesia pada seawalnya iaitu 3hb Mac

(http://www.acehkita.com) selepas timbulnya dakwaan Malaysia kepada pemilikan

pulau di wilayah Ambalat serta insiden pencerobohan sempadan wilayah oleh kapal

peronda laut dan udara Malaysia.

Akhbar Indonesia memainkan peranan yang penting dalam menimbulkan

agenda kes Ambalat melalui pemaparan berita berkaitan isu tersebut. Semua akhbar

utama Indonesia seperti Kompas, Media Indonesia, Koran Tempo, Suara Pembaruan

serta akhbar berbahasa Inggeris seperti The Jakarta Post, The Indonesian Times,

Indonesian Observer, pun menyiarkan berita tentang kes Ambalat mulai awal bulan

Mac 2005. Melihat pemaparan berita yang dibekalkan kepada masyarakat, nampaknya

siaran berita kes Ambalat ini telah menarik perhatian khalayak Indonesia dan

menimbulkan konflik sementara pada hubungan kerajaan dua hala Indonesia dan

Malaysia.

Permasalahan dalam kajian ini adalah, bagaimana akhbar Kompas dan The

Jakarta Post memaparkan isu Ambalat serta apakah orientasi daripada pemaparan isu

tersebut dalam akhbar?

1.5 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kandungan akhbar Kompas dan The

Jakarta Post mengenai berita-berita berkaitan pertikaian kes Ambalat di antara

Indonesia dan Malaysia. Analisis kandungan berita itu adalah dari segi ruang lingkup

pemaparan dan orientasi berita. Ruanglingkup pemaparan dalam kajian ini iaitu,

Page 20: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

20

kekerapan isu, tema berita, asal berita, bentuk pemaparan, komunikator berita, agensi

berita, saiz berita, letak berita. Manakala orientasi berita adalah corak daripada

pemaparan akhbar pilihan kajian sama ada positif, neutral atau negatif.

1.6 OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus, objektif kajian ini adalah:

1. Untuk meninjau kekerapan liputan berita kes Ambalat.

2. Mengenal pasti tajuk utama berita kes Ambalat.

3. Mengenal pasti komunikator utama dalam berita kes Ambalat

4. Mengenal pasti tempat asal berita kes Ambalat.

5. Mengetahui jenis pemaparan kes Ambalat

6. Mengetahui agensi berita yang menjadi sumber akhbar pemaparan kes

Ambalat.

7. Mengenal pasti saiz berita kes Ambalat.

8. Mengenal pasti letak berita isu Ambalat.

9. Mengetahui orientasi berita dalam pemaparan isu Ambalat.

1.7 RUANG LINGKUP KAJIAN

Ruang lingkup kajian ini sudah dihadkan kepada beberapa kategori yang diselaraskan

sesuai kepada kajian analisis kandungan akhbar. Ruang lingkup ini juga dijadikan

sebagai batasan kajian agar tidak melencong dari matlamat kajian. Ruang lingkup

yang dikaji merupakan agenda pemaparan daripada isian akhbar pilihan kajian yang

berkenaan dengan isu Ambalat. Agenda akhbar mengenai isu Ambalat dalam kajian

ini dihadkan kepada sembilan aspek sahaja, iaitu:

1. kekerapan isu

2. tajuk utama berita

3. asal berita

4. komunikator berita

5. jenis berita

6. agensi berita

Page 21: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

21

7. saiz berita

8. letak berita

9. orientasi berita

yang kesemuanya ada hubungkait dengan pemaparan dan orientasi berita daripada

akhbar pilihan mengenai pertikaian di wilayah Laut Sulawesi dan pemilikan Blok

Ambalat di antara Indonesia dan Malaysia.

Pemilihan akhbar yang berbeza bahasa didasari oleh andaian saya sebagai

pengkaji yang melihat kedua-dua akhbar memiliki sasaran pembaca yang berlainan

dan berperingkat. Seperti akhbar Kompas yang hampir dibaca oleh kebanyakan

khalayak pembaca Indonesia daripada kalangan bawah sampai atas sedangkan akhbar

The Jakarta Post yang memiliki kumpulan pembaca yang lebih terfokus seperti hanya

kalangan menengah dan atasan sahaja yang membacanya kerana pemaparannya yang

dalam bahasa Inggeris. Secara ringkasnya, kajian ini menganalisis kandungan

ruanglingkup pemaparan akhbar serta orientasi daripada kedua-dua akhbar pilihan

kajian. Dengan demikian maka pengkaji akan mengetahui apakah akhbar tersebut

sudah memainkan peranannya sebagai pembekal agenda maklumat bagi khalayak,

khasnya pada isu semasa yang utama.

Surat khabar Kompas dipilih kerana Kompas adalah salah satu akhbar utama di

Indonesia dan diterbitkan secara harian. Kompas ditubuhkan semenjak tahun 1965.

Akhbar Kompas terus berkembang dan menjadi sebahagian penguasa media di

Indonesia masa ini, yang juga memiliki puluhan media cetak, stesen radio, stesen

televisyen serta sejumlah penerbitan dan jaringan kedai buku terbesar di Indonesia.

Selain pemaparan berita yang menimbulkan kontroversi, akhbar Kompas juga

mempunyai pengaruh luas dalam pembentukan pendapat warga negara Indonesia.

Masa ini akhbar Kompas dikenali sebagai akhbar nasional terbesar di Indonesia

dengan jumlah pelanggan sebanyak 550,000 sehari dan mencapai 2 juta pembaca di

Jakarta sahaja (http://tokohindonesia.com/ensiklopedia/j/jakoeboetama). Contoh

gambar daripada tajuk akhbar Kompas dapat dilihat dalam gambar 1.2 di bawah ini :

Page 22: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

22

Gambar 1.2

Platnama akhbar Kompas

Nampak pada gambar di atas bahawa akhbar Kompas terbit semenjak 28 Jun

1965 dengan penubuhnya P.K. Ojong (almarhum) dan Jakob Oetama. Jakob Oetama

yang lebih dikenali dengan sebutan J.O. dibesarkan dalam budaya Jawa dan pernah

menjadi seorang cikgu, sebelum P.K. Ojong atau Auw Jong Peng Kun, mengajaknya

masuk ke dalam dunia jurnalistis.

Kompas bukan hanya sebuah surat khabar yang terbit setiap hari malahan

memberikan maklumat dan boleh jadi sebagai pengasas pada sesebuah isu yang

menjadi agenda pembicaraan khalayak.

Akhbar The Jakarta Post juga dikenali sebagai akhbar harian yang dinamis

dalam liputan beritanya sama ada berita nasional atau antarabangsa. Akhbar ini ialah

salah satu dari empat akhbar Indonesia yang terbit dalam bahasa Inggeris dan

diterbitkan secara harian. Akhbar The Jakarta Post diterbitkan kali pertama pada 25

April 1983, selain membekalkan maklumat ianya juga turut serta memantapkan

penggunaan bahasa Inggeris di Indonesia. Akhbar The Jakarta Post juga pada tahun

1994 dianugerahi International Newspaper Marketing Association –Editor &

Publisher Award, dengan jumlah edaran akhbarnya 50,000 sehari. Dengan jumlah

orang yang berlanggan daripada 8,657 pada tahun 1983 menjadi 41,049 pada

Disember 1998 (http://www.thejakartapost.com/about/about_progress.asp). The

Jakarta Post juga telah menjalin kerjasama dengan pihak media luar negara untuk

membolehkan akhbar ini dicapai 24 jam sehari kepada pelanggan di seluruh dunia. Ini

adalah kerana akhbar ini telah menjalin kerjasama melalui perkongsian maklumat

secara digital dengan media di New York, London, Palo Alto, yang masing-masing

media itu dimiliki oleh organisasi Chamber World Network, Reuters dan Dialog.

Contoh gambar daripada tajuk akhbar The Jakarta Post dapat dilihat dalam gambar

1.3 di bawah ini :

Page 23: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

23

Gambar 1.3

Platnama akhbar The Jakarta Post

Sejarah penerbitan surat khabar ini bermula daripada pembicaraan antara Ali

Moertopo, Menteri Maklumat dan Perhubungan Awam masa itu, dengan Jusuf

Wanandi yang mewakili pihak kerajaan juga sebagai pengerusi daripada surat khabar

Suara Karya serta pengerusi daripada Pusat Strategi dan Kajian Asia Tenggara.

Moertopo menyatakan bahawa penerbitan akhbar dalam bahasa Inggeris ini boleh

membantu peningkatan komuniti warga asing di dalam negara ekoran daripada

pengembangan ekonomi terbuka secara global. Namun yang lebih utama iaitu untuk

mengkedepankan perspektif maklumat bangsa Indonesia melawan ketidakseimbangan

arus maklumat yang didominasi oleh pihak barat.

Akhbar The Jakarta Post untuk meraih tujuan itu, maka penubuhan akhbar

diisi pula oleh para editor, wartawan dan jurnalis yang terkemuka dan berpengalaman.

Beberapa nama senior yang ikut dalam barisan editor ialah, Sabam Siagian, Raymond

Toruan, Hartoyo Pratiknyo, Vincent Lungga dan pengerusi editor ialah, Endy M.

Bayuni. Kesemua nama mereka adalah yang secara kerap memimpin penerbitan

akhbar sehingga memiliki pandangan yang luas dan terkait pada segala spectrum

sosiopolitik daripada bangsa Indonesia.

Kedua akhbar yang telah dipilih untuk dianalisis dihadkan kepada pemaparan

berita isu sempadan blok Ambalat di Laut Sulawesi yang dimuat dalam kedua-dua

akhbar tersebut. Masa analisis dihadkan kepada dua bulan sahaja, iaitu bermula dari 1

Mac hingga 30 April 2005. Tempoh ini ditetapkan bahawa kerana pemaparan isu kes

Ambalat itu bermula dan mulai menurun dalam tempoh tersebut.

Page 24: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

24

1.8 SIGNIFIKAN KAJIAN

Indonesia dan Malaysia merupakan negara yang berada di kawasan Asia Tenggara.

Kedua negara memiliki pertalian sejarah, dan budaya yang cukup erat. Dapat pula

dikatakan bahawa hubungan keduanya mengalami peningkatan hingga sekarang. Dari

segi politik serantau pun, Indonesia dan Malaysia merupakan dua daripada lima

negara yang menubuhkan ASEAN. Di sebalik keselesaan hubungan, berasaskan pada

catatan sejarah, kedua-dua negara pernah mengalami keretakan hubungan dua hala

kerajaan berpunca daripada masalah konfrontasi pada tahun 50-an.

Selari dengan perkembangan masa, Indonesia dan Malaysia adalah kembali

sebagai negara berjiran yang sangat dekat dari pelbagai sudut pandang. Kedekatan

inilah yang ternyata mencipta kedua negara terlupa untuk membuat batas sempadan

yang ada, sehingga munculnya pertikaian yang berkaitan dengan batas sempadanan

kedua negara. Kes Ambalat yang muncul pun telah menimbulkan konflik di antara

kedua negara dan menjadi isu semasa yang menjadi liputan media serta menarik

perhatian khalayak, khasnya di Indonesia. Konsep peranan dan tanggung jawab pihak

media adalah penting memandangkan agenda daripada pihak media tidak lari daripada

peranan dan tanggung jawab yang dimainkannya. Oleh kerana itu, adalah signifikan

untuk dijalankannya kajian ini dengan melihat ruang lingkup pemaparan dan orientasi

berita dalam agenda akhbar pilihan kajian arus perdana tempatan. Signifikansi kajian

ini juga berasas bahawa akhbar dikatakan berupaya menentukan agenda pemikiran

dan perbincangan khalayaknya, selari dengan pernyataan Gerbner et, al (1997)

bahawa “media berupaya membentuk realiti sosial di kalangan khalayaknya”.

Page 25: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

25

BAB 2

KERANGKA TEORI DAN PENGKONSEPAN

2.1 PENGENALAN

Kandungan bab ini terdiri daripada kerangka teori kajian, kajian-kajian lepas dan

pembahasan tentang pengkonsepsian unit analisis kajian. Di dalam bab ini juga akan

dibincangkan pendekatan secara teoritis peranan akhbar dalam memberikan gambaran

terhadap sesuatu isu yang berlaku di sesuatu persekitaran atau kawasan.

Matlamat kuasa media dalam penentuan agenda publik adalah untuk

memfokuskan perhatian khalayak kepada isu semasa yang berlaku. Kuasa ini

sangatlah berpengaruh, khasnya kepada publik dalam membentuk persepsi. Tidak

hanya maklumat yang bersifat fakta daripada pihak media sahaja yang diperlukan oleh

khalayak, malah khalayak juga menggunakannya sebagai medium pembelajaran untuk

memahami isu yang dibekalkan oleh media massa.

Akhbar menyediakan ruang untuk memaparkan berita dalam bentuk-bentuk

seperti gambar dan laporan utama pada muka surat hadapan, tajuk utama yang dicetak

besar, rencana dan lain-lain. Begitu pun dengan televisyen yang menawarkan

berbagai-bagai ruang dan masa untuk penyampaian mesej seperti penyiaran berita,

forum dan lain-lain. Pendedahan maklumat yang dilakukan secara berterusan dengan

efektif melalui media massa mampu mengkomunikasikan matlamat utama setiap

mesej yang ditujukan kepada khalayak. Dalam erti kata lain, berita mampu

Page 26: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

26

menentukan agenda ke atas khalayak sehingga boleh mengalihkan perhatian kepada

isu yang dicipta oleh pendapat khalayak itu sendiri (McCombs, 1973).

Akhbar merupakan medium untuk memaparkan realiti dan ia boleh kekal

sebagai bahan rujukan (Emery, Agee & Ault, 1997). Akhbar juga melaporkan tajuk

utama yang lebih lanjut berbanding dengan televisyen, kerana tiadanya batas masa

penyampaian serta memberikan ulasan daripada lidah pengarang juga rencana.

McCombs dan Shaw (1972) menyatakan bahawa akhbar berperanan untuk

membantu pembaca dalam mempertimbangkan apa yang akan mereka lakukan.

Mengikut pernyataan McCombs dan Shaw di atas maka dapat dibuat kesimpulan

bahawa akhbar telah mengarahkan masyarakat untuk mencipta persepsi dan

mengambil keputusan. Di sini pula, institusi yang sangat mustahak untuk dikawal

ialah agensi berita yang berfungsi sebagai agen media dalam menentukan bentuk

pendedahan maklumat yang akan dibekalkan kepada masyarakat.

Kemampuan akhbar untuk membekalkan gambaran sesuatu isu yang berlaku

memang tidak dapat dinafikan lagi, kerana telah dilakukan beberapa kajian lepas oleh

para sarjana yang menyimpulkan pandangan bahawa media dapat memberikan

maklumat dan seterusnya mempengaruhi pembentukan persepsi ke atas khalayak

tentang isu semasa yang berlaku.

2.2 KERANGKA KONSEPSUAL KAJIAN

Akhbar mungkin tidak selalu berjaya membentuk minda pembacanya tetapi akhbar

dapat mencorakkan gambaran yang wujud dalam minda pembaca tentang sesuatu isu.

Kemudian individu yang membacanya mempelajari isu-isu penting tersebut dan

membezakannya daripada isu-isu lain yang disiarkan oleh media massa. Walaupun

perubahan sikap dan pendapat jarang dilakukan oleh media massa tetapi ia tetap

mampu mengutarakan soalan-soalan kepada pembacanya sebagai bahan renungan.

Hal inilah yang menjadi asas daripada fungsi penentuan agenda media massa yang

berkembang kemudian.

Page 27: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

27

Selari dengan itu Cohen (1963) menyatakan andaian dasar teori penentuan

agenda adalah “akhbar bukan setakat penyalur maklumat dan pendapat sahaja.

Walaupun ia tidak selalunya berjaya memberitahu publiknya bagaimana untuk berfikir

tetapi akhbar berjaya sekali memberitahu khalayak apa yang hendak difikirkan“.

Justeru teori penentuan agenda mengandaikan adanya hubungan positif antara

penilaian yang diberikan media massa pada sesuatu persoalan yang dianggap penting

dengan tumpuan perhatian khalayak.

Teori penentuan agenda berkait rapat dengan konsep pengampang

(gatekeeping) kerana adanya fungsi pemilihan berita dan kemudian menentukan berita

apa yang penting dan ada nilai berita. Pengampang berfungsi untuk menentukan

agenda media, agenda publik dan agenda penggubalan dasar. Agenda media bermakna

tema dan jenis berita yang ditentukan sehingga dipilih media untuk didedahkan

kepada khalayak. Agenda publik bermakna, satu set topik yang diyakini publik

sebagai isu penting. Agenda penggubal dasar iaitu pelbagai makna yang dihasilkan

oleh pembuat keputusan dan diyakini sebagai agenda tersembunyi daripada pembuat

keputusan. Masing-masing agenda tersebut merupakan pembolehubah bebas dan

saling mempengaruhi. Kepelbagaian ini dapat dilihat dalam rajah 2.1 dibawah ini:

Rajah 2.1

Proses teori Penentuan Agenda ( Rogers dan Dearing, 1988, dalam Miller, 2002)

Peringkat awal teori penentuan agenda merupakan bahagian daripada proses

komunikasi, iaitu bagaimana individu menerima dan mempelajari pelbagai isu yang

Page 28: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

28

diberitakan pihak media. Pada peringkat ini media berperanan memberikan penekanan

pada isu-isu umum yang sepatutnya mendapatkan perhatian khalayak. Sedangkan

pada peringkat kedua daripada teori penentuan agenda ini melakukan pengujian dan

penekanan pada bagaimana individu mempelajari sifat dan ciri utama daripada isu

yang berlaku. Proses ini lebih menitikberatkan kepada empat hal, subtopics, framing

mechanism, affective dan cognitive (Golan & Wanta, 2001). Keempat hal tersebut

sangat berkesan dalam mempengaruhi dan mencorakkan minda khalayak pembaca

berkenaan dengan agenda media.

Kajian analisis kandungan ini menggunakan teori penentuan agenda sebagai

garis panduan untuk mengenal pasti ruang lingkup pemaparan akhbar pilihan kajian

yang meliputi kekerapan pemaparan, tajuk utama, komunikator berita, nama agensi

berita, jenis berita, asal berita, saiz berita dan letaknya serta bagaimana corak

pemaparannya yang berkaitan dengan isu Ambalat. Mengikut pemahaman daripada

kerangka teori yang dinyatakan oleh Roger dan Dearing (1988) maka pengkaji

membuat kerangka konsepsual kajian yang bersesuaian dengan matlamat kajian ini.

Kerangka konsepsual kajian ini dapat dilihat dalam Rajah 2.2 berikut ini :

Page 29: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

29

Rajah 2.2 Kerangka konsepsual kajian mengikut teori penentuan agenda

Agenda media dapat ditakrifkan sebagai isu atau berita yang dilaporkan oleh

pihak media. Untuk menentukan adanya korelasi di antara agenda media dengan

Page 30: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

30

agenda khalayak, maka apa sahaja isu yang dibangkitkan oleh pihak media seharusnya

memiliki pertalian dengan agenda khalayak. Namun hal ini tidak selalunya berlaku.

Ada masanya sesuatu isu tidak mendapat perhatian atau tidak menjadi bahan

pembicaraan khalayak. Meskipun diakui adanya hubungkait antara penegasan yang

diberikan pada pelbagai isu oleh media dengan penilaian dan pendedahan maklumat

khalayak terhadap gambaran yang dipaparkan pihak media.

2.3 TEORI PENENTUAN AGENDA

Penyelidikan dan teori berkenaan dengan perlakuan media yang menitikberatkan

kepada pendedahan kepentingan isu sosial bagi khalayak telah berlaku sejak lama lagi.

Antaranya adalah kajian terhadap penentuan agenda yang telah banyak memberi

sumbangan kepada perlakuan media dan kesannya ke atas khalayak (Kosicki, 1993).

Semasa khalayak berfikir mengenai isu menonjol yang berlaku, kebanyakan

khalayak tahu bahawa ia impak daripada penentuan agenda media. Namun tanggapan

yang popular ini seringkali menkategorikan penentuan agenda sebagai pencipta imej

buruk dibanding kebaikannya sebagai metodologi yang memiliki kesan rasional serta

emosional (Kosicski, 1993). Sesuatu keadaan itu bertukar menjadi suatu masalah atau

isu bagi sesetengah pihak yang tidak dinyatakan dalam sebarang bentuk polisi awam,

kecuali mereka berjaya menentukan agendanya. Oleh yang demikian, agenda dilihat

sebagai kunci kepada sesuatu isu untuk menjadi polisi awam (Smith, 1997).

Teori Penentuan Agenda ini awal mulanya dikemukakan oleh Maxwell

McCombs dan Donald L. Shaw pada tahun 1972 di dalam makalah The agenda-setting

function of the mass media, (Public Opinion Quarterly, 1972: 176-185). Secara

tradisinya, teori penentuan agenda meneroka hubungan berita tentang isu politik yang

telah dipaparkan oleh media dengan persepsi yang terbentuk.

Sejak dekad 1970-an, teori penentuan agenda mulai muncul dan menjadi

popular. Mengikut teori ini, media dapat mempengaruhi pendapat umum dengan cara

Page 31: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

31

menarik perhatian khalayak kepada isu-isu tertentu dan mengabaikan isu-isu lain

(Wimmer, 1991).

Komunikasi massa berperanan penting di dalam kehidupan sosial manusia

sebagai penyampai maklumat kepada khalayak mengenai berita yang terkini dan yang

telah berlaku. Akan tetapi perlu difahami juga bahawa perpindahan atau penyampaian

berita antara sumber dan audien sepatutnya tidak dibatasi kepada satu aspek proses

komunikasi massa sahaja.Teori penentuan agenda ini, mengikut pelopornya memiliki

andaian bahawa media mampu untuk mempengaruhi pemikiran khalayak untuk

mencipta dan atau merubah persepsi khalayak terhadap isu yang ditonjolkan

(McCombs & Shaw, 1972). Dalam pada itu, teori penentuan agenda juga beranggapan

bahawa media massa mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi khalayak dengan

menentukan agenda seperti:

(1) Perkara yang akan difikirkan oleh media

(2) Fakta yang akan dipercayai oleh khalayak.

(3) Penyelesaian terhadap sesuatu isu.

(4) Tumpuan perhatian terhadap sesuatu isu.

(5) Perkara yang patut diketahui oleh khalayak.

Teori penentuan agenda merupakan sebahagian daripada perspektif teori

saintifik, kerana ianya meramalkan khalayak yang terdedah kepada media yang serupa

akan mempunyai kesedaran yang sama terhadap isu yang berlaku. Menurut Chaffee

dan Berger (1997), teori penentuan agenda adalah teori yang layak untuk digunakan

sebagai panduan menganalisis isu sosial dalam media kerana ianya memiliki pelbagai

kriteria iaitu, (1) ia memiliki keupayaan menjelaskan mengapa khalayak

mengutamakan isu yang sama sebagai isu yang penting, (2) memiliki kuasa analisis

terhadap khalayak yang terdedah oleh media yang sama. Maka, mereka akan

menerima isu dan membentuk persepsi yang sama dan, (3) ianya tidak kompleks dan

mudah untuk difahami.

Teori ini sangat baik untuk menjelaskan mengapa khalayak yang menerima

pendedahan media akan memiliki persepsi yang serupa terhadap suatu isu. Walaupun

Page 32: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

32

antara khalayak saling berbeza, secara amnya mereka akan merasakan kesamaan

pentingnya isu semasa yang berlaku.

Teori penentuan agenda ini, mengikut pelopornya memiliki andaian bahawa

media memiliki kesan yang kuat ke atas khalayak untuk memfokus perhatian, dan

membentuk persepsi serta pendapat tentang isu yang lagi dipaparkan. Menurut

McComb dan Shaw yang menonjol atau yang dibicarakan oleh khalayak sebenarnya

dipengaruhi daripada agenda media (Kok, Goh & Holladay 1999).

Mengikut Littlejohn (2002), fungsi penentuan agenda oleh akhbar memiliki

dua tahap. Tahap pertama iaitu bermatlamat menggubal berita utama yang terpenting

bagi khalayak, dan tahap kedua membuat keputusan bahagian mana daripada berita

utama yang terpenting bagi agenda khalayak. Dua tahap dalam penentuan agenda ini

menjadi proses bagi fungsi teori penentuan agenda. Proses penentuan agenda ini

menurut Rogers dan Dearing (dalam Littlejohn, 2002) terbahagi pada tiga bahagian.

Bahagian pertama daripada proses ini ialah kepentingan daripada isu-isu apa sahaja

yang akan dibicarakan di dalam ruang media. Kedua, isu-isu yang dibicarakan dalam

media akan memberi impak kepada pola pemikiran khalayak, hal ini merujuk sebagai

agenda publik. Pada akhirnya agenda publik akan mempengaruhi agenda kerajaan

sebagai pembuat dasar dan lebih jauhnya bermakna bahawa agenda media akan

menjejaskan agenda publik dan agenda penggubalan dasar.

Teori penentuan agenda telah menjelaskan kuatnya pengaruh media kepada

penciptaan persepsi dan pendapat khalayak, namun bagaimana media boleh

mempengaruhi khalayak? Dalam kajian ini, akhbar diandaikan boleh memberi

pengaruh kepada pembaca melalui pemaparan berita.. Akhbar telah menggunakan

muka surat hadapannya untuk menarik pembaca. Muka surat itu dijadikan ’’jendela’’

kepada isi kandungan keseluruhan daripada akhbar tersebut. Langkah tersebut

merupakan langkah terawal untuk menarik khalayak membaca akhbar. Maknanya,

reka bentuk daripada akhbar itu sendiri sudah menjadi kategori yang boleh

mempengaruhi khalayak (Garcia, 1993).

Page 33: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

33

Pasternack dan Utt (1986 dalam Garcia 1993) telah melakukan kajian kepada

akhbar. Kajian mereka menitikberatkan kepada muka surat depan dan segala yang

terkandung di dalamnya. Populasi kajian kepada 20 akhbar di 10 bandar di Amerika

Syarikat yang di antaranya saling bersaing dan memiliki edaran 100an ribu lebih.

Hasil kajian menunjukkan bahawa 90 peratus daripada pembaca tertarik membaca

akhbar kerana gambar berwarna yang diletakkan pada muka surat hadapan sesuatu

akhbar, kerana susunatur gambar tersebut mencuba menjelaskan peristiwa utama yang

berlaku. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa 81 peratusnya daripada pembaca

memilih membaca akhbar kerana tajuk utama yang dicetak besar dan diletakkan pada

muka surat hadapan sesuatu akhbar. Tajuk utama daripada sesebuah akhbar pun telah

menarik pembaca untuk mengetahui berita yang selengkapnya dalam sesebuah akhbar

tersebut.

Gambar yang diletak pada muka surat utama akhbar memberi pengaruh kepada

pembaca, menurut kajian oleh Bain dan Weaver (1989 dalam Garcia 1993) gambar

tersebut telah ’’menemani’’ pembaca untuk menerusi berita selengkapnya dan

memberi kesan emosi kepada pembaca untuk berempati seandainya berada di lokasi

peristiwa.

Pemaparan dalam akhbar pun memiliki kesan dalam mempengaruhi pembaca

merubah persepsi dan pendapatnya. Kerana pemaparan berita selalunya mencuba

memberi tahu khalayak keadaan yang sebenar. Ketika pembaca membaca paparan

berita, maka ia menyedari bahawa berita dalam akhbar adalah rakaman daripada fakta

yang berlaku (Wrinn, 1977). Apa yang pembaca mahu ketika ia membuka muka surat

akhbar ialah, maklumat mengenai apa yang sedang berlaku dan akhbar pun

dijadikannya sebagai panduan dalam berinteraksi sosial.

Selepas pemaparan berita, mungkin pembaca akan melihat kepada bahagian

atau muka surat lidah pengarang. Dalam lidah pengarang, ia memaparkan komen atau

ulasan atau juga hujah daripada berita berkenaan isu semasa yang berlaku. Pemaparan

dalam lidah pengarang selalunya merupakan pemikiran yang logik daripada

pengarang yang mencuba untuk menerangkan secara ringkas tentang pendapat

terhadap isu semasa (Wrinn, 1977).

Page 34: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

34

Ramai khalayak yang membaca akhbar untuk mengetahui apa yang sedang

berlaku di dunia dan pembaca juga ingin mengetahui apa yang sedang menjadi isu

utama di persekitarannya (McCombs, 1983).

Maka, setelah pembaca melihat akhbar dengan gambar dan warnanya yang

menarik serta tajuk utama yang meningkatkan rasa keingintahuan isu apa yang

berlaku ditambah oleh pemaparan fakta berita yang berlaku dan penerangan secara

ringkas dalam muka surat lidah pengarang, maka secara psikologis telah terjadi secara

doktrin ke atas pola pemikiran pembaca untuk memiliki persepsi dan pendapat

terhadap apa yang sedang berlaku. Hal ini merupakan agenda daripada media untuk

mendedahkan maklumat kepada pembaca dan agenda kepada khalayak untuk

mengetahui fakta. Maknanya pemaparan berita yang dibekalkan oleh akhbar telah

mampu secara kognitif untuk pengaruhi khalayak dalam kesehariannya membaca

akhbar.

Khalayak yang membaca akhbar selalunya mempunyai aktiviti lain. Mereka

juga selalunya terkait dalam satu komuniti. Perkara itu yang membuat mereka selalu

ingin memiliki segala maklumat yang terkini. Maklumat yang berhubung kait dengan

berita politik dan urusan awam menjadi pilihan utama mereka, dan ini boleh menjadi

contoh kepada keperluan khalayak akan maklumat. Kajian daripada Smith (1986)

menyatakan hubungan yang kekal antara pembaca akhbar dengan berita berkait

dengan politik begitu juga sebaliknya bahawa akhbar selalu memaparkan berita

berkenaan dengan politik.

Teori penentuan agenda menjelaskan betapa kuatnya pengaruh daripada media

untuk menentukan isu apa yang penting bagi khalayak. Semenjak tahun 1922,

kolumnis akhbar bernama Walter Lippman telah meyakinkan bahawa media memiliki

keupayaan untuk menampilkan pelbagai imej ke atas khalayak. Begitu juga dengan

penyelidikan yang dilakukan oleh McCombs dan Shaw tentang kempen pemilihan

presiden Amerika Syarikat pada tahun 1968, 1972, dan 1976. Fokus kajian mereka

menitikberatkan kepada dua faktor utama iaitu: kesedaran dan maklumat.

Page 35: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

35

Penyelidikan daripada fungsi penentuan agenda dalam media massa yang

dilakukan oleh McCombs dan Shaw cuba untuk mengesan hubungkait di antara

kandungan mesej dalam media dengan persepsi pengundi. Maka andaian yang

dinyatakan oleh McCombs & Shaw (1977) kepada teori ini ialah,

This impact of the mass media- the ability to affect cognitive change among

individuals, to structure their thinking- has been labeled the agenda-setting function

of mass communication. Here may lay the most important effect of mass

communication, its ability to mentally order and organize our world for us.

2.3 KAJIAN LEPAS

Pemaparan isu-isu semasa oleh sesebuah akhbar penting kerana selalunya ia

menyampaikan maklumat yang kita perlukan. Pemaparan itu selalunya meliputi

pelbagai aspek, seperti ekonomi, politik, sosial, pendidikan hinggalah kepada hiburan.

Penentuan-agenda berlaku.

Semasa 25 tahun awalnya, kajian lalu penentuan agenda telah berkembang

kepada lebih daripada 200 jurnal dan lebih banyak lagi buku-buku yang secara

spesifik berkait dengan tema penentuan agenda (Rogers, Dearing, & Bregman, 1993).

Penilaian heuristik daripada perspektif penentuan agenda sudah tidak dapat dinafikan

lagi (Kosicki, 1993) meskipun nilai ini tidak menjadi asas piawai kepada

kesempurnaan saya sebagai pengkaji.

McCombs dan Shaw (1972) telah menguji secara empirikal teori ini selama

berlangsungnya kempen pemilihan presiden Amerika Syarikat di wilayah Chapel Hill,

Carolina Utara, pada tahun 1968. Tujuan kajian mereka adalah untuk mengetahui

kesan media terhadap khalayak setempat dan menunjukkan bagaimana media

memiliki kemampuan untuk mempengaruhi persepsi khalayak, meskipun khalayak

tidak diminta untuk begitu.

Page 36: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

36

Selepas kajian pertama, kajian kedua daripada teori penentuan agenda adalah

kajian terhadap pola undian suara di mukim Iowa (Arnold & Gold, 1974). Pada kajian

ini senang untuk melihat kesan daripada penentuan agenda media dan sumber berita

secara interpersonal. Kajian ini melihat apakah hubungkait media mampu merubah

kebiasaan cara khalayak untuk mengundi. Hubung kait yang ada mencapai nilai +.87

antara hasil populasi dan undi, maknanya pengundi memilih berasaskan kepada

persepsi yang telah dibentuk oleh pendedahan media akhbar serta jawatankuasa

tempatan dan motivasi mengundi ini tidak datang dengan sendiri, ianya daripada

agenda media sebagai pemangkinnya.

Mengikut Ghoparde (1986), penentuan agenda merupakan konsep yang

menjelaskan perpindahan daripada agenda media yang menonjol kepada khalayak

sebagai pengguna media. Kajian mengenai penentuan agenda telah pun menunjukkan

bahawa terdapat hubungkait dengan apa yang media percayai sebagai hal yang

penting dan menonjol bagi membentuk persepsi khalayak. Ringkasnya, penentuan

agenda menyatakan bahawa media sangatlah penting ianya akan merefleksikan apa

yang akan khalayak fikirkan.

Perubahan yang terjadi kerana refleksi berpunca daripada kekuatan media

terhadap komuniti atau kumpulan telah meletakkan fungsi daripada media sebagai

pengawas persekitaran. Sebagaimana telah dinyatakan oleh Bryson (1948 dalam

Wrinn 1977) maknanya antara media dan perubahan pendapat komuniti memang

memiliki korelasi.

Demikian pula dengan apa yang dinyatakan oleh Melvin D. Fleur dan Sandra

Ball-Rokeach (1976), bahawa kesan utama daripada media terhadap khalayak adalah

cognitive effects, bermakna bagaimana media massa boleh mempengaruhi, merubah,

membentuk proses pemikiran dan persepsi serta pendapat daripada khalayak.

Mengikut Lippmann (1922) dalam bab pembukaan bukunya yang bertajuk Public

Opinion, “the worlds outside and the pictures in our heads”. Lippmann telah

menitikberatkan bahawa pihak media massa yang paling berpengaruh ke dalam

penciptaan persepsi khalayak.

Page 37: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

37

Selari dengan perkembangan media surat khabar maka khalayak pun semakin

pandai memilih kandungan berita yang ingin dibaca sebagai bahagian daripada

agendanya. Bagaimana isu-isu dipaparkan dalam akhbar sehingga boleh menjadikan

khalayak mencipta agendanya? Sebagaimana telah dihuraikan di atas, khalayak dapat

melakukannya melalui banyak cara. Media sebagai pihak yang berdiri di antara

khalayak dan kerajaan memberikan pilihan kepada khalayak untuk memilih apakah

mereka mahu mengetahui perkembangan yang berlaku atau tidak. Faridah Ibrahim

(1987) menyatakan bahawa sebahagian besar daripada khalayak memang perlukan

akhbar sebagai penghantar maklumat serta pemangkin dalam perubahan sosialisasi

individu.

Andaian bahawa media memiliki kekuatan untuk mempengaruhi telah juga

dinyatakan oleh Theodore White (1972) dalam bukunya bertajuk The Making of The

President. Kajian ini ada hubungkait dengan perbadanan undang-undang sesebuah

negara serta agenda kempen yang menggunakan media sebagai penyampai mesejnya.

Weaver & Elliot (1985) telah melakukan kajian terhadap akhbar tempatan yang

memaparkan bahawa penentuan agenda media mempunyai hubungkait dengan

keberhasilan sesuatu kempen.

Matlamat daripada kempen ialah pembentukan imej calon serta penyampaian

jargon atau mesej kempen kepada khalayak sebagai pengundi. Media digunakan oleh

para pembentuk imej politik untuk membuat agenda yang berisi maklumat daripada

calon supaya lebih dikenali secara mendalam oleh khalayak dan berharap akan

merubah persepsi dan pendapat khalayak agar mengundi calonnya (Shaw &

McCombs,1977).

Sebelum itu, kajian pun telah dilakukan untuk mengukur secara kumulatif

pengaruh penentuan agenda daripada media massa (McCombs, 1975). Hasil analisis

kajian pada masa itu menunjukkan bahawa perkembangan teori penentuan agenda

juga dipengaruhi oleh masa terus berlalu. Ia memberi penekanan kepada kuasa media

tanpa bercanggah dengan kepercayaan bahawa individu adalah bebas menentukan

kepercayaan atau apa yang hendak mereka percayai.

Page 38: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

38

Media massa seperti akhbar tidak sahaja memberi tahu khalayak untuk berfikir

sesuatu, namun mereka adalah penentu kuasa atas dirinya sendiri terhadap isu apa

yang akan mereka ketahui (Martin, 1976). Dalam hal ini, akhbar nampak lebih

berkesan jika berbanding media televisyen kerana memberikan lebih masa bagi

khalayak supaya terdedah oleh isu semasa.

Sesebuah akhbar yang baik dan bermutu mempunyai fungsi komunikasi atau

tanggungjawab yang amat penting. Menurut Lavine Wackman (1988) para pengurus

akhbar dan bilik berita perlu menyelenggarakan dua objektif yang bercanggah.

Pertama, mengeluarkan produk akhbar dalam cara yang sistematik agar menepati

jangka waktu pengeluaran. Kedua mengeluarkan produk akhbar yang menepati masa,

segar inovatif dan bermaklumat serta bermutu. Maknanya apabila akhbar telah

menepati itu semua akan mengeluarkan agenda kepada khalayak dengan tepat

(Faridah Ibrahim, 1995).

Pendedahan media tidak bergantung kepada jumlah masa diluangkan atau

perhatian yang disumbangkan kepada media, dalam hal ini perubahan persepsi berasas

kepada jumlah kuantiti pendedahan isu dalam media itu sendiri yang akan ”memandu”

persepsi khalayak sesuai dengan isu (Chafee & Izcaray, 1975). Publik akan

memberikan perhatian kepada isu bergantung kepada banyaknya liputan yang

didedahkannya (Cassata & Assata, 1979). Dengan andaian ini, pengamal-pengamal

media sering berusaha untuk mendapatkan ruang atau masa dalam media massa,

khasnya akhbar.

Kajian bagaimana pemaparan berita dalam media boleh mempengaruhi

persepsi seseorang juga dilakukan oleh Williams & William D (1978) yang mendapati

korelasi yang kuat antara media dan penentuan agenda. Hasil kajian mereka

menunjukkan korelasi yang baik antara media dan agendanya ke atas pendedahan

maklumat bagi khalayak.

Apabila pendedahan maklumat yang dibekalkan oleh media sebagai agendanya

ke atas khalayak sudah meraih keberhasilan maka isu utama tersebut akan menjadi

topik perbincangan semasa. Atwood & Others (1978) melakukan kajian ke atas 150

Page 39: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

39

penduduk luar bandar Illinois selatan dan mendapati korelasi yang signifikan antara

kandungan akhbar harian tempatan dengan isu yang dibicarakan oleh penduduk

setempat.

Sebagaimana kita ketahui bahawa agenda publik daripada media juga

dipengaruhi oleh kepentingan golongan elit. Satu kajian yang dilakukan di negara

Ghana untuk mengetahui apakah akhbar tempatan sememangnya menentukan agenda

bagi khalayak dan apakah golongan elit tempatan juga memberikan pengaruh

kepadanya. Analisis daripada 1,585 responden menunjukkan bahawa akhbar tempatan

di Ghana telah mencipta agenda publik yang dipengaruhi oleh golongan elit tempatan

yang ada hubungkait dengan penentuan agenda nasional (Anokwa & Salwen, 1986).

Iklan sebagai salah satu elemen daripada mesej massa, pun boleh dikira

menggunakan teori penentuan agenda, khasnya iklan dalam akhbar berkait dengan

politik. Kaid Lee (2002) mendapati hasil kajian daripada 404 responden menyatakan

lebih banyak melihat iklan dalam akhbar. Maknanya aplikasi teori penentuan agenda

menunjukkan bahawa akhbar berkesan secara efektif dalam mengkomunikasikan

mesej kepada khalayak.

Teori penentuan agenda ini sememangnya berkait langsung dengan pengaruh

media massa terhadap perhatian isu oleh khalayak. McCombs, Llamas &

Lopez-Escobar (1997) yang mengkaji teori penentuan agenda pada tahun 1995 semasa

berlangsung pilihan raya di Sepanyol yang melibatkan peranan akhbar untuk

menyebar isu dan mempengaruhi sikap pengundi serta persepsi khalayak. Hasil

daripada kajian ini membuktikan bahawa sememangnya khalayak di Sepanyol semasa

itu lebih ramai yang mendapatkan maklumat serta terdedah oleh pengaruh mesej

kempen dalam media, baik itu cetak atau elektronik.

Beberapa hasil kajian lalu menunjukkan bahawa media berpengaruh pada

agenda khalayak meskipun tidak ada persetujuan sebelumnya untuk saling pengaruhi.

Di Afrika barat, Ghana, dilakukan kajian terhadap kesan media untuk mendedahkan

khalayak dengan maklumat kesihatan tentang AIDS/HIV (Kwansah-Aidoo, 2001).

Page 40: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

40

Hasil kajian menunjukkan bahawa media telah pun menjadi ‘’jambatan” agenda

kerajaan dengan masyarakat untuk memaklumatkan kesedaran akan kesehatan.

Framing pattern atau pola pembentukan berita selalunya menjadi titik awal

kepada agenda media untuk dimaklumkan kepada khalayak. Impak daripada pola

pembentukan berita ini akan menjadi orientasi pemaparan berita yang berkesan bagi

pembaca. Kajian berkenaan dengan kesan daripada penentuan agenda media

dilakukan oleh Kim, Scheuffele & Shanahan (2002) dan implikasi daripada kajian

tersebut menyatakan bahawa penentuan agenda media memiliki korelasi pada pola

pembentukan berita dan pembentukan persepsi khalayak. Selepas persepsi khalayak

tercipta maka ianya akan mempengaruhi agenda kerajaan. Kajian yang dilakukan oleh

Lawrence & Birkland (2004) menunjukkan penentuan agenda kepada khalayak boleh

menaikkan isu hingga kepada agenda kerajaan sebagai penggubal asas.

Di negara sedang membangun seperti Nigeria, akhbar diperlukan untuk

pembentukan pola fikiran dan kefahaman melihat dunia luar yang luas (Ojo-

Emmanuel, 2003). Betapa kuatnya pengaruh media sehingga persepsi dan pendapat

khalayak akan mempengaruhi pandangannya terhadap sesebuah isu. Seperti yang

dilakukan oleh pihak media barat dengan agendanya untuk melabelkan isu pengganas,

khasnya pasca tragedi 9/11 (Craft & Wanta, 2004).

Kajian ke atas teori penentuan agenda ini biasanya dilengkapi dengan kaedah

analisis kandungan dengan matlamat untuk mengenal pasti kesan daripada media

tersebut. Kajian yang dilakukan oleh Umi Khatab (1991) merupakan kajian untuk

mengenal pasti kepada liputan berita-berita berkait dengan keorganisasian dalam

pelbagai jenis media massa di Malaysia. Hasil daripada kajian analisis kandungan in

mendapati bahawa organisasi kerajaan liputan yang tertinggi dalam semua jenis media

massa.

Kaedah analisis kandungan ini lebih kepada kajian analisis data kebelakangan

dan menarik kesimpulan dengan cadangan bagi masa yang hadapan. Kajian terhadap

akhbar dengan kaedah ini dilakukan oleh Mohd. Dhari Othman (1982) yang

melakukan data analisis sejarah perkembangan akhbar dan kandungannya di

Page 41: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

41

Semenanjung Malaysia semasa kedudukan British di Tanah Melayu. Hasil kajian ini

mendapati bahawa perkembangan akhbar dipengaruhi oleh situasi dan pekembangan

pada tempat akhbar itu terbit. Sebagai contoh, kandungan akhbar yang dimiliki kaum

Cina dan Tamil yang diterbitkan di Tanah Melayu pada masa itu sangat

mengutamakan kandungan yang berisikan maklumat berkenaan dengan budaya,

politik, yang memiliki keterkaitan dengan negaranya.

Pemaparan berita sebagaimana penentuan agenda media kepada khalayak

selalunya memiliki ideologi dasar pemaparan berita dan asas kewujudan akhbar

tersebut, seperti yang dimiliki oleh organisasi media di Turki. Hurriyet ialah akhbar

harian yang sangat popular semasa sejarah media Turki, telah dijadikan sebagai bahan

kajian yang menunjukkan impak yang hebat dalam pembentukan kesebakaan

pendapat serta kesedaran khalayak (Alpkaya & Celebi, 1995). Kajian ini

membuktikan penentuan agenda media telah berjaya dalam menyampaikan mesejnya

kepada khalayak ramai untuk boleh diterima.

Usaha awal pembentukan berita wilayah sempadan yang dipertikaikan

Indonesia-Malaysia mengenai blok Ambalat yang terletak di perairan Laut Sulawesi

baru-baru ini juga telah dipilih menjadi topik kajian untuk akhbar pilihan dan seberapa

kerap akhbar tempatan melaporkan isu ini. Dalam kajian tersebut juga menyentuh

tentang strategi komunikasi antarabangsa oleh Malaysia untuk merespons isu ini (Lai,

Latif & Lee 2005).

Kesanggupan mengawal media daripada penentuan agenda boleh dikatakan

sebagai proses pembentukan persetujuan sebulat suara antara mereka yang memiliki

capaian kepada pihak media secara berterusan.

Penentuan agenda sendiri ialah sebuah konsep yang tiada terhad kepada

tindakbalas antara penonjolan isu dalam media dan khalayak. Pengertian daripada

fungsi penentuan agenda ialah konsep yang mengutamakan hubungkait yang positif

dan kuat antara keutamaan komunikasi massa dan penonjolan isu dalam media

terhadap individu sebagai khalayak.

Page 42: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

42

2.4 TAKRIFAN KONSEP

Dalam sub-bab ini pengkaji menjelaskan bahawa kajian ini menggunakan takrifan

konsep untuk mengendalikan kajian analisis kandungan dalam akhbar. Hal ini

dilakukan agar fenomena yang diuji boleh memberi makna yang sesuai, sehingga

pembaca boleh memahami konteks di mana perkaitan itu digunakan, terutamanya

dalam kajian pemaparan akhbar tempatan Indonesia pilihan yang ada hubung kait

dengan isu Ambalat.

2.4.1 Kekerapan pemaparan

Kekerapan ini bermakna seberapa kerap pemaparan tajuk berita yang ada hubung kait

dengan isu Ambalat dipaparkan oleh akhbar tempatan Indonesia pilihan selama kajian

analisis kandungan ini dijalankan. Dalam menilai kekerapan pemaparan tajuk berita

ini tidak bergantung kepada panjang atau pendeknya sesuatu isu berita itu, maknanya

setiap kali muncul isu Ambalat maka ia diambil kira satu kali pemaparan.

2.4.2 Tajuk utama pemaparan

Konsep ini bermatlamat untuk mengenal pasti tajuk yang dipaparkan oleh akhbar

pilihan kajian berkaitan dengan tajuk utama yang dipaparkan oleh akhbar pilihan.

Sedangkan tajuk utama berita ini akan dinilai berdasarkan kategorinya. Contoh

daripada tajuk utama ialah: Blok Ambalat dikelola Indonesia sejak 1967, Malaysia

ajak Indonesia Negosiasikan Perbatasan, Pemerintah Siap Buka Komunikasi

Diplomatik, Shell Diduga pakai Data Migas Blok Ambalat, Bersikap Tegas namun

Kepala Harus Tetap Dingin dan seterusnya.

Setiap daripada tajuk utama yang muncul akan dinilai mengikut urutan isu utama

sama ada ianya termasuk kategori politik, sosial atau ekonomi. Dengan penilaian ini

maka diharapkan akan diketahui seberapa kerap berita berkait dengan isu Ambalat

dipaparkan dan pemaparan itu lebih condong ke arah mana.

Page 43: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

43

2.4.3 Komunikator Berita

Komunikator berita dalam kajian ini bermakna sumber dominan yang pernyataannya

dikutip menjadi pemaparan tentang isu Ambalat yang disiarkan dalam akhbar pilihan

kajian. Apabila terdapat sesuatu berita yang mengemukakan beberapa sumber

komunikator utama, maka yang dijadikan sebagai sumber utama ialah orang yang

dijadikan sebagai rujukan utama oleh pemberita laporan tersebut. Menurut Berlo

(1960), Gaziano (1985), McCombs (1997) komunikator utama mempunyai peranan

dalam proses komunikasi untuk membekalkan dan memberi pengaruh bagi maklumat

tentang sesuatu perkara atau isu.

2.4.4 Agensi Berita

Takrifan konsep ini mencuba mengenal pasti agensi yang membuat pemaparan berita

berkait dengan isu Ambalat. Contoh dalam kajian ini mungkin lebih diutamakan

kepada agensi tempatan seperti Antara (Indonesia) dan Bernama (Malaysia) kerana isu

yang dikaji dalam akhbar pun ada hubungkait di antara kedua-dua negara berjiran ini,

lalu pejabat berita utama lainnya yang sudah dikenal pasti seperti Reuters, AP, AFP

dan lainnya.

2.4.5 Bentuk Pemaparan

Bermaksud cara bagaimana isu dipaparkan sama ada dalam bentuk (1) Berita, (2)

Rencana, yang lebih fokus pada pembahasan isu berkait iaitu isu Ambalat, (3) Lidah

Pengarang / Editorial, (4) Surat Pembaca dan (5) Gambar & kartun.

2.4.6 Asal Berita

Takrifan konsep ini lebih bermatlamat mengenal pasti tempat yang lebih kerap

memberi atau membangkitkan isu Ambalat yang dipaparkan dalam akhbar tempatan

pilihan seperti, Jakarta, Bandung, Surabaya, Nunukan, Makasar, Sulawesi,

Kalimantan, Riau, Bali, dan sebagainya. Ringkasnya, asal berita merupakan di mana

tempat pemberita mendapatkan maklumat yang akan disampaikan kepada

pembacanya.

Page 44: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

44

2.4.7 Saiz Berita

Bermakna ukuran fizikal sesebuah berita, seperi kolum atau lajur yang digunakan

untuk memaparkan berita yang berkait dengan isu Ambalat. Banyak pengkaji yang

menentukannya dengan mengukur mengikut satuan lajur dan kolum dengan

menggunakan satuan besaran inci atau centimeter. Merril (1962), Hart (1966), Charles

(1979), Chang & Shoemaker (1984), Ramaprasad & Riffe (1987), Martindale & Riffe

(1989) dan Levy (2000) adalah sebahagian sarjana yang dalam kajian analisis

kandungan akhbarnya menggunakan satuan inci dan sentimeter bagi mengukur satuan

fizikal sebuah berita. Dalam kajian ini saya akan menggunakan satuan ukuran

sentimeter untuk menentukan panjang dan lebar berita yang digunakan dalam

pemaparan berita isu berkait Ambalat.

Budd mendapati bahawa terdapat korelasi yang tinggi di antara mata

penonjolan dengan ruang pemaparan. Ini bermakna semakin luas ruang yang

disediakan bagi sesuatu berita, maka berita itu dipandang semakin menonjol (Budd et

al, 1967). Oleh itu saya sebagai pengkaji memilih ruang pemaparan yang akan dikaji

untuk mengetahui kedudukan sesuatu berita mengikut pengarang atau pihak media.

2.4.8 Letak Berita

Tempat di mana pemaparan berita yang berhubung kait dengan isu Ambalat

diletakkan seperti muka surat utama, muka surat khas luar negara, dalam negara,

muka surat ekonomi atau pada forum pendapat dan lainnya.

2.4.9 Orientasi Pemaparan

Arah pemberitaan yang menuju pada positif, negatif atau neutral. Mengikut pada

Eribo (1993), arah dapat diertikan kepada positif yang bermakna pemaparan berita

melaporkan keadaan yang baik, stabil dan aman. Negatif pula diertikan sebagai

pemberitaan yang memaparkan konflik, ketidakstabilan politik atau ekonomi.

Sedangkan orientasi neutral ialah pemaparan isu yang tidak mengarah kepada positif

atau negatif. Maknanya pemaparan isu Ambalat berada pada keadaan tidak berat

sebelah.

Page 45: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

45

Mengikut Ramaprasad dan Riffe (1987), pemaparan berita positif sebagai

berita pembangunan dan pengembangan, nasionalisme dan hubungan antarabangsa,

sedangkan pemaparan negatif pula serupa dengan laporan kejahatan, konflik dalaman

dan luaran, peperangan dan keadaan politik yang tidak stabil. Orientasi dalam kajian

ini dimaknakan sebagai arah pemberitaan yang ditentukan oleh pembuat berita yang

boleh memberikan makna besar terhadap pembaca.

2.5 RUMUSAN

Kajian terhadap kandungan media dapat dilihat daripada pelbagai sudut, kerana ianya

berkaitan dengan berbagai-bagai aspek sosial seperti polisi kerajaan atau politik,

ekonomi dan manusia itu sendiri yang berperanan langsung membentuk persepsi

sebagai kesan daripada media. Kajian saya ini akan mencuba memberi gambaran

bagaimana agenda akhbar tempatan pilihan boleh memaparkan isu berkaitan dengan

Ambalat serta pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia yang dipandang

daripada perspektif akhbar Indonesia, iaitu akhbar harian Kompas dan The Jakarta

post.

Berasas daripada kajian lepas yang sudah dipaparkan di atas, jelas bahawa

media akhbar pada dasarnya mempunyai peranan yang besar untuk merumuskan

laporan berita. Media dalam memberikan pemaparannya dipengaruhi oleh pelbagai

aspek dominannya dalam menentukan arah pemaparan berita, proses ini dinyatakan

sebagai agenda media.

Faktor lain yang mempengaruhi penentuan agenda ini mungkin gabungan

daripada gatekeeper, editor dan para pengurus serta faktor luaran. Faktor luaran ini

mungkin bukan daripada pihak media namun daripada pihak kerajaan atau bahkan

pihak persendirian. Faktor-faktor ini yang mempengaruhi proses penentuan agenda

media dengan kebergantungannya terhadap golongan elit yang menguasai media,

maknanya apabila pihak media memiliki hubungan yang erat antara golongan elit,

maka golongan tersebutlah yang akan memutar agenda media kepada publik

(Littlejohn, 2002)

Page 46: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

46

Teori penentuan agenda ini sebagaimana telah saya paparkan di atas memang

memiliki banyak faedahnya dalam perubahan kehidupan sosial tiap individu. Pertama,

teori ini memberikan kuasa kepada media untuk mengeluarkan berita mengenai apa

yang kita lihat atau dengar dan bahagian berita mana yang menonjol sebagai isu

semasa. Konsep daripada penentuan agenda menjelaskan kesan daripada media untuk

menimbulkan rasa ingin tahu khalayak akan maklumat penting yang sedang berlaku.

Selanjutnya penentuan agenda juga digunakan untuk menetapkan agenda media dan

meraih respos sebagai pendapat khalayak.

Penentuan agenda media ini juga penting dalam aspek politik kerana agenda

media mempengaruhi agenda khalayak yang akan terus mempengaruhi agenda

kebijakan kerajaan atau kerajaan menggunakan agenda media untuk mendengar

pendapat khalayak. Kesimpulannya teori penentuan agenda ini memberikan banyak

faedah dalam kegunaannya dalam kehidupan sosial kita.

Setiap saluran media juga tetap bersaing antara satu sama lain untuk cakupan

dan isu-isu yang menarik. Maka, media berperanan sebagai penentu agenda dan

kepentingan sesebuah topik atau isu dalam media massa yang akan mempengaruhi

minat publik terhadap topik atau isu tersebut (McCombs & Shaw, 1978).

Page 47: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

47

BAB 3

KAEDAH KAJIAN 3.1 PENGENALAN

Bab ini menghuraikan kaedah yang digunakan dalam penyelidikan terhadap analisis

kandungan akhbar. Kaedah atau metodologi ialah cara menyiasat dan memperoleh

pengetahuan untuk mengenal dunia sosial secara alamiah. Penyelidikan ini

menggunakan kaedah analisis kandungan kerana kaedah tersebut sesuai dengan

matlamat kajian secara keseluruhannya. Setiap kaedah selalunya ada yang bersifat

kualitatif dan kuantitatif. Kaedah analisis yang digunakan untuk kajian ini lebih

kepada kaedah kualitatif analisis kandungan berbanding dengan kaedah analisis

kuantitatif.

Dalam kajian kualitatif, analisis isi kandungan biasanya merujuk kepada sama

ada analisis ayat, salinan temu bual, catatan atau dokumen berbanding catatan yang

berasaskan kepada pengalaman langsung. Kajian kualitatif analisis kandungan

mengikut pada Patton (2002 : 52) :

“However, content analysis is used to refer to any qualitative data reduction

and sense making efforts that takes a volume of qualitative material and attempts to

identify core consistencies and meaning“

Page 48: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

48

3.2 KAEDAH ANALISIS KANDUNGAN

Kaedah analisis kandungan merupakan suatu kaedah penyelidikan yang membolehkan

pengukuran daripada jumlah sesuatu item seperti jumlah kandungan rancangan dalam

media akhbar dan unsur-unsur komunikasi dalam media lainnya yang boleh mewakili

persampelan penyelidikan. Ini bermakna data yang diperolehi daripada kaedah analisis

kandungan ini boleh bersifat kualitatif dan kuantitatif.

Kaedah analisis kandungan ini dipelopori oleh Bernard Berelson (1971) yang

menyatakan bahawa analisis kandungan merupakan satu teknik untuk mengkaji mesej

komunikasi yang tersurat dan dilakukan secara objektif, sistematik dan kuantitatif.

Analisis kandungan juga merupakan kaedah penyelidikan yang digunakan oleh

banyak sarjana komunikasi massa yang tidak terlepas daripada kitaran perkembangan

tersebut. Mengikut Berelson (1971) kaedah analisis kandungan ini hanya boleh

mengkaji makna sesuatu mesej ini seperti yang lazim dianggap oleh penutur bahasa

itu. Maknanya analisis kandungan adalah kajian terhadap rakaman komunikasi yang

dilakukan manusia secara sosial.

Daripada pendekatan di atas terdapat tiga kriteria yang wujud dalam analisis

kandungan iaitu, (1) objektif, bermakna penyusunan kategori yang tepat dan jelas agar

pengkaji lain yang membuat kajian dengan kategori yang sama akan meraih hasil yang

sama pula. Pendekatan objektif ini akan menghindari timbulnya subjektiviti antara

pengkaji dengan hasil kajian. (2) sistematik, bermakna penggunaan suatu kaedah yang

tepat dan mudah untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan persoalan kajian. (3)

kuantitatif, bermakna item kandungan yang dikaji, diberikan nombor khas yang

berbeza dengan item yang lain untuk memudahkan semasa pengekodan. Matlamat

analisis kandungan adalah ketepatan makna sesebuah mesej. Kuantitatif ini sangatlah

penting bagi memenuhi objektif kajian, ianya membantu pengkaji untuk mendapatkan

hasil yang maksimum. Data kuantitatif ini juga akan membantu pengkaji semasa

membuat analisis dan intepretasi dapatan kajian.

Analisis isi kandungan bukan sahaja digunakan untuk mengkaji isi kandungan

sesebuah akhbar, malah segala bahan komunikasi yang telah direkod seperti lukisan,

Page 49: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

49

lakaran, tulisan, buku, majalah, rakaman audio, rakaman video, filem, laman web

sesawang, mel-e, dan seumpamanya boleh dikaji. Kaedah ini amat berguna kepada

penyelidik-penyelidik media massa kerana ia menyediakan suatu cara yang efisien

untuk mengkaji kandungan media (Wimmer & Dominick 1991).

Menurut Berger (1991) teknik analisis kandungan ini adalah lebih berkesan

untuk mendapatkan gambaran tentang pendapat, sikap, perilaku dan nilai-nilai

masyarakat. Analisis kandungan juga dapat digunakan untuk membandingkan mesej

komunikasi di antara beberapa media komunikasi yang berbeza, seperti kajian ini

yang ingin mengetahui perbezaan ruang lingkup pemaparan berita serta orientasi

berkait dengan isu Ambalat dalam akhbar Kompas dan The Jakarta Post.

Demikian luasnya cakupan kaedah ini sehingga banyak aspek yang boleh

dikaji melalui pendekatan analisis isi kandungan. Namun demikian menurut Berelson

(1971) analisis isi kandungan biasanya dilakukan untuk menjelaskan: (1) maksud dan

motif dari seorang penyampai maklumat yang ditunjukkan dalam kandungan

komunikasi, (2) untuk mengenal pasti kesan kandungan komunikasi ke atas perhatian

dan tingkah laku dan (3) untuk mengetahui tindakan pembaca atau pendengar.

Analisis di sini bermakna pemerhatian secara berterusan kepada aktiviti

manusia (Kemp, Morrison & Ross, 1998). Maka analisis kandungan juga bermakna

sangatlah penting kerana, ia suatu proses mengenal pasti terhadap kesan maklumat

penting yang berlaku sehingga audien mampu mengintepretasikan ke dalam

kesehariannya sebagai bekalan maklumat (Rothwell & Kazanas, 1992).

Budd (1967) mendefinisikan analisis isi kandungan sebagai teknik yang

sistematis untuk menganalisis kandungan sesuatu maklumat dan juga pengendalian

sesuatu maklumat. Analisis kandungan juga merupakan alat untuk memerhatikan dan

menganalisis tingkah laku penerima yang mendapatkan mesej dari sumber utama

dengan intepretasi data. Menurut Anderson (1989), konsep dasar dalam pendekatan ini

ialah merupakan kajian mengenai kehidupan manusia termasuk artifak yang

dihasilkan seperti komunikasi yang merupakan satu sains intepretif.

Page 50: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

50

Pernyataan di atas bermakna kaedah ini sangat relevan bagi para pengkaji

untuk menganalisis pemaparan berita dalam akhbar, ini adalah kerana pemaparan

berita dalam akhbar bersifat subjektif dan menampilkan gambaran realiti dalam

bentuk teks. Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif digunakan semasa membuat

penilaian terhadap pemaparan isu Ambalat oleh kedua-dua akhbar pilihan kajian.

Pendekatan secara analisis deskriptif ini juga saya gunakan untuk melihat tahap

keobjektifan berita yang dipaparkan oleh akhbar pilihan kajian mengenai isu Ambalat

dan secara intepretatif untuk mengesan orientasi pemaparan dalam akhbar berkenaan

dengan isu Ambalat.

Melalui kaedah ini pelbagai hal dapat dikaji yang ditinjau dari pelbagai aspek,

seperti yang dikemukakan oleh Krippendorf (1980) bahawa segala kandungan yang

nampak boleh dianalisis dan segala fenomena yang tersurat dinyatakan sebagai

kandungan yang boleh dianalisis.

Di samping itu, pemilihan kaedah ini kerana ianya merupakan teknik

penyelidikan untuk mendapatkan gambaran objektif, sistematis dan kuantitatif tentang

isi kandungan yang ditunjukkan dalam akhbar (Berelson, 1971). Maka kaedah ini juga

dapat digunakan untuk melihat pengaruh beberapa fenomena komunikasi, seperti

propaganda, trend dan perubahan sosial yang lain (Budd, 1967; Holsti, 1969 dan

Kerlinger, 1973). Menurut Budd (1967) pula, kaedah kajian ini juga fokus kepada

sesuatu fenomena dalaman yang memiliki matlamat akhir mendapatkan ramalan

tingkah laku, dan guna mengetahui mengapa makhluk sosial melakukan sesuatu

perkara sehingga tidak sekadar mengkaji terhadap apa yang telah berlaku.

Kaedah kajian ini merupakan satu teknik kajian yang perlu dilakukan dengan

bersistematik, maka ia memerlukan semua isi kandungan yang mempunyai

hubungkait dengan tema kajian, dan dianalisis terus mengikut kategori yang

ditentukan berdasarkan persoalan yang hendak dikaji. Kajian yang sistematis adalah

perlu untuk menjamin wujudnya keseimbangan dalam menganalisis data. Oleh itu

hanya elemen-elemen yang diperlukan sahaja yang diambil kira untuk memenuhi

tujuan kajian ini (Berelson 1971).

Page 51: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

51

Analisis kandungan ini juga memungkinkan penyelidik untuk menganalisis

kandungan media terbaru, atau membandingkan di antara beberapa jenis sumber

media dalam masa yang sama ataupun yang berlainan. Dalam kajian ini, saya sebagai

pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan bagi mengenal pasti agenda akhbar

arus perdana di Indonesia tentang pemaparan isu Ambalat dan pertikaian wilayah

antara Indonesia - Malaysia. Setiap berita dalam akhbar yang dikaji ada hubungkait

dengan isu pilihan dan dianalisis dengan berpandukan borang kod yang disediakan.

Kajian analisis kandungan terhadap pemaparan dalam akhbar pilihan ini dilakukan

dalam tempoh masa dua bulan sahaja iaitu 1 Mac hingga 30 April 2005. Melalui

metodologi kajian ianya menjadi sebab yang boleh digunakan sebagai hujah untuk

menjadikan sains sosial bersifat saintifik.

3.3 POPULASI KAJIAN

Populasi adalah konsep abstrak yang akan berkesan apabila telah memiliki kategori

yang ditentukan. Populasi juga memiliki peranan penting bagi analisis suatu kajian

(Neuman, 2000). Kajian ini menggunakan populasi daripada media massa. Ada lima

jenis media massa yang dikenali sebagai ’’the big five of mass media“ iaitu televisyen,

radio, filem, majalah dan akhbar. Kesemuanya memiliki fungsi komunikasi yang

saling melengkapi, iaitu fungsi sosial dan fungsi individu.

Kajian media massa yang saya lakukan adalah terhadap akhbar. Disebabkan

isu kajian berkenaan dengan pemaparan akhbar Indonesia tentang isu Ambalat, maka

akhbar yang saya pilih ialah akhbar tempatan yang diminati oleh khalayak Indonesia

dengan bukti jumlah pembaca yang ramai. Akhbar pilihan kajian tersebut adalah

akhbar Kompas dan akhbar The Jakarta Post.

Untuk kajian ini saya memilih akhbar Kompas kerana ia adalah salah satu surat

khabar utama di Indonesia dan diterbitkan secara harian. Pada masa kini akhbar

Kompas dikenali sebagai akhbar nasional terbesar di Indonesia dengan jumlah

pelanggan seramai 550,000 sehari dan mencapai 2 juta pembaca di Jakarta sahaja

(http://www.tokohindonesia.com/ensiklopedia/j/jakoeboetama).

Page 52: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

52

Alasan memilih akhbar The Jakarta Post juga, kerana ia adalah surat khabar

yang dinamis dalam liputan beritanya sama ada berita nasional atau antarabangsa.

Akhbar ini ialah salah satu daripada empat akhbar Indonesia yang diterbitkan dalam

bahasa Inggeris dan terbit secara harian dengan jumlah edaran akhbarnya 50,000

sehari dan dengan jumlah berlanggan yang terus berkembang dari 8,657 pada tahun

1983 menjadi 41,049 pada Disember 1998 (http://www.the

jakartapost.com/about_progress.asp).

Alasan saya sebagai pengkaji memilih akhbar yang berbeza dalam bahasa

pemaparannya kerana saya ingin mengenal pasti isi kandungan dan ruang lingkup

kedua-dua akhbar khasnya pada pemaparan kes Ambalat dan orientasi pemaparannya

yang boleh merubah persepsi khalayak mengenai isu semasa yang berlaku. Kerana

perbezaan persepsi akan terpengaruhi oleh keadaan persekitaran serta hal yang

menjadi pusat pemerhatian khalayak semasa itu.

Populasi dalam kajian ini adalah isian akhbar yang berkenaan dengan berita

terkait akan isu-isu Ambalat dan pertikaian wilayah sempadan Indonesia-Malaysia

yang diterbitkan dalam akhbar Indonesia Kompas, yang berbahasa Indonesia dan The

Jakarta Post, yang berbahasa Inggeris, dengan masa edaran bermula 1Mac hingga 30

April 2005. Isian kandungan akhbar atau unit analisis yang dikaji adalah kekerapan,

tajuk besar, komunikator berita, agensi berita, bentuk berita, asal berita, saiz berita,

letak dan orientasi berita.

Rasional masa yang dipilih adalah masa ketika pemaparan berita isu Ambalat

naik ke permukaan, maka dalam pemilihan populasi saya sebagai pengkaji memilih

semua berita dalam akhbar pilihan yang muncul dan ada hubungkait dengan isu utama

sebagai bahan analisis.

Disebabkan kerana pemilihan populasi tidak terlalu banyak saya akan cuba

meneliti semua jenis berita yang bersesuaian dengan unit analisis kajian. Pemilihan

yang kecil dan teliti terhadap isi kandungan yang bersesuaian boleh menghasilkan

keputusan yang benar (Berelson, 1971).

Page 53: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

53

Kajian ini dilakukan dengan kaedah analisis isi kandungan dengan pendekatan

kajian secara kualitatif. Kajian kualitatif tidaklah terlalu fokus sangat kepada

kewujudan populasi atau teknik yang terperinci untuk membuat sampel

kebarangkalian (Babbie, 2001). Namun kajian kualitatif lebih berfokus kepada

bagaimana populasi atau sekumpulan kes kecil, unit atau aktiviti-aktiviti yang

memeriahkan kehidupan sosial (Neuman, 2000). Hal serupa yang dinyatakan Neuman

(2000) pernah pun dinyatakan oleh Flick (1998 dalam Neuman, 2000) “it is their

relevance to the research topic rather than they representativeness which determines

the way in which the people to be studied are selected“.

Teknik pemilihan populasi yang digunakan adalah purposive sampling.

Maknanya kajian ini dilakukan dengan populasi yang ditentukan secara rasional dan

bertujuan oleh pengkaji. Matlamat pengkaji dengan teknik populasi ini ialah untuk

menganalisis isi kandungan sehingga boleh mengenal pasti pemaparan kes Ambalat

pada akhbar pilihan kajian yang dimulai pada 1hb Mac 2005 dan berlangsung secara

berterusan sehingga pada 30hb April 2005. Kedua-dua akhbar berkenaan merupakan

akhbar utama dan diminati pembaca di kalangan masyarakat Indonesia. Sebanyak 122

terbitan pada kedua-dua akhbar dalam dua bulan dijadikan sebagai populasi kualitatif

kajian. Keadaan populasi akhbar ini dapat dilihat dalam jadual 3.1 di bawah ini:

Jadual 3.1

Populasi kajian

Nama akhbar Tarikh terbitan akhbar

Bulan Mac Bulan April

Kompas 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 13 14 15 16 17 18 19 20 21

24 25 26 27 28 29 30 31 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Bulan Mac Bulan April

The Jakarta Post 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 13 14 15 16 17 18 19 20 21

24 25 26 27 28 29 30 31 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Page 54: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

54

3.4 PERSOALAN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji akan menganalisis isi kandungan akhbar pilihan untuk

mencari jawapan kepada beberapa persoalan kajian, iaitu:

(1). Berapa kerapkah akhbar pilihan kajian memaparkan berita isu Ambalat?

(2). Bagaimanakah tajuk utama yang dipaparkan akhbar pilihan berkenaan dengan isu

Ambalat?

(3). Siapakah komunikator berita dalam isu Ambalat yang dipaparkan dalam akhbar

pilihan kajian?

(4). Dari manakah asal berita isu Ambalat dalam akhbar pilihan kajian?

(5). Bagaimanakah jenis berita berkait dengan isu Ambalat dipaparkan dalam akhbar

pilihan kajian?

(6). Apakah nama agensi berita yang membuat liputan isu Ambalat dalam akhbar

pilihan kajian?

(7). Berapakah saiz berita berkenaan dengan isu Ambalat dipaparkan oleh akhbar

pilihan kajian?

(8). Di manakah letak berita berkenaan dengan isu Ambalat diletakkan dalam akhbar

pilihan kajian?

(9). Apakah orientasi berita tentang isu Ambalat?

3.5 TAKRIFAN KENDALIAN

Dalam kajian ini yang dimasukkan dalam kategori kajian adalah bahan-bahan yang

akan dikaji sahaja. Bahan yang dikaji hanya ruang lingkup dalam akhbar yang ada

hubungkait dengan peristiwa, kejadian, keadaan, dan situasi isu Ambalat serta

pertikaian wilayah sempadan antara Indonesia-Malaysia. Ruang lingkup akhbar

tersebut boleh berbentuk pemaparan berita secara am, asal berita dan siapa

komunikator berita tersebut, rencana, surat pembaca, saiz berita dan letaknya, lidah

pengarang serta gambar dan kartun.

Page 55: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

55

3.5.1 Kekerapan Pemaparan

Kategori daripada takrifan kendalian ini digunakan untuk mengetahui kekerapan

berita dan rencana mengenai isu Ambalat serta pertikaian wilayah sempadan antara

Indonesia-Malaysia dalam akhbar. Kekerapan isu ini bermakna berapa kali atau

bilangan berita yang disiarkannya. Setiap berita dan rencana yang disiarkan dalam

akhbar yang dikaji dikodkan dari segi kekerapan bagi setiap isu berkaitan yang

disiarkan dalam akhbar yang dipilih.

3.5.2 Tajuk Utama Pemaparan

Kategori ini merujuk kepada tajuk utama yang ditonjolkan dalam akhbar di muka

surat depan atau tajuk dariapada pemaparan sebuah rencana yang berkaitan dengan isu

Ambalat dan pertikaian wilayah Indonesia-Malaysia. Mengikut pada hasil

pemerhatian awal di kedua-dua akhbar pilihan, pengkaji membahagikan kategori ini

kepada tiga sub kategori iaitu, (1) kategori tajuk politik dan undang-undang (2)

kategori sosial dan budaya (3) kategori ekonomi dan bisnes. Prosedur pengekodan

tajuk utama ini juga dipandu dengan intepretasi makna kata sifat yang digunakannya.

Pada kategori pertama, berita yang dipaparkan selalunya berkenaan dengan

keadaan politik, undang-undang dan kedaulatan antara kedua-dua negara, Indonesia

dan Malaysia seperti, “Republik Indonesia Pertahankan Kedaulatan“, “Menteri Luar

Negara Malaysia & Menteri Luar Negara Indonesia Sepakati Perbincangan

Penyelesaian Kasus Ambalat“, “Kapal Perang Disiagakan“, “Ambalat Milik Siapa“,

“UNCLOS versus peta Malaysia“ dan sebahagian lainnya daripada akhbar Kompas.

Pemaparan berita kategori politik dalam akhbar The Jakarta Post adalah seperti, “R.I.

Vows Diplomacy in Ambalat Row“, “Susilo-Badawi Agree to Settle Rift Peacefully“,

“Susilo Tells TNI to Secure Disputed Area“, “Indonesia-Malaysia Stand by Claims“,

dan lainnya.

Sub kategori kedua, selalunya merupakan pemaparan berita oleh kedua-dua

akhbar yang berkaitan dengan situasi atau peristiwa yang berlaku di kedua-dua

Negara, Indonesia dan Malaysia sebagai kesan dari isu Ambalat seperti: “Kenalilah

Tanah Airmu“, “DPR Sepakat Gelar Rapat“, “Saling Serang Hacker Indonesia-

Page 56: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

56

Malaysia“, “Hidupkan Budaya Damai R.I – Malaysia“, “Mahasiswa Dukung Upaya

Pemerintah untuk Berdamai“, “Presiden Batal Buka Kongres“, “ASEAN dan Beban

Ambalat“ dan lainnya. Begitu pula dengan pemaparan berita dalam akhbar The

Jakarta Post seperti, “Ambalat, Nationalism and Popular Interest“, “Anti-Malaysian

Sentiment puts Universities at Risk“, “RI-KL Warship Collide in Ambalat“, “Securing

Public Infrastructure“, “Students Demand Peaceful Solution“, “Migrant’s Plight and

Public Service“ serta tajuk utama berita lainnya.

Pada sub kategori yang ketiga, pula pengekodan pemaparan berita yang ada

hubungkait dengan isu Ambalat namun pemaparan berita tersebut lebih menuju ke

arah perekonomian kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia, yang dilaporkan oleh

akhbar Kompas dengan contoh tajuk seperti berikut: “MABES TNI Minta Angaran

Pembelanjaan Dinaikkan“, “Pendekatan Ekonomi & Keamanan“, “Masyarakat Tidak

Mampu Beli Solar“, “Promosikan Pulau Terluar“, “Pengusaha Singapura Melirik

Investasi di Ambalat“, “Indonesia Protes Kontrak Malaysia“ dan lainnya. Begitu pula

dengan laporan berita dalam akhbar The Jakarta Post seperti, “Rupiah to Remain

Under Pressure on Inflation“, High Dollar Demand“, “Ambalat Diplomacy Budget

Cut“, “Govt Seeks more Funds for Military“, “Kadin Suggests Funding Schemes for

TNI“, “Ambalat Case Hits Exports“ dan lainnya.

3.5.3 Komunikator Berita

Komunikator utama adalah sumber yang dirujuk dalam akhbar apabila menulis berita.

Kategori komunikator utama ditentukan dengan memperhatikan sumber laporan

pemberita dalam membuat laporan berkenaan dengan isu Ambalat dan pertikaian

wilayah sempadan Indonesia-Malaysia. Apabila dalam kategori ini terdapat lebih

daripada satu komunikator maka akan ditentukan dengan melihat sumber yang paling

dominan. Kategori komunikator utama dalam pemaparan akhbar kajian ini iaitu:

3.5.3.1 Pihak Kerajaan

Kategori ini meliputi semua berita yang menjadikan pemimpin negara serta wakilnya,

Pihak Kementerian, Pihak Pegawai Kerajaan dan Badan Pemerintahan sebagai sumber

Page 57: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

57

utama bagi pemaparan berita berkait dengan isu Ambalat. Mereka yang sesuai dengan

populasi kajian iaitu: Susilo Bambang Yudhoyono (Presiden Republik Indonesia),

Yusuf Kalla (Wakil Presiden Republik Indonesia), Abdullah Ahmad Badawi (Perdana

Menteri Malaysia), Mohamad Najib Tun Abdul Razak (Deputi Perdana Menteri

Malaysia), dan apabila ada pendapat berkenaan dengan isu Ambalat daripada

pemimpin negara lain ianya masuk dalam kategori ini.

Kategori Kementerian Negara ini meliputi semua berita yang menjadikan

menteri-menteri negara, wakilnya atau pun ahli yang mewakli kementerian tersebut

dan sebagai komunikator utama bagi pemaparan berita berkait dengan isu Ambalat

dalam akhbar pilihan kajian. Kategori Pegawai Kerajaan ini termasuklah semua

pegawai kerajaan Indonesia dan Malaysia yang dijadikan sebagai komunikator berita

dalam pemaparan berita berkenaan dengan isu Ambalat, yang dimuatkan dalam

kedua-dua akhbar tanpa mengambil kira sama ada ianya pegawai tinggi atau rendah.

Termasuk dalam kategori ini juga pegawai kerajaan daripada luar negeri yang jadi

komunikator berita dalam pemaparan berita isu Ambalat.

Termasuk dalam kategori Badan Pemerintahan adalah badan pemerintahan

yang dijadikan sumber komunikator berita dalam pemaparan isu Ambalat. Badan

pemerintahan yang termasuk dalam kategori ini seperti, DPR (Dewan Perwakilan

Rakyat), MPR (Majelis Permusyawaratan Rakyat) atau badan pemeritahan lainnya.

Apa yang utama daripada kategori ini ialah pernyataan yang dijadikan laporan bukan

dari pendapat individu namun hasil dari kesepakatan badan pemerintahan tersebut.

3.5.3.2 Pihak bukan-Kerajaan

Kategori ini memasukkan semua berita yang menjadikan pemimpin masyarakat,

Pekerja profesional dan Orang awam sebagai komunikator berita dalam pemaparan

berita isu Ambalat. Termasuk dalam kategori Pekerja Profesional adalah semua

komunikator dari kalangan profesional seperti pakar undang-undang, kelautan,

ekonomi, sosial atau ilmuwan lain yang turut memberikan maklumat berkenaan

dengan isu Ambalat. Termasuk dalam kategori Orang Awam ini ialah semua orang

Page 58: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

58

awam atau bersendirian yang dijadikan sebagai komunikator berita dalam laporan

pemaparan isu Ambalat dalam kedua-dua akhbar pilihan kajian.

3.5.4 Agensi Berita

Agensi berita adalah semua pembekal berita termasuk pemberita akhbar tempatan

yang digunakan untuk membuat laporan pada akhbar tempatan. Prosedur penentuan

agensi berita adalah dengan membaca penjelasan penulis dalam berita, atau pada

keterangan di akhir sebuah berita. Apabila terdapat rangkuman tulisan pemberita

tempatan yang bersumber daripada berbagai-bagai agensi berita ianya saya golongkan

ke dalam agensi pemberita akhbar tempatan, Kompas dan The Jakarta Post. Kategori

agensi berita dalam kajian ini adalah:

(1) Antara

(2) Bernama

(3) Antara & Bernama

(4) Reuters

(5) Associated Press /AP

(6) Agence France-Presse / AFP

(7) Reuters & AP

(8) Reuters & AFP

(9) AP & AFP

3.5.5 Jenis Pemaparan

Pemaparan adalah cara sebuah berita ditulis dan dihuraikan sehingga dibentuk

menjadi sebuah penulisan yang baik untuk dibaca serta mudah difahami oleh

pembaca. Penulisan dalam akhbar boleh didefinisikan sebagai suatu laporan tentang

sebarang peristiwa atau situasi terkini.

Sesuatu laporan itu walaupun pendek tetapi mempunyai pelbagai makna

bergantung kepada individu yang mengintepretasikannya (Warren, 1959). Booth

(1971) pula berpendapat bahawa berita adalah kumpulan dan penyebaran maklumat

yang berkaitan peristiwa di persekitaran sama ada di dalam atau di luar sesebuah

Page 59: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

59

masyarakat. Manakala Metzler (1979) mendefinisikan laporan dalam akhbar sebagai

sebuah maklumat atau fakta tentang peristiwa, situasi dan idea termasuk pendapat dan

intepretasi yang membantu individu untuk menyesuaikan diri mereka dengan

persekitaran. Kategori pemaparan akhbar yang wujud dan akan dikaji pada kedua-dua

akhbar iaitu:

3.5.5.1 Berita

Kategori ini bermakna laporan yang ditulis dan dihuraikan sama ada ianya dapat

berupa hasil pemerhatian pemberita di tempat kejadian dan tidak bercampur dengan

pendapat daripada pemberita atau pihak penerbit. Bentuk tulisan ini mempunyai ciri-

ciri adanya Tajuk Utama / Headlines, teras berita dan tubuh berita. Berita juga

bermakna sebagai maklumat yang dilaporkan, atau kutipan yang ada hubungkait

dengan kategori berita (http://katebrigham.com/documentation/research-news.htm).

Menurut Driscoll (1995), sesuatu akan disebut sebagai berita dalam akhbar apabila ia

merangkumi 7 kriteria iaitu, (1) terkini, (2) penting, hal yang serius, (3) menarik

khalayak untuk membaca, (4) berkaitan, (5) membabitkan hak khalayak untuk

mengetahui, (6) membabitkan keperluan khalayak untuk mengetahui, (7) berupa

pemberitahuan, mendidik, pembimbing atau menghibur pembaca.

Selain dari itu, kategori pemaparan berita juga memasukkan pemaparan berita

yang dikembangkan berdasarkan fakta-fakta pendukung untuk memperkuat hujah

penulis. Bentuk tulisan ini mempunyai ciri-ciri adanya tajuk utama, teras berita, tubuh

berita dan kesimpulan.

3.5.5.2 Rencana

Dalam kajian ini menggolongkan rencana dikategorikan sebagai bentuk rencana biasa

dalam satu ruangan yang memaparkan dan membahas secara mendalam sesuatu isu

yang berlaku. Dalam surat khabar Kompas, rencana diletakkan pada mukasurat 4 dan

bermula pada kolum 1. Sedangkan pada akhbar The Jakarta Post biasanya rencana

diletakkan pada mukasurat 6 dan juga bermula pada kolum 1 daripada muka surat

tersebut.

Page 60: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

60

3.5.5.3 Lidah Pengarang

Kategori ini bermakna penulisan oleh ketua pengarang atau daripada penerbit

sesebuah akhbar ke atas suatu isu yang berlaku dan biasanya ada hubungkait dengan

tajuk utama yang dipaparkan dalam mukasurat pertama pada sesebuah akhbar.

Biasanya penulisan ini dimulai dengan pengenalan isi dan kesimpulan. Ciri yang

seringkali terkandung dalam bentuk penulisan lidah pengarang bersifat pembujukan,

hujah atau bermatlamat memberikan pendapat ke atas isu semasa yang berlaku.

3.5.5.4 Surat Pembaca

Kategori ini merujuk kepada segala bentuk tulisan yang disumbangkan oleh pembaca

sesebuah akhbar dan berkaitan dengan isu semasa yang berlaku. Dalam kajian kepada

dua akhbar Kompas dan The Jakarta Post, kedua-duanya telah memperuntukkan

kepada orang ramai ruangan untuk mengkritik atau mengemukakan pandangan

terhadap sesuatu isu atau ketidakpuasan hati mereka terhadap sesuatu hasil keputusan.

3.5.5.5 Gambar & Kartun

Kategori ini merujuk kepada pemaparan dalam bentuk gambar dan keterangannya

sahaja, tanpa disertakan berita yang bersesuaian dengan gambar yang dilaporkan.

Sedangkan kategori Kartun merujuk kepada bentuk lukisan, yang biasanya

mengandungi makna tertentu yang ingin disampaikan kepada pembaca tentang

sesuatu isu.

3.5.6 Asal Berita

Tempat yang menjadi asal berita dan rencana bermaksud dari mana asal sesuatu berita

dan rencana tentang isu Ambalat dipaparkan, iaitu: Jakarta, Kuala Lumpur, Putrajaya,

Samarinda, Bandung, Nunukan, Tarakan Surabaya, Bali dan sebagainya. Perkara ini

perlu diketahui untuk mengenal pasti tempat yang paling banyak membangkitkan isu

Ambalat yang disiarkan dalam kedua-dua akhbar pilihan kajian.

Page 61: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

61

3.5.7 Saiz Berita

Kategori saiz berita adalah ukuran fizikal sebuah berita yang digunakan untuk

mengukur lajur dan kolum. Kategori ini ditentukan dengan mengukur jumlah kolum

sebuah pemaparan berita dan menggunakan kiraan sentimeter (cm). Saiz berita yang

telah diukur dapat dikelompokkan dalam 3 kumpulan saiz, iaitu:

(1). Luas atau lebih dari 6 kolum pemaparan = lebih dari 34 cm / 13,3 inci.

(2). Sedang atau mencapai 4 kolum pemaparan = 14 cm / 5,5 inci.

(3). Kecil atau tidak lebih dari 2 kolum pemaparan dan = 7 cm / 2,7 inci.

3.5.8 Letak Berita

Kategori letak berita ditentukan dengan memperhatikan kedudukan berita itu dalam

penerbitan akhbar. Kategori ini dibahagikan ke atas ruangan seperti,

3.5.8.1 Muka Surat Utama

Kategori ini adalah ruangan di mana semua berita yang penting diletakkan dan

termasuk muka surat yang paling hadapan dalam kedua akhbar pilihan yang dikaji.

Biasanya berita yang diletakkan dalam muka surat utama adalah berita yang

memaparkan isu semasa yang paling menonjol.

3.5.8.2 Ruangan Lidah Pengarang

Kategori ini adalah Ruangan yang memuatkan pemaparan isu semasa yang berlaku

dan berita berkait, dan biasanya memuatkan pendapat daripada akhbar atau penerbit.

Dalam muka surat ini biasanya menjelaskan tentang sesuatu isu menonjol dan

berbagai pendapat lain.

3.5.8.3 Ruangan Berita Luar Negara

Kategori ini adalah ruangan yang memuatkan pemaparan isu semasa yang berlaku dan

diletakkan khas di bahagian berita antarabangsa. Muka surat bertajuk “internasional”

pada akhbar Kompas dan muka surat bertajuk “World” pada akhbar The Jakarta Post.

Page 62: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

62

3.5.8.4 Ruangan Berita Dalam Negara

Kategori ini ialah ruangan yang biasanya disediakan bagi berita dalam negeri, seperti

dalam akhbar Kompas terdapat muka surat bertajuk “Nusantara” dan pada akhbar The

Jakarta Post bertajuk “City”. Dan kedua-dua muka surat itu memaparkan berita khas

daripada dalam negeri.

3.5.8.5 Ruangan Muka Surat Ekonomi

Kategori ini adalah Ruangan yang memuatkan pemaparan isu semasa yang berkait

dengan ekonomi, meski sekali sekala juga memuatkan pemaparan berita ekonomi dan

politik yang saling berkaitan. Secara amnya ruangan ini disediakan oleh kedua-dua

akhbar bagi berita ekonomi dan pembangunan lainnya.

3.5.8.6 Ruangan Muka Surat Tajuk Rencana

Kategori ini adalah Ruangan yang memuatkan segala bentuk rencana dalam akhbar.

Rencana ini boleh ditulis oleh sesiapa sahaja, selama ianya hanya memberikan

pandangan yang lain daripada penulis lain mengenai isu semasa yang berlaku.

Biasanya rencana ini berbentuk naratif dan bergantung pada minat penulis. Matlamat

penulisan rencana juga untuk menciptakan kesan emosional terhadap persepsi

pembaca. Ruangan ini didapati pada hampir semua akhbar, kerana ianya merupakan

satu elemen penting dalam kandungan sesebuah akhbar.

3.5.8.7 Ruangan Muka surat Surat Pembaca

Kategori ini adalah Ruangan yang memuatkan respons daripada khalayak atau

pembaca mengenai isu semasa yang berlaku. Surat pembaca juga boleh berupa

cadangan, pandangan dan kebanyakannya berupa keluhan daripada khalayak terhadap

sesuatu. Ruangan ini dianggap sebagai elemen penting dalam akhbar kerana ianya

boleh menyampaikan mesej yang bebas dan dianggap sebagai cerminan untuk tahap

pembangunan.

Page 63: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

63

3.5.8.8 Ruangan Muka Surat Lain-lain

Kategori ini dimaksudkan sebagai ruangan yang memuatkan pemaparan berita isu

terkait dengan kajian ini dan semua tanggapan dari pembaca pada kedua-dua akhbar

yang diletakkan selain daripada ruangan yang dinyatakan diatas.

3.5.9 Orientasi Pemaparan

Orientasi berita bermakna sebagai arah pemberitaan yang ditentukan oleh pemberita

sehingga pemaparan berita itu dapat memberikan makna terhadap pembaca. Konsep

orientasi berita ini akan dikategorikan pada tiga bentuk, positif, neutral, negatif.

Prosedur pengkategorian orientasi ini dimudahkan dengan cara memahami intepretasi

pemaparan daripada banyaknya jumlah kata sifat yang digunakan oleh pemberita.

Apabila dalam pemaparannya terdapat lebih 50% kata sifat yang sama ada cenderung

positif, neutral atau negatif maka ia akan dikategorikan mengikut kata sifat tersebut.

3.5.9.1 Orientasi Positif

Merujuk kepada Eribo (1993) arah dapat diertikan kepada positf yang bermakna

pemaparan melaporkan keadaan yang baik, stabil dan aman. Kategori ini ditentukan

dengan cara membaca dan memahami isi kandungan berita dan menentukan arah

berita dengan berpandukan kepada sejauhmanakah pemaparan berita menghuraikan

isu kedamaian, penyelesaian konflik dan ketenteraman yang berkait dengan isu

Ambalat.

3.5.9.2 Orientasi Neutral

Kategori ini ialah penulisan dalam akhbar yang menunjukkan kecenderungan kepada

sesuatu pihak. Maknanya yang termasuk dalam kategori ini apabila terdapat berita

yang tidak mempunyai orientasi positif atau negatif setelah membaca dan memahami

isi kandungan pemaparan berita pada kedua-dua akhbar pilihan kajian ini.

Page 64: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

64

3.5.9.3 Orientasi Negatif

Kategori ini bermakna orientasi penulisan di akhbar yang memaparkan permasalahan-

permasalahan yang dihadapi berkait dengan isu Ambalat. Kategori ini juga ditentukan

dengan membaca dan memahami isi kandungan berita. Apabila sesebuah berita yang

dipaparkan menyiarkan ketidakstabilan, kehancuran, menuju peperangan, dan

berbagai-baagi keburukan yang ada hubungkait dengan isu Ambalat maka ianya

termasuk dalam ketegori orientasi negatif.

3.6 TEKNIK MENGANALISIS DATA

Data yang sudah diperolehi dan dikutip melalui jadual kod akan direkodkan dengan

menggunakan program komputer SPSS (Statistical Programe for Social Science).

Data ini dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Kaedah statistik deskriptif

digunakan untuk melihat taburan kekerapan data yang diperolehi, serta menyusun data

dalam bentuk jadual (Mahamood, 2001). Analisis deskriptif menerangkan kekerapan

hasil kajian beberapa kategori yang sudah ditetapkan.

Kesemua kategori kajian ini akan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan secara

peratusan juga akan dihasilkan melalui analisis secara deskriptif. Kategori yang akan

dihurai secara deskriptif adalah, kekerapan akhbar melaporkan berita, kategori tajuk

utama, agensi pemberita, sumber utama laporan, asal berita, saiz berita, letak berita,

jenis berita dan orientasi berita. Namun daripada kesemua kategori yang dikaji secara

deskriptif, hanya kategori orientasi berita yang juga turut dikaji secara intepretatif oleh

pengkaji dan pembantu kajian.

Pengkajian secara intepretatif bermakna, pengkaji dengan pembantu pengkaji

akan menganalisis semua laporan yang dipaparkan dalam akhbar, dengan cara

membaca dan memahami isi kandungan berita, penggunaan kata dan kalimat dalam

membuat penulisan, sehingga pengkaji dapat memahami bahawa orientasi penulisan

akan menitikberatkan kearah positif, neutral atau negatif. Dengan demikian maka

kesan daripada pemaparan isu Ambalat ini boleh diketahui orientasinya.

Page 65: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

65

3.7 PRAUJIAN PENGEKODAN

Menurut Holsti (1969) ujian kebolehpercayaan adalah sesuatu kaedah untuk menguji

semula dengan menggunakan tatacara serta data yang sama untuk memastikan satu

jawapan yang sama diperolehi dengan penyelidikan yang dibuat pada kali pertama.

Praujian pengekodan data untuk keperluan kajian ini telah dilakukan sebelum

kajian analisis kandungan yang sebenar dilakukan. Pembantu pengkaji yang menjadi

juru kod akan diberitahu tentang kategori-kategori yang akan dilihat dan diproses

dengan matlamat adalah untuk memastikan pembantu pengkaji mempunyai persamaan

makna dalam meneliti isi kandungan yang hendak dikaji.

Mengikut Holsti (1969) coefficient of reliability dapat ditentukan dengan

formula berikut ini:

[ R ] eliability = 2 (M)_ N1+N2

Di mana:

R = keboleh percayaan

M = persetujuan jumlah kategori yang dicapai oleh kedua-dua juru kod

N1 = jumlah kategori yang dipersetujui juru kod pertama

N2 = jumlah kategori yang dipersetujui juru kod kedua.

Praujian ini menguji lima unit analisis isi kandungan iaitu, komunikator berita,

tajuk utama, agensi berita, asal berita, orientasi berita. Sebanyak 30 pemaparan

daripada kedua-dua akhbar dijadikan populasi untuk keperluan praujian manakala

teknik pengambilan sampel yang digunakan ialah teknik sistematik mengikut tarikh.

Page 66: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

66

Hasil praujian pengekodan yang diperolehi seperti berikut:

Pembolehubah Formula: R = 2(M)_ Kebolehpercayaan N1+N2 (%) Komunikator berita R = 2 (28)_ 28 + 30 = .96 96 Tajuk utama R = 2 (28)_ 28 + 30 = .96 96 Agensi berita R = 2 (27)_ 27 + 30 = .94 94 Kekerapan R = 2 (26)_ 26 + 30 = .96 96 Jenis Pemaparan R = 2 (27)_ 27 + 30 = .94 94 Saiz berita R = 2 (29)_ 29 + 30 = .98 98 Letak berita R = 2 (26)_ 26 + 30 = .96 96 Asal berita R = 2 (27)_ 27 + 30 = .94 94 Orientasi berita R = 2 (26)_ 26 + 30 = .96 96

Hasil ujian pra pengekodan di atas merupakan ujian composite intercoder

reliability test, ujian ini seringkali digunakan dalam kajian kuantitatif untuk menguji

antara angkubah yang mudah dijelaskan, composite measure are frequently used to

study variables that have no clear and unambiguous single indicators (Babbie,

1995:149). Nilai komposit kebolehpercayaan dalam praujian kajian ini ialah 95.5%

yang bermakna kajian ini layak untuk dilanjutkan.

Dengan nilai kebolehpercayaan yang mencapai di atas +.90 maka kajian ini

layak untuk dilakukan. Begitu pula menurut Holsti (1969) dengan arah nilai 0.7 lebih

Page 67: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

67

adalah ketepatan untuk ujian kebolehpercayaan antara beberapa kod adalah dianggap

darjah yang tinggi. Dan kajian ini dapat diteruskan dan akan mencapai hasil yang

boleh diterima, kerana telah mencapai piawai kebolehpercayaan yang dipersetujui.

Nilai kebolehpercayaan alat ukuran yang ditetapkan oleh para pakar adalah

berbeza, mengikut pendapat masing-masing. Kaplan dan Saccuzzo (1982) menyatakan

bahawa nilai kebarangkalian yang dianggap sebagai nilai yang baik untuk matlamat

kajian adalah .70 sehingga .80. Manakala Anastasi (1982) menyatakan bahawa

kebolehpercayaan yang baik adalah .80 sehingga 0.90. Menurut Cronbach (1984)

nilai koefisien kesahihan yang boleh diterima adalah 0.2.

Kebolehpercayaan satu alat ukuran merujuk kepada kekukuhan daripada alat

ukuran tersebut. Ertinya ketika seseorang mengukur pada keadaan yang sama

menggunakan satu alat ukuran yang mempunyai kebolehpercayaan, maka akan

memperoleh hasil yang sama atau hampir serupa dengan proses pengukuran yang

sebelumnya (Gravetter dan Forzano, 2003). Manakala kesahihan adalah mengenai

kebenaran daripada alat ukuran. Kesahihan alat ukuran merujuk kepada tahap

kebenaran alat ukuran mengukur apa yang semestinya diukur.

Page 68: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

68

BAB 4

HASIL KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini membentang dan menghuraikan dapatan kajian analisis kandungan ke atas

pemaparan isu Ambalat dalam dua akhbar pilihan di Indonesia. Kajian analisis

kandungan dilakukan terhadap dua buah akhbar tempatan Indonesia iaitu akhbar

Kompas, yang berbahasa Indonesia, dan akhbar The Jakarta Post yang berbahasa

Inggeris. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui pola ruang lingkup serta

orientasi pemaparan akhbar dalam memaparkan isu berkaitan dengan Ambalat. Ruang

lingkup akhbar yang telah dikaji secara deskriptif dan dihuraikan dapatannya adalah

kekerapan pemaparan isu, tajuk utama, komunikator berita, asal berita, jenis berita,

saiz berita, letak berita, agensi berita dan orientasi berita yang juga dihurai secara

intepretatif. Huraian tersebut adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti agenda

akhbar pilihan kajian ke atas pemaparan isu Ambalat.

4.2 KEKERAPAN PEMAPARAN ISU AMBALAT

Kajian analisis kandungan ini dilakukan terhadap akhbar Kompas dan akhbar The

Jakarta Post dalam masa dua bulan pemaparan iaitu, sejak bulan Mac hingga April

2005. Selepas analisis isi kandungan dilakukan, kajian mendapati sebanyak 163 kali

pemaparan berita berkenaan dengan isu Ambalat oleh dua akhbar. Dari dua akhbar

pilihan kajian, akhbar Kompas memaparkan berita berkenaan dengan isu Ambalat,

sebanyak 85 kali atau 52.1% dan akhbar The Jakarta Post sebanyak 78 kali atau

47.9% seperti yang dapat dilihat pada jadual 4.1 :

Page 69: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

69

JADUAL 4.1 : Kekerapan Pemaparan isu Ambalat dalam Akhbar

Akhbar F % Kompas 85 52.1 The Jakarta Post 78 47.9 Jumlah 163 100

Daripada hasil kajian juga didapati bahawa dalam bulan Mac tedapat 124 kali

pemberitaan atau 76.1 % yang berkenaan dengan isu Ambalat pada kedua-dua akhbar

dan dalam bulan April sebanyak 39 kali atau 23.9 %, seperti yang dapat dilihat pada

jadual 4.2 :

JADUAL 4.2 :

Kekerapan Pemaparan isu Ambalat dalam kedua-dua Akhbar mengikut Bulan

Bulan F %

Mac 124 76.1

April 39 23.9

Jumlah 163 100

Berdasarkan data yang disenaraikan dalam jadual 4.2 di atas, menunjukkan

bahawa pemaparan isu Ambalat cukup kerap dilakukan oleh kedua akhbar pilihan

kajian. Kekerapan pemaparan isu Ambalat oleh kedua akhbar kajian ini menunjukkan

bahawa isu ini adalah isu yang diagendakan dengan luas terhadap khalayak pembaca

surat khabar untuk mendapatkan kesedaran serta maklumat berkenaan isu Ambalat.

Khasnya dalam bulan Mac, pemaparan isu Ambalat seakan mencapai kemuncaknya

dan pada bulan April kekerapan pemaparan kembali menurun.

Berdasarkan tarikh pula, maka kekerapan pemaparan berita berkenaan dengan

isu Ambalat dalam akhbar pilihan kajian dapat dilihat dalam jadual 4.3 berikut ini:

Page 70: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

70

JADUAL 4.3 :

Pemaparan isu Ambalat mengikut Tarikh

Bulan Akhbar Tarikh Mac April Jumlah

Kompas & The Jakarta Post 1 2 5 7 2 2 1 3 3 1 - 1 4 2 - 2 5 2 1 3 6 - 1 1 7 4 2 6 8 9 3 12 9 11 - 11 10 13 1 14 11 - 6 6 12 6 4 10 13 3 - 3 14 4 1 5 15 6 - 6 16 8 3 11 17 7 1 8 18 7 1 8 19 4 1 5 20 1 1 2 21 3 - 3 22 4 1 5 23 4 1 5 24 8 - 8 25 - - - 26 3 1 4

27 - - - 28 3 2 5 29 4 1 5 30 2 1 3 31 1 - 1 Jumlah 124 39 163 (76.1%) (23.9%) (100%)

Page 71: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

71

Pencantuman tarikh adalah salah satu elemen penting bagi menjalankan

kajian analisis kandungan ini, kerana disebabkan oleh pengkaji memilih untuk

mengkodkan semua pemaparan isu Ambalat dalam kedua-dua akhbar kajian sebagai

unit analisis dan diselaraskan oleh kategori yang berkaitan. Hal ini pun berkaitan

dengan langkah persampelan yang digunakan secara bertujuan (purposive sampling).

Kajian analisis kandungan dalam kedua-dua akhbar, Kompas dan The

Jakarta Post, mendapati isu Ambalat muncul sejak 1hb Mac dengan pemaparan berita

tentang pendakwaan pemilikan blok kaya minyak dan gas semula jadi di wilayah

Ambalat oleh kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia. Pemaparan berita semakin

meningkat antara tarikh 8hb Mac hingga 16hb Mac. Perkara ini ada hubungkait

dengan berlakunya peristiwa kapal laut dari kedua-dua negara yang berlanggar di

wilayah Karang Unarang, Laut Sulawesi serta peristiwa terganggunya pembinaan

rumah api di wilayah Karang Unarang, Laut Sulawesi. Selain daripada itu juga

pemaparan berita meningkat kerana bermulanya pertemuan para wakil kedua negara

pada peringkat Menteri untuk membicarakan kes ini secara diplomasi.

Dalam bulan April, pemaparan berita lebih banyak memaparkan laporan

mengenai proses penyelesaian konflik kes Ambalat secara diplomasi sebagaimana

yang telah di persetujui oleh kedua-dua pihak Indonesia dan Malaysia. Maka daripada

dapatan kajian ini pengkaji sudah boleh menjawab persoalan kajian pada bahagian

pertama.

4.3 TAJUK UTAMA PEMAPARAN ISU AMBALAT

Hasil kajian yang dilakukan terhadap akhbar pilihan juga untuk mengenal pasti tajuk

utama yang sering muncul dalam pemaparan isu Ambalat. Maknanya di sini, ia hanya

merujuk kepada tajuk berita yang muncul dalam muka surat utama setiap akhbar

pilihan kajian. Dalam kajian ini tajuk utama dibahagikan kepada tiga kategori iaitu,

(1) kategori tajuk politik dan undang-undang, (2) kategori sosial dan budaya dan, (3)

kategori ekonomi dan bisnes.

Page 72: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

72

Setiap kategori itu pula dibahagikan kepada sub-kategori tertentu. Kategori

tajuk utama politik dan undang-undang ini dibahagikan kepada empat sub-kategori,

iaitu kedaulatan negara, pemilikan wilayah, perbincangan konflik, keamanan dan

pertahanan. Kategori sosial dan budaya dibahagikan kepada empat sub-kategori iaitu,

nasionalisme, rusuhan, tenaga kerja dan, mesyuarat parlimen. Kategori ekonomi dan

bisnes, dibahagikan kepada empat sub-kategori iaitu, anggaran perbelanjaan,

pelaburan, kontrak konsesi dan nilai mata wang. Matlamat sub-kategori ini ialah untuk

mengenal pasti kemunculan tajuk utama pemaparan berita berkenaan dengan tajuk apa

dan adakah hubungkaitnya dengan isu Ambalat.

Bagaimanakah tajuk utama yang dipaparkan akhbar pilihan kajian berkenaan

dengan isu Ambalat? Hasil kajian analisis kandungan mendapati bahawa tajuk utama

politik dan undang-undang dalam kedua-dua akhbar didapati 50 kali kemunculan atau

30.7%. Sebahagian contoh tajuk utama politik yang muncul seperti “R.I – Malaysia

Sepakati Penyelesaian Damai”, “Isu Perbatasan itu tidak Luar Biasa” yang diucapkan

oleh menteri Luar Negara Malaysia, Syed Hamid Albar. “R.I – Malaysia Ease

Tension”, “R.I pullout Warships” dan lainnya. Setiap kemunculan tajuk utama itu

boleh dilihat dalam jadual 4.4 :

JADUAL 4.4 :

Kekerapan Kemunculan Tajuk Utama Politik dan Undang-undang

Bulan Akhbar Tajuk Politik Mac April Jumlah Kompas Kedaulatan Negara 6 4 10 (33.3%) (66.7%) (41.7%) Kepemilikan Wilayah 2 1 3 (11.1%) (16.7%) (12.5%) Perbincangan Konflik 6 1 7 (33.3%) (16.7%) (29.2%) Keamanan & Pertahanan 4 - 4 (22.2%) ( - ) (16.7%)

Jumlah 18 6 24 (100%) (100%) (100%)

Page 73: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

73

Bulan Akhbar Tajuk Politik Mac April Jumlah The Jakarta Post Kedaulatan Negara 1 - 1 (4.5%) ( - ) (3.8%) Kepemilikan Wilayah 5 - 5 (22.7%) ( - ) (19.2%) Perbincangan Konflik 12 2 14 (54.5%) (50.0%) (53.8%) Keamanan & Pertahanan 4 2 6 (18.2%) (50.0%) (23.1%) Jumlah 22 4 26 (100%) (100%) (100%)

Hasil kajian analisis isi kandungan terhadap tajuk utama sosial dan budaya

dalam kedua-dua akhbar didapati 6 kali kemunculan sahaja dan setelah dikira hanya

3.7% daripada keseluruhan jumlah kemunculan tajuk. Daripada 6 kali kemunculan

tajuk dengan kategori sosial dan budaya dapat dilihat seperti dalam jadual 4.5 berikut

ini :

JADUAL 4.5 : Kekerapan Kemunculan Tajuk Utama Sosial dan Budaya

Bulan Akhbar Tajuk Sosial dan Budaya Mac April Jumlah Kompas Nasionalisme 2 - 2 (100%) ( - ) (100%) Jumlah 2 ( - ) 2 (100%) ( - ) (100%) Bulan Akhbar Tajuk Sosial dan Budaya Mac April Jumlah The Jakarta Post Nasionalisme 1 ( - ) 1 (25%) ( - ) (25%) Rusuhan 1 ( - ) 1 (25%) ( - ) (25%) Tenaga Kerja 1 ( - ) 1 (25%) ( - ) (25%) Mesyuarat Parlimen 1 ( - ) 1 (25%) ( - ) (25%)

Jumlah 4 ( - ) 4 (100%) ( - ) (100%)

Page 74: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

74

Daripada dapatan kajian pengkaji menemukan bahawa dalam bulan April

2005 tidak ada kemunculan tajuk utama yang masuk ke dalam kategori Sosial dan

Budaya, maknanya ianya hanya muncul dalam bulan Mac sahaja. Sebahagian contoh

tajuk yang muncul seperti, “Mahasiswa Melakukan Demonstrasi Anti-Malaysia”,

“Returning Workers Halted”, “DPR Memanggil Dubes” dan lainnya.

Hasil kajian analisis kandungan tajuk utama kategori ekonomi dan bisnes

didapati kemunculannya sebanyak 13 kali atau 8% sahaja. Kemunculannya dalam

akhbar dapat dilihat dalam jadual 4.6 berikut ini:

JADUAL 4.6 :

Kekerapan Kemunculan Tajuk Utama Ekonomi dan Bisnes

Bulan Akhbar Tajuk Ekonomi & Bisnes Mac April Jumlah Kompas Anggaran Perbelanjaan 2 4 6 (66.7%) (100%) (85.7%)

Kontrak Konsesi 1 - 1 (33.3%) ( - ) (14.3%) Jumlah 3 4 7 (100%) (100%) (100%) Bulan Akhbar Tajuk Ekonomi & Bisnes Mac April Jumlah The Jakarta Post Anggaran Perbelanjaan 1 - 1 (16.7%) ( - ) (16.7%) Pelaburan 2 - 2 (33.3%) ( - ) (33.3%) Kontrak Konsesi 2 - 2 (33.3%) ( - ) (33.3%) Nilai Mata Wang 1 - 1 (16.7%) ( - ) (16.7%) Jumlah 6 - 6 (100%) ( - ) (100%)

Pemaparan tajuk utama dengan ketegori ini dalam akhbar Kompas didapati

hanya 7 kali sahaja semasa dua bulan kajian analisis kandungan ini dilakukan. Contoh

tajuk yang muncul iaitu, “Mabes TNI Minta Anggaran Pertahanan Ditambah”,

Page 75: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

75

“Konsesi Petronas Terletak di Malaysia” dan lainnya. Berdasarkan data hasil kajian

menunjukkan bahawa dalam bulan April tidak ada pemaparan tajuk utama yang

termasuk dalam kategori Ekonomi dan Bisnes di dalam akhbar The Jakarta Post.

Sedangkan pemaparan yang bercorak ekonomi dan bisnes pun telah

meramaikan pemaparan berita isu Ambalat. Dengan melihat bahawa isu Ambalat ini

berkait dengan syarikat-syarikat pencari gali minyak dan gas semula jadi yang

berkepentingan di dalam pengelolaannya, maka jelas lah apabila pemaparan berita isu

Ambalat juga memiliki corak ekonomi di dalam kedua-dua akhbar seperti, pemilikan

konsesi atau impaknya terhadap nilai mata wang, khasnya mata wang Indonesia.

Meskipun hanya 13 kali pemaparan atau hanya 8% sahaja, ianya sudah mewakili

pemaparan yang berkaitan dengan anggaran perbelanjaan negara, kontrak konsesi,

pelaburan dan nilai mata wang.

Pada semulanya pengkaji mengandaikan akan mendapati ramai pemaparan

yang berkaitan dengan tajuk utama bercorak sosial, namun hasil kajian ternyata

mematahkan andaian tersebut. Hasil kajian mendapati hanya 6 kali atau 3.7% sahaja

yang selari dengan unit analisis kajian daripada kedua-dua akhbar yang memaparkan

isu Ambalat dengan tajuk bercorak sosial dan budaya.

Kesimpulan terhadap 69 kali tajuk utama yang dipaparkan dalam kedua-dua

akhbar pilihan kajian berkenaan dengan isu Ambalat, iaitu kedua-dua surat khabar

lebih kerap memaparkan isu Ambalat yang bercorak politik dan berhubung kait antara

kedaulatan kedua negara, Indonesia dan Malaysia. Hal ini disebabkan oleh kedua-dua

akhbar lebih menjurus kepada corak politik dalam pemaparannya. Sesuai dengan

Smith (1986) dalam kajiannya yang menyatakan adanya hubungan kekal antara

pembaca akhbar dengan berita berkait politik juga sebaliknya bahawa akhbar selalu

memaparkan berita berkenaan dengan politik. Begitu juga kajian yang dilakukan oleh

Eveland & Scheufele (2000) bahawa akhbar sememangnya memberikan maklumat

berkenaan dengan politik.

Page 76: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

76

4.4 KOMUNIKATOR BERITA PEMAPARAN ISU AMBALAT

Setelah melakukan kajian analisis kandungan ini maka pengkaji dapat mengetahui

pihak mana yang menjadi komunikator dalam setiap pemberitaan yang dipaparkan

dalam akhbar pilihan kajian berkenaan dengan isu Ambalat. Semasa kajian ini

dijalankan, ruang lingkup pihak “komunikator“ saya bahagi menjadi dua kategori

iaitu: pihak pemimpin kerajaan dan pihak bukan kerajaan, yang masing-masingnya

terdiri daripada unsur-unsur yang berkaitan dengan isu Ambalat dan pemaparannya

dalam akhbar pilihan kajian.

Jumlah kemunculan pihak-pihak tersebut sangat penting untuk mengetahui

kesahihan sesuatu berita yang berasaskan pada fakta yang berlaku. Dalam kajian ini

pengkaji mendapati pihak “pekerja profesional“ sebagai komunikator berita daripada

pihak “bukan kerajaan“ yang kerap kali muncul dalam setiap pemaparan berita.

Para pekerja profesional ini di antaranya iaitu, Wahyu Susilo (Labor Policy

Analyst, Migrant CARE Indonesia), Melda Kamil Ariadno (Pensyarah Undang-

undang Laut, Universiti Indonesia & Pengerusi Badan Pengkaji Undang-undang

Antarabangsa), Hasjim Djalal (Pakar Undang-undang Laut Antarabangsa), Ikrar Nusa

Bhakti (Ahli Pengkaji LIPI, Bidang Kajian Asia Pasifik), Makmur Keliat (Ahli Center

for East Asian Cooperation Studies, Universiti Indonesia), Riswanda Imawan (Guru

Besar Fakulti Ilmu Sosial dan Politik, Universiti Gajah Mada), Rizal Sukma

(Researcher at Center for Strategic & International Studies - CSIS) dan lainnya.

Jumlah komunikator keseluruhannya yang didapati semasa kajian ini dilakukan

terhadap kedua akhbar pilihan kajian boleh dilihat dalam carta 4.1 berikut ini:

Page 77: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

77

CARTA 4.1 : Kekerapan Kemunculan Komunikator Berita

Carta di atas menjelaskan jumlah komunikator yang kerap muncul dan

dikutip pernyataannya sebagai bahan pemberitaan. Pada jadual 4.7 di bawah ini akan

menjelaskan jumlah kekerapan komunikator berita yang muncul mengikut akhbar.

JADUAL 4.7 :

Kekerapan Kemunculan Komunikator Berita mengikut Akhbar

Akhbar Komunikator Bulan Kompas The Jakarta Post Jumlah Pihak Kerajaan Mac 33 29 62 (26.6%) (23.4%) (50%) April 12 4 16 (41.4%) (40.0%) (41%) Jumlah 45 33 78 Pihak Bukan kerajaan Mac 23 39 62 (18.5%) (31.5%) (50%) April 17 6 23 (58.6%) (60.0%) (59%) Jumlah 40 45 85

Page 78: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

78

Daripada keseluruhan komunikator berita yang muncul, seperti pada jadual 4.7

diatas, yang kerap muncul adalah “pekerja professional”. Mereka seringkali

menanggapi isu Ambalat melalui penulisan-penulisan rencana dalam setiap akhbar

pilihan kajian. Hasil kajian analisis kandungan terhadap kemunculan komunikator

berita dalam kategori Kerajaan atau Pemerintah, data menunjukkan kemunculan

Pemimpin Negara sebagai komunikator berita pada isu Ambalat hanya 12 kali

berbanding dengan kemunculan daripada pihak Kementerian sehingga 32 kali.

Sedikitnya pernyataan yang dikeluarkan oleh kedua pemimpin negara disebabkan

kerana kedua pemimpin negara telah memberikan kebenaran ke atas penyelesaian

wilayah yang dipertikaikan kepada masing-masing menteri luar negaranya. Para

pemimpin negara, seperti yang dipaparkan dalam akhbar Kompas 7 Mac, 2005 telah

berbincang melalui telefon untuk menyelesaikan isu ini.

Setelah itu komunikator utama yang sering juga muncul ialah daripada pihak

“Kementerian”. Mereka menjadi komunikator berita dalam hampir setiap pemaparan

berita berkenaan dengan isu Ambalat. Komunikator yang berasal daripada pihak

kementerian diantaranya adalah, Marty Natalegawa (Jurucakap Departemen Luar

Negeri Indonesia), Endriartono Sutarto (Panglima TNI), Hassan Wirajuda (Menteri

Luar Negeri Indonesia), Juwono Sudarsono (Menteri Pertahanan Indonesia), Arif

Havas Oegroseno (Direktur Perjanjian Politik, Keamanan dan Kewilayahan,

Departemen Luar Negeri Indonesia), KPH. Rusdihardjo (Duta Besar Indonesia untuk

Malaysia).

Komunikator yang sangat penting dalam isu Ambalat ini berasal daripada

masing-masing pemimpin kedua negara, Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri

Malaysia), Susilo Bambang Yudhoyono (Presiden Republik Indonesia), Mohamad

Najib Tun Abdul Razak ( Deputi Perdana Menteri Malaysia) dan Yussuf Kalla (Wakil

Presiden Republik Indonesia) kerana “suara” mereka sangatlah berpengaruh kepada

penggubalan keputusan dan persepsi khalayak terhadap isu yang berlaku. Sebarang

pernyataan yang berasal daripada pemimpin negara adalah pernyataan rasmi yang

mewakili kedaulatan sesuatu negara dan penting maknanya, begitu pula bagi akhbar

untuk memaparkannya. Maka khalayak pembaca akhbar apabila membaca maklumat

Page 79: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

79

yang berasal daripada pemimpin negara akan terus memiliki persepsi bahawa isu

semasa ini adalah penting adanya.

Pegawai kerajaan juga menjadi komunikator berita dalam pemaparan isu

Ambalat dalam kedua-dua akhbar pilihan kajian. Namun daripada kesemua pegawai

kerajaan yang dijadikan sumber dan komunikator pemberitaan isu berkenaan ini ia

berasal daripada Angkatan Bersenjata kedua-dua negara. Mereka yang kerapkali

muncul ialah, Mohammad Zaidi bin Zainuddin (Panglima Angkatan Bersenjata

Malaysia), Let.Col. Abdul Manaf (Tentara Udara Diraja Malaysia), Marsekal. Djoko

Suyanto (Staff Angkatan Udara Indonesia), Letkol. Guntur Wahyudi (Jurucakap

Angkatan Laut Indonesia bagian Timur) dan yang lainnya.

Kesemua nama yang telah dinyatakan di atas adalah orang-orang yang

bertugas di sekitaran wilayah yang sedang dipertikaikan, maka pernyataan mereka pun

kerap kali dikutip oleh akhbar kajian untuk menjadi sumber pemaparan isu Ambalat.

Kesan daripada pernyataan dan atau gambar yang diletakkan mengenai isu Ambalat

daripada orang yang bertugas di sekitaran wilayah blok Ambalat sangatlah

berpengaruh untuk membantu khalayak pembaca merasa berada di wilayah tersebut

dan mengetahui secara langsung. Intepretasi ini selari dengan hasil kajian Bain &

Weaver (1989) yang menyatakan bahawa maklumat dan gambar dalam akhbar dapat

memberi kesan emosi bagi khalayak untuk berempati seandainya berada dilokasi

peristiwa.

Jumlah kekerapan komunikator daripada orang awam pun sama jumlahnya

dengan jumlah komunikator daripada pihak pegawai kerajaan. Jumlah yang cukup

ramai itu menunjukkan bahawa orang awam pun merespons terhadap isu semasa yang

berlaku sebagai isu nasional. Dalam kes ini pengkaji memiliki intepretasi bahawa

akhbar pilihan kajian telah memberikan maklumat dan kesedaran kepada khalayak

mengenai isu Ambalat, seperti halnya kajian oleh McCombs & Shaw (1977) bahawa

kesan penentuan agenda media ini juga menitikberatkan kepada dua hal, kesedaran

dan maklumat kepada khalayak secara massa, hal ini juga bermakna akhbar kajian

telah memainkan fungsinya sebagai media massa.

Page 80: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

80

Data yang signifikan daripada hasil kajian analisis kandungan terhadap

kemunculan komunikator berita berkenaan dengan isu Ambalat ini tertumpu kepada

“pihak kerajaan”, “pekerja profesional” dan “orang awam”. Apabila kembali melihat

jadual 4.7 di atas maka dapat diinteperetasikan seperti berikut, bahawa pihak kerajaan,

menunjukkan kekerapan kemunculannya sedikit lebih kerap pada bulan Mac sahaja.

Intepretasi pengkaji kepada hasil analisis kandungan menunjukkan bahawa pihak

kerajaan pada awal bulan Mac seringkali dijadikan sumber berita untuk memberikan

penjelasan ke atas isu Ambalat. Maka pada bulan April kemunculan pihak kerajaan

tidak terlalu kerap kerana ianya hanya memberikan pernyataan tentang proses

penyelesaian secara diplomasi yang sedang berjalan.

Kerapnya muncul pihak bukan kerajaan seperti “pekerja professional”,

pensyarah, pakar-pakar serta pemerhati situasi politik, kerana isu Ambalat menjadi

agenda nasional yang memerlukan ulasan, komen atau laporan daripada pihak yang

benar-benar mengetahui sejarah dan langkah bijak penyelesaiannya. Dengan demikian

kekerapan munculnya para pekerja profesional dalam memberikan respons bagi isu

Ambalat ini adalah penting, seperti yang ditulis Prof. Dr. Ir. Jacub Rais. Msc yang

berprofesi sebagai ahli UNGEGN ( United Nations – Groups of Experts on

Geographical Names) bahawa negara Indonesia perlu segera melakukan pengurusan

wilayah garisan pantai dan lautnya serta mencatat semua kepentingan, hak, kewajipan

dan batasan yang ada (Kompas. 2005. 11 April). Pernyataan tersebut merupakan

cadangan bagi masa hadapan agar Indonesia boleh menghindari kembalinya pertikaian

wilayah.

Pihak daripada “orang awam” sebagai unsur daripada pihak bukan kerajaan

sebagai komunikator juga kerap muncul pada bulan Mac dan menurun pula pada

bulan April. Namun data menunjukkan bahawa pihak orang awam ini biasanya

muncul dalam bentuk penulisan rencana dan surat pembaca. Kemunculan pihak orang

awam sedikit lebih kerap dalam akhbar The Jakarta Post berbanding akhbar Kompas.

Pengkaji menganggap isu Ambalat sebagai isu nasional yang diketahui secara

antarabangsa. Ternyata isu ini telah menarik perhatian orang ramai daripada pelbagai

peringkat menengah dan atasan, sebagai khalayak pembaca akhbar The Jakarta Post.

Mengikut pada hasil dapatan kajian yang sudah dijelaskan, maka pengkaji telah dapat

Page 81: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

81

menjawab persoalan kajian mengenai siapakah komunikator yang kerap dikutip

pernyataan-pernyataannya berkenaan pemaparan isu Ambalat pada kedua-dua akhbar

pilihan kajian.

4.5 ASAL BERITA PEMAPARAN ISU AMBALAT

Dari segi asal berita hasil kajian menunjukkan sebanyak 102 kali dari seluruh jumlah

pemaparan berita berkenaan dengan isu Ambalat berasal daripada Jakarta dan kota-

kota yang berdekatan dengan wilayah yang dipertikaikan. Hasil analisis terhadap

tempat asal berita boleh dilihat pada jadual 4.8 dan carta 4.2 berikut ini :

JADUAL 4.8 :

Asal Berita mengikut Akhbar Akhbar Asal Berita Kompas The Jakarta Post Jumlah Jakarta 51 51 102 (60%) (65%) (62.6%) Kuala Lumpur 5 5 10 (5.9%) (6.4%) (6.1%) Putrajaya 1 - 1 (1.2%) ( - ) (.6%) Samarinda - 7 7 ( - ) (9.1%) (4.3%) Tarakan 8 5 13 (9.5%) (6.5%) (8.1%) Nunukan 14 6 20 (16.7%) (7.8%) (12.4%) Bandung - 2 2 ( - ) (2.6%) (1.2%) Bali 2 2 4 (2.4%) (2.6%) (2.5%) Lain-lain 4 - 4 (4.7%) ( - ) (2.5%) Jumlah 82 79 163 (52.2%) (47.8%) (100%)

Page 82: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

82

CARTA 4.2 :

Asal Berita berkenaan isu Ambalat

[ Jakarta = 62.6% ] [ Kuala Lumpur = 6.1% ] [ Putrajaya = .6% ] [ Samarinda = 4.3% ] [ Tarakan = 8.1% ]

[ Nunukan = 12.4% ] [ Bandung = 1.2% ] [ Bali 2.5% ] [ Lain-lain = 2.5% ]

Daripada kedua-dua akhbar yang telah dikaji, pengkaji mendapati bandar

Jakarta sebagai tempat yang paling kerap muncul, manakala daripada kesemua

kemunculan berita terdapat dua asal berita yang tak dapat dikesan oleh pengkaji

kerana jenis beritanya termasuk dalam kategori Gambar atau Kartun serta tidak

terdapat pernyataan nama tempat daripada pemaparan tersebut.

Didapati asal berita berkenaan dengan isu Ambalat berasal dari Jakarta

sebanyak 102 kali atau 62.6% dalam kedua-dua akhbar. Hal ini dikarenakan Jakarta

sebagai ibunegara daripada Indonesia dan sebagai pusat pemerintahan sehingga

berkait langsung dengan kes Ambalat serta penyelesaiannya. Selain daripada Jakarta,

tempat asal berita yang kerap muncul berasal daripada tempat luar bandar iaitu

Nunukan, terletak di Kalimantan atau yang dikenali secara antarabangsa dengan

Page 83: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

83

sebutan Borneo. Setelah Jakarta, ibunegara Malaysia, Kuala Lumpur, menjadi tempat

asal berita yang juga didapati cukup kerap iaitu sebanyak 10 kali atau 6.1%.

Perbezaan yang jauh antara Jakarta dan Kuala Lumpur sebagai punca isu Ambalat,

membuat pengkaji untuk menyimpulkan bahawa akhbar Indonesia lebih kerap

memaparkan isu berkenaan dengan Ambalat berbanding dengan media di Malaysia.

Lagipun kajian ini hanya fokus pada akhbar pilihan arus perdana di Indonesia sahaja.

Jadual berikut ini menunjukkan asal berita berkenaan isu Ambalat mengikut bulan.

JADUAL 4.9 :

Asal Berita mengikut Bulan Bulan Asal Berita Mac April Jumlah

Jakarta 77 25 102 (62.1%) (64.1%) (62.6%) Kuala Lumpur 8 2 10 (6.5%) (5.1%) (6.1%) Putrajaya - 1 1 ( - ) (2.6%) (.6%) Samarinda 4 3 7 (3.2%) (7.7%) (4.3%) Tarakan 8 5 13 (6.5%) (12.8%) (8.0%) Nunukan 17 3 20 (13.7%) (7.7%) (12.3%) Bandung 2 - 2 (1.6%) ( - ) (1.2%) Bali 4 - 4 (3.2%) ( - ) (2.5%) Lain-lain 4 - 4 (3.2%) ( - ) (2.5%) Jumlah 124 39 163 (100%) (100%) (100%)

Jadual 4.9 di atas telah menunjukkan bahawa dalam bulan Mac jumlah

kemunculan pemaparan berita tentang isu Ambalat kerap daripada tempat yang berkait

terus dengan isu ini seperti, Jakarta, Nunukan, Kuala Lumpur dan lainnya. Jumlah

yang diketahui dalam bulan Mac selari dengan andaian pengkaji bahawa bulan Mac

adalah awal daripada isu Ambalat dijadikan agenda akhbar, dan pada bulan April

mulai menurun jumlahnya kerana isu ini sudah tidak lagi mendapat respons seperti

Page 84: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

84

awal mulanya daripada khalayak serta pengarang akhbar. Hal ini disebabkan kerana

akhbar mendedahkan agenda kepada khalayak bahawa isu ini sudah menuju ke arah

positif iaitu penyelesaian secara diplomasi dan tertib, sebagaimana yang telah

dipaparkan oleh kedua akhbar pilihan kajian. Setelah melakukan kajian analisis

kandungan ini, maka pengkaji dapat mengetahui darimana asal berita yang dipaparkan

dalam kedua akhbar pilihan kajian.

4.6 JENIS PEMAPARAN ISU AMBALAT

Jenis pemaparan ialah cara bagaimana sesebuah berita dihuraikan dan dibentuk

sehingga menjadi sebuah berita yang baik untuk dibaca dan mudah difahami. Bentuk

penulisan yang paling kerap digunakan dalam memaparkan isu Ambalat di kedua-dua

akhbar pilihan kajian ialah berbentuk “berita”. Jenis pemaparan ini juga dibahagikan

kepada lima bentuk penulisan untuk dikaji iaitu (1) Berita, (2) Rencana, (3) Lidah

pengarang, (4) Surat pembaca dan, (5) Gambar dan Kartun. Jumlah kekerapan “berita”

dalam hasil kajian didapati 89 kali atau 54% dari jumlah keseluruhan. Hasil kajian

terhadap jenis berita boleh dilihat dalam jadual 4.10 berikut ini:

JADUAL 4.10 :

Kekerapan Jenis Berita

Jenis Pemaparan F % Berita 89 54.6 Rencana 37 22.7 Lidah pengarang 10 6.1 Surat pembaca 12 7.4 Gambar & Kartun 15 9.2 Jumlah 163 100

Analisis juga dilakukan untuk mengenal pasti akhbar manakah yang boleh

dinyatakan lebih unggul dalam menyajikan berita berkenaan dengan isu Ambalat

selama masa kajian, iaitu awal bulan Mac 2005 hingga hujung bulan April 2005. Masa

kajian tersebut juga telah dipersetujui bahawa secara rasional masa tersebut adalah

Page 85: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

85

masa di mana pemaparan berita isu Ambalat muncul. Jadual 4.12 berikut ini akan

menunjukkan hasil dapatan kajian tersebut.

JADUAL 4.11 :

Kekerapan Jenis Pemaparan mengikut Bulan Bulan Jenis Pemaparan Mac April Jumlah Berita 69 20 89 (55.6%) (51.3%) (54.6%) Rencana 26 11 37 (21.0%) (28.2%) (22.7%) Lidah Pengarang 6 4 10 (4.8%) (10.3%) (6.1%) Surat Pembaca 9 3 12 (7.3%) (7.7%) (7.4%) Gambar & Kartun 14 1 15 (11.3%) (2.6%) (9.2%) Jumlah 124 39 163 (100%) (100%) (100%)

Bentuk penulisan yang dikaji bagi pemaparan isu Ambalat pada bulan Mac

mendapat perhatian yang kerap daripada kedua akhbar pilihan kajian. Laporan

penulisan “berita” yang lebih kerap muncul pada bulan Mac iaitu memaparkan

dakwaan keatas wilayah yang kaya minyak dan gas semula jadi dalam blok Ambalat.

Selain itu pula, pada bulan April pemaparan dalam kedua surat khabar pilihan serupa

dengan bulan Mac hanya jumlahnya sahaja yang berbeza. Bentuk penulisan lebih

kepada bentuk “rencana” dan “berita” mengenai pengamanan wilayah yang

dipertikaikan dan kedaulatan negara terhadap pemilikan blok Ambalat.

Bentuk penulisan “lidah pengarang”, “surat pembaca” dan “gambar & kartun”

juga didapati kewujudannya berkenaan dengan isu Ambalat dan memiliki kesan yang

cukup berpengaruh. Meski ianya tidak sebanyak “berita” dan “rencana” namun

pemaparan isu Ambalat kedalam bentuk “lidah pengarang” dianggap penting kerana

“lidah pengarang” merupakan ruangan yang berisikan pendapat atau persepsi daripada

pengarang akhbar. Ruangan tersebut merupakan ciri khas daripada maruah sesebuah

akhbar. Begitu juga dengan pemaparan isu Ambalat dalam bentuk “surat pembaca”

Page 86: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

86

dan “gambar & kartun” akan lebih memudahkan bagi khalayak pembaca untuk

membentuk persepsi kepada isu Ambalat serta kepada akhbar itu juga.

JADUAL 4.12 :

Kekerapan Jenis Pemaparan mengikut Akhbar Akhbar Jenis Pemaparan Kompas The Jakarta Post Jumlah Berita 49 40 89 (57.6%) (51.3%) (54.6%) Rencana 22 15 37 (25.9%) (19.2%) (22.7%) Lidah Pengarang 7 3 10 (8.2%) (3.8%) (6.1%) Surat Pembaca 4 8 12 (4.7%) (10.3%) (7.4%) Gambar & Kartun 3 12 15 (3.5%) (15.4%) (9.2%) Jumlah 85 78 163 (100%) (100%) (100%)

Daripada hasil kajian mengenai jenis pemaparan yang kerap muncul maka

dapat disimpulkan bahawa akhbar Kompas sedikit lebih kerap memaparkan laporan

dalam bentuk “berita” berkenaan isu Ambalat kepada khalayak, berbanding dengan

akhbar The Jakarta Post yang juga memaparkan hampir sebanyak akhbar Kompas.

Akhbar Kompas sedikit lebih memaparkan berita berkenaan dengan isu semasa, sama

ada dalam bentuk “rencana” yang ditulis oleh kebanyakan para pekerja profesional

yang berkenaan dengan isu berlaku semasa atau dalam bentuk “berita” secara

langsung.

Jumlah daripada pemaparan isu Ambalat dalam bentuk “lidah pengarang”,

“surat pembaca” dan “gambar & kartun” sejumlah 37 kali juga memberikan

sumbangan kepada khalayak pembaca untuk mendapat maklumat dan kesedaran

tarhadap isu semasa. Mengikut data yang ditunjukkan di atas, akhbar The Jakarta Post

lebih kerap hanya memunculkan isu Ambalat melalui gambar. Pengkaji berandaikan

bahawa meletakkan gambar yang berkenaan dengan isu semasa akan lebih

memudahkan khalayak untuk mengintepretasi sesebuah berita dalam akhbar.

Page 87: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

87

4.7 AGENSI BERITA

Agensi berita adalah organisasi yang membekalkan berita untuk kedua-dua akhbar.

Agensi tersebut juga turut dikaji untuk mengetahui mana yang lebih kerap dijadikan

sebagai punca beritanya. Agensi berita memainkan peranan penting dalam

pembentukan berita kerana berita-berita yang dilaporkan akan sedikit sebanyak

mempunyai kandungan yang berbeza-beza. Selain daripada agensi berita yang sudah

disenaraikan, pengkaji juga memasukkan akhbar tempatan sebagai unit analisis yang

termasuk kedalam kod kategori agensi berita. Akhbar tempatan ini bermakna berita

yang dibekalkan oleh para wartawan tentang isu Ambalat yang berasal daripada

akhbar pilihan kajian.

Kajian ini juga bermatlamat mengenalpasti kekerapan agensi berita yang

merupakan pembekal berita tentang isu Ambalat kepada akhbar Indonesia. Beberapa

agensi berita tersebut ialah, Antara (Agensi Berita Indonesia), Bernama (Agensi Berita

Malaysia), Antara dan Bernama, Reuters, Associated Press (AP), Agence France-

Press (AFP), Reuters & Associted Press, Reuters & AFP, AFP & AP.

Hasil kajian terhadap agensi berita ini didapati bahawa akhbar pilihan kajian,

Kompas dan The Jakarta Post, tidak kerap untuk mendapatkan sumber berita

mengenai isu Ambalat daripada agensi berita luar negara yang dikenal luas walaupun

isu Ambalat merupakan isu nasional yang dikenal pasti secara antarabangsa. Hasil

kajian mendapati akhbar Kompas sebanyak 75 kali atau 46% dan The Jakarta Post 64

kali atau 39.3% yang menjadi pembekal berita sendiri dalam pemaparan isu Ambalat .

Untuk data kesemua agensi berita yang muncul dalam kajian ini dapat dilihat dalam

jadual 4.13 berikut ini:

Page 88: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

88

JADUAL 4.13 : Kekerapan Agensi Berita

Agensi Berita F % Antara 5 3.1 Bernama 5 3.1 Reuters 4 2.5 Associated Press (AP) 4 2.5 Agence France-Press (AFP) 3 1.8 Reuters & AP - - Reuters & AFP 1 .6 AP & AFP - - Akhbar Tempatan 141 86.5 Jumlah 163 100

Agensi berita yang membekalkan maklumat kepada akhbar pilihan kajian

tersebut ialah Reuters, Associated Press, Agence France-Press yang menjadi pembekal

maklumat daripada perspektif luar negara. Selain itu juga agensi berita Bernama

dijadikan sebagai pembekal berita bagi akhbar Indonesia, kerana ianya tergolong

dekat dan mempunyai kaitan geografi, etnografi dan budaya serta sudut pandang

permasalahan yang bersesuaian dengan isu semasa yang berlaku.

Kemunculan agensi berita luar negara seperti Reuters, AFP, dan AP dalam

liputan isu Ambalat hanya sekedar memberitakan isu tersebut daripada sudut pandang

lain dan gambar yang berkenaan dengan isu Ambalat. Seperti yang dipaparkan dalam

akhbar The Jakarta Post tentang liputan pernyataan Perdana Menteri Malaysia semasa

berada di Selandia Baru berkenaan dengan perilaku Indonesia tentang Ambalat (The

Jakarta Post. 2005. 22hb Mac.)

Keseluruhan hasil kajian terhadap pemaparan isu Ambalat dalam kedua akhbar

kajian yang diketahui pembekal beritanya dapat dilihat dalam jadual 4.14 berikut ini:

Page 89: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

89

JADUAL 4.14 : Kekerapan Pembekal Berita isu Ambalat

Akhbar Agensi Kompas The Jakarta Post Jumlah Antara - 5 5 ( - ) (6.4%) (3.1%) Bernama 2 3 5 (2.4%) (3.8%) (3.1%) Kompas 73 - 73 (89.4%) ( - ) (46.7%) The Jakarta Post - 64 64 ( - ) (83.3%) (86.5%) The Jakarta Post & Antara - 1 1 ( - ) (1.3%) (.6%) Kompas & Bernama 3 - 3 (3.6%) ( - ) (1.9%) The Jakarta Post & Bernama - 1 1 ( - ) (1.3%) (.6%) Reuters 2 2 4 (2.4%) (2.6%) (2.5%) Associated Press 1 3 4 (1.2%) (3.8%) (2.5%) Agence France-Press 3 - 3 (3.5%) ( - ) (1.8%) Jumlah 84 79 163 (100%) (100%) (100%)

Daripada dapatan kajian mengenai agensi berita di atas, maka diketahui

bahawa akhbar Kompas dan The Jakarta Post masing-masing menjadi pembekal

beritanya sendiri bagi pemaparan isu Ambalat yang dibekalkan dalam akhbarnya.

Kedua-dua surat khabar pun menggunakan agensi berita daripada luar negara untuk

mendapatkan perspektif lain mengenai pemaparan berita yang berkenaan dengan isu

semasa yang berlaku di dalam negara terkait.

4.8 SAIZ BERITA PEMAPARAN ISU AMBALAT

Berkenaan dengan saiz berita yang dipaparkan oleh kedua-dua akhbar pilihan kajian

didapati sejumlah 163 pemaparan yang dikesan dan terdapat 15 pemaparan yang tak

Page 90: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

90

dapat dikesan kerana tidak sesuai sebagai unit analisis. Jenis pemaparan tersebut ialah

jenis berita ’’Gambar dan Kartun“. Maknanya kajian analisis kandungan ini hanya

kepada jenis penulisan “berita”, “rencana”, “surat pembaca”, dan “lidah pengarang”.

Khas bagi kategori “Gambar & Kartun“ tidak dikira kepada jumlah saiznya kerana

pada setiap hari edaran surat khabar mesti berbeza saiznya. Kajian yang dilakukan

terhadap saiz berita juga telah dibahagi kepada 3 kategori iaitu, (1) “luas” atau jumlah

pemaparan lebih daripada 6 kolum, yang telah dikira sebelumnya mencapai 34cm

panjangnya. (2) “sedang” atau jumlah pemaparan tidak kurang dan lebih daripada 4

kolum atau sesuai dengan 17cm. (3) “kecil” atau jumlah pemaparan yang berjumlah 3

kolum atau kurang dari jumlah tersebut yang sesuai dengan 7cm. Dapatan kajian

mengenai saiz berita yang dipaparkan oleh kedua-dua akhbar dapat dilihat carta 4.3

dan pada jadual 4.15 di bawah ini:

CARTA 4.3 :

Kekerapan Saiz Berita

Kajian statistik sederhana yang dilakukan untuk kembali mengesan saiz

pemaparan dalam akhbar kajian berkenaan isu Ambalat apabila mengikut akhbar

boleh dilihat dalam jadual 4.15 berikut ini:

Page 91: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

91

JADUAL 4.15 :

Saiz Berita Pemaparan Isu Ambalat mengikut Akhbar

Akhbar Saiz Pemaparan Kompas The Jakarta Post Jumlah >6 kolum (34cm) 25 8 33 (30.5%) (12.1%) (22.3%) = 4 kolum (17cm) 29 22 51 (35.4%) (33.3%) (34.5%) <3 kolum (7cm) 28 36 64 (34.1%) (54.5%) (43.2%) Jumlah 82 66 148 (100%) (100%) (100%)

Hasil dapatan kajian boleh mematahkan hipotesis daripada Budd (1967) yang

menyatakan bahawa semakin luas pemaparan maka semakin tinggi pula penonjolan

berita. Karena khas pada kes ini, akhbar The Jakarta Post lebih kerap memaparkan

berita isu Ambalat pada saiz sederhana padahal isu Ambalat merupakan isu global.

Perbezaan saiz pemaparan pengkaji intepretasikan berasaskan daripada gaya

pemaparan masing-masing editor akhbar.

Apabila saiz berita dikaji mengikut bulan, maka terdapat perbezaan di antara

kedua-dua akhbar pilihan kajian, seperti yang boleh dilihat dalam jadual 4.16 berikut

ini:

JADUAL 4.16 : Saiz Berita Pemaparan Isu Ambalat mengikut Bulan

Bulan Saiz Pemaparan Mac April Jumlah > 6 kolum (34cm) 24 9 33 (21.8%) (23.7%) (22.3%) = 4 kolum (17cm) 39 12 51 (35.5%) (31.6%) (34.5%) < 3 kolum (7cm) 47 17 64 (42.7%) (44.7%) (43.2%) Jumlah 110 38 148 (100%) (100%) (100%)

Page 92: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

92

Perbezaan ini disebabkan pemaparan yang muncul dalam kedua-dua surat

khabar semakin menurun, sama ada dari agenda medianya atau pun perhatian daripada

khalayak. Perkara ini disebabkan oleh perhatian khalayak sudah teralih atau pun

dialihkan kepada isu lain yang dipaparkan oleh media, yang juga merupakan

agendanya. Pada bulan April pemaparan mengenai isu Ambalat menurun kerana isu

kedua negara ini sudah mula reda dan sudah memulakan proses perbincangan secara

diplomasi untuk menyelesaikan kes wilayah yang dipertikaikan. Data hasil analisis

kandungan terhadap saiz ini sebetulnya juga menunjukkan bahawa isu Ambalat

merupakan isu nasional yang penting untuk disedari oleh khalayak pemabaca, khasnya

pada bulan Mac. Pada bulan April bukan bererti isu ini sudah tidak lagi penting

namun akhbar kajian sudah menurunkan agenda terhadap penekanan pemaparan isu

Ambalat. Ini dikeranakan oleh pemaparan isu Ambalat pada bulan April sudah

berjalan ke arah penyelesaian yang mesti disepakati secara diplomasi.

4.9 LETAK BERITA PEMAPARAN ISU AMBALAT

Kajian ini membahagikan kategori tentang letak pemaparan kepada ruang seperti

berikut ini: (1) muka surat utama, (2) lidah pengarang, (3) ruangan berita dalam

negara, (4) ruangan berita dalam negara, (5) ruangan berita ekonomi, (6) ruangan

tajuk rencana, (7) ruangan surat pembaca dan, (8) muka surat lain-lain. Dalam

meletakkan berita yang dipaparkan oleh kedua-dua akhbar mengenai isu Ambalat

didapati sebanyak 49 kali atau 30.1% terbitan dari kedua-dua akhbar kajian

meletakkannya pada muka surat utama. Setelah itu didapati pula sebanyak 42 kali atau

25.8% pemaparan berita berkenaan dengan isu Ambalat diletakkan dalam muka surat

dalam negara. Kedua tempat letak berita tersebut adalah yang paling kerap digunakan

oleh kedua-dua akhbar untuk memaparkan isu Ambalat. Untuk keseluruhan dapatan

kajian mengenai letak berita boleh dilihat dalam jadual 4.17 berikut ini:

Page 93: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

93

JADUAL 4.17 : Kekerapan Letak Berita Pemaparan Isu Ambalat

Letak berita F % Ruangan Utama 50 30.7 Ruangan Lidah Pengarang 6 3.7 Ruangan Berita Luar Negara 9 5.5 Ruangan Berita Dalam Negara 42 25.8 Ruangan Ekonomi 3 1.8 Ruangan Tajuk Rencana 27 16.6 Ruangan Surat Pembaca 18 11.0 Ruangan Lain-lain… 8 4.9 Jumlah 163 100

Untuk taburan peratusan berkenaan dengan letak berita dan akhbar berkaitan

dapat dilihat dalam jadual 4.18 berikut ini:

JADUAL 4.18 :

Letak Berita Pemaparan Isu Ambalat mengikut Akhbar Akhbar Letak Berita di Ruangan Kompas The Jakarta Post Jumlah Ruangan Utama 21 29 50 (24.7%) (37.2%) (30.7%) Ruangan Lidah Pengarang 5 1 6 (5.9%) (1.3%) (3.7%) Ruangan Berita Luar Negara 6 3 9 (7.1%) (3.8%) (5.5%) Ruangan Berita Dalam Negara 23 19 42 (27.1%) (24.4%) (25.8%) Ruangan Ekonomi 1 2 3 (1.2%) (2.6%) (1.8%) Ruangan Tajuk Rencana 15 12 27 (17.6%) (15.4%) (16.6%) Ruangan Surat Pembaca 8 10 18 (9.4%) (12.8%) (11.0%) Ruangan Lain-lain 6 2 8 (7.1%) (2.6%) (4.9%) Jumlah 85 78 163 (100%) (100%) (100%)

Page 94: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

94

Akhbar pilihan kajian lebih kerap meletakkan pemaparan tentang isu Ambalat

dalam muka surat utama. Sesuai dengan data yang ditunjukkan dalam jadual 4.18

diatas, hal ini pengkaji intepretasikan bahawa akhbar pilihan kajian memang

memberikan perhatian lebih kepada isu ini. Isu Ambalat telah meramaikan agenda

akhbar tersebut dan menerima respons yang sangat signifikan daripada beberapa

peringkat khalayak awam, khas nya di Indonesia. Dengan meletakkan berita di muka

surat utama, maka akhbar ingin menunjukkan bahawa berita tersebut adalah isu

semasa yang berlaku dan penting untuk diketahui. Selari dengan yang dinyatakan oleh

Garcia (1981) bahawa muka surat utama memainkan peranannya sebagai ruangan

untuk menunjukkan isu utama atau “showcase“ bagi akhbar dan isu semasa itu

sendiri.

JADUAL 4.19 : Letak Berita Pemaparan Isu Ambalat mengikut Bulan

Bulan Letak Berita di Ruangan Mac April Jumlah Muka surat Utama 45 5 50 (35.5%) (12.8%) (30.1%) Ruangan Lidah Pengarang 3 3 6 (2.4%) (7.7%) (3.7%) Ruangan Berita Luar Negara 7 2 9 (5.6%) (5.1%) (5.5%) Ruangan Berita Dalam Negara 27 15 42 (21.8%) (38.5%) (25.8%) Ruangan Ekonomi 3 - 3 (2.4%) ( - ) (1.8%) Ruangan Tajuk Rencana 22 5 27 (17.7%) (12.8%) (16.6%) Ruangan Surat Pembaca 12 6 18

(9.7%) (17.9%) (11.7%) Ruangan Lain-lain 6 2 8 (4.8%) (5.1%) (4.9%) Jumlah 124 39 163 (100%) (100%) (100%)

Masa kajian adalah elemen penting yang patut diketahui juga pada analisis

kandungan akhbar ini. Rasional masa kajian dan hasil analisis boleh menyimpulkan

Page 95: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

95

sesuatu, seperti letak berita contohnya pada kajian ini. Pada bulan Mac didapati 124

pemaparan dan bulan April sebanyak 39 kali pemaparan. Jumlah signifikan yang

berbeza sememangnya sudah diandaikan pengkaji kerana perbezaan bulan Mac dan

April yang merupakan awal mula hingga menurunnya isu Ambalat pemaparan isu

Ambalat oleh kedua akhbar.

4.10 ORIENTASI PEMAPARAN BERITA

Orientasi ialah arah penulisan berita berkaitan isu Ambalat yang dipaparkan oleh

kedua-dua akhbar pilihan. Pengkaji mengkategorikan orientasi kepada tiga jenis, (1)

orientasi positif, (2) orientasi neutral dan (3) orientasi negatif. Hasil kajian ini

mendapati 76 atau 46.6% pemaparan berita yang berorientasi positif, 60 pemaparan

atau 36.8% berorientasi neutral dan didapati sebanyak 27 atau 16.6% pemaparan yang

berorientasi negatif. Seperti yang dijelaskan dalam jadual berikut ini:

CARTA 4.4 :

Orientasi Berita

Page 96: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

96

JADUAL 4.20 : Pemaparan Orientasi Berita mengikut Bulan

Bulan

Orientasi Mac April Jumlah Positif 60 16 76 (48.4%) (41.0%) (46.6%) Neutral 42 18 60 (33.9%) (46.2%) (36.8%) Negatif 22 5 27 (17.7%) (12.8%) (16.6%) Jumlah 124 39 163 (100%) (100%) (100%)

Jadual 4.20 di atas menjelaskan orientasi pemaparan berita berkenaan dengan

isu Ambalat mengikut bulan. Sesiapa sahaja yang menjadi komunikator utama dalam

pemaparan berita berorientasi tersebut maka jadual 4.21 dan 4.22 di bawah ini akan

menunjukkan hasil kajian mengenai orientasi pemaparan.

JADUAL 4.21 :

Orientasi Berita mengikut Akhbar Akhbar Orientasi Kompas The Jakarta Post Jumlah Positif 41 35 76 (48.2%) (44.9%) (46.6%) Neutral 28 32 60 (32.9%) (41.0%) (36.8%) Negatif 16 11 27 (18.8%) (14.1%) (16.6%) Jumlah 85 78 163 (100%) (100%) (100%)

Mengikut dapatan kajian, akhbar Kompas sedikit lebih banyak memaparkan

berita isu Ambalat dengan orientasi positif berbanding dengan akhbar The Jakarta

Post. Namun akhbar The Jakarta Post juga menyiarkan berita dengan orientasi yang

neutral lebih sedikit berbanding akhbar Kompas. Kedua akhbar pilihan kajian pun

memaparkan berita yang memiliki orientasi negatif sejumlah 27 kali sahaja. Walaupun

pemaparan berita berorientasi negatif tidak sebanyak orientasi positif, namun ia tetap

Page 97: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

97

memiliki peranan kepada khalayak pembaca untuk mencipta persepsi lebih lanjut

tentang isu Ambalat, khasnya bagi kedua negara berkait.

JADUAL 4.22 :

Orientasi Berita mengikut Akhbar dan Komunikator Pihak Kerajaan Akhbar Komunikator Orientasi Kompas The Jakarta Post Jumlah Pihak Kerajaan Positif 27 23 50 (60.0%) (69.7%) (64.1%) Neutral 11 8 19 (24.4%) (24.2%) (24.4%) Negatif 7 2 9 (15.6%) (6.1%) (11.5%) Jumlah 45 33 78 (100%) (100%) (100%) Bukan kerajaan Positif 14 12 26 (35.0%) (26.7%) (30.6%) Neutral 17 24 41 (42.5%) (53.3%) (48.2%) Negatif 9 9 18 (22.5%) (20.0%) (21.2%) Jumlah 40 45 85 (100%) (100%) (100%)

Sejumlah komunikator yang di senaraikan dalam jadual di atas adalah

komunikator berita yang termasuk kedalam satu kategori iaitu, kategori pihak

kerajaan. Dengan jumlah 50 kali pemaparan berorientasi berita positif berasal

daripada pihak kerajaan. Jumlah yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan menunjukkan

respons yang diberikan bagi isu Ambalat. Ini menjelaskan bahawa mereka sebagai

komunikator telah menyedari posisi mereka sebagai pengasas dan penggubal

kebijakan yang boleh mempengaruhi situasi dan perkembangan isu ini. Begitu pula

dengan akhbar pilihan kajian yang memang menyokong segala kebijakan daripada

pihak kerajaan dan pemerintah.

Dapatan kajian yang menunjukkan bahawa komunikator dengan kategori

bukan kerajaan ini mendapati dapatan yang signifikan pada pihak pekerja profesional

Page 98: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

98

dan orang awam. Para pekerja profesional ini adalah mereka yang memiliki

intelektualiti dan pengetahuan berkenaan dengan pertikaian wilayah yang melibatkan

negara Indonesia dan Malaysia. Pengkaji mendapati salah satunya ialah Makmur

Keliat yang berprofesi sebagai ahli Kajian untuk Asia daripada Universiti Indonesia,

Ikrar Nusa Bakti yang juga berprofesi sebagai ahli Badan ilmu pengetahuan Indonesia

bidang kajian Asia pasifik.

Kemunculan beberapa pekerja profesional lainnya seperti pensyarah, pakar-

pakar dan pengkaji berkenaan dengan isu Ambalat, sangat mempengaruhi terhadap

persepsi yang dibentuk oleh khalayak pembaca akhbar nantinya. Hal ini kerana

pernyataan yang dibuat oleh mereka sebagai pekerja profesional adalah pernyataan

yang penting dan bijak bagi menggubal proses penyelesaian berdasar kepada

kefahaman dan pemikiran mereka sebagai pakar dalam bidangnya. Disebabkan kerana

ini maka akhbar pilihan kajian pula banyak menampilkan pemaparan berita atau

rencana dengan sumber kepada para pekerja profesional tersebut. Jadual 4.23 berikut

ini akan menjelaskan orientasi berita mengikut jenis penulisannya.

JADUAL 4.23 :

Orientasi Berita mengikut Jenis Penulisan Orientasi Jenis Pemaparan Positif Neutral Negatif Jumlah

Berita 50 26 13 89 (65.8%) (43.3%) (48.1%) (54.6%) Rencana 21 15 1 37 (27.6%) (25.0%) (3.7%) (22.7%) Lidah Pengarang 2 6 2 10 (2.6%) (10.0%) (7.4%) (6.1%) Surat Pembaca - 9 3 12 ( - ) (15.0%) (11.1%) (7.4%) Gambar & Kartun 3 4 8 15 (3.9%) (6.7%) (29.6%) (9.2%) Jumlah 76 60 27 163 (46.6%) (36.8%) (16.6%) (100%)

Dapatan hasil kajian analisis kandungan terhadap orientasi berita mengikut

jenis penulisan yang dipaparkan dalam kedua surat khabar kajian dapat dilihat sesuai

Page 99: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

99

dengan jadual 4.23 di atas. Hasil dapatan kajian mendapati sejumlah 50 kali jenis

penulisan “pemaparan“ dengan orientasi positif. Mengikut data yang didapati daripada

hasil kajian kekerapan bentuk penulisan tentang isu Ambalat yang kerap muncul

adalah “berita atau pemaparan“ dan “rencana“, maka dapatan orientasi berita juga

berkesan signifikan hanya pada kedua bentuk penulisan tersebut.

Akan tetapi kemunculan pemaparan yang memiliki orientasi positif ini

memang sepatutnya ada dalam bentuk penulisan “pemaparan“ dan “rencana“ kerana,

kedua bentuk penulisan ini adalah paling kerap dibaca oleh khalayak pembaca akhbar.

Biasanya berita atau laporan yang dipaparkan dalam bentuk penulisan “pemaparan“

adalah berita yang penting untuk disedari kewujudannya. Seperti halnya isu Ambalat

yang telah menjadi isu nasional dan disedari ramai khalayak, khasnya di Indonesia

dan oleh media surat khabar Indonesia sebagai pembekal maklumatnya.

Pemaparan yang memiliki orientasi kerap pula dapat kita lihat pada jenis

penulisan isu Ambalat dalam bentuk gambar & kartun. Pemaparan dalam bentuk ini

akan lebih pantas membantu khalayak membentuk persepsinya sendiri tentang isu

Ambalat ini. Dengan sejumlah 15 kali pemaparan gambar yang berorientasi, maka

pengkaji akan menampilkan sebahagian contoh gambar yang diletakkan dalam akhbar

pilihan kajian:

GAMBAR 4.1

Page 100: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

100

Gambar di atas adalah contoh daripada salah satu gambar yang berorientasi

negatif. Gambar tersebut menunjukkan aksi tunjuk perasaan yang dilakukan oleh

segolongan kecil rakyat di Jakarta. Akhbar The Jakarta Post pada 9hb. Mac

memaparkan gambar ini dengan tajuk “ANTI – MALAYSIA RALLY II“. Orientasi

negatif akan terdoktrin secara mudah terhadap khalayak pembaca untuk menciptakan

persepsi bahawa dakwaan Malaysia terhadap blok Ambalat telah merusakkan

hubungan duahala kerajaan. Kerana andaian daripada pengkaji bahawa, meskipun

pemaparan isu Ambalat yang berorientasi negatif tidak terlampau namun hal tersebut

cukup mempengaruhi bagi persepsi khalayak pembaca lebih lanjutnya.

Gambar lain yang memiliki orientasi neutral dapat dilihat pada gambar 4.2,

yang menjelaskan situasi seminar berkenaan dengan isu sempadan yang turut dihadiri

oleh para peserta daripada Indonesia dan Malaysia. Gambar ini diletakkan dalam

akhbar The Jakarta Post pada 24hb. Mac 2005. Gambar ini diberikan tajuk “Border

Talks” dengan pembicara seminar adalah diplomat kanan daripada Kementerian

Urusan Luar Negera, Wiryono Sastrohandoyo, serta bekas pengerusi staff Angkatan

Laut, Bernard Kent Sondakh. Seminar ini diadakan dengan matlamat mencari proses

penyelesaian bagi wilayah perairan laut Sulawesi yang dipertikaikan.

GAMBAR 4.2

Peletakkan gambar sebagai bentuk penulisan yang sangat efektif bagi

membantu khalayak pembaca kedalam pendedahan maklumat. Khalayak pembaca

Page 101: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

101

akan lebih mudah untuk mengintepretasi sesebuah maklumat yang berbentuk gambar

dan keterangannya (Ames,1989). Maka korelasi antara bentuk penulisan dengan

orientasi berita tidak selalunya memiliki pengaruh yang kuat dalam bentuk penulisan

”berita” atau “rencana” walaupun ia meraih kekerapan yang tinggi.

Bentuk penulisan “pemaparan“ dan “rencana“ adalah bentuk penulisan yang

dikedepankan oleh kedua akhbar pilihan kajian dalam memaparakan isu Ambalat.

Bentuk penulisan ini adalah bentuk penulisan yang mesti dibaca oleh khalayak

pembaca. Bentuk penulisan ini juga adalah kebiasaan daripada masing-masing akhbar

dalam memaparkan agenda akhbar yang penting seperti isu Ambalat. Maka dengan

demikian data hasil analisis kandungan di bawah ini akan menunjukkan hasil kajian

antara orientasi berita dengan letak berita.

JADUAL 4.25

Orientasi berita mengikut Ruangan pemaparan

Orientasi Ruangan pemaparan Positif Neutral Negatif Jumlah

Muka surat Utama 37 8 5 50 Lidah pengarang 2 3 1 6 Berita luar negara 6 1 2 9 Berita dalam negara 15 17 10 42 Berita ekonomi - 3 - 3 Tajuk rencana 15 11 1 27 Surat pembaca 2 11 5 18 Lain-lain 1 5 2 8

Jumlah 76 60 26 163

Mengikut data hasil kajian analisis kandungan pada orientasi berita mengikut

ruangan pemaparan menunjukkan bahawa pemaparan dengan orientasi positif lebih

kerap dalam ruangan muka surat utama sejumlah 36 kali. Dengan jumlah yang

ditunjukkan ini maka pengkaji mengintepretasi bahawa memang isu Ambalat di dalam

surat khabar pilihan kajian telah menjadi agenda utama untuk dimaklumatkan kepada

khalayak pembaca. Setelah akhbar meletakkan pemaparan isu Ambalat di muka surat

Page 102: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

102

utama, akhbar kajian juga melanjutkan pemaparan isu Ambalat ini dalam ruangan

berita dalam negara. Maka hal ini menunjukkan bahawa isu Ambalat merupakan isu

nasional yang kerap dibincangkan kejelasannya oleh khalayak pembaca.

Ruangan tajuk rencana pun ramai memaparkan isu Ambalat, khasnya semasa

bulan Mac. Penulis rencana diisi oleh pelbagai tingkatan orang yang menuliskan rasa

tidak puas hati,berorientasi negatif, menuliskan penjelasan mengenai batas sempadan

yang seharusnya dimiliki oleh Indonesia dan Malaysia, berorientasi neutral, dan ramai

yang menuliskan cadangan atau harapan menuju proses penyelesaian secara diplomasi

dan tertib yang berorientasi positif.

Intepretasi pengkaji akan pemaparan negatif, meski ia tidak kerap seperti

pemaparan dengan corak positif, ia telah memberikan pengaruh kepada agenda

khalayak. Maknanya disini telah berlaku kesan agenda media kepada agenda publik.

Antara contoh orientasi berita yang negatif lainnya, dalam akhbar Kompas

pada tarikh 8hb Mac 2005 bertajuk …”keburukan pertahanan dan diplomasi daripada

Indonesia…” yang ditulis oleh orang awam. Pemaparan seperti ini akan memandu

persepsi khalayak pembaca untuk mengurangi perasaan nasionalisme terhadap bangsa

sendiri. Sebuah berita berjenis Kartun dalam akhbar Kompas pada 9hb Mac 2005

dengan tajuk “Mau minum Minyak enchik…”, dan sebuah gambar yang menyajikan

peristiwa pembakaran bendera Malaysia oleh segolongan kecil masyarakat Indonesia,

dengan tajuk “Anti-Malaysia” yang menuntut pemutusan hubungan diplomatik.

Kemunculan jenis-jenis berita tersebut dikategorikan negatif kerana menjadi

pemangkin bagi pendedahan maklumat yang salah secara meluas kepada isu semasa

yang berlaku bagi khalayak. Namun pendedahan maklumat secara kognitif ini pada

hujungnya akan terbentuk bukan daripada kesan yang dilihat namun juga daripada

peringkat pemikiran minda dan kesedaran khalayak untuk memiliki pengalaman

terhadap isu yang berlaku. Maka dengan demikian khalayak akan membuat intepretasi

nya sendiri.

Pemaparan berita yang berorientasi positif seperti yang dipaparkan dalam

akhbar The Jakarta Post pada 10hb. Mac dengan tajuk besar “RI – Malaysia take

Page 103: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

103

steps to mend rift” yang berisikan “…in an effort to prevent xenophobia fueled by the

Ambalat dispute from spreading in two countries, Indonesia and Malaysia met in

Jakarta and agreed to solve the row peacefully on the negotiating table rather than

battlefield…”. Pemaparan ini memberikan kesedaran dan maklumat yang positif dan

penting bagi khalayak pembaca untuk mengetahui perkembangan isu Ambalat.

Akhbar Kompas pun ada memaparkan berita tentang pembinaan rumahapi

yang sempat tertunda dan akan dilanjutkan pembinaannya, kerana mengikut

komunikator berita ini, Komandan Gugus Tempur Laut Armada RI Kawasan Timur,

Laksamana Suparno di Nunukan, menyatakan bahawa rumah api tersebut boleh

membantu keselamatan pelayaran jalur tempatan ataupun antarabangsa, rumah api itu

diperlukan juga kerana sekitaran wilayah Karang Unarang adalah wilayah laut yang

dangkal dan banyak karang laut (Kompas. 2005. 13hb Mac). Maka sepatutnya kedua

pihak tidak menilai dengan berat sebelah, kerana pembangunan rumahapi tersebut

demi kepentingan jalur antarabangsa.

Pernyataan berorientasi neutral daripada Menteri Pertahanan Indonesia,

Juwono Sudarsono, yang bercakap kepada pihak media bahawa proses penyelesaian

isu Ambalat sebaiknya mengikuti dasar-dasar yang telah disepakati secara

antarabangsa, iaitu UNCLOS (United-Nations Convention on the Law of the Sea),

kerana kedua negara memiliki pandangan yang berbeza pada garis sempadan wilayah

perairannya dan ini sepatutnya dilaksanakan di bawah Kementerian Urusan Luar

negara masing-masing secara diplomasi. Ditambahkan dengan pernyataan daripada

Presiden Indonesia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, bahawa tidak akan ada

yang mengorbankan hak dan kedaulatan wilayahnya, kerana isu Ambalat ini akan

diselesaikan mengikut cara rasmi sesebuah negara, iaitu perbincangan diplomasi

(Kompas. 2005. 16hb April).

Meskipun didapati beberapa pemaparan berita yang berorientasi negatif

lainnya, namun kebanyakan khalayak di kedua negara, Indonesia dan Malaysia,

melangkah menuju arah positif, iaitu menuju penyelesaian pertikaian secara damai

dan diplomasi, sehingga tidak memerlukan adanya bentuk kekerasan.

Page 104: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

104

GAMBAR 4.3

Perkara ini juga telah dipaparkan oleh kedua-dua akhbar pilihan kajian dengan

menampilkan tajuk utama yang berjudul “R.I dan Malaysia sepakati Penyelesaian

secara Damai” oleh akhbar Kompas serta Gambar 4.3 di atas, yang menunjukkan

perjumpaan antara presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dengan Menteri

Malaysia untuk Urusan Luar Negeri, Syed Hamid Albar, yang diletakkan dalam

akhbar The Jakarta Post pada 12 hb Mac yang berorientasi menyokong proses

penyelesaian dan pembentukan persepsi khalayak pembaca ke arah yang positif.

Orientasi pemaparan akhbar sangat mempengaruhi kesan daripada pendedahan

maklumat bagi khalayak untuk menyikapi isu semasa yang berlaku. Pendapat atau

persepsi khalayak ini mempengaruhi keadaan politik, sosial dan ekonomi, khasnya di

Indonesia. Pengkaji menarik kesimpulan bahawa akhbar pilihan kajian memang

menjadi medium antara khalayak dan kerajaan untuk membekalkan isu Ambalat yang

berkesan hampir kepada seluruh tingkatan khalayak.

Page 105: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

105

BAB 5

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

5.1 PENGENALAN

Dalam bab ini pengkaji membincangkan kesimpulan daripada hasil kajian analisis

kandungan akhbar Kompas dan The Jakarta Post berkenaan dengan pemaparan isu

Ambalat. Dimensi kajian ini hanya meliputi segi ruang lingkup pemaparannya yang

mencakupi, kekerapan pemaparan, tajuk utama, komunikator utama, agensi berita,

jenis berita, asal berita, saiz berita, letak berita dan orientasi berita.

Populasi kajian sebenarnya meliputi masa yang singkat, sehubungan dengan

itu maka pengkaji memilih untuk menggunakan teknik persampelan bertujuan, yang

meliputi jangkamasa 2 bulan dari awal bulan Mac 2005 sampai hujung bulan April

2005. Masa ini dipilih berdasar rasional kemuncak isu Ambalat dalam pemaparan

akhbar tempatan Indonesia.

5.2 PERBINCANGAN

Keseluruhannya kajian ini dilakukan untuk melihat dimensi pemaparan akhbar

melalui kajian ruanglingkup pemaparan serta orientasinya dalam surat khabar arus

perdana tempatan Indonesia. Akhbar tersebut ialah akhbar Kompas yang berbahasa

Indonesia dan The Jakarta Post yang berbahasa Inggeris, yang mana kedua-dua

akhbar diminati oleh pembaca dengan bukti jumlah pelanggan yang ramai.

Pengkaji memilih surat khabar berbeza bahasa kerana ingin mengenalpasti

ruanglingkup pemaparan dan orientasi yang di agendakan oleh pihak akhbar masing-

Page 106: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

106

masing. Ruanglingkup pemaparan yang dikaji ialah, kekerapan akhbar dalam

memaparkan isu semasa, tajuk utama yang dipaparkan, komunikator berita, jenis

berita, asal berita, ruangan letak berita, agensi berita, saiz berita dan orientasi berita.

Akhbar Kompas memiliki pelanggan yang hampir meliputi seluruh wilayah

Indonesia, khasnya di ibu negara sedangkan The Jakarta Post diminati pembaca kelas

menengah dan atasan, kerana memang surat khabar ini terbit dalam bahasa Inggeris.

Berdasarkan andaian ini pengkaji melakukan kajian analisis kandungan terhadap

kedua-dua akhbar untuk melihat pemaparan yang diagendakan oleh media terhadap

khalayaknya.

Mengapa media akhbar yang dipilih untuk dikaji sedangkan masih terdapat

media lainnya yang juga memaparkan dan menyiarkan isu Ambalat? Andaian

pengkaji bahawa akhbar boleh mempengaruhi dan mendedahkan maklumat khalayak

pembaca daripada suka menjadi tidak menyukai ataupun daripada tidak mengenal

menjadi mengkagumi. Proses tersebut dilakukan oleh akhbar dengan membekalkan

maklumat secara berterusan dan dengan bentuk pemaparan yang pelbagai. Begitu pula

dengan orientasinya maka khalayak pembaca pun akan terdoktrin untuk memiliki

kesan terhadap isu Ambalat ini. Andaian daripada Barwise & Gordon (1998) bahawa

akhbar mempunyai keupayaan dalam proses pembentukan fikiran masyarakat untuk

mengetahui apa yang sebenar berlaku, boleh memperkuat andaian pengkaji tentang

media akhbar terhadap khalayak pembaca, khasnya terhadap isu Ambalat ini. Akhbar

juga tidak terhad masa pemaparannya sehingga khalayak pembaca boleh lebih

terfokus.

Fungsi akhbar adalah untuk pemberitahuan kepada khalayak ramai tentang

peristiwa dan kejadian penting yang berlaku dalam persekitaran masyarakat. Seperti

isu Ambalat, tarikan isu-isu semasa memang menjadi liputan harian setiap surat

khabar. Pemaparan isu semasa adalah agenda utama sesebuah akhbar, maka matlamat

kajian ini ialah mengkaji ruanglingkup dan orientasi pemaparan laporan kes Ambalat

dalam akhbar pilihan kajian.

Page 107: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

107

Isu Ambalat ini menjadi fokus pemberitaan media di Indonesia semenjak awal

bulan Mac 2005. Namun secara kronologi kes Ambalat, dari sudut pandang Kompas,

menyatakan bahawa blok Ambalat ini sudah menjadi ladang eksplorasi minyak dan

gas semulajadi oleh pihak syarikat Total Indonesie melalui hak konsesi daripada pihak

kerajaan Indonesia. Pada tahun 1979 pihak kerajaan Malaysia menerbitkan peta baru

mengenai batas-batas sempadan wilayahnya. Pada tahun 1999 usaha carigali dalam

blok Ambalat diberikan oleh pihak kerajaan Indonesia kepada syarikat Shell untuk

mengelolakannya. Namun dengan alasan bahawa syarikat Shell tidak menemukan

hasil di dalamnya maka pihak syarikat Shell menjual kontrak konsesi tersebut kepada

pihak syarikat minyak milik Italia, ENI untuk mengelola dan melakukan usaha

carigali di blok Ambalat tersebut.

Blok Ambalat ini memiliki kandungan minyak yang besar, kira-kira mencapai

421.61 juta tong dan kandungan gas semula jadinya dikira lebih dari 3.3 triliun kaki

kubik. Wilayah yang besar itu dibahagi kepada dua wilayah iaitu, Blok Ambalat dan

Ambalat Timur, sebagai sebutan oleh Indonesia, atau Blok XYZ dan Blok ND6 / ND

7 sebagai sebutan oleh Malaysia.

Pihak kerajaan Indonesia memberikan hak kontrak konsesi usaha carigali

dalam blok Ambalat kepada pihak syarikat minyak Unocal yang dimiliki oleh

Amerika Syarikat pada tahun 2004. Setelah mengetahui di dalam blok Ambalat

terdapat kandungan minyak yang besar maka pihak syarikat Shell kembali mencuba

masuk dan melakukan usaha carigali. Syarikat Shell kali ini mencarigali melalui hak

kontrak konsesi daripada syarikat Petronas Carigali, Malaysia. Pihak syarikat Shell

memang pernah melakukan usaha carigali di wilayah tersebut. Namun setelah pihak

syarikat Shell kembali masuk kedalam blok Ambalat atas kontrak konsesi Malaysia,

maka isu pertikaian wilayah dan batas-batas sempadan kedua-dua negara mulai

menjadi fokus perhatian.

Pada hujung tahun 2004, isu Ambalat ini sudah pernah menjadi isu dalam

media namun isu itu belum lagi menjadi agenda utama kerana pada masa itu

dibayangi oleh berita tentang pemulangan pekerja asing tanpa izin Indonesia di

Malaysia yang lebih dikedepankan dalam agenda media. Pada bulan Mac 2005 isu

Page 108: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

108

Ambalat menjadi sesuatu isu nasional sama ada di Indonesia atau di Malaysia,

disebabkan insiden kapal peronda milik kerajaan Malaysia yang menceroboh ke dalam

batas sempadan perairan Indonesia.

Kemunculan kembali isu Ambalat, telah menyebabkan pelbagai pihak media

mula menyiarkan dan memaparkan isu ini kepada khalayak seperti akhbar Kompas

dan The Jakarta Post yang juga mula memaparkan isu ini.

Teori penentuan agenda sebagai panduan pada kajian ini, mengandaikan

bahawa media memiliki keupayaan untuk mengalihkan perhatian khalayak dari satu

isu terhadap isu semasa lain yang berlaku (McCombs & Shaw, 1972). Teori ini

dipelopori oleh dua sarjana, Maxwell E. McCombs dan Donald L. Shaw, berdasarkan

penyelidikan tentang fungsi media dan kesannya terhadap khalayak. Ramai pengkaji

yang melakukan kajian terhadap kesan media, dan hampir kesemua hasil kajian

menunjukkan bahawa media telah mampu mengagendakan isu yang penting dan yang

tidak penting kepada khalayak pembaca.

Matlamat media dalam penentuan agenda publik adalah untuk memfokuskan

perhatian khalayak kepada isu semasa yang berlaku. Sepanjang bulan Mac hingga

April media akhbar pilihan kajian ini turut memaparkan isu Ambalat sehingga isu ini

menjadi agenda khalayak pembaca dalam kesehariannya. Pada tahun 1963, Prof.

Bernard Cohen, pun telah menyatakan bahawa the news may not be successful in

telling people what to think, but it’s stunningly successful in telling it’s reader what to

think about. Pengkaji menyimpulkan pernyataan ini bahawa berita sahaja belum tentu

dapat mengalihkan perhatian khalayak, namun pendedahan maklumat yang secara

berterusan dibekalkan kepada khalayak boleh dapat merubah persepsi tentang isu

semasa yang berlaku.

Raymond Funkhouser (1973) telah melakukan kajian terhadap 3 sumber data

dan melihat akibat langsung terhadap agenda khalayak. Ketiga-tiga sumber data

tersebut ialah untuk melihat pendapat khalayak, ruanglingkup pemaparan majalah

mingguan dan, hasil kaji statistiknya. Temuan kajian Funkhouser ini menunjukkan

korelasi yang signifikan di antara persepsi khalayak dengan pemaparan media, dan

Page 109: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

109

kedua-duanya memiliki korelasi yang tinggi pada data statistik. Bolehlah disimpulkan

bahawa media memiliki kesan terhadap pendapat khalayak sekaligus media itu

menjadi medium untuk penyampaian pendapatnya.

Apabila pendedahan maklumat yang dibekalkan oleh media sebagai agendanya

ke atas khalayak sudah meraih keberhasilan maka isu tersebut akan menjadi topik

perbincangan semasa. Dengan demikian pengkaji dalam menjalankan kajian ini akan

melihat seberapa kerap akhbar pilihan kajian mendedahkan isu Ambalat ini.

Kajian untuk mengenal pasti kesan daripada media biasanya dilengkapi

dengan kaedah analisis kandungan. Kaedah membuat analisis kandungan ini lebih

kepada kajian analisis data kebelakangan dan menarik kesimpulan dengan cadangan

bagi masa yang hadapan. Kaedah ini dipelopori oleh Bernard Berelson (1971) yang

menyatakan bahawa analisis kandungan merupakan teknik untuk menganalisis serta

mengkaji mesej komunikasi yang tersurat dan dilakukan secara objektif, sistematik

dan kuantitatif.

Hasil kajian terhadap ruanglingkup dua bulan pemaparan kedua-dua akhbar

pilihan tentang isu Ambalat telah menunjukkan dapatan yang signifikan di antara unit

analisis. Dimulai dengan kekerapan pemaparan isu Ambalat dalam akhbar. Selama

dua bulan pemaparan, akhbar Kompas telah memaparkan laporan isu Ambalat

sebanyak 85 kali atau 52.1% yang hanya lebih sedikit daripada akhbar The Jakarta

Post yang memaparkan sebanyak 78 kali atau 47.9%. Dalam dua bulan

keseluruhannya kedua-dua akhbar telah memaparkan isu Ambalat sejumlah 163 kali.

Kekerapan pemaparan kedua-dua akhbar ini menunjukkan bahawa isu Ambalat

merupakan isu nasional, atau ianya memang agenda daripada akhbar tersebut yang

dibekalkan kepada khalayak.

Semasa kajian dijalankan, pada bulan Mac kedua-dua akhbar telah

memaparkan isu Ambalat ini sebanyak 124 kali. Apabila mengikut tarikh dalam bulan

Mac, pemaparan isu Ambalat mulai sejak 1hb sejumlah 7 kali. Pada mula pemaparan,

kedua-dua akhbar kerap melaporkan berita yang berkenaan dengan batas-batas yang

bersempadanan antara Indonesia dan Malaysia. Kemudian pemaparan isu Ambalat

Page 110: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

110

mulai menjadi fokus agenda akhbar antara 8hb hingga 24hb Mac. Peningkatan

pemaparan ini disebabkan kerana insiden kapal peronda yang kembali menceroboh

masuk ke dalam wilayah laut Indonesia serta terganggunya pembinaan rumahapi di

wilayah Karang Unarang di perairan laut Sulawesi. Pada bulan April terdapat 39 kali

pemaparan isu Ambalat oleh masing-masing akhbar kajian. Sejumlah 29 kali

pemaparan oleh akhbar Kompas dan 10 kali oleh akhbar The Jakarta Post. Pada bulan

April pemaparan isu Ambalat sudah tidak sebanyak pada bulan Mac, namun hampir

daripada kesemua pemaparan isu Ambalat dalam ini memaparkan mengenai

pembicaraan penyelesaian konflik di antara kedua negara pada peringkat menteri.

Pengkaji juga mengenal pasti tajuk besar yang paling kerap disiarkan oleh

kedua-dua akhbar kajian. Pengkaji membahagi tiga kategori tajuk besar iaitu, kategori

politik dan undang-undang, sosial dan budaya, ekonomi dan bisnes. Kesemua kategori

ini dipilih untuk memudahkan dalam mengkategorikan tajuk besar yang muncul di

kedua-dua akhbar. Akhbar Kompas meletakkan tajuk besar berkenaan dengan isu

Ambalat sejumlah 33 kali sama ada kategori politik, sosial atau ekonomi dan bisnes.

Akhbar The Jakarta Post sedikit lebih banyak meletakkan tajuk besar yang berkaitan

dengan isu Ambalat berbanding Kompas iaitu sejumlah 36 kali daripada keseluruhan

kategori.

Kajian untuk mengenal pasti tajuk besar pada kedua akhbar pilihan

menunjukkan hasil dapatan yang signifikan di antara kategori tajuk besar. Kategori

tajuk besar tentang politik dan undang-undang lebih kerap berbanding dengan tajuk

besar kategori lainnya. Pengkaji mengintepretasi bahawa kedua akhbar memang

memilih untuk lebih kerap lagi dalam memaparkan isu Ambalat ini dengan kesesuaian

corak politiknya. Dengan anggapan bahawa perbincangan tentang politik akan lebih

mudah untuk dijadikan agenda kepada khalayak. Hal ini disebabkan kerana masa itu

pun Indonesia baru saja mengalami pergantian pemimpin negara sehingga ramai

khalayak yang membincangkan isu politik, maka apabila akhbar ini mengagendakan

isu politik akan lebih mudah untuk mendapatkan kesannya. Hasil kajian ini serupa

dengan yang dinyatakan oleh Smith (1986) bahawa akhbar memiliki hubungkait yang

kekal antara khalayak pembaca dengan pemaparan politik.

Page 111: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

111

Kemunculan komunikator berita dalam kedua-dua akhbar kajian berdasarkan

dapatan kajian menyatakan bahawa pekerja profesional seperti pensyarah, pakar

undang-undang kelautan dan para pakar dalam bidang strategi wilayah ASEAN, lebih

kerap menjadi sumber kepada pemaparan isu Ambalat. Pengkaji menyimpulkan

bahawa hal ini terjadi kerana isu Ambalat sudah menjadi isu nasional yang sangat

meluas kesannya, dan para pakar ini kerap diminta pendapatnya mengenai

penyelesaian isu pertikaian wilayah ini dengan matlamat mereka boleh memberikan

pandangan yang bijak berdasarkan asas kepakaran mereka. Selain daripada para pakar,

komunikator berita isu Ambalat juga mendapat respons orang awam. Pengkaji

menyimpulkan dengan jumlah kekerapan ini bermakna bahawa respons daripada

orang awam terhadap isu Ambalat sangat kuat. Hal ini disebabkan juga kerana

pemaparan akhbar tentang isu berkenaan secara berterusan. Disebabkan demikian

bererti akhbar kajian ini telah memainkan peranan sebagai penentu agenda.

Pegawai kerajaan dan pemimpin negara merupakan komunikator dan sumber

berita yang penting dalam pemaparan isu Ambalat. Kemunculan komunikator ini

memberikan kejelasan tentang isu Ambalat yang berpunca daripada pusat

pemerintahan. Pemimpin kedua negara terkait merupakan komunikator berita yang

sangat kuat pengaruhnya terhadap khalayak pembaca. Akhbar kajian melaporkan

bahawa presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, dengan Perdana Menteri

Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi, bersetuju dalam perbincangannya di telefon

untuk mengadakan mesyuarat peringkat menteri bagi diplomasi penyelesaian isu

pertikaian sempadan (Kompas, 2005.7 Mac).

Pegawai kerajaan yang bertugas di sekitaran wilayah blok Ambalat pun

menjadi komunikator berita yang kerap dikutip pernyataannya ke dalam pemaparan

isu Ambalat di kedua-dua akhbar kajian. Selain daripada pegawai tentera diraja

Malaysia dan Indonesia yang bertugas, jurucakap daripada Departemen Luar Negeri

Indonesia semasa itu, Marty Natalegawa, merupakan komunikator yang popular

memberikan pernyataan tentang isu Ambalat kepada pihak media. Begitu pula dengan

menteri luar negara daripada kedua pihak terkait, merupakan pihak yang

berhubungkait langsung untuk penyelesaian isu pertikaian sempadan ini.

Page 112: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

112

Orientasi pemaparan berita juga ditonjolkan dapatannya dalam kajian ini.

Orientasi pemberitaan sangat dipengaruhi oleh sistem media yang diamalkan dan

ideologi institusi medianya, serta peranan golongan elit. Dengan andaian ini, maka

agenda media sudah ditentukan oleh pihak yang memiliki dan menguasai media

tersebut.

Semasa isu Ambalat menjadi agenda nasional dan kerap dipaparkan dalam

media, khasnya media Indonesia, pelbagai pemaparan tentang Ambalat keluar sebagai

tajuk utama. Dalam kajian ini, akhbar Kompas dan The Jakarta Post pun

memaparakan isu tersebut dengan beragam orientasi pemberitaan.

Kedua surat khabar pilihan kajian ini cukup kerap dalam pemaparannya. Dari

sejumlah kekerapan pemaparan ini, akhbar Kompas memaparkan isu Ambalat lebih

kerap dengan orientasi yang cenderung positif. Begitu juga pemaparan isu Ambalat

pada akhbar The Jakarta Post yang tidak beza jauh dengan akhbar Kompas. Selari

dengan teori penentuan agenda, bahawa media memiliki agenda yang boleh

mempengaruhi agenda publik (McCombs dan Shaw, 1977). Maka disimpulkan

bahawa orientasi daripada pemaparan isu Ambalat ini jelas merupakan agenda media

yang didedahkan kepada khalyak pembaca sebagai isu yang penting untuk disedari.

Dengan adanya corak pemaparan akhbar yang cenderung ke arah positf, neutral dan

negatif sudah tentu ia akan pengaruhi pula corak pemahaman.

Corak pemaparan kedua surat khabar yang didapati dari hasil kajian sejumlah

76 kali berorientasi positif, 60 kali berorientasi neutral dan 27 kali yang berorientasi

negatif. Dengan demikian pengkaji mengintepretasi bahawa akhbar berkaitan memang

memiliki ideologi yang menyokong kepada pemerintah. Dengan bukti hasil kajian

yang mendapati sebanyak 76 kali atau 46.6% laporan berorientasi positif. Adanya

pemaparan dalam akhbar dengan corak negatif berguna untuk mengagendakan

khalayak bahawa salah satu pihak itu memang lebih baik daripada pihak yang lainnya.

Dengan demikian kemunculan pemaparan denan corak positif diagendakan oleh surat

khabar berkaitan untuk menaikan kembali rasa kepercayaan terhadap pemerintah yang

sedang mengalami transisi dan impak daripada pemaparan dengan corak negatif.

Page 113: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

113

Intepretasi pengkaji terhadap isu Ambalat, bahawa kes ini terjadi kerana ada

pencerobohan sempadan wilayah yang dilakukan oleh Malaysia maka pihak Indonesia

pun bereaksi.

Kedua-dua akhbar pun memaparkan berita yang berlainan orientasinya, seperti

akhbar The Jakarta Post pada 8hb Mac meletakkan gambar berkenaan isu Ambalat

dengan tajuk ’’ANTI-MALAYSIA RALLY : Thousands of people in Makassar, the

capital of South Sulawesi province, take to the streets declaring their readiness to

fight for Indonesian pride over the Ambalat maritime area that Malaysia claims to be

its territory…”

Pemaparan yang seperti ini pengkaji menkodkan ke dalam kategori orientasi

negatif. Apabila sesebuah pemaparan menyiarkan ketidakstabilan, kehancuran,

menuju peperangan dan pelbagai hal yang merugikan maka ianya adalah negatif.

Kategori ini bermakna orientasi penulisan menjurus kepada pelbagai ketidakstabilan

yang berkenaan dengan isu Ambalat. Tajuk yang dimunculkan ini adalah salah satu

bukti tajuk yang boleh memberikan kesan negatif terhadap khalayak pembaca, dengan

menggunakan perkataan “ANTI“ maka khalayak pembaca akan terpengaruh kesan

emosional daripada pemaparan ini. Pemaparan ayat “...their readiness to fight for..’’

memberi kesan luas bagi pembaca bahawa rakyat Indonesia sepertinya telah

membenci negara Malaysia. Kesan ini terasa lebih kuat kerana tidak hanya berupa

gambar sahaja tetapi dilengkapi dengan keterangan kesiapan para pengunjuk rasa.

Aksi segolongan para pelajar pun sempat terakamkan dengan melakukan

pengumpulan kekuatan massa untuk melawan Malaysia. Peristiwa yang berlaku di

daerah Pontianak, Kalimantan Barat, para pelajar memaklumkan dengan luas

kewujudan Front Pemuda KALBAR Ganyang Malaysia. Sedangkan Persatuan Dayak

Borneo KALTIM, menyatakan siap mengumpulkan dan menggerakkan kekuatan

untuk menjaga kedaulatan negara. Peristiwa di Samarinda, sejumlah 30 pelajar

kumpulan Organisasi Mahasiswa dan Badan Swadaya Masyarakat membentuk

kumpulan dengan nama Pemuda Ganyang Malaysia. Aksi ini diikuti dengan peristiwa

yang sempat membuat hubungan dua hala tergendala, iaitu pembakaran bendera

Malaysia di hadapan ratusan orang yang turut melihat perbuatan tersebut. Aksi tunjuk

Page 114: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

114

perasaan terjadi juga di Jakarta, di hadapan pejabat kedutaan Malaysia untuk

Indonesia, juga di bandar Solo, Jawa Timur.

Pertikaian sempadan Indonesia dan Malaysia ini telah merangsang segolongan

kecil untuk melakukan tunjuk perasaan di Indonesia. Ahli Parlimen Indonesia pun

memberikan reaksi dan respons atas pertikaian wilayah tersebut. Pengerusi Dewan

Perwakilan Rakyat (DPR) menyatakan bahawa “...wilayah perairan Ambalat adalah

wilayah Indonesia, maka wilayah tersebut patut dikawal dengan maksimum dan tidak

perlu diadakannya perbincangan hingga ke tingkat mahkamah antarabangsa“

pernyataan ini dikutip daripada akhbar Kompas, 8 Mac 2005. Pemaparan ini

digunakan oleh akhbar berkaitan untuk menaikkan kembali rasa nasionalisme

khalayak pembaca tentang isu Ambalat.

Pengkaji melihat isu Ambalat sebagai isu nasional yang melibatkan kedaulatan

bernegara dari segi politik, ekonomi, sosial budaya serta pertahanan dan keamanan. Di

lihat dari sudut pandang mikro, isu ambalat ini melibatkan berbagai pihak syarikat

minyak antarabangsa, di antaranya Unocal milik Amerika Syarikat, Shell syarikat

minyak kongsi milik Inggeris dan Belanda serta ENI syarikat minyak milik negara

Italia. Kesemua syarikat minyak tersebut memiliki hak konsesi terhadap usaha carigali

dan pengelolaan minyak serta gas semula jadi dalam kawasan blok Ambalat. Impak

daripada isu Ambalat ini mengakibatkan usaha carigali serta pengelolaan tersebut

terjadi penundaan malahan apabila berterusan, isu ini dapat merugikan negara-negara

terkait, jelas secara ekonomi dan diplomasinya.

Isu Ambalat melibatkan secara langsung negara Indonesia dan Malaysia.

Dakwaan timbul daripada masing-masing negara yang mendakwa blok Ambalat

adalah miliknya. Pihak-pihak kerajaan daripada Indonesia menyatakan bahawa

wilayah blok Ambalat masih berada dalam sempadan Indonesia. Begitu juga pihak

Malaysia yang mengeluarkan kenyataan melalui Menteri Luar Negara, Syed Hamid

Jaafar Albar pada 2hb Mac 2005, “Malaysia rejects Indonesia's contention that the

areas are within Indonesia's maritime territory“.

Page 115: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

115

Secara mikro sudah pasti isu Ambalat ini akan melibatkan pemilik akhbar,

kerana agenda yang dikeluarkannya daripada kedua akhbar tersebut. Akhbar Kompas

dan The Jakarta Post adalah institusi media yang dimiliki oleh pihak swasta dan

sudah berdiri lama. Kompas yang sudah terbit sejak tahun 60an dan The Jakarta Post

sejak tahun 80an. Kedua akhbar ini memang diminati khalayak pembaca dengan bukti

jumlah pelanggan yang ramai.

Apabila melihat korelasi antara ideologi akhbar dengan orientasi pemaparan,

kedua-dua surat khabar ini menunjukkan korelasi yang signifikan serta memang

berperanan sebagai penyampai maklumat kepada khalayak, namun maklumat ini

adalah maklumat yang menyokong kepada pemerintah. Korelasi ini juga dibuktikan

dengan hasil kajian yang mendapati pemaparan isu Ambalat berorientasi positif

sejumlah 76 kali, orientasi neutral 60 kali dan orientasi negatif 27 kali. Orientasi

negatif daripada pemaparan isu Ambalat pengkaji andaikan hanya merupakan pola

penyeimbang kepada liputan berita. Keadaan tersebut merupakan antara bukti nyata

bahawa tindakan kedua-dua akhbar kajian adalah selari dan bertepatan dengan teori

penentuan agenda.

Hasil kajian analisis kandungan pada isu Ambalat dalam kedua akhbar ini juga

mendapati pemaparan dengan orientasi negatif, namun hanya sedikit sahaja ianya

cukup mencapai 27 kali pemaparan daripada 163 kali jumlah pemaparan selama dua

bulan kajian. Kajian mendapati bahawa akhbar The Jakarta Post lebih neutral dalam

memaparkan isu Ambalat. Pengkaji menyimpulkan bahawa khalayak pembaca akhbar

yang berbahasa Inggeris adalah golongan pertengahan dan atasan. Golongan ini

adalah mereka yang selalunya aktif membaca akhbar dalam bahasa Inggeris serta

lebih kritis dalam pola fikirnya sehingga tidak mudah mempercayai dan menerima apa

yang dipaparkan akhbar.

Akhbar-akhbar yang dikaji itu dilihat cuba menarik perhatian khalayak

pembaca dengan cara memberitakan perhatian yang lebih besar kepada isu Ambalat.

Khasnya pendedahan maklumat itu bersumber daripada pihak kerajaan dan pakar di

bidang yang berkaitan dengan isu. Apabila isu Ambalat bukan bersumber daripada

pihak berkenaan maka akhbar mencuba mengurangkan perhatiannya dengan

Page 116: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

116

pemaparan berita yang berorientasi neutral. Fenomena ini pengkaji fahami merupakan

suatu strategi bagi akhbar kajian untuk mempengaruhi agenda khalayak sebagaimana

yang dijelaskan dalam teori penentuan agenda.

Hasil kajian McCombs dan Shaw (1977) pula mendapati, bahawa terdapat

keselarasan korelasi di antara orientasi berita yang mendapat liputan dalam akhbar dan

keprihatinan pembaca tentang isu semasa yang berlaku. Perubahan pola pemberitaan

isu Ambalat dalam kedua-dua akhbar ke arah yang lebih positif boleh menjadikan

khalayak semakin sedar tentang isu Ambalat dan proses penyelesaiannya. Oleh itu,

dalam kajian ini teori penentuan agenda yang berpandangan bahawa media boleh

mempengaruhi khalayak dengan caranya sendiri.

5.3 RUMUSAN

Akhbar pilihan kajian telah membuat liputan meluas tentang isu Ambalat di Indonesia.

Kajian untuk menjawab “sejauhmanakah ruang lingkup pemaparan isu Ambalat dalam

akhbar tempatan di Indonesia?“ telahpun dijawab melalui kajian analisis kandungan

yang dijalankan semasa awal bulan Mac hingga April 2005. Begitu pula dengan

orientasi daripada pemaparan akhbar yang telah dikaji secara intepretatif, telah

menunjukkan corak pemaparannya.

Teori yang digunakan sebagai panduan dalam kajian ini ialah teori penentuan

agenda –agenda setting- yang dipelopori oleh McCombs dan Shaw pada awal tahun

1972 di Amerika Syarikat. Teori ini pada tradisinya digunakan untuk mengesan

pengaruh media terhadap khalayak. Teori ini juga memiliki andaian bahawa media

memiliki keupayaan untuk mempengaruhi pemikiran khalayak dengan menentukan

agenda yang akan diliputinya.

Kajian ini merumuskan bahawa akhbar berfungsi untuk menentukan agenda

publik tentang isu nasional. Akhbar merupakan media yang bertanggung jawab secara

sosial untuk melaporkan isu penting bagi menarik perhatian pembaca. Hasil kajian ini

menunjukkan bahawa kedua akhbar memberi perhatian yang besar terhadap isu

Page 117: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

117

Ambalat yang ada hubungkait dengan tema politik serta undang-undang kedua negara

terkait. Kebanyakan daripada tajuk membicarakan mengenai masalah kedaulatan

negara dan wilayah sempadannya.

Dengan tajuk besar yang mengarah lebih kepada politik ternyata komunikator

berita yang paling dominan adalah orang-orang pekerja professional, seperti Melda

Kamil Ariadno seorang pensyarah Undang-undang Laut daripada Universiti

Indonesia, Hasjim Djalal sebagai Pakar Undang-undang Laut Antarabangsa dan yang

lainnya serta daripada pihak kementerian.

Khalayak akan lebih merespon kepada isu Ambalat dikeranakan oleh pelbagai

hal seperti, isu ini berkait dengan soal sejarahnya, undang-undang serta aspek-aspek

lainnya. Begitu pula akhbar yang lebih kerap memaparkan laporan isu Ambalat

daripada pihak-pihak ini juga bermatlamat bagi menjamin kesahihan sesebuah berita

yang dilaporkannya. Para pekerja profesional tersebut memilki pengetahuan tentang

isu Ambalat, sedangkan pihak kementerian yang memiliki kekuasaan dalam

penggubalan asasnya, sehingga pengkaji mengintepretasikan bahawa korelasi antara

komunikator berita ini adalah untuk menjelaskan serta meningkatkan kesedaran

khalayak pembaca tentang isu Ambalat.

Berita yang dipaparkan berasal daripada ibunegara Indonesia, Jakarta, dengan

respons yang berasal daripada berbagai tingkatan komunikator tempatan. Hal ini

pengkaji menyimpulkan bahawa akhbar pilihan kajian sememangnya telah

memainkan peranan sebagai pembekal maklumat dan penentu agenda terhadap

pendapat khalayak, khasnya terhadap isu Ambalat. Asal berita yang juga ramai ialah

daripada kota Nunukan yang terdapat di pulau Kalimantan sejumlah 14 kali, dan

berdekatan dengan wilayah yang dipertikaikan. Pemaparan berita yang berasal

daripada Jakarta seringnya meliputi laporan-laporan daripada pihak kementerian dan

pemimpin negara yang membicarakan tentang proses penyelesaian wilayah yang

dipertikaikan secara diplomasi.

Pada umumnya, pemaparan isu Ambalat adalah berorientasi positif dan

neutral. Didapati hanya sebahagian kecil sahaja yang berorientasi negatif. Isu utama

Page 118: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

118

yang banyak berorientasi positif ialah maklumat terhadap khalayak mengenai

penyelesaian pertikaian wilayah dan situasi kedaulatan kedua-dua negara yang akan

menjamin situasi tetap dalam keadaan aman dan damai. Pemaparan yang berorientasi

neutral ialah yang berkaitan dengan asal mulanya isu Ambalat, pembahasan wilayah

sempadan dan lainnya yang kebanyakan ditulis dalam bentuk rencana oleh para

pakarnya. Pemaparan akhbar pilihan kajian pun ada yang berkesan sentimen.

Berdasarkan hasil analisis kandungan yang dijalankan ke atas dua surat khabar

arus perdana itu, didapati bahawa akhbar – akhbar berkenaanlah yang menetapkan

atau menentukan penting atau tidaknya sesuatu isu yang dipaparkan. Keadaan ini

sesuai dengan pandangan teori penentuan agenda yang dipilih sebagai garis panduan

untuk menjalankan kajian ini. Maka pengkaji memberikan rumusan pada kajian ini

bahawa:

1. pemberita akhbar tempatan telah memberi pengaruh yang kuat kepada liputan

pemaparan isu Ambalat di Indonesia kepada khalayak pembacanya, dan mungkin

kepada khalayak pembaca secara antarabangsa.

2. kecenderungan akhbar terhadap sesuatu isu adalah merupakan agenda akhbar

yang dirancangkan serta disepakati bersama antara pemberita, pengarang dan

penguasa akhbar.

Dengan demikian rumusan ini dapat disimpulkan bahawa agenda media

tentang isu Ambalat ini berpengaruh terhadap khalayak pembaca sebagai hasil

daripada hubungan sebab-akibat (causality) dan pada tahap akhir hubungan ini

diperkukuhkan oleh peranan daripada komunikator berita yang dilaporkan oleh akhbar

sebatas isu berkenaan.

5.4 IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi kajian yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan ke atas dua akhbar

arus perdana Indonesia mengenai isu Ambalat, boleh dilihat dalam tiga aspek iaitu,

implikasi terhadap teori penentuan agenda, implikasi terhadap metodologi dan

implikasi terhadap pengamal.

Page 119: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

119

5.4.1 Implikasi terhadap teori

Kajian ini mendapati bahawa teori penentuan agenda adalah relevan dan menjadi

pegangan di kedua-dua surat khabar yang dikaji. Kajian ini juga dengan jelas

mendapati bahawa akhbar-akhbar berkenaanlah yang menentukan kepentingan

sesuatu isu seperti isu-isu yang berkaitan dengan Ambalat. Contoh yang dapat diambil

seperti isu Ambalat ditentukan sebagai isu yang penting oleh akhbar apabila

komunikator atau sumber berpunca daripada pihak kerajaan seperti pemimpin negara,

pihak kementerian atau badan pemerintah serta daripada golongan pakar bidang ilmu

berkaitan dengan isu semasa ini. Manakala isu Ambalat yang orientasinya

bertentangan dengan pihak pemerintah akan diketepikan atau dijadikan isu yang

neutral.

5.4.2 Implikasi terhadap metodologi

Implikasi terhadap metodologi dalam isu Ambalat ini adalah tepat apabila kajian

dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Sungguhpun demikian,

saya sebagai pengkaji merasa akan mendapati hasil yang lebih baik dan signifikan jika

kaedah yang dijalankan turut melibatkan temubual dengan pihak pemerintah dan

pakar di bidang yang berkaitan dengan isu Ambalat.

5.4.3 Implikasi terhadap media sebagai instrumen nasional

Berdasarkan hasil kajian ini, kedua-dua akhbar yang dikaji didapati bebas menentukan

apakah isu yang mahu diutamakan sebagai agendanya, asalkan ia selaras dengan

kepentingan kerajaan. Walaupun kedua-dua akhbar berkenaan menunjukkan respons

mereka terhadap isu Ambalat, namun akhbar pilihan kajian tersebut menetapkan isu

Ambalat sebagai isu nasional yang penting untuk dibekalkan pada khalayak dengan

matlamat mencapai kesedaran akan isu semasa yang berlaku.

Page 120: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

120

5.5 BATASAN KAJIAN

Kajian ini terhad kepada bagaimana ruang lingkup dalam agenda akhbar pilihan kajian

terhadap isu Ambalat, yang meliputi kekerapan pemaparan, kategori tajuk utama,

komunikator berita, agensi berita, jenis pemaparan, asal berita, saiz berita, letak berita

dan orientasi pemaparannya. Kajian ini tidak menyelidik pandangan khalayak

terhadap agenda akhbar tentang isu Ambalat. Disebabkan kerana kajian ini

menitikberatkan kepada ruang lingkup agenda akhbar mengenai isu Ambalat sahaja.

Kajian ini dijalankan hanya dengan berdasarkan kaedah analisis kandungan

dengan tumpuan kajian kepada hanya dua akhbar arus perdana Indonesia, Kompas

yang berbahasa Indonesia dan The Jakarta Post yang berbahasa Inggeris. Masa kajian

juga terhad kepada dua bulan sahaja iaitu bermula dengan munculnya isu Ambalat

pada bulan Mac hingga hujung April 2005. Berdasarkan batasan kajian tersebut, maka

isu Ambalat yang didapati di luar masa kajian tersebut bukan bahagian daripada bahan

analisis pengkaji.

5.6 CADANGAN

5.6.1 Cadangan Kepada Akhbar sebagai Instrumen Nasional

Kajian ini mendapati akhbar pilihan kajian cenderung memaparkan isu Ambalat

secara positif dan menyokong penuh kebijakan pihak pemerintah. Juga disarakan agar

pihak akhbar dalam pemaparannya mengenai isu Ambalat tidak cenderung kepada

perspektif golongan tertentu, sama ada pandangan pihak pemerintah ataupun

pandangan pihak akhbar sehingga tidak berat sebelah dalam memaparkan.

5.6.2 Cadangan Untuk Kajian Masa Hadapan

Page 121: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

121

Pada masa hadapan adalah perlu dibuat kajian atau satu tinjauan yang menggunakan

kaedah soal selidik tentang bagaimana pandangan khalayak atau kaedah temu bual

sehingga kajian tersebut boleh mendapatkan intepretasi daripada komunikator nya

langsung, khasnya terhadap pihak yang terkait oleh isu Ambalat. Maka dengan

demikian akhbar dan pengkaji boleh membentuk atau mempengaruhi pandangan

khalayak tentang isu Ambalat mengikut apa yang berlaku.

Kajian-kajian lain pada masa hadapan juga perlu dibuat terhadap media massa

yang lain seperti televisyen, radio atau berita dalam laman sawang. Ini kerana ada

kemungkinan agenda media tersebut berkaitan dengan isu Ambalat akan diperolehi

berbeza. Oleh itu, pada masa hadapan perlu juga dibuat kajian semacam itu. Pengkaji

juga mencadangkan agar akhbar tempatan dan luar negara sebaiknya dianalisis

bersama untuk melihat keberpihakan masing-masing akhbar.

5.7 KESIMPULAN

Berasaskan hasil kajian yang dianalisis ke atas 122 kali terbitan dua akhbar selama

dua bulan, maka dikenal pasti bahawa kekerapan pemaparan isu Ambalat dalam

akhbar sejumlah 163 kali. Ini bererti kedua-dua akhbar pilihan kajian memang

menjadikan isu Ambalat sebahagian daripada agenda nya. Walaupun adakalanya

dalam suatu terbitan akhbar tidak memaparkan isu Ambalat sama sekali, manakala

pada terbitan lain, akhbar memaparkan isu Ambalat hingga beberapa tajuk berita.

Kekerapan pemaparan isu Ambalat dalam akhbar pilihan kajian, pengkaji

melihat adanya pengaruh kuat daripada pihak-pihak kerajaan sebagai pelaku politik.

Kajian ini juga mendapati akhbar Kompas sedikit lebih banyak mengutamakan isu

Ambalat berbanding dengan akhbar The Jakarta Post. Kebanyakan isu Ambalat

disiarkan secara kerap kesehariannya dalam kedua akhbar pilihan. Ini bererti mengikut

agenda akhbar, isu Ambalat dianggap isu yang besar yang patut diketahui secara luas

dan menarik perhatian khalayak pembaca. Komunikator utama tentang isu Ambalat

yang paling banyak muncul adalah para pakar dalam bidang undang-undang dan

Page 122: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

122

sempadan wilayah negara. Kemudian komunikator daripada pihak kerajaan juga kerap

menjadi sumber yang banyak dikutip pernyataannya.

Pemaparan akhbar juga membantu untuk meningkatkan kesefahaman khalayak

tentang isu Ambalat, ini dibuktikan dengan kekerapan pemaparan dalam akhbar,

khasnya akhbar yang dikaji. Keadaan tersebut menyebabkan isu Ambalat dalam

pemaparannya di Indonesia telah pun menarik perhatian khalayak.

Isu Ambalat yang dipaparkan dalam akhbar pada umumnya bersumberkan

daripada wartawan atau penulis bebas, dan sebahagian kecil bersumberkan daripada

agensi berita, seperti Antara, agensi berita Indonesia, Bernama, agensi berita

Malaysia, dan agensi berita antarabangsa seperti Reuters, AP dan AFP. Maka dari itu

isu Ambalat banyak ditulis oleh para penulis bebas, khasnya dalam bentuk penulisan

sebuah rencana.

Tempat asal berita yang paling kerap muncul adalah Jakarta, dan Nunukan. Ini

disebabkan kerana kedua tempat itu, Jakarta adalah pusat pemerintah dan Nunukan

dekat dengan wilayah yang dipertikaikan. Hal ini juga pengkaji intepretasikan bahawa

banyak daripada pihak terkait tinggal di Jakarta dan ramai orang awam pun yang

berada di sekitar wilayah Nunukan.

Walaupun pihak akhbar ada memaparkan atau memberikan perspektif yang

negatif mengenai isu Ambalat, seperti pemaparan yang menyokong tindakan melawan

Malaysia, aksi tunjuk perasaan dan lainnya, namun akbar nampaknya tidak terlalu

memfokuskan beritanya ke arah negatif. Ini dibuktikan dengan hasil kajian yang

menunjukkan dapatan bahawa akhbar pilihan kajian lebih banyak yang berorientasi

positif dan neutral, hanya sedikit sahaja yang berorientasi negatif. Keadaan itu

menunjukkan bahawa akhbar memang alat propaganda, dan sebenarnya akhbar hanya

merupakan instrumen yang mempunyai kebebasan untuk memaparkan berita yang

lebih objektif, meskipun kadang kala dipengaruhi juga oleh golongan elit.

Maka demikian, berasaskan hasil kajian ini, boleh dirumuskan bahawa kedua-

dua akhbar arus perdana itu memiliki agenda tersendiri tentang pemaparan isu

Page 123: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

123

Ambalat, yang sepatutnya dipaparkan tanpa ada pengaruh dari pihak manapun

termasuk pemerintah. Akhbar memaparkan secara objektif pelbagai isu yang patut

diketahui oleh khalayak mengikut agendanya. Dengan demikian hasil kajian ini

didapati menyokong dan selari dengan teori penentuan agenda yang berpandangan

bahawa media mempunyai agenda sendiri untuk mempengaruhi khalayak dengan cara

pemaparan yang kerap tentang isu semasa yang berlaku dan mengabaikan isu lain.

Maka dengan memahami teori penentuan agenda sebagai landasan teori dalam kajian

analisis kandungan ini, pengkaji mendapati bahawa teori tersebut digunakan

seawalnya sebagai instrumen bagi mengukur keberkesanan peranan media dalam

pendedahan maklumat. Daripada sebahagian maklumat yang didedahkan tersebut

terdapat pelbagai kemungkinan akan menjadi sesebuah topik yang akan difikirkan dan

dibicarakan dalam lingkungan khalayak. Dalam kes ini, isu Ambalat telah dipilih oleh

media akhbar untuk dijadikan sebagai meklumat yang didedahkan secara berterusan

kepada khalyak. Dengan demikian pengkaji mendapati bahawa dalam kajian analisis

kandungan ini, akhbar pilihan kajian telah memainkan peranannya sebagai penggubal

agenda publik.

5.8 PENUTUP

Pendakwaan serta pertikaian wilayah di sekitar Laut Sulawesi, khasnya di kawasan

perairan yang dikenal Indonesia selama ini sebagai Blok Ambalat dan Ambalat Timur,

akhirnya disetujui dibawa ke meja perundingan. Keyakinan untuk kembali

membincangkan secara diplomasi sempadan laut Indonesia-Malaysia di sekitar Laut

Sulawesi merupakan sebuah kabar baik kerana perundingan mengenai sempadan itu

tidak pernah lagi terjadi sejak serangkai perundingan pada tahun 1960-an ditutup

dengan kegagalan pada tahun 1969.

Melalui sedikit aksi penempatan kapal perang kedua negara, dan juga aksi

massa di pelbagai daerah di Indonesia, akhirnya pihak kerajaan Malaysia bersedia

membicarakan kembali masalah sempadan tersebut.

Page 124: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

124

Sehubungan dengan itu, perjumpaan pertama peringkat menteri daripada

kedua negara berlangsung di Bali, 22hb hingga 23hb Mac, mempunyai makna sangat

besar kearah penyelesaian sempadan wilayah laut dan landas kontinen di timur pulau

Kalimantan Timur tersebut. Pertemuan itu adalah perbincangan awal dalam proses

yang diyakini kedua pihak dapat berjalan cukup panjang kerana masing-masing pihak

jelas akan bertahan sekuat mungkin untuk mendapatkan wilayah yang memiliki

kandungan kaya minyak dan gas semulajadi itu.

Jurucakap Departemen Luar Negeri Republik Indonesia masa itu, Marty

Natalegawa, menyatakan bahawa kedua pihak terkait tidak dapat berharap banyak

kepada pertemuan pertama kerana itu mungkin baru pada tingkat masing-masing

pihak memberikan bagaimana posisinya dan apa asas mereka bagi menguatkan posisi

itu. Maknanya, hasil perundingan pertama itu belum dapat memberikan kesimpulan ke

atas pemilikan blok kaya minyak itu.

Selanjutnya pertemuan antara Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan

Perdana Menteri Malaysia Abdullah Badawi di Bukittinggi, Padang pada 12hb Januari

2006 lepas adalah perjumpaan yang terkini bagi membicarakan persoalan berkait

antara kedua negara, salah satunya berkenaan dengan sempadan wilayah, soal blok

Ambalat dan batas kontinen.

Indonesia dan Malaysia pun bersepakat untuk menyelesaikan sengketa di lepas

pantai Kalimantan Timur dengan terutama menggunakan Konvensi Hukum Laut PBB

(United Nations Convention on the Law of the Sea/UNCLOS) tahun 1982. Ini juga

kesepakatan yang sangat baik kerana perundingan kemungkinan akan lebih mudah

apabila kedua belah pihak berpandukan kepada ketentuan yang sama. Oleh kerana

itulah, kemampuan masing- masing pihak dalam memahami dan menginterpretasikan

pasal demi pasal dalam UNCLOS akan menjadi faktor yang menentukan kepada hasil

penyelesaian secara diplomasi. Namun pada masa sekarang ini patutnya kedua pihak

melakukan perkongsian pintar yang akan membolehkan kedua pihak mendapatkan

resolusi yang positif serta akan bijak dipandangnya oleh pihak antarabangsa.

Page 125: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

125

RUJUKAN

Abar A. Z. 1995. Kisah pers Indonesia 1966 – 1974. Yogyakarta. LKIS.

Adinegoro D. 1966. Publisistik dan djurnalistik. Djakarta. Gunung agung.

Agee K. W., Ault P. H. dan Emery E. 1997. Introduction to mass communication.

Reading MA. Longman.

Adam A. 2003. Sejarah awal pers dan kebangkitan kesadaran ke Indonesiaan.

Jakarta. Pustaka Utan Kayu.

Alpkaya F. dan Celebi A. 1995. “Agenda setting in the media: the case of Hurriyet

1994”. Toplum Ve Bilim /Turkey. Science & Society, 68; 122-157.

Altschull, H. J. 1995. Agents of power, the media and public policy. USA. Longman

Publisher.

Ames. S. E. 1989. Elements of newspaper design. New York. Preager Publisher.

Anastasi A. 1982. Psychological testing.5th Ed. New York. Macmillan Publishing

Company.

Andersen K. E. 1972. Introduction to communication theory and practice. Menio

Park, CA. Cummings Publishing Company.

Anokwa – Salwen K., dan Michael B. 1986. “Newspaper agenda setting among elites

and non-elites in Ghana”. Journalism Quarterly, Vol.61 No.4 (Winter).

Arnold D., dan Gold D. 1974. “The facilitation effect of social environtment”. Public

Opinion Quarterly, 28; 513-516.

Atkin C. K. 1981. Communication and political socialization. Handbook of political

communication. Beverly Hills. Sage Publications.

Atwood L. E., dan Others. 1978. “Daily newspaper contributions to community

discussion”. Journalism Quarterly, Vol.55 No.3; 570-576 (Fall).

Babbie E. 2001. The practice of social research, 9th Ed. Belmont CA. Wadsworth.

Barwise P. dan Gordon D.1998. TheEconomics of the media. Harlow. Longman.

Berelson B., Lazarfeld P. F., dan McPhee W. N. 1954. A study of opinion formation in

a presidential campaign. Chicago. University of Chicago Press.

Berelson B. 1971. Content analysis in communication research. New York. Hafner

Publishing.

Berger A. A., 1991. Media analysis techniques. London. Sage Publication.

Page 126: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

126

Berlo K. D. 1960. The process of communication: an introduction to theory and

practice. San Francisco. Reinehart Press.

Brigham K. 2004. (atas talian) http://www. katebrigham.com/documentation/research-

news.htm

Boggs C.1976. Gramsci’s Marxism. London. Pluto Press.

Booth A. 1971. “The recall of news item”. Public Opinion Quarterly, 34;604 – 610.

Brewer P. R., Graf J. dan Willnat L. 2003. “Priming or framing: media influence on

attitudes toward foreign countries“. Gazzette.

Budd R. W. et al. 1967.Content analysis of communication. New York. The

Macmillan.

Bungin B. 2001. Erotika media massa. Surakarta. Muhammadiyah University Press.

Burgoon J. K. dan Miller, G. R. 1985. Learning Theory Approaches to Persuasion.

Human Communication Research, 7 (2): 161-179.

Chaffee S. H. 1991. Communication concept I: Explication. Newbury Park, CA. Sage

Publication Inc.

Cohen B. 1967. The Press and foreign policy. Princeton NJ. Princeton University.

Craft S., dan Wanta W. 2004. “U.S. Public concerns in the aftermath of 9-11: a test of

second level agenda-setting”. International Journal of Public Opinion

Research, 16; 456-463 (Winter).

Cronbach L. J. 1984. Essential of psychological testing.4th Ed. USA. Harper & Row

Publisher, inc.

DeVito J. A. 2000. Human communication: the basic course. New York. Longman –

Addison Wesley.

Dofivat E. 1968. Handbuch der publizistik. Berlin. Walter de Gryter.

Eribo F. 1993. “Coverage of Africa south of the Sahara by Pravda, Izvestia, Trud and

Selskaya Zhizn, 1979 – 1987: A content analysis”. Journalism Quarterly,

Vol.70, No. 1 (Spring).

Faridah Ibrahim. 1995. Pengaruh pengurusan akhbar ke atas bilik berita. Kertas kerja

dibentangkan dalam Seminar Fakulti Sains Kemasyarakatan dan

Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. 29 Ogos 1995.

Faridah Ibrahim dan Rahmah Hashim. 1996. “Images of woman and human rights: a

content analysis of Malaysian media during the fourth world conferences on

woman in Beijing“. Jurnalistik Komunikasi. 12: 65 – 83.

Page 127: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

127

Garcia M. R. 1981. Contemporary newspaper design. A structural approach.

Englewood Cliffs, New Jersey. Prentice – Hall.

Gaziano C. 1985. “Neighborhood newspaper and neighborhood leaders: influences on

agenda setting and definitions of issues”. Communication research: an

international quarterly. Vol. 12 No.4.

Gerbner G. 1997. The analysis of communication content: Development in scientific

theories and computer techniques. New York. John Wiley and Sons, Inc.

Giddens A. 1990. The consequencies of modernity. Cambridge. Polity Press.

Golan G. dan Wanta W. 2001. “Second level agenda setting in the New Hampshire

primary: a comparison of coverage in three newspaper and public

perceptions of candidate”. Journalism and Mass Communication Quarterly –

782 : 247-259.

Gravetter F. J. dan Forzano B. L. 2003. Research methods for the behavioral sciences.

USA. Wadsworth.

Hart J. A. 1963. “The flow of news between the United States and Canada”.

Journalism Quarterly, Vol. 40.

Hawkins J. M. 2004. Kamus dwibahasa: Inggeris – Melayu, Melayu – Inggeris. 3rd

Ed. Selangor Darul Ehsan. Gains Print Sdn. Bhd.

Holsti O. R. 1969. Content analysis for the social sciences and humanities. Reading,

Massachusetts. Addison – Wesley Publishing Company.

Judith B. 2005. Doing your research project. A guide for first-time researcher in

education, health and social science. 4th Ed. New York. Open University

Press – McGraw Hill Education.

Johnston A., dan Kaid L. 2002. “Image ads and issue ads in U.S. Presidential

advertising: using videostyle to explore stylistic differences in television

political ads from 1952 to 2000. Journal of Communication Vol.52 No.2

Kaid, L.L. 1976. “Measures of political advertising”. Journal of Advertising Research,

Vol.16 No.5; 49-53.

Kaplan R. M. dan Saccuzzo D. P. 1982. Psychological testing: Principles, application

and issues. California. Wadsworth Inc.

Khattab U. 1991. “Gambaran organisasi melalui media massa di Malaysia- Kajian

perbandingan“. Forum Komunikasi, Vol.2 No.1; 57-78. Dlm. Samsudin A.

Page 128: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

128

Rahim. 2003. Kumpulan esei isu-isu komunikasi, hal. 295-318 Bangi.

Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kim S.H., Scheufele D.A., dan Shanahan J. 2002. “Think about it this way: attribute

agenda setting function of the press and the public’s evaluation of a local

issue“. Journalism and Mass Communication Quarterly, 79;7-25 (Spring).

Klaus B. J. 2002. A handbook of media and communication research. Qualitative and

quantitative methodologies. London and New York. Routledge.

Kok Y.H., Goh A., dan Holladay D.A. 1999. “Using cluster analysis to determine the

media agenda”. ASLIB Proceedings, 51; 361-371.

Kosicki G. M. 1993. “Problem and opportunities in agenda setting research”. Journal

of communication. Vol 43 No.2.

Kretch D. dan Crutchfield. 1977. Perceiving the world: the process and effects of

mass communication. Urbana. University of Illinois Press.

Krippendorf K. 1980. Content analysis: an introduction to its methodology. Beverly

Hills. Sage Publication.

Kwansah-Aidoo K. 2001. “The appeal of qualitative methods to traditional agenda-

setting research: an example from West Africa”. Gazette, vol.63; 521-537.

Lacy S., Riffe D., Stoddard S., Martin H., Chang K. 2001. “Sample size for newspaper

content analysis in multi year studies”. Journalism and Mass

Communication Quarterly Vol.78 No.8 (Winter).

Lai C. C., Abd. Latif dan Lee K. L. 2005. “Kasus Ambalat – reaksi media Indonesia:

framing dan komunikasi antarabangsa”. Official Lauch of SSIG &

International Conference on Media and Communication Proceeding, 41.

Lavine J. M dan Wackman D. B. 1998. Managing media organization. Effective

leadership of the media. New York. Longman.

Lawrence R. G., Birkland T. A. 2004. “Guns, Hollywood and school safety: defining

the school-shooting problem across public arenas”. Social Science Quarterly,

85; 1193-1207.

Littlejohn S. W. 2005. Theories of human communication. 8th Ed. Belmont, CA.

Thompson – Wadsworth.

Lull J. 1995. Media and communication, culture a global approach. Cambridge.

Polity Press.

Page 129: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

129

Mahamood Y. 2001. Statistik inferensi untuk sains tingkah laku. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Martin L. J. 1976. ”Recent theory on mass media potential in political campaigns”.

The Annals of the American academy of political and social science, 427;

125-133.

Matters M. 2003. Dari perintah halus ke tindakan kasar. Jakarta. Pustaka Utan Kayu.

McCombs M. E. 1972. Mass communication in political campaign: information,

gratification and persuasion. Dlm. Kline F., dan Tichenor P.J. Current

perspectives in mass communication research. Beverly Hills, CA. Sage.

McCombs M. E. 1982. The agenda-setting approach. Dlm. Nimmo D dan Sanders K.

Handbook of political communication. Beverly Hills, CA. Sage.

McCombs M. E et al. 1975. Measuring the cumulative agenda-setting influence of the

mass media. Minnesota. West Publishing Co.

McCombs M. E., dan Shaw D. 1972. “The agenda-setting function of mass media”.

Public Opinion Quarterly, 36; 176 – 187.

McCombs, M.E., Shaw, D.L., dan Weaver, D.L. 1997. Communication and

Democracy: Exploring the Intellectual Frontiers in Agenda-Setting Theory.

Mahwah, N.J. Lawrence Erlbaum.

McCombs M. E., Llamas J. P., Lopez-Escobar E., dan Rey F. 1997. “Candidates

images in Spanish elections: second-level agenda-setting effects”.

Journalism & Mass Communication Quarterly, 74 (4); 703-717.

McLuhan M. 1965. Understanding media: the extensions of a man. London.

Routledge & Keagan Paul Ltd.

McLuhan M., dan Fiore Q. 1967. The medium is the message. Harmandworth.

Penguin

Melvin L. D., Sandra B. 1992. Theories of mass communication. New York. Addison

Wesley – Longman Inc.

Merrill J. C. 1991. Global journalism. 2nd ed. New York. Longman.

Metzler K. 1979. Newsgathering. Englewood’s Cliff. Prentice – Hall.

Miller K. 2002. Communication theories. Texas A & M University. McGraw-Hill

Mohd. Helmi Abd. Rahim. 1999. “Kebolehpercayaan dan kesahan dalam kaedah

analisis kandungan. Dlm Syed Arabi Idid (Ed). Analisis kandungan: 45 – 46.

Bangi. Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 130: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

130

Mohd. Dhari Othman. 1999. “Analisis isi kandungan: satu panduang penyelidikan.

Dlm Syed Arabi Idid (Ed). Analisis kandungan: 35 – 44. Bangi. Jabatan

Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mott G. F. 1968. New survey journalism. Washington. Bernas and noble incorporated.

Neumann W. L. 2000. Social research methods: qualitative and quantitative

approaches. 4th Ed. USA. Allyn & Beacon.

Ojo-Emmanuel O. 2003. “The mass media and the challenges of sustainable

democratic values in Nigeria: possibilities and limitations”. Media, Culture

and Society, 25; 821-840.

Othman M. D. 1982. “Malaysian Press: a brief account of newspaper published in

British Malaya”. Jurnal Komunikasi Vol.8 Universiti Kebangsaan Malaysia.

Park R. E. 1985. Urbanized as measured by newspaper circulation. London.

Pergamon Press.

Patton, M. Q. 2002. “Qualitative research and evaluation methods. 3rd Ed. London.

Sage Publication.

Rachmat J.1989. Psikologi Komunikasi. Bandung. Remadja Karya CV.

Ramaprassad J. dan Riffe D. 1987. ”Effect of U.S – India relation on New York

Times coverage”. Journalism Quarterly, Vol.64.

Reece B. L. dan Brandt R. 1999. Effective human relation in organization. Boston.

Houghton Mifflin Company.

Riffe D. et al. 1993. “The effectiveness of random, consecutive day and constructed

week sampling in newspaper content analysis”. Journalism Quarterly Vol.70

No.1 (Spring).

Rogers E., Dearing J. W. 1988. Agenda Setting research: where has it been, where is it

going? Dlm. Andersen J. A. Communication yearbook. Newbury Park CA.

Sage Publication.

Rogers E., Dearing J. W. dan Bregman D. 1993. ”The Anatomy of agenda setting

research”. Journal of communication. Vol .43.

Rothwell W.J. dan Kazanas H.C. 1998. Mastering the instructional design process: a

systematic approach. San Francisco. Jossey-Bass Publisher.

Rubin R. B. 1996. Communication research strategies and sources. Belmont, CA.

Wadsworth Publishing.

Page 131: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

131

Samsudin A. R. 2003. Kumpulan esei isu-isu komunikasi. Bangi. Pusat Pengajian

Media dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Schmitter P. C dan O’Donnell G. 1993. Transisi menuju demokrasi. Terj. Hartono.

Jakarta. LP3ES.

Schramm W., Siebert F., dan Peterson T. 1956. Four theories of the press: the

authoritarian, libertarian, social responsibility and soviet communist

concepts of what the press should be and do. Chicago. University of Illinois.

Schramm W. 1988. The story of human communication : cave painting to microchip.

New York. Harper & Row.

Schoemaker P. J. 1984. “Media treatment of deviant political groups”. Journalism

Quarterly. Vol.68 (Spring).

Shaw D. L. dan McCombs M. E. 1977. The emergence of American political issues.

The agenda setting function of the press. Minnesota. West Publishing Co.

Shaw D. L., Martin L. dan Shannon E. 1992. “The function of mass media agenda

setting”. Journalism Quarterly Vol.69 No.4 (Winter).

Silverman D. 1997. Qualitative Research: Theory, method and practice. California.

Sage Publication.

Smith A. 1997. Political communication. New York. Harcourt Brace Javanovich.

Smith S. J. 1986. “Crime in the news”. British Journal of Criminology Vol. 24 No.3;

289-295

Stamm K. R. 1985. Newspaper use and community ties toward a dynamic theory.

New Jersey. Alex Publishing Corp.

Stone E. 1987. Examining newspaper: What research reveals about American’s

newspaper. California. Sage Publication.

Susnic D. 1961. Some results of the analysis of the contents of the daily paper

‘Borba’. Yugoslavs. Sociologija.

Tsfati Y. 2003. “Media skepticism and climate of opinion perception”. International

Journal of public opinion research. Vol. 15 No.1 (Spring).

Traudt P. J. 2005. Media, audiences, effects: an introduction to the study of media

content and audience analysis. Boston. Pearson Education inc.

Wanta et al. 1989. “How President’s state of union talk influenced news media

agendas”. Journalism Quarterly Vol.66.

Page 132: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

132

Wanta W., Lee C. dan Golan G. 2004. “Agenda setting and international news: media

influence on public perception of foreign nations”. Journalism and Mass

communication quarterly. Vol. 81 No.2 (Summer).

Warren S. C., Deutsch M., Jahoda M., dan Seltiz C. 1959. Research method in mass

communication. New Jersey. Prentice- Hall.

Weaver D., dan Elliot S., Nimley. 1985. “Who sets the agenda for the media? A study

of local agenda –building. Journalism quarterly. Vol.62 No. 1 (Spring).

Williams W.Jr, William D. 1978. “Structural effects of TV coverage on political

agendas”. Journal of Communication, 28; 114-119 (Autumn).

Wimmer R. D., dan Dominick J. R. 1991. Mass media research an introduction. 3rd

Ed. California. Wadsworth Publishing Company.

Wiryanto. 2004. Pengantar ilmu komunikasi. Jakarta. Pt Grasindo Anggota Ikapi.

Wrinn M. J. 1977. Elements of journalism. New York. Harper and Brothers.

RUJUKAN UMUM AKHBAR

Kompas. 2005. 2 Februari

Kompas. 2005. 1 Mac

Kompas. 2005. 3 Mac

Kompas. 2005. 7 Mac

Kompas. 2005. 11 April.

Pikiran Rakyat. 2004. 23 Ogos

The Jakarta Post. 2005. 22 Mac

Page 133: Pemaparan Isu Ambalat Di Akhbar Indonesia

133

RUJUKAN UMUM ATAS TALIAN

http://www.acehkita.com (atas talian) http://www.esdm.go.id (atas talian) http://www.kcm.com (atas talian) http://www.kompas.com (atas talian) http://www.kompas.com/kompas-cetak0502/07/politikhukum154353.htm (atas talian) http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/0703/12/0105 (atas talian) http://www.polri.go.id (atas talian) http://www.thejakartapost.com/about.progress.asp (atas talian) http://www.tokohindonesia.com/ensiklopedia/j/jakoeboetama (atas talian) http://www.xs4all.nl/~edkreamer/html/listas.html (atas talian)